Thursday, September 3, 2015

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4283[1 Attachment]

5 Messages

Digest #4283

Messages

Wed Sep 2, 2015 7:54 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Jawapan Dari Mufti, Hukum Menggunakan "2-Wheel Smart Scooter" Atau Segway Semasa Tawaf

siakapkeli.my

Semalam kami ada menyiarkan video di mana menunjukkan seorang lelaki menggunakan 2-Wheel Smart Scooter ketika melakukan tawaf semasa menunaikan haji.

Kerana video berkenaan ramai yang mempertikaikan penggunaannya jika si penggunanya adalah seorang yang sihat tubuh badan.

Hari ini, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri telah menghuraikan hukum penggunaan kenderaan tersebut yang ditulis dalam Irsyad fatwa ke 89 mengenai hukum tawaf menggunakan Segway/Mini Segway.

Muqaddimah

Saya telah ditanya berkenaan dengan isu tawaf menggunakan sejenis alat moden yang dikenali dengan nama mini-segway ataupun hoverboard. Justeru, dalam Irsyad al-Fatwa kami kali ini akan membincangkan isu ini secara khusus.

Segway / Mini-Segway

Segway / Mini-segway adalah alat moden beroda dua yang digerakkan menggunakan kuasa bateri. Ianya telah direka oleh Dean Kamen dan alat ini telah dikeluarkan oleh syarikat Segway Inc.

Untuk menggunakannya, penunggang perlulah pandai mengimbangkan diri dan alat ini dilengkapi dengan sensor dan juga beberapa ciri yang lain. Alat ini mampu mencecah kelajuan sehingga 20.1 km/j. Kini ianya telah diinovasikan dan terdapat dalam keadaan yang lebih kecil dan ringkas dinamakan sebagai mini-segway. Sistem pergerakannya sama cuma ianya tidak mempunyai pemacu seperti Segway yang asal.

Hukum Menggunakan Alat Tersebut

Melihat kepada nas-nas yang Nabi SAW pernah tawaf dalam keadaan menunggang di atas unta, Ibn Abbas R.Anhuma meriwayatkan:

أنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم طَافَ فِي حَجَّةِ الْوَدَاعِ عَلَى بَعِيرٍ يَسْتَلِمُ الرُّكْنَ بِمِحْجَنٍ

Maksudnya: "Sesungguhnya Nabi SAW telah tawaf pada haji al-wada' (haji perpisahan) di atas unta dan beristilam di rukun dengan tongkatnya".

Riwayat Muslim (1272), Abu Daud (1877), Al-Nasa'i (173), Ibn Majah (2948)

Begitu juga dengan hadis Umm Salamah R.Anha yang berkata:

شَكَوْت إلَى رَسُولِ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - أَنِّي أَشْتَكِي، فَقَالَ: طُوفِي مِنْ وَرَاءِ النَّاسِ، وَأَنْتِ رَاكِبَةٌ

Maksudnya: Aku mengadu kepada Rasulullah SAW yang aku kurang sihat. Maka jawab Baginda SAW: "Tawaflah belakang orang ramai dan kamu sedang dalam menunggang."

Riwayat al-Bukhari (1633), Muslim (1276)

Di dalam hadis Jabir R.A:

طَافَ النَّبِيُّ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - عَلَى رَاحِلَتِهِ، بِالْبَيْتِ، وَبَيْنَ الصَّفَا وَالْمَرْوَةِ، لِيَرَاهُ النَّاسُ، وَلِيُشْرِفَ عَلَيْهِمْ، لِيَسْأَلُوهُ، فَإِنَّ النَّاسَ غَشُوهُ

Maksudnya: Nabi SAW telah tawaf di atas tunggangan di Ka'abah, sa'i di antara Safa dan Marwah, orang ramai melihatnya dan Baginda dapat menyelia untuk mereka bertanya kepada Baginda, maka sesungguhnya orang ramai mengerumuni Baginda.

Riwayat al-Nasa'I (2975)

Berdasarkan nas-nas, jelas menunjukkan kebolehan untuk melakukan tawaf dengan menggunakan kenderaan dan tunggangan (pada waktu itu), tetapi antara sebabnya ialah:

kerana untuk membimbing orang ramai.
kerana untuk orang ramai dapat mengikuti dan mempelajari.
kerana uzur atau sakit.

Justeru, hukum menggunakan alatan tersebut adalah harus.

Pendapat Ulama

Di dalam isu ini, terdapat tiga pendapat ulama' yang utama membincangkannya:

• Pendapat pertama: Sebahagian ulama' seperti Al-Khiraqi mengatakan bahawa hukum tawaf menggunakan kenderaan atau di bawa tanpa uzur adalah tidak memadai. Ini juga merupakan satu pendapat dalam riwayat Ahmad dan alasannya kerana Nabi SAW bersabda:
الطَّوَافُ بِالْبَيْتِ صَلَاةٌ
Maksudnya: Melakukan tawaf di Ka'bah adalah solat.
Riwayat al-Nasa'i (2922)
Oleh kerana tawaf merupakan ibadah yang berkaitan dengan ka'bah maka tidak harus dilakukannya dengan menaiki kenderaan tanpa uzur seperti solat. [Al-Mughni. Maktabah al-Kaherah, 3/358]

• Pendapat kedua: Yang masyhur adalah memadai dan dikenakan dam dan ini adalah pendapat Malik dan Abu Hanifah kecuali Abu Hanifah menambah sekiranya seseorang itu masih berada di Mekah perlu diulang tawafnya itu dan sekiranya sudah pulang, maka hendaklah membayar dam. [Al-Hawi al-Kabir. Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah, 4/151], [Al-Majmu'. Dar al-Fikr, 8/27].

• Pendapat ketiga: hukumnya adalah memadai dan tidak dikenakan dam. Ini ialah pendapat Abu Bakar, mazhab Syaf'ie dan Ibn al-Munzir. Mereka beralasan dengan mengatakan Nabi SAW telah tawaf dalam keadaan menunggang.
Ibn al-Munzir berkata: "Tidak diterima pendapat seseorang setelah adanya perbuatan daripada Nabi SAW kerana Allah SWT telah perintahkan tawaf secara mutlak. Maka dengan cara mana sekalipun ianya memadai dan tidak harus taqyidkan yang mutlak tanpa dalil." [Al-Mughni. Maktabah al-Kaherah, 3/358]

Tarjih

Setelah melihat ketiga-tiga pandangan di atas, kami cenderung kepada pendapat yang mengharuskannya selaras dengan mazhab Syafi'e, Ibn al-Munzir dan ramai lagi kerana nas yang sahih lagi sarih (jelas) menunjukkan kearah itu.

Walaupun begitu, beberapa kriteria perlu difahami dan diraikan:
• Tawaf secara biasa (berjalan) jauh lebih afdhal (baik) dan aula (utama) kerana ia merupakan perbuatan Nabi SAW pada kebanyakan keadaan dan juga para Sahabat.
• Raikan adab tawaf dengan sebaik mungkin.
• Penuhi syarat-syarat tawaf agar tidak terbatal.
• Jauhi dari riya', 'ujub dan niat bermegah ketika menggunakannya.
• Jangan sesekali melanggar orang ramai atau menyakiti mereka.
Semoga dengan pencerahan ini dapat memberikan kefahaman sebaik mungkin mengenai hukum tawaf menggunakan segway / mini-segway

Akhukum fillah,
Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
18 Zulkaedah 1436H bersamaan 2 September 2015. - Siakapkeli.my

Wed Sep 2, 2015 7:55 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Status Dato' & Ikon Belia Anak Zahid Hamidi DIpersoal Netizen

siakapkeli.my

Kuala Lumpur - Jika sebelum ini beberapa posting kontroversi anak kepada Timbalan Perdana Menteri, Nurul Hidayah mendapat perhatian netizens, kini, statusnya sebagai Dato' dan Ikon Belia pula menimbulkan pertanyaan dalam kalangan netizens.

Perkara itu mula mencetus persoalan gara-gara satu 'screenshot' dari rancangan temubual Landskap dari TV1 dimuat naik oleh pengguna media sosial.

Gambar tersebut dimuat naik oleh laman Facebook, Suara rakyat sarawak.

Seorang pengguna media sosial Khaidir Zulkifli menulis : Dato?wow...apa sumbangan ko pada negara dpt dato ni jilatke?.

Pengguna facebook Rio Kandra pula mengkritik bahasa yang digunakan oleh Nurul Hidayah sebelum ini yang menyelar tindakan penyokong bersih 4 berhimpun.

"Beradap dan bersopan lah selalu...jgn sesuka memanggil manusia lain bodoh sesuka hati", katanya.

Pengguna Tajau Singa Raja pula berkata "Siapa yg angkat dia jd"ikon belia"?"

Selain di Facebook, status Nurul Hidayah juga mendapat perhatian dari netizen di laman Twitter.

nalisa alia amin @nalisaaa
1) How is she a Dato'? 2) How is she an icon? 3) What is she hiding under her hijab? Some of Jibby's donated money?

Shaa @shaasrii
untong jadi anak TPM kaki jilat PM niey , terus dapat dato' , terus dapat ikon belia , padahal just keluarkan pendapat dari kepala lutut !

SyafiqMahad @Idgafidiard
Untungla jadi ikon belia. Dato pulak tu. Tapayah shopping kat tesco

Suara rakyat Sarawak with Aizad Amom and Yoyie Ubit
Non-Governmental Organization (NGO) · 89,899 Likes
· August 31 at 6:24pm ·
Dia kata peserta Bersih4 bodoh(termasuk Tun Mahathir).
Apa sumbangan dia pada negara........???
Wah.. Dah dapat gelaran Dato' pulak.
Ehhh... Ikon belia pulak..

Anak Zahid Hamidi Selar Perhimpunan Bersih 4
siakapkeli.my

PETALING JAYA: Anak kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyelar tindakan penyokong Bersih 4 kerana membuat perhimpunan jalanan.

Di laman Facebook miliknya, Nurulhidayah Ahmad Zahid menyifatkan protes itu sebagai perbuatan bodoh dan lebih baik penyokong-penyokong yang terlibat memasuki askar dari membuat demo jalanan.

"Nak sangat pertahankan NEGARA konon? Pergi masuk Askar la. Jaga sempadan.

"Pegi Ops Pasir.. segala mak bapak Ops korang bole rasa. Nie takat uniform kuning bangga dapat masuk TV, masuk paper.. apa ke jadahnya?

"Don't make me speak Malay language because I will speak the language that made u really understand.

Nurulhidayah juga turut menyatakan perasaan kesalnya kerana pernah berdemo ketika pada 1998 ketika era reformasi. Ketika itu, ayahnya, Zahid Hamidi pernah ditangkap oleh ISA kerana dilihat sebagai sekutu Anwar Ibrahim ketika era pemerintahan Mahathir.

"Berani sangat la tu konon nak bangkang macam tu? Aku pernah merasa zaman 1998 macam korang. Betapa BODOH nya aku ketika itu sbb berkumpul nak seronok2.

"Time tu aku suruh Tun Mahathir turun. Aku percaya ramai yang mcm tu dulu. Tapi zaman skrg dah tak releven babe kat atas jalan ni!

"Negara luar tu dok perhati jer nak Malaysia ni huru hara. Malas la nak cakap. Pendapat aku - ITU KERJA SIA2. Dalam bahasa mudah faham - KERJA BODOH!", tulisnya di Facebook

Selain dari itu, turut kelihatan beberapa rentetan posting di Facebook yang menyuarakan pendapatnya mengenai Bersih 4.- Siakapkeli.my

Wed Sep 2, 2015 7:57 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Kuranglah Dividen Tabung Haji Lepas Ni

bloglist-malaysia.blogspot
cipantapirtenuk.blogspot
Ngomelan SysOp

Bhai/DeeDee semua...

Payah la lepas nih... kerugian yang ditanggung oleh CCM nih pasti merencatkan lagi dividen Tabung Haji .... Lu orang ingat sikit ka nilai yang 49% nih.... banyak wei... cikai-cikai dah puluh juta .... mampuih..... Adoyai.... macam mana boleh sampai tutup dan terpaksa retrench semua staff... semua pekerja....

Mmmmm.....

Dah banyak sangat pelaburan Tabung Haji yang kaput... Tanah TRX pon belum lagi kira..... itu belum masuk lagi citer tentang TH Plantation... TH IT... dah macam-macam lagi pelaburan TH..... adoyai...

Yang Isa Samad pinjam untuk Felda itu hari amacam .... lagi satu masalah tue....

Adoyai...

Read more: http://cipantapirtenuk.blogspot.com/2015/09/kuranglah-dividen-tabung-haji-lepas-ni.html#ixzz3kZpbZpJ2

Wed Sep 2, 2015 7:57 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

"Saya Punya Duit, Saya Punya Hal" Jawapan Lelaki Ini Selepas Ditegur Hisap Vape Di Pusat Membeli Belah

siakapkeli.my

Tersebar hari ini dilaman sosial video seorang lelaki yang dikatakan telah menghisap vaper di tempat awam di mana dia telah menghembus asap di dalam pusat membeli belah lalu ditegur oleh sorang lelaki lain yang juga merupakan seorang vaper dan pemilik kedai menjual vape.

Lelaki yang menegur itu si pelaku berkenaan kerana sikap tidak sensetifnya menghembus asap di kawasan awam.

Bagaimanapun sipelaku tidak dapat menerima teguran berkenaan sebaliknya menjawab dengan nada yang agak sombong dengan ia hanyalah wap air.

" Ini saya punya hal, kalau you rasa you tidak puas hati you boleh panggil orang lain marah dektat saya, you tidak boleh cakap dengan saya apa-apa," katanya.

Berikut adalah kepsyen yang disertakan.

Saya ingin berkongsi insiden yang telah berlaku tadi di Daiso Sunway Pyramid. Saya terserempak dengan seorang vaper yang menghembuskan vapornya ke kalangan orang ramai di dalam shopping mall tanpa berasa sensitif terhadap pandangan orang ramai yang berada berhampirannya. Isteri dan 2 anaknya turut bersama vaper tersebut semasa insiden itu berlaku.

Saya dengan cara bersopan menegur abang tersebut supaya tidak menghembuskan vapornya di dalam shopping mall dan agar berasa sensitif terhadap khalayak orang ramai di situ. Tetapi abang tersebut tersinggung malah berbalah balik tanpa berasa bersalah. Kami sebagai vaper tengah cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan vaping scene kami tetapi ada vaper yang hanya mementingkan diri sendiri tanpa mengendahkan usaha kami semua. Dengan mengatakan bahawa mereka berbelanja dengan duit sendiri dan ia adalah hak mereka untuk vape dimana saja yang mereka mahu. Mereka juga tidak berminat sama ada kerajaan kami akan mengharamkan vaping atau tidak.

Sebagai seorang vaper, brewer dan pemilik vapeshop, saya berasa sedih dengan reaksi abang tersebut. Saya berharap kita semua dapat bekerjasama untuk menyelamatkan vape scene kita. Vape dengan rasa tanggungjawab dan amalkan vaping etiquette yang betul.

VIDEO

Kerana sifat dan perangai seperti inilah yang kita tidak mahukan, bukan sekadar lelaki yang merakam itu sahaja marah, sudah pasti para vaper dan mereka yang lain tidak menghisap vape pun akan marah.

Kerana sifat sebegini sudah pasti para vaper lain akan terkena tempiasnya, Bak kata pepatah ' kerana nila setitik rosak susu sebelanga'. - Siakapkeli.my

Wed Sep 2, 2015 8:02 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Makcik Sound Pendemo BERSIH4 Di Dalam LRT Sorang2 & Akan Menyaman Pendemo YG Sebarkan Gambar Dia Mengamuk.

bloglist-malaysia.blogspot.
amenoworld.net
Aku bukan salah seorang pendemo BERSIH4. So kalau aku sebar takde apa masalah lah kan?

KAH KAH KAH

BERSHIT. BULLSHIT. DAH TAKDE TEMPAT. PENUH DENGAN BERSHIT SPESIS. PERHIMPUNAN AMAN. HAHAHAHAHA. KELAKAR LA SANGAT. I LOVE MY FREEDOM OF SPEECH. THE MAJORITY OF THE PEOPLE WANT TO CELEBRATE THE HARI KEMERDEKAAN PEACEFULLY. YOU SHUT UP. HAHAHAHA WHAT A JOKE IS BERSHIT IS. WE DONT WANT THIS ILLEGAL DEMOSTRATION. I WILL SUE YOU. IF ANYBODY TAKES MY PICTURE I WILL SUE YOU.

Salute satu perangai makcik neh. Dia slumber je sound pendemo2 BERSIH seseorang. Takde pembekap langsung. Membebel sorang2 mengamuk sorang2 macam ada dendam jek. Awat makcik. BERSIH buat apa sama kamu?

KAH KAH KAH

Video rakaman yang sedang hangat viral di laman sosial. Sumber bersepah tatau nak kredit sapa sebab tersebar di wassap, facebook dan twitter. Sapa punya video neh nanti claim kredit la ek. Nanti aku letak.

Nah video untuk lawak petang korang hari neh ;
Attachment(s) from -:eSpAcE9808:-
1 of 1 File(s)
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: