Sunday, February 4, 2018

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4891

8 Messages

Digest #4891

Messages

Sun Feb 4, 2018 7:52 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Sempena Pra sambutan Tahun Baru Cina (TBC)

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net

Sempena sambutan Tahun Baru Cina (TBC) yang bakal disambut pada pertengahan bulan Febuari 2018, YB Dr Halimah Ali ADUN Selat Klang mengambil kesempatan dengan mengadakan sambutan TBC di bagan Hailam pada 3 Febuari 2018.

Sambutan TBC yang dianjurkan oleh Pejabat Adun Selat Klang dengan kerjasama Portfolio Non-Malays (PNM) Selat Klang mendapat sambutan yang menggalakkan daripada lebih 60 orang penduduk Bagan Hailam yang terdiri daripada golongan kanak-kanak dan warga emas.
Program yang dimulakan dengan ucapan alu aluan daripada Adun Selat Klang turut mendapat reaksi positif daripada penduduk kawasan itu dan apa yang menariknya rata-rata mereka menyatakan pendirian untuk menyokong dan bersama PAS pada PRU akan datang.

Program disusuli dengan pemberian "ang paw" kepada penduduk yang hadir terutama kepada kanak-kanak dan diakhiri dengan sesi bergambar beramai ramai.

Kredit
Hanisya Abdul Hamid

Dialog Presiden Pas bersama NGO India

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net

Dialog Presiden Pas bersama NGO India di Hotel Sri Malaysia Kepala Batas. Siapa kata Non Muslim anti PAS????

Kredit
Hanisya Abdul Hamid

Himpunan HIMMAH PAS Perak di Padang Meru Raya Tambun

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net


Himpunan HIMMAH PAS Perak di Padang Meru Raya Tambun. Pidato TG Hj Hadi Awang, Ust Fadli Naib Ketua DPP Malaysia, Tn Hj Razman, Ust Akmal Kamarudin, Yb Ust Zawawi, Mr Sam DHPP.

Kredit
Mohd Zubir Mohd Zubir

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Feb 4, 2018 7:53 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Van Keselamatan Bawa RM4 Juta Terbalik Dirempuh

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net

BAGAI aksi filem Hollywood, sebuah van keselamatan membawa wang tunai RM4 juta terbalik selepas dirempuh kenderaan pelbagai guna (MPV) di Petaling Jaya, Selangor hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi di Jalan Lapangan Terbang Subang itu, dua pegawai keselamatan daripada syarikat keselamatan Security Amour cedera manakala pemandu van terbabit cedera ringan.

Insiden yang berlaku di laluan menghala arah susur masuk ke Kelana Jaya itu melibatkan sebuah kereta jenis Nissan Grand Livina yang dipandu oleh seorang wanita berusia 44 tahun.

Lapor BH Online, berdasarkan laporan daripada pemandu wanita itu, van sekuriti terbabit telah memasuki laluan hadapannya hingga menyebabkannya dia gagal mengelak.

Ia menyebabkan kereta yang dipandunya melanggar van tersebut dari arah belakang sehingga terbabas lalu merempuh pembahagi jalan sebelum terbalik.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din berkata kemalangan menyebabkan kesesakan jalan sepanjang beberapa kilometer.

"Pengguna jalan raya dan orang ramai yang melalui kawasan berkenaan turut bantu mangsa terbabit dan mangsa cedera dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)," katanya.

Mohd Zani berkata, semua wang yang dibawa van itu selamat dan kemudian segera dipindahkan ke sebuah van lain manakala pemandu kereta Nissan Grand Livina tidak mengalami kecederaan.

"Wang dialihkan ke van lain dengan selamat dan siasatan lanjut berhubung kemalangan dilakukan mengikut Peraturan 10 LN 166/59," katanya lagi. – MYNEWSHUB.CC

Selagi Tiada Bukti, Jualan Kopi Pracampuran Tidak Akan Ditarik - KKM

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net


GEORGE TOWN: Kopi pracampuran yang menyebabkan sekurang-kurangnya lima orang mengalami gejala letih teruk tidak akan ditarik daripada rak jualan selagi tiada bukti tentang produk itu tercemar, kata Datuk Seri Dr S. Subramaniam.
Menteri Kesihatan berkata, selain sampel kopi pracampuran yang tercemar yang disahkan oleh polis mengandungi dadah, tiada bukti diperolehi untuk menyalahkan pihak pengeluar produk kopi tersebut.

"Sehingga siasatan selesai dijalankan, kami ingin menasihatkan agar orang awam berhati-hati.

"Selagi tiada bukti kukuh yang dapat mengaitkan pihak pengeluar dengan kes ini, kami tiada perancangan untuk menariknya daripada dijual di kedai," katanya pada sidang media selepas merasmikan Pusat Terapi Holistik Bersepadu di Klinik Derma Sivasanta di Jalan River di pada Ahad.

Subramaniam berkata, pihak kementerian telah melawat kilang tersebut dan tidak menjumpai bukti bahawa jenama kopi pracampuran itu mengandungi dadah selepas ujian dijalankan.

Subramaniam menjawab pertanyaan media selepas merasmikan Pusat Terapi Holistik Bersepadu. - Bernama

Pada Sabtu, Ketua Polis George Town Asisten Komisioner Anuar Omar mendedahkan bahawa bahan yang ditemukan di dalam sampel kopi pracampuran yang diminum oleh dua pengawal keselamatan warga Nepal terbabit.

"Pemeriksaan menunjukkan paket kopi itu telah dibuka dan terdapat tanda koyakan pada bahagian bawah paket tersebut.

"Paket yang dicantumkan semula itu turut mengandungi lebihan berat sebanyak 10 gram (g) berbanding berat asal iaitu 40g.

"Ia mengandungi bahan berwarna hijau yang berbeza dengan paket asli," kata beliau.

Lima pesakit menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang antara 27 dan 30 Januari selepas meminum air kopi pracampuran berperisa durian.

Polis: Dadah ditemui dalam kopi perisa durian

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net

GEORGE TOWN: Siasatan awal polis tidak menolak kemungkinan kopi pracampuran yang diminum 2 lelaki Nepal sehingga menyebabkan mereka mengalami gejala letih teruk, dipercayai mengandungi bahan asing disyaki sejenis dadah.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Anuar Omar berkata, ujian analisis sampel kopi yang dijalankan pegawai teknologi makanan, makmal keselamatan dan kualiti makanan Pulau Pinang mendapati ada kandungan dadah, namun belum dapat dipastikan jenisnya.

"Hasil analisis sampel paket kopi yang diberikan seorang wanita tidak dikenali kepada 2 pengawal keselamatan itu juga menunjukkan paket itu telah dibuka dan dilekatkan semula kerana bahagian bawah paket itu menunjukkan kesan koyak.

"Berat paket yang dilekatkan semula itu juga menunjukkan penambahan lebih 10g daripada berat asal iaitu 40g kepada 50g dan dalam serbuk kopi itu mengandungi bendasing berwarna hijau berbeza dengan paket asal," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, sampel kopi itu juga dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis bagi mengenal pasti jenis sebenar dadah yang dicampur dalam paket tersebut.

Anuar berkata, siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mengesan wanita yang memberikan kopi pracampuran itu kepada 2 lelaki Nepal berkenaan.

Beliau berkata, 2 wanita yang turut dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas minum kopi itu kerana mengalami gejala sama dalam kejadian 27 Januari lepas, mendapat kopi itu daripada orang yang menderma kepada sebuah tokong.

Seramai 5 individu, termasuk 2 wanita dirawat di HPP selepas mengalami gejala letih dan lemah teruk, malah ada yang tidak sedarkan diri selepas dipercayai minum sejenis kopi sejak Ahad hingga Selasa lalu.

Mereka yang berusia 19 hingga 62 tahun itu ditahan di wad untuk pemerhatian dan beberapa ujian dijalankan. Tiga daripadanya dibenarkan keluar wad selepas keadaan mereka bertambah baik.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Pulau Pinang, Dr Wan Mansor Hamzah ketika dihubungi berkata, tiada kes baharu dilaporkan dan siasatan berhubung sampel kopi serta ujian ke atas pesakit selesai dijalankan.

Hasil Analisis Sampel Kopi Dalam Masa Terdekat

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net

KUALA SELANGOR - Jabatan Kesihatan Pulau Pinang sedang menganalisis sampel kopi campuran yang didakwa menjadi punca beberapa lelaki dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas mengalami sindrom letih dan lemah teruk, semalam.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata analisis berkenaan bertujuan mengenal pasti sama ada kopi campuran itu mengandungi bahan kimia terlarang.
"Kami jangka keputusan analisis ini akan dikeluarkan dalam masa terdekat dan jika keputusan itu mendapati ia mengandungi bahan terlarang, jenama kopi campuran itu akan dihebahkan kepada orang ramai dan pengeluarnya akan diarahkan menarik balik produk itu daripada pasaran.

"Setakat ini melalui laporan yang saya terima sudah lima orang dimasukkan ke HPP selepas minum kopi campuran 'durian white coffee' itu," katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri majlis sambutan Thaipusam bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Kuil Sri Subramaniar Swamy di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis yang dihadiri kira-kira 5,000 penganut Hindu itu ialah Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang juga Pengerusi Barisan Nasional Selangor, Tan Sri Noh Omar serta anggota Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr. Irmohizam Ibrahim.

Akhbar semalam melaporkan dua lelaki terpaksa dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang semalam selepas pening kerana minum sejenis kopi campuran segera.

Mereka dikatakan mengalami simptom lemah dan letih selepas minum kopi berkenaan.

Dalam sidang akhbar sama, Dr. Subramaniam yang juga Presiden MIC turut merakamkan ucapan terima kasih atas keprihatinan perdana menteri yang bersetuju menyalurkan geran berjumlah RM1.5 juta kepada kuil berkenaan bagi membina sebuah dewan serbaguna.

Beliau berkata pembinaan dewan berkenaan menelan kos kira-kira RM3 juta, di mana baki RM1.5 juta akan diusahakan sendiri oleh jawatankuasa kuil itu melalui kutipan derma.

"Pembinaan dewan ini nanti bakal meningkatkan aktiviti masyarakat India di kawasan Kuala Selangor dan sekitarnya. Peruntukan ini sebagai bukti Kerajaan Pusat prihatin terhadap keperluan masyarakat India seluruh negara," katanya.

Terdahulu, ketika berucap, Najib memberi jaminan bahawa kerajaan akan memberi peruntukan tambahan RM1.5 juta untuk pembangunan di kuil itu sekiranya jawatankuasa kuil itu berjaya mengumpul dana berjumlah RM1.5 juta. – BERNAMA

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Feb 4, 2018 7:53 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



PAS sokong mahkamah syariah bawah perlembagaan negeri

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net

IPOH: PAS menyokong cadangan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang meminta kerajaan negeri membuat pindaan dengan meletakkan penubuhan mahkamah syariah dalam Undang-undang Tubuh Negeri.

Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata cadangan itu dilihat rasional memandangkan Islam merupakan agama rasmi negara sepertimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, ia juga mampu mengangkat taraf mahkamah syariah setanding mahkamah sivil.

"Saya sokong cadangan mufti itu perlu dilaksanakan dan dipertimbangkan oleh pihak berkuasa kerana mengikut Perlembagaan, Islam adalah agama persekutuan, dalam masa yang sama kebebasan agama lain turut dijamin.

"Mendirikan hukum syariat juga adalah menegakkan keadilan untuk semua. Sebab itu tak perlu bimbang tentang diskriminasi terhadap kaum lain," katanya pada sidang media selepas merasmikan Wisma Purnama PAS Kawasan Gopeng hari ini.

Pada 1 Februari lalu, cadangan berhubung pindaan itu dikemukakan oleh Harussani susulan keputusan Mahkamah Persekutuan yang membenarkan rayuan untuk membatalkan penukaran agama 3 anak guru tadika M Indira Ghandi kepada Islam oleh bekas suaminya Muhammad Riduan Abdullah.

Mufti Perak itu berkata peruntukan mahkamah syariah perlu diluaskan supaya memberi ruang kepada orang bukan Islam hadir ketika perbicaraan, tidak hanya terhad kepada orang Islam sahaja.

"Pindaan itu berupaya mengangkat mahkamah syariah setaraf dengan mahkamah sivil. Mahkamah syariah juga tidak sepatutnya dianggap sebagai satu entiti yang berada di luar institusi kehakiman sekali gus meletakkannya pada kedudukan yang lebih rendah," katanya dalam kenyataan.

Apakah ada ajaran politik dalam AlQuran dan Sunnah?

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
tranungkite.net

*(Pertama)* kerana kitab al-Quran adalah kitab yang syumul. Firman Allah;

*_"Dan Kami turunkan kepadamu al-Quran sebagai penjelasan bagi segala perkara"._*
(Surah an-Nahl, ayat 89).

Maksud syumul ialah lengkap, menyeluruh dan sempurna. Jika kita beriktiqad bahawa tidak ada politik di dalam al-Quran, maka kita telah menafikan kesyumulan al-Quran dan iktiqad ini bertentangan dengan ayat tersebut.

*(Kedua)* Jika kita membuka al-Quran, kita akan berjumpa dengan ayat-ayat Allah yang mewajibkan kita melaksanakan Syari'at Allah sepenuhnya, menjauhi kezaliman, menegakkan keadilan, melaksanakan hukum-hukum Jenayah Islam (hudud), membenteras riba, judi, arak dan maksiat, mengajak kepada makruf dan mencegah kemungkaran di mana semua tuntutan ini tidak akan dapat dilaksanakan tanpa kuasa politik atau pemerintahan.

*(Ketiga)* Berpolitik adalah sunnah Nabi s.a.w.. Nabi Muhammad s.a.w. telah menjadi Ketua Negara selama 11 tahun di Madinah. Sepanjang 11 tahun tersebut, Baginda saw tidak memerintah rakyatnya melainkan dengan al-Quran dan as-Sunnah. Selepas kewafatannya, kepimpinan baginda diganti pula oleh Khulafak Rasyidin. Mereka mengganti Baginda saw sebagai Ketua Negara, bukan sebagai Ketua Agama. Jika politik bukan dari agama, sudah tentu Nabi Muhammad s.a..w. dan Khulafak Rasyidin tidak akan melibatkan diri dengan politik, sebaliknya menumpukan hal-hal agama dan kerohanian sahaja.

*APA HUKUM ORANG YANG BERKATA; "POLITIK LAIN, AGAMA LAIN"?*

Ucapan tersebut bertentangan dengan al-Quran dan as-Sunnah. Ucapan itu cuba menafikan kesyumulan ajaran Islam yang meliputi segenap aspek kehidupan manusia termasuklah aspek politik. Ia juga bercanggah dengan Sunnah Nabi s.a.w. yang berpolitik semasa hayatnya. Orang yang mengeluarkan ucapan tersebut adalah jelas berfahaman Sekular.

Jika ia seorang pemimpin, wajib umat Islam menolak pemimpin sepertinya. Dalam pengundian, haram ke atas umat Islam mengundinya. Jika ucapan tersebut menjadi pegangan sebuah Parti Politik, haram umat Islam menyertai Parti tersebut dan menyokongnya.

Fahaman Sekular (termasuklah dalam aspek politik) telah disepakati oleh sekelian ulamak Islam hari ini sebagai haram, sesat bertentangan dengan Aqidah Ahlus-Sunnah Wal-Jamaah.

*ADAKAH POLITIK SATU IBADAH?*

Ya, politik akan menjadi sebahagian dari ibadah jika cara jika cara kita berpolitik adalah mengikut manhaj al-Quran dan as-Sunnah. Jika tidak mengikut al-Quran dan as-Sunnah, maka politik kita tidak akan menjadi ibadah, malah berdosa kerana kita mengenepikan Syariat Allah.

Menurut sekelian ulamak; setiap perbuatan kita akan menjadi ibadah jika memenuhi dua syarat;

*(pertama)* dilakukan kerana Allah,
*(kedua)* mengikut Syari'at Allah (yakni al-Quran dan as-Sunnah).

Jika kita berpolitik kerana Allah dan semasa berpolitik kita mematuhi Syariat Allah (antaranya tidak memberi dan menerima rasuah politik yang berleluasa hari ini), maka politik kita adalah ibadah dan mendapat pahala.

*BAGAIMANA YANG DIKATAKAN BERPOLITIK MENGIKUT MANHAJ AS-SUNNAH?*

Iaitu dengan kita menjadikan al-Quran dan as-Sunnah sebagai panduan kita dalam berpolitik.

*(Pertama)* Dari sudut tujuan dan matlamat kita berpolitik, hendaklah selari dengan matlamat politik al-Quran dan as-Sunnah.

*(Kedua)* Dalam melantik pemimpin, hendaklah kita melantik pemimpin yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh al-Quran dan as-Sunnah.

*(Ketiga)* Seorang pemimpin apabila telah dilantik, wajiblah ia memimpin rakyatnya berpandukan al-Quran dan as-Sunnah.

*(Keempat)* Rakyat hendaklah sentiasa memuhasabah pemimpinnya dengan menilainya berpandukan kehendak al-Quran dan as-Sunnah.

*(Kelima)* Kedua-dua pemimpin dan rakyat hendaklah menjadikan al-Quran dan as-Sunnah sebagai panduan.

*APAKAH MATLAMAT BERPOLITIK MENGIKUT MANHAJ AL-QURAN DAN AS-SUNNAH?*

Iaitu untuk menegakkan Syari'at Allah (yakni peraturan dan hukum-hakam Allah) di dalam negara dan memimpin rakyat berdasarkan Syari'at tersebut.

Dalam pengertian yang lain, untuk menegakkan sebuah kerajaan yang melaksanakan Syari'at Islam.

Matlamat ini menepati tugas Khalifah (penguasa) yang ditegaskan Allah kepada Nabi Daud di dalam al-Quran;

*_"Wahai Daud, sesungguhnya Kami telah menjadikanmu khalifah (penguasa) di bumi, maka jalankanlah hukum di antara manusia dengan (hukum Syari'at) yang benar (yang diwahyukan kepadamu); dan janganlah kamu menurut hawa nafsu, kerana yang demikian itu akan menyesatkanmu dari jalan Allah"._*
(Shad; 26)

*KENAPAKAH MELAKSANAKAN SYARIAT ALLAH AMAT PENTING DI DALAM NEGARA?*

Agar negara kita sentiasa dijaga oleh dilimpahi barakah oleh Allah. Negara yang diberkati Allah ialah negara yang penduduknya bertakwa dan makna takwa ialah mematuhi perintah Allah (yakni Syari'atNya) dan menjauhi maksiat serta munkar. Firman Allah;

*_"Sekiranya penduduk suatu negeri atau negara itu, mereka beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu kurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya dari langit dan bumi, akan tetapi mereka mendustakan (ajaran Rasul kami), maka Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan"._*
(al-A'raf; 96)

*APA AKIBAT PENGABAIAN HUKUM SYARIAT DI DALAM NEGARA?*

Pengabaian Syari'at Allah yang berterusan menyebabkan kita berdosa kepada Allah. Di dalam al-Quran, Allah telah memperingatkan kita bahawa kehancuran umat-umat terdahulu adalah kerana dosa-dosa yang mereka lakukan walaupun negara mereka makmur dan mewah. Firman Allah;

*_"Apakah mereka tidak memperhatikan berapa banyaknya generasi-generasi yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (generasi itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, iaitu keteguhan yang belum pernah Kami berikan kepadamu, dan Kami curahkan hujan yang lebat atas mereka dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka karena dosa mereka sendiri, dan kami ciptakan sesudah mereka generasi yang lain"._*
(al-An'am; 6)

Kebinasaan dari Allah tidak semestinya dalam bentuk gempa bumi, ribut taufan, penyakit dan sebagainya. Ia boleh berlaku dalam bentuk keruntuhan akhlak, peningkatan jenayah, tekanan hidup yang melampau, porak-perandanya institusi keluarga dan pelbagai lagi musibah maknawi yang merosakkan ketenteraman hidup walaupun kita selesa dan mewah dari sudut kebendaan.

Hari ini kita sedang berhadapan dengan bibit-bibit kebinasaan dalam bentuk yang kedua tersebut. Jika kita lambat menyedari kesilapan kita dan lambat kembali kepada Allah, tidak mustahil kita akan melihat kebinasaan yang lebih teruk dalam masyarakat kita.

*KENAPAKAH PERLU KUASA POLITIK UNTUK MELAKSANAKAN SYARIAT ALLAH?*

Kerana Syari'at Islam bukan sahaja menyentuh hal-ehwal peribadi dan rohani (seperti solat, puasa, zakat, haji dan sebagainya), tetapi juga menyentuh hal-ehwal masyarakat, kerajaan dan negara seperti membenteras kezaliman dan penindasan terhadap rakyat, pengharaman riba, arak, judi, penzinaan, perlaksanaan hudud (hukuman bagi pencuri, penzina, perompak yang disebut di dalam al-Quran dan sebagainya) dan mencegah maksiat dan kemungkaran yang amat dititik-beratkan oleh al-Quran dan as-Sunnah.

Hukum-hakam yang menyentuh hal-ehwal masyarakat, kerajaan dan negara di atas mustahil dapat dilaksanakan tanpa kuasa politik.

Hari ini kita melihat dalam negara kita maksiat dan mungkar berleluasa (ada di antaranya diluluskan oleh undang-undang), tv dan media masa tidak terkawal mengikut Syariat Islam, perlembagaan negara tidak mengikut prinsip al-Quran, undang-undang negara juga tidak berdasarkan Syari'at Islam (termasuk dalam hal jenayah) dan pemimpin-pemimpin juga tidak mengikut akhlak Islam (rasuah, pecah amanah, hidup bermewah-mewah, membazir).

Kenapa hal ini berlaku?

Jawapannya kerana pemerintahan negara kita hari ini tidak tertegak atas dasar politik Islam, iaitu politik yang bermatlamatkan untuk menegakkan Syari'at Allah dan tuntutan agama Islam.

*BENARKAH ALLAH MEMERINTAHKAN NABI MUHAMMAD S..A.W. SUPAYA BERDOA MEMOHON KUASA POLITIK?*

Ya. Kerana pentingnya kuasa politik untuk melaksanakan Syari'at Allah dan tuntutan agama Islam, maka Allah memerintahkan Nabi Muhammad s.a.w. agar berdoa memohon diberikan kuasa. Allah berfirman;

*_"Dan pohonkanlah (wahai Muhammad dengan berdoa): wahai Tuhanku! Masukkanlah aku ke tempat masuk yang benar dan keluarkan (pula) aku ke tempat keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi-Mu kekuasaan yang dapat menolongku"._*
(al-Isra'; 80)

Menurut ulamak-ulamak Tafsir (antaranya Imam Qatadah, Ibnu Jarir dan Ibnu Katsir), Allah menyuruh Nabi Muhammad memohon kekuasaan kerana hanya dengan kekuasaan baginda akan dapat melaksanakan Kitab Allah, hudud-hududNya, perkara-perkara yang difardhukanNya dan membantu menegakkan agama Allah. (Lihat; Tafsir Ibnu Kathir, surah al-Isra', ayat 80)

Wallahu a'lam
.....
http://wabillahagro.blogspot.my

Peguam Sharie: Keputusan hari ini boleh timbulkan masalah di masa depan

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang berkata keputusan mahkamah berhubung kes penukaran agama sepihak membabitkan M Indira Gandhi dan bekas suaminya, Mohd Ridhuan Abdullah, akan menimbulkan konflik dalam kes seumpamanya di masa hadapan.

Hari ini, Mahkamah Persekutuan memutuskan takrif "ibu bapa" harus bersifat majmuk - melibatkan ibu dan juga bapa - justeru penukaran agama tiga anak oleh bapa mualaf mereka, hampir 10 tahun lalu terbatal dan tidak sah di sisi undang-undang.

Musa berkata, kes yang serupa di masa depan akan merujuk keputusan yang dibuat hari ini.

"Saya agak terkejut dengan keputusan ini. Keputusan anak untuk menentukan agamanya pasti akan dipengaruhi siapa yang menjaganya.

"(Maka) Ia boleh menimbulkan konflik, misalnya perebutan anak sehingga anak dibawa lari pihak tertentu (sama ada penjaga yang beragama Islam mahupun bukan Islam yang tidak mendapat hak penjagaan).

"Kemudian anak disembunyikan sehingga anak itu membuat pilihan selepas mencapai umur 18 tahun," katanya kepada Malaysiakini.

Panel lima hakim diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin sebulat suara berpuas hati bahawa penukaran agama anak perlu mendapat persetujuan kedua-dua ibu bapa, sebelum Sijil Perakuan Memeluk Islam dikeluarkan oleh Pendaftar Mualaf.
Zulkefli berkata, panel hakim mengambil maklum keputusan itu boleh mencetuskan perdebatan tetapi menjamin ia dibuat tanpa pengaruh agama.

Sepuluh tahun lalu, Mohd Ridhuan menukar agama tiga anaknya, Tevi Darsiny (12 tahun), Karan Dinish (11 tahun) dan Prasana Diksa (11 bulan), tanpa kebenaran dan pengetahuan Indira.

Sepanjang tempoh itu, kes tersebut turun naik di pelbagai mahkamah, malah pada satu masa keputusan Mahkamah Syariah bercanggah dengan Mahkamah Sivil.

Berbeza dengan pandangan mazhab

Keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini tidak lagi terikat dengan keputusan kes R Subashini lawan T Saravanan pada tahun 2007, yang menyaksikan isteri yang beragama Hindu itu diarahkan untuk mencari jalan penyelesaian di Mahkamah Rayuan Syariah untuk menghentikan suaminya yang beragama Islam daripada menukar agama anak mereka tanpa persetujuannya.

Musa berkata, perbezaan dengan kes tahun 2007 itu menyebabkan keputusan hari ini bertambah janggal.

Selain itu, katanya lagi, ia juga berbeza dengan pandangan empat ima mazhab utama Ahli Sunnah Wal Jamaah.

"Berdasarkan mazhab Shafie, Hanafi dan Hambali, jika ibu atau bapa memeluk agama Islam, anak perlu mengikutnya.

"Mazhab Maliki pula berpandangan jika bapa yang memeluk Islam anak perlu mengikutnya, kerana anak dinasabkan kepada bapa dan bukan ibu," katanya lagi.

Namun, katanya lagi, tiga anak dalam kes ini masih boleh memilih agama sendiri tanpa persetujuan ibu dan bapa selepas cukup umur 18 tahun.

Natijah keputusan kes Indera Gandi

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

KEPUTUSAN panel Hakim Mahkamah Persekutuan dalam kes Indira Gandi yang dikeluarkan pada hari ini amat menyedihkan. Mereka meminggirkan keputusan Mahkamah Persekutuan yang terdahulu dalam kes Subashini lwn Sarawanan. Hasilnya pemelukan Agama Islam anak-anak yang masing-masing sekarang berumur 20, 19 dan 8 tahun oleh si bapa yang memeluk Islam telah dibatalkan oleh mahkamah tertinggi negara ini.

Saya percaya keputusan tersebut tidak memberi kesan kepada anak yang sudah dewasa. Pilihan sekarang di tangan mereka sama ada mahu kekal atau tukar. Anak yang berumur 8 tahun sekarang apa agamanya?

Implikasi keputusan tersebut juga menyebabkan pada hadapan kita terdapat dua versi interpretasi terhadap Perkara 12 (4) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa agama bagi anak di bawah umur 18 tahun hendaklah ditetapkan oleh ibu bapa atau penjaganya.

Bermaksud apabila mana di hadapkan dengan kes-kes yang sama, hakim-hakim dalam negara ini bebas mengikut mana-mana versi tersebut sehinggalah apabila mana kerajaan memuktamadkan versi yang dipilih oleh kerajaan ke dalam akta. Sehingga ke hari ini kerajaan belum memuktamadkannya. Cubaan terakhir adalah pada cadangan terhadap Akta 164 yang telah ditarik balik semasa sidang Parlimen yang lepas.

Mengikut laporan media Kerajaan Barisan Nasional sedia memasukkan peruntukan tersebut ke dalam Akta 164. Iaitu selepas mereka memenangi semula pilihanraya ke-14. Sedangkan mereka tahu majoriti umat Islam tidak bersetuju dengan cadangan yang bercanggah dengan pandangan jumhur ulama itu.

Justeru tidak ada pilihan lain kecuali kita meramaikan Ahli Parlimen PAS yang sentiasa konsisten dalam isu tersebut. Ahli Parlimen PAS telah berbahas secara terbuka di Parlimen berhadapan dengan semua yang menentang biar pun tinggal beberapa belas ahli Parlimen sahaja di dalam Parlimen.

Tentu sahaja dapat dibayang, apabila Ahli Parlimen PAS menguasai majoriti. Tentu sahaja kerajaan dapat memuktamadkan undang-undang yang selaras dengan kehendak agama.

Tidak dapat tidak, umat Islam perlu bersatu dalam menunjukkan kesatuan dalam menolak kemunculan semula seksyen 88A dengan mengundi ahli Parlimen yang berfikir mengikut kaca mata Islam.

NIK BAHRUM NIK ABDULLAH
Pengerusi
Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia
PAS Negeri Kelantan

Antara Belit Mufti Dengan Lawak IKSIM

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

"

Felo kanan Institiut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM), Engku Ahmad Fadzil Engku Ali menyarankan para mufti mengeluarkan fatwa tentang menyokong, membantu dan mengundi DAP yang didakwa membawa agenda sekularisme dan anti Islam. Katanya, fatwa seperti itu perlu kerana ia melibatkan umat Islam yang berhasrat menggunakan undi, sokongan dan bantuan yang diberikan bagi tujuan yang bercanggah dengan tuntutan Islam. Apa pula pandangan Mufti Pulau Pinang, kubu dan terowong DAP?

Muftinya, Datuk Wan Salim Wan Mohd Noor menegaskan cadangan itu tidak perlu.. Justifikasinya, menyokong dan mengundi sesebuah parti politik adalah hak individu. Bagi mufti negeri kubu chauvanis dan terowong evangelis ini, seolah-olah apabila melibatkan hak individu maka tak perlu diberi hukum. Beginilah jadinya apabila tembolok tersumbat dedak dan memasung diri dengan kepentingan pangkat dan duniawi.

Memang peliklah politik mutakhir kini. Parti-parti sekular dan liberal masing-masing ada ulama sendiri. Sorry, bukan ulama tetapi terompah kayu. PAN ada terompah kayu rahmatan lil alamin. Tugasnya untuk membaca doa. Kemudian jadi kera sumbang di kerusi belakang.

PKR ada Wan Ji. Terompah kayu ini berjawatan tinggi hasil transaksi sewa-beli antara PKR dan DAP. Tugasnya belek al-Quran untuk cari jawaban sekiranya DAP dituduh anti Islam. Hasilnya DAP sudah berani kata PAS kesesatan. Hebat. PPBM pula baru saja mewujudkan jawatan terompah kayu. Konon untuk lawan salah faham terhadap Islam mengikut kacamata parti ayah Mirzan.

Berbalik kepada gesaan felo IKSIM tersebut, penulis tertanya-tanya, "tak mahukah dicadangkan juga fatwa melibatkan sokongan kepada parti sekular nasionalis UMNO?" Maklumlah mana boleh berpilih-pilih hukum?

Konklusinya, jangan haraplah agensi bawah kerajaan akan buat sesuatu yang merugikannya walaupun benar pada hakikatnya. Saranan Engku Ahmad Fadzil amat wajar demi Islam dan akidah umatnya. Tetapi kerajaan mana rela dicangkuk kelingking sendiri?

Umat yang celik tak nanti fatwa untuk dapat pencerahan. Segalanya ada dalam al-Quran. Al-hadis dan sirah menjadi panduan. Ulama muktabar telah menafsirkannya di sepanjang kehidupan.

BDA

27/1/2018

"................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: BayangDiAir
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Feb 4, 2018 7:53 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



"Nie Rumah Ke Kandang B#bi?, Sebelum Keluar Siap Kencing Atas Tilam," Pemilik Dedah Perangai 'Jahanam' Penyewanya
siakapkeli.my

Kisah penyewa yang merosakkan rumah sewa dan harta benda seringkali kita dengar.Bukan sahaja menyebabkan pemilik menanggung kerugian untuk membaik pulih rumah, malah ada yang terus lari meninggalkan rumah tanpa membayar sewa.

Terbaru, perkongsian dari Puteri Syafiqah melalui laman facebook yang meluahkan perasaan kesal dan marah dengan sikap penyewa yang tidak bertanggungjawab. Rumah sewa milik keluarganya itu disewa oleh sekumpulan lelaki yang bekerja.

Bukan sahaja lambat membayar sewa, malah mereka turut merosakkan harta benda rumah. Lebih memburukkan, barangan di dalam rumah juga turut dicuri sebelum keluar.Penyewa ini hanya baru menyewa dalam tempoh enam bulan, bayangkan jika mereka tinggal lebih lama di situ, pasti kerosakan yang lebih teruk akan berlaku.

Jom kita baca perkongsian beliau di bawah. Moga menjadi pengajaran buat semua agar berhati-hati memilih penyewa agar kejadian seperti ini tidak berulang lagi.

BERHATI HATI LAH BILA PILIH PENYEWA ‼️

Tolong lah sesiapa yang kenal muka2 penyangak ni tolong lah ludah sikit muka diorang. Diorang kianat jahanamkan rumah. Nilai sendiri ini rumah ke kandang babi? Selama 6 bulan korang menyewa korang boleh duduk dalam keadaan rumah macam ni?! PENGOTOR JIJIK!

Apa punya manusia lah korang ni. Aku masukkan gambar diorang supaya yang lain boleh berhati hati elakkan kalau diorang nak menyewa dekat mana2 nanti. Korang boleh nilaikan sendiri. Family aku ambil ini sebagai PENGAJARAN supaya lepas ni lebih berhati hati.

Bukan itu sahaja, kawasan dapur juga sangat teruk dengan pinggan mangkuk yang bersepah dan sangat kotor. Sinki juga dibiarkan tersumbat dengan sampah yang penuh dan berulat.

Tempat tadahan air di bilik mandi pula diambil untuk dijadikan sebagai tong sampah. Sangat tidak bertanggungjawab.

Tidak cukup dengan itu, penyewa juga turut membiarkan lantai di bahagian dapur dalam keadaan kotor. Memasak di bawah lantai yang berhadapan tandas, sampah pula dilonggokan di bahagian tepi, sangat menjijik dan meloyakan.

Toilet juga ditinggalkan dalam keadaan kotor dan busuk. Memang tidak bertanggungjawab.

Menurut Syafiqah lagi, setelah perbuatan buruk mereka terbongkar, mereka meminta masa tambahan sehari lagi untuk mendiami rumah sewa tersebut dengan alasan kononnya mahu mengemaskan rumah.

Rupa-rupanya, bukan rumah yang dikemas tetapi mereka bertindak merosakkan lagi rumah sewa itu. Perangai keji yang langsung tidak dapat diterima akal. Siapa yang tidak geram.

Paip bilik air sengaja dibiarkan terbuka dan lampu tidak ditutup. Kipas di setiap bilik juga dicuri oleh penyewa. Mereka juga tergamak kencing di atas tilam dan mengoyakkan bantal serta tilam yang disediakan oleh pemilik rumah. Bukan itu sahaja, tong gas pun turut dicuri.

Tergamak mereka melakukan perbuatan seperti ini. Jelas Syafiqah, layanan baik ibu bapanya kepada semua penyewa itu langsung tidak dihargai oleh mereka..

Gambar yang dikongsikan Syafiqah menunjukkan keadaan rumah yang siap "dikemas" oleh mereka.

Risau kejadian sama berulang kepada penyewa lain akibat perbuatan biadab mereka, Syafiqah turut berkongsi gambar penyewa tersebut.

Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Feb 4, 2018 7:54 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Iktiraf isteri Taib sebagai Melanau adalah pilih kasih, kata warga tempatan
bloglist-malaysia.blogspot
dialograkyat.blogspot.
Dicatat oleh ELBI RISALAH
Bede Hong, Desmond Davidson
Ahli politik pembangkang dan aktivis Sarawak menyifatkan Pemberian status asli kepada isteri Yang di-Pertua Negeri Sarawak Taib Mahmud, Ragad Kurdi Taib sebagai 'pilih kasih'.– Gambar Youtube
PEMBERIAN status asli kepada isteri Yang di-Pertua Negeri Sarawak Abdul Taib Mahmud yang merupakan kelahiran Syria mendapat kecaman daripada parti pembangkang Sarawak dan pemimpin masyarakat.

Menurut laporan Sarawak Gazette yang viral di media sosial, Ragad Kurdi Taib yang merupakan kelahiran Syria dan dua anak lelakinya kini sah diiktiraf sebagai sebahagian daripada masyarakat Melanau, yang membenarkan mereka memegang tanah hak milik asli.

Ragad, isteri kepada Taib Mahmud, 82 tahun, dan anaknya Nizar Mahmoud Madi dan Sam Mahmoud Madi, dijadikan Melanau di bawah Seksyen 20 Ordinan Mahkamah Anak Negeri dan peraturan 17F Kaedah Mahkamah Anak Negeri 1993.

Timbalan pengerusi PKR Sarawak Abdul Jalil Bujang yang juga etnik Melanau, berkata pengiktirafan itu menunjukkan pilih kasih di mana Ragad mendapat pengiktirafan sedangkan ada dalam kalangan orang asal yang masih tidak ada kerakyatan atau memiliki pasangan yang masih belum diluluskan pemastautin tetap walaupun sudah berkahwin sejak sekian lama.

"Individu berkenaan sepatutnya malu kerana memohon sebagai orang asal, sedangkan diketahui ia tidak wajar," kata Abdul Jalil.

"Bagaimana mahu menghormati orang seperti ini?"

Ketua Pemuda DAP Abdul Aziz Isa, yang juga anak saudara Taib berkata, terdapat ribuan lagi "mereka yang layak untuk memohon" kerakyatan.

"Ragad tidak tahu bagaimana sukarnya orang Sarawak berdepan dalam layanan adil sebagai rakyat Malaysia," kata Aziz, yang mana bapanya adalah dari etnik Melanau.

Aziz berkata ribuan rakyat Malaysia, termasuk Orang Asal, kekal tiada kerakyatan dan masih menunggu kelulusan untuk diiiktiraf "sebagai sebahagian daripada rakyat Malaysia, walaupun mereka mempunyai nenek moyang yang tinggal dan bekerja untuk memajukan tanah."

"Apa yang lebih meragukan adalah, bagaimana Ragad yang merupakan kelahiran luar negara, bukan hanya dapat kerakyatan dalam tempoh masa yang singkat, tetapi juga mendapat status Bumiputera."

Dalam kenyataan hari ini, ahli Indigenous Peoples Movement for Self-Determination and Liberation (IPMSDL), Bill Jugah mempersoalkan kecepatan Ragad diberikan status orang asal.

"Terdapat ramai orang asal yang lahir di Sarawak yang sama ada tiada kerakyatan atau tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang betul dan mereka menunggu sejak sekian lama untuk mendapatkan dokumen mereka," katanya..

"Juga, terdapat pasangan rakyat Sarawak yang melalui pelbagai proses untuk mendapatkan taraf pemastautin teteap sudah menunggu lebih 10 tahun tanpa sebarang perkembangan mengenai permohonan mereka.

"Adakah terdapat undang-undang baharu yang terpakai kepada orang kaya dan berpengaruh sedangkan satu lagi perundangan untuk orang biasa?"

Bill berkata kes itu menekankan hakikat bahawa "mereka yang mempunyai kuasa dan pengaruh" dapat mengelakkan prosedur yang digunakan untuk proses memohon kewarganegaraan serta status Bumiputera.

Dalam prosedur biasa, calon harus menjalani proses yang wajar dan adil seperti yang mahir dalam bahasa bangsa dan amalan atau mematuhi adat dan budaya komuniti tersebut.

Terdapat segeintir masyarakat Sarawak bertindak balas terhadap pemberian status asli kepada Ragad dengan tidak percaya, sementara ada yang mengatakan langkah itu diharapkan akan menetapkan pendahuluan bagi orang Sarawak yang layak untuk memohon status asli mereka.

"Kerajaan negeri telah menetapkan terlebih dahulu," kata ahli perniagaan Muthu Samy, yang telah berkahwin dengan seorang Bidayuh, dan mempunyai seorang anak remaja yang tidak dianggap "orang asli".

Dalam peraturan pendaftaran negara, bangsa anak akan mengikut bapa mereka.

Muthu, yang menjalankan perniagaan restoran India di Kuching berkata, beliau telah memikirkan sejak bertahun lalu untuk mendapatkan anaknya sebagai status asli supaya dia dapat mewarisi harta ibunya.

"Saya telah diberitahu, dan juga banyak mendengar dari keluarga dan rakan-rakan, proses permohonan akan panjang dan tidak mudah.

"Itulah sebab mengapa saya tidak tergesa-gesa.

"Namun kepantasan dan kemudahan yang mana Ragad, seorang wanita Arab dan dua anaknya mendapat status Bumiputera Melanau menunjukkan ia boleh dibuat dengan cepat," katanya.

"Jika warga asing boleh dapatkan status asli dengan ceoat dan mudah, jadi anak saya kelahiran Sarawak, yang searuh Bumiputera itu sepatutnya lebih cepat," kata Muthu yang merupakan generasi kedua India kelahiran Sarawak, memberitahu The Malaysian Insight.

"Jika tidak, maka kerajaan baru membuka kotak pandora."

Diam-diam Zambry, BerAudi
bloglist-malaysia.blogspot
libanglibu.blogspot
Posted by Libang Libu

Zambry dulu asalnya org Anwar. Serupalah dgn Zahid Hamidi.

Tapi 2 ekor ni tak tahan kena picit, masuklah celah kangkang Madey.

Selepas itu, bintang mereka bersinar terang benderang walau dalam tong taik sekalipun.

Zahid dah jadi menteri kanan, Zambry dah jadi MB. Anwar still beruban berakar duduk dalam jel.

Kahkahkah!
Kahkahkah!

Cerita Zambry beli Audi lebih setengah juta itu jgnlah diperbesar-besarkan, mungkin mereka menabung berdikit-dikit sekeluarga. Mana tau?

Mungkin mereka berjimat makan timun & kacang panjang yg Zambry tanam belakang rumah. Mana tau?

Atau juga mereka laki-bini buat MLM jual sabun, jual lipstick, kumpul duit beli Audi. Mana tau?

Kahkahkah!
Kahkahkah!

Bonus PKNP beratus ribu tu pun kecik anak saja. Anak raja Kuwait dapat bonus setengah billion tak pun pembangkang bising.

Kahkahkah!

Kena sedar Dol, PKNP tiap-tiap tahun buat untung bilion-bilion. Di Perak ni perumahan murah utk rakyat dah merata-merata masuk ceruk kampung.

Pelabur asing berduyun dibawak masuk PKNP. Sampai kena larang masuk pun ada..

Kahkahkah!
Kahkahkah!

Menurut sumber yg amat diragui, sebenarnya PKNP nak bagi bonus sejuta, tapi ditolak atas alasan nanti ramai lagi ADUN pembangkang kena soal-siasat.

Dia dapat duit, org lain pulak kena soal-siasat.

Itu lah sifat zuhud Zambry, yg suku-sakat aku yg berbangsa HAMNO kata, "jernihnya muka Zambry MB kita".

Kahkahkah!

Jernih tak jernih. Bulan 6 ni belum tentu jadi MB lagi.

Kahkahkah!

Proton tak sensitif budaya Malaysia, kata pakar ekonomi
bloglist-malaysia.blogspot
kedahlanie.info

PETALING JAYA: Pakar ekonomi, Prof Hoo Ke Ping mendakwa rakan kongsi Proton berpangkalan di China tidak sensitif dengan tawaran diskaun kepada masyarakat Cina Malaysia baru-baru ini.

Bercakap kepada FMT, beliau berkata, pembuat kereta China, Zheijiang Geely yang memperoleh 49.99% saham Proton daripada DRB-Hicom tahun lepas, menunjukkan ia kurang memahami kepelbagaian budaya di Malaysia.

Jumaat lepas, Ketua Pegawai Eksekutif Proton yang baharu, Li Chunrong mengumumkan diskaun sehingga 10% kepada ahli Persekutuan Persatuan Hokkien Malaysia. Beliau dipetik sebagai berkata, mana-mana rakyat Malaysia yang berasal dari Fujian akan menikmati diskaun istimewa itu.

Hoo berkata, tawaran itu berpotensi memburukkan lagi perpecahan kaum di Malaysia.

"Proton sangat tidak sensitif. Ia tidak memahami Malaysia. Ini akan menyebabkan kaum lain memboikot Proton."

Beliau menyifatkan tawaran itu "bodoh" kerana Proton dilaporkan akan membuat perubahan besar terhadap sistem pusat servis dan pengedarannya.

The Malaysian Reserve baru-baru ini melaporkan perubahan itu termasuklah menggabungkan pusat pengedaran dan servis yang mungkin menyebabkan penutupan beberapa syarikat.

Hoo berkata, ketika Proton dibentuk pada pertengahan 1980-an, hak pengedaran dijual atau diberikan berdasarkan "sistem vendor kroni".

"Dahulu, mereka yang berminat mengendalikan pengedaran atau bengkel servis perlu memohon lesen khas dan membayar yuran naungan kepada kroni ini untuk mendapatkan lesen.

"Dua puluh tahun kemudian, Proton mencipta rangkaian pusat pengedaran yang tidak dilengkapi perkhidmatan bengkel.

"Perkhidmatan bengkel sedia ada mendapat keuntungan dengan menyelenggara kereta Proton di bawah jaminan, tetapi tidak boleh membaiki kereta Proton."

Hoo berkata, Geely jelas tidak memahami keadaan di Malaysia.

"Kenyataan Li mengenai rancangan untuk merombak bengkel servis ini menunjukkan beliau tidak mengkaji tentang Proton dengan mendalam."

Tindakan Proton Mengundang "Boikot Bangsa"
bloglist-malaysia.blogspot
bankami.blogspot


Pakar ekonomi, Prof Hoo Ke Ping mendakwa rakan kongsi Proton berpangkalan di China tidak sensitif dengan tawaran diskaun kepada masyarakat Cina Malaysia baru-baru ini.

Bercakap kepada FMT, beliau berkata, pembuat kereta China, Zheijiang Geely yang memperoleh 49.99% saham Proton daripada DRB-Hicom tahun lepas, menunjukkan ia kurang memahami kepelbagaian budaya di Malaysia.

Jumaat lepas, Ketua Pegawai Eksekutif Proton yang baharu, Li Chunrong mengumumkan diskaun sehingga 10% kepada ahli Persekutuan Persatuan Hokkien Malaysia. Beliau dipetik sebagai berkata, mana-mana rakyat Malaysia yang berasal dari Fujian akan menikmati diskaun istimewa itu.

Hoo berkata, tawaran itu berpotensi memburukkan lagi perpecahan kaum di Malaysia.

"Proton sangat tidak sensitif. Ia tidak memahami Malaysia. Ini akan menyebabkan kaum lain memboikot Proton."
Beliau menyifatkan tawaran itu "bodoh" kerana Proton dilaporkan akan membuat perubahan besar terhadap sistem pusat servis dan pengedarannya.

The Malaysian Reserve baru-baru ini melaporkan perubahan itu termasuklah menggabungkan pusat pengedaran dan servis yang mungkin menyebabkan penutupan beberapa syarikat.

Hoo berkata, ketika Proton dibentuk pada pertengahan 1980-an, hak pengedaran dijual atau diberikan berdasarkan "sistem vendor kroni".

"Dahulu, mereka yang berminat mengendalikan pengedaran atau bengkel servis perlu memohon lesen khas dan membayar yuran naungan kepada kroni ini untuk mendapatkan lesen.
"Dua puluh tahun kemudian, Proton mencipta rangkaian pusat pengedaran yang tidak dilengkapi perkhidmatan bengkel.
"Perkhidmatan bengkel sedia ada mendapat keuntungan dengan menyelenggara kereta Proton di bawah jaminan, tetapi tidak boleh membaiki kereta Proton."
Hoo berkata, Geely jelas tidak memahami keadaan di Malaysia.

"Kenyataan Li mengenai rancangan untuk merombak bengkel servis ini menunjukkan beliau tidak mengkaji tentang Proton dengan mendalam."
Sumber : FMT

----- Original Message -----
From: -:rIeNaCoM:-
To:
Sent: Thursday, January 18, 2018 10:24 PM
Subject: Fw: Kenapa Proton Buat "Tawaran Diskaun Bersifat Rasis" ?

Kenapa Proton Buat "Tawaran Diskaun Bersifat Rasis" ?
bloglist-malaysia.blogspot
bankami.blogspot


Ahli kesatuan Persekutuan Persatuan Hokkien Malaysia kini layak mendapat diskaun atau potongan harga istimewa sehingga setinggi 10 peratus bagi membeli semua kereta Proton.

Menurut akbar berbahasa Cina, Nanyang Daily, potongan harga itu diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Otomobil Nasional Sdn Bhd (PONSB), Li Chunrong semasa sebuah majlis makan malam dengan pengusaha Hokkien tempatan Jumaat lalu.

"Mana-mana rakyat Malaysia berketurunan dari Fujian yang membeli kereta Proton akan menikmati harga paling istimewa,"
Surat Naib Presiden Jualan dan Pemasaran PONSB, Abdul Rashid Musa kepada persekutuan itu menggambarkan perjanjian berkenaan sebagai kerjasama yang menguntungkan kedua-dua pihak.

Tawaran itu sah mulai 12 Januari lalu hingga 31 Mac tahun ini, menurut surat yang dilihat oleh Malaysiakini.

"Kami berharap bahawa ini akan menjadi titik permulaan yang baik untuk lebih banyak kerjasama akan datang," kata Abdul Rashid.

Mengikut senarai harga yang dilampirkan itu, diskaun antara 5 hingga 10 peratus ditawarkan. Sebagai contoh, mereka yang membeli kereta Proton Perdana 2.4 akan mendapat potongan sebanyak RM12,911.

Sumber": MK

Bangganya Jadi Melayu, Kan?
bloglist-malaysia.blogspot
libanglibu.blogspot.
Posted by Libang Libu

Punca kejadian ini ialah Madey.

Madeylah yg gatei telor supaya Msia membuat kereta sendiri, sedangkan dapatan kajian menunjukkan Msia tak payah gelenyar, lebih baik membeli shj kereta luar.

Kahkahkah!

Kemudian Ploton jadi lubuk duit kpd vendor wiper, vendor karpet, vendor kusyen Bumiputera Melayu Islam.

Vendor2 ini hidup menghisap darah Ploton.

Barangan hampas tak ada kualiti, harga 4 kali lipat dari harga pasaran.

Vendor2 berpuaka ini senang-lenang sejak zaman Madey, kemudian zaman Dolah, sampai zaman Najib, Ploton pun kena let go lah, berbulu Najib dgn projek kesayangan Madey ni.

Bukan sebab Najib nak berjimat dari tiap tahun 'menghulur' kpd Ploton pun.

Kahkahkah!
Kahkahkah!

Dol,

Ploton dulu tu dari awal lagi, ialah satu projek wajib melingkup. Tiap tahun rugi, tiap tahun berhutang dgn kerajaan.

Bersyukurlah kita projek ini telah dapat kpd China. Kompom lah mereka akan maju jaya satu masa nanti.

Jgnlah beriri-hati kalau Melayu selaku tuan tanah Malaya ini tak dapat 5% diskaun2 sekali pun.

Ini tandanya umat Melayu sudah berpendapatan tinggi. Getah buku kampung pun sekarang harganya RM35/kilo. Tak perlu diskaun2 lagi. Bayar cash pun boleh..

Kahkahkah!

Kesian org Hokkien.

Kahkahkah!

Turun jalan raya jika Najib isytihar darurat'
bloglist-malaysia.blogspot.
alhusseyn51.blogspot
Catatan Oleh Alhusseyn Alhusseyn

Rakyat Malaysia boleh berdemonstrasi jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengisytiharkan darurat untuk tidak mengadakan pilihan raya, kata Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Tun Dr Mahathir Mohamad.

Namun kata Mahathir, rakyat Malaysia biasanya kurang berani berbanding rakyat negara lain seperti Brazil dan Korea Selatan, di mana demonstrasi besar-besaran berlaku untuk mendesak pemimpin negara meletakkan jawatan atas dakwaan rasuah.

"(Najib) mungkin boleh buat demikian (isytihar darurat) sebelum pilihan raya dan negara kita akan ditadbir ala Mageran (Majlis Gerakan Negara).

"Kalau ada (pengisytiharan) darurat oleh Najib, kita boleh keluar beramai-ramai setiap hari menuntut ia ditamatkan dan kembali kepada demokrasi.

"(Tetapi) di Malaysia kita tak berani. Kita buat (himpunan) Bersih pun tak ramai yang keluar...Jika anda tak ambil risiko, anda tak akan mendapatkannya. Jadi kita kena berani," katanya pada forum di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya, hari ini.

Beliau ditanya tentang persedian HARAPAN jika Najib menjadikan ketegangan kaum dan agama sebagai alasan untu menangguhkan pilihan raya, atau menangguhkan keputusannya.

"Itu sahaja yang boleh saya katakan. Rakyat perlu sokong ahli politik jika mereka mahu ahli politik itu beraja.

"Kami akan buat yang terbaik tetapi kami perlu sokongan rakyat," katanya lagi.

Bagaimanapun beliau berkata Najib tidak akan berani mengekalkan kuasa melalui pengisytiharan darurat jika HARAPAN mendapat jumlah undi yang besar pada PRU ke-14.

Bekas perdana menteri itu juga berkata Najib tidak akan dapat mengisytiharkan darurat tanpa perkenan Yang di-Pertuan Agong.

"Kalau Agong tak tandatangan, tak boleh ada darurat.

"Beliau juga perlu dapatkan sokongan dan persetujuan Ketua Polis Negara dan Panglima Angkatan Tentera," katanya lagi, sambil memberikan contoh kejayaan penentangan rakyat Filipina terhadap Ferdinand Marcos selepas polis dan tentera tidak lagi menyokong bekas presiden itu.

'Rakyat perlu mengundi'

Pada sidang media kemudiannya, beliau menegaskan pendiriannya yang tidak bersetuju dengan kempen undi rosak oleh mereka yang tidak berpuas hati terhadap BN dan juga HARAPAN.

"Ya, ia adalah cara demokratik, termasuk tak mengundi. Kalau begitu kita juga patut boikot semuanya. Kita ada proses itu," katanya ketika diminta mengulas hujah yang mengatakan tindakan merosakkan undi juga merupakan cara yang absah dalam proses demokrasi.

"Sebagai rakyat, kita perlu ada rasa tanggungjawab terhadap masa depan.. Orang ramai perlu mengundi, buat keputusan, dan tidak merungut.

"Jika anda tidak mengundi, anda kehilangan hak untuk mempersoalkan kerajaan yang terbentuk (selepas PRU)," katanya menjawab soalan berkaitan gesaan agar pemimpin HARAPAN meminta maaf ekoran serangan peribadi terhadap mereka yang menyokong kempen #UndiRosak. ~ Malaysiakini'

TUNGGU KUCING BERTANDUKLAH BARU KITA BOLEH JUMPA BERITA MACAM NI DI MALAYSIA...
bloglist-malaysia.blogspot
naimnikmat.blogspot
Dicatat oleh Na'im Nikmat

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Feb 4, 2018 7:54 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



SIAPA SANGKA DISEBALIK GAMBAR KELUARGA YANG KELIHATAN BAHAGIA INI ADA SESUATU YANG BOLEH BUAT ANDA TERKEJUT...
bloglist-malaysia.blogspot.
naimnikmat.blogspot
Dicatat oleh Na'im Nikmat

Kau Memang Kejam Bapa, Apalah Sangat Budak Perempuan Darjah 3 Boleh Buat Jahat, Paling Tidak Tumpahkan Air, Pecahkan Pinggan
siakapkeli.my

Kematian kanak-kanak 9 tahun yang dipercayai menjadi mangsa dera bapa kandungnya menggemparkan negara baru-baru ini. Seakan tidak boleh dihadam, seorang ayah sanggup membunuh darah daginnya sendiri. Di manakah nilai kemanusian dan hati nurani seorang manusia yang bergelar ayah?

Bayangkan, hasil bedah siasat kematian mangsa berpunca daripada kecederaan parah pada organ dalaman dengan buah pinggang mangsa rosak, usus koyak, tulang rusuk kanan dan kiri patah dipercayai dipukul dengan objek tumpul. Tak tergambar fikiran, tubuh anak kecil ini dihujani dengan tumbukan dan pukulan si ayah sebelum menghembuskan nafasnya terakhir. Alangkah siksanya derita yang terpaksa ditanggung mangsa.

Membaca perkongsian daripada Fdaus Ahmad ini, tidak sedar ada air jernih di pipi yang menitis perlahan. Luahan dari naluri seorang bapa yang juga punya anak gadis sebaya Aina mengguris jiwa. Setiap kata-katanya umpama mewakili setiap jiwa kita yang terkesan dengan perilaku kejam ayah ini.

Jom kita baca perkongsian seperti di bawah ini.

Belum habis lagi kita brain apa yang dah jadi ke atas adik Vasanthapiriya setelah dia menggantung diri akibat dituduh mencuri henfon gurunya;

Hari ni kita semua terpaksa mengharungi satu lagi depressi apabila adik Aina Nabihah 9 tahun, menemui ajal di tangan seorang ayah durjana.

Buah pinggang rosak, usus terkoyak, dilibas dengan tali pinggang, diterajang, ditumbuk, dibelasah dan dipijak perut sampai budak tu terkencing! Allahuakbar.

Kau bayangkan lah ayah Aina ni askar, pangkat sarjan. Askar ni tenaganya kuat, tumbukan dia tepat, tendangannya padu, latihan fizikal yang dia lalui bukan setakat angkat senapang berat, tukul besi, latihan seni bela diri, tapi lebih daripada tu mereka ni dihormati masyarakat kerana kerjaya mempertahankan bangsa negara.

Tapi malang seribu kali malang, segala kekuatan dan kebolehan tempur sang ayah bukan disalur pada segerombolan musuh bersenjata. Sebaliknya ditalakan segala kudrat tenaga lelaki dewasa kepada seorang kanak kanak perempuan yang tak ada daya;

Yang lemah lembik, yang baru darjah tiga, yang tak mampu nak angkat 10kg beras sekalipun, yang pendiam, baik, yang tidak membuat onar. Insan kecil sebegini, ditendang dipijak perut sampai terkencing, patah rusuk, pecah usus! Ayah kandung sendiri tu.

Arwah Aina ni sebaya anak aku Faseeh. Aku boleh bayangkan lah apa sangat budak perempuan darjah tiga boleh buat jahat pun. Paling tidak tumpahkan air minum, atau terjatuh pecahkan pinggan. Itu saja. Aku tahu sebab aku ada anak perempuan sebaya.

Tak ada jahat lain yang depa ni terdaya buat yang sampai kau kena pukul tumbuk pijak dia sampai mati! Nak maki pakai bahasa apa pun tak sampai dengan jahat perbuatan kau ni syaitan. Syaitan pun menangis kalau tahu jahat yang kau buat sampai macam ni.

Anak kecil umur 9 tahun sepatutnya dia dapat belaian dan kasih sayang ayah. Teman dia belajar, ajar dia buat kerja sekolah, teman dia main petang petang, dengar dia berceloteh pasal kawan kawan sekolah, dengar dia bercerita, bawa dia bersiar jalan jalan, teman dia tengok katun, ajarkan dia perkara perkara dunia yang pelbagai macam, bukannya kau pukul rimbuk dia sampai meninggal!

Sekarang menyesal lah kau sampai malaikat maut menjemput pulak. Kau akan terseksa fikiran dan jiwa raga sepanjang menanti mati. Bayangan anak kau akan datang setiap masa dan waktu, dengan mata lebam, pipi bengkak, mulut berdarah, sambil menangis mengalir air mata bertanya soalan kepada kau;

"Apa dosa dan salah silap Aina ayah?"

"Kenapa ayah bunuh Aina sekejam ini?"

"Kenapa Aina mesti mati di tangan ayah?"

Maka hidup lah kau dengan penyesalan paling menyiksakan disetiap detik dan saat, dalam segenap hela nafas kau yang membusuk, jiwa raga kau akan mereput seperti bangkai, lalu akhirnya kau akan mati penuh derita, perit dan celaka!

Takziah kepada keluarga Aina Nabihah. Innalillahiwainnailaihirojiuun. Kau pasti bertemu syurga!

Siakapkeli.my

----- Original Message -----
From: -:rIeNaCoM:-
To:
Sent: Friday, February 02, 2018 11:16 PM
Subject: Fw: Disebat, Polis, 2 beradik, Pengasuh, kejahilan,

Disebat Dengan Tali Pinggang, Ditendang, Dipijak Hingga Terkencing, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Didera Bapa
siakapkeli.my

2 Feb - Seorang kanak-kanak berusia 9 tahun didakwa telah ditendang dan dipijak hingga terkencing, malah dipukul menggunakan tali pinggang yang digunakan oleh tentera dipercayai didera oleh bapa kandungnya sendiri dan telah menghembuskan nafas terakhir kelmarin.

Mangsa juga dikatakan pernah dipukul menggunakan sebuah bangku plastik kecil. Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Zainudin Ahmad berkata, openderaan yang sukar dibayangkan oleh manusia yang berfikiran waras itu kini sedang disiasat dengan teliti oleh pasukan siasatan polis.

Tambah Zainudin lagi, perbuatan itu terdedah dalam siasatan awal polis terhadap bapa kandung dan ibu tiri mangsa yang kini ditahan reman selama tujuh hari bermula Jumaat, 2 Februari 2018.

"Berdasarkan pengakuan awal suspek, pada malam kejadian dia telah bertindak memukul anaknya dengan tali pinggang yang biasa digunakan oleh tentera, menendang anaknya dan memijaknya hingga terkencing.

"Suspek juga membuat pengakuan awal pernah memukul si mati menggunakan sebuah bangku plastik kecil," katanya di sini hari ini.

Kedua-dua suspek berusia 38 dan 34 tahun itu telah dibawa ke rumah sewa mereka di Taman Vista Jaya, Lukut tengah hari tadi bagi membolehkan polis menjalankan pemeriksaan di lokasi mangsa telah didera.

Menurut jiran yang enggan dikenali mendakwa, anaknya yang juga rakan kepada mangsa mendedahkan bahawa murid berusia 9 tahun itu kerap mengadu didera bapanya sebelum ini.

Foto: Utusan Malaysia

"Dia beritahu anak saya, selalu kena pukul malah pernah dibaling kerusi oleh bapanya itu sehingga kerusi itu patah dan dia cedera. Dia juga beritahu kalau keadaan berterusan, dia boleh mati," katanya ketika ditemui di kawasan perumahan itu di sini, hari ini.

Memetik laporan Harian Metro, mangsa dipercayai telah meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS) pada jam 12.30 tengah malam.

Selepas dibedah siasat mendapati kanak-kanak terbabit cedera pada buah pinggang, selain usus terkoyak dan patah tulang rusuk yang dipercayai akibat dipukul dengan objek tumpul.
Kejahilan Membunuh - Akibat Mendengar Cakap Orang, Anak Terseksa, Ibu Kecewa

siakapkeli.my

Perkongsian seorang ibu yang serik dengan cadangan orang sekeliling yang akhirnya menyebabkan keadaan anaknya lebih teruk sehingga usus luka.

Naif dan terlalu mentah dalam penjagaan anak kecil, wanita ini mengikut semua yang dicadangkan kerana hanya inginkan anaknya sihat seperti anak orang lain.

Ikuti cerita penuh daripada Rda Aurora dibawah semoga dapat dijadikan iktibar kepada ibu muda atau para ibu yang baru melahirkan.

KEJAHILAN YANG MEMBUNUH

Tak tahu nak share macam mana kisah yg berlaku pada diri sendiri. Tapi harapnya kisah ini akan dibaca & diambil pengajaran.

Tanggal 26/12/16 lahirlah seorg putera sulung yg dinamakan Muhammad Furqan b. Muhammad Luqman. Subhanallah. Bersih sekali wajah anak tanpa dosa.
Gambar Hiasan

Hari ke 2 dirumah.. nurse dtg cek jaundice baby. Alhamdulilah semua ok. Tapi baby x berak. Well.. parent rasanya dah boleh risau kot kalau dah 4-5 hari baby x berak. Yg kulitnya putih bersih dah bertukar kekuningan. Mata pun kuning. Sedaya upaya susukan baby tiap2 malam. Tapi tetap x berak.

Keesokan harinya terus ke klinik lily which is klinik tempat furqan dilahirkan. Disebabkan ibu dalam pantang & luka jahitan terasa sakit & ngilunya lg.. Jadi ayah furqan ditemani tokmi furqan ke klinik. Diringkaskan cerita dr bagi ubat berak yg masuk kot punggung tu. Terus dlm kereta baby berak penuh satu pampers.

Alhamdulillah. Lega ibu.

But. Kesedihan & kebimbangan ibubapa muda yg baru menimang anak 1st tak habis sini jer. Jaundice Furqan makin tinggi. Bacaan nya dah cecah 180+ kalau x silap time tu. Menangislah ibu risaukan anaknya kene ambil darah bagai.

Tambah2 bila baca keburukan jaundice pada baby blh bagi kesan pada kerosakan hati. Allahurabbi.

Naaaahh.. sini lah mulanya episode mencari penawar utk jaundice Furqan. Tiap2 3 hari mesti pergi ke klinik utk cek bacaan jaundice.

Ramai yg suggest bagi minum perahan anggur, sengkuang cina semua tu. Ni semua cadangan dari org2 tua yg katanya penuh ilmu kebidanan. Ade yg suruh campur dgn susu kambing asli. You know what. Nak anak sihat tapi takde ilmu. Ikut telunjuk org. Org kata A kite pun A. Org kata B kite pun B. Last yg jadi mangsa anak kecil yg baru buka mata melihat dunia.

As a mom.. for sure sampai skrg aku rasa bo*oh & bersalah sebabkan anak sendiri sakit & warded. Tahu apa yg jd lepas aku bagi semua tu?

Baby berak berdarah. Satu pampers najis bercampur darah. Tahu kenapa? Sebab usus baby yg baru lahir hanya blh hadam susu ibu sahaja. Tak blh benda lain. Even formula milk pun kene yg betul2 utk new born. Kau x blh bg yg bayi 6m++.

Usus furqan luka disebabkan semua benda yg aku bagi even setitik 2 titik. Lagi bertambah hilang akalnya bila baby berak berdarah. Hari tu juga ayah Furqan bawa p klinik & klinik buat surat utk masukkan ke hospital. HRPZ.
Suami whatsapp bagitau baby kene masukkan ke hospital & mintak aku siap2 smua baju2. Menangislah untuk sekian kalinya. Jahitan masih belum kering sepenuhnya. Sebab aku 3rd tears degree. Memang x blh duduk. Just blh baring & jalan. Demi anak.. gagahkan juga diri.

And as expected, semua yg aku takutkan dihospital berlaku depan mata. Sekelip mata dah berada dlm wad baby. First masuk baby kene x-ray & ambil darah kat kaki. Furqan anak yg tersangat baik. Diantara puluhan baby dalam wad tu, furqan x nangis pun. Diam jer dy. Ibu tatap anak ibu dgn sebak. Tiba2 ternangis pulak. Semua penyesalan ade.

Diantara ibu2 dalam tu. Rasanya aku paling aktif. Tak pernah tinggalkan furqan walaupun nurse suruh masuk bilik & tinggalkan baby. No no no. Mmg x lah.. Aku tercegat kat situ tunggu baby bangun tdur. Tapi furqan ni sejenis xblh dgr bunyi walaupun sikit. Mesti x blh tdur.

Waktu terasa lambat berjalan. Suami pulak blh masuk time2 tertentu jer. Dalam 5 hari di hospital. Mcm2 berlaku kat furqan. Pengalaman pahit yg takkan pernah aku lupa. Haishh.. kalau ingat balik menitis ayaq mata oii..ibu terasa nak menjerit & mintak maaf sebab kejahilan ibu jadikan ank ibu mangsa keadaan.

Gambar Hiasan

Tangan furqan membengkak disebabkan kecuaian staff kat situ. Mesin x beroperasi dgn baik. Aku pulak yg kalut cari nurse bertugas. Mesin antibiotik furqan tersangkut & bunyi beep beep kuat sgt. Menganggu baby2 lain nk tdur.

2 kali tukar mesin tapi x menjadi. Last2 nurse tu tolak syringe yg besar gedabak tu masukkan terus. Ape lagi menangis x bersuara Furqan tahan sakit. Aku pun nangis jugak. Keesokan hari membengkak tgn furqan. Aku hanya tdur 2-3 jam sehari. Semalaman jer terlelap & ade dr dtg ambil furqan tanpa bgtau aku sepatah.

Dtg bagi balik dengan baju hijau hospital yg penuh darah. Sebelum tu aku dgr jer suara furqan menangis kuat. Mungkin dr tgh ambil darah. Betul la.. kat tangan baby dah lebam2. Aku ambil baju baby dlm almari hospital & tukar. Hari tu aku nekad utk bawa baby keluar.

Actually. Masuk hari ke2. Furqan dah x berak berdarah. Dr pakar dtg follow up hari2 dah xde ape2 masalah. Cuma diorg still nk ambil darah & pantau. Aku pun selama berada disitu selalu tenangkan hati. P ronda2 tgk baby yg jauh lagi sakit dari Furqan. Ade makcik yg sebilik dgn aku dah 3 bulan dlm hospital. Well.. dy lg tabah kot. Huhu.
To all parents out there. Beware!!!! Jangan biarkan kejahilan kita membunuh anak sendiri. Refer to hospital. Jaundice majoriti bayi ade. Jgn panik & cepat risau. Ikut cakap dr. Btw furqan prolong jaundice. 2 bulan still kuning x hilang.

Same goes dgn resdung ade ulat. No! Resdung xde ulat. Jgn mudah tertipu g sedut asap merata2.

And I? I am ready for the 2nd inshaAllah. Selalu tambahkan ilmu parenting.

Jika bermanfaat. Tekan share supaya ibubapa tidak terikut2 dgn cara yg blh membahayakan baby kite.

P/s: Jangan pakai baju kuning nanti baby makin kuning.

Ape kau ingat pakai baju hijau baby bertukar hijau. Mak kau hijau!!

Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Feb 4, 2018 7:55 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Jalan kian terbentang buat Khalid dan PAS

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net

Kerjasama antara PAS dengan bekas menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim kelihatan semakin hampir menjadi nyata ketika tarikh pilihan raya umum (PRU) kian menghampiri.

Jika sebelum ini parti terbabit membuat lamaran bersyarat kepada Khalid, sebuah laporan media pula membayangkang berlaku kelonggaran buat tokoh korporat berkenaan.

Pesuruhjaya PAS Selangor Sallehen Mukhyi berkata buat waktu ini Khalid boleh bertanding mewakili parti berkenaan tanpa perlu menjadi anggotanya.

"Saya rasa tidak perlu untuk beliau menyertai PAS buat waktu ini. Mungkin beliau rasa tidak selesa melakukannya sekarang.

"Jika beliau mahu bertanding menggunnakan tiket PAS atau bebas, macam mana pun kami akan sokong dia.

"PAS boleh mendapatkan kerusi yang sesuai untuk Khalid," katanya seperti dipetik New Straits Times semalam.

Sekarang YB bebas

Khalid ialah tokoh yang disegani ramai dan menyertai politik selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim disingkirkan daripada jawatannya sebagai timbalan perdana menteri.

Dengan namanya yang besar kemasukan Khalid ke dalam PKR membawa beliau diberikan jawatan utama, termasuk setiausaha agung pada Mei 2007.

Khalid turut dilantik menjadi menteri besar Selangor pada Mac 2008 sebelum disingkirkan oleh PKR melalui percaturan dikenali sebagai Langkah Kajang pada 2014.

Bagaimanapun episod itu menyaksikan PAS semakin akrab dengan Khalid.

Beliau baru-baru ini menyatakan kesanggupannya membantu PAS berkempen dalam PRU ke-14, dan sebagai reaksi segera parti terbabit, salah seorang daripada pemimpinnya berkata, mereka bersedia menawarkan kerusi kepada Khalid.

Memetik kenyataan Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir, Sinar Harian melaporkan tawaran itu boleh menjadi kenyataan jika Khalid berubah fikiran untuk menyertai PAS.

Telus, sangat dihormati

Untuk rekod Khalid juga pernah menyatakan ikrarnya untuk membantu Umno di Selangor.

Buat masa ini Khalid ialah wakil rakyat bebas untuk parlimen Bandar Tun Razak dan Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Kelang.

Menurut Sallehen jika Khalid mahu bertanding sebagai calon bebas PAS di kerusi yang turut disasarkan parti itu, mereka sedia mempertimbangkan untuk memberi laluan kepadanya.

Katanya hubungan PAS dengan Khalid memang terjalin baik sejak 2008.

Sallehen yang juga anggota Dewan Undangan Negeri Sabak berkata Khalid bukanlah orang asing kepada PAS dan kedua-dua pihak tidak ada masalah bekerjasama.

"PAS Selangor sentiasa memberi sokongan penuh kepada beliau semasa menjadi menteri besar.

"Khalid mentadbir Selangor dengan begitu baik, telus dan sangat dihormati sebagai tokoh korporat," katanya.

Tanpa sebarang hubungan kerjasama politik, PAS masih menjadi sebahagian daripada kerajaan negeri.

Pada Ogos 2017 PAS berikrar untuk mempertahankan Selangor
daripada dikuasai BN namun pada masa sama impian parti itu untuk memerintah di negeri berkenaan bukanlah sesuatu yang rahsia.

Shah Alam bakal saksikan pertarungan 2 Khalid, atau 2 MB?

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net

PETALING JAYA: Bekas menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kemungkinan bertanding sebagai calon PAS di Shah Alam pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), menurut sumber.

Ia susulan kenyataan Khalid baru-baru ini yang beliau akan berkempen untuk PAS, yang pernah menyokongnya ketika krisis politik 2014 negeri tersebut apabila PKR cuba melucutkan jawatannya sebagai menteri besar.

Kerusi Shah Alam itu dimenangi oleh Khalid Samad untuk PAS pada 2008 dan 2013, dengan majoriti selesa. Khalid Samad kemudian menyertai parti serpihan PAS, Amanah, susulan pemilihan muktamar PAS tahun 2015 yang menyaksikan parti itu berpecah.

Dua pertiga pengundi kerusi itu adalah Melayu, manakala jumlah pengundi Cina dan India hampir sama.

Selepas dilucutkan jawatan MB dalam apa yang dinamakan "Langkah Kajang", Khalid Ibrahim yang juga ahli Parlimen Bandar Tun Razak memilih untuk menjadi Adun bebas di Dewan Undangan Negeri Selangor.

Ditanya mengenai kemungkinan bekas menteri besar itu bertanding menentang beliau, Khalid Samad berkata beliau tidak terkejut.

"Itu tekaan saya. Pembangkang menggambarkannya dengan baik semasa beliau memegang jawatan menteri besar Selangor dan saya rasa Shah Alam akan menjadi kerusi sasaran.

"Jika beliau bersetuju bertanding bawah PAS, Khalid Ibrahim sememangnya akan ditawarkan kerusi," katanya.

Tetapi ia mungkin tidak akan menjadi pertarungan antara 2 Khalid.

Ini kerana terdapat juga spekulasi mengatakan musuh ketat Khalid Ibrahim ketika di PKR dulu, Mohamed Azmin Ali, yang menggantikannya sebagai menteri besar, akan berpindah ke Shah Alam dari Gombak.

Kedua-duanya pernah bergelut dalam pertarungan untuk jawatan timbalan presiden PKR pada 2014, yang berakhir dengan kemenangan Azmin.

KENAPA KHALID TIDAK Dr HASAN ALI
bloglist-malaysia.blogspot
kedahlanie.info

#MSONews
KENAPA KHALID TIDAK Dr HASAN ALI

Pas Selangor bersedia untuk memberi ruang dan perluang kepada Abdul Khalid Ibrahim bertanding dalam pilihan raya akan datang.

Perkara ini dibayangkan oleh Pesuruhjaya Pas Selangor Salehin Mukhyi sendiri. Menurutnya, Khalid boleh bertanding untuk membantu Pas walaupun tanpa menggunakan simbol bulan.

Cara Pas Selangor melayan Khalid itu ia sesuatu yang istimewa. Khalid sebelum ini dikaitkan akan menyertai Pas tetapi masih belum jadi kenyataan. Kononnya beliau sedang menanti keputusan berkaitan dengan bantahan terhadap pemecatannya daripada PKR.

Bagi bekas MB itu tawaran Pas itu tidak menjadi masalah kepadanya. Jika beliau ingin kembali aktif dalam politik ia perlu diterima segera tidak perlu menanti parlimen dibubarkan.

Soalnya kenapa Khalid diberi keistimewaan itu? Ini mungkin ada kaitan dengan pengalaman Khalid sebagai bekas MB Selangor. Apakah Pas bercadang akan menobatkan Khalid sebagai MB? Sebelum ini pun hubungan Pas Pusat dengan Khalid sangat intim.

Semasa projek Langkah Kajang untuk menyingkir Khalid dari kerusi MB, Pas membela dan berpihak di sebelah Khalid. Pas memulau pilihan raya kecil Kajang sebagai solidariti kepada Khalid.

Dalam pada itu, keistimewaan diberikan oleh Pas kepada Khalid itu menimbul pertanyaan umum. Boleh jadi juga ada di kalangan pemimpin Pas negeri sendiri berasa pelik atau aneh dengan kemurahan yang dibuka kepada Khalid itu.

Persoalan yang timbul dari kalangan pemerhati pula, apakah Pas ketiadaan tokoh untuk dinobat sebagai MB sekiranya parti itu menang pilihan raya nanti? Atau pun Pas sengaja mengundang Khalid untuk menarik perhatian rakyat? Menjadikan Khalid sebagai tokoh "pemanggil". Pas memasang impian untuk memerintah di Selangor.

Pas perlu jelas secara jujur kenapa ia memerlukan Khalid. Kalau Khalid hendak dinobatkan sebagai MB, tidak menjadi masalah, Khalid memang layak sebab prestasinya semasa menjabat jawatan itu sangat menbanggakan. Setengah penganalisa mengatakan beliau lebih baik daripada Azmin Ali. Tidak perlu berlambat-lambat atau malu untuk mengistyharkan Khalid sebagai bakal MB daripada Pas.

Cuma dari sudut lain apabila Pas menaruh harapan kepada bekas Pengerusi PNB itu ia menggambarkan bahawa Pas Selangor tidak yakin kepada tokoh-tokohnya sendiri untuk menjadi MB. Ini secara tidak langsung pemimpin Pas yang ada tidak sampai ke tahap untuk diangkat menjadi MB.

Apakah ketiadaan itu disebabkan kerana ramai tokoh profesional Pas Selangor minggat dari parti itu.
Apakah begitu?

Pas Selangor masih memiliki beberapa orang pemimpin yang pernah menduduki jawatan sebagai pesuruhjaya, selain daripada Salehin, ada Dr Rani Osman Adun Meru dan seorang lagi (lupa nama) yang juga sebagai Adun. Sebelum ini Dr Hassan Ali juga pernah menjadi Pesuruhjaya.

Apakah ketiga mereka tidak layak untuk jadi MB? Jika Pas berasakan Dr Rani dan seorang lagi (yang saya lupa nama) itu tidak layak, kenapa tidak mengundang Dr Hassan Ali kembali ke dalam parti itu kemudian diangkat jadi MB?

Jika Pas sedia memberi laluan kepada Abdul Khalid tanpa menjadi ahli Pas, tiada sebab untuk Pas tidak boleh jemput Hassan Ali untuk ditabalkan sebagai MB. Lagipun semasa beliau memimpin Selangor, namanya sudah disebut dan ditulis bakal menjadi MB Selangor.

Ada khabar juga terdengar Hassan ingin kembali kepada Pas, tetapi mengalami sedikit masalah apabila kepimpinan Pas Selangor kini tidak sedia menerimanya. Pintu Pas Selangor ditutup kepada Hassan? Khabarnya Hassan mencuba untuk menyertai semula Pas dengan menjadi ahli di salah satu cawangan di Perlis..

Apapun sama ada Khalid atau Hassan elok bagi Pas mengistyharkan mereka sebagai bakal MB Selangor meniru apa dibuat oleh Pakatan Harapan yang mengistyharkan Dr Mahathri sebagai bakal perdana menteri. Dalam politik Machiavelli tiada apa yang pelik dan ganjil.

Trims.

Mohd Sayuti Omar

----- Original Message -----
From: -:rIeNaCoM:-
To:
Sent: Friday, February 02, 2018 11:19 PM
Subject: Fw: bukan angan-angan, tapi cita-cita, Negara Perlu Tukar Sistem Yang Rosak.

Ambil alih kerajaan bukan angan-angan, tapi cita-cita kata Tuan Ibrahim
bloglist-malaysia.blogspot
idahsalam.blogspot
Posted by indah.com

Sinar Harian
29 Januari 2018


Tuan Ibrahim Tuan Man

SHAH ALAM - Pas bukan berangan untuk menjadi kerajaan Persekutuann selepas PRU14, seperti yang didakwa Pengerusi Pakatan Harapan (Harapan), Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini.

Tetapi, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, menjadi kerajaan adalah cita-cita besar partinya seperti yang dikatakan oleh Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, minggu lalu.

"Pas bukan berangan-angan dan itu cita-cita Pas," katanya kepada Sinar Harian hari ini.
Menurutnya, Mahathir yang sebenarnya yang berangan-angan untuk memegang tampuk kerajaan,

Beliau turut menempelak Bersatu yang dilihat tidak mempunyai ahli mencukupi bagi mengerakkan jentera mereka untuk mempromosikan parti berkenaan.
Sebaliknya, Pas mempunyai ramai ahli yang akan mengerakkan parti untuk menentang parti-parti lain pada pilihan raya umum akan datang.
"Pas ada jentera, ahli hampir sejuta, cawangan lebih 8,000 buah dan kawasan ada 196 seluruh negara.

"Kita bekerja dan mengubah pendekatan politik kepada budaya politik matang dang sejahtera yang mengajak agar politik solusi menjadi kaedah Pas kini. Bukan (politik) serangan mencaci maki yang membosankan rakyat," tegasnya.
Minggu lalu, Mahathir menyatakan bahawa Pas hanya 'angan-angan Mat Jenin', susulan keputusan parti itu untuk bertanding di lebih 130 kawasan Parlimen pada PRU14 kelak.

Dakwanya, tindakan Pas itu dilihat hanya akan memecahkan undi sesama parti politik dalam PRU14 dan ini akan memberi kelebihan kepada BN untuk memenangi pilihan raya umum terbabit.

PAS Selangor sedia tawar kerusi untuk Khalid Ibrahim

Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
tranungkite.net

Kurang 24 jam selepas bekas menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berikrar akan membantu PAS berkempen pada pilihan raya umum akan datang, parti itu menyatakan kesediaan untuk menawarkan kerusi kepada ADUN Pelabuhan Klang itu.

Syaratnya adalah Abdul Khalid sudah berubah fikiran dan bersedia untuk menyertai PAS.

Akhbar Sinar Harian dalam laporannya hari ini berkata tawaran itu dibuat oleh Pengarah Pilihan Raya PAS, Roslan Shahir Mohd Shahir yang berkata, fasa memujuk Abdul Khalid berterusan, walaupun parti itu menghormati pendiriannya yang memilih bergerak bebas.

"Hubungan PAS dan Abdul Khalid cukup akrab dan kita dah kenal sejak beliau menyandang jawatan penting di Selangor. Kami hormati prestasi dan kepimpinannya.
"Cukup jika beliau menunjukkan sokongan melalui kempen dan program penerangan bersama PAS, itu sudah memadai untuk meyakinkan rakyat kerana latar belakang dan rekodnya yang bersih," katanya yang dipetik akhbar itu.

Beliau juga berkata, kehadiran Abdul Khalid adalah satu penghargaan buat PAS seterusnya membuktikan ia adalah parti yang diyakini oleh beliau untuk meneruskan perjuangan yang terbantut selepas dipecat sebagai menteri besar Selangor.

Menurut Roslan Shahir, sikap Abdul Khalid yang terbuka hadir dalam program politik PAS dan Umno juga membuktikan peribadinya yang berpendirian.

"PAS yakin beliau hadir pada program Umno dan PAS tanpa agenda tersembunyi, sebaliknya sebagai meneruskan agenda rakyat Selangor yang diperjuangkan termasuk program air dan ekonomi.

"Penolakannya mungkin disebabkan komitmen, namun keberadaan bersama PAS dianggap sebagai platform terbaik buatnya meneruskan agenda perjuangan rakyat," katanya.

Minggu lalu, Malaysiakini melaporkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhasrat untuk membentuk kerajaan di Selangor.
Bagaimanapun beliau masih belum memikirkan berapa kerusi yang akan ditandingi parti berkenaan.

Malah, Abdul Hadi turut mensasarkan PAS akan memenangi kerusi parlimen yang mencukupi agar kerajaan sendiri dapat dibentuk atau parti itu menyertai pembentukan kerajaan baru selepas pilihan raya umum ke-14.

PAS sebelum ini menyatkan hasrat untuk bertanding si sekurang-kurangnya 130 kerusi parlimen.

Ex-MB to campaign for PAS to prevent DAP controlling Selangor
bloglist-malaysia.blogspot
malaysia-today.net
By MT Webmaster

(Malaysiakini) – Former Selangor menteri besar Khalid Ibrahim has announced that he would campaign for PAS in the coming general election.

However, the independent Port Klang assemblyperson said he would not join the Islamist party.

According to a Sinar Harian report, Khalid would be campaigning for PAS in order to prevent DAP from controlling the state, which he led for more than five years.

He said that PAS has a good chance of administering Selangor with leaders who are responsible and with integrity.

"Some have asked why I don't join PAS… I don't need to join in order to work with PAS.

"If I join PAS, I will change the structure in PAS and people will say I joined PAS because I want positions, so let me be free in this aspect," he added.

Khalid said PAS must be patient in facing the prospect of being needled by various quarters during the 14th general election with statements that are taken out of context.

The former menteri besar noted how during the last general election, some believed that Pakatan Rakyat would be defeated in Selangor since the state Umno chapter was headed by Prime Minister Najib Abdul Razak with an allocation of almost RM15 million.

"We only spent RM1.3 million for the election campaign but we still won.

"This means money is not the factor which determines victory but we need sufficient funds to face the election," he told a PAS ceramah last night.

Khalid, a former PKR member, was removed as menteri besar through the infamous "Kajang Move".

He was later sacked by PKR. Khalid is also the MP for Bandar Tun Razak.

Last week, Malaysiakini reported that PAS president Abdul Hadi Awang is seeking to form the state government in Selangor but has not decided on the number of seats his party would contest.

Azmin Arah Pejabat Pusat Khidmat Pesuruhjaya PAS Selangor Disiasat ?

Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
tranungkite.net

AIDCNews -29/01/18 -Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dipercayai terus memberi tekanan politik kepada Pesuruhjaya PAS Selangor YB Sallehen Mukhyi apabila mengarahkan syarikat audit menyiasat pejabat pusat khidmat ADUN PAS tersebut.

Bagaimanapun, syarikat audit itu tidak menjumpai apa-apa kesalahan yang boleh mensabitkan Sallehen yang juga ADUN PAS Sabak terbabit dalam salah laku pengurusan peruntukan.

"Dapat info Pejabat Pusat Khidmat Pesuruhjaya PAS Selangor YB Sallehen Mukhyi ADUN Sabak atas arahan SO1 diserbu audit kononnya ada salah guna peruntukan.

"Lepas diaudit dan didapati tiada sebarang penyelewengan atau salah laku, peruntukan tetap tak dikembalikan.

"Punyalah hati kaudu dan pendendam kesumat Azmin Ali Timbalan Presiden PKR," dedah Hanisya Abdul Hamid dalam Facebook.

Apa motif peruntukan Adun PAS S'gor ditahan?

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

SABAK BERNAM: Penahanan dan pembekuan peruntukan oleh pihak Kerajaan Negeri Selangor terhadap Adun-adun PAS berlaku dalam keadaan serba pelik, demikian menurut Adun Sabak, Ustaz Sallehen Mukhyi.

Akui beliau, secara khusus peruntukan kepadanya telah ditahan sejak September lalu di mana dalam situasi biasa pembekuan hanya berlaku apabila terdapat 'kes' berkaitan penggunaan wang.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor menzahirkan kemusykilannya apabila arahan pembekuan datang dan kemudiannya baharulah disusuli siasatan audit.

"Bekukan dulu baru audit datang siasat? Lima (pegawai) audit datang pergi ke semua tempat yang kita telah luluskan (peruntukan). Ada surau kita beri karpet, ada sekolah kita beri 'aircond" dedahnya pada Ceramah Umum Isu Semasa di Sungai Air Tawar, di sini kelmarin.

Menurutnya, pihak audit menemui semua pihak berkenaan yang dibayangkan beliau sebagai hendak mencari kesalahan, namun mendapati pengurusan kewangan Dun Sabak adalah bersih tanpa masalah.

Beliau juga menyatakan tidak kisah dengan pembekuan tersebut kerana sejak dahulu pun PAS sentiasa menambah sokongan masyarakat tanpa peruntukan dan akan bertemu dengan Menteri Besar. -HARAKAHDAILY 29/1/2018

ADUN PAS: S'gor beku peruntukan saya sejak September

Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
tranungkite.net

Wakil rakyat PAS Selangor Sallehen Mukhyi mendedahkan peruntukan untuk kawasan pilihan rayanya telah dibekukan oleh kerajaan negeri pimpinan PKR sejak September lalu.

Anggota Dewan Undangan Negeri Sabak justeru menyifatkan pembekuan itu berlaku dalam keadaan serba pelik, lapor akhbar web rasmi PAS.

"Akui beliau, secara khusus peruntukan kepadanya telah ditahan sejak September lalu di mana dalam situasi biasa pembekuan hanya berlaku apabila terdapat 'kes' berkaitan penggunaan wang.," menurut Harakahdaily.

Sallehen yang juga pesuruhjaya PAS Selangor menzahirkan kemusykilan apabila arahan pembekuan didakwa dibuat terlebih dahulu sebelum siasatan audit.

"Bekukan dulu baru audit datang siasat? Lima (pegawai) audit datang pergi ke semua tempat yang kita telah luluskan (peruntukan). Ada surau kita beri karpet, ada sekolah kita beri aircond," beliau dipetik sebagai berkata dalam ceramah di Sungai Air Tawar, di Sabak Bernam.

Beliau membayangkan pihak audit hendak mencari kesalahan, namun mendapati pengurusan kewangan DUN Sabak bersih.

Negara Perlu Tukar Sistem Yang Rosak.
bloglist-malaysia.blogspot

wabillahagro.blogspot.

Dicatat oleh Abd Wahab Abdullah

_Oleh: Lebai Ajees _

T. Mahadir letak jawatan... Naik Pak Lah...Harapkan Pak Lah, rupanya belum syuruk gegak gempita hujan kembali turun bersama guruh, kilat sabung menyabung, maka turunlah Pak Lah membawa bersama harapan rakyat pada yg turut kecundang...
Turun Pak Lah, naiklah Najib... Rakyat tertanya tanya, mungkin inilah harapan rakyat... Rupanya lagi parah dari Pak Lah...
Ini semua aturan T.Mahadir untuk menggantikan tempatnya, pernah satu ketika T.M pernah menyebut kesilapan beliau yg paling besar adalah mengangkat Najib sebagai PM...

Rupanya 2 pm selepas T.M serba tidak menjadi untuk memulihkan kepercayaan rakyat, apatah lagi memulihkan ekonomi...
Adakah salah PM atau sistem yg mereka amalkan?

Nampaknya sistem yg mereka amalkan sudah tidak relevan untuk memulihkan kerosakan peninggalan warisan T.M...
Kini PH memilih T.M sekali lagi sebagai arkitek utk memulihkan sistem yg sudah rosak itu...
Adakah T.M mampu membaikinya sedangkan dialah yg menjadi perekanya yg mengubah landskap negara dgn kurang tambah sistem untuk menambah kuasa PM sehingga kan melucutkan kuasa raja-raja?..

Adakah T.M mampu untuk mengembalikan nya kepada sistem yg lebih baik? Cagaran apa yg T.M suakan? Adakah cukup dengan disucikan oleh PH sudah cukup membuktikan yg T.M sudah insaf & ingin kembali ke landasan yg betul?

Jika dilihat gerak tari T.M jangankan segenggam, secuit pn tak nampak yg T.M ingin bersama dengan slogan PH *Selamatkan Malaysia*..Adakah maksud selamat kan dari rejim Najib & kembali semula pd rejimnya yg suatu masa dulu lebih parah dari Najib?
T.M kelihatan mencari ruang disebalik kusut masai & kecelaruan PH untuk menjayakan misinya untuk menyelamatkan empayar anak²nya... Itu kelihatan jelas dari beberapa kenyataan nya yg sahih...
Adakah kita juga akan terus dikelirukan dengan janji T.M yg belum pasti?

*Fikir-fikirkan*

#Allahummasolli_ala_SaiyyidinaMuhammad
#MAMPUCentre
#BPMSlillahitaala
#SEJAHTERAbersamaISLAM
Jom KLIK dan LIKE
https://www.facebook.com/mampu.centre

Haji Hadi Buat Azmin Ali Tidak Senang Duduk

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
tranungkite.net

PAKAR 'putar' dalam pakatan pembangkang terpaksalah kerja lebih masa cari idea yang lebih kreatif bagaimana nak tibai dua burung serentak dengan seketul batu.

Nampaknya makin hari makin rumit mereka hendak jual temberang yang tidak logik bahawa BN dan PAS sedang berkepit untuk hadapi pilihanraya umum ke-14.
Ramai yang sedar ia cuma taktik perang saraf untuk mencetuskan rasa curiga di kalangan ahli kedua parti dan mengelirukan rakyat.

Jadi jangan hairan kalau dengar Tun Dr. Mahathir Mohamad berulang-ulang kali pada ceramahnya di serata tempat mendakwa PAS sengaja hendak kacau daun wujudkan pertandingan tiga penjuru bagi memenangkan BN nanti.

Siapa tahu mungkin untung nasib temberang ini akan mewujudkan pergeseran dalaman kedua parti dan mereka dapat pancing undi untuk pakatan pembangkang.

Entah apa agaknya bos pakatan pembangkang itu sekarang hendak putar lagi bila mendengar apa kata Datuk Seri Haji Hadi Awang dalam sidang akhbar di pelancaran jentera PAS Selangor untuk PRU14 pada Himpunan Fastaqim 2.4 di Shah Alam pada Ahad.

Presiden PAS itu sendiri jawab dakwaan konon beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berpakat bagi membolehkan PAS terus kekal perintah Kelantan selepas PRU14.

"Dakwaan itu tidak benar. Kalau bincang dengan UMNO mengenai isu Palestin, Rohingya boleh lah.

"Tapi kalau pasal pilihan raya, kita lawan UMNO (BN)," katanya.

Seperti juga BN yang hendak mempertahankan kerajaan pada PRU14…PAS juga menaruh cita-cita sendiri untuk melangkah ke Putrajaya.

Malah kata Haji Hadi partinya meletakkan calon di setiap kerusi Parlimen serta kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan menentang calon BN.

Sebelum ini Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapha Mohamed juga menafikan ada pakatan dengan PAS seumpama itu dan wujud pergeseran dalam UMNO pasal itu.

Beliau menegaskan BN sendiri sedia untuk berentap untuk menawan Kelantan.

Semasa sidang akhbar itu Haji Hadi memberitahu PAS akan bertanding lebih daripada 130 kerusi Parlimen pada PRU14 bagi membolehkannya membentuk kerajaan jika menang.

Pada PRU13, PAS bertanding 73 kerusi Parlimen dan menang 21 daripadanya.

Terkini, PAS hanya tinggal 15 Ahli Parlimen sahaja.

Enam daripada 21`kerusi kini disandang anggota Parlimen Parti Amanah Negara (PAN), parti serpihan PAS, manakala kerusi Parlimen Pokok Sena juga terlepas apabila penyandangnya Datuk Mahfuz Omar mengumumkan keluar parti itu baru-baru ini.

Presiden PAS itu kata partinya perlu bertanding sekurang-kurangnya lebih daripada jumlah majoriti mudah iaitu daripada 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan.

"Kemungkinan (bertanding) 130 lebih (kerusi Parlimen), sekurang-kurangnya majoriti mudah.

"PAS mahu membentuk kerajaan ataupun menyertai pembentukan kerajaan, bukan lagi sebagai pembangkang yang lemah," katanya.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali mungkin tidak sedap badan mendengar pendirian terkini Haji Hadi.

Sewaktu krisis Langkah Kajang PKR singkir Tan Sri Khalid Ibrahim dulu hasil dokongan PAS beliau tiba-tiba dapat jadi Menteri Besar.

Namun kini PAS seperti juga BN berhasrat untuk tawan Selangor.

Kata Haji Hadi PAS juga bertekad mahu merampas Selangor pada PRU14 bagi menjadi contoh kepada negeri-negeri lain.

"Selangor perlu menjadi contoh, kita harap rakyat Selangor mesti memilih kepimpinan Islam," katanya.

PAS Selangor dikatakan sasar sekurang-kurangnya 42 daripada 56 kerusi DUN di negeri itu, termasuk di kawasan diwakili Azmin di Bukit Antarabangsa dan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail di Kajang.

Pada pilihan raya umum 2013, PAS meletakkan 21 calon negeri di Selangor dan memenangi 15 kerusi.

Namun kini tinggal 13 sahaja bila dua wakil rakyatnya kawasan Hulu Kelang, Saari Sungib dan Morib Hasnul Baharuddin lompat masuk PAN.

PAS dikatakan mempunyai jaringan dan pengaruh yang boleh tahan di kawasan DUN Bukit Antarabangsa dan kawasan Parlimen Gombak yang diwakili Azmin.

Atas sebab itu semakin rancak desas desus berlegar Menteri Besar Selangor itu sedang mengintai kawasan yang lebih selamat untuk beliau berteduh. – MYNEWSHUB.CC

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Feb 4, 2018 7:55 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Laluan basikal DBKL vs laluan basikal DAP

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net

DBKL punya kos 1 km = RM0.6667 juta
DAP punya kos 1 km = RM2.5 juta

UMNO dan HARAPAN dua-dua curi harta rakyat untuk GEMUKkan kroni masing-masing

Kredit
Mohd Aqbar Zainal Abidin

----- Original Message -----
From: -:rIeNaCoM:-
To:
Sent: Monday, January 29, 2018 11:23 PM
Subject: Fw: DBKL buka semula pemisah laluan basikal berbahaya

Laluan Basikal 'Paling Hina', 4 Juta Dan 6KM, Malaysia Cipta Sejarah Dunia.
bloglist-malaysia.blogspot.
amenoworld.org
Posted by Ameno World

"Adakah menteri fikir kita semua ini orang yang bangang?"

"Adakah ini boleh dianggap lorong basikal?"

"Inikah laluan yang bernilai 4 juta ringgit Malaysia itu?"

Sumber : https://www.hmetro.com.my/setempat/2017/10/276520/bina-lorong-basikal-di-kl-siti-fatimah-nasir

Demikian luahan kemarahan netizens apabila menyaksikan sendiri laluan khas basikal yang dilaporkan bernilai 4 juta ringgit Malaysia. Sebelum ini lorong berkenaan menerima kecaman bertubi-tubi netizens kerana dilaporkan bernilai 4 billion namun rupa-rupanya Harian Metro tersalah lapor tentang nilai kos sebenar dan bersegera membuat permohonan maaf.

Bagaimanapun itu tidak dapat mendiamkan kemarahan netizens apabila melihat sendiri laluan berkenaan yang disifatkan mereka sebagai acuh tak acuh.

Berikut adalah gambar-gambar lorong berbasikal di sekitar jalanraya Kuala Lumpur;

Laluan berbasikal sepanjang 6 kilometer dibina dengan kos sebanyak 4 juta.

Adakah ianya berbaloi?

Kami kongsikan sedikit pandangan netizens mengenai perkara tersebut dibawah ini;

Amir Hamzah : "Laluan berbasikal ini sepatutnya dibina di sebelah laluan penjalan kaki. Cuba tengok kat Jepun. DBKL ni bodoh ke tak buat semakan dengan rujuk pada negara-negara yang dah buat laluan basikal?".

Zahir : "Cat biru putih sepanjang 6 kilometer dan melayang 4 juta? Patutlah pergi balik Mekah satu jam!".

Alvin : "Idea bagus tapi pelaksanaan teruk. Shit DBKL.".

Chris : "Jalanraya dah sempit, kenderaan banyak kau boleh cat pula jalan sempit tu kaler biru konon-konon tunjuk prihatin. Bodohla kau. Negara lain bina lorong basikal siap dengan pakej keselamatan. Kau bina laluan basikal jalan berlubang lepas tu atas jalanraya yang bercat biru je. Apa safetynya? Kat UK siap penghadang
pemisah dengan kenderaan roda 4. Cukuplah kebodohan untuk hari ini. Cukuplah".

Afiza : "Bukan salah orang awam yang parking kereta atau motor kat laluan tu. Salah DBKL buat projek tak ikut spesifikasi".

Noor Jehan : "Kalau aku boleh bagi cadangan, aku suruh kerajaan buat lorong basikal kat kawasan luar bandar, kat tempat tak banyak kereta dan betul-betul atas laluan penjalan kaki. Tak sesuai sebenarnya kat tempat sesak macam ni sebab jalan sempit dan padat. Tak tahu la aku menteri sekarang otak mereka macam mana. Ini semua nak duit je aku rasa".

Sandra : "Jujur cakap, aku tak setuju idea laluan berbasikal kalau inila cara DBKL nak buat. Betul-betul melepaskan batuk di tangga. Cincai sangat dah ni".

S.Kumaren : "BULLSHIT. Projek nak duit. Bukan untuk rakyat".

Lorong basikal di luar negara;

Dan begini pula di Malaysia!

Anda bandingkan sendiri perbezaannya!

Selain dari pelaksanaan yang teruk dengan hanya mengecat laluan tersebut, DBKL juga dikecam kerana tidak konsisten. Laluan berbasikal yang tidak bersambung antara satu sama lain, putus-putus, kejap disebelah kiri bila melintas eh, laluan bersambung di sebelah kanan ini menyebabkan ramai penunggang basikal berasa marah dan terhina dengan pelaksanaan bertahap cincai ini.

Tiada penghadang yang memisahkan mereka dengan kenderaan berat, cat yang pudar, tiada papan tanda peringatan, laluan berlopak membuktikan yang DBKL seperti dengan sengaja membuang wang rakyat 4 juta ke dalam poket seseorang. Fikir-fikirkanlah. - 28 Januari 2018.

Read more: http://www.amenoworld.org/2018/01/laluan-basikal-paling-hina-4-juta-dan.html#ixzz55UtSRTIw

DBKL buat penjelasan.. Bukan RM4bilion hanya RM4juta sahaja..
bloglist-malaysia.blogspot
kedahlanie.info

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Baru-baru ini telah tular satu artikel daripada Harian Metro bertarikh 25 Oktober 2017 berkenaan peruntukkan RM4 Billion untuk laluan basikal di Kuala Lumpur Dimaklumkan bahawa laporan tersebut adalah tidak tepat dan pembetulan telahpun di buat oleh Harian Metro dan diterbitkan melalui Harian Metro online pada 25 Oktober dan akhbar Harian Metro pada 27 Oktober 2017. Kos sebenar adalah lebih kurang RM4 juta dan bukannya RM4 billion seperti dalam artikel terdahulu.

https://www.hmetro.com.my/setempat/2017/10/276520/bina-lorong-basikal-di-kl-siti-fatimah-nasir

DBKL buka semula pemisah laluan basikal berbahaya

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
tranungkite.net

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini membuka semula pemisah laluan basikal dan laluan kenderaan (rubber separator) di pusat bandar berikutan alat tersebut didakwa mengundang bahaya kepada penunggang motosikal.

Pengarah Eksekutif Pengurusan Projek DBKL Datuk Mahadi Che Ngah berkata pihaknya sedang mengkaji perkara tersebut dan akan membuat pertimbangan untuk menggantikannya dengan "flexible barrier" di laluan basikal sepanjang 11.9km itu.
Beliau, bagaimanapun berkata pemasangan "rubber separator" yang dibuat sebelum ini mengikut piawaian antarabangsa seperti diguna pakai di negara-negara lain.

"DBKL akan meneliti semula perkara ini berdasarkan cadangan dan bantahan daripada pengguna jalan raya. Kami akan selesaikan permasalahan ini sebaik mungkin supaya keselamatan pengguna terjamin.

"Selain itu, DBKL akan memastikan jenis permukaan laluan basikal itu berada dalam keadaan selamat sebelum ia dibuka secara rasmi kepada penunggang basikal," katanya kepada pemberita selepas pelancaran SkyWorld Quality Centre yang dirasmikan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini.

Mahadi berkata laluan basikal fasa pertama itu disediakan DBKL sebagai alternatif kepada orang ramai yang memilih untuk berbasikal ke pusat bandar.

"Fasa pertama bermula dari ibu pejabat DBKL di Jalan Raja Laut, Jalan Sultan Ismail hingga ke Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dan berpatah balik ke Jalan Sultan Ismail melalui Medan Pasar dan Dataran Merdeka," katanya.

Beliau berkata laluan basikal itu akan diperluaskan ke kawasan lain sehingga ke Wangsa Maju dan sekitar Kuala Lumpur sekiranya fasa pertama berjaya.

Baru-baru ini, gambar kemalangan penunggang motosikal berhampiran laluan basikal berkenaan, tular dalam media sosial dan perkara itu menimbulkan pelbagai persoalan daripada netizen tentang kewajaran projek tersebut.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: