Friday, July 15, 2016

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4549

9 Messages

Digest #4549
1
Fw: BRADER NI TENGAH SHOOTING DRAMA APA? by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
2
3
5
Fw: ISLAM GAGAL DI MALAYSIA by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
7
Fw: Telekung Project SAVE BABY DANISH by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
9
Fw: Semua Makanan Harga RM1 by "-:eSpAcE9808:-" rienacom

Messages

Thu Jul 14, 2016 6:56 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



KALAU KORANG BIJAK CUBA TEKA, BRADER NI TENGAH SHOOTING DRAMA APA?
bloglist-malaysia.blogspot
naimnikmat.blogspot
Dicatat oleh Na'im Nikmat

comments:

Anonymous said...
gerak2 khas...

Anonymous said...
Seluar yg dia pakai tu uniform polis trafic la.. mestilah tengah shooting tangkap gambar keta lari laju...

Anonymous said...
Bukanlah! Shooting drama Raya Duit Pungut laa.....

Anonymous said...
Biarlah diorang nak buat mcm manapun, nak sembunyi dlm semak ke, apa ke. Apa yang penting kita tak bawa kereta laju melebihi had, Gerenti tak kena saman. Diaorang nak buat mcm manapun, korang tak perlu bising, tak perlu pelik. Semua dah tahu sekarang zaman apa.

Anonymous said...
bukan kereta laju tetapi basil yang dipandu laju,

Anonymous said...
Nak kata shooting "Wolf of The Wall Street" guna duit kita yang dicuri dari 1MDB pun tak juga sebab gambar tu dah tayang.Ini mesti shooting gambar "Rompak Lagi Duit Rakyat".

Anonymous said...
Fast and furiuos kot

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Jul 14, 2016 6:57 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Pencapaian gemilang Kerajaan Terengganu

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net
"Oleh: besut_pas_no_2

Sekolah Menengah Alor Limbat berhampiran Rawai, Terengganu terpaksa dirobohkan oleh Kerajaan'world class' Terengganu kerana ianya tidak selamat untuk digunakan. Sekolah belum sempat digunakan, telah siap sepenuhnya. Tetapi terpaksa dirobohkan.

Nasib SMK Alur Limbat. Akhirnya terpaksa dirobohkan. Peringkat awal pembinaan sudah ada tentangan dari pelbagai pihak kerana lokasi yg tidak sesuai,agak terpencil dan risiko mendapan yg agak tinggi. namun tentangan tersebut tak diendahkan. Setelah siap belum sempat diguna sudah berlaku mendapan yg serius.

Akhirnya keputusan kerajaan dibuat utk merobohkan bangunan sekolah tersebut kerana tidak selamat utk diguna.entah berapa juta kos pembinaan projek ini? kontraktor, konsultant dan broker2 projek yg terlibat dgn projek ini telah mengaut keuntungan. Puluhan juta dibelanja tanpa mendapat apa2 manfaat kpd rakyat. Ini merupakan salah satu dari siri-siri projek sakit,roboh dan runtuh di negeri Terengganu.

----------------------------------------------------------
Bukan sedikit nilai projek ini, tak kan buat sekolah sama nilainya dengan membina sebuah surau ditaman Perumahan. Sudah tentu nilainya puluhan juta ringgit. Pada ambe, mereka yang terlibat dengan projek ini perlu dihukum.

Kebiasaannya orang akan menuding jari kepada Kontraktor sahaja. Bagi ambe, biar luas sikit skop hukuman, hukum semua mereka yang terlibat. Kontraktor sering dijadikan barisan hadapan untuk dibelasah apabila sesuatu projek itu bermasalah, sedangkan dibelakang kontraktor ada juga Consultant & juga wakil client. Dan jika projek Kerajaan ada wakil JKR.

Mereka semua juga disiasat. Tindakan perlu adil, jangan hanya cari satu pihak sahaja. Perlu diingatkan, pihak-pihak diatas selain dari kontraktor juga merupakan pihak berkepentingan kerana mereka juga berniaga dalam sektor ini.. dalam projek ini. Kalau wakil kerajaan pula, mereka mendapat gaji disamping mendapat makan percuma dan juga perlawaan melanconng ke tempat-tempat percuma.

Pegawai Penguasa (selalunya wakil JKR bagi pihak Kerajaan) perlu disiasat. Jangan terlepas, kerana mereka-mereka ini adalah individu yang menadatangani dokumen ditapak, mempengerusikan mesyuarat dan sebagainya. Tidak kisah la mung penyokong Pas ke, mung penyokong Mao Tze Tung ke.... jangan ada yang terlepas."

................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: besut_pas_no_2
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Jul 14, 2016 6:58 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Senarai Kopi Beracun Di Sahkan Oleh Kementerian Kesihatan Malaysia

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net


Kementerian Kesihatan Malaysia mengesan 40 jenis minuman segera dijual di pasaran mengandungi bahan beracun dan kimia seperti Sildenafil, Tadalafil, Verdabafil dan Sibutramine yang boleh membawa maut jika diambil tanpa pengawasan doktor.

Kebanyakan produk itu didapati dicampuri bahan racun berjadual yang digunakan sebagai perangsang seks dan bahan pelangsing yang kebanyakannya dibungkus di kilang haram di negara ini. Kebanyakan produk haram dijual secara terbuka oleh peniaga warga asing.

Minuman yang sudah dicampur racun dan bahan kimia dapat dikesan dari segi harga jualannya yang tinggi, iaitu RM5 sepaket berbanding produk asli yang hanya dijual pada harga sekitar RM1 hingga RM1.50 sepaket. Selain itu, paketnya ada imej erotik seperti gambar wanita seksi seolah-olah mempromosi kekuatan seksual atau kaedah melangsingkan badan dengan cara mudah dan pantas.

Berikut adalah senarai kopi beracun. Ianya sudah diuji oleh Bahagian Penguatkuasaan Farmasi Kementerian Kesihatan dan dikenalpasti dicampur dengan bahan terlarang :-

1.. Cafe Abang Yes,
2.. Candi Gold,
3.. Candy 193,
4.. Extend Up Energy Drink,
5.. Extremen,
6.. Extrewomen,
7.. Goji Guarana,
8.. Goji Guarana Extra,
9.. Goji More,
10.. Goji Yumberry,
11.. Guara Cafe,
12.. HBW Ice Lemon Tea,
13.. Hotton Vitality Candy,
14.. Ie2 O,
15.. King Cappucino,
16.. Knight Cofee.
17.. Kolek Cafe Power Plus,
18.. Kopi Angguk,
19.. Kopi Asmara,
20.. Kopi Bagus AAA,
21.. Kopi Campuran Kedai Kopi Ali Bagus,
22.. Kopi Pahlawan,
23.. Kopi Super Angguk,
24.. Kopi Tenaga Tok Lebai Plus,
25.. Maca Max,
26.. Macagin Ginseng Candy,
27.. Mentalk Candy,
28.. Nexus MXP,
29.. Night Cafe,
30.. Red Energizer Candy For Men,
31.. Royal Beverage Maqrifatun,
32.. sasanergy Drink,
33.. Trica Jus,
34.. Tri-Max,
35.. True SR,
36.. vigor Candy,
37.. Vitca-F,
38.. Vitca-M,
39.. Winnie Beauty V1,
40.. XKL Sky Fruit Juice Premix.
Dengan adanya senarai ini, para penggemar kopi bolehlah menjadikannya sebagai rujukan. Ianya juga bagi mengelakkan kita dari terus menikmati air kopi mengandungi racun yang berbahaya. Sila rujuk laman web pharmacy.gov.my untuk maklumat lanjut.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Jul 14, 2016 6:58 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



DOA JIKA SULIT MENGHAFAL ALQUR'AN JUGA PELAJARAN

dzikir20.wordpress.com

bloglist-malaysia.blogspot

Dicatat oleh ustazcyber.com

Ibnu Abbas radhiallahu anhu. berkata: "Saya pernah bersama Rasulullah shallallahu alaihi wassalam, lalu Ali radhiallahu anhu. mendatangi Rasulullah shallallahu alaihi wassalam. dan berkata,

"Ya Rasulullah, saya korbankan ibu dan ayah saya atasmu. Saya mencoba menghafal Al Qur'an tetapi selalu lupa dan menghilang dari ingatan saya."

Beliau bersabda, "Akan aku ajarkan kepadamu satu cara yang akan bermanfaat kepadamu dan apa yang kamu adukan, dan apa saja yang kamu pelajari akan terpelihara dalam ingatanmu." Terhadap permintaan Ali itu, selanjutnya Nabi shallallahu alaihi wassalam. bersabda, "Jika malam Jum'at tiba, hendaklah kamu bangun pada akhir malam. Karena itu adalah waktu yang sangat baik. Pada saat itu malaikat turun, dan pada saat itu doa-doa dikabulkan secara khusus oleh Allah. Itulah waktu yang ditunggu-tunggu oleh Nabi Ya'kub alaihis salam. Ia berkata kepada anak-anaknya, "Sebentar lagi akan aku mintakan ampunan bagi kalian dari Tuhanku (yaitu pada malam Jum'at)."

Jika kamu sulit bangun pada waktu itu, maka bangunlah pada pertengahan malam, dan sholatlah empat rakaat dengan aturan demikian: setelah membaca Al Fatihah, bacalah surat Yaa Siin. Di rakaat kedua setelah membaca Al Fatihah bacalah surat Ad Dukhaan, dan di rakaat ketiga setelah membaca Al Fatihah, bacalah surat Alif Lam Mim Sajdah. Di rakaat keempat setelah membaca Al Fatihah bacalah surat Al Mulk.

Setelah membaca At Tahiyat, perbanyaklah memuji Allah lalu bershalawat dan bersalamlah kepadaku. Juga kirimkan shalawat kepada para Nabi dan seluruh kaum mukminin, dan kepada saudara-saudara seiman yang sudah tidak ada lagi, bacakan istighfar untuk mereka.

Setelah itu bacalah doa ini: Artinya:

Ya Allah, kasihanilah aku dengan meninggalkan maksiat selama Engkau mengekalkan aku dan kasihanilah aku dari menanggung sesuatu yang tidak berguna bagiku. Berilah aku rezeki berupa pandangan yang baik pada sesuatu di mana Engkau ridha kepadaku.

Ya Allah, pencipta langit dan bumi, yang memiliki keagungan, kemuliaan, dan kejayaan yang tidak dapat dibayangkan. Aku memohon kepada Engkau, ya Allah, Dzat Yang Maha Pengasih, dengan keagunganMu dan cahaya WajahMu, semoga Engkau menetapkan dalam hatiku hafalan terhadap kitabMu, sebagaimana Engkau telah mengajarkan kepadaku.

Berilah aku rezeki untuk membacanya sesuai yang Engkau sukai, ya Allah pencipta langit dan bumi yang mempunyai keagungan, kemuliaan, dan kejayaan yang tidak terbayangkan.

Aku memohon kepada Engkau ya Allah, wahai Dzat yang Maha Pengasih, dengan keagunganMu dan cahaya wajahMu, agar dengan kitabmu Engkau menyinari pandanganku dengannya. Engkau fasihkan lidahku dengannya. Engkau bukakan hatiku. Dan dengannya, Engkau lapangkan dadaku, serta dengannya pula Engkau bersihkan badanku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat menolongku kepada kebenaran kecuali Engkau. Tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah Yang Mahatinggi lagi Mahaagung."

Kemudian Nabi shallallahu alaihi wassalam. Bersabda, Wahai Ali, kerjakanlah ini selama tiga Jum'at, lima Jum'at, atau tujuh Jum'at. Insya Allah doamu akan dikabulkan Allah. Aku bersumpah dengan namaNya yang menjadikan aku Nabi, bahwa doa setiap mukmin tidak akan dibiarkan tanpa dikabulkan."

Ibnu Abbas meriwayatkan bahwa setelah lima atau tujuh Jum'at kemudian, Ali radhiallahu anhu. datang kepada Rasulullah shallallahu alaihi wassalam. Dan berkata, Ya Rasulullah, dahulu saya menghafal kurang dari empat ayat tetapi tidak dapat lama dalam ingatan saya. Sekarang saya dapat menghafal empat puluh ayat dan saya mengingatnya dengan mudah, seolah-olah Al Qur'an dibukakan di depan saya.

Dahulu jika saya mendengar hadits dibacakan, lalu saya mencoba mengulanginya, namun sangat sulit bagi saya. Tetapi sekarang, jika saya mendengar hadits-hadits, lalu saya meriwayatkannya kepada orang lain, maka saya mampu melakukannya tanpa tertinggal satu huruf pun." (Hadits Rasulullah riwayat Tirmidzi, Hakim)

Semoga bermanfaat teman

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Jul 14, 2016 6:59 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



ISLAM GAGAL DI MALAYSIA - MUFTI MAKAN DEDAK
bloglist-malaysia.blogspot

gajahmenta.blogspot.
DIRECTER Gajah Menta

Oleh MalaysiaGazette

SEBAIK sahaja usul pindaan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) - Akta 355 selesai dibacakan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat, rumusan rambang bertebaran - Pas bentang undang-undang hudud. Sana sini bercakap tentang hudud, seolah-olah rang undang-undang tersebut telah diluluskan oleh Parlimen dan akan dilaksanakan keesokan harinya.

Barisan pemimpin DAP menuduh UMNO bersekongkol dengan Pas dalam memberi 'keizinan' kepada Ahli Parlimen Marang membentangkan pindaaan rang undang-undang tersebut. Nada yang sama turut berkumandang dalam kalangan barisan pemimpin parti komponen Barisan Nasional - secara khususnya MCA dan MIC.

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai terang-terangan membidas pembentangan rang undang-undang tersebut. Beliau menyifatkan keputusan membenarkan RUU itu dibentangkan sebagai bertentangan dengan Perlembagaan. Akhbar berbahasa Inggeris milik MCA menyiarkan tiga muka surat penuh pelbagai pandangan yang tentunya menentang 'akta hudud' secara mutlak.

Begitu juga barisan kepimpinan MIC. Pemimpin-pemimpin komponen mengugut mahu letak jawatan dan keluar parti jika RUU tersebut terus dibentangkan. Pendek kata - DAP, MCA, MIC 'bersekongkol' pendirian - pindaan RUU Mahkamah Syariah tidak sepatutnya dibentangkan dan jangan sesekali diluluskan. Jika kedua-dua perkara itu dilaksanakan maka perubahan politik Malaysia akan berlaku, itu percaturan mereka.

Takut benar barisan kepimpinan pembangkang dan komponen terhadap rang undang-undang yang audiennya sebenarnya hanyalah orang Islam. Orang bukan Islam tidak tertakluk kepada rang undang-undang yang diusulkan oleh Abdul Hadi sejak beberapa tahun lalu. Apabila dibentangkan pada bacaan pertama, telah dijelaskan bahawa ia hanya terpakai kepada orang Islam. Penegasan itu telah diulang beratus kali, tetapi barisan kepimpinan DAP dan komponen BN memilih untuk mengehadkan pemahaman mereka dan berterusan mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan orang bukan Islam.

Perbincangan seolah-olah tertutup di pihak DAP dan komponen BN sehingga mereka terlupa untuk meneliti akta apa sebenarnya yang diusulkan untuk dipinda. Apakah benar pindaan yang dicadangkan bagi membolehkan hukum hudud dilaksanakan atau undang-undang lain sebenarnya yang dibawa oleh Abdul Hadi pada hari tersebut.

Sikap menutup ruang untuk penjelasan dan perbincangan bukan sahaja menimbulkan prasangka dan ketakutan orang bukan Islam terhadap Islam, malah memberi gambaran bahawa peruntukan Perlembagaan bahawa Islam adalah agama rasmi di negara ini diterima tetapi pada tahap yang agak ragu-ragu.

Hakikatnya tiada apa di dalam RUU itu yang menyebut tentang hudud. Ia hanyalah bertujuan memberi kuasa kepada mahkamah syariah untuk meningkatkan hukuman yang agak terbatas dan tidak selari dengan perubahan zaman. Bayangkan kali terakhir akta tersebut dipinda adalah pada tahun 1984 iaitu 32 tahun lalu sedangkan catatan kes jenayah semakin meningkat - memberi gambaran bahawa hukuman sedia ada iaitu denda RM5,000 dan penjara tiga tahun tidak 'menakutkan' penjenayah. Paling penting rang undang-undang itu tiada kaitan langsung dengan pelaksanaan hudud yang menuntut pindaan Perlembagaan Persekutuan jika ia benar-benar mahu dilaksanakan.

Kegagalan membezakan enakmen mahkamah syariah, senarai kesalahan jenayah di bawah enakmen tersebut serta jumlah hukuman dan denda diputuskan oleh Dewan Undangan Negeri dengan hukuman hudud yang jika mahu dilaksanakan membabitkan pindaan Perlembagaan Persekutuan menyerlahkan pemikiran sempit pemimpin bukan Islam terhadap Islam.

Bagi mereka apabila bercakap tentang hukuman, dalam Islam hanya ada hudud. Bagi mereka pindaan yang dibentangkan oleh Abdul Hadi bermakna hukuman hudud akan dilaksanakan esok atau lusa - justeru ia mesti ditentang habis-habisan. Segala kekaguman terhadap pemimpin Islam yang mereka pernah luahkan mungkin bukan datang dari hati yang ikhlas, sebab itu apabila undang-undang lain dibentangkan, hukuman lain yang mereka fikirkan.

Barisan kepimpinan DAP dan komponen BN juga seakan-akan terlupa bahawa setiap undang-undang yang mahu dipinda, perlu dibahaskan dari bacaan kedua hinggalah ke peringkat jawatankuasa. Maka bahaskanlah dengan bijak, curahkan buah fikiran walaupun undang-undang tersebut tidak melibatkan bukan Islam sebagaimana petahnya mereka berbicara tentang hukuman Islam selepas Abdul Hadi membentangkan usul tersebut. -- MalaysiaGazette

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Jul 14, 2016 7:00 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Kerajaan Cadang Untuk Khususkan Hanya Doktor Wanita Sambut Kelahiran Bayi
siakapkeli.my

Kerajaan mellaui Kementerian Kesihatan mengakui mempunya rancangan untuk mengkhususkan
doktor wanita sahaja yang menyambut bayi abru lahir di hospital awam, lapor Bernama.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkatan, walaupun bagaimanapun racangan tersebut belum dapat dilaksanakan kerana kekurangan doktor wanita dalam bidang Perbidanan dan Sakit Puan (O&G).

"Dalam kerajaan memang terlebih doktor wanita tetapi tidak ramai doktor wanita ini yang berminat dalam Obstetrik dan Ginekologi.

"Maka kita perlu tunggu lagilah supaya lebih ramai lagi doktor yang akan dilatih dalam bidang tersebut," katanya.

Kementerian kesihatan telah menerima petisyen sejak tahun 2013 lagi yang meminta supaya hanya doktor dan jururawat wanita di bilik dan wad bersalin demi menjaga maruah dan aurat pesakit wanita, khususnya yang beragama Islam.

Selain itu, petisyen berkenaan juga menggesa kementerian untuk memberi insentif kepada wanita untuk mengkhusus dalam bidang obstetrik dan ginekologi, dan meningkatkan kesedaran di kalangan pegawai perubatan mengenai keperluan menjaga aurat semasa melahirkan anak. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Jul 14, 2016 8:39 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Telekung Project SAVE BABY DANISH | Kumpul Dana Membantu Bayi Menghidap Jantung Berlubang

bloglist-malaysia.blogspot.
queachmad.com

ASSALAMUALAIKUM WBT,

Salam Lebaran, Maaf Zahir dan Batin.

Alhamdulillah, dalam kita menyambut aidilfitri ada insan dikalangan kita diuji dengan ujian-ujian yang fitrahnya meruntun jiwa. Bersyukur kerana ujian ini sudi dikongsikan dengan keluarga Telekung Project untuk sama-sama kita membantu keluarga ini. Semoga fundraise ini dipermudahkan agar dapat bantu baby Danish seperti baby-baby sebelum ini.

Baby Danish (Muhammad Danish Furqan bin Shakawi) berusia 3 bulan (ketika posting ini) berada dalam keadaan kritikal dan memerlukan pembedahan segera. Beliau menghidap jantung berlubang dan 3 salurannya tersumbat dan kini sedang dirawat di PICU Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah. Pembedahan segera memerlukan kos sebanyak lebih kurang RM 50k dan akan menjalani pembedahan di Gleneagles Penang Medical Center.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul kerana ketua keluarga ini hanyalah bekerja sebagai operator pengeluaran di Mergong Kedah dan ibunya hanya surirumah sepenuh masa. InshaAllah, Telekung Project sedang mengusahakan kempen 48 HOURS URGENT CALLING: SAVEBABYDANISH, UTK MENGUMPULKAN DANA SEBANYAK RM 50K untuk membantu baby Danish. Segala kos rawatan dari dana yang dikumpulkan melalui Telekung Project akan dibayar terus kepada pihak hospital yang akan menjalankan prosedur pembedahan tersebut. Pihak keluarga baby danish juga telah dimaklumkan mengenai prosedur bayaran ini dan keizinan dari ibubapa baby Daish telah diberikan kepada pihak Telekung Project untuk menjalankan kempen public fundraise untuk mengumpulkan kos pembedahan sebanyak RM 50k

Kepada yang sudi untuk membantu seikhlas hati (tiada nilai ditetapkan), boleh melalui saluran berikut:

CIMB Telekung Project
(8600 56 3331) / Pertubuhan Kebajikan Telekung Projek

MBB Admin Telekung Project
(5127 7250 1950) / Norazila Abdul Aziz

(Optional ) Emailkan transaksi sumbangan kepada telekungproject@gmail.com dengan menyatakan SAVE BABY DANISH
SMS/Whatsapp transaksi melalui +60193597733/+60197357151

PALING PENTING; ISIKAN BORANG DIBAWAH UTK REKOD AUDITING KAMI.

https://fs30.formsite.com/telekungproject/PRAYFORBABYDANISH/index.html

URGENT CALLING INI AKAN DIBUKA SELAMA 48 JAM SAHAJA BERMULA 13 JULAI 2016 (11.15 MALAM) SEHINGGA 15 JULAI 2016 (11.15 MALAM) UTK SEGERA MENGUMPULKAN DANA SEBANYAK RM 50K UTK KOS PEMBEDAHAN JANTUNG BABY DANISH YANG BERUSIA 3 BULAN. NAMUN JIKA DANA TELAH PUN CUKUP SEBELUM 48 JAM, KEMPEN AKAN SEGERA DITUTUP. OLEH YANG DEMIKIAN ADMIN PERLUKAN BANTUAN SAHABAT SEMUA UNTUK;

1. SHARE POSTING INI SEBANYAK MUNGKIN di FB, INSTAGRAM, WHATSAPP (sebab FB ads ni strict, kalau poster tu wording banyak dia tak nak boost, dan boost diperlukan utk kempen-kempen yang urgent, sebab baby danish sangat-sangat perlukan bantuan sahabat semua. takde kos diperlukan jika bantu admin share post ini, TERIMA KASIH SEMUA SAHABAT YANG MEMBANTU)

2. DOA DOA DOA DOA DOA UNTUK BABY DANISH AGAR KEMBALI SEMBUH DAN TUMBUH MEMBESAR MENJADI INSAN SOLEH DAN MUSLEH.

3. YES, OF COUSE.... tujuan kempen ini utk kumpulkan dana.... hopefully berjaya dikumpulkan segera dan segera boleh baby danish menjalani pembedahan. Hari ini ujian untuk mereka, semoga Allah mudahkan segala cabaran ini.

Terima kasih kepada semua yang sudi bersama-sama membaca dan membantu baby danish ini.
Semoga amalan kebaikan dan kebajikan yang dilakukan ini diterima Allah, Amin. JOM SEBARKAN, admin perlukan ihsan sahabat semua utk kongsikan KEBAIKAN ini.....

Salam Ukhwah,
Azila Aziz
13 JULY 2016
8 SYAWAL 1437H

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Jul 14, 2016 8:56 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Luahan Isteri, Suami Beri Masa Sampai Hujung Tahun Kalau Tak Kurus Dia Akan Cari Lain
siakapkeli.my

Gambar Hiasan

Seorang isteri pasti inginkan kehidupan yang bahagia bersama suami tersayang sepanjang hayat, adalah menjadi lumrah selepas kawin bagi sesetenagh wanita bentuk badan berubah atau semakin berisi.

Ada kebiasaan pada awal bercinta semuanya manis, tapi apabila sudah berkahwin ada yang dulu manis menjadi racun.

Dikisahkan oleh seorang isteri luahan perasaannya apabila suaminya memarahinya kerana badannya selepas bersalin.

Apa yang lebih memeritkan kata-kata itu dikatakan kepadanya ketika umat Islam masih merayakan Aidilfitri.

Jom kita baca luahan hati beliau.

Malam ketujuh Syawal, terasa sayunya hati. Tadi suami marah-marah, bising cakap badan saya makin naik. Gendut sangat. Tersentuh sangat hati.

Ya, memang tak dinafikan fizikal saya memang besar. Suami pula kurus. Kacaklah juga. Kalau setakat WeChat tu, saya selalu tengok ramai perempuan 'hai' pada dia.

Lima hari ini, saya perasan dia macam buat muka saja. Syawal tahun ini memang paling menyedihkan.

Ingatkan tahun ini bahagia sangat kerana kehadiran cahaya mata, rupanya tak. Sejak lima hari ini saya perasan dia tidur membelakangkan saya.

Bila suruh peluk dan cium dia macam tak nak, tak macam selalu, tak payah suruh pun.

Rutin kami suami isteri, entahlah. Mungkin ada yang mengata tentang badan saya pada dia. Mungkin dia malu. Atau mungkin dia ada kenal perempuan dalam WeChat yang bentuk badan cantik. Sebab itu dia desak saya.

Sedih sangat, malam ini dia cakap dia beri saya masa sampai hujung tahun saja. Kalau tidak, jangan marah kalau dia cari lain. Sampai hati dia, sedangkan saya terima kekurangan dia.

Sembilan tahun menyemai kasih, bercinta bagai nak rak. Memang tak dinafikan, sejak bersalin badan saya terus naik. Dalam hati nekad, kali ini saya mesti diet. Tak nak dihina sebegini rupa lagi. Sedih.

Saya cuma pandang anak saja. Entahlah. Tak tau nak cakap. Padanlah sejak kebelakangan ini asyik marah-marah saja. Rupanya tentang badan. Apa dia cakap memang betul pun, makin lama makin gendut.

Dia tak tahu, gemuk saya inilah yang akan dia rindui satu hari nanti.

- Siakapkeli.my

SUMBER

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Jul 14, 2016 9:20 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Semua Makanan Harga RM1

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

GEORGE TOWN: Sejak tersebarnya kisah makanan yang dijual pada harga RM1 di media sosial, beratus bungkus makanan di gerai Ok Boss di sini laris dalam tempoh tiga jam.

Pemilik gerai trersebut, 'Tarzan' atau nama sebenarnya Lim Chin Aun, 29, berkata, peniagaan yang mula beroperasi sejak 8 Julai di rumah keluarganya di Lorong Sungai Dua menunjukkan perkembangan yang baik setakat ini.

"Hari ini, kami mula berniaga pada pukul 6 pagi dan semua makanan habis dijual pada pukul 9.

"Saya benar-benar gembira kerana konsep ini telah diterima dengan baik," katanya pada Rabu.

"Pada masa ini, kami menyediakan 300 bungkus nasi lemak klasik, 150 bungkus nasi lemak kimchi, 200 bungkus bihun goreng tomyam dan 200 pek sandwic sardin dan telur mayonis setiap hari. Semuanya pada harga RM1 setiap satu."

Gerai itu juga menyediakan set telur separuh masak dan roti bakar, agar-agar sebagai pencuci mulut dan minuman seperti Milo, kopi dan minuman ringan pada harga yang sama.

Chin Aun, yang juga memiliki sebuah studio tarian dan bekerja sebagai jurujual kereta berkata, dia dan adiknya Chin Khang, 26, yang berkerja sebagai akauntan mendapat idea ini beberapa bulan lalu.

"Ekonomi sekarang tidak baik dan harga makanan semakin meningkat. Kami mahu melawan trend itu dan menunjukkan bahawa kita boleh menyediakan makanan yang lazat pada harga berpatutan.

"Ia juga merupakan cara untuk kami membantu pelajar dan mereka yang keluar bekerja pada awal pagi untuk mengisi perut dengan sarapan yang baik dan harga berpatutan.

"Saya dan adik bangun seawal jam 2.30 pagi untuk menyediakan makanan tetapi saya gembira dan puas hati apabila menerima sambutan yang baik. Pengorbanan itu amat berbaloi," katanya.

Chin Aun berkata beliau bergilir-gilir dengan Chin Khang untuk mengendalikan gerai kerana kedua-duanya berkerja sepenuh masa manakala bapa mereka, Ewe Huat, 59, akan membantu mengikut kelapangan masanya.

"Kami berharap untuk memperbanyakkan menu dan jenis makanan untuk pelanggan.

"Kami juga mempunyai pelanggan yang membeli secara pukal kerana makanan ini dijual dalam paket kecil yang mudah untuk diedarkan," katanya.

Beliau berkata mereka juga menerima pesanan awal daripada pelanggan.

Siswazah Universiti Sains Malaysia, Jackson Yew berkata makanan RM1 mengingatkannya ketika zaman kanak-kanak apabila makanan di kantin sekolahnya dijual pada harga sama.

Gerai Ok Boss dibuka setiap hari dari pukul 6 pagi hingga 2 petang.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: