Friday, September 4, 2015

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4284[1 Attachment]

6 Messages

Digest #4284
3
Fw: Kisah Kecekalan Seorang Bapa, by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
4
Fw: Pohon Zaqqum ,Makanan Penghuni Neraka by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
5
Fw: HUKUM MANDI TANPA SEUTAS BENANG by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
6
Fw: Kereta Yang Mampu Anda Beli by "-:eSpAcE9808:-" rienacom

Messages

Thu Sep 3, 2015 8:06 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

INILAH PERKARA YANG KERAJAAN SINGAPURA BERANI BUAT TAPI KERAJAAN MALAYSIA TAKUT NAK BUAT...

bloglist-malaysia.blogspot.
naimnikmat.blogspot
Dicatat oleh Na'im Nikmat

Di Singapura kerajaan,pembangkang dan parti2 politik berdebat secara terbuka dalam media arus perdana... Debat dibuat secara langsung tanpa suntingan... Bagaimana pula di Malaysia???

comments:

Anonymous said...
Di Malaysia pemimpin2 pemerintah PONDAN !

Anonymous said...
Singapura bolihlah buat sebab Sinagpura negara Islam .Kita Malaysial ni bukan negara Iaslam mana bolih buat.

Anonymous said...
Pemimpin UMNO Malaysia tak der telor...

Thu Sep 3, 2015 8:06 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Kemalangan Di Jalan Kuching Bukan Disebabkan Jambatan Runtuh

siakapkeli.my

KUALA LUMPUR: Satu kejadian kemalangan dilaporkan berlaku di Jalan Kuching pada jam 7 pagi tadi membabitkan tiga buat kenderaan, iaitu van, kereta dan sebuah motorsikal.

Sebuah kenderaan terbakar, namun identiti mangsa sehingga kini tidak dapat dipastikan.

"Kejadian itu berlaku di kawasan pembinaan jambatan dan dalam kemalangan itu salah sebuah kenderaan yang terlibat telah terbakar seterusnya mengakibatkan kesesakan lalu lintas kerana berlaku di waktu puncak," demikian memetik jurucakap bomba.

Bagaimanapun kemalangan itu dinafikan berpunca daripada kejadian jambatan runtuh, sebagaimana disebarkan melalui aplikasi Whatsapp. -Siakapkeli.my

Thu Sep 3, 2015 8:07 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Kisah Kecekalan Seorang Bapa, Sampaikan Nasihat Berguna Kepada Ibu Bapa Di Luar Sana

siakapkeli.my

Masih ingatkah lagi anda kisah seorang bapa hebat yang pernah kami viralkan sebulan lalu di mana kisah bapa bernama Mohd Reza Bin Samsudin yang membawa tiga orang anaknya pulang ke kampung dari Sepang ke Pulau Pianang hanya menaiki sebuah motosikal Ex5.

Kisah ayah hebat ini telah mendapat perhatian ramai rakyat Malaysia yang bersimpati dengan beliau memandang jarak perjalanan dari Sepang ke kampungnya amatlah jauh.

Alhamdulillah, rezeki abang Reza murah apabila dikatakan sumbangan yang diberikan kepadanya mencurah-curah dan ada yang mendermakan kereta kepada beliau.

Apa yang menarik, selepas menjadi viral pergerakan pulang beliau bersama anak-anaknya melalui Projek lebuhraya Utara Selatan (PLUS) untuk pulang ke Sepang telah menjadi perhatian di mana kebanyakkan mereka yang terjumpa beliau pasti akan menegur, mengambil gambar, hendak tumpangkan mereka dan tidak kurang yang memberikan sedikit bantuan kewangan kepadanya.

Profile

Siakap Keli
Semoga brader ni dengan anak2nya selamat sampai ke kampung untuk beraya..
Kiriman: Mazlan Omar
Gambar pertama dahulu yang pernah disiarkan di page Siakapkeli

Kisah bapa cekal dan hebat ini telah menarik perhatian media di mana abang Reza telah dijemput ke studio Stesen TV Al-Hijrah dalam rancangan Assalamualaikum.

Semasa ditemubual stesen TV berkenaan kata-kata abang Reza yang cukup membuatkan air mata anda yang melihatnya mengalir.

Percakapan dan kisah yang Abang Reza ceritakan ini telah ditulis semula pengguna Facebbok bernama Syikin Jana di mana perkongsiian beliau telah berjaya menarik perhatian orang ramai.

Berikut adalah kisah yang diceritakan dan dikongsikan oleh Puan Syikin.

Kisah ayah yang bawa 3 anak naik motor dari Sepang pulang ke Penang..

Mata hamba masuk habuk

Dari Sepang 6 pagi sampai Penang 10 malam.

Bukan tak sayang anak
Saya tahu ini merbahaya
Tapi tidak mempunyai pilihan
Duit saya hanya RM50 dalam poket
Saya hanya berTawakal kepada Allah

Anak anak enjoy dalam perjalanan
Ramai yang nak tumpangkan
Tapi saya taknak menyusahkan orang
Lebih dari 10 orang nak membantu

Terima kasih rakyat Malaysia
Kerana prihatin kepada kami
Ramai yang bagi duit raya pada anak saya

Anak belajar nilai kesusahan
Dari situ mereka belajar sesuatu
14 jam perjalanan mengajar mereka
Tentang prihatin dan kemanusiaan

Pesanan En Reza
Dalam apa situasi
Jangan lupa Allah
Setiap masalah
Allah dah ada jalan penyelesaian
Usaha sedaya upaya yang kita mampu

Bila ada masalah
Jangan mengadu pada manusia
Mengadu pada Allah
Ikhtiar dan tawakal
Yakinlah
Allah ada susunan untuk kita

- Siakapkeli.my

Thu Sep 3, 2015 8:08 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Inilah Gambar Pohon Zaqqum ,Makanan Penghuni Neraka ...Yang Buahnya Berkepala Syaitan

kitabantai.info
Posted by Kita Bantai

Subhanallah Inilah Pohon Zaqqum Yang Menakutkan,Makanan Penghuni Neraka ...

Ini pohon zaqqum, Subhanallah Allah ditunjukkan kpd kita.... pohon zaqqum ini lah makanannya orang2 di neraka nanti...

Na'udzubillah mindzaalik, untok lebih jelas lagi di Alqur'an Surattul AsShaffat Ayat 62-65. أَذَٰلِكَ خَيْرٌ نُّزُلًا أَمْ شَجَرَةُ الزَّقُّومِ

Manakah yang lebih baik, limpah kurniaan yang termaklum itu atau pokok zaqqum? إِنَّا جَعَلْنَاهَا فِتْنَةً لِّلظَّالِمِينَ

Sesungguhnya Kami jadikan pokok zaqqum itu satu ujian bagi orang-orang yang zalim (di dunia dan azab seksa bagi mereka di akhirat). إِنَّهَا شَجَرَةٌ تَخْرُجُ فِي أَصْلِ الْجَحِيمِ

Sebenarnya ia sebatang pohon yang tumbuh di dasar neraka yang marak menjulang; طَلْعُهَا كَأَنَّهُ رُءُوسُ الشَّيَاطِينِ
Pohon zaqqum ini ada di kota Thaif, Saudi Arabia

Misteri Kota Thaif dan Pohon Zaqqum Yahudi

Mendengar kata Arab Saudi, salah satu hal yang mungkin terbayang dalam kepala kita adalah panas. Maklum, bagaimana tidak, dataran Arab memang sudah ditakdirkan seperti itu oleh Allah swt.

Tapi jangan heran, tidak demikian dengan sebuah kota bernama Thaif. Thaif, jika di Indonesia, mungkin seperti Bandung, yang sejuk.
Thaif adalah sebuah daerah yang terletak hanya 80 km dari Mekah, tetapi mempunyai iklim yang sungguh berbeda dengan Mekah. Di Mekah mungkin orang sudah kepanasan karena suhu 48 derajat celcius.
Perbedaan yang tentu saja selalu membuat kening orang berkerut karena terasa jomplang sekali dikarenakan kedua kota itu berada di Saudi, dan bisa dibilang "bersaudaraan" karena jaraknya yang hanya bisa ditempuh dengan waktu hanya 1,5 jam saja mengenakan kendaraan.

Thaif terkenal sebagai pemasok sayur mayur dan buah-buahan di Arab Saudi. Thaif diberkahi dengan kesuburan tanah meski komposisi bebatuannya lebih banyak.
Buah dan sayur yang terdapat di pasar tradisionalnya melimpah dan segar. Segala macam buah berada di kota ini, termasuk buah delimanya yang sangat terkenal.
Untuk memasuki Thaif, diperlukan izin khusus dan pemeriksaan yang cukup ketat. Ini mungkin karena di sana terdapat sekolah militer dan gudang senjata pemerintahan Arab Saudi.
Sekadar Mengingatkan Tentang Kota Ini
Kota ini dikelilingi oleh pegunungan yang dingin. Dahulu, sekadar mengingatkan, di kota inilah Nabi Muhammad saw pernah diusir dan dilempar batu.
Kini, di daerah ini pula tumbuh subur pohon Zaqqum, pohon yang dipenuhi duri tajam dan besar. Dalam Surah Al Waqiah ayat 52, pohon ini bakal menjadi bahan makanan penghuni neraka.
Apa gerangan pohon Zaqqum ini? Samakah dengan pohon Qhorqod Yahudi?
Aaz Zaqqum adalah sebuah pohon yang tumbuh di dasar neraka Saqar atau dasar neraka Jahannam. Dan neraka Jahannam telah dinyalakan hingga mendidih seperti kotoran minyak.

Para penghuninya sangat rakus dalam memakannya sehingga memenuhi perutnya sebagaimana air panas yang mendidih, air yang memiliki temperatur paling tinggi.
"(Makanan surga) itulah hidangan yang lebih baik ataukah pohon zaqqum. Sesungguhnya kami menjadikan pohon zaqqum itu sebagai siksaan bagi orang-orang yang zalim.
Sesungguhnya ia adalah sebatang pohon yang keluar dari dasar neraka jahanam. Buahnya seperti kepala syaitan-syaitan.
Maka sesungguhnya mereka benar-benar memakan sebagian dari buah pohon itu, maka mereka memenuhi perutnya dengan buah zaqqum itu.
Kemudian sesudah makan buah pohon zaqqum itu pasti mereka mendapat minuman yang bercampur dengan air yang sangat panas. Kemudian sesungguhnya tempat kembali mereka benar-benar ke neraka jahim".(As Shaffat:62 – 68 )
Rasulullah Shallahu'alaihi wa Sallam bersabda,"Seandainya setitik dari zaqqum diteteskan di dunia niscaya akan menghancurkan kehidupan semua penghuninya. Lalu bagaimana dengan keadaan orang yang menjadikan zaqqum sebagai makanannya?" (HR At-Tirmidzi, Ibnu Majjah dalam sunannya, kitab Az-Zuhud, bab Shifat An Nar, 8/4325.)

Buahnya seolah-olah kepala Syaitan-syaitan; (Surattul AsSaaffat Ayat 62-65).
Sesungguhnya ia adalah sebatang pohon yang keluar dari dasar neraka jahanam. Buahnya seperti kepala syaitan-syaitan.

Walaupun pohon zaqqum tidak sama dengan pohon gharqad, tetapi orang-orang Yahudi sudah terkenal senang memelihara pohon ini.kredit

Thu Sep 3, 2015 8:11 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

HUKUM MANDI TANPA SEUTAS BENANG (TELANJANG/BOGEL)

bloglist-malaysia.blogspot
kitabantai.info
Posted by Kita Bantai

Apakah hukum mandi bogel?
Bogel atau telanjang yang dimaksudkan adalah mandi dengan tanpa seurat benang pada badan. Hukum mandi bogel adalah harus. Sebaik-baiknya mandilah dengan memakai kain basahan atau seluar dalam bagi menutup kemaluan. Tidak menjadi satu kesalahan untuk mandi secara bogel. Dalam Islam, hukumnya adalah HARUS.
Imam al-Nawawi menjelaskan di dalam hadith ini yang menjelaskan kebenaran mandi berkeadaan bogel jika dia berseorangan.

"Kita telah melihat didalam bab yang lalu bahawa sesungguhnya dibenarkan membuka aurat apabila ada keperluan (hajat), apabila seseorang berseorangan, apabila mandi, membuat air, apabila bersama dengan isteri dan sebagainya. Didalam semua keadaan ini, dibenarkan seseorang membuka auratapabila dia berseorangan, akan tetapi dihadapan orang lain adalah HARAM menyingkap aurat didalam semua keadaan." [Sharh Muslim, 4/32].
Akan tetapi tidak ada nas atau dalil dari hadith Nabi saw yang sahih mengenai kewajipan menutup diri semasa mandi. Walaubagaimanapun terdapat beberapa ulama' salaf yang menutup diri mereka, akan tetapi bukanlah diwajibkan. Adalah memadai semasa mandi itu tidak dapat dilihat oleh orang lain.
Namun begitu, terdapat beberapa riwayat menjelaskan Nabi saw pernah mandi bersama isterinya didalam keadaan tidak berpakaian, sebagaimana didalam hadith Muslim dan Bukhari.
Sekiranya ingin mandi dengan berpakaian juga tidak menjadi kesalahan kerana Rasulullah saw pernah mandi dengan berselindung dengan kain. Mandi berpakaian adalah digalakkan berdasarkan hadith yang bermaksud: "Allah swt adalah lebih patut disegani daripada manusia."
Sahabat sekalian perlu diingat di dalam tandas dan bilik kita semua adanya jin yang turut tinggal di dalamnya. Jadi kalau tidak mahu jin itu jatuh cinta dengan menikmati tubuh kita maka tutuplah aurat ketika mandi. Bahaya kalau jin dah jatuh cinta dengan manusia. Alam kita dan dia adalah berbeza. Jin ini kita tidak dapat melihatnya. Cuba bayangkan situsainya jika jin sentiasa mengekori kita ke mana sahaja. Kecut perut bukan…
Walaubagaimanapun…apa yang ingin ditegaskan di sini adalah berasa malulah kita kepada Allah daripada makhluk lain.
Wallahualam…sumber
Attachment(s) from -:eSpAcE9808:-
1 of 1 File(s)

Thu Sep 3, 2015 8:12 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Kereta Yang Mampu Anda Beli Jika Berpendapatan Antara RM2,000 ke RM4,000 Sebulan

siakapkeli.my

Pemilihan kereta selalu membuatkan kita pening. Mana taknya, pelbagai promosi & juga 'tangga-tangga' harga diletakkan oleh penjual kereta untuk membuat kita gelap mata ketika memilih.

Untuk membantu, kami datangkan senarai kereta berdasarkan pendapatan anda supaya anda lebih yakin untuk memilih kereta anda yang seterusnya (atau yang pertama).

Di dalam senarai ini, kami mengambil harga kereta dari Carbase.my. Kadar 'interest' pula kami letakkan sebanyak 2.58.

1 - Bagi RM2,000 dan ke bawah

Bagi mereka yang bergaji RM2,000 dan kebawah, kami meletakkan bajet harga kereta dari RM20,000 sehingga RM35,000. Terdapat dua buah kereta yang patut menjadi pilihan anda. Axia dan Proton Saga.

a.. Perodua Axia
a.. Harga paling murah : RM 24,000
b.. Bulanan : RM240 (9 tahun)
Perodua Axia kini menjadi kereta paling murah yang paling berbaloi untuk dibeli. Selain murah, kereta ini juga dikatakan menjimatkan minyak. Di laman web rasmi Axia, kereta ini dikatakan mampu bergerak sejauh 21.5 km untuk setiap liter minyak. Namun menurut beberapa pengguna Axia, kereta ini bergerak sejauh 17 km - 18 km bagi setiap liter.

a.. Proton Saga
a.. Harga paling murah : RM 33,243
b.. Bulanan : RM350 (9 tahun)
Proton Saga adalah kereta sedan yang paling murah di Malaysia. Kereta ini dilaporkan boleh bergerak sejauh 15km - 16 km bagi setiap liter minyak. Jika anda sudah berkeluarga dan mencari kereta yang mempunyai ruang yang lebih, ini kereta yang tepat untuk anda.

2 - Bagi RM2,000 - RM3,000

Pada kategori ini kami meletakkan harga kereta dari RM40,000 hingga RM60,000. Terdapat beberapa pilihan untuk anda, antaranya :

a.. Perodua Myvi
a.. Harga paling murah : RM 40,862
b.. Bulanan : RM 419 (9 tahun)
Jika pendapatan anda berada di dalam lingkungan ini, sudah semestinya kereta Myvi patut menjadi pilihan anda. Selain menjimatkan minyak, kereta ini juga murah dari segi kos 'maintainance'. Selain itu, Myvi juga terkenal dengan ruangan yang luas jika dibandingkan dengan kereta kompak yang lain termasuklah Suzuki Swift.

a.. Proton Iriz
a.. Harga paling murah : RM 41,077
b.. Bulanan : RM 446 (9 tahun)
Apa yang membuatkan Iriz lebih istimewa dari pesaingnya, iaitu Myvi adalah ciri keselamatan yang lebih banyak. Walau bagaimanapun, ruang dalaman Iriz sangat terbatas. Dari segi penggunaan minyak, pengguna melaporkan ia boleh bergerak sejauh 14 km bagi setiap liter.

a.. Nissan Almera
a.. Harga paling murah : RM 64,960
b.. Bulanan : RM 667 (9 tahun)
Kereta Nissan Almera boleh dikatakan antara kereta yang banyak dilihat di jalan raya. Mengikut reviu pengguna kereta ini boleh bergerak sejauh 13 km bagi setiap liter. Namun apa yang penulis paling tidak menggemari tentang Almera adalah designnya yang kurang ok. Mungkin Nissan boleh membaikinya pada model seterusnya.

a.. Proton Preve
a.. Harga paling murah : RM 55,686
b.. Bulanan : RM 579 (9 tahun)
Preve boleh dianggap sebagai pengganti kepada Proton Persona. Namun model yang paling murah ini tidak didatangkan dengan gearbox CVT iaitu teknologi tanpa gear. Menurut reviu dari pengguna, kereta ini boleh bergerak sejauh 10.5 km bagi seliter minyak.

a.. Perodua Alza
a.. Harga paling murah : RM 50,702
b.. Bulanan : RM 520 (9 tahun)
Ini dia MPV kompak termurah di Malaysia, Perodua Alza. Dengan kekuatan enjin 1.5l kereta ini dikatakan boleh pergi sejauh 12.5km bagi setiap liter. Namun ada juga komplain dari pengguna yang berkata enjin yang dimasukkan 'tidak padan' dengan kereta ini.

a.. Proton Exora
a.. Harga paling murah : RM 53,797
b.. Bulanan : RM 558 (9 tahun)
Luas dan selesa, itu yang boleh dikatakan kepada kereta MPV kompak keluaran proton ini. Menurut reviu dari pengguna, kereta ini boleh pergi sejauh 9 km bagi setiap liter minyak yang mana tidak begitu bagus dari segi penjimatan minyak.

3 - Bagi RM3,000 - RM4,000

Jika pendapatan anda berada dalam lingkungan ini, pelbagai kereta sedang menunggu anda untuk dimiliki. Jujurnya, pilih dengan sebaik-baiknya sebelum membeli kerana harga yang diletakkan oleh dealer-dealer kereta sangat licik.

Kami meletakkan margin harga dari RM 70,000 hingga RM 90,000 bagi kumpulan ini.

Antara kereta yang boleh dipilih adalah :

a.. Honda City
a.. Harga paling murah : RM 74,007
b.. Bulanan : RM 759 ( 9 tahun)
Honda City kini menjadi kereta yang paling 'panas' di Malaysia. Ini kerana kereta ini dikatakan menyediakan pelbagai ciri yang tidak boleh didapati pada kereta lain di dalam kelasnya, seperti contoh fungsi Push to Start.

Yang lebih menarik, kereta ini juga mempunyai nilai 'resale value' yang tinggi untuk dijual di kemudian hari.

a.. Mazda 2 (skyactiv)
a.. Harga paling murah : RM 85, 470
b.. Bulanan : RM 887 (9 tahun)
Mazda 2 yang terbaru didatangkan dengan enjin Skyactiv yang dikatakan sangat menjimatkan minyak. Menurut reviu dari pengguna, kereta ini boleh bergerak sejauh 16.4 km bagi setiap liter. Wow. Dan bagi 100 km, kereta ini menggunakan 4.5 liter minyak (RM 10.00). Wow.

a.. Honda Jazz
a.. Harga paling murah : RM 69, 566
b.. Bulanan : RM 722
Jazz memang terkenal dengan keluasan dalam kereta yang disifatkan sangat se-le-sa. Seperti abangnya, kereta ini juga turut mempunyai 'resale value' yang tinggi. Reviu dari pengguna mengatakan kereta ini boleh bergerak sejauh 17.4 km dengan 1 liter minyak. Lebih jimat berbanding Mazda 2. Namun bagi perjalanan jarak jauh, Mazda 2 masih lagi menang.

a.. Toyota Vios
a.. Harga paling murah : RM72, 459
b.. Bulanan : RM 752 ( 9 tahun)
Jika dibandingkan dengan Honda City, Vios sentiasa menang dari segi keselesaan dalaman. Kereta ini juga pernah disifatkan Raja Kereta kerana ia sangat popular pada satu ketika dahulu walaupun harganya tidaklah terlalu mahal. Laporan dari pengguna berkata kereta ini boleh bergerak sejauh 10km untuk seliter minyak.

a.. Suzuki Swift
a.. Harga paling murah : RM 65,888
b.. Bulanan : RM 684
Jika anda mementingkan gaya dan elegen, Swift patut menjadi pilihan anda. Kereta ini menjadi pilihan-pilihan remaja yang rata-rata gemarkan bentuknya yang kelihatan mewah. Walaupun kelihatan besar, keluasan dalaman kereta ini sebenarnya lebih kecil dari Myvi. Bedasarkan reviu pengguna, kereta ini boleh pergi sejauh 15 km setiap liter.

a.. Nissan Grand Livina
a.. Harga paling murah : RM 86,893
b.. Bulanan : RM 902
Anda mempunyai keluarga besar atau merancang untuk mempunyai keluarga yang besar? Grand Livina tentu menepati cita rasa anda. Kini Grand Livina adalah MPV yang paling murah di Malaysia. Selain itu, kereta ini juga turut mendapat pujian bagi perjalanan jarak jauh kerana menjimatkan minyak. Tapi bagi pemanduan di dalam kota, sebaliknya.

a.. Volkswagen Polo (sedan)
a.. Harga paling murah : RM 91,888
b.. Bulanan : RM 999 (7 tahun)
Kenapa Volkswagen Polo boleh masuk dalam senarai sedangkan harganya lebih dari RM90,000? Ini kerana Volkswagen kini sedang menawarkan 0% interest bagi pembelian keretanya. Ini bermakna pengguna cuma perlu membayar RM 999 sebulan dalam masa 7 tahun untuk merasai pengalaman memandu sebuah kereta 'continential'.

Itulah dia senarai beberapa kereta yang boleh anda beli mengikut pendapatan anda. Namun masih ada beberapa buah lagi yang belum dimasukkan seperti Ford Fiesta, Mitsubishi Attrage, Hyundai Elantra, Proton Suprima dan lain-lain. Namun bagi kami ini kereta-kereta yang boleh dikatakan berbaloi untuk dibeli. - Siakapkeli.my

**Reviu-reviu dari pengguna diambil dari laman web carbase.my
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: