Monday, September 14, 2015

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4291[1 Attachment]

7 Messages

Digest #4291

Messages

Sun Sep 13, 2015 8:57 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Bawa Anjing Dalam KLIA : Pihak Lapangan Terbang Ambil Tindakan

siakapkeli.my

Berikutan gambar dua wanita membawa anjing di dalam troli di KLIA menjadi viral di media sosial, pihak lapangan terbang telah mengambil tindakan dengan menyertu troli yang terbabit.

Melalui kenyataan dari akaun Twitter, Malaysia Airports menulis :

"Dimaklumkan bahawa binatang peliharaan tidak dibenarkan di dalam kawasan terminal lapangan terbang kami. Terdapat notis yang diletakkan untuk mengingatkan orang ramai tentang peraturan ini.

"Merujuk kepada insiden seekor anjing yang dibawa ke KLIA semalam, pihak lapangan terbang kami telah mengambil tindakan sewajarnya dimana troli yang terlibat telah diasingkan untuk di bersihkan (sertu).

Bagaimanapun netizen memandang sinis dengan kenyataan terbabit dengan menyifatkannya sebagai "sebagai penyedap hati" sahaja.

Setelah itu, seorang pengguna Twitter, Kadri Azmi, memuat naik dua keping gambar yang dipercayai proses sertu troli di lapangan terbang oleh seorang wanita.

Sebelum ini, tindakan dua wanita membawa seekor anjing menaiki troli lapangan terbang KLIA menjadi viral dan mendapat kritikan netizen. - Siakapkeli.my

Sun Sep 13, 2015 8:58 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Kren Tumbang: Seorang Jemaah Malaysia Disahkan Meninggal Dunia
siakapkeli.my

PETALING JAYA: Seorang jemaah haji dari Malaysia, Rusiah Suar, 56, disahkan meninggal dunia di dalam tragedi runtuhan kren di Masjidil Haram pada Jumaat lalu.

Memetik dari Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, pengesahan itu dibuat oleh Lembaga Tabung Haji berdasarkan proses pengecaman jenazah melalui 108 gambar, buku rekod kesihatan, pas dan juga gelang pengenalan diri jemaah serta ujian DNA jika diperlukan.

"Hari ini (Ahad) satu jenazah jemaah haji Malaysia yang telahpun dikenal pasti iaitu Allahyarhamah Rusiah Suar, 56 tahun dari Sungkai, Perak," katanya memetik laporan dari mStar Online. - Siakapkeli.my

TH Dedah Senarai Penuh Nama Jemaah Haji Malaysia Yang Masih Hilang, Jumlah Meningkat Kepada 8 Orang
siakapkeli.my

Lembaga Tabung Haji (TH) sebentar tadi telah mengesahkan bahawa jumlah jemaah haji daripada telah meningkat daripada enam kepada lapan orang berikutan insiden kren tumbang di Masjidil Haram yang berlaku semalam.

Peningkatan jumlah jemaah yang hilang ini dikenalpasti selepas pihak TH telah melakukan semakan kali ke dua di maktab-maktab dan telah selesai pada jam 10.00 pagi waktu Saudi (3 petang waktu Malaysia).

Selepas selesai membuat semakan didapati dua orang lagi Jemaah gagal dikesan menjadikan jumlah keseluruhannya lapan orang jemaah iaitu tiga orang lelaki dan lima orang wanita.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom pada awal pagi tadi telah mengesahkan seramai enam jemaah Malaysia masih belum dapat dikesan selepas tragedi tersebut.

Berikut adalah nama-nama jemaah tersebut.

Bagaimanapun pasukan mencari dan menyelamat TH sedang bekerja keras dan menggiatkan usaha untuk menjejaki kesemua jemaah berkenaan di lokasi persekitaran Masjidil Haram serta klinik dan hospital sekitar Makkah.

Selain itu pihak TH juga memaklumkan sehingga jam 1.00 petang waktu Saudi( 6 petang waktu Malaysia) hari ini tiada penambahan bilangan jemaah baru yang cedera dilaporkan menjadikan jumlah jemaah yang cedera masih kekal dengan sepuluh orang.

Kesemua jemaah yang cedera ditempatkan di Hospital Raja Abdul Aziz; Hospital Raja Faizal (1 orang); Hospital An Nur (1 orang), Pusat Rawatan Tabung Haji (6 orang) manakala seorang jemaah telah dibenarkan pulang ke bilik penginapan.

Pusat Maklumat TH di Makkah juga akan memaklumkan perkembangan terkini kepada waris secara terus. TH akan memaklumkan perkembangan terkini dari masa ke semasa.

Orang ramai serta waris boleh menghubungi talian 03-6207 1919 untuk mendapatkan maklumat. - Siakapkeli.my

Sekurang-Kurangnya 107 Orang Jemaah Terkorban Dalam Kejadian Tren Runtuh Di Masjidilharam
siakapkeli.my

MAKKAH: Pihak Berkuasa Arab Saudi melalui Unit Pertahanan Awam telah mengesahkan sekurang-kurangnyan 107 orang jemaah haji telah terkorban dalam tragedi kren runtuh di Masjidilharam.

Selain itu dilaporkan kira-kira 238 orang jemaah termasuk enam orang jemaah dari Malaysia mengalami kecederaan.

Kejadian ini berlaku di mana ratusan ribu jemaah haji daripada seluruh dunia sedang berkumpul di kota ini di mana ia akan bermula pada 21 September ini.

Sehingga kini pihak kedutaan India, Bangladesh dan Malaysia telah mengesahkan jemaah mereka telah mengalami kecederaan.

Pihak Konsulat Pakistan, Aftab A. Khokher berkata kira-kira 15 orang jemaah mereka telah mengalami kecederaan di mana dua daripadanya kini sedang dirawat di hospital Makkah.

Manakala pihak konsulat India di Arab Saudi, B.S. Mubarak mengesahkan 10 jemaah dari negara mereka mengalami kecederaan dan pihak Konsulat Bangladesh ke Arab Saudi, Shahidul Karim juga mengesahkan 25 jemaah dari negaranya cedera.

Ketua Rombongan Haji Malaysia, Dato' Syed Saleh Syed Abdul Rahman melalui sidang media semalam mengesahkan 6 orang jemaah Malaysia mengalami kecederaan di mana seorang mengalami patah kaki.

Ikuti Sidang Media penuh oleh Ketua Rombongan Haji Malaysia, Dato' Syed Saleh Syed Abdul Rahman.
LAPORAN HAJI 1436H | Terkini dari Mekah Al-Mukarramah, telah berlangsung Sidang Media oleh Ketua Rombongan Haji Malaysia, Dato' Syed Saleh Syed Abdul Rahman pada jam 8.45 malam tadi mengenai kejadian kren tumbang di kawasan Masjidil Haram pada jam 5 petang waktu Arab Saudi akibat hujan lebat dan ribut pasir. 6 orang jemaah haji Malaysia terlibat. Seorang jemaah patah kaki dan lima yang lain cedera ringan dan telah diberikan rawatan oleh pasukan perubatan Tabung Haji. Ikuti Sidang Media penuh oleh Ketua Rombongan Haji Malaysia, Dato' Syed Saleh Syed Abdul Rahman.
Posted by Ikim.Fm on Friday, September 11, 2015
Putera Khaled Al-Faisal, amir Makkah dan juga merupakan penasihat Penjaga Kedua Masjidilharam telah mengarahkan siasatan terperinci dijalankan untuk mengetahui tahap keselamatan di kota Makkah kerana musim haji akan bermula 21 September ini.

Memetik laporan berita Arabnews, sebagai berkata kren yang terletak di Masjidil Haram itu jatuh selepas berlaku ribut pasir dan kemudiannya di susuli dengan hujan lebat pada Jumaat petang. - Siakapkeli.my

Kren Terjatuh Atas Masjidil Haram Ekoran Ribut Kuat
siakapkeli.my

Kemaskini : Menurut laporan dari Shehab News Agency, sekurang-kurannya 60 maut dan 80 tercedera akibat kejadian.

Shehab News Agency
Media/News/Publishing · 3,849,301 Likes
· 10 hrs ·
‫#‏عاجل‬ ...
أكثر من 58 قتيلا وعشرات الضحايا في حادث سقوط رافعة بناء في الحرم المكي الشريف بفعل الرياح العاتية والأمطار ..
والعدد مرشح للزيادة ..

Harian Metro @hmetromy
Maklumat awal: 4 jemaah haji Malaysia cedera, kren tumbang di Masjidil Haram, Makkah ptg td waktu Arab Saudi

Makkah : Ribut kuat yang melanda Mekah sebentar tadi mengakibatkan sebuah kren terjatuh di atas Masjidil Haram sehingga menyebabkan atapnya roboh.

Berdasarkan perkongsian dari laman Facebook Haramain, beberapa orang dilaporkan maut dan ramai yang cedera akibat kejadian.

Haramain added 10 new photos — with Ab Dul and 60 others.
Religious Organization · 219,762 Likes
· 11 hrs ·
Breaking Sad News: A crane fallen on the roof of Masa'a (Safa n Marwa), the impact was so strong that it broke the part of roof and few pieces fallen in Mataf, Haramain team request all our members to pray for the injureds.

Haramain added 2 new photos — with Enny Djaelani and 4 others.
Religious Organization · 219,762 Likes
· 11 hrs · Edited ·
Dua Request: Please pray for the Injured and Deceased in today's events at Masjid Al Haram. We can't share all the images as they very hurtful to see. A crane fell at Masjid Al Haram today where few had passed away and many injured.

Sun Sep 13, 2015 8:58 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

18 kawasan catat IPU tidak sihat pagi ini

bloglist-malaysia.blogspot.
lagiberita.blogspot.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 18 kawasan di beberapa negeri di Semenanjung serta Sarawak mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 9 pagi ini.

Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar, selain Sarawak, situasi sama dialami di Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Johor.

Bukit Rambai mencatatkan bacaaan IPU paling tinggi iaitu 160, diikuti Bandaraya Melaka (159), Port Dickson (147), Banting (144) dan Nilai (142).

Kawasan lain yang turut mencatatkan IPU tidak sihat ialah Seremban (139), Muar, Pelabuhan Klang (136), Putrajaya (132), Shah Alam (130), Petaling Jaya (127), Batu Muda (115), Cheras (110), Samarahan (109), Kuching, Pasir Gudang(105), Sri Aman (103) dan Kuala Selangor (101).

IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal http://apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa. - Bernama

Sun Sep 13, 2015 8:59 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Bukan Dia Yang Langgar Perempuan Itu Sampai Mati - Saksi
siakapkeli.my

Semalam kami ada menyiarkan artikel mengenai sebuah video yang menjadi viral di laman sosial di mana seorang lelaki telah dipukul oleh orang ramai di sebuah restoran di Kampung Asam Jawa, Selangor.

Orang ramai menyangka lelaki berkenaan telah melanggar seorang penunggang motosikal namun selepas selang beberapa minit dia dan keluarganya dikatakan telah beredar meninggalkan tempat kejadian ke restoran berhampiran lokasi.

Kerana tidak puas hati orang ramai telah pergi ke restoran tersebut dan memukulnya kerana mereka mendakwa dia tidak bertanggungjawab dengan melarikan diri seperti tidak berlaku apa-apa selepas melanggar seorang penunggang motosikal wanita sehingga menyebabkan wanita tersebut patah tengkuk dan meninggal dunia.

Susulan kes tersebarnya kisah dan video tersebut seorang saksi telah tampil mendedahkan cerita sebenar yang terjadi di lokasi kemalangan.

Cerita saksi ini telah dimuatnaik oleh portal The Hype Media, di mana katanya kejadian tersebut sebenarnya tidak mempunyai kaitan dengan lelaki berkenaan tetapi orang ramai salah faham ingat dia yang melanggar penunggang motosikal berkenaan.

Gambar yang dimuatnaik ke laman sosial

Katanya lagi video yang disebarkan dengan cerita palsu telah membuatkan orang diluar sana salah sangka dan ia memberikan tanggapan yang buruk terhadap lelaki berkenaan.

"Berita itu tidak betul. Cerita sebenarnya, penunggang motosikal itu terbabas sendiri lalu melanggar tembok longkang. Akibat dari kemalangan itu, tengkuk mangsa patah.

"Lelaki Cina itu dalam perjalanan ke restoran yang ingin dikunjungi, namun kebetulan melihat kejadian itu lalu memberhentikan keretanya.

"Dia menjenguk keadaan mangsa yang terjatuh di dalam longkang dan terus menghubungi talian kecemasan 999.

"Menurut siasatan pihak polis, mangsa dipercayai mengantuk kerana jarak perjalanan yang jauh dari Shah Alam ke Kuala Selangor setelah habis kerja dan menyebabkan mangsa hilang kawalan lalu terbabas ke dalam longkang.

"Siasatan di tempat kejadian juga menunjukkan bahawa tiada sebarang bukti yang menunjukkan mangsa dilanggar. Sebaliknya motosikal mangsa terlanggar tembok longkang itu sendiri.

"Siasatan juga mendapati, lelaki itu tiada kaitan dengan kemalangan tersebut," katanya.

Menjelaskan gambar-gambar kereta milik lelaki itu yang tersebar kononnya bukti pelanggaran, ini penjelasannya.

"Dalam kejadian awal di hadapan restoran berkenaan, apa yang berlaku ialah beberapa pelanggan Cina yang lain tidak berpuas hati mengapa sekumpulan lelaki Melayu datang mengamuk di restoran terbabit. Sedangkan lelaki Cina yang disyaki menjadi punca kemalangan itu sebenarnya langsung tiada kaitan dengan kemalangan tersebut.

"Disebabkan itu, berlaku pergaduhan di antara mereka. Kereta lelaki itu juga turut dirosakkan oleh sekumpulan lelaki Melayu berkenaan," katanya.

SK juga menerima pengesahan daripada sumber yang boleh dipercayai di mana sumber berkenaan mengesahkan kejadian ini bukan langgar lari seperti yang disebarkan tetapi berpunca daripada salah faham.

Ibu Pejabat Polis Kuala Selangor telah mengesahkan menerima satu laporan mengenai kejadian tersebut oleh seorang pengadu.

Polis ketikan ini masih menjalankan siasatan dan tiada tangkapan dibuat bertujuan untuk meredakan keadaan. Pihak polis masih berusaha mengenal pasti suspek yang terlibat dalam kejadian pukul ini.

Siasatan terperinci telah dilakukan di mana pihak polis merakam percakapan pengadu dan saksi, selain meneliti rakaman cctv di Restauran Yong Kee Seafood tempat berlaku pergaduhan.

Selain itu menurut sumber berkenaan juga, pihak IPD Kuala Selangor turut berpesan supaya tidak mempercayai cerita khabar angin yang disebarkan sebelum ini yang boleh menimbulkan ketengangan antara kaum sedangkan kejadian hanya berpunca daripada salah faham. - Siakapkeli.my

Kekecohan Timbul Setelah Kemalangan, Mangsa Dipukul Orang Ramai

siakapkeli.my
Posted by Kuala Selangor Official

Selangor - Viral di media sosial beberapa video yang memaparkan satu kekecohan yang berlaku di sebuah restoran di Kampung Asam Jawa, Selangor.

Setakat ini belum pasti apa punca sebenar kejadian, tetapi menurut beberapa komen dari pengguna media sosial kejadian mempunyai kaitan dengan satu kemalangan yang melibatkan seorang penunggang motosikal dan sebuah MPV.

Penunggang motosikal tersebut dilaporkan maut.

Maklumat awal yang diterima berkenaan kes (oleh Adzman Kamaruddin)

Kejadian tercetus apabila pada jam lebih kurang 11/09/2015 jam 2030 hrs bertempat di Hadapan jalan besar Kuala Selangor Assam Jawa berhadapan dengan restoran makanan laut Yong Kee , seorang wanita melayu nama : Norjunaidah Bte sahak Kpt yang memandu sebuah m/sikal jenis Yamaha LC No telah terlibat kemalangan menyebabkan mangsa penunggang m/sikal mati di tempat kejadian akibat cuba mengelak m/kar jenis Toyota Wish Silver no pendaftaran xxx xxxx yang dipandu oleh (1) (L) (c) bernama Justin Lim Keng Joo Dato Tmn Bendahara Kuala Sgor ( mangsa) dari arah bertentanggan yang mahu melintas jalan dan menyebabkan mangsa hilang kawalan dan melanggar tembok simpang jalan. Mangsa kemudian telah member hentikan kereta. Beberapa pengguna jalan raya dan penduduk berhampiran mula berkumpul orang. Beberapa lelaki Melayu yang tidak puas hati dengan mangsa yang tanpa mengetahui punca sebenar kemalangan mula bertindak memukul mangsa dan cuba dileraikan oleh kalangan yg turut berada ditempat kejadian. Situadi menjafi lebih kecoh dengan kehadiran lk 200 orang ditempat jejafian

Sejurus menerima laporan dari DCC, 2 anggota MPV KS telah berkejar ke tempat kejadian dan bertindak mengawal keadaan dan menyelamatkan mangsa dari terus dipukul oleh sekumpulan lelaki Melayu. Dalam kekevohan itu 2 anggota MPV turut cedera ringan di bibir dan calar di muka sebelum mangsa berjaya dimasukkan ke dalam kereta peronda. pengadu yang cuba meredakan keadaan turut di pukul oleh sekumpulan lelaki melayu yang kemudian telah bertindak memecahkan cermin kereta milik mangsa. Keadaan berjaya di kawal dengan kehadiran 2 unit MPV dan anggota bantuan lainnya Orang ramai yang berada di tempat kejadian telah di suraikan, Satu laporan polis telah dibuat oleh pengadu bersangkut Kuala Selangor Repot: 4646/15 bertarikh 11.9.15

Susulan kejadian, dua video kekecohan yang timbul di restoran terbabit telah dimuat naik oleh laman Facebook Kuala Selangor Official.

Menurut komen dari pengguna media sosial Khumaizi Aspani, individu terbabit bukan sahaja tidak menolong mangsa malah pergi makan ke kedai seafood.

Setakat ini masih lagi belum ada laporan rasmi tentang kejadian. - Siakapkeli.my

Kuala Selangor Official added 3 new photos.
Community · 12,862 Likes
· 11 hrs · Edited ·
Kejadian kemalangan maut di Jalan Klang-Teluk Intan berhampiran Asam Jawa.
Menurut sumber kejadian kemalangan melibatkan sebuah motorsikal dan sebuah kenderaan pelbagai guna.

Attachment(s) from -:eSpAcE9808:-
1 of 1 File(s)

Sun Sep 13, 2015 9:00 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Nak Pakai Contact Lens? Baca Dulu Kisah Gadis Ini

siakapkeli.my

Anda sudah memakai atau berhajat hendak memakai contact lens? Rasanya anda perlu memikirkannya terlebih dahulu. Ini kerana padah memakai contact lens, seorang gadis hampir kehilangan nikmat penglihatan yang tuhan berikan.

Gadis terbabit yang menggunakan nama Instagram adlinahanim, menceritakan apa yang berlaku kepadanya setelah menggunakan contact lens sejak dari umur 17 tahun.

"Saya dah lama nak tulis post ni; jadi gadis-gadis yang pakai contact lens, dengar sini", tulisnya sebagai pemula cerita.

"Saya sudah mula memakai contact lens sejak umur 17 sebab masa tu rabun dah naik dan pakai spek tudung 'tak jadi'. Bila start pakai(contact lens) saya rasa seperti 'yass, saya dapat mata saya balik'. Ia sangat menyelesakan dan eyetastic (fantastik). Jadi saya jarang guna spek mata saya."

Menceritakan lebih lanjut, adlinahanim berkata pada satu hari dia pergi ke pantai dan mendapati penglihatannya kabur. Pada awalnya adlinahanim hanya menyangka contact lensnya sudah kering tetapi apabila dia membuang contact lens terbabit dan memakai semula spek mata, penglihatannya semakin kabur.

"Power naik ni", sangka adlinahanim.

Keesokan harinya, adlinahanim pergi ke kedai kaca mata dan dia diberitahu power matanya sudah naik dari 300 ke 450. Tetapi dia masih merasa tidak sedap hati kerana matanya terasa seperti dicucuk-cucuk.

Tidak berpuas hati, adlinahanim pergi ke klinik dan doktor di klinik berkata matanya terkena jangkitan bakteria. Menggunakan ubat titik yang diberikan oleh klinik terbabit, adlinahanim berkata rasanya seolah-olah matanya terbakar apabila ubat itu dititikkan ke matanya.

Keesokan harinya, adlinahanim dibawa ke KPJ Ipoh oleh bapanya untuk pemeriksaan mata. Setelah pemeriksaan selesai, doktor berkata kornea matanya terkoyak.

"Doktor cakap kornea mata saya terkoyak & syukur kerana kami pergi berjumpa doktor awal dan tak jadi ulser lagi. Kalau dah jadi ulser, saya mungkin buta.

"Saya merasa takut pada ketika itu. Saya beritahu doktor tersebut saya selalu, SELALU cuci contact lens, tukar setiap bulan dan selalu beli contact lens yang mahal", tulis adlinahanim.

Doktor tersebut kemudian menjawab : "Contact lens lambat laun akan membahayakan mata kamu, cuma tunggu masa sahaja".

Adlinahanim kemudian mengakhiri post tersebut dengan menasihati wanita-wanita diluar sana yang memakai contact lens dengan niat untuk kelihatan cantik supaya berhenti.

"Tak berbaloi kehilangan mata untuk tampil cantik kalau esok kamu tak boleh melihat kecantikan itu sendiri", tulisnya. - Siakapkeli.my

Sun Sep 13, 2015 10:05 am (PDT) . Posted by:


Facebook: Fanpage Automobil
http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520

Group Automobil
http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

Web:
OILYMAN
http://oilyman.com.my

Blog In Malaysia
http://bloginmalaysia.com

Kataloh
http://kataloh.com

Cari Mudah
http://carimudah.com

Find And Book the Best Hotel Resort
http://besthotelreviews.org

Enplegu.com
http://enplegu.com

Choosing the Best Hotel Reviews
http://besthotelreviews.info

Blog Soccers
http://blogsoccers.com

Google Adsense Program
http://googleadsenseprogram.com

Azami Entertainment
http://azamientertainment.com

Din Apartment
http://dinapartment.com

University College Online
http://universitycollegeonline.info

Kad Niaga
http://kadniaga.com

Google Adsense Program Info
http://googleadsenseprogram.info

K-Pop Music Download
http://k-popmusicdownload.info

Health Care Definition
http://healthcaredefinition.com

Laptop Skin Sticker
http://laptopskinsticker.com

Sun Sep 13, 2015 10:05 am (PDT) . Posted by:


Fri Nov 30, 2012 9:22 pm
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

Salam Sejahtera semua.

Mulai 28 November 2012, ahli group Automobil tidak boleh "HIDE ID".
In disebabkan polisi baru Yahoo Groups yang tidak membenarkan menukar alamat email asal seperti sebelum ini.

Jadi kepada sesiapa yang ingin "HIDE ID" sila email dan minta pada kawan-kawan anda untuk melakukan posting sekaligus merahsiakan alamat email syarikat tempat anda bekerja.

Group Automobil juga telah memberikan akses penuh kepada kebanyakan ahli yang aktif terus post email ke group tanpa tapisan moderator tetapi masih di pantau.

Sekian,
Terima Kasih.
Iwan

Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: