15 Messages
Digest #4578
Messages
Sun Sep 4, 2016 7:36 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Tiada Kajian Virus ZIKA, Penyelidik Kesal, Kerajaan Potong Peruntukan
bloglist-malaysia.
bankami.blogspot.
Satu kajian yang dijalankan ke atas tikus baru-baru ini menunjukkan sel otak orang dewasa juga berisiko mengalami kerosakan, namun penyelidik tempatan hanya mampu menunggu hasil kajian dari luar negara kerana mendakwa kekurangan dana untuk menjalankan penyelidikan sendiri.
Bulan lalu, Science News melaporkan penemuan saintis di The Rockefeller University dan Institut Alergi dan Imunologi La Jolla mencadangkan sel otak orang dewasa yang mempunyai sistem imun lemah mungkin lebih mudah terdedah kepada jangkitan virus Zika yang dikaitkan dengan kemerosotan kognitif dalam otak seperti kemurungan dan penyakit Alzheimer.
Pakar virologi dari Universiti Malaya, Prof Dr Sazaly Abu Bakar yang dipetik The Star Online berkata, banyak virus yang menjangkiti otak tikus tidak menjangkiti otak manusia kerana manusia mempunyai sawar darah otak berbeza.
Sehubungan itu, beliau berkata, lebih banyak kajian perlu dilakukan untuk menentukan sama ada virus Zika cenderung menjangkiti otak manusia, bagaimanapun penyelidik tempatan tidak dapat berbuat apa-apa apabila pembiayaan dipotong secara drastik.
"Kerajaan tidak patut menghentikan pembiayaan untuk penyelidikan dalam penyakit berjangkit. Ketika ini, kami hanya boleh bergantung kepada kajian dari negara lain dan ini tidak baik kerana ia menjadikan kita lemah dan tidak bersiap siaga," katanya.
Dr Sazaly berkata, sejak kes mikrosefali dikaitkan dengan virus Zika pada akhir tahun lalu, hampir tiada penyelidikan yang dilakukan supaya penduduk negara ini boleh bersedia menentang virus itu.
"Peralatan diagnostik makmal yang sesuai untuk kegunaan persekitaran kami perlu dibangunkan dan dinilai," katanya yang menyeru perdana menteri mengkaji penambahan dana penyelidikan menerusi cadangan bajet tahun depan.
Timbalan Naib Canselor Universiti Malaya (Akademik dan Antarabangsa)
"Tahun lalu, kami membelanjakan lebih RM100 juta untuk menjalankan penyelidikan dan tahun ini hanya RM40 juta, pengurangan lebih 60%. Untuk 2017, saya rasa ia tidak akan jadi lebih baik," katanya sambil menambah, dana penyelidikan dikurangkan kerana ramai menganggap ia tidak penting.
Sementara itu, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi, Prof Datuk Asma Ismail berkata, penyelidik di universiti mempunyai kapasiti dan keupayaan menjalankan penyelidikan mengenai virus Zika.
"Kami mengalu-alukan cadangan untuk penyelidikan sedemikian dan sentiasa bersedia membantu Kementerian Kesihatan dalam usaha menangani isu ini. Kini, kami mempunyai universiti yang menjalankan penyelidikan mengenai virus denggi dan nyamuk yang merupakan vektor utama virus Zika," katanya.
Khamis lalu, Malaysia mencatatkan kes virus Zika pertama apabila seorang wanita dari Klang disahkan positif virus itu, selepas pulang dari Singapura pada 21 Ogos lalu.
Semalam, kes kedua jangkitan Zika disahkan apabila seorang lelaki berusia 61 tahun dari Likas, Sabah menjadi kes pertama jangkitan tempatan.
Warga emas itu juga adalah mangsa pertama jangkitan tempatan Zika yang meninggal dunia pada 5.30 petang semalam, akibat komplikasi jantung.
FMT
Zika : Elak Aktiviti Luar Pada Waktu Senja & Subuh, Pastikan Persekitaran Rumah Bebas Aedes
siakapkeli.my
SHAH ALAM, 1 Sept: Penduduk di Klang, terutamanya yang berada di kawasan Taman Botanik digesa agar mengawasi aktiviti keluarga masing-masing dan tidak melakukan aktiviti luar terutama pada senja dan subuh kerana di waktu itulah nyamuk Aedes aktif.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Tetapi Kesihatan, Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr. Daroyah Alwi, selain dari mengehadkan aktiviti luar, orang ramai juga diminta persekitaran rumah masing-masing bebas dari pembiakan nyamuk Aedes.
Selain itu, mereka juga diingatkan agar memakai baju lengan panjang ketika berada di luar selain menggunakan krim penghalau serangga.
"Sekiranya terdapat gejala jangkitan seperti demam, mata merah, ruam dan sakit sendi, segera ke klinik dan hospital berdekatan untuk membuat ujian," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Hari ini, seorang wanita 58 tahun dari Taman Botanik, Klang disahkan positif virus Zika selepas pulang dari Singapura pada 21 Ogos lalu.
Kes itu merupakan kes pertama Zika di Malaysia.
Sumber : BH Online
Akan Ada Lebih Banyak Kes Zika Muncul di Malaysia - Amaran Kementerian Kesihatan
siakapkeli.my
Kuala Lumpur : Akan ada lebih banyak kes Zika baru yang akan muncul di Malaysia.
Itu amaran yang diberikan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Ser Dr S. Subramaniam hari ini, berikutan laporan bahawa seorang lelaki di Sabah telah dijangkiti virus itu di dalam negara.
Menurut Subramaniam, kes kedua Zika itu menandakan bahawa virus itu sudah pun wujud dalam komuniti Malaysia.
"Pesakit ini tidak pergi ke negara lain apabila sejumlah besar kes virus itu dilaporkan. Ini bermakna dia dijangkiti virus itu di Malaysia"
Subramaniam juga berkata, kementerian itu tidak pasti dari mana virus itu mungkin datang namun beliau berkata, mungkin ramai lagi yang dijangkiti dalam komuniti itu yang merupakan punca infeksi.
"Kami sedang mengesan pergerakan pesakit terbaru ini dalam masa beberapa minggu lepas. Kami akan meningkatkan aktiviti kawalan vektor di kawasan-kawasan terbabit"
Baru-baru ini, seorang lelaki 61 tahun dari Taman Public Jaya di Likas dikesan positif virus Zika. Lelaki itu bagaimanapun meninggal dunia pada petang Sabtu dipercayai kerana komplikasi jantung dan tidak berkait dengan virus Zika berikutan dia mempunyai masalah kesihatan lain yang melibatkan jantung.
Sumber : NST
Wanita di Klang Sah Dijangkiti Virus Zika, Kes Pertama di Malaysia - Dr Subramaniam
siakapkeli.my
KLANG, 1 Sep: Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini mengesahkan seorang wanita Malaysia yang baru pulang dari Singapura sebagai kes pertama jangkitan virus Zika di Malaysia.
Wanita dari Klang itu telah berkunjung ke Singapura pada 19 Ogos lalu selama tiga hari dan mula menunjukkan tanda demam selepas seminggu.
Anak wanita berkenaan di Singapura dilapor turut dijangkiti virus Zika.
Wanita itu kemudian dirujuk ke Hospital Sungai Buloh untuk pemeriksaan sejurus selepas dia pulang ke Malaysia.
Ujian air kencing ke atas mangsa mengesahkan dia dijangkiti virus Zika, namun ujian ke atas suaminya yang turut sama ke Singapura didapati negatif.
Dr Subramaniam dalam satu sidang media hari ini berkata kementerian akan melupuskan kawasan pembiakan nyamuk Aedes di kawasan perumahan mangsa.
Sumber : Astro Awani
Enam Rakyat Malaysia Antara 115 Kes Zika Di Singapura
kitabantai.info
Posted by Kita Bantai
SINGAPURA: Sebanyak 57 daripada 115 kes yang disahkan positif jangkitan virus Zika setakat ini adalah warga asing yang menetap dan bekerja di Singapura, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) negara itu pada Khamis.
Ia melibatkan tujuh kewarganegaraan, termasuk 23 kes merupakan warga China.
Mereka terdiri daripada 15 warga India, 10 (Bangladesh)
"Kesemuanya mengalami kesakitan ringan. Kebanyakan mereka sedang dipulihkan manakala yang lain pulih sepenuhnya," menurut Kementerian Kesihatan Singapura.
Seorang wanita warga Malaysia yang menetap dan bekerja di Aljunied dikenal pasti sebagai kes pertama terkena jangkitan di negara itu pada Sabtu lalu.
Bilangan mereka yang dijangkiti Zika di Singapura meningkat kepada 115, menurut kementerian itu pada Rabu malam.
Seorang wanita hamil yang tinggal di kawasan Aljunied Crescent dan Sims Drive merupakan antara kes yang disahkan pada Rabu.
Gejala Zika ialah demam, ruam, sakit sendi, sakit otot, mata merah dan sakit kepala yang ringan.
Ia boleh menyebabkan kecacatan pada bayi sekiranya ibu yang mengandung terkena jangkitan tersebut. - The Straits Times/ANN
Kes Zika di Singapura Melonjak Kepada 82
siakapkeli.my
SINGAPURA 30 Ogos - Jumlah kes yang melibatkan penyebaran virus Zika kini melonjak kepada 82, kata pihak berkuasa negara itu hari ini.
Menurut Kementerian Kesihatan dan Agensi Alam Sekitar Kebangsaan Singapura, terdapat pertambahan 26 kes penyebaran terbaharu berbanding 56 sebelum ini yang kebanyakannya berlaku di kawasan pinggir bandar Aljunied, timur Sigapura.
Sebahagian besar dari kes terbabit melibatkan pekerja-pekerja asing yang bekerja di tapak pembinaan projek kondominium di sana.
Ketika ini, virus Zika telah dikesan berlaku di 58 buah negara dengan Brazil kekal sebagai negara yang mencatatkan bilangan kes tertinggi.
Kes pertama Zika di negara itu dikesan pada seorang rakyat Malaysia yang menetap di sana.
Sumber : Utusan Online
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Sun Sep 4, 2016 7:36 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Demi Kelancaran Trafik, Polis Trafik Bantu Bersih Lorong Motosikal Tersumbat Akibat Hujan
siakapkeli.my
Anggota polis trafik membantu membersihkan laluan motosikal yang tersumbat akibat hujan lebat di Jalan 222 bagi memastikan keselesaan dan kelancaran pengguna motosikal.
PETALING JAYA, 1 Sept: Demi memastikan keselesaan dan kelancaran pengguna motosikal, anggota polis trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya sanggup basah kuyup untuk membersihkan lorong motosikal dekat Lebuhraya Persekutuan yang ditenggalami air disebabkan hujan lebat.
Kira-kira jam 3 petang Khamis, hujan lebat di sekitar Petaling Jaya telah menyebabkan beberapa kawasan dinaiki air.
MStar Online melaporkan, pasukan yang diketuai oleh Koperal Shaiful membuat kawalan lalu lintas di kawasan sekitar membuat sesuatu di luar bidang kerja mereka dengan membersihkan lorong motosikal tersumbat di jalan 222 menghala ke Klang dan laluan menghala ke Kuala Lumpur dekat bangunan Nanyang Siang Pau.
Bantuan itu dibuat bagi melancarkan pergerakan pengguna motosikal yang terkandas di kedua-dua hala sehingga terpaksa menggunakan Lebuhraya Persekutuan.
Selepas kerja-kerja pembersihan sampah yang mengakibatkan laluan tersumbat berjaya dilakukan, kedua-dua lorong itu kembali lancar.
Sementara itu, pasukan polis trafik turut mengawal lalu lintas di Jalan Lapangan Terbang Subang Lama dengan sebahagiannya ditenggelami air selepas hujan lebat pada petang Khamis.
Anggota polis trafik mengawal lalu lintas di Jalan Lapangan Terbang Subang Lama dengan sebahagiannya ditenggelami air selepas hujan lebat.
Sumber : mStar Online
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Sun Sep 4, 2016 7:37 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Manfaat Donor Darah Rutin Untuk Kesehatan Tubuh
bloglist-malaysia.
beritafresh.
Manfaat Donor Darah Rutin Untuk Kesehatan Tubuh – Tidak hanya bermanfaat bagi si penerima donor. Bagi pendonor pun, ketika melakukan nya dengan rutin ternyata manfaat positif untuk kesehatan tubuh sangatlah banyak. Hal ini sudah terbukti dalam dunia kesehatan dan sekaligus telah teruji. Dengan donor darah secara rutin, selain membantu ketersediaan stok darah dan membantu orang lain. Kualitas hidup anda pun akan mengalami peningkatan dari sebelumnya.
Selain berdonor untuk ketersediaan stock darah, donor darah juga bisa dilakukan ketika dalam keadaan darurat dimana sudah tidak ada lagi ketersediaan stock darah di PMI. Jadi dengan tindakan yang mulia ini selain mendapat pahala dalam menolong orang lain, anda pun bisa mendapatkan manfaat yang kesehatan tubuh. Berikut ini manfaat donor darah rutin untuk kesehatan tubuh yang perlu untuk anda ketahui.
Manfaat Donor Darah Rutin Untuk Kesehatan Tubuh
1. Jantung yang sehat
Anda yang telah rutin berdonor darah, haruslah merasa senang karena orang yang rutin mendonorkan darahnya memiliki resiko terkena penyakit yang lebih rendah. American Journal of Epidiemology telah membuktikannya dengan penelitian terhadap para pendonor darah. Hasilnya 87% para pendonor darah rutin memiliki resiko terkena penyakit jantung lebih kecil. Hal ini dikarenakan ketika darah anda diambil, terdapat regenerasi darah yang sangat membantu kinerja pompa jantung anda.
2. Menurunkan level iron
Ketika anda sedang berdonor darah, maka akan percepatan oksidasi kolesterol dalam tubuh yang notabene bisa merusak arteri dalam jantung anda. Kadar iron pun akan turun ketika anda sedang berdonor darah. Kadar iron yang terlalu banyak menyebabkan resiko penyakit kardiovaskular. Jadi dengan berdonor darah secara rutin anda bisa dengan alami menurunkan kadar iron yang ada dalam tubuh anda.
3. Menurunkan resiko kanker
Kanker merupakan sebuah momok yang menakutkan bagi manusia. Berdonor darah bisa menurunkan resiko kanker seperti kanker hati, kanker usus besar, kangker lambung sampai kanker tenggorokan. Dengan berdonor darah regenerasi sel-sel pun akan terus berjalan, sehingga sel-sel yang sudah mati akan terlepas dari tubuh anda.Dan proses pembentukan sel darah baru pun akan dengan cepat terbentuk.
4. Mendapatkan pemeriksaan kesehatan gratis
Jika hendak mendonorkan darah, sebelumnya pasti diadakan pemeriksaann kesehatan. Apakah masuk kriteria yang memang bisa sebagai pendonor ataukah tidak. Jadi kalau anda bisa mendonorkan darah anda, itu berarti anda sedang dalam kondisi fit dan sehat. Kalaupun tidak maka anda pun akan mengetahui bagaimana kondisi fisik anda dan bisa mengambil tindakan selanjutnya karena kondisi fiik anda yang tidak fit. Tes kesehatan sebelum donor memang harus dilakukan agar bisa mengetahui kelayakan pendonor apakah mampu atau tidak ketika mendonorkan darahnya.
5. Membantu tubuh ketika kekurangan darah
Tubuh akan lebih sehat bila anda terbiasa rutin mendonorkan darah anda karena tubuh sudah terbiasa menormalkan kekosongan darah. Dan ini sangat bermanfaat jika sewaktu waktu anda tiba-tiba terkena kekurangan darah seperti misalnya kecelakaan, pendarahan dll. Sehingga proses pernormalan darah pun akan cepat terjadi.
Itulah beberapa manfaat yang bisa didapat ketika anda rutin mendonorkan darah anda. Idealnya dalam donor darah dilakukan sekitar 3 bulan sekali. Jadi selamat berdonor dan semoga bermanfaat.
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Sun Sep 4, 2016 7:38 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Pindaan RUU355: Kerajaan, NGO perlu beri kefahaman
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
tranungkite.
SHAH ALAM – Pas berkemungkinan akan berdepan kesukaran sekiranya ingin memberi kefahaman mengenai pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) kepada masyarakat bukan Islam.
Pengerusi Pertubuhan Multaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia (Murshid), Dr Zaharuddin Abdul Rahman berkata, oleh sebab demikian, Pas perlu mendapat kerjasama daripada kerajaan dan NGO pelbagai kaum untuk membantu menerangkan mengenai pindaan tersebut kepada masyarakat bukan Islam melalui media arus perdana di negara ini.
"Saya rasa peranan daripada Pas untuk memberi kefahaman ini mungkin susah sikit kerana ada skeptism dari masyarakat bukan Islam yang menyebabkan ia sukar diterima.
"Apa yang perlu adalah kerajaan sendiri memberi kefahaman dengan menggunakan media arus perdana seperti televisyen atau surat khabar dengan dibantu oleh tokoh-tokoh masyarakat pelbagai kaum tidak terlalu berlatarbelakangkan politik," katanya ketika dihubungi Sinar Online hari ini.
Menurut Zaharuddin, sebahagian daripada pemikir bukan Islam membantah pindaan tersebut berkemungkinan kerana mereka merasakan langkah berkenaan merupakan kunci awal bagi pelaksanaan pindaan lebih besar selepas ini yang akhirnya dapat melibatkan kepentingan mereka.
Bagi mengatasi perkara ini, Zaharuddin mencadangkan agar penjelasan mengenai pindaan akta tersebut turut disampaikan melalui badan bukan kerajaan (NGO) Cina Muslim, India Muslim dan serta komuniti setempat bagi memberikan kefahaman kepada pihak terlibat.
"Juga sangat baik jika dapat mendekati ketua-ketua bangsa dengan ziarah mesra.
"Sekiranya Pas memberikan penerangan ini atas nama parti, masyarakat bukan Islam mungkin hanya nampak ia hanyalah satu langkah politik yang diambil demi kepentingan parti dan ini mungkin berterusan menjadi 'mental block'," katanya.
Dalam pada itu, Zaharuddin memaklumkan bahawa pindaan akta berkenaan hanya melibatkan orang Islam dengan penambahbaikan institusi serta bentuk hukuman dan peranan Mahkamah Syariah sedia ada.
Selain itu, Zaharuddin memaklumkan bahawa ia jua terhad kepada beberapa jenis kesalahan sahaja dalam enakmen jenayah negeri seperti zina, khalwat, judi, arak dan sepertinya yang hanya melibatkan orang Islam sahaja serta tidak melibatkan hukum jenayah di luar bidang kuasa mahkamah syariah atau senarai persekutuan seperti mencuri, rompak, serta bunuh.
"Masyarakat Islam secara umumnya sudah semestinya patut merasa gembira apabila pindaan tersebut dapat dilaksanakan dengan menjadikan hukum sedia ada lebih hampir dengan hukum syariat demi semua masyarakat.
"Sekiranya belum sempurna, ia tetap satu usaha yang dianggap penting dan wajar disokong," katanya
Ahli Parlimen Islam wajib sokong pindaan Akta 355: Mufti Wilayah
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.
BANGI, Khamis – Semua Ahli Parlimen beragama Islam tanpa mengira parti wajib menyokong pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 yang diusulkan Presiden PAS dalam perbahasan Parlimen sesi akan datang.
Mufti Wilayah, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata, tindakan memberi sokongan kepada pindaan akta Mahkamah Syariah berkenaan adalah salah satu cara yang unggul demi memartabatkan keadilan Islam.
Ini kerana katanya, seseorang yang beriman wajib baginya memartabatkan perundangan Islam seupaya mungkin termasuk melalui pemerkasaan Mahkmah Syariah dan taqnin (kodifikasi/
"Dengan RUU pindaan Akta 355, maslahat umat Islam akan terjamin dan dihormati. Ingatlah bahawa sebarang tindakan kita ini adalah sejarah yang pasti dibaca dan diteliti oleh generasi kita akan datang.
"Dengan kedudukan Islam yang begitu tinggi dan terserlah ini, sudah tentu tiada sebab untuk Syariah Islam tidak dapat dilaksanakan atau sekurang-kurangnya diperkasakan dalam konteks perundangan yang sedia ada," katanya menerusi kenyataan Bayan Linnas Siri 67 : Isu Cadangan Pindaan Akta 355 : Satu Pandangan.
Selain itu, Dr Zulkifli juga menggesa Ahli Parlimen bukan Islam untuk menyokong dengan harapan bahawa pindaan akta ini membawa aspirasi para pengundi Islam yang mahukan pemerkasaan Mahkamah Syariah di Malaysia.
Beliau berkata, hakikat yang sentiasa diulang, RUU ini sama sekali tidak terpakai kepada golongan bukan Islam kerana akta itu sendiri menjelaskan bahawa ia hanya melibatkan orang Islam sahaja.
"Akta itu sudah sedia ada wujud dan hanya akan dipinda dan diberi penambahbaikan.
"Justeru, ia bukan satu usaha 'jalan belakang' ke arah pelaksanaan hudud kerana pemerkasaan sistem kehakiman Islam secara menyeluruh yang sangat diperlukan oleh umat Islam dan Malaysia.
"Usaha itu juga menggunakan sistem demokrasi berparlimen yang menjadi tonggak utama negara ini, prinsip itulah yang akan dipegang secara bersama," katanya lagi.
Alangkah baiknya jika semua mufti sependapat
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.
SHAH ALAM – Pas menyatakan penghargaan kepada Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri atas kenyataan sokongan kepada pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah) pindaan 2016.
Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pihaknya yakin semua mufti menyokong RUU 355 memandangkan ia sebahagian usaha meningkatkan martabat Mahkamah Syariah.
"Terima kasih Mufti Wilayah Persekutuan atas sokongan kepada RUU355. Alangkah baiknya kalau semua mufti mengeluarkan gesaan yang sama kepada semua ahli Parlimen," katanya dalam satu kenyataan.
Zulkifli semalam dalam satu kenyataan menegaskan wajib bagi semua ahli parlimen beragama Islam menyokong pindaan tersebut manakala ahli parlimen bukan Islam perlu menyokongnya kerana ia membina kebaikan.
"Isu RUU 355 tidak perlu dipolitikkan, kerana ia bukan isu politik, kerana ia adalah tanggungjawab semua umat Islam.
"Bahkan, isu ini tidak perlu dipolemikkan oleh mana-mana pihak untuk mengelakkan terjejasnya hubungan baik yang sedia ada dan sikap saling hormat-menghormati antara agama yang sudah sedia terjalin," katanya.
Tambahnya, "semoga langkah yang diambil oleh Mufti Wilayah akan menyemarakkan lagi usaha dalam memahamkan masyarakat umum terhadap RUU 355 dan bergerak senada bagi menyokong rang undang-undang tersebut secara harmoni dan berdakwah."
Bacaan kedua bagi RUU Persendirian itu dijangka bakal berlaku pada sesi sidang Dewan Rakyat bulan depan selepas Abdul Hadi berjaya membawanya untuk bacaan pertama, Mei lalu.
Cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) adalah untuk memperkasa mahkamah syariah yang ketika ini dibataskan kuasa hukuman kepada kadar maksimum penjara tiga tahun, denda RM5,000, enam kali sebatan syar'ie.
Pindaan RUU 355 sebahagian daripada perjuangan PAS
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
tranungkite.
Di antara soalan yang dikemukakan dalam Liqa Fikri PAS Pusat, Sabtu baru-baru ini ialah telahan cadangan Pindaan RUU 355 adalah sia-sia. Presiden PAS menjawab dengan agak panjang lebar, bukan sahaja melihat aspek RUU 355 tetapi mengimbau perjalanan dan perjuangan PAS yang panjang dan istiqamah bagi menegakkan Islam sedari awal penubuhannya. Saya sempat mencatat sebahagiannya. Saya olah kembali.
Di awal kemerdekaan, PAS mendesak supaya diletakkan Islam dalam perlembagaan, walaupun kemudiannya Islam itu disebut sebagai agama persekutusn tanpa takrif. Suruhanjaya Reid dalam minit mesyuaratnya meletakkan Islam ialah religion, (sebagaimana yang difahami oleh Barat dan mereka yang menganut faham sekular). Maka, tepulanglah kepada kita untuk mentakrifkan Islam (dan tentunya sebagai umat Islam yang faham Islam, kita akan mentakrifkan Islam itu sebagai addin, cara hidup, way of life yang terangkum di dalamnya seluruh aspek kehidupan). Banyak pindaan telah dibuat dalam perlembagaan (yang menunjukkan perlembagaan itu masih banyak perkara yang belum 'diselesaikan').
Di awal kemerdekaan, pemimpin PAS menyaksikan serangan terhadap PAS. Muncul kata-kata sinis: 'Laksana Islam, kudunglah tangan orang Islam' dan lain-lain. Namun, sebenarnya ia datang dari orang yang jahil dengan hukum Islam. Ketika itu, negeri-negeri yang mempunyai pusat pengajian pondok bertembung dengan mereka yang menolak Islam sebagai ad-din. Ini kerana tuan-tuan guru di pusat pengajian pondok menerangkan Islam yang sebenar yang meliputi segala aspek kehidupan-ibadat, muamalat, munakahat, jinayat, (termasuk batas-batas iman dan kufur yang boleh menyebabkan seseorang Islam gugur dua kalimah syahadahnya jika beriktikad, mengucap atau membuat sesuatu yang bercanggah dengan aqidah dan syariat). Umno mengambil peluang ini untuk menyerang PAS. (Media ketika itu, terutama akhbar utama memainkan isu) seperti kafir mengkafir. (Sedangkan sebenarnya yang berlaku ialah para ulama mengingatkan tentang batas iman dan kufur, dan dalam masa yang sama ada kalangan umat Islam yang sangat mudah menghina agamanya sendiri).
Ketika peristiwa 13 Mei, Umno bingung kerana tidak dapat mengatasi masalah. Ketika ini juga kerusi Parlimen bukan Islam mula banyak, terutama di sebelah pantai barat. Umno minta PAS sertai kerajaan campuran. PAS bersedia menyertai kerajaan campuran dengan 8 syarat. Di antaranya, diizinkan berdakwah di kalangan Jabatan kerajaan, kerajaan harus laksana Islam secara tadarruj (berperingkat)
Pada tahun 1974, dibubarkan kerajaan Perikatan. Selepas itu, berlaku pelbagai seminar yang melibatkan ahli akademik seperti Prof Nik Rashid, Prof Ahmad Ibrahim menganjurkan pelaksanaan hukum Islam berkait dengan jenayah dan undang-undang Islam yang menimbulkan kesedaran di kalangan masyarakat. Dilaporkan, Ketua Polis Negara ketika itu Tan Sri Hanif Omar pernah berkata jika dilaksanakan hukum jenayah Islam, kita akan bekerjasama.
Dalam Umno ada golongan sekular liberal yang tidak setuju melaksanakan hukum Islam. Inilah yang berlaku dalam krisis Kelantan suatu masa dahulu. PAS kemudiannya terus menjadi pembangkang, terus berdakwah , meneruskan agenda pembangunan negeri yang berkait dengan hal tanah, pentadbiran dan lain-lain.
Hasil tahaluf siasi, PAS menang di Kelantan. PM Malaysia ketika itu, Dr Mahathir mencabar Kelantan melaksanakan hukum syarak, kita sokong. Kata-kata ini datang dari orang politik, dari PM, tentu tidak boleh dibuat main-main. PAS tubuh jawatankuasa melibatkan tokoh akademik dan para ulama menggubal undang-undang jenayah. Seminar diadakan dahulu dengan Semangat 46 yang menjadi rakan politik ketika itu, juga dengan parti politik bukan Islam dan NGO bukan Islam. Ini menunjukkan kesungguhan PAS memberikan kefahaman yang sebenar kepada semua pihak, termasuk orang Islam yang jahil dan bukan Islam. Soalan-soalan mengenai undang-undang jenayah Islam dapat dijawab dengan baik. Selepas itu, barulah dilulus di Dun Kelantan. PM Dr Mahathir ugut Kelantan bahawa kerajaan pusat akan bertindak. PAS berfikir dari segi awlawiyyat (keutamaan). Ia 'tertangguh' seketika. Namun pelaksanaan hukum jenayah ini kemudiannya menjadi majlis ilmu yang sentiasa diajar, disentuh dan dibincang. Kelantan juga mengadakan Hari Hudud bagi mengingatkan umat Islam tentang kewajipan melaksanakan hukum syarak.
Pada tahun 1999, PAS menang di Terengganu. PAS gubal undang-undang jenayah Islam. Kes ini pernah dibawa ke mahkamah, menyebabkan kes ini tergantung. Kemudiannya, usul persendirian di Parlimen dikemukakan. Akta Parlimen 76A melibatkan semua hukum jenayah. Pindaannya memerlukan 2/3 majoriti ahli Parlimen. PAS minta pandangan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas. Oleh kerana ia usul persendirian, tidak mudah untuk dikemukakan dan diluluskan.
Kelantan mengadakan seminar dan lain-lain, memberi kesedaran dan membuat desakan, termasuk dari pengamal undang-undang supaya melaksanakan hukum syarak. Pihak kerajaan negeri Kelantan atau PAS secara umum boleh bincang dengan kerajaan pusat mengenai pelbagai perkara lain seperti hal air, elektrik, lebuh raya, kenapa PAS tidak boleh berunding dengan kerajaan pusat tentang syariah?
Justeru, jawatankuasa perbincangan melibatkan pentadbir-pentadbir kerajaan, berbincang tentang usul berkait dengan hukum syarak atau bidangkuasa mahkamah syariah dan Akta berkaitan. Ahli Parlimen Islam tanpa mengira parti, semuanya tidak cukup 2/3. Ini adalah kesilapan pihak Umno dan kerajaan sehingga menjadikan undi orang Islam merosot. Dengan kedudukan sekarang di Parlimen, undi ahli Parlimen dalam kalangan orang Islam boleh dapat 'simple majority', dan ini melibatkan pindaan RUU 355. Entahlah, kalau ada di kalangan ahli Parlimen Islam, samada dari Umno atau 'pencuri kerusi' tidak akan menyokong pindaan ini dengan alasan ia bukan hudud, dan hanya hudud yang tidak boleh dipertikai, lalu menjadikan ia sebagai satu justifikasi untuk menjadikan usul ini sia-sia.
Kita juga ada hujah. Kaedah fiqh menyebut; 'Perkara yang tidak dapat dibuat semuanya, jangan ditinggalkan sebahagiannya (atau semuanya)'. Di sini maqasid syariah main peranan. Bukannya menggunakan maqasid syariah untuk menidakkan perjuangan memartabatkan hukum syarak. PAS juga mengambilkira fiqh realiti dengan mengemukakan hukum ini untuk orang Islam berdasarkan pendapat ulama dan sesuai dengan Perlembagaan Malaysia.
Pindaan RUU 355 adalah berkait dengan konsep kehakiman dalam Islam, walaupun melibatkan sebahagian hukum syarak, tetapi bukan hanya hukum. Dari hukuman 3 tahun penjara, RM5,000 dan 6 sebatan boleh diubah kepada hukum syarak. Di sana ada Akta 76A, namun kita boleh buat sebatan dan boleh perkenalkan tatacara saksi dan lain-lain prosedur.
Hukuman Islam ta'dib, bukan ta'zib. Undang-undang sekarang sebenarnya tiada roh. Ia akan menjadi pendidikan kepada masyarakat. Tersebarnya mungkar, maksiat bererti gagalnya undang-undang manusia. Keindahan hukum Islam akan dapat dilihat apabila dilaksanakan.
Dalam sejarah Islam, ramai hamba yang dimerdekakan. Hukum beberapa jenis kaffarah melibatkan memerdekakan hamba. Kerajaan Mamalik, Saljuk, Moghul dan lain-lain adalah bekas hamba. Ramai juga ahli hadis dari kalangan hamba yang dimerdekan yang disebut 'mawla'. Amerika Syarikat sendiri lambat menangani dan menyelesaikan isu hamba walaupun ia dianggap negara hebat.
Berbalik kepada isu PAS keluar dari Pakatan, ia bukan semata-mata isu hudud, tapi prinsip parti, termasuk hal-hal politik. DAP sangat biadab terhadap urusan orang Islam dengan mencampuri perkara yang tidak ada kaitan pun dengan mereka. Umno adalah parti sekular. Islam ajar kita pendekatan dakwah, berdamai dengan orang yang mengajak berdamai, berlawan dengan orang yang mengajak kita berlawan. Sama ada ikhlas atau tidak, itu adalah urusan Allah.
Dalam sejarah Islam, pendekatan berdamai melonjakkan sokongan. Contoh Perjanjian Hudaibiah. Nabi punya pandangan jauh, pandangan politik. Apabila Quraisy tandatangan Perjanjian, bererti mereka mengiktiraf negara Islam yang didirikan oleh Nabi di Madinah. Butiran perjanjan pula, apabila dilihat secara zahir seolah-olah merugikan Islam tetapi sebenarnya ia menguntungkan Islam untuk jangka masa panjang. Walaupun tahun itu para Sahabat tidak boleh mengerjakan umrah, ini wajib muassa' (luas), boleh kerjakan umrah kemudian. Nabi letak politik negara, awlawiyyat (keutamaan) bebaskan negara dari buat umrah.
Usul Persendirian berkait dengan Pindaan Akta RUU355 adalah sebahagian dari perjuangan PAS yang panjang bagi memartabatkan agama Islam sebagaimana yang dikehendaki Allah. Kalau ia berjaya, sebahagian dari perjuangan itu Berjaya. Kalau tidak berjaya, niat dan kesungguhan telah dibuktikan dan mereka yang menggagalkan usaha baik ini tetap akan ditanya tentang niatnya. - HARAKAHDAILY 30/8/2016
NIK MUHAMMAD NASRI NIK MALEK
......
Penulis adalah Timbalan 1, Jabatan Perhubungan Awam, IT Dan Media Baharu, Dewan Ulama PAS Pusat dan Ketua Lajnah Media Baharu Dewan Ulama PAS Terengganu.
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Sun Sep 4, 2016 7:38 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Kanak-Kanak Berusia 3 Tahun Maut Selepas Terkena 'Batu Terbang'
siakapkeli.my
Batu yang muncul tiba hingga mengakibatkan Afiq Qayyum maut
JOHOR BAHRU - Seorang kanak-kanak lelaki berusia 3 tahun maut selepas terkena batu terbang yang muncul secara tiba-tiba pada kenderaan yang dinaiki oleh mangsa dan keluarga ketika melalui Jalan Taman Saujana, Kota Tinggi.
Mangsa, adik Afiq Qayyum, 3, menaiki kereta tersebut bersama dua adik beradik, ayah serta ibunya ketika kejadian.
Menurut bapa mangsa, Mohd Faizal Selamat, 35, anak bongsunya itu dipangku oleh isterinya yang duduk di bahagian penumpang, sementara dua lagi anaknya berada di tempat duduk belakang.
"Saya dari Kota Tinggi selepas bercuti di kampung beberapa hari, namun dalam perjalanan pulang semalam (Jumaat) ke Larkin pada jam 2 petang, secara tiba-tiba entah dari mana tingkap depan saya pecah.
"Ketika itu, saya yang memandu kereta itu baru sahaja pergi melepasi Taman Saujana dan menuju ke arah Kem Tentera Pulada," katanya sebagaimana lapor Sinar Online.
Mohd Faizal menambah, kemudian dia terdengar isterinya menjerit dan terlihat anak bongsunya itu berlumuran darah serta tidak bertindak balas ketika dipanggil
"Orang ramai yang berada di tempat kejadian datang membantu dan menelefon ambulans untuk membawa anak saya ke hospital.
"Afiq Qayyum diletakkan di unit rawatan rapi di Hospital Sultanah Aminah, namun disahkan meninggal dunia pagi tadi walaupun pelbagai usaha dilakukan doktor untuk menyelamatkannya,
Kata beliau lagi, dia tidak pasti dari arah mana batu itu datang dan telah membuat laporan polis.
"Batu itu adalah untuk besar untuk dibaling oleh seseorang individu dan jika isteri saya duduk seorang diri pada masa itu mungkin saya akan kehilangannya.
"Cuma mungkin ada lori besar yang membawa batu besar melalui kawasan itu dan diharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan dan diharap kejadian sama tidak berulang kepada orang lain," katanya. - Siakapkeli.my
Adik Afiq Qayyum maut
Sumber : Sinar Online
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Sun Sep 4, 2016 7:38 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
ALAHAI! SIAPAKAH PEGAWAI DI TV3 DAN RTM YANG SENGAL SANGAT NI?
bloglist-malaysia.
yongsukakuning.
Posted by Yong Intan Noor
MSTAR
Mula-mula Yong nak buat posting mengenai si Rahman Dahlan yang suruh orang bandar balik kampung tanam jagung dan cili (metavideo) tu. Tetapi bila baca posting sahabat blogger ni, Yong tak tahan - mesti kongsi juga (cut and paste).
Jangan marah Yong...
Pengacara RTM, TV3 pakai baju bendera Thailand di Hari Kebangsaan 31 Ogos 2016
PADA 31 Ogos 2016 kelmarin tempoh hari media arus perdana negara RTM dan TV3 menjalankan rutin tahunan mereka menyajikan pelbagai siaran langsung berkaitan Hari Kebangsaan.
Namun siaran langsung kedua-dua media arus perdana itu dilihat tidak peka dengan semangat patriotisma yang sepatutnya ditunjukkan pada hari itu apabila pengacara kedua-dua media itu mempamerkan bendera Negara Thailand pada pakaian mereka.
Aku mula-mula sangkakan mereka sedang buat laporan khas tentang negara Thailand dan sebab itu mereka pakai baju bendera Thailand. Bila aku perhatikan betul-betul ternyata jangkaan aku silap.
Pengacara TV3 dalam rancangan siaran langsung Malaysia Hari ini, melaungkan laungan Merdeka dengan memakai baju bendera Thailand.
Pengacara TV1 RTM turut sama mengenakan seragam baju mirip bendera Thailand dalam siaran langsung laporan berita media arus perdana itu.
Rasanya tidak salah untuk memakai baju bendera negara apa pun dalam siaran langsung mahu pun tidak langsung. Namun mengenakan pakaian mempamerkan bendera negara lain di hari Kebangsaan adalah sangat-sangat tidak sensitif.
Selain itu tindakan ini mungkin boleh mengelirukan pelancong yang menonton televisyen, kerana mereka mungkin menyamakan atau menganggap bendera Thailand sebagai bendera Malaysia.
Sumber: MiLoSuaM
************
Takkan tak tau beza antara bendera Malaysia dengan bendera Thailand? Mana budak baju merah? Mana Jamal Yunos? Mana Ali Tinju? Mana Perkasa?
Gred apa yang nak kita beri kepada penerbit dan staff TV3 yang terlibat dengan penayangan program itu ya?
Suka sangat mengaibkan orang. Ambik kau. Itu cuma peringatan kecil dari Allah SWT.
Di harap mereka muhasabah diri.
Ini small matter kah?
Ya, tentu small matter berbanding dengan kenyataan Rahman Dahlan mengenai siapa MO1 yang mengaibkan seluruh rakyat Malaysia.
Imej di bawah ini hanya hiasan
FMT
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Sun Sep 4, 2016 7:39 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
PEMANDU LORI ROTI SWEETIE BNM 9967 ANDA SEDANG DICARI KERANA BERKELAKUAN TERLAMPAU DIJALANRAYA
bloglist-malaysia.
naimnikmat.blogspot
Dicatat oleh Na'im Nikmat
Berkelakuan terlampau baik :-)
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Sun Sep 4, 2016 7:40 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Note 7 meletup, jualan digantung
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.
Seoul: Samsung hari ini, menggantung jualan model terbaru telefon pintarnya, Galaxy Note 7, berikutan bateri telefon berkenaan meletup.
Presiden Mobile Buissness Samsung Electronics, Koh Dong-Jin, berkata pihaknya telefon bimbit terkemuka dunia itu menyatakan ia menawarkan telefon baru model berkenaan kepada mereka yang sudah membeli Note 7 sejak ia dilancarkan pada 19 Ogos lalu.
"Kami sudah menerima beberapa laporan bateri Galaxy Note 7 meletup. Kejadian itu juga sudah disahkan berpunca akibat masalah bateri," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Menurutnya, sejak dilancarkan, lebih sejuta unit Note 7 sudah dijual di seluruh dunia dan Samsung mengesahkan menerima 24 laporan kejadian bateri telefon berkenaan bermasalah.
Sejak bulan lalu, pengguna menyiarkan gambar dan video di media sosial menunjukkan Note 7 yang hangus dengan skrin sentuh 5.7 inci ada kesan terbakar dan cair.
Masalah bateri itu menyebabkan Samsung terpaksa menangguhkan penghantaran Note 7 ke Eropah, termasuk Perancis serta menjejaskan jualan dalam negara.
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Sun Sep 4, 2016 7:40 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Sayalah yang naikkan bendera Tanah Melayu 31 Ogos 1957
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.
Sebahagian daripada tugas hakiki Mohd Sarif Kalam memerlukan beliau menaikkan bendera Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) tatkala adanya majlis rasmi.
Bersama rakan setugas lain, beliau akan sentiasa memastikan tidak berlakunya sebarang 'kecacatan' yang akan merosakkan upacara yang sedang berlangsung.
Namun, pada tanggal 31 Ogos 1957 apabila Persekutuan Tanah Melayu diisytiharkan mencapai kemerdekaan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, pesara tentera laut berusia 79 tahun itu merasa sedikit kelainan.
Keseluruhan tubuhnya gemuruh malah hampir menangis kerana terlalu sayu menyedari dirinya berada di tengah lautan manusia untuk melaksanakan satu-satunya tanggungjawab yang baginya tidak akan berulang, katanya dalam temu bual di kediamannya di sini baru-baru ini.
Katanya, tugas itu lebih berat berbanding hari biasa kerana perlu menaikkan bendera Persekutuan Tanah Melayu (yang kini dikenali sebagai Malaysia dan bendera dikenali sebagai Jalur Gemilang) secara rasmi buat pertama kali untuk dipersembahkan kepada orang ramai.
Sebelum itu, Mohd Sarif hanya melihat proses-proses pembuatan bendera itu dari jauh sewaktu menjalani latihan menaikkan bendera berkenaan di Depoh Latihan Polis (kini Pusat Latihan Polis) di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.
"Pakcik berkampung empat hari tiga malam di Depoh itu untuk memastikan latihan menaikkan bendera Malaysia berjalan lancar dan pada kesempatan itu, pakcik melihat bagaimana ia (bendera) dibuat.
"Memang rasa bangga kerana menjadi antara orang yang pertama melihatnya, namun pakcik rasa pelik kerana perasaan (bangga) itu belum cukup menyengat.
"Sampailah bila tiba detik bersejarah, perasaan semangat itu lain, tambahan lagi bila kedudukan kita berada di tengah padang, dikelilingi orang-orang kenamaan termasuk Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
"Ia menjadikan detik itu lebih bermakna kerana semua orang tertumpu kepada arah bendera Malaysia," kata Mohd Sarif.
Katanya, beliau bertuah kerana diberi kepercayaan yang tinggi oleh ketua unitnya untuk melaksanakan tanggungjawab itu, walaupun pada hakikatnya beliau hanyalah seorang laskar biasa di bahagian komunikasi TLDM ketika itu.
"Pakcik dipilih melakukan tugas itu ketika baru berusia 20 tahun dan sudah dua tahun bekerja.
"Mujur, pakcik dibantu dua lagi individu bersama pakcik ketika itu iaitu pegawai bentara kanan (Awang Mohd Salleh) dan laskar kanan TLDM (Oliver Culvelt Samuel) dan kami melakukannya dengan sempurna sekali sambil diiringi nyanyian lagu Negaraku," kata beliau yang berasal dari Batu Pahat itu.
Mohd Sarif berkata setelah beliau menamatkan perkhidmatan dengan TLDM pada 16 April 1987, beliau kerap menceritakan kembali detik-detik berkenaan dengan masyarakat sekeliling termasuk anaknya serta saudara-mara.
Menurutnya, perkongsian beliau itu sebagai mengingatkan golongan muda agar lebih menghargai dan memahami sebaiknya erti kemerdekaan setelah pejuang negara bertungkus-lumus menghadapi pelbagai konflik ketika menghadapi penjajahan asing dan konfrontasi bermula era 1940-an hingga 1960-an.
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Sun Sep 4, 2016 8:20 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
"Biarpun Basah Kuyup, Hujan Lebat, Dia Tak Heran", Mat Motor ini Jadi Inspirasi Selepas Fotonya Bantu Mangsa Kemalangan Jadi Viral
siakapkeli.my
Apa yang akan anda lakukan sekiranya ternampak seseorang mengalami masalah atau terlibat dalam kemalangan di atas jalan raya?
Biasanya, akan ada dua jenis manusia apabila berlaku kemalangan di atas jalan raya iaitu jenis pemerhati (yang akan berhenti / memperlahankan kenderaan untuk mengambil gambar / mengambil 'iktibar
Seorang mat motor baru-baru ini menjadi inspirasi dan diangkat sebagai hero di media sosial Twitter apabila fotonya menolong mangsa kemalangan di sebuah lebuh raya menghala ke KLIA menjadi viral.
Menurut kisah yang diceritakan oleh mangsa, kejadian berlaku apabila kereta yang dinaikinya termasuk ke dalam satu lubang besar dan mat moto itu tiba-tiba muncul untuk membantu biarpun keadaan ketika itu hujan lebat.
Ikuti perkongsian penuh kisah terbabit.
Mamat ni lah yang tolong kami pagi tadi. Hampir excident langgar divider. Keta masuk lubang besar. Hujan lebat kan. Ayah tak bape nampak, aku pun memang tak nampak ape.
Tetiba lalu lah mamat ni, die otw nak pergi kerja, sanggup berhenti buka helmet, basah kuyup. Gadaikan masa. Hujan lebat pun dia tak heran.
Dia ajar ayah cara nak keluarkan keta dari lubang besar tu. Siapa yang jalan highway nak menghala ke KLIA dari sepang tu, hati2.
Alhamdulillah Allah selamatkan kami dalam hujan lebat. Kalau ayah tak termasuk dalam lubang besar tu, dah tentu kami dah langgar divider tu. Hujan terlalu lebat.
Moral of story, mamat motor ni terbaik. Sanggup basah kuyup hujan, yang naik keta? hanya mampu hon-hon kami. Takpe, kami fikir positif. Janganlah pandang semua mat motor ni mat rempit yang tahu weng-weng je.
Terima kasih bro. Semoga Allah lindungi selalu.
Kisah tersebut mendapat lebih dari 5,000 retweet dalam masa kurang dari sehari ia dimuat naik dan mendapat pelbagai reaksi positif dari pengguna Twiter. - Siakapkeli.my
Sumber : Faez Mansur
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Sun Sep 4, 2016 8:20 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Tindakan Jamal Bukti UMNO Amal Politik Wang Kata Rais Yatim.
bloglist-malaysia.
sozcyili.blogspot
Pembatalan janji Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md. Yunos untuk membawa setiap ketua cawangannya bercuti dan ditukarkan dengan wang tunai berjumlah RM1,000 mengesahkan parti itu mengamalkan politik wang.
Penasihat Kerajaan Dalam Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan, Tan Sri Dr. Rais Yatim berkata, tindakan itu sekali gus memalukan UMNO yang dilabel negatif sebahagian besar rakyat sekarang. "Apa yang dilakukan Jamal seperti terma dalam politik wang, korupsi salah guna kuasa, membazir dan membeli pengaruh. "Apabila Jamal membuat pengumuman itu, dengan sendirinya dia membuat kepastian tentang apa yang diserlahkan masyarakat terhadap UMNO.
"Ini merunsingkan saya jika tauladan ini dikemukakan kepada khalayak. UMNO akan sentiasa berada dalam kancah negatif khasnya mereka yang berada dalam barisan pimpinan Barisan Nasional (BN) pada ketika ini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Rais mengulas pengumuman Jamal yang akan mengagihkan wang RM1,000 kepada setiap ketua cawangan dan termasuk 646 perwakilan UMNO.
Bagaimanapun Jamal di dalam sebuah portal dilaporkan berkata, pemberian wang itu adalah hasil sumbangan pihak tertentu dan tabungan yang dibuat mereka sebelum ini. Jelasnya, sumbangan tersebut diperolehi bagi tujuan lawatan sambil belajar ke Dubai yang sepatutnya dijadualkan pada awal tahun ini.
Dalam pada itu Rais yang juga veteran UMNO mempersoalkan isu yang timbul pada masa pimpinan parti sedang berhadapan dengan tohmahan dan keadaan yang tidak menyenangkan. "Tidak pernah seorang pemimpin UMNO di peringkat ketua bahagian yang membuat pengakuan seumpama itu ketika ini.
"Saya kena nasihatkan. Adakah selama ini anda guna duit untuk membuat lawatan, berfoya-foya kepentingan remeh dan sebagainya. "Orang boleh membuat perbandingan. Mengapa tidak diguna duit itu kepada anak-anak yatim atau kegunaan kelas tambahan kepada masyarakat," ujarnya.
Katanya lagi, Majlis Tertinggi (MT) UMNO juga seharusnya mengambil teguran itu dan meminta mana-mana pemimpin parti menghentikan perbuatan seperti Jamal. "Selama ini saya di dalam UMNO, tidak pernah ada seorang pemimpin yang mengaku mengagih duit secara menyeluruh. Jadi MT perlu berbuat sesuatu," jelasnya lapor AstroAwani
Berani betul Jamal Yunos sindir Najib hahahahaha..
bloglist-malaysia.
penburukonline.
Persoalan mengenai bagaimana Jamal Md Yunus, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar dan Ketua Himpunan Baju Merah memperolehi wang untuk diberikan RM1000 kepada setiap seorang kepada 155 ketua cawangan, terjawab akhirnya.
Jamal menjelaskan, wang tersebut diperolehinya hasil sumbangan pihak tertentu serta tabungan yang dilakukan pihaknya.
Aikkk....Jamal sindir siapa pulak ni? Tok Arab mana pulak bagi kat dia .. hahahahha
Sebelum ini, Jamal pernah berjanji untuk membawa ketua-ketua UMNO cawangan dalam bahagian Sungai Besar untuk melancong dan berjalan-jalan ke Dubai. Bagaimanapun, oleh kerana hanya 80 daripada 155 ketua cawangan terbabit yang sedia untuk ke Dubai, beliau mengambil keputusan membatalkan program tersebut.
Sebagai gantinya, beliau mahu memberikan ketua-ketua cawangan terbabit wang tunai RM1000 setiap seorang yang bermakna jumlah wang tunai yang perlu dikeluarkannya ialah sebanyak RM155,000.
Ramai yang mempersoalkan bagaimana dan daripada mana Jamal memperolehi wang tersebut atau berdepan kemungkinan disiasat oleh SPRM jika gagal memberi penjelasan. Lantaran itu beliau diminta untuk memberi penjelasan mengenai wang tersebut.
Beliau akhirnya memberitahu wang tersebut diperolehi daripada derma atau sumbangan pihak-pihak tertentu, selain melalui tabungan.
Mengapa Jamal juga mengaitkan wang yang diperolehinya bersumberkan daripada derma?
Tidakkah Jamal seolah-olah menyindir Najib Razak apabila turut mengatakan wang yang diperolehinya juga adalah derma?
Beraninya Jamal main sindir-sindir terhadap Najib sekarang ini?
Adakah Jamal tidak takut menyindir Najib kerana sudah ada pemimpin lain yang mula berani menjanjikannya kerusi untuk ditandingi dalam pilihanraya umum akan datang?
Ohhh.....
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Sun Sep 4, 2016 8:20 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Akhirnya.. Tembelang Polis Terbongkar Dalam Perbicaraan Ini
bloglist-malaysia.
addindeen.com
Posted by Addin Deen
Akhirnya.. Tembelang Polis Terbongkar Dalam Perbicaraan Ini. Enam tahun lalu Muhamad Hanafi Omar, ketika itu 22 tahun, bersama Mohd Shamil Hafiz Shapiei, 15, dan Hairul Nizam Tuah, 20, ditembak mati di Glenmarie in Shah Alam.
Mereka dituduh merompak beberapa stesen petrol.
Polis yang menembak mendakwa suspek bersenjatakan parang dan pihak berkuasa terpaksa melepaskan tembakan untuk mempertahankan diri.
Akhirnya.. Tembelang Polis Terbongkar Dalam Perbicaraan Ini. Hari ini, Mahkamah Rayuan sebulat suara memutuskan bahawa polis dan kerajaan bertanggungjawab terhadap kematian ketiga-tiga allahyargam.
Keputusan itu dibuat selepas kedua-dua pihak gagal menyelesaikan kes itu secara damai.
Mahkamah Rayuan di Putrajaya pada 4 Ogos lalu menasihatkan keluarga tiga remaja itu, polis dan kerajaan supaya mengkaji kemungkinan menyelesaikan kes itu secara damai.
Akhirnya.. Tembelang Polis Terbongkar Dalam Perbicaraan Ini
Keluarga memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 11 Ogos tahun lalu yang menolak saman sivil mereka.
Akhirnya.. Tembelang Polis Terbongkar Dalam Perbicaraan Ini. Peguam N Surendran yang mewakili keluarga ketiga-tiga remaja itu berhujah bahawa laporan bedah siasat bercanggah dengan kenyataan polis bahawa suspek menyerbu ke arah polis dengan bersenjatakan parang.
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Sun Sep 4, 2016 8:21 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Kementerian Pendidikan sokong sekolah cari dana sendiri selenggara bangunan
bloglist-malaysia.blogspot
milosuam.blogspot
.
BERIKUTAN artikel sebelum ini, kisah rungutan seorang ibu di facebook apabila pihak sekolah memohon derma kertas A4 sila klik — Sekolah derma kertas A4, salah seorang sahabat berkongsi tentang satu keratan akhbar yang berkaitan dengan isu tersebut.
Laporan Berita Harian bertarikh 1 Ogos 2016 bertajuk — Syor sekolah cari dana sendiri disokong.
Dalam laporan berita tersebut, Kementerian Pendidikan menyokong cadangan Noh Omar agar PIBG mewajibkan kutipan derma di semua sekolah di Selangor untuk penyelenggaraan bangunan memandangkan dana kerajaan persekutuan tidak mencukupi.
Rujuk keratan akhbar di bawah.
Nampaknya semakin tenat keadaan ekonomi negara, sampaikan selenggara sekolah milik penuh kerajaan pun dah ada cadangan untuk minta derma.
Cukai GST yang dikutip setiap hari dengan hasil berbilion ringgit pun masih tak cukup?
Dahulu tiada cukai GST tak pernah kita terfikir sekolah milik penuh kerajaan akan minta derma untuk selenggara bangunan apa lagi minta derma kertas A4.
Hari ini selepas cukai GST membebankan rakyat, pelbagai subsidi dimansuhkan, kenaikkan harga barang yang melampau-lampau, lebih banyak lagi beban nampaknya nak diletak di bahu rakyat.
Jelas sekali ada yang tak kena dengan pentadbiran negara ini.
"Tak lama lagi PIBG kena minta derma bayar gaji guru?"
Read more: http://milosuam.blogspot.com/2016/09/kementerian-pendidikan-sokong-sekolah.html#ixzz4J170Zc00
Comments
azman ·
kalau macam nii.....tak payahlah ada menteri pendidikan..
Anti Macai ·
Beli kereta boleh takkan bayar derma selenggara sekolah tak boleh? - Macai
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Sun Sep 4, 2016 8:22 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
"Mana Janji-Janji Hari Tu?" - Balu Kepada Tentera Yang Dihanyutkan Banjir di Amerika Syarikat Luah Perasaan Terkilan di Facebook
siakapkeli.my
Hazwani dan Anak-Anaknya : Foto FB
Kuala Lumpur, 1 September - Balu kepada Kapten Husman Hussin; seorang tentera darat yang meninggal dunia akibat dihanyut banjir dalam kejadian di Missouri, Amerika Syarikat; hari ini meluahkan perasaan terkilannya dengan berkata nasibnya dan anak-anak tidak terbela selepas pemergian arwah.
Hazwani Ahmad , meluahkan perasaan terkilannya itu di Facebook dan sejak ia mula dimuat naik, posting itu mendapat lebih dari 1,300 perkongsian dalam masa lima jam.
Menurut Hazwani, arwah Kapten Husman pergi ke Missouri ketika dia masih lagi dalam pantang 20 hari selepas bersalin dan dilaporkan hilang pada 26 Disember 2015.
Pada 29 Disember 2015, Markas Tentera Darat mengesahkan mayat Allahyarham dijumpai.
Jenazah Kapten Husman telah dibawa pulang ke Malaysia pada 6 Januari lalu dan selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Durian Daun, Masjid Tanah.
Hazwani mendakwa dia hanya menerima elaun bulanan tidak sampai RM1,000 untuk menanggung anak-anak dan biarpun sudah 9 bulan insiden tersebut berlaku, pencen tanggungan anak-anak masih belum boleh dibayar.
Ikuti luahan hati Hazwani :
Aku nak Viralkan sesuatu..
Tak kira ape chanel.. aku redah.. Pro n Con..
"Kalau kena bayar pon kat Storyteller, copywriting.
Korang, ikut Logiklah kan.. Suami aku pergi Amerika buat apa kat sana?
Bersuka ria? Tinggalkan aku dalam pantang 20 hari lepas bersalin ni.. ?
Baik dia jaga aku baik2..
Okey ..
Skg dah 9 bulan dah kan.. report masih tak setle2 lagi.. Pencen Tanggungan anak2 tak boleh bayar sebb alasan.. Suami aku Meninggal dalam waktu holiday kat sana 26hb 12 2015 dia hilang...
Tapi kalau suami aku tak kesana.. atas tarikh keseluruhan kursus tu.. pasti TAKKAN jadikan.. surat tawaran tu.. penuh tulis tarikh kursus..
Pikir logiclah syg...
Cukup ke.. dengan elaun tak sampai 1k.. kasi kat anak..untuk bela anak2 aku ni..
Susu sikembar?
Belanja mentah?
Utiliti?
Mana janji2 Menteri2 hari tu..
Apa ni apa? Please jgn aniaya anak2 comel arwah
Majlis penghormatan jenazah Allahyarham Kapten Hussin
- Siakapkeli.my
Sumber : FB Hazwani
Mana Janji Menteri Hari Itu, Soal Balu Kapten Hasman - Ini Bukti Penipuan Menteri.
bloglist-malaysia.
sozcyili.blogspot
Menteri Malaysia memang hmmm..
Ini kes nak tunjuk hero depan media. Maka beria-ria bercakap besar depan wartawan kononnya akan bagi bantuan itu bantuan ini pada suatu masa tetapi selepas hampir 9 bulan berlalu, rupa2nya apa pun takde.
Pada tahun lepas, Kapten Hasman Hussin seorang tentera darat telah meninggal dunia akibat dihanyut banjir dalam kejadian di Missouri, Amerika Syarikat. Kejadian dilaporkan berlaku pada 26 Disember 2015. Kapten Hasman pergi ke Missouri ketika isterinya masih lagi dalam pantang 20 hari selepas bersalin dan pada 29 Disember 2015, Markas Tentera Darat mengesahkan mayat Allahyarham dijumpai.
Jenazah Kapten Hasman telah dibawa pulang ke Malaysia pada 6 Januari lalu dan selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Durian Daun, Masjid Tanah.
Ketika kejadian, beberapa pihak dan wakil kerajaan telah mengadakan lawatan dan mengeluarkan janji bahawanya nasib balu kepada Kapten Hasman akan dibela dan dibantu sewajarnya.
Berikut merupakan bukti berupa petikan media yang melaporkan tentang kenyataan menteri berkenaan ;
(rujukan)
Namun hakikatnya apa yang Hishammuddin Hussien lakukan ialah hanya sekadar bercakap besar di hadapan media sedangkan realitinya ;
Aku nak Viralkan sesuatu..
Tak kira ape chanel.. aku redah.. Pro n Con..
"Kalau kena bayar pon kat Storyteller, copywriting.
Korang, ikut Logiklah kan.. Suami aku pergi Amerika buat apa kat sana?
Bersuka ria? Tinggalkan aku dalam pantang 20 hari lepas bersalin ni.. ?
Baik dia jaga aku baik2..
Okey ..
Skg dah 9 bulan dah kan.. report masih tak setle2 lagi.. Pencen Tanggungan anak2 tak boleh bayar sebb alasan.. Suami aku Meninggal dalam waktu holiday kat sana 26hb 12 2015 dia hilang...
Tapi kalau suami aku tak kesana.. atas tarikh keseluruhan kursus tu.. pasti TAKKAN jadikan.. surat tawaran tu.. penuh tulis tarikh kursus..
Pikir logiclah syg...
Cukup ke.. dengan elaun tak sampai 1k.. kasi kat anak..untuk bela anak2 aku ni..
Susu sikembar?
Belanja mentah?
Utiliti?
Mana janji2 Menteri2 hari tu..
Apa ni apa? Please jgn aniaya anak2 comel arwah
Hazwani Ahmad II
--------
Yeaa.. itulah hakikatnya.
Menteri sekadar memberikan kata-kata kosong. Nasib keluarga arwah langsung tak terbela sama sekali sedangkan dia ke sana untuk menjalani kursus bukannya pergi bercuti ataupun bersuka ria. Apa boleh buat bila dah berlaku musibah yang meragut nyawa. Takan itupun nak dijadikan alasan bagi melambatkan bantuan?
Janji ialah janji.
Dah janji sila kota.
Jangan nak buat-buat lupa.
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Sun Sep 4, 2016 8:22 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Buku Ibnu Sina rujukan doktor di Eropah
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.
SEBELUM kedatangan ilmu perubatan Islam, tidak ada ilmu perubatan bernilai yang diamalkan di Eropah. Adalah diakui semua ahli sejarah moden bahawa perkembangan ilmu perubatan Barat dipengaruhi oleh perubatan Muslim.
Di Eropah pada abad ke-14 hingga ke-17, ilmu perubatan Islam dikaji dengan bersungguh-sungguh oleh penuntut di Eropah. Hanya seabad lalu iaitu pada abad ke-19, perubatan Muslim dihapuskan daripada kurikulum institusi pelajaran di sekolah dunia Barat.
Pada abad ke-19, Eropah telah mula menyatakan bahawa Copernicus (meninggal dunia pada 1543) adalah tokoh pertama dalam lapangan astronomi dan Paracelsus (meninggal dunia pada 1541) adalah tokoh dalam bidang kedoktoran dan kimia.
Ilmu perubatan Muslim bermula pada zaman pemerintahan Bani Umaiyyah (661-720 Masihi) tetapi kemajuan yang pesat dalam bidang perubatan berlaku pada zaman Abbasiyyah (750-1258 Masihi).
Perkembangan sains dan ilmu perubatan mempunyai perhubungan erat antara satu sama lain kerana Islam mementingkan kesihatan umatnya.
Oleh itu, pada masa itu didapati intelek dinamakan 'hakim' yang menjadi pakar dalam bidang sains dan falsafah serta pada masa yang sama seorang doktor perubatan.
Banyak ilmu perubatan umat Islam ditimba daripada sumber asing khasnya dari Parsi, Kristian atau Yahudi dari Yunani, India dan Mesir. Oleh itu, ilmu perubatan Muslim lahir sebagai gabungan antara teori perubatan Yunani, tradisi Hippocrates dan Galen serta pengalaman bangsa Parsi dan India. Ini kerana doktor Parsi dan India berpengalaman khususnya dalam bidang farmakologi.
Pada zaman Abbasiyyah (750-1258) wujud dua pusat perguruan tinggi yang masyhur bagi perubatan, satu di Jundisyapur di Parsi dan satu lagi di Harran di Syria. Pengajarnya adalah doktor dari Parsi, Syria dan Yunani.
Jundisyapur pada mulanya adalah pusat untuk ilmu perubatan Yunani Hippocrates. Pada zaman Abbasiyyah, ramai doktornya dibawa ke Baghdad, ibu kota kerajaan Abbasiyyah.
Jirjis, seorang doktor Kristian Syria selaku pengarah di Jundisyapur dijemput untuk mengubati khalifah Al-Mansur apabila beliau sakit teruk.
Ibn Maskawaih (meninggal dunia 857) adalah seorang doktor dan ahli farmakologi dari rumah pesakit di Jundisyapur. Beliau adalah pengarang naskhah optalmologi yang pertama dan menjadi ahli optalmologi (berkenaan mata) serta doktor peribadi wazir Harun Al-Rasyid (meninggal dunia 809) di Baghdad.
Penterjemah Hunain Ibn Ishaq yang terkenal pada zaman penterjemahan (750-900 Masihi) adalah penterjemah agung dan pada masa sama ahli perubatan terkemuka.
Pada zaman perkembangan ilmu pengetahuan (900-1100 Masihi), pada mulanya tokoh perubatan Muslim berpandukan kepada tulisan ilmuwan Yunani seperti Hippocrates, Galen, Oribasius, Paul, Alexander, Thales dan Dioscorides, tetapi kemudian melanjutkan penyelidikan mereka dan memberi sumbangan yang asli.
Ibnu Sina, tokoh masyhur pada abad ke-10 Masihi berasal dari Parsi, pada awal bukunya bertajuk Al-Qanun fit Tibb (Peraturan dalam Perubatan), yang mengandungi 14 jilid berkata:
l Perubatan adalah satu cabang ilmu mengenai kesihatan dan sakit pada tubuh manusia.
l Tugas doktor untuk pemulihan atau penjagaan keadaan keseimbangan yang disebut kesihatan. Tugas doktor adalah pemulihan dan penjagaan kesihatan.
l Selaras dengan patologi unsur Hippocrates (Yunani), tokoh perubatan Muslim menganggap tubuh badan mengandungi empat unsur iaitu darah, lendir, hempedu kuning dan hempedu hitam. Dunia alam dibahagikan kepada empat unsur iaitu api (darah), udara (hempedu kuning), air (lendir) dan tanah (hempedu hitam).
Tiap unsur badan mempunyai dua sifat iaitu darah – panas dan lembap; lendir – dingin dan lembap; hempedu kuning – panas dan kering; hempedu hitam – dingin dan kering.
Campuran empat unsur berkenaan menentukan keadaan kesihatan. Jika seimbang, maka sihatlah badan.
l Tiap-tiap individu mempunyai campuran humor berkenaan yang unik seperti uniknya organ individu dan temperamen individu itu. Tidak balas seseorang terhadap stumulan eksternal yang sama adalah tidak sama.
l Tenaga badan yang mempertahan dan memperbaiki keseimbangan dan menentukan kesihatan badannya.
l Ubat membantu pesakit, badan sendirilah yang melakukan proses ke arah kesihatan. Tabii yang memulihkan.
l Keadaan tubuh atau temperamen setiap individu akan menentukan bahan makanan yang bermanfaat baginya.
l Ibnu Sina mencatatkan bahawa sebab penyakit adalah umur, jantina, pekerjaan, tempat kediaman, cuaca dan musim, adat dan kebiasaan, rehat, pergerakan (pembuangan air besar dan kecil), makanan dan minuman, udara dan air, aktiviti fizikal dan mental.
Cara perubatan Ibnu Sina merangkumi bahan makanan, udara, aktiviti fizikal dan mental, rehat dan sebagainya.
Pengaruh Ibnu Sina sebagai seorang ahli falsafah dan doktor perubatan dalam kebudayaan Eropah adalah luas. Buku karangan beliau Al-Qanun fit Tibb dianggap sebagai himpunan perbendaharaan ilmu perubatan.
Ilmu perubatan moden banyak mendapat pelajaran daripada Ibn Sina dari segi penggunaan ubat, diagnosis dan pembedahan.
Pada abad ke-12 Masihi, Gerard Cremona (lahir 1114 Masihi) yang berpindah ke Toledo, Sepanyol menterjemahkan buku Ibnu Sina ke bahasa Latin. Buku itu menjadi rujukan utama di universiti Eropah hingga 1500 Masihi.
Bukunya disalin (cetak) sebanyak 16 kali, 15 edisi bahasa latin dan sebuah edisi bahasa Yahudi (Hebrew). Pada abad 16 Masihi, buku itu dicetak 21 kali.
Penulis Barat menganggap Ibnu Sina sebagai bapa doktor kerana Ibnu Sina berjaya menyatupadukan teori perubatan Yunani Hippocrates dan Galen serta pengalaman daripada ahli perubatan India, Parsi serta pengalaman beliau sendiri.
Dalam masalah tauhid (ketuhanan), Ibnu Sina terpengaruh dengan falsafah Plato dan Aristotle seperti dihuraikan Imam Al-Ghazali dalam bukunya Tahafut Al-Falasifah (Ketidaksinambungan dalam Pemikiran Failasuf).
Sumbangan umat Islam yang ketara dalam ilmu perubatan adalah dari segi pengalaman dan kebolehan untuk mengubat.
Ibnu Sina mengembangkan ilmu psikologi dalam perubatan dan membuat beberapa penemuan dalam ilmu yang dikenali hari ini sebagai ilmu perubatan psikosomatis (psychosomatic medicine).
Beliau memperkembangkan ilmu diagnosis melalui denyutan jantung untuk mengenal pasti dalam masa beberapa detik ketidakseimbangan humor yang berkenaan.
Diagnosis melalui denyut jantung ini masih dipraktikkan oleh hakim (doktor Muslim) di Pakistan, Afghanistan dan Parsi yang menggunakan ilmu perubatan Yunani.
Seorang doktor tabii dari Amerika (1981) melaporkan bahawa 'hakim' di Afghanistan, China, India dan Parsi sangat berkebolehan dalam menentukan penyakit melalui denyutan jantung.
Kaedahnya bukan saja membilang berapa denyut jantung di tempat yang dirasai tetapi mutunya yang pelbagai merangkumi kuat atau denyut yang lemah, masa antara denyutan, kandungannya lembap pada paras kulit dekat denyutan itu.
Daripada ukuran denyutan jantung seseorang, 'hakim' mungkin mengetahui dengan tepat penyakit yang dihidapi di dalam tubuh pesakit.
Ibnu Sina turut menyedari kepentingan emosi dalam pemulihan iaitu apabila pesakit mempunyai sakit jiwa disebabkan pemisahan daripada kekasihnya. Beliau mendapati nama dan alamat kekasihnya itu melalui cara berikut:
Caranya untuk menyebut banyak nama dan mengulanginya dan ketika itu jarinya diletakkan atas denyutan, apabila denyutan itu tidak teratur atau hampir berhenti, seseorang hendaklah mengulangi proses berkenaan. Dengan cara demikian, nama, jalan, rumah dan keluarga disebutkan.
Ibn Sina berkata, jika anda tidak dapat mengubat penyakit melainkan dengan menemukan pesakit dengan kekasihnya, menurut peraturan syariah, buatlah.
Ibnu Sina adalah doktor perubatan pertama yang mencatatkan bahawa penyakit paru-paru (pulmonary tuberculosis) adalah penyakit berjangkit.
Beliau menceritakan dengan tepat tanda-tanda penyakit kencing manis dan masalah yang timbul daripadanya.
Beliau juga sangat berminat dalam bidang mengenai kesan akal atas jasad dan banyak menulis berkenaan gangguan psikologi.
Ibnu Sina menghasilkan 250 karya yang masih kekal hingga hari ini termasuk 116 karya dalam bidang ilmu perubatan. Banyak karyanya ditulis dalam bahasa Arab dan Parsi.
Al-Qanun fit Tibb adalah karyanya yang termasyhur dan diulang cetak di Eropah dan menjadi buku rujukan utama di universiti Eropah hingga abad ke-17.
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com
----------------------------------------
Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
----------------------------------------
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
----------------------------------------
Weblist:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com
----------------------------------------
Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
----------------------------------------
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
----------------------------------------
Weblist:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com
1 comment:
Adakah anda dalam apa-apa jenis masalah kewangan? Adakah anda memerlukan pinjaman untuk
penyatuan hutang, pembinaan, pinjaman hartanah, membiayai semula, peribadi,
maksud perniagaan atau wang kecemasan? Adakah anda seorang lelaki perniagaan atau
wanita yang merancang untuk mengembangkan perniagaan masing-masing, kami menawarkan pinjaman semua jenis pada hanya 2%. jika berminat hubungi kami hari ini melalui fredrickpetersonloan@gmail.com dengan maklumat di bawah.
NAMA PENUH:
NEGARA:
JUMLAH PINJAMAN DIPERLUKAN:
PINJAMAN TEMPOH:
PENDAPATAN BULANAN:
NOMBOR TELEFON:
Terima kasih,
Mr Fredrick
Post a Comment