Saturday, September 5, 2015

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4285[3 Attachments]

5 Messages

Digest #4285

Messages

Fri Sep 4, 2015 8:18 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Tolong Sampaikan Mesej Saya Ini Kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) - TMJ

siakapkeli.my

Nampaknya kekalahan besar pasukan bola sepak Malaysia 10 - 0 ditangan UAE yang memalukan semalam dalam pusingan kelayakan Piala Dunia zon Asia telah membuatkan skuad Harimau Malaya, Jurulatih Dollah Salleh dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini menerima kritikan yang hebat.

Kalau dilihat di laman sosial Facebook hari, tajuk perbincangan pengguna laman sosial banyak terarah kepada kekalahan besar yang memalukan tersebut kerana ia adalah kekalahan terbesar dalam sejarah bola sepak Malaysia di peringkat antarabangsa.

Berdasarkan rekod kekalahan terbesar skuad Malaysia sebelum ini adalah 48 tahun lalu pada 16 November 1967 apabila kita tumpas 2 - 8 ditangan New Zealand di Kuala Lumpur.

Kerana kekalahan besar tersebut, ia telah menarik perhatian DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor di mana beliau telah menghantar satu mesej kepada badan induk bola sepak Malaysia berkenaan.

Berikut adalah mesej yang disampaikan oleh Baginda melalui laman Facebook JOHOR Southern Tigers kepada FAM.

Tolong sampaikan kepada Presiden FAM bahawa Persatuan Bolasepak Negeri Johor akan membantu mendapatkan bajet untuk mendapatkan khidmat jurulatih luar yang lebih berkelayakan untuk membimbing pasukan kebangsaan. Cukup-cukuplah kita berperangai bodoh sombong. Pecat Dollah secepat mungkin dan cuba memperbaiki apa yang kita mampu sebelum imej bolasepak tanah air semakin hancur. Cuma saya menggesa syaratnya adalah untuk memberikan semua pasukan yang bertanding dalam negara hak penyiaran yang sepatutnya mereka terima iaitu sebanyak 70% hingga 80%. Setakat untuk mendapatkan khidmat jurulatih luar dan menguruskan liga tempatan, FAM tidak perlu lebih daripada 20% hingga 25% bahagian daripada hak penyiaran.

Pembangunan akar umbi boleh dipertanggungjawabkan kepada persatuan-persatuan bolasepak negeri dan kelab-kelab. FAM juga harus menggesa setiap persatuan bolasepak negeri dan kelab untuk menjadikan program pembangunan akar umbi dan penambahbaikan kemudahan latihan sebagai satu aspek yang wajib dijalankan. Dengan hasil daripada hak penyiaran dan juga penajaan, ianya mampu dilaksanakan. Khidmat jurulatih luar yang baik juga amat penting. Sebagai contoh, mengapa terdapat perbezaan apabila pemain JDT bermain untuk negara berbanding kelab? Pablo Aimar pernah mengajar saya, tiada maknanya memiliki sebuah kereta Ferrari sekiranya pemandunya hanya tahu memandu sebuah van. Jadi untuk memiliki sebuah pasukan yang baik, 50% adalah kejurulatihan dan 50% adalah pemain.

Dari segi mentaliti pemain, satu-satunya perkara yang boleh memupuk sikap profesionalism adalah Akademi. Di sini dilihat kepentingan pendidikan. Para pemain yang sedia ada kini tidak boleh diselamatkan. Bukanlah salah mereka, tetapi salah FAM dan semua pasukan termasuk Johor, yang telah gagal dengan program pembangunan akar umbi kita sejak dahulu lagi. Kita perlukan kepakaran luar, dan kita para pendukung bolasepak tanah air perlu mengubah sikap diri sendiri terlebih dahulu sebelum boleh mengubah sikap pemain bolasepak negara. Oleh itu, mana-mana ahli jawatankuasa dalam FAM yang telah lama tetapi tidak berfungsi, lebih baik bercuti panjang sahajalah. Jikalau kepala tak betul, ekor pun tak betul. Oh satu lagi, saya akan teruskan misi saya untuk membunuh bola sepak tanah air.

Bagi mereka yang mengatakan saya telah pun mencapai misi saya apabila kita tewas 10-0, ianya masih jauh lagi kerana saya hanya akan berhenti apabila kita kehilangan 50-0.

DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

- Siakapkeli.my

Pecat Dollah Salleh, TMJ sedia bagi bajet dapatkan jurulatih luar
bloglist-malaysia.blogspot
kedahlanie.info
Posted by Kedah Lanie
KUALA LUMPUR: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menuntut Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) segera menamatkan perkhidmatan jurulatih kebangsaan Dolah Salleh dan mendapatkan khidmat jurulatih luar berkualiti.

Tunku Ismail yang juga merupakan Penaung Diraja Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) turut menyatakan kesediaan untuk memberikan bajet bagi membiayai jurulatih asing berkualiti.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan menerusi laman sosial Facebook rasmi pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT), Johor Southern Tigers, hari ini, Tunku Ismail berharap apa yang diluahkannya kepada FAM itu akan disampaikan kepada Presiden badan induk berkenaan, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

"Cukup-cukuplah kita berperangai bodoh sombong. Pecat Dollah secepat mungkin dan cuba memperbaiki apa yang kita mampu sebelum imej bola sepak tanah air semakin hancur. Cuma saya menggesa syaratnya adalah untuk memberikan semua pasukan yang bertanding dalam negara hak penyiaran yang sepatutnya mereka terima iaitu sebanyak 70 peratus hingga 80 peratus," kata Tunku Ismail.

Jelas Tunku Ismail, khidmat jurulatih luar yang baik juga amat penting dan memberikan contoh perbezaan pemain-pemain JDT ketika beraksi bersama kelab dan kebangsaan.

"Pablo Aimar pernah mengajar saya, tiada maknanya memiliki sebuah kereta Ferrari sekiranya pemandunya hanya tahu memandu sebuah van. Jadi untuk memiliki sebuah pasukan yang baik, 50 peratus adalah kejurulatihan dan 50 peratus adalah pemain," katanya.

Tunku Ismail turut meminta mana-mana ahli jawatankuasa FAM yang tidak berfungsi untuk bercuti panjang.

"Jikalau kepala tak betul, ekor pun tak betul. Oh satu lagi, saya akan teruskan misi saya untuk membunuh bola sepak tanah air, Bagi mereka yang mengatakan saya telah pun mencapai misi saya apabila kita tewas 10-0, ianya masih jauh lagi kerana saya hanya akan berhenti apabila kita kehilangan 50-0," kata Tunku Ismail.

Ini merupakan kenyataan kedua berturut-turut dikeluarkan oleh Tunku Ismail menerusi Facebook JDT, selang beberapa jam susulan kekalahan mengaibkan 10-0 Malaysia di tangan UAE.

Dalam kenyataan awalnya, Tunku Ismail berkata, skuad Harimau Malaya sudah terlambat untuk memperbaiki kedudukannya di ranking dunia selepas kekalahan itu.

Fri Sep 4, 2015 8:19 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

KEMANA HILANGNYA BAHASA KEBANGSAAN KITA?

bloglist-malaysia.blogspot
kedahlanie.info
Dicatat oleh Na'im Nikmat

Fri Sep 4, 2015 8:19 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Barangan Meniaga Dirampas, Pasangan Suami Isteri Mengamuk Terhadap Anggota Penguatkuasa

siakapkeli.my

Gara-gara berang barangan-barangan untuk jualan dirampas oleh pihak penguatkuasa, satu video yang membabitkan pasangan suami isteri mengamuk kini tersebar meluas di laman sosial.

Tidak diketahui dimana lokasi tepat kejadian itu berlaku, namun ia dipercayai berlaku di sekitar kawasan sekolah.

Malah video itu juga dipercayai diambil oleh salah seornag anggota penguatkuasa berkenaan.

Melalui video itu, dapat dilihat pasangan suami isteri berkenaan melepaskan kemarahan mereka dengan membaling loyang dan bekas mengisi makanan ke arah anggota penguatkuasa, sambil menjerit.

Bukan itu sahaja, seorang kanak-kanak yang mungkin anak kepada wanita dan lelaki berkenaan turut menjerit ke arah anggota penguatkuasa berkenaan apabila melihat kejadian yang berlaku di hadapannya.

Kekecohan itu terjadi dikatakan berpunca daripada aduan pihak sekolah tentang aktiviti berniaga yang dilakukan pasangan tersebut sehingga menyebabkan kawasan di hadapan sekolah itu tidak bersih. -Siakapkeli.my
Attachment(s) from -:eSpAcE9808:-
1 of 1 File(s)

Fri Sep 4, 2015 8:22 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Tindakan Pengawal Keselamatan Sepak Wanita Kurang Siuman Timbulkan Kemarahan Netizens

siakapkeli.my

Menjadi viral di laman sosial sejak semalam sebuah video yang telah menimbulkan kemarahan dikalangan netizen apabila menunjukkan seorang pengawal keselamatan sebuah bank di Sandakan, Sabah telah bertindak kurang ajar menyepak seorang penggemis yang dipercayai kurang siuman.

Berdasarkan rakaman video berkenaan yang berdurasi 1:32 saat itu menunjukkan seorang wanita yang berumur dalam lingkungan 40-an sedang duduk menggemis di hadapan sebuah bank.

Namun tindakan wanita berkenaan yang menggemis dihadapan pintu bank telah menyebabkan pengawal keselamatan bank berkenaan cuba menghalaunya.

Bagaimanapun tindakan menghalau wanita berkenaan dengan menyepaknya adalah satu perbuatan yang biadap di mana kerana tindakan berkenaanlah menimbulkan kemarahan netizen.

Selepas menendang wanita itu, pengawal berkenaan tersebut dilihat telah menyedari tindakannya dirakam menyebabkan dia kembali masuk ke dalam bank dan wanita berkenaan pula dilihat menangis.

Ada seorang pelanggan bank berkenaan telah pergi kearah wanita tersebut dengan memberi sedikit wang dan menyuruhnya beredar dari tempat berkenaan bagaimanapun dilihat wanita tersebut terus menangis sehingga akhir video.

Rata-rata netizens mengecam tindakan ini

Seorang pengguna Facebook menggunakan nama Halim Ishak berkata "baru jadi sekuriti dah nak tendang2 orang..buat malu persatuan sukuriti sedunia la mamat ni."

Manakala Rashidi Shidi pula berkata "Hooi cik abang dia tu hamba allah juga yang hang duk tendang dia pasai apa tidak bolwh cakap elok2 ke, bagi makan ke,bagi dia duit ke x kesian langsung baru jadi jaga dah nak tunjuk langsi blh jalan daa."

"Sepatutnya security perangai dia elok... tapi yg nii mcm apa pula... sakit pula hati tengok dia main tendang2 makcik tuh... tunggu la ko tua esk... org sepang terajang ko... yg merakam nii tgk jerk... bkn pergi tolong," Kata Melvin Gunners.

Bagaimanapun seorang pengguna Facebook bernama WakJokorio Mas berkata " Hentikan mengumpat lelaki(pengawal) berkenaan kerana video ini telah dirakam separuh sahaja oleh orang yang tidak bertanggung jawab."

"Wanita penggemis berkenaan dikenali sebagai Asau oleh orang sekitar Sandakan dan selalu berada dihadapan bank berkenaan, kalau kita tidak bagi wang kepadanya dia akan marah dan pukul," katanya.

Dia juga menceritakan yang dia juga pernah hampir dipukul kerana tidak menghiraukan wanita berkenaan selain turut dimaki, namun menurutnya nasib baik kerana ada rakannya bersama dan dia juga menegaskan wanita tersebut adalah tidak waras.

Apapun pada pandangan admin sendiri, tidak perlulah sehingga menyepak beliau kalau apa terjadi pun kerana dia bukan 'betul', tindakan yang terbaik sepatutnya hubungi pihak berkuasa seperti polis untuk menyuruh dia pergi jika dia tidak mahu beredar. - Siakapkeli.my

Ibu Mengandung Disepak Hingga Pengsan Dengan Tangan Terikat Ditiang
siakapkeli.my

Gara-gara mencuri, seorang wanita yang sarat mengandung telah dihukum dengan begitu kejam apabila tangannya diikat di sebatang tiang dan dipukul sehingga pengsan.

Kejadian yang berlaku di perkampungan Zhejiang, China ini dikatakan wanita berkenaan telah mencuri wang sebanyak RM600 di sebuah rumah di situ hujung bulan lalu.

Memetik laporan portal Shanghaiist, wanita yang merupakan penduduk kampung berkenaan telah memulangkan kembali wang tersebut kepada tuannya dan dikatakan mereka telah ebrjanji tidak akan mengambil tindakan terhadap wanita tersebut kerana sarat mengandung.

Bagaimanapun penduduk dikatakan telah membuat keputusan lain selepas wanita berkenaan kembali ke kampung tersebut 10 hari kemudian di mana dia telah ditangkap, diikat dan dipukul.

Video berkenaan telah mendapat perhatian ramai netizens dan mereka mengecam tindakan tidak berkeperimanusiaan tersebut kerana wanita itu sarat mengandung.

Pihak polis dikatakan telah mengambil tindakan terhadap mereka yang bertanggungjawab memukul serta membelasah wanita itu ditahan selama 8 hari dan dikenakan saman sebanyak RM200. - Siakapkeli.my
Attachment(s) from -:eSpAcE9808:-
1 of 1 File(s)

Fri Sep 4, 2015 8:22 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

EMPAT ORANG DITELAN LANTAI RUNTUH KETIKA SEDANG MENUNGGU BAS
Posted by OMAK KAU!!!!

 

Jika sebelum ini kejadian tangga eskalator menelan seorang ibu yang meragut nyawanya telah menimbulkan kebimbangan di negara China dan juga kebimbangan tersebut menyelubungi sehingga ke Malaysia, namun terbaru kisah hampir sama pula terjadi.

Kejadian yang juga berlaku di China memaparkan orang ramai telah 'ditelan' ke dalam sebuah lubang ketika menunggu bas.

Semasa kejadian berlaku orang ramai dilihat lalu lalang di kawasan berkenaan berhampiran tangga stesen bas Harbin yang secara tiba-tiba lantai kawasan tersebut telah runtuh.

Berdasarkan video yang telah dimuatnaik portal berita Xinhua China melalui laman Twitternya memaparkan kejadian tersebut di mana lima orang awam sedang berdiri dan kemudiannya telah 'ditelan' oleh lantai kawasan berkenaan yang runtuh.

Seorang lelaki dilihat berjaya memaut di wayar kabel yang ditanam dibawah lantai berkenaan dan empat orang lagi jatuh ke dalam lubang sedalam dua meter.

Mereka yang jatuh dilaporkan hanya cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di hospital berhampiran.
Attachment(s) from -:eSpAcE9808:-
1 of 1 File(s)
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: