Tuesday, September 15, 2015

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4292

6 Messages

Digest #4292

Messages

Mon Sep 14, 2015 8:28 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Gambar Wanita Bawa Anak Kencing di Sinki "Foodcourt" Pasaraya Tersebar

siakapkeli.my

Dua keping gambar yang memaparkan tindakan seorang wanita membawa anak lelakinya kencing di sinki "Foodcourt" disebuah pasaraya tersebar di laman media sosial.

Gambar yang dimuat naik oleh laman Facebook Taiping Zone itu menyatakan kejadian berlaku di sebuah pasaraya di Taiping Perak.

Tindakan itu disifatkan pengotor dan tidak menghormati pelanggan lain yang menjamu selera di kawasan terbabit.

Taiping Zone
Community · 74,672 Likes
adoiii....

-ERMIACA

Di ruangan komen posting tersebut, kebanyakan pengguna laman media sosial mengkritik tindakan wanita terbabit.

"Rasanya toilet dekat je. Apa ke malas nk g toilet? Tak malu betul. Da la kat mall. Malulah sikit", tulis Nuramalina Jamaluddin.

"Not hard to find a toilet in a mall, so y wan to do that?? it's not hygiene n shameful too.....", tulis pengguna Facebook yang menggunakan nama Sherlyn Lai.

Namun ada juga yang cuba berfikiran positif dengan menyatakan wanita tersebut berbuat demikian disebabkan anaknya sudah tidak tahan untuk kencing.

"Mungkin anak dia xtahan sgt nak kencing..kita mana nak tau..kita pon manusia biasa..mNa leh bC hati orng..melainkN kita ni di beri anugerah melihat hati orng...hahaduii", tulis Akmal Zidane.

Malahan ada juga yang mengkritik individu yang menangkap gambar ini kerana tidak terus menegur perbuatan terbabit.

"Tahniah pd yg up gambar ni, anda telah buktikan yg anda pun sama mcm org dlm gambar ni, KURANG CERDIK!!!! Ko ingat nyonya ni nk baca fb ko? Pegi tegur la apa punya turrrt!!!!", tulis Ahmad Nazri. - Siakapkeli.my

Mon Sep 14, 2015 8:29 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

SPAD Sita 10 Buah Kereta GrabCar Kerana Beroperasi Tanpa Lesen

siakapkeli.my

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat(SPAD) semalam telah menjalankan Operasi Revus Tegas bagi membanteras penglibatan kereta persendirian berkenaan yang beroperasi sebagai GrabCar.

Operasi telah dijalankan sekitar Bandaraya Kuala Lumpur dan Petaling Jaya melibatkan 51 orang anggota bagi mengesan kegiatan GrabCar ini dan memantau operasi teksi yang tidak menggunakan meter.

Operasi kenderaan persendirian yang beroperasi sebagai teksi adalah salah disisi undang-undang kerana mereka tidak mempunyai lesen pengendali.

Dalam operasi ini pihak SPAD telah menyita 10 buah kenderaan persendirian yang beroperasi sebagai GrabCar dan 8 buah teksi yang beroperasi tanpa menggunakan meter.

Jenis-jenis kenderaan yang disita adalah 8 buah teksi, 2 buah Produa Alza, Hyundai Starex, Honda City, Nissan Almera, Myvi, Kia Rio, Suzuki Swift, Grand Livina dan Hyundai Matrix.

Dalam pada itu pihak SPAD menegaskan operasi tersebut akan dijalankan lebih meluas dan menasihatkan orang ramai supaya tidak terlibat dalam kegiatan GrabCar ini. - Siakapkeli.my

Mon Sep 14, 2015 8:29 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

JEREBU SELNGOR - JANGAN PERJUDIKAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN ANAK ANDA

bloglist-malaysia.blogspot
lusuka.com
Posted by Hati Muda

Jerebu di pantai barat selangor makin kritikal. Jarak penglihatan hanya 100 meter sahaja. Di sesetengah tempat jerebu kelihatan sepert asap.

Jerebu mampu menyebabkan kemalangan dan sesak nafas di kalngan kanak-kanak, remaja dan dewasa.

Jangan perjudikan keselamatan dan kesihatan anak-anak anda.

Pelajaran tidak terjejas jika anda hanya cuti sekolah dua tiga hari. Be smart ,, Jangan kolot.

KPM hanya akan isytihar cuti setelah ramai pelajar masuk hospital. Pegawai KPM dan menteri pelajaran duduk di pejabat berhawa dingin. Asap tak masuk.
Sebab tu mereka tak nampak.

Mon Sep 14, 2015 8:30 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

"Kami Tak Minta Dihina..." Luahan Bekas Telemarketer Bila Ceritakan Kisahnya Diherdik Pelanggan

siakapkeli.my

Sedang kita semua sedang sibuk mengetuk papan kekunci komputer atau sedang menguruskan hal-hal seharian, secara tiba-tiba mendapat panggilan daripada telemarketer yang mahu kita mendengar penjelasan tentang khidmat dan barangan mereka.

Apakah anda terus memberikan alasan sedang sibuk atau memberi masa sehingga mereka selesai memberi penerangan?

Situasi ini sering sahaja berlaku pada sesiapa sahaja. Pelbagai penerangan tentang khidmat insurans, bank, produk kesihatan atau promosi yang sememangnya membuatkan kita rasa jelak. Betul tak?

Tapi kisah seorang wanita ini yang juga bekas telemarketer perlu dijadikan iktibar bahawa tidak semua golongan ini memilih jalan sebegini dalam hidupnya.

Dimaki, dimarahi, dihempas telefon, itu semua perkara biasa yang perlu dilalui oleh mana-mana telemarketer.

Perlu ingat bahawa, soal rezeki setiap dari kita tidak akan pernah sama. -Siakapkeli.my

Mon Sep 14, 2015 8:30 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

PDRM Nafi Beri Diskaun Untuk Saman Trafik

siakapkeli.my

KUALA LUMPUR: Orang ramai digesa tidak mempercayai penyebaran maklumat yang mengatakan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan potongan harga untuk kesemua saman trafik.

Hal itu dinafikan oleh ketua Trafik pasukan Bukit Aman, Datuk Mohd Fuad Abd Latiff, memetik laporan Harian Metro hari ini.

"Maklumat itu palsu. PDRM tidak menawarkan sebarang diskaun saman trafik buat masa ini," ulasnya.

Diskaun saman trafik itu yang didakwa mencecah 70 peratus menjadi viral di laman-laman sosial sejak semalam.

Kononnya menyebut kompaun yang mempunyai waran tangkap atau disenarai hitam turut mendapat potongan sehingga RM140.

Manakala saman yang tidak disenarai hitam bernilai RM100 sehingga RM300 turut didakwa mendapat diskaun saman serendah RM70 bermula 15 September ini. -Siakapkeli.my

Mon Sep 14, 2015 8:31 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Bunyi Ketukan Kuat Pada Pintu Belakang Rumah Bawa Kepada Penemuan Seorang Bayi

siakapkeli.my

BATU GAJAH: Seorang wanita yang merupakan seorang pengasuh kanak-kanak telah menjumpai seorang bayi perempuan berumur dua bulan di dalam sebuah kotak belakang rumahnya di Taman Bemban Raya, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Mohd Nasri Omar, berkata pihak polis telah menerima satu laporan tentang kes buang bayi daripada wanita berknaan dimana dia dikatakan telah menemui bayi tersebut di rumahnya pada jam 8.55 malam.

"Ketika berada di rumah, wanita berkenaan yang bekerja sebagai pengasuh bayi terdengar bunyi pintu belakang rumah di ketuk dengan kuat.

"Wanita berkenaan membuka tingkap rumah untuk melihat dan dapati ada satu kotak berwarna coklat di tepi pintu belakang rumah dan sebaik menghampiri serta membuka kotak berkenaan dia mendapati ada seorang bayi dibalut dengan kain lampin di dalam kotak itu," katanya dipetik dari BH Online.

Menurut beliau lagi, usia bayi berkenaan dianggarkan berumur dua minggu kerana berdasarkan tali pusat bayi yang sudah kering tetapi masih belum jatuh.

"Bayi perempuan itu memakai baju lengkap dan dibalut dengan kain lampin serta dijumpai dalam keadaan sihat dan tidak ada sebarang kecederaan.

"Polis minta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai bayi berkenaan agar tampil ke mana-mana balai polis berhampiran untuk membantu siasatan," katanya. - Siakapkeli.my

Kanak-kanak 2 Tahun Ditinggal Ibu Dalam Keadaan Lapar, Tidak Bermaya
siakapkeli.my

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak dua tahun dijumpai dalam keadaan lapar dan tidak berpakaian di sebuah rumah di Sungai Buloh dipercayai ditinggalkan oleh ibu bapanya.

Kanak-kanak tersebut ditemui dalam tidak terurus dan lemah akibat malnutrisi.

Laporan penemuan kanak-kanak terbabit dibuat oleh Pengasas Coumminity Policing Kuan Chee Heng di Facebook miliknya.

Chee Heng berkata pihaknya kini sedang mencari ibu kepada kanak-kanak berkenaan yang bernama Lai Xi Zin, 17, untuk memberi bantuan.

Xi Zin meninggalkan anaknya itu bersama adiknya yang berusia 14 tahun yang mempunyai masalah mental.

Kini kanak-kanak berkenaan dijaga oleh moyang saudarinya.

Setakat ini masih belum ada khabar berita mengenai ibu kanak-kanak terbabit. - Siakapkeli.my
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: