Messages In This Digest (3 Messages)
- 1a.
- (Pendapat Untuk pertimbangan pihak Proton) From: sap zal
- 2.
- proton satria 1.5 distributor From: Amiruddin Mohd Noor
- 3a.
- Re: Blog Moto Shop From: Quwarrizxmy Qurraizy
Messages
- 1a.
-
(Pendapat Untuk pertimbangan pihak Proton)
Posted by: "sap zal" sap_1982ad@yahoo.com sap_1982ad
Wed Dec 23, 2009 8:39 am (PST)
Class untuk Model Proton
Dicadangkan/dipertimbangkan:
1.3 L CPS for Saga Model
1.6 L IAFM for Persona Model
1.6 L CPS for Gen-2 Model and Satria NEO Model (2 type - one for 5 door Model and one for 3 door Model)
1.8 L CPS/IAFM for WAJA Model and EXORA Standard Model
2.0 L CPS for Perdana Model and EXORA SE Model (Sebab berat body + berat tambahan aksessori)
2.4 L CPS for New Model
Oleh itu baru la kita boleh bersaing dengan model-model kereta keluaran luar negara. CPS untuk better performance dan IAFM untuk penjimatan minyak disamping performance yang agak ok. Contohnya Persona 1.6L Engine IAFM 110HP dan Gen-2 1.6L Engine CPS 125HP. Satu lagi QA/QC perlu dipertingkatkan. Selama ini contohnya 1:100 kereta keluaran Proton ada problem kepada 1:10000 keluaran Proton ada problem. Kekalkan nama-nama model-model tersebut mengikut class tersendiri agar org akan menilai peningkatan dan perubahan demi perubahan dan nama-nama model tersebut sentiasa terpahat dibibir penduduk malaysia baik kualitinya model tersebut mahupun teruknya model tersebut. Diharap proton dan lotus dapat merekabentuk enjin yang mesra alam (kurang pengeluaran gas CO), jimat minyak tetapi masih mengekalkan performance/power/pick up sesuatu model. Rekabentuk luaran dan dalaman perlulah di pertingkatkan walhal byk lagi rekabtuk2 yang dihantar oleh bahagian rekabentuk
untuk dinilai oleh top management, tetapi yang diapproved oleh mereka hanyalah rekabentuk yang mendukacitakan. Kan adil kalau dibuat undi untuk semua staff2 dikilang proton untuk menilai rekabentuk2 yg mana mereka minat.Lepas itu, buat analisis dan amik yg tebaik dan ikut kata majoriti. Barula puas hati. Saya rasa meter panel di dashboard perlu dikekalkan semula berhadapan dengan steering agar penglihatan pemandu lebih fokus dan ia lebih praktikal. Cermin sisi diperbesarkan ikut standard asal dan perlu disertakan signal membelok. Terima kasih.
p/s Maaf kalau ada salah,sila perbetulkan. Ini pendapat saya sahaja.
_____________________ _________ __
From: Shahrul Izwan <Shahrul.Izwan@wdc.com >
To: automobil@yahoogroups.com
Sent: Fri, December 4, 2009 5:26:57 PM
Subject:RE: www.auto.pdniaga.com - Perodua Alza
masalahnya cik Nazri,Proton dah overdue sgt2 dah utk enjin latest model nie..lani yg diorang ada cuma Campro 1.3 dan 1.6 (CPS n non-CPS)...Proton patut dah ada enjin 1.8, 2.0 dan 2.4 utk fight dgn Camry dan Accord...dibawah ni ada lah model line up yg saya rasa Proton patut ada:-
Hatchback - Satria Neo 5 door 1.3 & 1.6,Savvy tu buang jer x yah dah jual dah...
Small - Saga 1.3
Mid - Persona 1.6 utk saing dgn Sentra,Latio, City,Vios dan sewaktu dgnnya
Mid High - Waja 1.8/2.0 utk saing dgn Civic & Altis
Executive - Perdana 2.0/2.4 utk saing dgn Camry & Accord
Luxury - Chancellor, ni optional tapi kalau Proton bule buat kira hebat la..
MPV - Exora 2.0liter..baru match dgn body...
Small MPV - saiz enjin dlm 1.6- 1.8 utk saing dgn Livina/Avanza/ Alza...
Amacam ok kot??kalau portfolio tersusun macam ni baru la pembeli x pening dan pada masa yg sama akan selesaikan masalah saingan sesama model yg diutarakan dlm artikel dibawah...
_____________________ _________ __
From: automobil@yahoogrou ps.com [mailto:automobil@ yahoogroups. com] On Behalf Of Nazri Ahtar
Sent: Friday, December 04, 2009 11:50 AM
To: automobil@yahoogrou ps.com
Subject:Re: www.auto.pdniaga. com - Perodua Alza
salam,
kan ke proton tgh workout dengan lotus utk design new engine ? setakat ni yang saya tahu ada 2 version.
1. compressed.. .. cc1.6 tapi power output macam 2.0
2. hybrid.
expected to deliver by 2012. tak lama lagik la tu....
bab masalah minor2 (power windows especially), nih rasanya diaorang patut bagi focus dan tekan sikit on kualiti. (design power window waja paling hampeh saya rasa), maintenance senang....tapi kos....giler babas !!!!!!! (not to mention this year saja dah tukar 2 kali power window utk driver side for the same car !! damn!)
body design proton ok la.....dah matang sikit kot.... dan saya setuju kalau satria neo buat 5 pintu...... .... boleh jadi replacement utk wira aeroback ape.....silap2 leh hit macam wira aeroback dulu2....
rgds,
Nazri Ahtar
_____________________ _________ __
From: Shahrul Izwan <Shahrul.Izwan@ wdc.com>
To: automobil@yahoogrou ps.com
Sent: Fri, December 4, 2009 7:19:39 AM
Subject:RE: www.auto.pdniaga. com - Perodua Alza
dlm hal ni saya mmg bersetuju pasal komen mengenai proton dlm artikel di bawah...x seperti perodua,proton mempunyai masalah @ tak pandai nak plan produk yg nak di pasarkan..kengkadan g tu tgk seolah-olah macam syok sendirik jer..ikut suka ja nak boh model apa tanpa ambil kira faktor pembeli..ambik cth dibwah:-
small category - Savvy
mid small - Saga
Mid - Waja,Gen 2, Persona,Satria Neo (berapa banyak daaa,itu x campur lagi ngan Saga1.6)
Mpv - Exora (nasib baik satu jer..tu pun problem tang enjin x dak power)
Executive - Perdana (dah lama dahhhhh..... cukup2 la tu...cik det tu pon dah resign)
Proton pun nampak gayanya mempunyai masalah nak ikut perkembangan semasa..skang perubahan dlm dunia permotoran berlaku dgn cepat...langkah yg proton kena buat:-
1.Perbetulkan barisan produk tu,terutama tang Mid level...1 @ 2 model dah cukup..pilih mana yg terbaik utk di pasarkan
2.percepatkan R&D dan ikut perkembangan semasa..kalau ada masalah tang enjin,beli je enjin dari kompeni yg lain,design chasis sendiri..Proton mempunyai kepakaran mereka bentuk chasis yg baik,cuma tang enjin tu saja bermasalah.. apa yg proton kena buat ialah design chasis sendirik,beli enjin dari kompeni lain yg lebih establish..xyah dah guna enjin campro tu...guna jer enjin Toyota misalnya..lagi best...ini akan lebih menjimatkan masa dan proton can focus on the thing they do best...
3.Dengar pendapat pengguna..ambik cth Satria Neo...design memang cantik tapi 2 pintu jer...pernah saya dengar pembeli bagi pendapat kat dealer suruh proton buat version 5 pintu ala2 Optra 5 camtu..dealer tu kata "dah design Satria memang camtu!!!",apa punya alasan mangkuk hayun sekali hampuk!!!Satria Neo tu kalau buat 5 pintu,gerenti nampak cam Audi A3...x sempoi ke tu?
4.Yg paling utama,TINGKATKAN KUALITI DAN IMPROVE DESIGN...
salam..
_____________________ _________ __
From: automobil@yahoogrou ps.com [mailto:automobil@ yahoogroups. com] On Behalf Of - Upin@Ipin -
Sent: Monday, November 30, 2009 12:04 AM
To: zzxautomobil
Subject:www.auto.pdniaga. com - Perodua Alza
Perodua AlzaOleh:Irwan Asri Mohd Nor
Menjadi MPV pertama daripada Perodua, mampukah Alza meneruskan kejayaan model Myvi dan Viva?AWAL tahun ini, saya berkesempatan ke Jepun membuat liputan Tokyo Auto Salon 2009. Bagi sebuah negara yang memiliki industri automotif terbesar dunia, pengeluar kereta daripada pelbagai segmen, model baru yang hampir saban minggu memasuki pasaran, Jepun memiliki landskap automotif yang unik.Saya percaya, jika anda sekadar rakyat biasa, adalah mustahil untuk megenali setiap model yang terdapat di Jepun.
Daripada model K-Car yang banyak macam basikal, MPV ibarat Yamaha LC dengan bermacam-macam varian.
Pameran Tokyo Auto Salon itu juga menjadi tumpuan penala (tuner) aftermarket untuk mempersembahkan produk yang bakal memasuki pasaran. Saya tidak akan bercerita mengenai industri aftermarket di sana, cuma saya tertarik di satu sudut tapak pameran terdapat beberapa buah model Passo Sette talaan khas, Modellista dan Admiration.
MPV Perodua
Ketika itu juga, Malaysia sedang hangat dengan desas-desus bahawa Perodua bakal memperkenalkan MPV pada 2009. Secara jujurnya, saya tidak langsung menjangka bahawa Perodua akan mengambil Passo Sette/Boon Luminas sebagai asas kerana logiknya, Daihatsu Luxio ialah calon paling sesuai.
Daihatsu Luxio ialah projek luar Jepun yang berjaya, sama seperti Gran Max yang amat popular di Indonesia. Ia seperti masyhurnya dengan Toyota Lite Ace. Cuma vanmini itu lebih kecil. Namun jika melihat kepada poliferasi dan strategi Toyota-Daihatsu di Asia dan Malaysia khususnya, model Luxio adalah yang paling hampir sifatnya. Lihat sahaja segmentasi mini dan midi MPV yang dikuasai Avanza dan Innova. Tiada Estima, Ipsum atau Isis sekalipun.
ENJIN bersesaran 1.5 liter ini juga agak menjimatkan.
_____________________ _________ __
Apabila khabar angin tentang Perodua MPV D46T bertiup kencang, gambar spyshot mula kelihatan di laman web, saya kembali mencari dalam cakera keras gambar yang dirakam. Ya. Ia kereta yang sama disaksikan awal tahun ini. Passo Sette dan Boon Luminas yang telah pun saya tulis dalam artikel dua bulan yang lalu. Perodua secara rasminya telah melancarkan Alza, model MPV 'tempatan' kedua selepas Proton Exora.
Ia dijual pada harga bermula RM56,000 hingga RM64,000 untuk varian standard dan premium. Sama dengan strategi sebelum ini, Perodua turut menawarkan varian advance pada harga RM67,000 hingga RM70,000. Ia merupakan versi pakej penuh bersama badan, sistem navigasi GPS dengan kamera undur, tinted dan tempat duduk kulit.
Terlalu banyak pilihan
Perodua memang bijak mencari peluang. Kini ia menguasai pasaran kenderaan penumpang menerusi hanya dua model, Myvi dan Viva. Mungkin pelik, tetapi itulah ajaibnya tentang Perodua, mereka berjaya mengisi kekosongan dengan hanya dua model yang menguasai senarai jualan setiap bulan.
Jika mengambil kira persaingan terus Perodua dengan Proton, jualan Myvi dan Viva setiap bulan sentiasa mendahului angka jualan gabungan model Saga, Persona, Exora, Waja dan Satria Neo.
TUIL gear yang diletakkan pada konsol tengah membuatkan papan pemuka Alza nampak kemas.
_____________________ _________ __
Terlalu banyak pilihan kepada pengguna juga tidak bagus. Perodua belajar tentang pasaran dengan berhati-hati. Kalau kemampuan yang menjadi ukuran, mereka mampu memperkenalkan dua atau tiga model setiap tahun. Namun realitinya, banyak jenis kereta dalam satu segmen, tidak bagus untuk jumlah pembeli yang terhad.
Lihat sahaja Proton, mereka ada model yang saling bersaing sesama sendiri. Strategi pasarannya membingungkan, malah pelan mereka kadangkala bercanggah dengan kehendak pasaran.
Mereka ada Saga dan Savvy untuk pembeli kereta kecil. Model Persona, Gen2 dan Waja untuk pembeli kereta sedan. Segmentasi Proton memang tunggang-langgang. Pada satu ketika, mereka memperkenalkan Waja sebagai membuktikan mereka pembuat kereta yang bebas. Kemudian, muncul pula Gen2 dan tidak lama selepas itu Persona.
Apabila jualan Gen2 jatuh, mereka ubahsuai Gen2 sebagai model sporty. Bukankah sporty itu pasaran Satria Neo? Kemudian Savvy dengan reka bentuk yang saya percaya tidak ramai rakyat Malaysia boleh menerima rekaan keterlaluan sebegitu.
RUANG penyimpanan barang untuk kegunaan semua.
_____________________ _________ __
Lebih memeranjatkan, mereka sekali lagi bergabung dengan Renault. Sedangkan Tiara sudah membuktikan prestasinya. Tidak lama kemudian, Saga dilancarkan. Walaupun ia laris bak goreng pisang panas, saya percaya sehingga ke hari ini, pelaburan Savvy belum pun balik modal.
Pasaran kerap kali bergantung kepada permintaan. Dalam hal ini saya terpaksa mengakui bahawa Perodua sentiasa berjaya mencari formula yang terbaik. Alza dikatakan memenuhi pasaran semasa buat pembeli yang mahukan sebuah MPV kecil. Ia boleh bersifat MPV ataupun sebuah kereta (station wagon lagi sesuai rasanya).
Kajian mendalam
Mereka telah membuat kajian bahawa hanya sebilangan kecil sahaja yang menggunakan tempat duduk barisan ketiga dalam MPV. Kehendak pasaran juga mahukan sebuah MPV yang sporty yang mampu mereka miliki.
Mampu dimiliki? Ia mungkin Avanza, sporty? Sudah tentu Alza. Kuasa? Tiada MPV yang berkuasa dalam kelas ini, baik Avanza, Exora atau Grand Livina. Jika anda mahukan kuasa, beli sahaja Swift Sport, MPV bukan dicipta untuk menjadi juara di lampu isyarat.
TEMPAT duduk pemandu yang boleh dilaras ketinggiannya.
_____________________ _________ __
Kajian pasaran dilakukan dengan serius. Perodua benar-benar bertuah kerana telah memperoleh pengalaman luas Toyota dalam mengenali pasaran. Kajian yang dilakukan di Malaysia, jelas bahawa profil keluarga Malaysia telah berubah sejak sedekad lalu. Purata bilangan ahli keluarga berkurangan daripada enam kepada empat orang.
Malah golongan itu melihat MPV tidak hanya perlu ada ruang luas, mereka lebih mementingkan faktor sporty, penjimatan bahan api dan harga yang mampu dimiliki. Ringkasnya, mereka mahukan sesuatu seperti Toyota Wish dan Honda Stream pada harga yang mampu dibeli.
Alza penuhi citarasa
Perodua menyasarkan jualan sebanyak 3,500 hingga 4,000 unit Alza sebulan. Mereka juga optimis bahawa pasaran MPV akan berkembang mencecah 30 peratus pada tahun hadapan.
Angka tersebut mungkin nampak tidak realistik. Namun sejarah telah membuktikan bahawa ketika awal pengenalan Avanza, TIV (Total Industry Volume) untuk MPV pernah mencecah 21 peratus. Angka itu bersandarkan kepada kajian dalaman yang telah mereka lakukan. Jika Avanza yang dibina berasaskan kerangka trak (ladder frame) itu laris, sudah tentu badan monocoque Alza akan lakukannya dengan lebih baik.
RUANG kabin yang cukup selesa untuk membawa seluruh ahli keluarga.
_____________________ _________ __
Ketika Myvi diperkenalkan juga ramai yang tidak mempedulikannya, sehinggalah ia menguasai pasaran hampir setiap bulan dari hari pertama ia dilancarkan. Saya pernah meramal model itu bakal meletup di pasaran. Asasnya ketika itu, jika orang boleh membeli Hyundai Getz, Chevrolet Aveo dan Suzuki Swift sudah tentu Myvi mempunyai banyak kelebihan dari segi harga. Ia paling murah, sesuatu yang sukar anda ketepikan.
Kalau anda biasa meninjau di laman web dan blog automotif tempatan, kereta seperti Viva menerima pelbagai kritikan dan tohmahan. Tetapi hakikat yang tidak dapat diubah, kereta itu nombor dua larisnya di Malaysia.
Ia ada pakej sebuah kereta pemanduan bandar yang diperlukan oleh anak muda yang baru mula bekerja, suri rumah dan pelajar kolej. Realitinya, segmentasi pasarannya tepat, harganya munasabah untuk kereta yang berstatus tempatan.
Perodua diyakini kualiti binaannya. Kereta Perodua jarang sekali menimbulkan masalah kepada pemiliknya. Alat gantinya murah dan mudah didapati, teknologinya asas.
_____________________ _________ __
Walaupun pengendaliannya menyakitkan hati, tetapi berapa ramai pembeli yang kisah? Pembeli pentingkan sesuatu yang bernilai untuk dibayar. Mereka tidak kisah pun tentang rating keselamatan yang tinggi atau pengendalian terlalu bagus. Apa lebih penting, kereta yang ekonomikal dan mempunyai nilai jualan balik yang tinggi.
Alza memenuhi citarasa keluarga kecil dan anak muda yang ingin bergaya. Bukan saya yang kata, tetapi ia berdasarkan data daripada kajian pasaran.
_____________________ _________ __
Alza sebenarnya tidak sesuai digelar MPV. Perodua sendiri menyedari hakikat itu dengan meletakkan tagline 'Car One Moment, MPV The Next'. Kenderaan itu adalah transisi antara sebuah kereta, station wagon kepada MPV.
Jika anda mengharapkan tujuh dewasa dengan bagasi dan keselesaan, Alza bukan pilihan yang tepat. Namun jika anda mahukan kereta yang boleh mengangkut perkakasan dari Ikea, membawa kawan atau keluarga bersantai di hujung minggu, Alza mungkin calon terbaik.-/kosmoPosted by aya
Comments
by andromeda
Kasihan dengan rakyat Malaysia, diperbodohkan oleh dasar kereta tempatan dengan perlu membuat pinjaman sehingga 9 tahun untuk sebuah kereta. Sila congak buat yang bergaji RM2000. RM500-700 dibelanjakan sebulan hanya untuk besi buruk.
- 2.
-
proton satria 1.5 distributor
Posted by: "Amiruddin Mohd Noor" satria465@gmail.com reeboxdmx1998
Wed Dec 23, 2009 10:56 pm (PST)
salam semua,
nak tanya pasal distributor proton satria1.5uk..
1. adakah ia sama dgn 1.6 punya? sbb kalau wira @ satria 1.5 punya die ade
wayar keluar,tp kalau yg uk punya ade 2 soket kat distributor.
2. ape jenama distributor ni. cap proton ke? atau ade company khas yg buat
3. selain dr bli yg ori @ recond boleh tak kalau kite repair. kalau boleh
ade cadangan nak hantar kat mana-mana tak. area lembah kelang.
4. kalau ade yg compatible dari model ape ye?
Sebab nyer ini da yg ke-3 distributor saya buat hal. keje jadi tersengguk2
tak kira ape gear pun. dan ade bunyi seperti percikan api kat distributor
tu.
lagi 1 nak tanya pasal clutch plate.
1. mcm mana nak rendah kan clutch pedal? jenis yg pump punye
2. bole buat sendiri@kena anta bengkel@ tak ble nak adjust da.
3. da kalau clutch rase berat macam mana nak bg ringan. saya baca ia takde
berkaitan dgn jenis clutch yg dipakai tp berkaitan dgn pressure plate.bole
tukar bende ni atau kene tukar clutch plate ajer.
sebab saya rase pedal clutch tinggi sgt dan sakit kaki bile jalan jem. saya
da cuba pusingkan skru yg tahan pedal tu kebawah tp enjin jd mengaum dan
gear tak masuk abis.
terima kasih
- 3a.
-
Re: Blog Moto Shop
Posted by: "Quwarrizxmy Qurraizy" qurraizy@gmail.com
Thu Dec 24, 2009 6:17 am (PST)
saya ingin mengetahui sesiapa yang ada atau boleh menjual barang half
cut 'stepper motor' waja kepada saya dengan sebeberapa segera atau
talipon 019-9311190
On 23/12/2009, eazzad <eazzad@yahoo.com > wrote:
>
>
>
> Sila Layari Blog http://eazmotoshop.blogspot. com/
>
> semua keluaran spare part performance kereta yang berada di Malaysia.
>
>
Need to Reply?
Click one of the "Reply" links to respond to a specific message in the Daily Digest.
Senarai Web:
Kad Kahwin - http://www.kadkahwin.biz
Pengiklanan PERCUMA - http://www.interniaga.com
Kad Nama Online - http://www.kadnama.com
Koleksi Lirik Lagu - http://www.liriklagu.interniaga.com
Blog, Video & MP3 - http://www.pdniaga.multiply.com
Kad IPC Shopping - http://www.empay4u.com
PD Niaga Blog - http://pdniaga-blog.blogspot.com
Jana Iklan http://www.janaiklan.com
Senarai Group & Keahlian Melalui Email:
1. automobil-subscribe@yahoogroups.com
http://groups.yahoo.com/group/automobil
2. HitZ-subscribe@yahoogroups.com
http://groups.yahoo.com/group/HitZ
3. pdniaga-subscribe@yahoogroups.com
http://groups.yahoo.com/group/pdniaga
4. dunia-politik-subscribe@yahoogroups.com
http://groups.yahoo.com/group/dunia-politik
5. bolasepak-subscribe@yahoogroups.com
http://groups.yahoo.com/group/bolasepak
6. auto-chat-subscribe@yahoogroups.com
http://groups.yahoo.com/group/auto-chat
7. ArenaPC-subscribe@yahoogroups.com
http://groups.yahoo.com/group/ArenaPC
8. pd-net-subscribe@yahoogroups.com
http://groups.yahoo.com/group/pd-net
9. interniaga-subscribe@yahoogroups.com
http://groups.yahoo.com/group/interniaga
10. EBuku2-subscribe@yahoogroups.com
http://groups.yahoo.com/group/EBuku2U
10. JanaIklan-subscribe@yahoogroups.com
http://groups.yahoo.com/group/JanaIklan
Kad Kahwin - http://www.kadkahwin.biz
Pengiklanan PERCUMA - http://www.interniaga.com
Kad Nama Online - http://www.kadnama.com
Koleksi Lirik Lagu - http://www.liriklagu.interniaga.com
Blog, Video & MP3 - http://www.pdniaga.multiply.com
Kad IPC Shopping - http://www.empay4u.com
PD Niaga Blog - http://pdniaga-blog.blogspot.com
Jana Iklan http://www.janaiklan.com
Senarai Group & Keahlian Melalui Email:
1. automobil-subscribe@yahoogroups.com
http://groups.yahoo.com/group/automobil
2. HitZ-subscribe@yahoogroups.com
http://groups.yahoo.com/group/HitZ
3. pdniaga-subscribe@yahoogroups.com
http://groups.yahoo.com/group/pdniaga
4. dunia-politik-subscribe@yahoogroups.com
http://groups.yahoo.com/group/dunia-politik
5. bolasepak-subscribe@yahoogroups.com
http://groups.yahoo.com/group/bolasepak
6. auto-chat-subscribe@yahoogroups.com
http://groups.yahoo.com/group/auto-chat
7. ArenaPC-subscribe@yahoogroups.com
http://groups.yahoo.com/group/ArenaPC
8. pd-net-subscribe@yahoogroups.com
http://groups.yahoo.com/group/pd-net
9. interniaga-subscribe@yahoogroups.com
http://groups.yahoo.com/group/interniaga
10. EBuku2-subscribe@yahoogroups.com
http://groups.yahoo.com/group/EBuku2U
10. JanaIklan-subscribe@yahoogroups.com
http://groups.yahoo.com/group/JanaIklan
MARKETPLACE
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Individual | Switch format to Traditional
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe
No comments:
Post a Comment