Friday, February 2, 2018

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4890

12 Messages

Digest #4890
5
Fw: Janji2 PRU, Amphicoach, MARA by "-:rIeNaCoM:-" rienacom

Messages

Wed Jan 31, 2018 9:51 pm (PST) . Posted by:


Facebook: Fanpage Automobil
http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520

Group Automobil
http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

Web:
OILYMAN
http://oilyman.com.my

Blog In Malaysia
http://bloginmalaysia.com

Kataloh
http://kataloh.com

Cari Mudah
http://carimudah.com

Find And Book the Best Hotel Resort
http://besthotelreviews.org

Enplegu.com
http://enplegu.com

Choosing the Best Hotel Reviews
http://besthotelreviews.info

Blog Soccers
http://blogsoccers.com

Google Adsense Program
http://googleadsenseprogram.com

Azami Entertainment
http://azamientertainment.com

Din Apartment
http://dinapartment.com

University College Online
http://universitycollegeonline.info

Kad Niaga
http://kadniaga.com

Google Adsense Program Info
http://googleadsenseprogram.info

K-Pop Music Download
http://k-popmusicdownload.info

Health Care Definition
http://healthcaredefinition.com

Laptop Skin Sticker
http://laptopskinsticker.com

Wed Jan 31, 2018 9:51 pm (PST) . Posted by:


Assalammualaikum dan salam sejahtera.

1. Setiap hari group Automobil menyiarkan purata 20 email. Dalam sebulan sebanyak 580 - 620 email disiarkan.

2. Terdapat 2 cara keahlian iaitu:

a. Melalui email:
Apabila anda menjadi ahli melalui email iaitu menghantar email ke automobil-subscribe@yahoogroups.com anda akan menerima setiap email yang disiarkan oleh Automobil termasuk attachment. Cara ini bersesuaian dengan ahli group yang sering membuka email setiap hari, dua atau tiga hari sekali.

b. Melalui laman web:
Anda menjadi ahli dengan melayari laman web Automobil iaitu http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil . Semasa mengisi borang permohonan anda boleh memilih cara keahlian anda seperti berikut:
Message Delivery
b1. Individual emails. Send individual email messages.
b2. Daily digest. Send many emails in one message.
b3. Special notices. Only send me important update emails from the moderator.
b4. No email. Don't send me email, I'll read the messages at the Web site.

c. Anda boleh menukar cara menerima mesej pada bila-bila masa dengan klik kepada Edit My Membership di laman utama.

3. Kepada ahli-ahli yang jarang membuka email ataupun kepada sesiapa yang tidak gemar menerima email yang banyak dari Automobil setiap hari, anda boleh memilih 2 cara keahlian yang mungkin bersesuaian dengan anda.

a. Daily digest:
Hanya 1 email sahaja yang akan diterima setiap hari atau 29-31 email sebulan iaitu rangkuman semua email yang disiarkan oleh Automobil. Cara ini juga tidak akan menerima attachment yang disiarkan oleh Automobil. SILA PADAMKAN KANDUNGAN EMAIL YANG TIDAK PERLU JIKA INGIN 'REPLY' EMAIL TERSEBUT ATAUPUN EMAIL ANDA TIDAK AKAN DISIARKAN.

a1. Cara menukar keahlian kepada daily digest ialah dengan menghantar email kosong ke: automobil-digest@yahoogroups.com atau menukar melalui laman web seperti yang telah diterangkan.

a2. Untuk menerima kembali email secara normal sila hantar ke automobil-normal@yahoogroups.com .

b. No email:
Anda tidak akan menerima email dari Automobil, sebaliknya terpaksa masuk ke laman web Automobil di http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/messages . Attachment juga tidak dapat dilihat kerana Yahoo tidak lagi menyimpan attachment di ruangan Messages.

a1. Cara menukar keahlian kepada no email ialah dengan menghantar email kosong ke: automobil-nomail@yahoogroups.com atau menukar melalui laman web seperti yang telah diterangkan.

a2. Untuk menerima kembali email secara normal sila hantar ke automobil-normal@yahoogroups.com .

4. Sekiranya ada pertanyaan sila hubungi automobilowner@yahoo.com .

Sekian, terima kasih.

Iwan
AutomobilOwner.

Wed Jan 31, 2018 9:51 pm (PST) . Posted by:


Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Kepada ahli-ahli group yang telah "DISEKAT" dari menghantar email ke
group dan inginkan status normal (Boleh Post ke Group) sila email ke
automobil-owner@yahoogroups.com untuk tindakan lanjut.

Kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh mereka yang ditarik
keistimewaan menghantar email ialah:
1. Menghantar email yang tidak berkaitan Automobil.
2. Spam.
3. Menghantar virus samada sengaja atau tidak sengaja (pastikan anti
virus anda diupdate).
4. Skim cepat kaya, mlm dan lain-lain lagi.

Kepada semua ahli group yang semakin meningkat(keahlian terkini 6301
members)diharap dapat bekerjasama dengan moderator dengan tidak
melakukan kesalahan-kesalahan diatas supaya anda tidak menghadapi
masalah pada masa akan datang.

Kerjasama anda dihargai.

Sekian, terima kasih.
Irwan
AutomobilOwner

Wed Jan 31, 2018 9:51 pm (PST) . Posted by:


Fri Nov 30, 2012 9:22 pm
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

Salam Sejahtera semua.

Mulai 28 November 2012, ahli group Automobil tidak boleh "HIDE ID".
In disebabkan polisi baru Yahoo Groups yang tidak membenarkan menukar alamat email asal seperti sebelum ini.

Jadi kepada sesiapa yang ingin "HIDE ID" sila email dan minta pada kawan-kawan anda untuk melakukan posting sekaligus merahsiakan alamat email syarikat tempat anda bekerja.

Group Automobil juga telah memberikan akses penuh kepada kebanyakan ahli yang aktif terus post email ke group tanpa tapisan moderator tetapi masih di pantau.

Sekian,
Terima Kasih.
Iwan

Fri Feb 2, 2018 7:16 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Janji-janji Najib Semasa PRU

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net


Mana janji yang betul ni... bagi lah undi pada najib... baleh naik harga mcm2 dan cukai mcm2...

Nak bagi lagi ke?
ANDA KENA UNDI PAS ATAU GAGASAN SEJAHTERA

Kredit
Mohd Ruslin

Amphicoach Yang Ditempah Terengganu Kini Berada Di Pelabuhan Klang - Bolehlah UMNO Terengganu guna semasa PRU14 nanti!

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net

KUALA NERUS – Kenderaan bas amfibia (amphicoach) buatan Malta yang ditempah kerajaan negeri Terengganu telah sampai di Pelabuhan Klang beberapa hari lalu.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman menegaskan ketibaan kenderaan dua alam itu diharap dapat menghentikan semua 'serangan' yang dibuat terhadap kerajaan negeri selama ini.
"Buat masa sekarang, terdapat beberapa urusan perlu dibuat termasuk yang berkaitan dengan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

"Kita juga perlu mendapatkan kelulusan dari Pelabuhan Klang sebelum kenderaan dua alam itu dapat dihantar ke Terengganu dalam masa terdekat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah projek pembinaan jalan baharu pesisir pantai yang menghubungkan Pusat Bandaraya Kuala Terengganu (KTCC) ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Razif berkata apabila amphicoach itu sampai ke Terengganu, ia akan menjadi pemangkin dan memberi impak yang sangat besar terhadap sektor pelancongan di negeri itu.

"Selain amphicoach, Program Transformasi Bas Henti-henti - MyBAS juga akan melonjakkan lagi sistem pengangkutan untuk kemudahan pelancong di negeri ini.

"Amphicoach milik Terengganu ini sangat istimewa dan unik kerana ia adalah yang pertama seumpamanya di rantau ini dan Malaysia amnya...sudah pasti ia akan menjadi tarikan terbaharu untuk menarik pelancong datang ke Terengganu," katanya.

Sebelum ini, amphicoach sering menjadi isu terutama di kalangan pembangkang yang sering menjadikan kelewatan penghantarannya untuk 'menyerang' pentadbiran kerajaan negeri.

Pembelian amphicoach itu diilhamkan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said untuk digunakan sebagai daya tarikan pelancong dan pada masa sama menyelamatkan mangsa banjir di kawasan air bertakung yang tidak mempunyai arus bahaya.

-- BERNAMA

Mara digesa tampil jawab dakwaan beli bangunan pada harga terlalu mahal dari harga pasaran
bloglist-malaysia.blogspot
kedahlanie.info

KUALA LUMPUR: Majlis Amanah Rakyat (Mara) perlu menjawab dakwaan yang dijalankan oleh badan media antarabangsa, yang melaporkan institusi kerajaan itu membeli sebuah bangunan di Jalan Swaston, Melbourne yang telah dibeli pada harga terlalu mahal berbanding harga jualan.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan Pemuda AMANAH Nasional Mohd Ammar Atan menjelaskan, harga yang dibeli seminggu sebelum itu adalah bernilai RM73.82juta (AS$23.5juta) dibeli oleh pihak Mara dengan harga jualan RM131.2juta (AS$41.8juta).

Pembelian hartanah oleh pihak MARA ujarnya, sangat mencurigakan apabila harga pembelian adalah 177% lebih tinggi daripada harga asal selang beberapa minggu sebelum transaksi jualan dilakukan.

Beliau yang merujuk kepada portal The Sydney Morning Herald di pautannya, dipetik menyatakan bahawa sejurus transaksi hartanah ini berjaya dijalankan oleh pihak Mara, wang sebanyak RM10.05juta (AS$3.2juta) telah dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi Mohammad Lan yang merupakan bekas pengerusi Mara Inc sewaktu beliau memohon untuk ditingkatkan nilaian harga bangunan tersebut.

Bekas pemilik bangunan tersebut, Lionel Harber terkejut kerana baru sahaja menjualnya kepada sebuah syarikat luar persisir selang beberapa minggu dengan harga RM73.82juta (AS$23.5juta) yang kemudiannya dijual semula dengan Mara Inc. pada harga RM131.2juta (AS$41.8juta), terangnya.

"Ini adalah pembelian yang sangat mencurigakan dan telah memburukkan nama baik Malaysia di mata dunia.

"Jangan pula muncul kleptokrat baharu versi Jho Low 2.0 lain yang memalukan lagi nama baik Malaysia," ujar Mohd Ammar dalam satu kenyataan.

Justeru Pemuda Amanah Nasional telah menghantar satu memorandum ke ibu pejabat Mara hari ini.

Kata Mohd Amar lagi, dalam situasi Mara kekurangan dana sehingga pinjaman dan biasiswa mahasiswa digantungpun Mara ujarnya, masih tergamak untuk melakukan transaksi yang cukup dicurigai ini.

"Soal pendidikan adalah prioriti, jangan disebabkan sikap ini, anak muda Malaysia terpaksa menerima tempiasnya.

"Pemuda Amanah menggesa Mara untuk bersikap jujur dan mendedahkan secara telus pembelian aset hartanah yang dibeli dengan 177 peratus lebih mahal supaya tiada wang rakyat yang tiris dan pembelian ini benar-benar mendatangkan keuntungan tinggi kepada rakyat," ujarnya.

UMNO dan HARAPAN sama-sama jual negara

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net

Orang Pakatan Harapan tentu jelas mengenai perkara ni

Kredit
Gahar

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Fri Feb 2, 2018 7:16 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Telefon hilang dijumpai.. Namun Macam Mana Dengan Nyawa Yang Hilang..???

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net

"TELEFON bimbit yang hilang kononnya dicuri mangsa dijumpai tercicir di kedai makan namun bagaimana dengan anak saudara saya yang kini sudah meninggal dunia?," kata A Lalitha, 43, ibu saudara pelajar tingkatan dua yang meninggal dunia pagi tadi selepas cuba membunuh diri kerana dituduh mencuri telefon bimbit gurunya.

Pelajar tingkatan dua berkenaan meninggal dunia 3.30 pagi tadi Hospital Seberang Jaya.

Mangsa M Vasanthapiriya meninggal dunia di sisi ibu bapanya selepas tidak sedarkan diri.

"Telefon bimbit yang hilang kononnya diambil mangsa itu sebenarnya tercicir di sebuah kedai makan sebelum mereka menuduh anak saudara saya mengambilnya.

"Telefon bimbit sudah dijumpai, bagaimana dengan nyawa mangsa," katanya.

Katanya, mangsa seorang yang sensitif malah ketika dituduh mengambil telefon bimbit dia dimarahi di hadapan pelajar lain.

Presiden Malaysian Tamilar Kural, David Marshel berkata, mangsa mendapatkan rawatan selepas cuba membunuh diri pada 24 Januari lalu.

Katanya, kejadian ini begitu mengejutkan dan berita sedih kepada keluarga serta seluruh rakyat Malaysia yang mendoakannya pulih.

"Keluarga pelajar 14 tahun berkenaan begitu sedih dan tertekan dengan kejadian itu.

"Malaysian Tamilar Kural juga membantu keluarga mangsa untuk mendapatkan keadilan," katanya.

Menurutnya, ini bukan kejadian bunuh diri namun satu kes bunuh dan menggesa polis mengambil tindakan terhadap guru dan suaminya yang didakwa menggertak mangsa sebelum mengambil tindakan membunuh diri.

"Kami sudah membuat laporan polis minggu lalu dan sudah empat hari sehingga hari ini kami masih belum menerima sebarang panggilan daripada polis atau pihak Jabatan Pendidikan negeri.

"Kenapa diam? Kenapa mereka masih belum memberikan jawapan terhadap persoalan kami ajukan?," katanya di bilik mayat Hospital Seberang Jaya di sini, tadi.

Vasanthapiriya pelajar sebuah sekolah menengah di Nibong Tebal dipanggil oleh empat guru sekolahnya Rabu minggu lalu sebelum dituduh mengambil iphone milik salah seorang daripada guru berkenaan.

Walaupun mangsa beberapa kali menolak tuduhan itu salah seorang daripada guru memukulnya.

Guru yang kehilangan telefon bimbit itu bersama suaminya yang juga seorang guru di sebuah sekolah rendah di Nibong Tebal mengugut membuat laporan polis ke atas mangsa.

Sumber: Harian Metro

Pelajar yang dituduh mencuri iPhone guru meninggal dunia

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net

Pelajar yang cuba membunuh diri selepas dia dituduh mencuri iPhone gurunya minggu lalu meninggal dunia pada jam 3.30 pagi ini.

Setiausaha NGO Tamilar Kural Malaysia, Satees Muniandy, yang memaklumkan berita itu kepada media, berkata anggota keluarganya berada di bilik mayat.

"Mereka terlalu sedih untuk bercakap sekarang," kata Satees kepada Malaysiakini.

Presiden NGO itu, David Marshel (tengah gambar) bersama anggota keluarga pelajar itu di jabatan forensik hospital menunggu keputusan bedah siasat.

Pelajar berusia 13 tahun itu dalam keadaan koma di Hospital Seberang Jaya sejak 24 Januari lalu selepas dia cuba menggantung dirinya dengan selendang.

Keluarga remaja tersebut sebelum ini membuat laporan polis dan menggesa agar siasatan dilakukan serta tindakan diambil terhadap guru terbabit.

Pelajar yang berasal dari Nibong Tebal itu sebelum ini dilaporkan menulis sepucuk surat sebelum cuba menggantung diri selepas dituduh mencuri telefon bimbit gurunya.

Pelajar itu bagaimanapun menafikan mencuri telefon berkenaan dan cuba menggantung dirinya menggunakan selendang ketika di rumahnya.

Datuk P Kamalanathan berkata kementerian meneliti kes itu dan mendedahkan bahawa guru berkenaan telah dipindahkan ke pejabat pendidikan daerah.

"Kami Mahu Keadilan," Sedih Atas Pemergian Anak Gadisnya, Keluarga Mangsa Mahu Kematian Anak Dibela
siakapkeli.my

1 Feb - Kes kematian seorang pelajar yang didakwa cuba membunuh diri selepas dituduh mencuri telefon bimbit gurunya memasuki ke fasa seterusnya, apabila pihak keluarga pelajar tersebut dikatakan mahu menuntut keadilan yang sewajarnya terhadap kematian anak gadisnya itu, lapor Harian Metro.

Mendiang M.Vasanthapiriya, dipercayai cuba membunuh diri selepas dituduh mencuri telefon bimbit gurunya dan mangsa baru sahaja menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 3.30 pagi, 1 Februari selepas 7 hari mendapatkan rawatan di Hospital Seberang Jaya.

A.Lalitha, 43, ibu saudara kepada mangsa mendakwa telefon bimbit seorang guru yang didakwa dicuri itu sebenarnya tercicir di sebuah kedai makan.

Surat terakhir dipercayai ditulis oleh mangsa sebelum cubaan menggantung diri.

"Telefon bimbit yang hilang kononnya diambil mangsa itu sebenarnya tercicir di sebuah kedai makan sebelum mereka menuduh anak saudara saya mengambilnya," katanya.

"Telefon bimbit sudah dijumpai, bagaimana dengan nyawa mangsa," tambahnya lagi

Menurut Lalitha, mangsa adalah seorang yang sensitif malah ketika dituduh mengambil telefon bimbit dia dimarahi di hadapan pelajar lain.

Presiden Malaysia Tamilar Kural, David Marshel berkata mangsa mendapatkan rawatan selepas cuba membunuh diri pada 24 Januari lalu.

Kejadian itu sangat mengejutkan dan berita sedih kepada keluarga serta seluruh rakyat Malaysia yang mendoakannya pulih.

"Keluarga pelajar 14 tahun berkenaan begitu sedih dan tertekan dengan kejadian itu," kata David

Menurutnya, ini bukan kejadian bunuh diri namun satu kes bunuh dan menggesa polis mengambil tindakan terhadap guru dan suaminya yang didakwa menggertak mangsa sebelum mengambil tindakan membunuh diri.

"Kami sudah membuat laporan polis minggu lalu dan sudah empat hari sehingga hari ini kami masih belum menerima sebarang panggilan daripada polis atau pihak Jabatan Pendidikan negeri.

"Kenapa diam? Kenapa mereka masih belum memberikan jawapan terhadap persoalan kami ajukan?," katanya di bilik mayat Hospital Seberang Jaya di sini, tadi.

Vasanthapiriya pelajar sebuah sekolah menengah di Nibong Tebal dipanggil oleh empat guru sekolahnya Rabu minggu lalu sebelum dituduh mengambil iphone milik salah seorang daripada guru berkenaan.

Walaupun mangsa beberapa kali menolak tuduhan itu salah seorang daripada guru itu didakwa memukulnya.

Guru yang kehilangan telefon bimbit itu bersama suaminya yang juga seorang guru di sebuah sekolah rendah di Nibong Tebal mengugut membuat laporan polis ke atas mangsa. -

Siakapkeli.my

Selepas 7 Hari Koma, Pelajar Dipercayai Cuba Gantung Diri Selepas Kecewa Dituduh Curi Telefon Gurunya Meninggal Dunia
siakapkeli.my

1 Feb - Pelajar yang dipercayai cuba membunuh diri selepas dia dituduh mencuri telefon bimbit gurunya baru-baru ini, telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 3.30 pagi ini, lapor Malaysia Tamilar Kural

Setiausaha NGO Tamilar Kural Malaysia, Satees Muniandy, yang memaklumkan perkara tersebut kepada media, berkata anggota keluarganya berada di bilik mayat

Memetik laporan Malaysia Kini pelajar yang berusia 13 tahun itu berada di dalam keadaan koma di Hospital Seberang Jaya sejak 24 Januari lalu selepas dia cuba menggantung dirinya dengan kain selendang.

Malaysian Tamilar Kural
16 jam yang lalu
A very sad new !
Vasanthapiriya just passed away .. May Her Soul RIP ..

Laporan polis telah dibuat oleh keluarga mendiang dan menggesa agar siasatan segera dijalankan serta guru berkenaan diambil tindakan.

Mendiang yang berasal dari Nibong Tebal itu telah menulis sepucuk surat sebelum dia cuba menggantung diri kerana dituduh mencuri telefon bimbit gurunya.

Pelajar tersebut menafikan tuduhan yang dikenakan terhadapnya dan telah bertindak cuba menggantung diri di dalam bilik di rumahnya.

Datuk P Kamalanathan berkata kementerian meneliti kes itu dan mendedahkan bahawa guru berkenaan telah dipindahkan ke pejabat pendidikan daerah.

Siakapkeli.my

----- Original Message -----
From: -:rIeNaCoM:-
To:
Sent: Monday, January 29, 2018 11:21 PM
Subject: Fw: Remaja dituduh curi telefon guru

Remaja dituduh curi telefon guru sekarang mati otak

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net


GEORGE TOWN: Seorang kanak-kanak Tingkatan 2 yang menggantung dirinya selepas diaporkan dituduh mencuri telefon bimbit gurunya minggu lepas sekarang mati otak dan diberi sistem sokongan hidup, kata seorang aktivis hari ini.

Presiden Tamilar Kular Malaysia, David Marshel Pakianathan berkata, M Vasanthapirya, 13, mengalami kegagalan organ dan sedang menjalani rawatan rapi di Hospital Seberang Jaya.

"Doktor beritahu saya ginjal dan hatinya sudah gagal," kata David, seorang ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) yang membantu keluarga Vasanthapiriya, kepada FMT.

"Kami berdoa untuk suatu keajaiban, memohon dia selamat dan beritahu kami apa yang sedang dia lalui," katanya.

Difahamkan polis dan jabatan pendidikan sedang menyiasat perkara itu.

Berdasarkan laporan polis yang dibuat oleh seorang ahli keluarga di Balai Polis Prai, Vasanthapiriya, seorang pelajar di SMK Methodist di Nibong Tebal, dipanggil untuk disoal siasat oleh 3 guru pada 2.00 petang Rabu lepas.

Salah seorang daripada mereka, seorang wanita berusia 40-an, menuduh dia mencuri telefon bimbit iPhone 6 miliknya, kata laporan itu.

Selepas remaja itu menafikan mencuri telefon bimbit, seorang lagi guru didakwa memukul belakang tubuhnya di hadapan pelajar-pelajar lain.

Remaja itu kemudian didakwa dikurung dalam sebuah bilik di kuarter pejabat guru selama 5 jam, tanpa makanan atau dibenarkan ke tandas.

Pada 6.45 petang, suami guru yang hilang telefon bimbit itu tiba di sekolah.. Pasangan itu mengancam akan membawanya ke polis kalau tidak mengaku mencuri, menurut laporan itu.

Mereka kemudian membawa Vasanthapiriya ke rumahnya yang terletak berdekatan untuk bertemu ibu bapanya. Remaja itu kemudian lari ke biliknya, sementara ibu bapanya dan penuduhnya keluar rumah untuk menyelesaikan perkara itu, menurut laporan itu.

Ketika itulah Vasanthapiriya cuba membunuh diri. Setibanya di rumah pada 8.20 malam, bapanya memecah pintu bilik apabila Vasanthapiriya tidak menyahut..

Dia didapati tidak sedarkan diri tetapi masih hidup, tergantung pada seledang yang diikat pada paip pendingin hawa, dan kakinya tersentuh pada lantai.

Ibu bapanya yang terkejut juga temui nota bunuh diri yang ditulis atas kertas dari buku latihan sekolahnya.

"Cikgu (nama dirahsiakan) saya tidak ambil telefon bimbit cikgu," tulis Vasanthapiriya dalam Bahasa Tamil, bersama ucapan selamat tinggal kepada ibu bapa dan neneknya.

Ibu bapanya membawa dia ke Hospital Sungai Bakap untuk dirawat, dan dia kemudian dipindahkan ke Hospital Seberang Jaya.

Kumpul RM70 untuk hari lahir guru

Sementara itu, seorang kawan rapat Vasanthapiriya mendakwa penuduh mungkin mengesyaki Vasanthapiriya selepas melihat rakaman CCTV yang memaparkan seseorang berambut panjang sepertinya di pejabat guru.

Kawan itu berkata guru itu semakin sangsi apabila remaja itu pergi ke pejabat untuk meletakkan buku latihan di mejanya

"Dia kumpul buku latihan dari kami dan dia secara sukarela mahu meletakkannya di meja guru. Jadi, saya rasa sebab itu guru mengesyaki Vasanthapiriya.

"Apa yang menghairankan ialah selepas semua itu guru itu nampaknya ada iPhone semula. Kami tak pasti sama ada dia sudah temui telefon bimbit itu atau beli telefon baru," kata kawannya yang minta namanya dirahsiakan.

Kawannya itu juga berkata 2 hari sebelum kejadian, Vasanthapiriya mengumpul RM70 dari kawan-kawannya untuk mengadakan sambutan hari lahir untuk penuduhnya.

"Bapanya seorang tukang masak yang bagus. Jadi dia beri wang tu pada bapanya untuk masak lauk-pauk dan bawa ke sekolah untuk makan dan sambutan hari lahir di sekolah," katanya.

FMT menghubungi Ketua Polis Pulau Pinang A Thaiveegan dan menunggu respon beliau.

Cikgu, saya tak curi telefon bimbit cikgu

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

"Cikgu saya tak mencuri telefon bimbit cikgu. Saya sumpah".

Demikian kata-kata terakhir ditulis oleh seorang murid 13 tahun dalam sepucuk suratnya sebelum cuba menggantung diri selepas dituduh mencuri telefon bimbit di sebuah sekolah menengah di Nibong Tebal, Pulau Pinang.

Dikenali sebagai Piriya, pelajar berusia 13 tahun itu kini dilapor bertarung nyawa selepas cuba menggantung diri kerana dituduh mencuri telefon bimbit jenis iPhone6 milik gurunya.

Insiden membabitkan pelajar tingkatan satu itu berlaku pada 24 Januari lalu, lapor portal Berita daily.

Portal itu melaporkan, guru terbabit membawa Piriya ke sebuah bilik dan dikurung sebelum memaksa remaja itu mengaku mencuri telefon bimbit miliknya.

Gagal menunjukkan bukti, guru terbabit kemudian memalukan pelajar itu di hadapan rakan-rakan sekolahnya, lapor portal berkenaan.

Piriya juga tidak dibenarkan keluar pada waktu rehat dan selepas tamat waktu sekolah, guru tersebut bersama suaminya (juga seorang guru) menghantar remaja itu ke rumah menaiki keretanya.

Sesampainya di rumah, Piriya sekali lagi dituduh mencuri di hadapan ahli keluarganya mengakibatkan Piriya menulis sepucuk surat kepada cikgu tersebut dan ibu bapanya sebelum cuba menggantung diri.

Dalam surat itu, pelajar itu menegaskan tidak mencuri telefon tersebut dan meminta maaf kepada ibu bapa akibat insiden yang berlaku.

"I want to thank my parent for take care me. I love you so much and i am so sorry," tulis Piriya dalam suratnya sebelum cuba menggantung diri dengan menggunakan kain selendang.

Sementara itu, Setiausaha DAP Batu Kawan, Satees Muniandy mengecam sikap tidak bertanggungjawab guru sekolah tersebut.

"Walaupun, beliau masih berusia 13 tahun, tidak bermakna beliau boleh dimalukan di depan rakan dan ibu bapa. Ada cara untuk menyiasat kes-kes sebegini," katanya ketika dihubungi Berita Daily.

Menurut Satess, Piriya kini kritikal dan sedang menjalani rawatan di Hospital Seberang Jaya. Beliau turut meminta orang ramai berdoa agar pelajar itu kembali pulih.

"Cikgu, Saya Tak Curi Telefon Cikgu," Didakwa Curi Telefon Guru, Remaja 13 Tahun Cuba Gantung Diri
siakapkeli.my

Foto: Berita Daily

27 Jan - Seorang pelajar tingkatan 1 menulis sepucuk surat kepada cikgunya sebelum dia cuba menggantung diri selepas dituduh mencuri telefon bimbit di sebuah sekolah menengah di Nibong Tebal, Pulau Pinang.

"Cikgu saya tak mencuri telefom bimbit cikgu, Saya sumpah." Begitulah tulisan yang ditulis pelajar berkenaan sebelum dia bertindak untuk menggantung dirinya.

Ketika ini, dilaporkan pelajar tersebut sedang bertarung nyawa di hospital selepas tindakannya itu. Dia dipercayai cuba melakukan perkara tersebut pada 24 Januari yang lalu lapor, Berita Daily.

Guru terbabit didakwa telah membawa pelajar itu ke sebuah bilik dan mengurung pelajar itu sebelum memaksanya untuk mengaku bahawa dia yang mencuri telefom bimbit model iPhone 6 milik gurunya.
Gagal menunjukkan bukti, guru itu dikatakan bertindak memalukan pelajar terbabit di depan rakan-rakan sekolahnya yang lain.

Pelajar itu juga tidak dibenarkan keluar pada waktu rehat dan selepas tamat waktu sekolah, guru tersebut bersama suaminya (juga seorang guru) menghantar remaja itu ke rumah menaiki keretanya.

Sesampainya di rumah, dia sekali lagi dituduh mencuri di hadapan ahli keluarganya mengakibatkan dia menulis sepucuk surat kepada cikgu tersebut dan ibu bapanya sebelum cuba menggantung diri.

Dalam surat itu dia berterima kasih kepada ibu bapanya yang selama ini telah menjaganya dengan penuh kasih sayang selain menegaskan bahawa dia tidak mencuri telefom bimbit itu.

"I want to thank my parent for take care me. I love you so much and i am so sorry," tulisnya di dalam suratnya sebelum cuba menggantung diri dengan menggunakan kain selendang.

Dia kini dikatakan berada di dalam keadaan kritikal di Hospital Seberang Jaya dan sedang menjalani rawatan di hospital tersebut. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Fri Feb 2, 2018 7:17 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Disebat Dengan Tali Pinggang, Ditendang, Dipijak Hingga Terkencing, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Didera Bapa
siakapkeli.my

2 Feb - Seorang kanak-kanak berusia 9 tahun didakwa telah ditendang dan dipijak hingga terkencing, malah dipukul menggunakan tali pinggang yang digunakan oleh tentera dipercayai didera oleh bapa kandungnya sendiri dan telah menghembuskan nafas terakhir kelmarin.

Mangsa juga dikatakan pernah dipukul menggunakan sebuah bangku plastik kecil. Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Zainudin Ahmad berkata, openderaan yang sukar dibayangkan oleh manusia yang berfikiran waras itu kini sedang disiasat dengan teliti oleh pasukan siasatan polis.

Tambah Zainudin lagi, perbuatan itu terdedah dalam siasatan awal polis terhadap bapa kandung dan ibu tiri mangsa yang kini ditahan reman selama tujuh hari bermula Jumaat, 2 Februari 2018.

"Berdasarkan pengakuan awal suspek, pada malam kejadian dia telah bertindak memukul anaknya dengan tali pinggang yang biasa digunakan oleh tentera, menendang anaknya dan memijaknya hingga terkencing.

"Suspek juga membuat pengakuan awal pernah memukul si mati menggunakan sebuah bangku plastik kecil," katanya di sini hari ini.

Kedua-dua suspek berusia 38 dan 34 tahun itu telah dibawa ke rumah sewa mereka di Taman Vista Jaya, Lukut tengah hari tadi bagi membolehkan polis menjalankan pemeriksaan di lokasi mangsa telah didera.

Menurut jiran yang enggan dikenali mendakwa, anaknya yang juga rakan kepada mangsa mendedahkan bahawa murid berusia 9 tahun itu kerap mengadu didera bapanya sebelum ini.

Foto: Utusan Malaysia

"Dia beritahu anak saya, selalu kena pukul malah pernah dibaling kerusi oleh bapanya itu sehingga kerusi itu patah dan dia cedera. Dia juga beritahu kalau keadaan berterusan, dia boleh mati," katanya ketika ditemui di kawasan perumahan itu di sini, hari ini.

Memetik laporan Harian Metro, mangsa dipercayai telah meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS) pada jam 12.30 tengah malam.

Selepas dibedah siasat mendapati kanak-kanak terbabit cedera pada buah pinggang, selain usus terkoyak dan patah tulang rusuk yang dipercayai akibat dipukul dengan objek tumpul.

Polis cari lelaki ini

bloglist-malaysia.blogspot

gigitankerengga

Harian Metro

 

ZAINUDIN menunjukkan gambar lelaki dikehendaki polis. FOTO Mohd Khidir Zakaria

LELAKI dikehendaki polis bagi membantu siasatan berhubung kematian Juruteknik Pergigian, Mahusin Abd Rahim, 28 yang ditemui di rumahnya di Kuarters Klinik Kesihatan Lukut, Port Dickson pada 22 Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Zainudin Ahmad berkata, suspek berusia 20-an kali terakhir dikesan berada di restoran makanan segera di Nong Chik, Johor Bahru pada minggu lalu.

Katanya, siasatan mendapati motosikal Yamaha 152ZR dan topi keledar milik mangsa turut berada bersama lelaki terbabit.

"Berdasarkan pemeriksaan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), suspek membawa motosikal dan topi keledar mangsa ke restoran berkenaan. Kita percaya lelaki itu individu penting bagi membantu siasatan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson, di sini, hari ini.

Zainudin meminta orang ramai yang mengenali lelaki itu menghubungi balai polis terdekat atau Ketua Jabatan Siasatan Jenayah IPD Port Dickson di talian 06-6472222 atau 019-3642929.

"Pihak kami berharap supaya mereka yang mengenali lelaki itu memaklumkan polis. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.

Harian Metro pada 23 Januari lalu melaporkan Mahusin ditemui mati di rumahnya selepas 72 jam kelibatnya tidak kelihatan.

Hasil bedah siasat ke atas mayat di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ), Seremban mengesahkan mangsa dibunuh akibat hentakan benda keras di kepala. Mayat sebelum itu ditemui di rumahnya dalam keadaan terlentang.

Dua beradik ditemui berpelukan di atas pokok

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
tranungkite.net

DUNGUN - Dua beradik yang dikhuatiri lemas selepas didapati hilang ketika bermain di tali air,kampung Limbong di sini, semalam ditemui dalam keadaan selamat dan berpelukan di atas pokok.

Mangsa, Muhammad Zaidanie Ammar Zaidi, 4, dan abangnya Muhammad Zaidanie Amsyar Zaidi, 6 disedari hilang oleh ahli keluarga sejak jam 4 petang.

Penemuan selipar serta baju mereka di tebing tali air menyebabkan penduduk beranggapan mereka hilang dan dikhuatiri lemas.

Bagaimanapun, tiada siapa menduga kanak-kanak pada usia itu mampu menyelamatkan diri daripada tenggelam di dalam air pasang sedalam kira-kira dua meter.

Nenek mangsa, Rogayah Ibrahim, 60, berkata, dia sekeluarga cemas apabila dua beradik itu hilang dan usaha mencari di sekitar tali air tidak berhasil.

Menurutnya, lebih menambah keresahan apabila sepasang selipar dan seluar yang dipakai mereka ditemui di tebing tali air.Kawasan tali air dan lokasi selipar serta seluar mangsa ditemui.

"Ibu mereka tinggalkan anak-anak di rumah ibu saudaranya berhampiran rumah saya.

"Apabila ibu mereka pulang keduanya telah hilang dan laporan polis dibuat kerana bimbang mereka lemas ketika bermain di tali air," katanya kepada pemberita.

Sementara itu, Penolong Penguasa Bomba Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Terengganu, Mohd Zailani Abdullah berkata, kedua-dua mangsa ditemui selamat selepas beberapa jam disyaki hilang.

"Seramai 14 anggota terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat kedua beradik ini.

"Kita menggunakan teknik "Fan Searching" untuk mencari mangsa dan akhirnya mereka berjaya ditemui pada jam 9.47 malam.

"Mereka ditemui dalam jarak 800 meter dari lokasi selipar ditemui,"katanya," katanya.Bacaan doa selamat dilakukan sebaik sahaja mangsa ditemui pada jam 9.47 malam.

Beliau berkata, sewaktu ditemui kedua mangsa dalam keadaan berpelukan di atas pokok menandakan mereka berusaha menyelamatkan diri daripada air pasang.

"Untuk makluman pada malam ini air pasang agak besar iaitu mencecah 3.4 meter.

"Paras air yang tinggi lebih kurang dua meter, mangsa berusaha memanjat pokok sehinggalah ditemui.

"Keseluruhannya operasi kali ini berjaya dengan kekuatan anggota yang ada dan dibantu penduduk," katanya.

Kedua-dua mangsa yang juga murid Sekolah Tadika Kemas Gong Gemia turut dibawa ke klinik Kesihatan Paka untuk pemeriksaan lanjut.

 

Lagi Mangsa Pengasuh, Parah
bloglist-malaysia.blogspot
kerabubersuara.blogspot
Kesian gila adik ni sampai masuk ICU almost 3 weeks disebabkan kecuaian pengasuh. Macam mana la kau blh senang je cakap terkena air panas yg kau letak kt bawah? nampak sgt kau mmg tgh pegang then sebabkan careless kau budak tu tersimbah 😭
(careless maid)

Seriously terkesan gila dengan adik ni (actually ni housemate punya membe punya anak) Sebabkan ramai gila dm aku tanya kenapa dengan dia so aku tunjuk la gambar gambar sekali video.

Kredit : Farah Yusof

Kejahilan Membunuh - Akibat Mendengar Cakap Orang, Anak Terseksa, Ibu Kecewa
siakapkeli.my

Perkongsian seorang ibu yang serik dengan cadangan orang sekeliling yang akhirnya menyebabkan keadaan anaknya lebih teruk sehingga usus luka.

Naif dan terlalu mentah dalam penjagaan anak kecil, wanita ini mengikut semua yang dicadangkan kerana hanya inginkan anaknya sihat seperti anak orang lain.

Ikuti cerita penuh daripada Rda Aurora dibawah semoga dapat dijadikan iktibar kepada ibu muda atau para ibu yang baru melahirkan.

KEJAHILAN YANG MEMBUNUH

Tak tahu nak share macam mana kisah yg berlaku pada diri sendiri. Tapi harapnya kisah ini akan dibaca & diambil pengajaran.

Tanggal 26/12/16 lahirlah seorg putera sulung yg dinamakan Muhammad Furqan b. Muhammad Luqman. Subhanallah. Bersih sekali wajah anak tanpa dosa.

Gambar Hiasan

Hari ke 2 dirumah.. nurse dtg cek jaundice baby. Alhamdulilah semua ok. Tapi baby x berak. Well.. parent rasanya dah boleh risau kot kalau dah 4-5 hari baby x berak. Yg kulitnya putih bersih dah bertukar kekuningan. Mata pun kuning. Sedaya upaya susukan baby tiap2 malam. Tapi tetap x berak.

Keesokan harinya terus ke klinik lily which is klinik tempat furqan dilahirkan. Disebabkan ibu dalam pantang & luka jahitan terasa sakit & ngilunya lg.. Jadi ayah furqan ditemani tokmi furqan ke klinik. Diringkaskan cerita dr bagi ubat berak yg masuk kot punggung tu. Terus dlm kereta baby berak penuh satu pampers.

Alhamdulillah. Lega ibu.

But. Kesedihan & kebimbangan ibubapa muda yg baru menimang anak 1st tak habis sini jer. Jaundice Furqan makin tinggi. Bacaan nya dah cecah 180+ kalau x silap time tu. Menangislah ibu risaukan anaknya kene ambil darah bagai.

Tambah2 bila baca keburukan jaundice pada baby blh bagi kesan pada kerosakan hati. Allahurabbi.

Naaaahh.. sini lah mulanya episode mencari penawar utk jaundice Furqan. Tiap2 3 hari mesti pergi ke klinik utk cek bacaan jaundice.

Ramai yg suggest bagi minum perahan anggur, sengkuang cina semua tu. Ni semua cadangan dari org2 tua yg katanya penuh ilmu kebidanan. Ade yg suruh campur dgn susu kambing asli. You know what. Nak anak sihat tapi takde ilmu. Ikut telunjuk org. Org kata A kite pun A. Org kata B kite pun B. Last yg jadi mangsa anak kecil yg baru buka mata melihat dunia.

As a mom.. for sure sampai skrg aku rasa bo*oh & bersalah sebabkan anak sendiri sakit & warded. Tahu apa yg jd lepas aku bagi semua tu?

Baby berak berdarah. Satu pampers najis bercampur darah. Tahu kenapa? Sebab usus baby yg baru lahir hanya blh hadam susu ibu sahaja. Tak blh benda lain. Even formula milk pun kene yg betul2 utk new born. Kau x blh bg yg bayi 6m++.

Usus furqan luka disebabkan semua benda yg aku bagi even setitik 2 titik. Lagi bertambah hilang akalnya bila baby berak berdarah. Hari tu juga ayah Furqan bawa p klinik & klinik buat surat utk masukkan ke hospital. HRPZ.
Suami whatsapp bagitau baby kene masukkan ke hospital & mintak aku siap2 smua baju2. Menangislah untuk sekian kalinya. Jahitan masih belum kering sepenuhnya. Sebab aku 3rd tears degree. Memang x blh duduk. Just blh baring & jalan. Demi anak.. gagahkan juga diri.

And as expected, semua yg aku takutkan dihospital berlaku depan mata. Sekelip mata dah berada dlm wad baby. First masuk baby kene x-ray & ambil darah kat kaki. Furqan anak yg tersangat baik. Diantara puluhan baby dalam wad tu, furqan x nangis pun. Diam jer dy. Ibu tatap anak ibu dgn sebak. Tiba2 ternangis pulak. Semua penyesalan ade.

Diantara ibu2 dalam tu. Rasanya aku paling aktif. Tak pernah tinggalkan furqan walaupun nurse suruh masuk bilik & tinggalkan baby. No no no. Mmg x lah.. Aku tercegat kat situ tunggu baby bangun tdur. Tapi furqan ni sejenis xblh dgr bunyi walaupun sikit. Mesti x blh tdur.

Waktu terasa lambat berjalan. Suami pulak blh masuk time2 tertentu jer. Dalam 5 hari di hospital. Mcm2 berlaku kat furqan. Pengalaman pahit yg takkan pernah aku lupa. Haishh.. kalau ingat balik menitis ayaq mata oii..ibu terasa nak menjerit & mintak maaf sebab kejahilan ibu jadikan ank ibu mangsa keadaan.

Gambar Hiasan

Tangan furqan membengkak disebabkan kecuaian staff kat situ. Mesin x beroperasi dgn baik. Aku pulak yg kalut cari nurse bertugas. Mesin antibiotik furqan tersangkut & bunyi beep beep kuat sgt. Menganggu baby2 lain nk tdur.

2 kali tukar mesin tapi x menjadi. Last2 nurse tu tolak syringe yg besar gedabak tu masukkan terus. Ape lagi menangis x bersuara Furqan tahan sakit. Aku pun nangis jugak. Keesokan hari membengkak tgn furqan. Aku hanya tdur 2-3 jam sehari. Semalaman jer terlelap & ade dr dtg ambil furqan tanpa bgtau aku sepatah.

Dtg bagi balik dengan baju hijau hospital yg penuh darah. Sebelum tu aku dgr jer suara furqan menangis kuat. Mungkin dr tgh ambil darah. Betul la.. kat tangan baby dah lebam2. Aku ambil baju baby dlm almari hospital & tukar. Hari tu aku nekad utk bawa baby keluar.

Actually. Masuk hari ke2. Furqan dah x berak berdarah. Dr pakar dtg follow up hari2 dah xde ape2 masalah. Cuma diorg still nk ambil darah & pantau. Aku pun selama berada disitu selalu tenangkan hati. P ronda2 tgk baby yg jauh lagi sakit dari Furqan. Ade makcik yg sebilik dgn aku dah 3 bulan dlm hospital. Well.. dy lg tabah kot. Huhu.

To all parents out there. Beware!!!! Jangan biarkan kejahilan kita membunuh anak sendiri. Refer to hospital. Jaundice majoriti bayi ade. Jgn panik & cepat risau. Ikut cakap dr. Btw furqan prolong jaundice. 2 bulan still kuning x hilang.

Same goes dgn resdung ade ulat. No! Resdung xde ulat. Jgn mudah tertipu g sedut asap merata2.

And I? I am ready for the 2nd inshaAllah. Selalu tambahkan ilmu parenting.

Jika bermanfaat. Tekan share supaya ibubapa tidak terikut2 dgn cara yg blh membahayakan baby kite.

P/s: Jangan pakai baju kuning nanti baby makin kuning.

Ape kau ingat pakai baju hijau baby bertukar hijau. Mak kau hijau!!

Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Fri Feb 2, 2018 7:17 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



PH risau PAS semakin cenderung pada Islam

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net/

PAS sudah berkali-kali mengisytiharkan bahawa ia tetap akan bersaing menentang Umno dalam Pilihanraya Umum ke-14 (PRU). Malah keadaan itu sesuatu yang lumrah bagi parti itu sejak mulai menyertai PRU 1955 – lawan Umno.

Bagaimanapun apabila melihat kebarangkalian PAS bekerjasama dengan Umno akan menyebabkan parti-parti lawan terutama Pakatan Harapan (PH) kalah teruk, perkara itu perlu digembar-gemburkan agar ia tidak menjadi kenyataan.

Malah mesej yang terselit dari ura-ura itu mempunyai serampang dua mata. Pertama, jika PAS terus memusuhi Umno, maka tentu ia tidak akan menjadi faktor 'pemecah' yang akan memenangkan Umno jika berlaku persaingan tiga penjuru.

Kedua, PH masih menyandarkan harapan bahawa pada saat akhir PAS akan menarik diri atau memperlahankan kempen supaya ia (Amanah, PKR dan DAP) hanya berhadapan dengan Umno sahaja dalam PRU 14 kelak. Peluang PH lebih besar jika ini berlaku.
Bagaimanapun reaksi PAS terhadap sergahan PH itu agak hambar. Presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang kelihatan lebih cenderung pada Umno dalam membuat pilihan di antara PH dan Umno.

Ini menggusarkan PH. Justeru jalan pintas untuk mengetahui kedudukan sebenar dalam meneka pilihan PAS ini, PH cuba "menekan" PAS supaya memberi isyarat lebih jelas – pilih PH atau Umno.

Namun reaksi PAS tetap sama. Ia akan menyebelahi mana-mana pihak yang bersedia untuk bekerjasama dengannya mempertahankan kepentingan Islam dan umatnya di Malaysia dan di peringkat antarabangsa.
Justeru pilihan yang tinggal pada PH ialah menyebarkan tuduhan bahawa Umno dalam memujuk PAS supaya cenderung padanya ketika lemas diasak serangan dan fitnah PH, "menawarkan" supaya PAS terus berjaya mengekalkan kuasa di Kelantan.

Di kawasan-kawasan undi negeri lain, PAS sebagai balasannya, akan "sengaja memecahkan undi" PH supaya ia dapat memenangkan calon-calon Umno. Dalam perkataan lain PH cuba menghunjamkan dalam hati rakyat bahawa PAS dan Umno bekerjasama.

Kelantan lambang kekuatan PAS

Pengatur strategi PH dalam PBBM amat gusar dengan keadaan ini. Jika Kelantan, simbol kekuatan PAS masih dapat dipertahankan parti itu dalam PRU14 ia membawa mesej bahawa PAS masih kuat dan Umno akan mendapat manfaat besar di negeri-negeri lain.
PH dikatakan cuba menanam bibit keraguan terhadap PAS. Maka berterusanlah saman PAS di Mahkamah Britain terhadap portal Sarawak Report yang kononnya digunakan PH untuk menuduh PAS menerima bantuan kewangan RM90 juta daripada Umno.

Kes itu belum selesai maka sukar dijadikan ukuran terhadap kebarangkalian kerjasama PAS-Umno ini benar-benar wujud.

Jika diamati, memang wajar PAS bersikap membisu begini. Ini kerana ia tahu bahawa soal berbaik semula dengan PH sudah lama tertutup. Asasnya, tiada satupun kerabat PH yang boleh diharapkan untuk menyokong perjuangan Islamnya,

DAP yang mula-mula mentalak PAS dari Pakatan Rakyat. Sementara PKR pula tidak membela PAS dengan menyatakan pendirian tegas bahawa ia boleh diharapkan bekerjasama membela Islam. PAS kemudian memutuskan tahaluf siayasi dengan PKR.
PAS memilih menjadi jalur kuasa ketiga politik Malaysia. Bersama Berjasa, Parti Ikatan Rakyat dan beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), PAS bersetuju bekerjasama untuk berkongsi kuasa jika jalur pemikiran politik itu berjaya dalam PRU14.

Ramai yang memomokkan impian PAS itu. Namun ia sebenarnya meletakkan PAS pada kedudukan politik yang lebih selesa. Walaupun PH mengungkit bahawa PAS mencatatkan kemenangan banyak kerusi dalam PRU13 pada 2013 kerana sokongan PH, PAS masih tekal.

Bagi PAS kenyataan bahawa undi penyokong DAP dan PKR, terutamanya pengundi bukan Melayu, yang memenangkan PAS itu adalah lumrah. Pengundi penyokong PAS juga membantu kedua-dua parti berkenaan menang pada 2013..

PH terus burukkan PAS

Isu PAS dan PH ini ialah soal kasih sayang. Bila hilang rasa hormat, maka pelbagai ungkitan negatif dibuat. PH kini berusaha membunuh wibawa PAS. Ia cuba menggunakan "penghijrah PAS" dalam parti Amanah untuk memburukkan PAS, namun kurang berkesan. Langkah munasabahnya ialah memburukkan imej PAS sehina mungkin sebelum PRU14 dan berharap ia dapat "memotong" sokongan Melayu pada PAS dan menjadikan ia tidak berkesan untuk menjadi "penyumbang" pula pada kemenangan PH.
Namun Haji Hadi sedar permainan PH itu. Awal-awal lagi beliau sudah mengingatkan ahli-ahli PAS supaya usah keliru dengan taktik PH ini yang mahu mengendurkan semangat mereka menyertai PRU14 dengan memboikot pengundian.

Memang Umno-BN banyak mengisi keperluan dan keutamaan PAS. Kini lebih banyak model pembangunan Islam dan prasarana lain seperti maqasid syariah; indeks syariah, perbankan Islam, pendidikan Islam, bantuan pada negara-negara Islam, diusahakan Umno-BN.
Ini semua mendekatkan PAS pada Umno. Barbanding dengan Amanah yang dianggap "pengkhianat" perjuangannya, dan PKR yang semakin "liberal" dengan konsep muslim demokratnya, PAS memang mudah tertarik mendampingi Umno.

Soalnya, wajar dan tuluskah pendekatan Umno itu? Ada masih ramai pemimpin Umno pelbagai peringkat yang tidak mahu Umno sendiri meninggalkan konsep perjuangannya yang lebih inklusif. Namun Umno sendiri kterdesak menjadi "lebih Islam".

Yang menjengkelkan PH ialah, Umno lebih banyak berusaha menampilkan produk cara-hidup Islam berbanding yang mampu ditawarkan oleh PH. Lantas, sama ada sebab "dedak" atau tidak, PAS semakin selesa dengan pendiriannya. Ini menjadikan PH lebih irihati.

Umno nampaknya mempunyai 'magnet agama' untuk menggamit kesefahaman PAS.

Zainal Salleh
ANTARAPOS

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Fri Feb 2, 2018 7:17 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Mufti Perak Saran Penubuhan Mahkamah Syariah Dalam Undang-Undang Tubuh Negeri

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net

IPOH -- Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria mencadangkan agar kerajaan negeri membuat pindaan dengan meletakkan penubuhan Mahkamah Syariah dalam Undang-undang Tubuh Negeri.

Beliau berkata peruntukan Mahkamah Syariah perlu diluaskan supaya memberi ruang kepada orang bukan Islam hadir ketika perbicaraan, tidak hanya terhad kepada orang Islam sahaja.
"Pindaan itu berupaya mengangkat Mahkamah Syariah setaraf dengan Mahkamah Sivil. Mahkamah Syariah juga tidak sepatutnya dianggap sebagai satu entiti yang berada di luar institusi kehakiman sekali gus meletakkannya pada kedudukan yang lebih rendah," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kenyataan itu susulan keputusan Mahkamah Persekutuan yang membenarkan rayuan untuk membatalkan penukaran agama tiga anak guru tadika M. Indira Gandhi kepada Islam oleh bekas suaminya Muhammad Riduan Abdullah.

-- BERNAMA

TEVI DARSINY & KARAN DINISH, ANDA SEMEMANGNYA BUKAN BERAGAMA ISLAM.
bloglist-malaysia.blogspot
kerabubersuara.blogspot.
TEVI DARSINY & KARAN DINISH, ANDA SEMEMANGNYA BUKAN BERAGAMA ISLAM.

Saya ditanya tentang pendapat saya berkaitan kes ini. Jawapan saya, Tevi Darsiny & Karan Dinish sememangnya BUKAN MUSLIM. Seseorang itu adalah muslim jika dia beriman dengan sebenarnya kepada Allah & Rasulullah SAW.

Jika dia selama ini, dari kecil hingga dewasa, dibesarkan sebagai seorang Hindu, dan kekal menyembah berhala agama Hindu maka dia adalah Hindu. Mustahil penyembah berhala Hindu adalah seorang MUSLIM!!

Realitinya, Tevi Darsiny dan Karan Dinish dari kecil hingga sekarang dibesarkan oleh ibunya Indira. Jika Indira membawa kes ini ke mahkamah syariah sekalipun, saya sedikit pun tidak ragu-ragu bahawa mahkamah syariah akan mengisytiharkan bahawa kedua-dua anaknya adalah BUKAN MUSLIM, kerana mereka sememangnya Hindu.

Dari sudut undang-undang, hak jagaan anak terbahagi kepada dua iaitu "physical custody" dan "legal custody". Physical custody bermaksud anak itu tinggal bersama orang yang menerima hak jagaan. Manakala, legal custody bermaksud, pelajaran, agamanya, di mana dia akan belajar, ditentukan oleh mahkamah siapa yang berhak membuat keputusan tersebut, sama ada ayah atau ibu
nya.

Tanpa mengambil kira apa keputusan mahkamah sivil dan syariah dalam kes ini, realitinya kedua-dua physical dan legal custody berada di tangan Indira kerana anak tersebut sememangnya sentiasa bersamanya.

KEPADA TEVI DARSINY & KARAN DINISH, saya percaya anda berdua sememangnya beragama Hindu dan bukan beragama Islam.

Surah Al Baqarah: ayat 256: Tiada paksaan dalam agama. Sesungguhnya telah jelas antara kebenaran dan kesesatan.

# Saya tidak bersetuju beberapa perkara dalam keputusan Mahkamah Persekutuan baru-baru ini. Saya akan huraikan dalam beberapa kuliah saya akan datang. Insya ALLAH.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10156318642974684&id=725494683

Isu Mohd Riduan Abdullah Yang Mahu Menyelamatkan Aqidah Anak

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net


Susulan dari peristiwa keputusan mahkamah yang menggemparkan negara di mana seorang ayah yang Islam tidak mendapat hak yang sewajarnya demi menyelamatkan aqidah anaknya mengikut perlembagaan negara.

Dewan Muslimat PAS Perak menyokong penuh di atas kenyataan yang dikeluarkan oleh Mufti Negeri Perak, Tan Sri Harussani bin Zakaria berkaitan isu tersebut.

Inilah realiti sebenar yang terpaksa diakui bahawa betapa rendahnya martabat mahkamah syariah di dalam sebuah negara yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi.

Atas dasar itulah PAS sememangnya mengambil peranan dengan begitu bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan supaya mahkamah syariah diberi tempat yang selayaknya agar isu begini tidak menjadi polemik.

Dr Najihatussalehah Bt Ahmad
Ketua Dewan Muslimat PAS
Negeri Perak
30/1/2018

Kes Indira: Mufti Perak, Pahang bantah keputusan mahkamah

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

PETALING JAYA: Mufti Perak dan Pahang membantah keputusan Mahkamah Persekutuan mengetepikan penukaran agama sebelah pihak membabitkan 3 anak seorang guru tadika, M Indira Gandhi oleh bekas suaminya yang memeluk Islam.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, hukum syarak menyatakan jika salah seorang ibu atau bapa beragama Islam, maka anaknya juga seorang Islam.

"Kalau isteri itu Islam, suami tak Islam, maka dapat kepada isteri. Kalau isteri tak Islam, suami Islam, dapat kepada suami. Itu sudah hukum syarak dan dalam agama kita ini, agama (Islam) yang dipakai ialah agama Islam dan Perlembagaan.

"Jadi, sepatutnya dia (Mahkamah Persekutuan) tak boleh ubah," katanya ketika dihubungi FMT hari ini.

Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan penukaran agama anak di bawah umur kepada Islam perlu mendapat persetujuan kedua-dua ibu bapa.

Dalam penghakiman bersejarah itu, Mahkamah Persekutuan turut memutuskan mahkamah sivil mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kes penukaran agama anak oleh sebelah pihak.

Keputusan hari ini mengakhiri pertikaian 9 tahun mengenai hak penjagaan anak antara agama, susulan tindakan bekas suami Indira yang memeluk Islam, Muhammad Riduan Abdullah menukar agama 3 anaknya tanpa pengetahuan ibu mereka pada 2009.

Harussani berkata, 3 anak Indira sepatutnya mengikut agama bapanya, kecuali mereka sudah akil baligh (12-15 tahun bagi lelaki dan 9-12 tahun bagi perempuan) yang membolehkan mereka memilih agama sendiri.

Tiga anak Indira itu berusia 11 bulan, 11 tahun dan 12 tahun ketika mereka diculik Riduan pada 2009. Kini, anak sulung Indira, Tevi Darsiny berusia 21 tahun dan anak lelakinya, Karan Dinish berusia 20 tahun, sementara anak perempuan bongsunya berusia 10 tahun.

Harussani berkata, mahkamah sepatutnya menghormati Perlembagaan negara dan Islam sebagai agama persekutuan.

"Sepatutnya begitulah. Ini seolah-olah negeri ini tidak ada agama," katanya sambil menyifatkan keputusan mahkamah membatalkan pengislaman 3 anak Indira itu sebagai "menghindukan orang Islam".

Sementara itu, Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman turut membantah penghakiman bersejarah itu dengan berkata, ia akan memberi kesan kepada kes lain dalam jangka panjang.

"Kalau ikutkan dari segi syaraknya, apabila salah seorang masuk Islam, kita mengutamakan anak-anak itu terus masuk Islam. Maknanya agama (anak) bawah umur itu mengikut agama salah seorang daripada dia (ibu atau bapa) yang masuk Islam."

Beliau juga bimbang dengan cara asuhan 3 anak yang sudah memeluk Islam itu di bawah jagaan Indira yang beragama Hindu.

"Itu yang perlu diambil perhatian, kecuali anak yang menyusu tak apalah dipelihara oleh ibu. Tapi dari segi agama, dia tak boleh mempraktikkan agama ibunya, dia kena diasuh dengan cara Islam."

MAPIM Beri Perhatian Serius Keputusan Mahkamah Persekutuan

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

MAPIM memberi perhatian serius keputusan Mahkamah Persekutuan pada hari ini yang memutuskan membatalkan pengIslaman 3 kanak-kanak dalam kes R Subashini lwn T. Saravanan .

Ia menetapkan keputusan pada tahun 2007 tidak mengikat berkaitan dengan tafsiran makna "parent".

Alasan Mahkmah ialah perkataan 'parent' dalam Perkara 12 (4) Perlembagaan mesti dibaca secara majmuk bermaksud ibubapa bukan lagi ibu atau bapa.

Kami mendapati keputusan ini bercanggah dengan pandangan jumhur ulama dan ini memberi prisiden yang akan mengenepi pendapat jumhur ulama dalam kes akan datang.

Soalnya apakah pandangan jumhur ulama yang kukuh semuanya akan diketepikan ?

Kenapa hukum yang disepakati dalam jurispruden Islam dinafi dan dibatalkan oleh hukum sivil.

Dimana letaknya Artikel 121 Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan bidangkuasa Mahkamah Syariah tidak boleh digugat oleh Mahkmah Sivil.?

Mapim melihat keputusan ini akan menjadi rujukan kepada kes akan datang.

Pokoknya hukum Islam akan terus dikelas-keduakan oleh hukum sivil.

Sudah lama perbahasan isu maruah dan martabat Mahkamah Syariah diketengahkan. Malangnya kes ini membuktikan bahawa bidangkuasa Mahkamah Syariah maseh berada dibawah Mahkamah Sivil.

Kes ini menguji martabat dan bidangkuasa Mahkamah Syariah di negara ini.

Ia mengingatkan seluruh umat Islam di tanah air ini mengenai keputusan mahkamah British dalam peristiwa Natrah pada 1950 di Singapore.

Mapim kesal kenapa undang-undang Islam kini maseh dianaktirikan di negara ini.

Ini bukan hanya soal pentafsiran undang-undang tetapi juga adalah keharmonian antara agama dalam konteks Islam sebagai agama persekutuan.

Kami mengusulkan semakan semula kepada bidangkuasa Mahkamah Syariah perlu dilakukan kearah memperkukuhkan bidangkuasa Mahkamah Syariah itu sendiri.

Setelah 60 tahun merdeka martabat Mahkmah Syariah maseh tidak terangkat secukupnya sehingga kes seperti yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan ini berulang lagi selepas tercatat kes Natrah kira kira 68 tahun yang lalu.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden MAPIM

Keputusan Kes Indira: Ada Yang Gembira dan Ada Yang Berduka

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

1. Semalam, Mahkamah Persekutuan telah membuat keputusan penamat bagi kes Indira Gandhi yang menuntut pembatalan pengislaman 3 orang anaknya iaitu Tevi Darsiny (12 tahun), Karan Dinish (11 tahun) dan Prasana Diksa (11 bulan). Ini adalah umur anak-anak tersebut ketika permohonan semakan kehakiman dibuat oleh Indira pada 9 Jun 2009.

Bekas suami Indira, Muhammad Riduan (nama lamanya Pathmanathan) telah memeluk Islam pada 11 Mac 2009. Kemudian, pada 02 April 2009 Muhammad Riduan secara unilateral mengIslamkan kesemua anaknya tanpa keizinan si ibu yang masih beragama Hindu.

Tindakan ini menyebabkan si ibu, Indira memohon kepada Mahkamah Tinggi Ipoh untuk membatalkan status pengislaman anak-anaknya itu.

Kes ini berlarutan daripada tahun 2009 sehinggalah ia mencapai kemuncak penamatnya pada 29 Januari 2018.

2. Kita perlu akui kes ini sememangnya ada perkaitan dengan pertembungan antara bidang kuasa Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah. Mahkamah Tinggi Ipoh memberikan hak penjagaan anak sepenuhnya kepada si ibu, Indira manakala Mahkamah Syariah memberikan hak penjagaan kekal kepada si ayah, Muhammad Riduan.

Keadaan kes menjadi lebih rumit apabila Muhammad Riduan dikenakan tindakan menghina mahkamah kerana dia gagal menyerahkan Prasana Diksa (anak bongsu) kepada ibunya.

Semenjak pada itu, Muhammad Riduan dan anak bongsunya gagal dikesan oleh pihak polis sehingga ke hari ini.

3. Keputusan Mahkamah Persekutuan semalam sememangnya dinantikan oleh banyak pihak khususnya mereka yang menentang 'unilateral conversion' iaitu penukaran agama secara sebelah pihak.

Panel lima hakim diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin membuat keputusan sebulat suara bahawa pengislaman 3 anak tersebut adalah terbatal dan tidak sah di sisi undang-undang.
Mahkamah memutuskan persetujuan kedua-dua ibu bapa adalah perlu untuk penukaran agama anak sebelum Sijil Perakuan Memeluk Islam dikeluarkan oleh Pendaftar Mualaf.

Mereka mendapati bahawa Pendaftar Mualaf tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengeluarkan sijil penukaran agama kanak-kanak kepada Islam kerana tidak mematuhi Seksyen 96 (1) dan 106 (b) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Perak 2004.

Empat lagi hakim yang membuat keputusan tersebut ialah Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum, Tan Sri Zainun Ali, Tan Sri Abu Samah Nordin dan Tan Sri Ramly Ali.

4. Mahkamah Persekutuan semalam membuat keputusan yang berbeza dengan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 27 Disember 2007 dalam kes Subashini di mana pada ketika itu mahkamah menetapkan bahawa perkataan 'parent' dalam Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan adalah merujuk kepada ibu atau bapa (mana-mana seorang), dan tidak semestinya kedua-dua ibu dan bapa bersekalian.
Panel Hakim Mahkamah Persekutuan pada ketika itu membuat keputusan secara majoriti 2-1.

Hakim Datuk Nik Hashim Nik Ab Rahman yang mengetuai panel tersebut memutuskan bahawa Muhammad Shafi tidak menyalahgunakan proses mahkamah apabila menukar agama anaknya yang berusia empat tahun itu tanpa pengetahuan ibunya. Menurutnya, mengikut undang-undang Islam, hanya seorang sahaja - ibu atau bapa - mesti dimaklumkan mengenainya pertukaran agama anak tersebut.

5. Impak daripada keputusan Mahkamah Persekutuan semalam adalah bersifat jangka masa panjang kerana ia mempunyai 'prospective effect' yang akan menjadi rujukan, panduan dan ikutan mahkamah untuk kes-kes baru yang akan datang.

6. Selain pada itu, pihak Kerajaan pastinya akan menjadikan keputusan Mahkamah Persekutuaan semalam sebagai alasan untuk meneruskan kembali niat yang tertangguh sebelum ini iaitu memasukkan Seksyen 88 A dalam pindaan Akta 164 yang mensyaratkan pengIslaman anak Muallaf hendaklah mendapat persetujuan bersama ibu dan bapa.

7. Bukan itu sahaja, yang lebih parah lagi apabila pihak yang memperjuangkan Malaysia sebagai sebuah negara sekular sememangnya meraikan keputusan yang berani ini.
Mereka tidak mahu melihat Islam menjadi teras negara dan Mahkamah Syariah diangkat martabatnya setaraf dengan Mahkamah S

Jamaludin Sharif, [30.01.18 22:46]
ivil.

8. Disenaraikan di sini pihak yang bergembira dan yang berduka dengan keputusan semalam untuk sama-sama kita nilai dengan jiwa dan iman.

a) Retired Federal Court judge Gopal Sri Ram: lauded the "brilliant" judgment

b) Former Bar Council president Ambiga Sreenevasan: Indira Gandhi court ruling 'courageous'

c) Bersih 2.0 chairman Maria Chin Abdullah: Fantastic decision at Federal Court on Indira Gandhi's case!

d) Datuk Zaid Ibrahim: welcomed the court ruling, calling it a courageous decision.

e) Hindraf chairman P . Waytha Moorthy: Justice finally

f) Lawyer and activist Siti Kasim: Our learned judges are simply brilliant!!!

g) Lawyers for Liberty executive director Eric Paulsen and Lawyer Azhar Harun: whether the authorities would follow through with the ruling

h) Sarawak PKR chairman Baru Bian: It is a clear and cogent judgment

i) The Centre for A Better Tomorrow (CenBet): applauded the Federal Court's bold decision

j) NGO Bebas: Religious authorities must Heed Federal Court ruling

k) The Malaysian Consultative Council on Buddhism, Christianity, Sikhism and Taoism: wants Putrajaya to expedite the reconversion of Ms Gandhi's three children from Islam to their original religion.

l) Chairman of the Association of Churches in Sarawak (ACS): Justin Wan welcomed the decision as "the right and truthful thing to do".

m) The Women's Aid Organisation (WAO): hailed the judgement, calling it a "huge victory for all Malaysians".

n) The United Nations Children's Fund (Unicef): hailed the Federal Court's declaration

Begitulah senarai panjang yang bergembira dengan keputusan semalam.

Di pihak Kerajaan pula, MCA dan MIC turut menyambut baik keputusan tersebut..

Amat malang sekali, terdapat 2 orang pemimpin UMNO yang bergelar Menteri turut bergembira dengan keputusan ini iaitu
Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berkata ia adalah kemenangan buat Islam dan rakyat Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said pula berkata dia akan membawa hal ini untuk perhatian jemaah menteri dan semestinya ia berkait rapat dengan Seksyen 88 A pindaan Akta 164 yang ditarik balik sebelum ini.

9. Antara pihak yang berduka dan menyuarakan kebimbangan berkenaan impak keputusan Mahkamah Persekutuan semalam ialah;

a) Tan Sri Harussani Zakaria, Mufti Perak

b) Datuk Seri Abdul Rahman Osman, Mufti Pahang

c) Dato' Haji Zainul Rijal Abu Bakar
Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia

d) Musa Awang, Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia

e) YB Nasrudin bin Hassan, Ketua Penerangan PAS

f) Hassan Basri Muhammad, Naib Presiden PERKASA

g) Mohd Azmi Abdul Hamid, Presiden MAPIM

10) Jikalau kita perhatikan dengan betul-betul, pihak yang bergembira dengan keputusan semalam ialah kelompok yang begitu lantang menentang usaha PAS untuk meminda Akta 355 bagi memartabatkan Mahkamah Syariah.
Mereka walaupun berbeza individu dan kumpulan tetapi masih boleh seiring bersepadu memperjuangkan Malaysia sebagai sebuah negara sekular dan menentang sebarang usaha Islamisasi.

Inilah perjuangan pahit-getir yang dialami PAS demi memartabatkan Islam di tanah air ini.

11) Jikalau sesiapa masih ingat, pada sidang Parlimen tahun 2017 ketika pindaan Akta 164 dibentangkan oleh Kerajaan BN, hanya Ahli Parlimen PAS sahaja yang berani mengundi menentangnya tatkala parti-parti PH menyokong sepenuhnya usaha BN-UMNO ketika itu.

Walaupun diperlekeh, Ahli Parlimen PAS tetap berjuang menentang sehingga ke akhirnya kerana tahu impak daripada pindaan itu amatlah besar. Demi meraih undi, kerajaan akan tunduk kepada desakan pihak bukan Islam agar akidah anak Muallaf tidak dapat diselamatkan lagi.
PAS tetap teguh istiqamah mempertahankan hak Muallaf untuk beramal dengan Islam yang merupakan agama Persekutuan Malaysia.

Catatan oleh;
Syed Ahmad Fadhli
Pegawai Pusat Penyelidikan PAS
30 Januari 2018

Keputusan kes Ridhuan perlu selesai ikut Islam

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

DEWAN Ulamak PAS Wilayah Persekutuan (DUPWP) merasa terpanggil berkongsi rasa prihatin dan bimbang dengan keputusan Mahkamah Persekutuan semalam yang membatalkan penukaran agama tiga anak Muhammad Ridhuan Abdullah kepada Islam dan tidak sah di sisi undang-undang kerana tidak mendapat persetujuan ibunya, M Indira Gandhi.

Dalam hal ini, DUPWP tidak berhasrat mempertikaikan keputusan Mahkamah Persekutuan semalam yang telah menetapkan keputusan tersebut. Cuma, sebagaimana banyaknya pandangan yang dikemukakan pada hari ini, timbul kebimbangan bahawa kes ini akan menjadi rujukan di masa akan datang. Ia bakal menjadi polemik yang mengeruhkan keharmonian agama dan perpaduan kaum di negara ini.

Dalam konteks negara ini, Perlembagaan Persekutuan Perkara 3(1) telah menyatakan secara jelas bahawa Islam adalah agama Persekutuan. Bahkan Mahkamah Syariah pindaan pada Perlembagaan Persekutuan 1988 dengan memasukkan perenggan 1A Perkara 121 di bawah Perlembagaan Persekutuan yang menghadkan Mahkamah Sivil tidak boleh mencampuri perkara-perkara yang berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah. Bagaimana umat Islam yang mengikuti perkembangan kes ini boleh berdiam diri dari memberi pandangan bahawa kedudukan perenggan 1A Perkara 121 seperti tidak terpakai dalam kes yang berlaku semalam.

Semangat yang terkandung dalam Perenggan 1A Perkara 121 adalah tidak lain bagi memelihara umat Islam di negara ini serta mengangkat kedudukan agama Islam di negara ini. Dalam maksud yang lain, kedudukan Mahkamah Sivil tidak dipertikaikan, tetapi dalam masa yang sama kedudukan Mahkamah Syariah perlu dijulang dan dihormati sebaiknya.

Bagaimana nantinya kes ini berpanjangan dengan banyak lagi tuntutan dari pelbagai pihak yang akhirnya jika kes ini dirujuk, ia akan menyebabkan kerugian dan kekalahan kepada umat Islam. Ia menjadi ketakutan kepada ibu bapa yang mahu memeluk Islam, kerana bimbang kehilangan hak terhadap anak-anak, serta tidak mempunyai kuasa untuk membawa anak-anak bersama memeluk Islam. Dalam konteks dakwah, keputusan ini membantutkan hasrat murni mereka yang mahu memeluk Islam kerana bimbang halangan dan kehilangan terhadap keluarga, isteri dan anak-anak.

Justeru, DUPWP mengharapkan campurtangan kerajaan dengan memastikan polemik ini tidak berpanjangan dengan penyelesaian terbaik untuk umat Islam. Kita tidak mahu Islam dipandang hina, diperlekeh dan direndahkan sehingga ianya tidak ada nilai dalam sebuah negara yang mengaku sebagai sebuah negara Islam.

UST DR (H) MOHD ALI JAMIL
Ketua Dewan Ulamak
PAS Wilayah Persekutuan

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Fri Feb 2, 2018 7:18 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Scammer 'Baik Hati', Tak Jadi Tipu Mangsa Lepas Dengar Wanita ini Menangis Terus Rasa Kesian Siap Minta Maaf Lagi
siakapkeli.my

Pelbagai cara dilakukan oleh orang untuk mendapatkan duit secara mudah walaupun dengan cara menipu. Kes penipuan atau lebih dikenali sebagai scam menerusi panggilan telefon bukanlah satu perkara yang baru. Pelbagai taktik licik digunakan oleh golongan ini untuk memperdaya orang ramai. Antara penipuan scammer yang paling popular atau yang biasa kita dengar adalah menyamar sebagai wakil daripada bank-bank tempatan.

Kes scammer yang dikongsi oleh Cik Pooja melalui laman facebook ini mungkin juga tidak kurang beza dengan kes scammer lain. Menyamar sebagai wakil dari bank kerana mempunyai tunggakkan pinjaman, panggilan pula disambungkan kepada polis dan disahkan mempunyai kaitan dengan kes dadah. Maklumat yang diberikan tentang diri kita juga tepat. Seakan betul, siapa yang tak panik, gelabah dibuatnya.

Namun apa yang lucu, cubaan menipu gagal setelah mendengar wanita ini menangis kerana ketakutan. Disebabkan rasa kasihan, scammer ini tak jadi menipu mangsa. Siap minta maaf lagi tu, bagi alasan terpaksa buat macam tu kerana mereka terdesak untuk mendapatkan wang.

Jom kita baca perkongsian seperti di bawah. Moga semua lebih berhati-hati selepas ini, jangan mudah terpedaya dengan penipu dalam talian !

Peringatan buat semua... Ini betul2 bukan cobaannnn yea! Betul2 terjadi pada cikpooja...

Kisahnya...29 january 2018, tepat jam 11.30pg td... Cikpooja menerima 1 panggilan telefon dari nombor yang tak dikenali... 07-2224300. Dari pihak bank cimb katanya...

"Puan mempunyai tunggakan bayaran pinjaman selama 3bulan berjumlah rm2025..." Bila diberitahu begitu... Cikpooja terkejut... Sebab seumur hidup tak pernah cikpooja buat pinjaman peribadi dgn mana2 bank pon... Lalu cikpooja menegaskan bahawasanya cikpooja tak pernah membuat sebarang pinjaman dgn mana2 bank pon. Ini yg cikpooja catit sepanjang perbualan td...

Mengikut kata pegawai bank yg bercakap tu... "Kalau puan tak buat sebarang pinjaman...mungkin data maklumat peribadi puan telah disalah gunakan oleh pihak2 tertentu" cikpooja blerrrrr kejap! Perbualan tadi...

Pegawai bank : kalau ini lah situasinya...mungkin puan adalah mangsa keadaan...jd puan dikehendaki ke IPK JOHOR utk membuat laporan polis berkenaan nie dalam tempoh 1jam...

Cikpooja: haaaa! Nak kene g ipk johor.. biar betul.. saya tinggal di kl sekarang nih.. nak ke johor tu makan masa 2jam kot!! Adoiiii...blerrrr jap.

Pegawai bank : kalau macam tu...utk memudahkan keje...sy akan sambungkan puan ke ipk johor sesegera mungkin kalau puan bersetuju...

Cikpooja : ok la kalo gitu...(kecut perut pon ada...sebab melibatkan polis)

Disambungkan keee IPK JOHOR...

Sarjen shawn : hello ipk johor...saya sarjen shawn bercakap...ada apa2 bleh saya bantu puan...

Cikpooja : hello... sy nak buat aduan tentang penyalahgunaan data peribadi sy yang digunakan utk tujuan pinjaman peribadi...bla bla bla...sekian sekian...

(Maklumat yg bank bg semua cikpooja berikan pada keterangan seperti dibawah)

Sarjen shawn : ok puan...kita akan cek list nama puan ke KDN yea.. untuk pastikan puan bebas dari sebarang kemungkinan...

Cikpooja : ok encik.. (perasaan bercampur baur.. macam2 fikir.. apa pulak dugaan yg akan datang nih)

Sarjen shawn : setelah di selidik.. kami dapati nama puan terlibat dalam 2 kes dadah bernilai 2.3juta.. nama puan juga terlibat dalam kes yg melibatkan jenayah DAVID SIM (bekas pegawai maybank yg menjalankan kegiatan jenayah dadah yg melibatkan 10ribu kad2 bank) Jika disabitkan kesalahan puan akan ditahan reman untuk membantu siasatan berhubung pertuduhan2 yg dibacakan...

Cikpooja : Apa nie.. tadi kes penyalahgunaan data maklumat peribadi.. ni sangkut dengan dadah pulak.. (Cikpooja bleerrrr sambil airmata meleleh tak berenti, dugaan apa pulak ni)

Hampir sejam cikpooja sembang ngan SARJEN SHAWN tu. Memang betul2 buat cikpooja kecut perut and takut.. gelabah bewak tau dak!! At last.. cikpooja tewas.. menangis tersedu sedan dalam talian sambil menyusukan si iman zahira....

Cikpooja jujur bgtau sarjen shawn yg cikpooja takde masa nak buat keje terkutuk bagai tu.. Kepala blerrr sebab sekarang tengah berpantang baru 17hari....

Sarjen shawn : baik puan.. sy faham.. tapi perintah tahanan akan dikeluarkan serta merta ke atas puan berhubung dengan kes tuduhan dadah yg dikeluarkan atas nama puan... Macam ni la puan yea, saya simpati ngan puan dan sy nak puan bercakap sendiri dengan tuan IO sy iaitu TUAN ZAKI.. puan boleh membuat rayuan dari dia supaya menarik balik semua pertuduhan ke atas puan...

Cikpooja : okeyyyyyy.. kalau itu yg membolehkan sy bebas dari pertuduhan segala bagai nih.. sy setuju untuk bercakap dgn tuan IO tu.. sebab sy tak buat semua2 tu.. sy suri rumah sepenuh masa.. takde masa nak main2 dadah ni...

Disambungkan talian ke tuan IO...

Tuan zaki: hello ...boleh sy tau dgn siapa sy bercakap dan apa boleh saya bantu...

Cikpooja : sy puan mahfuzah.. telah membuat laporan tentang penyalahgunaan data maklumat peribadi sebentar tadi dan hasil siasatan ke atas nama sy.. didapati terlibat pulak dengan 2 kes kegiatan dadah.. tuan boleh rujuk nombor file siasatan berikut... IPK/61078/18/JSJK.

Tuan zaki : tuggu sebentar yea puan.. sy cek... Okeyyyyyy... "puan sekarang tengah berpantang? Bape hari puan?"

Cikpooja : ''yea tuan.. (dalam nada suara sayu +sedih+terkejut dengan apa yg berlaku sebentar tadi) sekarang sy tengah berpantang anak ke 4.. baru 17 hari tuan... Apa lah salah sy yg tak tau apa2 nie dikenakan tuduhan berat segini tuan...'' (cikpooja menangis dalam talian)

Tuan zaki : baik kak.. Sebenarnya sy nak bagitau akak yg kami nie dari SCAMMER...

Cikpooja : maaf tuan.. sy tak dengar.. boleh ulang...

Tuan zaki : kami dari talian SCAMMER.. Sy simpati ngan akak... sy minta maaf yea kak.. sy pon ada anak.. sy faham perasaan akak...nak2 plak tgh berpantang...jd kalau sarjen shawn tanya nanti.. akak pura2 yg akak tak tau yg kami ni scammer yea.. segala pertuduhan tu semua dusta belaka...

Cikpooja : allahuakbarrrrrrrr... AstaghfirullaaahhalAazimmm.. nape buat cam nie...(cikpooja menangis teresak2 dalam talian...) Allahuakbar allahuakbar.. tak tau nak cakap apa dah...allah saje yg tau perasaan ketika nie...

Tuan zaki : maaf kan kami yea kak...kami terdesak!!

Cikpooja : Terdesakkkkkk!! (dgn nada suara agak keras)

Tuan zaki : maaf yea kak...sy simpati ngan akak sebab tu sy bagitau ni talian SCAMMER...nnt bila sarjen shawn tanya...bagitau je yg sy dah tarik semua pertuduhan2 ke atas puan yea...jgn bagitau sarjen shawn yg akak dah tau kami ni scammer...

Cikpooja : okeyyyyyy... jap2 encik.. maksudnya dari panggilan pegawai bank and pinjaman n pertuduhan semua tu adalah scammer??(dlm hati bersyukur sgt sbb semua nie dusta belaka)

Tuan zaki : yea kak...maaf kan sy yea!

Talian disambungkan ke sarjen shawn...

Sarjen shawn : ya.. apa boleh sy bantu...

Cikpooja : sy puan mahfuzah yg buat report tadi.. tuan zaki cakap dia dah bebaskan sy dari semua pertuduhan tadi...

Sarjen shawn tak puas hati.. dia kata tuggu sekejap yea puan...sy akan tnya tuan zaki sekali lagi... Dan selepas itu...dia ditalian semula...

Sarjen shawn kata...puan mmg dibebaskan dr semua pertuduhan tapi dengan jaminan sy...puan dikehendaki membayar rm2000 sbg jaminan...

Cikpooja : tapi tuan zaki cakap tak perlu bayar jaminan apa2...

Sarjen shawn sambungkan semula talian cikpooja ke tuan zaki...

Tuan zaki : akak dengar baik2.. selepas ni sy sambungkan akak ke talian sarjen shawn dan akak cakap akak faham semua yg tuan zaki cakapkan dan selepas tu akak matikan talian dan terus off telefon yea...

Cikpooja : oooooooo ok3.. baik3...

Sarjen shawn ditalian...mintak yg bukan2 lagi... wang jaminan bagai lah... (Dia xtau yg cikpooja dah tau dia adalah scammer...)

Tut tut tuuuuuuuuuuttttttt...cikpooja ikut apa yg tuan zaki suruh... cikpooja matikan talian dan off fon... Selepas tu.. lapang teruih dada... Alhamdulillah... Allahuakbar... Allah masih pelihara cikpooja.. terima kasih ya Allah... perasaan tak tau nak gambarkan camana... Mata pon dah bengkak...menangis dengan prank dari scammer yg masih punya hati..

Hari nie jadi betui2 pada cikpooja... Ramai lagi mangsa2 keadaan macam cikpooja lepas nih...berhati2 lah yea... Ikhlas coretan dr Cikpooja... Viral kan supaya semua tau.... Jangan ada dari friendlist fb cikpooja jadi mangsa pulak lepas nie...

Siakapkeli.my

KESIAN TENGOK ORANG GAJI 900...
bloglist-malaysia.blogspot
naimnikmat.blogspot.
Dicatat oleh Na'im Nikmat

Kereta 'Muka Dua' Dirampas Sebab Langgar Peraturan Jalan Raya

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net


BANDUNG: Impian seorang mekanik berusia 71 tahun di Indonesia lebur apabila pihak polis menarik kereta 'muka dua' yang dimilikinya, lapor portal berita tempatan, Merdeka pada Sabtu.

Roni Gunawan dari Bandung berkata, dia selalu berimpian untuk memiliki kereta seperti itu.

Menurut laporan tersebut, Roni mencapai impiannya dengan mengimpal bahagian hadapan dua kereta jenama Toyota Vios menjadi satu.

Katanya, dia mengambil masa selama tiga bulan dan melibatkan tiga tukang kimpal, tiga tukang cat serta beberapa mekanik untuk menyiapkan kereta tersebut.

Rakaman video yang dimuat naik di laman sosial oleh orang awam menunjukkan kereta unik itu boleh berfungsi dengan baik.

Bagaimanapun, pihak berkuasa tempatan telah merampas kenderaan tersebut dengan alasan ia melanggar peraturan keselamatan jalan raya. - Channel News Asia

Terkejut Lipas Dalam Kereta, Wanita 61 Tahun Rempuh Tangga Jejantas
siakapkeli.my

29 Jan - Baru-baru ini seorang wanita berusia 61 tahun terlibat di dalam sebuah kemalangan apabila keretanya terbabas merempuh jejantas apabila terkejut melihat lipas di dalam keretanya di Jurong East Central, Singapura, lapor Media Corp.

Foto insiden yang tular di laman media sosial menunjukkan sebuah kereta Mazda berwarna merah terbabas dan merempuh tangga jejantas untuk pejalan kaki.

Kereta wanita terbabit mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan dan kejadian itu dimaklumkan kepada pihak polis kira-kira jam 7.30 petang.

Wanita itu dibawa ke Hospital Besar Ng Feng Tong untuk mendapatkan rawatan lanjut. Laporan awal menyatakan, wanita itu dipercayai hilang kawalan pemanduan selepas terkejut melihat seekor lipas di dalam keretanya sebelum terbabas.

Walau bagaimanapun, pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Fri Feb 2, 2018 7:19 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Najib, isteri dan 9 lagi gagal batal saman balu PI Bala

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net


KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dan 6 yang lain untuk membatalkan saman difailkan balu penyiasat bebas, P Balasubramaniam yang lebih dikenali sebagai PI Bala.

Peguam Najib, Nor Hazira Abu Haiyan berkata, Hakim Datuk Hue Siew Kheng memutuskan saman dikemukakan A Santamil Selvi tidak dapat diterima.

"Isu ini perlu diputuskan dalam perbicaraan penuh."

Terdahulu, peguam Najib, Rosmah dan 6 yang lain berhujah saman Santamil patut dibatalkan kerana beliau kehabisan masa untuk berbuat demikian.

Difahamkan, Hue juga memerintah prinsip "res judicata" atau keputusan mahkamah lebih tinggi terikat kepada mahkamah rendah, tidak terpakai untuk pembatalan ini.

"Samannya sebelum ini tidak pernah didengar, dan kuasa tindakan daripada saman ini berbeza daripada terdahulu."

Mahkamah menetapkan pengurusan satu lagi kes pada 16 Mac ini.

Santamil sebelum ini memfailkan saman konspirasi terhadap Najib, Rosmah, adik Najib – Mohd Nazim dan Johari, peguam Tan Sri Cecil Abraham dan anaknya, Datuk Sunil Abraham, Arulampalam Mariampillai, pesuruhjaya sumpah Zainal Abidin Muhayat dan ahli perniagaan Deepak Jaikishan.

Beliau mendakwa ada bukti untuk membabitkan semua 9 defendan itu yang didakwa melakukan kesalahan terhadap mereka.

Bagaimanapun, saman mahkamahnya dibatalkan Mahkamah Rayuan pada 2015.

Tahun lalu, Santamil dan 2 anaknya memfailkan satu lagi saman terhadap individu sama yang dinamakannya dalam samannya sebelum ini, dengan mendakwa mereka mengalami mengalami kesengsaraan disengajakan kerana terpaksa hidup dalam buangan di India.

Beliau berkata, 9 defendan itu merampas kehidupan normal daripada keluarganya dan menyebabkan mereka mengalami kerugian kewangan dan bukan kewangan.

Mereka mendakwa mengalami trauma dan penderitaan mental disebabkan 9 defendan itu serta kehilangan tempat berteduh di persekitaran yang biasa.

Mereka menuntut ganti rugi dengan faedah atas penderitaan yang dialami dari Julai 2008 kerana kehilangan rumah selama 5 tahun.

Bagaimanapun, kes ke atas Deepak tidak didengar hari ini kerana ahli perniagaan itu memfailkan tuntutan berasingan untuk membatalkan saman Santamil.

PI Bala sebelum ini terlibat dalam kontroversi 2 akuan berkanun (SD) bercanggah dalam kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada 2006.

Dalam saman ini, keluarga tersebut berkata defendan menyebabkan SD ke-2 Balasubramaniam dirangka tanpa arahannya dan menyebabkan beliau menandatanganinya di bawah situasi terancam dan paksaan.

Beliau terpaksa meninggalkan Malaysia untuk ke India tergesa-gesa selepas menandatangani SD ke-2 pada Julai 2008, sehari selepas SD pertama dikeluarkan.

Pada 3 Julai 2008, Balasubramaniam menerusi sidang akhbar yang diadakan PKR berkata, kandungan SD pertama membabitkan Najib dan beberapa individu lain dalam pembunuhan Altantuya adalah benar.

Pada Jun 2014, Santamil dan 3 anaknya memfailkan saman konspirasi selepas penemuan bukti baharu untuk membabitkan semua 9 defendan yang didakwa melakukan kesalahan ke atas mereka.

PI Bala yang merupakan saksi utama dalam perbicaraan Altantuya, meninggal dunia akibat serangan jantung pada 15 Mac 2013, beberapa minggu setelah pulang dari India.

Beliau pernah bekerja untuk penganalisis politik dan rakan kongsi Najib, Abdul Razak Baginda yang mengupahnya untuk memantau Altantuya sebelum kehilangannya.

Najib, Rosmah Kena Bayar RM2000
bloglist-malaysia.blogspot
ekeleh.com
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor dan enam pihak lagi gagal membatalkan saman yang dikemukakan keluarga penyiasat persendirian mendiang P. Balasubramaniam, A Santamil Selvi dan tiga anaknya kerana mendakwa mereka kehilangan pendapatan dan terpaksa menjalani kehidupan dalam buangan di India selama lima tahun sejak 2008.

Hakim Datuk Hue Siew Kheng menolak saman tersebut selepas mendapati ianya dikemukakan melebihi tempoh masa yang dihadkan.

Peguam Nor Hazira Abu Haiyan yang bertindak bagi pihak perdana menteri dan isteri memberitahu pemberita, mahkamah juga menolak saman tersebut kerana ianya mempunyai merit untuk didengar dan ianya perlu diputuskan melalui perbicaraan penuh.

"Mahkamah juga mengarahkan defendan membayar kos sebanyak RM2000 setiap seorang kepada plaintif," katanya.

Nor Hazira berkata mahkamah turut menetapkan tarikh 16 Mac untuk pengurusan kes itu.

Selain Najib dan Rosmah, mahkamah juga menolak permohonan enam individu tersebut iaitu dua adik Najib, Datuk Ahmad Johari Tun Abdul Razak dan Datuk Mohd Nazim Tun Abdul Razak; peguam, Tan Sri Cecil Abraham dan anaknya, Sunil Abraham; Pesuruhjaya Sumpah, Zainal Abidin Muhayat; dan peguam M. Arunampalam.
Pada 10 Ogos tahun lepas, kesemua defendan memfailkan permohonan untuk membatalkan saman atas alasan plaintif tidak mempunyai locus standi dan tidak mempunyai kausa tindakan munasabah untuk memfailkan tindakan saman tersebut selain mendakwa saman itu adalah remeh, menyusahkan dan merupakan suatu penyalahgunaan proses mahkamah.

Pada 2 Disember 2015, Mahkamah Persekutuan menolak permohonan empat beranak itu untuk kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang membatalkan notis rayuan mereka pada 24 April tahun sama.

Mahkamah Tinggi kemudian membatalkan saman berkenaan pada 11 Disember 2014.

Pada 13 Julai 2017, Santamil Selvi dan bersama tiga anaknya, B. Kishen, B. Menaga dan B. Reeshi sekali lagi memfailkan saman bagi pihak mendiang dengan menamakan kesemua individu sama sebagai defendan bagi menuntut kerugian yang ditanggung mereka sepanjang berada di Chennai, India selama 56 bulan dari 4 Julai 2008 sehingga Balasubramaniam, 53, meninggal dunia akibat serangan jantung pada 15 Mac 2013.

Dalam pernyataan tuntutan, Santamil Selvi juga mendakwa anggota keluarganya secara salah dibuang ke luar negara selepas pendedahan Balasubramaniam berkaitan dua akuan berkanun dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Mereka memohon ganti rugi berjumlah hingga RM840,000 termasuk kos menyewa sebuah apartmen di Chennai, India, yuran sekolah, dan kehilangan pendapatan sebagai guru tadika, pinjaman perumahan, kos pengangkutan, ganti rugi am, ganti rugi khas dan kos. – Sinar Harian

GST HANYA MENYELAMAT KERAJAAN KLEPTOKRAT, BUKAN PENYELAMAT RAKYAT DAN NEGARA
bloglist-malaysia.blogspot
kedahlanie.info

1. Betapa 'bangangnya' pemimpin UmnoBN memerintah Malaysia apabila hanya bergantung pada pendapatan hasil negara daripada cukai GST sebagaimana PM Najib Razak ketika berucap pada majlis sambutan Hari Kastam Sedunia ke - 36 menyatakan negara selamat sebab GST, jika tanpa GST negara sudah tentu terjerumus dalam kancah kegawatan ekonomi.

Kenyataan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dapat menyelamatkan negara dari terjerumus dalam kancah kegawatan ekonomi negara menunjukkan bahawa kerajaan telah gagal dalam mengurus tadbir ekonomi negara sehingga terpaksa memerah keringat rakyat.

2. Saya berpendapat kenyataan beliau merupakan kenyataan pemimpin yang tidak bertanggungjawab terhadap rakyatnya. GST bukannya menyelamatkan negara, tetapi penyelamat pemimpin kerajaan Klaptokrat UmnoBN.

Justeru GST digunakan untuk menutup dan menampung kehilangan, ketirisan dan kecurian wang negara oleh pemimpin negara sendiri dimana ianya menjadi punca Malaysia terjerumus ke jurang kegawatan ekonomi.

Melalui GST kerajaan tidak perlu bersusah payah memerah otak dan keringat mencari sumber kewangan negara melalui pelbagai industri, menyuburkan ruang ekonomi dan pendapatan negara, meningkatkan produk dalam dan luar negara, tetapi cukup hanya dengan polisi yang menekan rakyat, kerajaan sudah boleh menuai hasil yang lumayan.

3. Sebegitu mudah seorang pemimpin negara menyandarkan kepada cukai terhadap rakyat sebagai pemangkin menyelamatkan ekonomi negara.

Jika begini mentalitinya, sesiapa pun boleh jadi pemimpin,apabila ekonomi berada dalam keadaan gawat akibat skandal 'rompakan mega' wang dan khazanah negara maka rakyat dijadikan sasaran paling utama untuk dimangsakan.. Sepatutnya seorang pemimpin negara berjuang siang dan malam menjaga kebajikan rakyat dengan mendahulukan rakyat dan membiarkan diri dan kerajaan dalam keadaan susah, bukannya memangsakan rakyat untuk menyenangkan diri sendiri dan kroni serta kerajaannya.

4. Alasan paling ampuh dan jengkel yang dinyatakan adalah GST digunakan untuk menyusun segala program untuk rakyat seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang mana ianya produk kerajaan BN kepada rakyat dengan anggaran RM6 bilion setahun sedangkan projek BR1M bukan semua rakyat yang layak mendapatnya, manakala hasil GST yang berjaya dipungut dari semua lapisan masyarakat pada tahun lalu sebanyak RM 44 bilion berbanding RM 41 bilion tahun 2016

Jumlah yang diberi pula hanya ramuan kecil, sedangkan ramuan yang besar diambil oleh kerajaan, dan pelbagai subsidi lain ditarik balik. Adakah tindakan kerajaan ini cerdik dalam membuat polisi yang akhirnya menekan kehidupan rakyat?

RAKYAT TERJERAT DAN MEREMPAT KERANA GST!

5. Mengapa PM Najib Razak tidak menjelaskan sejak perlaksanaan GST, harga barang terutamanya barang keperluan, perkhidmatan, makanan dan lain-lain semakin mahal.

Belum ada lagi petunjuk harga barangan dan perkhidmatan menurun atau statik sejak GST diperkenalkan. GST dikenalpasti sebagai penyumbang terbesar kenaikan harga barang. Setelah rakyat terbeban dengan GST, dalam masa sama menanggung pula beban kos harga barang yang semakin meningkat, belum dikira lagi dengan pelbagai cukai yang terpaksa dibayar oleh rakyat demi kerajaan dan negara tercinta ini.

BR1M yang diberi hanya untuk mengenyangkan rakyat beberapa hari, tetapi rakyat perlu menanggung penderitaan ini selama setahun pula kemudiannya untuk hadapi kehidupan harian mereka akibat GST dan penarikan balik subsidi harga barang.

6. Sepatutnya pendapatan negara tanpa sumber GST dan salah guna kuasa, rasuah dan rompak curi khazanah negara sudah pun mencukupi untut meringan kos sara hidup rakyat dan memastikan pendapatan boleh guna rakyat bertambah dengan mengembalikan subsidi harga barangan keperluan utama, memberikan pendidikan tinggi percuma tanpa PTPTN, mengawal harga barangan dan keperluan, mengawal serta mesubsidikan harga minyak.

Sebaliknya apa yang berlaku masakini taraf pengangguran semakin meningkat, ruang pekerjaan semakin terhad, kadar inflasi semakin tinggi, jurang antara yang kaya dan miskin semakin ketara.

Adakah ini menunjukkan kedudukan ekonomi negara semakin stabil, atau GST hanya menstabilkan ekonomi pemimpin negara?

7. PM Najib Razak tidak perlu berdolak dalik dengan mendendangkan GST menyelamatkan ekonomi negara.

PM Najib Razak perlu akui bahawa beliau sudah kekeringan idea dan tidak tahu bagaimana hendak menguruskan negara yang berada di jurang kehancura.

Malaysia kaya dan banyak hasil daripada pelbagai sektor dan industri, tetapi kerana ketidak cekapan pengurusan dan salahguna kuasa pemerintahan kerajaan Klaptokrasi UmnoBN, mereka gagal menyuburkan ekonomi negara. Situasi ini menandakan tempoh kerajaan BN sudah sampai ke penghujung nyawa dan mandat pemerintahan perlu diserahkan kepada Pakatan Harapan, agar rakyat melihat sinar baru yang menyelamatkan mereka selepas PRU ke-14 nanti.

DATO' HJ MAHFUZ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
30 Jan 2018/13 Jamadilawal 1439H.

Najib ungkit pemberian, buruk siku dengan Kelantan

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

"NEGERI defisit macam Kelantan ini pun, kalau tidak ada suntikan daripada Kerajaan Pusat nak bayar gaji pun tak mampu, tak boleh nak bayar gaji," begitulah bunyi ucapan Perdana Menteri di hadapan penjawat awam di Wisma Persekutuan Kota Bharu ketika Dato' Seri Najib melakukan lawatan ke Kelantan kelmarin.

Ucapan seorang pemimpin negara bernada penghinaan kepada kerajaan dan rakyat Kelantan. Mungkin PM terlupa, Malaysia negara yang beliau duduk di kerusi PM termasuklah di dalamnya sebuah negeri negeri bernama Kelantan.
Betapa banyak yang Kerajaan Pusat kaut hasil dari bumi Kelantan termasuk khazanah gas asli. Saya tahu sebab saya pernah pergi kuliah di Pelantar Muda, sebuah pelantar carigali gas yang terletak dalam perairan Kelantan dengan jarak 170km dari pantai Kelantan. Royalti kepada Kelantan, Kerajaan Pusat tak bayar walau sesen pun!

Dengan 47 kali sehari kapal terbang berlepas dan mendarat di Lapangan Terbang Kota Bharu, saya yakin cukai lapangan terbang yang dikutip adalah yang tertinggi berbanding semua lapangan terbang domestik seluruh negara. Di Kelantan kereta penuh jalan raya. Setakat ini Kerajaan Kelantan tak ada kuasa kutip cukai jalan dan bayaran lesen. Yang kutip rasanya Kerajaan Pusat.

Orang Kelantan suka berniaga. Saya tak ada data berapa banyak GST yang dikutip dari Kelantan. Tapi saya pasti jumlahnya melebihi GST yang dikutip dari Terengganu. Belum lagi dikira cukai pendapatan yang dibayar oleh rakyat Kelantan sama ada yang bekerja di Kelantan atau yang berada di luar Kelantan. Ramai pegawai tinggi kerajaan di Putrajaya dan Kuala Lumpur adalah orang Kelantan.

Lihatlah di Kelantan tersergam AEON, TESCO, Mydin, KB Mall, The Store, Pantai Timur serta deretan hotel berbintang. Semuanya bayar cukai kepada kerajaan pusat. Hasil gas, cukai lapangan terbang, cukai pendapatan, cukai jalan, bayaran lesen serta banyak lagi Kerajaan Pusat kaut dari Kelantan. Buruk siku Najib mari ungkit balik bila Kerajaan Pusat ada bagi dana kepada negeri..

Rakyat Kelantan rasa terhina dengan ucapan Najib sambil ketawa kecil ini. Najib silap dalam memahami jati diri orang Kelantan. Rakyat Kelantan sangat anti dengan pemimpin yang angkuh dan bercakap besar. Umno Kelantan akan terima tempias dalam PRU 14 hasil dari ucapan Najib ini. Tunggulah...

DR AZMAN IBRAHIM
Ahli Jawatankuasa Kerja
PAS Pusat

PM gagal hormati konsep federalisme

Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
tranungkite.net


KUALA LUMPUR: Ucapan Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Razak di Kelantan semasa lawatan seharinya ke negeri itu kelmarin merupakan catatan sejarah yang memalukan, demikian ditegaskan Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari hari ini.

Dakwaannya bahawa Kelantan tidak akan dapat membayar gaji kakitangannya tanpa bantuan Kerajaan Pusat menunjukkan Najib gagal memahami konsep federalisme yang telah termaktub di dalam Perlembagaan.

"Ia bagaikan seakan mengulangi cerita '7 Janji' yang dilontarkan beliau juga di Kelantan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 yang lalu.

"Adalah perlu untuk difahami bahawa kerajaan negeri dan pusat mempunyai bidang kuasa masing masing mengikut jadualnya yang tersendiri.

"Kerajaan Pusat mempunyai bidang kuasa memerintah melalui Dewan Rakyat, manakala kerajaan negeri pula melalui Dewan Undangan Negeri," kata beliau lagi. - HARAKAHDAILY 30/1/2018

Najib & Husam sama-sama buli PAS

Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
tranungkite.net

Naib Presiden Parti Amanah Negara (Pan) Datuk Husam Muda membidas lontaran janji Perdana Menteri di hadapan orang ramai untuk memberi peruntukan tambahan kepada negeri Kelantan.

"Beri wang, kemudian ungkit, itu buli namanya.

"Apa lagi diungkit depan khalayak ramai. Sangat kurang sopan. Dilarang oleh Islam," kata Husam dalam suatu kenyataan media hari ini.

Apa lagi penuh dan sarat media sosial dengan komen cybertropper AMANAH (PAN) yang kononnya Husam membelas PAS, nak harap orang lain mana ada. Mereka pun buat perbandingan kononnya itulah hebatnya "TOKOH MB Sementara" HARAPAN di Kelantan.

Kenapa cybertropper PAN & HARAPAN kurang menggunakan akal?

Apa beza Najib dan Husam?
Kedua-duanya kali buli
Mereka cuba nak buli PAS.

Husam kata beri wang ungkit itu buli namanya. Habis Husam sendiri beri sumbangan dulu kepada PAS kini bangkit apa yang dia buat dalam PAS. Itu tak nama ungkit. Itu bukan "buruk siku" namanya.

Sedap nak hentam Najib.
Tak sedar diri sendiri bergelumang taik.

Sebenarnya Najib dan Husam sama spesis, sama-sama tidak mahu kepada Islam, walaupun beragama Islam. Sama-sama berbaik dengan bukan Islam (DAP, MCA, MIC). Bukan berbaik sahaja tapi jual agama untuk kepentingan politik.

XOXO - Husam Musa apabila dia membelakangi apa yang Tuan Guru Nik Abdul Aziz ajar, dia kini menjadi "nanor" dan rosak....

Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/

----- Original Message -----
From: -:rIeNaCoM:-
To:
Sent: Monday, January 29, 2018 11:20 PM
Subject: Fw: Rakyat Kelantan rasa terhina, Mengakui Kesilapan 1MDB, Baling Kad Merah

Rakyat Kelantan rasa terhina dengan ucapan Najib
bloglist-malaysia.blogspot

wak-labu.

Posted by Mohd Sulaiman

Oleh Wartawan BO

Oleh : Dr Azman Ibrahim

"Negeri defisit macam Kelantan ini pun, kalau tidak ada suntikan daripada kerajaan pusat nak bayar gaji pun tak mampu, tak boleh nak bayar gaji."

Begitulah bunyi ucapan Perdana Menteri di hadapan penjawat awam di Wisma Persekutuan Kota Bharu ketika Dato' Seri Najib melakukan lawatan ke Kelantan kelmarin.

Nada ucapan seorang pemimpin negara bernada penghinaan kepada kerajaan dan rakyat Kelantan. Mungkin PM terlupa, Malaysia negara yang beliau duduk di kerusi PM termasuklah di dalamnya sebuah negeri negeri bernama Kelantan.

Betapa banyak yang kerajaan pusat kaut hasil dari bumi Kelantan termasuk khazanah gas asli. Saya tahu sebab saya pernah pergi kuliah di Pelantar Muda, sebuah pelantar carigali gas yang terletak dalam perairan Kelantan dengan jarak 170 km dari pantai Kelantan. Royalti kepada Kelantan, kerajaan pusat tak bayar walau sesen pun!

Dengan 47 kali sehari kapal terbang berlepas dan mendarat di Lapangan Terbang Kota Bharu, saya yakin cukai lapangan terbang yang dikutip adalah yang tertinggi berbanding semua lapangan terbang domestik seluruh negara.

Di Kelantan kereta penuh jalan raya. Setakat ini Kerajaan Kelantan tak ada kuasa kutip cukai jalan dan bayaran lesen. Yang kutip rasanya kerajaan pusat.

Orang Kelantan suka berniaga. Saya tak ada data berapa banyak GST yang dikutip dari Kelantan. Tapi saya pasti jumlahnya melebihi GST yang dikutip dari Terengganu.

Belum lagi dikira cukai pendapatan yang dibayar oleh rakyat Kelantan samada yang bekerja di Kelantan atau yang berada di luar Kelantan. Ramai pegawai tinggi kerajaan di Putrajaya dan Kuala Lumpur adalah orang Kelantan.

Lihatlah di Kelantan tersergam AEON, TESCO, Mydin, KB Mall, The Store, Pantai Timur serta deretan hotel berbintang. Semuanya bayar cukai kepada kerajaan pusat.

Hasil gas, cukai lapangan terbang, cukai pendapatan, cukai jalan, bayaran lesen serta banyak lagi kerajaan Pusat kaut dari Kelantan. Buruk siku Najib mari ungkit balik bila kerajaan pusat ada bagi dana kepada negeri.

Rakyat Kelantan rasa terhina dengan ucapan Najib sambil ketawa kecil ini. Najib silap dalam memahami jati diri orang Kelantan. Rakyat Kelantan sangat anti dengan pemimpin yang angkuh dan bercakap besar. Umno Kelantan akan terima tempias dalam PRU 14 hasil dari ucapan Najib ini. Tunggulah…

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Fri Feb 2, 2018 7:19 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Ambil alih kerajaan bukan angan-angan, tapi cita-cita kata Tuan Ibrahim
bloglist-malaysia.blogspot
idahsalam.blogspot
Posted by indah.com

Sinar Harian
29 Januari 2018


Tuan Ibrahim Tuan Man

SHAH ALAM - Pas bukan berangan untuk menjadi kerajaan Persekutuann selepas PRU14, seperti yang didakwa Pengerusi Pakatan Harapan (Harapan), Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini.

Tetapi, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, menjadi kerajaan adalah cita-cita besar partinya seperti yang dikatakan oleh Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, minggu lalu.

"Pas bukan berangan-angan dan itu cita-cita Pas," katanya kepada Sinar Harian hari ini.
Menurutnya, Mahathir yang sebenarnya yang berangan-angan untuk memegang tampuk kerajaan,

Beliau turut menempelak Bersatu yang dilihat tidak mempunyai ahli mencukupi bagi mengerakkan jentera mereka untuk mempromosikan parti berkenaan.
Sebaliknya, Pas mempunyai ramai ahli yang akan mengerakkan parti untuk menentang parti-parti lain pada pilihan raya umum akan datang.
"Pas ada jentera, ahli hampir sejuta, cawangan lebih 8,000 buah dan kawasan ada 196 seluruh negara.

"Kita bekerja dan mengubah pendekatan politik kepada budaya politik matang dang sejahtera yang mengajak agar politik solusi menjadi kaedah Pas kini. Bukan (politik) serangan mencaci maki yang membosankan rakyat," tegasnya.
Minggu lalu, Mahathir menyatakan bahawa Pas hanya 'angan-angan Mat Jenin', susulan keputusan parti itu untuk bertanding di lebih 130 kawasan Parlimen pada PRU14 kelak.

Dakwanya, tindakan Pas itu dilihat hanya akan memecahkan undi sesama parti politik dalam PRU14 dan ini akan memberi kelebihan kepada BN untuk memenangi pilihan raya umum terbabit.

PAS Selangor sedia tawar kerusi untuk Khalid Ibrahim

Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
tranungkite.net

Kurang 24 jam selepas bekas menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berikrar akan membantu PAS berkempen pada pilihan raya umum akan datang, parti itu menyatakan kesediaan untuk menawarkan kerusi kepada ADUN Pelabuhan Klang itu.

Syaratnya adalah Abdul Khalid sudah berubah fikiran dan bersedia untuk menyertai PAS.

Akhbar Sinar Harian dalam laporannya hari ini berkata tawaran itu dibuat oleh Pengarah Pilihan Raya PAS, Roslan Shahir Mohd Shahir yang berkata, fasa memujuk Abdul Khalid berterusan, walaupun parti itu menghormati pendiriannya yang memilih bergerak bebas.

"Hubungan PAS dan Abdul Khalid cukup akrab dan kita dah kenal sejak beliau menyandang jawatan penting di Selangor. Kami hormati prestasi dan kepimpinannya.
"Cukup jika beliau menunjukkan sokongan melalui kempen dan program penerangan bersama PAS, itu sudah memadai untuk meyakinkan rakyat kerana latar belakang dan rekodnya yang bersih," katanya yang dipetik akhbar itu.

Beliau juga berkata, kehadiran Abdul Khalid adalah satu penghargaan buat PAS seterusnya membuktikan ia adalah parti yang diyakini oleh beliau untuk meneruskan perjuangan yang terbantut selepas dipecat sebagai menteri besar Selangor.

Menurut Roslan Shahir, sikap Abdul Khalid yang terbuka hadir dalam program politik PAS dan Umno juga membuktikan peribadinya yang berpendirian.

"PAS yakin beliau hadir pada program Umno dan PAS tanpa agenda tersembunyi, sebaliknya sebagai meneruskan agenda rakyat Selangor yang diperjuangkan termasuk program air dan ekonomi.

"Penolakannya mungkin disebabkan komitmen, namun keberadaan bersama PAS dianggap sebagai platform terbaik buatnya meneruskan agenda perjuangan rakyat," katanya.

Minggu lalu, Malaysiakini melaporkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhasrat untuk membentuk kerajaan di Selangor.
Bagaimanapun beliau masih belum memikirkan berapa kerusi yang akan ditandingi parti berkenaan.

Malah, Abdul Hadi turut mensasarkan PAS akan memenangi kerusi parlimen yang mencukupi agar kerajaan sendiri dapat dibentuk atau parti itu menyertai pembentukan kerajaan baru selepas pilihan raya umum ke-14.

PAS sebelum ini menyatkan hasrat untuk bertanding si sekurang-kurangnya 130 kerusi parlimen.

Ex-MB to campaign for PAS to prevent DAP controlling Selangor
bloglist-malaysia.blogspot
malaysia-today.net
By MT Webmaster

(Malaysiakini) – Former Selangor menteri besar Khalid Ibrahim has announced that he would campaign for PAS in the coming general election.

However, the independent Port Klang assemblyperson said he would not join the Islamist party.

According to a Sinar Harian report, Khalid would be campaigning for PAS in order to prevent DAP from controlling the state, which he led for more than five years.

He said that PAS has a good chance of administering Selangor with leaders who are responsible and with integrity.

"Some have asked why I don't join PAS… I don't need to join in order to work with PAS.

"If I join PAS, I will change the structure in PAS and people will say I joined PAS because I want positions, so let me be free in this aspect," he added.

Khalid said PAS must be patient in facing the prospect of being needled by various quarters during the 14th general election with statements that are taken out of context.

The former menteri besar noted how during the last general election, some believed that Pakatan Rakyat would be defeated in Selangor since the state Umno chapter was headed by Prime Minister Najib Abdul Razak with an allocation of almost RM15 million.

"We only spent RM1.3 million for the election campaign but we still won.

"This means money is not the factor which determines victory but we need sufficient funds to face the election," he told a PAS ceramah last night.

Khalid, a former PKR member, was removed as menteri besar through the infamous "Kajang Move".

He was later sacked by PKR. Khalid is also the MP for Bandar Tun Razak.

Last week, Malaysiakini reported that PAS president Abdul Hadi Awang is seeking to form the state government in Selangor but has not decided on the number of seats his party would contest.

Azmin Arah Pejabat Pusat Khidmat Pesuruhjaya PAS Selangor Disiasat ?

Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
tranungkite.net

AIDCNews -29/01/18 -Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dipercayai terus memberi tekanan politik kepada Pesuruhjaya PAS Selangor YB Sallehen Mukhyi apabila mengarahkan syarikat audit menyiasat pejabat pusat khidmat ADUN PAS tersebut.

Bagaimanapun, syarikat audit itu tidak menjumpai apa-apa kesalahan yang boleh mensabitkan Sallehen yang juga ADUN PAS Sabak terbabit dalam salah laku pengurusan peruntukan.

"Dapat info Pejabat Pusat Khidmat Pesuruhjaya PAS Selangor YB Sallehen Mukhyi ADUN Sabak atas arahan SO1 diserbu audit kononnya ada salah guna peruntukan.

"Lepas diaudit dan didapati tiada sebarang penyelewengan atau salah laku, peruntukan tetap tak dikembalikan.

"Punyalah hati kaudu dan pendendam kesumat Azmin Ali Timbalan Presiden PKR," dedah Hanisya Abdul Hamid dalam Facebook.

Apa motif peruntukan Adun PAS S'gor ditahan?

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

SABAK BERNAM: Penahanan dan pembekuan peruntukan oleh pihak Kerajaan Negeri Selangor terhadap Adun-adun PAS berlaku dalam keadaan serba pelik, demikian menurut Adun Sabak, Ustaz Sallehen Mukhyi.

Akui beliau, secara khusus peruntukan kepadanya telah ditahan sejak September lalu di mana dalam situasi biasa pembekuan hanya berlaku apabila terdapat 'kes' berkaitan penggunaan wang.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor menzahirkan kemusykilannya apabila arahan pembekuan datang dan kemudiannya baharulah disusuli siasatan audit.

"Bekukan dulu baru audit datang siasat? Lima (pegawai) audit datang pergi ke semua tempat yang kita telah luluskan (peruntukan). Ada surau kita beri karpet, ada sekolah kita beri 'aircond" dedahnya pada Ceramah Umum Isu Semasa di Sungai Air Tawar, di sini kelmarin.

Menurutnya, pihak audit menemui semua pihak berkenaan yang dibayangkan beliau sebagai hendak mencari kesalahan, namun mendapati pengurusan kewangan Dun Sabak adalah bersih tanpa masalah.

Beliau juga menyatakan tidak kisah dengan pembekuan tersebut kerana sejak dahulu pun PAS sentiasa menambah sokongan masyarakat tanpa peruntukan dan akan bertemu dengan Menteri Besar. -HARAKAHDAILY 29/1/2018

ADUN PAS: S'gor beku peruntukan saya sejak September

Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
tranungkite.net

Wakil rakyat PAS Selangor Sallehen Mukhyi mendedahkan peruntukan untuk kawasan pilihan rayanya telah dibekukan oleh kerajaan negeri pimpinan PKR sejak September lalu.

Anggota Dewan Undangan Negeri Sabak justeru menyifatkan pembekuan itu berlaku dalam keadaan serba pelik, lapor akhbar web rasmi PAS.

"Akui beliau, secara khusus peruntukan kepadanya telah ditahan sejak September lalu di mana dalam situasi biasa pembekuan hanya berlaku apabila terdapat 'kes' berkaitan penggunaan wang.," menurut Harakahdaily.

Sallehen yang juga pesuruhjaya PAS Selangor menzahirkan kemusykilan apabila arahan pembekuan didakwa dibuat terlebih dahulu sebelum siasatan audit.

"Bekukan dulu baru audit datang siasat? Lima (pegawai) audit datang pergi ke semua tempat yang kita telah luluskan (peruntukan). Ada surau kita beri karpet, ada sekolah kita beri aircond," beliau dipetik sebagai berkata dalam ceramah di Sungai Air Tawar, di Sabak Bernam.

Beliau membayangkan pihak audit hendak mencari kesalahan, namun mendapati pengurusan kewangan DUN Sabak bersih.

Azmin Masih Takut Muktamadkan Pembahagian Kerusi Pakatan Harapan Selangor ?

bloglist-malaysia.blogspot
dialograkyat.blogspot
Dicatat oleh ELBI RISALAH
AIDCNews


Malaysian Access – Pakatan Harapan Selangor masih tidak mengadakan perbincangan rundingan pengagihan kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor, walaupun tarikh akhir penyerahan adalah 31 Januari.

Selain itu, jawatankuasa khas untuk berunding pembahagian kerusi untuk empat parti komponen pakatan itu turut belum ditubuhkan.

Keadaan ini akan berterusan kerana PKR masih gigih ingin mendapatkan sokongan PAS dan mempercayai mereka akan gagal tanpa bantuan PAS.

Pengarah Komunikasi Negeri Amanah Jamzuri Ardani berkata pihaknya telah menghantar surat kepada pengerusi PH Mohamed Azmin Ali, meminta bahawa jawatankuasa khas ditubuhkan segera untuk membincangkan pembahagian kerusi.

Tetapi tiada sebarang balas dari Azmin.

Jamzuri berkata perbincangan mengenai pembahagian kerusi telah bermula di kalangan sesetengah parti komponen PH, tetapi hanya tidak rasmi.

Tanpa persefahaman semua pihak, keempat-empat pihak masih belum datang bersama-sama untuk secara rasmi membincangkan perkara itu.

Sumber turut mengatakan mesyuarat Jentera Pilihan Raya PH minggu lalu gagal mencapai persetujuan mengenai pembahagian kerusi.

"Wakil berkata mereka hadir untuk bercakap tentang persediaan untuk pilihan raya, tidak bercakap tentang pembahagian kerusi. Jadi, mesyuarat itu berakhir 30 minit kemudian," kata sumber itu.

Negara Perlu Tukar Sistem Yang Rosak.
bloglist-malaysia.blogspot

wabillahagro.blogspot.

Dicatat oleh Abd Wahab Abdullah

_Oleh: Lebai Ajees _

T. Mahadir letak jawatan... Naik Pak Lah...Harapkan Pak Lah, rupanya belum syuruk gegak gempita hujan kembali turun bersama guruh, kilat sabung menyabung, maka turunlah Pak Lah membawa bersama harapan rakyat pada yg turut kecundang...
Turun Pak Lah, naiklah Najib... Rakyat tertanya tanya, mungkin inilah harapan rakyat... Rupanya lagi parah dari Pak Lah...
Ini semua aturan T.Mahadir untuk menggantikan tempatnya, pernah satu ketika T.M pernah menyebut kesilapan beliau yg paling besar adalah mengangkat Najib sebagai PM...

Rupanya 2 pm selepas T.M serba tidak menjadi untuk memulihkan kepercayaan rakyat, apatah lagi memulihkan ekonomi...
Adakah salah PM atau sistem yg mereka amalkan?

Nampaknya sistem yg mereka amalkan sudah tidak relevan untuk memulihkan kerosakan peninggalan warisan T.M...
Kini PH memilih T.M sekali lagi sebagai arkitek utk memulihkan sistem yg sudah rosak itu...
Adakah T.M mampu membaikinya sedangkan dialah yg menjadi perekanya yg mengubah landskap negara dgn kurang tambah sistem untuk menambah kuasa PM sehingga kan melucutkan kuasa raja-raja?..

Adakah T.M mampu untuk mengembalikan nya kepada sistem yg lebih baik? Cagaran apa yg T.M suakan? Adakah cukup dengan disucikan oleh PH sudah cukup membuktikan yg T.M sudah insaf & ingin kembali ke landasan yg betul?

Jika dilihat gerak tari T.M jangankan segenggam, secuit pn tak nampak yg T.M ingin bersama dengan slogan PH *Selamatkan Malaysia*..Adakah maksud selamat kan dari rejim Najib & kembali semula pd rejimnya yg suatu masa dulu lebih parah dari Najib?
T.M kelihatan mencari ruang disebalik kusut masai & kecelaruan PH untuk menjayakan misinya untuk menyelamatkan empayar anak²nya... Itu kelihatan jelas dari beberapa kenyataan nya yg sahih...
Adakah kita juga akan terus dikelirukan dengan janji T.M yg belum pasti?

*Fikir-fikirkan*

#Allahummasolli_ala_SaiyyidinaMuhammad
#MAMPUCentre
#BPMSlillahitaala
#SEJAHTERAbersamaISLAM
Jom KLIK dan LIKE
https://www.facebook.com/mampu.centre

Haji Hadi Buat Azmin Ali Tidak Senang Duduk

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
tranungkite.net

PAKAR 'putar' dalam pakatan pembangkang terpaksalah kerja lebih masa cari idea yang lebih kreatif bagaimana nak tibai dua burung serentak dengan seketul batu.

Nampaknya makin hari makin rumit mereka hendak jual temberang yang tidak logik bahawa BN dan PAS sedang berkepit untuk hadapi pilihanraya umum ke-14.
Ramai yang sedar ia cuma taktik perang saraf untuk mencetuskan rasa curiga di kalangan ahli kedua parti dan mengelirukan rakyat.

Jadi jangan hairan kalau dengar Tun Dr. Mahathir Mohamad berulang-ulang kali pada ceramahnya di serata tempat mendakwa PAS sengaja hendak kacau daun wujudkan pertandingan tiga penjuru bagi memenangkan BN nanti.

Siapa tahu mungkin untung nasib temberang ini akan mewujudkan pergeseran dalaman kedua parti dan mereka dapat pancing undi untuk pakatan pembangkang.

Entah apa agaknya bos pakatan pembangkang itu sekarang hendak putar lagi bila mendengar apa kata Datuk Seri Haji Hadi Awang dalam sidang akhbar di pelancaran jentera PAS Selangor untuk PRU14 pada Himpunan Fastaqim 2.4 di Shah Alam pada Ahad.

Presiden PAS itu sendiri jawab dakwaan konon beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berpakat bagi membolehkan PAS terus kekal perintah Kelantan selepas PRU14.

"Dakwaan itu tidak benar. Kalau bincang dengan UMNO mengenai isu Palestin, Rohingya boleh lah.

"Tapi kalau pasal pilihan raya, kita lawan UMNO (BN)," katanya.

Seperti juga BN yang hendak mempertahankan kerajaan pada PRU14…PAS juga menaruh cita-cita sendiri untuk melangkah ke Putrajaya.

Malah kata Haji Hadi partinya meletakkan calon di setiap kerusi Parlimen serta kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan menentang calon BN.

Sebelum ini Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapha Mohamed juga menafikan ada pakatan dengan PAS seumpama itu dan wujud pergeseran dalam UMNO pasal itu.

Beliau menegaskan BN sendiri sedia untuk berentap untuk menawan Kelantan.

Semasa sidang akhbar itu Haji Hadi memberitahu PAS akan bertanding lebih daripada 130 kerusi Parlimen pada PRU14 bagi membolehkannya membentuk kerajaan jika menang.

Pada PRU13, PAS bertanding 73 kerusi Parlimen dan menang 21 daripadanya.

Terkini, PAS hanya tinggal 15 Ahli Parlimen sahaja.

Enam daripada 21`kerusi kini disandang anggota Parlimen Parti Amanah Negara (PAN), parti serpihan PAS, manakala kerusi Parlimen Pokok Sena juga terlepas apabila penyandangnya Datuk Mahfuz Omar mengumumkan keluar parti itu baru-baru ini.

Presiden PAS itu kata partinya perlu bertanding sekurang-kurangnya lebih daripada jumlah majoriti mudah iaitu daripada 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan.

"Kemungkinan (bertanding) 130 lebih (kerusi Parlimen), sekurang-kurangnya majoriti mudah.

"PAS mahu membentuk kerajaan ataupun menyertai pembentukan kerajaan, bukan lagi sebagai pembangkang yang lemah," katanya.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali mungkin tidak sedap badan mendengar pendirian terkini Haji Hadi.

Sewaktu krisis Langkah Kajang PKR singkir Tan Sri Khalid Ibrahim dulu hasil dokongan PAS beliau tiba-tiba dapat jadi Menteri Besar.

Namun kini PAS seperti juga BN berhasrat untuk tawan Selangor.

Kata Haji Hadi PAS juga bertekad mahu merampas Selangor pada PRU14 bagi menjadi contoh kepada negeri-negeri lain.

"Selangor perlu menjadi contoh, kita harap rakyat Selangor mesti memilih kepimpinan Islam," katanya.

PAS Selangor dikatakan sasar sekurang-kurangnya 42 daripada 56 kerusi DUN di negeri itu, termasuk di kawasan diwakili Azmin di Bukit Antarabangsa dan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail di Kajang.

Pada pilihan raya umum 2013, PAS meletakkan 21 calon negeri di Selangor dan memenangi 15 kerusi.

Namun kini tinggal 13 sahaja bila dua wakil rakyatnya kawasan Hulu Kelang, Saari Sungib dan Morib Hasnul Baharuddin lompat masuk PAN.

PAS dikatakan mempunyai jaringan dan pengaruh yang boleh tahan di kawasan DUN Bukit Antarabangsa dan kawasan Parlimen Gombak yang diwakili Azmin.

Atas sebab itu semakin rancak desas desus berlegar Menteri Besar Selangor itu sedang mengintai kawasan yang lebih selamat untuk beliau berteduh. – MYNEWSHUB.CC

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: