Tuesday, September 27, 2016

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4594

10 Messages

Digest #4594

Messages

Mon Sep 26, 2016 8:20 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Pengerusi CIMB Sifatkan 1MDB "Agak Merosakkan"

bloglist-malaysia.blogspot
bankami.blogspot

Dalam wawancara dengan majalah Euromoney, pengerusi bank CIMB Datuk Seri Nazir Razak berkongsi pandangannya berkaitan dakwaan skandal 1MDB dan kontroversi yang turut melanda dirinya.

Berdepan soalan berkaitan kesan kontroversi itu terhadap Malaysia dan di peringkat antarabangsa, Nazir berkata keadaan sekarang paling sukar mewakili Malaysia.

Beliau menyifatkannya sebagai "agak merosakkan".
"Pelabur sekarang ada pilihan. Mereka ada banyak pilihan. Dan Malaysia, malah dengan semua perkara sama pun, ada cabarannya, kerana kita ekonomi yang sangat kecil, kita ada kekuatan tetapi kita juga ada kelemahan ini, kita agak kecil.

Katanya, dibandingkannya dengan Indonesia sahaja, yang pasarannya melibatkan 200 juta orang, skala di Malaysia cuma 10 peratus daripada itu.

"Saya sentiasa sebut bahawa Malaysia mesti bekerja lebih kuat, lebih kuat daripada pasaran lebih besar. Dan dalam keadaan seperti ini... apabila pelabur lihat sesuatu macam kemelut 1MDB, dan tidak faham, mereka akan persoal sama ada Malaysia membiarkan amalan tadbir urus yang lemah...," katanya.
Mengulas pendedahan yang mengaitkan beliau dengan isu 1MDB, yang membuatkannya bercuti semasa siasatan dalaman CIMB, Nazir berkata beliau kesal terjebak dalam keadaan itu.

"Kita ada amalan, peraturan dan undang-undang tersendiri, jadi dalam kerangka itu saya tahu saya tidak buat salah," katanya.

"Tetapi apabila berita itu keluar di WSJ, pemerhati luar tertanya-tanya: Apa semua ini? Jadi Itu sebabnya saya perlu bertindak bersihkan nama saya.

"Dan sebabnya kenapa berita ini timbul kerana persoalan berkaitan kesahan dana yang diberikan kepada saya, sebab itu dia jadi berita.

"Tanpa semua itu, tiadalah berita," katanya.

Menjawab soalan, Nazir berkata beliau percaya wang yang dibantu disalurkan bagi pihak abangnya adalah derma kempen.

MK

http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Sep 26, 2016 8:20 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Hati-hati jangan terbeli sambal kerabu daging ular, kata PPIM

Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.net


PETALING JAYA: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa umat Islam di negara ini meneliti dan menyelidik mana-mana makanan terlebih dulu sebelum membeli.

Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata semua pihak harus memainkan peranan masing-masing dan bukannya diletakkan di bahu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) semata-mata.

"Kalau hendak beli barang, kena tengok lebih sikit. Jangan beli dengan hidung, beli dengan mata. Jangan sekadar bau makanan itu sedap, terus beli.

"Makanan yang masuk ke dalam perut adalah perut kita bukannya perut Jakim. Jadi, beringatlah sebelum makanan sesuatu makanan," katanya kepada FMT.

Nadzim berkata demikian bagi mengulas kenyataan dikeluarkan Jakim yang menasihatkan agar pengguna tidak menggunakan sambal ikan nasi kerabu segera dalam paket keluaran negara asing.

Ia kerana, sambal ikan nasi kerabu segera yang dijual dalam paket tersebut dikatakan diperbuat daripada daging ular sawa dan lebih mengejutkan ialah logo halal luar negara yang diiktiraf oleh Jakim turut tertera di paket itu.

Nadzim berkata peniaga beragama Islam juga perlu sedar risiko yang menimpa sekiranya mengambil bahan dari luar terutama negara bukan Islam seperti Thailand.

"Pengusaha kita tidak perlu bahan dari Thailand. Makanan atau bahan dari Malaysia saja sudah mencukupi.

"Bukan setakat sambal ikan nasi kerabu ini saja, tetapi kadang-kala sos dari Thailand juga perlu diteliti kerana kita tidak tahu sama ada ia menepati kehendak agama atau tidak," katanya.

Jakim dalam kenyataannya semalam menyatakan produk berkenaan bukan lagi pemegang sijil halal dari The Central Islamic Committee of Thailand (CICOT). Malah tindakan mahkamah diambil kerana pengalahgunaan logo halal.

http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Sep 26, 2016 8:21 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Habuan RM100 ubah alamat 'chip' Kad Pengenalan untuk undi BN di Kelantan
bloglist-malaysia.blogspotmilosuam.net
SALAH seorang sahabat menghubungi Facebook MiLo SuaM mendedahkan bahawa dia ditawarkan RM100 dalam salah satu group WhatsApp, untuk menukar alamat pada 'chip' kad pengenalan supaya dapat mengundi BN di Negeri Kelantan pada Pilihanraya Umum ke 14 nanti.

Difahamkan, hanya alamat pada 'chip' kad pengenalan sahaja yang ditukar, alamat yang terpapar di atas kad pengenalan akan kekal seperti biasa.

Selain itu, wang belanja sebanyak RM250 berserta penginapan hotel dan pengangkutan bas juga akan diberikan jika mahu mengundi di negeri Kelantan.

Tawaran ini nampaknya digunakan Umno untuk memancing ramai golongan pengundi kali pertama yang sebilangan besar lagi belum daftar mengundi.

Apa yang aku faham ini adalah satu 'taktik kotor' untuk menambah pengundi dari luar Negeri Kelantan bagi memenangkan Barisan Nasional sekaligus menawan Kelantan.

Taktik ini aku tak pasti sama ada bersalahan dengan undang-undang atau tidak. Sekali imbas seperti mereka (Umno) menggunakan 'loophole' dalam undang-undang sedia ada untuk menawan Negeri Kelantan yang diperintah oleh kerajaan PAS — "play within the rule".

Namun menukar data alamat pada 'chip' kad pengenalan sedangkan alamat terpapar pada kad tersebut berbeza, aku rasa jelas satu kesalahan — seperti memalsukan maklumat kad pengenalan.

Sahabat yang memberikan maklumat kepada aku ini turut melahirkan kebimbangan tentang perkara tersebut. Dia bimbang hanya kerana mahukan RM100 untuk tukar alamat pada 'chip' kad pengenalan, kelak dia ditahan Polis di 'roadblock' kerana data dalam 'chip' dan data tertera pada IC miliknya berbeza.

Jika perkara ini berlaku secara besar-besaran, maknanya kerajaan yang bakal memerintah Kelantan selepas PRU14 nanti bakal ditentukan oleh penduduk luar dari negeri tersebut bukan penduduk tempatan.

Nasihat aku kepada sesiapa yang dapat mesej seperti ini, janganlah terpedaya. Jangan kerana wang RM100 nanti kau kena tangkap polis atas tuduhan memalsukan data kad pengenalan.

Read more: http://www.milosuam.net/2016/09/habuan-rm100-ubah-alamat-chip-kad.html#ixzz4LN7ILnPx

http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Sep 26, 2016 8:21 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Bila Anak Tunjuk Bakat Melukis Kat Badan Kereta..

Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.net


BIASANYA kalau kereta tercalar sikit pun, maka pemiliknya boleh jadi tak tidur malam risau dan geram dibuatnya.

Tapi apa jadinya kalau seluruh badan kereta dipenuhi 'calar' halus dalam bentuk lukisan?

Lukisan yang dimaksudkan pula bukanlah grafiti indah tapi kartun 'orang lidi' menggunakan dakwat (kami syak permanent marker) di merata badan kereta!

Itulah pemandangan pada sebuah kereta yang sempat dikongsikan pengguna Facebook Muhamad Fahmi, hari ini.

'Saya tidak kenal akak. Tapi saya percaya akak mempunyai anak yang super kreatif.
Saya percaya akak seorang yang sabar, tabah lagi positif.
Saya salute!' – tulis Muhamad Fahmi merujuk kereta yang ditemuinya ketika memandu di lebuhraya NKVE.

Apa pun, kami juga percaya anak-anak akak ini sememangnya super kreatif dan paling utama, ibunya memang seorang yang super penyabar.. kan? – MYNEWSHUB.CC

http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Sep 26, 2016 3:54 pm (PDT) . Posted by:

"bashah" bwasi

Kereta aku pun kena lukis dg guris,,,,bila tanya, dia sengeh jer..memang kreatip

On Monday, September 26, 2016 11:21 PM, "'-:eSpAcE9808:-' rienacom@yahoo.com.sg [automobil]" <automobil@yahoogroups.com> wrote:


   

| Bila Anak Tunjuk Bakat Melukis Kat Badan Kereta..

Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.net |

 

BIASANYA kalau kereta tercalar sikit pun, maka pemiliknya boleh jadi tak tidur malam risau dan geram dibuatnya.

Tapi apa jadinya kalau seluruh badan kereta dipenuhi 'calar' halus dalam bentuk lukisan?Lukisan yang dimaksudkan pula bukanlah grafiti indah tapi kartun 'orang lidi' menggunakan dakwat (kami syak permanent marker) di merata badan kereta!Itulah pemandangan pada sebuah kereta yang sempat dikongsikan pengguna Facebook Muhamad Fahmi, hari ini.
'Saya tidak kenal akak. Tapi saya percaya akak mempunyai anak yang super kreatif. 
Saya percaya akak seorang yang sabar, tabah lagi positif.
Saya salute!' – tulis Muhamad Fahmi merujuk kereta yang ditemuinya ketika memandu di lebuhraya NKVE.Apa pun, kami juga percaya anak-anak akak ini sememangnya super kreatif dan paling utama, ibunya memang seorang yang super penyabar.. kan? – MYNEWSHUB.CC  http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/ "Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17. Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
#yiv5602478465 #yiv5602478465 -- #yiv5602478465ygrp-mkp {border:1px solid #d8d8d8;font-family:Arial;margin:10px 0;padding:0 10px;}#yiv5602478465 #yiv5602478465ygrp-mkp hr {border:1px solid #d8d8d8;}#yiv5602478465 #yiv5602478465ygrp-mkp #yiv5602478465hd {color:#628c2a;font-size:85%;font-weight:700;line-height:122%;margin:10px 0;}#yiv5602478465 #yiv5602478465ygrp-mkp #yiv5602478465ads {margin-bottom:10px;}#yiv5602478465 #yiv5602478465ygrp-mkp .yiv5602478465ad {padding:0 0;}#yiv5602478465 #yiv5602478465ygrp-mkp .yiv5602478465ad p {margin:0;}#yiv5602478465 #yiv5602478465ygrp-mkp .yiv5602478465ad a {color:#0000ff;text-decoration:none;}#yiv5602478465 #yiv5602478465ygrp-sponsor #yiv5602478465ygrp-lc {font-family:Arial;}#yiv5602478465 #yiv5602478465ygrp-sponsor #yiv5602478465ygrp-lc #yiv5602478465hd {margin:10px 0px;font-weight:700;font-size:78%;line-height:122%;}#yiv5602478465 #yiv5602478465ygrp-sponsor #yiv5602478465ygrp-lc .yiv5602478465ad {margin-bottom:10px;padding:0 0;}#yiv5602478465 #yiv5602478465actions {font-family:Verdana;font-size:11px;padding:10px 0;}#yiv5602478465 #yiv5602478465activity {background-color:#e0ecee;float:left;font-family:Verdana;font-size:10px;padding:10px;}#yiv5602478465 #yiv5602478465activity span {font-weight:700;}#yiv5602478465 #yiv5602478465activity span:first-child {text-transform:uppercase;}#yiv5602478465 #yiv5602478465activity span a {color:#5085b6;text-decoration:none;}#yiv5602478465 #yiv5602478465activity span span {color:#ff7900;}#yiv5602478465 #yiv5602478465activity span .yiv5602478465underline {text-decoration:underline;}#yiv5602478465 .yiv5602478465attach {clear:both;display:table;font-family:Arial;font-size:12px;padding:10px 0;width:400px;}#yiv5602478465 .yiv5602478465attach div a {text-decoration:none;}#yiv5602478465 .yiv5602478465attach img {border:none;padding-right:5px;}#yiv5602478465 .yiv5602478465attach label {display:block;margin-bottom:5px;}#yiv5602478465 .yiv5602478465attach label a {text-decoration:none;}#yiv5602478465 blockquote {margin:0 0 0 4px;}#yiv5602478465 .yiv5602478465bold {font-family:Arial;font-size:13px;font-weight:700;}#yiv5602478465 .yiv5602478465bold a {text-decoration:none;}#yiv5602478465 dd.yiv5602478465last p a {font-family:Verdana;font-weight:700;}#yiv5602478465 dd.yiv5602478465last p span {margin-right:10px;font-family:Verdana;font-weight:700;}#yiv5602478465 dd.yiv5602478465last p span.yiv5602478465yshortcuts {margin-right:0;}#yiv5602478465 div.yiv5602478465attach-table div div a {text-decoration:none;}#yiv5602478465 div.yiv5602478465attach-table {width:400px;}#yiv5602478465 div.yiv5602478465file-title a, #yiv5602478465 div.yiv5602478465file-title a:active, #yiv5602478465 div.yiv5602478465file-title a:hover, #yiv5602478465 div.yiv5602478465file-title a:visited {text-decoration:none;}#yiv5602478465 div.yiv5602478465photo-title a, #yiv5602478465 div.yiv5602478465photo-title a:active, #yiv5602478465 div.yiv5602478465photo-title a:hover, #yiv5602478465 div.yiv5602478465photo-title a:visited {text-decoration:none;}#yiv5602478465 div#yiv5602478465ygrp-mlmsg #yiv5602478465ygrp-msg p a span.yiv5602478465yshortcuts {font-family:Verdana;font-size:10px;font-weight:normal;}#yiv5602478465 .yiv5602478465green {color:#628c2a;}#yiv5602478465 .yiv5602478465MsoNormal {margin:0 0 0 0;}#yiv5602478465 o {font-size:0;}#yiv5602478465 #yiv5602478465photos div {float:left;width:72px;}#yiv5602478465 #yiv5602478465photos div div {border:1px solid #666666;min-height:62px;overflow:hidden;width:62px;}#yiv5602478465 #yiv5602478465photos div label {color:#666666;font-size:10px;overflow:hidden;text-align:center;white-space:nowrap;width:64px;}#yiv5602478465 #yiv5602478465reco-category {font-size:77%;}#yiv5602478465 #yiv5602478465reco-desc {font-size:77%;}#yiv5602478465 .yiv5602478465replbq {margin:4px;}#yiv5602478465 #yiv5602478465ygrp-actbar div a:first-child {margin-right:2px;padding-right:5px;}#yiv5602478465 #yiv5602478465ygrp-mlmsg {font-size:13px;font-family:Arial, helvetica, clean, sans-serif;}#yiv5602478465 #yiv5602478465ygrp-mlmsg table {font-size:inherit;font:100%;}#yiv5602478465 #yiv5602478465ygrp-mlmsg select, #yiv5602478465 input, #yiv5602478465 textarea {font:99% Arial, Helvetica, clean, sans-serif;}#yiv5602478465 #yiv5602478465ygrp-mlmsg pre, #yiv5602478465 code {font:115% monospace;}#yiv5602478465 #yiv5602478465ygrp-mlmsg * {line-height:1.22em;}#yiv5602478465 #yiv5602478465ygrp-mlmsg #yiv5602478465logo {padding-bottom:10px;}#yiv5602478465 #yiv5602478465ygrp-msg p a {font-family:Verdana;}#yiv5602478465 #yiv5602478465ygrp-msg p#yiv5602478465attach-count span {color:#1E66AE;font-weight:700;}#yiv5602478465 #yiv5602478465ygrp-reco #yiv5602478465reco-head {color:#ff7900;font-weight:700;}#yiv5602478465 #yiv5602478465ygrp-reco {margin-bottom:20px;padding:0px;}#yiv5602478465 #yiv5602478465ygrp-sponsor #yiv5602478465ov li a {font-size:130%;text-decoration:none;}#yiv5602478465 #yiv5602478465ygrp-sponsor #yiv5602478465ov li {font-size:77%;list-style-type:square;padding:6px 0;}#yiv5602478465 #yiv5602478465ygrp-sponsor #yiv5602478465ov ul {margin:0;padding:0 0 0 8px;}#yiv5602478465 #yiv5602478465ygrp-text {font-family:Georgia;}#yiv5602478465 #yiv5602478465ygrp-text p {margin:0 0 1em 0;}#yiv5602478465 #yiv5602478465ygrp-text tt {font-size:120%;}#yiv5602478465 #yiv5602478465ygrp-vital ul li:last-child {border-right:none !important;}#yiv5602478465

Mon Sep 26, 2016 8:21 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Bil Air Kini Dicaj Dengan GST, Rafizi Minta Kerajaan Hentikan Kerja Mengarut Atau Bakal Berdemo.
bloglist-malaysia.blogspot
sozcyili.blogspot.

Tindakan kutipan cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang dikenakan ke atas bekalan air terawat dan perkhidmatan pembekalan air perlu dihentikan bagi mengurangkan beban ditanggung oleh rakyat.

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, beliau mendesak supaya satu arahan dikeluarkan segera bagi membatalkan perintah kutipan GST untuk bekalan air ke kediaman dan kemudahan rakyat miskin.

"Bukan sahaja tindakan ini melampaui batas kerana mensasarkan kutipan GST dari golongan miskin dan kurang bernasib baik, malah pelaksanaan kutipan cukai itu ke atas bekalan air ini dibuat secara senyap-senyap tanpa dihebahkan lebih awal kepada rakyat," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Rafizi berkata demikian merujuk kepada surat dari Jabatan Air Negeri Sabah bertarikh 13 September lalu kepada semua jurutera air bahagian mengenai pelaksanaan kutipan GST ke atas bekalan air terawat dan perkhidmatan membekalkan air.

Selain itu, Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan turut menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menghentikan segera sebarang perjalanan menggunakan jet peribadi, helikopter atau apa-apa kemudahan perjalanan udara khusus untuk beliau, isteri dan menteri-menteri.

"Sekiranya kedua-dua ini tidak menerima apa-apa maklum balas dalam masa terdekat, saya akan mengatur supaya tunjuk perasaan mendesak membatalkan GST ke atas bekalan air di rumah pangsa, masjid, rumah kebajikan dan lain-lain diadakan bermula dengan kawasan saya di Pandan yang mempunyai banyak rumah pangsa," katanya.

Dalam pada itu, Rafizi memaklumkan bahawa kerajaan tidak mengutip cukai dari urus niaga bernilai berbilion ringgit yang melibatkan orang kaya iaitu keuntungan dari jual beli saham berikutan negara ini tidak mempunyai Cukai Keuntungan Modal (Capital Gains Tax).

Oleh sebab itu, beliau berkata tindakan mengutip cukai dari bekalan air ke rumah pangsa, masjid, rumah kebajikan dan perkhidmatan bekalan dan penyambungan air adalah satu perbuatan yang tidak boleh diterima.

"Saya ingin ingatkan Datuk Seri Najib bahawa saya dan sahabat dari Pakatan Harapan telah memberi amaran sejak tahun 2010 lagi bahawa memperkenalkan GST akan membantutkan perbelanjaan rakyat dan seterusnya membawa kesan kepada pertumbuhan ekonomi serta keupayaan kerajaan mengutip cukai bagi menampung perbelanjaan negara,"katanya. - Sinar Harian

http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Sep 26, 2016 8:22 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



THE 2016-2017 – Prof UNIMAP kata bayar dulu baru masuk ranking

bloglist-malaysia.blogspot
ekeleh.com

Times Higher Education (THE) World University Ranking 2016-2017
Universiti-universiti di Malaysia – Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi Petronas (UTP), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Utara Malaysia (UUM) kesemuanya disenaraikan selepas kedudukan 600-800.

Universiti Universiti Kebangsaan Singapura (NUS) di kedudukan ke-24, mendahului pusat pengajian tinggi Asia dan Asia Tenggara. Manakala Universiti Teknologi Nanyang, Singapura pula mencatatkan peningkatan kedudukan daripada 61 kepada 54 tahun ini.

Kata Penyelidik Universiti Malaysia Perlis (Unimap) Prof Datuk Dr Ramlah Adam kena bayar dulu baru dapat rangking terbaik kerana penilai Barat adalah berbayar dan khidmat mereka berunsurkan perniagaan.

"Kita kena bayar kepada mereka untuk menilai dan menerbitkan ranking, dan kita diperbodoh. Jadi saya rasa tidak adil sebab mereka berniaga diatas akademik.

"Mereka menilai universiti dengan melihat beberapa sebab, pertama sekali mereka mungkin condong kepada mata pelajaran yang menarik minat badan penilaian.

"Mereka memang nak cari untung," katanya kepada Free Malaysia Today.

http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Sep 26, 2016 8:23 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Viral Pelbagai Isu Halal Samyang Di Media Sosial, Lelaki Ini Datang Melawat Sendiri Ke Kilang Samyang Halal Di Korea
siakapkeli.my

Sebut saja nama ramen Samyang, sudah pasti ramai yang tahu akan kewujudan makanan segera ini, bahkan kanak-kanak kecil pun tahu dan suka walaupun pedas tidak terkata bila makan.

Permintaan terhadap makanan segera ini telah meningkat dengan mendadak di Malaysia selepas disahkan halal oleh Jakim sendiri, namun ada juga suara tidak enak didengar mempertikaikan status halal makanan ini yang dieksport ke Malaysia.

Kerana pelbagai khabar angin itu, pihak Jakim sekali lagi tampil memperjelaskan yang ramen memasuki pasaran Malaysia secara sah adalah halal melainkan yang berada di pasaran Korea adalah tidak halal kerana kilang menghasilkan ramen halal dan tidak halal adalah dua kilang berbeza.

Perkara ini juga disahkan oleh Halal Korea, namun masih ada yang mempertikai dan menyebarkan khabar angin yang mengundang rasa bimbang dikalangan pengguna.

Terpanggil dengan isu ini, beberapa orang rakyat Malaysia dengan kerjasama Halal Korea telah melawat sendiri kilang ramen Samyang halal berkenaan di mana mereka didedahkan dengan cara pembuatan dan pelbagai layanan yang baik.

Jom kita baca perkongsian Tuan Nizam TiKir mengenai pengalaman dan penjelasan beliau mengenai isu ini selepas melawat kilang Samyang Halal di Miasageori, Seoul, Korea.

Jom kita baca.

[Lawatan ke Samyang HQ]

Hari ni abang bersama Halal Korea (NGO yg memperjuangkan pasaran halal di Korea) melawat HQ syarikat Samyang di Miasageori, Seoul. Tujuan asal untuk bersoal-jawab dengan pengurusan Samyang berkenaan tatacara mereka menjaga kehalalan produk mereka.

[Updated~ sila share utk makluman rakyat M'sia]

Berikut adalah details hasil soal jawab bersama Executive Director of Sales (Overseas), Samyang Foods Co. Ltd:

1. Samyang ada 2 kilang untuk hasilkan ramen mereka. Semua ramen halal mereka dihasilkan hanya dari kilang terbaru mereka di Wonju yang telah mendapat sijil halal dari Korea Muslim Federation (KMF). Logo halal ada pada packaging. KMF adalah organisasi yg memberi persijilan halal di Korea.

2. Tiga production line di kilang di Wonju dikhaskan untuk produce halal ramen.

3. Ramen halal keluaran mereka hanya dieksport... pengimport terbesar adalah Malaysia dan Indonesia.

4. Ramen untuk jualan tempatan di Korea masih menggunakan kilang lama. So, tidak halal... dan tidak ada logo halal pada packaging.

5. Masalah timbul bila ada pihak yang smuggle ramen yg tidak halal yang dijual di pasaran Korea dan dibawa masuk ke pasaran Malaysia. Kalau takde logo halal tu maknanya ia bukan di ksport oleh pihak Samyang.. dan ia tidak halal.

6. Logo halal yang tulen adalah direct printing di packaging dan bukannya tampalan atas packaging.

7. Samyang belum dapat menjual ramen halal mereka di pasaran Korea kerana belum mendapat kelulusan KFDA.

8. Tak lama lagi di pasaran Malaysia akan keluar perisa baru... Abang dah rasa tadi... pedas-pedas sedap.. tak sepedas yang ori tu... memang sesuai dgn tekak N.Sembilan abang ni. Tak la podeh melahar macam yang ori tu.

Berikut adalah video lawatan mereka yang dimuatnaik secara lnagsung oleh pihak Halal Korea.

Jadi kesimpulannya di sini, jika ramen itu tidak diskeport sendiri oleh pihak Samyang dari Korea, iaitu dibawa masuk sendiri oleh individu lain ke Malaysia, status halal adalah diragui.

Selain itu, jika packaging adalah cetakan asal di plastik maka ianya disahkan halal, dan jika cop halal adalah tampal seperti sticker, maka ianya adalah palsu dan tidak halal. - Siakapkeli.my

http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Sep 26, 2016 8:23 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



BIAR BETUL ORANG KL NI DAH HILANG AKAL KER APA?
bloglist-malaysia.blogspot.
naimnikmat.blogspot
Dicatat oleh Na'im Nikmat

Ataupun dimaksudkan orang bunian...

Kata Datuk Bandar - Rakyat Cabar DBKL Buktikan Ramai Sokong Kenaikan.
bloglist-malaysia.blogspot.
amenoworld.net

11,000 ribu ialah jumlah mereka yang membantah atas talian tentang kenaikan caj parking yang dilaksanakan oleh DBKL baru-baru ini. Kenaikan itu merangkumi keseluruhan tempat letak kereta di Kuala Lumpur.

11,000 yang membantah itu ada identitinya.

Ada namanya, lokasinya, jantinanya dan kad pengenalannya. Maka, memorandum bantahan kenaikan kadar parking di KL yang dilaksanakan oleh DBKL baru-baru ini ada asasnya. Dalam erti kata lain, pembangkang ada bukti bahawanya 11,000 manusia yang benar-benar wujud telah membantah kenaikan tersebut.

Pagi tadi Malaysiakini melaporkan kenyataan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Mhd Amin Nordin Abdul Aziz & Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Loga Bala Mohan secara ringkasannya ;

1. Orang ramai terima kenaikan kadar parking yang baru.

2. Pembangkang saja nak tunjuk mereka buat kerja dengan menghantar memorandum bantahan tersebut.

3. Respon yang kita terima orang ramai suka dengan kenaikan kadar parking yang baru dan ianya akan diteruskan.

4. Selepas penerangan dilakukan, orang ramai setuju dengan kenaikan kadar parking yang baru.

5. Hasil tinjauan di beberapa lokasi mendapati orang ramai sokong kenaikan kadar parking.

6. Akhbar pula tidak sokong. Mungkin mereka sebelah sana (pembangkang).

7. DBKL tak keluarkan satu sen pun dengan pelaksanaan sistem parking baru.

8. Sebaliknya mereka menerima di antara 700k hingga ke 1 juta sebulan.

----------------------

Jadi. DBKL terima 700k hingga ke satu juta sebulan.
Maka, kesimpulannya rakyat sokong kenaikan kadar parking yang baru?

Sesiapa pun boleh predict ini sebab utama DBKL enggan peduli kepada aduan, bukan? Selepas tersebarnya laporan dari Malaysiakini itu, orang ramai juga meminta DBKL membuktikan kenyataan mereka.

Ia boleh dibaca menerusi ruangan komen di portal Malaysiakini yang melaporkan berita tentang ini. Respon2 netizens meminta dan mencabar Datuk Bandar dan DBKL agar membuktikan secara fakta iaitu dengan menghadirkan memorandum sokongan kenaikan kadar parking pula. Pembangkang ada bukti memorandum yang rakyat tidak bersetuju dengan kenaikan.

Dan, apakah DBKL ada bukti dengan memorandum rakyat sokong kenaikan? Kalau ada sila bentangkan. Sebab kita nak tengok bukti bercakap bagi pihak mereka. Bukan nak dengar percakapan Datuk Bandar yang jelas berpihak.

Ini kan satu sistem yang DBKL sendiri sokong apatah lagi Datuk Bandar sendiri sebut dapat 700k hingga ke sejuta dalam masa sebulan. Takan korang bodoh2 nak tolak duit melainkan dapat habuan yang lagi banyak dari ini. Tak gitu ke? Tambahan, Loga kata pembangkang hantar memorandum konon2 nak tunjukkan yang dorang buat kerja = wakil rakyat = bawa suara rakyat = buat kerja? Tapi sebelum tu dorang cakap banyak yang sokong kenaikan? Apa cer?? Bangang. Statement contradiks antara satu sama lain kot.

Sementara itu, kita orang nak makan popcorn dulu sambil-sambil tunggu DBKL bagi bukti rakyat sokong kenaikan. Harap cepat sikit ya. Banyak lagi isu lain nak mengata kerajaan biol neh.

KAHKAHKAHKAHKAHKAHKAH!

Ini laporan Malaysiakini

Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Mhd Amin Nordin Abdul Aziz berkata beliau mendapat maklum balas bahawa orang ramai menyokong kadar harga baru tempat letak kereta di ibu kota. Katanya, maklum balas itu diperoleh daripada penduduk di Bangsar dan Taman Tun Dr Ismail.

"Banyak orang awam yang menyokong kenaikan harga temapt letak kereta ini tetapi press (akhbar) pula tak sokong, mungkin sebelah sana saya tak tahulah.

"Tapi hakikatnya ada peluang orang nak masuk parkir itu yang kedua. "Bila parkir itu meningkat dan kita kawal, banyak peluang orang parkir terutamanya di Bangsar. "Dulu double parking, sekarang dah ada ruang untuk orang parkir. Penduduk Bangsar suka dan juga penduduk TTDI," katanya. Amin berkata kepada pemberita dalam sidang media Perbarisan Hari Penguat Kuasa ke-47 Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Beliau mengulas tindakan pembangkang yang menghantar memorandum bantahan kepada DBKL berkenaan bayaran baru tempat letak kereta di ibu kota yang disifatkan terlalu mahal. Memorandum itu berserta 11,000 tanda tangan petisyen rakyat Malaysia yang dikumpul melalui laman atas talian. Memorandum itu antara lain menyebut orang ramai mengadu bahawa mesin parkir hanya menerima duit syiling bagi bayaran selama satu jam dan pengguna tidak boleh menetapkannya melalui pecahan waktu.

Mengulas lanjut Amin berkata DBKL kini mengaut keuntungan sehingga sejuta ringgit hasil keuntungan parkir baru itu dan bukan seperti didakwa pembangkang. "Hasilnya pembangkang kata kita membazir duit dengan parkir baru ini, sebenarnya kita tak keluarkan satu sen pun. "Kita dapat sebulan antara 700,000 hingga sejuta dengan sistem baru ini," katanya.

Sementara itu Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Loga Bala Mohan pula berkata rakyat boleh menerima berita itu setelah penjelasan dibuat. Loga berkata, pembangkang menghantar memorandum bantahan kepada pihak DBKL hanya bagi "menunjukkan bahawa mereka membuat kerja".

"Kira dah beritahu rakyat kenapa kita perlu naikkan harga parkir dan mereka setuju serta terima. "Harga parkir baru ini telah pun dikekalkan. Jadi memanglah dia (pembangkang) nak kena buat kerja sikit. Dia nak bagi memorandum, bagilah," katanya.

DBKL meningkatkan kadar parkir kepada hampir 150 peratus di kawasan pusat perniagaan (CBD) mulai 8 Julai lalu. Ia menjejaskan kawasan-kawasan seperti Bukit Bintang, Sri Hartamas, Desa Hartamas, Bukit Damansara, Solaris Mont Kiara, Taman Tun Dr Ismail dan Bangsar. Berikutan bantahan orang ramai, DBKL kemudiannya menyelaraskan kadar letak kereta mengikut jam di kawasan-kawasan berkenaan dari RM2 sejam kepada RM1.50 untuk jam yang pertama, dan RM3 kepada RM2.50 untuk jam kedua dan seterusnya.

Bagi kawasan di luar pusat bandar tetapi mempunyai aktiviti tinggi seperti Sentul, Bangsar dan Brickfields, caj yang dikenakan untuk jam pertama dan seterusnya adalah RM1. Manakala bagi kawasan di luar pusat bandar seperti Segambut, Taman Tun Dr Ismail, Setiawangsa, Sungai Besi dan Bandar Tun Razak, kadar untuk jam pertama dan seterusnya adalah RM0.80.

Tahun lalu, DBKL telah melantik Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP), cabang kebajikan Kementerian Wilayah Persekutuan, untuk menguruskan sistem letak kereta di Kuala Lumpur. Bawah perjanjian itu, YWP akan membayar 35 peratus atau RM600,000 daripada pendapatan kasar kutipan letak kereta kepada DBKL setiap bulan.

Ramai Orang Sokong Kenaikan Kadar Tempat Letak Kereta - Dato Bandar Kuala Lumpur
siakapkeli.my

Beritkutan pertanya orang ramai dan media mengenai kewajaran menaikkan kadar baru tempat letak kereta di ibu negara, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mohd Amin Nordin Abdul Aziz dalam satu kenyataan memberitahu yang beliau telah mendapat maklum balas dimana katanya ramai rakyat menyokong kenaikan harga parkir berkenaan, lapor Malaysiakini.

Beliau berkata, maklum balas posotif itu antaranya diperoleh daripada penduduk di Bangsar dan kawasan Taman Tun Dr Ismail.

"Banyak orang awam yang menyokong kenaikan harga parkir ini tetapi press (akhbar) pula tak sokong, mungkin sebelah sana saya tak tahulah.
"Bila parkir itu meningkat dan kita kawal, banyak peluang orang parking terutamanya di Bangsar.

"Dulu double parking, sekarang dah ada ruang untuk orang parkir. Penduduk Bangsar suka dan juga penduduk TTDI," katanya.

Beliau pada masa yang sama mengulas mengenai tindakan pembangkang yang menghantar memorandum bantahan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkaitan isu kenaikan kadar bayaran parkir berkenaan di mana mereka mendakwa kadar bayaran tempat letak kereta di Kuala Lumpur itu terlalu mahal.

Memorandum itu berserta 11,000 tanda tangan petisyen rakyat Malaysia yang dikumpul melalui laman atas talian. - Siakapkeli.my

http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Sep 26, 2016 8:23 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Wanita Tempah iPhone 7 Online, Tapi Dapat iPhone 4 & iPhone 3 Bersama Dengan Kad Fusion Yu-Gi-Oh
siakapkeli.my

China - Kumpulan pertama iPhone 7 habis terjual ibarat pisang goreng panas di China apabila ia mula memasuki pasaran negara itu awal bulan ini.

Kerana kehabisan stok, ada yang sanggup memesan peranti itu menerusi online dan cara itu sudah ada risiko penipuan sebagaimana yang terjadi kepada seorang wanita di China ini.

Lebih malang, wanita itu bukan sekadar ditipu, malah menjadi mangsa troll penjual online tersebut.

Shanghaiist melaporkan, wanita terbabit, Mimi Jiang, memesan iPhone 7 secara online tetapi apa yang sampai kepadanya adalah iPhone 3 dan iPhone 4 bersama dengan sekeping kad fusion kartun Yu-Gi-Oh.

Di dalam kartun Yu-Gi-Oh, kad fusion digunakan untuk menggabungkan dua raksaksa menjadi satu dan dalam kes ini, wanita itu diberikan iPhone 3 dan iPhone 4 untuk digabungkan menjadi iPhone 7.

Wanita itu kemudian memuat naik gambar barangan yang diperoleh itu di laman Facebook dan ia dikongsi lebih dari 3,000 kali bersama dengan 2,900 komen.

"Jika kamu beli dua iPhone 7, kamu boleh gunakan kad Fusion untuk jadikan mereka iPhone 14", usik seorang netizen.

我在網路上買iphone7玫瑰金
結果送來3跟4還有融合卡??
媽的現在是當我做慈濟的???
遇到賣家我不把你打死我不姓蔣^_^

Sumber : shanghaiist

http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: