Thursday, September 17, 2015

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4294

9 Messages

Digest #4294

Messages

Wed Sep 16, 2015 8:31 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Dalam 5 Tahun Kerja, Ini Kali Pertama Aku Kena Halau, Luahan Hati Staff Poslaju

siakapkeli.my

Seorang kakitangan Poslaju bernama Tom Yana telah meluahkan rasa kecewanya di laman Facebook di mana dia melahirkan rasa kecewa dengan Amb**k Yap Kwan Seng selepas telah dihalau oleh pihak pengawal keselamatan.

Menurutnya semasa hendak menghantar barang-barang kakitangan bank berkenaan, pekerja bahagian bilik surat bank berkenaan dikatakan tidak mahu mengambil barang-barang peribadi milik kakitangan mereka kerana ia arahan dari pihak atasan.

Jadi beliau berkata ambil kisah sangat dan terpaksa menghantarnya satu persatu disetiap bagunan tinggi tersebut.

Semasa sedang menyusun barang dilobi bank berkenaan tiba-tiba datang seorang pengawal keselamatan menghalau saya untuk buat kerja diluar bagunan tersebut.

"Boss tak bagi buat dalam ini sebab semak. Nanti orang-orang luar, kakitangan Amb**k serta boss-boss di sini nampak tempat ini bersepah. Tak elok," kata pengawal keselamatan tersebut kepada beliau.

"Kami Kurier Poslaju dihalau macam anjing. Kami buat kerja untuk siapa? Staff kau orang punya barang personal. Aku fikir, aku bekerja untuk logo tertera pada baju uniform ini saja." katanya yang nyata kesal dengan tindakan pengawal keselamatan berkenaan.

Beliau dalam pada itu berkata "Staff Amb**k Yap Kwan Seng, please take note! Bos anda tidak mahu barang anda dihantar ke pejabat anda sejak minggu lepas... salam" tulisnya mengambarkan kata-kata yang digunakan semasa menghubungi setiap kakitangan bank tersebut untuk memaklumkan penghataran barang mereka.

Dia meluahkan terpaksa menghubungi mereka menggunakan telefon sendiri yang telah kehabisan bateri walaupun belum selesai menelefon semua mereka. Namun ceritanya nasib ada seorang hamba Allah, iaitu seorang Despatch memberi dia pinjam telefon sekejap untuk menghubungi baki kakitangan bank yang lain yang semuanya berjumlah 40 item perlu dihantar.

Bagaimanapun luahan beliau tidak tamat disitu saja apabila ia terus berlarutan dibahagian komen status berkenaan.

Menurut Tom, bukan sifatnya melakukan kerja macam sesetengah kakitangan Poslaju lain untuk menangguhkan perhantaran barang keseokan harinya.

"Kita bising-bising pagi-pagi, kita kasi habiskan. Bukan macam yang lain diam-diam bawa balik. Kalau saya tak ada hati perut, pergi 'mam' sama budak baru, tak habis hantar, pandai-pandai buat esok. Saya tak sampai hati," katanya.

Beliau juga dalam komen dengan rakan-rakannya memberitahu bahawa ini bukan cara dia bekerja.

"Sorry aku cakap yang aku tak suka kerja macam itu, 5 tahun aku bekerja inilah kali pertama aku dihalau."

" Staff bahagian bilik surat tidak bersalah, pekerja Ambank lain pun tidak bersalah, tapi aku rasa terkilan dengan pengawal keselamatan bank itu." luahnya yang nyata kecewa diperlakukan sedemikian. - Siakapkeli.my

Wed Sep 16, 2015 8:31 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Raja Arab Saudi Umum Berikan Pampasan 1 Juta Riyal Kepada Mangsa Kren Runtuh Di Mekah

siakapkeli.my

Jeddah: Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud dilaporkan telah bersetuju untuk memberikan pampasan kepada semua mangsa yanng terlibat dalam nahas kren runtuh di Masjidil Haram petang Jumaat lalu.

Memetik laporan Saudi Press Agency, nilai pampasan ini dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu kepada jemaah yang meninggal, kepada jemaah yang cedera hilang keupayaan kekal dan jemaah yang hanya mengalami kecederaan yang boleh sembuh seperti biasa.

Bagi jemaah yang meningga dunia dan jemaah yang cedera hilang keupayaan kekal mereka akan dibayar sebanyak SR1 Juta(RM1.14juta) dan untuk mereka yang mengalami kecederaan yang membolehkan mereka pulih seperti biasa pula akan diberi pampasan sebanyak SR500,000 (RM57juta).

Raja Salman dikatakan berbuat demikian adalah sebagai satu bantuan kepada keluarga jemaah yang terkorban selain sebagai bantuan kepada mereka untuk menuntut hak mereka di mahkamah.

Selain itu, bagi jemaah yang meninggal dunia, dua orang waris mereka akan dijemput sebagai tetamu diraja untuk menunaikan ibadah haji untuk musim haji 1437H iaitu tahun depan.

Manakala bagi jemaah yang tercedera tidak dapat menunaikan haji musim ini boleh menunaikan ibadah haji pada tahun depan juga sebagai tetamu diraja.

Kepada waris mangsa yang masih menjaga ahli keluarga mereka di hospital di Arab Saudi, mereka akan diberikan kemudahan visa lawatan di mana ia akan dilanjutkan sehingga tamat tempoh haji atau sehingga kembali ke negara asal mereka.

Raja Salman pada masa yang sama telah menamatkan serta merta perkhidmatan kontraktor terlibat iaitu Saudi Binladin Group di mana kren milik syarikat berkenaan telah tumbang mengorbankan sekurang-kurangnya 107 jemaah Jumaat lalu.

"Syarikat berkenaan tidak menitik beratkan soal keselamatan semasa projek pembinaan sedang dijalankan," kata baginda dipetik dari Saudi Press Agency. - Siakapkeli.my

Profile

Saudi Gazette
Media/News/Publishing · 916,312 Likes
· 15 hrs ·
‪#‎UPDATE‬: King Salman orders SR1 million compensation for injured with permanent disability.

Half a million riyal compensation for those injured in Haram accident.

Two relatives of the deceased will be King's guests for Haj of 2016.

Probe finds Bin Ladin Group partially responsible for the accident.

No criminal intent in the accident but violations found in crane's functioning

Wed Sep 16, 2015 8:31 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

POLIS SAHKAN MAYAT YANG DITEMUI BERSIMEN DALAM TONG ADALAH KEVIN MORAIS
Posted by OMAK KAU!!!!

 

SUBANG - Polis pada sidang media sebentar tadi mengesahkan mayat yang ditemui bersimen dan diletakkan di dalam tong di kawasan terbiar Jalan Subang 3, di sini, pagi tadi adalah Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais.

Konkrit yang menempatkan mayat itu sudah dipecahkan dan mayat mangsa sudah dikenal pasti.

Polis Terpaksa Tarik Tong Dipercayai Tempat Morais Disembunyikan Guna 4x4
siakapkeli.my

SUBANG JAYA: Polis terpaksa menggunakan pacuan empat roda bagi menarik satu tong yang dipercayai menjadi bekas Timbalan Pendakwa Raya, Kevin Anthony Morais disembunyikan.

Sebelum ini, sepasukan anggota penyelam menjalankan kerja bagi mencari tong berkenaan di sungai berhampiran lokasi.

Turut berada di tempat kejadian, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainudin Ahmad, pegawai yang mengetuai kes kehilangan Morais. - Siakapkeli.my

Doktor ATM Dalang Kes Pembunuhan Kevin Morais - Polis
siakapkeli.my

SUBANG JAYA: Polis percaya kes pembunuhan Timbalan Ketua Bahagian Pengarah Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais mempunyai kaitan dengan kes satu kes rasuah yang sedang disiasat melibatkan seorang doktor yang berkhidmat dengan Angkatan Tentera Malaysia.

Menurut kenyataan dari Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh, polis setakat ini masih belum dapat memastikan motif pembunuhan.

"Kita percaya pembunuhan Kevin ini ada kaitan dengan doktor terbabit berikutan mendiang ada menjalankan siasatan terhadap kes rasuah melibatkan doktor terbabit.

"Maklumat ini kita dapat daripada lima suspek lelaki yang kita tahan pada semalam (Selasa)," katanya memetik laporan dari FMT.

Pagi tadi, mayat Kevin ditemui setelah kelima-lima suspek yang ditahan menunjukkan lokasi mereka membuang mayat Kevin.

Mayat Kevin dimampatkan di dalam konkrit sebelum dicampakkan di dalam longkang di Jalan Subang 3, Subang Jaya pada Rabu. - Siakapkeli.my

Oh! Ini rupanya doktor tentera itu....

bloglist-malaysia.blogspot.

Catatan Oleh Alhusseyn Alhusseyn

 

Seorang doktor tentera telah membawa polis ke kawasan paya USJ 1, Subang Jaya, di mana tong yang mengandungi jasad Morais dibuang.

Doktor tersebut merupakan suspek utama dalam kes pembunuhan mendiang Kevin Anthony Morais, Timbalan Pendakwa Raya yang dilaporkan hilang sebelum ini.

Mayat Morais ditemui terbenam di dalam konkrit dalam sebuah tong dram, 12 hari selepas kehilangannya.

Akhbar Kosmo pernah menyiarkan kes seorang doktor berpangkat Kolonel yang berkhidmat di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju yang didakwa melakukan dua kesalahan rasuah membabitkan wang sejumlah RM 700,000.

Berikut berita melalui rakaman SPRM

Wed Sep 16, 2015 8:32 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Sesiapa Yang Amalkan Sikap Perkauman Boleh Keluar Dari Johor, Titah Sultan Ibrahim

siakapkeli.my

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar telah menitahkan kepada sesiapa yang mengamalkan sikap perkauman boleh meninggalkan Johor.

Baginda melalui laman Facebook rasminya mengingatkan mereka yang membenci dan mengamalkan perkauman tidak pernah diterima di Johor Darul Ta'zim dan tidak mungkin sama sekali Baginda menerima mereka.

Mereka yang mengamal sikap ini, dinasihatkan supaya keluar dari Johor Darul Ta'zim serta-merta, kerana Johor adalah rumah kepada Bangsa Johor yang terdiri dari Orang Melayu, kaum Cina dan kaum India. Ini adalah satu perintah, jangan amalkan sikap perkauman dan membenci, atau lebih baik tinggalkan Johor.

"Saya telah bertungkus-lumus untuk kepentingan Bangsa Johor dan Negeri Johor, untuk memastikan semua hidup dalam harmoni dan Johor semakin maju. Nenek moyang saya, kerajaan negeri, Bangsa Johor dan saya telah berkerja keras untuk menyatu rakyat Johor dan membawa pelabur asing untuk memajukan negeri Johor," kata baginda.

Sultan Ibrahim pada masa yang sama memberi amaran kepada mereka yang cuba menghasut Bangsa Johor untuk membenci dan mengamal sikap perkauman akan berhadapan dengan tindakan tegas.

Sebagai Sultan, baginda menegaskan bahawa amanah yang dipikulnya hanyalah kepada rakyat dan negeri Johor sahaja di mana tegas baginda rakyat johor merupakan keutamaan baginya.

Baginda sekali lagi menegaskan jika perkara membenci, menghasut dan isu perkauman diamalkan di Johor mereka perlu berhadapan dengan baginda terlebih dahulu.

"Ini bukan zaman batu, Orang Melayu, kaum Cina dan India, semua telah memainkan peranan masing-masing. Johor adalah rumah kepada semua Bangsa Johor.

"Kepada pihak berkuasa, berkas mereka yang menghasut Bangsa Johor untuk membenci dan mempromosikan perkauman. Jangan pilih kasih, cari jalan penyelesaianya ke akar umbi," -Siakapkeli.my

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar added 4 new photos — at Johor Darul Ta'zim.
Public Figure · 128,296 Likes
· 22 hrs · Edited ·
"Let me reiterate, there is no place for hatred and racism here in Johor Darul Ta'zim. It was never welcomed, nor will I ever welcome haters and racists here in Johor. If anyone who want to practice hatred and racism in Johor Darul Ta'zim, the home of the Malays, Chinese and Indians- Bangsa Johor, please leave Johor immediately. That is an order!
"I have worked hard and struggled for my subjects, to ensure that they live in harmony and togetherness. Anyone found instigating others to hate and practice racism here in Johor, they will face the brunt of the law. Again, let me remind you, my ancestors, the state government, Bangsa Johor and I have worked hand-in-hand…together, to make Johor a better-place, to bring in foreign investors for the future of Johor. Anyone who create disharmony and spread hatred here by promoting racism, will have to deal with me personally. Take this as a warning.
"This is not the stone age, do not be ungrateful, the Malays, Chinese and Indians, all played their part, Johor Darul Ta'zim is home to the Malays, Chinese and Indians, they are Bangsa Johor. As their ruler, its my responsibility to see my subjects live in harmony, and my subjects are always my priority.
"To the authorities, do not take soft approach against haters and racists, do not be bias, get to the root of the problem, and apprehend those who create racial disharmony problems here in Johor Darul Ta'zim," -Sultan of Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar'.

"Di Johor Darul Ta'zim, tiada tempat dan ruang untuk mereka yang membenci dan mengamalkan sikap perkauman. Mereka yang membenci dan mengamalkan perkauman tidak pernah saya terima di Johor Darul Ta'zim dan tidak mungkin saya menerima mereka. Mereka yang mengamal sikap ini, di nasihatkan supaya keluar dari Johor Darul Ta'zim serta-merta, kerana Johor adalah rumah kepada Bangsa Johor yang terdiri dari Orang Melayu, kaum Cina dan kaum India. Ini adalah satu perintah-jangan amalkan sikap perkauman dan membenci, atau lebih baik tinggalkan Johor.
"Saya telah bertungkus-lumus untuk kepentingan Bangsa Johor dan Negeri Johor, untuk memastikan semua hidup dalam harmoni dan Johor semakin maju. Nenek moyang saya, kerajaan negeri, Bangsa Johor dan saya telah berkerja keras untuk menyatu rakyat Johor dan membawa pelabur asing untuk memajukan negeri Johor. Mereka yang menghasut Bangsa Johor untuk membenci dan mengamal sikap perkauman akan berhadapan dengan tindakan tegas. Sebagai Sultan Johor, amanah saya ialah kepada rakyat saya dan negeri Johor. Rakyat saya adalah keutamaan saya. Mereka ini perlu berhadapan dengan saya, jika perkara membenci, menghasut dan isu perkauman diamalkan di Johor.
"Ini bukan zaman batu, Orang Melayu, kaum Cina dan India, semua telah memainkan peranan masing-masing. Johor adalah rumah kepada semua Bangsa Johor.
"Kepada pihak berkuasa, berkas mereka yang menghasut Bangsa Johor untuk membenci dan mempromosikan perkauman. Jangan pilih kasih, cari jalan penyelesaianya ke akar umbi," -Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

‪#‎sultanibrahimofficial‬ ‪#‎sultanjohor‬ ‪#‎luaskankuasamu‬ ‪#‎jdt‬ ‪#‎muafakatbangsajohor‬
‪#‎royaljohor‬ ‪#‎sultanjohordanrakyatberpisahtiada‬

Wed Sep 16, 2015 8:32 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

5 Perkara Yang Perlu Dititik Beratkan Sebelum Membuat Pinjaman Peribadi

siakapkeli.my

Pinjaman peribadi adalah sejenis pinjaman 'unsecured' yang boleh membantu di saat kita memerlukan. Tak dapat dinafikan pinjaman peribadi lebih mudah diproses dan diluluskan, menjadikan ia sebagai salah satu pilihan ketika seseorang itu memerlukan wang.

Namun sebelum membuat pinjaman peribadi, pastikan dulu anda melihat 5 perkara ini.

Kadar bunga : Disebabkan pinjaman peribadi adalah jenis 'unsecured', ia didatangkan dengan kadar bunga yang tinggi. Ini kerana peminjam tidak perlu menyimpan mana-mana aset sebagai cagaran. Di Malaysia, peminjam boleh mendapatkan kadar bunga serendah 6%. Seboleh-bolehnya cuba kurangkan kadar bunga.

Caj Penalti : Jika peminjam gagal membayar tepat pada waktu, biasanya peminjam akan dikenakan penalti yang akan dikenakan ke atas akaun peminjam. Pastikan dahulu caj penalti yang dikenakan tidak terlalu membebankan supaya di masa hadapan pinjaman ini tidak akan memakan tuan.

Sejarah Kredit : Sebelum memohon untuk pinjaman, pastikan dahulu sejarah kredit cantik supaya pinjaman lebih senang lulus. Jika ada yang tertunggak, pastikan ia dibayar terlebih dahulu.

Cari promosi : Pinjaman peribadi pun ada promosi. Sekarang, BSN ada menawarkan pinjaman pada kadar bunga serendah 4.49% bagi kakitangan swasta dan 3.49% bagi kakitangan kerajaan. Cari promosi dahulu sebelum membuat sebarang keputusan memohon pinjaman.

Keperluan atau kemahuan ? : Ini yang paling penting sekali. Jika mahu membuat pinjaman semata-mata untuk membeli iPhone, tidak perlulah. Tetapi jika untuk perniagaan, ia tindakan yang betul. Secara pokoknya, jika pinjaman itu akan memberikan pulangan di masa hadapan, anda digalakkan untuk meminjam tetapi jika pinjaman itu tidak akan memberi pulangan di masa hadapan, kami nasihatkan anda tidak meminjam.
Pastikan anda meneliti kelima-lima perkara diatas sebelum membuat pinjaman peribadi - Siakapkeli.my

Wed Sep 16, 2015 8:32 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Juruterbang TUDM Maut Selepas Motosikal berkuasa TInggi Ditunggang Terbabas Dan Melanggar Bas Ekspress

siakapkeli.my

Alor Gajah: Seorang Juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Kapten Wan Mohd Syafiq Arief Zulkifli, 27,dilaporkan telah terlibat dalam satu kemalangan jalanraya menyebabkan beliau telah meninggal dunia.

Semasa kejadian, mangsa yang menunggang motosikal Kawasaki ER6N telah hilang kawalan sebelum melanggar belakang bas ekspress di Kilometer 204.1 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berhampiran kawasan rawat dan rehat (R&R) Ayer Keroh, 12 tengah malam tadi.

Menurut laporan pihak polis, mangsa dalam perjalanan ke Kuala Lumpur gagal megelak bas berkenaan selepas bas yang membawa lima penumpang itu gagal telah cuba mengelak kereta di hadapannya sebelum terbabas merempuh besi penghadang tengah dan menghimpit motosikal ditunggang mangsa.

Mangsa yang parah di kepala dan badan dihantar ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan lanjut sebelum mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira 12.30 tengah malam.

Mayat dihantar ke bilik mayat Hospital Melaka untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Siakapkeli.my

Wed Sep 16, 2015 9:13 pm (PDT) . Posted by:

"bashah" bwasi

Bukti nyata membawa moto** besor jauh lebih bahaya dari  jet pengebom **MIG 27 
-al fatihah** automobil

On Wednesday, September 16, 2015 11:32 PM, "'-:eSpAcE9808:-' rienacom@yahoo.com.sg [automobil]" <automobil@yahoogroups.com> wrote:


  Juruterbang TUDM Maut Selepas Motosikal berkuasa TInggi Ditunggang Terbabas Dan Melanggar Bas Ekspress  siakapkeli.my 
Alor Gajah: Seorang Juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Kapten Wan Mohd Syafiq Arief Zulkifli, 27,dilaporkan telah terlibat dalam satu kemalangan jalanraya menyebabkan beliau telah meninggal dunia.

Semasa kejadian, mangsa yang menunggang motosikal Kawasaki ER6N  telah hilang kawalan sebelum melanggar belakang bas ekspress di Kilometer 204.1 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berhampiran kawasan rawat dan rehat (R&R) Ayer Keroh, 12 tengah malam tadi.

Menurut laporan pihak polis, mangsa dalam perjalanan ke Kuala Lumpur gagal megelak bas berkenaan selepas bas yang membawa lima penumpang itu gagal telah cuba mengelak kereta di hadapannya sebelum terbabas merempuh besi penghadang tengah dan menghimpit motosikal ditunggang mangsa.

Mangsa yang parah di kepala dan badan dihantar ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan lanjut sebelum mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira 12.30 tengah malam.

Mayat dihantar ke bilik mayat Hospital Melaka untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Siakapkeli.my #yiv4688797489 #yiv4688797489 -- #yiv4688797489ygrp-mkp {border:1px solid #d8d8d8;font-family:Arial;margin:10px 0;padding:0 10px;}#yiv4688797489 #yiv4688797489ygrp-mkp hr {border:1px solid #d8d8d8;}#yiv4688797489 #yiv4688797489ygrp-mkp #yiv4688797489hd {color:#628c2a;font-size:85%;font-weight:700;line-height:122%;margin:10px 0;}#yiv4688797489 #yiv4688797489ygrp-mkp #yiv4688797489ads {margin-bottom:10px;}#yiv4688797489 #yiv4688797489ygrp-mkp .yiv4688797489ad {padding:0 0;}#yiv4688797489 #yiv4688797489ygrp-mkp .yiv4688797489ad p {margin:0;}#yiv4688797489 #yiv4688797489ygrp-mkp .yiv4688797489ad a {color:#0000ff;text-decoration:none;}#yiv4688797489 #yiv4688797489ygrp-sponsor #yiv4688797489ygrp-lc {font-family:Arial;}#yiv4688797489 #yiv4688797489ygrp-sponsor #yiv4688797489ygrp-lc #yiv4688797489hd {margin:10px 0px;font-weight:700;font-size:78%;line-height:122%;}#yiv4688797489 #yiv4688797489ygrp-sponsor #yiv4688797489ygrp-lc .yiv4688797489ad {margin-bottom:10px;padding:0 0;}#yiv4688797489 #yiv4688797489actions {font-family:Verdana;font-size:11px;padding:10px 0;}#yiv4688797489 #yiv4688797489activity {background-color:#e0ecee;float:left;font-family:Verdana;font-size:10px;padding:10px;}#yiv4688797489 #yiv4688797489activity span {font-weight:700;}#yiv4688797489 #yiv4688797489activity span:first-child {text-transform:uppercase;}#yiv4688797489 #yiv4688797489activity span a {color:#5085b6;text-decoration:none;}#yiv4688797489 #yiv4688797489activity span span {color:#ff7900;}#yiv4688797489 #yiv4688797489activity span .yiv4688797489underline {text-decoration:underline;}#yiv4688797489 .yiv4688797489attach {clear:both;display:table;font-family:Arial;font-size:12px;padding:10px 0;width:400px;}#yiv4688797489 .yiv4688797489attach div a {text-decoration:none;}#yiv4688797489 .yiv4688797489attach img {border:none;padding-right:5px;}#yiv4688797489 .yiv4688797489attach label {display:block;margin-bottom:5px;}#yiv4688797489 .yiv4688797489attach label a {text-decoration:none;}#yiv4688797489 blockquote {margin:0 0 0 4px;}#yiv4688797489 .yiv4688797489bold {font-family:Arial;font-size:13px;font-weight:700;}#yiv4688797489 .yiv4688797489bold a {text-decoration:none;}#yiv4688797489 dd.yiv4688797489last p a {font-family:Verdana;font-weight:700;}#yiv4688797489 dd.yiv4688797489last p span {margin-right:10px;font-family:Verdana;font-weight:700;}#yiv4688797489 dd.yiv4688797489last p span.yiv4688797489yshortcuts {margin-right:0;}#yiv4688797489 div.yiv4688797489attach-table div div a {text-decoration:none;}#yiv4688797489 div.yiv4688797489attach-table {width:400px;}#yiv4688797489 div.yiv4688797489file-title a, #yiv4688797489 div.yiv4688797489file-title a:active, #yiv4688797489 div.yiv4688797489file-title a:hover, #yiv4688797489 div.yiv4688797489file-title a:visited {text-decoration:none;}#yiv4688797489 div.yiv4688797489photo-title a, #yiv4688797489 div.yiv4688797489photo-title a:active, #yiv4688797489 div.yiv4688797489photo-title a:hover, #yiv4688797489 div.yiv4688797489photo-title a:visited {text-decoration:none;}#yiv4688797489 div#yiv4688797489ygrp-mlmsg #yiv4688797489ygrp-msg p a span.yiv4688797489yshortcuts {font-family:Verdana;font-size:10px;font-weight:normal;}#yiv4688797489 .yiv4688797489green {color:#628c2a;}#yiv4688797489 .yiv4688797489MsoNormal {margin:0 0 0 0;}#yiv4688797489 o {font-size:0;}#yiv4688797489 #yiv4688797489photos div {float:left;width:72px;}#yiv4688797489 #yiv4688797489photos div div {border:1px solid #666666;height:62px;overflow:hidden;width:62px;}#yiv4688797489 #yiv4688797489photos div label {color:#666666;font-size:10px;overflow:hidden;text-align:center;white-space:nowrap;width:64px;}#yiv4688797489 #yiv4688797489reco-category {font-size:77%;}#yiv4688797489 #yiv4688797489reco-desc {font-size:77%;}#yiv4688797489 .yiv4688797489replbq {margin:4px;}#yiv4688797489 #yiv4688797489ygrp-actbar div a:first-child {margin-right:2px;padding-right:5px;}#yiv4688797489 #yiv4688797489ygrp-mlmsg {font-size:13px;font-family:Arial, helvetica, clean, sans-serif;}#yiv4688797489 #yiv4688797489ygrp-mlmsg table {font-size:inherit;font:100%;}#yiv4688797489 #yiv4688797489ygrp-mlmsg select, #yiv4688797489 input, #yiv4688797489 textarea {font:99% Arial, Helvetica, clean, sans-serif;}#yiv4688797489 #yiv4688797489ygrp-mlmsg pre, #yiv4688797489 code {font:115% monospace;}#yiv4688797489 #yiv4688797489ygrp-mlmsg * {line-height:1.22em;}#yiv4688797489 #yiv4688797489ygrp-mlmsg #yiv4688797489logo {padding-bottom:10px;}#yiv4688797489 #yiv4688797489ygrp-msg p a {font-family:Verdana;}#yiv4688797489 #yiv4688797489ygrp-msg p#yiv4688797489attach-count span {color:#1E66AE;font-weight:700;}#yiv4688797489 #yiv4688797489ygrp-reco #yiv4688797489reco-head {color:#ff7900;font-weight:700;}#yiv4688797489 #yiv4688797489ygrp-reco {margin-bottom:20px;padding:0px;}#yiv4688797489 #yiv4688797489ygrp-sponsor #yiv4688797489ov li a {font-size:130%;text-decoration:none;}#yiv4688797489 #yiv4688797489ygrp-sponsor #yiv4688797489ov li {font-size:77%;list-style-type:square;padding:6px 0;}#yiv4688797489 #yiv4688797489ygrp-sponsor #yiv4688797489ov ul {margin:0;padding:0 0 0 8px;}#yiv4688797489 #yiv4688797489ygrp-text {font-family:Georgia;}#yiv4688797489 #yiv4688797489ygrp-text p {margin:0 0 1em 0;}#yiv4688797489 #yiv4688797489ygrp-text tt {font-size:120%;}#yiv4688797489 #yiv4688797489ygrp-vital ul li:last-child {border-right:none !important;}#yiv4688797489

Wed Sep 16, 2015 9:37 pm (PDT) . Posted by:

"Sukri Farah"

...dari penceritaan tu salah bas,,,,,yg tiba tiba tukar lane...

On Thu, Sep 17, 2015 at 12:10 PM, bashah bwasi@yahoo.com [automobil] <
automobil@yahoogroups.com> wrote:

>
>
> Bukti nyata membawa moto** besor jauh lebih bahaya dari jet pengebom
> **MIG 27
>
> -al fatihah
> ** automobil
>
>
>
> On Wednesday, September 16, 2015 11:32 PM, "'-:eSpAcE9808:-'
> rienacom@yahoo.com.sg [automobil]" <automobil@yahoogroups.com> wrote:
>
>
>
> 
> *Juruterbang TUDM Maut Selepas Motosikal berkuasa TInggi Ditunggang
> Terbabas Dan Melanggar Bas Ekspress *
>
> siakapkeli.my
>
>
> <http://4.bp.blogspot.com/-NJ2Xx6NKz8U/Vffi-az1CuI/AAAAAAAAWzk/jy-3PyIO_9E/s1600/1.jpg>
>
> Alor Gajah: Seorang Juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM),
> Kapten Wan Mohd Syafiq Arief Zulkifli, 27,dilaporkan telah terlibat dalam
> satu kemalangan jalanraya menyebabkan beliau telah meninggal dunia.
>
> Semasa kejadian, mangsa yang menunggang motosikal Kawasaki ER6N telah
> hilang kawalan sebelum melanggar belakang bas ekspress di Kilometer 204.1
> Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berhampiran kawasan rawat dan rehat
> (R&R) Ayer Keroh, 12 tengah malam tadi.
>
> Menurut laporan pihak polis, mangsa dalam perjalanan ke Kuala Lumpur gagal
> megelak bas berkenaan selepas bas yang membawa lima penumpang itu gagal
> telah cuba mengelak kereta di hadapannya sebelum terbabas merempuh besi
> penghadang tengah dan menghimpit motosikal ditunggang mangsa.
>
> Mangsa yang parah di kepala dan badan dihantar ke Hospital Melaka untuk
> mendapatkan rawatan lanjut sebelum mangsa disahkan meninggal dunia
> kira-kira 12.30 tengah malam.
>
> Mayat dihantar ke bilik mayat Hospital Melaka untuk bedah siasat dan kes
> disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - *Siakapkeli.my
> <http://siakapkeli.my/>*
>
>
>
>

Wed Sep 16, 2015 8:32 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Peniagaan di Uptown Shah Alam terjejas akibat pengutip parking haram

bloglist-malaysia.blogspot

milosuam.blogspot.

SEBAHAGIAN peniaga-peniaga Melayu di Uptown Shah Alam, dikatakan membuat laporan ‎Polis sekitar jam 3 pagi tadi berhubung kemunculan pengutip-pengutip duit parking haram yang boleh disifatkan bagai cendawan tumbuh dan mengganggu periuk nasi mereka.

Salah seorang peniaga yang enggan namanya disebutkan‎, mendakwa jumlah kehadiran pelanggan di tempat perniagaan mereka semakin berkurangan gara-gara pengutip parking haram yang semakin berleluasa.

‎Beliau juga mendakwa, kumpulan yang terlibat melakukan aktiviti itu terdiri daripada 'gangster Melayu' lantaran itu beliau enggan namanya disiarkan kerana bimbang keselamatan tergugat.

‎Bila dapat maklumat ni, aku pun tiba-tiba terfikir, salah satu sebab aku tak suka pergi ke Uptown Shah Alam, ialah kerana terpaksa bayar parking mahal walaupun aku parking kereta depan rumah makcik aku yang terletak berdekatan.

Aku lebih suka ‎pergi berbelanja di Uptown Kota Damansara, sebab kat sana boleh parking sepanjang jalan tanpa perlu bayar parking. Dalam erti kata lain, dakwaan peniaga ini ada asasnya.‎ ‎

Dari segi kemanusiaan, pada aku tak salah kutip duit parking dengan kadar berpatutan, kemudian pelanggan dapat perkhidmatan tertentu yang memberi kebaikan.

Tapi kalau dah sampai ke tahap, menutup periuk nasi peniaga, memanglah tak patut. Aku pun malaslah nak ulas banyak, cari makan pandai-pandailah...‎

"Lu fikirlah sendiri..."‎

Read more: http://milosuam.blogspot.com/2015/09/peniagaan-di-uptown-shah-alam-terjejas.html#ixzz3lit5d3fe
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: