9 Messages
Digest #4588
Messages
Mon Sep 19, 2016 8:30 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
UNESCO tarik balik anugerah kepada Permata, lapor Portal NYT
siakapkeli.my
PETALING JAYA 19 Sep: Satu anugerah oleh Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO) untuk mengiktiraf program Permata dalam satu majlis yang diadakan sempena Persidangan Agung ke-71 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York telah ditarik balik, lapor portal The New York Times.
The New York Times melaporkan satu laporan dari Tudor Parfitt pada Ahad telah mengesahkan anugerah itu telah ditarik balik.
Kenyataan itu berkata, pelbagai persoalan dibangkitkan mengenai sumber dana Permata dan biarpun penganjur acara tidak menyedari wujud sebarang salah laku tertentu, mereka tiada masa untuk memeriksa persatuan tersebut.
Acara itu sepatutnya diadakan di Muzium Kesenian Metropolitan, New York.
Sebelum ini, Bernama melaporkan bahawa isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dipilih untuk menerima anugerah 'Lead by Example' oleh UNESCO.
Anugerah itu akan disampaikan pada majlis Penghormatan Kepada Wira-wira Dalam Kempen Global Menentang Keganasan pada 22 September ini.
Pengiktirafan itu diberikan atas usaha dan sumbangan Rosmah dalam membangunkan potensi kanak-kanak, terutama di bawah Program Permata.
Sumber : NYT
Anugerah 'Lead by Example' untuk Rosmah dibatal penganjur
bloglist-malaysia.blogspot.
ekeleh.com
Sebelum ini Bernama melaporkan Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dipilih sebagai penerima anugerah 'Lead by Example', namun dibatalkan pada saat akhir, lapor New York Times hari ini.
Laporan Free Malaysia Today menyatakan Tudor Parfitt, ahli akademik yang terlibat dalam acara yang diadakan di Muzium Seni Metropolitan di New York dalam satu kenyataan berkata, ia susulan persoalan dana yang diraih Permata.
Menurutnya, penganjur tidak mengesan sebarang salah laku secara khusus tetapi mereka kesempitan masa membuat semakan terhadap organisasi itu.
Laporan itu turut menyatakan, penganjur perlu cermat memandangkan penganjur bersama acara itu, ketua Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) Unesco Irina Bokova, kini sedang berusaha mengambil alih jawatan setiausaha agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
Majlis anugerah yang diadakan pada 22 September ini.
http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Mon Sep 19, 2016 8:31 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Isu Menghina Kematian Harun Din - Sidek Kamiso Ditahan Polis & Dibawa Ke JB
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.net
Bekas wartawan Sidek Kamiso dibawa ke Johor Bahru selepas ditahan awal pagi di rumahnya di Bandar Utama kerana didakwa menghina Islam berhubung kematian Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din. Isteri Sidek, Norlin Wan Musa, memberitahu Malaysiakini bahawa beliau dihubungi oleh pegawai polis dari Balai Polis Semarak kira-kira jam 10.30 pagi di mana suaminya ditahan.
"Saya diberitahu suami akan dibawa ke Johor Baru. "Peguam Siti Kasim juga memberitahu saya dia bercakap dengan ASP Leong dari IPK Johor yang memberitahu bahawa polis akan membuat permohonan reman ke atasnya petang ini," kata Norlin. Mengimbas kejadian itu, Norlin berkata, empat anggota polis mengetuk pintu rumah mereka pada kira-kira pukul 4.30 pagi.
"Kami memelihara anjing jadi saya tahu sesuatu tidak kena apabila anjing-anjing itu mula menyalak. "Saya memandang keluar tingkap bilik tidur dan lihat sebuah van diletakkan di luar, dan empat lelaki memanjat pintu pagar rumah kami untuk masuk ke dalam," katanya.
"Suami saya cuba hubungi pengawal keselamatan di hujung jalan tetapi mereka tidak menjawab. Kami turun apabila mereka mengetuk pintu rumah. "Suami saya berkali-kali meminta untuk melihat waran tangkap tetapi polis tu tak tunjukkannya.
Salah seorang daripada mereka menunjukkan sepintas lalu seperti kad ID tetapi saya tak dapat lihat dengan jelas," katanya. Norlin berkata, polis membawa suaminya selepas kira-kira satu jam dan merampas komputer riba serta telefon bimbit. Tambahnya, beliau juga akan menuju ke Johor Bahru hari ini ditemani peguam Siti Kassim.
Ketika dihubungi, Siti mengesahkan beliau dilantik mewakili Sidek, bersama-sama dengan peguam Roger Chan. "Kami faham bahawa beliau dibawa ke Johor kerana laporan polis dibuat di sana. Tetapi kita tidak tahu siapa yang membuatnya atau ia mengenai apa," katanya.
Walaupun Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini enggan mendedahkan nama individu yang disiasat berhubung posting di Twitter dan Facebook, difahamkan Sidek adalah seorang daripada tiga individu yang ditahan.
Khalid pagi tadi berkata, dua lagi suspek adalah dari Shah Alam dan Ipoh. Beliau juga berkata posting kedua-duanya dibuat berikutan kenyataan yang sama oleh Ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi. - Malaysiakini.
2 ditahan hina Islam berkait kematian Dr Haron Din
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.net
KUALA LUMPUR: Pihak PDRM menahan dua individu kerana menghina agama Islam berkaitan kematian Tuan Guru Datuk Dr Haron Din menerusi laman facebook.
Demikian dinyatakan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi laman facebook rasmi Ketua Polis Negara, pagi ini.
"Syabas JSJK @PDRMsia tangkap 2 orang, seorang di Ipoh dan seorang di Shah Alam kerana buat posting dalam Facebook menghina agama Islam berkaitan kematian Dato' Dr. Haron Din," tulis beliau menerusi facebook.
Datuk Dr Haron Din menghadapi masalah jantung dan dimasukkan ke Hospital Stanford University, San Francisco, kembali ke rahmatullah jam 10.10 pagi (waktu Malaysia), Jumaat lalu.
Jenazah Almarhum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Five Pillars, 1761 Laughlin Rd, Livermore, California, Amerika Syarikat selepas solat Jumaat waktu tempatan. - HARAKAHDAILY
Hina Kematian Haron Din, Jeff Ooi Diminta Serah Diri
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.net
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bukit Jelutong, Jeff Ooi diminta menyerah diri kepada polis untuk diambil keterangan berhubung kenyataannya yang disifatkan menyinggung perasaan orang Islam susulan komennya berhubung kematian Allahyarham Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata setakat ini tiga lelaki berumur 50 dan 60-an telah ditahan di Shah Alam dan Bandar Utama, Selangor dan seorang lagi di Ipoh, Perak kerana menghina agama Islam di Facebook dan Twitter.
"Kesemua mereka ditahan ekoran daripada posting Facebook dan Twitter Anggota Parlimen DAP Bukit Jelutong, Jeff Ooi yang menyinggung perasaan orang Islam.
"Berikutan itu, beberapa orang pula telah buat tweet-tweet yang sama (menyinggung perasaan orang Islam) di media sosial. Kami sedang menyiasat perkara ini, kami akan panggil dia (Jeff Ooi) tetapi kalau dia mahu senang, saya minta beliau serah diri kepada polis.
"Kalau tidak kami akan cari dia," katanya kepada pemberita pada perhimpunan bulanan peringkat Bukit Aman di sini Isnin.
Khalid turut menasihatkan ahli politik yang 'bermulut gatal' supaya berhati-hati dalam membuat apa jua percakapan dan posting di laman sosial yang mungkin boleh menyinggung perasaan bangsa dan agama lain.
"Jangan ikut sedap mulut sahaja, fikir dulu 10 kali sebelum buat apa jua posting yang boleh singgung perasaan bangsa dan agama lain. Bila pemimpin masyarakat (seperti) anggota Parlimen membuat komen sedemikian maka pengikut-pengikutnya akan buat benda yang sama tanpa memikirkan perasaan orang lain," katanya.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana menyalahgunakan media sosial.
"Kami akan siasat daripada semua aspek termasuk alat peranti yang digunakan mereka yang mengeluarkan kenyataan sedemikian di media sosial.
"Beberapa lagi individu akan ditahan bagi membantu siasatan berhubung perkara ini," katanya.
Setakat ini, sembilan laporan polis diterima berhubung kenyataan Ooi itu yang dikeluarkan pada hari sama Haron, 76, meninggal dunia pada 10.10 pagi (waktu Malaysia) di Hospital Stanford University, San Francisco, Amerika Syarikat akibat komplikasi jantung. - BERNAMA
http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Mon Sep 19, 2016 8:31 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Air Laut Pasang Besar Dan Melimpah, Pantai Remis, Klang Dan Beberapa Kawasan Dilanda Banjir
siakapkeli.my
Sejak semalam penduduk di beberapa kawasan di Klang, Pantai Remis, Sg Buloh (Jeram), Tanjung Harapan, Pelabuhan Klang dan Port Dikson di mana dihantui kerisauan apabila air laut dikatakan pasang besar sejak semalam dan hari ini.
Netizen di laman sosial Facebook hari ini mendakwa air pasang besar itu menyebabkan beberapa kawasan seperti di Pantai Remis dan Perlabuhan Klang digenangi air selepas air laut melimpah naik ke darat.
Sementara Jabatan Pengairan dan Saliran menyatakan air pasang besar dijangka berlaku selama empat hari mulai semalam hingga Rabu ini pada paras lebih lima meter.
Berikut adalah perkongsian netizen terutamanya penduduk Klang.
Video Dikirim oleh Nazri Amran Fans
Aje-ril Azril
Banjir di pekan klang pelabuhan klang dan west port.....
Selain di selangor dan Negeri Sembilan, air pasang besar turut melanda beberapa kawasan di Kedah seperti di Pulau Sayak, Kuala Muda dan Kuala Kedah. - Siakapkeli.my
http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Mon Sep 19, 2016 8:32 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Kenapa Nak Topup Touch N Go Dikenakan GST Sedangkan Kita Bagi Duit Dulu Ke Syarikat?
bloglist-malaysia.blogspot.
sozcyili.blogspot
Touch N Go ni bukan ke sebenarnya nak membantu memudahkan hidup kita? Masalahnya, kemain payah nak topup. Bukan semua kaunter tol boleh topup. Kaunter topup ni pula paling kiri, lane paling banyak kereta.
Padahal kita nak bagi advance cash ke depa ni, pun kena beratur? Ada pula Plaza Tol yang tak boleh nak topup. Plaza Tol Bangi misalnya. Dah satu hal kalau kau dari Bangi Gateway yang hanya 100 meter dari Plaza Tol Bangi tu, kena pula ke Plaza Tol Kajang kalau nak topup. Benda yang nak menjadikan hidup kita mudah ni, dah jadi payah.
Nampak?
Lepas tu lagi teruk, kalau kau guna kad TnG ni masa parking, depa pi caj GST pulak. Tak memasal dah kena bayar lebih, semata-mata sebab nak memudahkan hidup kita? Tu belum kira caj entah mende lagi syarikat parking ke TnG ni yang rembat sampai kita tak sedar pun sebenarnya.
Nak topup pun kena caj? Kau dah kenapa gila kalau nak topup pun kena caj? Padahal kita masukkan duit tu ke dalam kad - dikira bayar awal ke depa. Apa ke jadahnya ni, benda yang sepatutnya memudahkan hidup kita - dah jadi benda yang memakan dan menyakitkan kita.
Nak topup susah macam cilake, nak guna parking kena bayar lebih pulak, dahtu nak isi duit balik pun dia caj. Kalau kita tak guna, depa seksa pulak kita beratur panjang-panjang 2 lane je daripada 10 lane.
Ada siapa-siapa boleh terangkan kat aku, kenapa benda yang sepatutnya memudahkan hidup kita ni akhirnya jadi benda yang menikam dan membunuh kita daripada belakang?
Sumber : ZF Zamir
http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Mon Sep 19, 2016 8:32 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Guru, Bayi Maut Kemalangan
siakapkeli.my
Tanjong Karang: Seorang guru lelaki dan juga bayi perempuan berusia enam bulan maut selepas terlibat dalam kemalangan yang membabitkan sebuah Perodua Alza dan Proton Perdana di Jalan Klang-Teluk Intan berhampiran pekan Sekinchan, 7 pagi tadi.
Menurut Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintenda Nor Azmi Isa, mangsa yang dikenali sebagai Mohd Faizuri Ibrahim, 33, memandu Perodua Alza itu seorang diri dan dalam perjalanan ke sekolah.
Menurut beliau, bayi yang berusia enam bulan yang dikenali sebagai Nur Qaireen Khalisya Anuwar merupakan penumpang di dalam Proton Perdana yang dipandu ayahnya bersama dengan ibu dan tiga adik beradik mangsa yang lain.
"Siasatan awal polis mendapati Perodua Alza dari arah Sekinchan gagal mengawal kenderaan dan terbabas ke laluan bertentangan. Pada waktu itu keadaan cuaca hujan lebat dan jalan basah.
"Pada masa sama Proton Perdana gagal mengelak dan berlaku perlanggaran yang menyebabkan Perodua Alza terbalik ke bahu jalan," katanya kepada Harian Metro.
Beliau berkata, kedua-dua mangsa yang parah meninggal dunia di lokasi kejadian manakala ibu bapa bayi berkenaan cedera di lutut serta patah lengan kiri.
"Keadaan tiga lagi penumpang yang juga anak suami isteri berkenaan tidak dapat dikenal pasti kerana dirujuk ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
Sumber : Harian Metro
Susulan Tanah Runtuh Di Kulai, MPKu Bincang Langkah Tangani
siakapkeli.my
JOHOR BAHRU 18 Sept: Bagi membincangkan langkah segera berkaitan tanah runtuh di Jalan Belian 2, Bandar Putra dekat Kulai yang berlaku semalam, Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) akan mengadakan mesyuarat bersama pemaju perumahan dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor, esok.
Yang Dipertua MPKu Abdul Rahman Salleh berkata, bagi menjamin keselamatan para penduduk perumahan tersebut, perbincangan perlu dilakukan, walaupun tiada sebarang runtuhan baharu dilaporkan setakat ini.
"Berdasarkan lawatan saya pada pagi tadi, pemaju perumahan sedang melakukan pemantauan selama 24 jam. Antara tindakan yang dilakukan termasuk menutup kawasan tanah runtuh itu dengan kanvas plastik sepanjang 60 meter," katanya, tulis Utusan.
Abdul Rahman berkata, difahamkan, sebelum tindakan seterusnya dilakukan sama ada perlu memasang tembok atau besi cerucuk bagi menguatkan tanah. pihak JKR dari Cawangan Kejuruteraan Cerun akan melawat kawasan kejadian hari ini terlebih dahulu, bagi melakukan penilaian awal struktur tanah.
Tambahnya lagi, pihaknya dalam masa yang sama sudah menasihati penduduk berhampiran runtuhan supaya segera berpindah sekiranya keadaan memerlukan dan membuat laporan berhubung kejadian itu.
Semalam, penghuni di jalan tersebut dikejutkan dengan kejadian tanah runtuh yang berlaku hanya kira-kira satu meter dari rumah mereka, di mana tanah runtuh tersebut berukuran kira-kira 30 meter panjang dengan ketinggian 10 meter
Kejadian dipercayai berlaku kira-kira 3 pagi, namun, tidak membabitkan kemalangan jiwa atau kerosakan harta benda.
Beberapa penduduk sebelum itu turut mendakwa terdapat kesan rekahan berlaku di jalan tersebut beberapa hari sebelum kejadian.
Sumber: Utusan Online
http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Mon Sep 19, 2016 8:32 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
4 menteri besar bertukar atau PM ditukar oleh 4 menteri besar..???
bloglist-malaysia.blogspot.
kedahlanie.info
Posted by Kedah Lanie
Shahbudin Husin,
Tiba-tiba saja isu pertukaran Menteri Besar muncul kembali. Malah kali ini diberitakan Najib Razak mahu menukar empat ketua kerajaan negeri iaitu Kedah, Pahang, Negeri Sembilan dan Terengganu.
Selain faktor kesihatan dan sudah lama berkhidmat, Najib juga difahamkan merancang pertukaran itu kerana memerlukan pemimpin baru untuk menerajui parti dan kerajaan di negeri-negeri yang terbabit itu.
Sementara isu pertukaran ini mungkin menyebabkan penyandang sedia ada, terutama yang sedar memang ada masalah tertentu membelenggu mereka dalam menjalankan tugas seharian, mula menghitung hari-hari terakhir di puncak kuasa peringkat negeri, pemimpin yang lain barangkali mula mencatur strategi untuk mengisi kekosongan yang ada itu.
Tidak mustahil sudah ada yang mula berangan-angan, memasang badan dan menempah baju Melayu baru ketika ini. Yang melobi, merapatkan diri atau lebih kerap mencium tangan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri juga tentunya bertambah ramai kebelakangan ini.
Menteri Besar sedia ada mungkin turut merasakan mereka sudah kekurangan penyokong dan pengampu sehari dua ini. Biasanya begitulah, bila pokok sudah mula senget mahu tumbang, kera dan monyet pun tidak lagi berminat bergayut di dahannya.
Menukar Menteri Besar adalah proses biasa bagi mana-mana kerajaan negeri. Pertukaran boleh dilakukan atas pelbagai sebab dan kadangkala juga direka sebab-sebabnya.
Tetapi sebelum Najib mahu menukar keempat-empat Menteri Besar itu, apakah UMNO dan BN begitu yakin akan terus berkuasa di negeri-negeri tersebut?
Apakah sokongan rakyat makin bertambah atau kian berkurangan dengan rancangan pertukaran Menteri Besar itu?
Begitu juga dengan peranan Menteri Besar-Menteri Besar yang tahu jawatan mereka akan ditanggalkan, apakah mereka akan bekerja bersungguh-sungguh sewaktu kempen PRU 14 nanti atau hanya bersikap sambil lewa sahaja?
Tidak mungkinkah juga berlaku lebih banyak unsur sabotaj, tidak mahu bekerja atau lepas tangan di kalangan penyokong atau orang kuat Menteri Besar yang digugurkan itu?
Lebih tidak mustahil ialah bagaimana jika sementara Najib merancang melakukan pertukaran pemimpin, rakyat atau pengundi pula membuat pertimbangan untuk menukar kerajaan di empat negeri terbabit?
Jika UMNO dan BN terumbang-ambing, hilang banyak kerusi dan mungkin juga gugur kuasa di peringkat negeri, tidakkah ia secara langsung akan menyukarkan lagi Najib mengekalkan kuasanya di Pusat?
Akhirnya, empat Menteri Besar yang dirancang untuk digugurkan itu mungkin juga merupakan sebab untuk Najib sendiri lebih mahu ditukarkan. Berbanding pertukaran empat Menteri Besar, lebih ramai sebenarnya yang mahu Najib digantikan.
Bahkan, pasti lebih ramai yang gembira jika Najib dan keempat-empat Menteri Besar itu dapat digugurkan secara serentak. (SH 19/09/2016).
----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:-
To:
Sent: Sunday, September 18, 2016 10:18 PM
Subject: Fw: tukar MB di 4 negeri & Cukai Baru
Najib mungkin tukar MB di 4 negeri
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net
Menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14) akan datang, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijangka akan membuat 'perubahan' untuk memastikan BN kekal berkuasa.
Akhbar berbahasa Inggeris The Star yang memetik sumber berkata, perubahan yang akan dilakukan termasuk menukar menteri besar di empat negeri- Pahang, Terengganu, Kedah dan Negeri Sembilan.
"Perdana Menteri perlu pemimpin baru untuk menerajui jentera di negeri tersebut," kata sumber itu yang dipetik sebagai berkata.
Spekulasi mengenai perubahan dalam jentera kerajaan Umno telah giat diperkatakan selepas Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob baru-baru ini berkata mungkin tidak akan mempertahankan kerusi DUN Pelangai yang telah disandangnya sejak 1986.
Adnan membuat kenyataan itu beberapa hari selepas dia mengejutkan Dewan DUN dengan meletakkan 'pen di antara jari di kakinya' bagi menolak khabar angin kononnya beliau tidak sihat.
Di Kedah pula, The Star melaporkan, perancangan Najib untuk menukar menteri besar itu ekoran kesihatan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah yang kerap ke hospital.
Begitu juga dengan Negeri Sembilan, Menteri Besarnya Datuk Seri Mohamad Hasan turut mempunyai masalah kesihatan ketika beliau dikatakan sakit semasa menghadiri Mesyuarat Agung Umno bahagian Rembau.
Cukai Hotel, Cukai Baru Untuk Promosi Industri Pelancongan Selepas Negara Hilang Hasil Akibat Kejatuhan Harga Minyak - Nazri Aziz
bloglist-malaysia.blogspot.
amenoworld.net
Menteri bagitau ;
Kerajaan gila kesayangan kita neh ada satu plan percukaian terbaru. Plan tersebut ialah memperkenalkan cukai perhotelan. Pelaksanaan cukai ini perlu bagi membantu kerajaan menjana pendapatan. Kerajaan telah hilang banyak pendapatan berikutan kejatuhan harga minyak global oleh itu bagi mendapatkan kembali dana yang hilang perkenalan satu cukai ke atas hotel perlu dilaksanakan agar kementerian pelancongan mendapat dana bagi mempromosikan Malaysia.
Kejap. Rasa nak maki. Tapi input belum cukup. Nak rasa marah. Tapi info atas tangan belum lengkap. Jadi aku bersabar dulu sehingga jelas dengan semua maklumat.
Pendapat aku secara kasar. Cukai seperti ini tidak boleh ada sebabnya ialah hotel dah ada 2 jenis cukai. Bila ko book hotel online ko kena bayar cukai perkhidmatan dan cukai GST. So cukai perhotelan ini untuk apa pula? Kita dah ada cukai perkhidmatan disitu beb. Then ko tambah GST lagi. Sekarang kau nak impose satu lagi jenis cukai. Tak logik. Di saat kau nak boost industri pelancongan dengan impose cukai baru kau indirectly jatuhkan industri perhotelan. Ko laksanakan cukai baru sebab nak cari dana. Tetapi siapa pula nak rajin tidur hotel dengan segala cukai yang mencekik. Baik p layan homestay beb. Homestay yang diusahakan oleh orang perseorangan. Selain murah ianya juga lengkap dengan segala kemudahan.
Cukai baru jika di impose, kalau pelancong tahu dorang pun takmau mai sebab menambah kos meskipun matawang Malaysia dah jatuh. Sebaliknya hapuskan je cukai2 sedia ada dan stick pada GST 6% semata. GST 6% itu nanti akan kembali kepada kerajaan sebagai revenue disebabkan penghapusan2 cukai sedia ada buat kita jadi berani nak perhabis duit dengan melancong.
Jangan tambah cukai. Cari jalan dengan boost industri pelancongan supaya kerajaan dapat tambah pendapatan directly dari hasil GST. Tak pun minta no penderma baik ahti dari Najib atau Reza anak tiri si Najib tu hah. Suruh dia derma kepada kementerian ko atas alasan menyelamatkan rakyat Malaysia dari penjajahan cukai. Aku percaya penderma yang baik ahti itu akan memahami keperitan dan kesusahan rakyat Malaysia. Aku ikhlas sebut neh. Seriyus pula tu. Bukannya main-main taw.
Kbai.
http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Mon Sep 19, 2016 8:33 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
OKU Ini Dihalau Dari Parking OKU Oleh Kakitangan Kerajaan Penang
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net
Saya, DrMohamad Muzammil Mohamad Noor, daripada USM. Seorang OKU berkerusi roda berdaftar dgn #JKM, PPINANG. Pagi tadi semasa saya pergi sp arena #sparena di seberang jaya untuk menghadiri sambutan hari malaysia dan meraikan para kontijen hari kebangsaan anjuran #SUKpulaupinang #sukpenang,
saya berparkir di parkir oku kerana saya pemandu oku dan kereta diisytiharkan kereta oku tetapi saya diarahkan oleh kakitangan #setiausahakerajaanpulaupinang dan #polisbantuan mengalihkan kereta saya ke petak parkir lain kerana petak parkir #oku telah dikhaskan kepada kenderaan orang kenamaan/vvip kerajaan negeri/tetamu khas dan TYT.
Bagi saya adakah ini adil utk org oku seperti saya? Apa gunanya diadakan parkir oku di situ jika tidak diperuntukkan kpd kami yg oku?
Penang Kini
Penang Kinis
Penang Kia
Pulau Pinang
Mej Yaacob Md Saad
Apa kata senator oku negara, YB Bathmavathi Krishnan Bathmavathi Krishnan? Boleh buat surat bantahan/komen kpd kerajaan pulau pinang?
OKU Ini Dihalau Dari Parking OKU Oleh Kakitangan Kerajaan Penang Kerana Tapak OKU Dikhaskan UTK VVIP.
bloglist-malaysia.blogspot
sozcyili.blogspot
Bodoh.
Ya halau tu bodoh.
Yang selia program tu pun bodoh.
Yang VVIP park kat parking OKU pun bodoh juga.
Jangan kata tatau atau tak berkaitan insiden ya.
Semua secara bersama-sama menyumbang kepada insiden diskriminasi lagi mendiskriminasikan ini.
Baca ;
MOHON 'SHARE' SEBAGAI SOKONGAN KEPADA GOLONGAN OKU
Saya, DrMohamad Muzammil Mohamad Noor, daripada USM. Seorang OKU berkerusi roda berdaftar dgn #JKM, PPINANG. Pagi tadi semasa saya pergi sp arena #sparena di seberang jaya untuk menghadiri sambutan hari malaysia dan meraikan para kontijen hari kebangsaan anjuran #SUKpulaupinang #sukpenang, saya berparkir di parkir oku kerana saya pemandu oku dan kereta diisytiharkan kereta oku tetapi saya diarahkan oleh kakitangan #setiausahakerajaanpulaupinang dan #polisbantuan mengalihkan kereta saya ke petak parkir lain kerana petak parkir #oku telah dikhaskan kepada kenderaan orang kenamaan/vvip kerajaan negeri/tetamu khas dan TYT.
Bagi saya adakah ini adil utk org oku seperti saya? Apa gunanya diadakan parkir oku di situ jika tidak diperuntukkan kpd kami yg oku?
Penang Kini
Penang Kinis
Penang Kia
Pulau Pinang
Mej Yaacob Md Saad
#limguangeng #trauma #oku #orangkurangupaya #orangkelainanupaya #orangcacat #pkr #partikeadilanrakyat #usm #universitisainsmalaysia #jabatankebajikanmalaysia #kementerianwanitakeluargadanmasyarakat #najibrazak
Apa kata senator oku negara, YB Bathmavathi Krishnan Bathmavathi Krishnan? Boleh buat surat bantahan/komen kpd kerajaan pulau pinang?
http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Mon Sep 19, 2016 8:33 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Hanya 20 peratus tanah di semenanjung dimiliki oleh Melayu
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net
KUALA LUMPUR, 26 Okt – Menurut sebuah kajian, tanah-tanah yang dimiliki oleh orang Melayu di Semenanjung secara keseluruhannya hanya 20%, manakala 80% lagi dimiliki oleh orang bukan Melayu.
Mantan Ketua Setiausaha Kementerian Tanah dan Koperasi Prof Datuk Dr Nik Mohd Zain Yusof berkata, kajian lain pula mengatakan daripada 32 juta ekar tanah di semenanjung, hanya 11% sahaja berstatus Tanah Rizab Melayu.
Selain itu, satu kajian lain mendapati di Pulau Pinang hari ini tidak lagi wujud Tanah Rizab Melayu.
Beliau berkata demikian kepada lebih 300 hadirin di Wacana dan Forum Isu Tanah Rizab Melayu petang ini di Dewan ISTAC, Persiaran Duta Kuala Lumpur.
BACA: Tanah Rizab Melayu tinggal 12% - Pengabaian tanggungjawab perlembagaan oleh kerajaan
Tambahnya, dapatan kajian tersebut amat membimbangkan kita selaku orang Melayu di tanah air sendiri.
Katanya, penyusutan jumlah Tanah Rizab Melayu kepada 11% yang sepatutnya berjumlah 50% (menurut Wasiat Raja Melayu) boleh ditambah kembali dengan syarat wujudnya 'political will' di kalangan ahli politik yang menguasai kerajaan negeri.
"Saya pernah terlibat dengan satu mesyuarat bersama menteri-menteri besar, dalam mesyuarat itu membincangkan soal penggantian semula Tanah Rizab yang diambil oleh kerajaan negeri. Namun malangnya kebanyakan menteri besar tidak mahu mengganti semula atas alasan harga tanah itu akan jatuh lalu dibeli dengan harga yang murah, sedangkan terdapat orang bukan Melayu yang sanggup membeli dengan harga mahal," kata beliau.
"Anak cucu kita satu hari nanti akan menyalahkan kita kerana mereka akan menumpang di tanah kelahiran sendiri kerana sudah tidak mempunyai tanah," katanya lagi.
Ujarnya terdapat beberapa cara untuk menambah semula jumlah Tanah Rizab, namun sikap pemimpin yang tunduk kepada bangsa bukan Melayu menjadi penghalang.
Menurut Pensyarah Kanan Jabatan Pengurusan Hartanah Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dr Mohd Hasrol Hafiz Aliasak pula, isu Tanah Rizab Melayu bukan isu baru sebaliknya ia telah dibincangkan sejak 100 tahun lalu oleh pihak British.
Beliau yang merupakan ahli akademik yang bertanggungjawab mendedahkan di media jumlah Tanah Rizab Melayu yang kini berbaki 11% berkata, terdapat banyak punca berlakunya penyusutan.
Antaranya ialah sikap orang Melayu yang menganggap tanah sebagai komoditi yang mahu mendapat keuntungan sementara.
Selain itu, pembangunan bandar juga merupakan ancaman terhadap Tanah Rizab Melayu seperti yang berlaku ke atas Kampung Baru di Kuala Lumpur.
Katanya, tanah adalah lambang kedaulatan sesebuah bangsa yang perlu dipelihara.
"Kita perlu mengambil pengajaran daripada bangsa-bangsa yang sudang kehilangan tanah air. Mahukah kita menjadi seperti Palestin yang tanahnya sudah diambil oleh Israel?
"Jika kita sudah hilang tanah, di mana lagi kita mahu duduk?" soal beliau dalam pembentangannya.
http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Mon Sep 19, 2016 8:34 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Cuepacs Desak Kerajaan Kecualikan Saman Kepada Pemandu Kerajaan
bloglist-malaysia.blogspot
bankami.blogspot
Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mencadangkan diwujudkan satu klausa pengecualian kepada pemandu kenderaan kerajaan daripada dikenakan tindakan pemotongan mata demerit apabila Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (Kejara) dan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dijalankan serentak nanti.
Presiden Cuepacs Datuk Azih Muda berkata pelaksanaan serentak 2 sistem itu akan memberi kesan kepada lebih 50,000 pemandu kenderaan kerajaan, yang ada ketikanya terpaksa memandu melebihi had kelajuan ditetapkan atas faktor kepentingan urusan kerajaan.
Pemandu kenderaan polis, ambulans, bomba serta menteri antara yang tidak terkecuali dalam pelaksanaan sistem Kejara dan AES apabila ia dilaksanakan kelak.
Azih berkata pemandu kenderaan kerajaan adalah tertakluk kepada tugasan seperti terlibat dalam operasi, mengejar penjenayah, menghantar pesakit atau terpaksa bergegas dari beberapa lokasi dalam masa yang singkat.
"Apabila kamera AES mengesan kenderaan dipandu melebihi had, pemandu terbabit secara automatik akan disaman, dikenakan pemotongan mata demerit Kejara yang mungkin pada akhirnya lesen memandu mereka digantung jika jumlah kesalahan mencapai 20 mata seperti ditetapkan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di sini hari ini.
Azih berkata keadaan sedemikian bukan saja merugikan pemandu malah memberi kesan kepada penugasan kementerian, jabatan atau agensi kerajaan kerana mereka yang terbabit mungkin tidak boleh melakukan tugasan lain kerana jawatan hakiki mereka adalah sebagai pemandu.
Kebimbangan serta cadangan mewujudkan klausa pengecualian kepada pemandu kenderaan kerajaan antara yang dibangkitkan delegasi Cuepacs dalam pertemuan tertutup mereka dengan Ketua Pengarah JPJ Datuk Nadzri Siron selama sejam di ibu pejabat JPJ di sini.
Ditanya reaksi ketua pengarah JPJ terhadap cadangan berkenaan, Azih berkata Nadzri mengambil maklum mengenainya serta menjelaskan perincian lanjut perlu dilakukan kerana pelaksanaan kedua-dua skim tersebut masih baharu di negara ini.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai pada Januari lepas dilaporkan berkata dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan jalan raya, AES dan Kejara akan dilaksanakan serentak selewat-lewatnya pada Mac.
Tiong Lai berkata pelaksanaan tersebut bukan bertujuan mendenda pemandu, sebaliknya penguatkuasaan AES dan Kejara merupakan satu cara berkesan dalam mengurangkan nahas jalan raya.
FMT
http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com
----------------------------------------
Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
----------------------------------------
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
----------------------------------------
Weblist:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com
----------------------------------------
Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
----------------------------------------
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
----------------------------------------
Weblist:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com
No comments:
Post a Comment