Thursday, July 21, 2016

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4551

9 Messages

Digest #4551

Messages

Wed Jul 20, 2016 8:45 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Wanita Melecur Disambar Api Ketika Isi Minyak Meninggal Dunia
kitabantai.info
Posted by Kita Bantai

KUALA LUMPUR: Wanita yang melecur badannya selepas disambar api ketika menggunakan telefon bimbit semasa mengisi minyak di Taman Setapak Indah pada 28 Jun lalu, meninggal dunia Ahad lepas.

Perkara berkenaan disahkan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Mohamad Roy Suhaimi Sarif setelah beliau dimaklumkan oleh keluarga mendiang, Selasa.

T. Sarifhla, 25, meninggal dunia pada pukul 5 pagi di Hospital Kuala Lumpur.

"Perkara ini dimaklumkan oleh keluarga mendiang hari ini dan kes berkenaan diklasifikasikan sebagai kematian mengejut," katanya kepada Bernama.

Pada 28 Jun lepas, Sarifhla melecur 60 peratus di bahagian badannya apabila telefon bimbit yang sedang digunanya disambar api.

Mangsa dikatakan sedang mengisi minyak sambil menggunakan telefon bimbit sebelum berlaku percikan api hingga menyambar telefon bimbitnya dalam kejadian 1.25 tengah hari itu.

Wanita itu dipercayai bertindak masuk ke dalam keretanya dan menutup pintu kereta jenis Perodua Axia itu.

Read more: http://www.kitabantai.info/2016/07/wanita-melecur-disambar-api-ketika-isi.html#ixzz4ExMKc3SA
Follow us: @kitabantai on Twitter | kitabantai on Facebook

----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:-
To:
Sent: Wednesday, June 29, 2016 12:01 AM
Subject: Fw: Gara2 Guna Telefon Semasa Isi Minyak

Gara-Gara Guna Telefon Semasa Isi Minyak Wanita Melecur 60% Disambar Api
siakapkeli.my

KUALA LUMPUR: Gara-gara menggunakan telefon bimbit semasa sedang mengisi minyak, seoragn wanita mengalami melecur 60 peratus apabila disambar api di sebuah stesen minyak di sini, tengah hari tadi, lapor Berita Harian.

Menurut jurucakap pihak bomba, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.25 tengah hari sebelum sebuah jentera dan sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian.

"Mangsa dikenali T Sarifhla, berusia 25 tahun melecur di seluruh badannya dan sudah dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.

"Punca kejadian dipercayai akibat penggunaan telefon bimbit ketika mengisi minyak kereta," katanya ketika dihubungi sebentar tadi. - Siakapkeli.my

Gara - Gara Guna Telefon Bimbit, Wanita Melecur Disambar Api Semasa Isi Minyak Kereta
kitabantai.info
Posted by Kita Bantai

KUALA LUMPUR: Seorang wanita melecur di bahagian badannya apabila telefon bimbit yang sedang digunanya disambar api di sebuah stesen minyak di sini, Selasa.

Kejadian itu berlaku di stesen minyak di Setapak Indah di sini ketika mangsa berusia 25 tahun itu sedang mengisi minyak keretanya sambil menggunakan telefon bimbit.

"Akibatnya, berlaku percikan api daripada pam berkenaan hingga menyambar telefon bimbitnya," kata Pegawai Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Samsol Maarif Saibani dalam kenyataan di sini.

Pihak bomba, yang menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 1.25 tengah hari tadi, segera menghantar lima anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Wangsa Maju ke lokasi kejadian.

Beliau berkata wanita itu melecur kira-kira 60 peratus pada bahagian badannya dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan.

-Mstar

Read more: http://www.kitabantai.info/2016/06/gara-gara-guna-telefon-bimbit-wanita.html#ixzz4CsS5sZV2
Follow us: @kitabantai on Twitter | kitabantai on Facebook

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Jul 20, 2016 8:45 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



KENAPA NAJIB TIBA2 MINTA MAAF?

bloglist-malaysia.blogspot.

Posted by Mohd. Kamal bin Abdullah

Adalah sesuatu yang menghairankan apabila Najib Razak bagi pihak diri, isterinya Rosmah Mansor dan anggota pentadbiran kerajaan pada tahun ini memohon maaf semasa berucap di majlis hari raya anjuran Jabatan Perdana Menteri.

Beliau tidak pernah melakukannya sebelum ini atau jamuan hari raya di mana-mana pada tahun-tahun sebelumnya.

 

Saya tak nak berucap panjang, cuma saya nak mulakan ucapan atas nama saya, isteri dan anggota pentadbiran kerajaan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya, maaf zahir batin kepada semua warga Jabatan Perdana Menteri sekiranya ada kesilapan atau kekasaran yang saya lakukan secara sengaja atau pun tidak, kata Najib dalam ucapannya itu.

Kenapa tiba-tiba Najib memohon maaf?

Apakah permohonan maaf ini menandakan Najib akan berundur daripada jawatannya?

Adakah pengunduran Najiib itu ada kena-mengena dengan laporan media antarabangsa bahawa pihak berkuasa Amerika Syarikat akan membuat permohonan untuk menyita beberapa harta yang dianggarkan bernilai RM1 bilion yang ada kaitan dengan 1MDB?

  

Menurut laporan WSJ, bahagian aset Jabatan Keadilan AS akan memfailkan saman sivil pada pagi Rabu (waktu AS) bagi memohon kebenaran menyita aset-aset yang dicurigai itu.

Apakah harta anak tiri Najib, Riza Aziz akan terlibat sama dalam penyitaan yang dikatakan terbesar dalam sejarah AS itu?

Bermakna, menjelang esok, tindakan Jabatan Keadilan AS itu adalah berita yang ditunggu-tunggu oleh seluruh rakyat Malaysia.

Atau mungkinkah permohonan maaf itu sebagai tanda Najib akan mengadakan pilihanraya mengejut dalam waktu yang terdekat ini? (SH).

1MDB MALAYSIA SEDANG DI MALUKAN
bloglist-malaysia.blogspot
gajahmenta.blogspot
DIRECTER Gajah Menta
Mula-mula kita ucapkan tahniah kepada Najib yang juga Presiden UMNO kerana 1MDB yang diilhamkan olehnya itu diberikan publisiti meluas oleh beberapa media dari seluruh dunia..
Nazri Aziz pun tak perlulah menghabiskan beratus juta RM untuk mempromosikan Malaysia keseluruh dunia kerana Syarikat yang diilhamkab oleh Najib itu telah membantunya.Sebabnya bukan hanya harian kewangan The Wall Street Journal yang berpengkalan di US melaporkan tentang FBI yang memulakan satu siasatan berhubung dakwaan penggubahan wang haram yang dikaitkan dengan hutang yang ditanggung 1MDB... tapi banyak lagi negara yang menyiarkan tentang tindakan FBI itu..Laporan tersebut telah disiarkan oleh sekurang-kurangnya 10 portal berita dari seluruh dunia, antaranya Bulgaria, Thailand, Vietnam, Spain, China, Korea, Russia, Jepun dan juga India..

1. Bulgaria : Wall Street Journal: The FBI has begun investigating the Malaysian fund 1MDB
- http://m.focus-news.net/?action=news&id=2120942 2, Thailand : US media said the FBI began investigating the fund scandalous "1MDB" of Malaysia- http://www.manager.co.th/Around/ViewNews.aspx?NewsID=9580000106237
3. Vietnam : FBI investigation of the Malaysian fund 1MDB
- http://tuoitre.vn/tin/the-gioi/20150920/fbi-dieu-tra-quy-1mdb-cua-malaysia/972276.html4. Spanish : The FBI opened an investigation against the Malaysian investment fund 1MDB- http://m.europapress.es/internacional/noticia-fbi-abre-investigacion-contra-fondo-inversion-malasio-1mdb-20150920054705.html
5. Chinese: FBI investigation of Najib created by 1MDB Fund
- http://finance.sina.cn/usstock/mggd/2015-09-20/detail-ifxhytxr3799103.d.html?from=wap6. Korea: Malaysian Prime Minister Najib '1MDB corruption allegations' FBI investigation after- http://m.mediapen.com/news/articleView.html?idxno=94495
7. Russian: The FBI is investigating money laundering through the Malaysian state fund
- http://www.rbc.ru/rbcfreenews/55fe297a9a79474ad3a3d90a8. Japanese edition of Wall Street Journal: FBI, investigating the start of the Malaysian sovereign wealth fund- http://m.jp.wsj.com/articles/SB12208348323212744301304581243721510482188?mobile=y
9. LOL at Russian headline: Switzerland cannot decide what to do with the money of dictators
- http://charter97.org/be/news/2015/9/19/169665/ 10. India: The former minister was prevented from leaving the country in Malaysia- http://naidunia.jagran.com/world-malaysia-pm-critic-detained-for-antidemocratic-activities-amid-1mdb-scandal-482124Tapi.. kalau publisiti yang baik bangga jugak aku.. ni publisiti yang buruk pasal negara.. nak bangga macam mana?DARI SUARAKAMI

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Jul 20, 2016 8:48 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



"Pertama Sekali, Saya Mahu Ucap Syukur Alhamdulillah..." - Khairul Idham Juarai Moto3 di GP Jerman, Tinggalkan Pesaing 11 Saat di Belakang
siakapkeli.my

Kuala Lumpur, 17 Julai - Pelumba Moto3 negara, Khairul Idham Pawi menjuarai perlumbaan Moto3 di Grand Prix Jerman hari ini.

Pelumba dari pasukan Honda Asia itu memulakan perlumbaan di petak 20.

Lebih membanggakan, Khairul Idham Pawi meninggalkan pesaingnya dengan kelebihan masa 11 saat.

"Pertama sekali saya mahu mengucapkan syukur Alhamdulillah dan saya mahu berterima kasih kepada pasukan saya kerana selalu bekerja keras untuk saya.", katanya ketika ditemubual oleh wartawan selepas kemenangan.

"Terima kasih banyak kepada mereka yang menyokong saya, kepada keluarga dan rakan-rakan saya. Harap anda semua terhibur", kata Idham mengakhiri temubual itu.

Khairul Idham, yang bermula di petak 20, berjaya menundukkan pesaing-pesaing lain antaranya Andrea Locatelli dan Enea Bastianini di atas trek basah.

Kejayaan Khairul Idham yang berusia 17 tahun dari Kampung Gajah Perak itu ternyata pencapaian yang sangat membanggakan apabila turut menyaksikan lagu kebangsaan, Negaraku berkumandang di litar berkenaan.

- Siakapkeli.my

Elak kena sembur arak lagi: Netizen puji Keon

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

MENGULANGI prinsip yang lalu, juara kali kedua perlumbaan motosikal dunia Moto3 Grand Prix (GP), Khairul Idham Pawi sekali lagi mengelak semburan arak ketika menjulang piala di Jerman.

Memetik rakaman sebuah video, Khairul Idham atau lebih dikenali sebagai Keon dilihat segera meninggalkan podium apabila tiba upacara wajib setiap kali pemenang diraikan di atas podium iaitu acara semburan arak.

Keon dilihat lebih berjaga-jaga untuk melarikan diri sebaik sahaja usai nyanyian lagu Negaraku dimainkan.

Selepas tamat upacara nyanyian lagu, dia kelihatan segera melompat dari atas podium dan dilihat cuba berlari ke belakang pentas bagi mengelak terkena semburan arak.

Langkah Keon itu, rata-rata mendapat pujian netizen yang mengatakan Keon tidak lupa akan prinsip Islam yang dibawanya.

"Syabas anak muda, langkah awak itu menjadi contoh kepada anak muda lain," demikian ujar Kamal.

Sementera menurut Intan pula, Keon dilihat sentiasa menjaga maruah diri sebagai seorang Islam.

"Alhamdulillah, kalau patuh perintah ALLAH, ALLAH akan jaga kamu‎," tulisnya di laman sosial.

Sementara Syaiful pula menzahirkan rasa bangga dengan sikap yang ditunjukkan Keon atau nama panggilannya yang lain KIP.

"Alhamdulillah, Islam sentiasa dipelihara olehmu anak muda," katanya.

Khairul, 17, berjaya menjuarai perlumbaan motosikal GP Jerman kelamrin selepas menewaskan pelumba Andrea Locatelli daripada pasukan Leopard Racing dan Enea Bastianini dari pasukan Gresini yang masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.

Khairul mengambil masa 47 minit 07.763 saat bagi menamatkan perlumbaan dalam keadaan litar basah walaupun bermula di petak ke-20 perlumbaan.

Pada April lalu, anak kelahiran Kampung Gajah, Perak itu menjuarai perlumbaan MotoGP Argentina.

Pada waktu itu netizen di Malaysia memuji sikapnya yang melarikan diri daripada semburan arak juga.

Dari Petak 20, Khairul Idham Pecut Rangkul Juara Moto3 Jerman

Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.net

Pelumba Moto3 negara, Khairul Idham Pawi menjuarai perlumbaan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) di Grand Prix Jerman.

Pelumba berusia 18 tahun dari pasukan Honda Asia itu bermula di petak ke-20 dan terus menggagahi trek perlumbaan yang basah sebelum menjarakkan diri daripada pesaingnya.
Sewaktu tiba ke garis penamat, Khairul Idham meninggalkan pesaingnya dengan kelebihan masa 11 saat.

Ini merupakan kali kedua beliau menaiki podium selepas Grand Prix Argentina April lalu.

Pada tahun lalu, anak ketiga dari empat adik-beradik berasal dari Perak itu terpaksa menangguhkan hasrat mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) demi memberi tumpuan penuh kepada kerjaya dalam sukan pemotoran.

- Astro Awani

Pawi becomes the undisputed king of the wet in Germany

Dilulus untuk paparan oleh memo
tranungkite.net


Malaysia's Khairul Idham Pawi didn't disappoint when the rain came in Germany, cruising to a second career win.

Rain remained after Warm Up at the Sachsenring, the Moto3™ World Championship race at the GoPro Motorrad Grand Prix Deutschland set to be a very wet affair.

Having topped Warm Up and won a wet Argentina GP, Khairul Idham Pawi (Honda Team Asia) could hardly contain his smile on the grid. With rain continuing to hammer down, everyone on the grid knew it would be a long and hard race, staying safe and upright the key to a good result.

Maybe I should cool down

By the end of the first lap, Pawi had shot from 20th to seventh and was well and truly in the battle for victory. As lap five began he hit the front and as in Argentina, with clear track ahead of him he was able to fly and easily set times a second faster than those behind. As lap 14 began he ran off track, a clear warning sign to ease off. But he didn't relent, growing his lead with each lap and crossing the line 11.131s ahead of second place. Pawi was the first Malaysian to win a Grand Prix and now becomes the first, and so far only, Malaysian to win two Grands Prix.

Locatelli: "It's incredible"

Andrea Locatelli (Leopard Racing) had a quiet opening lap but rallied as the race went on, battling for the podium. The Italian would be pushed back and found himself battling with John McPhee (Peugeot MC Saxoprint) for third, soon promoted to second by Hiroki Ono's (Honda Team Asia) near-fall. He briefly came under pressure from Enea Bastianini (Gresini Racing Moto3), but a solid rhythm saw him cross the line in second and take a career first podium. This was also Leopard Racing's first podium of 2016 after claiming the lightweight class championship with Danny Kent in 2015.

Bastianini: "Very difficult race"

Pole-man Enea Bastianini made an excellent start to the race and led into Turn 1, followed by Bo Bendsneyder (Red Bull KTM Ajo). The Italian lost several positions during the opening half of the race but gathered himself as the race went on, charging back into podium contention. He and John McPhee sparred for third in the treacherous conditions, soon joined by Jakub Kornfeil (Drive M7 SIC Racing Team). He was able to break the pair and get his second podium of the year, a little dissapointed by the wet conditions.

With Pawi powering away at the front, very few people noticed the charge of Jakub Kornfeil. He battled hard for the podium but was unable to match Bastianini in the last laps, taking fourth. Behind was Fabio Di Giannantonio (Gresini Racing Team) who won a tight three-rider battle to complete the top five.

Further down the order, Brad Binder (Red Bull KTM Ajo) and Jorge Navarro (Estrella Galicia 0,0) battled for seventh place, neither wanting to risk as much as the likes of Pawi with a championship on the line. Navarro would win the battle, crossing the line in seventh and gaining one point on Binder, who was eighth.

After their falls in Qualifying, both Maria Herrera (MH6 Team) and Niccolo Antonelli (Ongetta-Rivacold) were forced to miss the race. Herrera sustained a broken wrist while Antonelli broke his collarbone. Both will have the summer break to recover.

Complete results from the riveting Moto3™ race can be found here.

Championship standings after round nine are available here, can anyone catch Binder after the summer break?

motogp.com

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Jul 20, 2016 8:48 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom


MP dakwa wang parkir KL ke kantung yayasan menteri Umno
bloglist-malaysia.blogspot
penburukonline.blogspot

Anggota-anggota parlimen Pakatan Harapan di ibu kota hari ini bertemu dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur Mohd Amin Nordin bagi membantah kenaikan kadar tempat
letak kereta di kawasan pusat perniagaan (CBD).

Anggota parlimen Cheras Tan Kok Wai berkata terdapat peranan sebuah yayasan yang diketuai seorang menteri dalam menguruskan tempat letak kereta.

"Kami difahamkan perniagaan ini dicadangkan oleh yayasan itu dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur 'terpaksa' setuju," katanya kepada pemberita di Menara DBKL
di ibu negara selepas pertemuan kira-kira sejam.

Tan juga mendakwa peningkatan kadar itu juga menjadi sumber kewangan yayasan itu.
Sedangkan, katanya lagi, yayasan itu tiada pengalaman menguruskan tempat letak kereta dan didakwa membuat penyumberan luar kepada sebuah syarikat dikaitkan
dengan Umno.

Yayasan kebajikan itu dikatakan dilantik menguruskan sistem letak kereta di Kuala Lumpur tahun lalu.

Malaysiakini telah menghubungi yayasan itu bagi mendapatkan reaksinya berkaitan dakwaan itu.
Sementara itu, anggota parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar berkata, mereka telah menggesa Datuk Bandar membekukan peningkatan kadar yang sehingga
200 peratus itu.

Naib presiden PKR itu juga mahu sebuah perbincangan dengan pihak berkepentingan bagi mendapatkan penjelasan berhubung kewajaran tarif baru itu.
Yayasan itu memperkenalkan sistem baru dan dikatakan maju yang dikenali sebagai City Car Park (CCP).

Bawah perjanjian itu, ia akan membayar 35 peratus atau RM600,000 daripada pendapatan kasar kutipan letak kereta kepada DBKL setiap bulan.
Mulai semalam, bayaran letak kereta di Kuala Lumpur meningkat sehingga 150 peratus di beberapa kawasan.
Caj tempat letak kenderaan setiap jam di pusat bandar komersial pula dinaikkan daripada 80sen sejam kepada RM2 untuk jam yang pertama.
Manakala RM3 dikenakan untuk setiap jam berikutnya.
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan pada 2 Julai lalu berkata kadar baru itu bertujuan mengelakkan kesesakan lalu lintas selain menggalakkan
penggunaan pengangkutan awam.
Tolak pengaruh menteri

Sementara itu, anggota parlimen Batu Tian Chua berkata menteri tidak harus mempunyai sebarang pengaruh terhadap keputusan DBKL dalam isu itu.

"Ini membebankan orang ramai," katanya.
Dalam kenyataan bersama, wakil-wakil rakyat pembangkang itu berkata tarif baru itu tidak wajar kerana tidak didukung oleh sistem pengangkutan awam yang
baik.

Turut hadir beberapa anggota parlimen, termasuk Dr Hatta Ramli (Kuala Krai), Teresa Kok (Seputih ), Fong Kui Lun (Bukit Bintang ), Lim Lip Eng (Segambut) dan Dr Tan Kee Kwong (Wangsa Maju).

Oh!! Menteri Rupanya Yang Putuskan Naik Caj Parkir KL Tu..
bloglist-malaysia.blogspot
darisungaiderhaka.blogspot
Posted by Anak Sungai Derhaka

Tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menaikkan caj parkir di ibu negara sejak kelmarin rupa-rupanya diputuskan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, diakui Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mhd Amin Nordin Abd Aziz .

Menurut Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar perkembangan itu dilihat membimbangkan kerana keputusan menteri yang membelakangi DBKL cenderung akan menjejaskan kepentingan rakyat khususnya kepada warga kota.

"Ini jelas kita sudah saksikan pada kenaikan 150 peratus caj parkir di Kuala Lumpur sejak semalam.

"Beberapa tahun lepas juga cadangan menaikkan cukai pintu diputuskan tanpa didahului dengan perbincangan dengan kami sebagai Ahli Parlimen.

"Sepatutnya, perlu ada konsultasi bersama semua pihak berkaitan termasuk SPAD (Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat).

"Kita jangan lupa ada lebih 10 pihak agensi terlibat dengan pengangkutan termasuk SPAD. Malangnya, itu tidak berlaku. Pertimbangan tiada untuk menjaga kebajikan warga kota. Ini keputusan Menteri Wilayah. Itu yang Datuk Bandar maklumkan sebentar tadi," ujarnya ketika ditemui Malaysia Dateline di perkarangan Menara DBKL selepas satu pertemuan dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur diadakan pagi tadi.

Beliau yang juga Naib Presiden PKR itu berkata, mekanisme agihan hasil kutipan ekoran kenaikan caj parkir melibatkan lebih 56,000 ruang letak kereta bermeter di bandar dan kawasan pusat perniagaan itu juga tidak jelas memberi keuntungan kepada DBKL.

"Padahal, aspek ini penting supaya hasil diperoleh ekoran kenaikan caj parkir ini dapat disalurkan kepada pengguna jalan raya melalui naik taraf dan penambahbaikan yang sewajarnya," tegas beliau.

Yayasan Wilayah Persekutuan untung banyak?

Mengulas perbincangan dengan Datuk Bandar sebelum itu, beliau mengesahkan Amin Nordin mengakui bukan di pihak pemutus kepada langkah menaikkan caj parkir melampau itu.

Dalam hal berkaitan, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua turut menegaskan kenaikan mendadak caj parkir di pusat bandar diikuti pada 1 Ogos depan di zon luar pusat bandar dan pinggir bandar adalah sebagai melampau.

"Kita juga turut mempersoalkan keuntungan dikutip oleh Yayasan Wilayah Persekutuan. Hanya sebahagian jumlah kutipan akan kembali kepada DBKL.

"Alasan kononnya untuk mengelak kesesakan trafik juga kita pertikai. Bantahan kita juga melampaui isu caj parkir. Ini melibatkan soal pencabulan hak sama ada di pihak DBKL sebagai badan berkuasa dan lebih-lebih lagi warga kota sebagai pengguna.

"Lebih parah, menganggu perancangan bandar apabila keputusan atau dasar diperturunkan daripada menteri tanpa didahului rundingan dengan pihak bertanggungjawab," jelas Tian lagi.

Difahamkan, Yayasan Wilayah Persekutuan memperoleh agihan 65 peratus daripada hasil kutipan caj parkir di Kuala Lumpur manakala selebihnya lagi kepada DBKL lapor MalaysiaDateline

Nie kadar paking di KL dah naik tinggi nie, bilanya PEMUDA UMNO nak DEMO?
bloglist-malaysia.blogspot
kedahlanie.info
Posted by Kedah Lanie
Shahbudin Husin,

Rata-rata pengguna kenderaan melahirkan rasa marah dan tidak puas hati dengan tindakan DBKL menaikkan kadar bayaran meletak kereta antara 100 hingga 200 peratus yang sudah dilaksanakan mulai sekarang dan akan berkuatkuasa sepenuhnya pada 1 Ogos depan.

Alasan DBKL bahawa kenaikan itu bertujuan untuk mengurangkan kesesakan lalulintas, menggalakkan wargakota menggunakan pengangkutan awam dan berkongsi kereta dilihat tidak masuk akal kerana sistem pengangkutan awam kita masih jauh ketinggalan, tidak cekap dan belum menyeluruh ke banyak kawasan.

Tengku Adnan Tengku Mansor sebagai Menteri Wilayah Persekutuan ternyata gagal melihat isu bayaran meletak kenderaan ini dalam skop yang lebih luas dan seolah-olah hanya mengikut telunjuk syarikat yang mengusahakan sistem bayaran tersebut.

Yang nyata, beban wargakota akan bertambah lagi dengan tindakan DBKL ini, khususnya mereka yang bekerja di kawasan-kawasan tesebut.

Soalnya, di mana Pemuda UMNO, khususnya Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan dalam isu ini?

Tidak mahukah mereka mengadakan demonstrasi besar-besaran atau menghantar memorandum bantahan kepada DBKL?

Bukankah ini masalah yang lebih dekat dengan rakyat berbanding isu duit raya atau dedak yang mereka berdemo sebelum ini? (SH 19/07/2016).

Kadar Parkir Kereta Di Kuala Lumpur Naik 150%
siakapkeli.my

Bermula hari ini, kesemua parkir milik pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah dinaikkan berkuatkuasa hari ini, lapor portal The Star.

Kenaikan berkenaan dilaporkan sebanyak hampir 3 kali ganda atau 150 peratus iaitu 80 sen bagi sejam pertama tempat letak kereta sebelum ini dan kini kadarnya ialah RM2, sementara jam kedua dan seterusnya mengenakan caj RM3.

Antara kawasan-kawasan yang terlibat dalam peningkatan kadar berkuatkuasa hari ini ialah Bukit Bintang, Bukit Damansara, Sri Hartamas, Desa Hartamas, Solaris Mont Kiara, Taman Tun Sri Ismail dan Bangsar.

Berdasarkan laporan The Star juga, kenaikan kadar di kawasan lain akan dikuatkuasakan secara berperingkat bermula hari ini sehingga 1 Ogos.

Antara tempat letak kereta milik DBKL di luar pusat perniagaan di ibu kota yang akan terlibat kenaikan harga termasuk di Brickfields, Taman Maluri, Cheras, Wangsa Maju dan Setapak juga dijangka meningkat, menurut laporan itu.

Datuk Bandar KL Datuk Mhd Amin Nordin Abdul Aziz berkata, langkah menaikan kadar parkir kereta ini diambil sebagai satu-satunya cara untuk mengurangkan kesesakan dalam bandar, menggalakkan berkongsi kereta, dan bukan menyasarkan kepada mengaut keuntungan.

Menurut beliua, kira-kira 50,000 kereta baharu didaftarkan di KL setiap bulan dan pelaksanaan kenaikan kadar cas parkir berkenaan diharap dapat menggalakkan sekurang-kurangnya sejuta pemandu solo, mempertimbangkan kaedah menaiki pengangkutan awam atau berkongsi kereta ke pejabat.

"Jika anda dapat mengelak sejuta kereta memasuki pusat bandar, anda akan dapat menikmati jalan raya lapang seperti ketika sambutan Hari Raya minggu lalu.

"Ini bermakna semua orang dapat pulang ke rumah lebih cepat, meluangkan masa berkualiti dengan keluarga dan buat apa yang mereka suka," kata dipetik laporan The Star.

Beliau dalam apda itu berkata maksimum parkir had dua jam yang diumumkan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor awal bulan ini, belum boleh diguna pakai. - Siakapkeli.my

----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:-
To:
Sent: Sunday, July 10, 2016 11:56 PM
Subject: Fw: Dikunci & Ditunda Jika Parking Lebih 2 Jam Mulai 16 Julai.

Kenderaan Akan Dikunci & Ditunda Jika Parking Lebih 2 Jam Sekitar KL Mulai 16 Julai.
bloglist-malaysia.blogspot
amenoworld.net

Sila baca jap apa menteri gila ko nak buat kat kita bermula 16 Julai nanti bagi tambah menyusahkan hidup kita disebabkan kegagalan mereka menyelesaikan isu traffic jam sekitar bandaraya Kuala Lumpur ;

Belum masa untuk sistem baru parkir di KL 4 Jul 2016, 12:25 tengahari 4 Jul 2016, 1:00 tengahari.

MP Segambut mempertikaikan "kerajinan" Datuk Seri Tengku Adnan Mansor membantu operator meter parkir memperoleh keuntungan segera melalui pelaksanaan sistem baru mulai 16 Julai ini. Kata Lim Lip Eng, Menteri Wilayah Persekutuan itu wajar menyatakan apakah kepentingan beliau melaksanakan dasar berkenaan yang disifatkan sebagai "tergesa-gesa."

Memetik laporan akhbar Lim berkata tiada mana-mana persatuan peniaga, pekedai atau orang awam yang bekerja di kawasan terbabit dimaklumkan tentang peraturan baru mengenai sistem letak kereta berkenaan. Malah, kata Lim, tidak ada perbincangan diadakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan mereka yang terlibat.

"Justeru dasar baru ini patut ditangguhkan sehingga penduduk dan pemilik perniagaan di ibu kota diberi taklimat oleh kerajaan tentang kajian apa yang dijalankan serta alternatif untuk mereka yang perlu meletakkan kereta lebih dari dua jam di kawasan-kawasan yang dimaksudkan," katanya dalam kenyataan dikeluarkan hari ini. Kelmarin Tengku Adnan menyatakan DBKL akan menguatkuasakan peraturan mengehadkan tempoh orang awam meletak kenderaan di sekitar kawasan pusat perniagaan kepada dua jam saja mulai 16 Julai ini.

Langkah kurangkan kesesakan Kata beliau melalui peraturan baru itu sesebuah kenderaan dikenakan kadar RM2 untuk sejam pertama diikuti RM3 untuk jam kedua. "Apabila tempoh dua jam habis, kenderaan yang masih diletakkan di kawasan berkenaan - seperti sekitar Bukit Bintang, Imbi and KLCC akan dikunci dan ditunda ke depoh DBKL," katanya. Peraturan itu turut dilaksanakan di kawasan Bangsar, Sri Hartamas dan Kepong. Kata dengan pelaksanaan peraturan baru itu Tengku Adnan berkata kerajaan beharap kesesakan lalu lintas di kawasan terbabit berkurangan dan lebih ramai pengguna pula memanfaatkan pengangkutan awam memasuki kota raya laporan Malaysiakini.

Lim juga bertanya adakah DBKL mempunyai kekuatan anggota dan jentera mencukupi untuk menguatkuasakan peraturan baru itu. "Tengku Adnan wajar memberitahu apa sebenarnya kepentingan untuk beliau dengan dasar yang dibuat secara tergesa-gesa ini," katanya. Lim yang juga Setiausaha DAP Wilayah Persekutuan berkata sepatutnya DBKL menghantar lebih ramai anggota untuk mengawal lalu lintas di kawasan sesak lain, terutamanya di berhampiran sekolah dan bukannya mengerah mereka memeriksa had waktu letak kenderaan.

Katanya penduduk, pekerja dan pemilik perniagaan di kawasan terlibat sepatutnya diberi permit letak kereta yang mengecualikan mereka daripada had waktu tersebut, selain memberi diskaun kepada caj meter biasa. "Malah kita sepatutnya menunggu sehingga projek MRT siap dan beroperasi buat seketika sebelum sebarang peraturan baru lalu lintas dilaksanakan," katanya.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Jul 20, 2016 8:48 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Perjalanan Terus LRT Sentul Timur-Putra Heights Mulai Ahad
kitabantai.info
Posted by Kita Bantai

KUALA LUMPUR: Pengguna perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Sri Petaling-Ampang kini boleh menikmati perjalanan terus antara Sentul Timur dan Putra Heights, yang akan dikenali secara rasmi sebagai LRT Laluan Petaling mulai Ahad.

Prasarana Malaysia Berhad dalam satu kenyataan pada Sabtu berkata, selesai sahaja migrasi penuh sistem isyarat untuk laluan LRT bagi Laluan Sri Petaling-Ampang tengah malam ini, pengguna tidak lagi perlu bertukar tren di Stesen Sri Petaling untuk perjalanan antara Sentul Timur dan Putra Heights, yang juga berintegrasi dengan LRT Laluan Kelana Jaya.
"Bukan saja mudah dan lancar, perkhidmatan LRT ini juga murah kerana bagi perjalanan antara Sentul Timur dan Putra Heights sepanjang 37 kilometer, tambangnya hanya RM3.50 dengan menggunakan pakej MyRapid SMART 30.
"Untuk mereka yang mempunyai kad konsesi seperti warga emas, pelajar dan golongan kurang upaya, bayaran tambang adalah RM2.40," kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, secara keseluruhan perjalanan penuh Laluan Sri Petaling akan melalui 29 stesen termasuk kawasan Puchong, Kinrara, Sri Petaling, Bukit Jalil, Sungai Besi, Bandar Tasik Selatan, Cheras, pusat bandaraya dan Sentul yang mengambil masa 65 minit bagi perjalanan satu hala.
"Mulai esok juga, perjalanan dari Sentul Timur tidak lagi beroperasi secara berselang-seli dengan tren-tren ke Ampang apabila penstukturan baharu laluan LRT Laluan Sri Petaling-Ampang dilaksanakan.
"Menerusi penstuktruran baharu, Laluan Ampang yang melibatkan perjalanan pendek untuk lapan stesen termasuk Ampang dan Chan Sow Lin akan ditukarkan menjadi perkhidmatan pengantara dengan pengguna bertukar tren di stesen Chan Sow Lin," kata kenyataan itu. - Bernama

Read more: http://www.kitabantai.info/2016/07/perjalanan-terus-lrt-sentul-timur-putra.html#ixzz4EeqSunq3
Follow us: @kitabantai on Twitter | kitabantai on Facebook

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Jul 20, 2016 8:49 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Sultan Perak Pula Tegur Najib Terlalu Bergantung Pada Hutang...

bloglist-malaysia.blogspot

btmmari.blogspot

Written By canang

Ketika Negara mengalami masalah ekonomi dengan kejatuhan ringgit dan masalah hutang 1MDB, Sultan Perak memberi ucapan secara tidak langsung merujuk pentadbiran kerajaan yang banyak berhutang sehingga menimbulkan masalah ekonomi kepada negara dan rakyat.

Terlalu bergantung kepada hutang merupakan satu daripada antara banyak cabaran yang dihadapi amalan sekarang yang menjadi halangan serius untuk mencapai kemapanan, titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah.

Baginda bertitah perlu untuk mengenal pasti terlebih dahulu dan memahami cabaran seumpama itu dalam merangka strategi untuk mentransformasikan modal sistem kewangan sekarang kepada yang memudahkan pertumbuhan ekonomi di samping memastikan kemapanan.

Sultan Nazrin Shah bertitah demikian dalam ucapan baginda yang bertajuk 'Mencari Kemapanan: Peranan Kewangan Islam dalam Perubahan Transformasi" pada Persidangan Meja Bulat SC-OCIS Ke-6 mengenai Kewangan Islam di Ditchley Park, Oxfordshire.

Teks ucapan baginda dikeluarkan kepada Bernama.

Memetik Pertubuhan Pembangunan dan Kerjasama Ekonomi (OECD), Sultan Nazrin Shah bertitah "Paras hutang tinggi boleh mewujudkan kelemahan, yang meluaskan dan menyebarkan kejutan harga aset dan makroekonomi."

Ia juga "menghalang keupayaan isi rumah dan perusahaan kepada penggunaan dan pelaburan yang lancar dan kepada kerajaan untuk mengurangkan kejutan yang teruk," titah baginda.

Baginda bertitah kesan hutang memburukkan lagi impak negatif ke atas pasaran kewangan dan ekonomi semasa tempoh kegawatan.

"Terlalu bergantung kepada hutang mungkin akan menyebabkan gangguan teruk kepada pasaran serta kepada kestabilan sosio-ekonomi dan justeru itu perlu ditangani sekiranya kita mahu mencapai kemapanan yang lebih baik dalam sistem kewangan.

"Kebimbangan berkenaan dengan hutang menyokong pandangan Islam bahawa hutang amat tidak digalakkan dan model atau kontrak berasaskan ekuiti adalah pilihan kerana ia selaras dengan Maqasid al Syariah atau objektif Syariah," titah baginda.

Sultan Nazrin Shah, yang juga Penaung Diraja bagi Insiatif Kewangan Islam Malaysia bertitah, kebencian Islam terhadap hutang adalah berasaskan, antara lainnya, kepada kemungkinan akses kepada hutang mendorong seseorang itu berbelanja melebihi kemampuannya.

"Dan apabila seseorang berbelanja mengikut tahap kekayaan atau pendapatannya, kemungkinan beliau berdepan masalah kewangan adalah tipis dan justeru itu beliau mampu mengekalkan gaya hidupnya.

"Sebagai tambahan, hujahan ini boleh diguna pakai kepada sistem kewangan yang lebih besar. Tambahan pula, elemen perkongsian risiko sesuatu kontrak berasaskan ekuiti menggalakkan hubungan lebih saksama antara pihak-pihak yang berkontrak yang secara kolektifnya menjadi perkiraan yang lebih mapan," titah baginda.

Ucapan Sultan Perak ini penuh maksud atau sindiran terhadap kerajaan pimpinan Najib yang suka berhutang.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Jul 20, 2016 8:49 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



SEJUK PERUT IBU MENGANDUNG BILA TENGOK PERANGAI ANAK DIA MACAM NI
bloglist-malaysia.blogspot
naimnikmat.blogspot
Dicatat oleh Na'im Nikmat

JANGAN JADIKAN DUA EKOR JANTAN INI MENANTU ANDA
bloglist-malaysia.blogspot
naimnikmat.blogspot
Dicatat oleh Na'im Nikmat

Sudahlah masuk koc wanita, lepas tu langsung tiada perasaan hormat untuk bagi seorang wanita duduk atas kerusi... Elok disunatkan lagi mamat dua ekor ni... Memalukan kaum lelaki... Tapi kalau mamat dua ekor ni dua alam aku no komen kah3...

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Jul 20, 2016 8:50 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



5 minit lagi di Marmaris saya pasti dibunuh!
bloglist-malaysia.blogspot
Posted by Jeebond BLM

ANKARA - TURKI . Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan menolak sekeras-kerasnya dakwaan cubaan rampasan kuasa tentera yang berlaku di negara itu sebagai satu sandiwara.

"Bagaimana anda mahu merancang perkara ini? Bagaimana anda mahu membiarkan nyawa orang awam melayang? Bagaimana hati nurani manusia boleh membenarkan ini berlaku? Ini tidak mungkin.

"Erdogan dan rakan-rakannya, rakan sekerjanya akan menjadi orang pertama yang menolak idea seumpama ini. Kita membahayakan nyawa rakyat kita," katanya ketika ditemu bual CNN antarabangsa, semalam lapor Anadolu.

Menurut Erdogan, mereka yang mencetuskan cubaan rampasan kuasa itu yang menimbulkan idea gila itu.

Erdogan memberitahu ketika serangan itu berlaku, beliau bersama isteri dan menantu serta cucunya sedang bercuti di Marmaris.

"Ada juga operasi mereka di Marmaris dan dua pengawal peribadi saya dibunuh. Jika saya tinggal di sana 10 hingga 15 minit sahaja lagi, saya pasti sudah dibunuh atau ditangkap," katanya.

"Mendarat sahaja di Lapangan Terbang Istanbul Ataturk, pesawat pejuang 5-16 terbang di atas pesawat yang saya naiki," ceritanya.

Seramai 208 orang disahkan terbunuh dengan 60 daripadanya anggota polis, tiga tentera serta 145 orang awam manakala 1,491 cedera dalam serangan tersebut.

Erdogan yang menuduh bekas sekutunya, Fethullah Gulen sebagai dalang di sebalik serangan itu berkata, beliau telah membangkitkan kepada Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama untuk membantu dalam ekstradisi Fethullah ke Turki.

"Saya telah buat permintaan itu kepada Obama secara lisan. Tapi minggu ini kami akan menulis secara rasmi kepada AS dan beberapa negara barat serta Afrika," katanya.

Ketika ditanya kemungkinan Washington menolak untuk ekstradisi Fethullah, Erdogan berkata, pendirian itu akan tetap sama selagi beliau memimpin Turki.

"Jika tiada respons positif selepas permintaan dibuat secara formal... jika ada mana-mana individu dilihat sebagai penjenayah oleh AS dan mereka meminta untuk ekstradisi, sebagai Presiden negara ini, saya tidak akan benarkan.

"Walaupun Fethullah rakyat AS, mereka tidak sepatutnya menyimpan pengganas seperti itu," katanya.

Sebelum ini, Fethullah dilaporkan telah awal-awal menafikan dakwaan tersebut.

Sementara Setiausaha Negara AS, John Kerry dilaporkan berkata, Turki mesti mengemukakan bukti penglibatan Fethullah dalam serangan itu.

KENAPA ERDOGAN HENDAK DIJATUHKAN?
bloglist-malaysia.blogspot
kerabubersuara.blogspot
KENAPA ERDOGAN HENDAK DIJATUHKAN?

Sebenarnya barat tak selesa dgn keberkesanan & keupayaan Erdogan menjadikan Turki kuasa Ekonomi & Ketenteraan

Turki : Kenapa Dicemburui?

ISTANBUL - Dari artikel penulis Jordan, Ihsan Al Faqih, pada media Achahed:

1. Produk Domestik Nasional Turki di tahun 2013 mencapai 100B dolar Amerika, menyamai pendapatan gabungan 3 negara dengan ekonomi terkuat di Timur Tengah; Arab Saudi, UAE, Iran, dan ditambah dengan Jordan, Syria dan Lebanon.

2. Erdogan membawa negerinya melakukan lompatan ekonomi yang besar, dari rangking 111 dunia ke peringkat 16, dengan rata-rata peningkatan 10 % setahun, yang bererti masuknya Turki ke dalam 20 negara besar terkuat (G-20) di dunia.

3. Tahun 2023 merupakan tahun pembangunan Negara Turki Moden yang sudah dicanangkan oleh Erdogan, yang disasarkan adalah Turki menjadi kekuatan politik dan ekonomi nombor 1 di dunia!

4. Airport International Istanbul adalah airport terbesar di Eropah yang menampung 1,260 pesawat setiap harinya, ditambah Airport Shabiha yang menampung 630 pesawat setiap hari.

5. Turkish Airline meraih peringkat penerbangan terbaik di dunia dalam 3 tahun berturut-turut.

6. Dalam 10 tahun, Turki telah menanam 770 juta pohon Harjia dan berbuah.

7. Untuk pertama kali Turki di masa moden ini memproduksi sendiri Tank baja, pesawat terbang dan pesawat tempur tanpa awak, serta satelit tentera moden pertama yang multi fungsi.

8. Erdogan dalam 10 tahun pemerintahannya telah mendirikan 125 universiti baru, 189 sekolah baru, 510 rumah sakit baru dan 169.000 kelas baru yang moden, sehingga kadar siswa dalam sekelas tidak lebih dari 21 orang.

9. Ketika krisis ekonomi menimpa Eropah dan Amerika, universiti-universiti Eropa dan Amerika menaikkan wang kuliah. Sedangkan Erdogan menghapuska seluruh biaya kuliah dan sekolah bagi rakyatnya dan menjadi tanggungan negara.

10. Dalam 10 tahun terakhir, pendapatan perkapita penduduk Turki yang dahulunya hanya 3,500 dolar setahun, meningkat pada tahun 2013 menjadi 11.000 dollar setahun, lebih tinggi dari perkapita penduduk Perancis. Dan Erdogan naikkan nilai tukar mata wang Turki 30 kali ganda!

11. Di Turki, negara sedang meningkat keupayaan untuk membiayai 300 ribu ilmuwan melakukan penelitian ilmiah untuk menuju tahun 2023.

12. Di antara keberhasilan politik terbesar Turki adalah keberhasilan Erdogan mendamaikan dua bahagian Cyprus yang bertikai. Ia juga melakukan pembahasan damai dengan parti Buruh Kurdistan untuk menghentikan pertumpahan darah, dan meminta maaf kepada Armenia, sehingga menyelesaikan permasalahan yang sudah berlarutan sejak 6 dasawarsa

13. Di negara Turki, gaji dan upah meningkat mencapai 300%. Dan gaji pegawai baru meningkat, dari 340 lira Turki menjadi 957 lira. Dan jumlah penganggur menurun dari 38% menjadi 2%.

14. Di Turki, anggaran pendidikan dan kesehatan, mengungguli anggaran pertahanan, dan gaji guru sama gaji doktor.

15. Di Turki telah dibangunkan 35 ribu laboratorium IT dan data base moden yang melatih pemuda-pemuda Turki.

16. Erdogan melangsaikan defisit anggaran yang mencapai 47B dolar. Sebelumnya baki terakhir hutang Turki ke IMF adalah hanya 300 juta dolar pada Julai lalu. Bahkan Turki memberi pinjaman kpd IMF sebanyak 5.0B dolar. Disamping itu Erdogan juga meningkatkan simpanan negara sebanyak100B dolar.

17. 10 tahun lalu, ekspot Turki hanya 23 B dolar. Sekarang meningkat menjadi 153 B dolar, mencapai 190 negara. Yang paling banyak adalah kereta yang kedua peralatan elektronik. Setiap 3 peralatan elektronik di Eropah, satunya adalah produk Turki.

18. Kerajaan Erdogan mengawali pelupusan sampah menjadi pengeluar tenaga elektrik yang digunakan oleh sepertiga penduduk Turki. Dan tenaga elektrik sudah dinikmati oleh 98% penduduk Turki.

19. Erdogan pernah duduk berhadapan dengan seorang anak perempuan yang usianya masih 12 tahun, tampil dalam siaran langsung television, berdebat dan berdiskusi tentang pembangunan Turki masa depan. Beliau hormati kecerdasan dan semangat anak tersebut. Sekaligus beliau didik anak-anak Turki satu contoh dalam berdebat dan berdiskusi serta membaca masa depan.

20. Erdogan adalah teman Israel, begitu menurut kaum sekular Arab. Erdogan berikan tamparan keras kepada Israel, dan dia paksa Israel meminta maaf karena kes kapal Marmara yang ditembak Israel. Dan Turki berikan syarat pembekuan Gaza untuk menerima permintaan maaf tersebut.

21. Erdogan adalah teman Israel??? Beliau berikan kritikan tajam terhadap orang-orang yang bertepuk tangan terhadap pidato Simon Perez dalam pertemuan Ekonomi dunia, dan beliau berkata sebelum keluar ruangan dan pulang ke Turki: "Memalukan kalian bertepuk tangan terhadap pidato ini, padahal Israel telah membunuh ribuan anak dan wanita di Gaza..."

22. Erdogan meleraikan para demonstrasi penentangnya dengan air. Tidak menembak mereka dengan pesawat tempur, atau rudal atau bom-bom molotov.

23. Erdogan menolak anak gadisnya membuka hijab di sekolah. Maka beliau kirim anaknya sekolah di Eropah agar tetap berhijab, sebelum hijab dibolehkan di kampus-kampus Turki.

24. Erdogan satu-satunya ketua negara bersama istrinya mengunjungi Myanmar dan bertemu dengan kaum Muslimin di sana dari kawasan Myanmar yang dapat bencana.

25. Erdogan menghidupkan kembali pengajaran Al Quran dan Hadits di sekolah-sekolah negeri, setelah hilang selama hampir 90 tahun, dihilangkan pemerintah sekular.

26. Erdogan menetapkan kebebasan berhijab di kampus-kampus Turki dan di parlimen.

27. Erdoganlah pemimpin muslim yang membuat lampu di jambatan gantung terbesar di dunia di pantai laut hitam dengan penerangan yang sangat besar bertuliskan "Bismillahirrahmanirrahim.." Padahal, salah satu negara Arab membuat pohon krismas terbesar di dunia dengan menelan dana mencapai 40 juta dolar.

28. Erdogan mengembalikan pembelajaran bahasa Ustmaniyah yang berhuruf Arab di sekolah-sekolah negeri.

29. Erdogan melepas 10 ribu anak-anak muslim yang berumur 7 tahun di jalan-jalan Istanbul, dengan penuh bangga anak-anak tersebut akan memulai kewajiban shalat berjamaah dan menghafal Al Quran.

ALLAHU ALAM

BARAT CEMBURUI ERDOGAN
bloglist-malaysia.blogspot
mutaligat.blogspot.

Pahlawan Turki, Ingat "Aksi nekad" Ini Lelaki Halang Kereta kebal?

Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.net

Salah satu gambar yang menjadi viral dalam kudeta gagal Turki adalah seorang lelaki yang membaringkan tubuhnya dihadapan kereta kebal bagi menghalang pergerakan kereta kebal tersebut di bandar Attaturk ialah seorang mahasiswa kedoktoran, Metin Dogan (40).

Dogan menceritakan dia segera menuju ke bandar terkala mendengar berita kudeta. Dia menumpang menaiki motorsikal seorang yang juga menuju ke bandar.

"Saat mendekat tentera perampas itu, saya berteriak 'Saya tentera Turki, kamu tentera siapa?'," katanya.

"Tank itu berhenti. Saya teruskan teriak. beberapa orang tentera datang ke arah saya.

Tiba-tiba tank itu kembali bergerak. Saya terus membaringkan tubuh dihadapannya untuk menghalang pergerakan tank berkenaan. Tank itu kembali berhenti"

Dogan adalah satu dari beribu-ribu rakyat yang turun ke jalan di Istanbul, Ankara dan kota lainnya, menghalang tentera yang bersenjata lengkap.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Jul 20, 2016 8:50 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Apakah Perbezaan Ketara Antara Asean NCAP Dengan Australia NCAP
siakapkeli.my

Sejak beberapa hari lalu pihak Produa melancarkan model terbaru dan sedan pertama mereka, Produa Bezza di mana ianya sungguh cantik dan sporty sehingga pandangan kali pertama sudah jatuh hati.

Namun dilihat di laman sosial, ternyata mendapat reaksi pelbagai daripada netizen, ada yang memuji, ada yang mengkritik dan ada yang membanding-bandingkan sehingga ke tahap memperlekehkan kereta lain.

Sebenarnya masing-masing mempunyai kelebihan masing-masing,terserah kepada pengguna untuk memilih mana-mana kereta yang mereka mahukan.

Tidak mahu sentuh pasal kehebatan mana-mana kereta, kali ini admin ingin ceritakan apakah perbezaan ketara antara Asean NCAP dengan Australia NCAP.

Kedua-duanya ini mempunyai kelas dan level tersendiri.

Berdasarkan kualiti test,Australia NCAP tahapnya lebih tinggi berbanding Asean NCAP.

Memetik tulisan saudara Jasri Saugi, katanya perbezaan 'test'nya adalah dari segi keseluruhan di mana menurut beliau Asean NCAP hanya melakukan satu ujian iaitu untuk 'frontal offset crash test' atau ujian kemalangan daripada depan.

Manakala Australia NCAP Test melakukan lima jenis ujian iaitu.

1) frontal offset crash test

2) Side impact crash test
3) Pedestrian Test
4) Pole test
5) Whiplash test

Menurutnya kereta Malaysia yang mempunyai standard Australia NCAP adalah Proton Preve 5 bintang.

Menurut beliau, ianya bukanlah untuk mengkritik, cuma mengharapkan Asean ACAP meningkatkan standard piawaian agar sama dengan NCAP yang lain.

"Ternyata di sini Australia NCAP lebih ketat 'safety rules' untuk dapatkan 5s tar rating dan perlu melepasi semua test tersebut berbanding dengan Asean NCAP yang hanya satu jenis test sahaja,'' katanya. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: