Sunday, July 31, 2016

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4555[1 Attachment]

9 Messages

Digest #4555
1
Fw: Wang FELDA disalahguna by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
2
Fw: Negara macam koboi by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
7
Fw: Kereta Dikepung Dan Ditembak by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
8
Fw: Bil Hospital Cecah RM 246,000 by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
9
Fw: Kejayaan Pas Dalam Isu Selena Gomez by "-:eSpAcE9808:-" rienacom

Messages

Sat Jul 30, 2016 8:15 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Wang FELDA disalahguna, Kontraktor & Pimpinan Felda Ambil Kesempatan Ke Atas Peneroka - TMJ
bloglist-malaysia.blogspot
sozcyili.blogspot.

WAWANCARA BERSAMA DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR

Wartawan: Apa yang Tunku fikirkan mengenai persaingan merebut gelaran liga antara JDT dan Felda?

DYAM TMJ: Saya rasa ia akan menjadi persaingan yang sengit tetapi mereka ada peluang yang baik dan kelebihan. Mana saya boleh lawan, ini pasukan Dato Sri Najib. Gurau.... JDT pasukan yang kecil sahaja. Jadi saya rasa Felda mempunyai peluang yang sangat baik. Walau bagaimanapun, saya bangga kerana saya tidak menggunakan wang kerajaan yang sepatutnya milik rakyat untuk membina sebuah kelab bola sepak. Saya tidak membina stadium menggunakan wang peneroka atau wang dari kontraktor yang melobi bagi mendapatkan projek didalam Felda.

Felda telah ditubuhkan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak untuk membasmi kemiskinan. Walau bagaimanapun, pada hari ini, wang yang sepatutnya digunakan oleh peneroka telah dibelanjakan secara sewenang-wenangnya untuk kontraktor tertentu dalam Felda dan juga membolehkan beberapa individu yang memegang jawatan tinggi dalam Felda membuat wang. Ini adalah kes yang jelas penyelewengan dana yang diperuntukkan untuk golongan miskin. Pada saya, PDRM dan ATM pun tidak patut ada pasukan bolasepak kerana pasukan-pasukan ini juga menggunakan dana kerajaan.

Saya bangga dengan kelab yang saya telah bina dan terkenal di Asia Tenggara. JDT diiktiraf di peringkat global, di mata dunia. JDT dibiayai oleh penaja dan juga para pelabur yang melabur di negeri Johor. Wang kerajaan mesti digunakan untuk kebaikan rakyat dan keutamaan perlu diberikan kepada rakyat. Saya berharap Perdana Menteri, Dato Sri Najib boleh memberi sedikit nasihat kepada pihak yang bertanggungjawab. Saya amat berbangga dengan Kerajaan Johor dan saya memuji mereka atas kerja keras dan dedikasi mereka terhadap rakyat.

Wartawan: Tunku, hari ini Tunku bertemu dengan Dato Seri Norza, Bendahari FAM. Bagaimana mesyuarat tersebut? Adakah ada apa-apa yang boleh Tunku kongsikan dengan kami? DYAM TMJ: Mesyuarat telah berjalan dengan lancar. Saya telah diberi taklimat mengenai laporan kewangan FAM.

Terdapat banyak penyalahgunaan dana dan perbelanjaan yang tidak perlu dalam FAM. Ini adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku! Mereka mengaku dan terima terdapat banyak perkara yang perlu diperbetulkan dalam FAM dan sesetengah individu individu bertanggungjawab perlu berundur. YB Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan akan datang berjumpa dengan saya beberapa hari lagi bagi membincangkan perkara ini dengan lebih lanjut.

Saya beri jaminan kepada semua penyokong bahawa saya akan sentiasa jujur dan telus kepada semua penyokong dan anda semua boleh bertanya kepada saya apa-apa jua perkara berkaitan isu-isu semasa sewaktu sesi soal jawab saya bersama penyokong.

Hidup Johor Demi Johor

#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth

TMJ

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sat Jul 30, 2016 8:17 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Kronologi Kes Tembak Di Malaysia Sepanjang 2016
bloglist-malaysia.blogspot
darisungaiderhaka.blogspot
Posted by Anak Sungai Derhaka

TAHUN ini menyaksikan beberapa tragedi berdarah membabitkan kes tembak yang berlaku di seluruh negara.

Hampir setiap bulan, ada sahaja kejadian meragut nyawa yang dilaporkan akhbar-akhbar tempatan.

Berikut adalah kronologi kes tembak yang berlaku di seluruh negara bermula awal tahun ini.

25 Januari, KUALA LUMPUR:

Seorang lelaki ditemui mati dengan beberapa kesan tembakan, dipercayai ditembak dari jarak dekat di Jalan Jinjang pada pukul 2.10 petang.

Mangsa dikenali sebagai S. Surya Kumar, 41, ditemui dalam keadaan berlumuran darah di tempat duduk pemandu kenderaan pacuan empat roda Mitsubishi Triton.

11 Februari, PULAU PINANG:

Seorang ahli perniagaan maut ditembak dari jarak dekat di hadapan sebuah kedai motosikal berkuasa tinggi di Jalan Datuk Keramat pada pukul 3.30 pagi.

Syed Amen Jainul Abdin yang merupakan pemilik restoran nasi kandar dan kedai mencuci kenderaan ditemukan berlumuran darah dalam kereta yang dipandunya.

28 Februari, SELANGOR:

Seorang pengawal keselamatan maut manakala seorang pemandu lori cedera parah selepas ditembak suspek yang menaiki sebuah motosikal dalam kejadian pukul 4.40 pagi berhadapan sebuah stesen minyak Petron, Jalan Semenyih Kajang. Mangsa yang berumur 45 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian.

25 Mac, SELANGOR:

Seorang pengawal peribadi kepada ahli perniagaan cedera parah selepas ditembak dua lelaki yang menaiki dua kereta berasingan di bulatan berhampiran pekan Charterfield, Pusat Komersial KLIA di Sepang dalam kejadian pukul 8.45 malam.

Ketika kejadian, pengawal peribadi berkenaan memandu kereta jenis Mercedes Benz menuju ke terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 dan didatangi dua lelaki yang melepaskan beberapa das tembakan.

15 April, SABAH:

Dua lelaki terbunuh selepas ditembak dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal di Jalan Kolam, dalam kejadian pada pukul 7.30 pagi.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Hii Lam King, 36, dan Ting Wen Hou, 23, kedua-duanya berasal dari Sibu, Sarawak namun menetap di Sabah. Ketika kejadian, Hii yang memandu kenderaan pacuan empat roda dikatakan dalam perjalanan balik dari menghantar anaknya ke sekolah.

20 April, KUALA LUMPUR:

Seorang lelaki maut ditembak polis, sementara teman wanitanya bersama dua lagi rakan mereka ditahan di Jalan Kilang 51/A, di Kuala Lumpur pada awal pagi.

Keempat-empat individu terbabit dipercayai terlibat dalam beberapa kes samun dan curi kenderaan di sekitar Lembah Klang.

Semasa pemeriksaan itu, lelaki yang memandu kereta Proton Perdana itu cuba melarikan diri dan merempuh kenderaan polis termasuk anggota bermotosikal.

Anggota polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan ke arah pemandu terbabit bagi mempertahankan diri menyebabkan dia terbunuh di tempat kejadian.

21 Jun, SELANGOR:

Dua lelaki 30 dan 34 tahun yang memandu kereta berasingan cedera ditembak dari jarak dekat di persimpangan jalan besar Sunway Batu Caves ketika sedang menunggu di persimpangan lampu isyarat pada pukul 12 tengah hari.

21 Jun, SARAWAK:

Setiausaha PKR Cawangan Miri, Bill Kayong, 43, ditembak ketika berada di dalam kenderaan pikap Toyota Hilux di persimpangan lampu isyarat di Lutong, Miri pada pukul 8.30 pagi.

Calon PKR di kawasan Bekenu pada pilihan raya negeri 7 Mei lalu itu meninggal dunia di tempat kejadian.

29 Jun, SELANGOR:

Seorang suspek utama kes tembak dua lelaki di Sunway Batu Caves pada 21 Jun, ditembak mati oleh polis di kawasan perumahan USJ 11/1D pada pukul 12.10 tengah hari. Ketika polis memperkenalkan diri, suspek berusia 37 tahun itu cuba mengacukan pistol ke arah anggota menyebabkan polis terpaksa melepaskan tiga das tembakan yang mengenai badan suspek.

Seorang pengurus besar syarikat swasta berusia 40 tahun cedera parah ditembak individu yang menaiki motosikal ketika memandu kereta di Lebuhraya Utara Selatan dekat Desa Petaling pada pukul 8.40 pagi.

6 Julai, KUALA LUMPUR:

Seorang ejen hartanah wanita berusia 32 tahun maut di tempat kejadian manakala seorang anaknya cedera selepas kenderaan yang dinaiki mereka ditembak dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang di Jalan Hujan Emas 4, Taman OUG. Setakat ini polis telah menahan sembilan suspek berhubung kes itu.

9 Julai, PERAK:

Seorang lelaki ditemui mati dengan kesan tembakan di bahagian kepalanya di Teluk Kulat, Pulau Banding, Perak. Polis menerima maklumat mengenai penemuan mayat Khairul Azizan Zaidi, 29, pada 7.20 pagi daripada seorang lelaki berumur 24 tahun yang juga rakan mangsa.

11 Julai, JOHOR:

Seorang peniaga nyaris maut apabila dipercayai diserang dua penjenayah yang melepaskan beberapa das tembakan dalam kejadian di hadapan rumahnya di Taman Seri Fajar, dekat Batu Pahat pada pukul 10 malam.

13 Julai, PULAU PINANG:

Empat sekeluarga mati ditembak, dipercayai oleh anggota keluarga sendiri menggunakan senjata tidak berlesen, di sebuah kilang pemprosesan ayam di kawasan perindustrian Batu Maung Pulau Pinang pada pukul 2.55 pagi. Polis turut menemukan 11 kelongsong peluru di tempat kejadian.

14 Julai, PULAU PINANG:

Polis menembak mati suspek tunggal kes tembakan, Chung Chun Wah, 32, yang dikehendaki kerana membunuh empat sekeluarga di Batu Maung awal pagi 13 Julai, selepas insiden berbalas tembakan antara suspek dan polis berhampiran pasar Air Itam kira-kira pukul 7 malam.

26 Julai, KUALA LUMPUR:

Tiga lelaki berusia lingkungan 51 dan 58 tahun nyaris maut apabila kenderaan Toyota Fortuner yang dinaiki mereka ditembak kumpulan lelaki tidak dikenali dalam kejadian cubaan samun di susur Lebuh Raya Elite menghala ke Putrajaya pada pukul 9.30 pagi.

Ketika kejadian ketiga-tiga lelaki itu sedang dalam perjalanan menghantar seorang lagi rakan mereka bersama sejumlah wang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2), Sepang.

27 Julai, KUALA LUMPUR:

Seorang lelaki berusia 43 tahun maut ditembak di persimpangan lampu isyarat Jalan Taman Ibu Kota/Jalan Genting Klang di sini ketika memandu kereta jenis Honda Accord dalam kejadian pukul 3.35 petang.

~ AstroAwani

Polis Percaya Suspek Kes Tembak Setapak Masih Dalam Negara
siakapkeli.my

Kuala Lumpur, 28 Julai: PDRM percaya suspek kes tembak mati seorang lelaki berusia 43 tahun di Setapak semalam masih berada dalam negara.

Ketua Polis Negara , Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, siasatan masih lagi dijalankan termasuk mencari motif sebenar kejadian.

"Saya percaya setiap kejadian (tembak) ada sebabnya. Bukan orang hendak tembak sesuka hati tanpa sebab," katanya sebagaimana lapor Harian Metro.

Siasatan awal mendapati 10 das dari 18 das tembakan yang dilepaskan mengenai badan mangsa. - Siakapkeli.my

Negara macam koboi

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

KUALA LUMPUR: PAS mempersoalkan langkah polis membanteras jenayah selepas empat lelaki menembak mati seorang pemandu kereta dekat Jalan Genting Klang di khalayak awam semalam.

"Adakah negara ini sudah menjadi negara koboi di mana jenayah boleh dilakukan di khalayak ramai tanpa bimbang apa-apa tindakan terhadap pelaku?" soal Pemuda PAS dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam kejadian 3.35 petang yang dirakamkan menerusi kamera litar tertutup itu, empat penembak yang tiba dengan dua motorsikal melepaskan tembakan ke arah tingkap hadapan dan belakang sebuah kereta Honda Accord, melepaskan 18 tembakan yang membunuh pemandu berbangsa India itu.

Ini adalah kes kedua dalam tempoh sebulan, selepas seorang ejen hartanah wanita berusia 32 tahun mati ditembak ketika beliau memandu di Taman OUG, Jalan Klang Lama, 6 Julai lalu.

Pemuda PAS turut mempersoalkan bagaimana peluru dan senjata api "boleh lolos dengan begitu mudah" ke tangan penjenayah.

"Apakah ia berpunca dari kelemahan pengawalan di sempadan negara sehingga mengakibatkan senjata api mudah diseludupi dengan berleluasa?" soalnya.

Mangsa semalam merupakan seorang pengurup wang, dan baru dua minggu membeli kereta setelah mendapati ada pihak mengekorinya.

"Dia tukar kereta setelah mendapati ada pihak tertentu memantau pergerakannya," kata rakan mangsa dipetik Bernama.

"Saya jumpa mangsa sebulan lepas di sebuah hotel di Jalan Ipoh dan dia tidak mengadu tentang apa-apa masalah (ketika itu). Kelakuan dia seperti biasa," katanya.

Polis tidak menolak insiden itu mungkin ada kaitan dengan penglibatan mangsa dengan kumpulan jenayah. - FMT

Lelaki Mati Ditembak 16 Das Di "Traffic Light"

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

Seorang lelaki dipercayai Ah Long mati ditembak 16 das dalam kejadian berhampiran simpang lampu isyarat di hadapan Setapak Sentral, pukul 3.35 petang tadi.

Mangsa dikatakan menemui ajal di tempat kejadian selepas cermin keretanya ditembak bertalu-talu dua lelaki tidak dikenali.

Berdasarkan video rakaman CCTV dua motosikal dilihat menghampiri kereta mangsa lalu berhenti sebelum pembonceng kedua-dua motosikal tersebut turun lantas menembak mangsa.

Kejadian itu berlaku dengan pantas sebelum kedua-dua suspek kembali menunggang motosikal dan beredar dari tempat kejadian.

Apa yang menimbulkan tanda tanya, satu lagi rakaman yang diambil saksi di tempat kejadian menunjukkan jasad mangsa dipindahkan dari keretanya ke sebuah kereta lain berwarna putih.

Gambar dan video kejadian kini mula membanjiri timeline media sosial namun maklumat penuh kejadian masih belum diperolehi.

Susulan kejadian menggemparkan ini lokasi pembunuhan dibanjiri orang awam sementara pihak berkuasa termasuk polis dan anggota forensik dilihat tekun menjalankan penyiasatan.

Kejadian berkenaan juga disahkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa.

Beliau berkata, maklumat awal yang diperoleh pihak polis mendapati mangsa mempunyai hubungan dengan kumpulan kongsi gelap.

Mangsa kes tembak sah ahli Geng Satu Hati - Amar Singh

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

Seorang lelaki berusia sekitar 40-an yang ditembak mati ketika menunggu di lampu isyarat Danau Kota Setapak merupakan ahli geng kongsi gelap Satu Hati.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh telah mengesahkan perkara itu menerusi pesanan WhatsApp hari ini ketika ditanya mengenai maklumat tambahan mangsa yang dikenali sebagai Kanna.

Bagaimanapun identiti serta latar belakang lengkap mangsa serta pekerjaanya masih belum didedahkan polis.

"Ya, kami boleh mengesahkannya (mangsa ahli geng kongsi gelap Satu Hati),' katanya secara ringkas.

Manakala Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Rusdi Mohd. Isa pula berkata, setakat ini belum ada sebarang tangkapan yang dibuat berkaitan kejadian itu.

Dalam kejadian yang dilaporkan sekitar pukul 3.30 petang semalam, mangsa yang dikatakan seorang peminjam wang beranak tiga telah ditembak dari jarak dekat di sebelah kiri dan kanan keretanya jenis Honda Accord oleh dua individu yang membonceng dua motosikal.

Mangsa ketika kejadian sedang menunggu di lorong paling kanan di lampu isyarat laluan dari arah Danau Kota menuju ke Jalan Genting Klang, Setapak.

Sebanyak 18 das tembakan dilepaskan ke arah mangsa yang kemudian mati serta merta di tempat kejadian sebelum keempat-empat suspek berjaya melarikan diri.

Amar Singh juga mengesahkan, pihak polis menemui 18 kelongsong peluru di tempat kejadian, dengan 12 kesan tembakan di sebelah kiri kenderaan sementara empat di sebelah kanan.--MalaysiaGazette

Mangsa tembak baru dua minggu tukar kereta

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

KUALA LUMPUR - Pengurup wang yang ditembak maut di persimpangan lampu isyarat Jalan Taman Ibu Kota/Jalan Genting Klang di sini hari ini baru dua minggu membeli kereta baharu setelah mendapati ada pihak mengekorinya, menurut seorang rakan mangsa.

Rakan yang enggan dikenali itu berkata mangsa yang menjalankan perniagaan itu sejak kira-kira 10 tahun lepas, sebelum ini menggunakan Toyota Camry.

"Baru dua minggu dia beli kereta baharu jenis Honda Accord. Dia tukar kereta setelah mendapati ada pihak tertentu memantau pergerakannya," katanya kepada Bernama.

"Saya jumpa mangsa sebulan lepas di sebuah hotel di Jalan Ipoh dan dia tidak mengadu tentang apa-apa masalah (ketika itu). Kelakuan dia seperti biasa," katanya.

Menurut polis, mangsa maut serta-merta dalam kejadian 3.35 petang itu yang menyaksikan 18 das tembakan - 10 daripadanya mengenai mangsa dilepaskan dua penembak yang merupakan pembonceng dua motosikal

Mangsa mengalami kecederaan parah di kepala, badan serta paha.

Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Seorang saksi kejadian berkata bunyi tembakan bertalu-talu yang didengari ketika kejadian disangkakannya bunyi mercun.

"Saya ingatkan hanya bunyi orang main mercun, tak sangka pula ia datang dari tembakan yang bertalu-talu," kata saksi yang hanya ingin dikenali sebagai sebagai Sazwan.

Sazwan berkata, beliau dan dua rakan sedang minum petang di gerai berhampiran tempat kejadian.

Menurutnya, kejadian berlaku begitu pantas dan sejurus selepas itu orang ramai bergegas mengerumuni kereta mangsa.

"Saya terkejut apabila mendekati kereta itu, terdapat banyak kesan tembakan.

Saya nampak pemandu kereta seorang lelaki dah terkulai dengan kesan tembakan pada badannya," katanya.

Beliau berkata tiada penumpang dalam kereta berkenaan.

Katanya sejurus kejadian, orang awam menghubungi polis yang tiba di tempat kejadian tidak lama kemudian. - Bernama

Lelaki Maut Ditembak Di Setapak, Suspek Dipercayai Lepaskan Sekurang-Kurangnya 10 Das Tembakan
siakapkeli.my

Kuala Lumpur, 27 Julai - Seorang lelaki berumur lingkungan 40 an yang memandu sebuah kereta Honda Accord maut selepas kereta yang dinaikinya telah ditembak di jalan Genting Klang berhadapan dengan Festival City.

Kejadian yang dikatakan berlaku kira-kira jam 3 petang itu, dua lelaki yang tidak dikenali telah menghampiri kereta mangsa sebelum melepaskan tembakan bertalu-talu dipercayai sekurang-kurangnya 10 das tembakan.

Tembakan itu telah mengenai badan dan kepala mangsa dipercayai menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian. - Siakapkeli.my

[Dikemaskini]

Harian Metro melaporkan, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa berkata empat suspek datang menghampiri kereta mangsa menggunakan motosikal.

"Keempat-empat suspek menghampiri kereta mangsa sebelum pembonceng kedua-dua motosikal turun dan melepaskan beberapa das tembakan pada tingkap di bahagian kanan dan kiri kereta.

"Polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung motif kejadian. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Sumber : The Star, Harian Metro

Tudiaa macamtu je tembak orang.
Lokasi : Depan Setapak Sentral pic.twitter.com/mf2x3FM1gs
— Im. (@Ceritera_) July 27, 2016

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from -:eSpAcE9808:-
1 of 1 File(s)

Sat Jul 30, 2016 8:17 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Resepi Kejayaan Khairul Hafiz Jantan
bloglist-malaysia.blogspot
addindeen.com
Posted by Addin Deen

Resepi Kejayaan Khairul Hafiz Jantan. Bekas jaguh pecut negara, Watson Nyambek mahu Khairul Hafiz Jantan mengekalkan disiplin di tahap tinggi dan sentiasa merendah diri, selain tidak tenggelam dengan 'dunia glamor' yang dikecapnya sekarang.

Sebaliknya, Watson, 40, yang pernah digelar 'The Flying Dayak' mahukan Raja Pecut Sukma ke-18 itu yang memecahkan rekod kebangsaan 100 meter miliknya, mengekalkan sikap untuk meneruskan rentak cemerlang.

Resepi Kejayaan Khairul Hafiz Jantan. "Beliau harus kekal dengan sikap begini, kekalkan disiplin dan rendah diri kerana bila-bila masa saja glamor itu boleh menjadi satu masalah kepadanya."Saya sebenarnya rasa sangat gembira dan lega rekod itu dipecahkan di depan mata saya sendiri.

Saya berpuas hati dengan lariannya kerana menjadi pelari pecut pertama melakukan 10.18 saat," katanya ketika ditemui di Stadium Sarawak di sini, hari ini.Rabu lalu, Khairul Hafiz berjaya memecahkan rekod 100m milik Watson iaitu 10.30s yang dicatatkan pada 1998, selepas menamatkan larian final di Sukma dalam masa 10.18s untuk meraih pingat emas.

Resepi Kejayaan Khairul Hafiz Jantan

Beliau kemudian memadam rekod kejohanan acara 200m berusia 14 tahun milik Nazmizan Mohammed dari Terengganu iaitu 21.33s yang dibuat pada Sukma 2002 di Sabah selepas mencatatkan 21.14s di separuh akhir acara itu semalam, sebelum memperbaharuinya hari ini dengan masa 21.03s.

Watson berkata Khairul Hafiz perlu mengekalkan prestasinya untuk mencapai lebih banyak kejayaan besar pada masa depan.

Resepi Kejayaan Khairul Hafiz Jantan
"Tahun depan ada Sukan SEA di Kuala Lumpur, dia harus buktikan kepada rakyat Malaysia dia boleh buat yang lebih baik lagi.

Resepi Kejayaan Khairul Hafiz Jantan. "Umur dia masih muda lagi, saya rasa dia boleh pergi lebih jauh. Dia juga perlu keluar dari Malaysia untuk menjalani latihan dan pertandingan di luar negara bagi meningkatkan lagi prestasinya," katanya.

SUKMA: Khairul Hafiz Jantan Pecah Rekod Watson Nyambek, KJ Nampak Sinar Harapan Pada Sukan SEA 2017
siakapkeli.my

Pelari pecut dari Melaka Khairul Hafiz Jantan memecahkan rekod kebangsaan acara 100 meter dgn catatan 10.18 saat pada saingan Sukma 2016.

Rekod 100 meter kebangsaan sebelum ini dipegang oleh Watson Nyambek dengan catatan masa 10.30 saat pada 1998.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menzahirkan rasa terujanya dengan pencapaian Hafiz menerusi laman Twitter.

"Masa Khairul Hafiz untuk 100m di Sukma 10.18 rekod kebangsaan baharu. Rekod Sukan SEA 10.17. Emas Sukan SEA 2015 10.25. Ada harapan @KL2017!", tweet KJ sebentar tadi.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sat Jul 30, 2016 8:17 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Pemandu Maut, 15 Penumpang Cedera Bas Terbalik di Genting Highlands
siakapkeli.my

Kuantan, 27 Julai - Pemandu sebuah bas persiaran maut manakala 15 penumpang cedera selepas bas itu terbalik dalam kejadian di Jalan Genting Highlands kira-kira jam 7 malam tadi.

Laporan Bernama melaporkan, bomba berkata, kejadian itu berlaku ketika bas pelancong yang membawa 26 penumpang itu sedang menuruni Genting Highland.

Menurut Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Genting Highlands, Penguasa Bomba Engku Fadzir Engku Man, pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian itu pada 7.15 malam.

Sebuah jentera bomba dan 7 anggota dikerahkan ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba di lokasi, kami mendapati bas persiaran yang membawa 25 penumpang pelancong asing dari China terbalik.

"Bas itu dalam perjalanan dari Genting Highlands ke Kuala Lumpur dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas dan terbalik," katanya ketika dihubungi.

Mangsa yang cedera telah dibawa ke HKL untuk rawatan manakala mayat pemandu bas itu diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Bas Persiaran Dari Camaron Highlands Terbabas Dan Terbalik
kitabantai.info
Posted by Kita Bantai

IPOH: Sebuah bas persiaran yang membawa 27 pelancong asing dan seorang rakyat tempatan terbabas dan terbalik di di KM 19, Jalan Keramat Pulai di sini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, kumpulan itu dalam perjalanan turun dari Cameron Highlands semasa insiden berlaku pada kira-kira pukul 9 pagi Selasa.
"Siasatan awal menunjukkan pemandu bas berusia 58 tahun itu hilang kawalan semasa melalui satu selekoh menyebabkan bas terbalik.
"Bas itu melalui laluan bertentangan sebelum terbabas di longkang tepi jalan," katanya.

Pelancong yang menaiki bas itu dari Perancis, New Zealand, Hong Kong, Australia, Amerika Syarikat, Belanda, Romania, Kanada, Mexico, Jerman dan United Kingdom.
Kebanyakan mereka mengalami cedera ringan.
Mangsa yang cedera dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini.

Read more: http://www.kitabantai.info/2016/07/bas-persiaran-dari-camaron-highlands.html#ixzz4FiIWnTol
Follow us: @kitabantai on Twitter | kitabantai on Facebook

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sat Jul 30, 2016 8:17 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



kenapa UMNO sering provok cina akan memerintah
bloglist-malaysia.blogspot
relaxkedaikopi.blogspot

Kumpulan etnik 50.09% Melayu
22.56% Cina
6.73% India
11.76% Bumiputera Lain
0.67% Lain-lain
8.19% Bukan Warganegara [2]

Kemerdekaan dari United Kingdom

- Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu 31 Ogos 1957[3]
- Pemerintahan sendiri Sarawak 22 Julai 1963[4]
- Pemerintahan sendiri Borneo Utara[c] 31 Ogos 1963[4]
- Persekutuan (dengan Borneo Utara, Sarawak dan Singapura[d] 16 September 1963[5]

Asal-usul nama اصل-اصول نام

Malaysia digunakan sebagai gelaran untuk kepulauan Melayu pada peta atlas buatan Amerika Syarikat dari tahun 1914.
Nama Malaysia diguna pakaikan pada tahun 1963 apabila negeri-negeri Persekutuan Tanah Melayu serta Singapura, Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak membentuk persekutuan baru.[5] Sebelum ini nama Malaysia juga pernah digunakan untuk memaksudkan beberapa kawasan di Asia Tenggara dengan sewenang-wenangnya. Sehelai peta yang diterbitkan di Chicago pada tahun 1914 tertera perkataan Malaysia yang memaksudkan beberapa wilayah tertentu di dalam Kepulauan Melayu.[21] Bahagian semenanjung memakai nama Persekutuan Tanah Melayu hingga tahun 1963, sewaktu pergabungannya dengan wilayah-wilayah Sabah, Sarawak dan Singapura.[22] Para ahli politik di Filipina pernah bercadang agar negara mereka diberi nama "Malaysia";, tetapi tidak sempat berbuat demikian apabila Malaysia terlebih dahulu telah menggunakan nama tersebut secara rasmi.[23] Ketika itu, nama-nama lain juga dipertimbangkan, antaranya Langkasuka, sempena kerajaan purba yang terletak di kawasan utara Semenanjung Tanah Melayu pada alaf pertama Masihi.[24]
Perkataan Melayu berasal daripada perkataan malaiur atau malayadvipa dalam bahasa Sanskrit yang mungkin membawa erti "tanah bergunung"; perkataan tersebut digunakan oleh para saudagar India sebagai gelaran untuk Semenanjung Tanah Melayu.[25][26][27][28][29]

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sat Jul 30, 2016 8:17 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Sangka Anak Terkena Jangkitan Kuman Di Paru-Paru, Rupa-Rupanya Tertelan Syiling
siakapkeli.my

Sungguh, Allah takkan uji perkara di luar kemampuan kita kan? Dan Allah uji orang-orang yang Dia sayang. Belum habis bersedih dengan pemergian Abah, 22 Julai lalu anak kecil diadmit ke hospital pula. Mulanya nak bawa dia ke klinik ibu saudara di Seberang Jaya yang juga pakar ENT di Hospital Seberang Jaya sebab nak rujuk masalah bunyi kahak yang agak teruk dan prolonged sejak dari sebelum puasa lagi dengan batuk dan selsema on off.

Seperti biasa, Aydan diberi neb nasal saline untuk clear blocking sound pada paru-paru dia. Esok harinya, baru kena bawa refer pakar Peads di Hospital Seberang Jaya pula. We were advises to be admitted, so that mereka boleh pantau dan selesaikan isu yang saya bimbangkan.

Admit jam 4 petang dan Aydan di x-ray sekali lagi (last x-ray 29 Jun di Hospital Tuaran) untuk periksa kandungan kuman di paru-paru.

Saya dipanggil oleh doktor untuk datang tengok x-ray anak tidak lama selepas itu. Tetapi sebelum itu, semasa dalam wad doktor ada datang bertanya kalau anak ada pakai kalung ke apa semasa x-ray tadi. Saya jawab, tidak ada, Mula-mula dia tunjuk di bahagian paru-paru saja memang ada bintik-bintik putih (kewujudan kumanlah tu) dan apa berlaku selepas itu buat saya betul-betul terkejut.

Dari paru-paru tiba-tiba naik ke atas.

"Mak nampak tak bulat putih ini?" Mak rasa apa ini?" soal doktor.

Sya tidak tahu nak jawab apa dan doktor pun begitahu saya.

"X-ray ini menunjukkan anak tertelan bendasing dan suspected adalah duit syilling," jelasnya.

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Sungguh Ummi terkejut sangat-sangat masa mendapat tahu perkara itu. Terketar-ketar rasa lutut dan lemah badan, fikiran juga kosong tak dapat nak menghadam. Satu persatu doktor jelaskan keadaan anak saya pada masa itu. Katanya, mereka akan rujuk pada Surgical Department untuk keluarkan duit syilling itu.

Selepas itu Aydan disuruh menjalani imbasan x-ray sekali lagi dari arah sisi pula untuk melihat keduduk sebenar duit syilling itu. Dia bernasib baik sebab pernafasan dia tidak terjejas dan makan minum juga okay walaupun kurang makan sangat sejak bunyi kahak itu bertambah sejak selepas raya. X-ray film dapat dan sekali lagi kami dikejutkan bahawa bukan satu tetapi dua keping duit syilling yang ada di esophagus Aydan!

Ya Allah. Tak dapat nak digest macam mana dia boleh tertelan duit syilling itu sampai dua keping.

Bla.. bla.. bla.. macam-macam test x-ray 3-4 kali nak tengok selalu kedudukan duit syilling itu. Akhirnya Aydan disuruh berpuasa dari jam 8 malam hari admit ke wad itu. Sampai esok pagi masih berpuasa, hari Sabtu pula tu. Specialist masuk lambat sikit bawa sampai ke petang untuk mereka buat keputusan macam mana cara nak mengeluarkan duit syilling itu.

Akhirnya jam 4 petang itu, specialist dari Surgical datang dan decide at that time untuk try buat something masa itu untuk keluarkan duit syilling itu. Ummi disuruh mendukung Ayda dalam bilik rawatan dengan ramai doktor berada di sekeliling bersedia dengan topeng oksigenlah, apalah, macam-macam sebab agak berisiko tinggi dan bimbang duit syilling tersekat di salur pernafasan semasa nak keluarkan.

Aydan diberikan ubat tidur agar tidak meronta pada masa itu tetapi dia tak tidur pun. Dia tenung saja muka ummi dalam keadaan tak menangis selepas diberi ubat bius. Sebak ummi pada masa ini. Lantas Ummi zikirkan 'Lailahaillaantasubhanakainnikuntumminazzolimin' berkali-kali di sebelah Aydan sambil mengusap-usap muka Aydan dan mencium-cium Aydan.

Aydan nampak lemah tetapi they always pantau kadar pernafasan dan kandungan oksigen Aydan pada masa itu. Dua kali doktor itu cuba tarik duit syilling itu mengikut tiub yang Aydan kena telan pada masa itu tetapi both attempt failed sebab duit syilling itu tersangkut dan doktor tak nak paksa tarik sebab boleh membahayakan nyawa anak.

Mereka cakap hanya ada satu cara iaitu kena pindakah ke Alor Setar untuk lakukan scooping pula.

And here we are now. Naik ambulan jam 1 pagi yang dipandu laju macam nak terbang aku rasa duduk di dalam itu. Kami sampai Hospital Sultanah Bahiyah jam 2 pagi. Admit di wad kanak-kanak dan tunggu surgical procedure the next morning.

Esok pagi itu (which is kelmarin) kami tunggulah doktor bilalah nak panggil untuk buat procedure itu. Last-last jam 3 petang, jururawat datang bagi baju untuk anak tukar nak masuk bilik OT. Ummi dan mula berdebar pada masa itu.

Jam 3.30 petang, kami disorong masuk ke bilik OT dengan Ummi sekali kena tukar baju warna biru khas untuk masuk ke dalam. Aydan seperti biasa, dia fobia nampak bermacam-macam alat yang ada di dalam itu. Letak saja atas katil bedah, dia mengamuk dan menangis. Ummi peluk kuat-kuat dan sekelip mata saja dah diam sebab dah dipengsankan. Docotr suruh cium anak dan tunggu di luar.

Allah, bertambah hancur luluh hati Ummi saat itu sebab doktor dah jelaskan prosedur ini berisiko dan 50-50 saja peluangnya. Mulut tidak berhenti berzikir dan berdoa agar Aydan selamat. Memang rasa sangat down pada masa itu sebab yang ada teman ke sana sini urusan masuk hospital ini, adik yang duduk rumah kami di Cheras itu, si Norman. Sudahlah suami jauh berjauh pula dengan anak sulung soernag-soernag tunggu anak dalam dewan bedah itu. Mesej WhatsApp family dan kawan-kawan minta tolong doakan dan pinjamkan sikit semangat agar Ummi kuat dan tabah menghadapi semua ini.

3.45 petang, Aydan start operation itu. Tunggu punya tunggu dengan penuh debaran dan drama air mata, akhirnya jam 4.30 petang, staff dewan bedah panggil mak baby. Berlari anak aku mengikut staff tadi nak pergi pada Aydan. Syukur Alhamdulillah semuanya sudah selamat. Doktor Pakar Bedah sudah berjaya scoop duit itu keluar dari mulut Aydan tanpa sebarang kecederaanyang mungkin akan menyebabkan komplikasi lain pula. Allah. Nauzubillahiminzalik.

Alhamdulillah semuanya sudah selamat hari ini. 26 Julai 2016, hari ke 5 kami bermalam di hospital ( 2 malam di Hospital Seberang Jaya, 3 malam di Hospital Sultanah Bahiyah), inshaAllah hari ini Aydan boleh dicharge. Tunggu doktor round saja ni, nak tanya jam berapa boleh discharge.

Sedih, kami waris semua jauh-jauh. Time melawat katil-katil sebelah penuh pelawat (semua pelawat katil sebelah-sebelah mengucap panjang dengar kes Aydan. Ummi pula penat ulang cerita macam mana boleh tertelan duit) yang ada kami dua beradik sajalah waris si Aydan di sini.

Satu persatu Allah duga Ummi. Adakalanya rasa down but again, Allah Maha Besar, Maha Berkuasa atas setiap sesuatu. Setiap kejadian yang jadi Allah sudah aturkan. Kita sebagai hambaNya hanya mengikut jalan hidup kita ini. Semuanya sudah dalam perancanganNya.

Harap tiadal agi episod-episod seperti ini berlaku dalam hidup Ummi sama ada terhadap anak-anak Ummi atau keluarga. Nauzubillahiminzalik. Perlu lebih peka dan perhatikan Aydan merangkak selepas ini. Ummi has decided to buy a baby walker untuk kegunaan Aydan nanti. Cukup sudah dengan apa yang terjadi pada anak Ummi. Serik dah. Memang ada risk naik walker but untuk Aydan, since this happened to my child, I will firm with my decision untuk pantau Aydan bila duduk dalam walker nanti.

Terima kasih kepada semua. Sekarang tunggu doktor pakar Peads datang melawat dan decide bila kami boleh keluar dari hospital ini. - ibu Normala Hussain

- Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sat Jul 30, 2016 8:17 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Kereta Dikepung Dan Ditembak
kitabantai.info
Posted by Kita Bantai

Kuala Langat: Cubaan samun dipercayai motif kereta dinaiki tiga lelaki ditembak selepas dikepung sekumpulan bermotosikal dan kereta di Lebuhraya Elite, kira-kira 9.30 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintendan Zailan Tasir berkata, ketiga-tiga lelaki itu bagaimanapun terselamat dan tidak cedera.

Beliau berkata, kejadian dipercayai bermotifkan samun kerana sebelum kejadian, mangsa menghantar

Menurutnya, sebelum kejadian ketiga-tiga mangsa menghantar seorang rakan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2) yang membawa sejumlah wang milik syarikat tukaran wang asing di Kuala Lumpur tempat mereka berkerja untuk ke Kota Kinabalu.
Mereka kemudian pulang dari KLIA 2 melalui Lebuh raya Elite.

"Ketika memasuki susur Plaza Tol Putrajaya, kenderaan Toyota Fortuner dinaiki mereka dihalang dua motosikal jenis Yamaha 125z serta dua kereta jenis Toyota Camry dan Proton Wira Aeroback.

"Seorang lelaki keluar dari kereta Toyota Camry dengan memakai topeng dan melepaskan tembakan sebelum mangsa mengundurkan kereta dan masuk kembali ke Lebuh raya Elite," katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, kenderaan mangsa berhenti kira-kira lima kilometer dari lokasi kejadian iaitu di Kilometer 17.5 Lebuh raya Elit sebelum meminta bantuan peronda lebuh raya.

"Mangsa tidak dapat mengecam suspek dan mereka tidak mengalami kecederaan kerana kenderaan itu kalis peluru. dan usaha mengesan suspek giat dilakukan. Kes disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api 1971," katanya.

-hmetro

Read more: http://www.kitabantai.info/2016/07/kereta-dikepung-dan-ditembak.html#ixzz4FiIDlbdH
Follow us: @kitabantai on Twitter | kitabantai on Facebook

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sat Jul 30, 2016 8:18 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Rakyat Malaysia Diserang Strok di London, Bil Hospital Cecah RM 246,000
siakapkeli.my

Kuala Lumpur: Mohamad Sahar Mhd Noor, 57, sangat teruja unuk menyambut Aidilfitri bersama keluarga disamping menghadiri majlis graduasi anak prempuannya yang menamatkan pengajian di Brunel University, London.

Namun, selepas 20 minit dia keluar dari Balai Ketibaan Lapangan Terbang Heatrow pada 4 Julai lalu, Ketua Kerani di Koleh Kemahiran TInggi Mara (KKTM), Negeri Sembilan itu diserang angin ahmar sehingga menyebabkan dia terlantar di hospital sehingga ke hari ini.

"Sebaik saja keluarga saya tiba di lapangan terbang, ayah saya tiba-tiba pengsan dan semuanya berubah selepas itu. Saya panik dan tertekan kerana ayah saya tidak dilindungi insuran perjalanan.

"Keadaan tambah sukar apabila kami juga tidak mampu menampung bil hospital di sini," kata anak keduanya, Amirah Mohamad Sahar, menerusi laman web Gofundme.

Menurut Amirah juga, selepas hampir sebulan dirawat di Charis Cross Hospital, West London, tiga minggu di ICU, bil rawatan ayahnya mencecah £46,000 (RM245,764.92).

Dalam keadaan terdesak, doktor yang merawat memberitahu yang ayahnya perlu menjalani pembedahan dengan segera.

"Doktor gesa pembedahan dibuat dengan segera. Walaupun berdepan kekangan kewangan, kami tahu yang pembedahan itu sangat penting dan perlu dilakukan untuk mengurangkan tekanan pada otak dan memudahkan pengaliran keluar darah dari otaknya.

"Selepas tiga minggu ayah sudah boleh membuka kedua-dua matanya dan memberi respon ketika kami bercakap dengannya tetapi kami tidak pasti sama ada dia memahaminya atau tidak," katanya.

Beberapa hari selepas itu, Amirah mendapat berita bahawa MARA bersetuju untuk mendahulukan wang £30,000 (RM160,281.47) untuk tujuan rawatan.

Bagaimanapun, wang yang diberikan itu tidak mencukupi untuk menampung bil hospital yang meningkat hampir £2,000 (RM10,685.43) sehari.

Sehubungan itu, Amirah memulakan kempen Gofundme dua hari lalu untuk menampung kos perubatan selebihnya. Hasil dua hari kempen itu dijalankan, kutipan telah melebihi amaun yang disasarkan iaitu lebih £27,000 (RM144,253.32) hasil sumbangan rakyat Malaysia dan pelayar internet yang prihatin dari pelbagai negara.

Mereka sekeluarga berhasrat untuk membawa Mohamad Sahar pulang ke Malaysia kerana kos rawatan yang lebih murah namun masih menunggu kelulusan daripada pihak hospital dan Malaysia Airlines Berhad (MAB).

"Ayah sekarang berada di Unit Hyper Acute Stroke (HASU) kerana dia perlu menjalani sesi terapi. Doktor sudah memberi keizinan untuk kami membawa pulang ayah, tetapi dengan syarat dia perlu berbaring di pengusung sepanjang masa dan perlu ditemani doktor serta jururawat.

"Malaysia Airlines pula mencadangkan agar kami membeli beberapa tempat duduk kelas Ekonomi kerana ia antara pilihan yang murah, dan sekarang ini masih menanti maklum balas selanjutnya daripada mereka," katanya.

Bagi rakyat Malaysia yang mahu memberikan bantuan, boleh menyalurkannya menerusi https://www.gofundme.com/saharnoor.

Sumber : http://www.hmetro.com.my/node/155186

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sat Jul 30, 2016 8:18 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Kejayaan Pas Dalam Isu Selena Gomez

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net


Alhamdulillah. Walaupun tidak berjaya membatalkan konsert Selena Gomez, setidak-tidaknya dia datang dengan pakaian yang lebih sopan dari sebilangan artis tempatan. Jika dibanding penampilannya di pentas-pentas konsert negara lain, nampaknya dia memberi penghormatan kepada Malaysia dengan pakaiannya semalam. Satu tamparan hebat buat artis melayu muslim di Malaysia.

Saya kira ini satu kejayaan buat Dewan Pemuda PAS yang membantah. Saya yakin penampilan Selena Gomez adalah setelah tekanan dan desakan dibuat terhadap pihak penganjur dan pimpinan negara. Walaupun matlamat asal iaitu membatalkan terus tidak tercapai, setidaknya ia memberi kesan kepada keadaan penganjuran konsert tersebut.

Ini membuktikan PAS telah memainkan peranan yang betul sebagai pengimbang kepada kerajaan. Itulah peranan parti pembangkang dalam sistem demokrasi. Bukan sekadar memikirkan untung rugi mereka dalam pilihanraya akan datang sahaja, tetapi turut menegur dan memperbaiki urustadbir kerajaan diluar musim pilihanraya.

Walaupun tindakan ini hanya memberi imej baik kepada penganjur dan kerajaan, tetapi bantahan dan teguran tetap perlu dilakukan. PAS tidak boleh hanya fikir keuntungan dari sudut undi sahaja, tetapi lebih penting dari itu adalah mengawal negara semampu mungkin dengan manhaj syariat dan kebijaksanaan dari terbabas dalam bidang kuasa yang ada. PAS juga adalah gerakan dakwah dan tarbiyah selai dari siasah.

Ramai tidak sedar, keberadaan PAS di persada politik sentiasa memberi kesan kepada transformasi kepimpinan negara ke arah yang lebih baik. Sejak merdeka, sudah berapa banyak manifesto yang PAS kemukakan ditiru oleh kerajaan. Sudah berapa banyak corak pentadbiran Kelantan ditiru oleh kerajaan. Sudah berapa banyak demonstrasi dan isu yang PAS suarakan menyebabkan kerajaan terpaksa memperbaiki tindakan mereka.

Justeru janganlah hanya mengukur kejayaan PAS melalui undi yang diperolehi atau bilangan kerusi di dewan sahaja. Angka bukanlah penanda aras paling tepat dalam dunia sains sosial. Ukuran sebenar perlu dibaca dengan membelek lembaran sejarah sejak penubuhan PAS dan semua pengaruhnya terhadap isu-isu yang berlaku. Andaian apa yang akan berlaku jika PAS tidak berperanan itulah kayu ukur yang lebih relevan.

Adakah ini bermakna memadai untuk PAS kekal sebagai pembangkang selama-lamanya? Itu terpulang kepada kepercayaan yang rakyat berikan. Matlamat PAS adalah supaya negara tercinta dapat keluar dari semua belenggu masalah agama, politik, ekonomi, sosial, perundangan, pendidikan, keselamatan dan sebagainya sebagaimana yang ditunjukkan Islam. Jika sudah ada pihak yang berjaya melaksanakannya, bermakna matlamat perjuangan PAS telah tercapai. Maka sebagaimana yang disebut oleh Tok Guru Nik Aziz, boleh jadi PAS akan dibubarkan!

Inilah salah satu bentuk Budaya Politik Matang dan Sejahtera!

_(Alang Ibn Shukrimun)_

Telegram:
http://tinyurl.com/AlangIbnShukrimun
Facebook:
https://m.facebook.com/alangshukrimun/

----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:-
To:
Sent: Monday, July 25, 2016 11:37 PM
Subject: Fw: Bantahan konsert Selena Gomez diteruskan

Bantahan konsert Selena Gomez diteruskan

Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
tranungkite.net

SETELAH Bantahan demi bantahan Dari Dewan Pemuda Pas Malaysia dan hari ini, Bantahan secara bersama Dewan-Dewan PAS Selangor telah di serahkan memorandum kepada Pihak YAB Menteri Besar Selangor agar mendapat perhatian daripada pihak Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor tidak membenarkan Program Konsert ini diteruskan.

Program yang akan berlansung pada 25 Julai 2016 ini, masih lagi memberi ruang kepada semua pihak tampil menyatakan bantahan terhadap aktiviti yang boleh merosakkan moral dan akhlak generasi pelapis anak-anak Selangor.

Dewan Pemuda PAS Selangor amat yakin, sekiranya suara rakyat yang cintakan kesejahteraan dalam negeri Selangor berterusan menyatakan bantahan terhadap Konsert ini, maka sudah pasti Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor akan mengambil perhatian.

Nabi pernah bersabda:

عن أبي سعيد الخدري قال : سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول : من رأى منكم منكرا فليغيره بيده ، فإن لم يستطع فبلسانه ، فإن لم يستطع فبقلبه ، وذلك أضعف الإيمان . رواه مسلم

Sesiapa yang dalam kalangan kamu melihat kemungkaran, hendaklah dia mengubah dengan tangan (Kuasa), jika kamu tidak mampu, ubahlah dengan lidah, jika kamu tidak mampu, ubahlah dengan hati (bertindak memberi respon kebencian terhadap kemungkaran itu).

Jesteru itu, Dewan Pemuda PAS Selangor menyarankan semua pihak tampil khususnya pihak NGO, komuniti masyarakat, Surau-Surau dan Masjid-masjid menyatakan bantahan terhadap Konsert yang melalaikan ini kepada pihak PBT dan kerajaan negeri Selangor. – HARAKAHDAILY 22/7/2016

PAS S'ngor kesal k'jaan negeri benarkan konsert Selena Gomez

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

Pimpinan sayap kanan PAS Selangor kesal dengan tindakan kerajaan negeri Selangor yang meluluskan konsert 'Selena Gomez – The Revival Tour' yang akan berlangsung di Stadium Melawati Shah Alam pada 25 Julai ini.

Kekesalan itu dizahirkan apabila Ketua Dewan Ulama PAS Negeri Selangor Riduan Rahmat, Timbalan Ketua Pemudanya Hanafi Zulkapli dan Ketua Muslimatnya, Wan Hasrina Wan Hassan menghantar memorandum bantahan di pejabat kerajaan negeri Selangor di Shah Alam petang tadi.

Ridzuan berkata, PAS tidak menolak hiburan tetapi konsert Selena ini dilihat boleh menjerumus kepada kehancuran dan mengundang masalah sosial di kalangan anak muda.

"PAS ini sebenarnya membenarkan hiburan tapi bila mana hiburan yang datang itu (tidak) membawa kepada kemungkaran dan kehancuran.

"Isu konsert ini bukan masalah hiburan tapi gejala dan diri penyanyi itu yang dikenali seorang yang membawa simbol seksi yang merosakkan anak muda kita hari ini." katanya kepada pemberita di Pejabat SUK.

Semalam Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata konsert itu akan diteruskan, walaupun mendapat bantahan kerana pihak penganjur menepati semua syarat yang ditetapkan.

Azmin yang juga timbalan presiden PKR berkata penampilan seksi artis itu bukan perkara penting dan tidak sepatutnya dijadikan isu.

Kesal Azmin anggap isu remeh

Mengulas lanjut Riduan berkata pihaknya kesal dengan kenyataan yang dikeluarkan Azmin kerana menganggap konsert itu sebagai isu remeh.

"Kita amat rasa sedih dan tidak puas hati seorang menteri besar yang beragama Islam anggap isu ini terlalu remeh," kesalnya.

Hanafi pula berkata konsert ini wajar dihentikan kerana ia hanya akan memberi kesan buruk kepada generasi akan datang.

"Mewakili anak muda, kita tidak mahu anak muda terjebak dengan budaya hedonism yang melampau dan masalah sosial yang mereka ini akan memimpin negara kita di masa akan datang," katanya.

Memorandum bantahan tersebut diterima oleh Ketua Setiausaha Sulit Kepada Datuk Menteri Besar Selangor, Mohd Shahrizal Bin Mohd Salleh.

Sewaktu serahan dibuat, Shahrizal berjanji, akan menyampaikan suara tiga dewan PAS Selangor ini kepada Azmin.

Ketika memorandum itu diserahkan, kira-kira 100 penyokong PAS hadir bagi membantah keputusan kerajaan negeri Selangor.

Bantahan konsert itu dilakukan tanpa dihadiri ADUN PAS dan exco kerajaan negeri PAS yang lain.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: