9 Messages
Digest #4580
Messages
Tue Sep 6, 2016 8:10 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Setelah Kutip Berbillion RM Dari GST.. Masih Tak Cukup Duit Untuk Bina Hospital?
bloglist-malaysia.
darisungaiderhaka.
Posted by Anak Sungai Derhaka
Hairan betul ni.. dulu semasa nak dipotong subsidi minyak kata Najib subsidi yang dipotong itu akan digunakan oleh Kerajaan untuk membantu rakyat dengan membina lebih banyak kemudahan untuk rakyat..
Begitu juga semasa telah dilaksanakan GST.. Najib sendiri berkata tanpa GST kerajaan tidak mampu membina lebih banyak sekolah, hospital atau pusat kesihatan di kawasan pedalaman dan luar bandar.. bacalah di SINI
Ahmad Maslan pulak berkata menerusi kutipan cukai GST yang dikuatkuasakan, negara dijangka memperolehi hasil sebanyak RM23 bilion berbanding hasil cukai sebelum pelaksanaan GST iaitu hanya RM13 bilion.
"Kita bernasib baik melaksanakannya (GST) untuk membolehkan kita membina lebih banyak kemudahan asas termasuk jalan, jambatan, sekolah, klinik, hospital, masjid, surau dan bangunan kerajaan, yang dijangka memerlukan peruntukan berbilion ringgit,"
Tetapi setelah mengutip lebih dari RM30 Billion pada tahun 2015 dan kutipan bersih yang diumumkan oleh Kementerian Kewangan bagi tempoh 1 April 2015 sehingga 31 Disember 2015 adalah sebanyak RM27.01 bilion..
Masih tak cukup duit???
Baca ni..
ALOR SETAR – Rancangan pembinaan Hospital Pendang bernilai RM200 juta yang diluluskan menerusi Bajet 2016 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu diteruskan.
Bekas Exco Kesihatan Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh berkata, perkara itu penting bagi menampung jumlah pesakit yang terlalu ramai menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar.
"Saya difahamkan rancangan pembinaan Hospital Pendang yang tertangguh sejak sekian lama akan disemak semula walaupun pada sebelum ini Perdana Menteri telah meluluskan pembinaannya.
"Kita akui semakan itu terpaksa dibuat kerana kerajaan tidak mencukupi duit, tapi kita harap kerajaan dapat teruskan juga projek tersebut," katanya, semalam.
Menurutnya, rancangan pembinaan hospital itu juga pernah mendapat perhatian oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.
Ditanya mengenai penjimatan yang akan dilakukan kerajaan, beliau yang juga merupakan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Kedah tidak menolak kemungkinan penjimatan akan dibuat melibatkan pelbagai peringkat dalam projek tersebut akibat kegawatan ekonomi negara yang serius.
Tuanku Abdul Halim semasa titah ucapan perasmian Dun Kedah pada 2011 pernah menzahirkan rasa kesal akibat rancangan untuk membina Hospital Pendang dan Hospital Bandar Baharu masih belum dilaksanakan.
Titah baginda, rakyat di dua daerah berkenaan menghadapi kesukaran kerana perlu bergerak jauh untuk mendapatkan rawatan daripada hospital di luar daerah tersebut.
Baginda berharap tindakan susulan dapat diambil bagi menyediakan kemudahan hospital berkenaan. Difahamkan, rancangan pembinaan Hospital Pendang pada awalnya diumumkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam Bajet 2006.
Ketika kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), beberapa projek besar termasuk Hospital Pendang terpaksa ditangguhkan akibat kekurangan peruntukan.
Projek itu kemudiannya dimasukkan pula ke dalam RMK10 menerusi kaedah Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) lapor Sinar di SINI
Dulu kaata tak cukup duit untuk bina Hospital kalau tak laksanakan GST.. dah laksanakan GST pun tak cukup duit apa cerita ni??
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Tue Sep 6, 2016 8:10 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
"Tolonglah Kami, Kami Diarah Kosongkan Bangunan Maahad Tahfiz (Perempuan) Selewat-Lewatnya Hujung Bulan Ni," Rayu Mudir
siakapkeli.my
Tidak dapat lelap mata dengan tenang, itulah keadaan yang terjadi kepada Pengetua Maahad Tahfiz D'itqan apabila menerima pesanan melalui aplikasi whatsapp daripada tuan bagunan yang merupakan Pewaqaf penggunaan bagunan.
Dia telah menerima pesanan yang mengarahkan mereka mengosongkan bagunan yang digunakan untuk tujuan pengajian oleh penuntut perempuan di mana sebahagiannya terdiri daripada anak asnaf miskin dan juga termasuk anak-anak O.K.U.
Menurut Mudir, Ustaz Mohd Nasir bin Tambi Chek, keadaan ini menyebabkan mereka terpaksa mencari tempat pengajian baru untuk pelajar Maahad Tahfiz Littholibat(
"Kami merayu bantuan daripada orang ramai atas ujian yang sedang kami hadapi pada saat ini," rayunya.
Menceritakan kepada kami, pada 22 Julai 2016 lalu Maahad telah menerima notis pertama daripada pewaqaf penggunaan bagunan melalui peasan Whatsapp berbunyi.
" Saya berhasrat untuk memberikan notis sehingga hujung tahun 2016 untuk mengosongkan bangunan Tahfiz Perempuan diatas sebab2 yang tak perlu dinyatakan."
Namun pada 17 Ogos 2016 lalu beliau menerima satu lagi pesanan Whatsapp yang berbunyi.
"Tanpa sebarang alasan memaklumkan notis pengosongan bangunan disingkatkan kepada ke 30 Sept 2016."
Kerana tempoh yang terlalu singkat menyebabkan mereka tidak dapat untuk mencari bagunan baru secepat mungkin berikutan kekangan kewangan.
Beliau juga menyatakan amat risau memikirkan nasib dan keadaan penuntutnya untuk belajar dan menghafaz Al Quran jika mereka gagal mencari premis baru untuk menempatkan mereka.
Oleh itu, kepada sesiapa yang bermurah hati untuk mencari atau memberi atau memberi bantuan kewangan untuk membeli dua buah rumah untuk memindahkan pelajar-pelajar ini amatlah dialu-alukan.
Sebarang pertanyaan serta bantuan mengenai MAAHAD diminta menghubungi:
PENGETUA
USTAZ MOHD NASIR BIN TAMBI CHEK
NO TEL : 019 3856213
MUDIRAH
USTAZAH INA.
NO TEL: 0193586213.
TAHFIZ D ITQAN LITTHOLIBAT
NO 1&2, LOT 1266. BATU 41.
JALAN BANTING-DENGKIL.
KG OLAK LEMPIT. 42700. BANTING. SELANGOR
Bagi mereka yang ingin memberi bantuan kewangan boleh salurkan ke
MAYBANK
5620 5805 7425
PUSAT PENGAJIAN D ITQAN.
Facebook: Maahad Tahfiz D'itqan
Bersamalah kita sebarkan berita ini kepada mereka yang berkemampuan bagi menjamin masa depan anak-anak yang belajar ilmu agama ini supaya mereka tidak terganggu untuk belajar dan menghafaz Al Quran dengan masalah yang sedang membelenggu ini.
Maahad Tahfiz D'itqan kini mempunyai seramai 67 penuntut iaitu 45 orang lelaki dan 22 orang perempuan di mana premis bagunan untuk pelajar perempuan yang menghadapi masalah ini.
Ketika ini pihak Maahad terpaksa memberi cuti raya Aidil Adha lebih awal kepada penuntut untuk memberi laluan kepada pengosongan premis.
Keadaan semasa di Maahad sekarang, barang-barang sudah dikemas untuk kosongkan premis bagunan sedia ada.
- Siakapkeli.my
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Tue Sep 6, 2016 8:10 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Zulfadli Juarai Terbuka Brazil
siakapkeli.my
KUALA LUMPUR, 4 Sept: Pemain perseorangan profesional, Zulfadli Zulkifli berjaya meraih gelaran sulungnya di pentas antarabangsa apabila menjuari Terbuka Brazil sebentar tadi.
Zulfadhli memenangi kejuaraan itu apabila menewaskan pemain dari India, Anand Pawar 18-21, 21-11, 21-17 dalam aksi final yang berlangsung selama sejam 20 minit.
Sebelum ini, Zulfadli belum pernah meraih gelaran juara di pentas antarabangsa sejak memasuki saingan peringkat senior.
Kejuaraan dalam kejohanan bertaraf Grand Prix Emas itu pastinya menjadi tonik terbaik buat Zulfadli yang akan beraksi pada saingan Terbuka Jepun, dua minggu lagi, lapor BH Online.
Sumber : BH Online
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Tue Sep 6, 2016 8:11 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
ABANG-ABANG DAN AKAK-AKAK, MINTA LIMA MINIT BOLEH? ABAM NAK CERITA SIKIT KENAPA KITA MESTI SOKONG PINDAAN RUU AKTA 355?
bloglist-malaysia.blogspot
kerabubersuara.blogspot
ABANG-ABANG DAN AKAK-AKAK, MINTA LIMA MINIT BOLEH? ABAM NAK CERITA SIKIT KENAPA KITA MESTI SOKONG PINDAAN RUU AKTA 355?
Gua nengok je gelagat Siti Kasim masa forum kat Karangkraf semalam. Tapi bagi gua, tu hal dialah. Cara dia semalam pun dah tunjuk 'siapa dia' yang sebenarnya, so gua peduli apa.
OK, gua nak declare yang gua sokong 100 peratus pindaan ni!
Sebelum pergi jauh, basically pindaan ini BUKAN nak wujud undang-undang baru ye cik senah. Ni nak memperkasakan Mahkamah Syariah, itu je pun. Dan pindaan ini TIDAK MELIBATKAN LANGSUNG ORANG BUKAN ISLAM, itu penting tu...tolong bagi pemahaman pada Ah Fook, Arumugam dan Sukhvinder andai depa tanya kat hangpa.
Lagipun last kita pinda benda alah ni almost 32 tahun lepas, dah berlapuk, bersawang bagai.
Pindaan ini penting sebab sebelum ini hukuman mahkamah syariah terbatas kepada hukum maksimum penjara tiga tahun, denda RM5,000, enam kali sebatan syar'ie. Alahai...low classsnyalah...nama je hakim syariah...pesalah kalau tahu dia leh gelak guling-guling! So dengan pindaan ini, kita nak bagi kuasa agar pesalah syariah gerun sikit, jangan ingat mahkamah syariah ini cikai je!
Apa yang dicadangkan, hanyalah meningkatkan hukuman maksimum kepada apa hukuman yang selaras dengan hukum syarak selain hukuman mati...contoh HUKUMAN MAKSIMUM seperti 100 sebatan pada pesalah.
Kejam? Rileks...sebat syariah ni bukan macam sebat kat Penjara Kajang brader. Kalau sebat kat Penjara Kajang tu, baru tiga empat kali libas buntot kau dah pecah berdarah, berkecai kulit-kulit!
Tapi sebat ala syariah ni macam kau kepit buku kat ketiak je. Masa nak hayun rotan tu buku tu tak boleh jatuh...so boleh bayang tak 'lembutnya' sebatan itu. Aku rasa cikgu besor sebat kau kat perhimpunan pun lagi sakit!
Pada yang TAKUT SANGAT pindaan ini 'buka jalan' pada hukum hudud, meh abang nak bagitahu. Dalam Malaysia ni nak buat hudud kena pinda TIGA perkara dalam perlembagaan, kena dapat sokongan 2/3 atau 148 orang Ahli Parlimen. La ni kalau campur semua Ahli Parlimen beragama Islam, kita baru ada 135 orang, still tak boleh buat apa pun - kecuali ada YB bukan Islam pun sokong, ko raser?
So abam pendekkan cerita, orang Islam macam kita ni patut bagi sokongan tak berbelah bagilah mengenai pindaan ini. Ini bukan sebab ko Pas atau UMNO, ini sebab untuk meninggikan martabat agama juga. Ok what?
Sorrylah, abam bukan peguam. Abam tak reti nak guna bahasa peguam. Tapi abam pun study juga bab pindaan ni, bukan main tulis je cuma yelah benda nampak simple tapi banyak lagi selok-belok perundangan yang perlu diperhalusi. Kita bagi mereka yang ahli lah untuk menanganinya. Kalau nak tau lagi, jumpalah yang arif-arif lagi bijaksana.
Abam nak sambung kerja. Bos dok ingat abam tengah tulis sajak cinta ni kah kah kah!
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10154474410263050&id=821928049
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Tue Sep 6, 2016 8:11 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Taman dan tugu: Dosa besar, pembaziran besar - Mufti Harussani
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.
Sedangkan membina tugu menyerupai haiwan sebenar sudah haram, apatah lagi berbentuk manusia, tegas Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.
Katanya membina tugu berbentuk manusia memang jelas haram hukumnya dan suatu ketika nanti tuhan akan menuntut supaya binaan itu diberi nyawa.
Selain menganggapnya sebagai "dosa besar" Harussani berpendapat peruntukan besar bagi projek pengindahan taman di sekitar Tugu negara sebagai pembaziran besar negara.
Bercakap kepada Malaysiakini Harussani menjelaskan kesalahan itu menjadi lebih besar apabila binaan tugu itu mengundang manusia untuk memuja binaan tersebut.
"Dari awal dulu lagi kita tak bersetuju (dengan pembinaan Tugu Negara) kerana kita adalah negara Islam. Kenapa kita nak memuja tugu?
"Tugu berbentuk manusia pula adalah haram," katanya.
Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan suntikan dana RM650 juta untuk projek Taman Tugu di atas kawasan seluas 66 ekar di sekitar Tugu Negara.
Sebahagian besar daripada peruntukan itu - atau RM500 juta - akan dibiayai Khazanah Nasional.
Hutan tropika mini dalam bandar raya itu akan menjadi sebahagian daripada ikon utama Kuala Lumpur dan fasa pertama akan siap pada pertengahan 2018.
Projek itu diumumkan ketika isu mengenai kewajaran tugu menggambarkan makhluk hidup dianggap haram dalam Islam diperkatakan timbalan Harussani, Zamri Hashim.
Mengulas lanjut, Harussani menyifatkan suntikan dana itu sebagai satu pembaziran terbesar negara.
Kata Harussani adalah lebih baik wang tersebut digunakan bagi tujuan pembangunan kehidupan rakyat di negara ini.
"Menyediakan sampai RM650 juta pula satu pembaziran. Ia sepatutnya ia boleh membantu membangunkan hidupan rakyat, malah itu lebih mudah dan baik daripada membina serta mencantikan tugu supaya orang ramai datang memuja tugu.
"Banyak lagi orang miskin di negara ini.
"Kalau dengan jumlah tersebut kita buat untuk perumahan atau bangunkan tanah-tanah yang (terbiar) ia lebih berfaedah serta hidup rakyat lebih bahagia," tegas Harussani.
Malaysiakini sebelum ini melaporkan Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menjelaskan, Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan amalan memberi hormat kepada Tugu Negara adalah haram.
"Sebab itu sewaktu Duli Yang Maha Mulia Raja Perlis menjadi Yang di-Pertuan Agong dulu, baginda tidak pernah berbuat demikian," katanya.
Tugu Negara diilhamkan, direka dan dibangunkan pengarca AS kelahiran Australia, Felix de Weldon.
Carian di Internet menunjukkan binaan berkenaan adalah Tugu Negara terakhir dihasilkan de Weldon sebelum dia meninggal dunia pada 3 Jun 2003.
Tiada Keperluan Projek RM650 juta perindah kawasan Tugu Negara
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
tranungkite.
Pemuda PAS Wilayah Persekutuan menuntut projek RM650 juta bagi memperindah kawasan sekitar Tugu Negara di Kuala Lumpur sebagai taman hutan hujan dalam bandar, ditangguhkan.
Ketuanya Khairil Nizam Khirudin berkata tiada keperluan untuk projek itu pada masa ini berbanding keperluan rakyat yang lebih utama.
Beliau malah bimbang ia akan mengulangi "kegagalan" projek dusun bandar di Jalan Bellamy yang berdepan masalah dan keraguan kewangan, seperti dilaporkan Laporan Ketua Audit Negara 2012.
"Kitaran krisis ekonomi juga dijangka bakal berlaku pada tahun 2017/2018.
"Maka, apa perlunya kerajaan dan agensinya membelanjakan peruntukan yang besar untuk projek yang tidak berimpak tinggi tersebut?" katanya.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan suntikan dana itu untuk projek di kawasan seluas 66 ekar itu semalam, yang sebahagian besarnya (RM500 juta) akan dibiayai Khazanah Nasional.
"Hutan tropika mini dalam bandar raya" itu akan menjadi sebahagian daripada ikon utama Kuala Lumpur dan fasa pertama akan siap pada pertengahan 2018.
Projek itu diumumkan ketika isu mengenai kewajaran tugu menggambarkan makhluk hidup dianggap haram dalam Islam diperkatakan, selepas timbalan mufti Perak Zamri Hashim mengeluarkan pandangannya.
Dalam kenyataan hari ini, Khairil Nizam mencadangkan peruntukan sama diagihkan kepada sektor rangsangan ekonomi yang lebih besar termasuk perbelanjaan kepada golongan miskin dan mudah terjejas.
"Kami tidak mahu projek tersebut diteruskan buat masa ini," katanya.
Buat Projek Tugu Negara RM650j Ada Duit, Baiki Sekolah Takde Duit - Netizens Luah Kekecewaan..
bloglist-malaysia.
amenoworld.net
Projek mega bagus.
Baik untuk pembangunan dan kemajuan.
Ada projek bermaksud ada kerja.
Ada kerja bermakna ada pendapatan.
Ada pendapatan akan membawa kepada perbelanjaan.
Perbelanjaan mendorong kepada permintaan, penawaran.
Dan beginila ekonomi akan berjalan.
Terus mengukuh ke hadapan.
Tetapi.
Bukannya semua projek mega itu bagus. Projek mega itu bagus jika ianya melibatkan kepentingan rakyat. Projek yang tidak meminggirkan keperluan rakyat atau mengabaikan hak rakyat. Projek yang hanya menguntungkan kronisma, kapitalisma, sebelah pihak yang berauthoriti dan mereka-mereka yang berkepentingan menjana keuntungan semata-mata, projek mega itu tidakla bagus. Wujudnya rantaian ekonomi pun hanya bersifat sementara yang mana berkemungkinan akan bagi vibe negative kat rakyat pada masa mendatang. Contohnya projek mega KLCC. Kita setakat berbangga gitu-gitu je la. Hasil yilek. Ini nak buat menara satu lagi. Tak cukup dengan menara, tambah tugu negara pula. Sementara itu menteri bersetuju dengan cadangan kutip derma dari ibu bapa & pelajar bagi membiayai kos penyelenggara bangunan sekolah.
What the f@ck la semua ini.
Menerusi petikan berita Malaysiakini, aku membaca ;
Tugu Negara dan kawasan di sekitarnya mendapat suntikan RM650 juta bagi menjadikan kawasan seluas 66 ekar itu sebagai taman hutan hujan dalam bandar. Sebahagian besar projek itu akan dibiayai Khazanah Nasional yang memperuntukkan dana sebanyak RM500 juta. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata "hutan tropika mini dalam bandar raya" itu akan menjadi sebahagian daripada ikon utama Kuala Lumpur.
Berucap merasmikan projek Taman Tugu di Tugu Negara hari ini Najib berkata fasa pertama akan siap pada pertengahan 2018. "Salah satu ciri global city (bandar raya global) ialah pembangunan masyarakat dalam sesebuah bandar raya menuju kepada kemudahan riadah. Kemudahan green lungs (kawasan hutan). "Sebab itulah bandar raya London sinonim dengan Hyde Park, Central Park sinonim dengan New York. "Jadi saya ingin suatu hari nanti, Taman Tugu ini sinonim dengan Kuala Lumpur yang bertaraf global city," katanya.
Projek itu dijalankan ketika isu mengenai kewajaran tugu menggambarkan makhluk hidup dianggap haram dalam Islam diperkatakan. Isu itu kembali menjadi perhatian selepas timbalan mufti Perak Zamri Hashim menulis dalam sebuah akhar mengenai binaan patung seperti burung helang adalah haram kerana menyerupai haiwan hidup. Memetik hadis nabi Zamri berkata ijmak seluruh ulama mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah menetapkan haram membina atau membuat replika patung yang lengkap bagi benda bernyawa seperti manusia atau binatang. "Malah, jika sudah dibina wajib dirobohkan, manakala membinanya atau membuatnya adalah dosa besar," tulisnya dalam sisipan "Ibrah" di Berita Harian pada 2 September lalu.
Dijangka siap pada 2020 Tugu Negara terdiri daripada patung gangsa menyerupai sekumpulan tentera dengan satu daripadanya memegang tiang bendera mengibarkan Jalur Gemilang. Ia telah disiapkan pada 1966 untuk memperingati pasukan keselamatan yang terkorban semasa darurat di negara ini. Setinggi 15 meter, ia adalah patung gangsa berkumpulan tertinggi di dunia. Apabila taman itu siap nanti kata perdana menteri setiap pemimpin dunia yang mengadakan lawatan rasmi ke negara ini akan dipelawa menanam pokok sebahagai sebahagian daripada jadualnya.
Kata Najib walaupun Khazanah sudah menetapkan konsep taman itu agensi berkenaan masih terbuka kepada maklum balas orang ramai mengenai bagaimana hasilnya kesudahannya nanti.
Sementara itu berdasarkan kenyataan media projek itu akan melibatkan pemuliharaan 1,000 pokok dan penanaman lebih 5,000 lagi pohon dari hutan hujan Malaysia. Laluan pejalan kaki juga akan dibina untuk menawarkan akses kepada taman itu, termasuk melalui stesen KTM Komuter Bank Negara, dan melalui KL Sentral melalui beberapa mercu tanda. Di samping itu, kemudahan lain seperti gerai makanan dan minuman, taman permainan kanak-kanak, tempat acara dan kemudahan pendidikan akan dibina serta terbuka kepada orang ramai.
Selain Khazanah, beberapa rakan kongsi projek itu ialah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (Frim), Jabatan Alam Sekitar, Persatuan Pencinta Alam Malaysia dan lain-lain lagi. Projek itu dijangka siap sepenuhnya pada 2020.
----------
1. Amboi. Kemain lagi juta-juta buat projek.
2. Padahal masa sekarang projek sebegitu tidak bersesuaian dengan keperluan semasa rakyat.
3. Sounds interesting projek tu. Tetapi sayangnya bukan di saat keuntungan Petronas yang menyusut ke 11% dari 44% pada tahun 2008. Senang cakap timing tak sesuai.
4. Keadaan semasa rakyat ialah mereka perlukan suntikan ekonomi yang melibatkan kepentingan mereka secara langsung.
5. Projek mega berimpak tinggi kurang sesuai dijalankan pada ketika kerajaan cut banyak bajet kementerian.
6. Najib menyeru kepada penjimatan. Tapi 650j projek tugu negara jimat apa dia? Tu tak kira projek panda lagi. Zoo negara sendiri complaint takda dana nak tanggung anak panda. Tu pasey nak hanto pulang. Dulu sebelum amek panda kata penjilat Najib, nanti pelancong ramai2 masuk Malaysia nak tengok panda. Untungla sektor pelancongan. Abah kau untung. Zoo negara sampai tak tertanggung beban menyara. P balikla panda. Konon nanti Malaysia dapat projek China. Mereka up alasan baik punya. Abah kau dapat projek China. Firma China dapat projek mega Malaysia lagi ada. Ya Rabbi. Rasa nak peneranjang je seko-seko.
7. Time ekonomi cemerlang, projek mega ini menguntungkan. Sebab rakyat punya wang untuk berbelanja. Tetapi time ekonomi sedang bermasalah disebabkan kejatuhan minyak, ringgit, banyak company terjejas, ada VSS sana VSS sini, inflasi, hutang rakyat yang menimbun, mahasiswa menggangur ramai siap berebut job dengan PATI, PADI takpayah la kita buat benda bukan-bukan. Memang jangka siap 2020. Tetapi bukan waktu 2020 kau semua keluar modal. Kau keluar modal pada saat projek neh berjalan iaitu pada sekarang neh. Ye ye jek Khazanah nak campak 500 juta. FRIM lagi. DBKL pun sama. Mane korang cekau duit? Dari mane? Dari siape? Rakyat juga yang jadi mangse. Kalau2 time tu Khazanah susut keuntungan, sampai menjejaskan pelaburan, mao kita gak kena korek poket menderma cukai. Uihhh. Seram fikir.
8. Tak boleh blah. Aku tengok Najib bangga gile declare projek ini dalam berita tadi. Tv3 lapor ada la dekat 15 minit. Seriyus Najib. Rakyat bukan gila nak berindah. Kalau ko gila kreatif, tempat2 berindah sedia ada kau majukan. Naikkan selevel bagi memajukan kawasan2 berkenaan dengan idea gempak dan inovatif tetapi modal minima.
9. Dan dengan duit yang juta2 tu tolongla untuk sekian kalinya upgradela bangunan sekolah. Upgrade la fasiliti sekolah. Upgrade la hospital yang memerlukan. Upgrade la benda2 penting seperti membina lebih banyak rumah kos serdahana bawah 100k. Tolongla. Untuk sekian kalinya korang fikir demi rakyat tanpa ada niat atau agenda tersembunyi. Betul2 ikhlas nak jalankan tanggungjawab dengan amanah. Janganla makan gaji buta lagi.
Luahan netizens.
Askar pencen pun aku rasa tak setuju benda alah neh. Baik kau upgrade aset-aset military yang bersesuaian dengan keperluan semasa lagi ada faedah.
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Tue Sep 6, 2016 8:12 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Dakwaan Makanan RMT Tak Cukup Khasiat : Guru Sekolah Tampil Beri Penjelasan Perkara Sebenar
siakapkeli.my
Kelantan, 6 Sep - Semalam, berita tentang sebuah sekolah di sini yang didakwa menyediakan makanan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang tidak berkhasiat menjadi topik perbualan hangat netizen.
Namun, selepas isu itu viral, guru di sekolah berkenaan tampil memberi penjelasan tentang perkara tersebut.
Menurut guru terbabit, Nur Athirah Aripin, kes itu mula viral apabila seorang guru dari sekolah yang lain yang menghantar anaknya ke sekolah itu pada pagi itu memuat naik perkara itu di Facebook.
"Al-kisahnya hari ni bermula UPSR. So ada seorang bapa pelajar juga seorang guru datang hantar anak ke sekolah.
"Hantar anak di awal pagi. Masih awal utk pelajar2 kami sampai. So mmg logik lah makanan RMTS masih tidak terusik."
Tambah puan Athirah lagi, informasi yang diberi oleh guru berkenaan tidak tepat dimana sebenarnya menu hari itu adalah Nasi Goreng Cina, bukan lah nasi putih seperti yang di gembar-gemburkan.
"Menu hari ini Nasi Goreng Cina(mengikut menu kementerian)
"Sedih kami bila benda tak benar disebarkan. Kami terpaksa menjawab dengan pelbagai pihak. PPD sendiri dah turun. PIBG dah turun. No issue at all! And please guys. If nampak any post pasal ni,do tag me.", kata puan Athirah.
Dalam masa yang sama, puan Athirah turut menghubungi pihak Siakapkeli untuk memberikan penjelasan mengenai perkara sebenar menerusi inbox.
Selain itu, puan Athirah juga berkata, penjelasan akan turut sama di buat menerusi TV3 malam ini.
Guru Sedih Menu Rancangan Makanan Tambahan (RMT) Tidak Berkhasiat
siakapkeli.my
Foto : MG
Kelantan, 5 Sept - Seorang guru di sebuah sekolah rendah di sini meminta agar Pejabat Pendidikan Daerah turun padang melihat sendiri bagaimana makanan di bawah Rancangan Makanan Tambahan (RMT) disediakan untuk murid-muridnya.
Menerusi laporan dari Malaysia Gazette (MG), guru yang enggan namanya disiar itu berkata dia sedih apabila melihat menu makanan pagi untuk murid miskin tegar itu disediakan seperti nasi kosong, sedikit sayur dengan lauk separuh potongan sosej.
Beliau juga menambah, pihak yang bertanggungjawab menyediakan makanan RMT tidak sepatutnya menyediakan menu seperti itu walaupun harga yang disediakan kerajaan hanya RM2.50 bagi seorang murid.
Menceritakan kejadian, guru tersebut berkata dia pada mulanya terkejut melihat makanan yang dihidangkan atas meja tidak terusik.
"Pagi tadi saya turun ke kantin sekolah, saya terkejut melihat makanan yang dihidangkan atas meja tidak terusik.
"Saya tanya beberapa murid yang ada di situ kenapa tidak makan nasi disediakan. Mereka jawab tidak ada selera.
"Kemudian saya ambil makanan itu dan setelah melihatnya sendiri, baru saya tahu kenapa murid hilang selera untuk makan," katanya.
Portal MG juga melaporkan, menurut pekeliling Kementerian Pendidikan bertarikh 19 Januari 2016, pelaksanaan program RMT bertujuan menyediakan makanan berkhasiat yang mengandungi nutrisi seimbang kepada murid bagi membantu mereka memberi tumpuan kepada pembelajaran dalam kelas.
Sumber : MG
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Tue Sep 6, 2016 8:12 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Fara Fauzana Batal Perkahwinan Kerana AJK Pemuda UMNO Menipunya Konon Masih Bujang.
bloglist-malaysia.
sozcyili.blogspot
Tanda tanya mengenai punca Fara Fauzana mengambil keputusan membatalkan majlis perkahwinanya disaat akhir, terjawab ekoran status lelaki yang sepatutnya dinikahi personaliti TV itu yang dikenali sebagai Hafiz, sebenarnya telah terbongkar.
Laporan Harian Metro menyebut, status Hafiz yang merupakan suami orang adalah penyebab perkahwinan itu dibatalkan, apalagi Fara hanya mendapat tahu perkara itu sehingga tarikh perkahwinan semakin dekat.
Keengganan Fara untuk menjadi isteri kedua kepada Hafiz yang juga Ahli Jawatan Kuasa Pemuda Umno satu bahagian di Lembah Pantai menjadi punca pembatalan majlis bahagia mereka. Lelaki berkenaan dikatakan merahsiakan status beliau yang sudah berkahwin sehingga Fara mendapat tahu mengenainya apabila tarikh pernikahan semakin hampir.
Sebelum ini, Fara dalam satu pengumuman rasmi memberitahu perkahwinan beliau bersama Hafiz terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab peribadi yang tidak dapat dikongsikan. Dalam masa yang sama, apabila ditanyakan perkara ini kepada Hafiz pula, beliau enggan memberikan komen lanjut mengenai perkara tersebut dan akan memberikan kenyataan dalam masa sehari dua lagi. - Malaysian Digest
Pasangan Kantoi Suami Orang, Fara Fauzana Batal Kahwin?
bloglist-malaysia.
Posted by Jeebond BLM
Fara Fauzana mengumumkan bahawa perkahwinannya minggu depan telah dibatalkan. — Foto ihsan Instagram/Fara Fauzana
KUALA LUMPUR, 6 Sept ― Enggan menikahi suami orang punca bekas penyampai radio terkenal Fara Fauzana Mohd Fadzil membatalkan perkahwinannya minggu depan, dakwa sebuah laporan Harian Metro.
Memetik seorang sumber yang tidak dinamakan, akhbar berkenaan melaporkan lelaki tersebut yang merupakan ahli jawatankuasa Pemuda Umno di satu bahagian di Lembah Klang merahsiakan statusnya daripada Fara.
"Silap dia sendiri sebab tak berterus-terang, sepatutnya dia perlu jujur. Akhirnya status perkahwinannya kantoi dengan Fara.
"Dalam perkara ini dia tak boleh sorok. Bukan apa, ia perkara sensitif. Apatah lagi Fara golongan selebriti terkenal.
"Mahu atau tidak, perkara ini pasti menjadi heboh," lapor akhbar itu yang memetik sumber.
Namun, Fara masih belum mengesahkan dakwaan di dalam laporan tersebut kepada mana-mana media.
Fara, 36, pada Ahad mengumumkan membatalkan perkahwinannya yang dijadualkan berlangsung di Damansara.
Bekas penyampai Hot FM itu berkata, mereka sudah saling mengenali sejak lebih dua tahun lalu namun Fara enggan mendedahkan identiti lelaki yang dikenali Mohamad Hafiz.
"Ketika ini, saya harus mengakui bahawa saya sedang melalui waktu-waktu yang amat sukar dan memerlukan sedikit ruang untuk menenangkan fikiran.
"Dan saya mungkin tidak dapat menjawab sebarang pertanyaan lanjut daripada rakan-rakan media," katanya seperti dilaporkan Berita Harian.
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Tue Sep 6, 2016 8:13 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
"Kau dah Tumbuk Muka Laki Aku, Kau Tunggu!"
siakapkeli.my
Satu rakaman video yang merakamkan seorang lelaki berbaju biru, yang didakwa sebagai pembuli jalanan dengan menumbuk pengguna jalan raya lain menjadi viral hari ini.
Video yang dimuat naik di Facebook oleh isteri mangsa itu telah mendapat lebih dari 1,000 perkongsian.
"Samseng jalanan!!! Kau sudah tumbuk muka laki aku!! Kau tunggu!!" tulis wanita itu berkaitan kejadian yang dipercayai berlaku di Melaka, semalam.
Wanita tersebut mendakwa lelaki berkenaan menghimpit keretanya ketika mahu memotong sebelum diekori dari Cheng ke Bachang.
"Dari Cheng sampai Bachang dia follow (ikut). Sampai Bachang terus himpit kereta kitorang suruh turun. Laki aku turun terus dia shoot!! (tumbuk).
"Salah kitorang memotong ke tak (memotong) ke, apa hak dia nak pukul orang!!," luah wanita itu sebagaimana lapor Sinar Online.
Bagaimanapun, tiada sebarang rakaman yang memaparkan mangsa ditumbuk, namun wanita itu memuat naik bukti pemeriksaan doktor terhadap suaminya itu.
"Yang kongsi dan nak bukti sangat, nah bukti doktor. Kalau awak kat tempat saya, awak tahu ke turun kereta tu nak kena tumbuk?," tulisnya selepas terdapat pelayar lain yang mempertikaikan kesahihan kejadian berkenaan.
Sumber : Sinar Online
'Kau Dah Tumbuk Muka Laki Aku! Kau Tunggu!'
ohmymedia.tv
by OMM
MELAKA – Gara-gara tidak berpuas hati dipotong kereta lain, seorang lelaki bertindak di luar jangkaan apabila dia secara tiba-tiba menumbuk muka mangsa sebaik berjaya menghimpit kereta mangsa.
NorFarahain Minhat, memuat naik gambar dan video lelaki berkenaan yang masih enggan berundur biarpun sudah dihalang oleh seorang wanita yang dipercayai isterinya.
"Kami nak memotong, kemudian dia menghimpit kereta kami. Dia marah sebab kami memotong dia lalu dia mengekori kami dari Cheng sehingga ke Bachang sebelum dihimpit.
"Dia suruh kami keluar dari kereta. Sebaik saja suami saya keluar, lelaki itu terus menumbuk mukanya.
"Salah ke kami memotong? Apa hak dia nak pukul orang? Samseng betul. Bila saya cakap saya rakam video kejadian itu, dia masih lagi mahu menerkam kami," kata Norfarahain.
Ekoran kejadian itu, mangsa membuat laporan polis.
"Maaf, ini adik saya dan yang ditumbuk adalah adik ipar saya. Video tiada menunjukkan adik ipar ditumbuk dan tak sempat rekod sebab keadaan berlaku sangat-sangat pantas. Pakcik ini naik angin setelah nampak adik saya rekod apa yang dia buat. Dia siap mengugut mahu merampas telefonnya. Saya tak cakap yang adik saya betul, laporan polis juga telah dibuat. Kes sedang berjalan.
"Pakcik ini memandu sambil masuk ke lorong kanan. Setelah diberi isyarat untuk ke kanan, kereta ini tak mahu beri laluan. Kemudian, adik ipar mengambil peluang untuk memotong dari kiri. Bila potong menggunakan lorong kiri (di sini memang kesalahan adik), pakcik ini cuba menghimpit ke kiri juga. Tetapi adik ipar sempat memotong dan meneruskan perjalanan seperti biasa.
"Pakcik ini kemudian mengekori mereka dari Cheng hingga ke Kampung 8. Adik mula perasan bila di Kampung 8, pakcik itu beri signal dan block laluan. Adik kata, mungkin salah mereka dan mahu turun untuk meminta maaf. Tetapi pakcik itu terus menumbuk adik ipar dan maki hamun mereka.
"Persoalannya, perlu ke? Tengok kereta dan keadaan dalam kereta tak ada apa-apa pun. Apa-apa pun, adik dan adik ipar masih ada rasa hormat pada pakcik itu walaupun pakcik itu berulang kali mahu menerkam adik saya. Adik ipar langsung tak balas sebab kami masih tahu hormat orang yang lebih tua dan ada undang-undang.
"Dalam video yang dimuat naik ini adalah situasai di mana pakcik itu menyedari adik saya merakam video dan dia mengugut mahu merampas telefon adik saya," kata Marliana Minhat.
Sumber : The Reporter
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Tue Sep 6, 2016 8:14 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
"Saya Jumpa Mayat Kanak-Kanak 2 Tahun Tanpa Jaket Keselamatan,
siakapkeli.my
Seperti kita ketahuti setiap tugas anggota keselamatan pasti akan melalui pelbagai detik cemas atau menyedihkan apabila menyelamatkan mangsa-mangsa kemalangan dan sebagainya.
Bayangkan bagaimana perasaan mereka apabila menemui mangsa-mangsa yang hendak diselamatkan dalam keadaan selamat, ianya bagai satu kepuasan.
Namun, bagaimana pula perasaan mereka apabila menemui mangsa-mangsa itu dalam keadaan sudah tidak bernyawa?
Dikongsikan oleh seorang anggota penyelamat tuan RS Mohd Fadzil yang berkhidmat dengan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia(APMM) di mana beliau telah berkongsikan kisahnya menyelamatkan mangsa bot karam yang berlaku 2 tahun lalu, angkara kecuaian kita orang dewasa, kanak-kanak menjadi mangsa.
Jom kita baca.
Kadang kita tak tahu apa yang berlaku pada diri sendiri..
Semakin kita bermujahadah mendekatkan diri pada yang Esa makin kuatlah ujian yang datang menyapa kita..
Percaya dan yakin .. iktikad dalam sanubari.. hanya Allah sahaja yang berhak di sembah dan tempat mohon pertolongan.
Berlaku 2 tahun lepas bulan disember..saya takingat tarikh mls nak cek dalam log book. .
SAR activate! SAR activate!
Maghrib.
Dapat maklumat sebuah bot dari wallace Bay telah karam kerana bertembung dengan bot smuggle, 1 hilang dan 2 lagi telah di temui. Yang hilang tu kanak-kanak berusia 2 tahun!
Disebabkan maklumat lewat di terima .. kami hanya menarik nafas lega selepas di beritahu aset dia air dari Maritim Malaysia, PDRM dan BOMBA telah dikerahkan ke tempat kejadian.
Dengan harapan 1 yang hilang tu ditemui segera. Saya pun buat andaian anak 2 tahun yang hilang tu masih terapung memakai "LIFE JACKET" sebab esok pagi turn Heli AW139 Maritim Malaysia team kami akan ke sana sekiranya mangsa masih belum ditemui.
Malam tu rasa tak sedap hati terbayang mangsa terapung menunggu penyelamat, dengan rasa lapar dan diancam maut.
Lepas solat Isyak, solat Hajat agar mangsa selamat ditemui. Malam tu terjaga lagi terfikir tentang mangsa tu. Mintak mintak lah anak yang berusia 2 tahun tu ditemui terapung dengan life jacket!
Selepas Subuh.
Team whats app 0700H airbone!
Ketempat kejadian.
0710H sampai tempat kejadian. Heli 200 feet dari paras laut.. mata melilau mencari setiap objek sambil berdoa " Ya Allah temukan kami dengan Mangsa.. menyusur di tempat kejadian sambil tengok arus kemana mangsa mungkin hanyut.
5 minit Masyaa Allah! Saya toleh dari left side nampak body mangsa, masa tu saya fikir saya nak turun cepat peluk mangsa tu. Apa pun prosedur kena ikut.
SEBELUM WINCH KEBAWAH.
Saya perhati dari cabin door rasa sedih sangat sebab mangsa tu memang dah mati.
Dia mati sebab IBUBAPA dia TAK BAGI PAKAI " LIFE JACKET!! Masa naik bot.
Bayangkan kalau anak tu diberi pakai "LIFE JACKET"
Tentu dia tidak lemas mungkin hanya cedera, hypotermia serta Lapar.
Situasi winch dari Heli.
50feet
Touch water slack cable saya terus berenang ke arah mangsa . Pegang dengan penuh berhati-hati. Masa tu aku tergamam dan terkejut bila cuba betulkan posisi mangsa agar mudah untuk ikat dengan "stroop"
Matanya terbeliak keluar dari kelopak.. bertentang mata dengan aku . "Walau keadaan bagaimanapun saya janji akan bawak awak naik keatas" temukan kan kau dengan ibumu yang menyimpan sejuta harapan agar kau di temui.
Arus kuat time tu. Takut hanyut lagi jauh saya ambil keputusan akan terus peluk mangsa tu agar tidak terlucut dari "stroop"
Winch Up.
Sepanjang winch up saya hanya perhatikan wajah anak tu tanpa hiraukan yang lain.
Terfikir kalau lah ni anak aku sendiri .mcm manalah aku nk hadapi..
Timbul dalam perasaan aku akan cuba beritahu semua orang kalau budak ni pakai " LIFE JACKET mungkin dia tak akan Mati!!.
Saya cuma berkongsi pengalaman mungkin anda ada pengalaman lagi hebat yang boleh di kongsi.
Saya cuma nk beritahu " PAKAILAH JACKET KESELAMATAN KETIKA MENGGUNAKAN KENDERAAN DI AIR.
Akan bersambung..
Video kanak-kanak berkenaan diselamatkan : VIDEO
Zulhafiq Halim
Malaysian Maritime Rescue Swimmer
- Siakapkeli.my
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com
----------------------------------------
Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
----------------------------------------
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
----------------------------------------
Weblist:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com
----------------------------------------
Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
----------------------------------------
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
----------------------------------------
Weblist:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com
No comments:
Post a Comment