Sunday, September 25, 2016

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4592

9 Messages

Digest #4592

Messages

Sat Sep 24, 2016 8:25 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Nedim Nazri Aziz Kakitangan Awam Kementerian Pelancongan Pandu Kereta Lamborgini Aventador RM2.8 Juta?
bloglist-malaysia.blogspot
Posted by Jeebond BLM
beritasemasa.com
Nedim Nazri Aziz Kakitangan Awam Kementerian Pelancongan Pandu Kereta Lamborgini Aventador RM2.8 Juta?

Mungkin inilah yang dikatakan "tuah di ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu" bertuah apabila melihatkan ada anak Melayu yang hanya merupakan kakitangan awam dan menjawat jawatan sebagai pegawai khas di Kementerian Pelancongan Malaysia (BUKTI LANTIKKAN DI SINI) memiliki banyak deretan kereta mewah & rumah mewah.

Bagaimana tugasannya Berita Semasa kurang periksa. Mungkin dalam kesibukan dan kemeriahan Tahun Melawat Malaysia 2014, kepakaran dan kemahiran yang ada pada individu bernama Nedim Datuk Seri Nazri Aziz ditagih bagi melancarkan kempen tersebut. Mungkin?

Rumah Nedim Nazri Aziz RM7.218 Juta?
Jikalau sebelum ini Nedim didakwa memiliki sebuah rumah yang bernilai RM7.218 juta (SEPERTI DAKWAAN DI SINI). Dan disebabkan Nedim Datuk Seri Nazri Aziz merupakan kumpulan bumiputera beliau telah mendapat diskaun sejumlah RM500,9444.08 (-7%). Tahniah.

Terbaru Nedim Datuk Seri Nazri Aziz dikesan memakai kereta sport super mewah, Lamborghini Aventador yang menjadi idaman ramai. Apabila bercakap kereta idaman ini, kebanyakan rakyat marhaen hanya boleh berangan dan mengidam sahaja. Setakat gaji kakitangan awam mahu memakai kereta Lamborgini Aventador seperti ini? Mampu? Kalau "mampu" mahu disoal siasat SPRM? Tetapi……

Tetapi Nedim Datuk Seri Nazri Aziz lebih daripada mampu. Belum cukup dengan kereta Porshe, Hummer "milik seseorang" dan terbaru Nedim Datuk Seri Nazri Aziz memandu kereta Lamborghini Aventador yang bernilai? Berdasarkan semakan Berita Semasa terhadap sebuah portal kereta di Malaysia, kereta mewah sport tersbeut bernilai RM2.8 juta. Sekali lagi RM2.8 juta!!! Tahniah……

Koleksi Kereta Mewah Nedim Nazri Aziz (Porshe, Hummer, Lamborghini)


Berapa gaji anda sebagai kakitangan awam? Nedim Nazri Aziz mampu bayar bayaran bulanan secara kasarnya sekitar RM26,704 sebulan bergantung kepada nilai downpayment yang diletakkan. Anda mampu?

P/S : Tiba-tiba Berita Semasa laporan berita yang pernah keluarkan 2 tahun talu sekitar Januari 2012, apabila terdapat seorang menteri yang tampil memberikan kenyataan tegas (DI SINI) bahawa mendedahkan aset dan harta menteri "membahayakan"? Apa yang beliau maksudkan "membahayakan"? Ehem…..

http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sat Sep 24, 2016 8:26 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Ini Bagaimana Rupa Proton Saga 2016 Baharu Dari Jarak Dekat
siakapkeli.my

Kuala Lumpur, 23 Sep - Kereta terbaru keluaran Perodua, Bezza, mungkin akan menghadapi sedikit persaingan dari Proton Saga terbaru yang akan muncul menemui orang ramai tidak lama lagi.

Jika sebelum ini banyak foto terdedah diambil dari kilang dan juga cuma model prototaip, kini foto Saga 2016 yang berjaya diambil dari jarak dekat pula tersebar.

Menerusi perkongsian gambar oleh pengguna Facebook Jai Kbs, boleh dilihat Saga terbaru kali ini menampilkan rekabentuk yang moden dan menarik, seiring dekat pesaing-pesaingnya yang lain.

Foto dari sisi.

Dari depan

Dari depan

Teaser dari dalam

Dari belakang.

Proton Saga dijangka akan dilancarkan pada 28 September ini.

http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sat Sep 24, 2016 8:26 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Adik Ummul Najwa Nasuha Hembus Nafas Terakhir 2.40 Pagi Tadi
siakapkeli.my

Ummul Najwa Nasuha Mohd Zulkifli, 4, yang menghidapi kanser rongga hidung telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 2.40 pagi tadi.

Kisah adik Najwa ini pernah kami muatnaik ke laman Facebook Siakap Keli bagi memohon bantuan orang ramai beriktan kesusahan yang membelenggu keluarga ini untuk mendapatkan rawatan untuknya.

Anak tunggal suami isteri, Mohd Zulkifli Che Noh, 27, dan Siti Nor Fatihah Mohd, 22, ini telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

Mohd Zulkifli berkata, Ummu Najwa Nasuha sebelum itu dimasukkan ke hospital kerana sukar untuk makan dan minum dengan sempurna.

"Dua bulan dia menderita kanser, dan awal pagi tadi Ummu Najwa Nasuha pergi dengan tenang. Kami sekeluarga reda.

"Jenazahnya akan disembahyangkan di rumah di Kampung Apa-Apa, Pasir Mas dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Chat, Gelang Mas, Pasir Mas selepas Zohor," katanya dipetik laporan Harian Metro.

Ummul Najwa Nasuha menghidap kanser rongga hidung atau Naso-Pharyngeal Carcinoma selepas seminggu umat Islam menyambut Aidilfitiri, Julai lalu.

Sejak itu, kanak-kanak malang terbabit hanya terlantar di rumahnya dan mendapatkan rawatan alternatif selepas diberitahu peluang untuk hidup tinggal 50-50 jika menjalani pembedahan. - Siakapkeli.my

Siakap Keli pada 10hb September jam 9.44 ptg ·
Daripada kecederaan biasa dihidung tanpa disangka ia kini merebak ke bahagia kedua-dua matanya.

Adik Ummul Najwa Nadsuha Binti.mohd Zulkifli berumur 4 tahun menghadapi ujian berat ini.

Menurut sukarelawan dari Pertubuhan Kebajikan Pergerakan Adil sebuah NGO berdaftar, Puan Roxhana Omar (http://goo.gl/FE0Gjn), dia masih tidak dapat mengesahkan kanser apa yang dihadapinya itu(kemungkinan kanser glaucoma atau kanser mata).

Menurut beliau lagi, kehidupan keluarga ini yang daif dengan tiada kenderaan untuk mendapatkan rawatan menyukarkan ibunya memastikan rawatan yang terbaik untuk anaknya itu.

Rumah mereka yang terletak di Bunut Susu, Pasir Mas, Kelantan dikatakan agak jauh dengan hospital yang sudah pasti menyukarkannya membawa anak untuk tujuan rawatan.

Kepada mereka yang ingin membantu boleh salurkan ke

2121 89 000 47380 RHB
Pertubuhan Kebajikan Pergerakan Adil

Sebarang pertanyaan boleh hubungi 0199331183

http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sat Sep 24, 2016 8:26 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Ali Tinju tak mengaku ugut Pengerusi Bersih, tapi kantoi busuk
bloglist-malaysia.blogspot.
milosuam.net

LELAKI yang meraih populariti seluruh negara dengan aksi 'tarian punggung' si Ali Tinju atau nama sebenarnya Mohd Ali Baharom sebelum ini dilaporkan telah membuat ugutan jenayah ke atas Pengerusi Bersih, Maria Chin.

Dia dilaporkan berkata mahu menyerang hendap Maria Chin dan tak kisah walaupun kena penjara 10 tahun. Malah dengan bongkak Ali Tinju menyebut bahawa dia sebagai bekas tentera jangan dicabar, walau 10 atau 20 'bodyguard' Maria pasang, semua akan tumbang.

Tapi selepas itu dalam satu temubual dengan wartawan The Sun, Ali Tinju tidak mengakui kata-kata yang telah dilontarkannya. Konon dakwanya wartawan sebelum itu telah memutar belit kata-katanya supaya memberi gambaran bahawa dia seorang penjenayah dan ganas.

Lebih melucukan, dia siap kata media sebelum ini tidak mempunyai sebarang rakaman ataupun video atau dalam kata lainnya, tiada bukti dia ada melakukan ugutan itu — The Sun

Tapi ternyata Ali Tinju silap besar, dia kena tahu, setiap kali melakukan temubual, walaupun melalui telefon wartawan akan rakam perbualan tersebut sebagai rujukan ketika laporan berita dibuat.

Penafian Ali Tinju itu jelas sekali 'makan diri' apabila rakaman temubualnya dengan wartawan ketika dia melakukan ugutan itu disebarkan ke internet.

Bagaikan orang yang tak mengaku berak di tepi jalan, akhirnya busuk jatuh tersembam atas tahi sendiri. Berikut rakaman temubual Ali Tinju bersama wartawan yang dimaksudkan.

Read more: http://www.milosuam.net/2016/09/ali-tinju-tak-mengaku-ugut-pengerusi.html#ixzz4Kzq5YosQ

Ali Tinju ni bodoh rupanya, hahahaha ...
bloglist-malaysia.blogspot.
penburukonline.blogspot

Bercanggah dengan dakwaan Ali Tinju yang menafikan mengugut Maria Chin, rakaman perbualan itu kami sertakan bersama laporan ini untuk pengetahuan pembaca.

VIDEO INSIDE
ali tinju

PETALING JAYA: Ketua Gerakan Merah Mohd Ali Baharom, yang lebih dikenali sebagai Ali Tinju, menafikan pernah membuat "ugutan" terhadap Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah.

Penafian kepada The Sun itu, selepas polis mengumumkan Ali disiasat untuk ugutan jenayah, menjawab laporan FMT pada 14 September bertajuk "Watch your back, Ali Tinju warns Maria Chin".

Ali dalam penafiannya mendakwa disalah petik dalam laporan itu yang menyebabkan dilihat seperti "seorang samseng dan seorang yang ganas".

Ali memberitahu akhbar bahasa Inggeris itu bahawa saya, yang menulis laporan itu, tidak mempunyai video atau rakaman dia berkata dia merancang untuk "serang hendap" dan Maria "nanti tidak akan berjalan di atas bumi".

Sebelum menulis laporan itu, saya meminta Ali untuk mengulas pengumuman Maria tentang tunjuk perasaan Bersih 5 yang akan diadakan pada 19 November, dan adakah dia merancang untuk mengadakan himpunan balas pada masa yang sama.

Dia mengiyakan perkara itu dan memberi amaran kepada Maria supaya jangan menyebabkan kacau-bilau di negara ini. Dia juga minta Maria supaya berwaspada dan berikrar walaupun Maria ditemani 10 atau 20 pengawal peribadi, dia, seorang bekas tentera akan sebat mereka semua.

Berikut adalah petikan perbualan telefon antara saya dan Ali:

Pemberita: Will you hold a counter-rally (to Bersih 5)?

Ali Tinju: Saya akan adakan dalam masa terdekat ini, dan kita akan perhatikan perjalanan beliau. Itu kita punya, kita akan buat serang hendap lah.

Pemberita: Serang hendap? Dalam bentuk satu lagi perhimpunan jalanan juga ataupun exercise pinggang?

Ali Tinju: Itu you perhatikan lah. Di rumah, ataupun (inaudible) kita tengok dia. Dia jangan cuba buat kacau-bilau dalam Malaysia ni. Kita punya ahli ni banyak ahli-ahli perniagaan di Kuala Lumpur. Peniaga-peniaga di Kuala Lumpur ni banyak menjadi ahli Gerakan Merah. So mereka mempertikaikan lah kenapa di Kuala Lumpur, kenapa tak nak buat di Pulau Pinang, kenapa dia tak nak buat di Selangor? Kita akan serang hendap dia la. Tunggu masa serang hendap la. Saya tak kisah masuk penjara 10 tahun pun tak kisah.

Pemberita: Nak confirm, Tuan ada rancang untuk buat counter-perhimpunan jalanan tak? Mungkin pada hari sama dengan Bersih 5?

Ali Tinju: Kita akan turunkan orang-orang kita, kita membuat protes terhadap kuning pada hari yang sama. Tetapi dalam masa terdekat ni saya akan serang hendap Maria Chin.

Pemberita: Dekat rumah?

Ali Tinju: Mungkin dekat rumah, mungkin kat kedai, mungkin kat mana-mana.

Pemberita: Tapi serang hendap tu untuk buat exercise pinggang ke macam mana?

Ali Tinju: Tunggu jelah. Tunggu dan lihat lah.

Pemberita: Tapi exercise pinggang tu akan diadakan di depan rumah Maria Chin?

Ali Tinju: Dia akan rasa tidak akan aman. Dia tidak akan senang duduklah selepas ini. Mungkin dia akan bawa bodyguard dua tiga orang ke, enam orang ke, 10 orang ke untuk kawal dia. Tapi mereka ingat, 10 orang pun kita datang sebat la. Walaupun bodyguard dia 10 ke 20, kita akan sebat lah. Tunggu lah, kita akan serang hendap dia. Dia tidak aman, orang yang berniaga pun sama dengan dia tidak aman.

Pemberita: Kenapa?

Ali Tinju: Dia melakukan perbuatan pada 19 haribulan 11 untuk membuat himpunan akan menyusahkan orang-orang Kuala Lumpur meniaga, orang nak beli-belah, pelancong pun rasa takut nak datang, dan rasa negara ini seperti tidak aman dan tidak selamat. So Maria Chin pun tidak akan selamat selepas ini.

Pemberita: Maria Chin cakap kalau Tuan buat exercise pinggang dia akan sediakan air untuk Tuan. Boleh saya dapatkan comment?

Ali Tinju: Dia kena ingat, saya takut dia nanti tidak akan berjalan di atas bumi. Ini kata-kata bekas tentera. Jangan cabar kami nanti kami akan buatkan kaki dia ke atas, kepala ke bawah jalan.

Pemberita: Maknanya macam angkat mayat?

Ali Tinju: Itu you saksikan akan terjadi dalam masa terdekat.

Pemberita: Tuan tak takut penjara? Atau tindakan polis?

Ali Tinju: Tak apa, itu undang-undang mahkamah menjatuhkan hukuman bukan dia yang menjatuhkan hukuman. Tetapi, Maria akan bertanggungjawab segala-galanya.

Pemberita: (Maknanya) Dia akan menerima balasan?

Ali Tinju: Dia pasang 10 commando pun, 10 bodyguard pun, bodyguard dia akan tumbang. Ini serang hendap.

Pemberita: Jadi Tuan bagi amaran kepada Maria Chin untuk berhati-hatilah maknanya?

Ali Tinju: Yes, yes, yes, yes. Jangan rasa seorang hero untuk membuat kacau-bilau dalam negara. Kami menentang sehabis-habis keras.

Pemberita: Ada apa-apa lagi Tuan nak tambah?

Ali Tinju: Takpe, saya ingat saya akan bagi dia satu pil untuk dia insaf.

Pemberita: Satu pil untuk dia insaf? Pil apa Tuan?

Ali Tinju: Yes. Tunggu, warna merah.

Pemberita: Pil warna merah? Baju merah la maknanya?
Ali Tinju: Pil warna merah dia akan tahu itu pil.

Pemberita: Pil tu baju merah ye?

Ali Tinju: Pil tu warna merah.

Pemberita: Dalam bentuk Gerakan baju merah ke macam mana?

Ali Tinju: Takde, Takde. Pil tu warna merah, dia akan ingat sampai mati.

http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sat Sep 24, 2016 8:27 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Bayi Ditinggalkan Bersendirian Oleh Pembantu Rumah
siakapkeli.my

Melaka 22 Sept: Naluri keibuan seorang wanita merasakan anaknya berada dalam kesusahan ternyata benar apabila pembantu rumahnya, warga Indonesia dipercayai melarikan diri dan meninggalkan bayi lelaki tanpa dijaga bersendirian di dalam rumah.

Kejadian berlaku di Taman Putra Bukit Baru,di sini, kelmarin, yang menurut sumber menyatakan, keadaan bayi terbabit hanya disedari ibunya berusia 30-an selepas pulang untuk melakukan pemeriksaan jam 1.30 tengah hari, tulis Harian Metro.

"Wanita itu berasa ada yang tidak kena selepas mendapati pintu pagar utama rumah terbuka. Dia mula cemas apabila gagal membuka pintu rumah yang berkunci.

"Bimbang dengan keadaan bayinya, wanita itu menjerit nama pembantu rumahnya namun tidak bersahut. Dia menghubungi talian kecemasan bagi mendapatkan bantuan bomba," katanya.

Rumah terbabit juga ditinggalkan dalam keadaan berselerak seperti tergesa-gesa mahu melarikan diri, selain membahayakan keselamatan bayi lelaki berkenaan.

Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh Dzulkarnain Abd Halim berkata, seorang pegawai dan tujuh anggota bersama sebuah jentera dikejarkan ke rumah mangsa selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 1.38 tengah hari.

Menurutnya lagi, ketika sampai di lokasi, anggota bomba terbabit dapat mendengar tangisan bayi lelaki berkenaan yang berada di dalam rumah.

"Kami meminta keizinan daripada pemilik rumah sebelum mengumpil pintu di bahagian dapur menggunakan peralatan khas. Selepas 10 minit, kami membuka pintu berkenaan dan mengesan lokasi bayi terbabit.

"Anggota kami berasa amat lega apabila menemui bayi lelaki berkenaan yang sedang merangkak ke arah dapur. Pemeriksaan awal dilakukan mendapati dia tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.

Sumber: Harian Metro

http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sat Sep 24, 2016 8:27 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Pelajar Perempuan Terselamat Cubaan Culik
siakapkeli.my

Kuala Lumpur, 21 Sep: Seorang pelajar perempuan terselamat dari cubaan culik ketika dia pulang dari sekolah berhampiran rumahnya di Taman Universiti Indah, Seri Kembangan pada petang semalam.

Ketika kejadian, pelajar tingkatan lima itu baru sahaja turun dari bas danberjalan seorang diri di lorong perumahan apabila diekori oleh suspek yang menaiki kereta.

"Apabila menghampiri pelajar berkenaan, suspek cuba menarik mangsa masuk ke dalam keretanya yang diletak di tepi lorong itu.

"Mangsa menjerit meminta tolong dan bergelut sebelum berjaya melepaskan diri menyebabkan suspek melarikan diri," kata Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Megat Mohd Aminuddin Megat Alias sebagaimana lapor Harian Metro.

Beliau berkata tiada tangkapan dibuat setakat ini.

Polis kenal pasti suspek kes culik Nur Darleen Dazeera

Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.net


PUTRAJAYA: Polis mengenal pasti seorang daripada 2 suspek yang dipercayai melarikan pelajar tingkatan tiga Nur Darleen Dazeera Azhar di Bandar Tun Hussein Onn, semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Othman Nanyan berkata suspek berusia 25 tahun itu merupakan seorang penganggur dan mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

Katanya, suspek dipercayai menetap berhampiran rumah mangsa namun, beliau enggan memperincikan sama ada mereka saling mengenali.

"Suspek ini akan kita tahan secepat mungkin dan dari situ, kita yakin seorang lagi rakan subahatnya akan turut dikesan dan ditahan," katanya ketika ditemui pemberita selepas pelancaran Karnival 1AmanWeek di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 7 pagi itu, Nur Darleen, 15, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn, dilarikan 2 lelaki bermotosikal ketika menunggu van sekolah di depan rumahnya di Bandar Tun Hussein Onn.

Bagaimanapun, beliau ditemui selamat oleh orang awam berdekatan sebuah pasar raya kira-kira 7 jam kemudian selepas dipercayai ditinggalkan 2 lelaki berkenaan di kawasan itu setelah berita mengenai kejadian tersebut tersebar di laman sosial.

Othman berkata selain memburu 2 suspek itu, pihaknya juga akan mengambil keterangan beberapa saksi lain bagi melengkapkan siasatan kes berkenaan.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 363 iaitu kesalahan melakukan penculikan, sambil memberitahu pihaknya turut menyiasat semua aspek termasuk kemungkinan wujudnya elemen rekaan penculikan dalam kes berkenaan.

Nur Darleen Ditemui Selamat
siakapkeli.my

Nur Darleen Dazeera (bertudung merah jambu) ditenangkan anggota keluarganya. Foto : Bernama.

KUALA LUMPUR, 22 Sep: Nur Darleen Dazeera Azhar, pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tun Hussein Onn 2 yang dilaporkan hilang pagi tadi ditemui selamat pada jam 2.30 petang tadi.

Bernama melaporkan, pelajar berkenaan yang dilapor dilarikan individu tidak dikenali dibawa pulang oleh orang ramai ke rumah keluarganya kira-kira 2.20 petang.

Difahamkan, Nur Darleen ditemui oleh orang awam, iaitu Juliana Jeffery, di hadapan sebuah pasaraya berhampiran.

"Dalam masa perjalanan pulang ke rumah, saya ternampak dia berjalan berseorangan. Saya pun pada awalnya tidak pasti itu dia tetapi disebabkan di dalam kereta ada kawan-kawan dia, jadi mereka mengenali dia dan mereka beritahu saya bahawa itu adalah Nur Darleen", kata Juliana menceritakan bagaimana dia menjumpai Nur Darleen.

Menurut Juliana lagi, Nur Darleen dalam keadaan menangis seperti ketakutan ketika ditemui.

Bapa saudara Nur Darleen yang dikenali sebagai Jalaluddin memberi pengesahan kepada BH Online bahawa Nur Darleen telah ditemui dan berterima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang membantu.

Nur Darleen

Pelajar Ditarik Dan Dilarikan 2 Lelaki Bermotosikal Ketika Hendak Ke Sekolah (KEMASKINI: SELAMAT DITEMUI)
siakapkeli.my

Dua lelaki tidak dikenali dilaporkan telah melarikan seorang pelajar perempuan tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, ketika keluar dari rumahnya di Jalan Suasana 4/2, Bandar Tun Hussein Onn, Lapor BH Online.

Kejadian berlaku kira-kira jam 7 pagi di mana pelajar berkenaan, Nur Darleen Dazeera Azhar, 15, sedang menunggu van untuk ke sekolah di hadapan rumahnya.

Menurut cerita bapa saudara mangsa, Jalaluddin Md Zin, kejadian berkenaan telah dilihat pemandu van dan rakan-rakannya yang berada di dalam kenderaan itu namun mereka tidak sempat berbuat apa-apa.

"Dia (Nur Darleen) sepatutnya menaiki van itu ke sekolah. Bagaimanapun, pagi tadi dia dilihat ditarik dua lelaki bermotosikal dan dia duduk di tengah-tengah kenderaan itu.

"Pemandu van dan rakan-rakannya nampak dia seperti melambai ke arah mereka tetapi, lelaki yang menunggang motosikal itu dikatakan memarahinya kerana berbuat demikian," kataya.

Jika orang ramai mempunyai maklumat mengenai kejadian ini boleh hubungi En Jalal 0102709043 atau balai polis terdekat. - Siakapkeli.my

http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/

http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sat Sep 24, 2016 8:28 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Kenapa KWSP Beli Saham Syarikat Adik Menteri, Soal PKR.
bloglist-malaysia.blogspot.
sozcyili.blogspot.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) diminta menjelaskan langkahnya membayar RM1.13 bilion untuk mendapatkan 40 peratus pegangan dalam Lebuh Raya Duta-Ulu Klang (DUKE) – jumlah yang menurut PKR jauh melebihi nilai sebenar.

Transaksi pada 2014 menunjukkan 30 peratus pegangan dalam DUKE dijual pada harga RM220 juta. Justeru, 40 peratus pula sepatutnya bernilai RM304 juta, kata anggota parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin.

Bagaimanapun, jumlah dibayar KWSP sekarang hampir empat kali lebih tinggi hanya dalam tempoh dua tahun. Sim berkata KWSP mesti memberi penjelasan, terutamanya apabila Ekovest, yang menjual pegangannya kepada dana itu, dikaitkan dengan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein. Adik Hishamuddin, Haris Onn memiliki 15 peratus dalam syarikat syarikat tersenarai awam itu. "KWSP mesti jelaskan sama ada terdapat sebarang tekanan atau arahan politik yang mempunyai kaitan dengan rundingan itu," katanya dalam kenyataan.

Katanya, tidak logik untuk mengatakan nilai DUKE naik sebegitu sekali, memandangkan Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) telah menjual 30 peratus sahamnya pada 2014.

"Jika KWSP begitu sekali hargai nilai lebih raya DUKE dan sanggup bayar RM1.13 bilion kepada Ekovest untuk 40 peratus pegangan, kenapa syarikatnya MRCB melepaskan 30 peratus pegangannya dalam lebuh raya DUKE untuk hanya RM228 juta dua tahun lalu?" soalnya. Ekovest mengumumkan penjualan itu melalui pemfailan di Bursa Malaysia semalam. Keseluruhan lebuh raya itu bernilai RM2.38 juta.

Sebelum itu, harian perniagaan The Edge melaporkan bahawa penganalisis berbeza pandangan sama ada penilaian harga itu sepadan atau sebaliknya. -Mkini.

http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sat Sep 24, 2016 8:28 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Murid Darjah Satu Parah di Kepala, Patah Tangan Kiri Selepas Dilanggar Depan Sekolah

siakapkeli.my

Alor Gajah, 22 Sep: Seorang murid perempuan darjah satu parah dilanggar sebuah kereta di hadapan Sekolah Rendah Kebangsaan Pagoh dalam kejadian tengahhari tadi.

Di dalam kejadian, mangsa baru sahaja tamat sesi persekolahan sebelum dirempuh oleh kereta yang dipandu oleh seorang wanita.

Menurut Harian Metro, jurucakap polis berkata, kereta itu dalam perjalan dari pekan Alor Gajah menghala ke Kampung Pagoh sebelum melanggar mangsa.

Katanya, akibat kemalangan itu mangsa parah di kepala serta patah tangan kiri dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka.

Ketua Polis Daerah Alor Gajar, Superintendan A Asmadi Abd Aziz mengesahkan kejadian.

Sumber : Harian Metro

----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:-
To:
Sent: Wednesday, September 21, 2016 11:43 PM
Subject: Fw: Luluh Hati Tengok Anak Maut Digilis Lori Depan Mata

Luluh Hati Tengok Anak Maut Digilis Lori Depan Mata
siakapkeli.my

Helmi berkata dia sekeluarga reda dengan pemergian arwah anak.

BAGAN SERAI, 21 Sep - Luluh hati seorang ibu apabila menyaksikan anak bongsunya maut digilis oleh sebuah lori sewaktu hendak ke sekolah dalam kejadian yang berlaku di hadapan Sekolah Kebangsaan Teluk Medan, di sini, pagi ini.

Mangsa, Mohammad Haikal Helme, 10, yang berasal dari Kampung Parit Gabis Atas, digilis ketika dia hendak melintas jalan ke sekolah bersama rakan-rakannya.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintenan Omar Bakhtiar Yaacob memberitahu, siasatan awal mendapati kejadian berlaku sekitar 7.20 pagi dan mangsa dikatakan dirempuh oleh sebuah lori muatan makanan ayam yang datang dari arah Butterworth.

"Akibat rempuhan itu menyebabkan mangsa tergilis seterusnya maut di tempat kejadian.

"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk proses bedah siasat.

" Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya kepada media di sini.

Ayah kepada Haikal, Helme Ahmad, 53, tidak dapat menahan kesedihan kehilangan anaknya ketika ditemui di unit forensik Hospital Parit Buntar.

Menurut beliau, mangsa amat rapat dengan ibunya dan dihantar ke sekolah setiap hari oleh ibunya.

"Arwah tidak pernah menunjukkan sebarang perubahan sikap dan sentiasa ceria bersama adik-beradiknya.

"Sehingga kini, isteri saya masih trauma selepas kejadian itu. Di sebalik musibah menimpa, kami sekeluarga reda dengan pemergian arwah anak," katanya.

Jenazah Allahyarham Mohd Haikal akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Tinggi, di sini selepas waktu solat Zuhur.

Sumber : Sinar Online

http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sat Sep 24, 2016 8:29 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



"Jangan Sampai Orang Kata, Kita Menang Emas Paralimpik, Tapi Nasib OKU Terus Tergadai" - Luahan Insan Prihatin
siakapkeli.my

Semalam Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) bergema dengan sorakan penyokong dan peminat tanah air apabila 21 atlet paralimpik, wira dan wirawati negara pulang dari temasya Sukan Paralimpik Rio de Janeiro, Brazil.

Kontinjen negara itu mencipta detik kejayaan luar biasa, dengan membawa pulang tiga pingat emas dan satu gangsa yang diraikan dengan penuh bangga oleh rakyat Malaysia.

Kejayaan yang dibawa pulang ini, membuktikan mereka juga mampu untuk bersaing di persada dunia, dan tidak menjadikan kekurangan diri sebagai penghalang. Tumpuan yang diberi oleh pemimpin dan rakyat juga tidak kurang hebatnya, dan diharap ianya berterusan tanpa perlu disogokkan dengan kejayaan besar.

Namun begitu, sedikit kebimbangan mengenai nasib golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) di luar sana, yang dilihat, seakan tidak diberi tumpuan oleh orang awam akan permasalahan yang dihadapi mereka sewaktu di tempat awam. Kebimbangan ini, disuarakan oleh seorang pemuda, Lucius Maximus dalam penulisannya, di media sosial. Mari kita selami apa yang ingin disampaikan oleh saudara ini.

Sukan Paralimpik 2016 sudah pun melabuhkan tirai pada hari Ahad 18 September. Malaysia berada di kedudukan ke-36 dalam ranking pungutan pingat dengan tiga emas dan satu gangsa. Tidak syak lagi ini adalah catatan terbaik kita dalam Paralimpik dan ia lebih baik berbanding pencapaian atlet Olimpik kita.

Tapi lama sebelum atlet Paralimpik mengharumkan nama negara sudah banyak suara-suara 'pejuang' yang berbunyi. Semasa Olimpik sedang berlangsung sudah ada yang bising tentang insentif atlet Olimpik berbanding atlet Paralimpik. Bila Paralimpik berlangsung ada pula yang bising kenapa tidak ada liputan media seluas Olimpik tempoh hari. Sesudah Paralimpik melabuhkan tirai ada lagi bunyi kali ini membangkitkan apakah 'sambutan gemilang' yang akan diberikan kepada atlet Paralimpik kita.

Baguslah sebenarnya. Nampaknya orang kita ramai yang sibuk 'berjuang' untuk atlet Paralimpik dan tak jemu menyoal kerajaan atau pihak swasta tentang peranan dan sumbangan mereka.

Bagus juga kerana semua persoalan itu sudah pun terjawab. Kerajaan memberikan insentif yang sama buat atlet Olimpik dan Paralimpik, 'sambutan gemilang' atlet Paralimpik akan diadakan pada 22 September dan pihak swasta ada yang tampil memberikan penghargaan buat atlet ini, sampai dapat kereta Kia Sportage lagi berbanding Proton.

Tetapi 'perjuangan' ini harapnya tidaklah hangat-hangat tahi ayam dan terhad pada atlet Paralimpik. Kalau selama ini korang sibuk mempersoalkan kerajaan dan pihak swasta tentang atlet Paralimpik, maka eloklah juga kita muhasabah diri tentang peranan dan sumbangan individual kita kepada golongan Orang Kelainan Upaya (OKU). Ya, tak perlu sibuk nak tanya KJ apa yang dia buat tapi fikirkan balik apa yang boleh kita buat untuk golongan OKU.
Benda ni tak perlu sebesar mana pun. Kalau kau mampu hulur bantuan atau jadi sukarelawan membantu golongan OKU itu sudah cukup hebat. Tapi kalau tak mampu atau tak ada masa, mula dengan ubah diri kita sendiri untuk jadi lebih mesra OKU seperti:

1. Parking Khas Untuk OKU

Hentikan perangai setan meletakkan kenderaan di lot parkir khas OKU. Walaupun kau cakap nak parking seminit je untuk cucuk duit, hentikan. Pergilah parking jauh sedikit dan guna sepasang kaki sempurna yang Tuhan dah berikan tu.

2. Ketahui Cara Memimpin Untuk Melintas Jalan

Belajar cara yang betul untuk membantu dan memimpin orang buta yang memerlukan panduan melintas atau mencari jalan. Bukan pegang lengan dia lepas tu kau tolak dia untuk melintas dan dah sampai seberang, kau tinggalkan dia terkapai-kapai.

3. Keutamaan Kepada Berkerusi Roda

Kalau badan tu sihat walafiat, elakkan guna lif dan beri keutamaan kepada mereka yang berkerusi roda. Ini tidak selalu aku perati yang muda remaja tu lah sibuk nak naik lif pergi wayang padahal eskalator bersepah dalam bangunan (keutamaan ini juga terpakai pada ibu mengandung dan ibu bapa dengan anak di dalam stroller).

4. Laluan Orang Buta

Laluan orang buta dan juga ramp kerusi roda di kaki lima itu direka dengan tujuan spesifik untuk memudahkan mobiliti golongan OKU. Walaupun di Malaysia tak lengkap atau sempurna tetapi itulah yang ada buat golongan OKU dan tak perlulah kita nak buat onar menyusahkan mereka lagi. Tapi ini tidak, baik yang miskin atau yang kaya, kat situ jugalah kau nak letak kapcai atau Range Rover kau dan tunjukkan sifat 'OKU' ('Otak Kurang Upaya') kau.

Ini serba sedikit apa yang kita boleh buat untuk menjadikan kehidupan golongan OKU lebih baik. Kalau hari tu kau bukan main lantang bercakap pasal Paralimpik, eloklah kau mula ubah perangai kau dari hari ini sebelum atlet Paralimpik kita pulang 22 September nanti. Macam aku sebut, kalau tak boleh membantu, jangan susahkan kehidupan mereka dan bersama-sama kita ubah mentaliti kita semua. Teringin nak jadi negara maju Wawasan 2020 kan? Mula dengan empat benda asas tadi untuk mudahkan golongan OKU.

Jangan sampai orang kata, kita menang emas Paralimpik tapi nasib OKU terus tergadai.

-Siakap Keli

http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: