Thursday, September 29, 2016

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4596

8 Messages

Digest #4596

Messages

Wed Sep 28, 2016 6:41 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Tanpa Isu 1MDB Pun BN Akan Gagal Tawan Selangor
bloglist-malaysia.blogspot
darisungaiderhaka.blogspot
Posted by Anak Sungai Derhaka

Penyokong Barisan Nasional (BN) berbangsa Melayu akan beralih arah sekiranya isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berlanjutan sehingga Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata Presiden Perkasa.

Datuk Ibrahim Ali berkata percaya BN akan terus gagal menawan Selangor sekiranya isu 1MDB dicanangkan pada waktu kempen, namun ia bukanlah prasyarat kemenangan pakatan parti pemerintah negeri.

Ini kerana status quo tidak akan berubah sekiranya corak pengundian orang Melayu pada PRU13 berulang dalam pilihan raya akan datang.

"Melayu yang tolak BN pada PRU13, saya tidak fikir mereka akan kembali undi BN sebab PRU13 mereka sudah tolak. Sewaktu PRU13, mereka tolak BN dan pada masa itu belum ada isu 1MDB dan GST. Itu pun BN kalah teruk.

"Kalau setakat penyokong Melayu BN yang undi BN pada PRU13 menyokong dan undi BN pada PRU14, maka BN akan gagal tawan Selangor," katanya.

Semalam, tinjauan Institut Darul Ehsan (IDE) mendapati pengundi BN akan terus menyokong BN walaupun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang merupakan pengerusi BN, terpalit kontroversi 1MDB.

Tinjauan melibatkan 1,761 pengundi di 56 kawasan pilihan raya di Selangor.

Tinjauan juga mendapati penyokong BN berbangsa Melayu percaya isu 1MDB tidak akan menjejaskan negara.

Namun begitu, sebanyak 40% penyokong BN di Selangor mahu tindakan undang-undang diambil terhadap individu misteri Malaysian Official One (MO1) yang disebut dalam saman Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ).

Ibrahim berkata, perkara yang perlu diperhatikan sama ada pengundi Melayu akan menerima penjelasan BN berhubung isu 1MDB pada pilihan raya nanti.

"Adakah penjelasan yang dibuat oleh pemimpin Umno dan BN mengenai isu 1MDB diterima rakyat Selangor termasuk pengundi Melayu hingga boleh menyakinkan mereka semula untuk mengundi BN," katanya.

Pada PRU13 lalu, BN hanya memenangi 12 kerusi DUN manakala Pakatan Rakyat melalui gabungan DAP, PAS dan PKR memperolehi 44 kerusi DUN sekaligus berjaya membentu kerajaan negeri dengan bilangan kerusi majoriti.

Dalam tinjauan lain melibatkan 711 pengundi muda Melayu, Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata sampal menunjukkan kecenderungan yang mirip kepada pengundi Melayu atas pagar yang menolak BN, DAP dan tidak berminat dengan PAS lapor FMT.

Zaman saya kerajaan pernah rugi tetapi bukan kerana saya lesapkan wang: Tun M

bloglist-malaysia.blogspot

Posted by Mohd Sulaiman

 

BANGI, Khamis – Selepas 13 hari tidak menulis dalam blog beliau, Tun Dr Mahathir Mohamad, hari ini mengakui kerajaan pada zaman pemerintahannya dahulu turut mengalami kerugian, tetapi bukan disebabkan beliau melesapkan wang kerajaan, sebaliknya akibat daripada perniagaan.

Sebagai contoh katanya, bagi mempertahankan harga bijih beliau mengarahkan supaya membeli bijih timah daripada pedagang kerana tahu pedagang tidak ada stok bijih untuk dijual dan mereka mengharapkan harga akan jatuh supaya mereka dapat membelinya dengan harga murah sebelum menjualnya kepada pembeli ketika harga tinggi.

"Apabila sampai masa untuk mereka bekal kepada pembeli mereka akan terpaksa membeli dari kita. Kita akan kena harga yang tinggi supaya mereka akan rugi. Tetapi London Metal Exchange mendakwa kononnya kerana kita membeli berturut-turut di waktu harga rendah, kita telah cuba "corner the market".

"Oleh itu penjual tidak perlu bekal bijih timah yang mereka telah jual. Kita rugi. Kilang besi juga rugi kerana kurang pengetahuan berkenaan pengurusan kilang oleh pengurus kita," katanya dalam tulisan terbaru berjudul 'Mempertahankan Najib' dalam blog beliau hari ini.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, kerajaan mengalami kerugian disebabkan arahan beliau, tetapi kerugian itu bukan disebabkan beliau melesapkan wang kerajaan, sebaliknya adalah kerana perniagaan.

"Apakah kerugian ini sama seperti wang yang dihilangkan oleh 1MDB? Apakah ada bukti yang kerugian Kerajaan disebabkan saya masukkan duit Kerajaan dalam akaun peribadi saya? Najib nafi melesap wang 1MDB. Kononnya raja Arab bagi 2.6 bilion Ringgit untuk dimasukkan dalam akaun peribadinya untuk dibelanja sesuka hatinya. Dalam sejarah dunia ini tidak pernah berlaku.

"Oleh kerana dakwaan bahawa saya lakukan apa yang dilakukan oleh Najib tidak berasas sama sekali, maka saya berhak bukan sahaja mengkritik Najib tetapi mengecam salahlakunya dengan berusaha untuk menyingkirnya.

"Jika Najib benar tidak bersalah, apa sebabnya yang dia merahsiakan laporan Bank Negara, laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan laporan Ketua Audit Negara," soalnya.

Tun Dr Mahathir berkata, pihak yang mempertahankan Najib mendakwa kononnya ketika menjadi Perdana Menteri, beliau juga membuat perkara yang sama dan disebabkan itu beliau tidak boleh mengkritik, jauh sekali menjatuhkan Najib.

"Saya ingin tanya bilakah semasa saya jadi Perdana Menteri saya dituduh di dalam dan di luar negeri yang saya curi duit Kerajaan (duit rakyat) berbilion Ringgit. Saya biasa dituduh juga sebagai perasuah, korup, mempunyai kroni dan lain-lain. Semasa saya Perdana Menteri saya anggap sebagai orang politik tuduhan ini adalah perkara biasa.

"Tetapi hakikatnya tuduhan seperti yang dilempar kepada Najib tidak pernah dilempar kepada saya semasa saya jadi Perdana Menteri. Bahkan selepas saya letak jawatan usaha selidik terhadap salahlaku oleh saya yang dibuat oleh kepimpinan yang menyusuli tidak berjaya mengenal pasti salahlaku saya berkenaan pengurusan kewangan Negara. Jika ada saya yakin sudah lama saya diheret ke mahkamah," katanya.

Selain itu, Tun Dr Mahathir juga memberitahu bahawa beliau menolak hadiah daripada kerajaan berupa tanah ketika meletak jawatan dan turut menyerahkan 24 kereta yang dihadiahkan kepadanya kepada kerajaan.

"Saya tidak perlu kekayaan kewangan. Saya berpendapat gaji saya sebagai Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Perdana Menteri lebih dari mencukupi. Saya tidak perlu belanja gaji saya untuk sara hidup kerana segala-galanya, rumah, api dan air, kenderaan, pesawat terbang, perjalanan ke merata dunia dibiayai oleh Kerajaan.

"Gaji saya selama 29 tahun dalam Kerajaan saya simpan. Itulah wang yang saya guna untuk modal kedai roti, ternakan kuda, lembu dan kerbau. Saya tidak pinjam barang satu sen pun dari bank. Saya tidak membeli saham dalam pasaran saham. Tetapi satu rumah saya dibangun dengan pinjaman duit Kerajaan. Saya sudah lama bayar hutang ini," katanya.

Tun Dr Mahathir juga mencabar sesiapa yang mempertahankan Najib supaya menyaman pihak-pihak yang membuat dakwaan bahawa Najib melesapkan wang negara.

"Jika ingin pertahan Najib, adakan saman malu terhadap semua mereka termasuk saya yang menuduh Najib lesapkan wang rakyat. Jangan beri alasan kononnya saya pun buat apa yang Najib buat. Sebaliknya benarkanlah proses perundangan dilaksana dan Najib dihadap perbicaraan mahkamah keadilan," katanya.

http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Sep 28, 2016 6:41 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Norsakinah, Pelajar Malaysia Tajaan JPA Hilang Di Perancis

Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.net

SEORANG pelajar Malaysia, Norsakinah Naim, 19, yang sedang menuntut di sebuah universiti di Perancis dilaporkan hilang sejak beberapa hari lalu.

Sakinah tidak pulang kerumah selepas keluar dengan hanya membawa beg dompetnya dan disedari oleh rakan serumahnya yang kemudian membuat laporan kehilangan di Kedutaan Malaysia di Perancis.
Berasal dari Sungai Petani Kedah, Sakinah merupakan pelajar tahun pertama tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di IUT De Rouen mengambil jurusan kejuruteraan kimia.

Rakan serumah Sakinah memberitahu bapanya, Naim Awang bahawa mereka menemui telefon bimbit anaknya itu sedang berdering dan ditinggalkan dalam biliknya, sebelum menyedari ketiadaan Sakinah di rumah sewa mereka.

Guru kaunselor Sakinah di Sekolah Mengengah Kebangsaan Pekula, Tikam Batu juga memberitahu bahawa Sakinah ada menghubunginya pada Jumaat lalu tetapi panggilan tersebut terputus.

Walau bagaimanapun, guru tersebut ada menghubungi Sakinah semula selepas itu tetapi panggilan tersebut dijawab oleh rakan serumahnya yang memberitahu Sakinah tidak pulang kerumah.

Tambah Naim, dia dan isterinya hanya mampu berdoa kepada Tuhan agar anaknya berada dalam keadaan yang sihat dan selamat serta dijumpai dalam masa yang terdekat. - MYNEWSHUB.CC

Nursakinah Hilang di Perancis Sejak Ahad
siakapkeli.my

KUALA LUMPUR: Norsakinah Naim, 19, pelajar Malaysia di Institute University of Technology (IUT) Roanne di Normandy, Perancis hilang sejak Ahad lalu, bukan Jumaat seperti dilaporkan sebelum ini.

BH Online melaporkan, lokasi pelajar itu dipercayai hilang juga bukannya di Paris tetai Normandy di utara Perancis yang terletak kira-kira 140 km dari ibu kota negara tersebut.

Menurut laporan, Norsakinah dikatakan keluar dari kediamannya pada jam 12 tengahhari waktu tempatan (6 pagi waktu Malaysia) dan kehilangannya disedari rakan serumah kira-kira jam 8 malam waktu tempatan (2 petang waktu Malaysia).

Pegawai kedutaan Malaysia di Perancis ketika dihubungi berkata, sebaik menyedari kehilangan Norsakinah, rakannya itu terus menghubungi pihak kedutaan sebelum membuat laporan polis di Paris.

"Sejurus laporan polis dibuat, pihak kedutaan terus menghubungi keluarga mangsa bagi memaklumkan mengenai kehilangan Norsakinah.

"Kita juga ada menghantar pegawai ke IUT untuk mendapatkan maklumat daripada pensyarah dan rakan-rakannya di sana. Di sana (Roanne), kita buat satu lagi laporan polis bagi membolehkan siasatan dilakukan," katanya ketika dihubungi BH, sebentar tadi.

Beliau berkata, pihaknya tidak boleh mendedahkan maklumat lanjut dan menyerahkan kes itu kepada polis.

"Sebarang perkembangan terkini mengenai kehilangan Norsakinah akan dimaklumkan terus kepada keluarganya," katanya.

Sumber : BH Online

http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Sep 28, 2016 6:42 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Macamana Tempat Sepenting & Sekritikal Sebuah Hospital Putus Air?
bloglist-malaysia.blogspot
libanglibu.blogspot
Posted by Libang Libu

Tiada air sejak Jumaat, Hospital Serdang dalam darurat

Bernama | September 27, 2016

Pesakit kes separa kecemasan dirujuk ke hospital lain manakala kes elektif dan temu janji klinik ditangguhkan sehingga bekalan air pulih

Air putus-putus sejak 23hb Sept 2016. Sehinggalah sekarang ini, bekalan masih putus-putus. Kejap ada, kejap tak ada.

Ramai dah mencarut-carut sebab negara kita masih dalam keadaan aman, bukan dalam perang, jadi putus air aplancaw??

Dol,

ini kes hospital tak ada air. Hospital. Bukan belakang mati. Belakang mati sentiasa berair. Kah kah kah!

Ini Hospital Serdang. Sebuah hospital memerlukan air. Bukan ladang kaktus.

Amat tidak masuk akal sebuah hospital mengalami masalah air. Pernah dengar kes kandang panda putus air?

Tak kiralah Sungai Langat kering ke, Sungai Gombak kemarau ke, Sg Pahang kena kambus ke, bekalan air ke mana-mana hospital mesti mencukupi.

Macam-macam cara boleh buat. Korek telaga. Angkut air guna tangki. Angkut air guna keretapi. Angkut air guna helikopter. Macam-macam cara boleh dibuat utk memastikan tempat sepenting & sekritikal sebuah hospital mendapat bekalan air yg mencukupi.

Bekalan api putus-putus boleh lagi diampun sebab orang basuh berak tak guna api. Kah kah kah!!! Nak kena renjat? Kah kah kah!!!

Dari 23hb Sept apa lahanun-lahanun gaji berjuta perut gendut neck-tie cerut tengkuk itu buat?

Ini puncanya ular.

Dari pagi mengular hingga ke tengahari, membawak ke petang, tak sedar hari dah malam, sampai lah ke subuh mengular.

Elok-elok mengular dah bertukar jadi biawak, kemudian jadi siput babi.

Itu pasal, slooooooooooow buat kerja.

Kah kah kah kah!!!!

Siput babi projek

http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Sep 28, 2016 6:43 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Wanita ini Jadi Pemilik Pertama Saga Baharu Selepas Jawab Satu Soalan Mudah di Majlis Pelancaran Saga 2016
siakapkeli.my

Shah Alam, 28 Sep - Seorang wanita yang hadir ketika majlis Pelancaran 2016 menjadi pemilik pertama Proton Saga baharu apabila berjaya menjawab satu soalan mudah di majlis pelancaran itu.

Detik manis Aliya Raidah Bt Abdul Malek dari Universiti Putra Malaysia itu dirakamkan oleh laman Facebook Proton Cars sebentar tadi.

"Tahniah Aliya Raidah Bt Abdul Malek dari UPM!. Pemilik pertama kereta Saga 2016 yang baharu! Woot Woot!", tulis Proton Cars.

Menurut Proton Cars, Aliya berjaya memenangi kereta tersebut setelah berjaya menamakan kesemua kereta Proton yang bermula dengan huruf S.

Tidak pasti apa jawapan yang diberikan oleh Aliya tapi apa yang pasti setakat ini Proton telah mengeluarkan empat model yang bermula dari huruf S.

1 - Suprima
2 - Saga
3 - Savvy
4 - Satria

Tahniah buat Aliya.

Sumber : FB Proton Cars

Proton Cars
Congratulations Aliya Raidah Bt Abdul Malek from UPM!

The FIRST proud owner of the The New Saga 2016! Woot Woot!

You can watch how she won the car on Proton's Instagram Stories! Follow us on @ProtonCars

#sagabaharu #newsaga #ProtonCars #AlamiPerubahannya

Proton Lancar Saga Baru, Harga Bermula dari RM37,000
siakapkeli.my

Foto : Twitter/@BroJinggo

SHAH ALAM , 28 Sep: Proton Holdings Bhd (PROTON) hari ini melancarkan model terbaharu Saga di Pusat Konvensyen Setia City Shah Alam yang disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Kereta yang dijana enjin 1.3 liter VVT itu didatangkan dalam empat varian iaitu 1.3L 5MT Standard; 1.3L CVT Standard; 1.3L CVT Executive dan 1.3L CVT2 Premium.

Hadir sama, Pengerusi Proton yang juga Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM Bhd, Datuk Seri Syed Faisal Albar dan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Datuk Ahmad Fuaad Kenali.

Sementara itu, Utusan Online melaporkan harga bagi Proton Saga baru bermula dari RM37,000 hingga RM46,000.

Sumber : BH Online, Utusan Online

----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:-
To:
Sent: Saturday, September 24, 2016 11:25 PM
Subject: Fw: Rupa Proton Saga 2016 Baharu

Ini Bagaimana Rupa Proton Saga 2016 Baharu Dari Jarak Dekat
siakapkeli.my

Kuala Lumpur, 23 Sep - Kereta terbaru keluaran Perodua, Bezza, mungkin akan menghadapi sedikit persaingan dari Proton Saga terbaru yang akan muncul menemui orang ramai tidak lama lagi.

Jika sebelum ini banyak foto terdedah diambil dari kilang dan juga cuma model prototaip, kini foto Saga 2016 yang berjaya diambil dari jarak dekat pula tersebar.

Menerusi perkongsian gambar oleh pengguna Facebook Jai Kbs, boleh dilihat Saga terbaru kali ini menampilkan rekabentuk yang moden dan menarik, seiring dekat pesaing-pesaingnya yang lain.

Foto dari sisi.

Dari depan

Dari depan

Teaser dari dalam

Dari belakang.

Proton Saga dijangka akan dilancarkan pada 28 September ini.

http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Sep 28, 2016 6:43 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Tebusan Malaysia Ditahan Abu Sayyaf, Rayu Bantuan

Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.net

PETALING JAYA - Satu mesej bantuan kecemasan telah dihantar oleh seorang tebusan Malaysia yang ditahan oleh kumpulan Abu Sayyaf, merayu pertolongan kerana beliau kelaparan dan telah dipukul.

"Kami sudah tidak tahan lagi. Kami dalam kesakitan. Semua kami sakit. Badan kami luka-luka. Kami lemah. Tiada makanan untuk dimakan. Malah, kami dipukul. Ada orang mahu menembak kami. Tolong bantu kami."

Itulah kata-kata Mohd Ridzuan Ismail, salah seorang daripada lima rakyat Malaysia yang diculik oleh kumpulan bersenjata Abu Sayyaf dari perairan Lahad Datu di pantai timur Sabah, 18 Julai lalu.

Pada Rabu, jurucakap Abu Sayyaf, Abu Rami telah menghubungi The Star dari pulau Jolo, selatan Filipina, dan meminta Mohd Ridzuan, 32, bercakap di telefon bagi membolehkan beliau menghantar mesej kepada kerajaan Malaysia.

"Saya adalah tebusan dari Malaysia. Nama saya Mohd Ridzuan Ismail. Dan saya meminta bantuan daripada kerajaan dan majikan saya untuk menyelamatkan kami secepat mungkin," kata kelasi kapal itu dalam bahasa Melayu.

Perbualan berlangsung selama lapan minit.

"Kami menderita di pulau Jolo. Kami merayu kepada kerajaan Malaysia dan majikan kami supaya berunding tentang pembebasan kami, kami mahu pulang ke rumah secepat mungkin," katanya dalam nada sedih.

Terdapat kemungkinan Mohd Ridzuan mungkin akan mati di tangan Abu Sayyaf yang telah memenggal kepala tebusan pertama Malaysia, Bernard Then, November tahun lepas.

Mohd Ridzuan, yang berasal dari Pahang, diculik bersama empat rakannya dari Sabah, Tayudin Anjut, 45, Abd Rahim Summas, 62, Mohd Zumadil Rahim, 23, dan Fandy Bakran, 26.

Kapal tunda mereka yang kosong telah ditemui di perairan Dent Haven di kawasan Tambisan, Lahad Datu, berhampiran sempadan laut di selatan Filipina.

Mohd Ridzuan berkata, mereka sedang ditahan dalam hutan.

"Hanya kadang-kadang kami diberi makan. Untuk minum, kami terpaksa mengambil air parit. Jika ada makanan, ia hanyalah nasi untuk alas perut," katanya.

Ditanya sama ada mereka telah dipukul, Mohd Ridzuan berkata mereka telah dipukul dengan senapang.

"Kami takut. Ini bukan tempat kami. Mereka pukul kami dan beritahu kami bahawa mereka boleh menembak kami."

Pada waktu malam, beliau berkata tawanan akan diikat.

"Kami tidur di atas tanah. Apabila hujan, kami akan terendam dalam air," katanya.

Ditanya berapa ramai anggota lelaki bersenjata yang mengawasi mereka, Mohd Ridzuan berkata bilangan mereka 'terlalu banyak, terlalu banyak untuk dikira'.

Pada mulanya, Mohd Ridzuan berkata orang yang menculiknya ada menghubungi majikannya tetapi akhir-akhir ini pemilik kapal tersebut telah berhenti menjawab panggilan.

"Tolong hubungi bos dan keluarga saya supaya mereka dapat membantu kami pulang ke rumah secepat mungkin.Sudah dua bulan berlalu. Kami tidak tahu apa lagi yang perlu dilakukan," katanya.

Sehari sebelum Mohd Ridzuan muncul merayu bantuan, Abu Rami dalam satu temu bual telefon berkata penculik telah meminta 100 juta peso (RM8.5 juta) untuk membebaskan rakyat Malaysia yang ditahan.

Tebusan itu, katanya, telah ditahan di Luuk, kawasan di pulau Jolo oleh seorang pemimpin Abu Sayyaf yang dikenali sebagai Abu Khalif.

Beliau berkata tebusan telah dipisahkan kepada tiga kumpulan.

"Saya diberitahu bahawa tebusan paling tua sedang sakit," kata jurucakap itu yang memperkenalkan kumpulannya sebagai Al Harakatul Al Islamiyyah.

Abdul Rahim Summas di lokasi yang tidak didedahkan di Pulau Jolo.
Beliau mungkin merujuk kepada Abd Rahim yang berusia 62 tahun.

Ditanya sama ada pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) Nur Misuari boleh berunding untuk melepaskan mangsa, Abu Rami berkata: "Hanya jika dia mempunyai 100 juta peso. Jika tidak, maka tidak."

Beliau juga mendakwa tiada tentera yang muncul di lokasi di mana tebusan itu ditahan, walaupun dengan adanya laporan bahawa tentera Filipina akan melancarkan perang habis-habisan terhadap Abu Sayyaf.

"Mengapa mereka tidak mahu melawan kami?" beliau membuat cabaran.

Pada Ahad, Abu Rami menghantar dua keping gambar tebusan kepada The Star.

Beliau tidak dapat menghantar gambar-gambar itu lebih awal kerana masalah sambungan Internet di bandar Jolo.

Pihak berkuasa Malaysia dipercayai sedang bekerjasama dengan rakan-rakan mereka di Filipina mereka untuk membebaskan tawanan.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abdul Rashid Harun enggan membincangkan tentang rundingan untuk membebaskan tebusan, hanya mengatakan bahawa mereka 'masih menunggu'.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata beliau akan mengarahkan polis untuk meningkatkan komunikasi dan rundingan dengan penculik bagi membebaskan mangsa.

Keluarga tebusan telah menjauhkan diri daripada media. Satu-satunya kenyataan yang telah dikeluarkan setakat ini adalah mereka berdoa agar orang tersayang dapat pulang dengan selamat. – mStar Online/The Star

Polis Sahkan Kejadian Rompak Dan Culik Di Perairan Lahad Datu - Lagi Rakyat Malaysia Diculik.
bloglist-malaysia.blogspot
sozcyili.blogspot

Polis Sabah mengesahkan dua kejadian culik dan rompak membabitkan sekumpulan penjenayah yang lengkap bersenjata api di perairan Semporna dan Lahad Datu, malam tadi.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abd Rashid Harun berkata, kejadian pertama berlaku pada 9.30 malam di perairan Pulau Gaya Semporna.
"Dalam kejadian itu, enam lelaki dan tiga daripadanya lengkap bersenjata api menggeledah kapal pukat tunda sebelum melarikan juragan kapal iaitu Roslan Nasir Sarapin, 39, manakala 26 anak kapal selamat.
"Selang setengah jam kemudian dipercayai kumpulan yang sama melakukan rompakan ke atas sebuah lagi kapal pukat tunda di perairan Tungku, Lahad Datu," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, sebentar tadi, memetik laporan Harian Metro.
Menurutnya, dalam rompakan itu, kumpulan penjenayah melarikan dua unit enjin, dokumen, telefon bimbit dan wang tunai RM300 dipercayai milik anak kapal iaitu seramai 19 orang.
"Selepas melakukan jenayah berkenaan, semua suspek termasuk juragan yang diculik dipercayai menuju ke perairan antarabangsa.
"Hasil siasatan juga mendapati kumpulan penjenayah ini menggunakan senjata api jenis M16, M14 dan pistol," katanya.

http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Sep 28, 2016 6:43 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Akhirnya Auta Kerajaan Umno BN Terbarai Lagi..
bloglist-malaysia.blogspot
addindeen.com
Posted by Addin Deen

Akhirnya Auta Kerajaan Umno BN Terbarai Lagi. Rakyat negeri Kedah masih lagi ternanti-nanti bila agaknya kemudahan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim atau Kulim International Airport (KXP) yang dilaung-laungkan sejak pilihan raya 2013 lagi akan menjadi kenyataan.

Rata-rata mereka percaya dengan adanya kemudahan ini ia akan memberi banyak manfaat kepada rakyat dan juga ekonomi negeri Kedah.

Akhirnya Auta Kerajaan Umno BN Terbarai Lagi. Namun begitu setelah hampir empat tahun, rakyat Kedah sudah dapat merasai bahawa ini semua merupakan janji-janji pilihan raya yang tidak mungkin dapat dilaksanakan walaupun Datuk Seri Mukhriz telah digantikan dengan Datuk Seri Ahmad Bashah sebagai Menteri Besar.

Menurut Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Kedah, Asmirul Anuar Aris (gambar bawah), selepas Mukhriz ditolak oleh Najib dengan meletakkan Ahmad Bashah sebagai Menteri Besar baru, projek yang kononnya direstui oleh Perdana Menteri itu didakwa akan diteruskan.

Namun begitu sehingga kini, status pembinaan lapangan terbang tersebut masih menjadi tanda tanya samada ia adalah fakta atau auta.

"Apakah kerajaan BN Kedah mampu menampung kesemua kos pembinaan sedangkan kita tahu bahawa kerajaan negeri mengalami masalah kewangan yang amat teruk.

Akhirnya Auta Kerajaan Umno BN Terbarai Lagi

"Sehingga kini hutang kerajaan negeri kepada kerajaan pusat mencecah hampir RM2bilion unutk pembinaan dan projek-projek di negeri Kedah sebelum ini.

"Adakah kerajaan pimpinan Ahmad Bashah akan menambah hutang kepada kerajaan pusat lagi, " katanya.

Malah tegasnya lagi, Pemuda Amanah Kedah mencabar Menteri Besar untuk mengumumkan status pembinaan lapangan terbang tersebut dengan segera tanpa menyembunyikan apa jua fakta terkini.

"Dengan hutang negara yang melebihi RM847 bilion ketika ini, apakah Najib selaku Perdana Menteri akan menambah hutang lagi untuk pembinaan KXP.

"Slogan semenjak zaman pemerintahan Datuk Seri Syed Razak lagi selaku Menteri Besar mewar-warkan akan menjadikan Kedah Maju 2010.

"Selagi ia diterajui oleh Umno dan BN, maka selagi itulah ia hanya retorik semata-mata kepada rakyat negeri Kedah.

"Apakah laungan selama ini oleh kerajaan negeri hanya merupakan umpan untuk mengaburi mata rakyat setiap kali pilihan raya menjelang akan sekali lagi dikumandangkan menjelang pilihan raya umum ke 14 nanti, " ujarnya.

Asmirul juga berkata, oleh kerana itu rakyat negeri Kedah mesti bangkit dan sedia untuk membuat perubahan secara drastik.

Akhirnya Auta Kerajaan Umno BN Terbarai Lagi

Tambahnya lagi, pelbagai kemelut yang sedang melanda Umno kini telah menyerlahkan lagi kelemahan mereka dalam memimpin negeri maupun Putrajaya.

Sehubungan itu katanya, rakyat negeri Kedah wajib menolak kepimpinan Umno dan BN untuk menerajui Kedah sekali lagi dalam pilihan raya umum yang akan datang tidak lama lagi.

"Rakyat Kedah mesti bangun dan segera bangkit untuk membuat perubahan.

"Yakinlah tanpa Umno dan BN, masih ada Amanah dan Pakatan Harapan untuk memberi pembelaan kepada rakyat.

Akhirnya Auta Kerajaan Umno BN Terbarai Lagi. "Menolak Umno dan BN, akan menyelamatkan negeri Kedah dan juga negara dari terus menyiksa dan membebankan rakyat dengan pelbagai korupsi dan birokrasi berat sebelah yang menjadi amalan kerajaan sedia ada, " tegasnya lagi.

http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Sep 28, 2016 6:44 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Tak Jadi Potong Air Lepas Lihat Penghuni Lumpuh, Maklum Kepada Pihak Berwajib Untuk Salur Bantuan
siakapkeli.my

Affandee menunjukkan bil tunggakan Sada lebih RM600.

SUNGAI PETANI - Hasrat kakitangan Syarikat Air Darul Aman (Sada) untuk memotong bekalan air di sebuah rumah di Bandar Amanjaya di sini terbatal selepas dia melihat penghuni rumah adalah seorang wanita lumpuh separuh badan bersama anak OKU yang kudung kedua-dua belah tangan.

Sebaliknya, kakitangan Sada itu mengambil keputusan untuk memaklumkan perkara tersebut kepada pihak berwajib bagi membolehkan bantuan disalurkan.

Penghuni rumah berkenaan, Hasnah Ibrahim, 58, yang lumpuh sejak Aidiladha baru-baru ini, berkata, dia mempunyai tujuh orang anak termasuk Hasnor Hafidy, 25, yang kudung kedua tangan sejak lahir.

Hasnah berkata, dia bersyukur kerana mempunyai anak yang boleh membantu menguruskan segal urusan sejak dia lumpuh.

"Sejak sakit, anak keenam, Hasnor Affandee, 23, terpaksa berhenti kerja dan balik ke rumah menjaga kami berdua.

"Dia juga menguruskan segala urusan rumah tangga termasuk memberi makan, minum dan mandikan makcik," katanya.

Kata Hasnah, beberapa tahun sebelum ini, dia juga pernah diserang strok sebelah kiri tetapi boleh lagi bergerak.

"Lepas sembuh, kena pula lagi sekali. Kali ini, hanya mampu mengharapkan bantuan Affandee angkat dan mandikan makcik. Masak pun dia siapkan untuk kami," luahnya.

Difahamkan, Affandee sebelum ini bekerja dengan kontraktor Telekom Malaysia namun terpaksa melupakan pekerjaan itu untuk membantu keluarga kerana ibunya jatuh sakit.

Jelas Hasnah lagi, anaknya yang berusia 26 tahun, Hasnor Hafizy, bekerja di kilang berdekatan dan merupakan tulang belakang keluarga sejak suaminya meninggal tujuh tahun lalu.

Bil air cecah RM200 sebulan
Sementara itu, Affandee berkata, sebelum ini mereka membayar bil bulanan air Sada yang mencecah hingga RM200 sebulan sejak lebih setahun lalu tanpa mengetahui ada kebocoran paip.

"Bil tertunggak sejak tiga bulan sejak ibu jatuh sakit.

"Saya agak terkejut dimaklumkan oleh pihak Sada terdapat kebocoran paip menyebabkan bil air meningkat setiap bulan," katanya.

Akhirnya, masalah yang mereka hadapi mendapat perhatian meluas dan ada beberapa pihak yang tampil menghulurkan sumbangan termasuk kumpulan yang menjalankan kerja-kerja pemeriksaan dan menukar paip bocor secara sukarela.

Tunggakan bil RM600 pula diselesaikan oleh Timbalan Ketua Umno Bahagian Sungai Petani, Senator Shahanim Mohd Yusoff yang menghantar kakitangannya ke rumah keluarga itu semalam.

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pula mengesahkan Bantuan Penjagaan Pesakit Kronik dan Terlantar sebanyak RM300 akan dinaikkan menjadi RM600 bermula Oktober ini melihat kepada syarat kelayakan yang dipenuhi.

Tambah Affandee, ayahnya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan juga pernah diserang strok selepas jatuh dari tingkat tinggi.

"Ayah terlantar selama tiga tahun sebelum meninggal dunia," katanya yang kini terpaksa menguruskan hal abang dan ibunya yang terlantar.

Menurutnya, setiap pagi dia akan memastikan keperluan kedua-duanya mencukupi termasuk makan dan minum mereka.

Sumber : Sinar Online

http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Sep 28, 2016 6:44 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Tonton & Muat Naik Video di Facebook, YouTube, Twitter Tanpa Had & Tanpa Caj Data & Percuma Dengan Video-Onz
siakapkeli.my

KUALA LUMPUR – KUALA LUMPUR – Syarikat telekomunikasi U Mobile baru-baru ini mengumumkan perkhidmatan streaming video tanpa had untuk pelanggannya menerusi Video-Onz di 21 platform rakan perkhidmatan video terkemuka termasuklah YouTube, HyppTV Everywhere, iflix, Netflix, tonton, Facebook, Twitter dan berbagai lagi.

Inovasi ini dilihat sebagai salah satu cara U Mobile mengembirakan pelanggan mereka di ketika quota data internet dilihat satu 'harta' berharga bagi pengguna telefon pintar yang suka melayari internet.

Tonton video tanpa had di Facebook, Twitter, YouTube & lain-lain

Sekiranya anda pengguna Facebook, anda sudah tentu tahu bahawa video-video di Facebook akan dimainkan secara automatik di saat ia terpapar di mata anda. Disaat itu, kita akan mula menggelabah untuk menekan pause supaya video-video itu tidak menelan data internet kita yang bernilai.

Tetapi, jika anda menggunakan Video-Onz, perkara itu tidak akan menjadi masalah lagi kerana Video-Onzmenawarkan streaming video secara percuma di Facebook. Ini bermakna anda boleh menonton berbilion-bilion video-video yang dimuat naik ke Facebook secara percuma tanpa had.

Bagaimana pula jika anda ingin menonton video di Twitter dan YouTube? Jangan risau kerana Video-Onzturut menawarkan streaming percuma video di Twitter dan YouTube yang mana termasuk dalam 21 platform rakan perkhidmatan video Video-Onz.

Muat naik video juga tiada had & caj

Bukan setakat menonton, Video-Onz juga tidak akan mengenakan sebarang caj data kepada pelanggan ketika memuat naik video termasuklah membuat live di Facebook atau memuat naik video di Twitter.

Anda boleh memuat naik video di Facebook yang berdurasi berjam-jam lamanya tanpa sebarang caj data dan tanpa risau dikenakan caj-caj yang terselindung. Apa yang menjadi penghalang cuma kekuatan bateri telefon pintar anda untuk merekod video yang panjang.

Cuba bayangkan anda ternampak satu insiden luar biasa berlaku dan ingin memuat naik video kejadian itu di Facebook secara live. Dengan Video-Onz, anda boleh memuat naik tanpa risau streaming video itu akan terhenti hanya kerana anda kehabisan quota.

Ini adalah kesemua 21 rakan perkhidmatan video Video-Onz:

U Mobile juga akan terus menambah rakan perkhidmatan video bagi Video-Onz dari masa ke masa. Dalam masa beberapa bulan Video-Onz diperkenalkan, U Mobile berjaya menambah rakan perkhidmatan videonya kepada 21 berbanding dengan 11 pada awal Video-Onz diperkenalkan.

Bagi yang ingin mengetahui lanjut tentang U Mobile Video-Onz, boleh layari laman web U Mobile.

http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

Wednesday, September 28, 2016

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4595

1 Message

Digest #4595
1a
Re: Fw: Tempah iPhone 7, Dapat iPhone 4 & iPhone 3 by "Noor Azli Md Ali" noorazlimdali

Message

Tue Sep 27, 2016 5:10 pm (PDT) . Posted by:

"Noor Azli Md Ali" noorazlimdali

Jlm my c
Icy

On 26 Sep 2016 23:25, "'-:eSpAcE9808:-' rienacom@yahoo.com.sg [automobil]" <
automobil@yahoogroups.com> wrote:

>
>
> 
>
>
> *Wanita Tempah iPhone 7 Online, Tapi Dapat iPhone 4 & iPhone 3 Bersama
> Dengan Kad Fusion Yu-Gi-Oh *
> siakapkeli.my
>
>
> <https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi7ZhHm-tNYTwqXlikunbm7zp1hVo6kPKY_c_5-wbWmRTgc-AekyAbrjL5toavmD7sWVUgXPJauLpzHBVZbWWpB2BiPCO5sAOXhKWlklAo7Bb1-qc_2E8wByoXqAmIiZj1rIDgkYxvBm_w/s1600/iphone.jpg>
>
> *China* - Kumpulan pertama iPhone 7 habis terjual ibarat pisang goreng
> panas di China apabila ia mula memasuki pasaran negara itu awal bulan ini.
>
> Kerana kehabisan stok, ada yang sanggup memesan peranti itu menerusi
> online dan cara itu sudah ada risiko penipuan sebagaimana yang terjadi
> kepada seorang wanita di China ini.
>
> Lebih malang, wanita itu bukan sekadar ditipu, malah menjadi mangsa *troll
> *penjual online tersebut.
>
> Shanghaiist melaporkan, wanita terbabit, Mimi Jiang, memesan iPhone 7
> secara *online* tetapi apa yang sampai kepadanya adalah iPhone 3 dan
> iPhone 4 bersama dengan sekeping kad fusion kartun Yu-Gi-Oh.
>
> Di dalam kartun Yu-Gi-Oh, kad fusion digunakan untuk menggabungkan dua
> raksaksa menjadi satu dan dalam kes ini, wanita itu diberikan iPhone 3 dan
> iPhone 4 untuk digabungkan menjadi iPhone 7.
>
> Wanita itu kemudian memuat naik gambar barangan yang diperoleh itu di
> laman Facebook dan ia dikongsi lebih dari 3,000 kali bersama dengan 2,900
> komen.
>
> "*Jika kamu beli dua iPhone 7, kamu boleh gunakan kad Fusion untuk
> jadikan mereka iPhone 14*", usik seorang netizen.
>
>
> <https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1217429948277841&set=a.459592674061576.99763.100000325417241&type=3>
>
> 我在網路上買iphone7玫瑰金
> 結果送來3跟4還有融合卡??
> 媽的現在是當我做慈濟的???
> 遇到賣家我不把你打死我不姓蔣^_^
> Sumber : shanghaiist
> <http://shanghaiist.com/2016/09/21/iphone_7_online_shopping.php>
>
>
> http://jombelikacamata.blogspot.my/
> http://camobackpackshopz.blogspot.com/
>
> "Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
> (Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
> Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.
>
> Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
>
>
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com