15 Messages
Digest #4547
Messages
Wed Jul 13, 2016 7:05 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
PAS Tawar Gencatan Senjata..
bloglist-malaysia.
Posted by Jeebond BLM
PAS hari ini menyeru "gencatan senjata" sesama pembangkang, sebaliknya menggembleng tenaga bersama untuk menumbangkan BN.
Timbalan presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berharap pertelagahan sesama mereka kini dapat ditamatkan demi rakyat dan masa depan negara.
"Pertama, parti-parti pembangkang perlu melaksanakan gencatan serangan sesama sendiri bagi memberi fokus kepada musuh sebenar Umno-BN.
"Jangan pedulikan tulisan murahan tentera siber yang suka melagakan antara satu sama lain. Golongan ini akan ada di setiap zaman dan tempat.
"Apa yang penting dilihat ialah masa depan negara.
"Kerana masa depan rakyat, agama, bangsa bahkan parti politik hanya akan wujud bila adanya kestabilan negara," kata Tuan Ibrahim dalam kenyataannya hari ini.
Katanya, PAS dan parti-parti dalam Pakatan Harapan – DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (AMANAH) – perlu bertolak ansur dan mencari titik persamaan tanpa membelakangkan dasar masing-masing.
"Banyak persamaan yang perlu diutamakan berbanding hanya beberapa perkara sahaja yang berbeza.
"Dalam mewujudkan toleransi politik yang baik, tentulah usaha perlu diambil bagi memperbesarkan persamaan dan mengecilkan ruang perbezaan," katanya.
PAS sebelum ini memutuskan hubungan dengan DAP setelah perbezaan pendapat dan perbalahan berterusan dalam isu pelaksanaan hudud.
Langkah itu menyebabkan Pakatan Rakyat, yang dianggotai mereka bersama PKR terkubur.
DAP dan PKR kemudian membentuk gabungan dengan serpihan PAS, Parti Amanah Negara (AMANAH).
Manakala PAS memilih kerjasama baru dengan parti kecil Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) pimpinan bekas menteri Umno Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.
Terbaik Dari Tuan Ibrahim Tuan Man Mengenai Pembangkang!
bloglist-malaysia.
darisungaiderhaka.
Posted by Anak Sungai Derhaka
Satu kenyataan yang cukup rasional dari Tuan Ibrahim Tuan Man dalam mengembeleng kekuatan pembangkang untuk menumbangkan Barisan Nasional pada PRU14 nanti..
Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mencadangkan agar gencatan senjata dibuat di kalangan parti pembangkang dan memberikan tumpuan kepada musuh bersama iaitu Umno dan Barisan Nasional.
Cadangan ini dibuat sebagai jalan keluar untuk menghadapi masalah serang menyerang antara satu sama lain yang berlaku sekarang, katanya.
"Parti-
"Jangan pedulikan tulisan murahan cybertrooper yang suka melagakan antara satu sama lain. Golongan ini akan ada di setiap zaman dan tempat," kata Tuan Ibrahim dalam kenyataannya dengan latar belakang Pas kalah teruk dalam dua pilihan raya kecil baru-baru ini.
Tuan Ibrahim juga teruk diserang ekoran kenyataan beliau bahawa kerajaan perlu melakukan sesuatu agar rakyat tidak boleh dikelirukan oleh Sarawak Report lagi ekoran pendedahan laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB yang diOSAkan oleh kerajaan BN.
Turut menyerang beliau adalah Presiden Amanah, Mohamad Sabu yang kesal dengan dakwaan beliau laporan Sarawak Report mengelirukan rakyat.
Bagi Tuan Ibrahim, apa yang penting dilihat ialah masa depan negara.
Ini kerana masa depan rakyat, agama, bangsa bahkan parti politik hanya akan wujud bila adanya kestabilan negara, katanya.
Beliau juga meminta agar ada titik kompromi, di mana ia tentu akan memerlukan tolak ansur satu sama lain.
"Namun, jalan kompromi ini tidak mudah," kata Tuan Ibrahim dalam kenyataannya itu dipercayai merujuk kepada ketajaman hubungan antaranya dengan DAP dan parti pecahan darinya iaitu Amanah.
Beliau akui, tiada satu ubat mujarab yang dapat menyembuhkan luka mendalam di hati antara parti-parti pembangkang.
Isunya juga, katanya, ialah apakah perkara yang perlu dikompromi dan apa yang tidak boleh dikompromi?
"Banyak persamaan yang perlu diutamakan berbanding hanya beberapa perkara sahaja yang berbeza. Dalam mewujudkan toleransi politik yang baik, tentulah usaha perlu diambil bagi memperbesarkan persamaan dan mengecilkan ruang perbezaan," katanya.
Menurut beliau, dalam setiap kali kerjasama politik, sejarah telah membuktikan bahawa PAS sebagai parti lama selalu mengambil sikap berjiwa besar mengorbankan kerusi, berkongsi jentera serta memberikan bantuan kewangan kepada rakan-rakan parti.
"Apakah ini tidak cukup sebagai rakan parti," soal beliau.
Bagi Pas, kata Tuan Ibrahim, semua tahu bahawa Pas tidak akan berkompromi dalam perkara yang menjadi dasar dan prinsip Islam yang tidak akan melampaui dan mencabul hak bukan Islam.
"Pas tegaskan bahawa kami tidak akan mengorbankan prinsip dan dasar Islam yang menjadi teras perjuangan Pas sejak ditubuhkan dan inilah pegangan semua kepimpinan parti dari dahulu sehingga kini," katanya.
Kalau prinsip dan dasar Islam yang dibawa Pas adalah titik perbezaan, langkah komprominya ialah hormati perbezaan itu dan jangan dijadikan ia sebagai titik pertikaian selagi Pas memperjuangkan dasarnya dalam ruang demokrasi yang ada, tegasnya.
"Dengan niat yang betul, kompromi boleh dicapai dengan hanya memokuskan apa yang boleh disumbangkan oleh setiap parti tanpa perlu menggadaikan dasar parti masing-masing.
"Jika titik kompromi tidak dapat dicapai, terpaksalah semua parti pembangkang bersedia untuk menang jadi arang, kalah jadi abu di PRU akan datang.
"Jika titik kompromi dijumpai, percayalah yang menjadi abu hanyalah satu, iaitu Umno-BN," katanya lapor MalaysiaDateline
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Wed Jul 13, 2016 7:05 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Pelajar tingkatan dua maut ditimpa tiang gol
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
tranungkite.
GUA MUSANG - Malang tidak berbau apabila seorang pelajar lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Indera Petra 2 (SMKTIP 2), di sini maut ditimpa tiang gol hoki tumbang, pagi tadi.
Pelajar tingkatan dua, Nik Mohd Lutfi Nik Kamarudin,14, meninggal dunia di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.
Difahamkan ketika kejadian, mangsa sedang bermain bola bersama 11 rakannya bagi subjek Pendidikan Jasmani di padang sekolah tersebut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Rajab Ahad Ismail ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.
Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Gua Musang (HGM), di sini untuk dibedah siasat.
Pelajar Tingkatan Dua Maut Dihempap Tiang Gol Ketika Subjek Pendidikan Jasmani
siakapkeli.my
GUA MUSANG, 12 Julai: Seorang pelajar tingkatan dua di SMK Tengku Indera Petra 2 maut selepas dihempap oleh tiang gol yang tumbang di padang sekolah itu dalam kejadian kira-kira 9 pagi tadi.
Nik Mohd Lutfi Nik Kamarudin, 14, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala.
BH Online melaporkan, ketika kejadian, mangsa sedang bermain bola dengan rakan semasa menjalani subjek Pendidikan Jasmani dengan ditemani seorang guru.
Rakan kepada mangsa, Wan Mustakim Wan Musa, 14, berkata dia ternampak mangsa cuba menendang bola tetapi terjatuh di depan pintu gol kerana padang licin.
Beliau berkata, arwah terjatuh dalam keadaan tertiarap dan tiba-tiba tiang gol besi itu tumbang menghempap kepala mangsa.
"Saya bersama rakan yang lain bergegas ke arah Nik Mohd Lutfi untuk memberi pertolongan dan mengangkatnya tetapi darah keluar melalui hidung serta telinga sebelum dia meninggal dunia.
"Rasa amat sedih melihat kejadian itu kerana rakan baik saya itu amat ceria pada hari ketiga sekolah dibuka selepas Aidilfitri hingga bermain bola pun bersemangat pada pagi ini," katanya.
Seorang lagi rakan mangsa yang bermain di posisi penjaga gol pula berkata mangsa terjatuh di depan tiang gol tersebut.
Mohd Farid Mohd Razali, 14, berkata ketika itu dia sedang mengejar bola yang bergolek di luar padang dan tidak jauh dari tiang gol yang tumbang.
Kejadian disahkan oleh Ketua Polis Daerah, Superintendan Rajab Ahad Ismail.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Gua Musang untuk bedah siasat.
Sumber : BH Online
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Wed Jul 13, 2016 7:06 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Kutip tol, apa rakyat Terengganu dapat?
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
tranungkite.net
LPT 2 bermula dengan kos pembinaan yang sentiasa naik kerana bermasalah dengan kontraktor yang dipilih. Ada yang lari, ada yang tak ikut spesifikasi yang menyebabkan pembinaan LPT 2 ini tertangguh jadualnya dan bertambah kosnya.
Namun, sehingga kini, tiada kedengaran tindakan ke atas kontraktor terbabit. Sehingga akhirnya jumlah sebenar seperti yang direkodkan ialah kira-kira RM4 billion wang rakyat telah digunakan bagi membina lebuhraya sepanjang 184km yang beralun di kebanyakan tempat, mempunyai kira-kira 2000 kes kemalangan serta telah mengorbankan kira-kira 100 orang mangsa itu pada tahun 2015 sahaja. Kenaikan kos ini adalah sekali ganda dengan kos asal LPT 2.
Sebanyak RM1.8 billion wang rakyat negeri Terengganu telah "dibenamkan" di LPT 2 ini bagi membantu menyiapkan pembinaannya.
Alasan yang diberikan bagi menaikkan tol antaranya ialah bagi menampung kos penyelenggaraan. Persoalan yang timbul, berapakah kos penyelenggaraan bagi LPT 2 itu? Sedangkan kerosakan yang terjadi di LPT 2 sekarang, antaranya adalah kerana kesilapan atau kecuaian kontraktor ketika pembinaan dahulu.
Wang rakyat diambil untuk membaiki kesilapan itu, kos menjadi semakin naik, diambil lagi duit rakyat Terengganu untuk menampung kosnya. Kini, rakyat Terengganu, bakal melakukan "jihad" di lebuh raya dengan membayar tol kepada syarikat konsensi atas nama penyelenggaraan.
Berapakah jangkaan pendapatan bulanan bagi kutipan di LPT 2 nanti kerana bancian kenderaan, pastinya telah dibuat, berapa lamakah kutipan ini akan berjalan dan apakah keistimewaan atau sesuatu yang baik yang bakal diperolehi oleh rakyat Terengganu? Wang RM1.8 billion ini adalah maruah rakyat Terengganu.
Tidak pernah terjadi sebelum ini, kerajaan negeri membiayai hampir separuh kos pembinaan lebuh raya di mana-mana negeri di Malaysia, tetapi tidak mendapat apa-apa, hanya terjadi di bawah pemerintahan Umno Terengganu.
PAS Terengganu mencadangkan agar kutipan tol secara telus diumumkan dan hasilnya dibahagi antara syarikat konsesi dengan kerajaan negeri bagi memberikan kembali pulangan itu untuk kepentingan rakyat Terengganu.
PAS juga berpendapat oleh sebab wang rakyat Terengganu telah digunakan secara paksa, maka kerajaan negeri semestinya mendesak agar GLC Terengganu turut mempunyai saham atau pegangan dalam syarikat konsesi tersebut.
Bukan sekadar "sleeping partner" tetapi agar diberikan hak dan jaminan kepada pengurusan kewangan rakyat Terengganu yang ada di dalamnya. Tuntutan ini jelas sangat berpatutan kerana kerajaan negeri telah membelanjakan jutaan duit rakyat bagi pengambilan tanah, membinanya, tetapi akhirnya tol dikutip konsesi.
Ketegasan kerajaan pasti boleh membuka jalan bagi rakyat Terengganu menikmati kembali wang mereka yang dipinjam secara tidak benar itu.
Memandangankan lebuh raya Pan-Borneo tidak dikenakan sebarang tol, maka PAS yakin, ini juga adalah salah satu langkah keluar yang baik sebagai pulangan kepada rakyat negeri Terengganu selain daripada cadangan membahagikan keuntungan kutipan tol diantara kerajaan negeri dengan syarikat konsesi di atas.
Oleh itu, PAS Terengganu mendesak agar kerajaan negeri menjelaskan dahulu persoalan-persoalan yang kami kemukakan sebelum meneruskan cadangan yang bakal memeras wang rakyat Terengganu ini, bukan sahaja melalui tol, tetapi juga melalui kenaikan harga barang yang bakal naik lagi kesan kerana tol ini, sesudah kenaikan minyak baru-baru ini.
USTAZ MOHD NOR HAMZAH
Ketua Penerangan PAS Terengganu
7 Syawal 1437 / 12 Julai 2016
Kutipan Tol Di LPT2 : Rakyat Terus Dihimpit
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.net
PAS Terengganu kesal dan dukacita atas keputusan kerajaan mahu melaksanakan kutipan tol di Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) bermula jam 00.01 pagi 15 Julai ini.
Kerajaan negeri sepatutnya menyelesaikan isu tuntutan semula kos pembinaan yang telah menggunakan kewangan negeri sebanyak RM1.8 bilion terlebih dahulu, sebelum bersetuju dengan kerajaan pusat untuk sebarang kutipan tol pada LPT2 atau sudah ada perjanjian konsesi yang sebahagian kutipan tol tersebut akan dibahagikan juga untuk negeri Terengganu?
Dalam suasana bajet negeri Terengganu yang kini tinggal RM1.4 bilion setelah dipotong RM630 juta daripada bajet 2016 sebanyak RM2.1 bilion. Pengembalian wang RM1.8 bilion itu cukup besar jumlahnya untuk dimanfaatkan dengan memberikan kemudahan perbelanjaan kepada rakyat, terutamanya kepada sektor pendidikan, kesihatan dan kemudahan asas.
Kegagalan kerajaan negeri mendapatkan kembali wang tersebut merupakan satu kerugian dan pengkhianatan kepada amanah yang telah diberikan oleh rakyat.
Bahkan pelaksanaan kutipan tol kepada pengguna di kalangan rakyat negeri Terengganu yang membiayai pembinaan LPT2, merupakan 'penderaan' yang bakal menambahkan beban kewangan kepada setiap keluarga.
Dengan kadar 12 sen sekilometer bagi setiap kenderaan yang melalui LPT2 dari Gemuruh ke Cheneh akan meningkatkan kos perjalanan ke Kuala Lumpur sekitar 70 peratus.
Rantaian peningkatan kos pengangkutan akan meninggalkan kesan beban berganda kepada harga barangan dan perkhidmatan.
Kenaikan harga minyak pada awal Julai lalu akan menambahkan lagi beban kewangan yang sedia ada kepada warga Terengganu.
Pelaksanaan kutipan tol LPT2 yang digelar sebagai 'Lebuh Raya Maut' sewajarnya tidak dikuatkuasakan dan ditangguh sehingga segala kemudahan dilengkapkan serta lebuhraya tersebut diperelokkan.
Keadaan permukaan jalan yang menjadi sungutan ramai, ketidakcukupan papan tanda dan tunjuk arah keselamatan, ketiadaan stesen minyak kekal, kompleks hentian 'Rehat dan Rawat' yang tidak sempurna, perlu diberi pertimbangan sebelum kerajaan memikirkan 'keuntungan dan laba' yang diseluk dari saku rakyat! Kenapa Lebuhraya Sarawak dikecualikan tol? Tetapi LPT2 nak dikenakan tol? Kenapa Pantai Timur selalu dianaktirikan?
Sekarang baru rakyat tahu makna BN menang, rakyat senang yang menjadi slogan kerajaan.
YB Ustaz Satiful Bahri B. Mamat
Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka
7 Syawal 1437H / 12 Julai 2016
Kutipan Tol Di LPT2 Berkuat Kuasa 15 Julai
kitabantai.info
Posted by Kita Bantai
PUTRAJAYA: Kutipan tol di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) yang dibuka kepada trafik sepenuhnya mulai 31 Januari 2015, akan berkuat kuasa bermula 12.01 tengah malam, 15 Julai 2016.
Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) Datuk Ismail Md Salleh dalam kenyataan berkata, keputusan kerajaan melaksanakan kutipan tol di LPT2 selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri, dibuat setelah mengambil kira kepentingan rakyat.
"Kutipan tol di lebuh raya ini perlu dilakukan untuk membiayai kos penyenggaraan dan operasi termasuk penyediaan kemudahan seperti perkhidmatan peronda, kawasan rehat dan rawat serta lain-lain kemudahan untuk keselesaan dan keselamatan pengguna lebuh raya," katanya.
Ismail berkata kadar tol permulaan bagi LPT2 adalah 12 sen/km bagi kenderaan Kelas 1 (kereta).
Sebagai contoh, pengguna yang membuat perjalanan dari Plaza Tol Kuala Terengganu ke Plaza Tol Cheneh dan sebaliknya, akan dikenakan bayaran tol sebanyak RM19.70, katanya.
Beliau berkata lebuh raya berkenaan akan melaksanakan kutipan tol secara sistem tol tertutup iaitu kadar tol akan dikira berdasarkan jarak perjalanan yang telah dilalui oleh pengguna.
Terdapat 10 plaza tol di sepanjang jajaran LPT2 iaitu Plaza Tol Cheneh, Plaza Tol Chukai, Plaza Tol Kijal, Plaza Tol Kerteh dan Plaza Tol Paka.
Lima lagi plaza tol ialah Plaza Tol Kuala Dungun, Plaza Tol Bukit Besi, Plaza Tol Ajil, Plaza Tol Telemong dan Plaza Tol Kuala Terengganu.
Ismail berkata kerajaan telah melantik Lebuhraya Pantai Timur 2 Sdn Bhd (LPT 2 Sdn Bhd), sebuah syarikat milik penuh Projek Lebuhraya Usahasama Berhad (PLUS Berhad) untuk melaksanakan operasi, penyenggaraan dan kutipan tol di lebuh raya tersebut.
LPT2 sepanjang 184 kilometer bermula dari Jabor di Pahang hingga ke Kampung Gemuroh di Terengganu, merupakan lebuh raya empat lorong dua hala, dilengkapi dengan kemudahan 10 persimpangan bertingkat, tiga kawasan rehat dan rawat serta dua hentian sebelah.
-mstar
Read more: http://www.kitabantai.info/2016/07/kutipan-tol-di-lpt2-berkuat-kuasa-15.html#ixzz4EHYpfMty
Follow us: @kitabantai on Twitter | kitabantai on Facebook
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Wed Jul 13, 2016 7:07 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Tanpa PAS, gandingan Mahathir-Pakatan tak mampu tawan Putrajaya
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.
PETALING JAYA: Gandingan Pakatan Harapan (PH) dan parti baharu yang dikatakan akan diterajui Tun Dr Mahathir Mohamad bakal menjadi kuasa disegani, tetapi apakah ia mampu merampas Putrajaya?
Bagi Prof Madya Dr Jeniri Amir dari Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), usaha itu tidak akan berjaya tanpa penglibatan PAS.
Jelasnya, jika parti Islam itu tetap mahu bersendirian, sukar untuk mengalahkan BN.
Keadaan itu seterusnya akan membawa kepada pertandingan pelbagai penjuru yang menguntungkan Barisan Nasional (BN), tambahnya.
Bagaimanapun, beliau berkata pengaruh parti itu tidak boleh diketepikan.
"Umno tidak patut memandang rendah Dr Mahathir, ia (parti baharu itu) akan menjadi satu kuasa disegani, terutamanya jika mereka boleh berdepan BN dalam pertandingan satu lawan satu," katanya.
Menurutnya, pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar bulan lalu bukan petunjuk terhadap kekuatan Dr Mahathir mahupun pembangkang kerana ada perbezaan PRK dan pilihan raya umum (PRU).
Bagaimanapun, Jeniri berpendapat, lebih baik Dr Mahathir dan orang-orang di kemnya menyertai salah satu daripada tiga parti komponen PH.
"Tidak mudah untuk sebuah parti baharu terus berkembang, lebih-lebih lagi dalam tempoh singkat sebelum PRU14.
"Orang akan mempersoalkan motif dan kredibiliti parti. Mereka akan bertanya mengapa sekumpulan bekas pemimpin Umno tubuh parti baharu hanya selepas mereka keluar dari Umno," katanya sambil menambah ada pihak yang akan menganggap ia agenda peribadi.
Lewat
Bagi Dr Wong Chin Huat pula, Dr Mahathir sepatutnya menubuhkan parti baharu sebelum PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar, serta menurunkan anaknya, Datuk Seri Mukhriz di Kuala Kangsar.
Jelasnya, tidak pasti berapa banyak sokongan yang akan diperolehi parti baharu itu dari Kedah dan Johor, tempat asal bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kerana sentimen akar umbi mungkin kini sudah hilang.
"Bagaimanapun, mereka tentu boleh mengharapkan sokongan dari Sabah, tempat asal bekas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal," kata Wong dari Institut Pulau Pinang, badan pemikir milik kerajaan Pulau Pinang.
"Saya rasa soalan utama ialah apakah model parti baharu itu," katanya yang meramalkan parti baharu itu menjadi parti "serpihan Umno" kelima, selepas Parti Kemerdekaan Malaya (IMP), Parti Negara, Semangat 46 dan PKR.
IMP dan PKR adalah parti berbilang kaum, manakala Parti Negara dan Semangat 46 pula berasaskan kaum Melayu.
"Saya rasa parti baru Dr Mahathir kemungkinan besar akan menjadi sebuah parti berbilang kaum," katanya.
Bagaimanapun, Wong berkata penubuhan parti baharu itu adalah langkah tepat untuk Dr Mahathir dan pemberontak Umno lain kerana asas mereka berbeza daripada parti komponen PH.
"Amat sukar untuk mereka menyertai parti-parti Pakatan Harapan. Hanya ada sedikit sinergi, kerana DAP terlalu berbeza, Amanah masih baru, manakala PKR tidak sesuai untuk Dr Mahathir," katanya.
Semalam, bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mendedahkan, Dr Mahathir mungkin membentuk parti baharu yang akan bekerjasama dengan PH pada PRU akan datang untuk menjatuhkan BN.
Dari tawaran PAS, Azmin nampak 'harapan
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.
Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali menyambut baik tawaran 'gencatan senjata' rakan sejawatnya dalam PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Azmin yang juga menteri besar Selangor memuji Tuan Ibrahim sebagai seorang pemimpin yang matang serta memiliki visi jauh, apabila meletakkan kepentingan rakyat melebihi kepartian.
"Pendirian baru yang dikemukakan oleh PAS memberikan harapan kepada rakyat Malaysia yang mahukan perubahan dalam negara yang tidak mungkin dicapai tanpa perpaduan yang utuh di kalangan semua parti pembangkang," katanya.
Tuan Ibrahim membuat seruan itu bagi memberi fokus kepada "musuh sebenar", iaitu Umno dan BN.
Katanya, PAS dan parti-parti dalam Pakatan Harapan mempunyai banyak persamaan dan hanya beberapa perkara sahaja yang berbeza.
Dalam kenyataannya petang ini, Azmin berkata sejarah membuktikan perpaduan pembangkang berjaya menafikan majoriti dua pertiga BN di parlimen dua kali berturut-turut.
Pembangkang juga, katanya, memperoleh majoriti undi popular dalam pilihan raya umum ke-13 lalu.
Sebaliknya, perpecahan hanya menguntungkan BN, seperti dalam pilihan raya Sarawak, Sungai Besar dan Kuala Kangsar baru-baru ini, kata Azmin.
PAS Selangor mahu 'formula
Sementara itu, Naib Presiden PAS Datuk Iskandar Abdul Samad juga senada dengan Tuan Ibrahim demi menumbangkan BN dan mengelak pertelagahan sesama sendiri.
Katanya, jika suasana itu berlarutan kemungkinan BN akan terus memerintah Malaysia dan Selangor akan dapat dirampas semula oleh mereka pada pilihan raya umum yang akan datang.
"Satu formula yang akan memastikan prinsip-prinsip semua pihak dihormati mesti dicari," kata pesuruhjaya PAS Selangor itu.
Pakatan Rakyat boleh wujud semula?
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.
SHAH ALAM - Sukar mendapat sokongan pengundi Melayu tanpa Pas, mungkin menjadi penyebab DAP menyatakan keterbukaan bekerjasama dengan parti Islam itu untuk mewujudkan kembali Pakatan Rakyat (PR).
Penganalisis Politik Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia, Profesor Dr Sivamurugan Pandian berkata, keikhlasan DAP dapat dilihat bergantung kepada pihak mana yang perlu 'berkorban'.
"Mungkin DAP ada agenda sendiri apabila mendapati tanpa Pas sukar untuk mereka mendapat sokongan pengundi Melayu.
"DAP juga berharap dapat kukuhkan kedudukan untuk bentuk kerjasama yang jauh lebih baik. Tapi, ia bergantung kepada pihak mana yang perlu 'berkompromi'," katanya.
Beliau berkata, sukar untuk melihat DAP dan Pas duduk semeja, melainkan wujud kerjasama atau kolaborasi dalam dua gabungan berlainan.
"Mungkin satu gabungan antara DAP, PKR dan Amanah dan satu satu lagi gabungan antara PKR dan Pas.
"Untuk berada dalam pakatan sama, agak mustahil kerana pemimpin utama Pas dah kata, kerusi adalah maruah, tak boleh dikorbankan dan perjuangan parti mereka perlu dihormati," katanya.
Menurutnya, sebelum ini Pas berkompromi dengan bergerak lebih kepada pembentukan negara berkepentingan, bukan negara Islam seperti diinginkan.
"Kita lihat Pas sudah berkompromi. Tapi selepas 2013, terjadinya percakaran antara pemimpin atasan kedua-dua parti.
"Jadi untuk kembali semula kerjasama seperti sebelum ini, siapa yang sanggup untuk berkompromi dan berkorban semata-mata untuk lahirkan satu blok yang jauh lebih baik?" katanya.
Sementara itu, Pensyarah Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia, Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, gabungan Pakatan Harapan akan berterusan hingga PRU14, namun selepas PRU, keadaan akan berubah jika Pas masih tiada dalam pakatan tersebut.
"Jika Pas buat keputusan terus bertanding sendirian, lambat laun Pas Selangor juga kena ikut keputusan tersebut.
"Jadi kalau Pakatan Harapan bentuk kerajaan, Pas tidak akan ada dalam kerajaan," katanya.
Menurutnya, setakat ni agak sukar untuk Pas dan DAP bekerjasama semula tetapi mereka punya masa untuk merubah pendirian.
"Pakatan Harapan memerlukan Pas dalam parti gabungan kerana itu DAP berpendapat PR harus diwujudkan semula. - SH
Isu Pakatan: Apakah ada jalan keluar?
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.
BILA mana tentera sudah tidak tahu mana satu musuh yang menjadi sasaran, lalu mereka menembak sesama sendiri.
Situasi tersebut ibarat keadaan parti politik di Malaysia hari ini yang lebih banyak menghalakan senjata kepada bukan sasaran sebenar. Akibat dari kecamuk ini, kekeliruan timbul - siapa ialah musuh sebenar?
Nampaknya musim melawaskan sudah tiba, di mana daun keguguran dan hasil sangat berkurangan bagi parti-parti politik di Malaysia. Barangkali inilah putaran politik negara sebagaimana putaran semua perkara.
Apakah harus kegawatan ini dibiarkan berterusan?
Negara perlu diselamatkan dari kerosakan yang sangat menakutkan sekarang.
Kedudukan kewangan negara yang kritikal, bebanan kos hidup rakyat yang meningkat, puluhan ribu rakyat kehilangan pekerjaan, peruntukan kerajaan yang terpaksa dipotong, penyelewengan, pencucian wang haram, rasuah dan pembaziran di kalangan pemimpin utama negara yang semakin menjadi-jadi, isu kebejatan moral masyarakat yang makin menipis adalah antara ratusan isu besar yang memerlukan perhatian.
Sepatutnya semua menghalakan senjata kepada musuh sebenar, kerana sekuat mana musuh sebenar apabila semua serangan dituju kepadanya akan pasti tumbang akhirnya.
Namun, apa yang terjadi ialah masing-masing ingin menjadi hero bagi membuktikan 'akulah yang berjaya menumbangkan musuh.' Maka, sesiapa yang berpotensi menjadi hero mesti dihapuskan dahulu kerana masing-masing percaya bahawa diri sendiri sahaja yang layak menumbang musuh.
Setelah saingan dikalahkan, barulah senjata dihalakan kepada musuh sebenar. Inilah situasi terkini dunia politik tanah air.
Apakah musuh telah berjaya menyerap masuk dalam kem lalu menyamar sebagai kawan sehingga mencetuskan porak-peranda dari dalam sehingga masing-masing hilang kepercayaan antara satu sama lain?
Lihat sahaja kemelut yang berlaku dalam PKR, Pas, PAN, DAP dan semua parti utama termasuklah juga apa yang berlaku dalaman BN khasnya Umno.
Di kalangan blok pembangkang juga tidak kurang hebatnya di mana ahli parti menyerang kepimpinan parti sendiri dan antara satu parti menyerang parti lain.
Rakyat teramai keliru dan ada yang ketawa sendirian dan ada yang menggeleng kepala melihat keadaan politik pembangkang hari ini. Semua tersekat di dalam lumpur. Nak ke depan tak jelas jalan mana. Nak undur ke belakang rasa nak ke hadapan. Nak kekal tak jadi sebab dah tahu pasti tenggelam. Inilah yang sedang dirasai rakyat teramai.
Persoalannya, apakah ada jalan keluar?
Pertama, parti-parti pembangkang perlu melaksanakan gencatan serangan sesama sendiri bagi memberi fokus kepada musuh sebenar (Umno-BN).
Jangan pedulikan tulisan murahan cybertrooper yang suka melagakan antara satu sama lain. Golongan ini akan ada di setiap zaman dan tempat.
Apa yang penting dilihat ialah masa depan negara. Kerana masa depan rakyat, agama, bangsa bahkan parti politik hanya akan wujud bila adanya kestabilan negara.
Kedua ialah mencari titik kompromi, di mana ia tentu akan memerlukan tolak ansur satu sama lain.
Namun, jalan kompromi ini tidak mudah.
Pertama, tiada satu ubat mujarab yang dapat menyembuhkan luka mendalam di hati antara parti-parti pembangkang.
Kedua ialah apakah perkara yang perlu di kompromi dan apa yang tidak boleh di kompromi?
Banyak persamaan yang perlu diutamakan berbanding hanya beberapa perkara sahaja yang berbeza. Dalam mewujudkan toleransi politik yang baik, tentulah usaha perlu diambil bagi memperbesarkan persamaan dan mengecilkan ruang perbezaan.
Dalam setiap kali kerjasama politik, sejarah telah membuktikan bahawa Pas sebagai parti lama selalu mengambil sikap berjiwa besar mengorbankan kerusi, berkongsi jentera serta memberikan bantuan kewangan kepada rakan-rakan parti.
Apakah ini tidak cukup sebagai rakan parti?
Bagi Pas, semua tahu bahawa Pas tidak akan berkompromi dalam perkara yang menjadi dasar dan prinsip Islam yang tidak akan melampaui dan mencabul hak bukan Islam.
Pas tegaskan bahawa kami tidak akan mengorbankan prinsip dan dasar Islam yang menjadi teras perjuangan Pas sejak ditubuhkan dan inilah pegangan semua kepimpinan parti dari dahulu sehingga kini.
Kalau prinsip dan dasar Islam yang dibawa Pas adalah titik perbezaan, langkah komprominya ialah hormati perbezaan itu dan jangan dijadikan ia sebagai titik pertikaian selagi Pas memperjuangkan dasarnya dalam ruang demokrasi yang ada.
Dengan niat yang betul, kompromi boleh dicapai dengan hanya memfokuskan apa yang boleh disumbangkan oleh setiap parti tanpa perlu menggadaikan dasar parti masing-masing.
Jika titik kompromi tidak dapat dicapai, terpaksalah semua parti pembangkang bersedia untuk menang jadi arang, kalah jadi abu di PRU akan datang.
Jika titik kompromi dijumpai, percayalah yang menjadi abu hanyalah satu, iaitu Umno-BN.
TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Timbalan Presiden Pas
13 Julai 2016
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Wed Jul 13, 2016 7:07 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Kadar Tol Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 | Kuala Lumpur Terengganu Dan Kelantan
bloglist-malaysia.
queachmad.com
Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (Jabor - Gemuroh, Kuala Nerus Trg merangkumi 10 exit) akan mula dikenakan bayaran bermula 15 Julai 2016 (Jumaat ini)
Fasa 1 Karak - Jabor (174km : RM21.00) sudah lama beroperasi
Fasa 2 Jabor - Gemuroh (184km : RM22.10) akan beroperasi 15 Julai 2016
Fasa 3 Gemuroh - Tumpat (124km : RM15.00) masih dalam pembinaan
Jika siap sepenuhnya : Karak - Tumpat (482km : RM58.00) + Gombak RM5 + Bentong RM3.50 = RM66.50
**Kadar tol LPT : 12sen untuk setiap kilometer
MALAYSIA PERLUKAN MENTERI MACAM INI...
bloglist-malaysia.
naimnikmat.blogspot
Dicatat oleh Na'im Nikmat
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Wed Jul 13, 2016 7:08 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Penyelidik UM Berjaya Tanam Saffron di Malaysia, Boleh Cecah RM32,000/kg
siakapkeli.my
KUALA LUMPUR, 9 Julai ― Sekumpulan penyelidik Falkulti Sains Universiti Malaya (UM) mencipta sejarah apabila berjaya menanam dan menghasilkan buga saffron atau za'ffran yang juga merupakan rempah termahal di dunia di Malaysia.
Bunga saffron - yang juga digelar raja segala rempah - hanya boleh ditanam di kawasan negara empat musim seperti kawasan Mediteranean, Asia Barat dan Eropah. Bunga itu digunakan sejak ribuan tahun dahulu terutama di Asia Barai sebagai rempah dalam masakan.
Lebih mengujakan, harga bunga itu boleh mencecah antara RM28,000 hingga RM32,000 sekilogram.
Menerusi usaha yang diketuai oleh Professor Dr. Rosna Mat Taha bersama Nordiyanah Anuar, Noraini Mahmad, Asif Khan, Dr Sadegh Mohajer, Nor Amirah Md. Nor, pokok saffron itu berjaya ditanam secara in vivo dalam bilik kultur dan ia berbunga buat pertama kainya dari November hingga Januari lepas.
Tanaman unik yang dianggap "emas merah" dunia ini digunakan sejak turun temurun dalam masakan dan kini semakin meluas digunakan sebagai bahan pewarna, minyak wangi dan dalam bidang perubatan serta sebagai campuran dengan madu untuk makanan kesihatan.
Mengandungi safranin, ia bertindak sebagai anti-kanser dan anti-oksidan yang sangat berkesan. Antara khasiat saffron ialah merangsang pertumbuhan sel-sel otak manusia bagi membantu menguatkan daya ingatan.
Banyak tercatat di dalam kitab-kitab perubatan Islam mengenai khasiat dan kebaikan saffron yang turut diperakui oleh ahli perubatan barat moden.
Saffron merupakan tumbuhan yang sensitif dan memerlukan penjagaan rapi. Ia membiak melalui umbisi pada tanah dan akan mengeluarkan bunga pada awal musim luruh pada suhu antara 11 dan 18 darjah Celcius.
Di dalam penjagaannya, suhu, jenis tanah dan juga rawatan awal pada umbisi memainkan peranan yang penting bagi setiap pertumbuhan bunga tersebut.
Sumber : TMOSumber :
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Wed Jul 13, 2016 7:09 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Perlukah Anda Mengambil Air Beralkali (Alkaline Water)
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.net
Amalan mengambil air beralkali (alkaline water) sudah lama diamalkan dan pelbagai jenis penapis air dan alat penionan dijual di pasaran untuk menghasilkan air beralkali. Rencana ini akan memberi sedikit maklumat mengenai air beralkali dan saya akan cuba menerangkan kepada anda kedudukan sebenar air beralkali ini dari sudut perubatan moden.
Seperti mana yang anda ketahui, air mempunyai pH tertentu supaya ianya menjadi air yang berasid, neutral ataupun beralkali bergantung kepada bahan-bahan yang terkandung di dalamnya. Ada bahan-bahan mineral yang menyebabkan air menjadi beralkali dan ada yang menyebabkannya menjadi berasid.
Nilai pH air ditentukan oleh keseimbangan di antara bahan berasid dan beralkali di dalam air. Jika bahan berasid melebihi bahan beralkali, maka air itu akan menjadi berasid. Jika kedua-dua bahan ini seimbang, maka air menjadi neutral. Air mentah dan air paip yang dirawat selalunya neutral. Tahap pH ditentukan oleh nombor dari 0 hingga 14, di mana pH kurang dari 7 adalah asid, manakala pH 7 neutral dan pH yang lebih dari 7 dikatakan alkali. Apakah pH yang sesuai untuk air minuman? Tajuk ini sedang hangat diperdebatkan. Ada yang mendakwa meminum air beralkali mempunyai khasiat yang banyak untuk kesihatan badan. Adakah dakwaan ini benar?
Air beralkali selalunya mempunyai pH 8-9 dan dijual di pasaran di dalam pelbagai bentuk. Air beralkali ini dihasilkan melalui tindakan elektrolisis ataupun pengionan (ionizer) di mana aliran elektrik digunakan untuk memisahkan molekul air kepada ion-ionnya iaitu ion hydrogen yang berasid dan ion hidroksid yang beralkali. Katod (catode) yang bercaj negative akan menarik ion hydrogen (bercaj positif) dan persekitaran katod ini akan menjadi beralkali (sebab ion hidrogen sudah ditarik kepada katod). Manakala anod (anode) pula yang bercaj positif akan menarik ion hidroksid sehingga air di sekelilingnya menjadi berasid. Inilah konsep bagaimana air yang beralkali dan air yang berasid dihasilkan. Di dalam mesin penapis ini, kedua-dua jenis air ini boleh dipisahkan. Malah bahagian air yang neutral juga dapat dipisahkan. Persoalannya adakah air beralkali ini mujarab, dapat menyembuhkan beberapa jenis penyakit seperti darah tinggi, diabetes, kanser dan lain-lain.
Rajah di atas menunjukkan proses elektrolisis yang menghasilkan air beralkali dan air berasid. Untuk memastikan proses elektrolisis berjalan dengan lancar dan berkesan, air yang digunakan untuk diproses perlu mempunyai bahan mineral dan logam (Natrium, Kalsium, Magnesium dan lain-lain) supaya air tersebut lebih konduktif (conductive). Air tulin yang tidak mempunyai bahan mineral dan logam tidak akan cukup konduktif untuk menjalani elektrolisis. Jadi tidak benar jika ada yang mendakwa bahawa proses penghasilan air beralkali ini menggunakan air tulin.
HAKIKAT KESEIMBANGAN ASID DAN ALKALI DI DALAM BADAN
Pada asasnya, badan manusia memerlukan kedua-dua medium iaitu asid dan alkali.
Pendek kata badan manusia mempunyai bahagian yang lebih berasid dan yang lebih beralkali. Contohnya pH cecair di dalam perut dan permukaan kulit manusia adalah berasid.
Manakala usus kecil, pankreas dan jantung adalah bahagian badan yang lebih beralkali. Badan manusia mempunyai keupayaan untuk menstabilkan pH badan sehingga ianya menjadi tetap dan tidak mengalami perubahan yang besar, contohnya pH darah di antara 7.35-7.45. Badan menggunakan ginjal, usus, pankreas dan pernafasan yang berfungi untuk mengstabilkan pH darah. Jadi hakikatnya kita tidak mampu untuk mengubah pH ini sesuka hati dari luar kerana apa sahaja keinginan kita untuk membuat perubahan ini, badan akan tetap bertindakbalas secara semulajadi sehingga pHnya kekal pada julat yang normal. Maksudnya badan telah diprogramkan untuk berupaya membuat kawalan diri secara automatic ataupun auto-regulation di dalam mengawal nilai pH.
Salah satu contoh bagaimana badan mengawal pH adalah melalui ransangan "chemoreceptors" dan pernafasan. Proses mengawal kestabilan pH ini sama macam alat pengapung air di dalam tangki air, apabila air kurang di dalam tangka, pengapung pun akan turun dan air pun masuk ke dalam tangki. Apabila air di dalam tangki penuh, pengapung ini akan menutup lubang air dan menghentikan aliran air masuk ke dalam tangki. Apabila pH darah menurun disebabkan oleh meningkatnya kandungan ion hidrogen, kemoreceptor di bahagian otak akan menghantar maklumat kepada otot pernafasan supaya pernafasan anda menjadi lebih cepat. Apabila pernafasan lebih cepat, lebih banyak gas karbon dioksida dilepaskan keluar dan ini akan mengurangkan penghasilan ion hidrogen supaya pH darah dapat distabilkan semula. Begitulah juga disebaliknya, proses ini berlaku tanpa disedari oleh anda.
ASID DAN JANGKITAN PENYAKIT
Asid diperlukan untuk tujuan membunuh mikroorganisma penyebab penyakit. Tidak benar jika dikatakan minuman alkali diambil untuk membunuh mikroorganisma di dalam perut kerana sebenarnya asidlah yang membunuhnya. Asid di dalam perut juga penting untuk menguraikan protin. Untuk pengetahuan anda, pH asid perut adalah di antara 1.5-3.5 dan nilai ini sentiasa dijaga supaya ianya dapat memanfaatkan manusia. Jika asid perut menjadi terlalu berasid, sel-sel di lapisan kulit perut boleh mengeluarkan bahan beralkali dikenali sebagai bicarbonate, sebaliknya pula, jika pH cairan perut terlalu tinggi, kadar pengeluaran bicarbonate ini akan terencat. Apabila kita mengambil makanan, asid perut akan membunuh pathogen ataupun mikroorganisma penyebab penyakit. Bayangkan jika mekanisma ini tidak wujud, tentu manusia akan senang dijangkiti penyakit. Satu contoh terbaik mengenai kepentingan asid di dalam perut adalah bagaimana anjing liar dapat hidup walaupun memakan bangkai yang dijangkiti oleh kuman. Asid perut anjing liar mempunyai keasidan 10 kali lebih tinggi dari manusia dan asid inilah yang membunuh bakteria yang dibawa oleh bangkai.
Asid membunuh bakteria, manakala ada organisma yang memerlukan persekitaran beralkali untuk hidup dan membiak. Contoh organisma ini adalah sejenis kulat yang dinamakan candida albican. Di dalam keadaan berasid, kulat ini hidup tidak aktif dan asid ini dihasilkan oleh bakteria yang baik dinamakan normal flora. Normal flora inilah yang menjadi faktor penting mengawal pembiakan kulat candida. Jika anda mengambil antibiotik dan membunuh bakteria baik ini, asid tidak dapat dihasilkan dan akibatnya persekitaran tersebut akan menjadi lebih beralkali. Persekitaran yang lebih beralkali ini akan menyebabkan kulat candida menjadi aktif dan membiak sehingga menyebabkan keradangan. Keadaan ini berlaku di dalam faraj seseorang wanita dan jika kulat candida menjadi aktif, faraj akan menjadi kemerahan, gatal dan keluar keputihan yang banyak. Jadi persekitaran asid ataupun alkali diperlukan oleh tempat-tempat tertentu di dalam badan anda.
ADAKAH AIR BERALKALI BOLEH MENGUBATI KANSER
Kanser adalah sejenis penyakit kronik yang kompleks. Proses kejadian kanser berlaku disebabkan oleh banyak faktor termasuk faktor kelainan genetik dan pendedahan kepada bahan penyebab kanser ataupun karsinogen.
Rawatan kanser juga kompleks dan tidak semudah yang difikirkan oleh orang awam. Adalah tidak benar mengatakan bahawa kanser tidak boleh membiak di dalam persekitaran alkali, malah kajian menunjukkan bahawa pH di dalam sel kanser lebih beralkali dari pH di dalam sel-sel yang normal. Sebab mengapa perkara ini berlaku adalah kerana sel-sel kanser tidak dapat menghasilkan asid laktik sepertimana sel-sel normal. Sebaliknya sel-sel kanser menghasilkan lactate yang lebih beralkali, sel-sel kanser sebenarnya tidak dapat bertahan dengan keasidan yang tinggi sehingga sel-sel ini mengeluarkan ion hidrogen dari dalam sel keluar di persekitarannya. Akibatnya persekitaran sel-sel kanser menjadi lebih berasid.
Persekitaran luar sel-sel kanser yang lebih berasid ini bukan bermaksud sel-sel kanser menyukai asid tetapi ianya adalah akibat dari adaptasi sel-sel kanser untuk meningkatkan pH di dalam sel-sel mereka. Pendek kata sel-sel kanser lebih mudah hidup jika pH mereka lebih beralkali. Sebenarnya sel-sel badan manusia yang normal tidak boleh hidup di dalam keadaan yang melampau samada terlalu beralkali (dikenali sebagai alkalosis) ataupun terlalu berasid (asidosis).
Malah alkalosis lebih merbahaya kerana ianya lebih sukar untuk dirawat berbanding dengan asidosis. Apabila mengalami asidosis iaitu pH darah terlalu rendah, kaedah rawatannya bukan dengan meminum air beralkali sebab air ini akan masuk ke dalam usus dan tidak mampu untuk menukar pH darah disebabkan oleh faktor-faktor yang saya sebutkan tadi. Sebaliknya rawatan asidosis adalah dengan memberi cecair beralkali terus ke dalam aliran darah melalui infusi salur vena.
Tanggapan orang awam bahawa mengawal pH darah semudah meminum air samada air berasid ataupun beralkali sebenarnya berasaskan kepada kefahaman yang sangat cetik mengenai fisiologi manusia. Fisiologi badan manusia adalah sangat kompleks dan hanya boleh difahami jika ianya dipelajari dengan mendalam sepertimana yang dilakukan oleh pelajar-pelajar perubatan.
Malah mengikut sebahagian pakar kimia, jika air yang hendak digunakan untuk tujuan pengionan mengandungi garam iaitu NaCI (Natrium Klorida), proses elektrolisis akan menyebabkan gas hidrogen dilepaskan dan ion hidroksida akan bergabung dengan Natrium di katod menjadi NaOH untuk menghasilkan air beralkali (lihat rajah di bawah). Manakala di bahagian anod pula sebahagian ion Clorin akan dioksidakan untuk menjadi Klorin, jika Klorin in bergabung dengan ion Hidroksida yang datangnya dari katod, ia akan membentu asid Hipoklorus (hypochorus acid, HOCl) yang boleh dikeluarkan sebagai air berasid.
Asid Hipoklorus adalah asid lemah dan agen pengoksidan. Jika berlaku percampuran di antara Asid Hipoklorus (HOCl) dengan Natrium Klorida (NaCl), Natrium Hipoklorida (Sodium Hypochloride) boleh terbentuk.
Untuk pengentahuan anda, Natrium Hipoklorida adalah bahan kimia yang terkandung di dalam Klorox !!. Di samping itu, Asid Hipoklorus juga pernah dikaitkan dengan keupayaan untuk menyebabkan mutasi bahan genetik di dalam DNA serta epigenetik dan berpotensi menyebabkan kanser.
Asid Hipoklorus juga boleh menyumbang kepada pembentukan bahan kimia yang dikenali sebagai 5-Chlorocytocine yang dikatakan boleh merencat gene perencat kanser (rujukan 1, rujukan 2). Walaupun tiada bukti kukuh mengenai Asid Hipoklorus dan kanser ke atas manusia tetapi ini sudah cukup mematahkan dakwaan pengeluar air beralkali bahawa air beralkali dapat membunuh sel kanser, kerana di sebaliknya pula, air beralkali berpotensi meransang perubahan sel badan kepada sel kanser.
Air yang telah menjalani pengionan atau elektrolisis ini juga bukan anti-oksidan, malah seperti yang saya nyatakan di atas, terdapat bahan-bahan kimia yang terhasil dari proses ini sebenarnya adalah agen pengoksidan bukan anti-oksidan.Pendek kata proses elektrolisis ke atas air boleh menghasilkan bermacam-macam bahan kimia bergantung kepada kandungan mineral dan logam di dalam air yang hendak diproses.
Proses elektrolisis ke atas air yang mengandungi garam ataupun Natrium Klorida. Asid Hipoklorus dihasilkan untuk menjadikan air berasid,manakala Natrium Hidroksida pula akan membuatkan air menjadi beralkali
BAGAIMANA MENGUKUR pH BADAN ATAU DARAH
Seperti yang telah saya sebutkan tadi, pH di dalam badan manusia berbeza-beza mengikut organ dan tisu.
Ada organ yang lebih berasid, dan ada organ serta tisu yang lebih beralkali. Perut contohnya mempunyai rembesan cecair berasid dengan pH 1.5-3.5. Untuk mengukur pH, anda perlu menggunakan alat pengukur pH. Sampel dari cecair-cecair badan pada bahagian tertentu perlu diperolehi dan diuji. Jika ujian pH hendak dilakukan ke atas darah, maka sampel darahlah yang perlu diambil.
Jika anda ingin mengukur pH di dalam perut, maka sampel cecair dari dalam perutlah yang perlu diambil dan diuji. Adalah tidak benar bahawa nilai pH yang diukur melalui sampel air kencing dan air liur itu menggambarkan pH badan keseluruhannya kerana ianya hanya menilai pH pada sampel itu sahaja.
Malah jika badan lebih berasid, ginjal akan mengeluarkan lebih banyak bahan beralkali untuk mengstabilkan pH, pada ketika ini jika ujian pH dijalankan ke atas air kencing, tentu nilai pHnya lebih tinggi (lebih beralkali), sedangkan ini tidak langsung menggambarkan pH badan ataupun darah. Jangan mudah terpedaya dengan tipu helah penjual alat penapis air yang menggunakan tektik mengukur pH air kencing dan air liur untuk menentukan tahap pH badan anda. Saya boleh katakan jika ini yang mereka lakukan, sebenarnya anda sedang diperbodohkan.
KEPERLUAN ASID DI DALAM BADAN
Badan memerlukan asid dan alkali kedua-duanya sekali di dalam keadaan dan organ-organ tertentu. Di dalam perubatan moden, tidak ada istilah badan anda lebih berasid, ataupun badan anda lebih beralkali. Sistem badan kita dijadikan sedemikian rupa supaya ianya sentiasa di dalam keseimbangan asid dan alkali. Tanpa keseimbangan ini, anda tidak boleh hidup dan di dalam keadaan normal, badan anda berkemampuan untuk menstabilkan pH badan melalui mekanisma-mekanisma yang telah saya sebutkan tadi.
Asid diperlukan untuk banyak fungsi badan seperti menjadi benteng melawan jangkitan penyakit. Banyak komponen-komponen badan manusia diperbuat dari asid, protin dibina dari asid amino, molekul DNA (yang membawa bahan baka/genetik ) dibina dari "deoxyribonucleic acid". Banyak mikronutrin-mikronutrin yang anda perlukan untuk kesihatan badan seperti vitamin C (asid askorbik) dan asid folik adalah juga asid. Pendek kata, anda tidak mungkin dapat hidup tanpa adanya asid.
PENDAPAT PAKAR SAINS DAN PERUBATAN TERHADAP AIR BERALKALI
Kebanyakan pakar-pakar perubatan dan ahli-ahli sains berpendapat bahawa setakat ini tidak ada bukti kukuh yang menyokong pengambilan air beralkali untuk kesihatan badan, lebih-lebih lagi untuk tujuan merawat penyakit-penyakit tertentu. Walaupun ada kajian yang dilakukan tetapi kajian-kajian tersebut tidak mempunyai kualiti yang tinggi dan bukan kajian "randomized control trial", pengkaji-pengkaji ini melihat maklumbalas pesakit-pesakit darah tinggi, diabetes dan lain-lain selepas mengambil air beralkali dan kemudian terus merumuskan hasil kajian mereka.
Sepatutnya kumpulan "control" perlu diwujudkan dan sampel yang digunakan adalah cukup besar untuk mengaitkan hubungan di antara pengambilan air beralkali dengan kesihatan. Setakat ini belum lagi ada kajian seumpama itu kerana sukar untuk dijalankan. Tetapi berdasarkan kepada fakta-fakta yang saya nyatakan di atas, majoriti ahli-ahli sains dan perubatan mempunyai pendirian bahawa belum ada bukti kukuh yang meyakinkan bahawa amalan pengambilan air beralkali akan meningkatkan kesihatan badan, mencegah penyakit, merawat penyakit apatah lagi memanjangkan hayat seseorang. Jika pun ada manfaat dari pengambilan air beralkali ini, ianya mungkin disumbang oleh pengambilan air yang mencukupi, kebersihan air dan juga mineral-mineral yang terkandung di dalamnya.
Ramai doktor dan saintis berpendapat dakwaan kemujaraban air beralkali oleh syarikat-syarikat pengeluar air ini tidak disokong oleh kajian yang berkualiti tinggi dan kita masih lagi kekurangan maklumat dari segi mudarat yang mungkin boleh dibawa oleh pengambilan air ini. Apa yang paling dibimbangi adalah kesan kemudaratan jangkapanjang kesan dari pengambilan air beralkali bukan sahaja disebabkan oleh sifat kealkalian air, tetapi juga disebabkan oleh proses elektrolisis atau pengionan air ini bakal menghasilkan bermacam-macam bahan kimia/molekul lain bergantung kepada kandungan air yang digunakan dan juga proses pemisahan air yang dilakukan.
Mengikut seorang Pakar Gastroenterologist yang juga bekas presiden American Society for Gastrointestinal Endoscopy, Dr.John Petrini, beliau berkata "There is no basis for any health claims at all (tidak ada langsung asas kesihatan yang didakwa)".
R.John Petrini berkata lagi :" After it is digested, food and water goes into the stomach and, no matter what pH it was when it entered and then ends up leaving the stomach at a pH of about 6.8, Dr. Petrini says. And no matter what you eat, your body has effective mechanisms to keep your blood in a narrow range between 7.35 and 7.45".
Air diserap terutamanya di dalam usus dan bukan di dalam perut. Apabila air atau makanan beralkali diambil dan sampai di perut yang sangat berasid, sifat alkali bahan-bahan ini akan dihapuskan dan apabila ia meninggalkan perut ke usus kecil, pHnya menjadi 6.8 seperti yang disebutkan oleh Dr.Petrini di atas. Kemudiannya apabila melalui usus kecil, kandungan isi perut tadi akan bercampur dengan rembesan alkali dari pankreas. Kesimpulannya, semua jenis air yang anda ambil tidak kira berapa nilai pHnya akhirnya akan menjadi air beralkali apabila masuk ke dalam usus kecil.
Malah ada juga pakar-pakar yang berpendapat jika air beralkali yang diproses melalui elektrolisis ataupun pengionan, ion hidroksida yang dihasilkan boleh bergabung dengan mineral seperti Magnesium, Kalsium dan lain-lain untuk membentuk bahan (Magnesium hidroksida, Kalsium Hidroksida) yang berpotensi memudaratkan badan jika di dalam kuantiti yang banyak.
ADAKAH MANFAAT MEMINUM AIR BERALKALI?
Mungkin terdapat manfaat pengambilan air beralkali jika ianya dihasilkan dengan kaedah bersih dan mengekalkan bahan-bahan mineral yang ada. Walau bagaimanapun manfaat yang dibawa oleh pengambilan air beralkali ini lebih kepada tabiat mengambilan air yang mencukupi (memulihkan hidrasi badan), kandungan mineral yang ada di dalamnya dan bukan disebabkan oleh pH air berkenaan. Terdapat ahli-ahli sains yang cuba merationalisasikan manfaat air beralkali ini (walaupun bukan berasaskan kepada bukti saintifik yang kukuh) , di antaranya adalah seperti berikut:
1. Mungkin ianya boleh memperbaiki kesihatan usus melalui keupayaan air itu untuk mempunyai potensi oksidasi-reduksi negative yakni menjadi agen reduksi (negative Oxidation-Reduction Potential). Mungkin dengan ciri-ciri ini ia boleh membantu melindungi usus dari mikroorganisma yang berbahaya. Walau bagaimanapun keupayaan membunuh bakteria bukan semestinya baik kerana terdapat bakteria baik yang mengawal usus dari pembiakan bakteria ganas. Jika bakteria baik ini dihapuskan, akan berlaku pembiakan bakteria ganas yang menyebabkan penyakit.
2. Golongan ahli sukan lasak mungkin satu golongan yang dapat mengambil manfaat dari pengambilan air beralkali ini, menurut pendapat pakar, senaman yang lasak menyebabkan badan mereka menghasilkan banyak asid. MUNGKIN air beralkali dapat membantu. Inipun hanya andaian sahaja kerana di dalam air beralkali tersebut terdapat mineral-mineral yang boleh membantu meningkatkan kecerdasan badan dan peluang mengambil air yang mencukupi untuk memulihkan kecerdasan badan.
3. Hasil kajian pernah diterbitkan mengenai kesan meminum air beralkali dengan pH 8.8 oleh haiwan, di mana pada pH 8.8 ini enzim pepsin dapat direncatkan, enzim ini bertanggungjawab menyebabkan penyakit acid refluk (reflux acid ataupun reflux oesophagitis). Walau bagaimanapun ini adalah kajian makmal ke atas haiwan dan bukan kajian ke atas manusia. (klik di sini)
Potential benefits of pH 8.8 alkaline drinking water as an adjunct in the treatment of reflux disease.
Koufman JA1, Johnston N.
Author information
Abstract
OBJECTIVES:
At the cellular level, tissue-bound pepsin is fundamental to the pathophysiologic mechanism of reflux disease, and although the thresholds for laryngeal damage in laryngopharyngeal reflux and for esophageal damage in gastroesophageal reflux disease differ, both forms of damage are due to pepsin, which requires acid for its activation. In addition, human pepsin remains stable at pH 7.4 and may be reactivated by hydrogen ions from any source. Thus, most tap and bottled waters (typically pH 6.7 to 7.4) would not be expected to affect pepsin stability. The purposes of these in vitro studies were to investigate whether artesian well water containing natural bicarbonate (pH 8.8) might irreversibly denature (inactivate) human pepsin, and to establish its potential acid-buffering capacity.
METHODS:
Laboratory studies were performed to determine whether human pepsin was inactivated by pH 8.8 alkaline water. In addition, the buffering capacity of the alkaline water was measured and compared to that of the two most popular commercially available bottled waters.
RESULTS:
The pH 8.8 alkaline water irreversibly inactivated human pepsin (in vitro), and its hydrochloric acid-buffering capacity far exceeded that of the conventional-pH waters.
CONCLUSIONS:
Unlike conventional drinking water, pH 8.8 alkaline water instantly denatures pepsin, rendering it permanently inactive. In addition, it has good acid-buffering capacity. Thus, the consumption of alkaline water may have therapeutic benefits for patients with reflux disease.
PMID:
22844861
[PubMed - indexed for MEDLINE]
4. Ada juga kajian kecil yang tidak berkualiti (bukan randomized control trial) yang melapurkan meminum air beralkali memperbaiki kesihatan pesakit darah tinggi, diabetes dan hiperkolestrolemia (berlebihan kolestrol). Kajian ini adalah kajian yang kecil dan didakwa kajian preliminari (awal). (klik di sini)
Preliminary observation on changes of blood pressure, blood sugar and blood lipids after using alkaline ionized drinking waterWANG Yu-lian (First Hospital of Shanghai Textile, Shanghai 200060, China)
Objective To observe the changes of blood pressure, blood sugar and blood lipids after alkaline ionized drinking water was used in cases of essential hypertension, diabetes mellitus (consists of mild degree of increased blood sugar) and hyperlipidaemia. Methods Blood pressure, blood sugar and blood lipids were assaied respectively pre-and 3 to 6 months after alkaline ionized water was drunk. Results The levels of blood pressure, blood sugar and blood lipids decreased significantly even to normal ranges after alkaline ionized water was drunk. Conclusions Alkaline ionized water may be used as one of the accessory therapeutic methods for essential hypertension, diabetes mellitus and hyperlipidaemia.
【Key Words】: Essential hypertension Diabetes mellitus Hyperlipidaemia Alkaline ionized water
【CateGory Index】: R161
Download(CAJ format) Download(PDF format)
CAJViewer7.0 supports all the CNKI file formats; AdobeReader only supports the PDF format.
【References】
Chinese Journal Full-text Database 7 Hits
1 Yin Jun,Zhang Xiaoyu,Liu Zhisheng,Wang Jianhui(Jilin Province Key Laboratory of Water Pollution Control and Resource Reuse,Jilin Architectural and Civil Engineering Institute,Changchun 130021,China);Review on the advantage of heathy water[J];Water Technology;2008-02
2 FAN Fu,cheng, LI Xiao,cui, TAO Yong. National Center for Rural Water Supply and Technical Guide, Chinese Center for Disease Control and Prevention, Beijing 102200, China;The Progress of Study on New Type Drinking Water and Its Relation to Health in China[J];Journal of Environment and Health;2004-05
3 Li Meichao, Ma Chunan, Zhang Wenkui, Wu Qing;Reviews on Ionized Water by Electrolysis and its generators[J];Chemistry;2002-12
4 ZHAO Lan,GUO Jun-sheng,GUO Miao-li,RUAN Fang-ming(Department of Military Hygiene,the Second Military University,Shanghai 200433,China);ALKALINE IONIZED WATER ENHANCING HEAT TOLERANCE AND ANTI-OXIDATIVE FUNCTION OF HEAT-EXPOSED MICE[J];Journal of Preventive Medicine of Chinese People's Liberation Army;2005-06
5 WANG Feng1,CAO Bing-hai1,2*,ZHANG Wen-hua3,LI Qing-lin4,WU Jiang-li2(1.College of Animal Science and Technology,China Agricultural University,Beijing 100193,China; 2.National Beef Cattle Industial Research Development Center ,Beijing 100193,China;3.Ningxia Xiahua Meat Food Co.,Ltd.Dairy Farm,Zhongwei 755000,China;4.Beijing Naer Biotech Co.,Ltd.,Beijing 100085,China);Effects of dietary Cilijian supplemetation on growth performance,feed digestibility and serum biochemical index in finishing crossbred steers[J];Journal of China Agricultural University;2009-06
6 ZHAO Dongqin,ZHU Yingman,CAI Zhaolin,XIAO Peng,LI Chuhua(School of Life Science,South China Normal University,Guangzhou 510631,China);EFFECTS OF ALKALINE Ca~(2+)-WATER ON BLOOD pH,CALCIUM LEVEL AND IMMUNE FUNCTION IN RATS[J];Journal of South China Normal University(Natural Science Edition);2011-02
7 WANG Li-nuo1,DAI kai2(1.Shaanxi Radio and TV University Xi'an,Shaanxi 710068; 2.College of P.E.of Shannxi Normal University,Xi'an 710062);A Research on the Connection among Alkalescence Salt and People's Health and Sport Ability[J];Journal of Shangluo University;2006-01
【Citations】
Chinese Journal Full-text Database 1 Hits
1 Jiang Yingqin, et al. (Department of Chemistry);Experimental Study on Basic Ion Water Emulsifying Triacylglerol and Cholesterol[J];Journal of Shenyang Medical College;1997-01
【Co-citations】
Chinese Journal Full-text Database 2 Hits
1 FAN Fu,cheng, LI Xiao,cui, TAO Yong. National Center for Rural Water Supply and Technical Guide, Chinese Center for Disease Control and Prevention, Beijing 102200, China;The Progress of Study on New Type Drinking Water and Its Relation to Health in China[J];Journal of Environment and Health;2004-05
2 WANG Li-nuo1,DAI kai2(1.Shaanxi Radio and TV University Xi'an,Shaanxi 710068; 2.College of P.E.of Shannxi Normal University,Xi'an 710062);A Research on the Connection among Alkalescence Salt and People's Health and Sport Ability[J];Journal of Shangluo University;2006-01
【Co-references】
Chinese Journal Full-text Database 10 Hits
1 Lu Wenge\+1, Ba Yue\+1, Cheng Xuemin\+1, Yang Jianxun\+1, Fu Runfang\+2, Feng Guoqing\+2, Wang Xilin\+1, Gao Jinshe\+1 \+1Department of Environmental Health, Henan Medical University, Zhengzhou\ 450052\ \+2 Department of Pharmacology, Henan Medical Unive;THE EFFECTS OF MINERAL WATER WITH HIGH RADIATION ON MICRONUCLEUS AND SPERMATOZOON OF MICE[J];CARCINOGENESIS, TERATOGENESIS AND MUTAGENESIS;1999-02
2 MA Yong hong (Henan Institute of Finance & Economy, Zhengzhou 450002, Henan, China);Effects of Drinking Alkaline Water on Fatigue Elimination after Exercise[J];Journal of Beijing University of Physical Education;2002-04
3 MA Xiang-ming , YANG Zai-bin , YANG Wei-ren , SONG Mei-ling (College of Animal Science and Technology,Shandong Agricultural University,Taian 271018,China);EFFECT OF DIFFERENT VITAMIN A LEVELS IN DIETS ON ANTIOXIDANT ABILITY OF BEEF CATTLE[J];Acta Zoonutrimenta Sinica;2005-04
4 Kang Weimin Xiao Nianxin (Dept.of Food Engineering,Dept.of Agricultural Engineering,HATC,Changli,066600) Yitao Kazhou (Hokkaido University,Japan);APPLIED PROSPECTS OF ELECTROLYTIC WATER FOR AGRICULTURAL PRODUCTION(SUMMARY)[J];;1997-03
5 Tao Yong et al;Study on Effects of Natural Mineral Water to the Human Health in Wun Tang[J];Journal of Environment and Health;1992-03
6 LI Guo ping,SHU Wei qun,ZHAO Qing,et al Department of Preventive Medicine,3rd Military Medical University of PLA,Chongqing 400038;Effects of Different Kinds of Drinking Water on Growth and Development of Bone in Rats[J];Journal of Environment and Health;2001-03
7 XU Yong-jun,BAI Xue-tao,TAO Yong,et al.Department of Environmental Toxicology,Institute for Environmental Health and Related Product Safety,Chi nese Center for Disease Control and Prevention,Beijing100021,China;Study on Teratogenicity of 5Kinds of New-type Drinking Water in Rats[J];Journal of Environment and Health;2003-06
8 YIN Jun, LIU Zhi-sheng, ZHAO Ke, et al. Department of Environmental Engineering, Jilin Architectural and Civil Engineering Institute, Changchun, Jinlin 130021, China;Relationship Between Inorganic Components and Oxidation Reduction Potential in Drinking Water[J];Journal of Environment and Health;2006-02
9 LIU Qiu-fang,LU Xiao-bo,JIN Cui-hong,et al. Hygiene Toxicology Department,Public Health School,China Medical University,Shenyang,Liaoning 110001,China;Effect of Alkaline Electrolytic Water on Lipid Peroxidation in Blood,Liver,Kidney and Brain of Mouse[J];Journal of Environment and Health;2010-02
10 Lu Wenge,Fu Runfang,Feng Guoqing,et al Department of Environmental Health,Henan Medical University,Zhengzhou 450052;The Effects of Mineral Water With High Radioactivity on the Fertility and Offspring Growth in Mice[J];JOURNAL OF ENVIRONMENT AND HEALTH;1998-06
【Secondary References】
Chinese Journal Full-text Database 6 Hits
1 JU He,ZHANG Yu-ping,CAI Tian-xiao,WANG Kun,LI Shu-juan (Taijin Co.,Northwest Institute for Nonferrous Metal Research,Xi'an 710016,China);Study on Pt/Ti Electrode in Ionized Water Generator[J];Surface Technology;2008-01
2 WANG Feng1,CAO Bing-hai1,2*,ZHANG Wen-hua3,LI Qing-lin4,WU Jiang-li2(1.College of Animal Science and Technology,China Agricultural University,Beijing 100193,China; 2.National Beef Cattle Industial Research Development Center ,Beijing 100193,China;3.Ningxia Xiahua Meat Food Co.,Ltd.Dairy Farm,Zhongwei 755000,China;4.Beijing Naer Biotech Co.,Ltd.,Beijing 100085,China);Effects of dietary Cilijian supplemetation on growth performance,feed digestibility and serum biochemical index in finishing crossbred steers[J];Journal of China Agricultural University;2009-06
3 Zhao Xi,LI Yan-jun,HAN Chun-hui,et al.(National Institute for Nutrition and Food Safety,Chinese Center for Disease Control and Prevention,Beijing 100021,P. R. China);Studies on the anti-fatigue effect of alkaline ion in mouse[J];China Tropical Medicine;2009-05
4 Huarong Yan Meizhi(People's Hospital laboratory 414,200);County-level health staff in medical laboratory analysis of test results[J];China Healthcare Frontiers;2008-24
5 ZHANG Ming,FAN Fu-cheng,GU Peng,et al.Institute of Environmental Health and Related Product Safety,Chinese Centre for Disease Control and Prevention(Beijing 100050,China);Study on mice function of anti-fatigue and learning memory by new type drinking water[J];Chinese Journal of Public Health;2007-12
6 Yin Jun, Zhang Jukui, Zhang Xiaoyu, Liu Zhisheng (Jilin Architectural and Civil Engineering Institute, Jilin Province Key laboratory of Water Pollution Control and Resource Reuse, Changchun 130021, China);Several Study Development of Function Water[J];China Resources Comprehensive Utilization;2009-03
China Proceedings of conference Full-text Database 1 Hits
1 ZHANG Min~1,LI Qing-shan~1,LIU Jia~2,WANG Pei-jing~3 (1.State Key Laboratory of Metastable Materials Science and Technology,Yanshan University Qinhuangdao 066004,China; 2.Huafudaxia High Science Ltd.Co,Beijing Ltd.Co 100021;3.Shandongqianyan Biotechnology Development Corporation);The Present Condition of the Drinking Water Market and One Kind of High-quality Drinking Water[A];[C];2011
APAKAH MUDARAT AIR BERALKALI
Daripada penerangan di atas jelas menunjukkan bahawa manfaat yang dibawa oleh air beralkali tidak disokong oleh bukti kajian saintifik yang kukuh dan tidak cukup untuk dijadikan alasan untuk diamalkan secara berterusan. Ahli-ahli sains berpendapat bahawa pengambilan air beralkali secara berterusan bakal menyebabkan beberapa masalah kesihatan kepada badan yang di antaranya adalah :
1. Pengambilan yang berpanjangan dalam kuantiti yang banyak boleh menyebabkan ketidakstabilan pH di dalam badan.
2. Gangguan fungsi perut. Keasidan adalah penting untuk mengekalkan fungsi perut yang normal. Terdapat banyak fungsi perut yang memerlukan persekitaran tersebut seperti penyerapan nutrin, pemecahan protin dan lain-lain. Contohnya penyerapan vitamin B12 memerlukan asid untuk merungkai ikatan vitamin ini dengan protin sebelum ianya boleh bergabung dengan faktor intrinsik sebelum boleh diserap ke aliran darah.
3. Air beralkali boleh berinteraksi dengan banyak jenis ubat yang diambil. Masyarakat kita suka mendapatkan ubat di farmasi dan mengambilnya tanpa nasihat doktor. Mengambil ubat ini dengan air beralkali boleh menyebabkan berlakunya interaksi di antara ubat dan kealkalian air sehingga boleh menghasilkan kompoun yang boleh memudaratkan kesihatan.
4. Beban tambahan kepada buah pinggang. Di antara fungsi buah pinggang adalah menstabilkan nilai pH badan. Pengambilan air beralkali yang berterusan boleh menambah beban buah pinggang sehingga lama kelamaan fungsinya boleh terganggu terutama ke atas orang yang tua.
5. Masalah penghadaman. Ia boleh mengganggu proses penghadaman. Ini disebabkan oleh peningkatan pH yang mendadak walaupun di dalam masa yang singkat. Masalah ini lebih serius jika individu tersebut berusia lebih dari 60 tahun. Salah satu masalah penghadaman akibat dari perubahan ini adalah hipokloridia yang disebabkan oleh masalah penyerapan kalsium. Jika keasidan perut menurun dengan terlalu banyak dan berpanjangan, ia boleh menyebabkan gangguan penyerapan kalsium yang sangat serius sehingga menyebabkan ianya boleh mengancam nyawa pesakit, keadaan ini dinamakan milk alkali syndrom.
6.Kajian ke atas haiwan menunjukkan bahawa pendedahan alkali yang berpanjangan boleh menyebabkan kerosakan sistem kardiovaskular (jantung dan aliran darah)
Walaupun sebahagian kesan-kesan negatif ini ditemui ke atas kajian haiwan tetapi ianya sudah cukup untuk membuat kita berwaspada.
KESIMPULAN
Kefahaman mengenai keseimbangan asid-alkali di dalam badan manusia perlu dimiliki oleh anda jika anda ingin memahami tajuk yang diperbincangkan di dalam rencana ini. Badan manusia berupaya mengawal pH di dalam darah dan lain-lain tisu serta organ secara semulajadi dan pH yang dikekalkan bergantung kepada organ-organ, ada organ yang perlu lebih berasid dan ada yang perlu lebih beralkali. Tidak tepat mengatakan bahawa anda menjadi lebih berasid apabila mengambil makanan berasid dan menjadi lebih beralkali bila mengambil makanan atau minuman beralkali. Badan anda sentiasa mampu mengekalkan julat pH yang optima untuk fungsi badan melalui sistem kawalan keseimbangan asid-alkali badan yang sangat cekap, tidak kira apa jenis makanan atau minuman yang anda ambil.
Apa yang memudaratkan (sangat jarang berlaku) adalah apabila badan anda gagal mengawal keseimbangan asid dan alkali badan sehingga pH darah anda terlalu berasid dikenali sebagai ASIDOSIS (contoh: komplikasi Diabetes yang tidak terkawal dikenali sebagai "Diabetic ketoacidosis") ataupun terlalu beralkali dikenali sebagai ALKALOSIS (contoh: penyakit paru-paru, hiperventilasi dan penyakit hati). Kedua-dua asidosis dan alkalosis memerlukan rawatan intensif di hospital kerana kedua-duanya boleh mengakibatkan kematian.
Daripada apa yang telah diterangkan di atas, jelas bahawa setakat ini belum terdapat bukti saintifik yang kukuh untuk menyokong amalan pengambilan air beralkali untuk tujuan kesihatan. Orang-orang awam perlu berhati-hati apabila didekati individu-individu yang mendakwa pakar kerana ramai pakar-pakar yang mementingkan imbuhan material lebih dari memperjuangkan fakta yg sebenar. Untuk menjaga kesihatan badan, mencegah dari penyakit kronik dan memanjangkan hayat, anda hendaklah mengamalkan gaya hidup sihat, mempunyai berat badan yang unggul, mengurangkan stres, melakukan ujian saringan kesihatan dan melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala.
Mengamalkan gaya hidup sihat bermaksud mengambil makanan yang seimbang, mengambil air yang mencukupi (air biasa pun sudah memadai), bersenam, mengamalkan aktiviti seksual yang sihat, tidak merokok, tidak mengambil alkohol, tidak mengambil dadah dan mendapatkan berat badan yang unggul (mengelak dari menjadi obes). Jika anda sudah menghidapi penyakit-penyakit kronik, di samping mengamalkan gaya hidup sihat di atas, dapatkan rawatan dari doktor, ambil ubat secara tetap, jalani rawatan susulan dan lakukan ujian kesihatan yang berkala.
Secara peribadi, saya berpendapat jika anda ingin mengambil air, ambil air yang bersih dari pencemaran, neutral (ataupun sedikit beralkali dgn pH kurang dari 8) dan mempunyai mineral di dalam julat yang dibenarkan. Ciri-ciri air ini ada pada air paip yang dirawat, air telaga atau air mata-air yang bersih (termasuk air zamzam) dan juga air mineral biasa yang harganya RM1 satu botol. Kata kuncinya adalah MENGAMBIL AIR SECUKUPNYA DAN ELAKKAN DARI DEHIDRASI (rujuk di sini bagaimana mengambil air yang mencukupi). Sila baca rencana tulisan saya mengenai alat penapis air di sini. Anda boleh menjimatkan banyak wang anda jika anda menimba ilmu dan faham mengenai air serta bagaimana mengambil air dengan betul.
Dato'Dr.Mohd Rushdan Md Noor
MD,MOG (UKM), Fellow GO(S'pore),AM
Pakar Perunding Kanan O&G
Pakar Perunding Ginekologi Onkologi
Hospital Sultanah Bahiyah
http://dribnusina.blogspot.my
Pandangan ini adalah pendapat peribadi dan tidak mewakili mana-mana institusi ataupun pertubuhan.
http://www.wsj.com/articles/SB10001424052702303404704577314182468322256 )
http://www.huffingtonpost.com/john-berardi-phd/alkaline-water_b_7762588.html
http://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/nutrition-and-healthy-eating/expert-answers/alkaline-water/faq-20058029
http://www.healthline.com/health/food-nutrition/alkaline-water-benefits-risks#1
http://www.chem1.com/CQ/ionbunk.html
http://medlicker.com/926-alkaline-water-dangers#.Vw3UGewyF0h.facebook
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Wed Jul 13, 2016 8:13 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
1MDB Biayai Haji - Aik, Hutang Berlambak Pun Mampu Taja Orang Pergi Haji? Guna Duit Siapa?
bloglist-malaysia.
amenoworld.net
Ada satu page. Nama page tu Info 1MDB Anda. Hihi. Aku nampak Wan Ahmad Fayhsal yang share kat facebook dia. WAF ialah salah seorang admin SSTDM aka pro Mahathir. Memang dia rajin mengulas dan mengupas pelbagai persoalan dan permasalahan tentang isu-isu yang related dengan 1MDB. Sejak-sejak Tun Mahathir melawan, dia pun ikut melawan. Memang followers Mahathir Mohammed yang sejati. Hehe.
Page tu update benda neh ;
So, tambah satu lagi page propa untuk puji-pujian company 1MDB yang rugi teruk tu ya.
Tak silap aku last year pun 1MDB ada taja orang pergi haji. Najib siap buat statement lagi. Dan dilaporkan menerusi tv3. Buletin Utama. Kononnya nak bagitau betapa bagusnya 1MDB. Tengok tu. Taja orang pergi haji kot. Apa lagi yang kau semua tak puas ahti dengan 1MDB. Hehe.
Dan tahun neh 1MDB teruskan lagi perkara tersebut. Tahun lepas 1MDB ada banyak isu berkaitan hutang. 42b bukan sekadar tuduhan kosong. Ia dah terbukti dengan pendedahan demi pendedahan yang dilakukan secara berterusan oleh beberapa pihak sehingga memaksa Arul Kanda mengeluarkan statement demi statement yang akhirnya mengesahkan dakwaan-dakwaan tersebut.
Dan pada tahun neh, 1MDB sekali lagi terbabit dengan isu tuntutan hutang yang mencecah berbillion ringgit. Diulangi. Berbillion ringgit. Bukan duit pasir. Duit daun. Tapi duit ringgit Malaysia.
Dengan masalah pembayaran semula hutang, masalah pelaburan yang merugikan, masalah nak bayar interest hutang yang tinggi, ditambah dengan tuntutan IPIC ke atas 1MDB kau rasa 1MDB ada lagi ke duit nak taja orang pergi haji sana sini?
Itu tak masuk lagi isu duit hilang sana sikit sini sikit secara misteri ke atas beberapa company yang tak wujud.
Tak. Bukan marah, dengki atau apa 1MDB taja orang pergi haji. Nak taja, taja la. Tapi persoalannya guna duit sapa? Mana kau cekau duit nak taja orang pergi haji? Kau sendiri tak berduit kot. Tambah hutang baru? Ke tarik duit dari mana-mana agensi? Yayasan 1MDB? Ada lagi ke nak menyumbang ke yayasan 1MDB, yang mana syarikat induknya mengalami kerugian yang terbukti dan jelas jika kau baca laporan PAC baru-baru neh (sila ke laman rasmi PARLIMEN MALAYSIA dan download laporan lengkap PAC tentang isu 1MDB).
Seriyus confuse. Nak puji macam mana? Terima kasih 1MDB? Terima kasih hotak kau. Dah takde duit buat cara takde duit. Tak payah berlagak dan propa tak tentu hala yang mana benda-benda macam tu takan selesaikan masalah utama kita neh. BODOH NAK MAMPOS.
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Wed Jul 13, 2016 8:14 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Penjelasan TNB Isu Tips Cabut Plug Soket Jimat Elektrik
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.
Penjelasan Tenaga Nasional Berhad (TNB) isu tips jimat elektrik dengan cabut soket atau plug. Menerusi laman sosial, kini viral mengenai tips penjimatan elektrik yang mudah dengan hanya mencabut plug perkakasan elektrik pada soket apabila ianya tidak digunakan.
Berdasarkan kenyataan rasmi daripada Tenaga Nasional Berhad, memang benar pembaziran elektrik akan berlaku sekiranya suis tidak ditutup serta plug tidak dicabut dari soket. Tambah kenyataan TNB lagi, pengguna adalah dinasihatkan untuk mencabut plug daripada soket apabila tidak digunakan dan perlu matikan suiz.
Ikuti kisah benar orang ramai yang menggunakan tips penjimatan elektrik daripada TNB. Ternyata ianya bukanlah mitos tapi terbukti berkesan untuk menjimatkan bil elektrik bulanan anda.
Kenyataan rasmi TNB isu tips jimat elektrik hanya cabut plug
Testimoni pengguna guna tips cabut plug jimat elektik
Pengguna 1: Razif Rubaai
Pengguna 2: Liyana Syazwani
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Wed Jul 13, 2016 8:16 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
SURAT PERPISAHAN | Selamat Tinggal Ramadhan
bloglist-malaysia.
queachmad.com
ASSALAMUALAIKUM
KHAS UNTUK SAHABAT SEMUA
"SURAT PERPISAHAN"
Saudaraku,
Aku akan pulang...
Sudah 26 hari aku bertamu namun seringkali aku ditinggal sendirian.
Walau sering dikatakan istimewa namun perlakuanmu tak luar biasa.
Oleh-olehku nyaris tak kau sentuh...
Alquran hanya dibaca sekilas, kalah dengan update status smartphone dan tontonan.
Solat tak lebih khusyuk, kalah bersaing dengan ingatan akan lebaran.
Tak banyak kau minta ampunan, karena sibuk mengumpul harta demi bonus dan belanja raya.
Malam dan siang mu tak banyak dipakai berbuat kebajikan, kalah dengan bisnes yang sedang untung di saat Ramadhan.
Tak pula banyak kau bersedekah, karena khawatir tak cukup buat lebaran dan cuti nanti.
Saudaraku, aku seperti tetamu yang tak diharapkan. Hingga, sepertinya tak kan menyesal kau kutinggalkan.
Padahal aku datang dengan kemuliaan, seharusnya tak pulang dengan kesiaan.
Percayalah, Aku pulang belum tentu kan kembali datang...
Sehingga seharusnya kau menyesal telah mensia-siakan tetamu mu ini
Masih ada 4 hari kita bersama,
Semoga kau sedar sebelum aku benar-benar pulang...
"Kerana TIDAK ADA JAMINAN kita akan bertemu lagi, di masa2 akan datang"
Yang benar,
Saudaramu
RAMADHAN
Hukum Sambut Raya 6 | Ziarah Kubur Masa Raya & Makan Atas Kubur - Ustaz ...
bloglist-malaysia.
wabillahagro.
Dicatat oleh Abd Wahab Abdullah
Suasana hari raya disambut meriah dengan adik-beradik, anak-anak, saudara-mara yang duduk jauh dapat berkumpul sekali. Justeru itu peluang berkumpul itu dimanfaatkan dengan menziarahi kubur untuk sama-sama bertahlil dan berdoa.
Kawasan perkuburan yang banyak diziarahi diberkati dengan doa, tahlil dan ucapan salam daripada pengunjung. Sehubungan dengan itu, ulamak Fiqh menyatakan sunat mengkebumikan jenazah orang Islam di tanah perkuburan yang banyak kubur dan ramai diziarahi orang bagi mendapat doa daripada mereka.
Ziarah kubur bertujuan mengingat mati supaya kita tidak leka dengan nikmat dunia. Firman Allah swt,
أَلْهَـٰــكُمُ التَّكَاثُرُ. حَتَّى زُرْتُمُ المَقَابِرَ
Yang bermaksud, Bermegah-megah telah melalaikan kamu. Sampai kamu masuk ke dalam kubur[1].
Mengingati mati juga adalah satu cara membersihkan hati, hadith Nabi saw,
قال رسول الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ القُلُوبَ تَصْدَأُ كَمَا يَصْدَأُ الحَدِيد. قِيْلَ : يَا رَسُولَ الله وَمَا جَلاَءُهَا؟ فَقَالَ : تِلاَوَة القُرآن وَذِكْر المَوْت. أخرجه البيهقى
Yang bermaksud, Sabda Rasulullah saw, sesungguhnya hati ini berkarat sepertimana besi yang berkarat. Sahabat bertanya: Wahai Rasulullah bagaimana untuk mengilatkannya? Baginda menjawab: Membaca al-Quran dan mengingati mati.
Ulama menyatakan ada tiga perkara untuk merawat hati:
1. Taat kepada Allah.
2. Memperbanyakkan mengingati mati.
3. Menziarahi kubur orang Islam.
Islam menggalakkan kita mengingati mati supaya kita sedar dan membuat persediaan untuk mati. Membuat persediaan untuk mati adalah sebahagian daripada Taqwa sebagaimana pentakrifan Taqwa oleh Saidina Ali Karamallahu Wajhah:
Taqwa ialah takut kepada Allah, beramal dengan al-Quran, redha dengan yang sedikit dan membuat persediaan untuk hari kematian[2].
Hukum menziarahi kubur adalah harus dengan dengan adab-adab yang digariskan oleh Syariat. Manakala menziarahi kubur kaum kerabat terutama ibu bapa adalah sunat Muakkad. Makin bertambah pahalanya jika kubur ibu bapa diziarahi pada tiap-tiap hari Jumaat atau hari raya[3] dan dibaca surah Yasin di sisinya. Hal ini berdasarkan hadith,
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ زَارَ قَبْرَ أَبَوَيْهِ أَوْ إِحْدَاهُمَا فِي كُلِّ جُمْعَةٍ غُفِرَ لَهُ وَكُتِبَ بِرًّا. (رواه الطبرانى في الأوسط)
Yang bermaksud, Dari Abu Hurairah ra berkata: Sabda Nabi saw: Barang siapa menziarahi kubur kedua ibu bapanya atau salah seorang daripadanya, tiap-tiap hari Jumaat nescaya diampunkan baginya dan dicatit sebagai (anak) yang berbakti.
Begitu juga hadith,
عَن ابْن عمر رَضِي الله عَنهُ قَالَ مَنْ زَارَ قَبْر أَبَوَيْهِ أَوْ أَحَدهُمَا احتِسَابًا كَانَ كَعدْلِ حجَّة مَبْرُورَة وَمَنْ كَانَ زوارًا لَهُمَا زَارَت الْمَلَائِكَة قَبْره
Yang bermaksud, Daripada Ibn Umar ra berkata: Sesiapa menziarahi kubur kedua ibu bapanya atau salah seorang daripadanya dengan penuh keikhlasan ianya menyamai pahala haji yang mabrur dan sesiapa menziarahi kedua-duanya maka malaikat akan menziarahi kuburnya pula[4].
Kebiasaan pengunjung akan memberi salam dahulu kemudian berdoa semoga Allah memberikan rahmat dan maghfirahNya (keampunan) kepada simati.
Daripada Ibnu Mas'ud, Rasulullah saw bersabda:
كُنْتُ نَهَيتُكُمْ عَنْ زِيَارَةِ القُبُورِ، فَزُورُوا القُبُور فَـإِنَّهَا تُزَهِّدُ فِى الدُّنْيَا وَتُذَكِّرُ الآخِرَة
Yang bermaksud, Aku melarang kamu menziarahi kubur maka ziarahlah kubur. Ini kerana dengan menziarahi kubur menjadikan kamu bersederhana dengan dunia dan mengingati akhirat.
Bertahlil atau berdoa adalah untuk menolong simati. Sabda Rasulullah saw, yang bermaksud:
Tiadalah orang yang mati di dalam kuburnya melainkan seperti orang yang tenggelam meminta pertolongan menanti doa yang ada perhubungannya daripada bapanya, atau saudaranya atau kawan temannya. Dan apabila dia mendapati orang mendoakannya adalah terlebih kasih baginya daripada dunia dan segala isinya. Riwayat al-Dailimi
Hadith tentang menghadiah pahala al-Quran kepada ahli kubur[5],
عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أنه قَالَ: مَنْ دَخَلَ المَقَابِر وَقَرَأَ قُلْ هُوَ اللهُ أَحَد عَشَر مَرَّات وَأَهْدَى ثَوابها لِلْمَوْتَى، غَفَرَ اللهُ لِلْمَوْتَى وَأَدْخل فِى قَبُورِهِمُ النُّور وَالسُّرُور، وَيَكْتُب اللهُ تَعَالَى لِلُقَارِئ بِكُلِّ مَيت مَاتَ مِنْ يَوْمٍ أَهْبَطَ الله آدَم إِلَى الأَرْضِ إِلَى يَوْمِ القِيَامَةِ عَشَر حَسَنَات.
Yang bermaksud, Daripada Nabi SAW bersabda: Sesiapa memasuki kawasan kubur dan membaca (قل هو الله أحد) sepuluh kali serta menghadiahkan pahala bacaan tersebut kepada si mati, maka Allah ampunkan si mati dan memasukkan cahaya dan kegembiraan ke dalam kubur mereka. Allah akan tulis pahala si pembaca dengan sepuluh kebajikan, mengikut bilangan mayat yang mati bermula dari hari Nabi Adam dicampakkan ke bumi hinggalah ke hari kiamat.
[1] (At-Takathur 001-002)
[2] Taqwa: Hakikat, Hukum-Hukum dan Kesan-Kesannya, Dr. Muhammad al-Zuhayli, terbitan Jabatan Mufti N.Sembilan, hlmn 2.
[3] Mastika Hadith Rasulullah SAW, Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Jld 2 Hlmn 428.
[4] Nawadir al-Usul fi Ma'rifah Ahadith al-Rasul, al-Hakim al-Tirmizi, Sumber ke-15, bab fi Tahqiq al-Tahdid 'Ala Zuwarat al-Qubur.
[5] Bustan al-Waizin wa Riyadh al-Sami'in, Imam Abi al-Farj Abdul Rahman bin Abi al-Hasan Ali bin Muhammad bin Ali bin al-Jauzi al-Qarasyi al-Tamimi al-Bakri al-Hanbali, Dar al-Kutub al-Arabi, 2001, halaman 293
Kesimpulan ; Usahlah kita bergaduh semata-mata nak kata orang sesat dan bid'ah dalam perkara furu' ini. Belajarlah merai perbezaan.
Ziarah kubur hari raya tidak lah wajib tapi ia amalan yang baik terutama dalam mengingati mati. Cuma jagalah adab2 ketika menziarahi kubur. Bacalah doa utk penghuni kubur kerana nanti kita juga akan menyertai mereka.
Janganlah kerana amalan baik ini, golongan wahabi atau sefikrah dengannya menuduh orang awam itu bid'ah dan sesat dan janganlah juga orang awam mengasari semula dengan kata-kata kesat.
Railah perbezaan. Islam ini untuk dinikmati bukanlah dihukumi.
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Wed Jul 13, 2016 8:35 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Lori Tangki Minyak Terbabas, Lebuhraya Karak Sesak Teruk
siakapkeli.my
Kuala Lumpur, 12 Julai: Sebuah lori membawa tangki petroleum terbabas di kilometer 32.3 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak berhampiran dengan Genting Sempah dalam kejadian kira-kira 5.30 petang tadi menyebabkan kesesakan teruk kedua-duah arah.
Menurut jurucakap MTD Prime, lori itu dalam perjalanan dari Kuantan ke Kuala Lumpur ketika kejadian.
"Setiba di lokasi kejadian, lori itu dipercayai hilang kawalan menyebabkan ia terbabas merempuh penghadang lebuh raya menyebabkan tangkinya menghalang laluan sepenuhnya.
"Bagaimanapun, tiada kenderaan lain terbabit dalam kemalangan itu dan pemandu lori juga tidak cedera," katanya.
Tambah beliau, susulan kejadian, laluan menghala ke Kuala Lumpur sesak sepanjang 3km dan dua lorong menghala ke Kuantan terpaksa ditutup untuk kerja pembersihan. - Siakapkeli.my
Sumber : Harian Metro
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Wed Jul 13, 2016 9:15 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Hasilkan Sendiri Ubat Batuk Menggunakan Buah Nanas, 5 Kali Ganda Lebih Berkesan Dari Ubat Batuk Biasa
siakapkeli.my
Ramai kita diluar sana akan mencari ubat membeli ubat-abat di farmasi atau kedai jika di jangkiti batuk, ada antara kita memilih ubat yang diperbuat daripada bahan semula jadi dan ada antara kita memilih ubatan kimia.
Bagi mereka yang mahu menggunakan ubat batuk bebas bahan kimia atau ubatan moden, ubat batuk yang dibeli di kedai dipercayai menggunakan bahan tradisional pun kita tidak tahu adakah ianya 100% bahan tradisional bebas kimia, jadi alangkah baiknya jika kita hasilkan sendiri ubat batuk di rumah yang sudah pasti bebas dari bahan kimia.
Dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Norashikin Bt Hasan di mana beliau berkongsikan cara-cara untuk menghasilkan ubat batuk organik menggunakan buah Nanas.
Jom kita baca perkongsian dan cara-cara menghasilkan ubat batuk berkenaan.
Ada 3 jenis nenas yang sering didapati di pasaran Malaysia. Nenas madu, nenas sarawak/paun dan nenas moris. Boleh guna mana-mana jenis nenas. Saya guna nenas madu kerana kualiti dan khasiatnya. Ia juga lebih nusantara
1. Buang kulit nanas dan durinya. Ini biasa dibuat oleh semua orang jika nak makan nenas kan.
2. Potong cube, senang nak blend. Kalau ada fruit processor lagi senang. :-) saya guna blender biasa sahaja. Bahagian tengah nenas saya tidak blend sekali. Sebab niat nak beri jus ni sekali dgn madu. :-) Nak blend juga boleh kerana ada khasiatnya. Potong sedikit bhgn tengah dan join sekali dlm blender.
3. Blend sampai halus. Tapis.
Ini hasilnya.'
4. Tapis lagi dengan penapis yg lebih halus. Buih-buih jus nanas ini juga adalah hampas yang halus, bila lalu di tekak rasa nak terbatuk. Jadi tapis molek deh.
5. Masukkan dalam botol yg kedap udara untuk disimpan di dalam peti sejuk. Saya pakai botol jem. Pastikan tiada karat di penutup botol ye'
6. Siap dimasukkan dlm botol. Ini tanpa madu. Nak beri pada anak barulah beri dengan madu. Gunakan jus ini untuk 3 ke 4 hari berturut turut. Kemudian tak perlu simpan lagi, boleh dibuang. Almaklumlah ubat semulajadi tiada bahan pengawet, ia boleh rosak. Sebaik sahaja anak pulih dari batuk dan selsema, jus ini tidak diperlukan lagi. Jangan sayang dan simpan lama ya, kot2 anak batuk lagi boleh guna. Jangan! Jika anak batuk untuk masa akan datang, sila buat jus yang baru lagi fresh.
7. Guna picagari utk beri pada si manja. Sinergikan dgn madu supaya ia balance. Tidak bersifat panas dan tidak bersifat sejuk. Madu tidak dicampur di dlm botol jus tadi sebaliknya ia hanya masuk dlm picagari ketika ingin diberikan kpd anak.
8. Berikan pada si kecil. Untuk bayi, dosnya beginilah mcm dalam gambar. Untuk kanak2 boleh double dos. Untuk dewasa boleh minum 1 cawan jus nenas letak madu. Nenas makan terus cicah madu pun boleh kalau org dewasa. Disamping bau nanas yang sedap, rasanya juga sedap.
Berdasarkan kajian yang dilakukan, buah nanas berupaya menyembuhkan batuk 5 kali ganda lebih berkesan daripada uabt batuk biasa yang di beli di kedai.
Memetik laporan preventdisease, para saintis membandingkan keberkesanan nanas dan ubat batuk dalam merawat batuk, ternyata pesakit yang mengambil jus nanas 4.8 kali ganda lebih cepat sembuh berbanding mereka yang mengambil ubat batuk biasa.
Namun kerana sifatnya yang agak tajam, disyorkan hanya diberikan kepada bayi berumur setahun dan ke atas, namun menurut puan Norashikin, jika risau untuk berikan nenas kepada anak bawah setahun, madu dan habatussauda sesuai digunakan untuk merawat batuk. - Siakapkeli.my
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Wed Jul 13, 2016 9:18 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Sejarah Pas Dan Kumpulan Serpihan
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.
Dan ramai yg kata Pas juga KONUNnya daripada Umno
Jom kita susuri sejarah perjuangan parti ini
1) Tahun 1948: Lebih 5 ribu ulamak berhimpun di Gunung Semanggol untuk menubuhkan Hizbul Muslimin.
2) Tahun 16 Jun 1948: Hizbul Muzlimin diharamkan termasuk kelompok kanan antaranya kumpulan yang diketuai oleh Burhanuddin al-Helmy.
3) Tahun 1951 : Ditubukan Persatuan Islam se-Tanah Melayu oleh ulamak saki baki pimpinan Hizbul Muslimin.
4) Tahun 1955: Dr Abbas Alias mendaftarkan PAS sebagai parti politik atas nama Parti Islam se-Tanah Melayu dengan logo tangan.
5) Tahun 1955, PAS menang satu kerusi di Parlimen Kerian dalam pilihanraya pertama tersebut Tuan Guru Hj Ahmad Tn Hussein.
6) YDP yang menggantikan Dr Abbas selepas itu ialah Prof Burhanuddin Al-Helmy dan timbalan beliau Dr Dzulkifli Muhammad.
7) Tahun 1959, PAS menang Terengganu dalam pilihanraya pertama selepas merdeka. Dr Burhanuddin Al-Helmy menang bertanding di parlimen Besut ketika itu.
8) Tahun 1964: Dr Burhanuddin dimasukkan di dalam ISA dan dipangku oleh Dato' Asri.
9) Tahun 1974: Anak muda yang tak puas hati dengan kerajaan campuran dengan perikatan dan buat Revolusi 1974, tetapi gagal.
10) Tahun 1977: PAS ditendang daripada BN akibat krisis MB Kelantan dan kelantan berjaya diambil alih oleh UMNO.
11) Tahun 1978: Akibat penubuhan BERJASA, PAS hanya tinggal 2 kerusi di Kelantan pada PRU ketika itu.
12) Ulamak berijtimak di Pondok Pasir Tumbuh selepas itu dan membuat resolusi bahawa PAS perlu dipimpin oleh ulamak.
13) Para ulamak di dalam PAS selepas itu mengerakkan gerakan ta'lim, memberi ilmu dan kesedaran kepada ahli PAS selepas itu.
14) Tuan Guru Nik Aziz mengambil alih menjadi Pesuruhjaya Kelantan menjadikan hari Jumaat sebagai hari Ilmu. Begitu juga di beberapa buah tempat di seluruh negara.
15) Tahun 1978, Dr Nasir mengumpulkan anak-anak muda di dalam ABIM agar menjadikan PAS sebagai wadah perjuangan.
16) Tahun 1982, Dewan Pemuda mengadakan muktamar berasingan di Pulau Pinang manakala Muktamar Pusat diadakan di KL.
17) Usul pemuda adalah menubuhkan gagasan Kepimpinan Ulamak dan Majlis Syura Ulamak.
18) Tahun 1983, ditubuhkan HAMIM oleh Dato' Asri Muda akibat kecewa dengan PAS kalah dalam pemilihan MUKTAMAR.
19) Tahun 1985, ditubuhkan Madrasah Darul Quran untuk dijadikan pusat tajnid perjuangan.
20) Tahun 1987, UMNO berpecah kepada team A dan team B.
21) Tahun 1989, PAS menyertai gabungan pembangkang Angkatan Perpaduan Ummah (APU) yang bertahaluf dengan Semangat 46, BERJASA dan HAMIM.
22) Tahun 1990, hilang serpihan PAS iaitu PAS (51)@ISLAH yang tidak puas hati dengan ijtihad PAS sebelum ini.
23) Tahun 1998, DSAI dipecat dari UMNO dan PAS melalui Arwah Ustaz Fadil Nor menggerakkan GERAK membela DSAI dan memberi ruang DSAI menggunakan platform PAS untuk menjelaskan tuduhan, PAS juga menyokong kuat penubuhan PKN dan selaps itu PKR.
24) Tahun 1999, PAS menang 98 DUN diseluruh negara dan merampas Terengganu dan kekal di kelantan.
25) 2001 DAP keluar BA kerana tidak bersetuju dengan PAS dlm soal Negara ISLAM dan HUDUD d pimpin oleh Prasiden Ustaz Fadil Noor dan Mursidul AM nya Tuan guru Nik aziz pada ketika itu.
26. Tahun 2008, berlaku tsunami politik di negara Malaysia dan PAS mendapat sokongan non muslimin.
27) Tahun 2012, PAS dalam era Pakatan Rakyat, wujud serpihan PAS iaitu Jati yang ditubuhkan oleh Hasan Ali kerana di pecat drpd PAS akibat kelantangan menyerang DAP dlm isu2 kitab baible versi bahasa dan penjualan arak terbuka di selangor.
28) Tahun 2014, wujud pula kumpulan serpihan yang tidak puas hati dengan PAS iaitu PASMA namun tidak mendapat sambuatan masyarakat atas alasan penubuhan untuk mengeratkan lagi komponen PR tetapi menghentam kepimpinan PAS.
29) Tahun 2015, setelah PASMA tidak mendapat sambutan, golongan yg tewas dalam pemilihan MUKTAMAR PAS menubuhkan G18 kerana tidak puas hati Majlis Syura Memutuskan bahawa PAS putuskan hubungan dengan DAP.
30). Tahun 2015. G18 telah mengambil alih Parti Pekerja milik pengasas bekas pemimpin DAP dengan bantuan DAP menubuhkan parti Islam ke 2 Parti Amanah Negara (PAN) dan beberapa ADUN dan MP PAS istihar sokong PAN.
Melihat kepada rentetan sejarah, kumpulan serpihan PAS tidak pernah kekal. Apa yang pasti PAS terus ISTIQOMAH maju memacu ummah.
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Wed Jul 13, 2016 9:19 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Padah Percayakan Pemanduan 'Autopilot
siakapkeli.my
Washington, 1 Julai: Seorang lelaki yang berbangga dengan sistem keselamatan dan kecanggihan pemanduan automatik (autopilot) kereta sedan Tesla Model S menjadi mangsa pertama korban nahas kereta autopilot di AS.
Lelaki berkenaan terbunuh ketika menggunakan pemanduan automatik itu.
Perkara itu diumumkan oleh Jabatan Keselamatan Lalu Lintas Kebangsaan yang menyatakan pihaknya sedang menyiasat reka bentuk dan prestasi sistem pemanduan automatik itu.
Mangsa dikenali sebagai Joshua D Brown, 40, dari Canton, Ohio, terbunuh pada 7 Mei lalu, di Williston, Florida, selepas kamera pemanduan automatik gagal mengesan traktor menarik treler menyebabkan kereta itu tidak membrek.
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Wed Jul 13, 2016 9:35 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Jangan Ingat Kita Tak Hisap Rokok Depan Anak Kecil Mereka Selamat Dan Bebas Dari Bahaya
siakapkeli.my
Sudah pasti ramai antara kita yang merupakan seorang bapa yang merokok, ramai bapa-bapa dilihat akan keluar merokok di luar rumah jika terdapat anak kecil bagai mengelakkan anak kesayangan itu tidak terhidu asap rokok.
Pada hemat kita, tindakan berkenaan sudah pasti akan memastikan anak kecil kita itu bebas dari bahaya asap rokok yang dihisap kita.
Tertapi ternyata segala yang kita sangka dan lakukan selamat ini sebenarnya tetap mendedahkan anak-anak kecil kita kepada bahaya merokok walaupun kita hisap jauh daripanya.
Dikongsikan oleh seorang konsaltan kesihatan, saudara Faris Rosli tentang kisah ini, beliau mendedahkan fakta yang merokok jauh daripada kanak-kanak kecil tetap merbahaya kepada mereka kerana bahan kimia daripada rokok yang terkena di badan kita boleh berpindah kepada si kecil daripada sentuhan.
Jom kita baca lebih detail.
Seorang ayah datang membawa anak kecil berumur setahun yang kelihatan sedikit tercungap-cungap.
Diselang seli batuk yg kuat, kanak-kanak comel itu terkekek-kekek ketawa menampakkan dua batang gigi saat saya meletakkan stethescope di dadanya.
"Paru2 ada bunyi (ronchi) macam lelah sikit, encik. Kita bagi dia nebulizer sekejap ye."
Si ayah mengangguk perlahan. Saat saya meletakkan nebulizer masak untuk anak tersebut yang dipangku ayahnya, bau rokok menerpa masuk ke hidung.
"Encik merokok ke?"
Sambil mengangguk perlahan dia menjawab,
"Merokok. Tapi di luar rumah je. Saya memang jaga, tak merokok depan anak2-anak. "
Saya bertanya lanjut, beliau dan isteri tiada sejarah asma (lelah). Namun anak2 mereka berumur sebulan & 3 tahun sudah kerap berulang alik ke klinik untuk mendapatkan nebulizer.
"Dr kata anak yg 3 tahun tu dh kena asma dan perlu start ubat pam (inhaler) tapi saya tak bagi.
Nanti susah kena pakai berterusan pula. Ada kawan yg pakai pun tak sembuh juga. Kalau boleh saya tak nak biasakan anak dengan ubat-ubatan lagi.
" Saya hilang kata2.
Kesalahan merokok itu bagi saya sudah cukup berat bagi si ayah yang punya anak kecil, menafikan hak seorang anak untuk mendapat rawatan terbaik menambah lagi bebannya. Tiada ayah yang tidak menyayangi anak-anaknya, namun mungkin masih kurang kesedarannya.
FAKTA...
# Tidak merokok secara direct di hadapan kanak-kanak, orang dewasa lain tidak bermakna ia tidak membahayakan. Bahaya passive smoker atau third stream smoker adalah berganda berbanding si perokok!
Nikotin yang melekat pada baju,kulit serta tubuh badan si ayah yang merokok boleh dipindahkn ketika memeluk,mendukung & mencium anaknya.
# Ubat asma tidak menyembuhkan namun utk mengawal daripada semakin teruk. Malah kanak2 yg mendapat rawatan, namun berterusan terdedah dengan asap rokok sbg passive smoker/third stream smoker berisiko dengan serangan lelah yg akut.
# Hampir 90% daripada kanak-kanak yang menghidap penyakit paru-paru adalah daripada keluarga yang mempunyai sekurang2nya seorang perokok.
# Menurut kajian,kandungan nikotin dalam rokok menyebabkan ubat asma tidak berkesan 100% Justeru, diharapkan agar ayah2 yg penyayang di luar sana dapat menimbang utk berhenti merokok, kelak tidak memberi mudarat pada org di sekeliling terutama anak2 kecil. Mohon share!
- Siakapkeli.my
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com
----------------------------------------
Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
----------------------------------------
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
----------------------------------------
Weblist:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com
----------------------------------------
Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
----------------------------------------
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
----------------------------------------
Weblist:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com
No comments:
Post a Comment