Tuesday, September 13, 2016

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4584[2 Attachments]

9 Messages

Digest #4584

Messages

Mon Sep 12, 2016 8:24 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Dokumen Sebagai Bukti Rosmah Belanja 6 Juta Menggunakan Kad Kredit, Wang YG Hilang Dari 1MDB.
bloglist-malaysia.blogspot
amenoworld.net

Esok, selasa.
Esok, hari yang tepat untuk Najib dan Rosmah memulakan tindakan saman ke atas Wall Street Journal, Tom Wright dan editor WSJ kerana menyiarkan laporan terbaru yang berunsurkan fitnah bagi membunuh karektor Najib sebagai pemimpin negara Islam terkemuka. Tidak hanya karektor Najib diserang bahkan karektor Rosmah turut jadi pertikaikan menerusi laporan tersebut. Rosmah digambarkan sebagai seseorang yang boros, tamak, gila berbelanja dan suka membazir.

Laporan itu menyebut bahawanya terdapat dokumen yang mengandungi bukti-bukti yang menyokong dakwaan bahawanya Rosmah di antara tahun 2008 hingga tahun 2015 telah menggunakan kad kredit bagi berbelanja secara mewah di ;

1. Gedung membeli belah Harrods (sangat terkenal di London, tempat orang-orang kaya bershopping)

2. Sake Fifth Avenue (New York)

3. Dan beberapa lokasi yang lainnya

Untuk membeli barangan kemas, kasut, kain, pakaian. Dalam perbelanjaan2 tersebut, hasil siasatan menunjukkan sebahagiannya telah dibiayai menggunakan wang yang dipercayai datangnya dari pelaburan 1MDB.

Menurut laporan itu lagi. Percubaan untuk mendapatkan respon dari Najib dan Rosmah telah dilakukan namun usaha berkenaan gagal.

Oleh yang demikian, laporan tersebut tidak dapat menyiarkan penjelasan lanjut dari kedua-dua pihak yang berkenaan.

Takpa. Takpa. Bagi mereka berdua beraya puas-puas dulu. Kita rakyat yang penyabar, ada budi bicara. Sangat sudi pula tu menunggu penjelasan sebelum membuat kesimpulan melulu.

Esok moga-moga mereka berdua akan menjawab kepada dakwaan tersebut. Bukan jawab dengan sekadar kata-kata. Jawab dengan saman terus. Jahat gila WSJ tu kan. Berani dia calarkan imej pemimpin Bugis dan ratu ahti negara kita. Tak guna punya kafirrrrr.

Kahkahkahkahkah!

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Sep 12, 2016 8:27 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



ADA JUGAK MANUSIA MACAM NI
bloglist-malaysia.blogspot
naimnikmat.blogspot
Dicatat oleh Na'im Nikmat

Aku tak mampu berkata apa2...

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Sep 12, 2016 8:27 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Paralimpik Rio: Pecah Rekod Dunia, Latif Romly Hadiahkan Emas Ketiga Negara

Dilulus untuk paparan oleh Editor
tranungkite.net

ATLET Paralimpik negara, Abdul Latif Romly, menghadiahkan pingat emas ketiga negara di Sukan Paralimpik Rio apabila menewaskan pesaingnya yang lain dalam acara lompat jauh kategori T20 (kurang upaya intelektual), dengan catatan 7.60 meter (m) dalam lompatan kelima.

Atlet yang berasal dari Perlis itu dalam lompatan kedua dan ketiga dan keempatnya sahaja sudahpun memecahkan rekod dunia bagi acara tersebut, dengan catatan 7.47m dan 7.54m.

Lompatan pertamanya dibatalkan, manakala lompatan keempat pula sekadar mencatatkan 6.79m.

Pada Sukan Malaysia (Sukma) di Sarawak lalu, Abdul latif mencatatkan lompatan sejauh 7.46 meter, mengatasi catatan peribadi terbaiknya 7.35m yang dilakukannya di Kejohanan Olahraga Dunia Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) 2015 di Doha.

Beliau merupakan antara atlet yang disebut-sebut sebagai prospek pingat untuk negara sebelum pemergian kontinjen negara ke Rio.

Terdahuli, Malaysia meraih emas pertama di Paralimpik Rio dalam acara 100m T36 (celebral palsy) yang disumbangkan Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi, dengan rekod baharu dunia.
Pingat emas kedua negara diraih Muhammad Ziyad Zolkefli dengan rekod baharu dunia dalam acara lontar peluru F20 (masalah pembelajaran).

- Astro Awani

3 Kali Lompatan Pecah Rekod Dunia, Abdul Latif Romly Sumbang Emas Ketiga
siakapkeli.my

Kem paralimpik negara sebentar tadi memperoleh lagi satu lagi berita gembira selepas atlet Paralimpik negara, Abdul Latif Romly, telah menghadiahkan pingat emas ketiga negara dalam acara lompat jauh kategori T20 (kurang upaya intelektual), dengan catatan 7.60 meter (m) dalam lompatan kelima.

Lebih manis kejayaan ini beliau telah memecahkan rekod dunia sebanyak tiga kali dalam lompatan kedua,ketiga dan kelima dengan catatan 7.47m, 7.54m dan 7.60m. - Siakapkeli.my

Air Asia Hadiahkan 3 Atlit Paralimpik Malaysia Terbang Seumur Hidup
bloglist-malaysia.blogspot
addindeen.com
Posted by Addin Deen

Air Asia Hadiahkan 3 Atlit Paralimpik Malaysia Terbang Seumur Hidup. Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia memberi ganjaran penerbangan percuma sepanjang hayat kepada semua atlet kelainan upaya negara yang memenangi pingat emas pada Sukan Paralimpik di Rio de Janeiro.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes melalui Facebook dan Twitternya, pada Ahad, mengumumkan ganjaran itu dan mengucapkan tahniah kepada tiga wira paralimpik negara yang berjaya menyumbang tiga pingat emas dalam tempoh 24 jam.

Air Asia Hadiahkan 3 Atlit Paralimpik Malaysia Terbang Seumur Hidup. Setakat ini, Malaysia mengumpul tiga pingat emas yang dimenangi tiga atlet olahraga negara sejak kelmarin, masing-masing daripada Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi dalam acara 100m T36 (celebral palsy), Muhammad Ziyad Zolkefli menerusi acara lontar peluru F20 (masalah pembelajaran) serta Abdul Latif Romly melalui acara lompat jauh T20 lelaki (masalah pembelajaran), semalam.

Lebih manis apabila tiga atlet paralimpik itu turut memecahkan rekod kejohanan dan dunia.

Pada 24 Ogos lalu, Tony mengumumkan AirAsia memberi penerbangan percuma sepanjang hayat kepada semua atlet Asean yang memenangi pingat emas pada Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil.

Air Asia Hadiahkan 3 Atlit Paralimpik Malaysia Terbang Seumur Hidup
Manakala pemenang pingat perak dan gangsa dari Asean turut diberikan penerbangan percuma masing-masing untuk tempoh 5 dan 2 tahun.

Air Asia Hadiahkan 3 Atlit Paralimpik Malaysia Terbang Seumur Hidup. "Atlet yang layak akan dapat terbang ke lebih 120 destinasi dalam rangkaian meluas AirAsia dan AirAsia X di Asia, Australia, Timur Tengah dan Afrika," katanya yang dipetik Bernama, bulan lalu.

RM1 juta, Elaun Dan Kereta Baru Nanti Ridzuan, Ziyad
bloglist-malaysia.blogspot
Posted by Jeebond BLM

'Berbeza' di mata tapi sama di hati. Selepas membuat Malaysia bangga dengan berkumandangnya Negaraku di Rio de Janeiro, atlet paralimpik Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi dan Muhammad Ziyad Zolkefli bakal dihargai dengan imbuhan besar daripada kerajaan dan pihak swasta.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar menegaskan ganjaran yang bakal diterima atlet paralimpik yang meraih pingat adalah menyamai ganjaran dijanjikan kepada atlet Olimpik sebelum ini.

Dalam kenyataannya di Facebook, Khairy sempat berkongsi cerita yang mencetus inisiatif ganjaran adil kepada atlet paralimpik dan atlet normal.

"Saya baru dua bulan sahaja dilantik jadi Menteri Sukan. Tiba-tiba terima berita dari Lyon, Perancis seorang atlet negara bernama Ziyad Zolkefli telah menang di kejohanan olahraga dunia. Dunia beb!

"Lepas saya terima berita tersebut saya tanya pegawai sama ada kementerian menyediakan insentif untuk kemenangan tersebut. Saya diberi jawapan memang ada," katanya.

Bagaimanapun beliau dimaklumkan jumlah yang disediakan adalah lebih sedikit disebab ia adalah sukan paralimpik.

"Saya tanya kurang berapa? Atlet para ni dapat 30 peratus dari nilai ganjaran atlet normal".

"Beberapa hari kemudian ada mesyuarat Lembaga Majlis Sukan Negara (MSN). Saya selaku menteri dan juga Pengerusi MSN sendiri bangkitkan isu ganjaran untuk atlet para. Saya kata tidak adil mereka terima insentif kurang dari atlet biasa.

"Saya kata tidak adil mereka terima insentif kurang dari atlet biasa. Saya cadangkan kita tukar polisi ini. Bagi sama rata. Macam-macam hujah diberi untuk menidakkan cadangan saya," jelas Khairy.

Semangat Ziyad

Menurutnya, beliau teringat pada Ziyad dan pengorbanannya ketika itu.

"Takkan saya mengalah sedangkan beliau mengatasi segala kekurangan untuk menjadi juara dunia?

"Bilik mesyuarat senyap, menunggu menteri baru, muda dan mentah menyerah kalah di tangan para otai pentadbir sukan. Saya pinjamkan semangat Ziyad dan saya tanya satu soalan saja.

"Saya masih ingat, saya tanya dalam bahasa Inggeris: Do any of you around this table know what it takes to become a world champion with a disability? What it takes to overcome your disability and succeed?" ceritanya.

Khairy berkata, tiada seorang pun pegawai dapat menjawab soalannya.

Dia kemudian memutuskan supaya ganjaran sama rata diberikan kepada semua atlet negara yang mendapat pingat di peringkat antarabangsa.

"Terima kasih Ziyad kerana memberi saya semangat untuk mengubah layanan terhadap atlet para tiga tahun lepas. Hari ini Malaysia satu-satunya negara yang memberi insentif sama kepada atlet biasa dan atlet 'luar biasa'.

"Prestasi dan pengorbanan atlet paralimpik kita harus dihormati seperti atlet lainnya. Bukan 30 peratus dari atlet normal.

"Saya tidak tahu bagaimana merasai kebangsaan 30 peratus daripada mereka. Saya hanya rasa bangga 100 peratus dengan pahlawan paralimpik kita. Mereka luar biasa," kata Khairy.

Naza beri Kia Sportage

Selain itu, pemenang pingat emas Paralimpik Rio juga bakal menerima ganjaran RM5,000 sebagai elaun bulanan di samping tiket penerbangan percuma yang disediakan syarikat AirAsia sepanjang hayat mereka.

Sementara itu, Naza Corporation Holdings dilaporkan akan memberi ganjaran sebuah kereta Kia Sportage serba baru kepada atlet negara yang mencipta sejarah memenangi pingat emas di Sukan Paralimpik Rio di Brazil.

Perkara itu diumumkan oleh pengerusi dan ketua pegawai eksekutifnya, Nasarudin Nasimuddin dalam satu kenyataan hari ini.

"Saya amat berbangga dengan atlet paralimpik Malaysia yang akan membawa pulang pingat emas milik mereka ke tanah air.

"Sebagai sebuah syarikat tempatan, Naza akan memberikan ganjaran berupa Kia Sportage serba baru setiap seorang kepada atlet negara yang memenangi pingat emas di Paralimpik Rio 2016," katanya.

Atlet Paralimpik Negara Lakar Sejarah Menangi 2 Emas Untuk Malaysia, Cipta Rekod Dunia
siakapkeli.my

KUALA LUMPUR: Atlet Paralimpik negara mencipta sejarah apabila memenangi dua pingat emas dalam temasya Paralimpik Rio dan lebih dari itu, salah satu dari emas itu berjaya dimenangi dengan mencipta rekod baru dunia.

Malaysia sebelum ini belum pernah memenagi pingat emas dalam temasya sukan tersebut. Sebelum ini, pencapaian terbaik Malaysia dalam sukan tersebut adalah satu perak dan dua gangsa pada tahun 1992.

Pingat emas pertama dimenangi Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi pada Sabtu di Rio de Janeiro, (Ahad di sini) dalam acara 100m T36 (celebral palsy) dan tidak lama kemudian, pingat emas kedua diraih Muhammad Ziyad Zolkefli dengan rekod baharu dunia dalam acara lontar peluru F20 (masalah pembelajaran).

Di Stadium Olimpik Rio, Mohamad Ridzuan memecut ke garisan penamat 100m T36 dengan catatan 12.07 saat mendahului Yang Yifei dari China (12.20s) dan Rodrigo Parreira da Silva dari negara tuan rumah Brazil (12.54s).

Muhammad Ziyad melontar peluru sejauh 16.84 meter untuk mencipta rekod dunia dan memungut emas dalam cubaannya yang kelima.

Muhammad Ziyad memadamkan rekod dunia yang dicatat Todd Hodgetts dari Australia sejauh 16.29m di Paralimpik London 2012. Dimitrios Senikidis dari Greece memenangi pingat perak dalam acara itu di Rio dengan lontaran 16.17m dan Hodgetts meraih pingat gangsa dengan lontaran 15.82m. -

Sumber : BH Online

Bekas Penjual Kuetiau Tunai Janji Raih Emas Di Paralimpik
bloglist-malaysia.blogspot
Posted by Jeebond BLM

KUALA LUMPUR: Bapa mana tidak bangga apabila anaknya yang pernah menjual kuetiau di ibu kota, kini menjadi penyumbang emas pada Sukan Paralimpik Rio de Janeiro, Brazil.

Zolkefli Othman jelas berbangga dengan Muhammad Ziyad yang berjaya menunaikan janji untuk menghadiahkan pingat emas buat keluarganya dan negara menerusi acara lontar peluru.

Ziyad, 26, melalui acara F20 (masalah pembelajaran) turut mencipta rekod dunia baharu dengan lontaran sejauh 16.84 meter pada percubaan kelima beliau di temasya sukan berprestij itu, pada Sabtu.

Lebih manis apabila kilauan emas itu merupakan hadiah sempena ulang tahun kelahiran Zolkefli ke-62 pada 1 September lalu.

"Masa saya hantar Ziyad di KLIA pada 1 September lepas, hari itu adalah hari jadi saya. Dia berjanji kepada saya akan membawa hadiah pingat emas. Kami sekeluarga sangat gembira dengan kejayaannya," kata Zolkefli kepada Bernama.

Zolkefli menasihatkan ibu bapa yang mempunyai anak kelainan upaya seperti Ziyad supaya sentiasa mendekati anak masing-masing kerana mereka mempunyai kelebihan luar biasa.

"Ziyad tidak suka menyusahkan orang. Beliau sangat berdikari serta pandai memasak. Sebelum dia ke Majlis Sukan Negara, Ziyad berniaga di Jalan Tuanku Abdul Rahman menjual kuetiau.

"Ziyad memang seorang anak yang tidak pernah putus asa dan rajin sejak zaman sekolah lagi. Ziyad memang suka kerja berat. Ketika di Sekolah Menengah Teknik Tanah Merah di Kelantan, dia melakukan kerja bina rumah apabila cuti sekolah."

Beliau berkata, anak sulung daripada empat beradik itu meminati sukan sejak sekolah rendah lagi.

"Saya masih ingat lagi, anak saya bermula darjah lima baru tahu membaca. Ziyad dibantu seorang guru wanita berbangsa India sehingga beliau mendapat nombor tiga dalam kelas ketika itu.

"Ziyad dikelilingi orang yang sangat menyayanginya, kebolehannya ini juga adalah hasil bantuan gurunya berbangsa Cina di Kelantan. Sehingga kini, gurunya itu masih mengikuti perkembangannya," katanya.

Selain Ziyad, seorang lagi atlet paralimpik negara, Mohamad Ridzuan Mohd Puzi turut menyumbang emas kepada kontinjen negara menerusi acara 100m T36 lelaki (celebral palsy) dan mencipta rekod kejohanan baharu.

RM2 Juta Menanti 2 Atlet Emas Paralimpik Negara
bloglist-malaysia.blogspot
Posted by Jeebond BLM
Atlet Malaysia cipta sejarah menang 2 emas di Paralimpik Rio

KUALA LUMPUR: Malaysia melakar sejarah dengan memenangi dua pingat emas pada Paralimpik Rio di Brazil, di mana dua atlet negara itu turut mencipta rekod dunia dan rekod paralimpik.

Pingat emas pertama diperolehi pelari pecut, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi dalam acara 100m T36 lelaki (cerebral palsy).

Ridzuan mencatat 12.07 saat, sekali gus memadamkan rekod Sukan Paralimpik terdahulu milik Roman Pavlyk dari Ukraine, iaitu 12.25s yang dilakukan di Beijing pada 2008.

Pingat perak dimenangi Yang Yifei dari China dengan catatan 12.20s dan gangsa menjadi milik atlet tuan rumah, Rodrigo Parreira da Silva dengan 12.54s.

Selepas majlis penyampaian hadiah Di Stadium Olimpik Rio, Ridzuan yang mempunyai kesukaran bertutur, menangis tanpa henti sehingga terpaksa ditenangkan ketua jurulatihnya, R Jaganathan.

Kejayaan Ridzuan disusuli Muhammad Ziyad Zolkefli melalui acara lontar peluru F20 lelaki (masalah pembelajaran). Lebih manis, pemenang pingat gangsa pada edisi ke-14 di London itu mencipta rekod dunia baharu dalam percubaan pertamanya dengan jarak 16.40m, sekali gus memadamkan rekod dunia dan rekod Paralimpik milik Todd Hodgetts dari Australia, iaitu 16.29m yang dicipta empat tahun lalu. Atlet berusia 26 tahun itu meneruskan rentak cemerlang dan terus memperbaiki rekod dunia dengan jarak 16.84m pada percubaan kelimanya.

"Terima kasih kepada rakyat Malaysia yang menyokong saya. Tak lupa juga kepada keluarga, rakan saya, ISN, MSN dan media yang menyokong saya. "Inilah hadiah saya untuk kalian semua… gambar viral saya pegang kertas 'Doakan untuk kami di Paralimpik' inilah hasilnya. Terima kasih banyak-banyak kepada rakyat Malaysia," katanya dalam satu rakaman video.

Pingat perak menjadi milik Dimitrios Senikidis dari Greece dengan 16.17m dan gangsa dimenangi Hodgetts dengan 15.82m. Malaysia pernah memenangi pingat perak dan gangsa pada paralimpik sebelum ini.

Terima Kasih Ziyad Kerana Beri Saya Semangat Ubah Layanan Terhadap Atlet Para Tiga Tahun Lepas - KJ
siakapkeli.my

Hari ini kita mendapat satu berita yang cukup menguja dan membanggakan apabila dua wakil negara yang berjuang di sukan Paralimpik Rio iaitu Ridzuan dan Ziyad telah memenangi pingat emas di mana satu rekod baru kejohanan telah berjaya dipecahkan.

Ramai netizen tertanya-tanya adakah mereka ini diberikan ganjaran seperti mana atlet biasa? ada yang mencadangkan mereka ini disambut sebagai wira apabila pulang nanti.

Satu status yang dimuatnaik oleh Menteri Belia Dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin ternyata telah menjawab semua persoalan ini.

Apa yang diceritakan beliau ternyata membuatkan ramai rasa terharu dan memuji tindakan Menteri Belia dan Sukan ini.

Jom kita baca apa yang ditulis oleh YB KJ.

Masih tak boleh move on dari kemenangan Ridzuan dan Ziyad awal pagi tadi. Tergerak hati nak ceritakan peristiwa tiga tahun lepas. Saya baru dua bulan sahaja dilantik jadi Menteri Sukan. Tiba-tiba terima berita dari Lyon, France seorang atlet negara bernama Ziyad Zolkefli telah menang di kejohanan olahraga dunia. Dunia beb!

Lepas saya terima berita tersebut saya tanya pegawai semada kementerian menyediakan insentif untuk kemenangan tersebut. Saya diberi jawapan memang ada.

"Tapi YB jumlah yang diberi kurang sebab ini sukan para."

Saya tanya kurang berapa.

"Atlet para ni dapat 30% dari nilai ganjaran atlet biasa/normal."

Beberapa hari kemudian ada mesyuarat Lembaga Majlis Sukan Negara. Saya selaku Menteri dan juga Pengerusi MSN sendiri bangkitkan isu ganjaran untuk atlet para. Saya kata tidak adil mereka terima insentif kurang dari atlet biasa.

Saya cadangkan kita tukar polisi ini. Bagi sama rata. Macam-macam hujah diberi untuk menidakkan cadangan saya.

"Paralimpik ini baharu."

"Acara mereka tak ramai penyertaan."

"Paralimpik ini terlalu banyak kategori acara, mudah untuk menang."

Nampak gaya lembaga cenderung untuk menolak cadangan saya.

Ridzuan Puzi memenangi acara 100m

Saya teringat balik pada Ziyad dan pengorbanannya. Takkan saya mengalah sedangkan beliau mengatasi segala kekurangan untuk menjadi juara dunia? Bilik mesyuarat senyap, menunggu Menteri baharu, muda dan mentah menyerah kalah di tangan para otai pentadbir sukan. Saya pinjamkan semangat Ziyad dan saya tanya satu soalan sahaja.

Saya masih ingat, saya tanya dalam Bahasa Inggeris.

"Do any of you around this table know what it takes to become a world champion with a disability? What it takes to overcome your disability and succeed?"

Tiada seorang pun dapat menjawab. Saya sambung,

"Baiklah, daripada sekarang atlet Malaysia semua, tak kira biasa ke, para ke, diberi ganjaran yang sama."

Terima kasih Ziyad kerana memberi saya semangat untuk mengubah layanan terhadap atlet para tiga tahun lepas. Hari ini Malaysia is one of the only countries in the world yang memberi insentif sama kepada atlet biasa dan atlet 'luarbiasa'.

Our para athletes' achievements and sacrifices must be honoured the same as other athletes. Not 30% of 'normal' athletes. I would not know how to feel 30% proud of them. I only feel 100% proud of our para heroes. They have shown us that yes, they are not ordinary. They are extraordinary. LUAR BIASA!

- Siakapkeli.my

"Terima Kasih Rakyat Malaysia, Doakan Kejayaan Kami" - Atlet Paralimpik
siakapkeli.my

KUALA LUMPUR 8 Sept. - "Terima kasih rakyat Malaysia, Doakan kejayaan kami, TQ".

Itulah ucapan dan harapan seorang atlet paralimpik negara, Muhammad Ziyad Zolkefli, menerusi sekeping kertas ketika perarakan masuk kontinjen negara pada upacara perasmian Sukan Paralimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil, awal pagi tadi.

Ziyad, seorang atlet lontar peluru, mewakili kontinjen negara yang terdiri dari 21 atlet.

Foto harapan Ziyad yang dikongsi di laman Facebook Majlis Sukan Negara itu jelas menggambarkan atlet paralimpik amat mengharapkan seluruh peminat sukan tanah air agar memberikan sokongan kepada mereka yang akan memulakan saingan hari ini.

Pada upacara perasmian temasya Sukan Paralimpik 2016, Kontinjen Malaysia diketuai Dr. Ang Kean Koo dan pembawa Jalur Gemilang, Abdul Latif Romly dengan 21 atlet dan 19 pegawai serta jurulatih memasuki stadium dengan mengenakan pakaian kebangsaan.

Kontinjen negara mengambil bahagian dalam lapan daripada 23 jenis sukan yang dipertandingkan dengan olahraga, powerlifting dan berbasikal dilihat mempunyai prospek pingat.

Sukan Paralimpik Rio 2016 berlangsung dari 7 hingga 18 September ini.

Atlet negara yang akan turun beraksi hari ini, Mohd. Faizal Mohamed Noh dan Muhammad Afiq Afifi Rizan (4km ujian masa-tandem), Mohd. Azwar Bakar (ping pong perseorangan lelaki), Nasharuddin Mohd. (400m saringan 1) dan Mohd. Faizal Aideal Suhaimi (100m saringan 1). -

Sumber : Bernama

Profil Menarik 3 Pemenang Pingat Emas Paralimpik Rio 2016
bloglist-malaysia.blogspot
ekeleh.com

Tahniah kepada 3 pemenang pingat emas Paralimpik Rio 2016 kerana berjaya melakar sejarah untuk Malaysia.

Mereka ialah Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi mencipta sejarah apabila berjaya meraih pingat emas pertama Malaysia dalam acara 100m T36 (celebral palsy) di Paralimpik Rio, Brazil Sabtu lalu.
Diikuti pingat emas kedua negara diraih Muhammad Ziyad Zolkefli dalam acara lontar peluru F20 (masalah pembelajaran). Lebih menarik dengan mencipta rekod baharu dunia.

Semalam Malaysia dianugerahkan satu lagi pingat emas menerusi Abdul Latif Romly yang menjuarai acara lompat jauh T20 lelaki (masalah pembelajaran) dan menariknya turut melakar rekod dunia.

Hadiah lumayan bakal menanti mereka, skim insentif Majlis Sukan Negara (MSN) RM1 juta, pencen bulanan RM5,000, Kia Sportage baharu, tambang percuma Air Asia sepanjang hayat serta pelbagai hadiah menanti, tahniah!!

Berikut antara profil menarik mereka bertiga.

Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi

a.. Berusia 29 tahun, Lahir 27 September 1987
b.. Acara 100m T36 (celebral palsy)
c.. Penghidap cerebral palsy sejak berusia setahun
d.. Bakat beliau dicungkil pada 2004
e.. Kemunculan pertama sebagai atlet profesional dalam Sukan Para ASEAN Solo, Indonesia 2011
f.. Pemenang Pingat Emas Pertama Malaysia Paralimpik Rio -2016
g.. Pemenang Pingat Emas Kejohanan Olahraga Paralimpik Dunia Doha 2015
h.. Pemenang Pingat Emas Kejohanan Asia-Oceania-2015
i.. Pemenang Anugerah 'Kesatria Terbilang' Pemuda UMNO 2015
j.. Pembawa bendera Malaysia 2015 ASEAN Para Games Singapura 2015
k.. Pemenang Paralimpik Athlete of the Year Anugerah Sukan Negara Malaysia 2015
l.. Pemenang Anugerah Khas Kecemerlangan Hari Warga Emas, Hari Kanak-Kanak Sedunia dan Hari Orang Kurang Upaya (OKU) 2015

Muhammad Ziyad Zolkefli

a.. Berusia 26 tahun, Lahir 15 Mac 1990
b.. Acara lontar peluru F20 (celebral palsy)
c.. Anak sulung daripada empat beradik
d.. Berasal dari Gombak, Selangor
e.. Berhenti belajar di sebuah kolej swasta, selepas menerima tawaran atlet sepenuh masa MSN
f.. Pemenang Pingat Emas Kedua Malaysia Sukan Paralimpik Rio 2016
g.. Pemegang Rekod Dunia Sukan Paralimpik Rio 2016
h.. Pemenang Pingat Emas Kejohanan Olaharaga Dunia Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) Lyon 2016
i.. Pemenang Pingat Emas Sukan Paralimpik Asia 2014
j.. Pemenang Pingat Emas Kejohanan Olahraga Dunia JawatanKuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) 2013
k.. Atlet Terbaik Paralimpik Negara, Anugerah Sukan Negara 2013
l.. Pemenang Pingat Gangsa Paralimpik London 2012
m.. Penjual kuey tiau di Jalan Tuanku Abdul Rahman

Abdul Latif Romly

a.. Usia 19 tahun, Lahir 31 Mac 1997
b.. Berasal dari Bukit Keteri, Arau, Perlis
c.. Acara lompat jauh T20 (masalah pembelajaran)
d.. Pemenang Pingat Emas Ketiga Malaysia Paralimpik Rio -2016
e.. Pemegang Rekod Dunia Paralimpik Rio -2016
f.. Pemenang Pingat Emas Kejohanan Olahraga Dunia IPC di Doha 2015
g.. Anugerah Pendidikan Khas -Anugerah Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2014
Tahniah!!

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Sep 12, 2016 8:28 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Cadangan Noh boleh bawa kewangan tidak stabil

Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.net

KUALA LUMPUR: Pengumuman Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar untuk memberi lesen pinjaman wang kepada pemaju perumahan boleh menyebabkan harga hartanah meningkat tidak terkawal.

Mantan Pengarah Bank Negara Malaysia (BNM), Dr Rosli Yaakop, berkata hal ini berikutan kadar faedah tinggi dikenakan dan kesan monopoli pemaju besar yang wujud memberi impak negatif kepada sektor perumahan termasuk terhadap sektor perumahan rumah mampu milik.

"Paling menakutkan harga rumah jadi mahal. Pertama disebabkan monopoli dan kedua disebabkan kadar faedah dikenakan ke atas pinjaman tinggi, ini menjadikan harga rumah jadi mahal dan memberi kesan tidak baik kepada pembeli rumah.

"Pemaju juga lebih memilih membangunkan rumah iaitu bukan mampu milik tetapi lebih menumpukan projek perumahan lebih menguntungkan, bagi dia di mana berkemungkinan pembangunan rumah mampu milik terjejas kalau sistem ini dilaksanakan," katanya dipetik SelangorKini.

Jelasnya, sekiranya cadangan itu dilaksanakan turut menyebabkan syarikat yang menjalankan kegiatan memberi pinjaman semakin berkembang dengan tidak terkawal.

"Keadaan ini menyebabkan loan shark atau ah long dan ini menyebabkan timbul penindasan ke atas pembeli rumah kerana kadar faedahnya tinggi dan bila BNM beri lesen kepada pemaju untuk meminjamkan wang kepada pembeli rumah ini bermakna BNM berikan lesen untuk mereka jalankan aktiviti perniagaan pinjaman wang.

"Ini boleh membawa kepada ketidakstabilan kewangan kerana sukar untuk BNM memantau kegiatan pemberi pinjaman wang ini kerana kita dapat lihat peminjam wang yang ada sekarang pun BNM tak terkawal, apatah lagi kalau pemaju besar juga jalankan aktiviti pinjaman wang," katanya lagi. - Harakah

RAFIZI - CADANGAN NOH MELAMBANGKAN KEGILAAN UMNO MASA KINI
bloglist-malaysia.blogspot
gajahmenta.blogspot
DIRECTER Gajah Menta

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli menyifatkan cadangan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar untuk memberikan lesen pemberi pinjaman wang kepada pemaju perumahan merupakan keputusan paling gila mengenai perumahan dan kewangan negara.

Beliau yang juga naib presiden dan setiausaha agung PKR berkata, melesenkan 'along' dan meluaskan riba dengan kadar faedah 12 hingga 18 peratus adalah satu bentuk penghambaan kewangan.

"Mana-mana peminjam yang mengambil pembiayaan rumah pada kadar ini samalah seperti menjadi hamba kepada pemberi pinjaman sehingga ke akhir hayat kerana jumlah bayar balik adalah di antara empat hingga enam kali ganda dari jumlah yang dipinjam.

"Oleh itu, saya akan mengikuti dengan dekat isu ini dan akan mula menghuraikan dengan terperinci mengenai masalah perumahan rakyat bermula minggu depan.

"Saya juga akan berusaha agar risiko-risiko akibat dari keputusan memberi lesen pembiayaan kepada pemaju besar ini difahami rakyat secepat mungkin dan mula menyiarkan video ringkas menerangkan perkara ini kepada orang ramai petang ini," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semalam, Noh berkata, kerajaan mempertimbangkan cadangan itu untuk membantu pembeli rumah yang menghadapi kesukaran mendapat pinjaman bank dan menangani masalah bayaran pendahuluan.
"Justeru itu saya mencadangkan supaya pemaju perumahan berkelayakan terutama syarikat mempunyai sumber kewangan yang banyak, seperti Sunway Group, EcoWorld, Mah Sing dan Glomac, diberi lesen pemberi pinjam wang.

"Ia akan hanya terhad kepada penyediaan pembiayaan akhir untuk pembeli rumah berkelayakan, yang mengalami kesukaran memperoleh pinjaman dari bank," tambah Noh lagi.

Presiden Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda), Datuk Seri Fateh Iskandar Mohamed Mansor pula menyambut baik cadangan itu bagi membantu usaha pemilikan aset.

Fateh Iskandar berkata, cadangan itu harus dilihat dari sudut positif bagi membantu pemaju yang membangkitkan kesukaran bakal pembeli mendapatkan kemudahan pinjaman berkenaan.

Mengulas lanjut, Rafizi menambah, pihaknya semakin cenderong untuk mengesyaki cadangan tersebut bukanlah keputusan pertimbangan dasar tetapi satu skim untuk mendapatkan dana pilihan raya umum ke-14 (PRU14) untuk Barisan Nasional (BN).

"Satu-satunya faktor mengekang Datuk Seri Najib Razak mengadakan PRU14 lebih awal ialah kekurangan dana memandangkan apa-apa dana yang diselewengkan dari 1MDB kini dibekukan di negara-negara lain.

"Dengan belanja PRU14 yang mencecah beberapa billion ringgit, Najib dan kepimpinan Umno mesti mencari sumber baru," tambah beliau.

Justeru, beliau khuatir sekiranya cadangan kerajaan pusat ini adalah jalan belakang ke arah itu dan sebagai balasan, kumpulan pemaju besar yang diberikan lesen perlu 'menderma' sejumlah yang besar kepada BN.

"Jika satu lesen menarik derma sebanyak RM100 juta (iaitu jumlah yang kecil bagi satu lesen institusi kewangan), lima lesen mampu menarik 'derma' politik sehingga RM500 juta," jelasnya lagi.

Selain itu, jika cadangan itu dilaksanakan, negara berdepan dengan risiko-risiko lain yang akan membunuh rakyat dan membunuh ekonomi ekoran potensi wujudnya risiko kewangan 'sub-prima' dan lebih ramai rakyat yang tidak mampu memiliki rumah lapor Malaysiakini

Deritalah M'sia jika idea Noh diterima
bloglist-malaysia.blogspot
darisungaiderhaka.blogspot
Posted by Anak Sungai Derhaka
a.. a.. Boleh dikatakan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Tan Sri Noh Omar layak dikritik, dibidas malah diherdik sekalipun atas cadangan beliau untuk memberikan lesen pemberi pinjaman wang kepada pemaju perumahan.Ini kerana bukan saja portal propembangkang dan ahli-ahli parlimen pembangkang mengkritik cadangan Noh itu, malah bantahan turut disuarakan portal prokerajaan dan pelbagai organisasi lain.

Rata-rata pelbagai pihak menyuarakan sentimen dan maklum balas negatif terhadap cadangan Noh yang disifatkan bukan saja tidak menyelesaikan masalah, malah menambahkan lagi kerumitan di kalangan rakyat negara ini yang belum memiliki rumah.

Antara yang ketara menyuarakan pandangan sedemikian ialah bekas presiden Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (Rehda), Ng Seing Liong yang menegaskan pemaju perumahan lebih suka menggunakan dana sedia ada untuk membina lebih banyak rumah berbanding memberi pinjaman kepada pembeli.

Pendapat Ng disokong ketua pelaburan untuk Pengurus Amanah Pelaburan Hartanah Axis Berhad dan bekas presiden Institut Ejen Hartanah Malaysia, Siva Shanker.

Katanya, pemaju sepatutnya memberikan fokus kepada pembinaan harta tanah.

Terikat bayaran jangka panjang

Pembeli pula katanya tentu tidak mampu untuk berasa gembira dengan cadangan sedemikian kerana beban hutang akan bertambah.

Ia kerana faedah setinggi 18 peratus yang akan dikenakan syarikat pemaju adalah lebih tinggi berbanding kadar ditawarkan bank tempatan untuk pinjaman perumahan.

Jika pembeli tidak mengambil pinjaman penuh (100 peratus) sekalipun daripada pemaju perumahan, dengan kadar 18 peratus itu mereka akan terbeban, ditambah pula dengan tanggungan baki pinjaman yang diambil dari bank tempatan.

Bayangkan seorang pembeli yang mengimpikan memiliki sebuah rumah tetapi kemampuan semasanya terhad cuma menyediakan deposit 10 peratus kepada pemaju.

Pihak bank pula sekadar meluluskan pinjaman sebanyak 70 peratus daripada harga rumah berkenaan selepas mencongak tahap kemampuan kewangan pemohon tersebut.

Ini bermakna pembeli terpaksa mendapatkan pinjaman bagi pembiayaan 20 peratus lagi daripada pemaju dengan kadar faedah 18 peratus.

Dalam keadaan ini, pembeli tersebut terikat dengan bayaran ansuran bulanan jangka yang panjang kepada pihak bank daripada pinjaman 70 peratus tadi.

Pada masa sama, pembeli juga terpaksa menanggung bayaran ansuran yang tinggi bagi pinjaman 20 peratus pada pemaju dengan kadar faedah 18 peratus.

Bagi segmen pembeli berpendapatan sederhana yang ingin membeli rumah pula, persoalan utama yang timbul ialah sama ada mereka mampu untuk membayar dua pinjaman sekaligus dalam tempoh sebulan bagi memiliki seunit rumah untuk tempoh yang lama.

Keadaan akan bertambah buruk jika pembeli mengambil pinjaman penuh (100 peratus) daripada pemaju, kerana jumlah hutang tersebut akan menjadi empat hingga enam kali ganda berbanding nilai pinjaman pokok.

Sewa sampai bila-bila

Ini bermakna kadar bayaran ansuran bulanan - untuk suatu tempoh yang lama juga - akan menjadi lebih tinggi daripada sepatutnya.

Akhirnya ia akan menyebabkan harga harta tanah di Malaysia menjadi semakin mahal di masa depan.

Dalam kenaikan gaji tahunan pekerja tempatan yang kian mengecil serta peningkatan harga barangan serta perkhidmatan yang seolah-olah tidak terkawal pada masa ini, hasrat untuk memiliki rumah mungkin sekadar angan-angan terutama di kalangan mereka yang berumur 40 tahun dan ke bawah.

Masakan tidak, jika tidak mampu membayar kedua-dua ansuran tersebut (dalam kes seperti yang disebutkan di atas), pastinya bank dan pemaju berhak untuk merampas rumah tersebut daripada pemiliknya dan kemudian akan melelongkan harta tersebut.

Ternyata, rakyat negara ini akan bertambahlah menderita untuk menjalani kehidupan jika cadangan Noh itu menjadi realiti.

Dengan Bajet 2017 bakal dibentangkan pada Oktober ini dan khabar angin pilihan raya umum ke-14 akan diadakan pada suku pertama tahun depan, wajar untuk kerajaan menjadi lebih kreatif dan realitistik menyelesaikan masalah rakyat.

Dalam suasana kehidupan hari ini yang sangat kompleks dan sofistikated, keperluan asas secara realitinya bukan sekadar memiliki rumah sebagai tempat berteduh, malah rakyat turut dihimpit dengan keperluan untuk memiliki kenderaan, insurans kesihatan dan pendidikan serta simpanan menjelang hari tua.

Itu belum termasuk menyediakan dana membawa anak-anak berjalan-jalan ke pusat peranginan setiap kali tibanya musim cuti sekolah atau membayar bil-bil telekomunikasi bulanan dan sebagainya.

Justeru, daripada menanggung hutang yang berlipat kali ganda akibat membeli rumah menggunakan cadangan - disifatkan Rafizi Ramli sebagai "paling gila" dalam hal perumahan dan kewangan negara - mungkin pilihan yang lebih baik ialah menyewa saja sampai bila-bila.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Sep 12, 2016 8:28 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Pelajar Wanita Nekad Langgar Peragut Sampai Patah Kaki Selepas Geram Diragut
siakapkeli.my

KUALA LUMPUR, 7 Sep: Seorang pelajar wanita di Universiti Putra Malaysia nekad mengejar dan melanggar motosikal peragut yang meragut beg tangannya dalam kejadian pada Rabu lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Serdang, ACP Megat Mohd Aminuddin Megat Alias, pelajar yang berusia 21 tahun itu sedang menaiki motosikal bersama rakannya ketika dia diragut.

Dia kemudian mengejar motosikal yang dinaiki dua peragut sejah kira-kira dua kilometer bermula di hadapan pintu masuk utama UPM.

"Oleh kerana terlalu geram dengan tindakan penjenayah itu, penuntut universiti itu bertindak melanggar motosikal yang dinaiki dua lelaki berkenaan dari arah belakang sebelum kesemua mereka terjatuh di kawasan berhampiran Flat Ikan, Sri Serdang.

"Dua pelajar itu kemudiannya menjerit meminta pertolongan dan dua lelaki berkenaan berjaya diberkas anggota polis yang kebetulan melakukan rondaan di kawasan tersebut," katanya sebagaimana lapor Bernama.

Difahamkan, kedua-dua peragut cedera dan salah seorang darinya patah kaki.

Pelajar wanita dan rakannya juga dilaporkan cedera dan kesemua mereka dihantar ke Hospital Serdang dan dimasukkan ke wad.

Megat berkata dua peragut berusia 25 dan 27 tahun itu didapati mempunyai kes jenayah lampau berkaitan dadah.

Beliau berkata motosikal yang digunakan suspek telah dicuri di sekitar Serdang sebelum ini.

Kedua-dua suspek sedang direman.

Sumber : mStar Online

3 Maut Dilanggar Ketika Tukar Tayar Bocor di Lebuhraya ELITE
siakapkeli.my

Keratan video rakaman selepas insiden. Kredit foto : likers Siakapkeli

Kuala Langat, 9 Sep: Tiga orang lelaki maut selepas dilanggar ketika menukar tayar bocor di Kilometer 21.9 Lebuhraya ELITE berdekatan dengan Hentian Rehat dan Rawat Dengkil (RnR) dekat sini dalam kejadian kira-kira 1 tengah hari tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Zailan Tasir, siasatan awal mendapati semua mangsa termasuk pemilik pacuan empat roda yang bocor, Leong Chee Keong, 49, berhenti di lorong kecemasan itu untuk menukar tayar kereta tersebut.

"Namun, lori dipandu lelaki berusia 57 tahun di lorong paling kiri dipercayai hilang kawalan dan terbabas melanggar kenderaan berkenaan.

"Perlanggaran itu menyebabkan ketiga-tiga mangsa termasuk seorang warga Bangladesh meninggal dunia di tempat kejadian dan dihantar ke Hospital Banting untuk bedah siasat," kata beliau sebagaimana lapor Harian Metro.

Warga Bangladesh yang terlibat dikenalpasti sebagai Md Monirul Islam manakal seorang lagi mangsa yang maut belum dapat dikenalpasti.

Menurut beliau, pemandu lori itu bagaimanapun hanya cedera ringan dan ditahan bagi membantu siasatan.

Sumber : Harian Metro

Bas Terbabas Langgar Pokok, 27 Penumpang Terselamat
siakapkeli.my

Bas Terbabas Langgar Pokok, 27 Penumpang Terselamat

Keadaan bas yang terbabas.

REMBAU 10 Sept: Seramai 27 penumpang sebuah bas ekspres terselamat apabila kenderaan itu terbabas dalam kejadian di Kilometer 228.2 Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Plaza Tol Pedas/Linggi petang tadi.

Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Rembau, Pegawai Bomba Kanan II Mazooranim Abd Hamid, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.13 petang dan bergegas ke lokasi bersama satu jentera serta lapan pegawai dan anggota.

"Bas yang membawa penumpang berusia lingkungan 20-an sehingga 50-an itu, dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru", katanya.

Menurutnya lagi, pemandu berusia 40-an itu dipercayai hilang kawalan lalu melanggar penghadang kiri jalan dan hampir masuk ke dalam gaung sebelum berhenti sebaik melanggar pokok.

Bagaimanapun, apabila pihak bomba tiba di lokasi, semua penumpang sudah keluar dari bas.

Mazooranim berkata kejadian itu turut menyebabkan kesesakan jalan sehingga lapan kilometer, tulis Berita Harian.

Sumber: Berita Harian

Jeep Hangus Terbakar Dipercayai Selepas Note 7 Meletup Ketika Dicas Dalam Kereta
siakapkeli.my

Keratan berita Fox 13

Petersburg, 9 Sep - Sebuah jeep dilaporkan hangus terbakar dipercayai selepas sebuah Samsung Note 7 yang sedang dicas meletup di dalam kenderaan itu, lapor Cult of Mac.

Jeep milik Nathan Dornacher itu terbakar ketika dia dan isteri baru pulang dari membeli belah di satu jualan garaj sempena hari Buruh.

Ketika ingin memunggah meja yang dibelikan untuk anak perempuannya, Nathan meninggalkan Note 7 dalam keadaan bercas dalam kenderan tersebut.

Nathan kemudian meminta anak perempuanya untuk kembali ke jeep tersebut sementara dia dan isterinya menyelesaikan urusan lain.

Namun salakan anjing miliknya membuat Nathan kembali ke jeepnya yang kelihatan sudah mula terbakar.

"Saya tidak menyangka, satu peranti baru, sebuah telefon berupaya membakar kereta, rumah atau mencederakan ahli keluarga saya", kata Nathan kepada Fox 13.

Tiada kecederaan dilaporkan berlaku dalam insiden itu.

Wakil Samsung mengesahkan sudah menghubungi Nathan dan sedang melakukan yang termampu untuk membantu Nathan, lapor Fox 13.

Sebelum ini, beberapa kes Note 7 meletup telah dilaporkan berlaku di serata dunia dan Samsung telah membuat pengumuman untuk menarik balik peranti berkenaan dan menggantikannya dengan yang baru.

Samsung juga berkata penyebab peranti terbarunya itu meletup adalah bateri keluaran Samsung SDI dan masalah itu boleh diselesaikan dengan menukar bateri tersebut.

Keadaan jeep Nathan dan juga telefon Samsung Note 7 yang meletup

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Sep 12, 2016 8:29 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Video Inspirasi Qurban Ini Buat Ramai Orang Menangis
bloglist-malaysia.blogspot
detikislam.blogspot

Aidiladha tinggal menghitung hari. Sudahkah anda bersedia untuk berkorban? Jangan terburu-buru berkata tidak mampu sebelum menonton video ini.

Aidiladha disebut juga dengan idul qurban kerana amal utama pada hari itu (10 Dzulhijjah) dan hari-hari tasyrik (11, 12, dan 13 Zulhijjah) adalah menyembelih haiwan qurban.

Tidak sedikit orang sebenarnya mampu, tetapi tidak berkorban. Entah kerana tidak tahu, hanya memahami bahawa qurban hanya sekali seumur hidup, atau merasa tidak perlu. Padahal, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mengancam umatnya yang mampu berkorban tetapi tidak berkorban.

Beliau shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

مَنْ كَانَ لَهُ سَعَةٌ وَلَمْ يُضَحِّ فَلاَ يَقْرَبَنَّ مُصَلاَّنَا

"Sesiapa yang mempunyai kelapangan untuk berkorban namun dia tidak berqurban, maka janganlah ia mendekati tempat solat kami" (HR Ibnu Majah, Ahmad dan Al Hakim)

Di sisi lain, ada orang yang menganggap dirinya tidak mampu berkorban padahal beli telefon pintar mahal boleh, beli gadget mahal boleh.

Video ini memberikan inspirasi kepada kita. Ternyata ada orang-orang yang untuk berkorban, mereka demikian sungguh-sungguh hingga menabung bertahun-tahun. Video berdurasi 4 minit 39 saat ini benar-benar memberi inspirasi dan boleh membuat orang menitiskan air mata.

sumber http://www.tarbiyah.net/

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from -:eSpAcE9808:-
1 of 1 File(s)

Mon Sep 12, 2016 8:29 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



*JOM Bersatu Tolak LOUIS XVI Malaysia dan Maharaninya!*.
bloglist-malaysia.blogspot
sisibukit.blogspot.

Kenyataan Media.
*PROJEK TAMAN TUGU:APAKAH NAJIB DAN ROSMAH SEBAGAI MAHARAJA MAHARANI LOUIS XVI MALAYSIA?*

1.Tan Sri Azman Mokhtar boleh cakap la seolah-olah RM650 juta untuk projek taman Tugu tu macam kacang putih. Bukan duit dia atau duit bapa dia!. *Saya nak tanya Tan Sri Azman kalau dia ada duit dia nak belanja banyak tu ka buat taman Tugu?*.

2. *Apa yg lebih baik ,buat taman Tugu atau bina 7 ke 8 buah MRSM atau 7 ke 8 buah sekolah asrama penuh macam MCKK ,tempat dia belajar dulu!*.Anggaran bajet Taman Tugu berjumlah RM650 juta.RM500 juta adalah daripada Khazanah Bhd.Ini hanya nak memperindahkan persekitaran Tugu Negara yang *tidak pun memberikan manfaat kepada tentera atau waris pahlawan negara yang masih hidup*.Yang mati telah berjasa pada negara. *Persoalannya bagaimana waris mereka yang masih hidup yang memerlukan perbelanjaan untuk teruskan kehidupan.Makan,pendidikan,perumahan,perubatan dan sebagainya*.

3.Saya terfikir bagaimana kalau RM650 juta digunakan sebagai *biasiswa untuk anak anak pahlawan negara?. Kalau buat MRSM boleh dpt dlm 7 atau 8 buah MRSM . Atau 1 politeknik . ATAU hospital di Lahad Datu atau Sarikei atau Menggatal atau Bau*.Yang mana lebih memberi manfaat kepada rakyat dan negara?.

4.Adakah PM sudah hilang rasionalnya?. Adakah ini kandungan didalam ETP PEMANDU atau RMK10 atau RMK11?. *Atau adakah ini jelmaan ilham Maharaja dan Maharani Louis XVI M'sia?*.Adakah ini taman Versailles Malaysia untuk *Najib dan Rosmah sebagai Maharaja dan Maharani Louis XVI Malaysia bersantai sebelum di guilotinekan rakyat melalui proses dan didalam PRU14?*.

5.Bersatulah semua membela rakyat dan menyelamatkan negara. *JOM Bersatu Tolak LOUIS XVI Malaysia dan Maharaninya!*.

#BersatuTentangMusuhNegara
#BersatuSelamatkanMalaysia

*DATO'HJ MAHFUZ HJ OMAR*
Ahli Parlimen Pokok Sena
3.30pm Taman Al-Walid Alor Setar
10 Sept 2016/8 Zulhijah 1437H

----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:-
To:
Sent: Tuesday, September 06, 2016 11:11 PM
Subject: Fw: Taman dan tugu - Dosa besar, pembaziran besar

Taman dan tugu: Dosa besar, pembaziran besar - Mufti Harussani

Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.net


Sedangkan membina tugu menyerupai haiwan sebenar sudah haram, apatah lagi berbentuk manusia, tegas Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.

Katanya membina tugu berbentuk manusia memang jelas haram hukumnya dan suatu ketika nanti tuhan akan menuntut supaya binaan itu diberi nyawa.

Selain menganggapnya sebagai "dosa besar" Harussani berpendapat peruntukan besar bagi projek pengindahan taman di sekitar Tugu negara sebagai pembaziran besar negara.

Bercakap kepada Malaysiakini Harussani menjelaskan kesalahan itu menjadi lebih besar apabila binaan tugu itu mengundang manusia untuk memuja binaan tersebut.

"Dari awal dulu lagi kita tak bersetuju (dengan pembinaan Tugu Negara) kerana kita adalah negara Islam. Kenapa kita nak memuja tugu?

"Tugu berbentuk manusia pula adalah haram," katanya.

Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan suntikan dana RM650 juta untuk projek Taman Tugu di atas kawasan seluas 66 ekar di sekitar Tugu Negara.

Sebahagian besar daripada peruntukan itu - atau RM500 juta - akan dibiayai Khazanah Nasional.

Hutan tropika mini dalam bandar raya itu akan menjadi sebahagian daripada ikon utama Kuala Lumpur dan fasa pertama akan siap pada pertengahan 2018.

Projek itu diumumkan ketika isu mengenai kewajaran tugu menggambarkan makhluk hidup dianggap haram dalam Islam diperkatakan timbalan Harussani, Zamri Hashim.

Mengulas lanjut, Harussani menyifatkan suntikan dana itu sebagai satu pembaziran terbesar negara.

Kata Harussani adalah lebih baik wang tersebut digunakan bagi tujuan pembangunan kehidupan rakyat di negara ini.

"Menyediakan sampai RM650 juta pula satu pembaziran. Ia sepatutnya ia boleh membantu membangunkan hidupan rakyat, malah itu lebih mudah dan baik daripada membina serta mencantikan tugu supaya orang ramai datang memuja tugu.

"Banyak lagi orang miskin di negara ini.

"Kalau dengan jumlah tersebut kita buat untuk perumahan atau bangunkan tanah-tanah yang (terbiar) ia lebih berfaedah serta hidup rakyat lebih bahagia," tegas Harussani.

Malaysiakini sebelum ini melaporkan Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menjelaskan, Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan amalan memberi hormat kepada Tugu Negara adalah haram.

"Sebab itu sewaktu Duli Yang Maha Mulia Raja Perlis menjadi Yang di-Pertuan Agong dulu, baginda tidak pernah berbuat demikian," katanya.

Tugu Negara diilhamkan, direka dan dibangunkan pengarca AS kelahiran Australia, Felix de Weldon.

Carian di Internet menunjukkan binaan berkenaan adalah Tugu Negara terakhir dihasilkan de Weldon sebelum dia meninggal dunia pada 3 Jun 2003.

Tiada Keperluan Projek RM650 juta perindah kawasan Tugu Negara

Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
tranungkite.net

Pemuda PAS Wilayah Persekutuan menuntut projek RM650 juta bagi memperindah kawasan sekitar Tugu Negara di Kuala Lumpur sebagai taman hutan hujan dalam bandar, ditangguhkan.

Ketuanya Khairil Nizam Khirudin berkata tiada keperluan untuk projek itu pada masa ini berbanding keperluan rakyat yang lebih utama.

Beliau malah bimbang ia akan mengulangi "kegagalan" projek dusun bandar di Jalan Bellamy yang berdepan masalah dan keraguan kewangan, seperti dilaporkan Laporan Ketua Audit Negara 2012.

"Kitaran krisis ekonomi juga dijangka bakal berlaku pada tahun 2017/2018.

"Maka, apa perlunya kerajaan dan agensinya membelanjakan peruntukan yang besar untuk projek yang tidak berimpak tinggi tersebut?" katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan suntikan dana itu untuk projek di kawasan seluas 66 ekar itu semalam, yang sebahagian besarnya (RM500 juta) akan dibiayai Khazanah Nasional.

"Hutan tropika mini dalam bandar raya" itu akan menjadi sebahagian daripada ikon utama Kuala Lumpur dan fasa pertama akan siap pada pertengahan 2018.

Projek itu diumumkan ketika isu mengenai kewajaran tugu menggambarkan makhluk hidup dianggap haram dalam Islam diperkatakan, selepas timbalan mufti Perak Zamri Hashim mengeluarkan pandangannya.

Dalam kenyataan hari ini, Khairil Nizam mencadangkan peruntukan sama diagihkan kepada sektor rangsangan ekonomi yang lebih besar termasuk perbelanjaan kepada golongan miskin dan mudah terjejas.

"Kami tidak mahu projek tersebut diteruskan buat masa ini," katanya.

Buat Projek Tugu Negara RM650j Ada Duit, Baiki Sekolah Takde Duit - Netizens Luah Kekecewaan..
bloglist-malaysia.blogspot
amenoworld.net

Projek mega bagus.
Baik untuk pembangunan dan kemajuan.
Ada projek bermaksud ada kerja.
Ada kerja bermakna ada pendapatan.
Ada pendapatan akan membawa kepada perbelanjaan.
Perbelanjaan mendorong kepada permintaan, penawaran.
Dan beginila ekonomi akan berjalan.
Terus mengukuh ke hadapan.

Tetapi.
Bukannya semua projek mega itu bagus. Projek mega itu bagus jika ianya melibatkan kepentingan rakyat. Projek yang tidak meminggirkan keperluan rakyat atau mengabaikan hak rakyat. Projek yang hanya menguntungkan kronisma, kapitalisma, sebelah pihak yang berauthoriti dan mereka-mereka yang berkepentingan menjana keuntungan semata-mata, projek mega itu tidakla bagus. Wujudnya rantaian ekonomi pun hanya bersifat sementara yang mana berkemungkinan akan bagi vibe negative kat rakyat pada masa mendatang. Contohnya projek mega KLCC. Kita setakat berbangga gitu-gitu je la. Hasil yilek. Ini nak buat menara satu lagi. Tak cukup dengan menara, tambah tugu negara pula. Sementara itu menteri bersetuju dengan cadangan kutip derma dari ibu bapa & pelajar bagi membiayai kos penyelenggara bangunan sekolah.

What the f@ck la semua ini.

Menerusi petikan berita Malaysiakini, aku membaca ;

Tugu Negara dan kawasan di sekitarnya mendapat suntikan RM650 juta bagi menjadikan kawasan seluas 66 ekar itu sebagai taman hutan hujan dalam bandar. Sebahagian besar projek itu akan dibiayai Khazanah Nasional yang memperuntukkan dana sebanyak RM500 juta. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata "hutan tropika mini dalam bandar raya" itu akan menjadi sebahagian daripada ikon utama Kuala Lumpur.

Berucap merasmikan projek Taman Tugu di Tugu Negara hari ini Najib berkata fasa pertama akan siap pada pertengahan 2018. "Salah satu ciri global city (bandar raya global) ialah pembangunan masyarakat dalam sesebuah bandar raya menuju kepada kemudahan riadah. Kemudahan green lungs (kawasan hutan). "Sebab itulah bandar raya London sinonim dengan Hyde Park, Central Park sinonim dengan New York. "Jadi saya ingin suatu hari nanti, Taman Tugu ini sinonim dengan Kuala Lumpur yang bertaraf global city," katanya.

Projek itu dijalankan ketika isu mengenai kewajaran tugu menggambarkan makhluk hidup dianggap haram dalam Islam diperkatakan. Isu itu kembali menjadi perhatian selepas timbalan mufti Perak Zamri Hashim menulis dalam sebuah akhar mengenai binaan patung seperti burung helang adalah haram kerana menyerupai haiwan hidup. Memetik hadis nabi Zamri berkata ijmak seluruh ulama mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah menetapkan haram membina atau membuat replika patung yang lengkap bagi benda bernyawa seperti manusia atau binatang. "Malah, jika sudah dibina wajib dirobohkan, manakala membinanya atau membuatnya adalah dosa besar," tulisnya dalam sisipan "Ibrah" di Berita Harian pada 2 September lalu.

Dijangka siap pada 2020 Tugu Negara terdiri daripada patung gangsa menyerupai sekumpulan tentera dengan satu daripadanya memegang tiang bendera mengibarkan Jalur Gemilang. Ia telah disiapkan pada 1966 untuk memperingati pasukan keselamatan yang terkorban semasa darurat di negara ini. Setinggi 15 meter, ia adalah patung gangsa berkumpulan tertinggi di dunia. Apabila taman itu siap nanti kata perdana menteri setiap pemimpin dunia yang mengadakan lawatan rasmi ke negara ini akan dipelawa menanam pokok sebahagai sebahagian daripada jadualnya.

Kata Najib walaupun Khazanah sudah menetapkan konsep taman itu agensi berkenaan masih terbuka kepada maklum balas orang ramai mengenai bagaimana hasilnya kesudahannya nanti.

Sementara itu berdasarkan kenyataan media projek itu akan melibatkan pemuliharaan 1,000 pokok dan penanaman lebih 5,000 lagi pohon dari hutan hujan Malaysia. Laluan pejalan kaki juga akan dibina untuk menawarkan akses kepada taman itu, termasuk melalui stesen KTM Komuter Bank Negara, dan melalui KL Sentral melalui beberapa mercu tanda. Di samping itu, kemudahan lain seperti gerai makanan dan minuman, taman permainan kanak-kanak, tempat acara dan kemudahan pendidikan akan dibina serta terbuka kepada orang ramai.

Selain Khazanah, beberapa rakan kongsi projek itu ialah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (Frim), Jabatan Alam Sekitar, Persatuan Pencinta Alam Malaysia dan lain-lain lagi. Projek itu dijangka siap sepenuhnya pada 2020.

----------

1. Amboi. Kemain lagi juta-juta buat projek.

2. Padahal masa sekarang projek sebegitu tidak bersesuaian dengan keperluan semasa rakyat.

3. Sounds interesting projek tu. Tetapi sayangnya bukan di saat keuntungan Petronas yang menyusut ke 11% dari 44% pada tahun 2008. Senang cakap timing tak sesuai.

4. Keadaan semasa rakyat ialah mereka perlukan suntikan ekonomi yang melibatkan kepentingan mereka secara langsung.

5. Projek mega berimpak tinggi kurang sesuai dijalankan pada ketika kerajaan cut banyak bajet kementerian.

6. Najib menyeru kepada penjimatan. Tapi 650j projek tugu negara jimat apa dia? Tu tak kira projek panda lagi. Zoo negara sendiri complaint takda dana nak tanggung anak panda. Tu pasey nak hanto pulang. Dulu sebelum amek panda kata penjilat Najib, nanti pelancong ramai2 masuk Malaysia nak tengok panda. Untungla sektor pelancongan. Abah kau untung. Zoo negara sampai tak tertanggung beban menyara. P balikla panda. Konon nanti Malaysia dapat projek China. Mereka up alasan baik punya. Abah kau dapat projek China. Firma China dapat projek mega Malaysia lagi ada. Ya Rabbi. Rasa nak peneranjang je seko-seko.

7. Time ekonomi cemerlang, projek mega ini menguntungkan. Sebab rakyat punya wang untuk berbelanja. Tetapi time ekonomi sedang bermasalah disebabkan kejatuhan minyak, ringgit, banyak company terjejas, ada VSS sana VSS sini, inflasi, hutang rakyat yang menimbun, mahasiswa menggangur ramai siap berebut job dengan PATI, PADI takpayah la kita buat benda bukan-bukan. Memang jangka siap 2020. Tetapi bukan waktu 2020 kau semua keluar modal. Kau keluar modal pada saat projek neh berjalan iaitu pada sekarang neh. Ye ye jek Khazanah nak campak 500 juta. FRIM lagi. DBKL pun sama. Mane korang cekau duit? Dari mane? Dari siape? Rakyat juga yang jadi mangse. Kalau2 time tu Khazanah susut keuntungan, sampai menjejaskan pelaburan, mao kita gak kena korek poket menderma cukai. Uihhh. Seram fikir.

8. Tak boleh blah. Aku tengok Najib bangga gile declare projek ini dalam berita tadi. Tv3 lapor ada la dekat 15 minit. Seriyus Najib. Rakyat bukan gila nak berindah. Kalau ko gila kreatif, tempat2 berindah sedia ada kau majukan. Naikkan selevel bagi memajukan kawasan2 berkenaan dengan idea gempak dan inovatif tetapi modal minima.

9. Dan dengan duit yang juta2 tu tolongla untuk sekian kalinya upgradela bangunan sekolah. Upgrade la fasiliti sekolah. Upgrade la hospital yang memerlukan. Upgrade la benda2 penting seperti membina lebih banyak rumah kos serdahana bawah 100k. Tolongla. Untuk sekian kalinya korang fikir demi rakyat tanpa ada niat atau agenda tersembunyi. Betul2 ikhlas nak jalankan tanggungjawab dengan amanah. Janganla makan gaji buta lagi.

Askar pencen pun aku rasa tak setuju benda alah neh. Baik kau upgrade aset-aset military yang bersesuaian dengan keperluan semasa lagi ada faedah.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Sep 12, 2016 8:29 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Kisah 'Train to KL' Lagi Seram dari 'Train to Busan', Usik Netizen Gara-Gara Perkhidmatan LRT Terganggu
siakapkeli.my

Foto yang telah diedit dengan muka pelakon train to busan.

Pagi tadi, LRT RapidKL mengalami gangguan sehingga menyebabkan penumpang terkandas seterusnya menyebabkan gangguan jadual seharian penumpang. Insiden itu menjadi trending di media sosial dengan pelbagai keluhan dan juga komplen.

Tapi disamping keluhan-keluhan dari penumpang, ada juga yang mengambil kesempatan untuk mengusik menggunakan insiden itu.

Dengan buah fikiran yang bernas bersama kreativiti luar kotak, netizen di Malaysia mula menggunakan isu tersebut untuk membuat bahan jenaka.

Yang paling menarik adalah poster 'Train to KL' yang dipercayai terinspirasi dari filem korea 'Train to Busan' yang sedang hangat diperkatakan minggu ini.

Poster itu menulis "Lambat pergi kerja bermula. Episod 2. Train to KL. Akan datang".

Bagi yang belum tahu, filem Train to Busan adalah filem yang menceritakan tentang kisah penumpang di dalam tren dari Seoul ke Busan yang terpaksa berjuang untuk hidup disebabkan virus zombie yang melanda Korea Selatan.

Secara tidak langsung, insiden itu memberi marketing percuma untuk filem 'Train to Busan'.

Dalam gangguan yang berlaku pada pagi tadi, penumpang-penumpang sebuah tren terpaksa berjalan di atas trek untuk sampai ke perhentian seterusnya.

Beberapa foto dan video kejadian 'bersejarah' itu dirakam dan dimuat naik oleh penumpang yang terlibat di media sosial.

Perkhidmatan LRT RapidKL Terganggu, Penumpang Terpaksa Berjalan Atas Trek
siakapkeli.my

PETALING JAYA: Perkhidmatan LRT RapidKL sekali lagi terganggu pada pagi Jumaat bagi laluan Kelana Jaya (KJ).

Akaun Twitter RapidKL pagi tadi berkata, perkhidmatan tren mereka mengalami sedikit 'masalah teknikal' yang sedang diperbetulkan.

Sejam kemudian mereka memaklumkan bahawa perkhidmatan telah disambung semula seperti biasa di Kelana Jaya.

Selain itu, penumpang yang terjejas juga boleh menuntut semula wang tiket mereka di kaunter khidmat pelanggan terdekat, kata Twitter RapidKL.

Di media sosial Twitter, penumpang yang dipercayai terkandas di tengah-tengah laluan tren memuat naik rakaman video dan gambar yang menunjukkan mereka terpaksa berjalan di atas trek untuk sampai ke perhentian terdekat.

Dalam masa yang sama, turut dimuat naik satu video yang merakamkan penumpang-penumpang terkandas itu berjalan bersebelahan dengan tren yang sedang bergerak.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Sep 12, 2016 8:31 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom


Canggih .... Smart Umbrella

Payung Ajaib Untuk Jemaah Haji Ciptaan Palestin

Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.net

JEDDAH - Lebih tiga juta jemaah dari serata dunia berhimpun di tanah suci setelah melakukan perjalanan melalui pesawat, kapal laut waima berjalan kaki di bawah panas terik matahari demi menunaikan ibadah haji.

Kementerian Kesihatan Arab Saudi dalam pada itu menasihati para jemaah untuk menggunakan payung bagi melindungi diri mereka daripada terdedah kepada sinaran terik matahari secara berlebihan sepanjang mengerjakan Rukun Islam kelima tersebut.

Namun sebuah syarikat Palestin yang berpangkalan di Arab Saudi dipanggil sebagai Knowledge-Base mendapat perhatian luas seluruh dunia setelah berjaya mencipta sebuah payung 'ajaib' yang dikatakan boleh melakukan lebih daripada sekadar fungsi biasa.

Dinamakan "Kafya" sempena kain penutup kepala tradisional masyarakat Palestin, payung 'bijak' itu mampu mengumpulkan pancaran kuat dari matahari dan menukarnya kepada tenaga elektrik menerusi panel-panel solar yang dipasang di bahagian atas payung.

Tenaga elektrik yang disimpan di dalam bahagian pemegang payung boleh menyalakan lampu suluh, kipas dan sistem pengesanan global atau GPS yang dipasang pada payung itu, sekali gus membantu jemaah untuk mencari anggota keluarga mereka jika sesat jalan.

Ia juga boleh digunakan untuk mengecas telefon dan komputer riba menerusi tiga penyambung USB yang ditempatkan di bawah pemegang, demikian dijelaskan oleh pencipta Manal Dandis, seorang konsultan dari Palestin, kepada agensi berita antarabangsa Reuters.

"Kami memulakan idea ini daripada pengalaman urusan haji itu sendiri," menurut Dandis. "Rakan niaga saya pula secara kebetulan merupakan seorang sukarelawan haji selama 40 tahun dan dia benar-benar tahu apa yang diperlukan para jemaah haji dari seluruh dunia.

Di Makkah, memang tiada alat penyesuai soket atau 'adapter' bagi pelbagai kepala suis elektrik selain masalah remeh apabila ada tiga hingga empat juta orang yang perlu mengecas telefon bimbit mereka setelah kehabisan bekalan kuasa bateri.

Produk ini bakal berguna untuk 10 tahun akan datang, apabila musim haji jatuh antara bulan Jun dengan September. Semasa bulan-bulan tersebut, suhu di kawasan itu boleh cecah ke paras sangat tinggi dan kes keletihan akibat cuaca panas dan strok haba dijangka meningkat.

Terdapat lebih 1,000 kes keletihan akibat cuaca terlalu panas yang dilaporkan berlaku semasa musim ibadah haji pada 2015 lalu, dengan sekitar 700 kes strok haba serta lebih 1,700 kes masalah berkaitan cuaca panas yang lain.

Dandis dan rakan niaganya, seorang saintis dari Arab Saudi bernama Kamel Badawi, sedang mencipta prototaip untuk payung mereka itu. Mereka memberitahu laman The Media Line bahawa payung itu belum dapat siap digunakan pada musim haji kali ini.

Mereka memaklumkan Reuters bahawa syarikat tersebut sedang berusaha untuk mendapatkan paten bagi ciptaan tersebut, dan mencari pelabur sebelum mereka boleh mula memasarkannya secara lebih komersial pada harga berpatutan.

Buat masa ini, mereka akan memulakan 'crowdfunding' atau mengumpul dana modal sendiri dan terlebih dahulu hanya memasarkannya secara online kepada orang yang memang ingin membeli payung tersebut secara eksklusif.

Mereka berharap untuk menghasilkan sekurang-kurangnya sejuta unit payung itu untuk pasaran rantau Timur Tengah dan kosnya dijangka adalah lebih murah, menurut Dandis yang bagaimanapun tidak mendedahkan harga sebenarnya.

Kafya hanyalah satu daripada beberapa ciptaan teknologi seperti aplikasi telefon bijak dan gelang elektronik yang dicipta untuk menepati keperluan jemaah, dan meningkatkan kecekapan di Makkah semasa musim haji yang sibuk. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from -:eSpAcE9808:-
1 of 1 File(s)
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: