Monday, February 5, 2018

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4892

8 Messages

Digest #4892

Messages

Mon Feb 5, 2018 7:30 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Yang jelas, saya tak sokong kamu, Khalid jawab Azmin

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net/

PETALING JAYA: Tan Sri Khalid Ibrahim berkata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali tidak perlu memikirkan pilihan parti politiknya dan beliau hanya perlu tahu beliau tidak mendapat sokongannya.

"Siapa saya sokong adalah hak saya. Yang jelas, saya tidak sokong YB Gombak (Azmin) kerana dia akan merugikan rakyat Selangor lebih RM2 billion dalam isu penyusunan semula industri air Selangor," katanya di Facebook.

Bekas menteri besar itu menjawab kenyataan Azmin pada Khamis, yang berkata Khalid dilihat tidak mempunyai prinsip dan idealisme kerana "sekejap Umno, sekejap PAS, kemudian bebas" untuk pilihan raya umum akan datang.

"Khalid perlu buat keputusan. Dalam politik kita mesti ada prinsip, idealisme. Ini sekejap (sokong) Umno, sekejap PAS, kemudian bebas. Jika beliau mahu main peranan dalam PAS, masuk parti itu," katanya.

Sebelum ini, sumber mengatakan Khalid berkemungkinan bertanding sebagai calon PAS di Parlimen Shah Alam pada PRU14 nanti. Kerusi itu ketika ini disandang pemimpin Amanah, Khalid Samad.

Tetapi ia mungkin tidak akan menjadi pertarungan antara 2 Khalid, kerana terdapat spekulasi Azmin akan berpindah kawasan ke Shah Alam dari Gombak.

Khalid dilihat mesra PAS selepas peristiwa Langkah Kajang, yang menyaksikan Azmin menjadi menteri besar Selangor dalam usaha PKR menggantikan Khalid dengan presiden mereka, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Khalid yang bertanggungjawab ke atas pengambialihan aset konsesi-konsesi air di Selangor oleh kerajaan negeri itu menjadi pengkritik Azmin dalam isu penyusunan semula industri air.

Ahli Parlimen Bandar Tun Razak sebelum ini berkata beliau akan membantu kempen PAS dan sedia bekerjasama dengan Umno pada pilihan raya umum akan datang.

Telinga yang mendengar 2

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net

"
Dukacita di maklumkan bahawa masih ada puncuk kepimpinan parti Pan yang tidak dapat kerusi untuk bertanding pada PRU 14 yang akan diadakan bila bila masa sahaja daripada sekarang.

Puncuk kepimpinan itu, termasuk presiden Parti Pan, Mohammad Sabu, Salehuddin Ayub dan Dr Hatta Ramli.

Macam tidak munasabah Mohammad Sabu dan dua rakan akrabnya tidak diberi tempat oleh pakatan Harapan yang pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohammad.

Kalau benar mereka itu tidak diberi tempat untuk bertanding pada PRU 14 nanti macam mana hendak dilantik sebagai menteri sepertimana yang dinyatakan dalam kabinet bayangan pakatan harapan tempoh hari.

Penulis rasa sedih jugak dan kesian dengan Mohamad Sabu, Sallehuddin Ayub dan Dr Hatta Ramli.

Mereka ini adalah nama besar bukan sahaja dalam parti Pan malah dalam pakatan harapan yang punya cita cita untuk tumbangkan kerajaan Umno/BN pada PRU 14 nanti.

Jika benar berita yang telinga ini dengar, maka amat malang sekali mereka diketepikan dan amat tidak patut diperlakukan sedemikian rupa.

Mohammad Sabu dan Dr Hatta Ramli kelihatan belum marah lagi. Tapi Salehuddin Ayub kelihatan sudah belang marah benar dan berkata pembahagian kerusi dalam pakatan harapan tidak adil.

Kesian mereka, di perlakukan sedemikian rupa.Jangan marah dan jangan kecil hati .jangan susah hati masih ada peluang untuk bertanding pada PRU 14 ini.

jika benar mereka bertiga ini tidak ada tempat untuk bertanding di Selangor yang barangkali amat susah untuk menang,Hatta Tun Dr Mahathir yang akan bertanding di parlimen putrajaya.

Kan, Kelantan masih banyak kerusi kosong dan sedia bila bila menunggu mereka ini.Isilah yang kosong itu dengan mereka ini.

Mustahil Datuk Husam Musa tak benar Mohamad Sabu, Salehuddin Ayub dan Dr hatta Ramli bertanding di negeri Kelantan yang sudah ada kelab penyokong untuk jatuhkan kerajaan Pas.

Mohammad sabu boleh bertanding di parlimen Rantau Panjang dan pernah jadi MP Kubang Krian selama dua penggal. Demikian juga dengan Sallehuddin Ayub.

Beliau boleh diberi bertanding pada kerusi parlimen Kubang kerian. Lebib lebih lagi parlimen itu adalah parlimen yang diwakilnya selama dua penggal.

Apa apa pun Dr Hatta boleh bertanding semula sebagai percubaan terakhir di parlimen Kula Kerai tempat asal dia jadi MP.

Orang Kelantan tak lupa dengan jasa mereka. Lebih lebih lagi Pas Kelantan dikatakan hanya boleh menang dua kerusi sahaja pada PRU 14 ini.

Jadi harapan untuk ketiga tiga pucuk pemimpin ini memang cerah dan realistik boleh dilantik jadi menteri pada kabinet pakatan harapan selepas ini.

"................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: anaabdullah
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

PAS tawar ramai muka baru kepada pengundi

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net

Presiden PAS berkata, parti itu telah memuktamadkan senarai calon yang akan diturunkan untuk bertanding pada plihan raya umum (PRU) ke-14.

Menurut Datuk Seri Abdul Hadi Awang lagi, senarai calon yang dikemukakan oleh PAS negeri-negeri juga telah diluluskan Majlis Syura Ulama tiga minggu lalu.

Memetik kenyataan Abdul Hadi, Sinar Harian melaporkan anggota parlimen Marang itu membayangkan ada ramai muka baru diberi kepercayaan mewakili PAS nanti.

"Mungkin ramai muka baru sebab (calon) lama dah berusia," katanya..

Abdul Hadi menambah PAS juga akan menurunkan ramai calon wanita serta individu bukan Islam - sesuatu yang pernah dilakukan parti tersebut sebelum ini.

Tidak seperti dua PRU lalu PAS kali ini turun bersama kumpulan Gagasan Sejahtera yang turut dianggotai Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN), Parti Cinta Malaysia (PCM), dan Barisan Jemaah Islamiah Semalaysia (BERJASA).

Bagaimanapun sebelum ini Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man membayangkan jika ada calon dari parti komponen itu mahu bertanding mereka perlu menggunakan lambang PAS.

Pada masa sama pemilihan calon-calon baru itu juga dipercayai ada kaitan dengan kesan krisis dalaman PAS yang menyaksikan sebahagian daripada wakil rakyat mereka menyertai Pakatan Harapan (HARAPAN).

Sementara itu Abdul Hadi sekali lagi menegaskan bahawa PAS akan bertanding di 130 buah kerusi parlimen di seluruh negara.

Katanya, PAS akan meletakkan calon di kawasan yang akan ditandingi BN dan HARAPAN.

"Mungkin banyak lagi (kerusi). Kita akan bertanding di kawasan BN dan Pakatan Harapan bertanding," katanya.

Mengenai Gagasan Sejahtera pula, Abdul Hadi memberitahu sehingga kini, PAS mengumpulkan puluhan pertubuhan bukan kerajaan selain IKATAN, BERJASA dan PCM.

Hadi: Calon PAS banyak muka baru, ada bukan Islam

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net

KEPALA BATAS, 4 Feb — PAS sudah memuktamadkan senarai calonnya yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), kata presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata senarai nama calon itu, yang dikemukakan PAS negeri, telah diluluskan Majlis Syura Ulama tiga minggu lepas.

"Mungkin ramai (calon) muka baharu sebab (calon) lama dah berusia. Kami juga akan kemukakan ramai calon muda termasuk wanita dan bukan Islam," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Dialog Bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) India di sini, hari ini.

Beliau berkata setakat ini, PAS memutuskan untuk bertanding di 130 kerusi Parlimen.

"...mungkin banyak lagi (kerusi). Kita akan bertanding di kawasan Barisan Nasional dan Pakatan Harapan bertanding," katanya.

Abdul Hadi berkata sehingga kini, PAS telah mengumpulkan puluhan badan bukan kerajaan dan tiga parti politik iaitu Parti Cinta Malaysia (PCM), Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) dan Barisan Jemaah Islamiah Semalaysia (BERJASA) di bawah Gagasan Sejahtera.

Ditanya mengenai kerusi yang bakal ditandingi PAS di Pulau Pinang, Abdul Hadi berkata pihaknya akan melihat kewajaran dan kekuatan parti itu di kawasan-kawasan tertentu.

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Muhammad Fauzi Yusof yang turut hadir pada program itu, berkata nama Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir Datuk Mohd Salleh Man tidak disenaraikan sebagai calon PAS Pulau Pinang pada PRU14.

"Kita merehatkan dia daripada bertanding dalam PRU14. Sudah menjadi amalan kepada kita mana-mana (nama calon) kita angkat kepada Majlis Syura Ulama itulah yang dipilih. Jadi, nama dia kita tak angkatlah sebab kita tak memilih dia untuk bertanding," katanya semasa ditanya mengenai kedudukan Mohd Salleh dalam parti itu.

Bagaimanapun, katanya, wakil rakyat tunggal PAS di Pulau Pinang itu masih kekal sebagai anggota PAS.

Mohd Salleh ketika dihubungi berkata beliau akan terus bersama rakyat dan melaksanakan kebajikan mengikut kemampuannya. — Bernama

Azmin Ali betul, AMANAH (Pan) & BERSATU Tak ada kemampuan untuk menang di Selangor

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net

Pertelingkahan antara Menteri Besar Selangor merangkap Pengerusi PKR Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dengan Pengerusi AMANAH Selangor, Izham Hashim bukan lagi menjadi rahsia Pakatan Harapan.

Azmin mendakwa AMANAH berbohong (AMANAH tidak Amanah) apabila mengatakan rundingan berhubung pembahagian kerusi di Selangor belum dibuat.

Izham pula membalasnya dengan menyifatkan Azmin sebagai 'badut' dan tidak layak untuk menjadi Menteri Besar Selangor. Kenyataan itu mencetuskan kemarahan pemimpin PKR Selangor. Selepas itu bertubi-tubi pimpinan PKR menyerang Amanah (PAN).

Mahathir, Wan Azizah dan Lim Kit Siang diam melainkan menjawab pertanyaan wartawan. Hanya Mat Sabu mengeluar kenyataan meminta jangan berbalah diluar.... balahlah dalam "kelabu".

Maszlee Malik perancang IKRAM dalam AMANAH (PAN) antara lain berkata ramai yang kecewa dengan pertelingkahan terbuka di kalangan pemimpin HARAPAN berkaitan rundingan kerusi, malah ada yang hilang keyakinan dengan kebolehan mereka untuk mentadbir negara.

Ppergeseran dalam Pakatan Harapan (PH) di Selangor berlaku disebabkan PKR yang dipimpin menteri besar Mohamed Azmin Ali (bukan Wan Azizah dan geng Rafizi) tidak yakin pada Amanah dan Bersatu dalam membantu mengekalkan kerajaan negeri pada PRU-14 nanti.

Jika Amanah (PAN) dan Bersatu bertanding di 20 kerusi yang pernah ditandingi oleh PAS pada PRU13 lalu, PKR mempercayai mereka semua akan kalah dan ini membuatkan kedudukan kerajaan Selangor akan tergugat. Anda boleh baca di sini, lebai dah menulis sebelum ini.

Boss Ilham Centre (pengerusi eksekutif), Mohamad Hisomuddin Bakar (ini bukan macai, tapi penyokong kuat Amanah. Dia tak menjadi ahli Amanah demi menjaga kredibiliti kajiannya tidak macam Dr Mazlan Ali) berkata, PKR menunjukkan sikap tidak yakin kepada Amanah (pan) dan bersatu apabila mendapati Amanah dan Bersatu tidak cukup menonjol untuk menggantikan PAS.

"Apabila kajian visibility (ketampakan) dibuat di bawah, mereka mendapati kehadiran Amanah dan Bersatu gagal untuk menggantikan PAS di peringkat akar umbi. [Note: Ini bukan kajian PAS]

"Jadi mereka membuat roadmap sendiri dalam usaha untuk mengekalkan kerajaan Selangor iaitu PKR bertanding lebih 30 kerusi," kata Boss Ilham Centre.

Mengikut "roadmap" itu, PKR mensasarkan untuk bertanding di 20 kerusi yang ditandinginya dalam PRU13 lalu ditambah dengan 10 lagi kerusi yang dimenangi oleh PAS sekarang. Jadi tinggal 10 kerusi sahaja yang akan diagihkan kepada AMANAH (PAN) dan BERSATU.

Agaknya berapa AMANAH (pan) akan dapat?
Parti 'hamba abadi' DAP dalam HARAPAN, rasanya 2 - 3 kerusi di Selangor sudah cukup.
Itu sebab Izham Hashim kata Azmin BADUT (JOKER) tak layak jadi MB!

Kata Hisomuddin lagi, kelemahan utama Amanah (PAN) sekarang adalah gagal memaparkan pemimpin akar umbi mereka kepada umum. "Bagi saya ini antara kelemahan Amanah. Padahal mereka tidak kurang hebatnya tetapi tidak kelihatan di bawah apabila kajian dibuat kerana masalah dalaman mereka sendiri".

Masalah Dalam Amanah (PAN) jika tidak diselesaikan akan menyebab Amanah akan berkubur?
Ini lebai akan menulis khusus dengan terperinci melalui maklumat dalaman serta kajian mereka yang lebai dapat. Tak perlu percayai kepada lebai sehingga lebai menulis. Harap bersabar!

Baru-baru ini Amanah buat poster forum dengan Hisomuddin dengan kata-kata "2 kajian PRK sebelum ini 100% tepat". Kalaulah mereka mengimani kajian Ilham Centre, maka kenyataan Hisomuddin berkenaan kajian visibility yang AMANAH (PAN) dan BERSATU gagal harus juga diimani.

Paling lucu, apabila Zul Sulong menggunakan data kajian Dr Mazlan Ali sebagai sandaran kononnya Amanah (Pan) boleh menang jika bertanding dalam PRU-14 nanti sokongan ahli Amanah (Pan) yang masih ada dalam PAS.

Katanya kajian yang dibuat oleh Dr Mazlan Ali dari UTM sebelum ini mendapati, ramai penyokong Amanah kekal sebagai ahli PAS kerana tidak mahu menyusahkan diri mereka dengan meninggalkan parti itu. Ketika 35% ahli PAS sudah meninggalkan parti itu, 10% daripada ahli PAS yang ada adalah pro-Amanah atau digelar "harumanis" manakala 20% lagi adalah golongan yang keliru dengan hala tuju PAS. Kajian itu mendapati, sebahagian besar golongan ini akan mengundi PH khasnya Amanah dalam pilihan raya umum akan datang.

Tapi Azmin dan PKR tak percaya dengan kajian ini. Lebai bersetuju dengan Azmin bahawa kajian Dr Mazlan Ali boleh dibakulkan kerana Dr. Mazlan Ali sendiri adalah ahli Amanah bernombor 010000185, sudah pasti dia sendiri tiada integrinti dalam membuat kajian. Sepatutnya Dr. Mazlan belajar dengan Hisomuddin, walaupun dia pro AMANAH tapi dia tak mendaftar menjadi ahli. Ini baru boleh dimana sebagai 'harumanis'.

Kenapa Kajian Dr. Mazlan Ali boleh dibakulkan.

Lebai bagi satu perbandingan mudah sahaja. Walaupun tak tepat tapi sudah cukup untuk membuka minda kita supaya kita tak mudah diperbodohkan oleh orang yang ada sijil cerdik.

Ahli parti Amanah Selangor terkini ialah 7,866 orang manakala ahli PAS Selangor terkini adalah 80, 345 orang.

Satu, betul atau tidak 35% ahli PAS sudah meninggalkan parti PAS? Kalau kita anggap semua 7,866 orang ahli Amanah itu semuanya berasal daripada PAS, baru 9.7%. Mana Dr. Mazlan Ali dapat angka 35%? Mungkin dia ambil ruang sample yang kecil, kubu kuat Amanah dia buat kajian. Macam orang ambil lubuk ikan kemudian buat kesimpulan bahawa sungai ini semuanya dipenuhi dengan 35% ikan. Sangat lucu.

Dua, 10% ahli PAS adalah Pro-Amanah. Ini pun lucu juga. Sepatutnya Dr. Mazlan kena buat "action research". Lebai beri contoh, Dr Mazlan ini dia juga mengajar sebagai ustaz di masjid. Semasa dia mengajar ramai yang tertidur. Kita mungkin buat anggap pendengar kurang tidur. Jadi diminta pendengar basuh muka dengan air. Tapi selepas basuh muka pendengar masih tidur juga. Mungkin ada faktor lain menyebabkan mereka tidur. Jadi kena buat "action" lagi.

Dalam PAS ada ramai ahli yang ber'fikrah' politik seperti Amanah. Adalah dengan berfikrah seperti Amanah sehingga ada 100% itu dianggap "harumanis" dan akan mengundi Amanah pada PRU-14 nanti. Satu kesimpulan yang sangat dangkal. Lebai bagi satu contoh yang berfikrah Amanah 100% ialah YB Dr. Abd Rani Osman Adun Meru. Adakah Dr Rani akan mengundi Amanah PRU-14 nanti?

PAS kena hormat mereka yang berfikrah seperti Amanah (pemikiran politiknya) dan itu memberikan kebaikan dalam PAS apabila menentukan sesuatu keputusan.. Jika kita label yang berfikrah Amanah itu PAN maka suka benarlah PAN kerana boleh dapat ahli lagi kerana PAS pulau ahlinya sendiri. PAS tak bodoh dalam hal ini.

Lebai sendiri pun banyak juga pandangan politik bersamaan dengan pandangan politik pimpinan Amanah. Adakah dengan itu lebai akan mengundi PAN pada PRU-14 nanti... Tergolek lebai gelak jika itu justifikasinya.

Oleh kerana panjang sangat ulasan ini, lebai berhenti dulu setakat ini. Nanti lebai akan sambung lagi pasal kononnya sokongan terhadap Pakatan Harapan (PH) meningkat selepas Dr Mahathir Mohamad dinamakan sebagai calon perdana menteri, Ilham Centre ada beberapa kajian dan kajiannya bercanggah antara satu sama lain kenapa dan mengapa. Sifat individu dan keakuan dalam HARAPAN menyebabkan mereka tidak bersatu dalam menentang BN. Malah faktor ini membuatkan mereka bercakaran satu sama lain dan beberapa faktor lagi. Berikan kekuatan untuk lebai menulis. Insya-Allah lebai kan mengulas dan pembaca boleh berfikir dan mencari kebenaran.

Jangan mudah kita kena tipu oleh mereka yang ada sijil cerdik.
Lebai Hassan Omar
http://hajihassanomar.blogspot.com

PKR mahu tanding semua 21 kerusi di Selangor

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net

KLANG - PKR mahu bertanding di semua 21 kerusi Dun di Selangor pada PRU14, kata naib presiden parti itu, Dr Xavier Jayakumar.

Beliau berkata parti itu yakin dapat merampas beberapa kerusi yang dimenangi Umno pada pilihan raya umum ke-13.

"Kami bertanding 21 kerusi pada pilihan raya lepas dan kami bercadang untuk bertanding di 21 kerusi yang sama (pada PRU14). Kami yakin dapat menanginya," katanya kepada pemberita selepas mendengar ceramah bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada majlis perayaan Ponggal di Kapar hari ini.

Dr Xavier berkata, PKR harus diberi keutamaan bertanding lebih banyak kerusi di Selangor memandangkan Menteri Besar dan timbalan presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali adalah pemimpin negeri ini.

"Ada beberapa pihak yang mahukan (jumlah) kerusi yang sama tetapi PKR ingin menegaskan bahawa kami adalah kerajaan di negeri ini dan Menteri Besar adalah daripada parti kami… oleh itu, kami yang harus bertanding lebih banyak kerusi di Selangor," katanya.

Pada pilihan raya umum ke-13 di Selangor, PKR bertanding di 21 kerusi Dun dan memenangi 14 daripadanya.

Bagaimanapun, bilangan itu berkurangan kepada 13 apabila bekas Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang memenangi kerusi Dun Pelabuhan Klang pada pilihan raya lepas, dipecat PKR pada 2014.

Sementara itu, Mahathir yang juga pengerusi Bersatu ketika ditemui pemberita selepas majlis itu berkata, beliau tidak pasti sama ada anaknya, Datuk Seri Mukhriz yang merupakan timbalan presiden Bersatu, akan bertanding kerusi Dun di Selangor.

"Saya tidak tahu tentang itu. Beliau akan bertanding tetapi saya tidak tahu di mana," kata Mahathir semasa ditanya mengenai dakwaan bahawa Mukhriz, bekas Menteri Besar Kedah, akan bertanding di Selangor.

Ditanya mengenai isu perebutan kerusi antara PKR dan Amanah Selangor di negeri itu, Dr Mahathir berkata, ia perlu diselesaikan secara dalaman.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai 'serangan' pengerusi Amanah Selangor Izham Hashim terhadap Mohamed Azmin yang juga pengerusi Pakatan Harapan (Harapan) Selangor membabitkan isu pengagihan kerusi di negeri itu.

Sebelum ini, Mohamed Azmin mendakwa Amanah Selangor 'tidak amanah' dan berbohong apabila menyatakan tiada jawatankuasa khas pembahagian kerusi Dun dibentuk oleh PH.

Sebaliknya, beliau berkata sudah empat kali mesyuarat diadakan bagi membincangkan soal pembahagian kerusi Dun itu. - Bernama

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Feb 5, 2018 7:31 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Politik Islam berkonsepkan budaya matang dan sejahtera.
bloglist-malaysia.blogspot.
wabillahagro.blogspot.
Dicatat oleh Abd Wahab Abdullah
Firman Allah:

وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلًا مِّمَّن دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ (33) وَلَا تَسْتَوِي الْحَسَنَةُ وَلَا السَّيِّئَةُ ۚ ادْفَعْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ فَإِذَا الَّذِي بَيْنَكَ وَبَيْنَهُ عَدَاوَةٌ كَأَنَّهُ وَلِيٌّ حَمِيمٌ (34) وَمَا يُلَقَّاهَا إِلَّا الَّذِينَ صَبَرُوا وَمَا يُلَقَّاهَا إِلَّا ذُو حَظٍّ عَظِيمٍ (35) وَإِمَّا يَنزَغَنَّكَ مِنَ الشَّيْطَانِ نَزْغٌ فَاسْتَعِذْ بِاللَّهِ ۖ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ (36) (سورة فصلت: ٣٣-٣٦)

"Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah (Islam), serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya Aku adalah dari orang-orang Islam! (Tegas beristiqamah tanpa sembunyi)" (33) Dan tidaklah sama (kesannya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah kejahatan yang dilakukan kepadamu dengan cara yang lebih baik. Apabila Engkau berlaku demikian, maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan (bertukar) menjadi seolah-olah seorang sahabat karib. (34) Dan sifat yang terpuji ini tidak dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang-orang yang bersikap sabar, dan tidak juga dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang yang mempunyai bahagian yang besar yang di kurniakan (daripada Allah kebahagiaan dunia dan akhirat). (35) Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari syaitan, maka hendaklah engkau meminta perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.(36)" (Surah Fussilat: 33-36)

Demikianlah petunjuk Allah kepada Rasulullah S.A.W dan pengikut yang menyambung perjuangannya di sepanjang zaman. Berdakwah dan berpolitik secara matang dan sejahtera untuk menyelamatkan manusia bersama Islam seramai mungkin, walaupun terpaksa mengorbankan diri, laksana lilin yang bersedia membakar diri, demi memberi cahaya kepada semua. Bukan laksana monyet yang melompat dan bergayut mencari-mencari di pokok yang kelihatan lebat buahnya. Sepatutnya menjadi seperti pokok yang berbuah, bersedia menggugurkan buah yang masak kepada kanak-kanak nakal yang melontarkan batu dan kayu ke arahnya.

Maka Rasulullah S.A.W memaafkan orang yang memfitnah, orang yang cuba membunuhnya dan telah membunuh para sahabat dan keluarga kesayangannya. Sebabnya adalah fadilat menyelamatkan seseorang bersama Islam membawa kebaikan di dunia dan pahala yang berpanjangan sehingga ke Hari Akhirat.

Apabila mencapai kemenangan Fathu Makkah yang berada dalam keadaan paling kuat, Baginda S.A.W mengisytiharkan pengampunan beramai-ramai, termasuk kepada kalangan yang disenaraikan kesalahan yang besar dan berat. Bukan seperti Revolusi Barat (Liberal Kapitalis) dan Timur (Komunis dan Sosialis) yang mengorbankan mangsa dendam yang jumlahnya sangat menggerunkan. Benarlah apa yang berlaku selepasnya, mereka yang bermusuh itu menjadi sahabat yang setia dan rela berjuang bersama menegakkan Islam.

Generasi awal PAS dapat menyaksikan kesusahan dan pengorbanan sejak perjuangan menentang penjajah sehingga pasca kemerdekaan dan selepasnya. PAS menyokong ISA kerana menentang komunis yang masih bermaharaja lela dan mengancam keselamatan negara. PAS menyertai kerajaan campuran dan penubuhan BN selepas Peristiwa 13 Mei 1969 kerana mengukuhkan kedudukan umat Islam. Namun selepasnya, PAS pula menjadi mangsa ISA, dirampas kerajaannya di Kelantan, Peristiwa Memali yang mengorbankan pengikut setianya, dicekik Kelantan selepas kemenangan 1990 supaya tidak bernafas, dirampas royalti Terengganu apabila PAS berjaya memerintah semula 1999 dan dinafikan juga hak Kelantan.

Namun, PAS telah berjaya menyelamatkan umat Islam yang jahil akidahnya sehingga dicetuskan isu kafir mengkafir oleh gejala menghina hukum Islam disebabkan kejahilan umat dan kelemahan para ulama, serta kerakusan pemimpin negara menghina Islam. PAS mengambil pendekatan dakwah bukannya menghukum yang menjadi lapangan para mufti dan qadi yang sangat malang dipenjarakan oleh undang-undang warisan penjajah yang belum dirungkai.

PAS mengambil pendekatan menyatakan batas-batas iman dan kufur sehingga berjaya menyedarkan umat dan melenyapkan suara menghina Islam di kalangan umat Islam sendiri. Kini hanya tinggal suara yang terpencil laksana harimau tua tidak bergigi yang melepak di hutan rimba, dan kalangan bukan Islam yang memberanikan diri tanpa menghormati Perlembagaan Persekutuan dan sensitiviti umat Islam yang telah bangkit semula bersama arus kesedarannya.

PAS terus memilih demokrasi yang sinonim dengan ajaran Islam, bukannya demokrasi yang menipu rakyat yang masih jahil dan bodoh politiknya. Kalaulah rakyat Amerika yang dikatakan paling maju dan bebas, boleh terbabas memilih Presiden yang samseng dan bodoh semata-mata kerana kaya hartanya dan penguasaan media oleh Zionis, sehingga nafsu memintas akalnya. Maka kewajipan kita menyelamatkan rakyat di sini supaya tidak memilih yang dikitar semula melalui filem lama yang ditayangkan, khususnya kepada Melayu yang mudah lupa. Apa yang dibimbangkan pengaruh media sosial tanpa sempadan yang boleh menjadi tentera upahan musuh Islam.

PAS wajib memperkenalkan budaya politik damai tanpa perpecahan rakyat, sama ada kalangan umat Islam yang berbeza pendekatan dan rakyat bukan Islam yang berbeza agama dan budaya.

PAS menegaskan Islam wajib memimpin dan memerintah atau mempengaruhi pemerintah dengan nasihat yang wajib menegakkan konsep adil terhadap semua dan memelihara hak asasi manusia tanpa mengira agama dan bangsa.

PAS mengambil pendekatan bertanding dalam pilihan raya tanpa berkelahi dan berpecah, melalui konsep ta'awun.

PAS mesti bertanding seberapa banyak kawasan kerana cita-cita memerintah negara, bukannya angan-angan Mat Jenin yang memanjat pokok yang berbuah sahaja walaupun bergayut di dahan yang rapuh sehingga membunuh diri sendiri, kerana budaya PAS bukan memanjat pokok yang berbuah, tetapi sanggup memanjat pokok yang tidak berbuah dan belum berbuah kerana keyakinannya akan berbuah apabila tiba masanya kalau dibajakan atau dicantas dahannya. PAS sabar berlalunya masa yang panjang, biar lambat asalkan selamat.

Al-Quran memaparkan kisah yang benar apabila Nabi Nuh A.S yang dikatakan mustahil mencapai kemenangan bersama segelintir pengikut dalam perjuangan yang terlalu panjang masanya, akhirnya mencapai kemenangan dengan izin Allah. Selain itu, dipaparkan juga kisah yang benar, apabila Nabi Musa dan Harun A..S yang dianggap mustahil dapat menjatuhkan Firaun yang kaya dan kuat, serta terlalu ramai bala tenteranya, namun Allah menenggelamkannya dengan mudah ke dalam laut.

Sejarah Islam memaparkan kaum Tartar yang paling ganas membakar dan membunuh Baghdad dan pusat kerajaan Islam Abbasiyah, akhirnya kalangan pemimpin kaum Tartar juga menganut Islam dan menegakkan Islam. Ini membuktikan Islam berjaya menempa sejarah luar biasa dapat mempengaruhi penjajahnya kerana berkat jati diri beristiqamah bersama Islam, walaupun kebiasaannya rakyat akan terpengaruh dengan penjajahnya. Firman Allah:

قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَن تَشَاءُ وَتَنزِعُ الْمُلْكَ مِمَّن تَشَاءُ وَتُعِزُّ مَن تَشَاءُ وَتُذِلُّ مَن تَشَاءُ ۖ بِيَدِكَ الْخَيْرُ ۖ إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ (آل عمران: ٢٦)

"Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu." (Surah Ali-Imran: 26)

Paling penting ialah terus beristiqamah bersama Islam, setia kepada baiah, taat kepada pemimpin selagi tidak bercanggah dengan Islam daripada nas yang nyata, sama ada bersetuju atau tidak apabila telah diputuskan. Inilah adab dan akhlak kita berjamaah yang ditunjuk oleh Allah dan diajar oleh Rasulullah S.A.W. Kalau tidak, maka sia-sia di dunia yang dicita-citakan dan celaka di Akhirat yang menjadi wawasan.

Politik Islam berkonsepkan budaya matang dan sejahtera, tidak sama dengan politik barat sehingga matlamat menghalalkan cara yang haram dan merosakkan dunianya dan tidak ada wawasan Akhirat.

"Sejahtera Bersama Islam"

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 12 Jamadil Awal 1439 / 29 Januari 2018

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Feb 5, 2018 7:31 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Geram Anak Terlalu Nakal, Ibu Ini Ikat Dan Seret Anak Di Belakang Motosikal Sebagai Hukuman
siakapkeli.my

Setiap ibu bapa pasti mahu anak mereka menjadi anak yang baik dan mendengar kata. Sekiranya anak melakukan kesalahan, mendidik dengan cara memberikan hukuman adalah perkara biasa yang dilakukan ibu bapa terhadap anak-anak.

Namun, apa yang dilakukan oleh seorang ibu di China ini telah menimbulkan kritikan netizen yang menganggap hukuman itu terlalu kejam. Dalam rakaman video yang dimuat naik oleh seorang pengguna laman sosial, wanita itu kelihatan membawa motosikal jenis skuter sambil menyeret anaknya di belakang dengan kedua-dua tangan diikat.

Wanita itu yang mengaku sebagai ibu kanak-kanak itu, memberi alasan bahawa anaknya terlalu nakal dan apa yang dilakukannya hanyalah untuk memberi pengajaran. Dia juga dipercayai telah menjalankan hukuman itu terhadap anaknya selama beberapa hari.

Menurut saksi, budak lelaki itu menangis ketika diseret ibunya di atas jalan. Mereka yang melihat kejadian itu, turut meminta wanita itu memberhentikan motosikal, namun tidak dipedulikan.

Kejadian itu dikatakan berlaku di Zhaotong, wilayah Yunnan China.

Namun, apa yang sebenarnya berlaku hingga si ibu tergamak memberikan hukuman yang keras terhadap anaknya itu?

Menurut sumber, sebelumnya polis telah mengeluarkan kenyataan pada 16 Januari lalu, bahawa ada seseorang yang melaporkan kehilangan wang sebanyak 2,000 yuan (RM1226.74) di kediaman mereka. Polis mengesahkan bahawa terdapat seorang kanak-kanak lelaki telah mengaku mengambil wang tersebut.

Jelas sumber, setelah mengetahui kesalahan anaknya, wanta itu cuba membuatkan anaknya faham bahawa apa yang dilakukan itu adalah salah. Dia juga menegaskan sekiranya anaknya itu tidak belajar dari kesalahan, wanita itu akan meningkatkan hukuman itu menjadi lebih berat.

Setelah melakukan penyiasatan, polis berkata wanita itu telah sedar bahawa dia tidak sepatutnya menghukum anaknya dengan cara sebegitu walaupun bertujuan baik untuk mendidik. Laporan itu turut mengesahkan bahawa kanak-kanak lelaki itu berada dalam keadaan baik dan tidak mengalami sebarang kecederaan..

Siakapkeli.my

Sumber : The Epoch Times

Bapa Meninggal, Ibu Pula Larikan Diri, Baru 10 Tahun Dah Jadi 'Ibu' Pikul Tanggungjawab jaga 2 Orang Adik Lelakinya
siakapkeli.my

Beberapa tahun lalu bapa mereka meninggal dunia akibat kanser, ibu pula melarikan diri entah kemana membawa kesemua wang simpanan yang ditinggalkan suaminya. Sejak itu, Xiao Ying sebagai anak yang paling sulung memikul tanggungjawab untuk menjaga dua lagi adik lelakinya dengan serba kekurangan.

Hidup dengan keadaan yang daif disebuah perkampungan kecil di Nantang, Xiao Ying yang baru berumur 10 tahun tetap gigih menjaga kedua-dua adik lelakinya. Setiap pagi, dia akan mengajak adik-adiknya memberus gigi diluar rumah.. Usai itu, mereka kemudian bersama-sama menuju kesekolah dengan ditemani seekor anjing peliharaan bapa saudara mereka yang telah ditugaskan untuk melindungi dan menjaga anak-anak ini.

Xiao Ying merupakan seorang pelajar yang cemerlang dalam pembelajarannya. Walaupun melalui kehidupan yang sukar dan tanggungjawab berat yang dipikul diusia muda, Xiao Ying sering dilihat membantu rakan sekelasnya dalam latihan membaca seperti gambar dibawah.

Selesai sesi persekolahan, dalam perjalanan pulang, Xiao Ying akan membantu adik-adiknya memikul beg mereka supaya perjalanan mereka sampai dirumah dengan cepat. Sampai dirumah, Xiao Ying akan mula melakukan kerja-kerja rumah seperti menyediakan makanan, membersih rumah dan mengangkut air untuk kegunaan harian mereka.

Kebiasaannya adik beradik ini hanya akan menikmati hidangan nasi dan sayur. Jaranglah mereka dapat menikmati makanan-makanan yang sedap seperti ayam, ikan atau daging. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul, Xiao Ying setiap hari masih berharap agar ibunya akan kembali kepada mereka suatu hari nanti.

Dia juga akan selalu menasihati adik-adiknya untuk belajar bersungguh-sungguh semoga dapat mencapai apa yang mereka inginkan apabila besar nanti. Dalam pada itu, bapa saudara mereka pernah menyuarakan pendapat agar Xiao Ying menyerahkan kedua adiknya itu kepada pusat kebajikan, namun cadangan itu ditolak sekeras-kerasnya.

Ketiga-tiga anak kecil ini mendapat sumbangan daripada pihak sekolah untuk meneruskan kehidupan mereka dengan lebih baik. Tabah sungguh kanak-kanak ini menjalani kehidupan yang semakin mencabar daripada hari ke hari. Apatah lagi nak dibandingkan dengan kita yang masih mempunyai tempat berteduh dan cukup makan dan minum namun masih mengeluh. Semoga mereka dilindungi dan menikmati kehidupan bahagia bersama-sama.

Siakapkeli.my

Sumber: Good Times

Menyayat hati. Lelaki ini 'sewa' orang asing untuk jadi anaknya di depan sang isteri, alasannya buat siapa pun nangis
bloglist-malaysia.blogspot
idahsalam.blogspot
Posted by indah.com

1/2/2018
dailymail.co.uk

Xia Zhanhai

Setiap orang pasti rela melakukan apa saja demi membahagiakan orang yang mereka cintai.
Inilah yang dilakukan oleh seorang lelaki yang berasal dari China bernama Xia Zhanhai.

Dikutip TribunTravel.com dari laman Daily Mail, Xia merupakan seorang ayah yang memiliki putra yang telah meninggal dunia akibat peristiwa kebocoran gas.
Xia meminta seorang laki-laki asing untuk berpura-pura menjadi anaknya yang telah meninggal dunia tersebut di depan istrinya.

Xia sudah melakukan hal ini selama lima tahun demi cinta, menurut laporan media China.

Istri Xia, Liang Qiaoying, kehilangan ingatannya akibat kecelakaan kebocoran gas yang sama yang membunuh puteranya itu, 15 tahun lalu.

Namun, Liang tidak tahu, puteranya tersebut meninggal dunia.

Xia pun tidak berani menceritakan kenyataan kepada sang istri yang sering menanyakan tentang puteranya.

Sementara 'anak pura-pura' Xia merupakan seorang polisi bernama Jiang Jingwei. Jiang Jingwei (dailymail.co.uk) Jiang Jingwei (dailymail.co.uk)
Menurut laporan Xinmin Evening News, Jiang tinggal di kota yang berjarak hampir 1.000 mil jauhnya dari tempat tinggal Xia dan Liang yang berada di Lyuliang, Provinsi Shanxi.
Xia pertama kali melihat Jiang di televisi pada 2010 lalu secara tak sengaja.
Kemiripan Jiang dengan putra Xia Zhanhai (dailymail.co.uk)
Xia bahkan sangat terkejut melihat bagaimana Jiang terlihat sangat mirip mendiang putranya.
Kemudian, Xia pun bermimpi dapat menemui pemuda ini agar dapat memintanya bertemu sang istri agar ia bahagia.
Akan tetapi, saat itu Xia tidak tahu nama Jiang dan tidak dapat menemukannya.


(dailymail.co.uk) (dailymail.co.uk)
Selama tiga tahun setelah itu, Xia menghabiskan energi dan waktunya untuk merawat sang istri.
Kebocoran gas telah membuat Liang koma.
Namun, di bawah rawatan Xia yang begitu telaten, akhirnya Liang pun sedar namun tetap menderita kelumpuhan.

Kebocoran gas telah mengakibatkan kerosakan serius pada otak Liang dan membuatnya amnesia serta tidak dapat menggerakkan anggota badannya.
Pada 2013, sebuah reality show di televisyen China pun mengetahui tentang kisah Xia.

Pihak reality show kemudian menghubungi Xia dan membantunya untuk menemukan Jiang.
Mereka juga mengatur untuk mempertemukan Xia dan Liang dengan Jiang dalam program acara tersebut.

Produser acara pun membantu Xia untuk tidak memberitahu kenyataan kepada Liang, sehingga isterinya tetap percaya ia akan bertemu dengan putera sulungnya.
Rakaman dari program tersebut menunjukkan Liang menangis saat mendengar 'anak' yang dia rindukan setiap hari itu memanggilnya 'mama.' (dailymail.co.uk)
Sejak saat itu, Jiang terus berhubungan dengan pasangan itu dan memperlakukan mereka seperti orangtuanya sendiri.
Dia sering melakukan video-call dengan mereka, mengingatkan mereka untuk menjaga kesehatan.

Sebaliknya, mereka akan mengiriminya makanan dari Shanxi.
Dalam sebuah wawancara dengan Pear Video, Jiang, yang kini telah memiliki dua orang anak, mengatakan sebenarnya dia merasa khuatir saat dihubungi oleh program tersebut.

Dia mengatakan, ibunya juga tidak yakin tentang gagasan reality show itu.
Namun, Jiang mengatakan ayahnya pun memutuskan untuk mendukungnya mengikuti acara tersebut.

Dia mengatakan pada saat melihat Ibu Liang di pentas untuk pertama kalinya, "Saya benar-benar boleh merasakan betapa dia merindukan anaknya."
Xia berkata kepada Pear, sejak isterinya melihat 'anak mereka' lima tahun yang lalu, kesihatannya telah meningkat secara dramatis.

Xia juga mengatakan dulu ia hanya boleh tidur tiga sampai empat jam semalam, tapi sekarang dia bisa tidur tujuh sampai delapan jam.
Jiang pernah mengundang Xia dan Liang untuk mengunjungi Shanghai pada Mei 2017, dan mereka bertiga pun bersenang-senang berkeliling kota.

Berbicara kepada Xinmin Evening News, Jiang mengungkap, "Meskipun kami tidak terikat oleh darah, takdir telah membawa kita bersama."
"Kami akan terus menikmati kebersamaan kami, serta selalu menjadi bagian
Xia Zhanhai

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Feb 5, 2018 7:31 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Malas Bersenam, Merokok Dan Makanan Tak Seimbang, Punca 6.1 Juta Rakyat Malaysia Menghidap Hypertensi - KKM
siakapkeli.my

30 Jan - Hipertensi atau tekanan darah tinggi adalah salah satu penyakit yang paling popular di kalangan rakyat Malaysia. Hipertensi juga adalah penyakit senyap yang mampu membawa komplikasi dan jika tidak dirawat mampu membawa kepada kematian.

Menurut portal My Health Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), di Malaysia Kesihatan Kebangsaan dan Morbidity II prevalens sebanyak 24 peratus untuk penyakit ini.

Jantung anda bertugas sebagai alat penegpam dan ia menguncup dan berehat. Tekanan darahadalah dalam dua bacaan, contohnya 140/75 iaitu tekanan Sistolik yang mana tekanan melebihi 140 dan tekanan darah diastolik iaitu bacaan lebih rendah seperti bacaan 75 sebagai contoh.

Mengapakah penting untuk memeriksa tekanan darah secara berkala? Adalah mustahak untuk anda mengukur tekanan darah secara berkala bagi menentukan samada tekanan darah anda tinggi atau tidak. 90% pengidap Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi tidak menunjukkan sebarang gejala manakala 10% lagi ada menunjukkan gejala.

Pengidap Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi berisiko tinggi untuk mendapat penyakit jantung. Tekanan darah yang terkawal dapat mengurangkan kedatangan pesakit ke klinik pesakit luar, kemasukkan ke hospital dan kematian akibat strok (angin ahmar) dan penyakit jantung.

Di antara kesan Hypertensi/Tekanan darah tinggi adalah, rasa tidak sihat yang menjejaskan fizikal dan mental serta memberi kesan kepada keluarga anda dan kerja anda. Kemudian, sukar untuk memiliki polisi insuran baru dan anda akan dikenakan premium yang tinggi.

Antara punca-punca Hypertensi ialah, 90 peratus adalah tidak diketahui manakala 10 peratus adalah akibat penyebab sekunder iaitu penyakit tertentu seperti penyakit buah pinggang, penyakit sistem endokrin dan penyakit pembuluh darah.

Sesetengah pendapat mengatakan penyakit ini juga adalah diwarisi dari ahli keluarga. Menurut My Health, jika kedua ibu bapa anda penghidap Hypertensi atau tekanan darah tinggi 50 peratus kemungkin untuk anak-anak akan mewarisi penyakit tersebut.

Faktor-faktor yang menjadi risiko penyebab hypertensi dan tekanan darah tinggi adalah cara hidup yang tidak aktif, umur melebihi 35 tahun, merokok, kegemukan, paras kolestrol tinggi, sejarah keluarga, pengambilan alkohol yang berlebihan dan garam yang tinggi.

Kebanyakkan penghidap Hypertensi atau tekanan darah tinggi tidak mengalami sebarang gejala dan kadang-kadang seseorang itu hanya mengalami gejala yang tidak spesifik seperti sakit kepala atau pening kepala. Sakit kepala boleh berlaku dalam kes Hypertensi/ tekanan darah tinggi. Selalunya ianya berlaku di waktu pagi, bahagian belakang kepala dan rasa berdenyut.

Untuk mendapatkan pengesahan, silaperiksa tekanan darah anda di klinik berhampiran. Doktor juga akan menasihatkan anda untuk menghadiri beberapa sesi pemeriksaan tekanan darah.

Tekanan darah tinggi akan mengakibatkan bebanan kepada organ-organ dalam badan dan boleh menyebabkan kerosakan. Di antara komplikasi/kesan akibat penyakit Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi adalah seperti serangan angin ahmar, penyakit jantung, komplikasi pada mata seperti pendarahan dan kerosakan kepada kawasan yang sensitif dalam mata, komplikasi buah pinggang dan Aneurysm.

Ada beberapa langkah yang anda boleh amalkan sekiranya anda disahkan menghidap
Hypertensi/Tekanan darah tinggi. Antaranya ialah, mengubah amalan cara hidup anda, amalkan pemakanan sihat, kurangkan pengambilan garam dan kolestrol, melakukan senaman, kurangkan berat badan dan berhenti merokok. - Siakapkeli.my

Masih Ramai Menggunakan Vape Selepas Disahkan Tidak Selamat, Ini Jawapan Terkini Dari KKM
siakapkeli.my

Gambar Hiasan

30 Jan - Penggunaan e-cigarette ataupun Vape telah lama menapak di Malaysia dan ramai daripada rakyat Malaysia masih menggunakannya walaupun Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan kenyataan bahawa e-cigarette tidak selamat untuk digunakan.

E-cigarette ataupun rokok elektronik ini dikatakan kononnya mampu membuat seorang perokok tegar berhenti daripada merokok. Cecair nikotin yang digunakan di dalam rokok elektronik didakwa boleh memenuhi keperluan nikotin yang diperlukan oleh seorang perokok tegar.

Pelbagai persoalan yang dibangkitkan oleh netizen selepas KKM mengisytiharkan e-cigarette tidak selamat untuk digunakan. KKM menerusi laman Facebook rasminya telah menjawab beberapa persoalan yang berbangkit mengenai isu ini.

Gambar Hiasan

Antara yang dibangkitkan ialah, tindakan susulan KKM apabila masih ramai lagi yang menggunakan e-cigarette. Menurut KKM, mereka akan mengawal pengedaran dan penjualan e-cigarette khasnya cecair nikotin e-cigarette dengan menggunakan peruntukan-peruntukan di bawah Akta Racun 1952, Akta Jualan Dadah 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

Berikut adalah kenyataan rasmi daripada KKM tentang isu berbangkit mengenai e-cigarette.

PENJELASAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA BERKENAAN E-CIGARETTE (VAPE) DAN CECAIR NIKOTIN E-CIGARETTE

1. Walaupun Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengeluarkan kenyataan berkaitan e-cigarette, adalah didapati ramai yang masih dan terus menggunakan e-cigarette, apakah tindakan susulan pihak Kementerian?
Jawapan : Kementerian Kesihatan akan mengawal pengedaran dan penjualan e-cigarette khasnya cecair nikotin e-cigarette dengan menggunakan peruntukan-peruntukan di bawah Akta Racun 1952, Akta Jualan Dadah 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah Dan Kosmetik 1984.

Nikotin adalah merupakan bahan racun yang dikawal di bawah Akta Racun 1952 dan hanya dikecualikan untuk rokok atau produk tembakau. Penjualan produk nikotin hanya boleh dibuat melalui ahli farmasi berlesen dan pengamal perubatan berdaftar. Mana-mana orang selain daripada mereka yang disebut di atas yang menjual cecair nikotin e-cigarette adalah melakukan satu kesalahan dan boleh dihukum dengan denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali di bawah Akta yang sama.

Pada masa yang sama, pengedaran dan pembekalan cecair nikotin e-cigarette memerlukan pendaftaran dan kelulusan daripada Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia. Mana-mana orang yang mengedar atau membekalkan cecair nikotin e-cigarette tanpa kelulusan adalah melakukan satu kesalahan di bawah Akta Jualan Dadah 1952 dan boleh dihukum dengan denda tidak melebihi RM 25,000.00 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali di bawah Peraturan yang sama.

2. Sehingga kini, adakah sebarang penyakit kronik disebabkan penggunaan e-cigarette dilaporkan di Malaysia?

Jawapan : Setakat ini, Kementerian Kesihatan belum ada menerima laporan penyakit yang disebabkan oleh penggunaan e-cigarette di Malaysia. Walau bagaimana pun, oleh kerana keselamatan penggunaan e-cigarette belum lagi disahkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan cecair e-cigarette yang didapati mengandungi nikotin, adalah dijangkakan pengguna e-cigarette juga mengalami risiko-risiko kesihatan sama seperti perokok kerana nikotin boleh menyebabkan penyakit jantung dan penyakit saluran darah selain daripada keracunan akut sekiranya melebihi dos nikotin. Kajian juga menunjukkan nikotin boleh menggalakkan pertumbuhan sel-sel kanser dan wanita mengandung yang menggunakan nikotin mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk melahirkan bayi yang mengalami kecacatan kelahiran berbanding dengan wanita yang bukan perokok.

Gambar Hiasan

3. Dari manakah pengedar cecair nikotin ini mendapatkan bekalan walaupun bahan itu merupakan bahan kawalan?

Jawapan : Pengimport dan pengedar e-cigarette tidak mengisytiharkan cecair nikotin e-cigarette sebagai produk nikotin atau mengisytiharkannya sebagai barangan elektronik atau bercampur aduk dengan barangan lain dan tidak mengisytiharkannya semasa membawa masuk e-cigarette dan cecair e-cigarette ke Malaysia.

4. e-Cigarette dilihat sebagai alternatif terbaik di kalangan pengguna untuk membuang tabiat merokok berbanding niko patch dan gula-gula nikotin yang disyorkan Kerajaan, apakah komen dari pihak Kementerian?

Jawapan : Kementerian Kesihatan Malaysia merujuk kepada nasihat teknikal daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengenai produk e-cigarette (WHO Technical Report Series, no. 955 di http://www.who.int/…/publicatio…/prod_regulation/trs_955/en/) yang menunjukkan bahawa kegunaan dan keberkesanan e-cigarette sebagai alat bantuan berhenti merokok masih belum disahkan, manakala keselamatan cecair nikotin e-cigarette adalah meragukan.

Selain daripada tahap kepekatan cecair nikotin yang tidak mengikut tahap yang dilabelkan, ada juga cecair e-cigarette yang dilabelkan sebagai kosong (0 mg) nikotin telah didapati mengandungi nikotin, kajian US Food And Drug Administration (USFDA) pada tahun 2009 telah menunjukkan cecair e-cigarette turut dikesan mengandungi bahan-bahan kimia merbahaya seperti diethylene glycol yang beracun dan nitrosamine yang boleh menyebabkan kanser.

Pengambilan nikotin yang berlebihan boleh menyebabkan keracunan akut manakala WHO juga memberi amaran bahawa kemasukkan nikotin terus ke dalam paru-paru berkemungkinan boleh menyebabkan kesan keracunan dan ketagihan yang lebih memudaratkan.

Berpandukan nasihat teknikal daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan penemuan hasil kajian yang menunjukkan bahaya cecair nikotin e-cigarette, setakat ini, Kementerian Kesihatan tidak memperakui e-cigarette sebagai alat bantuan berhenti rokok dan tidak menggalakkan orang ramai menggunakan e-cigarette.

5. Apakah yang patut dibuat oleh pengedar e-cigeratte untuk produk mereka berdaftar di Malaysia. Berapakah produk yang telah didaftarkan?

Jawapan : Pengedar e-cigarette perlu memohon kepada Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia untuk pendaftaran dan kelulusan produk e-cigarette mereka dan memenuhi semua prosedur untuk pengesahan keselamatan produk tersebut sama seperti pendaftaran untuk bahan racun dan ubatan.

Setakat ini TIADA e-cigarette yang telah mendapat pendaftaran dan
kelulusan Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan kerana keselamatan produk tersebut tidak dapat dijamin.

6. Apakah nasihat Kementerian Kesihatan kepada orang ramai mengenai e-cigarette?
Jawapan : Kementerian Kesihatan mengambil berat terhadap kesihatan semua Warganegara termasuk para perokok. Kementerian kesihatan ingin memastikan produk e-cigarette yang dijual di pasaran adalah selamat untuk digunakan.

Sehubungan itu, mana-mana orang yang ingin membekal, mengedar atau menjual e-cigarette perlu memohon kepada Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mendapatkan pendaftaran dan kelulusan produk e-cigarette mereka sebelum terlibat dengan aktiviti pengedaran atau penjualan e-cigarette. Kementerian Kesihatan Malaysia juga menasihati orang ramai agar tidak menggunakan produk e-cigarette kerana keselamatan e-cigarette belum disahkan. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Feb 5, 2018 7:31 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



PELIK: Ekonomi berkembang tapi rakyat tak berduit - Pengarah urusan pasaraya Mydin

bloglist-malaysia.blogspot

gigitankerengga

Rakyat tak berduit walaupun ekonomi berkembang, kata Mydin Pengguna tidak dapat memenuhi peningkatan kos barangan walaupun ekonomi Malaysia dilaporkan meningkat. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 5 Februari, 2018.

RAKYAT awam, yakni pengguna tidak dapat memenuhi peningkatan kos barangan walaupun ekonomi Malaysia dilaporkan meningkat.

Inilah rumusan oleh bos pasar raya tempatan Ameer Ali Mydin bila menghuraikan data tentang bagaimana tahun lalu penjualan merosot di seluruh pasar raya di negara ini.

Diakibatkan penjualan yang rendah, kemerosotan dalam pertumbuhan untuk pasar raya terjadi kerana harga untuk lebih 100 jenis makanan meningkat sebanyak 14% dalam lima tahun kebelakangan ini.

"Saya fikir rakyat tak ada duit," kata Ameer, pengarah urusan Mydin dalam temu ramah bersama stesen radio BFM.

-themalaysianinsight

Pengedar Bumiputera Melayu Islam Kereta Proton Bakal Gulung Tikar
bloglist-malaysia.blogspot
libanglibu.blogspot
Posted by Libang Libu

Zaman lemak-kelemak telah berakhir. Sekarang Ploton bukan lagi Proton.

Kahkahkah!

Ploton dah dapat kat Cina, sudah tentu dia akan melebihkan pengedar sebangsa dgnnya. Sudah tentu dia akan melebihkan pembeli dari kalangan bangsanya.

Kalau Proton dapat kat India pun senarionya akan sama. Bangsa India pula akan menikmati diskaun seperti mana yg akan dinikmati keturunan Hokkien.

Bezanya Proton yg sekian lama dikuasai Melayu haram tak menyumbang hapa kpd pembeli Melayu. Lagi nak mengerat tembolok Melayu ada.

Kahkahkah!

Dah macam2 syarat, macam2 titah perintah tauke baru Proton, tak kan tak paham2??

Maknanya ramai lagi pengedar bangsa dia yg mampu buat kerja. Maknanya dia tak kisah sangatlah kalau tak ada pengedar Melayu pun.

Maknanya dia suruh balik kampung tunggu duit BRIM je la.

Kahkahkah!
 

Menara Warisan Merdeka (Kl118)

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net

Dijangka siap pada tahun 2024, Malaysia akan mempunyai sebuah menara yang bakal menjadi mercu tanda baru dan dapat mengharumkan nama Malaysia di mata dunia. Ketinggian menara yang bakal dibina ini akan menandingi ketinggian KLCC (451.2 meter) dan The Exchange 106 (492 meter) sekaligus meletakkannya sebagai menara tertinggi di Malaysia dan Asia Tenggara. Apabila siap pembinaannya kelak, ia mampu mempertingkatkan lagi kepesatan ekonomi negara.

Menara Warisan Merdeka atau juga dikenali dengan KL118 merupakan inisiatif Permodalan Nasional Berhad (PNB) untuk merangsang perkembangan ekonomi negara. Nama KL118 diambil bersempena dengan jumlah tingkat menara tersebut. Manakala, Menara Warisan Merdeka diberi nama atas kapasiti menara tersebut berada di tengah-tengah kawasan warisan sejarah sebelum kemerdekaan. Ketinggiannya bakal mencecah 630 meter (ada juga mengatakan sampai 645 meter), 200 meter lebih tinggi dari KLCC.

Namun, ketinggiannya masih tidak dapat ditetapkan lagi sehingga ianya siap sepenuhnya pada tahun 2024. KL118 terletak di Bukit Petaling di mana tapak asalnya adalah Taman Merdeka dan dikelilingi dengan bangunan bersejarah lain seperti Stadium Merdeka, Stadium Negara, Institusi Victoria dan Sekolah Lelaki Methodist.
..
KL118 juga dihubungkan dengan jajaran 'Mass Rapid Transit (MRT)' iaitu berdekatan dengan Stesen MRT Merdeka. KL118 mempunyai 118 tingkat di mana 100 tingkat akan disewakan dan 80 tingkat daripadanya untuk ruang pejabat di mana 60 tingkat daripadanya akan diletakkan pejabat-pejabat syarikat di bawah naungan PNB, manakala 20 lagi tingkat akan disewakan kepada syarikat-syarikat tempatan yang bertaraf antarabangsa. 20 tingkat lagi akan disewakan untuk kegunaan ruang hotel yang akan dikendalikan oleh hotel yang bertaraf antarabangsa. Selebihnya akan digunakan untuk ruang perniagaan, taman rekreasi, pusat konvensyen dan fasiliti-fasiliti yang lain termasuk ruang parkir yang memuatkan sehingga 5000 kenderaan.

Konsep seni bina KL118 diilhamkan daripada genggaman tangan kanan Tunku Abdul Rahman apabila melaungkan 'Merdeka' pada tahun 1957. Ia melambangkan keharmonian yang digunapakai oleh negara dalam mencapai kemerdekaan suatu ketika dahulu. Bentuk rekaan yang moden pula untuk mencerminkan bahawa Malaysia sebagai sebuah negara yang maju dan moden. Kalau dalam ilmu senibina, konsep menara yang moden ini digambarkan sebagai 'dominant architecture' kerana menara ini akan kelihatan seperti dominan dikelilingi bangunan-bangunan bersejarah lain.

Arkitek Australia, Fender Katsalidis adalah arkitek yang memberikan idea mengenai konsep rekabentuk ini. Walaubagaimanapun, segala penghasilan lukisan dan pengurusan projek diserahkan kepada arkitek tempatan iaitu RSP Architect. PNB telah mengumumkan pelantikan UEM Group Bhd dengan kerjasama South Korea's Samsung C&T sebagai kontraktor utama dalam membangunkan KL118. Kerja-kerja tanah pula diuruskan oleh Pintaras Geotechnic Sdn Bhd. Kini, kerja-kerja penanaman cerucuk (piling works) sedang giat dijalankan sejak akhir tahun 2017.
..
Dengan pembinaan menara ini, maka Malaysia mampu mengekalkan 'title' negara yang mempunyai menara tertinggi di Asia Tenggara. Ini disebabkan terdapat 2 buah negara yang bakal membina menara yang bakal menandingi KLCC dan The Exchange 106 iaitu Indonesia dengan pembinaan Jakarta Signature Tower dan Thailand dengan pembinaan Rama IX Super Tower. Kedua-dua menara ini juga sedang dalam pembinaan dan dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2020
..
Sungguhpun begitu, terdapat juga ura-ura yang mengatakan bahawa Malaysia juga sedang dalam perancangan membina sebuah menara yang mencapai ketinggian sehingga 775 meter yang akan dimiliki oleh syarikat Tradewinds Corp Sdn Bhd pegangan Tan Sri Syed Mokhtar Bukhari yang dikenali sebagai Tradewinds Square. Namun, ia masih dalam peringkat perbincangan.

Kos keseluruhan pembinaan KL118 dijangka mencecah RM5 billions. Kos pembinaan yang tinggi ini telah mendapat kecaman daripada sesetengah pihak kerana ianya dianggap membazir dan bakal meningkatkan hutang negara. Walaubagaimanapun, PNB telah menjangkakan apabila KL118 siap sepenuhnya, ia mampu memberi pulangan sehingga RM6 billions pada 5 tahun akan datang seperti yang diumumkan oleh Presiden dan GCEO PNB. Pembinaan KL118 adalah inisiatif PNB sendiri dan bukan cadangan daripada kerajaan. Dana yang diperoleh di dalam pembinaan KL118 adalah kebanyakan melalui pelaburan-pelaburan rakyat Malaysia.
..
Jadi, pulangan keuntungan yang terhasil daripada pembinaan KL118 ini juga akan turut dirasai oleh rakyat Malaysia. Kecaman dan kritikan ke atas pembinaan projek mega ini bukanlah satu perkara yang pelik bahkan ianya pernah juga berlaku terhadap projek-projek mega di Malaysia yang lain seperti KLCC, Putrajaya dan Jambatan Pulan Pinang. Tidak kiralah siapa yang memerintah ketika pembinaan projek-projek mega ini, sudah pasti ianya akan dipolitikkan.

Sebagai rakyat Malaysia, seharusnya kita lebih berfikiran terbuka dan mengambil kira projek-projek mega ini sebagai pemangkin ekonomi negara. Dengan pembinaan menara ini, ia dapat memberi peluang pekerjaan yang luas kepada golongan profesional seperti Arkitek dan Jurutera tempatan ketika pembinaan menara ini manakala apabila siap kelak ia mampu memberi peluang pekerjaan kepada pelbagai bidang.

Nota Editor: Ini ialah artikel info mengenai Warisan Merdeka. Sebarang komentar berbaur politik kepartian dan membanding-bandingkan setiap monumen dan binaan dengan niat politik di Malaysia akan membawa kepada hukuman ban seumur hidup. Layan artikel ini sebagai artikel ilmiah, bukannya artikel politik murahan.
..
(gambar bangunan adalah hiasan )
the Patriots
#RKIDM

Tiada Lagi Istilah "PM Jika Berminat", KPDNKK Akan Buru Peniaga Online Yang Gagal Papar Harga Barang Dijual
siakapkeli.my

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dalam satu kenyataan hari ini memberi amaran kepada peniaga atas talian dan mana-mana web perniagaan supaya memaparkan harga barangan yang dijual dan maklumat produk dengan jelas seperti apa yang pengguna ingin tahu, lapor NST.

Datuk Mohd Roslan Mahayudin, berkata tindakan ini adalah bagi melindungi hak pengguna Selain undang-undang sedia ada memaksa untuk peniaga meletakkan harga dan maklumat barangan sebelum transaksi dilakukan.

Penguatkuasa KPDNKK akan memburu mereka yang mengiklankan produk di atas talian tetapi tidak meletakkan tanda harga barang dijual samaada sengaja atau tidak.

Penggunaan frasa "PM saya, sis", "Done PM" adalah antara kata kunci yang membuatkan penguatkuasa dapat mengesan kepada peniaga gagal memaparkan tanda harga.

Peniaga atas talian kini akan diperhatikan sama seperti yang dilakukan kepada peniaga konvesional yang lain dan hukuman akan dikenakan jika didapati melakukan kesalahan.

Peniaga perlu mengikut Akta Perlindungan Pengguna 1999 dengan perlu memaparkan maklumat seperti berikut:

*Harga perlu dibayar
*Nama penjual atau syarikat
*Nombor Pendaftaran Perniagaan
*Maklumat untuk dihubungi seperti nombor telefon atau alamat atau emel
*Keterangan produk
*Kaedah pembayaran
*Terma dan syarat
*Anggaran masa penghantaran

Individu yang gagal mematuhi lapan ketetapan yang disenaraikan oleh kementerian ini boleh didenda sehingga RM50,000 atau penjara tidak lebih 3 tahun atau kedua-duanya sekali.

"Kami menguatkuasakan undang-undang ini setelah sekian lama memberi kelonggaran kepada peniaga untuk menyesuaikan diri"

"Kami mahu pengguna dilindungi dengan lebih baik dan hak mereka mesti dilindungi dan mereka mesti dapat membuat keputusan pembelian selepas mendapat segala dengan maklumat yang dipaparkan termasuk caj tersembunyi."

"Jadi, jika seseorang menjual kucing, sebagai contoh, dia mesti memaparkan harga yang mahu dijual dan tidak lagi berkata PM jika berminat."

"Kami tidak mempunyai masalah dengan peniaga e-dagang yang lain seperti Zalora atau Lazada kerana mereka masih patuh kepada undang-undang yang ditetapkan."kata Roslan.

Beliau juga menyatakan sudah lama masa diberikan, sekarang semua peniaga atas talian perlu memaparkan tanda harga.

Roslan menggesa orang ramai supaya memberi bekerjasama dengan kementerian untuk memastikan para peniaga mematuhi undang-undang yang ditetapkan, jika ada terus hubungi bahagian penguatkuasaan di talian 1-800-886-800. - Siakapkeli.my

SUMBER: New Straits Times

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Feb 5, 2018 7:32 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Elak Pencemaran Longkang Dan Saliran Air, UPM Tawar Beli Minyak Masak Terpakai Dengan Tawaran 1Kg RM1
siakapkeli.my

Masih ramai yang tidak tahu kemana nak dibuang minyak masak yang sudah digunakan beberapa kali itu sehingga menyebabkan saliran longkang anda tersumbat.

Pada Disember 2013 lalu, Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan telah berkata, minyak masak yang telah digunakan ada kelebihan sendiri dan tidak wajar untuk dibazirkan.

"Jika lebihan minyak masak terpakai dibuang ke longkang atau saliran air, ia bakal memberi impak negatif dan boleh menyebabkan gangguan ke atas sistem loji air, di tapak pelupusan, loji kumbahan dan yang paling penting ia boleh menyebabkan pencemaran ke atas sumber air."
Oleh itu, pihak Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama CIMB Foundation telah menubuhkan satu pusat pengumpulan minyak terpakai untuk 'metranesterifikasikan' minyak terpakai ini menjadi biodesel menerusi proses khusus yang boleh digunakan untuk kenderaan berat seperti traktor, bas dan sebagainya.

Daripada group Membeli Minyak Masak Terpakai Dari Rumah Ke Rumah di Facebook, mereka menawarkan khidmat kutipan minyak terpakai anda terus dari rumah. Bagi setiap satu kilogram (kg) minyak masak terpakai, orang ramai boleh memperoleh RM1 jika ianya dijual balik untuk diproses menjadi biodiesel.

Selain menyelamatkan sistem loji air, orang ramai boleh meraih pendapatan sampingan daripada kempen ini dan sekali gus menangani isu kos bahan api yang membelenggu pengguna di negara ini.

Dibawah merupakan cara-cara dan jadual pengutipan minyak masak terpakai yang dikongsi daripada group Membeli Minyak Masak Terpakai Dari Rumah Ke Rumah yang anda boleh jadikan sebagai rujukan penjualan balik minyak masak dirumah. Jangan sangka minyak masak terpakai tidak berguna, sebaliknya komoditi ini boleh ditukar menjadi pendapatan sampingan daripada dibuang begitu sahaja. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita semua.

Membeli Minyak Masak Terpakai Dari Rumah Ke Rumah menambah 3 foto baharu
· 15hb Januari jam 11.11 ptg ·
MINYAK MASAK TERPAKAI BOLEH DIJUAL
..
Ramai tidak mengetahui, mulai Disember 2014 lalu, semua diesel yang dibekalkan stesen-stesen minyak di seluruh negara ini mengan­dungi adunan 7 peratus biodiesel minyak sawit dan 93 peratus diesel petroleum.
..
Mohhh kita, simpan minyak masak yang tak nak guna tuu...Pastu kita jual. Boleh dapat duit sampingan dari kita buang saja-saja tak dapat apaaaa.....
..
Kami akan datang ke rumah akak-akak utk kutip minyak masak terpakai.
..
Caranya senang saja.Simpan dalam botol, min 5kg. Pastu, wasap admin.Tekan link bawah nie....
..
www.wasap.my/60123420252

Facebook kami : www.facebook.com/MembeliMinyakMasakTerpakaiDariRumahKeRumah
..
HANYA UTK TEMPAT-TEMPAT BERIKUT:
================================
..
1) Puchong
2) Sekitar Taman Medan, Tmn Dato' Harun, Seri Manja
3)Seri Kembangan
4) Serdang
5) Putrajaya
..
..KUTIPAN MINYAK
===============
- Pada hari Sabtu dan Ahad
- Tarikh kutipan bg setiap kawasan akan di maklumkan melalui wasap
..
UTK KETERANGAN LANJUT DAN RESPON LEBIH PANTAS, SILA WASAP ADMIN!!!
..
SILA TEKAN : www.wasap.my/60123420252
SILA TEKAN : www.wasap.my/60123420252
SILA TEKAN : www.wasap.my/60123420252

Siakapkeli.my
KTM Komuter Beroperasi Mengikut Jadual Waktu Baharu Mulai Esok
siakapkeli.my

2 Feb - Bermula 3 Februari 2018, Keretapi Tanah Melayu (KTM) Komuter akan beroperasi menggunakan jadual waktu baharu seirang dengan maklum balas daripada pengguna dan nasihat yang diberikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) berkenaan jadual waktu sedia ada yang digunakan sejak 22 Disember lepas.

Menurut Khair Johari, selaku Pengurus Besar Perkhidmatan KTM Komuter perubahan jadual waktu itu bagi memastikan perkhidmatan lebih lancar sepanjang penutupan satu landasan antara Stesen KL Sentral - Stesen Putra dan Stesen Kuang - Stesen Sg Buloh berikutan kerja-kerja Projek Menaik Taraf Infrastruktur Landasan Berkembar Lembah Klang (KVDT) yang dijangka siap November 2019.

Kenyataan Media dari KTM

"KTM Berhad (KTMB) komited dan prihatin untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pengguna KTM Komuter walaupun kami berhadapan dengan cabaran untuk memastikan kerja-kerja projek dijalankan mengikut perancangan dan pada masa yang sama perlu memenuhi keperluan pengguna," katanya dalam kenyataan hari ini.

Manakala, jadual waktu laluan bagi Pelabuhan Klang - Tanjung Malim - Pelabuhan Klang akan mengalami perubahan berikutan kekerapan tren yang baharu iaitu setiap 30 minit sepanjang hari berbanding sekarang iaitu setiap 15 hingga 30 minit pada waktu puncak dan 60 minit di luar waktu puncak.

Bagi laluan dari Pulau Sebang - Batu Caves - Pulau Sebang juga bakal mengalami perubahan susulan perubahan corak operasi tren, tiada perkhidmatan terus dari Pulau Sebang ke Batu Caves dan sebaliknya mulai esok.

Perkhidmatan tren dari Pulau Sebang akan ditamatkan di Stesen KL Sentral dan akan berpatah balik ke Pulau Sebang dengan kekerapan tren setiap 20 minit (waktu puncak) dan 30 minit hingga 90 minit (waktu luar puncak).

Selain itu, perkhidmatan tren dari Batu Caves akan ditamatkan di Stesen Sentul dan akan berpatah balik ke laluan Batu Caves dengan kekerapan 20 minit (waktu puncak) dan 40 minit (waktu luar puncak).

Manakala perkhhidmatan bas perantara juga akan disediakan dengan kekerapan 20 minit hingga 30 minit kepada penumpang yang ingin menyambung perjalanan ke laluan Pulau Sebang atau Batu Caves untuk membolehkan penumpang dari Stesen KL Sentral ke Stesen Sentul atau dari Stesen Sentul ke Stesen KL Sentral atau LRT Sentul menyambung perjalanan dengan tren untuk destinasi masing-masing.

Perubahan ini juga akan menghentikan perkhidmatan tren secara terus ke laluan Pulau Sebang atau Batu Caves dari stesen Kuala Lumpur, Bank Negara dan Putra.

Pengguna dinasihatkan menaiki tren dari laluan Tanjung Malim untuk ke Stesen KL Sentral atau perkhidmatan tren Rapid KL (Laluan Sri Petaling) sebagai alternatif untuk ke destinasi masing-masing.
"KTMB amat menghargai dan mengharapkan pemahaman serta sokongan pengguna setia perkhidmatan KTM Komuter dalam tempoh pelaksanaan projek KVDT berikutan kesulitan yang terpaksa ditempoh pada masa kini untuk kemudahan masa depan," katanya.

Jadual waktu baharu itu boleh dirujuk atau dimuat turun di laman rasmi KTMB di www.ktmb.com.myatau hubungi Pusat Panggilan KTMB di 03-2267 1200 atau twitter @ktm_berhad untuk informasi lanjut.

Siakapkeli.my
SplashData Dedah Senarai Password Paling Mudah (Dan Paling Teruk) Yang Banyak Digunakan Pada 2017
siakapkeli.my/

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, banyak serangan-serangan digital dilakukan oleh penggodam; termasuk serangan ransomware WannaCry dan Bad Rabbit; namun pengguna-pengguna dunia digital ini dilihat masih belum serik dari menggunakan kata laluan yang kurang selamat.

SplashData mendedahkan senarai password 2017 yang paling teruk, menggunakan 5 juta data yang terdedah pada tahun ini - dan... sekali lagi '123456' dan 'password' menduduki tempat paling atas.

Selain itu, password-password klasik seperti 'qwerty' (4), 'admin'(11), dan 'login'(14) turut berada di senarai atas.

Ini senarai top 10 password paling teruk yang digunakan pada 2017.

1 - 123456 (Tidak berubah)
2 - password (Tidak berubah)
3 - 12345678 (Naik 1 anak tangga)
4 - qwerty (Naik 2 anak tangga)
5 - 12345 (Turun 2 anak tangga)
6 - 123456789 (Baru)
7 - letmein (Baru)
8 - 1234567 (Tidak berubah)
9 - football (Turun 4 anak tangga)
10 - iloveyou (Baru)

Sekiranya anda menggunakan salah satu password yang tersebut seperti diatas, bolehlah menukar mereka sekarang. Atau sekiranya anda ingin sesuatu yang lebih selamat, boleh gunakan servis lastpass yang akan membuat password yang selamat serta mengingat password terbabit untuk anda.

"JKR Dah Lulus, Bot Pun Dah Ada," ADUN Jelai Tampil Beri Penjelasan
siakapkeli.my

2 Jan - Ahli Dewan Undangan Negeri Jelai, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail telah menafikan bahawa beliau tidak memberikan perhatian untuk membantu membaik pulih Jambatan Gantung Kampung Pamah Aur, Lipis, Pahang.

Menurut beliau, permohonan telah dibuat kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk membaik pulih jambatan tersebut dan telah pun diluluskan pada 21 Disember lalu.

"Saya rasa kesal dengan apa yang telah diviralkan oleh isteri saudara Jalil ini. Bila penerangan diberikan kepadanya, dia telah berpuas hati," katanya.

Katanya lagi kepada Astro Awani, jika ada sebarang masalah terus kemukan masalah tersebut kepada JKKK, Penghulu atau terus berjumpa beliau sendiri untuk bertanya dan mendapatkan maklumat.

Menerusi satu surat yang dikongsi kepada Astro Awani, peruntukkan yang berjumlah RM462,414.40 itu telah diluluskan JKR dengan arahan kerja baik pulih akan bermula pada 8 Januari dan berakhir pada 18 Mac 2018.

Beliau yang juga Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang menegaskan bahawa pihak JKKK sudah menyediakan bot untuk menyeberangi sungai tersebut.

"Perkara ini sebenarnya ini salah faham di mana kita dapat berbincang dan berborak seperti keluarga di mana saya menegaskan dalam apa juga keadaan utamakan keselamatan," ujarnya

Jalan alternatif untuk ke sebarang jalan telah pun disediakan namun, jalan tersebut tidak boleh digunakan buat sementara waktu akibat ditenggelami air banjir.

Hari ini, telah tular sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook, Siti Zaharah Othman yang menunjukkan suami serta anaknya terpaksa menyeberangi sungai untuk ke sekolah melalui sebuah jambatan yang telah rosak.

Selain kecaman terhadap Kerajaan Negeri yang dilihat gagal menyediakan infrastruktur sempurna kepada masyarakat, ada juga netizen yang mengecam tindakan ibu bapa tersebut yang dilihat sanggup menggadai nyawa anak mereka. - Siakapkeli.my

Sumber: Awani

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Feb 5, 2018 7:33 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Baitul Maqdis Milik Kita

Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
tranungkite.net/
"

BAITUL MAQDIS MILIK KITA

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, selawat dan salam kepada Rasulullah S.A.W, penutup sekalian para Nabi dan Rasul, imam bagi orang yang bertaqwa dan ketua kepada penyeru para mujahidin, dan juga ke atas ahli keluarga Baginda S.A.W, para sahabat, tabi'in sehingga ke hari kiamat nanti.

Baitul Maqdis adalah ibu negara Islam Palestin, tidak ada tawar-menawar dan tidak sesekali berundur. Baitul Maqdis adalah isu agama Islam sebelum menjadi isu negara dan bangsa. Di sinilah kiblat pertama dan tempat suci ketiga, tanah kelahiran para nabi, tempat perjalanan Isra' Rasulullah S.A..W, dan juga permulaan Mi'raj Baginda S.A.W sebagai tetamu Allah S.W.T. Tanah suci ini telah dihidupkan oleh Nabi Ibrahim A.S.

Firman Allah SWT:

﴿مَا كَانَ إِبْرَاهِيمُ يَهُودِيًّا وَلَا نَصْرَانِيًّا وَلَكِنْ كَانَ حَنِيفًا مُسْلِمًا وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِينَ٦٧﴾ [آل عمران: 67]

"Bukanlah Nabi Ibrahim itu seorang pemeluk agama Yahudi, dan bukanlah ia seorang pemeluk agama Kristian, tetapi ia seorang yang tetap di atas dasar tauhid sebagai seorang Muslim (yang taat dan berserah bulat-bulat kepada Allah), dan ia pula bukanlah dari orang-orang musyrik (67)" [Al-i'Imran: 67]

Walaupun semua agama mengiktiraf dan memberi penghormatan ke atas Nabi Ibrahim A.S dengan bahasa yang berbeza, sama ada mereka daripada kalangan ahli kitab atau selainnya, maka Nabi Ibrahim A.S. adalah bapa kepada sekalian para nabi.

Firman Allah:

﴿وَمَنْ يَرْغَبُ عَنْ مِلَّةِ إِبْرَاهِيمَ إِلَّا مَنْ سَفِهَ نَفْسَهُ وَلَقَدِ اصْطَفَيْنَاهُ فِي الدُّنْيَا وَإِنَّهُ فِي الْآخِرَةِ لَمِنَ الصَّالِحِينَ١٣٠ إِذْ قَالَ لَهُ رَبُّهُ أَسْلِمْ قَالَ أَسْلَمْتُ لِرَبِّ الْعَالَمِينَ١٣١ وَوَصَّى بِهَا إِبْرَاهِيمُ بَنِيهِ وَيَعْقُوبُ يَا بَنِيَّ إِنَّ اللَّهَ اصْطَفَى لَكُمُ الدِّينَ فَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُونَ١٣٢ أَمْ كُنْتُمْ شُهَدَاءَ إِذْ حَضَرَ يَعْقُوبَ الْمَوْتُ إِذْ قَالَ لِبَنِيهِ مَا تَعْبُدُونَ مِنْ بَعْدِي قَالُوا نَعْبُدُ إِلَهَكَ وَإِلَهَ آبَائِكَ إِبْرَاهِيمَ وَإِسْمَاعِيلَ وَإِسْحَاقَ إِلَهًا وَاحِدًا وَنَحْنُ لَهُ مُسْلِمُونَ١٣٣ تِلْكَ أُمَّةٌ قَدْ خَلَتْ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَلَكُمْ مَا كَسَبْتُمْ وَلَا تُسْأَلُونَ عَمَّا كَانُوا يَعْمَلُونَ١٣٤﴾ [البقرة: 130-134]

"Tidak ada orang yang membenci agama Nabi Ibrahim selain daripada orang yang membodohkan dirinya sendiri, kerana sesungguhnya Kami telah memilih Ibrahim (menjadi nabi) di dunia ini; dan sesungguhnya ia pada Hari Akhirat kelak tetaplah dari orang-orang yang soleh yang (tertinggi martabatnya) (130) (Ingatlah) ketika Tuhannya berfirman kepadanya: "Serahkanlah diri (kepada-Ku wahai Ibrahim)!" Nabi Ibrahim menjawab: "Aku serahkan diri (tunduk taat) kepada Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam"(131) Dan Nabi Ibrahim pun berwasiat dengan agama itu kepada anak-anaknya, dan (demikian juga) Nabi Yaakub (berwasiat kepada anak-anaknya) katanya: "Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama (Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam"(132) (Demikianlah wasiat Nabi Yaakub, bukan sebagaimana yang kamu katakan itu wahai orang-orang Yahudi)! Kamu tiada hadir ketika Nabi Yaakub hampir mati, ketika ia berkata kepada anak-anaknya: "Apakah yang kamu akan sembah sesudah aku mati?" Mereka menjawab: "Kami menyembah Tuhanmu dan Tuhan datuk nenekmu Ibrahim dan Ismail dan Ishak, iaitu Tuhan yang Maha Esa, dan kepada-Nyalah sahaja kami berserah diri (dengan penuh iman)"(133) Mereka itu adalah satu umat yang telah lalu sejarahnya; bagi mereka (balasan) apa yang mereka telah usahakan, dan bagi kamu pula (balasan) apa yang kamu usahakan; dan kamu tidak akan ditanya (atau dipertanggungjawabkan) tentang apa yang telah mereka lakukan(134)" [Al-Baqarah: 130-134]

Kita beriman bahawa Palestin adalah bumi Islam dan umat Islam dan bukan untuk orang Arab semata-mata, bahkan jauh sama sekali untuk orang Yahudi yang dimurkai di atas apa yang mereka lakukan dan apa yang telah mereka usahakan..

Langkah menjadikan Baitul Maqdis milik Yahudi, bahkan ke atas Palestin seluruhnya adalah pengkhianatan yang besar terhadap para nabi, termasuk para nabi daripada keturunan Bani Israel. Umat Islam tidak seharusnya mengiktiraf pengkhianatan dan kezaliman rejim Zionis Yahudi. Mereka adalah golongan yang mengkhianati para nabi dan rasul.

Inilah yang Allah SWT firmankan kepada mereka:

﴿ أَفَكُلَّمَا جَاءَكُمْ رَسُولٌ بِمَا لَا تَهْوَى أَنْفُسُكُمُ اسْتَكْبَرْتُمْ فَفَرِيقًا كَذَّبْتُمْ وَفَرِيقًا تَقْتُلُونَ٨٧﴾ [البقرة: 87]

"Maka patutkah, tiap-tiap kali datang kepada kamu seorang Rasul membawa sesuatu (kebenaran) yang tidak disukai oleh hawa nafsu kamu, kamu (dengan) sombong takbur (menolaknya), sehingga sebahagian dari Rasul-rasul itu kamu dustakan, dan sebahagian yang lain pula kamu membunuhnya?(87)" [Al-Baqarah: 87]

Propaganda Freemason dan Zionis untuk menubuhkan sebuah negara Nabi Daud dan Nabi Sulaiman A.S adalah satu penipuan, kerana negara Islam ini tertegak di atas manhaj Taurat dan kenabian. Mereka tidak beramal dengan kitab Taurat, bahkan menyelewengkannya dan menukarkannya, serta beriman dengan sebahagiannya dan kufur pula dengan sebahagiannya.

Allah menceritakan kisah mereka:

﴿ أَفَتُؤْمِنُونَ بِبَعْضِ الْكِتَابِ وَتَكْفُرُونَ بِبَعْضٍ فَمَا جَزَاءُ مَنْ يَفْعَلُ ذَلِكَ مِنْكُمْ إِلَّا خِزْيٌ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ يُرَدُّونَ إِلَى أَشَدِّ الْعَذَابِ وَمَا اللَّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ٨٥ أُولَئِكَ الَّذِينَ اشْتَرَوُا الْحَيَاةَ الدُّنْيَا بِالْآخِرَةِ فَلَا يُخَفَّفُ عَنْهُمُ الْعَذَابُ وَلَا هُمْ يُنْصَرُونَ٨٦﴾ [البقرة: 85-86]

"Sesudah itu maka patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian (dari isi) Kitab Taurat dan mengingkari akan sebahagian yang lain? Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu dari antara kamu, selain dari kehinaan ketika hidup di dunia, dan pada Hari Kiamat akan ditolak mereka ke dalam azab seksa yang amat berat. Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan (85) Mereka itulah orang-orang yang membeli (mengutamakan) kehidupan dunia (dan kesenangannya) dengan (meninggalkan perintah-perintah Allah yang membawa kebahagiaan dalam kehidupan) akhirat; maka tidak akan diringankan azab seksa mereka (pada hari kiamat), dan mereka pula tidak akan diberikan pertolongan (86)" [Al-Baqarah: 85-86]

Allah mengumpamakan mereka seperti keldai:

﴿مَثَلُ الَّذِينَ حُمِّلُوا التَّوْرَاةَ ثُمَّ لَمْ يَحْمِلُوهَا كَمَثَلِ الْحِمَارِ يَحْمِلُ أَسْفَارًا بِئْسَ مَثَلُ الْقَوْمِ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِ اللَّهِ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ٥﴾ [الجمعة: 5]

"(Sifat-sifat Nabi Muhammad itu telahpun diterangkan dalam Kitab Taurat tetapi orang-orang Yahudi tidak juga mempercayainya, maka) bandingan orang-orang (Yahudi) yang ditanggungjawab dan ditugaskan (mengetahui dan melaksanakan hukum) Kitab Taurat, kemudian mereka tidak menyempurnakan tanggungjawab dan tugas itu, samalah seperti keldai yang memikul bendela Kitab-kitab besar (sedang ia tidak mengetahui kandungannya). Buruk sungguh bandingan kaum yang mendustakan ayat-ayat keterangan Allah; dan (ingatlah), Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim(5)" [Al-Jumu'ah: 5]

Negara-negara Islam dan majoriti negara lain tidak sepatutnya berpihak kepada 'keldai' ini, termasuklah negara-negara yang besar dan maju. Celakalah ke atas mereka yang menjadi seperti Zionis daripada bangsa kita dan bertutur dengan bahasa kita yang berusaha untuk menggunakan politik normalisasi (memberi pengiktirafan terbuka kepada Zionis Israel, mengakui kewujudannya dan menjalankan hubungan secara rasmi mahupun tidak dengan Israel).

Begitulah cara nenek moyang mereka memasuki bumi Palestin atas nama hijrah dan jihad. Sedangkan kemasukan mereka selepas sesat di padang pasir selama 40 tahun adalah kerana keengganan mereka untuk berjihad di jalan Allah SWT. Bahkan mereka mempermainkan perintah Allah SWT:

﴿وَإِذْ قُلْنَا ادْخُلُوا هَذِهِ الْقَرْيَةَ فَكُلُوا مِنْهَا حَيْثُ شِئْتُمْ رَغَدًا وَادْخُلُوا الْبَابَ سُجَّدًا وَقُولُوا حِطَّةٌ نَغْفِرْ لَكُمْ خَطَايَاكُمْ وَسَنَزِيدُ الْمُحْسِنِينَ٥٨ فَبَدَّلَ الَّذِينَ ظَلَمُوا قَوْلًا غَيْرَ الَّذِي قِيلَ لَهُمْ فَأَنْزَلْنَا عَلَى الَّذِينَ ظَلَمُوا رِجْزًا مِنَ السَّمَاءِ بِمَا كَانُوا يَفْسُقُونَ٥٩﴾ [البقرة: 58-59]

"Dan (kenangkanlah) ketika Kami berfirman: "Masuklah kamu ke bandar ini, kemudian makanlah dari benda-benda yang ada di dalamnya dengan sepuas-puasnya, apa sahaja yang kamu sukai. Dan masuklah kamu melalui pintunya dengan tunduk (merendah diri); dan (mintalah ampun dengan) berkata: ' Ya Allah ampunilah dosa kami '; supaya kami ampunkan kesalahan-kesalahan kamu, dan Kami akan tambah pula pahala orang-orang yang berbuat baik"(58) Kemudian orang-orang yang zalim (penderhaka) itu mengubah perkataan (perintah kami) yang dikatakan kepada mereka dengan melakukan sebaliknya; maka Kami turunkan ke atas orang-orang yang zalim itu bala bencana dari langit, dengan sebab mereka sentiasa berlaku fasik (menderhaka) (59)" [Al-Baqarah: 58-59]

Manakala kejatuhan bumi Palestin dan Baitul Maqdis beberapa kali sepanjang sejarah pemerintahan mereka adalah disebabkan oleh pengkhianatan dan penentangan mereka terhadap risalah para Nabi, kitab-kitab Allah dan agama-Nya. Begitu juga berlakunya kejatuhan Palestin dan Baitul Maqdis pada hari ini selepas Revolusi Agung Arab sebelum 100 tahun lampau iaitu pada permulaan abad lalu yang dekat, kerana kehilangan kemuliaan Islam, sebagaimana ditegaskan oleh Saidina Umar Al-Khattab:

نحن قوم أعزنا الله بالإسلام فمهما نبتغي العز بغير ما أعزنا الله أذلنا الله

"Kita adalah umat yang diberikan kemuliaan oleh Allah dengan Islam, sekiranya kita mencari kemuliaan selain dari Islam, nescaya kita menerima penghinaan daripada Allah."

Seterusnya kesetiaan kepada pakatan salib hari ini dan selepas pelaksanaan Deklarasi Balfour serta pembahagian negara-negara Islam melalui Perjanjian Sykes-Picot terhadap mereka yang tidak mempunyai hak selepas kejatuhan Khilafah Uthmaniyyah di tangan kita sendiri di atas nama Revolusi Agung Arab.

Di samping itu, isu Baitul Maqdis Timur dimainkan adalah untuk memperkecilkan isu yang besar selepas mereka mengikut dasar politik normalisasi ini sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga akhirnya terjerumus ke dalam lubang dhob (perangkap Zionis Israel). Ia secara beransur-ansur dipinggirkan daripada isu agama Islam dan kemudian menjadi isu kaum dan nasionalisme arab, kemudian menjadi isu rakyat Palestin, dan menjadi isu tanah yang berlaku sebelum perang 1967, diikuti pula dengan Persidangan Oslo dan Persidangan Madrid, kemudiannya penyelesaian dua negara, seterusnya dibelah menjadi Baitul Maqdis Timur, dan akhirnya apa yang dinamakan sebagai perjanjian abad ini.

Rakyat Palestin telah membantah sekeras-kerasnya, begitu juga umat Islam di seluruh dunia juga menolak perkara ini kecuali mereka yang menyimpang dan mereka ini seakan tidak wujud. Dan ia mengingatkan saya tentang apa yang dikatakan oleh Yasser Arafat Abu Ammar rahimahullah ketika mana Ismail Jan, mantan Menteri Luar Turki datang menawarkan cadangan supaya menyerahkan Baitul Maqdis kepada Yahudi dengan menubuhkan kerajaan baru Palestin dan dibayar sejumlah besar wang. Beliau berkata sambil tersenyum:

"Saya terima dengan syarat anda melaksanakan undian cadangan tersebut di Turki. Adakah rakyat Turki yang beragama Islam akan menerimanya atau tidak?"

Lalu Menteri itu pergi dengan keadaan malu. Sepertimana keluarnya Theodore Herzl, seorang Zionis juga dalam keadaan malu, apabila tawarannya ditolak oleh Sultan Abdul Hamid rahimahullah, Khalifah Turki Uthmaniyyah. Akan tetapi perjanjian baru bagi orang Arab hari ini adalah menyeleweng.

Maka pada hari ini kita berhimpun di bahagian Timur yang paling hujung, iaitu bahagian paling jauh dari dunia Islam. Sesungguhnya kesatuan kita ini merapatkan ikatan persaudaraan (ukhuwwah) atas dasar keimanan dan menjadikan satu barisan sama pada benteng yang sama. Hal ini kerana tidak ada perbezaan di antara barisan yang pelbagai, mahupun yang berbilang-bilang ini, dari Baitul Maqdis sehingga penghujung Timur mahupun penghujung Barat, dan dari Mauritania ke Indonesia dan Malaysia, kerana kita bersepakat bahawa Baitul Maqdis adalah milik kita.

Biarkan Yahudi tahu bahawa rumah-rumah mereka hanyalah seperti rumah labah-labah, meskipun disokong oleh kuasa-kuasa besar yang mempunyai kuasa veto di dalam Majlis Keamanan PBB, yang menyekat keamanan ke atas saudara-saudara kita di Palestin, dan Kerajaan-kerajaan yang disusun oleh rejim Zionis untuk memberikan perlindungan ke atas Israel sehingga berusaha untuk meluluskan permit persenjataan daripada senjata yang paling kecil kepada senjata yang besar seperti senjata pemusnah yang diharamkan di peringkat antarabangsa. Akan tetapi senjata-senjata itu akan musnah berdepan gerakan intifadhah, kanak-kanak bersenjatakan batu dan barisan Islam yang lahir daripada kebangkitan Islam yang diberkati.

Kita telah melihat kebangkitan umat Islam di seluruh dunia, di negara-negara Islam, masyarakat minoriti Islam di pelbagai benua, dari sebuh lautan ke lautan yang lain, dan dari satu ceruk hingga satu ceruk yang lain.

Persidangan kita pada hari ini di Malaysia, adalah sebahagian yang tidak dapat dipisahkan darinya. Saya mengalu-alukan kehadiran kalian semua ke Asia Tenggara, bumi yang mempunyai jutaan umat Islam. Oleh kerana itu, barisan kita kepala dan sayapnya di Baitul Maqdis, dan anggota tubuhnya berada dari timur ke barat.

Saya mengucapkan jutaan terima kasih di atas penyertaan pihak kerajaan, Perdana Menteri, menteri-menteri, para pegawai, pihak keselamatan, organisasi-organisasi, persatuan-persatuan, para ilmuan dan para ulamak, serta hadirin sekalian.

Kami bermohon kepada Allah S.W.T agar menjadikan perhimpunan kita sebagai satu ikatan di jalan Allah SWT, yang lebih baik daripada dunia dan seisinya. Segala pujian kepada Allah, Tuhan sekalian alam.

"Al-Quds Identiti Ummah"

"Sejahtera Bersama Islam"

ABDUL HADI AWANG
Timbalan Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia,
Presiden PAS

(Teks ini adalah terjemahan ucapan perasmian Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sempena Majlis Perasmian Persidangan Meja Bulat MyAqsa Ulama Sedunia Mengenai Baitul Maqdis pada 27-28 Januari 2018 di Pullman Putrajaya Lakeside. Disediakan oleh Pejabat Presiden PAS)

"................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: jejakakl
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

Kebangkitan Islam Akan Terus Berlaku Walaupun Ditekan

Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
tranungkite.net

PUTRAJAYA – Kebangkitan umat Islam akan terus berlaku dalam usaha membebaskan Baitulmuqaddis walaupun mendapat tekanan daripada pelbagai pihak, kata Naib Presiden Kesatuan Ulama Islam Sedunia Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Berucap merasmikan Persidangan Meja Bulat Ulama Islam Sedunia Mengenai Baitulmuqaddis di sini hari ini, beliau berkata kehadiran lebih 100 ulama dari seluruh dunia pada persidangan itu juga satu manifestasi kesedaran umat Islam dalam usaha menyelesaikan isu Palestin.

"Kita tahu terdapat usaha untuk memperkecilkan perjuangan membebaskan Palestin. Mereka memperkecil-kecilkannya sehingga ke 'lubang biawak'.

"Namun mereka gagal untuk memberi alasan kukuh bagi mengetepikan isu Palestin ini supaya dilupakan (umat Islam)," katanya.

Abdul Hadi yang juga Presiden PAS berkata tindakan 128 buah negara mengundi menyokong resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menentang langkah Amerika Syarikat mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel juga menunjukkan isu Palestin adalah isu semua pihak.

"Kita lihat hari ini pelbagai pihak seluruh negara telah bersatu di saf pertama berdepan dengan pihak berkenaan (rejim Zionis dan Amerika Syarikat)," kata Abdul Hadi.

Sementara itu, Pengerusi Kesatuan Ulama Palestin Diaspora Sheikh Dr Nawaf Takruri dalam ucapannya menekankan kepentingan peranan ulama Islam dalam menyelesaikan isu Palestin.

Beliau berkata para ulama dalam persidangan tersebut perlu menghasilkan resolusi lebih praktikal yang seterusnya akan dibawa pulang ke negara masing-masing dan memberikan tekanan lebih hebat dalam memperjuangkan kebebasan Palestin.

"Kesatuan Ulama Palestin Diaspora meletakkan harapan begitu tinggi bahawa setiap negara bersama-sama ulama mereka menjelaskan tindakan Presiden Amerika Donald Trump adalah satu pencabulan kepada umat Islam dan menggerakkan umat Islam di seluruh dunia untuk membebaskan Baitulmuqaddis," katanya.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Malaysia dan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak atas usaha yang dilakukan termasuk memberi keutamaan membincangkan isu Palestin dengan ulama dari seluruh dunia.

Katanya persidangan itu diharap dapat menghidupkan semula isu Palestin dan menjelaskan kepada dunia bahawa isu melibatkan Baitulmuqaddis amat mendalam di hati umat Islam secara keseluruhannya.

"Pertemuan ini merupakan pertemuan untuk membincangkan identiti ummah. Al-Quds (Baitulmuqaddis) ialah ibu kota Palestin dan ibu kota seluruh umat Islam dan akan terus dijaga kepentingannya," katanya.

Lebih 100 ulama dari 30 negara menyertai persidangan selama tiga hari itu yang diadakan bersempena Festival MyAQSA yang akan mula di Dataran Putrajaya, di sini malam ini.

Resolusi persidangan itu dijangka dibentangkan esok dan diangkat menjadi fatwa baharu bagi diserahkan kepada ketua-ketua negara Islam dunia untuk tindakan lanjut.

Persidangan itu dianjurkan secara bersama oleh Yayasan MyAQSA, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Kesatuan Ulama Palestin Diaspora dan Kesatuan Ulama Islam Sedunia. – BERNAMA

Resolusi Persidangan Meja Bulat Ulama Islam Sedunia Mengenai Baitulmaqdis

Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
tranungkite.net

PUTRAJAYA: Berikut adalah Resolusi Persidangan Meja Bulat Ulama Islam Sedunia Mengenai Baitulmaqdis yang diadakan di sini, selama dua hari bermula semalam.

1. Merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada kerajaan Malaysia atas penganjuran persidangan sebagai satu keprihatinan kepada Al-Quds dan Masjid Al-Aqsa yang berdepan pelbagai ancaman kesan keputusan Amerika Syarikat (AS) yang dikeluarkan Presidennya, yang mengiktiraf Al-Quds sebagai ibu negara Zionis.

2. Mengecam keganasan dan tindakan melampau Zionis yang menahan dan menyekat ulama Palestin untuk hadir ke persidangan ini. Negara Islam diseru menganjurkan pelbagai persidangan dan perjumpaan untuk membantuAl-Quds, Masjid Al-Aqsa serta penduduk Palestin sebagaimana dilakukan Malaysia.

3. Menzahirkan penolakan terhadap kenyataan Presiden AS yang diibaratkan seperti menjolok sarang tebuan dan bertegas bahawa Al-Quds adalah ibu negara Palestin dan ia adalah hak seluruh umat Islam. Persidangan juga bertegas ke atas kenyataan ini kerana ia bukan sahaja tidak patuh syariat, bahkan melanggar undang-undang serta bercanggah dengan perjanjian dan perundangan antarabangsa kerana ia adalah perjanjian daripada pihak yang tidak berautoriti.

4. Menghargai pendirian jumhur ulama yang membantah kenyataan Presiden AS berkenaan isu Al-Quds. Persidangan juga menggesa seluruh negara Islam meneruskan pendirian mereka untuk terus melakukan penentangan.

PENYELARAS Persidangan Meja Bulat MyAQSA, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali (tengah) bersama (dari kiri) Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri; Ketua Kesatuan Ulama Islam Lubnan, Sheikh Ahmad Al Omari; Pengerusi Pusat Pembentukan Ulama Mauritania, Syeikh Muhammad Hasan Walid ad-Dedew dan Pengerusi Majlis Islam Syria, Syeikh Usamah al-Rifa'i selepas membentangkan resolusi Persidangan Meja Bulat Ulama Islam Sedunia Mengenai Baitulmuqaddis sempena Festival MyAQSA di Putrajaya hari ini. - Foto Mohd Fadli Hamzah (Berita Harian)

5. Menegaskan bahawa haram bersekongkol dengan sebarang usaha yang dibentuk dengan kerajaan Zionis sama ada dalam bidang politik, ekonomi, pengetahuan dan juga media, secara langsung mahu pun tidak. Persidangan menyeru untuk memutuskan segera sebarang bentuk hubungan yang wujud secara langsung dengan kerajaan Zionis atau pihak yang ada kaitan dengan Zionis di pelbagai peringkat, sama ada bidang politik atau ekonomi. Persidangan menyeru untuk menyenaraikan mana-mana individu dan organisasi yang mendapat sebarang bentuk bantuan daripada Zionis, seterusnya memberi amaran kepada mereka serta memutuskan hubungan dengan mereka.

6. Memberi perhatian penuh terhadap Memorandum Ulama Dunia dalam berhadapan dengan neutralisasi secara holistik. Persidangan juga menyeru para ulama, ahli politik dan pihak yang berautoriti supaya memberi perhatian dan komitmen dari sudut pemikiran, budaya dan pendidikan, selain menggesa biro pelaksanaan dibentuk bagi tujuan memboikot neutralisasi hubungan Zionis dengan negara Islam.

7. Menuntut pihak berkuasa Palestin agar bersatu-padu dengan gerakan pembebasan dan menghentikan segala bentuk hubungan dan perjanjian antara rejim Zionis dan pentadbiranAS.

8. Menggesa negara Islam supaya bersatu-padu dalam memperkasakan ruang perdagangan dan ekonomi, antaranya menyokong projek wakaf, penempatan, pendidikan dan aktiviti lain.

9. Menghargai usaha yang dilakukan antara Malaysia-Turki dengan institusi Al-Quds dalam penganjuran pelbagai persidangan ke arah memperkukuh usahasama dengan seluruh negara Islam dari segala aspek termasuk sosial, ekonomi, kebudayaan, agama dan sebagainya.

10. Memberi penghormatan kepada saudara Islam di Palestin yang melaksanakan kawalan di Al-Quds dan Al-Aqsa, serta kepada para mujahidin di Palestin. Persidangan juga menzahirkan rasa hormat kepada para tahanan khususnya kepada keluarga AsySheikh Raid Solah yang berada dalam tahanan rejim Zionis. Persidangan menegaskan bahawa para ulama dan pendakwah berdiri dalam satu saf bersama dengan mereka dalam menghadapi rejim Zionis sehingga mencapai kemenangan dan pembebasan dengan izin Allah.

11. Persidangan juga menolak sebarang perjanjian termasuk Perjanjian Oslo dan persepakatan lain yang tidak membawa keuntungan kepada umat Islam.

12. Menyeru sektor pendidikan di setiap negara untuk menjadikan isu Palestin sebagai sebahagian daripada silibus pengajaran dan pembelajaran, serta dibantu oleh saluran penerangan secara holistik dalam mempertingkatkan kesedaran mengenai Al-Quds.

13. Mencadangkan 2018 diisytihar sebagai Tahun Al-Quds dan menyeru umat Islammenyediakan pelan tindakan untuk membebaskan Palestin melalui pembentukan jawatankuasa bersama antara badan ulama dan institusi mereka bagi melaksanakan pelan berkenaan secara menyeluruh.

14. Menyeru agar dilancarkan program di bawah anjuran para ulama untuk memberikan kesedaran sehingga terbebasnya Palestin di arena tempatan dan antarabangsa. Persidangan juga menyeru supaya satu jawatankuasa bersama dibentuk untuk memastikan segala tindakan dan keputusan ini dapat dijalankan.

Baitulmaqdis: Pemimpin Arab kaya-raya tapi miskin jiwa, kata Abdul Hadi

Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
tranungkite.net

Naib Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Datuk Seri Abdul Hadi Awang terus mengkritik pemimpin dunia Islam, khususnya di Timur Tengah, yang menurutnya bersekongkol dengan Israel dalam isu Baitulmaqdis.

"Ada pemimpin Arab yang kaya raya tapi miskin jiwa, bertindak memujuk rakyat Palestin menyerahkan Baitulmaqdis kepada Yahudi tetapi umat Palestin menolak tawaran ini.

"Orang Islam mesti menyedari Baitulmuqaddis milik umat Islam. Tawaran berbilion dolar kepada pemimpin Palestin diberikan tapi sejahil orang Islam mereka tidak menerimanya dan tak mudah tunduk kepada Israel," katanya ketika berucap di hadapan ribuan yang hadir pada Himpunan Munajat MyAQSA di Dataran Putrajaya, semalam.

Beliau yang juga presiden PAS berkata, Palestin tidak akan terlepas kepada Israel jika umat Islam bersatu.

Sebelum ini, beliau telah mengkritik kegagalan pemimpin tertinggi dunia Islam pada persidangan sidang kemuncak luar biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Turki Disember lalu susulan pengiktirafan Amerika Syarikat (AS) terhadap Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Menurut laporan laman Middle East Monitor, hanya 16 daripada 57 negara anggota OIC yang diwakili pemimpin tertinggi manakala kebanyakannya menghantar pegawai yang berpangkat lebih rendah.

Walaupun dengan kegagalan pemimpinnya, Abdul Hadi berkata perjuangan untuk rakyat Palestin dan Baitulmaqdis akan terus ada dalam jiwa umat Islam di seluruh dunia.

"Perjuangan untuk Palestin dan Baitulmuqaddis tetap ada dalam jiwa umat Islam seluruh pelusuk dunia, mereka ada di bawah satu jasad dan tidak mungkin mudah dicincang.

"Ketahuilah, Israel tidak akan boleh membunuh semangat umat Islam yang jumlahnya (ibarat) kepala di Baitulmuqaddis dan ekornya dari Morocco (Maghribi) hingga ke Indonesia dan Malaysia," katanya.

Bukan bertujuan politik

Selain himpunan semalam, turut diadakan adalah Persidangan Meja Bulat Ulama Islam Sedunia Mengenai Baitulmuqaddis yang bermula 26 Januari lalu dan berakhir semalam, disertai lebih 100 agamawan dari 30 negara

Ia bertujuan memutuskan resolusi yang akan diangkat menjadi fatwa baru berhubung isu Baitulmaqdis bagi diserahkan kepada ketua-ketua negara Islam dunia untuk tindakan lanjut.

Hadir sama dalam himpunan semalam adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Jamil menerusi ucapannya berkata himpunan malam ini merupakan kemuncak bagi umat Islam di Malaysia untuk bersolidariti bersama rakyat Palestin.

"Kehadiran kita malam ini bukan hanya untuk menyambung rintihan kesedihan mereka (rakyat Palestin) tetapi kita sedang membantu mereka menghadapi kesusahan pada hari ini," katanya.

Jamil turut menambah himpunan itu bukan bertujuan politik sebaliknya demi tugas yang lebih besar menyelamatkan umat Islam.

Himpunan Munajat MyAQSA yang berlangsung di Dataran Putrajaya itu bermula seawal jam 2.00 petang dengan beberapa siri kuliah dan soal jawab agama oleh ulama selebriti, pidato tokoh-tokoh NGO dan persembahan kesenian.

Setelah itu, solat Maghrib dan sesi munajat khas Baitulmuqaddis diadakan.

Bincang tindakan

Persidangan meja bulat dianjurkan bersama oleh Yayasan MyAQSA, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Kesatuan Ulama Palestin Diaspora dan Kesatuan Ulama Islam Sedunia.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan MyAQSA, Dr Noorazman Mohd Samsuddin berkata ia membincangkan tindakan yang boleh diambil masyarakat dan ketua-ketua negara Islam dunia susulan pengisytiharan Presiden AS Donald Trump untuk menjadikan Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel.

Dr Noorazman berkata antara ulama terkenal yang mengambil bahagian ialah Pengarah Harta Wakaf Masjidil Aqsa, Dr Najeeh Bkeerat, Ketua Kesatuan Ulama Sudan, Dr. Abdul Hayy Yusuf, Maulana Sayyid Salman al-Husaini al-Nadwi dari India, Maulana Dr Abdul Razzaq Iskandar dari Pakistan dan Abdul Hadi.

Sebagai inisiatif awal, resolusi tersebut akan diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu majlis khas yang akan dihadiri semua ulama terbabit sejurus persidangan tersebut berakhir pada 28 Januari, katanya.

Selain itu, turut diadakan ialah Ekspo Aqsaku selama tiga hari bermula 26 Januari dengan tarikan utama iaitu pameran replika sebahagian Masjid Al-Aqsa serta program solidariti selebriti bersama Aqsaku.

Himpunan sama di Putrajaya telah diadakan pada 22 Disember lalu anjuran kerajaan yang turut disertai PAS, tetapi ketika itu tanpa kehadiran presidennya.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Feb 5, 2018 7:33 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Sangat Menyentuh Hati, Hajat Acan Mahu Sambut Hari Lahir Ibu Akhirnya Tercapai
siakapkeli.my

29 Jan - Adalah satu kerugian kepada kita sebagai anak apabila tidak dapat membahagiakan hati ibu bapa kita ketika hayatnya. Benar, ibu bapa tidak pernah meminta untuk dibahagiakan. Namun, itu usaha kita sebagai anak untuk menghargai jasa ibu bapa yang telah banyak berkorban untuk membesarkan kita sehingga ke hari ini.

Seorang anak yang baik pasti sentiasa ingin melihat ibu bapanya bahagia. Tak kira ketika sihat mahupun ketika anak itu sedang sakit.

Seperti apa yang dihajatkan oleh seorang anak ini yang menghidap sakit jantung yang kronik, ingin menyambut hari lahir ibunya akhirnya tercapai.

Kisah Mohd Fikri Hakim bin Jaudin yang sangat menyentuh hati ini telah dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook, Natipah Abu. Adik Fikri yang menghidap sakit jantung yang kronik berhajat untuk menyambut hari lahir ibunya bersama-sama.

Menurut Natipah, hajat itu tercapai apabila bilik yang menjadi dunia adik Fikri sejak dia menghidap penyakit tersebut telah menjadi saksi betapa kasihnya adik Fikri terhadap ibunya yang banyak berkorban untuknya yang dalam keadaan tidak sihat itu.

Tambah Natipah, keluarga adik Fikri ada menyembunyikan sepucuk surat dari hospital, yang mana surat itu tidak sanggup untuk diberikan kepada adik Fikri kerana salah satu isi kandungan surat itu adalah, "dengan ini warisnya memilih utk beliau meninggal dunia di rumah."

Namun, ternyata adik Fikri sudah mengetahui tentang isi kandungan surat itu cuma dia tidak mahu menyuarakan perkara tersebut atas sebab tidak mahu melukakan hati keluarganya yang tercinta.

Berikut adalah perkongsian penuh dari Natipah Abu.

MOHD FIKRI HAKIM BIN JAUDIN atau SIKIN.
JANTUNG KRONIK.

Akhirnya, berkesempatan utk memenuhi hajatnya yg mungkin juga permintaan terakhir dari Acan . Meraikan hari jadi buat ibu tersayang kerana selama ini, hari jadi ibu tidak pernah diraikan biarpun tarikh sebenarnya telah berlalu awal januari.

Lalu, di bilik yg sempit, yg menjadi dunianya selama bertahun inilah kami menunaikan hajatnya kerana dia sudah tidak mampu keluar dr rumah lagi. Lebih menyedihkan, hari ini. Dia tiba-tiba menyuarakan hasrat kepada ibunya, utk membaca " surat rahsia "yg menjadi mimpi ngeri seluruh keluarga ini.

Surat yg dikeluarkan oleh hospital itu dilipat kemas dan disimpan rapi jauh dari penglihatan mereka. Surat yg tidak ingin mereka lihat mahupun kenang kembali apa isi kandungnya. Surat yg mereka kira, dia tidak pernah tahu tentang kewujudannya.

Ternyata, selama ini rupanya dia tahu segalanya tentang surat tu. Cuma dia tidak pernah bersuara kerana tidak ingin melukai hati keluarga yg amat menyayanginya. Biarpun dia sudah sedia maklum isi kandung surat itu namun utk ibu menyerahkan surat itu ke tangannya, sama sekali tidak.

Alangkan ibunya sendiri tidak punya kekuatan utk mendekat apatahlagi memegang surat it bagaimana nanti dia?

Tentu hancur luluh hatinya seandainya dia membaca satu per satu ayat yg tertulis di dlm surat itu yg antara lain klausanya ada menyebut "dengan ini warisnya memilih utk beliau meninggal dunia di rumah."

Biarpun semua yg hadir cuba melakar senyuman seindah mungkin namun di hati hanya Allah yg tahu, betapa masing-masing cuba membendung kesedihan. Acan sudah tidak blh duduk lama bahkan utk becakap pun dia tercungap kepenatan. Wajahnya kelihatan bengkak, bibir, kuku tangan dan kakinya kelihatan biru.

"Semoga Allah S.W.T angkat segala kesakitan dr tubuhnya, permudahkan segala urusan ke atasnya dan sembuhkan lah dia seperti sedia kala."

Siakapkeli.my

"Acan Akan Dihantar Ke Mana Saja Di Dunia Ini Untuk Merawat Dan Menyembuhkannya," - TMJ
siakapkeli.my

Tunku Mahkota Johor, DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, yang merupakan pemangku Raja Johor hari ini telah berkenan melawat adik Mohd Fikri Hakim atau lebih dikenali sebagai Acan yang merupakan pesakit jantung berlubang kronik.

Baginda tuanku yang selesai majlis rasmi di Johor Bahru terus bergerak ke rumah Acan di Taman Bahagia, Bukit Pasir, Muar yang dikatakan ingin sangat berjumpa dengan Tunku Ismail.

Kehadiran Tunku Ismail ternyata membawa khabar gembira apabila Tunku menyatakan kesudiannya untuk menaja Acan berubat di mana sahaja di dunia ini untuk menyembuhkan penyakitnya.

Menurut seorang sukarelawan, Puan Natipah Abu yang ada bersama dalam majlis tersebut berkata, kahadiran TMJ ke rumah Acan memberikan harapan baru kepadanya.

"Semasa Tunku mengumumkan kesediaannya menaja Acan berubat, keluarga Acan dan para sukarelawan mengalirkan air mata syukur dan gembira," katanya.

Dalam pertemuan itu, Tunku mengurniakan jersi JDT yang tertera nama Acan 01 yang turut ditandatangani oleh pemain JDT.

Menurut Puan Natipah lagi, esok Acan akan dibawa untuk berjumpa dengan doktor peribadi TMJ sebelum membuat keputusan ke mana tempat yang akan ditujui di dunia untuk merawat penyakit Acan. - Siakapkeli.my

Artikel tentang Acan kami pernah siarkan tahun 2015 lalu

Siakap Keli telah menambah 5 foto baru
· 17hb April 2015 ·
Dari FB Puan Natipah Abu

Bismillah.... Saat pertama kali mengetahui tentang kisah kedua insan terpilih dari Muar, Johor ini...hati saya dipagut rasa sayu yg amat sangat mengenangkan betapa beratnya dugaan buat kedua beranak ini iaitu Mohd Fikri Hakim bin Sikin @ Jaudin (14 thn ) atau nama timangannya "Acan " dan ibunya Pn Kamariah Md Daud ( 45 thn ). Betapa berat mata memandang...beratlah bahu yg memikulnya apatah lagi buat En Sikin @ Jaudin bin Lasas (46 thn ) lantaran dua jiwa yg teramat di kasihinya sedang bergelut dgn derita demi sehirup nafas.

Acan anak kedua dr tiga beradik ini mengidap jantung berlubang dan mempunyai saluran injap jantung yg salah sejak kecil. Sepatutnya jantung mempunyai satu saluran injap di sebelah kanan dan satu lagi di sebelah kiri tetapi jantung Acan...kedua2 injap tersebut berada di sebelah kanan( double outlet right ventrical ). Acan tidak disyorkan untuk menjalani sebarang pembedahan kerana risiko yg tinggi.
Namun sejak setahun yg lalu..keadaan Acan menjadi semakin kritikal sehinggalah hospital menjadi rumah kedua. Dunia persekolahan pun terpaksa ditinggalkannya...sejak itulah juga Acan memerlukan sokongan oksigen 24 jam untuk meneruskan hidup dalam dunianya yg penuh kesunyian dan suram. Hilanglah sudah keindahan alam remajanya apabila akhirnya pihak hospital memutuskan Acan diletakkan di bawah "paliative care " atau menyediakan pesakit kronik dgn memberi sokongan moral utk mengelakkan sebarang tekanan emosi .

Luluh hati sang ayah mengenangkan keadaan anak tersayang. Namun dia sedar ...dia harus tabah kerana dua jiwa kesayangannya itu tidak boleh dibiarkan rapuh dgn kesedihannya . Begitu juga dgn dua lagi permata hatinya. Dia yg bekerja sbg pemandu lori di kilang plastik itu tidak pernah jemu berusaha utk megubati dan merawat mereka dgn sebarang kaedah yg disyorkan.

Pn Kamariah yg mengidap kanser payudara sudahpun menjalani pembedahan membuang seluruh payu dara kanan hingga ke kelenjar pada thn 2012. Namun kebelakangan ini...beliau mengalami kesakitan yg amat sangat apabila datang haid. Selepas pemeriksaan awal...doktor memaklumkan...ada ketulan di kesan di ovarinya dan beliau sedang dirujuk utk rawatan lanjut.

Sejujurnya saya kagum dgn ketabahan Pn Kamariah. Dalam keadaan beliau yg begitu...Acanlah keutamaannya. Selagi bibir Acan mampu mengukir senyum...tak ada istilah sedih dlm jiwanya. Dia juga membuang jauh2 segala rasa demi memastikan Acan terus bersemangat meneruskan hidup biarpun adakalanya mereka tidak mampu memenuhi keinginan Acan kerana harus berjimat cermat utk mengisi semula tong oksigen Acan.

Untuk setiap pengisian tong yg berharga RM 35 itu hanya mampu bertahan 4 jam. Jika Acan tidak sihat....Acan memerlukan oksigen itu berbanding oksigen yg diproses dgn kuasa letrik kerana ia lebih tulen.Bayangkan kalau Acan tak sihat sehari dua...berapa kalikah tong itu perlu diisi? Wang bantuan JKM RM150 mmg sgt bernilai buat keluarga ini.

Saya dgn rendah hati menyeru semua insan2 berhati emas dan bertangan keramat di luar sana terutamanya mereka yg pernah bersama2 saya membantu Adik Haikal, arwah adik Qysstina, arwah adik Fatini dan Aminah....teruslah bersama saya membantu kedua jiwa ini. Mudah2an..bantuan kita akan mampu meringankan beban keluarga ini dan memberi mereka harapan utk meneruskan hidup dan usaha merawat sedaya upaya.

Sesungguhnya Allah memilih kita membantu seseorang bukan kerana orang itu perlukan sangat bantuan kita tetapi Allah memilih kita kerana memberi peluang utk kita membantu diri kita sendiri. Barakah itu rahsia Allah....

DANA DUA JIWA SATU HATI : MAYBANK NATIPAH ABU 552107617521

SUMBER http://goo.gl/Yt5prq

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: