8 Messages
Digest #4916
Messages
Mon Mar 26, 2018 8:49 am (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
9 ADUN PAS S'gor belum terima peruntukan, Azmin cuba kelirukan Massa
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net
Empat daripada 13 Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS Selangor sudah mula menerima peruntukan masing-masing yang sebelum ini didakwa disekat oleh kerajaan negeri.
Pesuruhjaya PAS Selangor Sallehen Mukhyi berkata empat wakil rakyat tersebut adalah ADUN Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman; ADUN Dusun Tua, Razaly Hassan; ADUN Taman Templer, Zaidy Abdul Talib dan ADUN Seri Serdang, Noor Hanim Ismail.
"Setakat ini hanya empat ADUN PAS diberikan peruntukan dan yang lain belum lagi. Sembilan ADUN masih tak terima peruntukan dan guna wang peribadi bagi menjalankan program bantuan di kawasan masing-masing," katanya kepada pemberita.
Sallehen ditemui selepas menghadiri Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Keenam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor ke-13, yang disempurnakan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, di Bangunan DUN di Shah Alam, hari ini. -Bernama
PAS rayu rakyat beri peluang satu penggal tadbir Malaysia
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net
SHAH ALAM: PAS menggesa rakyat memberi peluang kepada parti itu untuk mentadbir negara selama satu penggal untuk melihat perubahan yang boleh dilakukan mereka.
Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi berkata rakyat sudah mengetahui corak dan kesan daripada pentadbiran di bawah Datuk Seri Najib Razak dan Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Kita minta masyarakat beri peluang sekali sahaja kepada PAS untuk memberikan khidmat selama satu penggal paling kurang, perhatikan apa yang kita akan buat.
"Pakatan Harapan (PH) menampilkan bekas perdana menteri yang akan jadi perdana menteri semula, sama juga dengan perdana menteri dari Barisan Nasional (BN).
"Kedua-duanya, tuan-tuan dan puan-puan sudah ada pengalaman, yang belum ada pengalaman hanyalah perdana menteri dari PAS," katanya pada Dialog Perpaduan Nasional PAS Selangor, hari ini.
Dr Mahathir yang pernah menerajui negara selama 22 tahun, dipilih sebagai perdana menteri jika PH memenangi pilihan raya umum ke-14 (PRU14). Najib pula sudah menjadi perdana menteri selama 9 tahun.
Sallehen berkata, sekiranya PAS gagal mentadbir negara dengan baik dalam 1 penggal, rakyat boleh menghukum PAS pada PRU15 dengan memilih PH atau BN.
Beliau turut menyerang Dr Mahathir dengan berkata, parti itu akan menurunkan calon muda dan bertenaga pada PRU14, bukannya calon berusia 93 tahun dan ke atas.
Adun Sabak itu turut melarang penyokong dan ahli PAS menyebarkan fitnah, walaupun mereka bakal berdepan gelombang serangan fitnah menjelang PRU14.
"Saya percaya kali ini penuh dengan serangan, berita yang pelbagai. Kita dilarang sebar fitnah, kita tidak boleh sebar fitnah. Parti lain akan fitnah dan PAS akan terus difitnah.
"Ia sebagaimana fitnah PAS bersama Umno, PAS dapat RM90 juta dan PAS digambarkan sebagai parti yang benci orang bukan Islam, ini semuanya fitnah."
PKR 3, DAP 1, PAS 0
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net
"
Assalamualaikum,,
Selawat dan Salam ke atas Junjungan.. Adam Rosly, curi Pasir dan skandal jual tanah di Ijok, 3 kes di Selangor, Beli bunglow di bawah harga pasaran, satu kes di Penang, Kes curi balak dan rosakkan perkampungan orang asli, cerita dongeng di Kelantan, 0 kes di Kelantan.
PKR yang baru masuk 2 penggal tadbir Selangor dan cuba pula jadi Umno dengan membekukan peruntukan ADUN PAS serta meluluskan baget kerjaaan untuk program parti tanpa exco PAS, rasuah direkodkan dengan 3 kes rasuah selepas dokumen 90 muka surat dikeluarkan untuk menfitnah bekas MB TSKI.
Kini PKR dituntut memberi penjelasan kepada isu skandal penjualan tanah Ijok.Banyak penjelasan diminta dari PKR bukan setakat kenyataan kerajaan negeri tak pernah jual tanah di Ijok.wang pampasan yang diterima peneroka sebanyka RM 300 juta tu datang dari mana, nilai yang didedahkan sebanyak 1.8 billion itu apa pula kalau tidak hasil jualan tanah dan jumah komisyen yang diterima oleh syarikat perunding tu kenapa pula.
Begitu juga kes kecurian pasir yang dikatakan melibatkan anak saudara MB dan kes bunglow Adam Rosly kesemuanya perlukan penjelasan dari PKR yang mendakwa bersih dari rasuah, sebabnya kesemua kes ini tak sama dengan kes di Kelantan.Di Kelantan semuanya dakwaan tanpa ada apa apa barang kes yang boleh dijadikan bukti tetapi di Selangor semuanya ada barang kes dan kes pula dalam siasatan SPRM.
Di Penang pula, kerajaan DAP yang nak contohi Umar Abdul Aziz juga ada barang kes yang menuntut penjelasan dari DAP yang selama ini dikatakan hebat dalam mentabdir.
Selangor 3, Penang 1, Kelantan 0
"................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: senik
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
Patutlah Mereka Gelar PAS Sebagai Parti Pak Lebai dan Parti Suci.
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net
"
Sebahagian daripada kita mengupah tukang untuk membina rumah idaman. Selepas siap pelan,kita akan mencari tukang terbaik. Terbaik di sini bermaksud mutu buatannya tinggi. Untuk itu, kita akan melihat contoh-contoh rumah yang telah dibuat oleh tukang tadi. Tukang yang bagus biasanya mempunyai team yang terdiri daripada tukang kayu,tukang simen, tukang mozek dan tukang cat yang baik juga.
Dalam bidang perniagaan pula, dalam memilih rakan kongsi, kita akan memilih rakan yang dipercayai sepanjang kita mengenalinya. Antara ciri penting ialah ikhlas dan jujur. Rakan yang ada pegangan agama, tahu dosa pahala. Rakan yang ada rasa tanggungjawab untuk memajukan perniagaan demi amanah yan diberikan.
Dalam keluarga sendiri, apabila hendak diberikan sesuatu amanah maka anak yang paling jujur menjadi pilihan. Kita tak akan beri kepada anak yang nakal, kaki auta dan buruk akhlaknya.
Maka, bagaimana mungkin dalam memilih pemimpin untuk memimpin negeri dan negara, rakyat dan generasi , kita buat semberono. Macam mana kita masih rela memberi undi kepada pemimpin dan parti yang terbukti korup. Jabatan Audit Negara dan SPRM ada rekod bagaimana harta negara tiris dan disonglap oleh kroni penguasa. 'Penguasa setahun jagung' Pakatan Harapan (PH) juga telah ada berpuluh-puluh kes yang disiasat. PH dipersepsikan oleh juak-juak mereka sebagai 'kerajaan menanti'. Bagi rakyat terbanyak,mereka adalah segerombolan pemimpin yang 'menanti peluang' sebenarnya.
Justeru, sentimen kepartian kuno dan sempit perlu dinyahkan dalam era digital di hujung jari ini. Pilihlah parti yang mempunyai imej dan rekod yang cemerlang. PAS digelar sebagai 'parti pak lebai' dan 'parti suci' oleh PH. PAS juga telah dilabelkan sebagai parti pembangkang yang matang oleh pemimpin BN sendiri. Apalagi PAS juga telah diberi kredit berdokumen sebagai kerajaan yang menguruskan kewangan yang baik dan bebas rasuah oleh Jabatan Audit Negara dan SPRM. Tak cukup lagikah Kelanan, Terengganu dan Kedah di era pemerintahan PAS mencelikkan mata rakyat dan pengundi?
"................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: BayangDiAir
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
'Syarat pelik' untuk jaga kepentingan rakyat
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net
PERDANA Menteri perlu menyatakan 'syarat-syarat pelik' (odd conditions) yang beliau dakwa semalam dikenakan ke atas pemaju-pemaju oleh Kerajaan Negeri Selangor. Beliau berkata peraturan-peraturan ini menyebabkan harga rumah di negeri Selangor meningkat.
Mungkin syarat yang dimaksudkan oleh beliau adalah syarat kerajaan negeri mewajibkan pemaju membina Rumah Mampu Milik (Rumah Selangorku) sebelum atau serentak bersama rumah harga bebas.
Kerajaan negeri meletakkan syarat ini agar pemaju tidak menangguhkan pembinaan Rumah Mampu Milik mereka sehingga bertahun-tahun selepas rumah harga bebas siap dibina.
Ketika Barisan Nasional mentadbir negeri Selangor, pemaju boleh membina rumah harga bebas sebelum membina Rumah Mampu Milik (Rumah Kos Rendah, Rumah Kos Sederhana dan Rumah Kos Sederhana). Akibatnya masih banyak Rumah Mampu Milik tersebut yang diluluskan di zaman mereka yang masih belum dibina hingga ke hari ini. Ada pula pemaju yang memohon untuk tidak membina rumah-rumah tersebut.
Kerajaan negeri mewujudkan 'syarat pelik' ini untuk mengelakkan pemaju lari daripada tanggungjawab mereka.
Untuk Projek PR1MA, kerajaan negeri mensyaratkan sebahagian dari projek tersebut wajib menyediakan Rumah Selangorku dengan harga jualan kurang daripada RM250,000. Peratus Rumah Selangor tersebut adalah bergantung kepada lokasi dan keluasan projek. Tetapi ianya adalah di antara 20 hingga 40 peratus.
'Syarat pelik' ini adalah untuk memastikan rumah yang dibina mampu dimiliki oleh rakyat kerana Rumah PR1MA adalah bermula dari RM300,000 hingga RM400,000.
Saya ingin mengingatkan Perdana Menteri bahawa 'syarat-syarat pelik' ini adalah untuk menjaga kepentingan rakyat. Ianya hanya 'pelik' kepada mereka yang tidak mengutamakan kepentingan rakyat.
YB DATO' ISKANDAR A. SAMAD
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar Negeri Selangor
25 Mac 2018 – HARAKAHDAILY 25/3/2018
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Mon Mar 26, 2018 8:49 am (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
TMJ letak jawatan presiden FAM
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net
Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengumumkan peletakan jawatan sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), sebentar tadi.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang percaya kepada saya, penaja dan pasukan yang bertanding.
"Ini adalah surat peletakan jawatan saya sebagai Presiden FAM," kata TMJ pada sidang media selepas Kongres Tahunan Perkongsian Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) di Johor Bahru.
Dengan pengumuman itu bermakna genap setahun Tunku Ismail memimpin badan induk bola sepak tersebut selepas dilantik ke jawatan itu pada 25 Mac tahun lalu.
Sementara itu, surat peletakan jawatan diserahkan kepada Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin, lapor Utusan Malaysia.
Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP, Kevin Ramalingam berkata, Tunku Ismail secara rasmi dilantik menjadi Pengerusi FMLLP berkuat kuasa hari ini.
Katanya, FMLLP juga akan melalui proses penjenamaan semula dan dikenali dengan nama Malaysia Football League (MFL).
"MFL dan FAM kini merupakan dua institusi yang tidak berkait, di mana Tunku Ismail sebulat suara dilantik sebagai Pengerusi MFL," ujarnya.
Tungku Ismail Rasmi Lepaskan Jawatan Sebagai Presiden FAM
Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebentar tadi sah telah melepaskan jawatan sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Baginda berkata demikian mellaui sidang media Kongres Tahunan Perkongsian Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) di Johor Bahru.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang percaya kepada saya, penaja dan pasukan yang bertanding. Ini adalah surat peletakan jawatan saya sebagai Presiden FAM," kata TMJ sambil menunjukkan surat perletakan jawatannya.
Tungku Ismail Rasmi Lepaskan Jawatan Sebagai Presiden FAM
siakapkeli.my
Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebentar tadi sah telah melepaskan jawatan sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Baginda berkata demikian mellaui sidang media Kongres Tahunan Perkongsian Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) di Johor Bahru.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang percaya kepada saya, penaja dan pasukan yang bertanding. Ini adalah surat peletakan jawatan saya sebagai Presiden FAM," kata TMJ sambil menunjukkan surat perletakan jawatannya.
Walaubagaimana pun, TMJ terus kekal sebagai pengerusi FMLLP, perkara ini disahkan sendiri oleh mereka di laman Facebook rasmi badan berkenaan.
Posted by JOHOR Southern Tigers
KONGRES KEDUA FMLLP 2018
----------
TAHNIAH DULI YANG AMAT MULIA MEJAR JENERAL
TUNKU ISMAIL IBNI SULTAN IBRAHIM KERANA KEKAL SEBAGAI PENGERUSI FOOTBALL MALAYSIA LLP
Tak Rela Dimasak, Ketam 'Bertarung' Guna Pisau
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net
ANTARA makanan laut yang tentunya menjadi kegemaran ramai adalah ketam. Haiwan laut itu sentiasa menjadi santapan peminat makanan laut tidak kira di Malaysia atau di luar negara.
Rasanya yang enak dan lembut membuatkan orang ramai sanggup mengotorkan tangan semata-mata untuk menikmati santapan meliurkan itu.
Namun satu rakaman video menyaksikan seekor ketam memegang sebilah pisau dengan sepitnya tular di media sosial dengan tindakan haiwan itu seolah-olah bertarung dengan seorang lelaki dipercayai tukang masak di sebuah restoran.
Lapor media luar negara seperti metro.co.uk dan The Sun, kejadian berkenaan dilaporkan berlaku di Malaysia, namun jika dihayati tutur percakapan perakan video itu, ia bukanlah bahasa yang biasa didengari di Malaysia.
Menerusi ruangan komen di YouTube, seorang pengguna mengatakan bahawa bahasa yang dituturkan oleh perakam tersebut merupakan bahasa dialek utara Brazil namun tidak dapat dipastikan lokasi sebenar video berkenaan dirakam.
Video mencuit hati berdurasi 30 saat itu menyaksikan lelaki tersebut juga memegang pisau dan seolah-olah melakonkan adegan aksi lawan pedang bersama ketam berkenaan.
Lebih menarik lagi, ketam yang berada di dalam sinki itu dilihat mengubah kedudukan pisau dari sepit kanannya ke sepit kiri sewaktu 'pertarungan' tersebut.
Setelah menunjukkan sifat kepahlawanannya mempertahankan diri, ketam itu kemudiannya melepaskan pisau berkenaan dan mengangkat kedua sepitnya seolah-olah menyerah diri untuk sebelum video itu tamat.
Nasib ketam itu selepas rakaman tersebut ditamatkan masih tidak diketahui sama ada haiwan laut tersebut berjaya menyelamatkan diri atau pun sudah menjadi sajian di atas meja.
Untuk makluman, rakaman video ketam menggunakan pisau sebagai senjata ini bukanlah kali pertama berlaku.
Sekitar dua tahun lalu, tular satu rakaman video di YouTube seekor ketam mengacukan sebilah pisau kepada seorang lelaki sebelum cuba menyelamatkan diri.
Bagaimanapun, video berkenaan mendapat kecaman apabila dikatakan pisau tersebut sengaja digamkan kepada sepit ketam bagi menunjukkan seolah-olah mengacah-acah pisau kepada musuhnya.
Perkara sama juga kemungkinan dilakukan ke atas ketam dalam video terbaru ini sebagai hiburan kepada umum namun kebolehan ketam itu menukar pisau ke sepit yang lain ternyata menunjukkan identiti kepahlawanan yang terdapat di dalam dirinya.
Apa-apa pun, video yang tersebar ini nyata menggelikan hati sesiapa yang melihatnya dan sekiranya tiada kemalangan berlaku, anggaplah ia sebagai satu hiburan santai di hujung minggu. – MYNEWSHUB.CC/
...
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from -:rIeNaCoM:-
1 of 1 File(s)
Mon Mar 26, 2018 8:50 am (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
Dato' Sohok seru istiqamah perjuang Islam
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net
KUALA TERENGGANU: Selebriti, pengarah dan pelakon yang terkenal dengan jolokan Dato' Sohok dalam Telefilem Pok Ya Cong Codei, Mustapha Kamal Mohd Daud menyeru pendokong PAS agar terus istiqamah dengan perjuangan Islam.
Menurutnya, kemenangan Islam akan bersama dengan orang yang istiqamah di mana setiap ahli PAS kena yakin dengan perjuangan Islam yang dibawa oleh parti dan Presidennya.
"Saya sendiri mahu istiqamah sampai bila-bila. Jika kita semua istiqamah untuk kita juga, untuk Islam juga kalau kita istiqamah. Kemenangan akan ada bersama dengan kita, InsyaAllah.
"Kita berjuang hari ini sebab kita nak Islam duduk di atas. Kita kena yakin dengan Islam yang dibawa oleh parti (PAS), kita kena percaya parti yang dibawa oleh Presiden kita.
"Jika kita istiqamah, Islam akan duduk di atas, takbir!" ujarnya dengan penuh semangat di hadapan ribuan hadirin.
Beliau berkata demikian ketika program Santai Bersama Ustaz Azhar Idrus dan Dato' Sohok sempena Himpunan Harapan Semua-PAS Ganti Umno (Harap-PGU) 3.8 di Kuala Ibai, dekat sini, semalam.
Sementara itu, Pendakwah Sejuta Ummah, Ustaz Azhar Idrus juga mengajak umat Islam istiqamah dengan perjuangan ini.
"Setelah kita beriman kepada Allah, istiqamahlah dengan Islam. Saya dulu, kini dan selamanya seluruh keluarga akan bersama dengan Islam.
"Siapa sahaja Presiden, siapa sahaja pemimpin, siapa orang atasnya saya tetap jadi ekor, ikut Islam sampai ke lubang kubur. Teruskan dengan perjuangan Islam," tegasnya.
PAS Negeri Terengganu mengadakan himpunan terbesar parti itu yang terakhir sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, dan kemuncaknya mendengar amanat daripada Presiden PAS, Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
....
HARAKAHDAILY
PAS dan cabaran segenap penjuru
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
http://tranungkite.net
Oleh Abdul Hadi Awang
KALANGAN yang sempit pemikiran politik tidak boleh memahami hanya sekadar dua penjuru sahaja, sama ada menyokong kerajaan atau melawan kerajaan dengan apa cara sekalipun, tidak ada lagi pilihan yang lain dalam perjalanan politiknya.
Rasulullah S.A.W yang berpolitik dengan petunjuk al-Quran melakukan baiah sebelum berhijrah dengan mereka yang sedia bersama Islam, hanya kalangan yang sedia menghadapi tentangan yang datang daripada segenap penjuru.
Baginda S.A.W menolak kalangan Bani Amir yang bertanyakan kabinet bayangan ketika hanya masih bermimpi mendapat kuasa, dan menolak Bani Syaiban yang hanya bersedia menghadapi Kabilah Arab yang sebangsa dengan mereka, namun tidak bersedia menghadapi cabaran daripada segenap penjuru, di antaranya kalangan musyrikin, munafiqin, ahli kitab di Madinah dan dari luar Parsi dan Rom.
Akhirnya Baginda S.A.W menerima baiah 'Aus dan Khazraj yang datang dari Madinah, apabila mereka tidak hanya mengucap dua kalimah syahadah, bahkan mereka bersedia dengan baiah berdepan dengan seluruh penjuru dunia yang menentang Islam. Kemudian bertahaluf dengan kaum Yahudi Madinah, menerima Kristian Najran dan Musyrikin yang menerima Piagam Madinah yang mendaulatkan Islam.
Langkah Rasulullah S.A.W bertepatan dengan risalah dakwah berkonsepkan tiada paksaan terhadap penganut berbagai agama dan kalangan berbilang kaum dan bangsa. Adapun politik Baginda S.A.W memerintah masyarakat majmuk yang berkonsepkan rahmat kepada seluruh manusia dan adil terhadap semua, menyebabkan perjuangannya ditentang oleh semua pihak yang datang daripada Timur dan Barat, Utara dan Selatan.
Allah membahagikan manusia itu bukan sahaja beriman, munafik dan kafir dari segi sikapnya terhadap Islam. Tetapi dibahagikan pula kalangan yang bersahabat dan bermusuh secara terbuka dan bersembunyi, berilmu dan jahil dari segi akalnya. Dibahagikan juga, sikap mereka yang telah pun Islam terhadap petunjuk Allah dalam kehidupan dunia ini, namun ada yang cuai dan malas, ada sederhana dan ada pula yang sangat taat, di samping tidak sama pengetahuan dan amalannya terhadap Islam. Ini dinyatakan oleh firman Allah:
وَالَّذِي أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ مِنَ الْكِتَابِ هُوَ الْحَقُّ مُصَدِّقًا لِمَا بَيْنَ يَدَيْهِ إِنَّ اللَّهَ بِعِبَادِهِ لَخَبِيرٌ بَصِيرٌ (٣١) ثُمَّ أَوْرَثْنَا الْكِتَابَ الَّذِينَ اصْطَفَيْنَا مِنْ عِبَادِنَا فَمِنْهُمْ ظَالِمٌ لِنَفْسِهِ وَمِنْهُمْ مُقْتَصِدٌ وَمِنْهُمْ سَابِقٌ بِالْخَيْرَاتِ بِإِذْنِ اللَّهِ ذَلِكَ هُوَ الْفَضْلُ الْكَبِيرُ(٣٢)
[فاطر: 31-32]
"Dan Al-Quran yang Kami wahyukan kepadamu (Wahai Muhammad S.A.W) ialah yang benar (segala-galanya) yang tetap mengesahkan kitab-kitab yang diturunkan sebelumnya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan sedalam-dalamnya akan keadaan sekalian hamba-Nya, lagi Maha Melihat dan Memerhatikan. (31) Kemudian Kami jadikan al- Quran itu diwarisi oleh orang-orang yang Kami pilih daripada kalangan hamba-hamba Kami; maka di antara mereka ada yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan tidak mengindahkan ajaran al-Quran), dan di antaranya ada yang bersikap sederhana, dan di antaranya pula ada yang mendahului (orang lain) dalam berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu ialah limpah kurnia yang besar (daripada Allah semata-mata)
(Fatir: 31-32)
PAS terlibat sejak awal menentang penjajah bersama masyarakat beragama Islam yang berbagai tahap kefahaman dan ilmunya, dan juga bersama penganut bukan Islam berbagai agama dan ideologi yang diperjuangkannya dengan sikap yang berbeza terhadap Islam.
PAS boleh bersama puak kanan dan kiri yang menentang penjajah pada dasarnya, namun PAS menolak kumpulan kiri yang bertindak keras dan kumpulan kanan yang hanyut mengikut agenda penjajah. PAS menyertai pilihan raya tiga penjuru dan empat penjuru menentang PERIKATAN (Umno, MCA, MIC), Parti Negara dan Front Sosialis. PAS tidak masuk hutan bersama kumpulan kiri yang keras.
Walaupun PAS bertanding dalam Pilihan Raya Umum 1955 dan satu-satunya parti pembangkang dengan hanya satu kerusi, tetapi berjaya meletakkan titik persamaan dengan Umno untuk menjadikan Islam adalah Agama Persekutuan dan kuasa Raja-raja, walaupun hanya sekadar sedikit kuasa yang diberikan kepada negeri dan raja-raja, serta hak kebebasan kepada berbagai agama yang dianuti oleh masyarakat majmuk, sehingga menjadi konsep diterima oleh MCA dan MIC (Pakatan Harapan belum wujud).
Adapun PAS terus menjadi pembangkang yang menyertai pilihan raya selepas kemerdekaan sehingga kini, kerana menentang kecuaian Umno dalam pelaksanaan syariat Islam walaupun telah berkuasa lebih daripada setengah abad. Namun tidak menafikan agenda agama Islam seperti mendirikan masjid, membenarkan pengajian Islam, bank Islam dan muamalat ekonomi Islam. PAS tetap menentang kecuaiannya tidak mengharamkan riba, melesenkan arak, judi dan maksiat sehingga tidak ada kuasa kepada Mahkamah Syariah bagi dilaksanakan hukum Islam walaupun terhadap umat Islam sahaja, tanpa menyentuh penganut agama bukan Islam.
PAS tetap menentang Umno secara beradab dan bersopan, walaupun berlakunya ketidakadilan terhadap kerajaan PAS Terengganu sehingga merampas Royalti Petroleum dan menafikan hak Kelantan, namun PAS tidak berjuang mengeluarkan Kelantan dan Terengganu daripada Malaysia. Walaupun hak diberikan kepada Sarawak dan Sabah, tetapi PAS tetap bersama dalam Malaysia, tidak seperti kalangan yang menyebarkan fahaman anti Semenanjung di Sabah dan Sarawak dan mengajak negara asing campur tangan urusan tanah air tercinta ini.
PAS bertindak secara sopan dalam isu 1MDB dengan bersemuka secara berdepan dan berhujah tanpa mendesak campur tangan asing, namun Melayu PAS tidak lupa terhadap isu yang berantai sebelumnya seperti BMF, PERWAJA, PETRONAS, Tabung Haji, FOREX, KWSP dan menghapuskan konsep negara kebajikan kepada negara kerajaan berniaga.
Walaupun memakan masa yang panjang, di mana kalangan yang terlibat masih berada dalam kehidupan dunia, maka PAS tidak bersama dengan saki baki yang pernah menjadi punca masalah yang masih menjadi penyakit sehingga kini, di mana PAS tidak bersama tindakannya menjadi pembangkang yang tidak bersopan.
PAS juga menentang GST yang membebankan rakyat, bukannya sekadar memburu pencuri cukai dan SST yang tidak mencukupi, tetapi kerana kesilapan mereka yang pernah memimpin negara beberapa lama dahulu.
PAS bukan hanya menyatakan tidak bersetuju, tetapi mengemukakan cadangannya sendiri dalam konsep percukaian bagi menampung kewangan negara kerana mewarisi kesilapan pemimpin Umno yang terdahulu. PAS bukannya seperti mereka yang hanya menentang untuk merebut kerusi di Putrajaya, namun mengekalkan mereka yang terlibat dalam kesilapan yang berlalu.
PAS wajib menentang parti yang nyata anti Islamnya, bersama Melayu yang diperkudakan dan pengkhianat yang bersekongkol dengannya yang bakal menjadi laksana ekor cicak yang putus daripada badannya kerana meninggalkan PAS.
Kini mereka berani bersuara tanpa sopan terhadap sensitiviti umat Islam dengan kenyataannya yang terbuka dalam urusan umat Islam. Namun PAS tidak bermusuh dengan mereka yang bersopan terhadap umat Islam. Ini berpandukan firman Allah:
عَسَى اللَّهُ أَنْ يَجْعَلَ بَيْنَكُمْ وَبَيْنَ الَّذِينَ عَادَيْتُمْ مِنْهُمْ مَوَدَّةً وَاللَّهُ قَدِيرٌ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ (٧) لَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ أَنْ تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ (٨) إِنَّمَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ قَاتَلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَأَخْرَجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ وَظَاهَرُوا عَلَى إِخْرَاجِكُمْ أَنْ تَوَلَّوْهُمْ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ فَأُولَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ (٩)
[الممتحنة: 7-9]
"Semoga Allah akan mengadakan perasaan kasih sayang antara kamu dengan orang-orang yang kamu musuhi itu. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa (atas tiap-tiap sesuatu), dan Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (7) Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. (8) Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. (9)"
(al-Mumtahanah: 7-9)
Inilah pendekatan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) yang sinonim dengan konsep demokrasi berdepan secara damai, sama ada terhadap umat Islam yang berbeza pendapat dan melakukan kesilapan yang wajib dibetulkan, termasuk juga sikap terhadap bukan Islam yang tidak bermusuh terhadap Islam bahkan menerima pemerintahan Islam.
PAS tidak boleh membiarkan kalangan yang nyata bermusuh terhadap Islam dengan jelas mahu menggugat kuasa politik umat Islam dan para pengamal politik oportunis yang berkeliaran mencari jalan mudah dan jalan pintas ke Putrajaya walaupun meredah hutan politik untuk berkuasa semata-mata walaupun berwala' kepada musuh Islam.
PAS memilih konsep demokrasi dalam amalan politiknya dengan beristiqamah bersama Islam sejak ditubuhkan pada tahun 1951 sehingga kini, dan melangsungkan perjuangan menegakkan Islam sejak kedatangannya di nusantara ini. Sehingga kekuatan Islam tidak boleh dimurtadkan oleh penjajah Barat yang membawa agenda mengembangkan agama Kristian yang dibawanya. Pendekatan politik secara damai dilaksanakan sehinggalah penjajah itu terpaksa mengadakan Jabatan Agama Islam bagi mengepung kuasa politik Islam dalam skop yang sempit.
Maka PAS kini menubuhkan Gagasan Sejahtera yang mempertahankan kuasa politik Islam dalam masyarakat majmuk dan pelaksanaan Islam yang sempurna, dengan persediaan menghadapi pilihan raya menentang BN yang telah lama berkuasa yang perlu direhatkan dan pihak parti pembangkang lain yang tidak sama dasar dan pendekatannya dengan PAS, yang mengumpulkan kumpulan anti Islam dan oportunis politik sementara waktu.
PAS juga memperkenalkan politik matang dan sejahtera, tujuannya membersihkan politik temberang, bohong, fitnah dan melampau, serta kalangan yang hanya mencari kesempatan berkuasa tanpa dasar yang betul dan hala tuju yang benar-benar menyelamatkan rakyat dan negara bersama Islam.
"Sejahtera Bersama Islam"
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 1 Rejab1439 / 18 Mac 2018 - HARAKAHDAILY 18/3/2018
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Mon Mar 26, 2018 8:50 am (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
"Lepas Peluk Dia, Tangan Rasa Lencun Ingat Air Mata Rupanya Darah", Ibu Terkejut Bucu Besi Tajam Tempat Duduk Kereta Cucuk Kepala Anak
siakapkeli.my
Anak-anak yang sedang leka bermain dan terlalu bergerak aktif cenderung mengalami kecederaan. Berikan perlindungan daripada benda tajam dan bahaya didalam rumah seperti menyimpan pisau, garfu, gunting dalam laci yang dikunci serta alatan lain yang diperbuat daripada kaca agar disimpan jauh dari jari-jemari mereka yang mungil itu.
Pun begitu, kita juga tak dapat mengelakkan daripada kejadian yang tidak diingini berlaku. Perkongsian daripada Nadila Mohamad ini sedikit sebanyak membuka mata kita untuk mengambil langkah berjaga-jaga disetiap situasi dimana sahaja. Ini kerana tanpa kita sedar sebenarnya risiko ada disekeliling kita, cuma sebagai ibu bapa tidak apa-apa untuk menjadi sedikit paranoid bagi melindungi anak kecil ini. Mari ikuti perkongsian Nadila ini agar kita lebih berhati-hati.
Dulu farrel yg kena besi nim tp syukur Alhamdulillah farrel takde sampai jd macam nim just benjol dan luka biasa je myb kepala dia lebih kebal dari deQna tp skang deQna plak kena cuma tuhla tak sangka ingatkan tiada apa-apa lepas angkat dan peluk dia dan masa tu tak tahu plak dia jatuh kena besi nim....lepas peluk tiba-tiba tgn rase lencun...ingat air mata dia...dalam samar-samar lampu jln ternampk kaler merah...jantung nim macam seolah kena renjatan...cepat-
syukur time nim kami dekat sgt ngan HSNZ so terus ke kecemasan...
Pasnim aku kena bringat dah...bahaya betul besi seat nim...lebih lebih lagi aku yg ada anak-anak kecik nim...benda nim nampak simple tp sebenarnya bahaya dalam tidak sedar...sape yg ada kete tu careful la terutama yg ada anak-anak kecik yg superb duperb hyperactive macam anak-anak aku nim...kalau tarik seat belakang sampai habis tu make sure lindung la dgn apa-apa bucu besi kat kaki seat tu...ye la malang tak berbau kan
Mekasih semua yg dah mendoakan deQna...syukur Alhamdulillah deQna dah active macam biasa...tak rupa macam org sakit pun sampai doc sdirik cakap deQna nim mmg hyper tak reti apa itu erti sakit..kalau kita org dewasa mahu dah pengsan
Siakapkeli.my
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Mon Mar 26, 2018 8:51 am (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
'Panas' Tengok Bendera Parti Lain, Kumpulan Anak Muda Ini Pacak '
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net
PETALING JAYA: 'Panas' melihat warna bendera parti politik lain sudah dinaikkan di sepanjang jalan di kampungnya, sekumpulan pemuda mengambil langkah berani memanjat sebuah gua untuk mengibar bendera parti bulan yang disokong mereka.
Alif Amiru, salah seorang daripada kumpulan anak muda itu berkata, dia bersama enam lagi rakannya membuat keputusan untuk mendaki Gua Chiku di Felda Chiku 2, Gua Musang, Kelantan, selepas 'tidak tahan' melihat pelbagai bendera parti politik berkibaran di kampungnya.
"Kami berbincang lebih kurang tiga hari dan bersetuju untuk bertemu tok penghulu kampung tentang idea kami. Beliau memberi bendera dan sempat nasihatkan kami supaya berhati-hati.
"Bagi saya tindakan ini tidak salah kerana penduduk sama-sama menyemarakkan bahang Pilihan Raya Umum (PRU) tidak lama lagi walaupun belum tahu pun bila tarikh sebenar mengundi tu," katanya kepada mStar Online.
Gambar Alif, 26, atau lebih senang dipanggil Moyuu bersama kawan-kawannya sedang mendaki dan akhirnya berjaya mengibar bendera PAS tular di beberapa kumpulan Facebook popular pantai timur, pada Jumaat.
Dalam posting yang dimuatnaik olehnya, dia menulis: "Orang kata pangkah PAS gelap masa depan, agak-agak gelap lagikah kalau macam ni? Ke nak letak tinggi lagi?? hihihi. Biarlah orang cakap kita buat kerja gila pun, janji kita tak usik harta orang."
Rata-rata netizen kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh kumpulan anak muda itu dalam membuat persediaan PRU14 yang dijangka akan diadakan tidak lama lagi.
Dia turut menjelaskan di Facebook bahawa dia dan rakan-rakan tidak menerima sebarang bayaran dengan melakukan aktiviti itu, tetapi hanya memerlukan bendera untuk dipasang jika ada pihak yang meminta mereka membantu dalam kempen pilihan raya.
Mengulas lanjut Moyuu berkata dia mengambil masa lebih kurang 30 minit untuk sampai ke bahagian atas gua.
"Tinggi gua itu lebih kurang 15 tingkat rumah flat. Ini pertama kali saya panjat gua tu. Alhamdullilah tidak ada sebarang kecederaan yang berlaku kepada kami.
"Terasa puas sebab tengok bendera PAS berada tinggi dari bendera lain," katanya.
Moyuu (depan) bersama kawan-kawan mendaki gua di Kampung Ciku 2.
Tambahnya, dia akan meneruskan misinya lagi selepas ini jika ada pihak yang tampil memberi sokongan kepada kumpulannya.
"Kami bercadang akan daki lagi dalam masa terdekat ini dan jadikan puncak gua itu diselubungi warna hijau. Dah ada orang janji nak bagi bendera lebih banyak.
"Kami okay sahaja. Lagipun aktiviti ini kami tak usik harta orang lain. Tak kisahlah orang cakap ni kerja gila ke apa," jelasnya.
Pertahan Islam Punca Tuan Guru Presiden Dikecam
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net
KANGAR : Pelbagai kecaman dan kebencian yang dilemparkan oleh pihak-pihak tertentu kepada Tuan Guru Presiden PAS sebenarnya berpunca daripada pendirian tegas beliau dalam mempertahankan Islam.
Demikian didedahkan oleh Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Hj. Razman Zakaria, ketika berucap di Kompleks PAS Perlis (KOMPAS) pada 20 Mac yang lalu.
Katanya, ketika PAS masih berada dalam Pakatan Rakyat lagi, sikap tegas Tuan Guru Presiden terhadap isu-isu berkaitan Islam menyebabkan beliau tidak disenangi oleh sebilangan pimpinan dalam pakatan tersebut.
Tambah beliau, kesan daripada perkara tersebut, pelbagai kecaman dilemparkan kepada Presiden PAS, termasuklah tohmahan kononnya perjuangan beliau telah tersasar di samping cuba membawa PAS untuk bersama-sama (bergabung) dengan Umno.
Tidak kurang juga katanya yang membandingkan sikap tegas beliau (Presiden PAS) dengan 'kelembutan' yang ditunjukkan oleh Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang menurut mereka menjadi punca kepada kehancuran pakatan tersebut.
Walhal ujarnya, ketegasan Tuan Guru Presiden PAS adalah disebabkan beliau menyedari wujudnya usaha terancang untuk melemahkan Islam di negara ini yang didokongi pihak-pihak tertentu yang berselindung di sebalik parti-parti politik.
"Sebab itu Tuan Guru (Presiden PAS) kata (PAS) nak kena jaga Islam di negara ini.
"Cuba bayangkan, kalaulah puak ini (golongan penentang Islam) berkuasa, apa akan jadi kepada agama Islam?
"Tuan Guru nampak bahawa kepentingan politik kali ini, kita (PAS) kena berkuasa, orang melayu kena berkuasa, paling tidak kita kena menyekat supaya golongan yang menentang Islam ini tidak berjaya menguasai DUN atau Parlimen," katanya.
Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Perak turut menjelaskan beberapa isu yang berlaku mutakhir ini seperti isu permohonan murtad di Sarawak dan penentangan terhadap RUU 355 menjadi bukti jelas bahawa golongan terbabit semakin berani mencabar kesucian Islam.
Namun ujarnya, meskipun sedar akan perkara tersebut, tidak ada pihak dalam negara ini termasuk parti-parti politik, yang berani tampil mempertahankan Islam melainkan PAS.
Justeru katanya, umat Islam tiada pilihan lain selain memastikan kemenangan PAS dalam pilihan raya umum nanti bagi memastikan kedaulatan serta kesucian Islam terus terpelihara.
PAN Hampir Mereput, Ulamanya Kembali Kepada PAS
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net
PH di Kelantan khususnya PAN terus menerima tamparan apabila malam tadi, seorang ulama yang disanjungi oleh puak2 PAN iaitu Baba Zul kembali menyertai PAS secara rasmi...
Beliau telah menyerahkan borang permohonan keahlian kepada Tuan Guru Timbalan Presiden dalam majlis ceramah Bangkit Pertahan Kelantan di Bachok pada malam ini...
Baba Zul atau Tuan Guru Haji Zulkarnain Harun memang amat dikenali di Kelantan sebagai seorang guru pondok yang disegani....ole
h kerana sebelum ini banyak maklumat yang disampaikan kepada beliau adalah maklumat yang salah menyebabkan beliau mengambil keputusan menyokong HUSAM dan PAN...
Tapi dengan izin Allah, berkat doa ahli-ahli dan penyokong PAS...beliau akhirnya dapat melihat sendiri dan menilai sendiri manakah intan dan manakah kaca...justeru ini menunjukkan bahawa pan sudah mula mereput hasil fitnah dan adu domba yang depa jaja selama ini...
Insya Allah fenomena ini akan bertiup ke seluruh negara dan tidak mustahil ramai lagi yang akan kembali memperkuatkan PAS bagi menghadapi musuh utama perjuangan PAS iaitu umno be end serta pakatan haprak yang masih belum putus-putus menyerang PAS dari segenap sudut...
Tahniah kepada seluruh ahli dan penyokong PAS khususnya di Bachok dan seluruh negara amnya...
alfaqir ilallah ppk
5 Rejab 1439H
XOXO - Puak HARAPAN kalau mereka menggunakan akal dengan betul dan mendapatkan maklumat yang benar mereka akan dapat menilai siapa yang benar...
Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/
Sudah Sampai Masa Ahli Pas Seluruh Malaysia Boikot Sinar Harian Sebagai Pengajaran!
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net
Berita fitnah ini sangat jelas dirancang apabila Sinar Harian terpaksa mengubah tajuk sebanyak tiga kali;
1. PAS ambil pendekatan berkecuali isu 1MDB
2. PAS ambil pendekatan 'berkecuali' isu 1MDB
3. 1MDB: Jangan terus hukum
Malahan pihak Sinar Harian juga menukar nama wartawan asal yang menulis berita tersebut daripada Muhammad Faiz Sulong kepada wartawan Sinar Harian sahaja tanpa nama yang bertanggungjawab.
Inilah strategi yang biasanya digunakan oleh portal Pro PH seperti Malaysiakini, The Malaysia Insight, Free Malaysia Today dan The Malay Mail yang menerbitkan tajuk berita pertama berunsur fitnah kemudiannya ia ditukar dengan tajuk lain tanpa nama wartawan yang bertanggungjawab untuk menyebarkan fitnah dan membentuk persepsi buruk terhadap PAS. Sepatutnya Sinar Harian tidak terikut dengan budaya media jahat seperti itu.
Malangnya sudah macam ada kesempatakan media Pro Pembangkang menyerang PAS seperti UMNO serang PAS.
Sebagai ahli PAS kenapa anda harus berdiam diri?
Paling tidak anda perlu mengajar PAKATAN JAHAT (AHZAB) ini dengan menunjukkan kekuatan ahli PAS dengan MEMBOIKOT AKHBAR SINAR HARIAN DAN PRO PEMBANGKANG LAIN yang menjual etika kewartawan mereka. Mereka gadai maruah diri.
JOM BOIKOT SINAR HARIAN
XOXO - Cara biokot, jika ketagih nak baca, bacalah akhbar ini ditempat free, jangan sekali-kali keluar duit untuk mereka...
Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/
Sinar Harian Atau Sinar Harapan? – Nik Abduh
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net
KUALA LUMPUR - Sinar Harian terus diselubungi kontroversi menyokong gabungan pembangkang Pakatan Harapan yang dipengerusikan Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Terbaru, Sinar Harian didakwa mengeluarkan fitnah keatas Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang merupakan seteru politik Mahathir.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mendakwa, Sinar Harian seolah-olah cuba memfitnah Abdul Hadi dalam isu 1MDB.
"Saya tak pasti sama ada ia sengaja atau tidak, tetapi mengatakan PAS berkecuali isu 1MDB adalah fitnah lama dan berterusan oleh saingan politik PAS.
"Saya dimaklumkan Sinar Harian dah ubah tajuk. Saya tak pasti sama ada ia sengaja atau tidak, tetapi mengatakan PAS berkecuali isu 1MDB fitnah berterusan.
"Tiada akhbar Sinar Harapan di Malaysia. Setahu saya..," sindirnya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.
Nik Mohamad Abduh yang juga anak Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa, kenyataan Abdul Hadi bukan seperti dilaporkan oleh Sinar Harian.
Dakwa beliau, Abdul Hadi cuma menjelaskan PAS akan menyiasat 1MDB dengan adil jika diberi peluang memerintah apabila ditanya oleh wartawan.
Beliau turut memuatnaik laporan Sinar Harian bertajuk "PAS ambil pendekatan berkecuali isu 1MDB" yang dianggap memfitnah Presiden PAS.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacob di laman Facebook memuatnaik laporan Sinar Harian yang telah diedit.
Laporan asal bertajuk "PAS ambil pendekatan berkecuali isu 1MDB" telah diubah kepada "1MDB: Jangan terus hukum".
"Yang sebelah kanan tu adalah versi yang terbaru dengan pembetulan selepas dapat maklum balas daripada pembaca," jelasnya. – MYNEWSHUB.CC
Sinar Harian Jangan Jadi Penyebar Berita Fitnah
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net
Saya telah menghubungi Ketua Wartawan Sinar Harian, Muhammad Shamsul Abd Ghani bagi menyatakan kekesalan Presiden PAS terhadap berita Sinar Harian Online pada 25 Mac 2018, semalam dan Sinar Harian Cetak pada 26 Mac 2018 yang bertajuk "PAS AMBIL PENDEKATAN BERKECUALI ISU 1MDB" yang disifatkan sebagai berita fitnah dan palsu dengan niat untuk memburukkan imej dan persepsi awam terhadap Presiden PAS.
PAS mendesak pihak Sinar Harian segera memohon maaf secara terbuka dengan syarat disiarkan dalam Sinar Harian Online dan dipaparkan di muka hadapan Sinar Harian Cetak.
Berita fitnah ini sangat jelas dirancang apabila Sinar Harian terpaksa mengubah tajuk sebanyak tiga kali;
1. PAS ambil pendekatan berkecuali isu 1MDB
2. PAS ambil pendekatan 'berkecuali' isu 1MDB
3. 1MDB: Jangan terus hukum
Malahan pihak Sinar Harian juga menukar nama wartawan asal yang menulis berita tersebut daripada Muhammad Faiz Sulong kepada wartawan Sinar Harian sahaja tanpa nama yang bertanggungjawab.
Inilah strategi yang biasanya digunakan oleh portal Pro PH seperti Malaysiakini, The Malaysia Insight, Free Malaysia Today dan The Malay Mail yang menerbitkan tajuk berita pertama berunsur fitnah kemudiannya ia ditukar dengan tajuk lain tanpa nama wartawan yang bertanggungjawab untuk menyebarkan fitnah dan membentuk persepsi buruk terhadap PAS. Sepatutnya Sinar Harian tidak terikut dengan budaya media jahat seperti itu.
Orang ramai mudah mempercayai berita pertama yang berunsur fitnah lalu ianya melekat dalam minda mereka sehingga ramai kalangan penyokong Pakatan Harapan mengutuk dan menghentam Presiden PAS berasaskan berita pertama yang disengajakan dan strategi permainan media untuk meraih pelawat ke portal mereka.
Hakikatnya Presiden PAS menjawab soalan daripada bekas Ketua Wira Perkasa Malaysia dalam Program Dialog Anak Muda Gagasan Sejahtera (DIALOGS 2018) di Hotel De Palma, Shah Alam semalam, mengenai strategi dan tindakan PAS atau Gagasan Sejahtera dalam skandal 1MDB bila berada dalam kerajaan nanti untuk memastikan orang-orang yang terlibat dalam 1MDB tidak terlepas?
Transkrip penuh jawapan Presiden PAS adalah seperti berikut:
"Dalam masalah 1MDB ada soalan tadi. 1MDB ini kita mesti bertindak berdasarkan sistem kehakiman yang adil, mestilah melihat saksi yang adil. Yang adil dalam Islam ini bukan sahaja beriman, termasuk yang tidak mengerjakan dosa besar, yang tidak terus menerus mengerjakan dosa kecil, yang tidak rendah maruahnya, orang yang tidak ada maruah tidak boleh jadi saksi dalam Islam. Apa yang berlaku pada hari ini ialah saksi media. Media pula media sosial. Kita tidak kenal siapa buat media sosial ini. Maka terdedah kepada fitnah, oleh sebab itu mestilah dikendalikan dengan seadil-adilnya. Bukan sahaja 1MDB, termasuklah Forex, termasuklah Skyhawk, termasuklah BMF, termasuklah Tabung Haji, KWSP.
Apa yang berlaku ini kita membawa budaya Melayu mudah lupa. Bila bawa 1MDB, yang dulu kita lupa semua. Kita tidak lupa. Semua kita tak lupa. Oleh sebab itu kita mesti kendalikan, mereka yang salah mesti dihukum. Tetapi dihukum itu mesti dilihat, bukan sahaja kesalahan dia, termasuklah jasa-jasa dia. Dalam Islam kita nak hukum orang bukan hukum salah dia sahaja, kalau dia ada jasa dia, dia baik juga mesti diambil kira, jasa dia, dan ditolak campur dengan jasa dia dengan kejahatan. Ini pendekatan yang diambil oleh Islam. Bukan kita nak hukum (sahaja).
Kita tak bawa budaya kalau orang ternak ayam, tengok ayam dia berminat sembelih, sembelih, akhirnya habis ayam, licin. Bukan budaya itu. Budaya kita mestilah dengan cara yang konsisten, dengan cara yang baik, kita menilai seadil-adilnya, bukan sahaja kejahatan orang termasuklah kebaikan dia. Bukan bermakna kita membela orang yang jahat, tidak. Tapi kita mahu dikendalikan dengan seadil-adilnya. Dan kita kena sedar bahawa konsep kehakiman dalam Islam, orang yang dituduh dianggap tidak bersalah, dia baru dituduh, dianggap tidak bersalah. Apa yang berlaku hari ini, bila dituduh sahaja terus hukum bersalah. Ini satu pendekatan yang tidak betul, oleh sebab itulah kita tidak melampaui batas dalam masalah menyebarkan fitnah. Dan mengikut ajaran Islam, kalau perkara fitnah itu betul-betul berlaku pun, kita mesti cari jalan untuk memurnikan dan membersihkan keadaan, supaya tidak berlaku tindakan bersifat ketidaklanjuran."
Jelaslah bahawa dalam jawapan Presiden PAS tidak ada sepatah pun perkataan "berkecuali" dan ianya satu fitnah melampau direkayasa oleh Sinar Harian.
"Sejahtera Bersama Islam"
ABDUL MALIK BIN AB RAZAK
Setiausaha Akhbar Presiden PAS
Bertarikh: 9 Rejab 1439 / 26 Mac 2018
Agama apa yang Tun Dr. Mahathir hendak perjuangkan
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net
"
Tun Dr Mahathir Mohammad berkata, Selagi nyawa dikandung badan saya akan perjuangkan bangsa, agama dan Negara yang tercinta ini.
Agama ada macam macam agama dan bangsa juga pelbagai bangsa.Maka fahamlah kita bahawa agama yang hendak diperjuangkan oleh Tun Mahathir Mohammad itu bukan agama Islam,
Tun Dr Mahathir Mohammad berkata yang dia akan perjuangkan agama.Dia Tak sebut mana mana agama.
Kita tahu bahawa Malaysia adalah sebuah Negara yang kepelbagaian agama, bangsa, Bahasa dan budaya.
Sejarah telah membuktikan, semasa dia jadi perdana menteri dahulu dia mahu Bable di terjermahkan ke dalam bahasa Melayu.Dan dihadiahkan kepada orang Melayu untuk memahami agama tersebut..
Sebaliknya, Al Quran diminta supaya ditafsir semula kerana tafsir terdahulu itu sudah tidak boleh guna pakai lagi, kerana tidak serasi dengan zaman sains dan teknologi.
Uasha Tun Dr Mahathir selanjutnya dalam banyak ucapanya bertubi tubi mempersenda sendakan hudud dan undang undang Islam di pertikaikan.
Kelihatan Tun Dr Mahahtir begitu cenderung Bable di terjermah ke dalam bahasa Melayu dan Al Quran hendaklah di tafsir semula.
Pada hal dalam perlembagaan Persekutuan jelas agama Islam adalah agama persekutian (Negara) yang tidak boleh dinafikan lagi.
Dan beliau sendiri mengaku yang dia berbangsa Melayu dan beragama Islam.Pelik, macam mana seorang Melayu beragama islam boleh mempersenda sendakan agamanya sendiri.
Atau dengan kata lain menolak hukum hakam yang Allah turunkan dan mendewa dewakan Bable yang dipinda kepada beberapa versi termasuk perjanjian lama dan perjanjian baru ciptaan Paulus, berbangsa Yahudi itu.
Beliau (Tun DR) buat pengakuan yang dia selagi nyawa dikandung badan dia akan perjuangkan agama, bangsa dan Negara yang tercinta.
Wahai rakyat jelata fikir, fikirkan lah dengan apa yang diucapkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad bakal perdana menteri Negara Malaysia.
Berusia 93 tahun akan jadi perdana menteri apabila pakatan harapan menang pada PRU 14 yang kemungkinan besar akan diadakan pada 6 Mei ini.
Jangan sekali sekali jadi macam unta, unta memang tidak mengerti mengapa dia dilepaskan dan tidak mengerti mengapa dia di tambat.
"......
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: anaabdullah
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Mon Mar 26, 2018 8:51 am (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
Tuan dan Puan AG, anda nak teruskan berperang?
bloglist-malaysia.
malaysia-today.
By MT Webmaster
Anda perlu tau apakah keutamaan anda. Apabila terdapat satu kes salah laku yang jelas, anda menutup kedua-dua belah mata. Kemudian anda membuat cerita tentang jenayah yang tidak wujud. Saya nak lihat apa yang anda akan lakukan terhadap kes Ijok, SPLASH dan terowong dasar laut Pulau Pinang. Adakah anda akan menutup fail dan menandakannya sebagai NFA seperti apa yang saya syaki akan berlaku? Buktikan saya salah jika anda berani. Atau adakah kes Ijok, SPLASH dan terowong dasar laut Pulau Pinang merupakan berita palsu mengikut hemat anda?
NO HOLDS BARRED
Raja Petra Kamarudin
Adalah satu yang sangat menarik apabila, meskipun saya telah berhenti menyerang anda, nampaknya anda masih juga berterusan menyerang saya. Nampaknya anda masih menyimpan dendam dan tak habis geram. Anda harus faham bahawa ini adalah politik. Jika anda memilih untuk menyerang, maka anda mesti bersedia menerima serangan balas. Seperti pepatah Inggeris yang mengatakan, jika tak boleh tahan panas, keluarlah dari dapur. Anda tak pernah dengar ke 'semua adalah adil dalam cinta dan peperangan'?
Empat bahagian cerita yang saya panggil 'The RPK Chronicles' itu adalah satu bacaan yang menarik jika pembacanya adalah penggemar karya fiksyen. Anda mulakan bahagian pertama dengan memanggil saya pengecut. Tetapi anda yang tidak meletakkan nama anda pada artikel tersebut, sedangkan semua artikel saya tertulis nama saya. Jadi siapa pengecut di sini apabila anda yang baling batu dan sorok tangan?
Kemudian anda kata saya boleh dibayar atau saya adalah tentera upahan. Jahabar Sadiq pun dibayar. Adakah anda fikir beliau akan bersedia untuk menubuhkan dan menguruskan The Malaysian Insight jika RM50 juta yang diperlukan untuk menguruskan portal itu selama lima tahun perlu datang dari saku beliau sendiri? Malah Penguam Negara sendiri tidak akan mahu bekerja sebagai Peguam Negara jika mereka tidak dibayar apa-apa gaji. Lebih baik mereka membuat banyak wang bekerja dengan agensi swasta daripada bekerja untuk Kerajaan secara percuma.
Adakah anda mengatakan bahawa Jahabar tidak dibayar banyak wang yang banyak untuk menulis?
Jadi, melainkan jika anda telah menyumbangkan seluruh gaji anda selama 40 tahun yang lalu kepada badan amal dan tidak pernah mengambil satu sen pun dari wang yang diperolehi daripada pekerjaan anda, maka anda tidak layak untuk bercakap tentang orang lain yang bekerja untuk wang. Imam masjid dan paderi di gereja dan kuil juga dibayar wang. Adakah anda fikir mereka melakukan fisabilillah atau bekerja demi Tuhan secara percuma? Tunjukkan kepada saya satu orang yang bekerja secara percuma dan makan melalui sisa makanan di dalam tong sampah, dan saya akan tunjukkan kepada anda seorang yang bodoh.
Semua blogger dibayar. Hussein Abdul Hamid dibayar. Clare Rewcastle Brown dibayar. Jahabar Sadiq dibayar. Malah, ANDA juga dibayar. Jadi, apa isunya di sini? Sekiranya anda ingin menjatuhkan saya, pilihlah isu dan topik yang berbeza untuk digunakan. Saya tidak pernah kata yang saya bekerja secara percuma, kan? Jadi mengapa cerita pasal benda ni?
Adakah anda mengatakan bahawa Clare juga tidak dibayar dengan wang yang banyak untuk menulis?
Anda kata saya adalah alat atau instrumen terhadap perbalahan di dalam UMNO.. Dan anda banyak bercakap tentang perbalahan ini dalam bahagian ke-empat. Sekali lagi, apa isunya? Perbalahan di dalam UMNO bermula sejak akhir 1940-an lagi. Dari situlah bagaimana PAS, parti perpecahan UMNO, dibentuk pada tahun 1951 dan dari situ jugalah kenapa Onn Jaafar, pengasas UMNO, meninggalkan parti tersebut pada tahun yang sama.
Tunku Abdul Rahman kemudian mengambil alih sebagai pemimpin parti dan beliau dicabar oleh kumpulan sayap kiri atau sosialis, dan Tunku menang, tetapi hanya dengan satu undi. Jadi UMNO hampir terkubur di tangan sosialis dengan hanya satu undi.
Dua puluh tahun kemudian, mereka sekali lagi mencabar Tunku, tetapi kali ini oleh kaum nasionalis Melayu. Ia berakhir dengan 13 Mei. Sejak itu, UMNO telah melihat pelbagai perbalahan dalaman, sehingga hari ini.
Mahathir yang mencetuskan perbalahan di dalam UMNO sejak tahun 1960 hingga ke hari ini
Cara anda bercakap seolah-olah anda tidak tahu tentang sejarah UMNO. Bukan hanya UMNO, malah parti-parti seperti DAP, PKR, PAS, MCA, MIC, dan lain-lain lagi, telah menyaksikan banyak perbalahan di dalam parti masing-masing. PAS malah telah berpecah empat kali. Pertama sekali PAS berpecah dari UMNO, kemudian ia berpecah dengan pembentukan Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA), selepas itu Parti Hizbul Muslimin Malaysia (HAMIM) dan sekarang Parti Amanah Negara (PAN).
Tidak ramai rakyat Malaysia yang tahu tentang sejarah PAS, jadi saya faham jika anda juga jahil dalam perkara ini, walaupun sebagai orang Kelantan anda wajib tahu. Adakah anda fikir Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), PKR dan DAP tidak mengalami perbalahan yang serius sekarang ini? PPBM berpecah kepada kumpulan pro-Mahathir dan pro-Muhyiddin dan inilah punca kepada pendaftaran PPBM disabotaj. Mereka dengan sengaja cuba mendapatkan Pendaftar Pertubuhan (RoS) untuk membatalkan pendaftaran PPBM.
Sehubungan itu, perbalahan di dalam UMNO bukanlah satu isu yang perlu dibincangkan. Malah perbalahan dalaman UMNO yang terbaru adalah kerana Tun Dr Mahathir Mohamad mahu menjadikan anaknya, Mukhriz, sebagai Perdana Menteri. Jadi, jika anda bertegas bahawa kita perlu bercakap tentang perbalahan di dalam UMNO, maka mengapa anda tidak menyebut punca kepada pertengkaran tersebut? Mengapa hanya menyebut tentang perbalahan di dalam UMNO tanpa menyebut sebabnya? Jangan takut! Beritahu kami apa sebab dan punca perbalahan di dalam UMNO tersebut berlaku.
Anda mengatakan bahawa saya adalah alat yang digunakan oleh mereka yang terlibat dalam perbalahan UMNO. Kalau iya pun, kenapa? Bukankah Hussein Abdul Hamid, Clare Rewcastle Brown, Jahabar Sadiq dan yang lain-lain juga adalah alat kepada seseorang? Jangan jadi jalang yang memanggil wanita lain jalang.. Ia membuat anda kelihatan bodoh.
Saya tahu ramai yang mengatakan bahawa Raja Petra al Haj Bin Raja Kamarudin adalah blogger utama Perdana Menteri. Dalam kes ini, jika saya memang blogger utama Najib, saya berbangga dengannya. Jadi, samanlah saya!
Dalam bahagian kedua anda mengatakan bahawa saya menyebarkan berita palsu. Artikel mana yang saya tulis merupakan berita palsu? Beritahu saya!
Adakah kisah tentang RM42 bilion wang 1MDB YANG TIDAK hilang merupakan satu berita palsu?
Saya kata, RM42 bilion wang 1MDB TIDAK hilang seperti yang didakwa oleh Mahathir dan rakan-rakan Pakatan Harapannya. Adakah itu satu berita palsu?
Adakah kisah mengenai AP yang dikeluarkan oleh Rafidah bernilai lebih RM40 bilion merupakan satu berita palsu?
Saya kata, Rafidah Aziz adalah 'Pemaisuri AP' yang mengeluarkan AP bernilai lebih RM40 bilion apabila beliau menjadi Menteri Perdagangan selama 21 tahun, seperti kata Anwar Ibrahim. Adakah itu satu berita palsu?
Adakah kisah tentang Mukhriz mahu menjadi Perdana Menteri merupakan satu berita palsu?
Saya kata, Mahathir mahu Muhkriz menjadi Perdana Menteri, sebab itulah dia bertanding kerusi Ketua Pemuda UMNO dan kerusi Naib Presiden UMNO. Adakah itu satu berita palsu?
Adakah kisah tentang Ho Kay Tat meminta Jahabar Sadiq untuk mengisytiharkan dari mana pembiayaannya datang satu berita palsu?
Saya kata, Ho Kay Tat dari The Malaysian Insider telah meminta Jahabar Sadiq untuk mengisytiharkan dari mana datangnya wang tang beliau ada untuk membiayai The Malaysian Insight, namun ianya tidak pernak dilaksanakan. Adakah itu satu berita palsu?
Adakah kisah tentang Clare yang tidak dapat menunjukkan mahkamah bukti bahawa Najib telah membayar Hadi RM90 juta satu berita palsu?
Saya kata, Clare Rewcastle Brown sehingga hari ini masih belum dapat mengemukakan bukti kepada mahkamah bahawa Najib membayar Presiden PAS Abdul Hadi Awang RM90 juta. Adakah itu satu berita palsu?
Adakah kisah mengenai hubungan sulit Muhyiddin Nika Gee satu berita palsu?
Saya kata, Muhyiddin Yassin mempunyai hubungan sulit dengan Nika Gee, seorang wanita yang sudah berkahwin. Adakah itu satu berita palsu?
Saya boleh teruskan lagi, namun saya percaya bahawa anda dan pembaca lain faham apa yang saya cuba sampaikan. Ramai orang seperti anda yang berkata bahawa saya menyebarkan berita palsu. Jika apa yang saya katakan adalah berita palsu, maka apakah kebenarannya? Hari ini, Mahathir telah mengaku bahawa beliau menggunakan media asing untuk menyerang Najib, UMNO dan Malaysia. Apabila saya menulis tentang perkara ini tiga tahun lalu, mereka mengatakan bahawa ia satu berita palsu. Hari ini Mahathir sendiri mengakuinya.
Anda juga mendakwa bahawa saya dan keluarga saya mempunyai dua kewarganegaraan. Anda tahu saya dilahirkan di UK pada tahun 1950. Jadi, atas dasar tersebut, saya mempunyai "Right of Abode (RoA)", iaitu hak untuk menetap di UK. Keistimewaan ini juga terpakai kepada anak-anak dan cucu-cucu saya. RoA bukan automatik, ia perlu dipohon dan akan tertera di dalam pasport Malaysia. Maksudnya, saya adalah warganegara Malaysia dan menggunakan pasport Malaysia, tetapi boleh menikmati hak dan keistimewaan seperti yang diberikan kepada rakyat British.
Malaya diberikan kemerdekaan pada tahun 1957 dan semua yang dilahirkan di koloni atau wilayah British sebelum kemerdekaan juga boleh mendapat RoA. Jadi, jika anda dilahirkan di Pulau Pinang, Prai atau Melaka sebelum tahun 1957, anda juga boleh mendapatkan RoA. Bagi Sabah, Sarawak dan Singapura adalah tahun 1963, Brunei 1984, dan Hong Kong 1997. RoA tidak layak dipohon oleh orang-orang dari Negeri-negeri Persekutuan dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu seperti Selangor dan Kelantan kerana mereka tidak dianggap sebagai koloni jajahan British.
Adakah Wan Saiful akan hilang kelayakan untuk bertanding PRU14?
Wan Saiful Wan Jan dari PPBM mungkin juga mempunyai RoA dari UK kerana beliau pernah tinggal di UK untuk beberapa waktu dan juga bertanding di dalam pilihan raya di sana. Besar kemungkinan beliau akan bertanding di dalam PRU14, tetapi sama ada pencalonannya dalam pilihan raya di UK akan membuat beliau hilang kelayakan untuk bertanding PRU14 atau tidak, adalah sesuatu yang sangat menarik untuk dilihat.
Ramai bekas pelajar dari UK, yang kini berada di dalam Pakatan Harapan, juga telah mengundi di dalam pilihan raya di UK dan sekarang mereka memegang jawatan dalam pembangkang atau dilantik sebagai wakil rakyat, atau bakal bertanding di PRU14. Mungkin anda ingin memaklumkan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengenai perkara ini, daripada risau tentang RoA saya.
Dalam bahagian keempat, anda menyerang Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dzulkifli Ahmad, dan memanggilnya orang yang tidak bermoral. Anda juga mengutuk Pengerusi Felda, Shahrir Samad. Ini adalah dua orang yang banyak melakukan kebaikan tetapi anda menyerang mereka. Kenapa anda tidak menyerang Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan Menteri Besar Selangor Azmin Ali?
Adakah Azmin akan dipenjara di atas kesalahan beliau atau beliau telah membayar orang-orang yang berkenaan?
Guan Eng dan Azmin telah terlibat dengan banyak skandal. Azmin dikatakan terlibat dalam skandal tanah Ijok bernilai RM700 juta dan skandal SPLASH bernilai RM600 juta. Kemudian beliau juga terlibat dengan skandal perlombongan pasir, yang membawa kepada nilai sogokan untuk ketiga-tiga skandal ini sahaja kepada lebih RM1.5 bilion.
Azmin dikatakan telah bertemu dengan seseorang yang sangat berkuasa di UK pada cuti Krismas dan Tahun Baru yang lepas untuk berunding pembayaran sebanyak RM100 juta bagi menutup kes Ijok. Adakah tahu tak siapa orang itu? Saya yakin perkara ini lebih penting, berbanding menyerang seseorang yang jalan berpegangan tangan dengan seorang janda atau duda. Setuju tak? Atau anda tidak setuju?
Anda perlu tahu apakah keutamaan anda. Apabila terdapat satu kes kejahatan yang jelas, anda dapat menutup kedua-dua mata. Kemudian anda mengarang jenayah apabila tidak ada. Marilah kita lihat apa yang anda lakukan dengan kes terowong bawah laut Ijok, SPLASH dan Pulau Pinang. Adakah anda akan menutup fail dan menandakan NFA seperti saya mengesyaki akan berlaku? Buktikan saya salah jika anda berani. Atau terowong bawah laut Ijok, SPLASH dan Pulau Pinang semata-mata hanyalah berita palsu oleh piawaian anda?
Anda perlu tau apakah keutamaan anda. Apabila terdapat satu kes salah laku yang jelas, anda menutup kedua-dua belah mata. Kemudian anda membuat cerita tentang jenayah yang tidak wujud. Saya nak lihat apa yang anda akan lakukan terhadap kes Ijok, SPLASH dan terowong dasar laut Pulau Pinang. Adakah anda akan menutup fail dan menandakannya sebagai NFA seperti apa yang saya syaki akan berlaku? Buktikan saya salah jika anda berani. Atau adakah kes Ijok, SPLASH dan terowong dasar laut Pulau Pinang merupakan berita palsu mengikut hemat anda?
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Mon Mar 26, 2018 8:51 am (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
Didakwa Tumbuk Dan Pijak Dada Lelaki OKU, Seorang Pengawal Keselamatan Direman 4 Hari
siakapkeli.my
21 Mac - Baru-baru ini tular sebuah video yang menunjukkan seorang pengawal keselamatan menumbuk seorang lelaki sehingga pengsan. Video itu berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) premis berkenaan.
Pengawal Keselamatan itu dikatakan bertugas di sebuah pasaraya di Tumpat dipercayai terbabit dalam rakaman video yang tular di laman sosial itu telah direman empat hari sehingga 23 Mac ini, lapor Sinar Harian.
Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Ab Rashid Mat Daud berkata, suspek berusia 26 tahun telah ditahan reman sejak semalam selepas tangkapan dibuat.
Tambah Ab Rashid lagi, mangsa seorang orang kurang upaya (OKU) berusia 42 tahun adalah pekerja di pasaraya yang sama dengan suspek.
"Siasatan awal mendapati punca berlaku kes tumbuk itu disebabkan mereka berdua ada selisih faham.
"Rakaman kamera litar tertutup ( CCTV) kes tumbuk itu tular di media sosial hari ini tetapi kes ini berlaku hari Isnin lagi.
"Pihak polis sudah mengambil tindakan dan siasatan lanjut sedang dijalankan," katanya.
Menurutnya, kejadian itu berlaku kira-kira jam 6.24 petang pada Isnin lalu apabila pengawal keselamatan terbabit telah menumbuk muka mangsa.
"Mangsa ditumbuk dan dipijak oleh pengawal keselamatan terbabit menyebabkan lelaki itu tidak sedarkan diri.
"Mangsa kini dirawat di Hospital Tumpat, terdapat kesan tumbukan dan darah di bahagian muka manakala dibahagian belakang kepala alami bengkak akibat hentakkan ke lantai semasa jatuh," katanya.
Menurutnya, kes disiasat di bawah seksyen 323/506 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan.
Siakapkeli.my
Lelaki OKU pitam ditumbuk, dipijak pengawal
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net
PETALING JAYA: Seorang lelaki kurang upaya (OKU) tidak sedarkan diri apabila ditumbuk dan dipijak seorang pengawal keselamatan di sebuah pasar raya di Tumpat, Kelantan.
Menerusi rakaman video yang tular di media sosial sejak pagi semalam, mangsa, yang dikatakan pekerja pasar raya berkenaan diserang ketika menghampiri sebuah mesin layan diri di luar pasar raya berkenaan.
Pengawal itu datang dari arah belakang, ditumbuk di muka sehingga jatuh dan kemudian dipijak di bahagian dada.
Pengawal itu kemudian dirakam cuba membangunkan mangsa.
Harian Metro melaporkan berlaku perselisihan faham antara mangsa yang berusia 42 tahun dengan pengawal keselamatan berusia 26 tahun itu sebelum kejadian.
Ketua Polis Daerah Tumpat Superintendan Ab Rashid Mat Daud dipetik sebagai berkata pengawal terlibat sudah ditahan sejurus menerima laporan kejadian itu kelmarin.
"Kita dapati rakaman CCTV kes itu tular di media sosial semalam, tetapi kes berkenaan berlaku pada Isnin lalu.
"Terdapat kesan tumbukan dan darah di muka mangsa, manakala di belakang kepala pula mengalami bengkak akibat hentakan ketika terjatuh di lantai.
"Mangsa yang dibawa ke Hospital Tumpat ketika ini dan masih menerima rawatan di pusat perubatan berkenaan," katanya.
Suspek direman 4 hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 323 dan 506 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan.
"Hei! I Dah 'Booked'", Korang Tak Tahu Ke 'Cop' Parking Untuk Orang Lain Tu Salah Dan Boleh Dipenjara 12 Bulan Serta Denda RM4,000?
siakapkeli.my
Kejadian ini mungkin pernah berlaku kepada anda sebelum ini . Berpusing-pusing mencari tempat letak kereta terbuka di pusat membeli-belah. Anda akhirnya mendapati satu petak kosong dan telah semangat memandu terus ke arah petak tersebut dan tiba-tiba ada seseorang berjalan menuju ke petak tersebut, berdiri dan berkata, "Hei, saya dah booked dulu".
Sudah beberapa insiden berlaku, namun baru-baru ini virus ini menular dengan luas di New York dimana seorang wanita dan ibunya berlari mendapatkan petak kosong tersebut untuk meletakkan kereta mereka sedangkan ada seorang juga lelaki itu sedang memarkir keretanya ke dalam petak itu. Insiden itu telah mengundang kemarahan lelaki terbabit dengan berkata, "ia adalah tempat letak kereta, bukan tempat letak 'kereta perempuan', kan?"
Walaupun sikap tersebut dilihat sebagai tidak bagus, persoalannya, adakah ia benar-benar menyalahi undang-undang atau tidak? Jika anda fikir perkara ini kecil, sebenarnya ada undang-undang atau akta yang menulis tentang kejadian seperti ini.
Sudah pasti salah untuk menempah ruang letak kereta terbuka awam.
Booking ruang letak kereta dengan berdiri di dalamnya adalah sangat berbahaya. Pemandu biasanya tidak nampak seseorang berdiri atau duduk di kotak tersebut . Kes paling tragis apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia 3 tahun menunggu di ruang letak kereta tersebut selama 90 minit sebelum ibunya datang untuk mengambil petak parkir tersebut.
Berdiri di tempat letak kereta untuk "menempah" ia sebenarnya secara khusus disebut dalam Seksyen 50 (3) Akta Pengangkutan Jalan 1976 (RTA), dan merupakan kesalahan jenayah. Seksyen ini bertajuk "gangguan dan pengimejan yang menyalahi undang-undang" , dan berbunyi:
"If any person, otherwise than with lawful authority, remains on any road or at any parking place for the purpose of importuning any other person in respect of the watching or cleaning of a motor vehicle, or for the purpose of directing any driver of a motor vehicle in respect of parking on such road or at such place, he shall be guilty of an offence."
Seperti yang anda lihat, undang-undang ini juga merangkumi situasi di mana seseorang kekal di tempat letak kereta sebagai "jaga", atau menawarkan untuk membersihkan kereta yang memasuki ruang letak kereta. Dan kerana undang-undang tidak menyatakan, ia akan dikenakan kepada orang awam (seperti di jalan) dan swasta (seperti di pusat membeli-belah) ruang letak kereta. Penalti am RTA terpakai untuk undang-undang ini, dan berada di bawah Seksyen 119, yang meletakkan hukuman denda sehingga RM2,000 atau sehingga 6 bulan penjara. Mengulangi kesalahan dikenakan denda sehingga RM4,000, dan / atau sehingga 12 bulan penjara.
Kini, anda tahu apa yang tidak boleh dilakukan, anda juga harus tahu bahawa 'menempah' tempat letak kereta adalah jenayah di bawah Akta Pengangkutan Jalan, anda boleh melaporkan sebarang insiden ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Orang ramai sebenarnya mempunyai beberapa cara untuk membuat laporan kepada JPJ (dengan bukti foto atau video):
Menghantar mesej dengan apa-apa butiran
a.. 011-5111 5252 melalui WhatsApp
b.. Menghantar e-mel ke aduantrafik@jpj.gov.my
c.. Memanggil 03-8886-6412
Pastikan foto / video anda menunjukkan plat lesen pesalah itu, serta kesalahannya. Anda juga harus menyediakan beberapa butiran termasuk:
a.. Nama anda (masukkan IC)
b.. Lokasi
c.. Tarikh dan masa
d.. Plat lesen
e.. Butiran mengenai apa yang berlaku
Siakapkeli.my
Sumber: Ask Legal
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Mon Mar 26, 2018 8:52 am (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
Bantuan Kerajaan akan dihentikan jika pembangkang memerintah
bloglist-malaysia.blogspot
wak-labu
Posted by Mohd Sulaiman
PADANG TERAP (Kedah) -- Datuk Seri Najib Tun Razak berkata rakyat tidak lagi dapat menikmati pelbagai bantuan yang disediakan oleh kerajaan selama ini jika pakatan pembangkang mengambil alih pemerintahan negara.
Perdana Menteri, Bank Dunia baru-baru ini telah mempersoalkan kemampuan pakatan pembangkang untuk memerintah dengan berkesan sekiranya mereka hendak menghapuskan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) seperti dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) mereka.
"Bank Dunia mempersoalkan kalau GST dihapuskan, akan berlaku kelompangan kewangan RM20 billion dalam akaun. Ini tidak disebut dalam manifesto itu kerana mereka cuba mengaburi mata rakyat dengan tidak menyebut tentang kekurangan ini," katanya semasa berucap di majlis perjumpaan bersama Masyarakat Siam di Kampung Chanding di sini. hari ini
Menurutnya, tanpa hakikat ini dinyatakan, implikasinya kepada rakyat akan bererti bantuan-bantuan kerajaan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), pemberian khas kepada petani dan nelayan dan sebagainya akan dihentikan oleh pembangkang.
"Kalau masih tak cukup juga (untuk menampung kelompangan akaun ini), mereka mungkin akan menambahkan lagi cukai pendapatan persendirian sehingga empat ke lima peratus," katanya.
Najib berkata di sebalik mempersoalkan kewibawaan pembangkang ini, Bank Dunia merupakan antara badan peringkat antarabangsa yang memberikan pengiktirafan dan keyakinan mereka tentang masa depan Malaysia jika kerajaan sekarang terus memerintah.
Menurutnya, badan-badan lain seperti Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), Forum Ekonomi Dunia (WEF), Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan beberapa bank antarabangsa turut menzahirkan keyakinan mereka dengan keupayaan kerajaan sekarang melaksanakan transformasi dalam negara ini.
"Badan penarafan antarabangsa bertaraf dunia telah memberi pengiktirafan yang meyakinkan kepada Malaysia dan masa depan kita kerana kemampuan kita untuk melaksanakan transformasi," katanya.
Sementara itu, beliau berkata usaha kerajaan untuk membawa kaum minoriti seperti masyarakat keturunan Siam di negara ini untuk bersama-sama dalam arus perdana pembangunan negara akan diteruskan bagi meningkatkan mobiliti sosial mereka.
Menurutnya, selain telah berjaya membolehkan beberapa pelajar keturunan Siam mencatatkan keputusan baik dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), kerajaan akan membuka peluang lebih luas bagi mereka untuk melanjutkan pelajaran mereka di institusi pengajian tinggi awam.
"Ini sejajar dengan dasar kerajaan kita yang inklusif untuk melindungi masyarkat minoriti di negara ini seperti masyarakat Siam untuk terus bebas mengamalkan agama dan bertutur bahasa mereka," katanya.
-- BERNAMA
Terima kasih Najib, RELA tak perlu 'dedak'
kedahlaniie.blogspot
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri mengumumkan kenaikan elaun anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) daripada RM6 kepada RM8 sejam.
Daripada membiarkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selaku Menteri Dalam Negeri umumkan, Najib sendiri mahu melakukannya kerana beliau turut umumkan kenaikan elaun pegawai RELA daripada RM7.80 kepada RM9.80 sejam.
Selain itu, Najib juga menambah peruntukan RM20 juta untuk pembelian pakaian seragam baru buat anggota dan pegawai RELA.
Jadi, sebelum pilihan raya umum ke-14 (PRU14), Najib tambah elaun RM2 sejam untuk anggota dan pegawai RELA selain berikan pakaian seragam baru buat mereka yang kini berjumlah 3 juta sukarelawan.
Khabarnya, media milik Umno dengan pantas menyiarkan berita yang menyorot pendapat rata-rata anggota RELA cukup bersyukur dan gembira dengan pemberian tersebut walaupun ramai juga yang melihatnya sebagai gula-gula PRU14.
Ia menjadi 'gula-gula' kerana Najib berjanji untuk 'memberi' lebih banyak lagi jika BN kekal memerintah Putrajaya dengan berjaya mengalahkan Tun Dr Mahathir Mohamad dan geng dalam Pakatan Harapan pada PRU14.
Wajar jika ada anggota RELA yang mahu berterima kasih dengan pemberian tersebut kerana ia sedikit sebanyak mampu untuk membantu mereka mendepani kenaikan harga barang dan kos sara hidup semenjak sistem GST diperkenalkan.
Sama seperti rakyat lain daripada semua jenis pekerjaan dan juga mereka yang tidak bekerja, anggota RELA juga tidak terlepas daripada bebanan kenaikan kos sara hidup yang melonjak akibat GST dan penurunan nilai ringgit.
Untuk rekod, sejak 2012 hingga 2018, kerajaan telah menaikkan elaun anggota RELA sebanyak dua kali dengan jumlah keseluruhan RM4 untuk tempoh enam tahun atau setahun lebih enam puluh sen sahaja.
Persoalannya, cukupkah 'hadiah' tersebut jika dibandingkan dengan keperluan anggota RELA yang turut yang ditugaskan di Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (Esszone)?
Cukupkah elaun naik RM2 sejam dan pakaian seragam baru jika dibandingkan dengan risiko bertugas di banyak jabatan serta agensi kerajaan antaranya sebagai menggantikan tugasan polis bantuan?
Apa yang anggota RELA perlukan bukanlah sekadar kenaikan RM2 sejam atau pakaian seragam baru sahaja tetapi kebajikan para anggota RELA seharusnya dijaga sama seperti pekerja lain.
Anggota RELA yang majoritinya berbangsa Melayu perlu perlindungan semaksimum mungkin, terutama ketika menjalankan tugas-tugas menjaga keselamatan sama ada di atas jalan raya, perhimpunan di padang atau dewan serta semasa bencana alam.
Manfaat KWSP, Perkeso
Agensi kerajaan seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Perkeso (Pertubuhan Keselamatan Sosial) perlu dilibatkan dengan aspek kebajikan para anggota dan pegawai RELA.
Saya ulang, jika diletakkan bawah KWSP, aspek kebajikan anggota RELA akan lebih terjaga dan meningkatkan peluang mereka mendapat kehidupan lebih baik menerusi beberapa skim seperti bantuan hilang upaya dan kematian, manfaat persaraan selain mendapat dividen atas simpanan yang dibuat.
Melalui Perkeso pula, anggota RELA boleh mendapat akses kepada skim bencana pekerjaan dan skim keilatan yang antara lain menawarkan pencen ilat, bantuan ilat, pencen penakat, faedah pengurusan mayat, program 'Return To Work dan faedah pendidikan.
Dengan adanya caruman KWSP dan Perkeso, kebajikan para anggota RELA terutama mereka yang tidak mempunyai pekerjaan tetap akan lebih terpelihara dan lebih ramai rakyat negara ini yang mungkin berminat untuk menyertai RELA.
Walaupun anggota RELA ialah mereka yang bekerja secara sukarela, ia tidak bermaksud mereka terhindar daripada sebarang risiko kecelakaan dan nyawa mereka tidak semahal anggota keselamatan lain seperti polis atau tentera.
Mereka juga manusia yang kebanyakannya telah berkeluarga, berniat murni untuk membantu memelihara aspek keselamatan dan ketenteraman negara dan layak untuk diberikan perlindungan serupa seperti kakitangan keselamatan yang lain.
Justeru, selain menambah elaun, adalah sangat wajar juga jika kerajaan dapat menimbang untuk melibatkan anggota RELA dengan skim-skim di bawah KWSP dan Perkeso agar bukan sahaja masa depan mereka lebih terjamin, minat untuk menyertai RELA akan lebih berdaya.
AMRAN AHMAD NOR ialah Naib Pengerusi Biro Buruh DAP selepas menerajui Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) cawangan Utusan Melayu dan masih menjejaki perjuangan arwah Ahmad Nor, bekas presiden CUEPACS dan mantan naib pengerusi DAP.
----- Original Message -----
From: -:rIeNaCoM:-
To:
Sent: Sunday, March 25, 2018 6:58 PM
Subject: Fw: MENANG BN dulu, ONE MDB, Biar Rais, Rafidah meroyan, Nak Pilihanraya La Tu
MENANG BN BARU BOLEH LULUS PROJEK... TPM
bloglist-malaysia.blogspot
gajahmenta.blogspot
DIRECTER Gajah Menta
Dalam satu cubaan untuk menambah kemenangan kepada UMNO dan BN dalam pilihanraya akan datang, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi menjanjikan pembinaan sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah atau IPD di kawasan Tanah Merah.
Bagaimanapun, janji beliau itu tidaklah percuma, sebaliknya dengan syarat BN mesti menang kesemua tiga kerusi DUN dan peningkatan 100 peratus majoriti kemenangan untuk kawasan Parlimen Tanah Merah.
"Sebagai Menteri Dalam Negeri, permintaan untuk membina IPD berharga RM200 juta saya luluskan dengan bersyarat.
"Dalam pilihanraya nanti, ketiga-tiga DUN mesti menang dan majoriti bagi Parlimen meningkat 100 peratus, " ujar beliau dalam satu himpunan bersama rakyat di Tanah Merah.
Weyy…jenis janji apa seperti ini?
Adakah negara membangun dan sedang menuju tahap berpendapatan tinggi seperti Malaysia, masih wajar mengamalkan kempen sekuno itu?
Janji terbaru Zahid Hamidi buat pengundi Tanah Merah ini bukan saja memalukan, suatu bentuk rasuah dan ugutan yang nyata, malah seolah-olah menjadikan pasukan polis sebagai taruhan untuk menentukan kemenangan UMNO dan BN dalam PRU 14 akan datang.
Tidakkah polis bertanggungjawab menjaga keselamatan dan keperluan mewujudkan balai atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) sepatutnya mengambil kira faktor-faktor lain dan bukannya sama ada UMNO menang pilihanraya atau tidak?
Untuk rekod, Parlimen Tanah Merah dimenangi oleh BN dalam pilihanraya lalu dengan majoriti 4227 undi.
Bagi tiga kerusi DUN dalam kawasan itu pula, satu daripadanya iaitu Gual Ipoh dimenangi oleh BN dengan majoriti 1404 undi, manakala dua lagi iaitu Bukit Panau dan Kemahang dimenangi oleh Pas dengan majoriti masing-masing 3740 undi dan 1436 undi.
Bermakna, untuk membolehkan Zahid Hamidi menunaikan janjinya itu, pengundi Tanah Merah perlu memberi kemenangan sehingga 9000 undi bagi kerusi Parlimen serta ketiga-tiga kerusi DUN, termasuk dua yang sedang dimiliki oleh Pas, mesti jatuh ke tangan BN.
Jika sasaran itu gagal dicapai, maka ia tidak akan ditunaikan sama sekali.
Ini janji betul-betul atau sekadar janji main-main?
Mengapa janji pembinaan IPD mesti dikaitkan dengan kemenangan BN terlebih dahulu di kawasan itu?
Bukankah sekarang ini BN sedang menguasai pentadbiran negara dan pembinaan IPD boleh diluluskan tanpa perlu menunggu selepas keputusan pilihanraya diumumkan?
Apa kena mengena kemudahan untuk pasukan polis dengan kemenangan dalam pilihanraya?
Apakah jika kawasan Tanah Merah terus membangun dan penduduknya sentiasa bertambah, tetapi oleh kerana kemenangan tidak berpihak kepada BN, maka IPD tidak akan dibina sampai bila-bila?
Apakah jenis pemimpin seperti Zahid Hamidi ini yang sanggup meletakkan syarat yang rasanya mereka di negara Afrika pun tidak sampai hati melakukannya?
Cisss….
>> Komenter bebas Shahbudin Husin, penganalisa isu semasa I 17 Mac 2018.
share
Minta Ampun Kat Sultan Johor Sebab Nak Pilihanraya La Tu Kan Nazri Sindir Netizens.
bloglist-malaysia.blogspot
amenoworld.org
Posted by Ameno World
SEMALAM, Menteri Pelancongan Datuk Seri Nazri Aziz dibenarkan untuk mengadap DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor di Istana Pelangi.
Perkara itu dilaporkan oleh page JDT - Johor Southern Tigers bersertakan beberapa gambar pertemuan.
Menurut Sultan Johor pertemuan tersebut bertujuan untuk mendapatkan pandangan berkaitan pentadbiran negeri (Johor) dan memohon ampun.
"DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor menerima mengadap Dato' Seri Mohamed Nazri Bin Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan pada hari ini, 15hb Mac 2018.
Dato' Seri Mohamed Nazri Bin Abdul Aziz datang mengadap untuk meminta pandangan daripada DYMM Sultan Johor berkenaan pentadbiran negara untuk masa akan datang dan juga memohon ampun kepada DYAM Tunku Mahkota Johor. Allah Peliharakan Sultan," kata Baginda dalam satu kenyataan.
Sejak tahun 2015, Nazri Aziz dan TMJ saling berbahas (bergaduh) mengenai isu politik tanahair menggunakan saluran media.
Tindakan TMJ yang mengkritik ketidakhadiran Najib Razak dalam program Nothing To Hide dipercayai menjadi titik tolak perselisihan politik antara kedua belah pihak.
Tindakan Nazri yang bersedia meminta maaf itu bagaimanapun disindir dan ditertawakan oleh netizens. Rata-rata beranggapan ia taktik politik murahan menjelang PRU ke 14.
Ini kerana perselisihan Nazri dengan TMJ sudah berlangsung lebih dari dua tahun lamanya justeru tindakan yang memohon ampun secara tiba-tiba itu mengundang spekulasi dikalangan netizens.
Ramai percaya ia ada kaitan dengan musim pilihanraya.
Difahamkan Parlimen akan dibubarkan dalam masa terdekat diantara Mac dan April tahun ini. - 16 Mac 2018.
Read more: http://www.amenoworld.org/2018/03/minta-ampun-kat-sultan-johor-sebab-nak.html#ixzz59vTevoP8
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com
----------------------------------------
Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
----------------------------------------
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
----------------------------------------
Weblist:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com
----------------------------------------
Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
----------------------------------------
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
----------------------------------------
Weblist:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com