9 Messages
Digest #4581
Messages
Wed Sep 7, 2016 8:02 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Hutang negara Malaysia hampir RM1 Trillion.
btmmari.blogspot
Posted by canang
Written By canang
Hutang Negara Malaysia 63.8 Peratus RM847.9 bilion Daripada GDP. Amaran Tengku Razaleigh Kepada Kerajaan Malaysia!
Sesuatu perlu diperbetulkan dengan segera. Jikalau semak semula hutang isi rumah di Malaysia bukanlah tinggi biasa, sangat tinggi iaitu pada kadar 87.4 peratus pada tahun 2015 yang mana telah diangkat sebagai sebuah negara yang mempunyai hutang isi rumah yang paling tinggi di Asia.
MALAYSIA TERTINGGI BERBANDING KOREA SELATAN, SINGAPURA, JEPUN DAN INDONESIA
Negara maju seperti Korea Selatan, Singapura, Jepun pun "kalah dengan Malaysia". Indonesia yang mempunyai jumlah penduduk lebih 200 juta pun kalah dengan negara membangun seperti Malaysia yang mempunyai jumlah penduduk seramai 29.8 juta orang sahaja.
Jikalau sebelum Berita Semasa pernah mengeluarkan laporan Berita pada tahun 2014 seperti di bawah ini mengenai keadaan dan situasi hutang isi rumah di Malaysia, jumlahnya terus meningkat pada ketika ini.
BACA BERKAITAN : Hutang Isi Rumah di Malaysia 86.8 Peratus Kepada KDNK Negara RM854.3 Billion. Tertinggi di Asia. Korea Selatan Pun Kalah!
Semakan Berita Semasa menunjukkan data dan statitik yang dikeluarkan sendiri oleh The Economist melalui Economist Intelligence Unit yang berpangkalan di North Michigan Avenue, Chicago, Amerika Syarikat menunjukkan hutang negara Malaysia terus menunjukkan trend kenaikan sehingga meninggalkan terus negara jiran kita seperti Thailand dan juga Indonesia daripada kadar jumlah hutang kerajaan Malaysia iaitu di paras RM847,978,546,769.32 bersamaan RM847.9 bilion.
AMARAN KU LI
Dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan juga bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah bangkit di Dewan Rakyat baru-baru ini menyuarakan kembimbangan dan amaran kepada kerajaan Malaysia apabila melihatkan situasi hutang negara Malaysia yang berada paras yang menyebabkan krisis ekonomi dan politik pada masa yang akan datang.
Hutang negara Malaysia, hutang rakyat juga. Semakin tinggi hutang negara Malaysia, maknanya semakin terbebanlah rakyat Malaysia di masa akan datang untung menangggung.
P/S : Dikala ekonomi negara Malaysia tidak menentu, berjimat cermatlah ketika berbelanja dan menguruskan dana awam. Berbelanja berdasarkan kemampuan sendiri bagi negara membangun seperti Malaysia.
Sumber :
- http://www.beritasemasa.com.my/hutang-negara-malaysia-gdp-kerajaan
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Wed Sep 7, 2016 8:02 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Kereta Melambung ke Dalam Parit, Kemalangan Babit 4 Kenderaan
siakapkeli.my
Shah Alam: Penunggang motosikal lelaki patah peha kiri manakala pembonceng wanita mengalami pendarahan dalam kepala selepas motosikal dinaiki terbabit kemalangan dengan tiga kereta di Persiaran Sultan, di sini, semalam.
Dalam kejadian 5.15 petang itu, Myvi dari arah Bulatan Setiajaya dipercayai melanggar tayar belakang Vios yang dalam perjalanan dari bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).
Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, akibat perlanggaran itu, pemandu Vios hilang kawalan lalu melanggar Proton Saga dan motosikal dinaiki kedua-dua mangsa yang berada di sebelah Vios berkenaan.
"Menerusi perbualan ringkas dengan mangsa yang menunggang motosikal, Myvi terbabit melambung ke dalam parit selepas bertembung dengan Vios dan turut menyebabkan mereka tercampak ke taman rekreasi bersebelahan bulatan berkenaan.
"Semua mangsa termasuk pemandu kenderaan yang mengalami cedera ringan dihantar ke Hospital Shah Alam untuk rawatan susulan," katanya.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 43(1)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Wed Sep 7, 2016 8:03 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Saya Bukan Suami Orang, Hafiz Bekas Calon Suami Fara Fauzana Nafi Dakwaan.
bloglist-malaysia.
sozcyili.blogspot
Bekas calon suami kepada Fara Fauzana, Mohamed Hafiz Badiuzzaman menafikan dakwaan bahawa dirinya adalah suami orang sehingga dikatakan menjadi punca pembatalan perkahwinannya dengan penyampai radio terkenal itu. Hafiz dalam satu kenyataan hari ini berkata dia tidak pernah menyembunyikan statusnya daripada Fara seperti dilapor sebuah akhbar baru-baru ini.
"Di sini perkara sebenar yang ingin dijelaskan adalah saya tidak pernah berkahwin dengan sesiapa pun sebelum ini. "Kedua, saya tidak pernah merahsiakan status perkahwinan daripada pengetahuan Fara Fauzana. "Dan ketiga, status perkahwinan saya tidak menjadi punca majlis perkahwinan itu dibatalkan "Sebab mengapa perkahwinan itu dibatalkan hanya Fara yang tahu," tulisnya menerusi aplikasi WhatsApp yang diterima hari ini. Hafiz sementara itu turut menyangkal laporan tidak tepat mengenai dirinya seperti yang disebarkan di media sosial.
"Saya tidak menghadiri sidang media yang pernah diadakan sebelum ini di atas persetujuan bersama Fara. Ia bagi menjaga reputasi nama dan keluarga saya. "Umur saya bukanlah 38 tahun sebaliknya saya baru saja mencecah 30 tahun ini dan banyak lagi yang tidak benar tetapi tidak akan dinyatakan di sini," katanya. Malaysiakini pada 4 September lalu melaporkan Fara mengumumkan pembatalan perkahwinan yang bakal berlangsung dalam tempoh 13 hari.
Fara bagaimanapun mengelak untuk mendedahkan alasan membatalkan majlis perkahwinan itu, sebaliknya mengatakan keputusan itu dibuat atas sebab-sebab "terlalu peribadi"
Sehubungan itu, Hafiz berharap tiada lagi spekulasi tidak benar mengenai dirinya selain meminta diberi ruang untuk meredakan keadaan. "Saya juga terkesan dengan pembatalan perkahwinan dan berharap diberi ruang untuk memulihkan diri. "Ketika ujian ini diberi, kami diingatkan hanya Allah yang tahu mengenai hikmahnya. Semoga Dia memberikan kekuatan kepada saya dan keluarga selain mengurniakan kesabaran dan kekuatan untuk meneruskan kehidupan," katanya. - Malaysiakini
----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:
To:
Sent: Tuesday, September 06, 2016 11:12 PM
Subject: Fw: Batal Perkahwinan Kerana Menipu Bujang.
Fara Fauzana Batal Perkahwinan Kerana AJK Pemuda UMNO Menipunya Konon Masih Bujang.
bloglist-malaysia.
sozcyili.blogspot
Tanda tanya mengenai punca Fara Fauzana mengambil keputusan membatalkan majlis perkahwinanya disaat akhir, terjawab ekoran status lelaki yang sepatutnya dinikahi personaliti TV itu yang dikenali sebagai Hafiz, sebenarnya telah terbongkar.
Laporan Harian Metro menyebut, status Hafiz yang merupakan suami orang adalah penyebab perkahwinan itu dibatalkan, apalagi Fara hanya mendapat tahu perkara itu sehingga tarikh perkahwinan semakin dekat.
Keengganan Fara untuk menjadi isteri kedua kepada Hafiz yang juga Ahli Jawatan Kuasa Pemuda Umno satu bahagian di Lembah Pantai menjadi punca pembatalan majlis bahagia mereka. Lelaki berkenaan dikatakan merahsiakan status beliau yang sudah berkahwin sehingga Fara mendapat tahu mengenainya apabila tarikh pernikahan semakin hampir.
Sebelum ini, Fara dalam satu pengumuman rasmi memberitahu perkahwinan beliau bersama Hafiz terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab peribadi yang tidak dapat dikongsikan. Dalam masa yang sama, apabila ditanyakan perkara ini kepada Hafiz pula, beliau enggan memberikan komen lanjut mengenai perkara tersebut dan akan memberikan kenyataan dalam masa sehari dua lagi. - Malaysian Digest
Pasangan Kantoi Suami Orang, Fara Fauzana Batal Kahwin?
bloglist-malaysia.
Posted by Jeebond BLM
Fara Fauzana mengumumkan bahawa perkahwinannya minggu depan telah dibatalkan. — Foto ihsan Instagram/Fara Fauzana
KUALA LUMPUR, 6 Sept ― Enggan menikahi suami orang punca bekas penyampai radio terkenal Fara Fauzana Mohd Fadzil membatalkan perkahwinannya minggu depan, dakwa sebuah laporan Harian Metro.
Memetik seorang sumber yang tidak dinamakan, akhbar berkenaan melaporkan lelaki tersebut yang merupakan ahli jawatankuasa Pemuda Umno di satu bahagian di Lembah Klang merahsiakan statusnya daripada Fara.
"Silap dia sendiri sebab tak berterus-terang, sepatutnya dia perlu jujur. Akhirnya status perkahwinannya kantoi dengan Fara.
"Dalam perkara ini dia tak boleh sorok. Bukan apa, ia perkara sensitif. Apatah lagi Fara golongan selebriti terkenal.
"Mahu atau tidak, perkara ini pasti menjadi heboh," lapor akhbar itu yang memetik sumber.
Namun, Fara masih belum mengesahkan dakwaan di dalam laporan tersebut kepada mana-mana media.
Fara, 36, pada Ahad mengumumkan membatalkan perkahwinannya yang dijadualkan berlangsung di Damansara.
Bekas penyampai Hot FM itu berkata, mereka sudah saling mengenali sejak lebih dua tahun lalu namun Fara enggan mendedahkan identiti lelaki yang dikenali Mohamad Hafiz.
"Ketika ini, saya harus mengakui bahawa saya sedang melalui waktu-waktu yang amat sukar dan memerlukan sedikit ruang untuk menenangkan fikiran.
"Dan saya mungkin tidak dapat menjawab sebarang pertanyaan lanjut daripada rakan-rakan media," katanya seperti dilaporkan Berita Harian.
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Wed Sep 7, 2016 8:03 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
TAK PELIK KE? Deposit Aabar DiRahsiakan Dari Pembeli Bon, Lembaga Pengarah 1MDB, dan Juruaudit KPMG
bloglist-malaysia.
penburukonline.
1MDB dikatakan telah membayar deposit RM4.2 bil kepada Aabar sebagai cagaran kepada jaminan yang diberikan oleh IPIC kepada pinjaman bon 1MDB melalui bank Yahudi Goldman Sachs.
Deposit ini atau dalam dollar USD1.367 bil disebut oleh kedua PAC dan DOJ
dari m/s 61 lapuran PAC disebut –
1
Pembayaran deposit sebesar itu dibuat TANPA kelulusan Lembaga Pengarah 1MDB ? Ni apa punya syarikat milik kerajaan yang langsung tidak ada check and balance dan keputusan boleh dibuat sewenang2nya ? !
Pelikkan juga amaun yang dibayar itu ….. USD576.94 juta daripada jumlah pinjaman USD1.75 bil dan USD790.35 juta daripada jumlah pinjaman USD1.75 bil. Kenapa amaunnya berbeza ?
Satu lagi yang pelik, kenapa tidak disebut juga mengenai pembayaran deposit itu dalam Nota Pekeliling yang diedarkan kepada pembeli2 bon pinjaman itu ? Dari m/s 50 DOJ –
1c
Pendek kata – Tidak ada siapa tahu yang 1MDB perlu bayar deposit sehingga 40% dari nilai pinjaman kepada pihak penjamin !
Perkara sepenting itu seharusnya didedahkan kepada bakal2 pembeli bon sebab ia bakal memberi kesan kepada pelaburan mereka. Tidak pernah berlaku di mana2 pun di dunia ini sebuah syarikat terpaksa bagi deposit sehingga 40% nilai pinjaman kepada penjamin.
Ia tidak diumumkan langsung. Bukan kecik anak amaun nya. RM4.2 bilion !
Kemudian kita digemparkan dengan hebahan umum yang dibuat oleh IPIC bahawa Aabar BVI, syarikat yang menerima deposit itu, bukan milik IPIC.
Oooooooooooo…… patutlah deposit itu tidak dihebahkan……
Bayangkan kalau dari awal lagi, sewaktu Nota Pekeliling diedarkan kepada bakal2 pembeli bon itu sudah disebut bahawa 40% hasil jualan bon itu akan dibayar kepada IPIC sebagai deposit, gerenti IPIC dah bising – MANA ADA DEPOSIT ! ?
Kantoilah perancangan mereka nak songlap sejumlah wang yang begitu besar dari pinjaman itu …
Begitu juga kalau persetujuan diminta dari ahli lembaga pengarah 1MDB mengenai deposit itu, saya percaya lembaga pengarah akan menolak usul pinjaman itu sebab ianya MEREPEK ! Bodoh sangatlah buat pinjaman dengan terma yang sebegitu pelik.
Rosaklah pelan nak songlap duit dari pinjaman itu kalau tak jadi buat pinjaman dengan bank Yahudi itu !
Makanya lembaga pengarah hanya diberitahu mengenai deposit itu SELEPAS ia dibayar.
Dengan juruaudit KPMG juga tidak dimaklumkan !
Semakan lanjut mendapati perkara-perkara tersebut di atas tidak
dinyatakan dalam Surat Representasi 1MDB mengenai pengauditan penyata kewangan Kumpulan 1MDB bagi tahun berakhir 31 Mac 2012 kepada Tetuan KPMG bertarikh 27 Disember 2012. (m/s 62 laporan PAC )
Kenapa mahu disorokkan fakta mengenai deposit dan juga option kepada Aabar BVI ?
Sebab …… dah ada perancangan jahat lah tu …..
Kalau anda baca lapuran DOJ, didedahkan bagaimana wang deposit yang syarikat palsu Aabar BVI itu terima dari 1MDB telah disalurkan kepada beberapa pihak termasuk orang yang 1MDB berurusan dalam urusniaga di atas iaitu Qubaishi dan Husseiny … tidak lupa juga USD30 juta kepada MO1 atau Najib.
Pembayaran kepada Najib dibuat melalui akaun Blackstone …. hmmmmm, jika anda masih ingat, nama Blackstone ini ada disebut dalam 'surat' pak Arab.
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Wed Sep 7, 2016 8:04 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Lelaki Indonesia Guna MyKad Hilang Untuk Jadi Peneroka FELDA, Berkahwin & Miliki Aset
siakapkeli.my
SEREMBAN, 5 Sep: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menahan seorang lelaki warga Indonesia yang berusia 52 tahun selepas dia didapati menggunakan identiti warga tempatan bukan sahaja untuk berkahwin, malah memiliki aset termasuklah rumah serta kereta sejak 30 tahun lalu.
Menurut Ketua Unit Pendakwaan JPN, Mohd Fazdhly Abdul Razak, suspek mempunyai empat anak hasil perkahwinan dengan seorang wanita tempatan.
Selain itu, suspek juga menggunakan kad pengenalan yang pernah dilaporkan hilang lebih 20 tahun lalu itu untuk menjadi peneroka FELDA.
Suspek ditahan oleh penguatkuasa JPN dalam satu serbuah di rumahnya di sebuah tanah rancangan FELDA di Gemencheh, Tampin, kelmarin.
"Kesalahan itu dikesan apabila seorang lelaki datang ke pejabat JPN membuat semakan mengenai status MyKad digunakan suspek. Pemeriksaan mendapati, suspek pernah disiasat kerana didakwa menggunakan kad pengenalan milik orang lain pada 1995.
"Dia bagaimanapun melarikan diri ketika siasatan dilakukan JPN ketika itu. Suspek kini direman dan disiasat mengikut Peraturan 25(1)(b) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) dan akan didakwa Rabu ini," katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan di Putrajaya, hari ini.
Sumber : BH Online
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Wed Sep 7, 2016 8:04 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
CIMB Tutup 23 Cawangan Di Seluruh Negara
btmmari.blogspot
Posted by canang
Written By canang
KUALA LUMPUR: CIMB Group Holdings Bhd. (CIMB Group) menutup 23 cawangannya sebagai langkah mengurangkan perbelanjaan operasi dan juga menumpukan kepada perkhidmatan perbankan digital.
Ketua Eksekutif Kumpulan CIMB Group, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, sejak Ogos 2015, sebanyak 22 cawangan CIMB Bank di seluruh Malaysia telah ditutup dan satu lagi akan ditutup menjelang akhir 2016.
Katanya, semua kakitangan terlibat telah dipindahkan ke cawangan lain dan pihak bank tidak bercadang untuk membuka cawangan baharu berikutan pengoptimuman digital adalah cara untuk mengukuhkan kedudukan pasaran.
"CIMB Group sedang giat memanfaatkan teknologi bagi meningkatkan jumlah pelanggan dan pelan rasionalisasi cawangan adalah berdasarkan konsep mudah untuk diakses.
"Kebanyakan pelang-gan kini lebih selesa dengan teknologi dalam menjalankan urusan perbankan dan kami perlu peka dengan trend ini dalam memenuhi permintaan," katanya kepada pemberita selepas mengumumkan keputusan kewangan separuh pertama 2016 di sini hari ini.
Yang turut hadir, Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan CIMB Group, Shahnaz Jamal.
CIMB Group mencatatkan peningkatan untung bersih sebanyak 1.7 peratus kepada RM1.67 bilion bagi enam bulan pertama berakhir 30 Jun 2016 berbanding RM1.66 bilion pada separuh pertama tahun lalu.
Jumlah pinjaman kumpulan berkembang sebanyak 6.6 peratus tahun ke tahun didorong oleh perbankan pengguna manakala jumlah deposit meningkat 7.1 peratus tahun ke tahun.
Menurut Tengku Zafrul, CIMB Group menyemak semula sasaran pertumbuhan pinjaman tahun ini daripada 10 peratus kepada antara enam hingga tujuh peratus sejajar dengan persekitaran operasi semasa yang mencabar.
"Kumpulan juga menyemak semula unjuran pulangan ke atas ekuiti (ROE) daripada 10 peratus kepada sembilan peratus seiring dengan jangkaan pasaran," tambah beliau.
- Utusan Malaysia
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Wed Sep 7, 2016 8:05 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Lelaki Parah Jatuh Dari Tingkat 8 Selepas Pintu Masuk Lif Tiba-Tiba Terbuka
siakapkeli.my
KUALA LUMPUR - Seorang lelaki parah selepas terjatuh dalam ruangan lif dari tingkat 8 di sebuah Projek Perumahan (PPR) di Kepong semalam.
Menurut Pegawai Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Samsol Maarif Saibani, dalam kejadian yang berlaku kira-kira 11.30 pagi itu, mangsa dikatakan sedang menunggu lif di tingkat 8, blok B, PPR tersebut.
Katanya, lelaki itu bersandar di pintu lif dan secara tiba-tiba pintu memasuki lif itu terbuka, menyebabkan mangsa jatuh di atas bumbung lif yang sedang berada di tingkat bawah.
"Lif diturunkan ke lobi dan pihak bomba mengeluarkan mangsa dari lif tingkat 1 blok berkenaan.
"Mangsa mengalami cedera parah di anggota badan dan trauma," katanya.
Seramai 12 anggota bomba dari balai Hang Tuah dan Jinjang terlibat dalam operasi menyelamat.
Mangsa dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut.
Sumber : Sinar Online
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Wed Sep 7, 2016 8:05 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Allahuakbar.
btmmari.blogspot.
beritapantas92.
Sedikit perkongsian dr sahabat saya..
Murid perempuan ni berjaya menitiskan air mata sy di pagi hari. Dia dtg lewat utk upsr. Cikgu2 mula gelisah. Tiba2 dia muncul tanpa senyuman. Sy dapatkan dia utk stabilkan emosi. Sy sedia maklum mslh dia sejak hari pertama sy lapor diri. Sy tanya knp lambat?
"Baju basah sbb smlm sy basuh. Sy sidai kat luar. Pagi ni hujan. Jd sy gosok baju".
Saya tanya, dh mkn?
"Dah. Td sy mkn roti dan air milo. Buatkan sekali utk adik & mak".
Allahuakbar. Kamu hebat wahai anak..kamu diuji dgn masalah keluarga. Kamu pikul tgjwb yg org lain sebaya kamu x mampu buat. Kamu galas tgjwb dgn sebaiknya. Semoga kamu cemerlang dunia akhirat.
Pernah satu ketika dia dtg ke sek kemudian minta izin nak balik sbb terlupa yg dia masak air dan lupa nk matikan. Berlari dia balik sbb ibunya lumpuh dan x mampu bergerak apatah lg membantu.
Sumber : FB Norliana Samsuri
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Wed Sep 7, 2016 8:06 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Bolehkah Menggugurkan Kandungan Jika Dijangkiti Zika Dan Memudaratkan? Ini Jawapan Pejabat Mufti
siakapkeli.my
Sejak kebelakangan ini ramai antara rakyat Malaysia menyatakan kebimbangan dengan penularan wabak Zika bawaan nyamuk Aedes di mana negara kita sudah mencatat beberapa kes wabak berkenaan.
Ada yang tertanya-tanya adakah boleh menggugurkan kandungan jika ibu yang mengandung atau bapa telah dijangkiti Zika kerana bimbang kemudaratan kepada bayi yang baru lahir nanti.
Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dalam satu kenyataan semasa dipetik laporan Malaysiakini, orang Islam boleh menggugurkan kandungan mereka jika dijangkiti virus Zika jika memudaratkan kehidupan keluarga serta bayi itu sendiri.
Pejabat mufti berkenaan menjelaskan kenyataan itu dikeluarkan kerana cenderung kepada pendapat majma' fiqh Islami, sidang ulama-ulama di Mekah pada 1990, yang dikiaskan dengan kes thalasemia.
"Dalam keadaan seperti itu, persetujuan daripada kedua ibu bapa yang diberi kefahaman yang jelas bolehlah diambil kira untuk pelaksanaan pengguguran janin itu," katanya.
Berkaitan kes thalassemia Dr Hassan al-Jizani berpendapat, janin yang berumur 120 hari kebawah boleh digugurkan jika akan membawa kesusahan, kesedihan dan penderitaan terhadap keluarga jika kekal hidup.
"Jika umur bayi melepasi umur berkenaan, janin tidak boleh digugurkan kecuali ditimpa komplikasi atau sebarang penyakit seperti talasemia dan diperakukan pakar perubatan yang diyakini."
"Maka, jika didapati janin tersebut mengalami bahaya yang tidak mungkin boleh dirawat, anak itu lahir dengan penyakit yang kekal, memberi kesan yang bermasalah dalam kehidupannya serta membebankan kepada keluarganya, maka ketika itu boleh digugurkan mengikut kehendak kedua ibu bapa," kata pejabat itu.
Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri pula berkata perkara ini perlu dirujuk kepada pakar perubatan yang diyakini dan juga ibu bapa supaya memahami hakikat isu ini dengan sebaiknya.
"Selepas itu, barulah boleh diambil tindakan pengguguran dengan ketetapan-ketetapan dan syarat-syarat yang amat ketat sebagaimana di atas," katanya. - Siakapkeli.my
Ini adalah kenyataan dari pihak Mufti.
Pengguguran Janin Bagi Wanita Yang Positif Virus Zika
Pada 14 Mac 2016, Dar al-Ifta' al-Misriyyah telah mengeluarkan satu fatwa berhubung hukum menggugurkan janin bagi wanita yang dijangkiti virus Zika. Fatwa ini telah dikeluarkan sebagai respon kepada seruan daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu[22] bagi melonggarkan syarat-syarat bagi membolehkan pengguguran khususnya bagi kes wanita yang disahkan dijangkiti virus Zika. Dalam hal ini, Dar al-Ifta' memutuskan bahawa pengguguran janin adalah:
DIBOLEHKAN bagi janin yang belum mencapai 120 hari (4 bulan) setelah disahkan implikasinya kepada wanita berkenaan atau kecacatan kepada janin berkenaan.
Manakala, bagi yang sudah mencapai 120 hari, ia TIDAK DIBOLEHKAN kecuali jika kehamilan itu berterusan mengundang masalah kepada kesihatan dan bahaya kepada kehidupan wanita berkenaan. Ini bertepatan dengan kaedah fiqh:
َارتِكَاب أَخَفُّ الضَرَرَين
Maksudnya: "Mengambil yang lebih ringan di antara dua kemudharatan"
Ia bermaksud mendahulukan nyawa ibu yang mengandung yang sudah pasti hidup untuk diselamatkan berbanding janin yang masih tidak pasti keadaannya. Maka jika ia tidak membahayakan nyawa ibunya, pengguguran janin adalah DIHARAMKAN.[
Kes Yang Berkaitan
Dalam meneliti isu dalam dunia perubatan dunia moden berkaitan pengguguran janin, terdapat satu pandangan yang dinyatakan oleh Dr. Hassan al-Jizani berhubung pengguguran janin yang menghidap thalassemia. Kami ringkaskan dalam dua noktah penting yang wajar difahami.
Sebelum 120 hari.
BOLEH digugurkan janin jika kekal hidup akan membawa kesusahan, kesedihan dan penderitaan terhadap keluarga dan ahlinya. Ketika itu, harus menggugurkan janin mengikut kehendak kedua ibu bapanya.
Selepas 120 hari
TIDAK BOLEH digugurkan janin kecuali sekiranya janin ditimpa komplikasi atau sebarang penyakit seperti thalassemia dan telah diperakukan oleh pakar perubatan yang diyakini ketika itu. Keputusan ini adalah selari dengan keputusan Majma' al-Fiqh al-Islami yang bersidang di Makkah al-Mukarramah pada 10 Februari 1990. Para ulama' yang bersidang pada ketika itu juga memberi nasihat kepada pakar perubatan dan para ibu bapa agar bertakwa kepada Allah dan cuba menerima ujian ini dengan tabah seupaya mungkin. Maka, jika didapati janin tersebut mengalami bahaya yang tidak mungkin boleh dirawat, anak itu lahir dengan penyakit yang kekal, memberi kesan yang bermasalah dalam kehidupannya serta membebankan kepada keluarganya, maka ketika itu BOLEH digugurkan mengikut kehendak kedua ibu bapa.[24]
NOTA PENTING: Kami lebih cenderung kepada pendapat Majma' Fiqh Islami berkenaan penyakit thalassemia yang boleh diqiyaskan bagi isu virus Zika ini, jika sekiranya dapatan kajian dari pakar perubatan yang diyakini menunjukkan bahawa janin yang dijangkiti virus Zika boleh mengundang pelbagai bentuk kecacatan sehingga memudaratkan kehidupan keluarga serta bayi itu sendiri. Dalam keadaan seperti itu, persetujuan daripada kedua ibu bapa yang diberi kefahaman yang jelas bolehlah diambil kira untuk pelaksanaan pengguguran janin itu.
Rujukan Bayan Linnas Siri 68
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com
----------------------------------------
Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
----------------------------------------
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
----------------------------------------
Weblist:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com
----------------------------------------
Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
----------------------------------------
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
----------------------------------------
Weblist:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com
No comments:
Post a Comment