Tuesday, July 26, 2016

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4552

10 Messages

Digest #4552

Messages

Mon Jul 25, 2016 8:37 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Tuan Guru Hj Salleh Musa: Permata Sukar Dicari Ganti

Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.net


1. Pemergian tokoh ulama, Tuan Guru Haji Salleh Musa merupakan satu kehilangan besar buat rakyat negeri Kedah khususnya dan umat Islam di rantau ini amnya. Beliau yang dikenali keilmuan dan keperibadian telah meninggalkan jasa sangat besar ke atas umat Islam.

2. Selaku Mudir Pondok Ar-Rahmaniah, ilmunya telah tersebar luas melahirkan para ilmuan agama yang bertebaran seluruh rantau ini menyampaikan Islam. Bahkan, sebagai bekas Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah beliau telah menggerakkan peranan penting memelihara kepentingan Islam.

3. Sepanjang hayatnya juga, beliau telah menjadi rujukan penting banyak pihak. PAS Kedah, bahkan Kerajaan Negeri Kedah semasa dipimpin Almarhum Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak turut mendapat sentuhan nasihat berharga daripada beliau.

4. Pemergian beliau bermakna terangkat juga ilmu sebagaimana hadis mengenainya yang disabda Baginda Rasulullah SAW. Menginsafi ianya tidak berganti, PAS Kedah berharap umat Islam terus istiqamah bersama saff ulama yang masih ada menghadapi pancaroba akhir zaman.

5. Ucapan takziah buat seluruh ahli keluarga beliau serta anak-anak muridnya. Semoga Allah mencucuri rahmat-Nya ke atas roh almarhum dan ditempatkan beliau di kalangan para Nabi, siddiqin dan syuhada.

*USTAZ DR AHMAD FAKHRUDDIN SHEIKH FAKHRURAZI*
Pesuruhjaya
PAS Negeri Kedah

Penghormatan terakhir menanti solat jenazah Allahyarham Tuan Guru Haji Salleh Sik

Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.net

Penghormatan terakhir menanti solat jenazah Allahyarham Tuan Guru Haji Salleh Sik. Orang ramai berpusu-pusu menenuhi lorong.

Kredit
Sh Zain

Pulangnya Ke Rahmatullah Tokoh Pendakwah Negeri Kedah

Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.net


Pulangnya Ke Rahmatullah Tokoh Pendakwah Negeri Kedah dianugerahkan pingat kebesaran oleh Sultan Kedah tahun 2009.

gambar kredit :Sh Zain

Yang Tengah

Pada tahun 2010, allahyarham diberikan anugerah Tokoh Pondok Negeri Kedah oleh Menteri Besar ketika itu, Allahyarham Datuk Seri Azizan Abd Razak serta dinobatkan sebagai Tokoh Ilmuan Daerah Sik pada 2011.

Anak Allahyarham Tok Guru Sampaikan Pesanan Terakhir Arwah Sebelum Meninggal Dunia
siakapkeli.my

Semalam ummat Islam di negara kita dikejutkan dengan berita sedih apabila Tuan Guru Haji Salleh Musa yang merupakan ulamak besar telah meninggal dunia.

Anak sulung Allahyarham, Zubir Salleh,52, telah menyampaikan pesanan terkahir Tuan Guru kepada masyarakat agar tidak lupa membuat kebajikan kepada dirinya.

"Tiga hari sebelum meninggal dunia, tuan guru pesan kepada masyarakat agar sentiasa jaga hubungan dengan ALLAH."

"Selain pesanan jaga hubungan dengan ALLAH, tuan guru pesan untuk buat kebajikan kepadanya sama ada sedekah bacaan Al-Quran atau amal kebajikan lain,"katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Menurut beliau lagi, Tuan Guru Haji Salleh tidak sedarkan diri pada tengah hari malam sebelum itu dan disahkan meninggal dunia jam 8.15 malam tadi di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar.

Sementara itu, sejak semalam dan pagi ini puluhan ribu orang telah datang menziarahi Allahyarham di Madrasah Ar-Rahmaniah dan jenazah Tuan Guru selamat dikebumikan kira-kira jam 11.30 pagi tadi. - Siakapkeli.my

Kredit: Sinar Harian

Tuan Guru Salleh Musa Meninggal Dunia
siakapkeli.my

SIK - Tokoh ulama negara, Tuan Guru Salleh Musa, 87, dilaporkan meninggal dunia kira-kira 8.15 malam tadi.

Pemergian arwah disahkan oleh anaknya,Muslim Salleh, 41, kepada portal Sinar Online.

Arwah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

Arwah, yang dilahirkan di Pekan Sik merupakan anak didik kepada beberapa tokoh ulama terkenal di Mekah seperti Syeikh Ismail Fathoni, Syeikh Abdul Qadir Mandili dan Syeikh Syed Alawi Al-Maliki.

Selepas pulang dari Makkah pada tahun 1963, beliau menyampaikan dakwah dan memenuhi jemputan masyarakat dalam majlis ilmu dan dilantik menjadi Mudir Madrasah Ar Rahmaniah bagi menggantikan ayahnya Tuan Guru Musa Salleh.

Al Fatihah

Sumber : Sinar Online

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Jul 25, 2016 8:37 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



LEPAS TENGOK GAMBAR NI, ORANG YANG PAKAI MOTOR BERKUASA TINGGI TAK BERANI LAGI HINA ORANG PAKAI MOTOR EX5
bloglist-malaysia.blogspot
naimnikmat.blogspot
Dicatat oleh Na'im Nikmat

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Jul 25, 2016 8:37 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Raja-raja Hilang Kepercayaan Pada Najib

Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.net

Kenyataan Majlis Raja-raja berkaitan 1MDB menunjukkan bahawa sultan-sultan tidak yakin dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata penganalisis.

John Pang, felo kanan di Sekolah Pengajian Antarabangsa S Rajaratnam, Singapura, membuat tafsiran itu memandangkan raja-raja Melayu tidak pernah merujuk secara khusus isu-isu kerajaan dalam kenyataan mereka.
Najib juga telah hilang keyakinan sektor masyarakat yang lain, kata Pang, seperti dilaporkan The New York Times.

Sementara itu, Pengerusi Institut Darul Ehsan (IDE) Redzuan Othman pula berkongsi pandangan sama susulan kenyataan raja-raja yang tidak pernah berlaku itu.

"Isu ini (1MDB) amat serius, jika tidak sultan-sultan tidak akan campur tangan.

"Biasanya sultan-sultan hanya ulas isu berkaitan kepentingan Islam dan Melayu dan tidak campur isu berkaitan pentadbiran," kata Redzuan kepada Malaysiakini.

Raja-raja Melayu mahu kerajaan menyelesaikan secepat mungkin siasatan berkaitan 1MDB dan mengambil tindakan tegas dan wajar terhadap pihak-pihak yang terlibat.

Baginda sekalian menegaskan semua pihak bertanggungjawab untuk memberi kerjasama sebenar dan jujur agar usaha serta maksud siasatan tersebut berjaya.

Ia berkata: "Kegagalan memberikan penjelasan dan jawapan yang meyakinkan, dikhuatiri telah mengakibatkan berlakunya krisis keyakinan".

Kenyataan itu dilihat memberi tamparan hebat kepada pentadbiran Najib yang dihantui dakwaan skandal 1MDB, syarikat pelaburan negara yang kini menanggung hutang besar.

Dana 1MDB turut dibelanja untuk bayar hutang judi

Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.net

BANGI, Khamis – Dana syarikat pelaburan negara yang diselubungi kontroversi, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang diseleweng turut dibelanjakan untuk bayaran perjudian, kata Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat dalam saman yang difailkan untuk menyita aset milik beberapa individu dan syarikat.

Selain itu dokumen saman yang difailkan di Los Angeles turut menyatakan dana berkenaan dibelanjakan untuk membeli aset defendan, selain membiayai gaya hidup mewah mereka yang turut berkonspirasi dalam penyelewengan itu.

Ini termasuk pembelian lukisan dan barang kemas, hartanah mewah dan membayar selebriti terkenal bagi menghadiri parti.

Defendan yang dinamakan dalam saman itu ialah anak kepada isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Datin Seri Rosmah Mansor dengan suami pertamanya - Riza Shahriz Abdul Aziz -; ahli perniagaan Jho Low; Tan Kim Loong (rakan sekutu Jho Low - pemilik beberapa akaun bank di mana dana 1MDB yang diseleweng dipindahkan) dan pegawai kerajaan Abu Dhabi, Khadem al-Qubaisi serta Mohamed Ahmed Badawy Al-Husseiny.

Dokumen itu turut menyatakan aset milik defendan adalah sebahagian daripada hasil lebih AS$3.5 bilion yang diselewengkan dari 1MDB dalam tempoh beberapa tahun lalu.

Penggunaan wang yang dilencongkan daripada dana 1MDB untuk kepentingan peribadi oleh mereka yang turut berkonspirasi serta sekutu mereka adalah tidak konsisten dengan tujuan 1MDB mengumpul dana dan 1MDB mahupun kerajaan Malaysia tidak menyedari apa-apa pulangan ke atas pembelian ini dan perbelanjaannya.

Timbalan Pengarah Biro Siasatan Persekutuan (FBI), Andrew McCabe, pada sidang media di Washington DC semalam, berkata wang yang dicuri itu adalah membabitkan pelaburan 1MDB yang didakwa digunakan untuk penerokaan minyak.

"Di atas kertas AS$1 bilion digunakan untuk kajian, sebaliknya digunakan untuk peribadi, termasuk membayar hutang perjudian di kasino di Las Vegas, kapal layar mewah, hiasan dalaman di London serta aset bernilai jutaan dolar, termasuk jet peribadi bernilai AS35 juta," katanya.

Beliau berkata, rakyat Malaysia telah ditipu pada skala yang sangat besar.

Siapa sebenarnya Malaysian Official 1?

Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
tranungkite.net

WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Rumah mewah, jet peribadi dan karya seni adalah antara 17 aset yang dimohon untuk dirampas oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) dalam saman sivil difailkan di Los Angeles, kelmarin.

Saman sivil itu mempersoalkan bagaimana harta itu didakwa dibeli di Amerika Syarikat (AS), Switzerland dan United Kingdom daripada dana 1MDB.
Dana itu didakwa digunakan untuk membeli estet mewah di AS, membayar perbelanjaan perjudian di kasino Las Vegas, memperoleh lebih AS$200 juta dalam hasil seni, melabur dalam projek utama pembangunan hartanah di New York, dan membiayai produksi filem Hollywood.

Saman itu turut menamakan Riza Shahriz Abdul Aziz, anak tiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low, Tan Kim Loong, serta pegawai kerajaan Abu Dhabi, Khadem al-Qubaisi dan Mohamed Ahmed Badawy Al-Husseiny dalam dakwaan penyelewengan dana tersebut.

Dalam dokumen 136 halaman itu turut mendakwa sebanyak AS$731 juta disalurkan dari 1MDB ke dalam akaun bank milik Malaysian Official 1. Namun, ia tidak menyatakan siapakah Malaysian Official 1 yang dimaksudkan itu.

Sebaliknya, ia hanya menyatakan Malaysian Official 1 sebagai pegawai berpangkat tinggi dalam Kerajaan Malaysia yang turut memegang jawatan yang berkuasa dengan 1MDB.

"Dalam semua masa yang relevan dengan aduan itu, Malaysian Official 1 adalah 'pegawai awam' sebagai istilah yang digunakan dalam 18 U.S.C. § 1956 (c)(7) (B)(iv) dan 'penjawat awam' sebagai istilah yang digunakan dalam Seksyen 21 Kanun Keseksaan Malaysia," kata dokumen itu.

Peguam Negara AS, Loretta E Lynch berkata, Najib tidak dinamakan dalam tindakan undang-undang yang difailkan DOJ

Menurut Lynch, ini kerana aduan adalah hanya untuk merampas aset 1MDB.

"Perjanjian kami hanya untuk merangka aduan seperti yang kami lakukan dalam hal pelucutan hak sivil. (Dan) ia adalah aduan terhadap wang atau aset sebenar berbanding terhadap individu. Kami tidak mempunyai pengumuman berhubung sesiapa yang tidak dinamakan. Jadi, ini akan jadi aduan yang bertujuan untuk menyita dan merampas aset tertentu yang dinyatakan," katanya.

----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:-
To:
Sent: Wednesday, July 20, 2016 11:49 PM
Subject: Fw: Sultan Perak Pula Tegur Terlalu Bergantung Pada Hutang...

Sultan Perak Pula Tegur Najib Terlalu Bergantung Pada Hutang...

bloglist-malaysia.blogspot

btmmari.blogspot

Written By canang

Ketika Negara mengalami masalah ekonomi dengan kejatuhan ringgit dan masalah hutang 1MDB, Sultan Perak memberi ucapan secara tidak langsung merujuk pentadbiran kerajaan yang banyak berhutang sehingga menimbulkan masalah ekonomi kepada negara dan rakyat.

Terlalu bergantung kepada hutang merupakan satu daripada antara banyak cabaran yang dihadapi amalan sekarang yang menjadi halangan serius untuk mencapai kemapanan, titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah.

Baginda bertitah perlu untuk mengenal pasti terlebih dahulu dan memahami cabaran seumpama itu dalam merangka strategi untuk mentransformasikan modal sistem kewangan sekarang kepada yang memudahkan pertumbuhan ekonomi di samping memastikan kemapanan.

Sultan Nazrin Shah bertitah demikian dalam ucapan baginda yang bertajuk 'Mencari Kemapanan: Peranan Kewangan Islam dalam Perubahan Transformasi" pada Persidangan Meja Bulat SC-OCIS Ke-6 mengenai Kewangan Islam di Ditchley Park, Oxfordshire.

Teks ucapan baginda dikeluarkan kepada Bernama.

Memetik Pertubuhan Pembangunan dan Kerjasama Ekonomi (OECD), Sultan Nazrin Shah bertitah "Paras hutang tinggi boleh mewujudkan kelemahan, yang meluaskan dan menyebarkan kejutan harga aset dan makroekonomi."

Ia juga "menghalang keupayaan isi rumah dan perusahaan kepada penggunaan dan pelaburan yang lancar dan kepada kerajaan untuk mengurangkan kejutan yang teruk," titah baginda.

Baginda bertitah kesan hutang memburukkan lagi impak negatif ke atas pasaran kewangan dan ekonomi semasa tempoh kegawatan.

"Terlalu bergantung kepada hutang mungkin akan menyebabkan gangguan teruk kepada pasaran serta kepada kestabilan sosio-ekonomi dan justeru itu perlu ditangani sekiranya kita mahu mencapai kemapanan yang lebih baik dalam sistem kewangan.

"Kebimbangan berkenaan dengan hutang menyokong pandangan Islam bahawa hutang amat tidak digalakkan dan model atau kontrak berasaskan ekuiti adalah pilihan kerana ia selaras dengan Maqasid al Syariah atau objektif Syariah," titah baginda.

Sultan Nazrin Shah, yang juga Penaung Diraja bagi Insiatif Kewangan Islam Malaysia bertitah, kebencian Islam terhadap hutang adalah berasaskan, antara lainnya, kepada kemungkinan akses kepada hutang mendorong seseorang itu berbelanja melebihi kemampuannya.

"Dan apabila seseorang berbelanja mengikut tahap kekayaan atau pendapatannya, kemungkinan beliau berdepan masalah kewangan adalah tipis dan justeru itu beliau mampu mengekalkan gaya hidupnya.

"Sebagai tambahan, hujahan ini boleh diguna pakai kepada sistem kewangan yang lebih besar. Tambahan pula, elemen perkongsian risiko sesuatu kontrak berasaskan ekuiti menggalakkan hubungan lebih saksama antara pihak-pihak yang berkontrak yang secara kolektifnya menjadi perkiraan yang lebih mapan," titah baginda.

Ucapan Sultan Perak ini penuh maksud atau sindiran terhadap kerajaan pimpinan Najib yang suka berhutang.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Jul 25, 2016 8:38 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Wanita Didenda Guna Nombor Plat Palsu "IJAN"
siakapkeli.my

KUALA LUMPUR, 22 Julai - Seorang ibu tunggal tiga anak didenda RM5,500 atau satu bulan penjara oleh Mahkamah Majistret hari ini kerana mempamerkan nombor pendaftaran palsu pada kereta Mini Cooper miliknya.

Hukuman itu dijatuhkan oleh Majistret Zuhair Rosli terhadap wanita yang berusia 43 tahun itu selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan mempamerkan nombor pendaftaran bukan kepunyaannya di Mini Cooper hitam itu.

Wanita itu didakwa kerana mempamerkan nomor pendaftaran palsu "IJAN" di Jalan Imbi di sini pada 11 pagi, 26 Jun lepas. - Siakapkeli.my

Sumber : Kosmo!

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Jul 25, 2016 8:38 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Rompak Duit Rakyat: Polis Terengganu keluarkan 14,744 saman sepanjang Op Selamat 9

Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.net

KUALA TERENGGANU: Polis Terengganu mengeluarkan sebanyak 14,744 saman membabitkan pelbagai kesalahan trafik sepanjang Op Selamat 9 yang bermula 29 hingga 13 Julai lalu.

Ketua Polis Terengganu Datuk Rosli Ab Rahman berkata jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 6,327 berbanding 8,417 saman yang dikeluarkan tahun lepas.

Katanya antara kesalahan tertinggi yang dicatatkan adalah kegagalan mematuhi had laju, memotong barisan, memotong di garisan berkembar dan menggunakan lorong kecemasan.

"Pada hari keenam paling banyak saman dikeluarkan iaitu 1,481 merangkumi semua jalan termasuk laluan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT 2) diikuti hari ke tujuh sebanyak 1,359 saman," katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan Rumah Terbuka Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu, di sini, pada Khamis.

Menurutnya dalam tempoh dua minggu itu juga sebanyak 607 kes kemalangan dicatatkan dan ia menunjukkan peningkatan sebanyak 26 kes berbanding 581 kes pada Op Selamat tahun lalu.

Jelasnya sebanyak 565 kemalangan melibatkan laluan biasa manakala 42 kes kemalangan lagi dicatatkan sepanjang laluan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT 2).

Rosli berkata jumlah kes kematian juga menunjukkan peningkatan sebanyak empat kes dimana pada tahun lalu hanya 12 kematian direkodakan namun sepanjang tempoh itu juga tiada kemalangan maut direkodkan di LPT 2 berbanding tahun lalu sebanyak dua kes maut dilaporkan.

"Sebanyak 14 kes kemalangan maut melibatkan 16 kematian dilaporkan di seluruh negeri ini melibatkan jalan negeri, persekutuan dan pantai..namun di LPT tiada kes kehilangan nyawa dalam tempoh itu.
Beliau berkata Kuala Terengganu merekodkan kes kemalangan tertinggi iaitu 217 kes diikuti Kemaman (90), Dungun (77), Marang (70), Besut (64), Setiu (61) dan Hulu Terengganu (28).

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Jul 25, 2016 8:38 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Bantahan konsert Selena Gomez diteruskan

Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
tranungkite.net

SETELAH Bantahan demi bantahan Dari Dewan Pemuda Pas Malaysia dan hari ini, Bantahan secara bersama Dewan-Dewan PAS Selangor telah di serahkan memorandum kepada Pihak YAB Menteri Besar Selangor agar mendapat perhatian daripada pihak Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor tidak membenarkan Program Konsert ini diteruskan.

Program yang akan berlansung pada 25 Julai 2016 ini, masih lagi memberi ruang kepada semua pihak tampil menyatakan bantahan terhadap aktiviti yang boleh merosakkan moral dan akhlak generasi pelapis anak-anak Selangor.

Dewan Pemuda PAS Selangor amat yakin, sekiranya suara rakyat yang cintakan kesejahteraan dalam negeri Selangor berterusan menyatakan bantahan terhadap Konsert ini, maka sudah pasti Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor akan mengambil perhatian.

Nabi pernah bersabda:

عن أبي سعيد الخدري قال : سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول : من رأى منكم منكرا فليغيره بيده ، فإن لم يستطع فبلسانه ، فإن لم يستطع فبقلبه ، وذلك أضعف الإيمان . رواه مسلم

Sesiapa yang dalam kalangan kamu melihat kemungkaran, hendaklah dia mengubah dengan tangan (Kuasa), jika kamu tidak mampu, ubahlah dengan lidah, jika kamu tidak mampu, ubahlah dengan hati (bertindak memberi respon kebencian terhadap kemungkaran itu).

Jesteru itu, Dewan Pemuda PAS Selangor menyarankan semua pihak tampil khususnya pihak NGO, komuniti masyarakat, Surau-Surau dan Masjid-masjid menyatakan bantahan terhadap Konsert yang melalaikan ini kepada pihak PBT dan kerajaan negeri Selangor. – HARAKAHDAILY 22/7/2016

PAS S'ngor kesal k'jaan negeri benarkan konsert Selena Gomez

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

Pimpinan sayap kanan PAS Selangor kesal dengan tindakan kerajaan negeri Selangor yang meluluskan konsert 'Selena Gomez – The Revival Tour' yang akan berlangsung di Stadium Melawati Shah Alam pada 25 Julai ini.

Kekesalan itu dizahirkan apabila Ketua Dewan Ulama PAS Negeri Selangor Riduan Rahmat, Timbalan Ketua Pemudanya Hanafi Zulkapli dan Ketua Muslimatnya, Wan Hasrina Wan Hassan menghantar memorandum bantahan di pejabat kerajaan negeri Selangor di Shah Alam petang tadi.

Ridzuan berkata, PAS tidak menolak hiburan tetapi konsert Selena ini dilihat boleh menjerumus kepada kehancuran dan mengundang masalah sosial di kalangan anak muda.

"PAS ini sebenarnya membenarkan hiburan tapi bila mana hiburan yang datang itu (tidak) membawa kepada kemungkaran dan kehancuran.

"Isu konsert ini bukan masalah hiburan tapi gejala dan diri penyanyi itu yang dikenali seorang yang membawa simbol seksi yang merosakkan anak muda kita hari ini." katanya kepada pemberita di Pejabat SUK.

Semalam Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata konsert itu akan diteruskan, walaupun mendapat bantahan kerana pihak penganjur menepati semua syarat yang ditetapkan.

Azmin yang juga timbalan presiden PKR berkata penampilan seksi artis itu bukan perkara penting dan tidak sepatutnya dijadikan isu.

Kesal Azmin anggap isu remeh

Mengulas lanjut Riduan berkata pihaknya kesal dengan kenyataan yang dikeluarkan Azmin kerana menganggap konsert itu sebagai isu remeh.

"Kita amat rasa sedih dan tidak puas hati seorang menteri besar yang beragama Islam anggap isu ini terlalu remeh," kesalnya.

Hanafi pula berkata konsert ini wajar dihentikan kerana ia hanya akan memberi kesan buruk kepada generasi akan datang.

"Mewakili anak muda, kita tidak mahu anak muda terjebak dengan budaya hedonism yang melampau dan masalah sosial yang mereka ini akan memimpin negara kita di masa akan datang," katanya.

Memorandum bantahan tersebut diterima oleh Ketua Setiausaha Sulit Kepada Datuk Menteri Besar Selangor, Mohd Shahrizal Bin Mohd Salleh.

Sewaktu serahan dibuat, Shahrizal berjanji, akan menyampaikan suara tiga dewan PAS Selangor ini kepada Azmin.

Ketika memorandum itu diserahkan, kira-kira 100 penyokong PAS hadir bagi membantah keputusan kerajaan negeri Selangor.

Bantahan konsert itu dilakukan tanpa dihadiri ADUN PAS dan exco kerajaan negeri PAS yang lain.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Jul 25, 2016 8:38 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Penceramah Bebas, Abang Long Fadhil Cedera Kemalangan
siakapkeli.my

Melaka, 22 Julai: Penceramah bebas, Muhammad Fadhil Husin, 29, atau lebih dikenali dengan nama Abang Long Fadhil cedera dalam di bahagian kepala dan tangan kira selepas Perodua Myvi yang dinaiki olehnya terbabit dalam kemalangan.

Harian Metro melaporkan, kereta Myvi yang dinaiki oleh Fadhil itu kemalangan dengan sebuah Proton Satria di Susur Masuk Plaza Tol Ayer Keroh dalam kejadian 2 pagi tadi.

Perodua Myvi sewa yang dipandu oleh rakannya yang dikenali sebagai Anas, 20-an, itu terbalik dan terserat di atas jalan selepa melanggar belakang Proton Satria yang terlibat. Anas cedera di lengan kanan.

"Kami dalam perjalanan dari Rawang ke Johor untuk menghadiri majlis keagamaan di Skudai, Johor.

"Saya berjaya keluar dari kereta melalui tingkap, hanya tiga kaca tertusuk di kepala, Alhamdulillah muka tidak apa-apa," katanya.

Fadhil juga bersyukur kerana ketika kejadian, ibunya tidak bersama mereka kerana mahu tinggal di rumah saudara di Rawang.

"Mujur Ibu saya tidak ikut sama, bagi saya semua ini sudah tertulis dan reda dengan ketentuan Allah SWT," katanya. - Siakapkeli.my

Kredit : Harian Metro

Penunggang Motosikal Maut Dalam Kemalangan Ngeri, Diseret 50 Kaki Hingga Putus Kaki
siakapkeli.my

Penduduk berhampiran persimpangan Bandar Bertam, Kepala Batas petang semalam dikejutkan dengan sebuah kemalangan ngeri membabitkan sebuah motosikal dan sebuah kereta, lapor Sinar Harian.

Ketika kejadian, mangsa berumur 40 tahun, dipercayai telah menunggang sebuah motosikal dari arah Kiosk Bertam untuk menuju ke Kepala Batas.

Namun ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat, sebuah kereta jenis Produa Kenari telah datang dengan laju daripada belakangnya merempuhnya menyebabkan mangsa diseret hampir 50 meter sebelum kereta berkenaan turut merempuh sebuah kereta lain jenis Produa Axia bewarna hitam kira-kira jam 2.30 petang.

Menurut sumber, mangsa yang merupakan seorang pekerja kontrak maut di tempat kejadian setelah dirempuh oleh kereta Produa Kenari tersebut yang datang dari arah Kubang Menerong.

"Ketika kejadian, mangsa dipercayai keluar dari simpang Bertam Kiosk selepas lampu isyarat bertukar hijau.

"Akibat rempuhan itu, mangsa terpelanting manakala motosikal jenis Honda Wave Future yang ditunggangnya diseret sejauh 50 meter oleh kereta berkenaan," katanya.

Akibat dirempuh, kaki kanan mangsa telah putus sebelum terpelanting ke atas jalan.

"Dalam masa sama, sebuah kereta Perodua Axia yang berada berdekatan mangsa dan menunggu pertukaran lampu isyarat turut dirempuh Perodua Kenari terbabit.

"Bagaimanapun pemandu dua kenderaan itu hanya cedera ringan dan dibawa ke Hospital Kepala Batas untuk mendapatkan rawatan," katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Azmi Adam ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

"Siasatan mengenai kejadian masih lagi dijalankan, mangsa yang maut dibawa ke Hospital Kepala Batas untuk dibedah siasat.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Jul 25, 2016 8:39 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Kereta RM 21 Juta Hancur Ketika Sedang Diuji
siakapkeli.my

Jerman, 19 Julai - Sebuah kereta Koenigsegg yang bernilai £4 million (RM21 juta) hancur ketika sedang diuji di litar di Nürburgring, Jerman.

Kereta model 'One:1' itu sedang diuji di litar berkenaan dalam kejadian yang berlaku pada Isnin.

Pemandu kereta berkenaan dikatakan hilang kawalan ketika sedang melalui bahagian yang paling sukar di trek tersebut.

Disebabkan itu, kereta terbabit melanggar penghadang jalan yang menyebabkan bahagian hadapan dan belakang kereta itu rosak teruk.

Kereta tersebut juga mengalami kebakaran kerana pelanggaran ketika bergerak dalam kelajuan tinggi.

Menerusi satu kenyataan, Koenigsegg mengesahkan bahawa pemandu kereta berkenaan dibawa ke hospital sebagai 'prosedur standard' dan dibenarkan keluar pada petang hari yang sama.

Syarikat itu menambah : "Koenigsegg adalah kereta berprestasi ekstrim dan mesti diuji sepenuhnya.

"Kebimbangan utama kami sentiasa pada keselamatan pemandu dan apa-apa ujian disusun dan dijalankan dengan sewajarnya.

Syarikat itu juga lega dengan insiden itu dengan berkata ia membuktikan sistem keselamatan pada kereta berkenaan terbukti boleh melindungi pemandunya.

Koenigsegg hanya membuat tujuh kereta model One:1 itu dan ia dipercayai kereta produksi yang terpantas di dunia.

One:1 dikuasakan dengan enjin 5 liter yang boleh menghasilkan 1,342 bhp dan kereta itu boleh mencapai 0-100 km/h dalam masa kurang dari tiga saat.

Kereta berkenaan boleh bergerak dari 0-400 km/h dalam masa 20 saat.

One:1 dijual pada harga pembukaan £2.8 juta (RM14 juta) oleh Koenigsegg namun versi 'development' kereta itu dijual pada harga £5.5 juta (RM28 juta) oleh pengimport kereta Supervettura.

One:1

Kereta One:1 yang terlibat dalam kemalangan itu menjadi mahal kerana pernah memegang beberapa rekod.

Rekod pusingan semasa untuk kereta produksi bagi litar Nurburgring - litar sepanjang 20 km - adalah enam minit 57 saat, yang dipegang oleh Porsche 918 Spyder. - Siakapkeli.my

Sumber : Metro.co.uk

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Jul 25, 2016 11:27 pm (PDT) . Posted by:

"bashah" bwasi

Selekoh menang,,kereta kalah

On Monday, July 25, 2016 11:40 PM, "'-:eSpAcE9808:-' rienacom@yahoo.com.sg [automobil]" <automobil@yahoogroups.com> wrote:


   

Kereta RM 21 Juta Hancur Ketika Sedang Diuji
siakapkeli.my 
Jerman, 19 Julai - Sebuah kereta Koenigsegg yang bernilai £4 million (RM21 juta) hancur ketika sedang diuji di litar di Nürburgring, Jerman.

Kereta model 'One:1&#39; itu sedang diuji di litar berkenaan dalam kejadian yang berlaku pada Isnin.

Pemandu kereta berkenaan dikatakan hilang kawalan ketika sedang melalui bahagian yang paling sukar di trek tersebut.

Disebabkan itu, kereta terbabit melanggar penghadang jalan yang menyebabkan bahagian hadapan dan belakang kereta itu rosak teruk.

Kereta tersebut juga mengalami kebakaran kerana pelanggaran ketika bergerak dalam kelajuan tinggi.

Menerusi satu kenyataan, Koenigsegg mengesahkan bahawa pemandu kereta berkenaan dibawa ke hospital sebagai 'prosedur standard' dan dibenarkan keluar pada petang hari yang sama.

Syarikat itu menambah : "Koenigsegg adalah kereta berprestasi ekstrim dan mesti diuji sepenuhnya.

"Kebimbangan utama kami sentiasa pada keselamatan pemandu dan apa-apa ujian disusun dan dijalankan dengan sewajarnya.

Syarikat itu juga lega dengan insiden itu dengan berkata ia membuktikan sistem keselamatan pada kereta berkenaan terbukti boleh melindungi pemandunya.

Koenigsegg hanya membuat tujuh kereta model One:1 itu dan ia dipercayai kereta produksi yang terpantas  di dunia.

One:1 dikuasakan dengan enjin 5 liter yang boleh menghasilkan 1,342 bhp dan kereta itu boleh mencapai 0-100 km/h dalam masa kurang dari tiga saat.

Kereta berkenaan boleh bergerak dari 0-400 km/h dalam masa 20 saat.

One:1 dijual pada harga pembukaan £2.8 juta (RM14 juta) oleh Koenigsegg namun versi 'development&#39; kereta itu dijual pada harga £5.5 juta (RM28 juta) oleh pengimport kereta Supervettura.

| |
| One:1 |

| |
| Kereta One:1 yang terlibat dalam kemalangan itu menjadi mahal kerana pernah memegang beberapa rekod. |

Rekod pusingan semasa untuk kereta produksi bagi litar Nurburgring - litar sepanjang 20 km - adalah enam minit 57 saat, yang dipegang oleh Porsche 918 Spyder. - Siakapkeli.my

Sumber  : Metro.co.uk  
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17. Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
#yiv8115354615 #yiv8115354615 -- #yiv8115354615ygrp-mkp {border:1px solid #d8d8d8;font-family:Arial;margin:10px 0;padding:0 10px;}#yiv8115354615 #yiv8115354615ygrp-mkp hr {border:1px solid #d8d8d8;}#yiv8115354615 #yiv8115354615ygrp-mkp #yiv8115354615hd {color:#628c2a;font-size:85%;font-weight:700;line-height:122%;margin:10px 0;}#yiv8115354615 #yiv8115354615ygrp-mkp #yiv8115354615ads {margin-bottom:10px;}#yiv8115354615 #yiv8115354615ygrp-mkp .yiv8115354615ad {padding:0 0;}#yiv8115354615 #yiv8115354615ygrp-mkp .yiv8115354615ad p {margin:0;}#yiv8115354615 #yiv8115354615ygrp-mkp .yiv8115354615ad a {color:#0000ff;text-decoration:none;}#yiv8115354615 #yiv8115354615ygrp-sponsor #yiv8115354615ygrp-lc {font-family:Arial;}#yiv8115354615 #yiv8115354615ygrp-sponsor #yiv8115354615ygrp-lc #yiv8115354615hd {margin:10px 0px;font-weight:700;font-size:78%;line-height:122%;}#yiv8115354615 #yiv8115354615ygrp-sponsor #yiv8115354615ygrp-lc .yiv8115354615ad {margin-bottom:10px;padding:0 0;}#yiv8115354615 #yiv8115354615actions {font-family:Verdana;font-size:11px;padding:10px 0;}#yiv8115354615 #yiv8115354615activity {background-color:#e0ecee;float:left;font-family:Verdana;font-size:10px;padding:10px;}#yiv8115354615 #yiv8115354615activity span {font-weight:700;}#yiv8115354615 #yiv8115354615activity span:first-child {text-transform:uppercase;}#yiv8115354615 #yiv8115354615activity span a {color:#5085b6;text-decoration:none;}#yiv8115354615 #yiv8115354615activity span span {color:#ff7900;}#yiv8115354615 #yiv8115354615activity span .yiv8115354615underline {text-decoration:underline;}#yiv8115354615 .yiv8115354615attach {clear:both;display:table;font-family:Arial;font-size:12px;padding:10px 0;width:400px;}#yiv8115354615 .yiv8115354615attach div a {text-decoration:none;}#yiv8115354615 .yiv8115354615attach img {border:none;padding-right:5px;}#yiv8115354615 .yiv8115354615attach label {display:block;margin-bottom:5px;}#yiv8115354615 .yiv8115354615attach label a {text-decoration:none;}#yiv8115354615 blockquote {margin:0 0 0 4px;}#yiv8115354615 .yiv8115354615bold {font-family:Arial;font-size:13px;font-weight:700;}#yiv8115354615 .yiv8115354615bold a {text-decoration:none;}#yiv8115354615 dd.yiv8115354615last p a {font-family:Verdana;font-weight:700;}#yiv8115354615 dd.yiv8115354615last p span {margin-right:10px;font-family:Verdana;font-weight:700;}#yiv8115354615 dd.yiv8115354615last p span.yiv8115354615yshortcuts {margin-right:0;}#yiv8115354615 div.yiv8115354615attach-table div div a {text-decoration:none;}#yiv8115354615 div.yiv8115354615attach-table {width:400px;}#yiv8115354615 div.yiv8115354615file-title a, #yiv8115354615 div.yiv8115354615file-title a:active, #yiv8115354615 div.yiv8115354615file-title a:hover, #yiv8115354615 div.yiv8115354615file-title a:visited {text-decoration:none;}#yiv8115354615 div.yiv8115354615photo-title a, #yiv8115354615 div.yiv8115354615photo-title a:active, #yiv8115354615 div.yiv8115354615photo-title a:hover, #yiv8115354615 div.yiv8115354615photo-title a:visited {text-decoration:none;}#yiv8115354615 div#yiv8115354615ygrp-mlmsg #yiv8115354615ygrp-msg p a span.yiv8115354615yshortcuts {font-family:Verdana;font-size:10px;font-weight:normal;}#yiv8115354615 .yiv8115354615green {color:#628c2a;}#yiv8115354615 .yiv8115354615MsoNormal {margin:0 0 0 0;}#yiv8115354615 o {font-size:0;}#yiv8115354615 #yiv8115354615photos div {float:left;width:72px;}#yiv8115354615 #yiv8115354615photos div div {border:1px solid #666666;min-height:62px;overflow:hidden;width:62px;}#yiv8115354615 #yiv8115354615photos div label {color:#666666;font-size:10px;overflow:hidden;text-align:center;white-space:nowrap;width:64px;}#yiv8115354615 #yiv8115354615reco-category {font-size:77%;}#yiv8115354615 #yiv8115354615reco-desc {font-size:77%;}#yiv8115354615 .yiv8115354615replbq {margin:4px;}#yiv8115354615 #yiv8115354615ygrp-actbar div a:first-child {margin-right:2px;padding-right:5px;}#yiv8115354615 #yiv8115354615ygrp-mlmsg {font-size:13px;font-family:Arial, helvetica, clean, sans-serif;}#yiv8115354615 #yiv8115354615ygrp-mlmsg table {font-size:inherit;font:100%;}#yiv8115354615 #yiv8115354615ygrp-mlmsg select, #yiv8115354615 input, #yiv8115354615 textarea {font:99% Arial, Helvetica, clean, sans-serif;}#yiv8115354615 #yiv8115354615ygrp-mlmsg pre, #yiv8115354615 code {font:115% monospace;}#yiv8115354615 #yiv8115354615ygrp-mlmsg * {line-height:1.22em;}#yiv8115354615 #yiv8115354615ygrp-mlmsg #yiv8115354615logo {padding-bottom:10px;}#yiv8115354615 #yiv8115354615ygrp-msg p a {font-family:Verdana;}#yiv8115354615 #yiv8115354615ygrp-msg p#yiv8115354615attach-count span {color:#1E66AE;font-weight:700;}#yiv8115354615 #yiv8115354615ygrp-reco #yiv8115354615reco-head {color:#ff7900;font-weight:700;}#yiv8115354615 #yiv8115354615ygrp-reco {margin-bottom:20px;padding:0px;}#yiv8115354615 #yiv8115354615ygrp-sponsor #yiv8115354615ov li a {font-size:130%;text-decoration:none;}#yiv8115354615 #yiv8115354615ygrp-sponsor #yiv8115354615ov li {font-size:77%;list-style-type:square;padding:6px 0;}#yiv8115354615 #yiv8115354615ygrp-sponsor #yiv8115354615ov ul {margin:0;padding:0 0 0 8px;}#yiv8115354615 #yiv8115354615ygrp-text {font-family:Georgia;}#yiv8115354615 #yiv8115354615ygrp-text p {margin:0 0 1em 0;}#yiv8115354615 #yiv8115354615ygrp-text tt {font-size:120%;}#yiv8115354615 #yiv8115354615ygrp-vital ul li:last-child {border-right:none !important;}#yiv8115354615

Mon Jul 25, 2016 8:39 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Promosi Kopi Macam Nak Berperang, Polis Tahan Kenderaan Milik Syarikat Kopi Terkenal
siakapkeli.my

Gara-gara mengubahsuai kenderaan kepada replika trak pelancar roket tentera, sebuah kenderaan milik sebuah syarikat menjual minuman kopi terkenal telah ditahan di Jalan Semarak Api, Cyberjaya semalam, lapor Harian Metro.

Tindakan diambil kira-kira jam 11.30 pagi semalam selepas orang awam telah membuat aduan di balai Cyberjaya mengatakan terdapat sebuah trak pelancar roket tentera berkeliaran di kawasan berkenaan

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, pengadu bersama anggota polis kemudiannya telah ke lokasi kenderaan itu dilihat dan hasil rondaan serta pemerhatian menemui kenderaan itu dengan dua replika pelancar roket di atasnya.

"Pengadu dan anggota menghampiri kenderaan berkenaan serta mengarahkannya berhenti untuk pemeriksaan dan susulan itu, dua lelaki masing-masing berusia 28 dan 24 tahun ditahan serta dibawa ke Balai Cyberjaya untuk tindakan lanjut.

"Berikutan itu, polis merampas kenderaan berkenaan dan kedua-dua lelaki terbabit diikat jamin semalam," katanya ketika dihubungi hari ini.

Abdul Aziz berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana mengubah suai kenderaan. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: