Tuesday, December 8, 2009

www.auto.pdniaga.com - Digest Number 2510

Messages In This Digest (4 Messages)

1a.
Re: Perlu info: Spare part kereta (brek shoe) From: Nazri Ahtar
2a.
Re: Perodua Alza From: Nazri Ahtar
2b.
Re: Perodua Alza From: Shahrul Izwan
3.
DISCOUNT UP TO RM4000.00 FOR VIOS-CALL NOW!!! From: TOYOTA DEALER

Messages

1a.

Re: Perlu info: Spare part kereta (brek shoe)

Posted by: "Nazri Ahtar" littlenoti@yahoo.com   littlenoti

Mon Dec 7, 2009 3:00 am (PST)



salam,

abg nak carik drum brake ka.... brake lining ?
 rgds,
Nazri Ahtar

________________________________
From: Abdul Rahman bin Johari <arahman@newhoongfatt.com.my>
To: automobil@yahoogroups.com; respeks_group@yahoogroups.com; Kelakar@yahoogroups.com; SahabatInteraktif@yahoogroups.com
Sent: Fri, December 4, 2009 6:40:58 PM
Subject: www.auto.pdniaga.com - Perlu info: Spare part kereta (brek shoe)

Salam, dah lama saya nak cari brek pad kereta saya ni. drum brek, tempohari tukar 1 set. ambil kat kedai potong G100 punya kereta pasangkan kat kereta saya Daihatdu Ascent G201S. so kalau sape2 ade benda yang saya cari ni bolehla kiranya roger saya 019-4620854. beritahu harga dan lokasi. saya dah pusing2 kedai/hantar kat kedai pomen tapi pomen cari2 tak jumpa. disini saya sertakan gambarnya

2a.

Re: Perodua Alza

Posted by: "Nazri Ahtar" littlenoti@yahoo.com   littlenoti

Mon Dec 7, 2009 3:00 am (PST)



salam,

nih kalau ramai boleh masuk web.... leh mintak owner group buat sistem undian... leh tengok result... leh fwd ke proton management.
 rgds,
Nazri Ahtar

________________________________
From: Shahrul Izwan <Shahrul.Izwan@wdc.com>
To: automobil@yahoogroups.com
Sent: Fri, December 4, 2009 5:26:57 PM
Subject: RE: www.auto.pdniaga.com - Perodua Alza

 
masalahnya cik Nazri,Proton dah overdue sgt2 dah utk enjin latest model nie..lani yg diorang ada cuma Campro 1.3 dan 1.6 (CPS n non-CPS)...Proton patut dah ada enjin 1.8, 2.0 dan 2.4 utk fight dgn Camry dan Accord...dibawah ni ada lah model line up yg saya rasa Proton patut ada:-
Hatchback - Satria Neo 5 door 1.3 & 1.6,Savvy tu buang jer x yah dah jual dah...
Small - Saga 1.3
Mid - Persona 1.6 utk saing dgn Sentra,Latio, City,Vios dan sewaktu dgnnya
Mid High - Waja 1.8/2.0 utk saing dgn Civic & Altis
Executive - Perdana 2.0/2.4 utk saing dgn Camry & Accord
Luxury - Chancellor, ni optional tapi kalau Proton bule buat kira hebat la..
MPV  -  Exora 2.0liter..baru match dgn body...
Small MPV - saiz enjin dlm 1.6- 1.8 utk saing dgn Livina/Avanza/ Alza...
 
Amacam ok kot??kalau portfolio tersusun macam ni baru la pembeli x pening dan pada masa yg sama akan selesaikan masalah saingan sesama model yg diutarakan dlm artikel dibawah...

________________________________
From: automobil@yahoogrou ps.com [mailto:automobil@ yahoogroups. com] On Behalf Of Nazri Ahtar
Sent: Friday, December 04, 2009 11:50 AM
To: automobil@yahoogrou ps.com
Subject: Re: www.auto.pdniaga. com - Perodua Alza

salam,

kan ke proton tgh workout dengan lotus utk design new engine ? setakat ni yang saya tahu ada 2 version.
1. compressed.. .. cc1.6 tapi power output macam 2.0
2. hybrid.

expected to deliver by 2012. tak lama lagik la tu....

bab masalah minor2 (power windows especially), nih rasanya diaorang patut bagi focus dan tekan sikit on kualiti. (design power window waja paling hampeh saya rasa), maintenance senang....tapi kos....giler babas !!!!!!! (not to mention this year saja dah tukar 2 kali power window utk driver side for the same car !! damn!)

body design proton ok la.....dah matang sikit kot.... dan saya setuju kalau satria neo buat 5 pintu...... .... boleh jadi replacement utk wira aeroback ape.....silap2 leh hit macam wira aeroback dulu2....
 rgds,
Nazri Ahtar

________________________________
From: Shahrul Izwan <Shahrul.Izwan@ wdc.com>
To: automobil@yahoogrou ps.com
Sent: Fri, December 4, 2009 7:19:39 AM
Subject: RE: www.auto.pdniaga. com - Perodua Alza

 
dlm hal ni saya mmg bersetuju pasal komen mengenai proton dlm artikel di bawah...x seperti perodua,proton mempunyai masalah @ tak pandai nak plan produk yg nak di pasarkan..kengkadan g tu tgk seolah-olah macam syok sendirik jer..ikut suka ja nak boh model apa tanpa ambil kira faktor pembeli..ambik cth dibwah:-
small category - Savvy
mid small - Saga
Mid - Waja,Gen 2, Persona,Satria Neo (berapa banyak daaa,itu x campur lagi ngan Saga1.6)
Mpv - Exora (nasib baik satu jer..tu pun problem tang enjin x dak power)
Executive - Perdana (dah lama dahhhhh..... cukup2 la tu...cik det tu pon dah resign)
Proton pun nampak gayanya mempunyai masalah nak ikut perkembangan semasa..skang perubahan dlm dunia permotoran berlaku dgn cepat...langkah yg proton kena buat:-
1.Perbetulkan barisan produk tu,terutama tang Mid level...1 @ 2 model dah cukup..pilih mana yg terbaik utk di pasarkan
2.percepatkan R&D dan ikut perkembangan semasa..kalau ada masalah tang enjin,beli je enjin dari kompeni yg lain,design chasis sendiri..Proton mempunyai kepakaran mereka bentuk chasis yg baik,cuma tang enjin tu saja bermasalah.. apa yg proton kena buat ialah design chasis sendirik,beli enjin dari kompeni lain yg lebih establish..xyah dah guna enjin campro tu...guna jer enjin Toyota misalnya..lagi best...ini akan lebih menjimatkan masa dan proton can focus on the thing they do best...
3.Dengar pendapat pengguna..ambik cth Satria Neo...design memang cantik tapi 2 pintu jer...pernah saya dengar pembeli bagi pendapat kat dealer suruh proton buat version 5 pintu ala2 Optra 5 camtu..dealer tu kata "dah design Satria memang camtu!!!",apa punya alasan mangkuk hayun sekali hampuk!!!Satria Neo tu kalau buat 5 pintu,gerenti nampak cam Audi A3...x sempoi ke tu?
4.Yg paling utama,TINGKATKAN KUALITI DAN IMPROVE DESIGN...
 
salam.. 

 
 

________________________________

 
 
 From: automobil@yahoogrou ps.com [mailto:automobil@ yahoogroups. com] On Behalf Of - Upin@Ipin -
Sent: Monday, November 30, 2009 12:04 AM
 
 To: zzxautomobil
 
 
 
 Subject: www.auto.pdniaga. com - Perodua Alza

 

Perodua AlzaOleh:Irwan Asri Mohd Nor
Menjadi MPV pertama daripada Perodua, mampukah Alza meneruskan kejayaan model Myvi dan Viva?AWAL tahun ini, saya berkesempatan ke Jepun membuat liputan Tokyo Auto Salon 2009. Bagi sebuah negara yang memiliki industri automotif terbesar dunia, pengeluar kereta daripada pelbagai segmen, model baru yang hampir saban minggu memasuki pasaran, Jepun memiliki landskap automotif yang unik.Saya percaya, jika anda sekadar rakyat biasa, adalah mustahil untuk megenali setiap model yang terdapat di Jepun.
Daripada model K-Car yang banyak macam basikal, MPV ibarat Yamaha LC dengan bermacam-macam varian.
Pameran Tokyo Auto Salon itu juga menjadi tumpuan penala (tuner) aftermarket untuk mempersembahkan produk yang bakal memasuki pasaran. Saya tidak akan bercerita mengenai industri aftermarket di sana, cuma saya tertarik di satu sudut tapak pameran terdapat beberapa buah model Passo Sette talaan khas, Modellista dan Admiration.
MPV Perodua
Ketika itu juga, Malaysia sedang hangat dengan desas-desus bahawa Perodua bakal memperkenalkan MPV pada 2009. Secara jujurnya, saya tidak langsung menjangka bahawa Perodua akan mengambil Passo Sette/Boon Luminas sebagai asas kerana logiknya, Daihatsu Luxio ialah calon paling sesuai.
Daihatsu Luxio ialah projek luar Jepun yang berjaya, sama seperti Gran Max yang amat popular di Indonesia. Ia seperti masyhurnya dengan Toyota Lite Ace. Cuma vanmini itu lebih kecil. Namun jika melihat kepada poliferasi dan strategi Toyota-Daihatsu di Asia dan Malaysia khususnya, model Luxio adalah yang paling hampir sifatnya. Lihat sahaja segmentasi mini dan midi MPV yang dikuasai Avanza dan Innova. Tiada Estima, Ipsum atau Isis sekalipun.

ENJIN bersesaran 1.5 liter ini juga agak menjimatkan.

________________________________

Apabila khabar angin tentang Perodua MPV D46T bertiup kencang, gambar spyshot mula kelihatan di laman web, saya kembali mencari dalam cakera keras gambar yang dirakam. Ya. Ia kereta yang sama disaksikan awal tahun ini. Passo Sette dan Boon Luminas yang telah pun saya tulis dalam artikel dua bulan yang lalu. Perodua secara rasminya telah melancarkan Alza, model MPV 'tempatan' kedua selepas Proton Exora.
Ia dijual pada harga bermula RM56,000 hingga RM64,000 untuk varian standard dan premium. Sama dengan strategi sebelum ini, Perodua turut menawarkan varian advance pada harga RM67,000 hingga RM70,000. Ia merupakan versi pakej penuh bersama badan, sistem navigasi GPS dengan kamera undur, tinted dan tempat duduk kulit.
Terlalu banyak pilihan
Perodua memang bijak mencari peluang. Kini ia menguasai pasaran kenderaan penumpang menerusi hanya dua model, Myvi dan Viva. Mungkin pelik, tetapi itulah ajaibnya tentang Perodua, mereka berjaya mengisi kekosongan dengan hanya dua model yang menguasai senarai jualan setiap bulan.
Jika mengambil kira persaingan terus Perodua dengan Proton, jualan Myvi dan Viva setiap bulan sentiasa mendahului angka jualan gabungan model Saga, Persona, Exora, Waja dan Satria Neo.

TUIL gear yang diletakkan pada konsol tengah membuatkan papan pemuka Alza nampak kemas.

________________________________

Terlalu banyak pilihan kepada pengguna juga tidak bagus. Perodua belajar tentang pasaran dengan berhati-hati. Kalau kemampuan yang menjadi ukuran, mereka mampu memperkenalkan dua atau tiga model setiap tahun. Namun realitinya, banyak jenis kereta dalam satu segmen, tidak bagus untuk jumlah pembeli yang terhad.
Lihat sahaja Proton, mereka ada model yang saling bersaing sesama sendiri. Strategi pasarannya membingungkan, malah pelan mereka kadangkala bercanggah dengan kehendak pasaran.
Mereka ada Saga dan Savvy untuk pembeli kereta kecil. Model Persona, Gen2 dan Waja untuk pembeli kereta sedan. Segmentasi Proton memang tunggang-langgang. Pada satu ketika, mereka memperkenalkan Waja sebagai membuktikan mereka pembuat kereta yang bebas. Kemudian, muncul pula Gen2 dan tidak lama selepas itu Persona.
Apabila jualan Gen2 jatuh, mereka ubahsuai Gen2 sebagai model sporty. Bukankah sporty itu pasaran Satria Neo? Kemudian Savvy dengan reka bentuk yang saya percaya tidak ramai rakyat Malaysia boleh menerima rekaan keterlaluan sebegitu.

RUANG penyimpanan barang untuk kegunaan semua.

________________________________

Lebih memeranjatkan, mereka sekali lagi bergabung dengan Renault. Sedangkan Tiara sudah membuktikan prestasinya. Tidak lama kemudian, Saga dilancarkan. Walaupun ia laris bak goreng pisang panas, saya percaya sehingga ke hari ini, pelaburan Savvy belum pun balik modal.
Pasaran kerap kali bergantung kepada permintaan. Dalam hal ini saya terpaksa mengakui bahawa Perodua sentiasa berjaya mencari formula yang terbaik. Alza dikatakan memenuhi pasaran semasa buat pembeli yang mahukan sebuah MPV kecil. Ia boleh bersifat MPV ataupun sebuah kereta (station wagon lagi sesuai rasanya).
Kajian mendalam
Mereka telah membuat kajian bahawa hanya sebilangan kecil sahaja yang menggunakan tempat duduk barisan ketiga dalam MPV. Kehendak pasaran juga mahukan sebuah MPV yang sporty yang mampu mereka miliki.
Mampu dimiliki? Ia mungkin Avanza, sporty? Sudah tentu Alza. Kuasa? Tiada MPV yang berkuasa dalam kelas ini, baik Avanza, Exora atau Grand Livina. Jika anda mahukan kuasa, beli sahaja Swift Sport, MPV bukan dicipta untuk menjadi juara di lampu isyarat.

TEMPAT duduk pemandu yang boleh dilaras ketinggiannya.

________________________________

Kajian pasaran dilakukan dengan serius. Perodua benar-benar bertuah kerana telah memperoleh pengalaman luas Toyota dalam mengenali pasaran. Kajian yang dilakukan di Malaysia, jelas bahawa profil keluarga Malaysia telah berubah sejak sedekad lalu. Purata bilangan ahli keluarga berkurangan daripada enam kepada empat orang.
Malah golongan itu melihat MPV tidak hanya perlu ada ruang luas, mereka lebih mementingkan faktor sporty, penjimatan bahan api dan harga yang mampu dimiliki. Ringkasnya, mereka mahukan sesuatu seperti Toyota Wish dan Honda Stream pada harga yang mampu dibeli.
Alza penuhi citarasa
Perodua menyasarkan jualan sebanyak 3,500 hingga 4,000 unit Alza sebulan. Mereka juga optimis bahawa pasaran MPV akan berkembang mencecah 30 peratus pada tahun hadapan.
Angka tersebut mungkin nampak tidak realistik. Namun sejarah telah membuktikan bahawa ketika awal pengenalan Avanza, TIV (Total Industry Volume) untuk MPV pernah mencecah 21 peratus. Angka itu bersandarkan kepada kajian dalaman yang telah mereka lakukan. Jika Avanza yang dibina berasaskan kerangka trak (ladder frame) itu laris, sudah tentu badan monocoque Alza akan lakukannya dengan lebih baik.

RUANG kabin yang cukup selesa untuk membawa seluruh ahli keluarga.

________________________________

Ketika Myvi diperkenalkan juga ramai yang tidak mempedulikannya, sehinggalah ia menguasai pasaran hampir setiap bulan dari hari pertama ia dilancarkan. Saya pernah meramal model itu bakal meletup di pasaran. Asasnya ketika itu, jika orang boleh membeli Hyundai Getz, Chevrolet Aveo dan Suzuki Swift sudah tentu Myvi mempunyai banyak kelebihan dari segi harga. Ia paling murah, sesuatu yang sukar anda ketepikan.
Kalau anda biasa meninjau di laman web dan blog automotif tempatan, kereta seperti Viva menerima pelbagai kritikan dan tohmahan. Tetapi hakikat yang tidak dapat diubah, kereta itu nombor dua larisnya di Malaysia.
Ia ada pakej sebuah kereta pemanduan bandar yang diperlukan oleh anak muda yang baru mula bekerja, suri rumah dan pelajar kolej. Realitinya, segmentasi pasarannya tepat, harganya munasabah untuk kereta yang berstatus tempatan.
Perodua diyakini kualiti binaannya. Kereta Perodua jarang sekali menimbulkan masalah kepada pemiliknya. Alat gantinya murah dan mudah didapati, teknologinya asas.

________________________________

Walaupun pengendaliannya menyakitkan hati, tetapi berapa ramai pembeli yang kisah? Pembeli pentingkan sesuatu yang bernilai untuk dibayar. Mereka tidak kisah pun tentang rating keselamatan yang tinggi atau pengendalian terlalu bagus. Apa lebih penting, kereta yang ekonomikal dan mempunyai nilai jualan balik yang tinggi.
Alza memenuhi citarasa keluarga kecil dan anak muda yang ingin bergaya. Bukan saya yang kata, tetapi ia berdasarkan data daripada kajian pasaran.

________________________________

Alza sebenarnya tidak sesuai digelar MPV. Perodua sendiri menyedari hakikat itu dengan meletakkan tagline 'Car One Moment, MPV The Next'. Kenderaan itu adalah transisi antara sebuah kereta, station wagon kepada MPV.
Jika anda mengharapkan tujuh dewasa dengan bagasi dan keselesaan, Alza bukan pilihan yang tepat. Namun jika anda mahukan kereta yang boleh mengangkut perkakasan dari Ikea, membawa kawan atau keluarga bersantai di hujung minggu, Alza mungkin calon terbaik.-/kosmoPosted by aya
 
 
Comments
 
by andromeda
 
Kasihan dengan rakyat Malaysia, diperbodohkan oleh dasar kereta tempatan dengan perlu membuat pinjaman sehingga 9 tahun untuk sebuah kereta. Sila congak buat yang bergaji RM2000. RM500-700 dibelanjakan sebulan hanya untuk besi buruk.

2b.

Re: Perodua Alza

Posted by: "Shahrul Izwan" Shahrul.Izwan@wdc.com

Mon Dec 7, 2009 7:57 pm (PST)



salam,
bukan mengutuk tapi mengkritik...itu dua perkara yg berbeza...ingat dlm emel
saya yg terdahulu saya pernah back up proton bila proton kena hentam dlm
e-grup nie...sebagaimana org British berbangga dgn keta jenama Jaguar &
Range Rover walaupun 2-2 jenama ni dah jadik milik Syarikat TATA dari
India..camtu gak la saya cuma nasib baik Proton masih kita punya...
kita perlu kritik bila berlaku sesuatu yg kita nampak x kena dan pada masa
yg sama kita keluarkan pandangan kita sendirik tentang bagaimana nak
selesaikan sesuatu masalah walaupun x semestinya pandangan kita paling
terbaik...ini namanya mengkritik..
malangnya org kita lebih byk yg mengutuk "sampai rapat ke tanah" daripada
mengkritik..itu yg tak betul...
kalau di perhalusi emel saya di bawah,saya percaya ramai ahli e-grup akan
nampak kelemahan Proton lani...Proton mampu mengeluarkan chasis dan design
keta yg berkualiti dan kemas dlm jangkamasa yg singkat tetapi menghadapi
masalah tang koordinisasi dan teknoloji enjin...penyelesaiannya bule baca
balik emel saya di bawah..



________________________________

From: automobil@yahoogroups.com [mailto:automobil@yahoogroups.com] On Behalf
Of Mat Min
Sent: Saturday, December 05, 2009 9:33 AM
To: automobil@yahoogroups.com
Subject: Re: www.auto.pdniaga.com - Perodua Alza

yang tu memang aku percaya .................. bab kutuk semua pandai
.................

2009/12/5 fuzzy 1 <fuzzyinn@yahoo.com <mailto:fuzzyinn@yahoo.com> >





proton ni buat la lagu mana pun .. soheh kena kutuk punya ... ada
jer yang tak puas hati .. sebagai contoh tengok design toyata alpard ..besar
gedabak cam van biskut zaman dulu2 tetapi orang duk puja duk puji .. high
class.. cuba la kalau proton buat design cam tu hmmmmmmmmmmmmm .. rapat ka
tanah la lemas tak bernyawa kena kutuk.



________________________________

From: MHZ <cekelatgetah@gmail.com <mailto:cekelatgetah@gmail.com> >
To: automobil@yahoogroups.com <mailto:automobil@yahoogroups.com>
Sent: Fri, December 4, 2009 12:12:05 PM
Subject: Re: www.auto.pdniaga.com <http://www.auto.pdniaga.com> -
Perodua Alza





Alza ni kategori MPV gak ke? tgk gambar mcm kecik jer..

Shahrul Izwan wrote:
>
>
> dlm hal ni saya mmg bersetuju pasal komen mengenai proton dlm
artikel di
> bawah...x seperti perodua,proton mempunyai masalah @ tak pandai
nak plan

> produk yg nak di pasarkan..kengkadan g tu tgk seolah-olah macam
syok

> sendirik jer..ikut suka ja nak boh model apa tanpa ambil kira
faktor
> pembeli..ambik cth dibwah:-
> small category - Savvy
> mid small - Saga
> Mid - Waja,Gen 2, Persona,Satria Neo (berapa banyak daaa,itu x
campur
> lagi ngan Saga1.6)
> Mpv - Exora (nasib baik satu jer..tu pun problem tang enjin x dak
power)
> Executive - Perdana (dah lama dahhhhh..... cukup2 la tu...cik det
tu pon
> dah resign)
> Proton pun nampak gayanya mempunyai masalah nak ikut perkembangan
> semasa..skang perubahan dlm dunia permotoran berlaku dgn
cepat...langkah
> yg proton kena buat:-
> 1.Perbetulkan barisan produk tu,terutama tang Mid level...1 @ 2
> <mailto:level. ..1@2> model dah cukup..pilih mana yg terbaik utk
di pasarkan
> 2.percepatkan R&D dan ikut perkembangan semasa..kalau ada masalah
tang
> enjin,beli je enjin dari kompeni yg lain,design chasis
sendiri..Proton
> mempunyai kepakaran mereka bentuk chasis yg baik,cuma tang enjin
tu saja
> bermasalah.. apa yg proton kena buat ialah design chasis
sendirik,beli
> enjin dari kompeni lain yg lebih establish..xyah dah guna enjin
campro
> tu...guna jer enjin Toyota misalnya..lagi best...ini akan lebih
> menjimatkan masa dan proton can focus on the thing they do best...
> 3.Dengar pendapat pengguna..ambik cth Satria Neo...design memang
cantik
> tapi 2 pintu jer...pernah saya dengar pembeli bagi pendapat kat
dealer
> suruh proton buat version 5 pintu ala2 Optra 5 camtu..dealer tu
kata
> "dah design Satria memang camtu!!!",apa punya alasan mangkuk hayun

> sekali hampuk!!!Satria Neo tu kalau buat 5 pintu,gerenti nampak
cam Audi
> A3...x sempoi ke tu?
> 4.Yg paling utama,TINGKATKAN KUALITI DAN IMPROVE DESIGN...
>
> salam..


3.

DISCOUNT UP TO RM4000.00 FOR VIOS-CALL NOW!!!

Posted by: "TOYOTA DEALER" get_toyota_today@yahoo.com   get_toyota_today

Mon Dec 7, 2009 7:57 pm (PST)



HI
GOOD DAY
REBATE UP TO RM 4OOO.OO FOR BRAND NEW TOYOTA CARS

VIOS - RM 4200 (TYPE G & S)
CAMRY - RM 2000
ALTIS - RM 4000
AVANZA 1.5 - RM 3500
HILUX - RM 3500
RUSH - RM 3500
YARIS - RM 1000

CALL/SMS/MAIL

SURESH RAJ
016-878-8681
drivewheels18@yahoo.com

Recent Activity
Visit Your Group
Yahoo! Search

Find it now

Everything you

need in one place.

Yahoo! Groups

Small Business Group

Ask questions,

share experiences

Yahoo! Groups

Mom Power

Community just for Moms

Join the discussion

Need to Reply?

Click one of the "Reply" links to respond to a specific message in the Daily Digest.

Create New Topic | Visit Your Group on the Web
Senarai Web:
•      Kad Kahwin - http://www.kadkahwin.biz     
•      Pengiklanan PERCUMA - http://www.interniaga.com     
•      Kad Nama Online - http://www.kadnama.com     
•      Koleksi Lirik Lagu - http://www.liriklagu.interniaga.com      
•      Blog, Video & MP3 - http://www.pdniaga.multiply.com 
•      Kad IPC Shopping - http://www.empay4u.com
•      PD Niaga Blog - http://pdniaga-blog.blogspot.com
•      Jana Iklan – http://www.janaiklan.com

Senarai Group & Keahlian Melalui Email:
1.  automobil-subscribe@yahoogroups.com 
http://groups.yahoo.com/group/automobil 
2.  HitZ-subscribe@yahoogroups.com 
http://groups.yahoo.com/group/HitZ
3.  pdniaga-subscribe@yahoogroups.com 
http://groups.yahoo.com/group/pdniaga 
4.  dunia-politik-subscribe@yahoogroups.com 
http://groups.yahoo.com/group/dunia-politik 
5.  bolasepak-subscribe@yahoogroups.com 
http://groups.yahoo.com/group/bolasepak 
6.  auto-chat-subscribe@yahoogroups.com 
http://groups.yahoo.com/group/auto-chat 
7.  ArenaPC-subscribe@yahoogroups.com 
http://groups.yahoo.com/group/ArenaPC 
8.  pd-net-subscribe@yahoogroups.com 
http://groups.yahoo.com/group/pd-net 
9.  interniaga-subscribe@yahoogroups.com 
http://groups.yahoo.com/group/interniaga
10. EBuku2-subscribe@yahoogroups.com   
http://groups.yahoo.com/group/EBuku2U
10. JanaIklan-subscribe@yahoogroups.com   
http://groups.yahoo.com/group/JanaIklan

No comments: