Thursday, February 8, 2018

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4893

8 Messages

Digest #4893

Messages

Thu Feb 8, 2018 7:08 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



AMANAH dan Umno berpakat jatuhkan PAS di Kelantan

Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
tranungkite.net

Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mendedahkan beliau mempunyai maklumat mengenai kerjasama Parti Amanah Negara (AMANAH) dan Umno di Kelantan.
Menurutnya, wujud perbincangan antara pimpinan kedua-dua parti itu di Kelantan yang bertujuan untuk menjatuhkan PAS pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14..

"Ambo (saya) ada maklumat, pimpinan AMANAH di Kelantan pergi jumpa pimpinan Umno Kelantan dan berpakat.

"Dalam masa sebulan dua yang lepas mereka berpakat untuk jatuhkan PAS di Kelantan," katanya ketika berceramah di majlis Perasmian Bilik Operasi PAS cawangan Panchor, di Kota Bharu, malam tadi.

Timbalan menteri besar Kelantan itu mendakwa, Umno sudah bersetuju untuk memberikan sejumlah wang kepada AMANAH Kelantan sebagai persediaan menghadapi PRU ke-14.

"Umno setuju nak bagi duit kepada AMANAH untuk buat kerja pilihan raya..

"Saya tak mahu sebut pada malam ini siapa pergi jumpa dengan siapa, tetapi maklumat itu ada," katanya ketika mengulas dan menepis dakwaan mengenai wujudnya kerjasama antara PAS dan Umno.

Mohd Amar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panchor berkata, itu maklumat terbaru yang berlaku dalam senario politik negeri itu hari ini.

Malah beliau memberi jaminan akan bertanggungjawab dengan pendedahan yang dibuat itu.

"Sampai peringkat itu jahatnya puak-puak AMANAH, saya akan bertanggungjawab dengan kenyataan ini.

"Ini nak bagitahu keadaan (sekarang), mereka tuduh kita tak ada bukti, kita ada maklumat. Maklumat itu ada dengan kita.

"Maka sebab itu kita sekarang kena percaya pada pimpinan. Jangan percaya pada media, nak tahu kenyataan sebenar pimpinan kena baca Harakah," ujarnya merujuk akhbar rasmi PAS.

Husam, Wan Rahim ditarik pingat oleh istana Kelantan

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net

Dua pemimpin kanan Parti Amanah Negara (AMANAH) Kelantan kini tidak lagi bergelar Datuk.

Mereka ialah Pengerusi AMANAH Kelantan yang juga bekas speaker dewan undangan negeri (DUN), Wan Abd Rahim Wan Abdullah, dan anggota DUN Salor, Husam Musa.

Husam juga naib presiden AMANAH yang dilantik.

Dalam kenyataannya hari ini Husam memberitahu pingat berkenaan diserahkan semula selaras dengan surat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan petang semalam.

Melalui surat itu katanya mereka dimaklumkan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, bersetuju menarik balik tauliah pelantikan Ahli Yang Kedua (Dato' Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DJMK) yang telah dianugerahkan kepada mereka sebelum ini.

Penarikan balik itu, kata Husam, berkuat kuasa pada 6 Februari 2018.

"Menjunjung sebagaimana dititahkan, kami berdua telah mengembalikan ketandaan darjah kebesaran dan surat pelantikan yang berkaitan kepada Yang Amat Berusaha Pengelola Istana D'Raja pada hari ini, 7 Februari 2018 di Istana Balai Besar.

"Kami mengambil kesempatan ini untuk sekali lagi menjunjung kasih dan mengulangi taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhamad V," katanya.

Untuk rekod Husam dan Wan Abd Rahim adalah antara bekas pemimpin kanan Kelantan semasa bersama PAS suatu ketika dulu.

Kini cuma cikgu

Selain menjadi speaker DUN Kelantan Wan Abd Rahim juga pernah diberi kepercayaan sebagai pengarah pilihan raya PAS.

Husam pula pernah dilantik sebagai exco kanan semasa kerajaan negeri itu ditadbir Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Antara persamaan yang ada pada mereka ialah, kedua-duanya pernah berkhidmat sebagai setiausaha politik kepada bekas mursyidul am PAS itu.

Krisis dalaman PAS membawa kedua-dua mereka terkeluar daripada parti itu, dengan Husam dipecat atas alasan dia melanggar perlembagaan parti.

Pemecatan Husam itu diumum Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib PAS, Dr Sanusi Daeng Mariok, pada 6 Mei 2016.

Mereka kemudian menyertai AMANAH.

Sementara itu semakan di akaun Facebook Wan Abd Rahim mendapati beliau memuat naik status ringkas kira-kira tengah malam tadi.

Tanpa memberi butiran lanjut bekas ADUN Tanjung Mas dan anggota parlimen Kota Bharu itu sekadar menulis namanya yang dikenali ramai sebelum ini: Cikgu Wan Rahim.

Semakan Malaysiakini terhadap laman sesawang Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa yang berada di bawah Jabatan Perdana Menteri, Husam dianugerahkan darjah kebesaran DJMK pada 2006.

Ketika itu dia masih menjadi exco Kelantan.

Wan Abd Rahim pula menerima pingat kebesaran itu dua tahun lebih awal, iaitu semasa masih berkhidmat sebagai speaker DUN Kelantan.

Sama ada Husam atau Wan Abd Rahim, kedua-duanya tidak menerima sebarang pingat kebesaran lain dari mana-mana negeri atau peringkat persekutuan.

Istana Kelantan turut tarik pingat Mahathir

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net

Sehari selepas menarik balik darjah kebesaran dua pemimpin kanan Parti Amanah Negara (AMANAH), istana Kelantan melakukan tindakan sama ke atas bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Penarikan balik pingat kebesaran Darjah Kebesaran itu dinyatakan pihak istana melalui sepucuk surat yang diterima pihak Dr Mahathir hari ini.

Surat itu bertarikh 6 Feb lalu dan dihantar ke rumah Dr Mahathir di Seri Kembangan.

Semakan menunjukkan pingat yang ditarik balik itu ialah Darjah Kerabat (DK) Al-Yunusi Kelantan yang diterima Dr Mahathir pada April 2002.

Sumber memberitahu Malaysiakini, Dr Mahathir sedang dalam proses menyerahkan semula pingat berkenaan.

Ia dikurniakan oleh Sultan Kelantan ketika itu Tuanku Ismail Petra dalam satu istiadat di Istana Balai Besar, Kota Bharu.

Dalam titah ucapannya baginda menjelaskan penganugerahan DK kepada Dr Mahathir itu dibuat sebagai menghargai peranan serta sumbangan beliau selama ini..
Semalam Malaysiakini melaporkan istana Kelantan menarik balik pingat yang membawa gelaran Datuk kepada Naib Presiden AMANAH Husam Musa dan pengerusi parti itu bagi Kelantan Wan Abd Rahim Wan Abdullah.

Sama seperti surat yang dihantar kepada Husam dan Wan Abd Rahim, makluman mengenai penarikan balik pingat buat Dr Mahathir juga ditandatangani Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Mohd Faudzi Che Mamat.

Bagaimanapun untuk rekod penarikan semula pingat kebesaran istana Kelantan itu bukanlah sesuatu yang baru.

Sultan Kelantan pernah melakukan penarikan balik anugerah itu pada 2010 membabitkan beberapa individu termasuk Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali.

Kenapa DAP Menyembunyikan Peruntukkan kepada agama-agama lain?

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net


Saya banyak berhujah dengan puak-puak PAN dan IKRAM yang kini makin menjadi-jadi untuk menjilat apa yang DAP buat seolah-olah DAP ini satu parti yang benar-benar memperjuangkan Islam.

Dalam banyak hal tak semua yang DAP buat itu tak benar, ada yang dibuatnya sangat bagus. Sikap kemantangan berpolitik harus menilai sesuatu dengan 'mata hati' bukan dengan 'nafsu dan dengki'. Seperti yang Presiden PAS menekan dalam muktamar lalu politik matang dan sejahtera. Pasal itu sikap PAS dengan UMNO tidak seperti dulu, kini membuka ruang dakwah dan PAS tidak membangkang membabi buta. Ada perkara baik daripada UMNO perlu kita sokong demi untuk kemakmuran rakyat yang berbilang pandangan dan pendapat politik.

Belajar bagaimana cucu Baginda s.a.w. mengambil jalan damai untuk kepentingan Islam. Jalan damai adalah pilihan terbaik.

Yang ini PAN dan IKRAM tak faham, walaupun mereka belajar sirah nabawiyyah.

Saya dah menjawab pasal Imam Masjid al-Aqsa 'berpeluk' dengan Lim Guang Eng. Ada boleh baca di sini.

Ada forumer laman Tranungkite membuat komen pasal Abu Musa Al-Asya'ari tertipu dalam perjanjian Tahkim. Katanya saya ambil sumber syiah. Untuk makluman anda sirah mengenai perpecahan politik dan mazhab akibat perseketaan Saidina Ali dan Muawiyyah perlu dibaca dihalusi dengan berdasarkan banyak sumber. Jangan kita membaca satu sumber lalu kita menghukum orang lain tak betul membuat kesilapan dalam membuat rumusan. Saya tak pernah membuat rumusan kerana saya bukan penulis sirah. Saya mengambil rumusan daripada satu sumber yang kuat. Apa yang saya simpulkan adalah berdasarkan kepada politik Islam. Ok kita tutup di sini.

Berbalik pula kepada para ta'asud DAP.

Sebelum ini mereka berhujah kata mereka lihat DAP buat pada Islam. Setelah DAP memerintah peruntukkan kepada agama Islam telah meningkat setiap tahun..

Saya tak menolak ada peningkatan setiap tahun berbanding dengan UMNO yang nama sahaja Islam tetapi mereka perosak agama.

Saya telah menulis mengenai perkara ini berhubung tajuk "DAP Taja RM15 juta Untuk Bina Sekolah Agama Milik IKRAM"

Memang tak dinafikan DAP meningkatkan peruntukan kepada KAFA. Tapi tahukan anda bahawa DAP juga meningkat berkali-kali ganda untuk peruntukkan sekolah mubaligh KRISTIAN.

Cuba kita bayangkan 5 SJKC menerima 1.5 juta,19 SAR menerima hanya 1.3 juta pada tahun 2009.

Manakalah 2011 pula sekolah agama rakyat hanya menerima peruntukan sebanyak RM1.8 juta berbanding Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina menerima peruntukan sebanyak RM3.8 juta, SJK Tamil (RM1.7 juta) dan Sekolah Mubaligh (RM850,000)

Pada 21 Mei 2016 Roketkini.com laman rasmi DAP telah mengeluarkan kenyataan bahawa DAP telah mengeluarkan peruntukkan 41.6 juta untuk semua sekolah dan pendidikan Islam bagi tahun 2016.

Tapi DAP menyatakan berapa peruntukkan untuk sekolah-sekolah mubaligh agama lain seperti KRISTIAN dsbnya?

Kenapa DAP menyembunyikan jumlah sebenar peruntukan kepada sekolah-sekolah agama lain? Kenapa DAP tak menyatakan sikap MALAYSIAN-MALAYSIAN dimana semua agama mendapat peruntukkan sama?

Mengikut sumber DAP mengeluarkan 128.2 juta peruntakkan kepada sekolah-sekolah agama lain. Lihat beza dengan 41.6 juta?

Itu saya kata puak-puak PAN sanggup menjilat DAP kerana ada pemimpin-pemimpin mereka yang kini bergerak aktif mendapat peruntukan bulanan 30k, 20k dan 15k melalui GLC. Lidah mereka menjadi kelu.

Apa bezanya PAN, IKRAM dan UMNO?

Kita selalu perli dapat BR1M rakyat bodoh, diam sedangkan UMNO banyak menghabiskan duit ke tempat lain.

Apa bezanya dengan DAP?

Haji Hassan Omar
http://hajihassanomar.blogspot.com

Note: Artikel ini dikeluarkan semula supaya orang Islam sedar permainan DAP memperbanyakkan peruntukan kepada Islam dengan alasan untuk mengambil jumlah yg lebih besar untuk Bukan Islam atas dasar Malaysian Malaysian. - WM

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Feb 8, 2018 7:08 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



"Penyertaan Hafizh Syahrin Di MotoGP 100 Peratus Sah," CEO SIC Sahkan Monster Yamaha Tech3 Jadi Destinasi Baru 'Pescao55'
siakapkeli.my

6 Feb - Siapa tidak kenal dengan Hafizh Syahrin yang sebelum ini seorang pelumba bagi pasukan Petronas Raceline Malaysia kini sah menyertai pasukan Monster Yamaha Tech3 dalam kelas MotoGP untuk musim 2018.

Perkara ini disahkan sendiri oleh pihak Litar Antarabangsa Sepang (SIC) menerusi Ketua Pengarah Eksekutif nya, Datuk Razlan Razali yang menjadi tulang belakang kepada penyertaan Hafizh di MotoGP, lapor Harian Metro

Spekulasi yang bertiup kencang sebelum ini akhirnya menjadi kenyataan dan peluang untuk melihat pelumba dari Malaysia berada di kelas perdana itu kini menjadi realiti.

"Bagi saya, Herve (Poncharal), Dorna dan Yamaha, (penyertaan Hafizh di MotoGP) 100 peratus sah," kata Razlan yang pada ujian rasmi MotoGP di Sepang baru-baru ini mengadakan pertemuan bersama Poncharal dan pihak pengurusan Dorna bagi membincangkan penyertaan Hafizh di MotoGP pada tahun 2019 dan 2020.

Herve Poncharal

Menurut Razlan lagi, Herve Poncharal yang merupakan Prinsipal pasukan tersebut bersetuju untuk menawarkan tempat buat Hafizh Syahrin di MotoGP dan sebaik saja selepas itu, Ketua Pegawai Eksekutif Dorna, Carmelo Ezpeleta turut menyatakan persetujuan penuh tenatnag perkara itu.

Pihak Yamaha menyatakan persetujuan 100 peratus dan memilih Hafizh Syahrin sebagai calon utama bagi mneggantikan tempat yang ditingglakn oleh Jonas Folger.

"Ada tiga nama termasuk Hafizh dan tanpa perbincangan lanjut, Yamaha Jepun memilih Hafizh dan mereka juga sudah berbincang dengan Yamaha Hong Leong (Malaysia), Thailand dan Indonesia, di mana mereka bersetuju Hafizh menjadi pelumba pasukan untuk tahun ini," kata Razlan.

Razlan turut menyatakan beliau akan ke Buriram untuk tindakan lanjut mengenai kontrak dan sebagainya bersama pasukan berpangkalan di Perancis itu.

Namun, Poncharal dalam laman web rasmi MotoGP hari ini berkata, pasukannya akan menilai Hafizh bermula di ujian rasmi di Buriram nanti dan keputusan muktamad mengenai pelumba keduanya hanya akan dibuat selepas itu.

Hafizh Syahrin mewakili pasukan Petronas Raceline Malaysia yang berada di kelas Moto2 pada musim 2017 telah berjaya menempatkan dirinya sebagai 10 pelumba terbaik pada musim itu untuk kelas Moto2 dan berjaya meraih podium sebanyak 2 kali. - Siakapkeli.my

"Selamat Tinggal Gadis Litar" Tiada Lagi Kelibat Gadis Cantik Pada Formula 1 2018
siakapkeli.my

Kita seringkali melihat kelibat gadis-gadis cantik menghiasi litar Formula 1. Namun, gadis-gadis litar yang cantik dan seksi ini tidak akan lagi ditampilkan pada perlumbaan Formula 1 bermula musim 2018.

Menurut sumber, pengurusan sukan itu memaklumkan keputusan berkenaan dibuat menjelang permulaan kempen baru Mac ini. Ketua Komersil F1, Sean Bratches menyifatkan amalan sekian lama itu satu percanggahan norma sosial dunia moden.

"Sejak tahun lalu, kami meneliti beberapa perkara yang kami rasakan perlu diperbaiki, supaya ia lebih sejajar dengan visi sukan hebat ini.

"Amalan meletakkan gadis litar sudah menjadi kebiasaan dalam Formula 1 sejak berdekad-dekad lalu, dan kami merasakan amalan ini tidak lagi menggambarkan nilai jenama dan bercanggah dengan norma sosial dunia moden.

"Kami tidak percaya amalan ini sesuai atau relevan dengan sukan Formula 1, peminatnya, sama ada lama dan baru di seluruh dunia," jelas Bratches.

Umum mengetahui, gadis litar dan model promosi digunakan secara meluas di grand prix F1. Lazimnya mereka berperanan memegang papan tanda untuk pemandu di litar. Gadis litar juga akan mengiringi pemandu sebelum perlumbaan dan selepas perlumbaan sekiranya pemandu berkenaan menaiki podium.

Keputusan menghentikan penampilan gadis litar juga turut disambut baik badan sukan Women's Sport Trust UK.

"Terima kasih F1 kerana menamatkan khidmat gadis litar. Satu lagi sukan membuat pilihan jelas mengenai apa yang mereka perjuangkan," badan itu menjelaskan dalam satu kenyataan.

Sebelum ini F1 pernah menggunakan khidmat model lelaki pada Monaco GP 2015 sebagai cubaan untuk membuat perubahan. Namun tindakan itu dikritik juara dunia empat kali Sebastian Vettel.

Menurut sumber, F1 bukan yang pertama menghentikan penampilan wanita pada acara sukan mereka. Sebelum ini Perbadanan Sukan Dart Profesional (PDC) turut umum menamatkan serta merta penggunaan wanita bagi mengiringi pemain ketika sesuatu perlawanan.

Siakapkeli.my

Sumber : Astro Awani

"Tolong Habiskan Game Saya," Sempat Tinggal Pesan Pada Rakan, Lelaki Ini Lumpuh Selepas Main 'Game' 20 Jam Tanpa Henti
siakapkeli.my

1 Feb - baru-baru ini, seorang kaki game dari China terpaksa dikejarkan ke hospital selepas dikatakan lumpuh dari paras pinggang ke bawah akibat bermain video game berterusan selama 20 jam di kafe internet di Beijing.

Namun, walaupun lelaki tersebut telah diletakkan di atas pengusung, dia masih sempat memesan kepada rakannya untuk menghabiskan permainan itu, lapor Daily Mail.

Lelaki itu dikatakan pada mulanya ingin pergi ke tandas sebelum menyedari separuh badannya kaku dalam kejadian di Jiaxing.

"Dia kelihatan seperti dia tidak dapat bergerak sepenuhnya dan kami terpaksa menghubungi ambulan," kata rakannya.

Sebuah video telah tersebar yang menunjukkan dia dipapah oleh rakannya dan anggota paramedik untuk dibawa ke hospital.

Lelaki tersebut masih lagi mendapatkan rawatan di hospital dan tiada perkembangan mengenainya selepas itu.

Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Feb 8, 2018 7:08 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



"Tatu Tetap Haram Walaupun Sementara" – Dai' Wan

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
tranungkite.net


SEKARANG seperti sudah menjadi 'trend' tersendiri bagi anak muda masa kini yang gemar mengenakan lakaran tatu pada anggota badan.

Senario yang dilihat memberi risiko negatif terhadap remaja itu telah menarik perhatian pendakwah muda, Dai Wan untuk tampil menjelaskan mengenai hukum berbuat demikian.

Wan atau nama sebenarnya, Wan Dazrin Wan Din berkata tindakan melakar tatu di mana-mana bahagian anggota badan adalah haram di sini Islam meskipun ia hanyalah tatu sementara.

Jelasnya lagi, perbuatan itu adalah sekeras-kerasnya dilarang oleh Allah SWT sebagaimana termaktub dalam firman Nabi Muhammad SAW:

"Menurut riwayat Bukhari dan Muslim, Allah melaknat wanita-wanita yang mentatu dan meminta untuk ditatu.

"Manakala, Al Imam Ibnu Hajar pula berkata, hal ini sama sahaja lelaki dengan perempuan. Maksudnya, dua-dua tak boleh pakai tatu yang bersifat kekal sebab perbuatan itu dilaknat Allah.

"Kita dianggap telah ubah ciptaan Allah kerana tatu original ni tak boleh ditanggalkan dan melekat selamanya di badan," kata bekas peserta Da'i Pendakwah Milenia musim kedua itu dipetik Mstar Online.

Ketika diminta untuk mengulas mengenai trend anak muda termasuk artis tanah air yang gemar mengenakan tatu bersifat sementara, Dai Wan berkata hal itu tidak salah untuk golongan wanita.

Ini kerana ia dianggap sebagai hiasan namun menjadi satu kesalahan buat kaum Adam pula.

"Perempuan dibenarkan mengenakan inai dengan corak bunga yang seakan bertatu dan hukumnya harus selagi tidak ada gambar binatang dan tanda ke arah kemaksiatan atau lucah.

"Tetapi lelaki pula, ulama terdahulu hingga kini cenderung mengharamkan lelaki untuk mengenakan sebarang corak lukisan pada badan.

"Ada pendapat daripada Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menerusi Bayyan Linnas: Irsyad Fatwa ke-157 'Hukum lelaki memakai inai'.

"Beliau berpendapat seperti semua ulama yang terdahulu juga iaitu tidak dibenarkan," ujar bekas graduan Universiti Islam Antarabangsa dalam jurusan Kewangan Islam itu. – MYNEWSHUB.CC/AM

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Feb 8, 2018 7:09 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



BPMS: Berdakwah bukan menuduh

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net


Firman Allah:

وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلًا مِّمَّن دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ (33) وَلَا تَسْتَوِي الْحَسَنَةُ وَلَا السَّيِّئَةُ ۚ ادْفَعْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ فَإِذَا الَّذِي بَيْنَكَ وَبَيْنَهُ عَدَاوَةٌ كَأَنَّهُ وَلِيٌّ حَمِيمٌ (34) وَمَا يُلَقَّاهَا إِلَّا الَّذِينَ صَبَرُوا وَمَا يُلَقَّاهَا إِلَّا ذُو حَظٍّ عَظِيمٍ (35) (سورة فصلت: ٣٣-٣٥)

"Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah (Islam), serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya Aku adalah dari orang-orang Islam! (Tegas beristiqamah tanpa sembunyi)" (33) Dan tidaklah sama (kesannya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah kejahatan yang dilakukan kepadamu dengan cara yang lebih baik. Apabila Engkau berlaku demikian, maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan (bertukar) menjadi seolah-olah seorang sahabat karib. (34) Dan sifat yang terpuji ini tidak dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang-orang yang bersikap sabar, dan tidak juga dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang yang mempunyai bahagian yang besar yang di kurniakan (daripada Allah kebahagiaan dunia dan akhirat). (35) Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari syaitan, maka hendaklah engkau meminta perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui." - (Surah Fussilat: 33-35)

Demikianlah petunjuk Allah kepada Rasulullah S.A.W dan pengikut yang menyambung perjuangannya di sepanjang zaman. Berdakwah dan berpolitik secara matang dan sejahtera untuk menyelamatkan manusia bersama Islam seramai mungkin, walaupun terpaksa mengorbankan diri, laksana lilin yang bersedia membakar diri, demi memberi cahaya kepada semua. Bukan laksana monyet yang melompat dan bergayut mencari-mencari di pokok yang kelihatan lebat buahnya. Sepatutnya menjadi seperti pokok yang berbuah, bersedia menggugurkan buah yang masak kepada kanak-kanak nakal yang melontarkan batu dan kayu ke arahnya.

Maka Rasulullah S.A.W memaafkan orang yang memfitnah, orang yang cuba membunuhnya dan telah membunuh para sahabat dan keluarga kesayangannya. Sebabnya adalah fadilat menyelamatkan seseorang bersama Islam membawa kebaikan di dunia dan pahala yang berpanjangan sehingga ke Hari Akhirat.

Apabila mencapai kemenangan Fathu Makkah yang berada dalam keadaan paling kuat, Baginda S.A.W mengisytiharkan pengampunan beramai-ramai, termasuk kepada kalangan yang disenaraikan kesalahan yang besar dan berat. Bukan seperti Revolusi Barat (Liberal Kapitalis) dan Timur (Komunis dan Sosialis) yang mengorbankan mangsa dendam yang jumlahnya sangat menggerunkan. Benarlah apa yang berlaku selepasnya, mereka yang bermusuh itu menjadi sahabat yang setia dan rela berjuang bersama menegakkan Islam.

Generasi awal PAS dapat menyaksikan kesusahan dan pengorbanan sejak perjuangan menentang penjajah sehingga pasca kemerdekaan dan selepasnya. PAS menyokong ISA kerana menentang komunis yang masih bermaharaja lela dan mengancam keselamatan negara. PAS menyertai kerajaan campuran dan penubuhan BN selepas Peristiwa 13 Mei 1969 kerana mengukuhkan kedudukan umat Islam. Namun selepasnya, PAS pula menjadi mangsa ISA, dirampas kerajaannya di Kelantan, Peristiwa Memali yang mengorbankan pengikut setianya, dicekik Kelantan selepas kemenangan 1990 supaya tidak bernafas, dirampas royalti Terengganu apabila PAS berjaya memerintah semula 1999 dan dinafikan juga hak Kelantan.

Namun, PAS telah berjaya menyelamatkan umat Islam yang jahil akidahnya sehingga dicetuskan isu kafir mengkafir oleh gejala menghina hukum Islam disebabkan kejahilan umat dan kelemahan para ulama, serta kerakusan pemimpin negara menghina Islam. PAS mengambil pendekatan dakwah bukannya menghukum yang menjadi lapangan para mufti dan qadi yang sangat malang dipenjarakan oleh undang-undang warisan penjajah yang belum dirungkai.

PAS mengambil pendekatan menyatakan batas-batas iman dan kufur sehingga berjaya menyedarkan umat dan melenyapkan suara menghina Islam di kalangan umat Islam sendiri. Kini hanya tinggal suara yang terpencil laksana harimau tua tidak bergigi yang melepak di hutan rimba, dan kalangan bukan Islam yang memberanikan diri tanpa menghormati Perlembagaan Persekutuan dan sensitiviti umat Islam yang telah bangkit semula bersama arus kesedarannya.

PAS terus memilih demokrasi yang sinonim dengan ajaran Islam, bukannya demokrasi yang menipu rakyat yang masih jahil dan bodoh politiknya. Kalaulah rakyat Amerika yang dikatakan paling maju dan bebas, boleh terbabas memilih Presiden yang samseng dan bodoh semata-mata kerana kaya hartanya dan penguasaan media oleh Zionis, sehingga nafsu memintas akalnya. Maka kewajipan kita menyelamatkan rakyat di sini supaya tidak memilih yang dikitar semula melalui filem lama yang ditayangkan, khususnya kepada Melayu yang mudah lupa. Apa yang dibimbangkan pengaruh media sosial tanpa sempadan yang boleh menjadi tentera upahan musuh Islam.

PAS wajib memperkenalkan budaya politik damai tanpa perpecahan rakyat, sama ada kalangan umat Islam yang berbeza pendekatan dan rakyat bukan Islam yang berbeza agama dan budaya.

PAS menegaskan Islam wajib memimpin dan memerintah atau mempengaruhi pemerintah dengan nasihat yang wajib menegakkan konsep adil terhadap semua dan memelihara hak asasi manusia tanpa mengira agama dan bangsa.

PAS mengambil pendekatan bertanding dalam pilihan raya tanpa berkelahi dan berpecah, melalui konsep ta'awun.

PAS mesti bertanding seberapa banyak kawasan kerana cita-cita memerintah negara, bukannya angan-angan Mat Jenin yang memanjat pokok yang berbuah sahaja walaupun bergayut di dahan yang rapuh sehingga membunuh diri sendiri, kerana budaya PAS bukan memanjat pokok yang berbuah, tetapi sanggup memanjat pokok yang tidak berbuah dan belum berbuah kerana keyakinannya akan berbuah apabila tiba masanya kalau dibajakan atau dicantas dahannya. PAS sabar berlalunya masa yang panjang, biar lambat asalkan selamat.

Al-Quran memaparkan kisah yang benar apabila Nabi Nuh A.S yang dikatakan mustahil mencapai kemenangan bersama segelintir pengikut dalam perjuangan yang terlalu panjang masanya, akhirnya mencapai kemenangan dengan izin Allah. Selain itu, dipaparkan juga kisah yang benar, apabila Nabi Musa dan Harun A..S yang dianggap mustahil dapat menjatuhkan Firaun yang kaya dan kuat, serta terlalu ramai bala tenteranya, namun Allah menenggelamkannya dengan mudah ke dalam laut.

Sejarah Islam memaparkan kaum Tartar yang paling ganas membakar dan membunuh Baghdad dan pusat kerajaan Islam Abbasiyah, akhirnya kalangan pemimpin kaum Tartar juga menganut Islam dan menegakkan Islam. Ini membuktikan Islam berjaya menempa sejarah luar biasa dapat mempengaruhi penjajahnya kerana berkat jati diri beristiqamah bersama Islam, walaupun kebiasaannya rakyat akan terpengaruh dengan penjajahnya. Firman Allah:

قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَن تَشَاءُ وَتَنزِعُ الْمُلْكَ مِمَّن تَشَاءُ وَتُعِزُّ مَن تَشَاءُ وَتُذِلُّ مَن تَشَاءُ ۖ بِيَدِكَ الْخَيْرُ ۖ إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ (آل عمران: ٢٦)

"Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu."

(Surah Ali-Imran: 26)

Paling penting ialah terus beristiqamah bersama Islam, setia kepada baiah, taat kepada pemimpin selagi tidak bercanggah dengan Islam daripada nas yang nyata, sama ada bersetuju atau tidak apabila telah diputuskan. Inilah adab dan akhlak kita berjamaah yang ditunjuk oleh Allah dan diajar oleh Rasulullah S.A.W. Kalau tidak, maka sia-sia di dunia yang dicita-citakan dan celaka di Akhirat yang menjadi wawasan.

Politik Islam berkonsepkan budaya matang dan sejahtera, tidak sama dengan politik barat sehingga matlamat menghalalkan cara yang haram dan merosakkan dunianya dan tidak ada wawasan Akhirat.

"Sejahtera Bersama Islam"

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 12 Jamadil Awal 1439 / 29 Januari 2018

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Feb 8, 2018 7:09 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Ini Makna Disebalik Stiker Pada Buah Yang Menentukan Buah Itu Ditanam Secara Organik, Penggabungan Genetik atau Konvensional (Racun Serangga)
siakapkeli.my

Jika anda perasan setiap kali membeli buah disupermarket, sebahagian daripada anda mungkin menyedari bahawa setiap buah yang dijual pasti akan ada stiker diatasnya. Kewujudan stiker itu pasti tidak dipedulikan namun sebenarnya menyimpan maklumat tentang bagaiman buah-buahan tersebut ditanam.

Memetik sebuah artikel, setiap stiker pada buah memiliki kod yang disebut PLU, singkatan daripada price look-up number. Ada tiga kod yang berbeza yang mengidentifikasikan apakah buah tersebut ditanam secara konvensional, organik atau melalui perkahwinan genetik.

Untuk penjelasan lebih lanjut, anda boleh membaca perkongsian daripa Lin Chalo ini yang mengulas maksud tersirat kod buah yang ada pada setiap stiker yang ditampal diatasnya. Semoga perkongsian ini bermanfaat dan menjadikan anda lebih berhati-hati dalam pemilihan sumber buah yang terbaik.
PLU Code

Kalau anda perasan, kadang-kadang ada buah yang mempunyai pelekat yang tertera 4 atau 5 digit.

Ia adalah PLU Code. Setiapnya mempunyai maksud tertentu.

1) Mempunyai empat digit dan dimulai dengan nombor 3 atau 4

- Ini menunjukkan sayur atau buah tersebut ditanam secara konvensional; yang mana kemungkinan besar ada penggunaan racun serangga (pesticides).

- Makanya sebelum nak makan tu silakan basuh properly. Basuh bersih-bersih kalau ada sabun khas organik untuk basuh buah-buahan dan sayur-sayuran silalah beli dan guna di rumah.

2) Mempunyai lima digit dan dimulai dengan nombor 8

- Ini menunjukkan tumbuh-tumbuhan atau haiwan adalah Genetically Modified Organism (GMO).

- Maksudnya tumbuh-tumbuhan atau haiwan tersebut dihasilkan melalui kaedah bioteknologi penggabungan gen.

- Seboleh-bolehnya elakkan GMO ni. Sebab ia boleh menghasilkan toksin dalam badan dan menimbulkan macam-macam penyakit.

3) Mempunyai lima digit dan dimulai dengan nombor 9

- Sayur-sayuran dan buah-buahan ni ditanam secara organik. Maksudnya ditanam tanpa racun serangga. Makanan organik adalah yang terbaik tapi kosnya agak mahal.

Bukan semua produk makanan ada PLU Code sebab benda ni tak diwajibkan pun. Kalau ada bajet lebih makanan organik itulah yang terbaik. Saya suka cari sayur yang ada bekas-bekas gigitan ulat. Kalau rasa mahal boleh start tanam sayur-sayuran sendiri.

Kalau takde bajet nak beli yang organik dan tak kuasa pula nak tanam sendiri, pastikan sayur-sayuran & buah-buahan tu basuh bersih-bersih. Guna garam ka, pencuci sayur & buah organik ka dan sebagainya.

Jangan culas bab ni sebab walaupun racun serangga yang digunakan ke atas sayur-sayuran tu katanya di bawah paras bahaya tapi kalau dah simpan sikit-sikit dalam badan lama-lama boleh jadi toksin.

Makanan semulajadi adalah yang terbaik tapi pastikan ia adalah dari sumber yang terbaik juga.

Semoga bermanfaat.

Marilah kita start berkebun.

Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Feb 8, 2018 7:11 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Tudung Akhir Zaman: Antara Tuntutan Syariat Dan Kegilaan Berfesyen
siakapkeli.my

Setiap umat Islam diwajibkan untuk menutup aurat baik lelaki mahupun perempuan. Bagi lelaki auratnya daripada pusat hingga ke paras lutut, bagi perempuan pula auratnya adalah keseluruhan tubuh kecuali muka dan dua tapak tangan hingga ke pergelangan tangan.

Selain disyariatkan untuk memakai pakaian yang tidak menjolok mata, kaum hawa juga diwajibkan menutup aurat dikepala dengan memakai tudung. Namun pun begitu, hari ini ramai daripada mereka mula mengenakan tudung atau hijab dalam pelbagai bentuk seolah-oleh ianya sudah menjadi satu fesyen atau trend hangat masa kini.

Perkembangan trend pula dilihat semakin bervariasi dengan segala macam jenis, bentuk, warna dan cara pemakaian yang boleh digayakan. Walaupun begitu, ramai diantara mereka yang memakai tudung tetapi dengan cara penggayaan yang salah dan tidak mengikut tuntutan syariah dalam panduan menutup aurat.

Ikuti coretan daripada Muhammad Shafri yang mengulas isu tudung berfesyen yang semakin menjadi ikutan wanita zaman kini tanpa menghiraukan panduan menutup aurat sempurna.

Kepada perempuan di luar sana tolonglah berhenti pakai tudung bawal, tudung shawl atau apa sahaja jenis tudung yang belit dekat leher lepas tu ikat belakang sampai nampak dada dan leher. Berfesyen tidak salah tapi jangan jadikan fesyen itu fesyen yang di benci oleh Allah.

Pakai tudung brand yang mahal-mahal lagi trendy masa kini. Harga ratusan ringgit tapi bila pakai yang di belakang labuh dan yang di depan pula bagai tak cukup kain. Wahai perempuan bila pakai tudung tolonglah tutup aurat dengan sempurna.

Allah dah bagitahu dalam Al-Quran labuhkan kain tudung hingga menutupi dada dan haram hukumnya mendedahkan aurat sekalipun hanya 'bentuk aurat' kepada bukan mahram.

Sebenarnya niat kalian pakai tudung kerana Allah atau kalian pakai tudung sekadar nak ikut trend masa kini? Bak kata pepatah, "Tepuk dada tanyalah selera". Kalau niat kalian pakai tudung kerana Allah saya harap selepas ini kalian boleh melabuhkanlah kain tudung kalian hingga menutupi dada-dada kalian.

Wahai perempuan,

Kalian nak nampak cantik pada pandangan manusia atau nak nampak cantik pada pandangan Maha Pencipta? Nak raih pandangan manusia atau nak raih pandangan Allah? Bernilai sangat ke pujian manusia yang belum tentu ikhlas pada mata kamu itu?

Berhentilah dambakan perhatian dan pujian daripada manusia. Lagi-lagi daripada seorang lelaki. Kerana hidup ini yang kita mahu adalah redha Allah, bukannya perhatian dan pujian manusia.

Sedarlah bahawa kalian adalah sebaik-baik perhiasan dunia. Dan di dunia ini wanita solehah tidak pernah lenyap kerana wanita solehah itu adalah kalian yang tinggi cintanya kepada Allah dan Rasulullah.

Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Feb 8, 2018 7:11 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



'Ajal Cuti Sekolah', Kanak-Kanak Maut Tertusuk Sabit Datuknya Yang Terpelanting Ketika Mengait Buah Sawit
siakapkeli.my

Ringan tulang seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun, meninggal dunia ketika membantu datuknya mengait buah sawit dikebun kelapa sawit milik keluarga mereka di Bagan Datuk, Perak.

Kejadian pukul 2 petang itu berakhir dengan tragedi apabila sabit yang digunakan untuk mengait sawit itu tercampak dan tertusuk tepat didadanya.

Kanak-kanak ini semasa kejadian dipercayai menemani datuknya ke ladang sawit sempena cuti sekolah ini. Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar berkata, "siasatan awal mendapati mangsa telah mengikuti datuknya untuk pergi mengait sawit sempena cuti sekolah sekitar jam 9.30 pagi, dan ketika datuknya mengait sawit, tiba-tiba buah sawit telah jatuh bersama sabit melalui kayu kait."

"Senjata itu kemudian melantun mengenai dada mangsa di sebelah kiri.. Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia akibat parah di dada kirinya, mangsa yang pada awalnya hanya mengalami cedera segera dibawa ke Klinik Kesihatan Sungai Batang namun disahkan meninggal dunia ketika dirawat."

"Datuk mangsa tidak terlibat dengan kes ini kerana ia berlaku secara tidak sengaja."

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Semoga keluarga mangsa tabah dengan apa yang berlaku dan semoga roh adik ini ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Al-Fatihah.

Siakapkeli.my

Sumber: Astro Awani

ORANG MUDA BADAN SIHAT BUAT KERJA HARAM PATUT MALU DENGAN ATUK NI...
bloglist-malaysia.blogspot
naimnikmat.blogspot.
Dicatat oleh Na'im Nikmat

Patutlah Pasukan Selangor Tak Boleh Guna Stadium Shah Alam.. Ini Puncanya

bloglist-malaysia.blogspot
addindeen.com
Posted by Addin

Patutlah Pasukan Selangor Tak Boleh Guna Stadium Shah Alam.. Ini Puncanya. Stadium Shah Alam (SSA) akan diserahkan kepada Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) jika Barisan Nasional (BN) berjaya merampas Selangor pada pilihan raya umum akan datang.

Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata, pasukan bola sepak Selangor kini seperti pelarian kerana tidak memiliki gelanggang rasmi untuk saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2018.

Patutlah Pasukan Selangor Tak Boleh Guna Stadium Shah Alam.. Ini Puncanya. "Ini janji kita kalau BN menang, hari ini kita menang, esok kita akan berikan stadium kepada FAS. Menteri besar Selangor perlu hormati pasukan 'The Red Giant'.

"Pasukan ini sudah puluhan tahun mencipta nama. Bayangkan kalau pasukan bola yang mempunyai ribuan penyokong, akhirnya dikecewakan kerana ada unsur politik.

"Maka yang menjadi mangsa adalah anak muda, penyokong merah kuning," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

Buat masa ini Stadium Shah Alam menjadi gelanggang rasmi pasukan bola sepak PKNS F.C sejak semusim yang lalu.

Skuad Red Giant disahkan akan menggunakan Stadium Majlis Perbandaran Selayang untuk saingan Liga Malaysia 2018.

Patutlah Pasukan Selangor Tak Boleh Guna Stadium Shah Alam.. Ini Puncanya
Bagaimanapun, perlawanan membabitkan pasukan Selangor di Selayang akan diadakan di sebelah petang mengambil kira lampu limpah yang tidak menepati syarat untuk membenarkan aksi di sebelah malam.

Noh berkata, inilah akan terjadi sekiranya Selangor ditadbir menteri besar yang hanya tertumpu pada isu politik.

"Dia mungkin marah dengan pemimpin BN tetapi yang jadi mangsa bukan sahaja pasukan merah kuning, tetapi turut melibatkan penyokongnya.

"Saya tidak tahulah apa nasib pasukan bola sepak ini. Mengapa hendak campur adukkan diantara sukan dan politik," katanya.

Presiden FAS Datuk Seri Subahan Kamal sebelum ini berkata, tidak adil sekiranya kerajaan negeri menyatakan Stadium Shah Alam milik kerajaan Selangor.
Patutlah Pasukan Selangor Tak Boleh Guna Stadium Shah Alam.. Ini Puncanya
"Kami mahu 'balik kampung' pada tahun ini selepas beraksi di Selayang musim lalu, namun hasrat tidak kesampaian kerana kerajaan negeri tidak membalas sebarang surat permohonan yang dikemukakan.

"Mereka juga tidak mahu bertemu kami untuk mengadakan perbincangan. Bukannya kami mahu beraksi secara percuma di Stadium Shah Alam kerana kami turut diminta bayar untuk menggunakan stadium itu sebelum ini," katanya. - free malaysia today

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Feb 8, 2018 7:12 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Dikecam, Netizen 'Belanja' Hasil Logo Visit Malaysia
MYNEWSHUB
bloglist-malaysia.blogspot
dialograkyat.blogspot.
Dicatat oleh ELBI RISALAH


REALITINYA, ini bukan kali pertama rakyat Malaysia berganding bahu mengeluarkan idea bernas dalam membicarakan rekaan logo yang dihasilkan oleh sesebuah jabatan kerajaan atau pihak kementerian.
Sambutan Hari Kemerdekaan contohnya sering dijadikan 'mangsa' kritikan netizen yang mempertikai kualiti dan idea yang dihasilkan oleh individu yang diamanahkan pihak atasan.

Penghasilan logo atau poster bagi sesuatu sambutan atau festival dianggap sangat penting kerena ia mencerminkan imej dan lambang dedikisi buat sesebuah negara.

Namun bagi tahun ini, penghasilan logo 'Visit Malaysia' atau Tahun Melawat Malaysia 2020 membuka tirai dengan rekaan poster yang mencetuskan pelbagai kecaman dan maklum balas negatif daripada orang ramai, terutamanya dari kalangan pereka grafik.

Malah, ia merupakan isu hangat yang sedang kecoh diperkatakan ketika ini.

Rata-rata mereka mengkritik dan meluahkan rasa kecewa terhadap kualiti serta konsep persembahan logo terbitan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan itu yang disifatkan tidak menepati taraf selayaknya.

Tidak setakat itu, ada juga yang menuduh logo berkenaan direka menggunakan aplikasi seperti Microsoft Paint sekaligus memalukan nama pereka grafik Malaysia.

Malah, sebahagian netizen turut membandingkan logo itu dengan beberapa negara lain, yang dikatakan jauh lebih baik dan menarik berbanding Malaysia.

Menariknya, di sebalik kritikan atau cemuhan yang dilemparkan, tidak kurang juga ada yang mahu membuktikan mereka bukan hanya beromong kosong.

Ramai mula menunjukkan rasa prihatin dan daya kreativiti sendiri dengan turut berkarya bagi membuktikan logo yang lebih menarik sebenarnya boleh dihasilkan.

Antara menarik perhatian kami adalah pengguna Twitter yang dikenali sebagai Muhammad Hidayatullah yang menghasilkan dua poster.

Menurutnya, tindakann menghasilkan poster ini adalah sebagai protes kepada pihak Kementerian Pelancongan untuk mengambil pereka grafik yang lebih kreatif.

Rekaan dihasilkan dengan menggunakan tona warna jingga selain turut menggunakan beberapa haiwan dan mercu tanda sebagai pelengkap poster.

Terdapat dua rekaan dihasilkan iaitu versi ringkas bagi rekaan pertama manakala rekaan kedua lebih padat dan terperinci.

Kedua-dua poster berkenaan masing-masing menerima sebanyak 8,000 dan 10,000 'retweet' daripada pengguna media sosial lain.

Seterusnya adalah Syaheer Ahmad yang mengubah suai rekaan poster berkenaan kepada lebih tersusun dengan ilustrasi haiwan yang digunakan tampak lebih moden sambil menggunakan latar belakang berwarna biru.

Poster terbabit menerima lebih daripada satu ribu 'retweet' selepas dimuat naik sejak kelmarin.
Sementara itu, pengguna Twitter yang menggunakan akaun nama @ohoooamer turut mencuba nasib mengolah semula rekaan poster berkenaan.

Bereksperimentasi dengan warna kelabu sebagai latar belakang poster ini, tumpuan lebih kepada jenis tipografi yang digunakan dengan pemilihan warna hijau bagi nombor 2020.

Selepas melihat keempat poster ini apakah pendapat anda… Adakah sesuatu rekaan yang dihasilkan pihak kementerian wajar dikritik atau sekadar membiarkan saja hasilnya sehingga menjadi bahan jenaka ramai termasuk persepsi masyarakat luar negara? -MYNEWSHUB.CC

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: