Monday, July 4, 2016

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4544

11 Messages

Digest #4544
3
Fw: Fatwa Haram Main Bunga Api dan Mercun by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
6
Fw: Maut Ditusuk Besi Penghadang Jalan by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
7
Fw: Bomba Temui RM30,000 Dalam Kebakaran by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
10

Messages

Sun Jul 3, 2016 5:58 am (PDT) . Posted by:


Facebook: Fanpage Automobil
http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520

Group Automobil
http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

Web:
OILYMAN
http://oilyman.com.my

Blog In Malaysia
http://bloginmalaysia.com

Kataloh
http://kataloh.com

Cari Mudah
http://carimudah.com

Find And Book the Best Hotel Resort
http://besthotelreviews.org

Enplegu.com
http://enplegu.com

Choosing the Best Hotel Reviews
http://besthotelreviews.info

Blog Soccers
http://blogsoccers.com

Google Adsense Program
http://googleadsenseprogram.com

Azami Entertainment
http://azamientertainment.com

Din Apartment
http://dinapartment.com

University College Online
http://universitycollegeonline.info

Kad Niaga
http://kadniaga.com

Google Adsense Program Info
http://googleadsenseprogram.info

K-Pop Music Download
http://k-popmusicdownload.info

Health Care Definition
http://healthcaredefinition.com

Laptop Skin Sticker
http://laptopskinsticker.com

Sun Jul 3, 2016 5:58 am (PDT) . Posted by:


Fri Nov 30, 2012 9:22 pm
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

Salam Sejahtera semua.

Mulai 28 November 2012, ahli group Automobil tidak boleh "HIDE ID".
In disebabkan polisi baru Yahoo Groups yang tidak membenarkan menukar alamat email asal seperti sebelum ini.

Jadi kepada sesiapa yang ingin "HIDE ID" sila email dan minta pada kawan-kawan anda untuk melakukan posting sekaligus merahsiakan alamat email syarikat tempat anda bekerja.

Group Automobil juga telah memberikan akses penuh kepada kebanyakan ahli yang aktif terus post email ke group tanpa tapisan moderator tetapi masih di pantau.

Sekian,
Terima Kasih.
Iwan

Sun Jul 3, 2016 8:08 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Fatwa Haram Main Bunga Api dan Mercun

bloglist-malaysia.blogspot

Dicatat oleh ustazcyber.com

1: Fatwa Dar al-Ifta' Palestin,

Menyerukan larangan bermaian mercun atau bunga api.

Ketentuan pelarangan ini berlaku juga untuk jual beli barang tersebut. Tak terbatas pada Idul Fitri ataupun Idul Adha. Tetapi juga perayaan-perayaan lainnya. Lembaga ini, mengutarakan kesan dari mainan api tersebut, yakni risiko dari mercun atau bunga api tidak cuma ditanggung oleh si pemain, tetapi juga mengancam keselamatan orang lain, berisiko menimbulkan kebakaran, polusi, dan tentunya, hanya bentuk menghambur-hamburkan harta secara sia-sia. Ini bukan bentuk ungkapan kebahagian. Sayangnya, tradisi ini menjangkiti semua usia.

Lembaga ini pun meminta, agar pihak yang berwajib melarang mercun atau bunga api.

2 Fatwa Dar ifta Libiya

Menyatakan larangan jual beli, atau penggunaan mercun atau bunga api menurut syariat. Ada unsur menyakiti orang lain di sana, termasuk menimbulkan kecemasan, ketakutan, dan kekhawatiran, dan sangat berisiko terhadap kebakaran.

Dar al-Ifta' Libiya menyertakan sederet dalil baik dari Alquran dan sunah terkait larangan tersebut. Di antaranya, ayat ke 58 surah al-Ahzab:" Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang yang mukmin dan mukminat tanpa kesalahan yang mereka perbuat, maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata."

Ini diperkuat dengan larangan menyakiti tetangga, apapun bentuknya, seperti hadis yang dinukilkan oleh Imam Bukhari, bahawa Rasul menyatakan, siapapun yang mengaku beriman kepada Allah SWT dan hari akhir, maka hendaknya tidak berbuat usil atau jahil ke tetangganya.

Sedangkan rujukan pelarangan mercun atau bunga api, kerana dianggap sebagai bentuk pemborosan harta, yakni surah al-Isra' ayat ke 26-27: "Dan janganlah kamu menghambur-hamburkan (hartamu) secara boros. Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya."

Dar al-Ifta Libiya, mengutip pula pernyataan Imam an-Nawawi, ketika menjelaskan hadis yang mengatakan bahawa, Allah membenci tiga hal, salah satunya adalah pemborosan harta.

An-Nawawi yang bermazhab Syafi'i itu mengatakan, yang disebut pemborosan di sini adalah membelanjakan harta di luar koridor syariat dan mengarah pada kerosakan.

Sebab larangan penghamburan harta itu yakni unsur perusakan. "Allah tidak menyukai mereka yang berbuat onar,"kata Imam an-Nawawi. Kerana itu, Dar al-Ifta' Libiya di penghujung fatwanya meminta tindakan tegas bagi siapapun berurusan dengan bunga api atau mercun tersebut.

3 Fatwa ulama Arab Saudi, Syekh Shalih Ibn al-Utsaimin

Sementara itu, ulama Arab Saudi, Syekh Shalih Ibn al-Utsaimin menegaskan pula larangan jual beli atau pengunaan bunga api dan mercun. Dua alasan yang dikemukakan oleh cedekiawan asal Arab Saudi tersebut, yang pertama bentuk pemborosan harta, dan kedua mengganggu ketenangan, bahkan menimbulkan bahaya kebakaran. Berangkat dari kedua alasan inilah, maka ia berpendapat hukumnya haram.

(sumber SINI)

 

Petasan dan kembang api, ini fatwanya

A. Z. Muttaqin Sabtu, 27 Ramadhan 1437 H / 2 Juli 2016 09:02

Petasan dan kembang api, ini fatwanya

 Anak- anak bermain kembang api

(Arrahmah.com) – Jutaan rupiah dibelanjakan dengan percuma untuk 'pesta' petasan dan kembang api. Tak cuma di Tanah Air, persoalan ini pun menjadi fenomena lazim di hampir keseluruhan kawasan Timur Tengah.

Mengutip Republika, Lembaga fatwa di sejumlah negara-negara itu, angkat bicara berkomentar dan mengeluarkan pernyataan resmi terkait hukum menyalakan petasan dan kembang api, terutama menyambut Idul Fitri ataupun Adha.

Berangkat dari kaidah pentingnya menghindari bahaya dan membayakan orang lain yang berlaku dalam Islam, maka Dar al-Ifta' Palestina, menyerukan larangan bermaian petasan atau kembang api.

Ketentuan pelarangan ini berlaku juga untuk jual beli barang tersebut. Tak terbatas pada Idul Fitri ataupun Idul Adha. Tetapi juga perayaan-perayaan lainnya.

Lembaga ini, mengutarakan dampak dari mainan api tersebut, yakni risiko dari petasan tidak cuma ditanggung oleh si pemain, tetapi juga mengancam keselamatan orang lain, berisiko memicu kebakaran, polusi, dan tentunya, hanya bentuk menghambur-hamburkan harta secara sia-sia.

Ini bukan bentuk ungkapan kebahagian. Sayangnya, tradisi ini menjangkiti semua usia. Lembaga ini pun meminta, agar pihak yang berwajib melarang peredaran petasan atau kembang api.

Senada dengan Dar al-Ifta' Palestina, Lembaga Fatwa Libiya menyatakan larangan jual beli, atau penggunaan petasan menurut syariat. Ada unsur menyakiti orang lain di sana, termasuk menimbulkan kecemasan, ketakutan, dan kekhawatiran, dan sangat riskan terhadap kebakaran.

Dar al-Ifta' Libiya menyertakan sederet dalil baik dari Alquran dan sunah terkait larangan tersebut. Di antaranya, ayat ke 58 surah al-Ahzab:" Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang yang mukmin dan mukminat tanpa kesalahan yang mereka perbuat, maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata."

Ini diperkuat dengan larangan menyakiti tetangga, apapun bentuknya, seperti hadis yang dinukilkan oleh Imam Bukhari, bahwa Rasul menyatakan, siapapun yang mengaku beriman kepada Allah SWT dan hari akhir, maka hendaknya tidak berbuat usil atau jahil ke tetangganya.

Sedangkan rujukan pelarangan petasan atau kembang api, karena dianggap sebagai bentuk pemborosan harta, yakni surah al-Isra' ayat ke 26-27: "Dan janganlah kamu menghambur-hamburkan (hartamu) secara boros. Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah saudara-saudara setan dan setan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya."

Dar al-Ifta Libiya, mengutip pula pernyataan Imam an-Nawawi, ketika menjelaskan hadis yang mengatakan bahwa, Allah membenci tiga hal, salah satunya adalah pemborosan harta.

An-Nawawi yang bermazhab Syafi'i itu mengatakan, yang disebut pemborosan di sini adalah membelanjakan harta di luar koridor syariat dan mengarah pada kerusakan.

Sebab larangan penghamburan harta itu yakni unsur perusakan. "Allah tidak menyukai mereka yang berbuat onar,"kata Imam an-Nawawi. Karena itu, Dar al-Ifta' Libiya di penghujung fatwanya meminta sanksi tegas bagi siapapun bersentuhan dengan petasan tersebut.

Sementara itu, ulama Arab Saudi, Syekh Shalih Ibn al-Utsaimin menegaskan pula larangan jual beli atau pemakaian petasan. Dua alasan yang dikemukakan oleh cedekiawan asal Arab Saudi tersebut, yang pertama bentuk pemborosan harta, dan kedua mengusik ketenangan, bahkan memicu bahaya kebakaran. Berangkat dari kedua alasan inilah, maka ia berpendapat hukumnya haram.

(azm/arrahmah.com)

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Jul 3, 2016 8:08 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Pelakon veteran Aziz Singgah meninggal dunia

Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
tranungkite.net

PETALING JAYA: Pelakon veteran Datuk Abdul Aziz Singah, 75, meninggal dunia akibat kanser di kediamannya di Bandar Putra Permai, Seri Kembangan dekat sini malam tadi.

Anak keduanya Ruzaimei Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Bob Singah memberitahu Bernama jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan sebelum solat Zohor di Tanah Perkuburan Kampung Bongek, Rembau, Negeri Sembilan hari ini.

Arwah dikatakan meninggal dunia kira-kira pukul 11.10 malam Jumaat di samping keluarga selepas dibawa pulang ke kediaman ekoran berada dalam keadaan nazak semasa dirawat di Pusat Kanser Negara, Putrajaya.

Kira-kira sejam berada di rumah, arwah menghembuskan nafas terakhir, lapor Mstar.

Allahyarham akan dimandikan di Masjid Universiti Putra Malaysia (UPM) kira-kira pukul 8 pagi Sabtu dan akan dikebumikan di tempat kelahirannya di Kampung Bongek, Rembau Negeri Sembilan sebelum solat Zohor pada Sabtu.

Penggiat seni yang popular pada era 1980-an ini pernah membintangi beberapa drama dan filem seperti PJ Holding, Sate, Maria Mariana dan Impian.

Allahyarham juga pernah menjadi Presiden Persatuan Seniman Malaysia.

Pelakon veteran Aziz Singah meninggal dunia
kitabantai.info
Posted by Kita Bantai

Antara drama dan filem yang pernah dibintangi Allahyarham ialah PJ Holding, Sembilu Kasih, Sate, Maria Mariana, Impian, dan Kemarau Cinta.

KUALA LUMPUR: Pelakon veteran Datuk Abdul Aziz Singah, 75, meninggal dunia akibat kanser jam 11.30 malam tadi di kediamannya di Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, dekat sini.

Perkara ini disahkan anak keduanya Ruzaimei Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Bob Singah.

Allahyarham akan dikebumikan sebelum solat Zohor pada Sabtu di Tanah Perkuburan Kampung Bongek, Rembau, Negeri Sembilan.

Antara drama dan filem yang pernah dibintangi Allahyarham ialah PJ Holding, Sembilu Kasih, Sate, Maria Mariana, Impian, Kemarau Cinta.

Read more: http://www.kitabantai.info/2016/07/pelakon-veteran-aziz-singah-meninggal.html#ixzz4DFpldBS0
Follow us: @kitabantai on Twitter | kitabantai on Facebook

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Jul 3, 2016 8:09 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Kapal Dari Turki Belayar Ke Gaza, Bawa Hadiah Dan Bekalan Sempena Hari lebaran
siakapkeli.my

Sebuah kapal bantuan dari Turki yang membawa 11,000 tan dan sepasukan sukarelawan dilaporkan telah berlepas semalam menujuk ke Gaza.

Kapal The Lady Leyla ini telah berlayar menuju ke pelabuhan Ashdod Israel di mana bantuan ke Gaza akan dibawa masuk melalui sempadan Israel menggunakan jalan darat.

Kerajaan Turki dan beberapa NGO telah mengirimkan kira-kira 2,000 tan beras, 5,000 tan tepung, 3,000 tan gula, 500 tan minyak masak dan lebih 10,000 ribu paket makanan selain 130,000 pasang pakaian termasuk kasut dan barang mainan.

Ia adalah bekalan kepada penduduk Gaza yang bakal menyambut hari lebaran beberapa hari lagi di mana kapal berkenaan dilaporkan belayar selama 30 jam sebelum sampai ke perlabuahnAshdod.

Barang-barang yang dihantar berkenaan adalah hasil kutipan dari rakyat Turki, NGO-NGO dan dana kerajaan.

"Barang-barang yang dibawa di atas kapal berkenaana dalah ahdiah daripada rakyat Turki kepada saudara-saudara mereka di Gaza menjelang Aidil Fitri," kata Menteri Pembangunan Turki, Lutfi Elvan pada upacara perlepasan kapal berkenaan di perlabuhan Mersin.

"Ia adalah hadiah daripada saudara-saudara di Turki kapada saudara-saudara di Gaza"

Beliau dalam pada itu mengucapkan terima aksih tidak terhingga kepada Presiden Turki Recep Tayip Erdogan kerana pemulihan hubungan antara Turki dan Israel yang membolehkan bantuan kepada Palestin lebih mudah disalurkan.

Duta Besar Palestin ke Turki, Faed Mustafa memuji tindakan Turki berkenaan dengan meyifatkan Turki adalah sebuah negara yang menjadi pendokong utama kepada pembentukan negara Palestin.

Hubungan diplomatik antara Turki dan Israel dihentikan sebelum ini selepas tentera Israel telah menyerbu kapal bantaun Gaza milik Turki iaitu Mavi Marmara di perairan antarabangsa yang mengorbankan 10 orang sukarelawan. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Jul 3, 2016 8:09 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Isteri Maut Ditusuk Besi Penghadang Jalan
siakapkeli.my

DUNGUN, 1 Julai: Seorang wanita maut manakal suami dan anaknya cedera ringan selepas kereta mereka terlibat dalam satu kemalangan di KM 83, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, dekat Kampung Batu 5, disini hari ini.

Nur Mahidah Mohd, 22, yang cedera parah meninggal dunia di tempat kejadian, lapor BH Online.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 7 petang itu, kereta Proton Waja yang dipandu suami mangsa, Muhammad Syahir Muhammad Syafiq Chandran, 21, dipercayai terbabas ke kiri jalan selepas menuruni kawasan berbukit di situ.

Kereta yang dinaiki mangsa itu kemudian melanggar besi penghadang jalan sehingga menembusi kereta itu dan menikam isterinya.

Jenazah mangsa dihantar ke Bilik Forensik Hospital Dungun. Suami dan anak mangsa pula dihantar ke hospital sama untuk rawatan.

Ketika kejadian, tiga beranak terbabit dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kampung Limbong, Paka selepas membeli barang keperluan harian di bandar Dungun. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Jul 3, 2016 8:09 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Bomba Temui RM30,000 Dalam Kebakaran, Pulangkan Wang Kepada Pemilik
siakapkeli.my

JOHOR BHARU, 3 Julai: Seorang anggota bomba bukan sahaja menjalan tanggungjawab memadamkan kebakaran malah turut jujur dengan memulangkan wang tunai sebanyak RM30,000 yang ditemui ketika memadamkan sebuah premis yang terbakar.

Bomba tersebut, Hairul Mat Nin, 33, yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat Johor Bharu menemui wan gitu di sebuah kedai dua tingkat di Jalan Tanjung, Taman Penggawa Barat.

Hairul antara 16 anggota bomba yang dikejarkan ke tempat kejadian pada 4 petang Jumaat.

"Apabila tiba di lokasi kejadian, pemilik kedai memberitahu terdapat sejumlah wang disimpan di tingkat atas dan meminta kami untuk menyelamatkannya jika boleh.

"Apabila memasuki kedai itu yang masih terbakar, saya menuju ke tingkat atas dan menjumpai sejumlah wang tunai dalam mata wang asing dan tempatan yang tersimpan di antara dokumen, buku dan perabot di ruang tamu," kata bapa kepada dua anak itu sebagaimana lapor mStar Online.

Hairul berkata, wang tunai yang ditemui semasa memadam kebakaran itu merupakan nilai terbesar yang pernah ditemui.

"Pemilik premis memberi kepercayaan kepada saya untuk mencari wang tunai itu.

"Kami perlu mengembalikan kepercayaan ini dengan memulangkan wang tersebut kepada pemiliknya.

"Walaupun ia tugas sukar untuk memadam kebakaran terutama pada bulan Ramadan, apabila melihat senyuman pemiliknya ia sesuatu yang tidak ternilai," katanya. - Siakapkeli.my

Anggota Bomba Pulangkan RM30,000
kitabantai.info
Posted by Kita Bantai

JOHOR BARU: Bukan sahaja menjalankan tanggungjawab memadam kebakaran di sebuah kedai, seorang anggota bomba Hairul Mat Nin bertindak memulangkan wang tunai sebanyak RM30,000 yang ditemuinya ke pemilik premis tersebut.

Hairul, 33, yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat Johor Baru menemui sejumlah wang tunai itu di dalam sebuah kedai dua tingkat di Jalan Tanjung, Taman Penggawa Barat.
Beliau antara 16 anggota bomba yang dikejarkan ke lokasi kebakaran kira-kira pukul 4 petang Jumaat.
"Apabila tiba di lokasi kejadian, pemilik kedai memberitahu terdapat sejumlah wang disimpan di tingkat atas dan meminta kami untuk menyelamatkannya jika boleh.

"Apabila memasuki kedai itu yang masih terbakar, saya menuju ke tingkat atas dan menjumpai sejumlah wang tunai dalam mata wang asing dan tempatan yang tersimpan di antara dokumen, buku dan perabot di ruang tamu," kata bapa kepada dua anak ketika ditemubual di sini Sabtu.
Hairul berkata adalah menjadi kebiasaan anggota bomba terjumpa wang tunai atau barang berharga semasa memadam kebakaran tetapi insiden pada Jumaat merupakan antara nilai terbesar pernah dijumpai.
"Pemilik premis memberi kepercayaan kepada saya untuk mencari wang tunai itu.
"Kami perlu mengembalikan kepercayaan ini dengan memulangkan wang tersebut kepada pemiliknya.
"Walaupun ia tugas sukar untuk memadam kebakaran terutama pada bulan Ramadan, apabila melihat senyuman pemiliknya ia sesuatu yang tidak ternilai," katanya.
Hairul yang berkhidmat bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat selama 14 tahun memberikan wang tersebut kepada komander operasi jabatan itu, Khairul Azhar Abdul Aziz dan mereka bersama-sama memulangkannya kepada pemilik premis, Teo Kian Yong.
"Kami memuji sikap dan kejujuran Hairul dalam memulangkan wang dan menjaga nama baik jabatan ini.
"Kami berharap semua anggota bomba boleh melakukan perkara yang sama," kata Khairul Azhar.
Kedai tersebut yang menjual peralatan sembahyang musnah dalam kebakaran.
Anggota bomba mengambil masa selama 20 minit untuk memadamkan kebakaran itu.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Read more: http://www.kitabantai.info/2016/07/anggota-bomba-pulangkan-rm30000.html#ixzz4DL0U2Xkr
Follow us: @kitabantai on Twitter | kitabantai on Facebook

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Jul 3, 2016 8:10 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Bila Artis Berniaga Semua Orang Berebut Nak Beratur Nak Beli, Tapi Kalau Kawan Sendiri Berniaga...
siakapkeli.my

Perniagaan atas talian kini semakin pesat membangun dan berkembang di Malaysia, boleh di katakan apabila kita membuka Facebook sahaja, pasti akan ada iklan-iklan berniaga daripada rakan-rakan kita.

Ini kerana medium atas talian terutamanya media sosial merupakan satu medium yang cukup mudah untuk melakukan sebarang iklan tanpa perlu mengeluarkan kos.

Tapi, kebiasaannya kita lihat, apabila rakan kita atau kita sendiri berniaga ia seolah-olah tidak wujud, walaupun rakan ada beribu-ribu tetapi ia kebanyakkan seolah-olah dipandang sepi, tapi jika artis yang berniaga, dia mungkin orang yang pertama yang 'like' dan tempah.

Seorang pengguna Facebook bernama Niena Ismail telah berkongsikan satu artikel lebih kepada kiasan kepada netizen.

Jom kita baca.

Mindset & mindmad

Bila Nealofa jual tudung semua beratur beli

Bila Fizo Mawar jual tudung semua gaduh beli

Bila Anzalna jual baju kurung semua pakat beli

Bila Scha Alyahya jual blouse semua nak beli

Bila Che Ta jual jubah semua teruja nak beli

Bila Fynn Jamal jual seluar semua sawan beli

Bila Zizan jual t-shirt semua gairah nak beli

Walaupun pakaian yang mereka keluarkan tak patuh syariah... Walaupun pakaian yang mereka keluarkan indah khabar dari rupa.

Bila Betty Rahmad, Izzue Islam, Arja Lee, Tasha Shila, Kak Ogy, Yana Samsudin jual biskut raya... awal tahun lagi semua dah tempah. Walaupun tak sedap mana, harap glamour balang botol letak atas meja.

Bila revolusi minyak wangi artis menular...

Che Ta, Dato CT, Fazura, Shila Rusly, Rita Rudaini, Remy Ishak, Nealofa keluar jenama minyak wangi sendiri semua berebut beli. Walaupun sumber mereka dari tempat yang sama. Walaupun wangian mereka setanding minyak wangi roll on sebotol RM5 di booth-booth kecil pasaraya.

Semua beli saja. Habiskan wang gaji nak nampak glamour. Tawar menawar tiada. Beli saja...

Tapi.....

Bila kawan sendiri berniaga, tak lekang di mulut "TAK DAPAT KURANG KE?".... "MAHALNYA...", itu nasib baik beli juga katanya support member. Ada pula nak lalu kedai kawanpun tak selera. Nak like status business kawan-kawan pun berat jari tak sudi. Ada pula tu.... kawan jual barang artis ternama pun ada yang cakap "TAKPE LAA SAYA BELI DENGAN DEALER".

Come on laaaaa..... semua barang dipasaran tu ada kualitinya. Kalau kawan letak harga tinggi tu disebabkan modalnya. YANG PENTING.... JANGAN CONDEMN BILA KAWAN BERNIAGA. Kalau ada yang tak kena, tegur dan bagi nasihat membina.~ Niena Ismail

- Siakapkeli.my

P/S: Apa yang ditulis adalah pandangan dan nasihat peribadi dari puan Niena Ismail dan tiada kena mengena dengan kami di Siakapkeli.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Jul 3, 2016 8:10 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



RASANYA ADA YANG MENANGIS BILA BACA STATUS NI...
bloglist-malaysia.blogspot
naimnikmat.blogspot
Dicatat oleh Na'im Nikmat

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Jul 3, 2016 8:11 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Jangan Hancurkan Baju Melayu Tradisional - Tegur Jaafar Onn Berikutan Trend Baju Kurta Yang Semakin Popular
siakapkeli.my

3 Julai - Tidak salah jika dikatakan, hari raya Aidilfitri pada tahun ini akan dihiasi dengan pemakaian kurta dalam kalangan kaum adam di Malaysia.

Ini boleh dilihat apabila banyak baju tersebut dijual di tepi-tepi jalan mahupun secara online. Malah, ada juga designer dari Malaysia yang mencipta sendiri kurta untuk dijual khas sempena hari raya pada tahun ini.

Risau dengan perubahan trend dari pakaian tradisional ke kurta itu, selebriti tempatan, Jaafar Onn tampil berkongsi pendapatnya mengenai perkara itu.

Berikut adalah teguran dari Jaafar Onn berikutan peningkatan kepopularan kurta di Malaysia pada masa kini :

Perayaan tahun ini akan menjadi hancur bila baju kurta budaya india..Di ketengahkan saperti menyambut raya india...
Bagi saya mereka yang memakai baju kurta sbb tak mahu pakai songkok dan sampin...Jangan hancurkan baju melayu tradisional yang lengkap dgn sampin dan songkok..
Sudah lah pakai jean ketat dan tidak bersongkok..Lama kelamaan terhakis budaya yg di rusakkan olih generasi muda yg dan pereka pakaian memperkenalkan kurta d hari yg mulia....
Fikir2kan.....Sebelum budaya india jadi viral dihari yg mulia.....
Bagi mereka yang pakai baju melayu...Bersamping tapi tak pakai songkok..Satu lagi...Membuat saya meluat konon nak tunjuk rambut..Tapi ini merusak budaya.

Mungkin ada benarnya dengan apa yang diperkatakan oleh Jaafar Onn. Jika golongan-golongan muda tidak dibiasakan dengan pakaian tradisional; iaitu baju melayu yang lengkap bersampin dan bersongkok; mungkin suatu hari nanti baju itu cuma tinggal perkataan di dalam buku teks sejarah. - Siakapkeli.my

Sumber : Jaafar Onn

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Jul 3, 2016 8:11 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Sultan Johor Berkenan Pasang Plat F1 di Proton Perdana Baru
siakapkeli.my

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan memasang nombor plat kenderaan F1 yang dimenangi menerusi bidaan pada Proton Perdana milik baginda.

Nombor plat itu dipasang sendiri oleh baginda pada model terbaru Proton itu yang bernilai kira-kira RM130,000 di Istana Pasir Pelangi di sini hari ini.

Baginda kemudian memandu kereta Proton Perdana varian 2.0 liter itu bersama Ahli Lembaga Pengarah Proton Holdings Bhd, Datuk Zainuddin Che Din dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Ahmad Fuad Kenali.

Baginda memandu kenderaan itu dari Istana Pasir Pelangi menuju ke Istana Bukit Serene, di sini.

Pada Khamis lalu, Sultan Johor memenangi bidaan nombor plat kenderaan F1 iaitu turutan nombor pendaftaran baharu bagi Putrajaya.

Baginda membida nombor plat berkenaan sebanyak RM836,660.

Sumber: BH Online

Sultan Johor Menang Bidaan Nombor Plat 'F1'
siakapkeli.my

PUTRAJAYA 1 Julai - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar memenangi bidaan ke atas nombor pendaftaran kenderaan F1 dengan nilai sebanyak RM836,660.

Keputusan itu kini boleh dilihat di bahagian Pelesenan Kenderaan JPJ Putrajaya dan semua JPJ negeri bermula jam 3 petang tadi, lapor Utusan Online.

Sebelum ini, JPJ menganggarkan bidaan terhadap nombor F1 mencecah RM 1 juta.

Nombor plat F2 pula dibida pada harga RM514,800 oleh Goh Fong Yee, diikuti dengan nombor plat F9 oleh Trans Penang Inn Sdn Bhd serta F7 oleh Pli Trading Sdn Bhd dengan masing-masing dibida pada nilai RM404,800 dan RM396,000.

Nombor plat F8 pula dibida dengan harga RM385,000 oleh Tse Modul Inisiatif Sdn Bhd, diikuti F5 dibida oleh Wee Ka Keng dengan nilai RM366,250. Plat F333 dibida pada nilai RM355,000 oleh Lee Chan Char, diikuti F3 yang berharga RM344,300 oleh Herald Accord Sdn Bhd.

Nombor plat F22 dibida RM250,800 oleh Jajaran Kilat Enterprise manakala F4 dibida RM250,000 oleh Mohd Johann Hamzah, lapor BH Online.

Sultan Johor sebelum ini turut memenangi bidaan untuk nombor pendaftaran WWW1 dengan nilai RM 520,000. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: