Wednesday, July 27, 2016

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4553

10 Messages

Digest #4553

Messages

Tue Jul 26, 2016 8:36 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Hang kata aku baling gelas pun tak pecah kan? Nak tengok?Mai..!
bloglist-malaysia.blogspot
dollahyankee.blogspot
Posted by dollahyankee Numero Quarto

"Walapun tidak sebut nama Najib, orang yang ada duit RM681 juta dalam AmBank, semua orang tahu ia Najib. Orang yang berkuasa ke atas 1MDB, semua tahu itu Najib.

"Semua perkara yang dikaitkan dalam konteks 'Malaysian Official 1' dengan Najib didapati sama. Ini memang Najib. Saya tidak tahu kenapa tak sebut sahaja nama Najib.

"Dia sebut nama orang lain bukan Najib. Jadi Najib dan pihak yang menyokongnya (yang dok makan dedak) berpendapat kononya nama dia tidak disebut, maka dia tak bersalah, ini namanya 'Wishful thinking'."

Dr Mahathir telah mencabar untuk berdebat dengan pihak yang melabelkan beliau 'nyanyuk' berhubung campur tangannya dalam isu 1MDB.

"Depa kata saya nyanyuk. Nak kata saya t katalah. Tetapi kalau nak tengok saya nyanyuk atau tidak, mai kita berbahas, saya sanggup berhadapan dengan mana-mana pihak yang kata saya nyayuk.

"Biar kita tengok siapa yang nyanyuk, biar semua orang tengok siapa yang baling gelas pun tak pecah. ini negara saya saya rakyat dalam negara ini, saya ada hak."

dollah yankee - Mau kumpul gelas kaca-kaca yang pecah tu, hempuk pula kat kepala si Nazri yang botak tu... Kah..Kah..Kah..

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Jul 26, 2016 8:36 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Pernah Ditipu Dalam Projek Perumahan Alfafa? - Baca Pendedahan Ini.
bloglist-malaysia.blogspot
sozcyili.blogspot

Assalamualaikum buat rakan-rakan FB sekalian,
Terima kasih atas respon sokongan Tuan-Puan sekalian terhadap saman pemula yg dikemukakan oleh Norsham dan Alfafa melalui Rahmah & Co.

Ia memberi suntikan semangat kepada saya utk menghadapi mereka di mahkamah esok.

InsyaAllah Khamis 28 Julai 2016 saya akan hadiri sendiri sesi sebutan kes ini pada jam 9:00 pagi di Tingkat 3 Mahkamah Tinggi Shah Alam, bersama peguam.

Walaupun boleh sahaja saya saya wakilkan kpd peguam utk sebutan kes esok, tapi elok juga saya datang utk berhadapan sendiri dgn Norsham, itupun jika dia ada. Boleh selfie-welfie apa yg patut :)

Jika ada mangsa-mangsa Alfafa yg berkepingin jumpa dgn Norsham dan peguamnya Rahmah, boleh datang sekali utk tanyakan soalan berkenaan rumah-rumah yg dijanjikan siap sepatutnya pada Mei lepas.

Buat rakan-rakan yg ingin hadir esok pagi, boleh datang pada waktu dan lokasi yg dimaklumkan.
Juga jika ada media utk membuat liputan, boleh hadir bersama. Saya tiada plan utk adakan sidang media, tapi jika ada yg ingin menemuramah saya alu-alukan.

Rakan-rakan sekalian,

Ada juga cadangan utk membuat kutipan sumbangan bagi menampung tabung guaman bagi kes ini sebagai tanda sokongan. InsyaAllah saya akan bincangkan dengan peguam esok hari.

Melalui verbal saya dimaklumkan, jika ia dibawa ke sesi perbicaraan akan memakan tempoh yg panjang dan kos yg tidak kurang dari 5 angka sebagai yuran profesional pasukan peguam.

Tindakan sebegini, sebenarnya tidak lain tidak bukan adalah utk menggertak saya supaya tidak lagi utk bongkarkan kebobrokan Alfafa yg saya buat sejak 3 tahun lalu.

InsyaALLAH, ia tidak sekali-kali menggentarkan saya apatah lagi untuk saya berpatah balik membongkar kes-kes penipuan skim-skim too good to be true Alfafa dan skim-skim lain.

Saya tidak menyangka pun, hobi saya membongkar skim-skim too good to be true ini membawa kepada kes mahkamah.

Sepanjang pengalaman saya sebagai perunding dalam bidang servis kewangan membanteras dan membongkar skim-skim mengarut sebegini, saya kira ini antara skim yg pling lama saya lawan dan bertahan.

Berbanding skim-skim sebelum ini sedari zaman skim BuluhMas, Infinity Downline, Geneva, Tok Belagak, YSLM, Wadiah Trading, Highway Group, ARBA, MeccaFund - hampir kesemunya sudah terkubur dan kalau ada pun sudah beberapa kali diambil tindakan oleh pihak berkuasa.

Tapi skim Alfafa ini mampu bertahan kerana perjanjian mereka mengambil masa 3 tahun utk siapkan rumah yg ditempah. Dalam tempoh 3 tahun, berapa ramai yg terpedaya dan berapa banyak jumlah yg dikumpul.

Buat para mangsa dan pembeli Alfafa, sekarang adalah masa terbaik utk bertindak. Laporan rasmi perlu dibuat supaya pihak berkuasa dapat mengambil tindakan. Jika ia dibuat secara berkumpulan, ia lebih mudah diselesaikan dan menjimatkan kos guaman. Selagi tiada laporan, tiada sebarang tindakan yg boleh diambil.

Kepada Norsham, Geng Alfafa dan peguam Rahmah, bersedia utk ditelanjangkan di mahkamah.

Rakan-rakan sekalian,

Mohon doa semua utk saya hadapi kes ini dengan jayanya.

Mohon kongskan status ini supaya lebih ramai lagi yg buka mata dan tidak terpengaruh dengan skim-skim too good to be true sebegini.

Sekian, wassalam.

Afyan Mat Rawi
www.afyan.com

Kalau takut dengan risiko, usah bicara soal perjuangan.

Kalau takut dengan scammer, usah bicara soal perjuangan melawan skim too good to be true.
Lawan tetap lawan!

Sumber.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Jul 26, 2016 8:37 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



GAJI TUKANG CUCI DI SINGAPURA MENYAMAI GAJI JURUTERA DI MALAYSIA, TAK PERCAYA KORANG TENGOK GAMBAR NI...
bloglist-malaysia.blogspot
naimnikmat.blogspot
Dicatat oleh Na'im Nikmat

Di Singapura tiada sumber asli seperti minyak, kelapa sawit dan pokok getah tp mereka berjaya menjana ekonomi ke tahap paling maksimum, apa rahsia mereka? Jawapannya mudah, sebab mereka tiada UMNO/BN...

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Jul 26, 2016 8:38 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



"Malam Karang Saya Belanja KFC Untuk Awak Semua Makan," Reaksi Spontan Sultan Johor Jumpa Pelajar Tepi Pantai
siakapkeli.my

Alangkah gembiranya pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kangkar Pulai, Johor Bahru, apabila mereka terjumpa kelibat orang yang paling disayangi di negeri berkenaan iaitu Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Mereka yang bersiar-siar di tepi pantai tidak menyangka akan berjumpa dengan Baginda Sultan di mana pelajar-pelajar berkenaan mengikuti aktiviti kem motivasi di Kem Pusat Kemecerlangan Pembangunan Islam Yayasan Pelajaran Johor di Sekakap, Mersing yang tidak jauh dari Istana Sri Mersing milik Sultan Ibrahim.

Mereka yang melihat Baginda yang memandu Land Rover berwarna oren telah melambai-lambai tangan dan mendekati Tuanku.

"Makan sedap tak semua," tanya Tuanku Sultan kepada mereka.

"Belum makan lagi, lapar," jawab pelajar-pelajar berkenaan.

"Ala kesiannya, nak saya belanja makan, nanti saya hantar KFC," bagitahu baginda membuatkan pelajar-pelajar berkenaan melonjak gembira.

Kelihatan ada pelajar yang mencium tangan Baginda sebagai tanda terima kasih dan hormat kepada pemimpin nombor satu Johor berkenaan.

Ternyata sifat baginda yang begitu merendah diri sebagai seorang pemimpin mendapat pujian ramai rakyat termasuk bukan dari kalangan rakyat negeri Johor. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Jul 26, 2016 8:38 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



"Jangan Guna Air Sejuk, Air Ais Atau Ketulan Ais Untuk Turunkan Suhu Jika Anak Anda Demam" - Dr. Abdul Rahim
siakapkeli.my

Sudah menjadi kebiasaan ramai ibu bapa diluar sana yang memilih menggunakan air sejuk untuk diletakkan di dahi atau kepada anak apabila demam di mana iainya dikatakan bertindak untuk menurunkan suhu badan.

Namun tahukah kita yang tindakkan berkenaan sebenarnya salah.

Seorang doktor bernama DrRich DrRahim telah tampil mengulas hal ini di mana beliau memberitahu cara yang betul untuk merawat anak yang deman.

Jom kita baca.

ILMU KESIHATAN. Artikel 374.

" Doc Boleh tak Anak saya Mandi Ketika Demam?"

Soalan di atas banyak di soal pesakit doc ketika doc merawat pesakit2 doc di Klinik doc. Doc rasa tanggungjawap memberi penjelasan dibawah supaya insyallah anak bangsa doc PANDAI jaga anak ketika mereka DEMAM. Harap JANGAN PENGARUH org keliling...tpi doc harap anda BERTINDAK dengan ada ILMU dan amal cara yg BETUL...OK!!

1. Apa tu DEMAM?

Demam adalah naiknya suhu badan dr suhu normal 36-37.5 Celcius....iaitu lebih 37.5 °C. Demam sbgai pertahanan badan si bayi jika ada serangan bakteri/virus. Ketika ni suhu badan naik automatik sbb sicomel sedang bergusti sendiri melawan infeksi tu. Itulah kita sbg emak bapa relax je le jika bayi tu tetap aktif bermain,minum & makan OK. Tak perlu berinya ubat penurun panas. Biarkan saja tubuhnya bekerja secara alami.

2. Doc senaraikan cara2 menurunkan suhu tubuh bila DEMAM.

A. Gunakan kain tuala kecil di basahkan dgn AIR PANAS SUAM (Tapid Sponging) lalu diletak di dahi, perut, leher, ketiak & celah paha. Air hangat suam ni bantu pembuluh darah di kulit mengembang lalu membuka pori2 & mudahkan mengeluarkan panas dr dlm tubuh.

B.***Adalah satu KESILAPAN jika anda:

1. Menggunakan air sejuk, air AIS, atau KETUL AIS...sbb hal ni bukannya menurunkan suhu tubuh tapi MENINGKAT lagi suhu badan, krn air yg dingin menyebabkan pembuluh darah dikulit mengecut sehingga panas yg dibawa darah ke kulit terhalang.

2.Apa tah lagi bila DEMAM ada yg suruh mandikan anak dgn AIR SEJUK. Kesian si anak lagi mengigil serta lagi naik demamnya. Klu nak buat esperimen...hihihi jika kita emak ayah DEMAM....cuba pi terus MANDI AIR SEJUK......Pijak lantai bilik air pun dah mengetar...apatah lagi MANDI AIR SEJUK!! Klu PERIOK YANG PANAS JIKA DIBASUH AKAN BERASAP...Biar periok tu sejuk dulu...baru basuhkan....bukan??

3. Hindari menyelimuti Si Comel yang demam atau memakaikan baju yg tebal seperti jaket atau pakaian ketat yg dapat meningkatkan suhu badan. Sebaiknya gunakan pakaian yg tipis & longgar, yang dapat menyerap peluh sehingga suhu badan Si Comel menurun ke normal.

4.Demam paksa badan mengeluarkan cairan lebih banyak...seperti peluh dan kencing. Maka rajin2lah menyusu atau beri air yg banyak kpd bayi anda untuk elak dehidrasi. Lagi banyak cairan diberi maka lagi banyak cairan keluar melalui urin yg juga menolong menurunkan suhu badan yg panas!!.

5. Kalau nak dimandikan juga bayi/kanak yang panas di BOLEHKAN! tapi air yg digunakan harus air yang hangat suam, JANGAN air SEJUK. Dengan begitu tubuh jadi segar & nyaman. Setelah mandi, keringkan tubuh dgn kain tuala & terus cepat tutup badan dgn pakaian.

6. Anak tak perlu mkn ubat jika ia demam tapi boleh main, makan minum saperti biasa. Hanya jeram jelum anggota badannya dgn air panas suam. Ubat diberikan jika suhu badannya mencapai lebih dr 38 °C. Klu bayi/anak anda DEMAM PERPANJANGAN lebih 2 hari....dan kelihatan lesu, hilang selera mkn minum, panas kejang, susah bernafas, muncul bintik merah atau biru di tangan, muntah, cirit,...ini tabda INFEKSI KUMAN/VIRUS yg tubuh vayi/kanak TAK DAPAT MELAWAN....segeralah bawa ke doktor.

Doctor akan siasat ounca panas dan infeksi tersebut. Mungkin antibiotik diperlukan

* Nasihat doc. Segera rawat DEMAM ANAK ANDA. ELAKNYA drp SAWAN PANAS TARIK "Febrile Fit"....next Artikel doc....sabar ye!!

- Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Jul 26, 2016 8:40 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Nak Tengok Perempuan Betul-Betul Cantik? Tengoklah Perempuan Yang Dah Ada Anak
siakapkeli.my

Kecantikan seorang wanita amat terserlah apabila mereka belum kahwin, semua wanita kelihatan cantik dan kemas dengan pelbagai hiasan badan.

Perempuan kalau cantik masa bujang tu normal. Tanggungan tiada. Anak tiada. Paling2 sakit kepala memikir tentang 'boyfriend' atau pening kepala memikirkan kemana pula lokasi untuk pergi bercuti.

Kalau kita semua hendak tengok perempuan itu betul-betul cantik atau tidak, tengoklah perempuan yang sudah mempunyai anak, yang sudah menjadi ibu.

Kenapa perlu tengok perempuan yang sudah menjadi ibu? jom saya terangkan.

Kalau nak tengok perempuan tu betul cantik ka tidak. Tengok yg dah ada anak. Yg dah jadi mama..
Sbb apa..? Ok... Let me tell you.
A mother.

A MOTHER

✅ Badan pernah jadi expand mengalahkan gajah bunting, hidung jadi macam gobuk, paha macam kaki gajah, perut bermacam design mengalahkan kain batik. Tetapi masih boleh maintain slim selepas beranak.

✅ Beside hectic work schedule, stress tahap gaban, masalah dunia yang sentiasa tidak adil, apabila pulang ke rumah mereka masih boleh melayan anak dengan penuh kasih sayang.

✅ Kepala pusing, headache, demam teruk, tetapi mereka masih gagah bangun tengah malam buat susu anak.

✅ Penat macam mana sekali pun, tetapi mereka masih boleh alert semasa tidur. Terpaksa tidur-tidur ayam. Tidur pun tak boleh bebas sebab bimbang baby kena onsit.

✅ Multitasking. Boleh buat double triple job untuk isi perut-perut si kecil di rumah.

✅ Beside all the stress from work/friends/collegue etc, but can still appear beautiful, nice and sweet.

✅ Anak-anak terurus walaupun sibuk dengan urusan office dan house chores.

Sebenarnya menjadi ibu ini bukan susah mana pun. Get pregnant and after 9 months, there you are, CONGRATULATION! You are a mom! But that's not it, di situlah kehidupan bermula.

Part raising a child itu yang mencabar. Sebenarnya tak susah pun, mencabar yes, but that is what we call life. Sebab I believe setiap anak ada rezeki masing-masing. God will not give you a baby if He know that you are not capable of raising a child. So, jangan takut untuk menjadi ibu. Penat memang penat, but it's all worth it.

Belum ada anak, cantik, menawan, terurus dan macam-macam lagi, semua orang boleh buat. Tetapi untuk tampil cantik dan kemas saja selepas sudah ada anak, belum tentu orang boleh buat.

To Gorgeous Mother out there and to all the single mother out there, SALUTE!

SUMBER

- Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Jul 26, 2016 9:37 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Kos Projek Keretapi Laju Naik 2 Kali Ganda Kerana Ada Konspirasi Nak Bayar Hutang 1MDB Lapor Sarawak Report.
bloglist-malaysia.blogspot
amenoworld.net

Ini versi copy paste je. Untuk mudahkan pembaca-pembaca yang gagal akses Sarawak Report dan malas nak cari jalan untuk skip sekatan yang dikenakan oleh SKMM.

Secara ringkasnya Sarawak Report mendedahkan beberapa perkara iaitu ;

1. Mereka telah berjaya mendapatkan satu maklumat sulit berkaitan pembinaan keretapi laju.

2. Projek keretapi laju tu ialah satu projek usahasama dengan syarikat China.

3. Projek itu dianggarkan bernilai 30b. Tetapi nilai itu meningkat dua kali ganda (bakal diluluskan) iaitu dianggarkan sebanyak 60b.

4. Sumber dalaman menyalurkan maklumat bahawanya proposal berkenaan peningkatan kos itu sedang dalam kelulusan. Kertas kerja dah siap dan sekarang neh ianya dalam penilaian menteri2 kabinet dan dijangka apa proceed seperti biasa.

5. Peningkatan kos itu berlaku disebabkan mahu mendapatkan wang tambahan sesegera yang mungkin bagi membayar hutang 1MDB (Jho Low).

6. Whistle-blower turut mendedahkan bahawanya 30b yang lain akan disalurkan kepada anak-anak syarikat berkaitan 1MDB.

7. Dibayangkan juga seolah2 syarikat China yang dibackup oleh kerajaan China sepertinya mengetahui tentang hakikat ini dan bersetuju dengan peningkatan kos tersebut kerana bakal memperolehi reward yang generous dari kerajaan Malaysia. Tanah, pengaruh dari kerajaan serta diberikan hak untuk mendapatkan keuntungan semaksima yang mungkin adalah apa yang dipersetujui antara kedua-dua belah pihak.

8. Turut dinyatakan bahawa syarikat China tersebut dikecualikan dari GST selama 10 tahun.

9. Najib memerlukan sekurang2nya 7.5b USD = 29b Ringgit Malaysia bagi melupuskan kesemua hutang2 dan notis tuntutan hutang terhadap 1MDB.

Berdasarkan kepada dokumentasi-dokumentasi yang didapati di portal SR, aku dapati ada banyak tulisan cina. Adakah pihak kita yang membocorkan maklumat ataupun dari pihak sana?

Dan ini adalah versi penuh laporan Sarawak Report. Baca dan nilai kebenarannya sendiri.

---------------

Marked "For Internal Use Only" an Appendix to a Term Sheet due to be approved by the Malaysian Cabinet today (27th July) lays out in detailed figures how Najib plans for over US$7 billion in accumulated 1MDB/Jho Low company debts to be wiped out by taxpayers in a secret deal between his Ministry of Finance and the Chinese state company CCCC (China Communications Construction Company).

The PM's 'cunning plan' is to get the Malaysian Government to agree to inflate the actual cost of the East Coast Rail Project from only RM30 billion to RM60 billion, all to be borrowed from the Chinese Government, in order to disguise the payment of 1MDB's (and Jho Low's) company debts!

Sarawak Report can reveal the secret figures behind the deal, which has been inflated 100% to hide the payments for 1MDB!
A whistleblower, who has supplied full details of the project, described the plan to Sarawak Report:
"The Malaysian Government is planning to award an overvalued project to launder money in order to fill the loophole of 1MDB.
The plan is to award the East Coast Rail Project to a Chinese Company, China Communication Construction Company Limited (CCCC). The initial budget for the project is MYR 30b, but they have overvalued the project for another MYR 30b, making it MYR 60b. The extra MYR 30b will be use to launder out cash to 1MDB related companies.
The project has been proposed to the cabinet on 25/7/2016 and will be approved by the cabinet on 27/7/2016 with total value of MYR 60b.
The Chinese company, which is backed by the China Government, will help pay off the 1MDB dept in advance and progressively. In return, this Chinese company will be rewarded with high profits and land, and of course extra influence with the Malaysian government".
Doubling the cost of mega-project
The outrageous plan is blatantly laid out in the term sheet and internal report, which have been leaked to Sarawak Report.

The report says baldly that the actual cost of building the railway, has only been estimated by CCCC at RM27 billion. However, there is to be a so-called "Additional Differential" cost of RM29.85 billion, which will more than double the cost to make a total bill of RM60 billion, including a fat percentage of profit for the company (handily based on the total and not just the construction costs):

Najib plans to double the cost of the Railway to RM60 billion to hide his 1MDB missing money
The company makes no bones about the incentives provided by the Malaysian Government in this "Direct Contract", meaning that there was no open tender to get the best deal for the project.

CCCC says it has been given land on generous terms, including a chunk of land which was given cheap by Najib to 1MDB, then inflated in value at Ayer Item – the land which is valued at US$1.3 billion will be offered to CCCC for US$850 million.

CCCC will also gets tax breaks including from GST for the next ten years. And then, as a Chinese State-owned company CCCC notes the benefit of the extended influence over Malaysia the project and the massive loan of the cash (at a generous 2% interest rate) will provide.

So much for Najib Razak's much vaunted 'inward investment' plans from fellow Islamic countries and his stirring of hatred against the so-called 'Chinese Tsunami'!

What is in this deceitful deal for the Chinese?
Just take a look!
Sneaking 1MDB's debts into the project
The quid pro quo for the Chinese partners in this lucrative deal is to assist in Najib's corrupted exit strategy for getting shot of his multi-billion dollar debts at 1MDB at a total cost of US$5.63 billion!

The first priority being to get 1MDB off the hook over its outstanding payments to Abu Dhabi's IPIC. In the first instance this will be achieved through the payment of the $850 million to 1MDB for the Ayer Item land, but after that the company will assume the repayment of the remaining debts for the disastrous 'power purchase' and 'strategic partnership loans' which lost billions (mainly stolen).

The Malaysian taxpayer will of course have to pay the whole lot back with interest over the next 7 years in payments, all planned to be disguised by the inflated Rail Project!

Sneaking a write off of 1MDB's debts in an up-front payment
Laughably, this outlay is set to be disguised by a repayment in 'assets' valued to the same amount of US$5.63 billion.

The assets concerned are largely duds – vaunted 'liquid and cash assets' tucked away by 1MDB in dodgy bank accounts, including the 1MDB Brazen Sky account at BSI (alleged worth $940 milllion) and also the supposed assets of 1MDB Global at BSI, (alleged worth US$1.56 billion).
Significantly, we note that the 1MDB Global money, which was raised through a Goldman Sachs loan, is now also described as 'Units', raising the probability that these are in fact worthless pieces of paper representing bogus investments, similar to the 'Units' in Brazen Sky, which would imply, that like the PetroSaudi funds, the billions raised by 1MDB Global have all been stolen:

Worthless 'units' from Brazen Sky and 1MDB Global are being dumped into the deal as if they had been 'bought', whereas in fact all costs are being separately covered by the 'additional items' on the inflated projected
List of Payments totals US$7.5 billion/ RM29.8 billion

Just last week the United States DOJ explained in searing detail how all that missing 1MDB money, which is now being sneaked onto the East Coast Rail tab, was stolen by Najib and his family and associates, including Jho Low and IPIC's Khadem Al Qubaisi, to be spent on gambling, drinking, jets, yachts, record-breaking fine art purchases (in many cases depicting under-dressed female forms).
The report sheet in our possession lays out in precise detail what CCCC/The Chinese Government has agreed to funnel through the project, in order to get Najib off the hook on all his problems.

The astonishing list contained in an Appendix to the agreement is clearly costed and totals over US$7,5 billion. It includes writing off 1MDB's debts to the Abu Dhabi sovereign wealth fund IPIC, which is currently suing 1MDB to the tune of US$6.5 billion over unpaid guarantees.

RM30 billion 'Added Differential' ie bail out for 1MDB and Jho Low
Bailing out Jho Low's companies also!!
Significantly, the list also includes an agreement to buy out two Jho Low related companies, which have long been suspiciously associated with Najib's record of personal plunder from 1MDB. These are Loh & Loh Corporation Berhad and Putrajaya Perdana Berhad, for which Jho Low and his partners will receive a healthy US$315 million:

Jho Low related companies which funnelled money to Najib are also in the secret bail out package!
Sarawak Report has long since exposed how Jho Low used 1MDB money, which was secretly channeled through a so-called Islamic loan agreement with the company PetroSaudi to 'buy out' the Sarawak UBG group in which he and Taib Mahmud held the major stakes.

The purported buyer was Javace Sdn Bhd, a supposed subsidiary of PetroSaudi International, Seychelles (a bogus subsidiary of PetroSaudi, whose Director was Tarek Obaid, also a director of PetroSaudi).

However, secret transactions obtained by Sarawak Report showed that all the money in Javace was controlled by a company Panama Investment Manager, which was owned by Jho Low.

The two subsidiaries of UBG Putrajaya Perdana and Loh & Loh are still identified as crony companies controlled by Low and Putrajaya Perdana was identified by investigators as having played a key role in funnelling cash from 1MDB's subsidiary SRC into Najib's own personal accounts:

The diagram held up by Attorney General Apandi showing Putrajaya Perdana's role in passing public money to Najib
Plainly therefore, Najib hopes to use his over-reaching powers at the MOF/PM's office to launder all his dirty linen through the same simple mega-project, courtesy of secret and politically motivated Chinese cooperation.
Public estimate leaves out the 1MDB costs and commitments?

A huge sum of RM85 million is also put aside in the contract for a 'nominated company' to be awarded a "publicity" and "communications" and "strategic consultation" role on the project – no guesses that this will go to a crony outfit.

Finally, also attached to the papers is a totally conflicting set of calculations, which are not listed as being "only for internal consumption" and which appear to represent the public face of the planned deal. These consist of a broad-brush, 'back of the envelope' set of figures, which provide a broad estimate for the project at the fuller figure of RM60 billion.

In this list there is no mention of any of the costs due to be carried for 1MDB!

Public figures? How the same project is being costed at RM60 billion, but with no mention of 1MDB
The agreement is due to be passed by Najib's compliant cabinet….. about now!

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Jul 26, 2016 10:35 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



"Sengaja Aku Pakai Pakaian Lusuh Dan Kereta Paling Buruk Untuk Pergi Reunion"
siakapkeli.my

Pada suatu petang pada hari cuti, seorang sahabat saya mengajak saya untuk menemaninya ke kedai spare parts, saya dengan rela menemaninya. kami ke bandar klang. usai membeli barangan dikehendaki.

Dia mengajak saya menemaninya ke majlis reunion rakan sekolah rendahnya. sudah tentu saya keberatan kerana saya tidak mengenali sesiapa disitu dan saya juga berpakaian agak selekeh. dia mendesak dan saya tiada pilihan kerana saya menumpang keretanya. dia berjanji hanya sekejap sahaja.

Di restoran berhawa dingin itu beberapa sahabat lamanya sudah mula datang dan berbual-bual didalam kelompok-kelompok kecil. di luar terdapat deretan kereta-kereta mewah. dia masuk berjumpa mereka dan bertegur sapa.

Rata-rata mereka sudah tidak berjumpa atau bertegur sapa secara bersemuka sudah puluhan tahun, saya pula turut bersalam dan diperkenalkan sebagai anak saudaranya. Apabila ditanya mengenai isteri dan anak-anak, sahabat saya menyatakan bahawa isteri dan anaknya terpaksa menghadiri kenduri jiran sebelah rumah.

Saya hanya menjadi pemerhati di majlis itu sambil menghabiskan makanan yang terhidang., saya dapat perhatikan sahabat-sahabat satu sekolah ini terbahagi kepada pelbagai kelompok.

Ada kelompok guru, businessman, kakitangan kerajaan, suri rumah dan penyendiri. sahabat saya disambut hambar oleh sahabatnya yang berstatus, mereka sekadar berjabat salam dan berbual bertanya khabar diri, keluarga, kerja dan kereta yang dipakai. ya, itulah soalan yang ditanya oleh rata-rata mereka di majlis tersebut.

" Woi, kau pakai kereta apa sekarang?".

Saya yang mendengar turut terasa jengkel. ini perjumpaan sahabat sekolah atau perjumpaan show off kereta, lagi memualkan ada sahabatnya yang terang-terang bercerita perniagaannya yang besar,
berkahwin dua, membeli pelbagai hartanah, ada pelbagai kereta mewah dan sering melancong ke luar
negara. sahabat saya hanya banyak tersenyum dan menganggukkan kepala. tidak mahu merintang angin sahabatnya yang mendabik dada sudah menjadi orang ada-ada.

Dua jam berlalu, sahabat saya mengajak saya pulang. dia menemui sahabatnya yang lain dan
memberitahu terpaksa pulang untuk menyertai isterinya di kenduri jiran rumah mereka. Rata-rata hanya bersalam dan kemudian terus berpaling berbual dengan sahabat yang lain, tidak mengendahkan sahabat saya lagi.

Hanya ada dua orang sahabatnya sahaja yang mengekori hingga ke kereta. mereka masih berbual-bual kira-kira 20 minit dan bergelak ketawa. Mereka bukan calang-calang orang, salah seorang adalah pengarah agensi kerajaan dan seorang lagi adalah ahli perniagaan. Mereka berkekek ketawa bercerita tentang peristiwa melastik burung, memedap ikan puyu di paya dan dihambat jiran setelah mencuri durian.

Apabila ingin bersurai, saya tengok mereka berpelukan mesra dan saling bermaafan. air mata mengalir di pipi masing-masing.

Di dalam kereta, saya bertanya sahabat saya itu kenapa dia tidak berpakaian cantik dan membawa kereta mewahnya. dia mempunyai kereta BMW, Mercedes, Honda, Toyota Hilux dan beberapa kereta lagi, tetapi wira buruk ini juga dibawanya.

Katanya,

"Memang saya sengaja, saya nak tengok rupa sebenar sahabat-sahabat saya yang dahulu
makan sepinggan dan susah senang bersama. jadi, akhirnya saya tahu saya sebenarnya hanya ada dua orang sahaja sahabat yang masih anggap saya sahabat karib mereka. sahabat tanpa syarat".

Saya diam dan termenung sendiri. saya sedar bahawa rumah cuma tempat berteduh, kereta cuma alat
pengangkutan, pakaian cuma alas diri. kita mampu memiliki dan menggantinya kesemuanya itu pada bila-bila masa bergantung kepada kemampuan dan pilihan yang ada ditangan kita. ternyata harta yang
dikumpul dalam hidup telah memisahkan banyak persahabatan. namun jika hati masih ikhlas bersahabat tanpa syarat, persahabatan akan kekal hingga ke hujung nyawa. Izman Pauzi

- Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Jul 26, 2016 10:38 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



5 sebab bagaimana kereta boleh terbakar
bloglist-malaysia.blogspot
jasduit.com

Kereta Perodua MyVi terbakar selepas terbabas. 80% dari pada kereta itu hangus

Banyak kali kita dengar berita kereta atau lain-lain jenis kenderaan terbakar. Baru-baru ini ada berita 4 orang terselamat dari mati terbakar hidup-hidup setelah kereta mereka terbakar. Kereta Perodua MyVi tersebut terbabas setelah tidak dapat dikawal.

Kejadian berlaku di KM371.2 Lebuhraya Utara Selatan arah ke Utara berhampiran Slim River. Nasib baik kesemua penumpang iaitu dua lelaki dan dua perempuan berjaya keluar dari kereta Perodua MyVi mereka yang terbakar.

Sebaik saja pasukan bomba datang, kesemuanya telah keluar dari kenderaan tersebut. Bomba ambil masa hanya dua minit untuk menghentikan kebakaran kereta itu. Lebih dari 80% daripada keseluruhan kenderaan tersebut hangus terbakar.

Anda sendiri tentu pernah terserempak dengan kejadian kereta terbakar atau kenderaan lain yang terbakar. Biasanya api amat kuat membakar dan memusanahkan keseluruhan kereta yang terbakar. Bila kereta terbakar, walaupun tak menghalang lalu lintas, trafik akan jem teruk sebab ngeri melihat kereta terbakar.

Persoalannya bagaimana boleh berlaku kereta terbakar?

5 Sebab bagaimana kereta boleh terbakar
Untuk maklumat pembaca, kenderaan meletup adalah sesuatu yang teramat jarang berlaku. Jadi jangan risau dan cuba nak bayangkan kenderaan anda tiba-tiba meletup ketika anda sedang memandu. Ia biasanya tak akan berlaku tak tentu pasal.

Tapi untuk kereta anda terbakar, memang ada potensi di sebabkan oleh 5 perkara berikut:

Kereta terbakar sebab overheating
Bila kereta anda overheating atau panas belebihan ia boleh mengundang kebakaran. Yang overheating itu sudah tentu enjin kereta anda. Enjin kereta atau mana-mana jenis enjin memang akan panas bila beroperasi. Sebab itu ada mekanisma untuk meredakan kepanasan pada enjin tersebut.

Kereta ada radiator, ada kipas dan lain-lain yang bersangkutan untuk meredakan panas yang berlaku pada enjin. Jadi bila kesemua mekanisma untuk menyejukkan enjin kereta anda, akan berlaku berlebihan panas dan ada potensi kereta terbakar.

Tak selenggara kereta dengan baik
Banyak juga minyak atau cecair yang ada pada kenderaan anda mampu mencetuskan kebakaran. Oleh itu jika ada kebocoran, ianya akan mengundang bahaya. Maka dari itu, pastikan anda jangan main-main dengan aktiviti selenggaraan kereta anda. Sebab itu maintenance perlu berjadual dan mekanik mesti bantu anda check betul-betul kereta.

Cetusan elektrik
Dalam kenderaan anda ada wire dan ada juga bateri. Bila-bila masa sahaja ada potensi tercetusnya spark atau percikan api jika wire tak elok, bocor dan tercentuh bahan api yang boleh menyala. Ini juga satu lagi akibat mengabaikan maintenance kereta. Semua masalah itu boleh dihindari kalau maintenance dijagi dengan baik.

Kemalangan akibat cuai
Ada masanya orang merokok dalam kereta atau main api dalam kereta. Ini boleh mencetuskan kebakaran. Tapi ada juga kes yang mana panas matahari menjadi kuat terfokus pada cermin kereta dan menyebabkan kebakaran berlaku dalam kereta tersebut. Macam anda gunakan kanta untuk bakar kertas. Walaupun ianya jarang berlaku, tapi adalah bijak untuk sentiasa parkir di tempat yang terlindung dari terik matahari.

Kesilapan rekabentuk
Ada juga kes sebegini yang mana pembuat kereta tidak reka dan bina kenderaan mereka dengan baik dan selamat dari apa saja potenti kebakaran. Kalau jadi begini memang best sebab boleh saman pembuat kereta tersebut dan belasah duit mereka banyak-banyak.

Sudah tentu satu lagi sebab atau punca kereta terbakar adalah bila ada orang sengaja curah minyak petrol dan cucuh api pada kenderaan anda. Biasanya samseng yang ganas suka buat kerja macam itu. Dalam cerita Tamil juga suka tayang babak macam itu.

Kenderaan anda juga boleh terbakar bila berlaku kemalangan. Macam yang saya sebut kat atas tadi, kereta kita ada macam-macam bahan bakar dan banyak bahan yang mudah terbakar. Bila ada spark sikit atau percikan api, dan ada pula kebocoran minyak petrol, maka api akan menjulang dengan mudah dan pantas.

Tapi kebakaran biasanya akan berlaku hanya pada bahagian enjin sahaja. Jarang nak merebak pergi kepada bahagian dalam kereta tempat anda duduk. Pastikan kereta anda dipasang dengan semua alat penebat api yang boleh menghalang kebakaran dari merebak. Pastikan juga ada sediakan alat pemadam kebakaran kecil dalam kereta.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Jul 26, 2016 8:09 pm (PDT) . Posted by:

"Zaiedishaq" zaiedishaq

Alhamdulillah beberapa bulan lepas saya bernasib baik (rezeki) kerana
kereta saya berkemungkinan terbakar disebabkan fuel line (getah) dari
regulator ke intake bocor.
Enjin dah bermandi dengan petrol.
Jadi, kalau kawan-kawan service kereta, jangan abaikan check fuel line.

2016-07-26 23:39 GMT+08:00 '-:eSpAcE9808:-' rienacom@yahoo.com.sg
[automobil] <automobil@yahoogroups.com>:

>
>
> 
>
>
> *5 sebab bagaimana kereta boleh terbakar *
> bloglist-malaysia.blogspot
> jasduit.com
>
>
> <https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEihyphenhyphenLuDlsdF2ZG1ZS5bMpatOPLNcvqWQuDW8zfDfcMW7ab5CdZQKPcgVZWhj9_R72Zd_G4oJBtwlsAsg6vSKKjrBzGAq60_DLeSMskG4SNE4blKh9NgAfoUDYYYG-lyAWdI4l3v6PmGRAg/s1600/Slim_River_Myvi_in_Flames.transformed.jpg>
> Kereta Perodua MyVi terbakar selepas terbabas. 80% dari pada kereta itu
> hangus
>
> Banyak kali kita dengar berita kereta atau lain-lain jenis kenderaan
> terbakar. Baru-baru ini ada berita 4 orang terselamat dari mati terbakar
> hidup-hidup setelah kereta mereka terbakar. Kereta Perodua MyVi tersebut
> terbabas setelah tidak dapat dikawal.
>
> Kejadian berlaku di KM371.2 Lebuhraya Utara Selatan arah ke Utara
> berhampiran Slim River. Nasib baik kesemua penumpang iaitu dua lelaki dan
> dua perempuan berjaya keluar dari kereta Perodua MyVi mereka yang terbakar.
>
> Sebaik saja pasukan bomba datang, kesemuanya telah keluar dari kenderaan
> tersebut. Bomba ambil masa hanya dua minit untuk menghentikan kebakaran
> kereta itu. Lebih dari 80% daripada keseluruhan kenderaan tersebut hangus
> terbakar.
>
> Anda sendiri tentu pernah terserempak dengan kejadian kereta terbakar atau
> kenderaan lain yang terbakar. Biasanya api amat kuat membakar dan
> memusanahkan keseluruhan kereta yang terbakar. Bila kereta terbakar,
> walaupun tak menghalang lalu lintas, trafik akan jem teruk sebab ngeri
> melihat kereta terbakar.
>
> Persoalannya bagaimana boleh berlaku kereta terbakar?
>
> 5 Sebab bagaimana kereta boleh terbakar
> Untuk maklumat pembaca, kenderaan meletup adalah sesuatu yang teramat
> jarang berlaku. Jadi jangan risau dan cuba nak bayangkan kenderaan anda
> tiba-tiba meletup ketika anda sedang memandu. Ia biasanya tak akan berlaku
> tak tentu pasal.
>
> Tapi untuk kereta anda terbakar, memang ada potensi di sebabkan oleh 5
> perkara berikut:
>
> Kereta terbakar sebab overheating
> Bila kereta anda overheating atau panas belebihan ia boleh mengundang
> kebakaran. Yang overheating itu sudah tentu enjin kereta anda. Enjin kereta
> atau mana-mana jenis enjin memang akan panas bila beroperasi. Sebab itu ada
> mekanisma untuk meredakan kepanasan pada enjin tersebut.
>
> Kereta ada radiator, ada kipas dan lain-lain yang bersangkutan untuk
> meredakan panas yang berlaku pada enjin. Jadi bila kesemua mekanisma untuk
> menyejukkan enjin kereta anda, akan berlaku berlebihan panas dan ada
> potensi kereta terbakar.
>
> Tak selenggara kereta dengan baik
> Banyak juga minyak atau cecair yang ada pada kenderaan anda mampu
> mencetuskan kebakaran. Oleh itu jika ada kebocoran, ianya akan mengundang
> bahaya. Maka dari itu, pastikan anda jangan main-main dengan aktiviti
> selenggaraan kereta anda. Sebab itu maintenance perlu berjadual dan mekanik
> mesti bantu anda check betul-betul kereta.
>
> Cetusan elektrik
> Dalam kenderaan anda ada wire dan ada juga bateri. Bila-bila masa sahaja
> ada potensi tercetusnya spark atau percikan api jika wire tak elok, bocor
> dan tercentuh bahan api yang boleh menyala. Ini juga satu lagi akibat
> mengabaikan maintenance kereta. Semua masalah itu boleh dihindari kalau
> maintenance dijagi dengan baik.
>
> Kemalangan akibat cuai
> Ada masanya orang merokok dalam kereta atau main api dalam kereta. Ini
> boleh mencetuskan kebakaran. Tapi ada juga kes yang mana panas matahari
> menjadi kuat terfokus pada cermin kereta dan menyebabkan kebakaran berlaku
> dalam kereta tersebut. Macam anda gunakan kanta untuk bakar kertas.
> Walaupun ianya jarang berlaku, tapi adalah bijak untuk sentiasa parkir di
> tempat yang terlindung dari terik matahari.
>
> Kesilapan rekabentuk
> Ada juga kes sebegini yang mana pembuat kereta tidak reka dan bina
> kenderaan mereka dengan baik dan selamat dari apa saja potenti kebakaran.
> Kalau jadi begini memang best sebab boleh saman pembuat kereta tersebut dan
> belasah duit mereka banyak-banyak.
>
> Sudah tentu satu lagi sebab atau punca kereta terbakar adalah bila ada
> orang sengaja curah minyak petrol dan cucuh api pada kenderaan anda.
> Biasanya samseng yang ganas suka buat kerja macam itu. Dalam cerita Tamil
> juga suka tayang babak macam itu.
>
> Kenderaan anda juga boleh terbakar bila berlaku kemalangan. Macam yang
> saya sebut kat atas tadi, kereta kita ada macam-macam bahan bakar dan
> banyak bahan yang mudah terbakar. Bila ada spark sikit atau percikan api,
> dan ada pula kebocoran minyak petrol, maka api akan menjulang dengan mudah
> dan pantas.
>
> Tapi kebakaran biasanya akan berlaku hanya pada bahagian enjin sahaja.
> Jarang nak merebak pergi kepada bahagian dalam kereta tempat anda duduk.
> Pastikan kereta anda dipasang dengan semua alat penebat api yang boleh
> menghalang kebakaran dari merebak. Pastikan juga ada sediakan alat pemadam
> kebakaran kecil dalam kereta.
>
>
>
> "Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
> (Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
> Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.
>
> Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
>
>
>
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: