Friday, September 25, 2015

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4298[1 Attachment]

4 Messages

Digest #4298

Messages

Thu Sep 24, 2015 9:10 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Kejujuran Seorang Lelaki Ini Dibalas Dengan Kebaikan Yang Tidak Dijangka

siakapkeli.my

Tersiar di laman sosial satu kisah yang amat menarik dikongsikan oleh ramai netizens di mana kisah seorang pemilik kereta Myvi putih yang cukup baik hati.

Kisah ini diceritakan saudara Rahman Arifin di mana pada satu hari beliau memandu keretanya, semasa hendak mengundur secara tidak sengaja telah terlanggar bumper kereta Myvi Putih seperti mana gambar yang dikongsikan.

Kerana rasa bertanggungjawab dengan kejadian itu, dia memilih untuk menunggu pemilik kereta Myvi putih berkenaan, tetapi selepas 15 minit di katakan pemilik kereta tersebut tidak muncul membuatkan dia meninggalkan sekeping nota ringkas di wiper Myvi tersebut.

Selepas beberapa hari pemilik Myvi tersebut menghubunginya dan sesuatu yang menarik berlaku, mari kita ikuti cerita penuh yang di ceritakan olah saudara Rahman Ariffin.

Dua minggu lepas, hari khamis, saya undur kereta dengan cuai dan terhantuk Myvi warna putih; kemek bumper depan dan grill.

Tunggu lebih kurang 15 minit, tak nampak sesiapa datang. Saya pun tulis satu nota ringkas, selit kat wiper.

Hari Sabtu Encik Myvi Putih telefon. Dia tinggal di area Jinjang. Saya mintak maaf kerana rosakkan kereta dia: Takpa, encik repair kereta tu, saya bayar kos.

Hari Rabu Encik Myvi Putih talipon lagi. Kereta dah repair, sikit je, kena 150. Saya kata ok, saya bayar, kita jumpa atau saya bank-in.

Encik Myvi Putih kata, macam ni, dari 150 tu, encik masukkan 50 dalam tabung surau atau masjid atau sedekah sama orang susah. Baki 100 tu, saya halalkan dunia akhirat.

Didoakan agar Allah sentiasa jaga, berkati dan rahmati Encik Myvi Putih dan keluarga beliau, dimurahkan rezeki, bahagia dunia akhirat, sentiasa dipermudah segala urusan.

Sungguh mulia hati pemilik kereta berkenaan, apapun sifat jujur yang ditunjukkan oleh saudara Rahman juga patut dipuji. Itulah dikatakan perbuatan yang baik pasti dibalas dengan kebaikan. Kerana kejujurannya dia bukan sahaja tidak perlu membayar malahan mendapat ganjaran pahala kerana sifatnya itu. - Siakapkeli.my

Thu Sep 24, 2015 9:11 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Apa Yang Berlaku Pada Gaji Staf RHB Bank Bulan Ini Pasti Membuat Anda Jeles. Diulangi, Jeles

siakapkeli.my

Hari raya aidiladha kali ini mungkin menjadi hari raya yang paling meriah bagi pekerja-pekerja RHB Bank.

Kenapa? Ini kerana pihak RHB terbayar gaji staf-staf mereka 10x ganda dari gaji biasa pada pagi ini. Wow.

Ini bermakna mereka yang bergaji RM3,000 mendapat RM30,000 pada bulan ini.

Di media sosial, pengguna laman Twitter terutamanya pekerja RHB mula mengeluarkan tweet tentang perkara itu.

Selain itu, satu screenshot mesej whatsapp yang berkaitan dengan insiden itu turut dikongsi di laman Twitter.

Menurut screenshot itu, pekerja RHB diminta tidak menggunakan duit yang terlebih masuk ke akaun mereka sementara HR membuat pembetulan.

Tapi kalau dah terpakai nak buat macam mana kan? huhu - Siakapkeli.my

Thu Sep 24, 2015 9:13 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Nelayan tangkap kerapu gergasi 320kg

bloglist-malaysia.blogspot
kitabantai.info
Posted by Kita Bantai

SANDAKAN: Pengunjung Pasar Umum di sini, gempar apabila melihat seekor ikan kerapu gergasi seberat 320 kilogram (kg) dijual di pasar itu, hari ini. Ikan itu dikatakan paling besar pernah dijual di pasar berkenaan dengan tangkapan sebelum ini ialah seberat antara 100 hingga 200 kg.

Nelayan, Saraji Jiblani, 45, dari Pulau Berhala dekat sini berkata dia menangkap ikan berkenaan Sabtu lalu di kawasan perairan berhampiran sempadan negara jiran. "Ia adalah tangkapan ikan paling besar pernah saya peroleh sejak menjadi nelayan lebih 30 tahun lalu. "Mengikut nelayan lain, paling besar ikan pernah dijual di pasar ini adalah 200 kg beberapa tahun yang lalu.

"Sejak awal pagi, pengunjung tidak putus-putus datang ke pasar mahu melihat sendiri ikan gergasi dan tidak kurang juga yang mengambil gambar," katanya. Saraji berkata, dia bersama sembilan rakan ke perairan berkenaan untuk menangkap ikan seperti biasa pada petang Jumaat lalu.

Hanya beberapa jam selepas pukat dipasang, katanya, mereka cuba menarik pukat, namun berdepan kesukaran kerana keadaan pukat yang terlalu berat. "Kami cuma sedar ikan gergasi tersangkut pada pukat apabila disuluh," katanya memberitahu ikan itu dijual antara RM45 hingga RM50 sekilogram berdasarkan permintaan pelanggan.

Thu Sep 24, 2015 9:13 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom


Takdir, Ajal Semuanya Ketentuan ALlah. Pernahkah Kita Menginsafinya?

Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
tranungkite.net

Kita tahu bila kita akan mati. Bagaimana kita mati. Seorang perjalan kaki di Arab Saudi ditimpa kaca cermin tingkat daripada bangunan yang tinggi. Lihat panah di atas. Kejadian ini dirakam pada 20 September 2015 lalu. Lihat video di bawah:-

Mula-mula kita sangka dia berhenti sekejab kerana melihat apa yang berada pada tapak sandalnya mungkin menyelamatkan tetapi tidak.

Rupanya ada benda lain yang menjadi penyelamat.

Kita perlu sentiasa mengingati Allah dan menginsafi setiap perbuatan agar kita sentiasa dirahmati Allah.
Attachment(s) from -:eSpAcE9808:-
1 of 1 File(s)
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: