Tuesday, February 27, 2018

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4900

8 Messages

Digest #4900

Messages

Tue Feb 27, 2018 6:58 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Beri Gagasan Sejahtera satu penggal

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net


PAS mahu rakyat membuat pilihan yang tepat pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 akan datang dengan memberi peluang kepada Gagasan Sejahtera yang diterajuinya.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, sejak menceburi politik, matlmat parti itu adalah memperjuangkan Islam tetapi rakan sekutunya sebelum ini tidak setia dalam persefahaman tahaluf siyasi apabila mereka melanggar dasar dan matlamat mereka.

Katanya, PAS terus berkembang dengan kekuatan sendiri biarpun pernah kalah dalam beberapa pilihan raya umum (PRU) dan sama sekali tidak terkubur.

"Di atas Islam inilah PAS boleh hidup dan makin berkembang. Walaupun kalah pilihan raya, PAS tidak mati. PAS bukan macam parti lain, kalah pilihan raya, akhirnya mati.

"Kita tidak, kerana akar umbi kita ialah Islam dan terus mengamalkan sikap terbuka. PAS menjadi mangsa, ditenyeh, ditekan dan ditindas sehingga kita menghadapi cabaran luar dan cabaran dalaman," katanya yang dipetik oleh Harakahdaily.

Abdul Hadi berkata demikian ketika pidatonya pada pelancaran Gagasan Sejahtera Peringkat Negeri Kedah di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, di Alor Setar, malam semalam.

PAS menubuhkan Gagasan Sejahtera bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia, BERJASA, Parti Cinta Malaysia (PCM) dan Parti Harapan Malaysia (PHM) setelah terkuburnya Pakatan Rakyat.

"Beri peluang pada Gagasan Sejahtera satu penggal, tengok apa kita buat. Kalau tak percaya, boleh tolak kita pada pilihan raya yang berikutnya.

"Kita bukan nak memerintah duduk atas kerusi dengan tidak menunaikan amanah secara betul.

"Kita mahu rakyat menyertai pilihan raya menunaikan amanah memilih pemimpin yang benar-benar amanah, bukan namanya sahaja amanah," katanya.

Abdul Hadi berkata, sebagai Blok Kuasa Ketiga yang ditubuhkan pada Mac 2016 itu, mereka akan bertanding di sekurang-kurangnya 130 kerusi pada PRU14 nanti dengan tujuan untuk memerintah negara atau setidak-tidaknya menjadi 'king maker' atau parti penentu.

Jelasnya,'king maker' bermakna tiada parti politik yang mempunyai kerusi mencukupi untuk menubuhkan kerajaan melainkan bergantung kepada PAS dan Gagasan Sejahtera.

Menerusi kedudukan itu, Abdul Hadi berkata, PAS selaku peneraju Gagasan Sejahtera akan meletakkan syarat-syarat pemerintahan yang mesti diikuti untuk bersama dalam sebuah kerajaan.

Apabila itu terjadi, katanya, PAS akan meletakkan syarat, iaitu Islam perlu menjadi asas pemerintahan negara.

Pas akan amalkan konsep ta'awun

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net

SHAH ALAM - Pas akan mengamalkan konsep ta'awun yang lebih terbuka dan tidak terikat dengan syarat-syarat yang lebih ketat seperti tahaluf dalam menangani politik semasa.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, konsep ta'awun mendekatkan Pas dengan masyarakat umum dan pihak lawan secara muwajahah silmiyyah yang menjadi konsep demokrasi.

"Pas memilih pendekatan muwajahah silmiyyah (berdepan secara damai) dengan menyertai amalan demokrasi pilihan raya mengikut konsep keutamaan dalam dakwah dan jihad yang bertujuan menyelamatkan manusia bersama Islam, sama ada menganut Islam atau berada di bawah pemerintahan Islam tanpa menganutnya, tetapi melihat pelaksanaan Islam yang adil terhadap semua dan membawa rahmat," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Abdul Hadi berkata, sejarah membuktikan kalangan bukan Islam lebih rela berada di bawah pemerintahan Islam. Maka penganut Islam yang berkhilaf hendaklah lebih wajib menegakkan kuasa pemerintahan Islam.

"Perjuangan kita terkini ialah menyedarkan Islam paling besar jumlahnya yang wajib memimpin kuasa politik negara dan ditambah dengan usaha mengislamkan bukan Islam tanpa paksaan atau mereka menerima pemerintahan Islam melalui pilihan raya," katanya.

Katanya, pendekatan melalui penerangan dan pengajian sahaja tidak mencukupi, justeru itu hendaklah disertai agenda menunjukkan Islam boleh diamalkan bersama pihak lain yang dinamakan ta'awun lebih luas lapangannya daripada tahaluf.

Beliau berkata ta'awun membolehkan kerja yang bersifat kebajikan diterima oleh semua pihak. Pelaksanaan ta'awun (bertolong menolong dalam perkara yang baik dan menentang segala kemungkaran).

"Pendekatan ini boleh dilaksanakan dalam semua keadaan sama ada menjadi pembangkang atau tidak semestinya kalau berkuasa memerintah negeri atau negara," katanya.

PAS letak 11 calon bukan Islam di Negeri Sembilan
bloglist-malaysia.blogspot
idahsalam.blogspot
Posted by indah.com

PAS Negeri Sembilan akan bertanding bagi semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen pada pilihan raya umum (PRU) ke-14, kata Pesuruhjaya PAS negeri Mustaffa Daharun.

"Kita juga akan meletakkan sekurang-kurangnya 11 calon bukan Islam, yang akan bertanding atas tiket PAS, di kawasan yang majoritinya terdiri daripada bukan Melayu seperti DUN Temiang dan Lobak," katanya kepada pemberita selepas majlis perisytiharan Gagasan Sejahtera dan pelancaran jentera pilihan raya PAS, di Seremban malam tadi.

Sementara itu, Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata parti itu akan melancarkan manifestonya pada 11 Mac ini, yang antaranya mengandungi Wawasan Induk Negara Sejahtera dan Dokumen Hijau yang menampilkan aspek dari segi ekonomi.
-Bernama

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Feb 27, 2018 6:58 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Ramai Tak Tahu, Ini Adalah 4 Orang Anak Malaysia Yang Merupakan Diantara Pemegang PhD Universiti Islam Madinah
siakapkeli.my

Universiti Islam Madinah ialah sebuah institusi pengajian tinggi awam di Arab Saudi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi Arab Saudi yang ditubuhkan pada 29 Rabiul Awal 1381 Hijriyah (6 September 1961).

Universiti ini terletak di Kota Madinah, Provinsi Madinah. Penubuhan Universiti ini mengikut kepada keputusan rasmi Raja Saud bin Abdul Aziz tentang Pembangunan perguruan tinggi yang dikhaskan untuk mengkaji ilmu syariah dan keagamaan di Kota Madinah.

Menerusi perkongsian Abu Muhammad Mohd Amin melalui Facebook miliknya, terdapat 4 orang rakyat Malaysia yang berjaya menamatkan PhD di universiti tersohor ini. Keempat-empat tokoh ini wajar dijadikan inspirasi kerana umum tahu untuk mendapatkan master sahaja sukar, semuanya disana hebat-hebat belaka.

Boleh dikira dengan jari jumlah anak Malaysia yang berjaya menembusi pengajian disana hingga kepenghujung. Ikuti keempat-empat latar belakang tokoh ini dan semoga mereka ini dapat dijadikan sebagai sumber inspirasi anak-anak kita untuk terus menimba ilmu dan seterusnya dapat menyampaikan dakwah bagi kesinambungan Islam sejagat.

4 org Malaysia pemegang PhD dr Universiti Islam Madinah:

1. 1986
Prof Madya Kehormat : Prof Madya Dato' Kaya Bakti Dr. Mohd Radhi bin Othman.
Anak Malaysia pertama malah pertama dr Asia Tenggara mendapat PhD dr Universiti Islam Madinah dlm bidang Hadith (1st class). Bekas pensyarah USM. Guru kpd tokoh2 hebat dlm bidang dakwah Islam seperti dua mufti (al-Muftiyain)yang begitu aktif : Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan Mufti Perlis, Dato Dr Mohd Asri Zainul Abidin. Beliau adalah permata yang kurang diangkat arus perdana dakwah Malaysia walaupun keilmuannya MasyaAllah. Seorang yang sangat tawadu'. Boleh cari kuliah beliau di youtube. Banyak penulisan beliau diterbitkan.

2. 1999
Dr. Ahmad Najib bin Abdullah al-Qari. Beliau mendapat PhD dlm bidang tafsir.. Seorang pensyarah di UM. Keturunan Tok Kenali. Banyak penulisan beliau diterbitkan.

3. 2005
Dato' Dr. Abdul Basit bin Abdul Rahman. Beliau mendapat PhD dlm bidang Syariah. Seorang pensyarah Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) juga penyelia pondok Sungai Durian. Aktif ditelevision dlm pelbagai rancangan keagamaan antaranya Tanyalah Ust dll. Penulis kpd byk karya islami yang diterbitkan. Terkenal dgn nama pena Abu Anas al-Madani.

4. 2018 (latest ; penyebab sy menulis post ini)
Dr. Abdul Rahman bin Abdul Rahim (ARAR). Beliau mendapat PhD dlm bidang Hadith (1st class). Diharapkan sumbangan beliau kpd masyarakat Malaysia setelah kepulangan beliau nanti.

Kesemua mereka menghabiskan masa minima 15 tahun di Madinah alNabiy untuk tiba kedestinasi ilmu tersebut dgn mendapat 1001 kelebihan di sana samada drpd janji Allah sendiri kpd bumi Madinah yg ada barakah, juga kebaikan pemerintah kpd pelajar2 di sana. Malah ada diantara mereka ini ditawar menjadi pensyarah di sana namun mereka lebih suka berbakti di bumi sendiri. Kesemua mereka diakui kehebatan mereka oleh sahabat2 sezaman belajar mereka di sana.. Semestinya yang terbaik daripada yang terbaik untuk menerima Biasiswa kerajaan Arab Saudi untuk peringkat ini.

Untuk menyambung PhD disana mesti memiliki Master terlebih dahulu dr sana jg. untuk dapatkan master dr sana sahaja boleh dibilang dengan jari berapa ramai anak Malaysia yg lepas diterima masuk belajar(belum hbs lg).Tidak hairan jika kesemua mereka ada Degree, Master dr sana jg. Jika kita terlepas peluang keilmuan di sana, kita berdoa agar anak kita direzekikan belajar di sana kelak. Ameen.

Membaca biografi/pencapaian cemerlang orang yang cemerlang dlm sesuatu bidang (baca: bidang keilmuan) menginspirasikan dalam bidang tersebut. Belajarlah dari mana sekalipun. Amalan dan sumbangan jua yang akan di pertimbangkan di sisi Allah. Namun amalan mesti didahului dgn ilmu. Berbahagialah mereka yang berilmu dan beramal.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Feb 27, 2018 6:59 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



"Jangan Buat 'Bisnes Online' Guna Akaun Simpanan," Wanita Ini Terkejut Terima Surat Penutupan Akaun Dari Pihak Bank
siakapkeli.my

27 Feb - Pada zaman ekonomi di Malaysia yang tidak menentu ini, ditambah pula dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, ramai di antara kita menjalankan perniagaan kecil-kecilan untuk menambah pendapatan keluarga.

Sudah menjadi trend ketika ini untuk membuat perniagaan secara atas talian. Lebih mudah, jimat masa dan tenaga. Selalunya, anda buat perniagaan online menggunakan akaun bank simpanan atau semasa?

Tahukah anda, jika anda menggunakan akaun bank simpanan untuk menjalankan perniagaan atas talian, akaun bank anda berisiko untuk ditamatkan serta-merta.

Seperti yang berlaku kepada seorang peniaga ini yang berkongsi menerusi akaun Facebook beliau, Reen Iman. Beliau dikatakan menerima satu surat dari pihak bank yang menyatakan akaun simpanannya akan ditamatkan atas sebab-sebab yang telah ditetapkan.

Reen telah menelefon pihak bank berkenaan dan pihak bank mengesahkan bahawa akaun bank simpanan wanita tersebut dipercayai digunakan untuk tujuan pernigaan kerana transaksi keluar masuk setiap hari yang banyak.

Banyak bank yang telah menguatkuasakan undang-undang ini. Baru-baru ini, penulis membuka satu akaun bank simpanan juga telah diingatkan oleh pegawai bank berkenaan agar tidak menjalankan pernigaan menggunakan akaun bank simpanan tersebut. Jika tidak pihak bank berhak menamatkan akaun tersebut serta-merta.

Mungkin ada baiknya tidak menggunakan akaun simpanan untuk perniagaan, kerana ketika ini terlalu ramai yang mengambil kesempatan menjalankan aktiviti penipuan jualan online menggunakan akaun simpanan.

Jom ikuti perkongsian Reen Iman tentang sekatan yang berlaku terhadap akaun bank simpanan beliau. Semoga bermanfaat untuk peniaga-peniaga lain.

POS INI PENTING UNTUK SESIAPA GUNA AKAUN BANK PERSONAL BUAT NIAGA KECIL KECILAN .

Pada 25.2.17 saya menerima satu surat dari BANK . Isi surat (rujuk gambar ) menyatakan bahawa akaun bank simpanan saya akan ditamatkan pada 1 mac 2018 .

Saya agak blur , saya terus call beratus kali pihak bank dan tidak dapat .

Harini 26.2.18 , setelah beratus kali call akhirnya dapat . Alhamdulillah Saya bertanyakan status akaun saya kenapa ditutup .

Pihak bank mengatakan bahawa pihak mereka akan menutup akaun bank secara berperingkat. Dibawah saya senaraikan sebab sebab akaun bank yang mereka akan tutup

*bisness kecil kecilan seperti direct selling , agent dll .
*terlalu banyak transaksi duit keluar masuk sebab account saving ada had . Habis tu kau banyak duit simpanan takkan nak simpan bawah katil ??? .

Saya bertanyakan kenapa akaun saya ???
Saya guna untuk bisness ialah current account .

Mereka kata ,

"Pihak atasan detect akaun cik ada melakukan banyak transaksi keluar masuk duit dalam jumlah yang banyak dan ia merupakan bisness . "

Saya cakap "baiklah . Jadi macamana pihak bank detect ? "

Mereka jawab lagi

"Pihak kami akan tahu sebab dari akaun berlainan yang memasukkan duit ataupun bank in cash deposit . Pihak kami akan buat penutupan akaun secara berperingkat walau berniaga sebagai dropship kecil kecilan sebab untuk berniaga kena buka akaun semasa . "

Allahu ! Kesiannya para surirumah yg baru nak berniaga . Takkan nak buka akaun semasa , mesti kena ada ssm , modal pun 1k kena pula bawa introducer lagi . Kena declare cukai lagi . Hatta niaga untuk rm5 jee satu barang .

Saya tanya lagi

"Dan bila saya boleh buka akaun baru ? "

Mereka jawab

"Tak boleh bukak dah dgn bank itu . Dan penutupan akaun ni bukan bank ini sahaja tapi semua bank buat hal yang sama . "

Ps : so harap korang jangan guna akaun personal lagi . Saya guna akaun personal bukan untuk berniaga , saya ada current acc company . Tapi banyak transaksi keluar masuk sebab saya bukan satu bisness . Dan duit akan masuk ke account saya dahulu baru dimasukkan ke akaun company .

Share semoga ramai lagi tak jadi mangsa macam saya . Tiada budi bicara lagi . Mereka mendapat arahan dari pihak atasan. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Feb 27, 2018 6:59 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



"Ayah Mintak Maaf Hafizh," Bapa Hafizh Syahrin Kongsi 'Derita' Pelumba Itu Sebelum Sampai Ke Puncak Kerjaya
siakapkeli.my

27 Feb - Selepas Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Datuk Razlan Razali mengesahkan bahawa Hafizh Syahrin bakal menjadi pelumba Asia Tenggara pertama menyertai perlumbaan kelas utama MotoGP, sudah pasti insan yang paling gembira adalah ayah Hafizh sendiri, Abdullah Harun.

Tiada ungkapan lain selain memohon maaf kepada anak lelakinya itu kerana merampas zaman kanak-kanak pelumba itu hanya semata-mata mahu merealisasikan impian melihat pewarisnya itu bergelar pelumba handalan dunia pada suatu hari kelak.

Walaupun hatinya sayu melihat kesusahan hidup yang terpaksa ditempuh Hafizh Syahrin seawal usia 9 tahun yang dibawa menyertai perlumbaan 'Pocketbike' ke serata Malaysia, tetapi dia tidak kesal kerana kini beliau akan dapat melihat anak kesayangannya itu beraksi dipentas tertinggi dunia dalam sukan permotoran.

"Saya berkata kepada Hafizh, ini saja yang ayah mampu bantu. Hafizh berusaha sebaik mungkin untuk jadi pelumba. Saya minta maaf kepada Hafizh sebab merampas usia kanak-kanaknya. Saya berasa usaha saya berbaloi pada hari ini, terima kasih," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Foto: Kosmo

Apabila mengimbas kembali zaman pelumba kelahiran Selangor itu mula melibatkan diri dalam sukan permotoran, Abdullah berkata, jika dikenang pengalaman lalu memang memeritkan kerana kekangan kewangan menyebabkan dia tidak mampu menaburkan kemewahan kepada anaknya itu.

"Saya hanya berbekalkan modal saya sendiri hasil pendapatan saya bekerja di bengkel motosikal yang saya usahakan. Bermula dari umur 10 tahun Hafizh mula tunjuk taring sebagai seorang pelumba.

"Sejak itu, boleh dikatakan di setiap negeri saya bawa Hafizh berlumba, sehingga dia menjadi juara pocketbike aircol dan watercol. Saya pusing satu Malaysia dengan kereta bersama Hafizh. Selama empat tahun Hafizh dalam perlumbaan pocketbike," ujarnya.

Abdullah juga turut berkongsi pengalaman pahit manis yang diharungi bersama Hafizh Syahrin, termasuklah terpaksa tidur di dalam kereta kerana tidak mampu untuk menginap di hotel.

"Pengalaman suka dan duka telah saya lalui dengan anak saya itu. Dengan bajet yang memang tidak cukup, kereta saya pernah menjadi hotel untuk kami berdua," jelasnya menceritakan perjalanan awal karier Hafizh.

Tahniah Hafizh Syahrin, pelumba Malaysia pertama menyertai MotoGP musim penuh! pic.twitter.com/bIiP2bFfXt
— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) February 21, 2018

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Abdul Razak juga turut tidak ketinggalan mengucapkan tahniah kepada Hafizh Syahrin selepas berjaya menyertai pasukan Moster Yamaha Tech3 dalam kelas MotoGP baru-baru ini. - Siakapkeli.my

----- Original Message -----
From: -:rIeNaCoM:-
To:
Sent: Sunday, February 25, 2018 11:08 PM
Subject: Fw: Hafizh Syahrin, Powerbank Promosi, ALLAH ITU MAHA ADIL, Harga Rumah Tidak Selari

Hafizh Syahrin Sah Beraksi Di Pentas MotoGP
siakapkeli.my

21 Feb - Akhirnya segala tanda tanya terjawab apabila Hafizh Syahrin sah akan beraksi di kelas MotoGP dan mewakili pasukan Monster Yamaha Tech3

Pengesahan itu dibuat menerusi sidang media bersama Ketua Pengarah Eksekutif SIC, Dato' Razlan Razali dan Hafizh Syahrin sendiri.

Malah, laman rasmi Motogp juga telah mengcapkan tahniah buat Hafizh Syahrin setelah berjaya memikat hati pasukan Monster Yamaha itu dengan menampilkan aksi memberangsangkan.

Satu lagi sejarah baru buat Malaysia apabila Hafizh bakal menjadi pelumba dari Asia Tenggara yang pertama beraksi di pelumbaan MotoGP secara sepenuh masa.

Sudah pasti seluruh rakyat Malaysia mendoakan kejayaan buat Hafizh Syahrin di peringkat tertinggi ini. - Siakapkeli.my

Saya Mahu Hafizh Syahrin Bersama Pasukan Kami Sepanjang Musim 2018 - Herve Poncharal
siakapkeli.my

21 Feb - Baru-baru ini, Hafizh Syahrin telah melakukan debut sulungnya untuk kelas utama MotoGP bersama pasukan Monster Yamaha Tech3 di Buriram, Thailand. Penampilan Hafizh itu telah menjadi buah mulut media massa bukan sahaja di dalam negara malah, negara luar juga turut memperkatakan tentang Hafizh Syahrin, lapor laman web rasmi MotoGP.

Selepas ujian yang yang memberansangkan itu, timbul persoalan status Hafizh Syahrin bersama pasukan Yamaha Tech3. Sama ada beliau berjaya mewakili pasukan itu secara rasmi atau tidak.

Herve Poncharal yang juga Prinsipal pasukan Monster Yamaha Tech3 telah membuat kenyataan yang dinantikan oleh peminat serta Hafizh sendiri. Menurut Poncharal dia mahukan Hafizh bersama pasukannya sepanjang musim 2018 namun, masih belum ada kata putus buat masa ini.

"Saya mahu Hafizh bersama pasukan kami sepanjang musim 2018 ini, tetapi pertama sekali saya perlu menyakinkan rakan-rakan kongsi saya," kata Poncharal.

Menurut beliau juga, dengan penarikan diri Jonas Folger dari pasukan itu, semuanya seakan menjadi kelam kabut namun, pasukan itu pasti ada jalan penyelesaian terbaik.

Bukan itu sahaja, Dato Razlan juga telah memuat turun status baru yang menyatakan bahawa ada berita yang akan disampaikan pada hari ini dan lebih tepat lagi pada jam 4 petang katanya

Manakala khabar berita dari Buriram pula memberitahu bahawa ada kargo yang dalam perjalanan menuju ke Sepang.

Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Feb 27, 2018 7:00 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Robert Kuok mengaku taja Umno dan MCA sejak 1957
kedahlaniie.blogspot

TIBA-TIBA media pengampu BN (Binasa Negara) dan jenteranya menyerang orang paling kaya di Malaysia, Robert Kuok dengan mendakwa kononnya beliau telah menyumbang kepada Parti Tindakan Demokratik (DAP).

DAP digambarkan seolah-olah jahat dan khianat kerana telah menerima dana dari Robert Kuok.

Namun perkara itu telah dinafikan oleh Kuok, yang juga terkenal dengan gelaran "Raja Gula" kerana sebelum ini memonopoli pasaran gula negara sehingga berjaya menjadi manusia paling kaya di Malaysia.

Namun jika kita meneliti buku "Memoir Robert Kuok" beliau mengaku telah menyumbang dana yang besar kepada parti United Malay National Organization (Umno) dan Parti Orang Cina Malaysia (MCA).

Malah Kuok mengaku telah menyumbang kepada kedua-dua parti komponen BN (Binasa Negara) itu sejak selepas Merdeka tahu 1957 lagi.

"I was often asked to give substantial donations to the ruling parties, Umno and Mca after independent 1957. I gave willingly, happily and freely, (saya sering diminta untuk memberi derma-derma yang besar kepada parti-parti pemerintah, Umno dan Mca selepas merdeka 1957. Saya telah menderma dengan rela, gembira dan bebas," dedahnya pada muka surat 260 buku tersebut.

Jadi jika DAP digambarkan sebagai pihak yang jahat dan khianat kerana menerima dana dari hartawan terkenal Robert Kuok, perkara yang sudah dinafikan oleh empunya diri, bagaimana pula Umno dan Mca yang telah menerima sumbangan besar dari orang yang sama saja zaman selepas merdeka lagi?

Dulu Umno dan MCA mentekedarah duit Robert Kuok berpuluh tahun sejak merdeka, tak jahat pulak?

Read more: http://www.milosuam.net/2018/02/robert-kuok-mengaku-taja-umno-dan-mca.html#ixzz58Gle2mmF

'YB tidak YB, tetapi kasar, banyak kasar'
kedahlaniie.blogspot.

Pengasas dan pemegang saham utama Country Heights Holdings Bhd, Tan Sri Lee Kim Yew, menyelar Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berhubung bidasannya terhadap jutaan Tan Sri Robert Kuok.

Dalam surat terbuka hari ini, yang ditulis dalam bahasa Cina dengan kurang sepuluh patah perkataan dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu, Lee berkata beliau terpanggil untuk bersuara kerana apa yang diluahkan oleh Nazri adalah sesuatu yang biadap.

"Tujuan saya menulis surat terbuka ini, pertama, adalah (untuk menegaskan) bahawa kamu sebagai seorang menteri, melakukan tindakan yang biadap.

"YB tidak YB, tetapi kasar, banyak kasar," tulis Lee.

Lee berkata Nazri, sebagai menteri, dibayar oleh wang pembayar cukai dan menikmati banyak faedah - elaun perjalanan, pembantu dan pembiayaan kerajaan.

"Tentunya, sebahagian kecil dari wang itu adalah dari Kumpulan Kuok," tulis Lee.

Lee berkata Nazri dan konco-konco Umno tidak sepatutnya berfikiran bahawa negara ini milik mereka.

"Mungkin kamu menikmati penggal terlalu lama (dalam kabinet), usaha perniagaan yang tidak memerlukan modal.

"Kamu lupa bahawa kamu perlu mengimbangi apa yang kamu terima dan apa yang kamu perlu berikan kembali.

"Kamu sudah lupa apa itu demokrasi, dan percaya bahawa negara ini nilik parti," katanya.

Akhir-akhir ini, Kuok telah menjadi tumpuan bidasan oleh pemimpin Umno berhubung satu artikel di blog Malaysia Today yang menuduh jutawan itu menaja parti pembangkang.

Ahad lalu, Perdana Menteri Datruk Seri Najib Razak berkata Kuok harus bersyukur kerana dasar BN membantu menjadikannya kaya.

Berikutan itu, para pemimpin Umno, termasuk Menteri Wilayah PersekutuanDatuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said, terus membidasnya.

Walau bagaimanapun, bidasan paling kasar datang daripada Nazri, yang mencabar Kuok bertanding pada pilihan raya umum akan datang dan menggesa lelaki paling kaya di negara ini agar tidak menjadi 'pondan' dan 'ayam betina' kerana berselindung di Hong Kong dan memberi dana kepada DAP.

Semalam, pejabat Kuok mengeluarkan kenyataan yang menafikan dakwaan bahawa beliau membiayai pembangkang dan portal The Malaysian Insight dalam usaha untuk menggulingkan kerajaan BN.

Read more at https://www.malaysiakini.com/news/413597#CgKC2tc70xVzlKF3.99

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Feb 27, 2018 7:00 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Tinggalkan Hotel Pukul 12 Malam, Alistair Edward Sahkan Jorge Pereyra Diaz Bukan Lagi Pemain JDT
siakapkeli.my

27 Feb - Selepas jurulatih pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Ulises Morais meletakkan jawatan atas sebab masalah kesihatan keluarga, satu lagi kontroversi melanda kelab dari selatan tanah air itu apabila penyerang sensasi mereka, Jorge Pereyra Diaz juga turut dikatakan meninggalkan kelab itu semalam..

Perkara ini disahkan sendiri oleh Pengarah Teknikal Kelab JDT, Alistair Edwards menerusi laman rasmi Facebook kelab tersebut, Johor Southern Tigers beberapa jam yang lalu.

Menurut Alistair, Diaz dikatakan meninggalakan hotel penginapan pasukan pada jam 12 tengah malam kelmarin di Singapura sebelum pasukan berlepas ke Vietnam untuk perlawanan AFC.

"Ejen beliau telah menghubungi kami dan memberitahu tentang niat pemain tersebut yang ingin meninggalkan kelab," katanya dalam kenyataan itu..

Tambah Alistair lagi, kelab menghormati keputusan pemain Argentina tersebut dan membiarkan beliau pergi. JDT akan mencari pemain import baru untuk ditandatangani apaila jendela perpindahan dibuka Jun nanti.

berikut adalah kenyataan penuh dari Alistair Edward mengenani pemain Jorge Pereyra Diaz yang meninggalkan kelab secara mengejut.

Kami ingin memaklumkan kepada para penyokong bahawa pemain kami, Jorge Pereyra Diaz telah meninggalkan hotel penginapan pasukan pada 12.00 tengah malam kelmarin di Singapura sebelum pasukan berlepas ke Vietnam untuk perlawanan AFC.

Ejen beliau telah menghubungi kami dan memberitahu tentang niat pemain tersebut yang ingin meninggalkan kelab. Kelab telah membuat keputusan untuk menghormati keputusan tersebut dan membiarkan beliau pergi.

Kami akan mencari pengganti pemain luar negara yang baharu untuk ditandatangani apabila jendela perpindahan dibuka bulan Jun nanti.

Alistair Edwards, Pengarah Teknikal Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim - Siakapkeli.my

Diaz Cabut Lari Dari JDT Tengah Malam
bloglist-malaysia.blogspot.
addindeen.com
Posted by Din

Diaz Cabut Lari Dari JDT Tengah Malam. Selepas kehilangan ketua jurulatih Ulisses Morais, kelmarin, Johor Darul Ta'zim (JDT) sekali lagi menerima tamparan hebat apabila penyerang mereka, Jorge Pereyra Diaz pula meninggalkan kelab itu.

Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards menerusi kenyataan di laman Facebook rasmi kelab, JOHOR Southern Tigers, hari ini mengesahkan pemain kelahiran Argentina itu menghilangkan diri sebelum mereka berlepas ke Vietnam untuk aksi Piala AFC berdepan Song Lam Nghe An FC, esok.

Diaz Cabut Lari Dari JDT Tengah Malam. Bagaimanapun, Edwards tidak memaklumkan mengenai punca sebenar penjaring terbanyak Liga Super 2016 itu bertindak meninggalkan kelab berkenaan.

"Kelab ingin memaklumkan kepada penyokong bahawa pemain kami, Jorge Pereyra Diaz meninggalkan hotel penginapan pasukan pada jam 12 tengah malam kelmarin di Singapura sebelum pasukan berlepas ke Vietnam untuk perlawanan AFC.

"Ejen beliau sudah menghubungi kami dan memberitahu mengenai niat pemain itu yang ingin meninggalkan kelab. Kelab sudah membuat keputusan untuk menghormati keputusan itu dan membiarkan beliau pergi.

Diaz Cabut Lari Dari JDT Tengah Malam
"Kami akan mencari pengganti pemain luar negara yang baharu untuk ditandatangani apabila jendela perpindahan dibuka bulan Jun nanti," kata Edwards.

Kelmarin, Morais mengumumkan peletakkan jawatannya selepas sembilan bulan membimbing juara Piala Malaysia itu sejak Jun lalu atas faktor kesihatan keluarga.

Namun, kekosongan yang ditinggalkan jurulatih kelahiran Portugal itu kini sudah diisi penolongnya, Raul Longhi yang dilantik sebagai jurulatih sementara oleh JDT, semalam.

Malah, kehilangan Diaz dilihat menambah satu lagi masalah buat JDT dengan skuad itu kini sedang memburu kemenangan kedua berturut-turut dalam saingan Piala AFC.

Diaz Cabut Lari Dari JDT Tengah Malam
JDT kini menghuni tangga teratas Kumpulan H selepas meraih kemenangan 3-0 ke atas kelab Indonesia, Persija Jakarta di Stadium Tan Sri Hassan Yunos pada 14 Februari lalu. - harian metro

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Feb 27, 2018 7:01 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Enam plaza tol akan dibina di Lembah Klang
kedahlaniie.blogspot.

Menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyatakan penentangannya terhadap pembinaan tol di lebuh raya dan menyalahkan pendahulunya, Tun Dr Mahathir Mohamad kerana mewujudkan sistem berkenaan..

Di sebalik retorik itu sekurang-kurangnya enam plaza tol baru akan dibina di Lembah Klang.

Tiga daripadanya di bawah pembinaan lebuh raya Damansara-Shah Alam Elevated Expressway (Dash) dan tiga lagi akan dibina di sepanjang lebuhraya bertingkat Sungai Besi-Ulu Klang (Suke), yang sedang dalam pembinaan.

Sepanjang Dash, tiga plaza tol akan dibina di Denai Alam, RRIM dan Mutiara Damansara.

Manakala di lebuh raya Suke, ketiga-tiga plaza tol itu akan berada di Alam Damai, Bukit Teratai dan Ampang.

Kedua-dua lebuh raya yang dibina dan dikendalikan oleh Projek Lintasan Kota Sdn Bhd (Prolintas) itu, dijangka siap menjelang 2020.

Kuantum sebenar caj tol hanya akan ditentukan selepas kedua-dua projek selesai.

Terdahulu, Najib dalam klip video selama satu setengah minit mengulangi pendiriannya menentang pembinaan tol sepanjang laluan biasa.

"Saya tidak percaya jika kita mengenakan bayaran tol setiap hari, ia baik untuk rakyat. Tidak, saya tak percaya.

"Jika Lebuhraya Utara-Selatan, Lebuhraya KL-Karak, ya, kerana anda hanya menggunakannya sekali-sekala.

"Tapi kalau hari-hari bayar tol, dua kali empat kali siapa pun sakit hati," katanya dalam video itu.

Tanpa menamakan Mahathir, Najib menyalahkan pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu kerana mewujudkan dasar lebuh raya sedia ada.

Dash and Suke akan menghubungkan kawasan berpenduduk padat dan juga jaringan sistem lebih raya raya yang sedia ada sekitar Lembah Klang.

Dash bertujuan menampung pembangunan pesat di Shah Alam dan Batu Arang, manakala Suke menghubungkan Sungai Besi, Cheras, Pandan, Ampang dan Ulu Klang, selain menyediakan alternatif kepada Lebuh raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

Sebahagian besar lebuhraya itu juga akan melalui Selangor, di mana kerajaan negeri Pakatan Harapan (HARAPAN) turut dikritik kerana tidak menyekat projek berkenaan walaupun mereka menyatakan mahu memansuhkan tol.

Bagaimanapun, kerajaan Selangor menghalang Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex), yang akan merentasi Petaling Jaya dengan sekurang-kurangnya tiga plaza tol.

Read more at https://www.malaysiakini.com/news/413573#qihEBUYxkijPJ6l6.99

----- Original Message -----
From: -:rIeNaCoM:-
To:
Sent: Monday, February 26, 2018 10:39 PM
Subject: Fw: Najib nak hapuskan TOL..?

Apa.... Najib nak hapuskan TOL..?
kedahlaniie.blogspot

Dari meja Peguam Zulhazmi Shariff

NAJIB NAK HAPUSKAN TOL!!

Arghhhhh lawak jenis apa pulak yang Najib buat sehari dua ni. Punya la nak bagitau semua orang bahawa kononnya dia baik, prihatin dan faham masalah yang dihadapi rakyat Malaysia, dia sanggup buat lawak bodoh tahap tertinggi sehingga gila jadinya kita dok pikiaq.

Najib semalam katanya mengatakan bahawa tol tidak baik untuk rakyat Malaysia.

Kata Najib "Wherever I can I will abolish tolls, it causes heartache and traffic jams... I will have to unravel some legacy problems, I will unravel whatever I think is not of the interest of the people of Malaysia, This is why the Pan-Borneo highway does not have any tolls and we have abolished toll collection at the Batu Tiga, Sungai Rasau, Bukit Kayu Hitam and Eastern Dispersal Link routes."

Haaaaa dengaq memang sedap tapi sebenarnya Najib ni pembohong dan dia ni jenis yang suka bohong berdepan. Tak rasa malu untuk berbohong depan-depan kita.

Najib ingat kita ni bodoh mcm pemimpin Umno di bawah dia.

Untuk maklumat Najib.

Di Kuala Lumpur atau Lembah Kelang ni saja bersepah lebuhraya bertol. Antaranya

a) AKLEH (Ampang - Kuala Lumpur Elevated Highway) yang menghubungkan Ampang ke Kuala Lumpur di bawah kendalian Prolintas.

b) NKVE (New Klang Valley Espressway) yang menghubungkan Jalan Duta ke Bukit Raja Kelang di bawah kendalian PLUS

c) NPE (New Pantai Expressway) yang menghubungkan Pantai Dalam ke Sunway di bawah kendalian IJM

d) Lebuhraya Shah Alam (KESAS) yang menghubungkan Sri Petaling ke Kelang di bawah kendalian Kesas Sdn Bhd.

e) BESRAYA (Lebuhraya Sungai Besi) menghubungkan Sri Kembangan ke Jalan Istana dan Jalan Loke Yew di bawah kendalian IJM

f) Maju Expressway menghubungkan Kuala Lumpur ke Putrajaya di bawah kendalian Maju Expressway Sdn Bhd.

g) LEKAS (Lebuhraya Kajang Seremban) menghubungkan Kajang dan Paroi di bawah kendalian IJM

h) DASH (Damansara Shah Alam Highway) menghubungkan Damansara dan Shah Alam di bawah kendalian Prolintas

i) SUKE (Seri Petaling Ulu Kelang Highway) menghubungkan Seri Petaling dan Ulu Kelang di bawah kendalian Prolintas

j) DUKE (Duta Ulu Kelang Expressway) menghubungkan Jalan Duta dan Ulu Kelang di bawah kendalian anak syarikat Ekovest.

Semua lebuhraya di atas mempunyai tol.

Najib boleh kata kebanyakan lebuhraya yang ada adalah diluluskan sebelum beliau tetapi yang terbaru seperti DASH dan SUKE ini adalah lebuhraya terbaru.. Malah SUKE sedang dalam pembinaan.

SUKE yang sedang dalam pembinaan akan mempunyai tiga buah plaza tol bermula di Ampang, Bukit teratai dan Alam Damai.

DASH mempunyai tiga plaza tol juga.

BESRAYA baru membuka laluan baru di Jalan Loke Yew yang juga mempunyai Plaza tol.

DUKE juga membuka laluan baru menghubungkan Jalan Tun Razak yang juga mewujudkan Plaza Tol baru.

Di mana kita sebagai rakyat Malaysia nak letakkan kepercayaan pada Najib bahawa dia akan hapuskan tol yang kononnya menyusahkan orang ramai dan tidak mengikut hasrat rakyat?

Bayangkan MEX atau Maju Expressway yang menghubungkan Kuala Lumpur - Putrajaya yang dibuka pada 2007 memegang konsesi selama 33 tahun, berapa lama konsesi SUKE, DASH, DUKE dan lain-lain?

Jika Najib hendak hapuskan tol-tol ini, pembayaran gantirugi untuk tempoh konsesi berbaki perlu dilakukan dan duit siapa?

Kita dah lama minta dan desak supaya tol dihapuskan. Cara bagaimana hendak dihapuskan tersebut juga kita telah ketengahkan.

Malah aku jika diizinkan berada di dalam Jemaah Menteri Malaysia yang baru, aku akan tetap teruskan perjuangan memansuhkan tol di Malaysia.

Tapi apa kan daya, aku tak bertanding di Parlimen Malaysia. Boleh tulis saja la.

Tulisan aku ini supaya pengundi di Malaysia tidak TERTIPU dengan PEMBOHONGAN depan mata oleh NAJIB.

Hadi ada kisah ka😜😜

Zulhazmi Shariff

Najib janji kosong, terdesak untuk terus berkuasa.
kedahlaniie.blogspot

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua menyifatkan janji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menghapuskan tol hanyalah janji kosong dari kerajaan yang terdesak untuk terus berkuasa.

Menurutnya, rancangan memansuhkan tol adalah satu lagi janji pilihan raya dibuat Najib dan bukan pertama kali ditabur kepada rakyat.

"Dalam manifesto BN pada PRU13 BN berjanji kurangkan tol secara beransur-ansur dalam tempoh lima tahun. Janji itu masih gagal ditunaikan," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Beliau berkata, pada Oktober 2015, 18 tol yang dikendalikan oleh 11 pemegang konsesi dibenarkan menaikkan kadar bayaran dengan beberapa jumlah kenaikan, sehingga RM2.30.

"Kata Najib, kerajaan tidak mempunyai pilihan selain membenarkan kadar tol meningkat kerana pemansuhan memerlukan bayaran ganti rugi yang besar.

"Dan terus mengancam rakyat Malaysia, cukai perlu ditingkatkan sekiranya kerajaan menghapuskan tol," katanya.

Media sebelum ini

melaporkan Najib semasa sesi perkongsian Belanjawan 2018, berkata tol tidak memanfaatkan warga Malaysia dan seharusnya dimansuhkan.

"Kalau boleh, di mana tol yang boleh saya mansuhkan, saya akan buat.. Ia hanya menyebabkan sakit hati dan kesesakan lalu lintas," kata Najib.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Feb 27, 2018 7:01 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Soalan Bodoh Astro Awani Mengejek Rakyat Kelantan !
bloglist-malaysia.blogspot
bankami.blogspot

Soalan yang bodoh dan menggambarkan seolah bangsa melayu bangsa hancur. Kenapa isu pil kuda di provokasi seolah setiap keluarga di kelantan dalam khayalan pil kuda. Apakah admin yang tweet merasakan keluarganya bakal terselamat daripada bahana dadah.

Sumber : astroawani

DISAAT PEMIMPIN DAN AHLI PARLIMEN SEDANG SEDAP MENJAMAH MAKANAN ADA RAKYAT YANG NASIBNYA BEGINI...
bloglist-malaysia.blogspot.
naimnikmat.blogspot
Dicatat oleh Na'im Nikmat

Thai boleh bantu penoreh, kenapa tidak Malaysia?
SULAIMAN IBRAHIM
kedahlaniie.blogspot

Menjawab kenyataan balas daripada Pengerusi RISDA, Datuk Zahidi Zainul Abidin dan Pengarah Lembaga Getah Malaysia (LGM) termasuk Menteri Pertanian berkenaan perbandingan harga getah di Malaysia dan Thailand.

Kita akui bahawa penurunan harga komoditi getah melibatkan harga getah antarabangsa merangkumi kejatuhan nilai harga minyak seluruh dunia.

Di Thailand, Kabinet mereka telah meluluskan pakej bantuan 12.75 bilion baht (RM1=8.30 baht) bagi membantu pekebun getah yang terjejas teruk berikutan harga rendah komoditi itu yang berpanjangan.

Bantuan tersebut termasuk suntikan dana khas dari kerajaan Thailand sendiri bagi mengimbangi pendapatan penoreh getah.

Ini menjjadikan purata penjualan harga getah sekilo (RM1.83 hingga RM2.20) dengan penambahan dana dari kerajaan Thailand menjadikan RM3.50 hingga RM4 sekilogram untuk membantu penoreh penoreh getah mereka.

Ini diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri Jeneral Prayuth Chan-ocha berkenaan bantuan tersebut bagi kawasan penanaman getah yang sah, dan pemilik tanah akan memperoleh 900 baht setiap hari (satu hari bersamaan 0.16 hektar) manakala penoreh getah akan mendapat 600 baht (RM60 ke atas) setiap hari.

Berbanding di Malaysia, penoreh getah hanya mendapat RM25 hingga RM40 sehari jika bersamaan 0.16 hektar.

Semasa pembentangan Bajet 2015 pada 10 Oktober 2014, Najib Razak mengumumkan peruntukan awal dana sebanyak RM100 juta untuk Insentif Pengeluaran Getah (IPG) bagi membantu penoreh penoreh getah.

Adalah menjadi tugas Perdana Menteri hanya membaca tanpa mengkaji kelemahan sistem IPG yang sudah dilaksanakan sekarang.

Paras harga pengaktifan IPG ditingkatkan kepada harga getah SMR 20 FOB RM5.10 sekilogram daripada RM4.60 sekilogram atau harga 'farmgate' adalah pada kadar kurang daripada RM2.00 sekilogram.

Jika dibahagikan dengan pemberian yang dibuat oleh kerajaan Malaysia, masih terlalu rendah jika dibandingkan dengan sistem penaikan taraf getah Malaysia berbanding kerajaan Thailand.

Pendapatan mereka masih tidak mampu mencapai RM60 ke atas sehari berbanding apa yang dilakukan oleh penambahbaikan dari Kerajaan Thailand untuk membantu para penoreh mereka.

Pemberian IPG pada bulan semasa berdasarkan purata harga getah SMR 20 FOB atau purata harga farmgate pada bulan sebelumnya bagi Semenanjung, IPG akan diuruskan oleh Lembaga Getah Malaysia (LGM) manakala di Sabah oleh Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) dan di Sarawak oleh Jabatan Pertanian Sarawak (JPS) dan LGM.

Pekebun kecil boleh membuat tuntutan di mana- mana pejabat wilayah LGM di Semenanjung dan JPS di Sarawak dengan mengemukakan resit rasmi jualan dan Permit Autoriti Transaksi Pekebun Kecil Getah (PATG).

Dalam kes Sabah, LIGS akan menggunakan mekanisme pendaftaran pekebun kecil. Sistem IPG ini masih lagi berada paras lemah yang menyulitkan rakyat atau penoreh itu sendiri dengan melibatkan kos pengangkutan an keseluruhan penoreh getah Malaysia. Ianya juga tidak mencapai tahap bantuan minimum bagi pengambilan dana ini.

Selepas kenyataan dari Kerajaan Thailand berkenaan bantuan harga getah di negara mereka, sebanyak 15 peratus penurunan golongan penoreh berbangsa Thailand (Pattani) telah berkurangan di Malaysia.

Itu satu kebaikan juga buat Malaysia kerana mengurangkan pekerja asing (penoreh) di sini dan memberi peluang kepada rakyat malaysia untuk bekerja.

Namun, dari segi mekanisme bentuk caruman dana bagi membantu penoreh-penoreh getah malaysia, kerajaan Malaysia masih lagi lemah dan angkuh untuk membuat suntikan khas bagi paras harga lantai RM3.50 hingga RM4.00 sekilo.

Seandainya pihak Jabatan Menteri, Pertanian, RISDA atau LGM sendiri ingin membuat perjumpaan bersama kami bagi mencari jalan penyelesaian, kami sedia berbincang di meja bulat dengan memberikan beberapa usul termasuk perbincangan peringkat tertinggi Jawatankuasa Menteri Majlis Getah Tiga Pihak Antarabangsa (ITRC) dan IRC melibatkan tiga negara iaitu Malaysia, Thailand dan Indonesia.

Ini juga melibatkan kerugian jutaan USD setiap tahun melibatkan industri getah Malaysia. Itu belum lagi termasuk industri lateks dan sebagainya.

* Penulis merupakan Pengarah Biro Tanah, Pertanian dan Luar Bandar AMANAH Kedah merangkap Ketua AMANAH Kawasan Sik.

Kalau Peniaga Tetapkan Had Minimum Pembayaran Kad Kredit, Boleh Lapor Pada BNM
siakapkeli.my

Gambar Hiasan

22 Feb - Jika anda melihat mana-mana kedai yang meletakkan had bayaran menggunakan kad kredit, anda boleh membuat laporan terus kepada Bank Negara Malaysia (BNM).

Sebagai contoh, anda membeli barang di pasaraya dan apabila sampai di kaunter pembayaran, juruwang tidak mahu menerima pembayaran melalui kad kredit hanya kerana barang yang anda beli tidak melebihi had yang ditetapkan oleh pasaraya tersebut.

Situasi ini boleh berlaku di seluruh Malaysia sama ada di pasaraya, restoran mahupun kedai serbaneka.

Hal ini telah dirujuk kepada BNM melalui laman Facebook rasminya oleh SAYS.

"Hai BNM! Saya ada soalan – adakah sah jika peniaga menetapkan had bagi pembayaran dengan menggunakan kad kredit/debit? Saya telah melihat beberapa kedai menetapkan jumlah minima RM50 bagi transaksi melalui kad".

Berikut merupakan respon yang diberikan oleh wakil BNM.

"Peniaga adalah dilarang untuk mengenakan jumlah pembelian minima bagi pembelian barangan menggunakan pembayaran kad. Larangan ini termaktub di dalam skema peraturan yang ditetapkan oleh skema pembayaran kad seperti Mastercard dan Visa. Peraturan skema ini boleh didapati melalui laman sesawang skema tersebut".

"Jika anda berhadapan dengan peniaga yang mengenakan amaun pembelian minima untuk pembayaran melalui kad, anda boleh membuat laporan dengan memberikan maklumat seperti berikut kepada kami".

Nama peniaga:

Alamat:

Nama pemeroleh (boleh didapati pada resit transaksi pembayaran kad):

Jenis aduan:

Situasi ini sering berlaku jika anda membeli barang yang tidak melebihi had yang ditetapkan dan anda harus membayar dengan tunai. Jika masih ada tunai bersama anda mungkin tiada masalah. Masalah akan timbul jika tiada wang yang mencukupi untuk membuat pembayaran.

Setelah meneliti buku peraturan oleh Mastercard dan Visa, didapati kedua-dua syarikat ini tidak membenarkan mana-mana peniaga untuk menetapkan had tertentu bagi transaksi yang menggunakan kad.

Bagi syarikat Mastercard pula, di bawah Seksyen 5.11.3 di bawah Fasal 5, "Peniaga tidak perlu, atau menyatakan bahawa ia memerlukan, jumlah transaksi minima atau maksima untuk menerima Mastercard atau Kad Maestro yang sah dan benar".

Arahan yang jelas lagi terperinci namun mengapa masih ramai peniaga yang mengambil enteng tentang larangan ini?

Sebenarnya, peniaga perlu membayar sejumlah wang untuk setiap transaksi kad yang berlaku. Fi pertukaran bagi kad kredit dan debit adalah berbeza di Malaysia. Pada kadar yang minima, peniaga perlu membayar fi pertukaran sebanyak 0.21% bagi setiap transaksi kad debit.

Jumlah keseluruhan boleh meningkat dan segelintir peniaga tidak gemar untuk membayar sejumlah wang tertentu bagi pembelian barangan yang berharga RM5 sahaja. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: