Friday, February 23, 2018

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4897

8 Messages

Digest #4897

Messages

Fri Feb 23, 2018 7:30 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



CPI2017 Malaysia merosot dalam kedudukan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2017, daripada tangga 55 kepada 62 daripada 180 buah negara
bloglist-malaysia.blogspot
kerabubersuara.blogspot
CPI2017 Malaysia merosot dalam kedudukan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2017, daripada tangga 55 kepada 62 daripada 180 buah negara. - Transparency International - Malaysia @501Awani

https://t.co/eKnXjz8rgU

#CPI2017 Menurut indeks yang dikeluarkan oleh Transparency International (TI), ukuran skor Malaysia juga merosot kepada 47 berbanding 49 pada tahun lalu. @501Awani

#CPI2017 Di peringkat negara-negara Islam, Malaysia menduduki tangga ke-5. Emiriah Arab Bersatu (UAE) mendahului senarai negara Islam dengan menduduki tangga ke-22 dunia, diikuti Qatar (29), Brunei (32) dan Arab Saudi (57). @501Awani

Indeks Tanggapan Rasuah paling buruk di era pentadbiran Najib
kedahlaniie.blogspot.

Kemerosotan teruk kedudukan Malaysia pada tangga Indeks Tanggapan Rasuah (CPI) sepanjang 23 tahun diperkenalkan oleh Transparency International (TI) berlaku di era pentadbiran perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, keadaan ini meletakkan kepimpinan Najib berada di kedudukan terburuk berbanding era pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Tun Dr Mahathir.

"Kepimpinan sembilan tahun Najib telah menyebabkan negara menduduki kedudukan tercorot berbanding dua bekas Perdana Menteri, Pak Lah dan Tun Mahathir," katanya dalam satu kenyataan media.

Bermula dari tahun 1995, kedudukan Malaysia katanya tidak berganjak malah menunjukkan prinsip integriti, ketelusan dan urus tadbir yang baik namun semakin keterbelakang berbanding beberapa negara seperti China dan Indonesia yang memperlihatkan penambahbaikan.

"Pada tahun pertama CPI ini diperkenalkan meliputi 41 negara, kedudukan Malaysia ketika itu berada di tengah-tengah iaitu di tangga 23 dengan skor pada skala 5.28 berbanding 10 (paling bersih) dari kedudukan sifar (paling korup).

Lim Kit Siang"Ketika itu, China dan Indonesia berada di kedudukan terbawah pada tangga 40 dan 41," kata Kit Siang (foto).

Jelasnya, jika Malaysia mencatat peningkatan skor sebanyak 0.1 mata setiap tahun selama 22 tahun lalu, negara pasti berada pada kedudukan skor 7.58 yang akan meletakkan Malaysia pada kedudukan ke 16 daripada 180 negara.

"Malangnya, kedudukan CPI Malaysia semakin merosot di tangga 62 daripada 180 negara dengan skor yang rendah daripada pertengahan," katanya lagi.

Justeru, tugas utama kerajaan Pakatan Harapan sekiranya berjaya mengambil alih pentadbiran daripada BN dalam pilihan raya akan datang katanya adalah menubuhkan Pelan Induk Integriti Nasional bersama masyarakat sivil.

Ini bagi memastikan Malaysia menjadi sebuah negara dalam Asia yang berintegriti, membasmi rasuah dan mengamalkan urus tadbir yang baik.

Bosan dengan janji kerajaan tentang pembinaan hospital Pendang
kedahlaniie.blogspot

PENDANG - "Saya dah bosan dengar tentang pembinaan hospital Pendang," demikian kata Timbalan Pesuruhjaya Pas 1, Datuk Dr Mohd Hayati Othman ketika diminta mengulas berkaitan kelewatan pembinaan hospital Pendang yang pernah dijanjikan kerajaan.

Mohd Hayati berkata, pengambilan tanah bagi tujuan pembinaan hospital berkenaan selesai pada tahun 1984 dan kerajaan berjanji untuk memulakan pembinaan pada PRK Pendang pada 2002.

"Masuk ja bajet pada zaman pemerintahan Tun Abdullah, beliau telah luluskan bajet sekitar tahun 2004.

"Tapi sehingga sekarang belum nampak bayang, pagar tapak pun dah kena curi dah, kawasan tu pula penuh dengan hutan rimba.

"Tak keterlaluan kalau saya kata tapak tu ada babi, biawak, musang dan mungkin juga ada harimau," ujarnya.

Katanya, beliau sentiasa membawa isu ini ke Parlimen setiap kali persidangan diadakan.

"Bila bangun ja saya akan bahas mengenai isu hospital Pendang, namun masih lagi dipandang sepi," katanya.

Menurutnya, Pendang adalah satu-satunya daerah yang belum ada hospital walaupun bajet sudah lulus.

"Oleh itu bila ada ura-ura dah keluarkan tender, rakyat Pendang dah lali dengan berita dongeng tersebut.

"Saya cuma nak tau, bajet yang sebelum ni lulus bawa lari mana?," soalnya.

Semalam Sinar Harian melaporkan mengenai kenyataan Pengarah Kesihatan Kedah, Datuk Dr Norhizan Ismail berkaitan pembinaan hopital Pendang bukannya janji kosong kerajaan.

Bila Menteri Tak Boleh Terima Kenyataan.. SPRM ...
bloglist-malaysia.blogspot.
bankami.blogspot.


Tak tahulah nak cakap, ni sebenarnya adalah pemghibur dikala sunyi atau pembakar semangat kepada anggota sprm supaya tidak terlalu down dengan reputasi rasuah negara yang dikatakan setaraf dengan CUBA.

Sememanya menteri malaysia sinonim dengan jokes yang menghiburkan dan semestinya rakyat jelata semakin jelita dengan kenyataan menteri ini.

Sumber : MK

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Fri Feb 23, 2018 7:31 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Nahas DUKE: 2 Pemandu Perodua Myvi Bersalah

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net

KUALA LUMPUR - Dua pemandu Perodua Myvi dihukum penjara tiga tahun dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas didapati bersalah memandu secara berbahaya sehingga meragut nyawa tiga beranak, termasuk bayi berusia enam bulan, dalam kemalangan tragis di Lebuhraya Duta-Ulu Klang (DUKE), tiga tahun lalu.

Majistret Zilfinaz Abbas menjatuhkan hukuman itu ke atas Siti Noor Aini Mohd Said, 39, penyelia restoran dan kenalannya yang merupakan tertuduh kedua, Mohammad Fizal Reza Jamauddin, 34, bekerja sendiri, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan di akhir kes pembelaan.

Dalam keputusannya Zilfinaz berkata mahkamah menjatuhkan hukuman terhadap kedua-dua tertuduh selepas mendapati keterangan mereka ketika membela diri tidak konsisten dan bersifat penafian semata-mata.

Kedua-dua tertuduh turut diperintahkan dipenjara dua tahun jika gagal membayar denda selain hilang kelayakan memegang lesen memandu selama tempoh lima tahun.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan permohonan kedua-dua tertuduh untuk penangguhan pelaksanaan hukuman sementara rayuan terhadap keputusan hari ini didengar di Mahkamah Tinggi dan menaikkan jaminan daripada RM9,000 kepada RM14,000 bagi setiap tertuduh dengan syarat tambahan mereka perlu melapor diri di balai polis berhampiran sehingga kes selesai.

Pada 2 Mei 2015, Mohammad Fizal Reza dan Siti Noor Aini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memandu secara berbahaya kepada orang awam sehingga menyebabkan kematian Fairuz Nizam Husain, 35, dan isterinya, Nova Safitri Azhari, 27, serta bayi mereka yang berusia enam bulan, Nur Firuza Annisa.

Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Km6, Lebuhraya Duta-Ulu Klang (Duke) dari arah Ulu Klang menghala Jalan Duta antara 12.31 tengah malam dan 12.35 tengah malam pada 2 Mei 2015 mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda sehingga RM20,000. – BERNAMA

Ramai Tertunggu-Tunggu, Akhirnya Pemandu Myvi Nahas DUKE Dijatuhkan Hukuman Oleh Mahkamah
siakapkeli.my

21 Feb - Dua pemandu Perodua Myvi dipenjara tiga tahun selain didenda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur sebentar tadi. Keduanya didapati bersalah memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kematian tiga beranak dalam nahas di Lebuih Raya Duta-Ulu Kelang (DUKE) tiga tahun lalu, lapor Sinar Harian.

Majistret Zilfinaz Abbas telah membuat keputusan itu terhadap Siti Noor Aini Mohd Said, 38 dan Mohamad Fizal Reza Jamaluddin, 33, selepas mendapati pembelaan mereka gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pihak pendakwaan.

Selain dari hukuman penjara dan denda, kedua-dua tertuduh juga hilang kelayakan memegang lesen memandu selama lima tahun dan mahakamah mengeluarkan arahan tambahan dua tahun penjara jika gagal membayar denda.

Menurut Zilfinaz, mahkamah sangsi terhadap penjelasan dan tidak dapat menerima keterangan kedua-dua tertuduh.

"Keterangan kedua-duanya tidak konsisten dan bersifat penafian semata-mata. Kedua-dua tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah dan disabitkan bersalah," katanya.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan permohonan peguam Omar Bakhi Ahmad yang mewakili Siti Noor Aini dan SN Seelan yang mewakili Mohammad Fizal Reza supaya hukuman penjara ke atas anak guam mereka ditangguhkan kerana akan mengemukakan rayuan di Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, Siti Noor Aini dan Mohammad Fizal Reza didakwa memandu secara berbahaya kepada orang awam sehingga menyebabkan kematian Fairuz Nizam Husain, 35, dan isterinya, Nova Safitri Azhari, 27, serta bayi mereka yang berusia enam bulan, Nur Firuza Annisa.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Kilometer 6, DUKE, arah Ulu Klang ke Jalan Duta antara jam 12.31 tengah malam dan 1.05 pagi, 2 Mei 2015.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum 10 tahun serta denda antara RM5,000 hingga RM20,000 jika sabit kesalahan.

Tragedi yang menggemparkan itu tular di media sosial dan media massa tiga tahun lepas yang menyebabkan dua anak mangsa, Nur Firuza Amira dan Nur Firuza Aqila, yang ketika itu berusia tujuh dan tiga tahun jadi yatim piatu selepas kehilangan ibu dan ayah mereka dalam nahas tersebut.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norakmal Farhan telah mengemukakan seramai 18 saksi di peringkat pendakwaan manakala pembelaan memanggil dua saksi. - Siakapkeli.my

Keluarga amah Indonesia mati terima pampasan RM63,900

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net


Pampasan dan tunggakan gaji berjumlah RM63,900 telah dibayar kepada keluarga Adelina Lisao, pembantu rumah warga Indonesia yang mati didakwa akibat didera.

Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, bayaran itu meliputi tunggakan gaji dari Januari 2015 hingga Februari 2018, berjumlah RM35,900 dan selebihnya pampasan untuk keluarganya termasuk kos penghantaran jenazah dan pengebumian.

"Bayaran itu telah dibuat pada 13 Februari lepas kepada Konsulat Jeneral Indonesia di Pulau Pinang," kata Zahrain kepada pemberita di Jakarta hari ini.

Media Indonesia sebelum ini melaporkan keluarga wanita itu mahukan pampasan serta tunggakan gaji selama tiga tahun yang tidak dibayar majikannya.

"Kes kematian Adelina adalah satu kejadian yang amat menyayat hati, saya berasa kesal kerana ia berlaku di Malaysia," kata Zahrain.

Pada 10 Februari lepas, Adelina, 28, ditemui dalam keadaan tidak bermaya dengan kesan lebam di kepala, tangan dan kaki akibat didera di sebuah rumah di Taman Kota Permai, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Adelina meninggal dunia sehari kemudian di Hospital Bukit Mertajam.

Jenazahnya telah dihantar dan selamat dikebumikan di provinsi Nusa Tenggara Timur pada 19 Februari lalu.

Bercakap kepada media yang dihadiri ramai wartawan Indonesia hari ini, Zahrain berkata Malaysia tidak akan berkompromi terhadap mereka yang didapati bersalah dalam kes berkenaan.

Sementara itu, di Bukit Mertajam, seorang wanita warga emas dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan membunuh Adelina.

MA Ambika, 60, didakwa membunuh dengan menyebabkan kematian Adelina di rumahnya di Medan Kota Permai 2, Taman Kota Permai 2, di Bukit Mertajam pada 4 petang, 10 Februari lalu.

Tiada pengakuan direkodkan daripada warga emas berkenaan yang hanya mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Muhamad Anas Mahadzir.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman mati mandatori, jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Hamzah Azhan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian menetapkan 19 April ini untuk sebutan kes bagi serahan laporan kimia, bedah siasat dan forensik.

Di mahkamah sama, anak perempuan warga emas itu didakwa atas pertuduhan mengambil bekerja pembantu rumah berkenaan yang diketahuinya tidak mempunyai pas yang sah.

R.Jayavartiny, 32, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu.

Jurujual itu didakwa mengikut Seksyen 55 (B)(1) Akta Imigresen yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga 12 bulan atau kedua-duanya.

-Bernama

Wanita, 60, akan dituduh sebabkan kematian amah Indonesia

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net

GEORGE TOWN: Seorang wanita berusia 60 tahun akan dibawa ke Mahkamah Majistret Bukit Mertajam esok untuk didakwa atas kematian seorang pembantu rumah warga Indonesia, Adelina Lisao.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata wanita itu akan dituduh bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sementara itu, anak perempuan wanita itu, akan didakwa kerana menyimpan pendatang haram bawah Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63.

Wanita itu ditahan pada 12 Februari lalu berhubung dengan kematian Adelina dan sebelum ini direman 7 hari. Remannya kemudian dilanjutkan seminggu.

Adelina meninggal dunia akibat kecederaan di Hospital Bukit Mertajam pada 11 Februari.

Wanita berusia 26 tahun itu yang berasal dari wilayah Timor Tengah Selatan, dipercayai bekerja di rumah jenis berkembar di Taman Kota Permai sejak 3 tahun lalu.

Seorang jiran dilaporkan ternampak kecederaan pada tangan dan kaki adelina. Jiran juga dilaporkan ternampak Adelina tidur bersebelahan seekor anjing Rottweiler selama 2 bulan.

Dilaporkan pejabat Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven pada 10 Februari lalu pergi ke rumah itu di mana Adelina didakwa didera.

Pembantu Sim membuat laporan polis berkenaan dakwaan penderaan itu selepas majikan enggan bekerjasama.

Adelina kemudian di bawa ke balai polis oleh majikannya dan kemudian dimasukkan ke Hospital Bukit Mertajam.

Bayi perempuan cedera

Dalam kes berbeza, bapa kepada bayi perempuan berusia 46 hari yang meninggal dunia kerana cedera dipercayai didera, akan didakwa di mahkamah yang sama atas tuduhan membunuh.

Nik Ros Azhan berkata walaupun bapa bayi itu akan berdepan tuduhan bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, isterinya akan menjadi saksi pendakwaan.

Khamis lalu dilaporkan Nurul Ain Umairah Muhammad Firdaus meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital, dan dipercayai menjadi mangsa penderaan di rumahnya di Kampung Tok Panjang, Bukit Tengah.

Difahamkan mangsa itu juga ada kesan lebam dan kecederaan lama.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Fri Feb 23, 2018 7:31 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Ustaz Zamri "Mari Mengaji" Lawan Noh Omar Di Tanjung Karang
bloglist-malaysia.blogspot
ekeleh.com
Ustaz Mohd Zamri Zainuldin, yang popular dengan panggilan "Ustaz Zamri", pernah menjadi hos televisyen program agama TV9, "Mari Mengaji" akan melawan Pengerusi UMNO Selangor, Noh Omar di Tanjung Karang.

Ustaz Zamri akan menjadi calon PAS dan Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor, Roslan Shahir, berkata PAS yakin Zamri boleh mengulangi pencapaian Hasan Ali pada 1999.

"Zamri adalah seorang selebriti dan merupakan anak tempatan, bahkan di peringkat parti turut memegang jawatan di peringkat kanan.

"Kalau bercakap mengenai Tanjong Karang, impaknya itu ada di seluruh Selangor, dia (Zamri) mempunyai pengikut yang ramai," kata Roslan kepada Free Malaysia Today.

Zamri merupakan Timbalan Pesuruhjaya III PAS Selangor, dan mengetuai PAS Tanjong Karang.

Lulusan agama dari Jordan dan Madinah, Zamri menjalankan perniagaan program motivasi menerusi syarikatnya sendiri. Guru bahasa Arab dan pakar tajwid ini juga pernah berkhidmat di Darul Quran, institusi kendalian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Pada pilihan raya umum lalu, Noh menewaskan calon PAS Mohamad Rashdi Deraman dan juga penyanyi dangdut Herman Tino yang bertanding sebagai calon bebas, dengan majoriti 4,394 undi.

Radhi bersedia jadi calon PAS POKOK SENA PRU14
kedahlaniie.blogspot

POKOK SENA - Lagenda bola sepak Kedah, Radhi Md Din, 53, bersedia untuk membantu Pas Pokok Sena jika dipilih sebagai calon pada pilihan raya di kawasan itu nanti.

Menurut Radhi, sebelum ini beliau yang merupakan pemain bola sepak kebangsaan menjadi perhatian terutamanya kepada golongan remaja, sentiasa turun bagi menjayakan pelbagai program dianjurkan Pas Pokok Sena.

"Bagaimanapun jika dicalonkan, saya akan berbincang dengan keluarga terlebih dahulu bagi mendapat restu ibu bapa supaya tidak menyentuh perasaan kepada mereka yang lain. Walaupun sudah jadi ahli Pas sekian lama tetapi tidak terdetik di hati saya untuk menjadi calon pada pilihan raya.

"Bagi saya, ramai lagi ahli Pas yang lebih berwibawa untuk dicalonkan pada pilihan raya nanti dalam memperjuangkan Islam, apatah lagi mereka terdiri golongan yang berpendidikan agama. Mereka lebih layak jika dibandingkan dengan saya yang hanya lebih dikenali dalam dunia bola sepak sahaja.

"Sebelum ini pun saya banyak terlibat dalam sukan bola sepak bagi menarik anak muda melibatkan diri dalam sukan itu. Sambutannya sungguh menggalakkan dan saya lebih senang mendidik mereka menjadi pemain bola sepak yang mungkin akan terpilih untuk bermain bersama pasukan negeri seterusnya kebangsaan suatu hari nanti.

"Saya lebih suka menarik golongan muda mendekati Pas dengan mengadakan latihan bola sepak kerana mahu menanam semangat bahawa sukan itu digalakkan dalam Islam. Melalui bola sepak juga dapat mendidik mereka mengenai sukan yang dikehendaki oleh Islam seperti menjaga solat dan aurat," katanya.

Walaupun kehidupannya banyak kepada sukan bola sepak tetapi beliau sentiasa mengikuti perkembangan politik tanah air terutamanya di Pokok Sena.

Radhi berkata, sebagai ahli Pas dahulu pun beliau sentiasa membantu jentera parti itu setiap kali pilihan raya dengan mengorbankan tenaga dan kewangan bagi membantu Pas menawan Kedah.

"Oleh itu setiap ahli Pas adalah pejuang dan tidak semestinya apabila hendak dicalonkan baru perlu mereka berkorban untuk parti. Bagaimanapun hari ini saya bersedia dan menyerahkan kepada pucuk pimpinan Pas, serta sentiasa wala jika diberi arahan untuk dicalonkan," katanya.

Terdahulu, nama beliau sering disebut-sebut antara calon Pas Kawasan Pokok Sena untuk dicalonkan kerana komitmennya membantu Pas selama ini, serta keperibadiannya yang mudah didekati oleh golongan muda dan masyarakat daerah itu.

Kebolehannya dalam sukan bola sepak menyebabkan beliau dilantik sebagai Ikon Bola Sepak Pas Pokok Sena supaya berjaya menarik lebih ramai anak muda melibatkan diri dalam sukan bola sepak.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Fri Feb 23, 2018 7:32 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



UniSHAMS nama baru bagi Kolej Universiti Insaniah (KUIN)
kedahlaniie.blogspot.

Kolej Universiti Insaniah (KUIN) Kedah, telah ditubuhkan sejak 1994. Sepanjang penubuhan, kerajaan negeri telah merancang untuk menjadikan KUIN sebagai sebuah universiti penuh di kawasan utara tanah air. Tetapi, KUIN tidak berjaya untuk mendapat status universiti penuh kerana tidak memenuhi syarat ditetapkan Kementerian Pendidikan Tinggi.

Namun begitu, setelah hampir 25 tahun, penantian untuk menjadikan KUIN sebagai universiti penuh telah berjaya apabila menerima Perakuan Pendaftaran daripada Kementerian Pendidikan Tinggi.

KUIN juga kini telah bertukar nama baru sebagai Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mua'dzam Shah (UniSHAMS). Perakuan Pendaftaran itu telah diserahkan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi Datin Ir Dr Siti Hamisah Tapsir kepada Rektor UniSHAMS Prof Datuk Dr Mohd Fakhrudin Abdul Mukti.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, untuk sesebuah institusi pengajian tinggi (IPT) mendapat status penukaran sebagai universiti penuh bukanlah mudah.

Beliau berkata, antara syarat yang diperlukan adalah mencukupi bilangan pensyarah berkelulusan doktor falsafah (PhD), mempunyai modal berbayar RM20 juta, program ditawarkan mendapat akreditasi selain menjalankan kajian pendidikan.

"Justeru, perkara ini bukan suatu yang mudah, malah ada IPT memohon untuk mendapat status universiti penuh tetapi tidak berjaya kerana tidak memenuhi syarat ditetapkan kementerian ini.

"Kementerian Pendidikan Tinggi tidak akan berkompromi dan walaupun kita mesra dengan mereka, kita mesti memastikan syarat dipenuhi oleh pihak IPT yang berkenaan dalam menjadikan sistem pendidikan negara terus berkualiti," katanya.

Sementara itu, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah UniSHAMS berkata segala hasrat untuk menjadikan KUIN sebagai universiti penuh sudah tercapai apabila telah berjaya memenuhi segala syarat yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Tinggi.

"Kita bersetuju di bawah Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, baginda turut berkenan untuk menamakan KUIN sebagai UniSHAMS dan akhirnya, impian itu terlaksana pada hari ini.

"Segala syarat ditetapkan oleh kementerian berjaya dipenuhi dan kelulusan itu adalah merit yang kita dapat daripada apa yang kita sediakan sepanjang pengalaman 25 tahun ini," katanya.

UniSHAMS adalah sebuah IPTS yang dimiliki kerajaan negeri Kedah. IPTS itu menawarkan 44 kursus pengajian dengan jumlah terkini menunjukkan terdapat seramai 3,895 penuntut.-utaranews

Ubah Rumah Jadi Homestay Salah Disisi Undang-Undang, Anda Boleh Didenda Atau Hartanah Dirampas
siakapkeli.my

Gambar Hiasan

23 Feb - Menjadikan rumah yang dibeli sebagai salah satu pendapatan sampingan sudah menjadi kebiasan kepada pemilik rumah di Malaysia.

Permintaan Homestay di Malaysia sudah meningkat sejak kebelakangan ini. Atas sebab ini, ramai pemilik rumah berebut-rebut untuk menjadikan rumah mereka sebagai Homestay.

Tahukan anda, menukar rumah kediaman anda sebagai Homestay adalah salah disisi undang-undang di negara ini?

Perkara ini dijelaskan sendiri oleh seorang Timbalan Presiden Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam), Salkukhairi Abd Sukor melalui laman web rasminya, CelikHartanah.com.

Menurut Salkukhairi, setiap bangunan kediaman itu biasanya telah ditetapkan syarat nyata, syarat tersirat dan syarat kegunaan di dalam suratan hakmilik (geran) hartanah tersebut yang mana ianya hanyalah untuk tujuan kediaman sahaja.

Jika pemilik hartanah tersebut menggunakan rumah mereka untuk tujuan perniagaan, mereka boleh didakwa di bawah Seksyen 127 (1A) Kanun Tanah Negara atau hartanah tersebut boleh dirampas di bawah Seksyen 129 Kanun Tanah negara.

Jom ikuti perkongsian Salkukhairi tentang kesalahan mengubah rumah menjadi homestay. Semoga bermanfaat.

UBAH RUMAH JADI HOMESTAY SALAH DARI SEGI UNDANG-UNDANG?

1. Disebabkan permintaan masyarakat terhadap homestay semakin meningkat dari sehari ke sehari, ramai pemilik rumah kediaman mengambil langkah mengubah rumah mereka menjadi homestay.

2. Tindakan ini walaupun dari segi bisnesnya menguntungkan pemilik premis itu sendiri, tetapi sebenarnya tanpa disedari ianya boleh mendedahkan pemilik premis kepada tindakan undang-undang.

3. Ini kerana setiap bangunan kediaman itu biasanya telah ditetapkan syarat nyata, syarat tersirat dan juga syarat kegunaan di dalam suratan hakmilik (geran) hartanah tersebut yang mana ianya hanyalah untuk tujuan kediaman sahaja.

4. Maka, sekiranya seseorang itu menggunakan rumah mereka untuk tujuan perniagaan seperti homestay, ianya jelas boleh dianggap sebagai melanggar syarat nyata, syarat tersirat atau syarat kegunaan hartanah tersebut daripada bangunan kediaman menjadi bangunan komersial.

5. Kesannya, pemilik hartanah tersebut boleh didenda di bawah Seksyen 127 (1A) Kanun Tanah Negara atau hartanah tersebut boleh dirampas di bawah Seksyen 129 Kanun Tanah Negara.

6. Selain daripada itu, setiap bangunan yang didirikan perlulah mematuhi syarat-syarat kelulusan bangunan yang telah ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 mengikut kategori sesuatu bangunan tersebut.

7. Biasanya sesebuah bangun kediaman itu telah ditetapkan syarat- syarat binaan yang perlu ada sebelum pembinaan sesebuah bangunan itu diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan.

8. Maka dengan mengubah rumah kediaman menjadi premis perniagaan seperti homestay, memerlukan pemilik mendapatkan kebenaran terlebih dahulu daripada pihak berkuasa tempatan di bawah peruntukan Seksyen 74 Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

9. Sekiranya gagal, maka bangunan yang digunakan sebagai homestay tersebut boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 72 dan 73 Akta Parit dan Saliran dan jika sabit kesalahan pemilik premis boleh dikenakan penalti atau premis tersebut boleh dirobohkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.

10. Selain daripada itu, tindakan pemilik rumah kediaman menjadikan premis mereka sebagai homestay dibimbangi boleh menyebabkan kacau ganggu kepada pemilik bangunan berhampiran termasuklah jiran dan penduduk sekitar.

11. Tindakan penyewa homestay yang meletakkan kenderaan mereka ditepi-tepi jalan atau membuat bising di premis homestay tersebut boleh menyebabkan halangan dan gangguan kepada pemilik premis yang lain.

12. Perkara ini menyalahi Seksyen 86 Akta Parit dan Saliran 1974 dan juga peruntukkan Undang-undang Kecil di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976.

13. Selain daripada itu juga, rumah kediaman yang digunakan sebagai homestay tidak dilindungi oleh polisi insurans bangunan kediaman kerana ianya telah menyalahi syarat kegunaan bangunan tersebut daripada rumah kediaman kepada bangunan komersial. Maka, jika berlaku sesuatu musibah, rumah tersebut tidak dilindungi oleh polisi insurans.

14. Oleh yang demikian, sudah tiba masanya kerajaan menggubal satu undang-undang yang khusus untuk mengawal dan menyelia urusan berkaitan perniagaan homestay ini.

15. Selain daripada disyaratkan keperluan mendaftarkan perniagaan homestay tersebut, pemilik juga perlu mendapatkan lesen operasi homestay daripada pihak berkuasa tempatan dan perlu terikat dengan syarat-syarat dan spesifikasi bangunan yang bersesuaian dengan premis komersial untuk tujuan homestay tersebut.

16. Pemilik homestay juga perlu membuat permohonan tukar syarat kegunaan tanah untuk sementara waktu dari status bangunan kediaman kepada komersial bagi membolehkan ia mematuhi syarat kegunaan bangunan yang sesuai.

17. Selain daripada itu pemilik homestay yang telah memperolehi lesen pengendali homestay daripada pihak berkuasa tempatan juga kelak perlulah mempastikan pelanggan mereka tidak membuat kacau ganggu terhadap jiran-jiran dan pemilik premis sekeliling. Sekiranya gagal, lesen operasi homestay mereka boleh dibatalkan.

18. Cadangan ini bukanlah bertujuan untuk menyekat orang ramai menjalankan perniagaan homestay tetapi sekadar untuk mempastikan keselesaan dan keselamatan bukan sahaja kepada bangunan tersebut bahkan juga kepada pengunjung yang menyewa homestay tersebut. - Siakapkeli.my

"FANTASI MEMBUNUH REALITI" : Boikot Drama Jam 7.00pm
kedahlaniie.blogspot.

"FANTASI MEMBUNUH REALITI"

Pada masa kini, kita sering dimomokkan dengan drama-drama fantasi yang langsung tidak realistik terutamanya drama pada jam 7 petang. Benda yang diceritakan hampir sama dan langsung tidak menunjukkan situasi semasa rakyat Malaysia yang berada dalam tekanan.

Asyik-asyik kahwin paksa. Asyik-asyik heroin miskin kahwin dengan hero anak orang kaya. Tak kurang juga aksi-aksi yang menjengkelkan acah-acah sweet terlebih.

Dan sepatutnya, drama-drama yang perlu diketengahkan adalah seperti isu pendidikan, kemiskinan, politik semasa dan lain-lain lagi. Drama yang benar-benar menggambarkan kehidupan sebenar masyarakat Malaysia.

Maka ayuh bersama kami untuk boikot drama jam tujuh petang.

#LikeTandaSokong

#PartiCinta

"Den Ingat Babi Hutan," Kepala Kambing Tersangkut Di Stereng Kereta Selepas Cuba Serang Seorang Wanita
siakapkeli.my

23 Feb - `Seorang wanita dari Kuala Pilah berjaya menyelamatkan diri keluar dari kereta apabila diserang seekor kambing jantan di Kampung Gentam, Kuala Pilah.

Memetik laporan Harian Metro, dalam kejadian yang berlaku pada jam 3 petang itu, wanita yang mahu dikenali sebagai Mysha, 45. baru pulang dari bekerja sebagai pegawai operasi di sebuah syarikat swasta di daerah itu dan meletakkan kereta di hadapan rumah.

Menurut beliau, ketika sedang mengambil barang di bahagian tempat duduk penumpang hadapan, dia terdengar bunyi haiwan datang dari arah belakang.

"Apabila menoleh, saya melihat seekor haiwan meluru ke arah saya dan menyangka ia babi hutan menyebabkan saya masuk semula ke dalam kereta sebelum menyedari ia adalah kambing.

"Dalam keadaan panik, saya melompat ke tempat duduk pemandu lalu membuka pintu kereta dan melarikan diri ke dalam rumah.

"Kemudiannya saya melihat kepala kambing itu sudah tersangkut pada stereng kereta," katanya ketika dihubungi, malam ini.

Tambah Mysha lagi, selepas kejadian itu dia berusaha untuk mengeluarkan kambing berkenaan, namun gagal menyebabkan dia menghubungi Angkatan Pertahanan Awam (APM) untuk meminta bantuan.

Dia bersyukur selepas kambing itu berjaya dikeluarkan oleh anggota APM dan tiada kecederaan yang berlaku selain keretanya yang mengalami kerosakan kecil.

Sementara itu, jurucakap APM menerusi kenyataan berkata, seramai tiga orang anggota dikerahkan ke tempat kejadian apabila menerima panggilan pada jam 3.40 petang.

Anggota APM hanya mengambil masa selama 3 minit untuk mengeluarkan kambing dari stereng kereta berkenaan.

Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Fri Feb 23, 2018 7:32 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



"Dia Nak Sangat Maggi Kari, Satu Blok Dah Dia Tanya Tapi Sorang Pun Tak Ngaku Ada", Pelajar Terkilan Gagal Tunai Permintaan Akhir Kawan
siakapkeli.my

Sahabat adalah teman yang ada dikala susah mahupun senang. Jatuh atau bangun mereka akan tetap setia menyokong. Walau sekecil-kecil perkara yang dianggap remeh pun sebenarnya bererti buat mereka tatkala teman berada disisi.

Kuasa Allah menemukan sahabat-sahabat yang sangat baik untuk setiap daripada kita. Perlunya mereka dalam kehidupan ini adalah untuk memahami dan sanggup berkorban dalam menghadapi kesukaran atau kesenangan, serta membawa kegembiraan didalam hidup.

Adakah anda memiliki teman sejati?

Perkongsian melalui akaun Twitter dengan twitter handle Story Asrama menceritakan kisah seorang pelajar yang tidak sempat menunaikan permintaan terakhir kawannya. Walaupun sahabatnya kini sudah tiada di sisinya lagi, namun sejak peristiwa itu dia mempelajari agar sentiasa mencuba untuk memenuhi permintaan rakan-rakannya sebelum perkara yang tidak dijangka terjadi.

Aku teringat ada satu malam, member aku lapar maggi kari. Habis satu blok dia tanya ada tak maggi kari. Tapi sorang pun tak mengaku ada.
— Story Asrama! ® (@HostelKids) February 17, 2018

So kawan aku ni balik ke dorm dengan muka sedih. Aku tak faham kenapa dia teringin sangat nak maggi kari. Aku ada maggi asam laksa je. Lagipun nanti outing baru plan nak beli
— Story Asrama! ® (@HostelKids) February 17, 2018

Serious la aku tengok dia macam teringin sangat nak maggi kari. Aku offer maggi lain pun dia tak nak. Dia still nak maggi kari. Apa pelik la kawan aku sorang ni. Aku buat bodo je la. Malas nak layan
— Story Asrama! ® (@HostelKids) February 17, 2018

Tapi kawan aku ni macam tak putus asa. Dia pegi pula blok senior. OMG agak ah. Sebab maggi kari je dia sanggup jumpa senior... Bukan apa. Aku risau dia kena buli just untuk maggi kari!
— Story Asrama! ® (@HostelKids) February 17, 2018

Tapi alhamdulillah dia selamat pulang ke dorm. Tapi dia balik dengan tangan kosong. Weh muka dia kecewa tu memang lain macam. Tak pernah tengok sedih dia macam tu
— Story Asrama! ® (@HostelKids) February 17, 2018

Esoknya hari outing. Jadi aku decide nak belikan la maggi kari untuk dia. Sebab jenis aku ni mana boleh tengok member mengidam teruk sampai macam tu weh!
— Story Asrama! ® (@HostelKids) February 17, 2018

Aku keluar outing dengan makcik sebab dia je yg rajin ambil aku masa outing.. So aku takde la ajak sesiapa teman sebab dah ada makcik aku en... Aku tengok muka kawan aku tu. Yes masih mengharapkan sesuatu
— Story Asrama! ® (@HostelKids) February 17, 2018

Aku keluar outing dengan makcik sebab dia je yg rajin ambil aku masa outing.. So aku takde la ajak sesiapa teman sebab dah ada makcik aku en... Aku tengok muka kawan aku tu. Yes masih mengharapkan sesuatu
— Story Asrama! ® (@HostelKids) February 17, 2018

Sampai mall benda pertama aku cari ialah maggi kari! Aku beli la untuk dia.... Balik je dorm aku cari dia. Eh pelik... Mana dia ni? Rasanya dia tak outing harini.
— Story Asrama! ® (@HostelKids) February 17, 2018

Kawan aku bagitahu yg dia tu keluar tadi and sampai sekarang tak balik lagi.. Ha sudah... Habis dah waktu outing. Apahal tak balik lagi haaaaa
— Story Asrama! ® (@HostelKids) February 17, 2018

Is it something bad happen kat dia??? Yes aku risau. Dah tu siapa nak makan maggi kari ni?? Aduhh apahal tah aku fikir sampai ke situ. Alahai *ketuk kepala*
— Story Asrama! ® (@HostelKids) February 17, 2018

Aduhh dah pukul berapa dia tak balik lagi? Kenapa ha? Aku bermonolog sendiri. Risau takut jadi pape kat dia tapi takde siapa tahu. Dia ok ke tak. Ada kat mana... Dgn siapa hm
— Story Asrama! ® (@HostelKids) February 17, 2018

Malam tu ada perjumpaan kat surau. Maybe warden nak kira bilangan pelajar asrama sebab ada yang tak balik outing lagi. Buku outing ada kat tangan warden
— Story Asrama! ® (@HostelKids) February 17, 2018

Aku perasan ada 5 buah buku. Dan salah satunya kawan aku sendiri. Warden ambil tempat di depan. Warden mula nak buka mulut. Nak bagitahu sesuatu. Tapi kenapa tah macam berat je warden nak cerita
— Story Asrama! ® (@HostelKids) February 17, 2018

Dekat tangan saya ada 5 buah buku dan ia bermaksud ada 5 orang pelajar yang masih tak pulang ke asrama. Awak semua tahu tak siapa orang tu?

Tanya warden kepada kami semua. Kami hanya mengangguk lemah. Sebab takut warden marah.
— Story Asrama! ® (@HostelKids) February 17, 2018

Kawan awak 5 orang tu terlibat dalam satu kemalangan. Dan mereka semua ada di hospital. Semua keadaan setabil tapi ada seorang je yg nampak macam tenat
— Story Asrama! ® (@HostelKids) February 17, 2018

Saya tahu awak semua tertanya-tanya siapa orang tu. Saya pun baru dapat maklumat ni tadi daripada orang awam. Dia yang tolong mereka yg terlibat dlm kemalangan tu
— Story Asrama! ® (@HostelKids) February 17, 2018

*ringtone warden berbunyi*

"Waalaikumusalam. Ye saya. Apa dia? Allah... Inalillahwainahilahirajiun. Terima kasih. Saya akan hubungi waris arwah."

Situasi dalam surau menjadi senyap dan masing² tertanya apa yg berlaku
— Story Asrama! ® (@HostelKids) February 17, 2018

Maaf awak semua. Saya terpaksa bagitahu walaupun perkara ni akan buat awak semua sedih. Kawan awak dari dorm 1 dah meninggal dunia. Saya kena gerak pegi hospital sekarang. Saya nak awak semua buat bacaan yassin lepasni. Dan doakan supaya roh arwah tenang di sana
— Story Asrama! ® (@HostelKids) February 17, 2018

Aku lihat warden berlalu keluar sehingga tiada lagi susuk tubuhnya. Aku mula terpaku. Warden baru je cakap kawan aku yg nak sangat makan maggi tu dah takde. Betul ke apa aku dengar ni? Eh apa benda ni? Serious laaa
— Story Asrama! ® (@HostelKids) February 17, 2018

Dia teringin sangat nak makan maggi kari sebab ni ke? Itu permintaan terakhir dia... Dan aku masih ingat sampailah sekarang. Allah... Dah 4 tahun kisah ni berlalu dan aku masih ingat :')
— Story Asrama! ® (@HostelKids) February 17, 2018

Sejak dari kes kawan aku tu, aku tak pernah tolak permintaan orang even benda tu kecik je macam nak gula². Aku tetap nak tunaikan ☺ korang jangan berkira sangat. Nanti menyesal tak sudah. Sama gak macam org nak jumpa kita. Jangan ah tolak klaw boleh. Depends on situasi ya. Salam
— Story Asrama! ® (@HostelKids) February 17, 2018
Siakapkeli.my

Didakwa Guna Nama Agensi Pelancongan Cuba Tipu Pakej Umrah, Tak Sedar Pemilik Agensi Menyamar Jadi Pelanggan
siakapkeli.my

22 Feb - Sudah menjadi impian untuk semua penganut agama Islam untuk menunaikan ibadah umrah dan haji setidak-tidaknya sekali semua hidup.

Namun, apa yang menyedihkan apabila ada segelintir manusia yang cuba mengambil kesempatan terhadap impian orang lain dengan membuat pelbagai jenis penipuan dengan pakej haji dan umrah.

Bukan sekali dua perkara sebegini berlaku. Sudah banyak kali dan ramai telah menjadi mangsa penipuan pakej yang kononnya murah dan berpatutan.

Semalam, hampir berlaku satu lagi penipuan terhadap pakej umrah yang melibatkan satu agensi pelancongan yang secara realitinya mendakwa tidak terlibat langsung dalam pakej umrah yang mana pelanggan hanya perlu membayar RM1500 sahaja dan selebihnya ditanggung oleh sebuah badan koperat yang bergelar jutawan.

Perkara ini didedahkan oleh seorang pengguna Facebook yang juga salah seorang yang berada ditempat kejadian ketika itu, Azizul Asri Ahmad Tajuddin.

Jom ikuti kisah yang dikatakan cubaan menipu jemaah umrah dengan harga yang murah. Semoga kita tidak menjadi mangsa penipuan untuk melakukan ibadah.

Pencuri di belakang Kaabah!

6.30 ptg : Saya mendapat 1 info dari whatsapp group bahawa akan ada 1 taklimat Umrah Pakej RM6000 yang dijadualkan berangkat pada bulan Nov 2018. Jemaah hanya perlu bayar 'RM1500' sahaja. Baki (RM4500) akan ditaja oleh 1 kumpulan Usahawan Jutawan atas nama Infaq Niaga dengan kerjasama (kononnya) Housecoff Travel. Taklimat jam 8 mlm di Tadika Nur Raihan sebelah Masjid Kuarters KLIA.

8.45mlm : Saya tiba di lokasi. Perjumpaan telah berlangsung hampir 30 minit.. Hampir 20 orang hadir. Taklimat dikendalikan oleh wanita berbaju & bertudung merah. Kami diberitahu bahawa banyak group telah berlepas sebelum ini. Siapa yang hadir diminta menulis nama dan pasangan serta anak2. Kuota hanya 300 orang untuk bayaran hanya RM1500.

Baki RM4500 ditaja. Bila ditanya siapa yang menaja. Jawapannya Infaq Niaga. Tanya lagi, siapa mereka? Dijawab mereka nie orang kaya di belakang tabir yang tidak mahu dihebohkan. Nie jutawan balak & kuari. Tanya lagi, dah berapa lama pakej dengam Housecoff Travel nie? Jawapannya since 2002.

Mereka tidak tahu dalam majlis tu ada anak owner Housecoff yang menyamar sebagai pelanggan. Para jemaah lain dilihat berminat. Siapa yang tidak tertawan dengan umrah hanya bayar RM1500.

Jemaah diminta bayar RM500 sebagai deposit segera. Ada yang minta tangguh sampai petang esok. Lalu 'dia' menelefon seorang 'Datuk' sambil bercakap untuk menangguhkan deposit sampai esok supaya jemaah yang berminat dapat bawa lagi orang lain bersama. Sebab pakej terhad untuk 300 orang saja.

Ada jemaah yang dah bayar RM500. Lalu resit dikeluarkan. 2-3 jemaah pula dilihat bersungguh bertanya soalan dan berkempen (Akhirnya diketahui bahawa mereka ini 1 pasukan)

Akhirnya anak owner Hosecoff buka mulut. Tercengang mencari jawapan. Lalu dijawab bukan kerjasama Housecoff Travel. Petik pulak nama Enigma & Ukhuwah Firdausi. Setelah di 'brainwash' duit deposit yang jemaah bayar pada malam tu dipulangkan kembali.

Jawapannya 1 saja. Niat mereka baik. Nak bantu jemaah pergi umrah. Diulang2 jawapan itu.

Saya melihat riak wajah jemaah yang hadir. Tercengang. Terpinga. Tak tahu yang mana betul. Berita jemaah terkandas & umrah murah yang menipu di dada akhbar saban tahun gagal memahamkan mereka.

Ada yang dah daftar untuk 7 orang. Ada yang daftar dengan mak ayah. Saya cuba jelaskan 1 persatu. Pergi umrah bukan macam kita beli tiket balik kampung. Atau beli baju di supermarket. Ia melibatkan duit, visa, kelulusan kerajaan untuk mengutip dana kerana melibatkan wang yang banyak. Apatah lagi dah ramai yang terkena.

Ada pula jemaah yang mengaku dapat pergi sebelum nie cuma bayar RM3800 saja.. Katanya tak tipulah. Mmg pakej ni betul2 ada.

Saya jelaskan. Makcik, yang dapat pergi dengan RM3800 tu bukan kerana ditaja, tetapi diambil duit jemaah yang daftar lewat untuk makcik pergi. Nie adalah 'money game'. Duit orang bawah hantar orang atas.

Jemaah perlu dididik dengan betul. Tidaklah berdosa jika kita mati & tak sempat ke Makkah jika tidak tidak mampu. Asal ada usaha simpan duit sedikit2. Tetapi amatlah berdosa jika kita tahu penipu sedang menipu di belakang kelambu kaabah lantas kita cuba sekali bersembunyi bersama. RM1500 bukan sahaja tak boleh pergi Makkah, nak beli tiket flight pun belum lepas.

Ini baru 1 kes. Mereka bergerak underground. Melalui masjid dan surau. Group2 wassap. Undang2 sedia ada agak lemah. Yang ada pun setelah ditipu, terkandas, buat report polis, masuk muka depan metro & utusan, barulah tindakan diambil. Itu pun duit belum tentu dapat, pencuri belum pasti ditangkap.

Tahun berikutnya, mereka mulakan modus operandi baru. Jemaah baru & duit baru.

Tuan2 yang mulia, YB bagi kerusi kat masjid atau sekolah pun mau tulis nama.. Bagi duit 1k 2k pun mau buat cheque besar2 masuk Sinar. Nie lagi ratus2 ribu nak sponsor takkan tak nak mileage? Mereka ini muncul memanipulasi keinginan jemaah yang kurang kemampuan tetapi membuak keinginan untuk ke Makkah!

Maafkan saya sebab mention nama organisasi & wajah mereka di dalam posting ini. Kerana maslahat jemaah yang ditipu dan bakal ditipu lebih utama.

Amat jelik mereka yang menipu umrah. Lantas bersembunyi di belakang kiswah!

Yang benar,
Azizul Asri Ahmad Tajuddin
Suffah Travel & Tours Sdn Bhd (KPL/LN6898|LKU144)
CSQ Training Centre

Siakapkeli.my

Rupanya Ini Dalang Penipuan Umrah?
bloglist-malaysia.blogspot
addindeen.com
Posted by Din

Rupanya Ini Dalang Penipuan Umrah? Keluarga kepada Zaiton Man atau lebih dikenali dengan panggilan Kak Ton berjaya menahan dalang di sebalik penipuan pakej umrah di Siem Riep, Kemboja, kelmarin.

Adik kepada Kak Ton yang mahu dikenali dengan panggilan Lie, 33 berkata, pencarian lelaki berusia 38 tahun itu dilakukan kerana mahu mencari keadilan buat kakaknya itu.

Menurutnya, sejak Kak Ton didakwa atas tuduhan menipu pakej umrah di Mahkamah Majistret Rompin, keluarga mula tertekan sedangkan kakaknya itu langsung tidak bersalah.

Rupanya Ini Dalang Penipuan Umrah?

"Bila dah tersebar berita itu (Kak Ton didakwa di mahkamah) seluruh negara berikutan dakwaan yang dibuat oleh 'orang di Keratong' menyebabkan kami tertekan dan malu.

"Kami sekeluarga tahu Kak Ton hanya mewakili, tapi dalangnya adalah lelaki berkenaan.

"Kakak saya tak pernah tahu bahawa pakej umrah yang diwujudkan oleh lelaki berkenaan adalah tipu kerana Kak Ton pernah mengikuti pakej kendalian lelaki itu sebelum ini," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, semalam.

Pada 31 Januari lalu, Kak Ton yang merupakan seorang suri rumah berdepan 11 pertuduhan setelah dihadapkan ke Mahkamah Majistret, Rompin atas dakwaan menipu pakej umrah membabitkan jumlah kerugian RM44,000 sejak dua tahun lalu..

Dia bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Najwa Hashim.

Rupanya Ini Dalang Penipuan Umrah?
Lie berkata, dia sanggup ke Kemboja pada Selasa lalu, semata-mata untuk memujuk dan berjumpa dengan lelaki berkenaan.

Bagaimanapun, dia bersyukur kerana ALLAH memudahkan urusannya, malah lelaki berkenaan juga memberi kerjasama yang baik dan mahu pulang ke Malaysia.

"Lelaki itu setuju untuk serah diri secara sukarela dan membantu siasatan," katanya.

Dalam pada itu, Lie memberitahu, lelaki itu telah diserahkan kepada pihak polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang olehnya sendiri kira-kira jam 3 petang, semalam.

Katanya, penyerahan itu dibuat olehnya selepas mendapat arahan daripada pegawai penyiasat kes tersebut.

"Saya juga dimaklumkan pegawai penyiasat kes ini iaitu anggota daripada IPD Kuantan akan datang ke Kuala Lumpur pada hari ini (semalam)," katanya.
Rupanya Ini Dalang Penipuan Umrah?
Sementara itu,Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintenden Mohd Wazir Mohd Yusof mengesahkan penahanan lelaki tersebut.

Bagaimanapun, beliau tidak mengulas lanjut berhubung perkara terbabit kerana ia masih dalam siasatan. -sinar

Tanda tanya apabila Tabung Haji umum hibah tinggi tapi bayar baki minimum tahunan..!
kedahlaniie.blogspot
A KADIR JASIN
18 FEBRUARI 2018

TINDAKAN Tabung Haji (TH) mengumumkan kadar hibah yang lebih tinggi bagi tahun kewangan 2017 adalah tidak memeranjatkan.

Malah memang dijangkakan kerana adalah kebiasaan bagi tabung-tabung pelaburan berkaitan kerajaan membayar dividen lebih tinggi pada tahun pilihan raya..

Pada 7 Februari TH mengumumkan hibah 4.50 peratus bagi semua pendeposit dan hibah haji 1.75 peratus bagi pendeposit yang belum menunaikan haji.

Apa yang memeranjatkan adalah serentak dengan pengumuman kadar hibah lebih yang lebih baik itu, TH tiba-tiba meminda kaedah kiraan yang sekali gus menyebabkan pendeposit mendapat bayaran lebih rendah walaupun peratusan hibah lebih tinggi.

Ini kerana kiraan hibah diasaskan kepada baki minimum tahunan sedangkan kaedah lazim adalah berdasarkan baki minimum bulanan.

Kaedah baki minimum tahunan ini merugikan pendeposit kerana jumlah hibah diasaskan kepada jumlah paling rendah dalam akaun pendeposit dalam tahun 2017..

Formula ini merugikan pendeposit yang menambah atau mengeluarkan simpanan dalam tempoh satu-satu tahun kewangan.

Bagaimanapun, setelah hal tersebut disedari dan dibincangkan secara meluas oleh penggiat media sosial, TH secara diam-diam berpatah balik kepada kiraan asal iaitu berdasarkan baki minimum bulanan.

Apabila pengumuman asal dibuat pada 7 Februari di Putrajaya ia dihadiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, ahli lembaga pengarah dan pengurusan kanan TH. Tetapi berita pengembalian kepada formula asal hanya dihebahkan melalui kenyataan akhbar.

Tindak-tanduk luar biasa itu menimbulkan tanda tanya mengenai apakah muslihat sebenar lembaga pengarah dan pengurusan TH mengisytiharkan kadar hibah yang lebih baik tetapi menggunakan formula kiraan yang mengurangkan pendapatan penyimpan.

Antara lain, tindakan mereka membawa kembali ingatan kita kepada berita hangat tahun 2016 mengenai surat Gabenor Bank Negara ketika itu, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, yang memberi amaran berkenaan kedudukan kewangan TH.

Walaupun TH bukan di bawah pengawasan Bank Negara, tetapi Zeti telah mengambil inisiatif mengkaji kedudukan kewangannya. Ramai daripada kita tentu tahu bahawa TH adalah hasil cadangan bapa Zeti, Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid.

Dalam suratnya kepada TH pada tahun 2015, Zeti telah memberi ingatan mengenai tanggungan hutang TH yang melebihi hartanya.

Dalam surat bertanggal 23 Disember 2015 itu, Zeti memberitahu Pengerusi TH, (Datuk Seri) Abdul Azeez Abdul Rahim, bahawa TH hanya mempunyai harta sebanyak 98 sen bagi setiap RM1 tanggungan.

Sejak tarikh amaran Zeti hingga ke hari ini, kita tahu bahawa banyak masalah telah melanda TH akibat pelaburan yang bermasalah, khususnya dalam sektor minyak dan gas.

Misalnya bagi separuh tahun 2017 berakhir Jun, TH Heavy Engineering Berhad (THHE) yang terbabit dalam industri minyak dan gas memperoleh hasil sebanyak RM4.63 juta dan menderita kerugian RM37.97 juta.

Pada akhir bulan tersebut, ia mempunyai wang tunai RM22.4 juta sedangkan hutang jangka pendek berjumlah RM295.1 juta dan hutang jangka panjang RM55.12 juta. Kerugian terkumpul berjumlah RM532.64 juta.

Sementara itu sahamnya pula jatuh merudum daripada RM1.90 pada 15 Februari 2008 kepada hanya sembilan sen pada 14 Februari 2018.

Apa pun keadaan sebenar yang sedang berlaku di TH, sama ada diketahui umum atau tidak, kesan mutakhirnya kepada masyarakat Islam Malaysia tidak boleh dipandang ringan.

Bukan sahaja kewangan umat Islam, khususnya yang menyimpan untuk menunaikan haji, tetapi juga imej pentadbiran dan pengurusan Islam akan menjadi punca pertikaian.

Walaupun TH bukanlah tabung pelaburan berkaitan kerajaan yang paling besar, namun ia adalah yang tertua dan terpenting dalam penjanaan ekonomi Islam serta pengurusan jemaah haji. Apa juga perkara negatif yang berlaku kepadanya akan membawa nama buruk kepada umat Islam Malaysia.

Wallahuaklam.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Fri Feb 23, 2018 7:33 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Betul kata Nazri, hati-hati dengan PAS - penganalisis

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net

SHAH ALAM: Gesaan Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz agar Umno Barisan Nasional (BN) lebih waspada terhadap PAS, ada benarnya, kata Penganalisis politik, Prof Madya Dr Salawati Mat Basir.

Beliau berkata biarpun PAS kerap kali dilihat menyokong dasar yang dilaksana kerajaan Persekutuan, parti itu tetap berikrar untuk menentang Umno BN pada PRU14.

"Orang sentiasa nak lihat Pakatan Harapan (PH), nak porak perandakan PH, tetapi selalu terlepas pandang tentang PAS. PAS pula seolah berpura-pura nak berbaik dengan Barisan (BN) tetapi tak buat (berbaik) sebab dia tahu dia punya status quo pada Umno BN.

"Jadi dalam diam-diam dia (PAS)mengumpul pengaruh dan mungkin kita tidak duga, kalau kita tidak awasi dia (PAS) dia boleh menang.

"Sebab ada banyak beberapa perkara berkenaan dengan Islamik, dengan agama Islam sebagainya, yang diputuskan mahkamah baru-baru ini banyak menyentuh sensitiviti umat Islam. Dia (PAS) boleh mengambil peluang disitu untuk memperkuatkan pengaruh PAS di kalangan pengundi," katanya ketika dihubungi Antarapos.

Nazri sebelum ini berkata Umno BN harus lebih waspada kepada PAS dan bukan hanya memberi tumpuan kepada Pakatan Harapan (PH) sahaja.

Katanya, PAS mempunyai jentera pilihan raya dan akar umbi yang taat justeru parti itu tidak boleh dipandang sebelah mata.

Mengulas lanjut, Salawati berkata bukan sahaja Umno BN, malah PH juga perlu berhati-hati dengan PAS yang dilihat mampu menjadi 'kingmaker' pada PRU14 akan datang.

"Nak kata dia kuat itu subjektif, kita tidak tahu macam mana besar kekuatan dia. Sebab semua orang takkan dedah dia punya kekuatan. Cuma, berwaspada sebab dia pandai mengambil kesempatan.

"Perbalahan pembangkang dengan kerajaan, PAS di tengah-tengah sebab dia tidak bersama siapa-siapa. Jadi dia boleh buat keputusan. Jadi nampak dia cuba berbaik-baik dengan BN tetapi tidak menjadi. Dia banyak mengacah acah (untuk berbaik)," ujarnya.

Sebelum ini, PAS bukan saja menolak kerjasama politik dengan Umno tetapi juga enggan menyertai PH yang dibarisi dua musuh ketatnya iaitu DAP dan Amanah.

Meskipun Umno-BN berkali-kali menghulurkan tangan untuk menjalinkan kerjasama politik, namun PAS tidak sesekali menyambutnya malah tanpa berselindung akan menjadi saingan utama parti pimpinan Datuk Seri Najib Razak itu pada PRU14.

BN anggap PAS ancaman terbesar PRU14 bukan PH

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net

KUALA LUMPUR, 4 Jamadilakhir 1439H, Selasa – Barisan Nasional (BN) menganggap ancaman utamanya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) adalah PAS dan bukan pakatan harapan.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, walaupun PAS menyokong beberapa dasar serta polisi yang diperkenalkan kerajaan Persekutuan, hakikatnya parti itu tetap menjadi musuh utama BN setiap kali PRU.

"Kita mesti bekerja keras dan jangan fikir PAS bukan ancaman hanya kerana ia akan sendirian tanpa sokongan parti lain dalam PH.

"PAS mempunyai penyokong setia, yang melangkau banyak generasi," katanya seperti dilapor NST.

Mengulas lanjut, beliau berkata, meskipun pertembungan tiga penjuru antara PH dan PAS memihak kepada BN, parti pemerintah tidak harus mengambil ringan..

"Pengundi Cina mungkin menyokong PKR kerana parti itu bukan hanya mewakili orang Melayu.

"Jadi ada masalah di sini, kerana orang Cina akan mengundi PKR, manakala UMNO dan PAS akan bersaing untuk mendapatkan undi Melayu," katanya.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Fri Feb 23, 2018 7:33 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Penjaga Gol Lagenda Negara, Chow Chee Keong Meninggal Dunia
siakapkeli.my

21 Feb - Bekas penjaga gol kebangsaan, Chow Chee Keong telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada pagi tadi. Berita ini disahkan sendiri oleh anaknya melalui akaun Facebook Adrian Chow.

Menurut Adrian, ayahnya telah berjuang habis-habisan untuk melawan penyakitnya itu. Namun, semuanya telah tertulis selepas mendiang menghembuskan nafas terakhir pada jam 8.08 pagi.

Chow Chee Keong meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Petaling Jaya. Chee Keong merupakan pemain bola sepak profesional pertama negara dan pernah dinobatkan sebagai pemain terbaik Asia sebanyak lima kali berturut-turut oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dari tahun 1966 hingga 1970.

Pemain lagenda Malaysia itu juga pernah mewakili pasukan yang berpengkalan di Endgland, Bedford Town, tetapi mula mencipta nama dbersama beberapa pasukan di Hong Kong.

Antara pasukan yang pernah mendiang wakili adalah, HK Rangers, South China dan Tung Sing. Chee Keong mula menjadi penjaga gol utama negara sekitar awal 80an.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) turut mengumumkan kematian Chow Chee Keong menerusi laman Facebook rasmi mereka.

Siakapkeli.my

Pengayuh Basikal Malaysia Yang Pernah Lakukan Ekspedisi Solo ke China Sejauh 3,200km Maut Dalam Kemalangan Jalan Raya
siakapkeli.my

Seorang penunggang motosikal terbunuh manakala dua lagi cedera parah dalam kemalangan di KM445.8 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) pada malam Isnin lalu.

Dalam kemalangan 11.45 malam itu, pengayuh basikal Malaysia Sheikh Kharleez Bamadhaj Jaffar, 26, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan kritikal di kepala, badan dan kaki. Kharleez telah tular disetiap tajuk berita apabila dia memulakan ekspedisi berbasikal solo ke China pada tahun 2014 lalu.

Ketua Polis Gombak, Penolong Pesuruhjaya Ali Ahmad berkata Kharleez malam itu menunggang motosikal Kawasaki Ninja dalam perjalanan dari Sungai Buloh ke Rawang untuk pulang ke rumah.

"Di lokasi kemalangan itu, motosikalnya hilangan kawalan dan jatuh di jalan sebelum dilanggar oleh sebuah kereta jenis Proton Saga, yang dinaiki oleh dua orang lelaki berusia 26 tahun.

"Pemandu kereta terbabit yang berada di lorong kedua tidak sempat memberhentikan kenderaan dan hilang kawalan selepas melanggar mangsa lalu terbabas ke pembahagi jalan sebelum berpusing masuk ke lorong ketiga," ujarnya.

Kesan dari kemalangan itu mengakibatkan kecederaan berat terhadap pemandu dan penumpang kereta.

"Hasil siasatan di lokasi kejadian mendapati ada kesan brek di lorong kedua sepanjang kira-kira 50 meter. Motosikal mangsa pula mengalami kerosakan kecil pada bahagian kiri, manakala kereta terbabit rosak teruk di bahagian hadapan.

"Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik, Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat. Dua lagi mangsa yang cedera parah turut dibawa ke hospital sama untuk rawatan lanjut."

Beliau meminta mana-mana saksi yang menyaksikan kejadian itu untuk datang ke Ibu Pejabat Polis Gombak (IPD) bagi membantu siasatan.

"Kami meminta bantuan orang ramai untuk menyampaikan apa-apa maklumat yang berkaitan dengan kemalangan itu kerana tiada rakaman CCTV yang boleh digunakan dalam siasatan.

"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.."

Allahyarham Kharleez, yang bekerja sebagai perunding, adalah seorang peminat aktiviti sukan luar dan sering mengambil bahagian dalam acara berbasikal, marathon, serta mendaki gunung didalam negara mahupun diluar negara seperti di Indonesia.

Siakapkeli.my

Sumber: Malaysian Digest

''Masa Tengok Anak-Anak Ni Lena, Saya Menangis'' Mereka Tak Jahat, Cuma Dahagakan Kasih Sayang dan Didikan

siakapkeli.my

Perkongsian oleh Ebit Lew melalui laman facebook diharap dapat membuka mata masyarakat di luar sana. Jangan cepat menghukum, anak-anak yang dianggap liar dan tidak mempunyai masa depan ini sebenarnya masih punya harapan. Hanya anak-anak ini kekurangan kasih sayang dan didikan, itu yang membezakan mereka.

Jom kita ikuti perkongsian beliau seperti di bawah. Semoga bermanfaat.

Tengah malam habis ceramah live tv al hijrah. Pusing kl macam biasa. Sekali nampak anak-anak ini lepak dekat kl. Tengok jam dah pukul 12malam..

Terus singgah berhenti kereta. Saya turun dulu. Suh kawan saya yang selalu drive cari parking. Sampai-sampai ada beberapa anak ini yang saya pernah jumpa sebelum ini. Terus beri salam. Mereka datang dan peluk saya. 8 remaja lelaki. 2 remaja perempuan.

Saya tanya dah makan. Jom belanja makan. Jom ustaz lapar belum makan. Duduk mana ni? Ada yang dari selayang,wangsa maju,danau, cheras. Merata-rata tempat tinggal mereka.

Sedih lak. Ramai yang ukir tatu kat belakang. Walau tatu tak kekal. Mereka lukis belakang badan kawan-kawan. Ada yang lukis kat tangan. Masing-masing order makanan dan air. Mereka malu-malu bila nak order. Sebab mungkin risau nak order. Bila makan, saya mula suap mereka. Mereka happy jer kena suap. Wah ustaz makan suap-suap. Kata yang perempuan 2 orang tu. Ish, suap lelaki jer..hehe..

Gambar Hiasan

Saya kata jom solat. Ustaz, mandi wajib pun belum dah lama tak mandi wajib. Ada yang bau rokok. Ada yang bau gam. Sedih gak kecil-kecil lagi. Tapi mereka semua baik-baik sangat. Benar bila dalami mereka semua ada masalah keluarga. Tekanan hidup dan jiwa anak yang ingin kebebasan. Mereka kadang-kadang salah pilih jalan.

Saya dah try beberapa kali. Bila ajak naik kereta memang diaorang suka. Wah best kereta ustaz. Tak pernah naik kereta macam ni..

Saya kata adik tidur mana malam ni. Mulalah dengar gurau mereka. Tapi sedih campur risau. Ada kata, tidur rumah Dato gay ini lah. Tidur rumah nyonya ibu ayam ini lah. Walau bergurau tapi saya risau dengar..saya pernah lihat mereka beberapa kali tidur tepi bank. Tidur tepi bangunan. Sedih sangat rasa...ya Allah..

Gambar Hiasan

Jom ustaz check inn kan hotel nak tak. Jom. Diaorang semua suka. Pergi hotel pertama tak bagi sebab ramai sangat. Alhamdulillah last hotel dapat sewa. 2 katil king. Rm220. Kami pun masuk bilik. Macam pergi camping. Dan 2 remaja tu beri bilik kecil yang lain..tapi dekat-dekat..

Masuk jer bilik mereka gilir-gilir mandi. Ada seorang kasut dah tercabut. Ada seorang tu baju itulah dia pakai setiap kali jumpa. Lama mereka mandi. Mandi ramai-ramai. Haha..seram juga..macam duk asrama. Tuala ada 3 jer..baju sehelai sepinggang. Masa tunggu mandi mereka buka tv ada program agama. Mereka tengok Hafiz dan hafizah Al-Quran. Seorang cakap. Mak saya ada cuba hantar saya ke sana. 2 hari saya lari ustaz. Saya takutlah. Eleh..kata kawannya. Seorang remaja perempuan tu kata namanya macam ustazah dekat tv tu. Nanti saya leh jadi camtu tak. Saya kata lebih dari itu lagi adik. Adik baik bertudung cantik. Nanti Allah bagi jadi macam ustazah tu..

Habis mandi kami solat. Semua solat dengan tertib. Sedap seorang tu iqamah. Lepas solat,saya beri tazkirah dan dengar kisah hidup mereka. Sedih dengar.. 2 remaja ini lepas sesi tu asyik senyap. Dia menangis. Saya peluk. Seorang baru 14. Seorang lagi 16 tahun. Dengarlah kisah remaja. Orang ini ajak bergaduh lah. Putus cinta lah. Masalah macam-macam. Sedihkan..siapa sangka dikala umur begitu segala susah datang..

Lepas solat dan berbual. Mereka lapar. Saya turun bungkus nasi goreng ayam dan milo ais. Mereka makan. Lepas tu semua lena...

Masa tengok anak ini lena. Saya tak boleh tidur. Saya cuma menangis. Kerana ramai anak begini di luar sana. Ujian dan tekanan hidup. Menangis dan otak saya tak berhenti fikir semua ini..

Mungkin sekali tengok semua orang takut tengok remaja begini. Tetapi bila mereka makan,tidur, berbual mereka cuma anak-anak yang dahagakan kasih sayang dan didikan..

Ya Allah maafkanlah diriku. Ini semua salah diriku kerana tak bersungguh berdakwah. Ya Allah maafkanlah kami semua. Bimbinglah semua anak remaja kami. Di setiap sekolah bila saya pergi atau program prokids. Setiap anak pasti luah kisah mereka. Ya Allah..mereka semua baik - ebitlew.

Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Fri Feb 23, 2018 7:34 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Kafir warga Malaysia, kafir zimmi?

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net

"

Datuk Dr Danial Zainal Abidin terkejut dengan fatwa Mufti Pahang mengatakan DAP kafir harbi dan berani mengatakan warga Malaysia adalah kafir zimmi.

Pelik juga. Mengapa tidak. Kafir DAP adalah kafir yang menentang Islam. Macam mana boleh kita kata kafir yang menentang Islam itu Kafir zimmi.

Patut pun Dr Danial kata Yahudi boleh buat kawan.macam mana boleh buat kawan mereka yang membunuh 2.5 juta orang Islam pelastin.

Atas alasan orang DAP ada kad pengenal (warga Negara) maka dia bukan kafir harbi, mereka kafir zimmi.

Kafir zimmi adalah kafir yang patuh dengan pemerintah Islam dan setuju undang undang Allah dilaksanakan oleh Nabi Mohammad SAW di Madinah.

Bahkan Sehingga Rasulullah SAW menegaskan barang siapa menentang kafir zimmi maka mereka menentangnya.

Jadi macam mana orang kafir DAP yang menentang dan tidak bertuju undang undang Islam dilaksanakan di Malaysia serta jauh sekali untuk mematuhi misi dan visi Malaysia ini layak jadi kafir zimmi.

Atas asbab ada kad pengenalan sebagaiwarga Negara Malaysia memang tidak boleh pakai, kerana perlembagaan Negara bukan kaedah untuk menentukan mereka sah kafir zimmi dan kafir harbi.

Yang boleh menentukan seseorang itu sama ada ia kafir zimmi atau harbi ialah undang undang Islam yang terlaksana di sesebuah Negara orang Islam. Mereka kena taat kepada peminpin yang memerintah Negara dalam suatu perjanjian sepertimana dibuat oleh Rasulullah SAW di Madinah

Perlembagaan yang bukan Islam tidak boleh dijadikan hujjah yang orang orang kafir itu, dia seorang zimmi, sedangkan mereka masih ada agenda untuk menjadikan Negara ini sebagai Negara bukan Islam.

DAP telah menegaskan jika dia memerintah Negara ini agama rasminya adalah agama kristian bukan lagi agama islam agama rasmi Negara pada hari ini.Sila rujuk ucapan (Razali Abdul Rahman bekas pengawai strategic DAP)

Oleh itu penulis,kecewa dan tidak terkejut dengan kenyataan yang dibuat oleh Datuk Dr Danial Zainal Abidin bahawa orang orang kafir di Negara ini,termasuk orang kafir DAP adalah kafir zimmi.

Mengapa tidak? Kerana fatwa yang dibuat itu terpengaruh dengan fahaman Islam liberal yang sudah bermaharajalela di seluruh dunia kini.

Mana zimminya, kalau sudah ada agenda untuk jadikan Negara ini Negara kristian.Zimmi bermakna bersetuju dan tidak akan menentang kerajaan Islam yang diperintah orang Islam,

Saya juga kecewa dengan Ulasan kafir harbi halal darah dan boleh rampas segala harta miliknya. Memang dalam Al Quran termaktub demikian. Dia kata bila jumpa kafir harbi wajib bunuh dapat pahala nampaknya terlalu ekstrem.

Sangat melampau, kerana ia bercanggah dengan apa yang dilakukan oleh Rasulullah.Tak dinafikan Rasulullah Arah membunuh Ka'ab Asraf ketua Yahudi di Madinah

Penulis berani mengatakan ulasan itu adalah satu ulasan ikut hawa nafsu. Bila halal darah, boleh ke kita bunuh sebarangan tanpa melihat waq' dan feleksibalnya Islam.Sedangkan di Malaysia ada undang undang sivil yang memang bersalah berbuat demikian.

Rasulullah SAW tidak pernah bertindak demikian ketika berhadepan dengan kafir muyrik di Mekah miskipun dalam al Quran kafir harbi halal darahnya, kecuali dalam peperangan boleh membunuh. Itu pun membunuh atas nama Allah bukan kerana dendam dan yang lain.

Datuk Dr Danial Zainal Abidin seorang pendakwah yang bersifat agak melampau mengulas tentang fatwa Mufti Pahang bahawa orang orang kafir DAP kafir Harbi dan mengatakan DAP adalah kafir zimmi, termasuk Lim Guan Eng,dia adalah kafir zimmi.Dia warga Malaysia.Hujjah Dr Danial.

"................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: anaabdullah
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

Digelar 'King Of Egypt', Penyokong Liverpool 'Nak Jadi Muslim' Kerana Mohamed Salah
siakapkeli.my

15 Feb - Pagi tadi telah berlangsung perlawanan Uefa Champions League peringkat 16 terakhir di antara FC Porto menentang Liverpool FC yang menyaksikan Liverpool berjaya membenam FC Porto dengan jaringan 5-0 di Estadio do Dragao, Portugal.

Dua pemain yang menjadi sebutan peminat Liverpool awal pagi tadi ialah Sadio Mane dan Mohamed Salah apabila Mane berjaya mencatat hatrik pertamanya di Liverpool dan Salah bagaikan tidak mahu berhenti menjadi mesin gol Liverpool.

Yang menjadi tarikan awal pagi tadi, selepas perlawanan tersebut berakhir, sebahagian besar penyokong Liverool yang berkunjung ke Porto hanya menyebut satu nama iaitu Mohamed Salah.

Sejak menjejakkan kaki di Anfield, Mo Salah mudah mengambil hati peminat Liverpool seluruh dunia apabila pemain antarabangsa Mesir ini sehingga kini telah mencatat 30 gol musim ini untuk semua kejohanan.

Malah penyokong di sana mencipta lagu khusus untuk Salah yang digelar sebagai 'Raja Mesir' dan itu ialah lagu yang diubah suai liriknya daripada irama kumpulan Britain, James, berjudul Sit Down.

Lagu itu dinyanyikan ketika mereka bergembira meraikan kemenangan Liverpool dan lirik lagu tersebut ada terselit satu kata, "if He score another few, Then I'll be Muslim too," yang bermaksud "jika dia jaringkan gol lagi, saya juga akan jadi Muslim."

Video yang dimuat naik oleh IlmFeed menerusi Twitter yang juga memuat naik lirik penuh lagu tersebut.

"Mo Sa-la-la-la-lah
Mo Sa-la-la-la-lah

If he's good enough for you
he's good enough for me.

If he scores another few
then I'll be Muslim too.

If he's good enough for you
he's good enough for me.

He's sitting in the mosque
that's where I wanna be.

Mo Sa-la-la-la-lah..."

😁 pic.twitter.com/6mEsicZvJM
— IlmFeed (@IlmFeed) February 14, 2018
Lirik lagu itu telah menjadi tular di laman sosial dan menjadi perhatian seluruh peminat bola sepak. Betapa kuatnya impak Mohamed Salah sehingga orang bukan Islam juga sanggup membuat lirik seperti itu.

Selain itu dia juga banyak berjasa kepada kelab berkenaan atas sumbangannya membantu pemain sepasukan menjaringkan gol.

Baru berusia 25 tahun beberapa laporan menggambarkan Salah sebagai seorang Muslim yang baik dan banyak membantu orang ramai.

Antara kisah yang banyak diperkatakan mengenai Salah ialah semasa dia bermain untuk kelab Al-Ittihad Alexandria di Mesir.

Pada suatu hari rumah keluarganya dirompak dan penjenayah terbabit ditahan polis dua hari kemudian.

Tidak seperti kebanyakan orang, Salah meminta pihak berkuasa tidak mendakwa perompak terbabit walaupun bapanya berharap hukuman dikenakan ke atas lelaki berkenaan.

Sebaliknya Salah memberikan sejumlah wang kepada perompak berkenaan untuk memudahkannya memulakan hidup baru. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: