3 Messages
Digest #4889
Messages
Wed Jan 31, 2018 11:56 am (PST) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
FELDA - KENAPATERUS MENIPU?
bloglist-malaysia.blogspot.
gajahmenta.blogspot
DIRECTER Gajah Menta
Saya memberi ruang sepenuhnya kepada kepimpinan Felda untuk meneruskan sandiwara mengenai tanah Felda yang dilaporkan hilang hakmilik dan kemudiannya telah mendapat kembali hakmilik.
Sepanjang sebulan sandiwara ini dimainkan, saya menunggu sama ada Tan Sri Shahrir Samad akan menjelaskan perkara yang sebenarnya kepada rakyat. Malangnya, beliau terus terjebak dengan sandiwara politik untuk meredakan kemarahan rakyat mengenai kerosakan yang telah berlaku ke atas Felda, sehingga beliau sempat mengeluarkan sindiran seolah-olah "kejayaan" Felda mendapatkan kembali tanah tersebut adalah hasil doa Perdana Menteri di Mekah.
Saya bersimpati kerana ramai rakyat kebanyakan yang tidak biasa dengan selok belok pembangunan tanah dan undang-undang tanah yang dengan mudah boleh terpedaya dengan sandiwara politik tersebut.
Hari ini, saya ingin menegaskan bahawa tanah Felda yang diwar-warkan kononnya telah didapati kembali hakmiliknya, sebenarnya telah hilang buat selama-lamanya.
Saya ingin mengingatkan perkara-perkara berikut:
i. Beberapa bidang tanah milik Felda ini telah diserahkan kepada sebuah syarikat pemaju yang bernama Symphony Promenade Sdn Bhd (SPSB) untuk membangunkan beberapa menara pejabat dan kediaman mewah
ii. Apabila pembangunan itu diteruskan, lot-lot bangunan itu akan dijual kepada pembeli-pembeli dan hakmilik bangunan bertingkat itu akan bertukar dari hakmilik tanah kepada hakmilik strata (satu hakmilik strata setiap satu ruang pejabat atau kediaman mewah yang dijual kepada pembeli)
iii. Hakmilik bangunan tersebut akhirnya adalah milik pembeli-pembeli persendirian dan bukan lagi hakmilik Felda, walaupun kini hakmilik tanah masih lagi dalam pegangan Felda
Sebab itu saya mahu mengingatkan Tan Sri Shahrir Samad bagaimana pendirian beliau sendiri telah berubah dalam tempoh sebulan mengenai pembangunan tanah-tanah tersebut.
Apabila beliau mula-mula mendedahkan sandiwara tanah ini, beliau dilaporkan oleh Berita Harian bertarikh 21 Disember 2017 bahawa Felda tidak berminat untuk meneruskan projek pembangunan KLVC di atas tanah-tanah Felda itu, seperti capaian-capaian berikut:
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/12/366118/felda-tidak-minat-teruskan-pembinaan-klvc-shahrir
Saya sertakan juga rakaman temuramah yang dibuat oleh Tan Sri Shahrir dengan wartawan-wartawan Berita Harian pada hari yang sama yang menyatakan sendiri Felda tidak lagi berminat untuk meneruskan projek KLVC:
https://www.youtube.com/watch?v=cJbmcntFDBE&feature=youtu.be
Saya faham kenapa Felda tidak berminat untuk meneruskan projek tersebut kerana sekiranya projek diteruskan, hakmilik akan bertukar kepada hakmilik strata dan keseluruhan bangunan dan lot-lot yang dijual itu akan berpindah milik kepada pembeli-pembeli yang mendapat hakmilik strata kelak.
Hanya dengan tidak meneruskan projek pembangunan KLVC itu barulah Felda dapat mengekalkan tanah-tanah tersebut menjadi pegangan Felda.
Malangnya tidak sampai sebulan dari kenyataan tegas tersebut, Tan Sri Shahrir Samad telah buat pusingan-U demi menjual sandiwara tanah Felda diperolehi kembali.
Saya petik laporan Utusan Malaysia bertarikh 15 Januari 2018 semasa Tan Sri Shahrir Samad dijulang menjadi wira mendapatkan kembali tanah Felda, di dalam laporan bertajuk "Felda dapat kembali hak milik tanah di Jalan Semarak".
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/felda-dapat-kembali-hak-milik-tanah-di-jalan-semarak-1.590746
Keputusan Felda untuk meneruskan projek pembangunan KLVC, yang kurang sebulan dari tarikh 15 Januari itu ditentang habis-habisan oleh Tan Sri Shahrir Samad sendiri, merupakan sandiwara utama episod tanah Felda yang hilang ini..
Saya memohon Tan Sri Shahrir Samad berdebat dengan saya untuk mendapatkan kepastian mengenai perkara-perkara ini:
i. Hakmilik tanah yang diperolehi oleh Felda yang diwar-warkan sejak minggu lepas sebenarnya tidak bermakna kerana dengan pembangunan KLVC yang diteruskan, hakmilik strata akan dikeluarkan kepada pembeli lot-lot bangunan dan ruang pejabat/kediaman. Merekalah pemilik sebenar hartanah itu kelak, bukannya lagi Felda
ii. Episod Felda mendapatkan kembali tanah adalah satu sandiwara kerana keadaan sekarang (walaupun Felda dilaporkan mendapat balik hakmilik ke atas plot tanah tersebut) tidak berbeza dengan keadaan sebelumnya; iaitu tanah-tanah tersebut telah diserahkan kepada pemaju swasta untuk dijual sebagai lot ruang pejabat/kediaman
Saya sudah mendapat beberapa dokumen yang saya akan tunjukkan esok dan lusa untuk menguatkan lagi hujah saya bahawa tanah Felda itu telah hilang selama-lamanya.
Episod tanah Felda diperolehi kembali hanyalah sandiwara politik yang dimainkan oleh Tan Sri Shahrir Samad.
RAFIZI RAMLI
AHLI PARLIMEN PANDAN
23 JANUARI 2018
"Apa Hina Sangat Ke Kami Yang Kerja Kilang Nie?" Lelaki Luah Realiti Sebenar Kerja Kilang Yang Ramai Orang Perlekeh
siakapkeli.my
Gambar Hiasan
Pekerjaan dan rezeki setiap orang itu berbeza. Bekerja di sektor awam mahupun swasta masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri. Namun, ada juga segelintir masyarakat yang memandang rendah pada pekerjaan orang lain.
Mereka yang bekerja sebagai operator kilang terutamanya, seringkali dilabelkan sebagai mereka yang tidak mempunyai masa depan. Kedengaran agak keras, namun itulah hakikat sebenar pandangan sekeliling yang terpaksa ditelan oleh pekerja kilang.
Perkongsian dari Raimi Ahmad melalui laman facebook, meluahkan realiti sebenar tugas sebagai operator kilang. Tidaklah seteruk yang disangka, gaji yang ditawarkan juga setaraf dengan pekerjaan lain bahkan lebih tinggi dan lumayan. Bukan mengeluh dengan pekerjaan, namun terkilan dengan persepsi negatif orang ramai kepada mereka yang berstatus mat dan minah kilang ini.
Pemikiran sebegini harus dikikis, kerana mereka mencari rezeki yang halal untuk menyara hidup bukan mengemis atau meminta di jalanan. Paling penting, jangan malu dengan apa yang kita lakukan. Moga dengan perkongsian beliau di bawah ini dapat membuka mata masyarakat di luar sana.
Hina sangat ke kerja kilang? (Yang mana dok perlekeh meh baca)
"kalau hang tak da keja..p keja kilang" Dalam mentaliti orang melayu khususnya kalau keje kilang ni adalah satu pekerjaan yang "lekeh" & keje yg "tu" adalah keje yang mulia & menjamin masa depan...its ok.
Gambar Hiasan
Banyak yg tanya aku sekarang aku keje apa disebabkan kan aku ni selalu tukar keje..hehe..
Untuk pengetahuan luorang sekarang memang aku bekerja sebagai operator kilang..ini adalah pekerjaan aku yg ke-9 & ini kali pertama aku keje kilang..sebelum ni aku keje lain2 bidang..buat direct sales, telesales, office, bulk mailing, penyelia, buruh kasar pun pernah & ada lagi aku tak tau apa nama jawatannya.
Jujur cakap aku dah lama nak masuk keje kilang ni sejak dari habis sekolah lagi tapi tak termasuk jugak.. tapi selepas bertahun-tahun baru aku dapat masuk dan seriusly baru aku faham kenapa baru sekarang urusan aku ni dipermudahkan setelah bertahun-tahun.
Tapi sebelum tu kan aku nak cerita.. Bila sebut keje kilang or operator kilang ramai yg ingat keje yg lekeh & tak de masa depan..masa aku buat sales berapa tahun lepas.. banyak custumer aku keje kilang.. sometime diorang nak apply kad kredit so secara tak langsung payslip mesti bagi kan?aku pun belek la diorang punya slip gaji ni..uiisshhh.
Aku pun tanya la berjawatan apa kan..kot supervisor or manager ke?dia cakap operator..bukan sorang aku jumpa masa tu..ramai kot..jadi masa tu aku terfikir..tang mana lekeh keje kilang ni?dari segi "gaji" ka tau "kerja" itu sendiri?bukan sorang 2 custumer tapi banyak custumer aku keje kilang dulu..
Jadi secara tak langsung, aku terasa mcm dibodohkan umat Melayu sendiri..jenis perangai aku ni..aku nak merasai sendiri & aku tak suka sekadar dengar... So awal bulan 3 tahun lepas aku masuk keje kilang ni.. sebelum tu aku keje penyelia ladang.. hari pertama aku jejak kaki ke kilang ni aku ushar kiri kanan depan belakang..operator ramai..leader ada..supervisor ada..manager ada..exec ada..technision ada.. engineer ada.. jadi apa yg lekehnya???
Dok belajar tinggi2 ambik kejuruteraan tu kebanyakkannya kena masuk kilang la kan..nak masuk gomen kot celah mana?mungkin ada tapi terhad!..masa aku masuk line..di kiri kanan aku ni ada kakak2 & makcik2..so.
Masa tu kilang yg aku keje ni hanya bekerja 14 hari saja sebulan dengan basic gaji RM1000.. maksimum ot adalah 8 hari so bersamaan 22 hari kerja & dapat gaji lebih 2K??so???lekeh mende???aku pun pernah try buat & gaji aku lebih RM2K..kalau bab kerja?aku tak fikir lekeh pasal prosedure ketat la hanat!..keluar masuk nak kena scan bagai..time in & out kena betul..luorang keje boleh keluar masuk senang2 itulah sebenarnya yg lekeh..time keje pon boleh keluar..huhuiii
Keje 12 jam berdiri..duduk pun time rehat je..ada jugak station yg duduk tapi tak semua..mcm aku sendiri kena berdiri 12 jam.. So?.. apa luorang nak lekehkan orang yg keje kilang? aku dah masuk & rasai sendiri mcm mana keje kilang ni & aku fikir tak ramai yg boleh tahan.. aku pun tak tau berapa lama lagi aku akan stay keje sini tapi secara jujurnya keje kilang bukan selekeh yg disangka..
Tun Mahathir pernah cakap "selama lebih 20 tahun saya mungkin berjaya ubah Malaysia tapi saya gagal ubah "mentaliti&quo
Tapi ada jugak yg aku jumpa keje kilang tapi kondem.. ini laaaagi masalah besar.. sebab nampak keje yg lain lagi bagus..maybe aku dah teroka banyak keja so aku dah nampak "gamenya"
Gambar Hiasan
Kalau awak seorang perantau.. suasana adalah moment yg awak akan amati sebaik mungkin.. dan aku enjoy keje sekarang.. bukan pasal keje tapi berkenaan dengan suasana..kalau cakap pasal keje..giler la weii..12 jam berdiri..duduk pun time rehat best kepala bana ape giler..baik aku keje opis boleh ngulat or sambil2 buat keje boleh makan keropok lekor..haha.
Jadikan..apa yg aku boleh katakan..suasana kilang ni tak ubah mcm zaman persekolahan.
Sebelum tumb print semua akan ke loker masing2 dan sebelum nak sampai ke loker sendiri luorang akan nampak kelibat marka2 kakak2 makcik2 berdiri depan loker dok tonyoh lipstik, bedak & pasang bulu mata..hehe..
Bila dah masuk buat keja..moment yg aku suka misalnya dengan tiba2 dengar guruh berdentum.. jap lagi mula la dengar suara2.."
Time rehat pon mcm zaman sekolah..rehat ramai2..ada yg bercouple ada dengan laki bini ada dengan geng2 muda2..bujang2.
zaman sekolah kalau bunyi ja loceng..emmm.
Serius..suasana kilang memang menggamit memori persekolahan.
"Aku akan menangis bila aku berhenti keje kilang nanti..huhu"
Apa2 pun..bila sebut bab kerja itu bab rezeki so jangan risau..lu langkah kaki Tuhan mesti tolong punya..sebab aku dah banyak kali buat benda2 gamble ni..kalau nak tauhid pasal rezeki tapi nanti2 aku cerita..moga dapat sikit manfaat walaupun sikit..
Siakapkeli.my
Hospital Serdang Nafi Pos Tular Kononnya Kos Rawatan Kelas Ketiga Mencecah Sehingga RM80k
siakapkeli.my
25 Jan - Baru-baru ini tular di laman sosial apabila Jomdonate.com telah melancarkan kutipan derma untuk menampung kos rawatan seorang pesakit dari Hospital Serdang iaitu Siti Nurul Ain Binti Kamil.
Pada 24 Januari 2018, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor telah memuat naik kenyataan rasmi daripada Pengarah Hospital Serdang tentang perkara ini menerusi laman Facebook rasminya.
Menurut kenyataan rasmi itu, Nurul Ain masih lagi dirawat di Hospital Serdang dan perancangan perubatan pesakit pada masa ini tidak melibatkan sebarang pembelian alat perubatan yang perlu ditanggung oleh pesakit.
Justeru itu, pihak Hospital Serdang menegaskan bahawa kos rawatan pesakit di Hospital Serdang yang perlu dibayar oleh pihak Siti Nurul Ain tidak mencecah sehingga puluhan ribu ringgit seperti yang tertera di dalam laman web jomDonate.com kerana caj bagi rawatan kelas ketiga adalah sangat minimum.
Kenyataan yang tular
Pihak Hospital Serdang juga berharap, orang ramai dapat meneliti permohonan bantuan derma yang disiarkan di media sosial dan tidak terlibat dalam penyebaran maklumat yang tidak sahih. Pihak hospital amat perihatin dan sentiasa memberikan yang terbaik untuk pesakit.
app-facebook
Jabatan Kesihatan Negeri Selangor
8 jam yang lalu
Isu berkaitan Kos Rawatan Pesakit di Hospital Serdang - Pesakit (Siti Nurul Ain Binti Kamil) yang dilancarkan di laman JomDonate.com.
Mohon kerjasama semua lapisan masyarakat meneliti permohonan bantuan derma yang disiarkan di laman media sosial dan TIDAK terlibat dalam penyebaran maklumat yang TIDAK SAHIH.
Berikut adalah Kenyataan Media rasmi dari Hospital Serdang berkaitan Kes Kutipan Derma ini.
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Facebook: Fanpage Automobil
http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil
http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
Web:
OILYMAN
http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia
http://bloginmalaysia.com
Kataloh
http://kataloh.com
Cari Mudah
http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort
http://besthotelreviews.org
Enplegu.com
http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews
http://besthotelreviews.info
Blog Soccers
http://blogsoccers.com
Google Adsense Program
http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment
http://azamientertainment.com
Din Apartment
http://dinapartment.com
University College Online
http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga
http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info
http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download
http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition
http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker
http://laptopskinsticker.com
Fri Nov 30, 2012 9:22 pm
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
Salam Sejahtera semua.
Mulai 28 November 2012, ahli group Automobil tidak boleh "HIDE ID".
In disebabkan polisi baru Yahoo Groups yang tidak membenarkan menukar alamat email asal seperti sebelum ini.
Jadi kepada sesiapa yang ingin "HIDE ID" sila email dan minta pada kawan-kawan anda untuk melakukan posting sekaligus merahsiakan alamat email syarikat tempat anda bekerja.
Group Automobil juga telah memberikan akses penuh kepada kebanyakan ahli yang aktif terus post email ke group tanpa tapisan moderator tetapi masih di pantau.
Sekian,
Terima Kasih.
Iwan
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com
----------------------------------------
Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
----------------------------------------
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
----------------------------------------
Weblist:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com
----------------------------------------
Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
----------------------------------------
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
----------------------------------------
Weblist:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com
No comments:
Post a Comment