8 Messages
Digest #4915
Messages
Sun Mar 25, 2018 3:55 am (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
Masuk Bilik Aircond...tunggu gaji bro
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net
"
Dr ROZA mengulas isu Wacana yang dihadiri oleh Tun Mahathir.Tiada diketahui mengapa ROZA begitu teruja untuk mengulasnya walaupun pada mulanya ROZA keberatan kerana mengaku beliau bukan orang politik.
Betullah telahan orang Dr ROZA hanya pakar bab hadis.Apabila beliau ulas bab Wacana Sinar jelas menampakkan kebodohan dan juga sifat yang benci kepada PAS.
Pertamanya,mengapa beliau kaitkan dengan Presiden PAS yang tiada hubungan langsung dengan Wacana itu.
Keduanya,kebodohann
Nampaknya dendam benci beliau kepada PAS dengan isu RU355 dan polemik dengan Ustaz Dusuki terbawa-bawa dalam ulasannya.
Cukup-cukuplah Dr ROZA.Anda dan Dr MAZA satu spesis.Pemuja Dr Mahathir.Balik semula ke bilik aircond anda.Duduk diam-diam .Tunggu gaji.
"......
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: tokpepijat
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
TANPA AGAMA MANUSIA BINASA
bloglist-malaysia.
wabillahagro.
Dicatat oleh Abd Wahab Abdullah
PENDAHULUAN
Manusia yang hidup tanpa agama, pasti akan binasa. Binasanya amat dahsyat. Binasa kehidupannya baik di dunia mahupun di akhirat.
Hidup beragama ini sangat penting dalam memastikan kita ini berada di atas jalan yang benar. Hakikatnya jika kita hidup tidak beragama, sudah tentu hawa nafsu dan syaitan menjadi Tuhan kita.
Jadi tidak hairanlah jika kehidupan kita diselubungi dengan unsur-unsur negatif. Sikap yang buruk akan menguasai diri.
Sedangkan jelas bahawa orang yang meninggalkan agama Allah s.w.t, pasti akan mendapat azab seksa api neraka. Allah s.w.t berfirman:
Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan meninggalkan petunjuk (agama Allah), dan (membeli) azab seksa neraka dengan meninggalkan keampunan Tuhan. Maka sungguh ajaib kesanggupan mereka menanggung seksa api neraka itu.
(Surah al-Baqarah:175)
Maka apakah neraka menjadi pilihan kita? Sudah tentu tidak. Jika tidak mahu ke neraka, maka letakkanlah Islam pada tempatnya dalam kehidupan kita.
PATUH HUKUM: SELAMAT DARI BINASA
Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.
(Surah al-Baqarah:208)
Jelas pada ayat ini bahawa kita dituntut untuk patuh terhadap segala hukum agama yang telah ditetapkan oleh Allah dan RasulNya.
Patuh hukum, kita pasti akan selamat dari kebinasaan. Binasa dari sebarang perkara yang boleh menggugat keiman, akhlak, tingkah laku, ketaatan pada ibadah dan sebagainya.
Jika kita ini Muslim yang beriman, maka kita akan patuh sepenuhnya 100% terhadap segala hukum-hakam agama. Tiada bangkangan atau bantahan.
BINASA AKIBAT DUSTAKAN AYAT-AYAT ALLAH
Maka Kami selamatkan dia dan orang-orang yang bersamanya, dengan rahmat dari Kami, dan Kami (binasakan serta) putuskan keturunan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, dan mereka bukanlah orang-orang yang beriman.
(Surah al-A'raf:72)
Jelas pada ayat ini bahawa orang yang mendustakan ayat-ayat Allah, menolak segala hukum-hakam Allah, maka baginya kebinasaan yang dahsyat.
Malah tiada rahmat baginya dan keluarganya. Kehidupannya terumbang-ambing. Gagal dalam segala-galanya.
Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, Kami akan menarik menarik mereka sedikit demi sedikit (ke jurang kebinasaan), menurut cara yang mereka tidak mengetahuinya.
(Surah al-A'raaf:182)
Jelas orang yang mendustakan ayat-ayat Allah, menolak untuk hidup beragama, maka dia akan ditarik ke jurang kebinasaan.
Apakah kita ingin menjadi seperti demikian? Hidup tanpa agama tanpa syariat jelas membawa kepada kebinasaan. Maka bermuhasabahlah kita kembali jika kita ini benar-benar beriman.
MENURUTI AGAMA YANG LURUS
Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa.
(Surah al-An'aam:153)
Ayat ini menjelaskan kepada kita tentang suruhan menuruti agama Islam dan larangan mengambil agama selainnya.
Hidup dengan syariat Islam dapat menyelamatkan kita dari kebinasaan. Kita boleh perhatikan apa yang telah terjadi kepada golongan yang tidak ikut syariat Islam. Kehidupannya kucar-kacir,
organisasinya huru-hara, keluarganya tunggang-langgang. Maka apakah keadaan ini yang kita inginkan di dalam kehidupan kita? Sudah tentu tidak. Kembalilah kita ke jalan Allah s.w.t sepenuhnya.
PENUTUP
Pengajaran yang boleh diambil:
1. Hidup tanpa agama, manusia akan binasa. Maka elakkanlah ia.
2. Tetap teguhlah dalam agama Islam jika kita ingin selamat dunia dan akhirat.
3. Dengan beragama, kehidupan kita akan lebih sejahtera.
4. Patuhlah pada hukum Allah keseluruhannya, bukan separuh-separuh.
5. Orang yang beragama, akan kaya dengan akhlak dan tinggi keimanannya kepada Allah s.w.t
6. Patuh Syariat, faham Agama, taat perintah Allah dan Rasul, jauhi hasutan syaitan, jika kita ini orang yang beriman dan ingin berjaya dunia dan akhirat.
Dari Allah Kita Datang Kepada Allah Jualah Kita Dikembalikan Kelak
Wallahualam
Muaz Fiqwa
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Sun Mar 25, 2018 3:55 am (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
Fenomena Ekuinoks Bakal Melanda Utara Semenanjung Minggu Ini Dengan Suhu Cecah 40 Darjah Celsius
siakapkeli.my
Kedah dan Perlis antara negeri yang bakal mengalami fenomena ekunoks atau keadaan dimana matahari yang menegak di atas garisan khatulistiwa.
Ekuinoks merupakan satu fenomena astronomi apabila kedudukan matahari sejajar dengan garisan khatulistiwa sehingga menjadikan bumi berada pada jarak paling dekat dalam sistem solar.
Pertukaran posisi matahari dari Hemisfera Utara ke Hemisfera Selatan menyebabkan suhu bumi meningkat selain jangka masa siang dan malam menjadi sama iaitu selama 12 jam.
Fenomena ini dijangka berlaku pada 20 hingga 23 Mac dan seterusnya pada 22 September akan datang.
Exco kesihatan Negeri Kedah, Datuk Dr. Leong Yong Kong berkata suhu semasa Ekuinoks boleh mencecah antara 38 hingga 40 darjah Celsius.
"Semua pusat kesihatan, klinik dan Jabatan Kesihatan negeri akan sentiasa berwaspada dan peka dengan situasi berkenaan."
"Golongan berisiko seperti kanak-kanak berusia di bawah 5 tahun, warga emas, pesakit kronik dan ibu mengandung diingatkan agar tidak terlalu terdedah di bawah cahaya matahari."
"Mereka perlu meminum air masak secukupnya selain berpakaian tidak terlalu tebal."
"Selain itu, elakkan daripada meminum minuman beralkohol."
"Sementara itu juga, orang ramai khususnya pesakit kencing manis, warga emas dan remaja turut diminta untuk mengambil langkah-langkah berjaga-jaga dengan cuaca panas melampau itu."
Fenomena ekuinoks ini turut dialami Thailand yang dijangka mencatat suhu 46 darjah Celsius, Myanmar, 46 darjah dan Kemboja denga 42 darjah Celsius.
Tolong tangkap anak saya'
Halim Said
bloglist-malaysia.
gigitankerengga.
"Saya menawarkan ganjaran itu kerana mahu menyelesaikan kes ini tanpa membabitkan polis tetapi ibu kepada seorang suspek memberitahu yang anaknya adalah antara perompak dalam video itu," kata pemilik kedai barang kemas yang hanya mahu dikenali sebagai Mr Sim.
ANTARA suspek yang dirakam dalam video CCTV kedai. FOTO ihsan Sim.© Provided by Media Prima ANTARA suspek yang dirakam dalam video CCTV kedai. FOTO ihsan Sim.
Lebih mengejutkan, kata Mr Sim yang kedainya di Kulai dirompak Jumaat lalu, ibu suspek juga mahu anaknya ditangkap dan dihantar ke institusi pemulihan kerana itu bukan kali pertama anaknya terbabit dalam perbuatan jenayah.
Mr Sim sebelum ini memuat naik video rompakan di Facebook miliknya dan menawarkan RM1,000 sebagai ganjaran kepada pihak yang memiliki maklumat mengenai perompak berkenaan.
Video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) itu berjaya merakamkan kelibat tiga suspek terbabit, iaitu dua lelaki dan seorang wanita, yang memecahkan bekas berkunci dan mencuri barang kemas bernilai RM20,000.
Dalam insiden berkenaan, pemilik premis sudah menutup kedai dan mengunci kiosk itu kira-kira jam 10 malam, sebelum ketiga-tiga suspek tiba sejam kemudian dan memecahkan bekas berkunci terbabit dengan mudah.
Mr Sim kemudian memutuskan untuk menarik balik ganjaran RM1,000 yang ditawarkan selepas dihubungi ibu suspek, dan berharap polis menyelesaikan siasatan serta menangkap ketiga-tiga perompak itu segera.
"Saya sudah menurunkan posting di Facebook, namun ia sudah dikongsi beberapa kali, sekali gus menyukarkan saya untuk memadamnya.
"Saya harap posting itu dapat dipadamkan bagi mengelak kekeliruan," katanya.
Laporan polis dibuat pada malam kejadian.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kulai Deputi Superintendan Tok Beng Yeow berkata, siasatan masih dijalankan dan tiada tangkapan dibuat setakat ini.
Menurutnya, kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana merompak.
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Sun Mar 25, 2018 3:56 am (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
Isu Wacana Sinar Harian: Terima Kasih Atas Sokongan, Pandangan Dan Teguran
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net
Oleh Dr Kamarul Yusoff
Baru berkesempatan membaca komentar rakan-rakan sehubungan dengan isu yang dimainkan oleh para pentaksub Tun Dr Mahathir mengenai "keterkucilan" saya bila Tun Dr Mahathir datang menerjah Wacana Sinar Harian Ke-53, Apakah Tun M Terlalu Tua Untuk Jadi PM.
Saya tidak faham mengapa video troll ke atas diri saya yang kononnya berubah muka jadi "macam kena telan ubat gegat" ekoran kedatangan Tun Dr Mahathir yang disebarkan oleh Kelab Che Det ini begitu mendapat sambutan sehingga telah mencapai 2.3 juta tontonan dan 61 ribu perkongsian sedangkan hakikatnya di dalam video itu sendiri pun masih kelihatan yang saya terus konsisten berhujah selepas Tun Dr Mahathir datang.
Walau apa pun, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan mahupun pandangan dan teguran yang diberikan oleh semua pihak kepada saya yang, insya Allah, akan saya gunakan untuk memperbaiki diri saya di masa hadapan.
Saya sebenarnya sangat terbuka dengan sebarang pandangan dan teguran, khususnya ke atas aspek penyampaian lisan saya, malah bila dijemput berucap, saya sendiri selalunya akan memaklumkan terlebih dahulu mengenai kekurangpetahan saya dalam berpidato bagi mengelakkan kehampaan pihak penganjur dan penonton, dan hanya bila saya tetap dijemput juga barulah saya akan hadir.
Saya bukanlah lahir dari kalangan keluarga yang mempunyai kebolehan berpidato yang baik dan saya sendiri sebelum ini tidak berusaha untuk mengasah dan memperbaiki kemampuan berpidato saya kerana saya memang tiada sebarang impian untuk mengubah kerjaya ke kerjaya seperti ahli politik atau pakar motivasi yang memerlukan kemampuan berpidato yang baik.
Terima kasih khususnya kepada sokongan dari dunia akademik, termasuk:
1. Pengerusi Majlis Profesor Negara, Prof Datuk Dr Raduan Che Rose, yang menulis mengenai "hujahan (saya) yang baik dan well-researched" dan "next time stay cool, composed".
2. Naib Canselor Universiti Utara Malaysia, Prof Datuk Seri Dr Mohamad Mustafa Ishak, yang menulis mengenai saya "presenting (my) argument based on facts", "Tun M should not make a come back" dan "the moderator was quite biased".
3. Prof Madya Dr Shamrahayu Abdul Aziz yang menulis mengenai "(saya) orang yang hebat dalam bidang (saya)", "analisis (saya) padat" dan "analisis (saya) jelas dengan fakta yang ramai orang tidak mengerti".
4. Dr Muhaimin Sulam yang menulis mengenai "(saya) semacam dijadikan ahli gusti WWF yang dijadikan badut untuk dimalukan" dan "ternyata politik media yang dimainkan oleh Sinar Harian adalah sesuatu yang mengejutkan tetapi ia suatu yang tidak wajar".
5. Ahmad Farami Abdul Karim yang menulis mengenai "moderator tidak menunjukkan sikap tidak memihak", "dalam banyak situasi, beliau bersikap ofensif terhadap (saya) dan berhujah seperti panelis" dan "ada masanya (moderator) defensif seakan mewakili parti politik".
Terima kasih juga di atas sokongan dari dunia politik, termasuk:
1. Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar Musa, yang menulis mengenai "seorang ahli akademik lazimnya bebas bercakap walau jarang menarik perhatian sesiapa tapi kali ini (saya) sangat berjaya mencuri perhatian", "ia satu kejayaan" dan "ternyata mesej (saya) sampai".
2. Ketua Penerangan PAS Malaysia, Nasruddin Hassan, yang menulis mengenai betapa, "walaupun berhadapan dengan pelbagai tekanan kiri dan kanan, namun (saya) masih berupaya menyampaikan pandangan dan hujah disokong dengan fakta yang kuat" dan "penghujahan yang diutarakan (saya) sahaja sudah cukup komprehensif dari segala segi dan selayaknya itulah laras yang perlu dibahaskan secara teliti".
3. Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali, yang menulis mengenai "kepetahan saya berbicara tidaklah sehebat sebahagian penceramah yang hebat tetapi idea dan pandangan (saya) sangat bernas", "hujahan yang (saya) tampilkan dalam forum di Sinar Harian semalam sangat bernas dan akademik" dan "ia perlu dinilai menerusi neraca akademik bukannya neraca emosi".
4. Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Datuk Nik Abdul Aziz, yang menulis mengenai betapa "(beliau) berbangga dengan (saya) kerana pandangan-pandangan intelektual (saya) terhadap politik tanah air", "'ada ubi ada batas' adalah doa (saya) sebagai seorang yang rasa dipermainkan atau diperangkap oleh 'tuan rumah'" dan "(beliau) amin-kan 10 kali".
5. Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, yang menulis mengenai betapa "Tun patut mari awal lagi waktu (saya) sebut fakta-fakta bagaimana Tok Guru sebagai orang tua yang patut tak jadi Menteri Besar, nyanyuk dan lain-lain" dan "insya Allah kebenaran akhirnya akan tertegak walaupun ramai yang masih dalam lamunan mimpi".
Sekali lagi terima kasih saya ucapkan kepada semua di atas sokongan, pandangan dan teguran dari semua pihak kepada saya, baik yang berbuat demikian atas nama pertubuhan, termasuk beberapa pertubuhan bukan kerajaan, mahupun atas nama individu.
جَزَاكُÙ…ُ اللهُ Ø®َÙŠْرًا
FB
Dr. Kamarul Yusoff
Tun Mahathir Atau Dr Kamarul Yusoff : Siapa Lebih Cool ?
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net
1. Selepas wacana semalam ramai penyokong PH bersorak kegembiraan kononya Dr Kamarul Yusoff terdiam, terkucil,terkedu dan ketakutan dalam wacana semalam. Ramai juga yang komen fizikal dan serangan peribadi terhadap Dr Kamarul..
2. Sebaliknya pandangan saya, Dr Kamarul berjaya dengan tenang meneruskan wacana yang sememangnya dibarisi panel dan moderator Pro-Tun. Lihat sahajalah cara wacana itu dijalankan. Very much choreographed untuk menaikkan imej Tun M.
3. Kalau kita tonton rakaman wacana tersebut, Dr Kamarul mengemukakan 10 kayu ukur dalam wacana tersebut. Antaranya Aspek Legal,fizikal, genetikal, mental, psikologikal, moral, philosophical dan demographical. Fakta bukan? Sememangnya kita mengetahui Dr Kamarul seorang yang kurang petah bercakap, namun dari sudut hujah beliau yang penuh dengan fakta, merupakan sesuatu yang gagal disanggah.
4. Tun M dalam majlis tersebut,turut diberikan peluang untuk menjawab hujah Dr Kamarul, namunTun M hanya bercakap sekitar bagaimana beliau sihat (walaupun dah 2 kali bypass), aktif membaca,memikir dan menyelesaikan masalah, tidak over eat, bagaimana dia boleh pakai seluar lama dia dan sebagainya. Pada saya ini hujah tidak berkait dan tiada fakta. Malah segala hujah Dr Kamarul tidak dijawab.
5. Malah penyokong Tun M juga memuji kononnya beliau tenang menghadapi pengkritiknya. Pada hakikatnya, Tun M tidaklah setenang yang digembar gemburkan.. Dalam Program Dialog Anak Muda : Deklarasi Rakyat, Realiti atau fantas? pada 2 April 2016, Tun M melarikan diri dari menjawab soalan CheguBard mengenai skandal Bank negara 1992 ketika TS Jaafar menjadi Gabenor sebanyak RM30billion, Skandal MAS RM580 juta, Skandal Perwaja RM10b, Skandal Bank Bumi RM10b, Skandal Maminco RM1.6b dan juga laporan Far Eastern Eeconomic Review yang menyebut jumlah RM1.6juta digunakan Mahathir untuk balilout syarikat kapal anaknya Konsoritum Perkapalan Berhad. Sila lihat link dibawah :
https://chegubard.blogspot.my/2016/04/drm-balik-awal-elak-menjawab.html?m=1
6. Oleh yang demikian, pada saya Tun M berani hadir oleh kerana panel dan moderator yang Pro-Tun. Malah Tun-M juga tidak berani menyatakan kehadirannya lebih awal. Apatah lagi ruang bertanya dari hadirin hanya dibuka kepada 2 orang. Apakah Tun M berani berhadapan dengan anak muda di forum yang bebas dan terbuka? Ada jaminan Tun akan menjawab semua persoalan hadirin? Maka pada saya Dr Kamarul Yusoff lebih cool, Tun Mahathir not cool dan Sinar Harian super not cool.
Nurul Mohamed Yusoff
Saya Terkucil Di Depan Tun Dr Mahathir?
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net
Sejak awal lagi saya sudah sedar bahawa Wacana Sinar Harian Ke-53, Apakah Tun M Terlalu Tua Untuk Jadi PM, adalah bertujuan untuk mempromosikan Tun Dr Mahathir.
Ini kelihatan di dalam jemputan awal pihak penganjur kepada saya yang menyebut bahawa kupasan topik berkenaan adalah bertujuan supaya "kita nampak jelas kekuatan Tun M".
Saya mengandaikan bahawa kedua-dua rakan panelis saya, iaitu pakar psikologi, Prof Datuk Dr Mat Saat Baki, dan pakar fitness, Kevin Zahari, akan ditugaskan untuk memberikan testimoni mereka mengenai kemampuan mental dan fizikal Tun Dr Mahathir untuk menjadi Perdana Menteri.
Saya juga sangat tahu bahawa moderator, Nazri Kahar, adalah seorang penyanjung Tun Dr Mahathir dan pengkritik Datuk Seri Najib, dan ini terbukti dari soalan yang diberikan sejam sebelum wacana bermula yang meminta dibandingkan tokoh muda yang penuh korupsi dengan tokoh tua yang penuh inovasi.
Malah, beberapa rakan rapat saya yang menyebut mengenai betapa Sinar Harian semakin lama kelihatan semakin kuat menyokong Pakatan Harapan meminta saya tidak menyertai wacana ini kerana bimbang ia merupakan satu perangkap untuk mengenakan diri saya.
Pada peringkat awalnya, saya dimaklumkan oleh pihak penganjur bahawa mereka turut menjemput Tun Dr Mahathir untuk turut hadir bagi bercakap mengenai isu yang melibatkan diri beliau ini tetapi beliau dikatakan tidak menjawab jemputan menyebabkan saya mengandaikan beliau tidak akan hadir.
Walaupun menyedari kemungkinan wacana ini akan menjadi berat sebelah, saya bagaimanapun memilih untuk hadir bagi membolehkan saya mengemukakan beberapa fakta alternatif mengenai kemampuan Tun Dr Mahathir ini.
Untuk tujuan itu, saya telah menyenaraikan 10 kayu ukur bagi menilai kemampuan Tun Dr Mahathir ini, iaitu membabitkan aspek legal, physical, genetical, mental, psychological, moral, demographical, intellectual, philosophical dan spiritual.
Bila saya diberi ruang bercakap, saya pun terus mengemukakan penilaian saya ke atas kayu ukur tersebut, di mana pada kali pertama saya sempat mengemukakan enam kayu ukur sebelum dihentikan oleh moderator (yang menyebut mengenai kelebihan tokoh tua berbanding tokoh muda yang korupsi).
Dari sudut legal, saya menyebut Tun Dr Mahathir mampu kerana, berbanding di Iran yang menetapkan 75 tahun sebagai usia maksimum calon Ahli Parlimen, Perkara 47 Perlembagaan Persekutuan tidak menetapkan usia maksimum tetapi hanya menetapkan usia minimum, iaitu 21 tahun.
Dari sudut physical, saya menyebut Tun Dr Mahathir tidak mampu dengan memberikan fakta mengenai beliau telah dua kali menjalani pembedahan pintasan jantung pada 24 Januari 1989 dan 4 September 2007; beliau telah tiga kali gagal hadir berceramah dalam tempoh empat bulan terakhir, iaitu di Ipoh pada 3 Disember 2017, di Bentong pada 10 Februari 2018 dan di Pulau Pinang pada 11 Mac 2018; dan beliau telah mengalami batuk teruk ketika berceramah di Tanjung Malim pada 16 Mac 2018.
Dari sudut genetical, saya menyebut Tun Dr Mahathir tidak mampu dengan memberikan fakta mengenai jangkaan hayat lelaki Malaysia ialah 72.7 tahun; dan mengenai purata tempoh hayat adik-beradik beliau yang tidak lebih tinggi berbanding beliau, iaitu Mashahor yang meninggal dunia sewaktu berusia 79 tahun pada 30 September 2002, Mahadi yang meninggal dunia sewaktu berusia 86 tahun pada 12 Disember 2000, Habshah yang meninggal dunia sewaktu berusia 89 tahun pada 6 Disember 2006 dan Rafeah yang meninggal dunia sewaktu berusia 94 tahun pada 1 September 2009.
Dari sudut mental, saya menyebut Tun Dr Mahathir tidak mampu dengan memberikan fakta mengenai penurunan kemampuan kognitif beliau yang kelihatan jelas di dalam dialog bersama cendekiawan Melayu pada 25 Julai 2017 dan sidang media Majlis Presiden Pakatan Harapan pada 20 Disember 2017.
Dari sudut pyschological, saya menyebut Tun Dr Mahathir tidak mampu dengan memberikan fakta mengenai ketidaksediaan awal beliau untuk menjadi Perdana Menteri membabitkan kenyataan beliau di University of London pada 21 September 2016 bahawa Tan Sri Muhyiddin adalah calon Perdana Menteri beliau, kenyataan beliau di Tasek Gelugor pada 23 April 2017 bahawa beliau terlalu tua dan pendedahan Wan Saiful dalam Channel News Asia pada 6 Disember 2017 bahawa Tun Dr Mahathir menyebut tidak mahu bertanding.
Dari sudut moral, saya menyebut Tun Dr Mahathir tidak mampu dengan memberikan fakta mengenai bagaimana beliau sebelum ini sering mencemuh tokoh politik yang lebih muda dari beliau sebagai terlalu tua untuk menjawat jawatan tinggi kerajaan melalui kritikan beliau terhadap Datuk Nik Abdul Aziz pada 30 Oktober 2009 dan 27 April 2013 serta kritikan beliau terhadap Datuk Seri Anwar dalam The Australian pada 11 April 2016 (yang menyebut betapa beliau sendiri sedar beliau tidak mampu terus menjadi Perdana Menteri pada usia 80 tahun).
Selepas dipotong oleh moderator, saya menggunakan kesempatan lain untuk menghujahkan Tun Dr Mahathir tidak mampu dari sudut philosophical dan demographical.
Dari sudut philosophical, saya menyebut Tun Dr Mahathir tidak mampu dengan memberikan fakta mengenai bagaimana Manifesto Pakatan Harapan menjanjikan mengenai pelbagai bentuk perubahan sedangkan perubahan adalah sesuatu yang stressful dan yang diasosiasikan dengan orang muda berbanding orang tua yang diasosiasikan dengan kestabilan.
Dari sudut demographical, saya menyebut Tun Dr Mahathir tidak mampu dengan memberikan fakta mengenai penduduk Malaysia berusia 65 tahun ke atas yang hanya berjumlah 6.2% berbanding penduduk Malaysia berusia 15-64 tahun yang berjumlah 69.7% selain mengenai trend dunia yang menyaksikan kemunculan semakin ramai pemimpin muda seperti Justin Trudeau yang berusia 44 tahun sewaktu menjadi Perdana Menteri Kanada pada 4 November 2015, Emmanuel Macron yang berusia 40 tahun sewaktu menjadi Presiden Perancis pada 14 Mei 2017 dan Sebastian Kurz yang berusia 31 tahun sewaktu menjadi Canselor Austria pada 13 Disember 2017.
Bila panelis lain menyebut mengenai keterpaksaan Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri kembali kerana ketiadaan pemimpin muda berwibawa di Malaysia, saya menyatakan bahawa pindaan ke atas Perkara 47 Perlembagaan Persekutuan bagi menetapkan 75 tahun sebagai usia maksimum calon Ahli Parlimen mungkin boleh membantu menyelesaikan masalah ini.
Saya memang tidak menyangka mengenai kehadiran secara tiba-tiba Tun Dr Mahathir ke wacana ini, apatah lagi bila moderator terus memberikan ruang kepada beliau dan isteri beliau untuk bercakap selain meminta kami sebagai panelis untuk bertanya soalan kepada beliau sebagai jemputan pula.
Bagaimanapun, saya menggunakan ruang yang ada untuk mengingatkan Tun Dr Mahathir mengenai ketidakmampuan beliau dari sudut spiritual dengan merujukkan kepada peringatan Allah mengenai kelemahan manusia pada usia tua seperti yang terkandung di dalam Ayat 68 Surah Yasin, Ayat 5 Surah al-Hajj, Ayat 54 Surah al-Rum dan Ayat 70 Surah al-Nahl.
Saya juga menggunakan ruang yang ada untuk menanyakan beliau mengenai persepsi bahawa, dari segi intelektual, beliau tidak akan mampu untuk jadi Perdana Menteri yang baik kerana beliau tidak akan mampu menguasai Pakatan Harapan serta hanya akan menjadi puppet kepada para pemimpin lain disebabkan dominasi DAP dan disebabkan Perjanjian Pakatan Harapan yang mensyaratkan supaya setiap pembuatan keputusan mestilah dibuat secara konsensus, termasuk dengan membangitkan beberapa kandungan utama di dalam Manifesto Pakatan Harapan sebagai contoh.
Saya juga turut menanyakan beliau satu soalan yang memang sudah lama saya mahu tanyakan sendiri kepada beliau, iaitu apa yang menyebabkan beliau sendiri kini bersedia untuk menjadi Perdana Menteri kembali tatkala beliau sendiri menyebut, pada 21 September 2016, bahawa Tan Sri Muhyiddin adalah calon Perdana Menteri beliau dan tatkala kaji selidik PPBM yang diumumkan oleh Datuk Dr Rais pada 10 Mei 2017 sendiri menyebut bahawa calon paling popular untuk menjadi Perdana Menteri bukanlah beliau, tetapi Tan Sri Muhyiddin.
Saya berpuas hati dapat menanyakan kedua-dua soalan tersebut secara terus kepada Tun Dr Mahathir, malah jawapan Tun Dr Mahathir kepada kedua-dua soalan saya ini telah diberikan liputan oleh media massa.
Adalah tidak benar dakwaan yang disebarkan secara meluas dalam media sosial, yang turut disertakan dengan foto yang menunjukkan seolah-olah saya terkedu di sisi beliau, bahawa saya kononnya terus terkucil ketakutan sebaik sahaja Tun Dr Mahathir sampai ke majlis wacana itu.
Saya sebaliknya merasa teruja dengan kehadiran Tun Dr Mahathir yang, berdasarkan kenyataan Ketua Pemuda PPBM, Syed Saddiq, kepada saya selepas majlis itu tamat, memutuskan untuk hadir sendiri ke majlis itu selepas melihat perjalanan wacana itu sejak ia bermula secara live, termasuk tindakan saya yang lantang mengkritik beliau.
Pada hemat saya, cubaan Tun Dr Mahathir untuk menunjukkan keberanian beliau dengan mencabar saya di laman Facebook beliau untuk mengkritik beliau secara berdepan adalah sesuatu yang melucukan kerana jika beliau betul-betul berani beliau sepatutnya menyahut undangan Sinar Harian untuk ikut sama di dalam wacana itu sejak awal lagi sebagai pembicara bukan hadir tiba-tiba di tengah majlis sebagai penonton (yang diberi peluang untuk berbicara).
Saya mengharapkan akan ada soalan dari penonton yang akan membolehkan saya mengkritik Tun Dr Mahathir secara berdepan, malangnya peluang untuk penonton berbicara juga ditutup secara yang, saya dimaklumkan, tidak adil.
Saya juga merasa terkejut dengan sikap hipokrit Tun Dr Mahathir yang memberikan gambaran positif mengenai tahap kesihatan beliau kepada khalayak, tetapi sewaktu jamuan selepas majlis itu tamat saya mendengar sendiri beliau komplen mengenai jadual ceramah beliau yang ketat, mengenai betapa beliau terpaksa menunggu sehingga lewat malam di dalam sesuatu majlis ceramah kerana sering diletakkan sebagai penceramah terakhir dan sebagainya.
Saya dimaklumkan mengenai pelbagai troll memanjang yang dikenakan terhadap saya oleh para pengikut setia Tun Dr Mahathir, termasuk oleh para pemimpin AMANAH. Paling menarik ialah tindakan dua evangelis Kristian utama DAP, Hannah Yeoh dan Yeo Bee Yin, menggelakkan saya di laman Facebook mereka.
Tidak mengapa, ada ubi ada batas.
FB
Kamarul Yusoff
Note: Punyalah takut kepada pena Dr Kamarul Yusoff sehingga sanggup turun sendiri ke forum. Tindakan desprado Mahathir dan PH telah meletakkan ketokohan Dr Kamarul Yusof dalam penulisan seumpama seorang maestro politik yang mesti dihadapi sebaris dengan PM Najib. Dr Kamarul Yusof, U're unsung heroes. Teruskan keber hipokrasi Mahathir dan PH demi Malaysia tercinta. - Hamdan
Kamarul Mohon Maaf Tidak Petah Berkata-Kata
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
http://tranungkite.net
KUALA LUMPUR - Pengarah Pusat Kajian Politik Malaysia (Mapan) Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Kamarul Zaman Yusoff mengucapkan terima kasih atas sokongan orang ramai, badan akademik, badan bukan kerajaan (NGO) dan organisasi politik keatasnya.
Beliau bagaimanapun memohon maaf kerana tidak petah berkata-kata dan tidak mahir berpidato seperti seorang ahli politik dan pakar motivasi seperti yang dilihat pada program wacana anjuran Sinar Harian tentang Tun Dr. Mahathir Mohamad kelmarin.
"Saya mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan mahupun pandangan dan teguran yang diberikan oleh semua pihak kepada saya.
Saya sebenarnya sangat terbuka dengan sebarang pandangan dan teguran khususnya ke atas aspek penyampaian lisan saya.
"Malah bila dijemput berucap, saya sendiri selalunya memaklumkan terlebih dahulu mengenai kekurangpetahan saya dalam berpidato bagi mengelakkan kehampaan pihak penganjur dan penonton, dan hanya bila saya tetap dijemput juga barulah saya akan hadir," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kamarul dipersenda dan dijadikan bahan jenaka oleh penyokong Pakatan Harapan selepas termasuk perangkap yang dipercayai diatur oleh Sinar Harian dan Mahathir bagi membunuh personalitinya di mata masyarakat.
Sebilangan anggota masyarakat berpandangan Sinar Harian merancang membunuh karakter penganalisis politik itu menerusi wacana "Apakah Tun M Terlalu Tua Untuk Jadi PM" memandangkan Kamarul dilihat sebagai satu ancaman kerana banyak menulis kajian tentang kelemahan Mahathir dan Pakatan Harapan.
Kamarul dalam permohonan maaf mengenai kekurangan pengucapan awamnya itu seterusnya menjelaskan, beliau bukan lahir daripada kalangan keluarga yang mempunyai kebolehan berpidato yang baik.
Malah, katanya, beliau sendiri tidak berusaha mengasah dan memperbaiki kemampuan berpidato kerana tidak pernah memasang impian mengubah kerjaya kepada ahli politik atau pakar motivasi yang memerlukan kemampuan berpidato yang baik.
Justeru, beliau melahirkan rasa kesal kerana wujud video troll ke atas dirinya yang kurang petah berkata-kata kononnya beliau terkucil depan Mahathir sedangkan beliau konsisten berhujah selepas Mahathir datang.
Mynewshub semalam melaporkan ramai Netizen mengecam Sinar Harian dan Mahathir kerana dilihat seolah-olah merancang pembunuhan karakter seorang ahli akademik secara halus yang dilihat sebagai ancaman kepada Mahathir dan Pakatan Harapan.
Netizen terbabit turut mendakwa program anjuran Sinar Harian itu bertujuan mempromosikan Mahathir apabila membenarkan Mahathir yang merupakan individu yang dibahaskan dalam wacana tersebut dan isterinya menjadi sebahagian daripada panelis walaupun selepas hampir satu jam wacana itu berlangsung.
Sinar Harian juga didakwa sengaja mencaturkan strategi tiga lawan satu dalam program itu kerana menggunakan moderator dan dua panelis pro-Mahathir untuk memperlekehkan hujah Kamarul yang berseorangan memberi pandangan tentang ketidakmampuan Mahathir untuk kembali menjadi Perdana Menteri.
Moderator wacana "Apakah Tun M Terlalu Tua Untuk Jadi PM" itu juga didakwa kerap mencelah hujah Kamarul supaya tidak dapat menghabiskan dapatan akademiknya tentang Mahathir.
Moderator berkenaan kemudian akan mengeluarkan soalan-soalan berbaur pujian keatas Mahathir untuk dihujahkan oleh dua panelis lain pro-Mahathir terbabit. – Mynewshub.cc
Kemunculan Tun M Di Wacana Sinar Buat Semua Terkejut
Written By canang
bloglist-malaysia.blogspot
btmmari.blogspot.
Posted by canang
'Saya pun tak mampu cipta komidi selucu ini'
bloglist-malaysia.blogspot
wak-labu
Posted by Mohd Sulaiman
SENI & HIBURAN
Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad, yang membuat kejutan dengan menghadiri Wacana Sinar Harian bertajuk "Apakah Tun M, terlalu tua untuk jadi PM?" di Shah Alam, semalam juga mencuri tumpuan para artis.
Antaranya, termasuk Datuk Afdlin Shauki.
Dalam catatan ringkasnya di media sosial, penerbit itu jelas tidak dapat menahan perasaan lucunya melihat gambar Dr Mahathir berdiri sambil melirik ke arah seorang pensyarah yang sebelum itu mengkritiknya.
Pensyarah itu adalah Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan) di Universiti Utara Malaysia (UUM), Kamarul Zaman Yusoff.
Afdlin yang juga seorang pengarah filem dan pelawak mengakui beliau sendiri tidak mampu mencipta komedi selucu itu.
"Hahahahaha....Saya pun tidak mampu cipta komedi selucu ini! ...sangat epik" katanya.
Pensyarah itu adalah antara tiga ahli panel yang mengupas topik itu yang membincangkan sama ada jika Dr Mahathir sudah terlalu tua untuk jadi PM apabila bekas perdana menteri itu secara tiba-tiba turut hadir sambil ditemani isteri beliau Tun Dr Siti Hasmah Mohamed Ali.
Selain Kamarul Zaman, siri wacana itu turut disertai pakar psikologi, Prof Datuk Dr Mat Saat Mohd Baki dan Cikgu Fitness Malaysia, Kevin Zahri Abdul Ghaffar. Kamarul Zaman pada awal wacana itu nampak begitu lantang dan yakin sewaktu membidas Dr Mahathir.
Namun beliau dilihat terpaku di kerusi sebaik Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah tampil dan duduk di barisan hadapan penonton.
Perdana Menteri yang pernah berkhidmat selama 22 tahun itu kemudiannya dijemput menyertai perbincangan berkenaan.
Bagaimanapun, pagi tadi, Kamarul Zaman menafikan bahawa dirinya terkedu dan terus terkucil ketakutan sebaik sahaja Dr Mahathir sampai ke majlis wacana itu.
Sementara itu, seorang lagi selebriti, Sharnaaz Ahmad turut menyindir panel yang lain iaitu Kevin.
"Itu bukan Kevin Zahri ka? Hang cikgu fitness (kecergasan) kan...yang dok masuk politik pasai pa? Dari protein shake ke parlimen ka?...," katanya.
SHARNAAZ BASIR AHMAD@SharnaazAhmad
Tu bukan kevin zahri ka? Hang cikgu fitness kan.. yg dok masuk politik pasai pa? Dari protien shake ke parlimen ka? Dude just do what u do best leave politics bro.
Not worth it.. https://twitter.com/pakusaja/status/976783672744460288 … 12:13 PM - Mar 23, 2018 · Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
"Jangan sebut... nanti dia betul-betul datang"
bloglist-malaysia.
alhusseyn51.
Catatan Oleh Alhusseyn Alhusseyn
Rasa gugup bersangatan hingga lupa nak tanggal mic..
Bekas editor Kumpulan New Straits Times, Mustapha Kamil Mohd Janor menyindir majlis Wacana Sinar Harian yang berjudul 'Apakah Tun M, terlalu tua untuk jadi PM?' yang berlangsung semalam.
Mustapha Kamil berkias kisah petua masyarakat Melayu tradisional ketika masuk ke hutan.
"Dalam hutan ni ada banyak petuanya. Selalu orang tua kata bila kita dalam hutan ni jangan disebut-sebut perkara atau apa pun yang kita tak mahu temui.
"Jangan sebut pasal hantu, pasal jembalang atau pasal harimau ke. Nanti dia betul-betul datang," tulis beliau dalam hantaran Facebook malam tadi.
Mustapha berkata teringat mengenai petua itu selepas membaca berita wacana anjuran Kumpulan Krangkraf tersebut.
"Bahasa mudahnya wacana itu untuk mengumpat Dr Mahathir lah. Tapi macam melanggar petua dalam hutan tadi, muncul pulak 'orang tua' tu dan dia duduk betul-betul depan barisan ahli panel yang awalnya bukan main tajam hujah mereka mengumpat Dr Mahathir itu.
"Tapi bila dia muncul tiba-tiba, terus tumpul dan duduk pun dah serba tak kena. Itu lah. Macam pepatah Ujang kawan saya kat kampung ni: 'If your egg is small, don't talk big'," tulis beliau lagi.
Semalam, Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) ditemani isterisnya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali membuat kejutan apabila hadir ke majlis di Shah Alam itu.
Kehadiran pasangan itu disambut dengan meriah oleh penyokong dan hadirin.
Siri wacana itu disertai Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan) Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff, pakar psikologi, Prof Datuk Dr Mat Saat Mohd Baki dan Cikgu Fitness Malaysia, Kevin Zahri Abdul Ghaffar.
Mantan perdana menteri itu kemudian menulis di Twitter mengenai kehadirannya.
"Saya hadir. I'm here guys. Say it to my face. (Saya ada di sini. Cakap depan-depan.
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Sun Mar 25, 2018 3:57 am (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
"Ya, Doktor Kena Komakan Dia, Kalau Sedar Dia Akan Rasa Kesakitan Yang Dasyat"
siakapkeli.my
Walaupun memasak antara perkara selalu dan biasa dilakukan oleh para ibu mahupun penjaga sehingga merasakan rutin itu sudah menjadi kepakaran harian. Namun pun begitu, pasti akan ada suatu hari, kemalangan berlaku. Anak melecur kena minyak panas!
Jika musibah ini terjadi, kita ibu bapa perlu bertindak pantas dengan melakukan rawatan asas segera untuk meminimumkan kecederaan mereka. Jangan panik kerana ia hanya akan membuatkan kecederaan yang dialami jadi lebih parah.
Melalui perkongsian seorang ibu, Mashitah, berkongsi pengalaman kejadian anaknya yang menjadi mangsa minyak panas di dapur. Mari ikuti perkongsian beliau dan semoga setiap ibu bapa dan penjaga tidak sesekali mengabaikan keselamatan anak kecil yang turut terdedah dengan pelbagai risiko kemalangan di dapur.
Salam semua, nama saya Mashitah dari singapore. Saya adalah ibu kepada Aafa berumur 4 tahun. Baru kali ini saya berani nak open-up tentang bagaimana anak kesayangan saya , anak tunggal saya sorang menjadi mangsa terkena minyak panas kerana kecuaian bibik.
Kejadian yang berlaku pada tahun 2015 memang tidak akan hilang dari memori saya walaupun sudah banyak kali saya dirundung depression.
June 2015 – masa tu baru 3 hari Ramadan, memang saya keletihan sangat sebab di awal ramadhan badan pun baru nak adjust dengan puasa. Kebetulan suami saya demam dan saya sangat kalut ke sana kemari untuk prepare juadah berbuka.
Saya dah pesan JANGAN BAWAK AAFA ke dapur waktu sedang memasak!!!
Saya dah pesan banyak kali, SAYA DA PESAN BANYAK KALI!! Kenapa bibik tuuuu BAWAK JUGAK!!!!! Seriously kalau ingat balik memang sakit hati sangat…..
Masa saya sibuk-sibuk hidangkan makanan dengan tiba-tiba saja bila saya toleh….
Bila saya toleh itulah pandangan paling ngeri sekali seumur hidup saya. Saya tak sanggup nak ingat balik episod tu. Bayangkan anak yang kita sayang , anak yang kita tatang , anak yang baru umur setahun menggelupur kerana minyak panas daripada kuali tertumpah di badan dia.
Kita ni terkena air panas sikit pun da sakit gila. Ini lagi minyak sis. Bukan minyak suam , bukan minyak sejuk. Tapi minyak yang tengah panas gila waktu menggoreng tu.
Ya Allah luluh betul hati saya , SAYA PANIK!!! Saya tak tau nak buat apa. Saya menjerit sekuat hatii.. saya dah tak waras waktu itu. Ya Allah saya dah hilang arah. Anak yang saya sayang...aafa mummy yang handsome , yang cerdik , yang baik tiba-tiba kulit cair macam terkena asid sebab minyak terlampau panas sampai makan kulit.
Saya menjerit macam orang gila , macam orang takde akal. Saya menangis menjerit-jerit sehingga jiran datang ketuk pintu. Saya dah tak kisah dah waktu tu orang cakap apa. Nak cakap saya gila ke saya bodoh ke. Tapi hati saya hancur tengok anak saya menggeletis macam ulat kena minyak panas.
Suami saya yang sedang demam itu terus panic dan lari dekat kitorang. Kami suami isteri jadi BLANK! Otak kosong!! Tak tahu nak buat apa. Kami capai Magic Jelly (aloe vera gel) dan terus lumur satu badan aafa. Berbotol-botol kami lumur kebetulan ada extra stock di rumah.
Baru la aafa diam sikit tapi mummy tau aafa tengah perit tanggung sakit kulit tersiat-siat daripada daging. Allahu….anak mummy kuat, mummy yang tak kuat.
Lepas dia da bertenang sikit, baru saya boleh bertenang dan call ambulance. Masa saya call tu lagi sekali saya meraung dekat paramedik tu. Nak explain macam mana pun tak tau dah.
Bila ambulance datang tu kulit aafa da mengelupas2 sampai nampak isi merah-merah. Saya ingat lagi kami berlari-lari turun tangga sambil dukung aafa yang tengah sakit masa tu merengek-rengek. Time tu Allah je yang tahu betapa hancurnya hati ibu bapa yang jaga anak dari kecik semut pun tak bagi gigit,tiba-tiba kena kemalangan yang sangat dasyat.
Masa tu tak tau nak marah siapa tapi saya ingat memang saya still tak boleh terima perbuatan bibik tu.
Bibik kenapa bibik tak dengar cakap saya? Yang rosak physical anak saya , bibik di mana sekarang? Paling teruk pun bibik balik negara bibik balik...bibik tak perlu keluar duit ratus ribu untuk rawat anak , bibik tak perlu handle aafa tetiap malam trauma nak tidur, bibik tak perlu hadap muka and mulut orang-orang jahat yang hina dan kutuk Mas dan aafa depan-depan.
Masa sampai hospital tu saya meraung lagi , doctor and nurse cepat-cepat attend AAFA and masukkan ke ICU. Hancur luluh hati saya waktu itu Allah sahaja yang tahu.
Untuk 5 hari saya bertemankan air mata dan tak jamah makanan satu apa pun. Selama 5 hari tu juga saya masih dalam keadaan SHOCK dan tak dapat menerima kenyataan. Saya langsung tak rasa lapar , haus ...sebenarnya saya TAK RASA APA LANGSUNG! KOSONG!
Otak dan hati saya waktu tu hanya nak satu je iaitu nak Aafa selamat , nak aafa kembali bermain macam anak-anak normal, nak aafa yang kulit cantik macam dulu , saya just nak aafa bangun dari koma. (Ye doctor kene KOMAkan dia sebab kalau dia dalam keadaan sedar mereka tak boleh rawat dia sebab dia akan rasa KESAKITAN YANG SANGAT DASYAT.)
Selepas kejadian itu RAMAI ORANG SALAHKAN SAYA sebab tak pandai jaga anak. Dah la anak saya DIKOMAKAN , KULIT TERSIAT ditambah lagi dengan HINAAN dan JUDGEMENTAL daripada netizen-netizan. Hati saya tiap hari menangis dan saya mengalami POST TRAUMATIC DEPRESSION.
Berkali-kali Tanya soalan sama, macam mana boleh minyak tu kena? Kenapa masuk dapur? And many more, tapi IBU MANA NAK ANAK JADI GITU? Saya kerja teruk kot, tatang anak sampai suami naik rimas! Terlalu protective but this happened.
Saya nangis tanpa henti, setiap kali masuk ICU tengok anak saya koma.. saya takut sangat dia pergi tinggalkan saya. Dia satu-satunya darah daging saya..
The incident sampai VIRAL THE WHOLE WORLD! Netizen ramai Tanya.. ada marah... ada keji.. for a while saya depressed sangat smpi kena kaunseling.
But guess what, saat ramai salahkan saya, LEBIH RAMAI datang hulur bantuan and support! FROM ALL OVER THE WORLD! Terlalu ramai smpi datang dari Europe pun ada. Doctor pakar call nak tolong. Subhanallah! Doctor kat Korea pun suruh datang nak bantu bekas melecur yg teruk tu!
Media in Singapore truly amazing! They cover our story beautifully. Till today, masih lagi ingat and asking about how is aafa doing! THANK YOU! #powerfulofmediainm
Dari mereka semua lah.. saya kumpul seluruh kekuatan,tenaga.
Dan setelah itu, saya kumpul kekuatan untuk jadi seorang MUMMY untuk anak saya. My motherhood journey will be different and unique. DALAM OTAK SAYA, CARI DUIT! CARI DUIT! AAFA PERLU RAWATAN!
Saya nak mintak kawan-kawan semua doakan saya ye hadapi ujian ni and saya doakan supaya tiada siapa pun mengalami nasib seperti saya ameen.
Siakapkeli.my
"Menangis Dalam Pelukan Suami, Sampai Termimpi Oyen Datang," Wanita Ini Sedih Kucing Kesayangan Diracun Individu Yang Kejam
siakapkeli.my
24 Mac - Bagi seorang pencinta kucing, adalah satu kesedihan apabila melihat kucing kesayangan mati di depan mata. Tambahan lagi, kematian itu satu kematian atas kekejaman orang lain
Seperti apa yang dirasai oleh Aina Yusof yang kehilangan kucing-kucing kesayangannya yang dipercayai dianiaya oleh individu.
Jom ikuti perkongsian Aina Yusof yang menyentuh hati.
Tak tau nak mula dari mana. Biasanya bila balik rumah, anak-anak bulus akan berlari ke kaki mama. Balik rumah malam tadi sepi. Cari-cari 5 ekor mati bersusun dalam kotak. Elok bersusun. Kotak penuh dengan muntah. Mulut berbuih. Ada yang mulut berdarah. Meraung pun tak guna. Tengahari elok je semua lepas makan. Balik semua dah tak ada.
Oyen, Mokmok, Dayang, Pudin, Atul (tunggu hari nak bersalin). Mama mintak maaf. Mama tak tau nak jadi macam ni. Mama tak akan maafkan kalau ada orang yang khianat anak-anak mama. Anak-anak mama tak kacau orang.
Sunyi rumah hari ni. Sunyi sangat. ðŸ˜
Update:
Lepas ni saya tak akan explain lagi. Ada yang cakap lain kali jangan lepas kucing merata. Bila masa saya lepas. Habis tu kalau kucing tak bertuan boleh racun sesuka hati ke?
Saya tak tahu kucing saya mati kenapa. Sampai sekarang saya fikir. Saya tak pernah sebut kucing saya kena racun. Tapi komen-komen orang yang tengok dan menilai kucing saya mati diracun. Mula-mula saya marah anak-anak saya ingat dorang kurung kucing dalam box tu. Tapi dorang tak mengaku. Dorang pun sedih dan menangis bila jumpa kucing mati dalam box. Tapi bila fikir balik tak mungkin kerja anak-anak.
Saya keluar rumah pkl 12.30 tghari. Seharian kami berjalan. Sebelum keluar anak-anak bulus baru lepas makan. Anak-anak bulus saya 6 ekor semua sekali. Semua dah besar. Saya duduk flat tingkat 3. Rumah sebelah saya kosong, rumah tinggal yang rosak dan kotor. Anak bulus duduk di balkoni belakang, tempat jemur kain. Saya letak makanan, pasir dan tempat tidur dorang kat situ. Anak bulus saya memang tak lepas bebas kecuali sekor Pudin dia suka merayap main-main kat rumput tapi dia balik. Dorang suka lepak kat rumah sebelah dorg panjat melalui balkoni ke sebelah. Rumah sebelah tu saya kunci sebab budak-budak selalu main dalam tu. Saya tak nak rumah tu jadi port pelik-pelik so saya kunci.
Kami balik rumah pukul 9 malam cari kucing tak ada. Anak pergi ke balkoni belakang tercium bau busuk dalam box merah ni. Box ni di lock. Box ni memang ada kat belakang saya basuh sebab nak isi barang. Keringkan kat belakang. Bila bukak box anak bulus 5 ekor bersusun, badan basah mulut berbuih, ada yang mulut berdarah, penuh muntah dan bau busuk. Dorang dah mati masa tu. Baru je mati tapi bau busuk sangat. Anak saya meraung saya pun meraung. Suami tengok dia cakap macam makan racun. Pintu rumah kosong sebelah terbuka.
Malam tu saya tidur menangis dalam pelukan suami. Saya mimpi anak bulus semua balik rumah dengan badan kotor tu. Oyen cakap kami ada ni mama. Kami ada dengan mama. Bangun tidur menangis lagi.
Pagi tu anak-anak tolong uruskan kebumi anak bulus. Saya tak boleh tengok pun. Dorang pakai mask sebab berbau busuk sangat. Baju angah kotor terpercik darah. Mata Pudin terjojol macam nak terkeluar. Perut Mokmok keras ada kesan lebam. Darah keluar dari mulut dan hidung. Atul tunggu hari nak beranak mati dengan anak dalam perut. Bangkai dah berair. Yang selamat cuma Chombi sekor saja. Kami jumpa dia menyorok bawah katil. Pujuk-pujuk baru dia keluar.
Sampai ke hari ni saya masih fikir, apa yang jadi. Saya geledah rumah sebelah tapi tak jumpa apa-apa. Saya malas nak siasat. Malas nak cari bukti. Biarlah Tuhan tau semuanya. Cuma saya terkilan tragis sangat cara anak bulus saya mati. 5 ekor sekaligus. Anak bulus saya sangat manja. Lebih-lebih lagi Oyen. Memang terasa kehilangan sangat. Entahlah..korang nilailah sendiri.
Siakapkeli.my
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Sun Mar 25, 2018 3:57 am (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
Berdoapun dia sibuk!
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net
"
Assalamualaikum,,, Selawat dan Salam ke atas Junjungan... Apa kena dengan manusia jeins ni? Orang berdoa pun dia sibuk macam macam.apa ingat doa tu kena ikut selera mereka juga? Yang tak kena dengan selera mereka, mereka akan bantah.Pirah,,,Doa tu senjata mukmin dan doa tu mengadu dengan ALLAH, kalau doa itu salah Allah maha mengetahui dan hanya ALLAH yang memakburkan atau menolak doa.Apa hak mereka nak kritik doa orang lain? Hampeh...
Apabila puak mereka berdoa kerana dizalimi, bukan main lagi, hebatnya mereka kerana ingin mengadu dengan ALLAH kerana dizalimi, tetapi apabila orang lain yang mengadu kepada ALLAH kerana dizalimi oleh mereka, terkinja kiinja pulak mereka merendahkan usaha orang lain.
Apa mereka ingat ALLAH boleh dipermainkan seperti mereka mempermainkan doa? Ingat mereka kuat sangat boleh menipu ALLAH? janagn haraplah mereka kuat, ALLAH yang maha berkuasa atas segala galanya maha, mengetahui segala galanya dan ALLAH telah berfirman kepada orang orang beriman agar berdoa kepadanya dan nescaya akan dimakbulnya.Siapa orang orang beriman? Apakah seorang yang kluk klik dengan doa dikatakan orang beriman? Orang yang mempersoalkan doa orang lain dan mendakwa seseorang yang berdoa tak patut berdoa sedemikian rupa itu orang beriman?
Orang yang berdoa kerana dizalimi ada berbagai bentuk. Kalau seseorang itu dizalimi dan dia mahu berdoa maka itu hak dia.kalau dia tidak dizalimi tetapi tetap berdoa sebagai orang yang dizalimi, ALLAH akan tahu, tak perlu diberitahu dia salah berdoa.
Sepatutnya doa tidak boleh dipermain dan diperlekehkan.Itu pasti samaada doa itu betul atau sengaja nak mengundang musibah, itu semua dalam ilmu ALLAH, tak perlu melompat terkinja kinja seperti macai tokong yang terkinja kinja kerana doa ustaz Dasuki apabila peruntukan kepada ADUN PAS dibekukan oleh Azmin PKR.Samada pembekuan ini zalim atau tidak, ALAH maha mengetahui, jadi apa perlu macai tokong terkinja kinja memperlekehkan doa Ustaz Dasuki ini?
Begitu juga ketika Ustaz Dasuki mengadu kepada ALLAH bahawa PAS satu satunya parti yang memperjuangkan Islam, kenapa macai tokong terlompat lompat mahu menafikannya? Apakah mereka ingat ALLAH tidak tahu parti mana yang berjuang untuk Islam dan parti mana tidak? Siapa mereka yang nak merumuskan demikain,apa mereka ingat ALLAH tidak mengetahui dan Ustaz Dasuki mahu menipu ALLAH.Bodohnya mereka kerana Ustaz Dasuki lebih tahu dan lebih faham akibat seseorang yang sengaja mahu menipu ALLAH dan ustaz Dasuki bukan jenis manusia yang sebegitu.
Doa itu percakapan antara hamba dan ALLAH, yang tidak harus dipersoalkan oleh manusia lain yang tongong tetapi perasan pandai dan kuat.Kalau doa it tak betul, ALLAH maha mengetahui, dan kalau benar ALLAH juga maha mengetahui serta Ustaz Dasuki juga tahu bahawa dia seharusnya mendoakan sesuatu yang benar sahaja.
"................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: senik
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
Doa Ustaz Dusuki Bakal Runtuhkan Pakatan Harapan
bloglist-malaysia.blogspot
dialograkyat.blogspot.
Dicatat oleh ELBI RISALAH
AIDCNews
Penggantungan tauliah mengajar dan berceramah terhadap ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani bukan melemahkan PAS, malah meniup gelombang sebaliknya, bakal meruntuhkan Pakatan Harapan (PH) di Selangor.
Menurut penyokong akar umbi PAS, Mohd Ibnu Noor, sebaik sahaja tauliah ustaz Dusuki ditarik oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), disebabkan isu doa "meleburkan pakatan yang jahat", ia telah merebak secara meluas di kalangan pengundi Melayu-Islam.
"Yang mengejutkan, ia bukan sahaja dibicarakan di kalangan orang politik, bahkan turut golongan atas pagar, golongan pelajar mahasiswa, pencinta-pencinta majlis-majlis ilmu, bahkan rakan-rakan non-politics Muslim yang tidak minat politik pun turut membicarakan isu ini,"katanya dalam Facebook.
Pada 18 Mac lalu, ustaz Dusuki membacakan doa yang memohon pertolongan Allah agar meleburkan "pakatan yang jahat" sebagaimana yang termaktub dalam Al Quran kisah "meleburkan tentera-tentera ahzab"
Doa itu dibacakan selepas solat hajat sempena 10 tahun PAS dalam kerajaan Selangor.
"Isu ini akan memberi kesan dan impak negatif yang sangat besar terhadap imej dan maruah PH.
"Pemimpin dan penyokong PAN/PH boleh teruskan berseronok dgn isu ini, boleh bergembira melihat musuhnya (ustaz Dusuki) disekat berceramah di Selangor. Tapi mereka tidak sedar, bahawa mereka juga sedang menggali kubur mereka sendiri.
"Inilah BALA BESAR yang bakal ditanggung PAN/PH Selangor menjelang PRU nanti, percayalah!,"kata Ibnu Noor lagi.
Hanya Golongan Zalim Takut Doa Umat Islam
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net
"HANYA golongan zalim takut kepada doa orang soleh. Bagi mereka yang baik tidak bimbang doa keburukan oleh orang lain kerana yang memakbulkan doa hanyalah Allah," kata pemimpin PAS, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali.
Menurut beliau, mendoakan kebaikan dan mendoakan keburukan kedua-duanya adalah sunnah kerana berdoa agar musuh mendapat hidayah adalah dituntut seperti mana doa Nabi Muhammad S.A.W agar penduduk Thaif mendapat hidayah.
Namun, kata beliau, berdoa agar musuh yang jahat dan golongan yang zalim mendapat pembalasan Tuhan juga dibolehkan, malah dituntut apabila kezaliman itu melibatkan kepentingan Islam dan umatnya.
"Asasnya adalah kerana doa adalah senjata mukmin. Nabi Muhammad S.A..W bersabda: "Doa adalah senjata orang beriman, tiang agama dan cahaya langit-langit dan bumi" (Hadis Riwayat Hakim)
"Dalam Hadis Sahih Bukhari dan Muslim, Nabi berdoa ke atas Quraisy yang mengganggu dan menyakiti baginda ketika solat di Masjid Haram. Nabi juga mendoakan kehancuran tentera bersekutu pakatan Ahzab dalam peperangan Ahzab dan mendoakan kehancuran kerajaan Kisra Parsi," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Media pro-Pakatan Harapan (PH) pada 17 Mac lalu melaporkan PAS Selangor mengadakan solat hajat demi kemenangan parti itu di negeri berkenaan serta mendoakan kehancuran "pakatan jahat" yang dipercayai merujuk kepada PH.
Solat hajat itu juga dilaporkan menyamakan pertempuran PAS pada pilihan raya umum yang akan datang seperti Perang Ahzab.
Peperangan Ahzab atau dikenali sebagai Perang Khandak merupakan peperangan antara tentera kafir di sekitar tanah Arab yang berkumpul untuk memerangi Nabi Muhammad yang ketika itu berada di Madinah.
"Nabi bersabda dalam Hadis Bukhari dan Muslim: Takutlah kamu terhadap doa orang yang dizalimi kerana sesungguhnya tiada antara doa itu dengan Allah sebarang dinding," kata Mohd. Khairuddin.
PAS ketika ini sedang diserang hebat oleh blok PH yang dibarisi DAP, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Parti Amanah Negara (PAN) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Pelbagai fitnah dan penghinaan dilemparkan oleh PH ke atas PAS termasuk kononnya menerima wang RM90 juta daripada UMNO malah pemimpinnya disindir bertaraf lebai oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Antara strategi terbaharu PH untuk menghancurkan PAS adalah Kerajaan PKR Selangor menyekat peruntukan untuk wakil rakyat PAS di negeri itu. – MYNEWSHUB.CC
Doa Laknat: Puak PKR lupa, Bila Kena Atas Kepala Sendiri
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net
Berdoa agar musuh yang jahat dan golongan yang zalim mendapat pembalasan tuhan juga dibolehkan malah dituntut apabila kezaliman itu melibatkan kepentingan Islam dan umatnya.
Doa keburukan terhadap musuh yang jahat dan golongan yang zalim akan menggerunkan musuh dan menakutkan golongan yang zalim.
Asasnya adalah kerana doa adalah senjata mukmin. Nabi S.A.W bersabda:
الدُّعَاءُ سِلاØُ الْÙ…ُؤْÙ…ِÙ†ِ، ÙˆَعِÙ…َادُ الدِّينِ، ÙˆَÙ†ُورُ السَّÙ…َاوَاتِ Ùˆَالأَرْضِ
"Doa adalah senjata orang beriman, tiang agama dan cahaya langit-langit dan bumi" (Hadis Riwayat Hakim)
Pada akhir Himpunan Mansuh GST Mac 2016 Badrul Amin berdoa meminta pemimpin 'mahazalim' yang bertanggungjawab memenjarakan Datuk Seri Anwar Ibrahim diberi balasan yang setimpal.
Ketua Biro Pemantapan Agama Angkatan Muda Keadilan (AMK) berkata, Badrul Amin tidak boleh dipersalahkan kerana dia pernah menjadi mangsa kezaliman Dr Mahathir ketika masih bergelar Perdana Menteri.
"Jadi menghukum atau menghina Badrul Amin atas tindakan (doa) itu kurang tepat, sebagai mangsa (kezaliman) sudah pasti ia memberi kesan negatif dalam hidupnya," katanya
.........
Itu semasa kena atas kepala mereka (puak PKR) tapi apabila mereka diberi kuasa, mereka pula menzalimi rakyat Selangor dengan menarik peruntuk untuk 13 DUN. Mereka ingat mereka nak khianati dan Zalim PAS tetapi sebenarnya mereka khianat dan zalim RAKYAT SELANGOR.
Bila orang doa laknat kepada penzalim mereka terasa. Dah kena atas batang hidung sendiri. Wan Ji mula bercakap nada lain dah tunjuk sifat munafiknya. Mereka ini lupa kerana mereka kita menjadi sahabat kepada orang yang telah zalim mereka. Bila berkawan dengan orang zalim (baca Mahathir) mereka pun zalim sama macam "MAHAZALIM"
XOXO - Orang jahat kepada orang lain biasanya Tuhan akan tunjuk di atas bumi lagi, hanya kita perlu sabar...
Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/
----- Original Message -----
From: -:rIeNaCoM:-
To:
Sent: Thursday, March 22, 2018 11:27 PM
Subject: Fw: Ini teks penuh doa Ustaz Ahmad Dusuki yang di'spin'
Kenapa PKR Takut Dengan Doa PAS ?
bloglist-malaysia.
dialograkyat.
Dicatat oleh ELBI RISALAH
AIDCNews
Doa yang dibacakan oleh Ahli Jawatankuasa PAS Selangor ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani selepas solat hajat sempena 10 tahun PAS dalam kerajaan Selangor di Shah Alam pada 18 Mac lalu tidak pernah menyebut 'Pakatan Ahzab' sebagai Pakatan Harapan, namun kenapa PKR dan Naib Presidennya, Dr Xavier Jayakumar kepanasan, soal aktivis parti Islam, Huzir Sulaiman.
"Kenapa Xavier PKR terasa yang Pakatan Ahzab dimaksudkan PAS itu adalah dia dan PH? Kita tak sebut pun PH. Panas semacam je pasal apa ?,"soalnya dalam Facebook.
Huzir merujuk kepada kenyataan Adun PKR Sri Andalas Xavier Jayakumar hari ini yang menggesa PAS keluar daripada Kerajaan Negeri Selangor berikutan dengan doa ustaz Ahmad Dusuki tersebut.
"Kami bingung kerana bagaimana mereka boleh meraikan kejayaan bersama sejak 2008 dan dalam masa yang sama mendoakan kehancuran.
"Jika mereka di dalam PAS Selangor terus berdoa dan merasakan begitu terhadap kami dalam Pakatan Harapan, mungkin tindakan bermaruah untuk mereka ialah meletakkan jawatan dengan segera sebagai tanda protes terakhir terhadap kerajaan negeri," kata Xavier.
Bidas Huzir, Xavier tidak perlu mendesak Exco PAS Selangor letak jawatan kerana cara yang lebih mudah adalah menasihati Menteri Besar Selangor yang juga Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memecat ketiga-tiga exco berkenaan.
"Xavier PKR tak perlu suruh Exco PAS Selangor letak jawatan, dia boleh suruh Azmin PKR pecat je. Sikit pun kita tak takut,"katanya.
Huzir juga turut mengalu-alukan ugutan Xavier yang berkata ustaz Ahmad Dusuki boleh dipecat daripada terus memegang jawatan Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
"Xavier PKR pun boleh suruh Azmin PKR pecat Ustaz Ahmad Dusuki sebagai Ahli Majlis MPSA. Silakan. Dia berani ke? Atau pandai cakap je?,"soalnya.
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Sun Mar 25, 2018 3:57 am (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
"Ayah Sakit Suruh Nurse Basuh Berak, Kau Tak Ulas Isu Aurat" Doktor Ini Tegur Anak-Anak Pesakit Yang Lupa Tanggungjawab Pada Ibu Bapa
siakapkeli.my
23 Mac - Berbakti kepada ibu bapa itu sudah menjadi tanggungjawab kepada anak dan juga turut dituntut dalam Islam.
Jadi, seharusnya tiada masalah sebagai anak yang bertanggungjawab untuk menjaga ibu bapa sama ada ketika sihat ataupun sakit.
Bukan itu sahaja, malah keperluan ibu bapa dari segi makanan dan pengurusan kebersihan juga termasuk dalam tanggungjawab anak.
Seperti apa yang dikongsi oleh Doktor Ahmad Zakimi Abdullah yang menceritakan pengalaman beliau menghadapi beberapa kerenah anak-anak yang cuba menyerahkan tanggungjawab mereka kepada jururawat yang bertugas.
Jom ikuti perkongsian beliau. Semoga bermanfaat.
Seketika di zon kuning, Jabatan Kecemasan...
"Doktor! Ayah saya berak ni. Boleh suruh nurse bersihkan tak?" Ujar seorang anak lelaki kepada seorang bapa berumur 71 tahun yang terlantar sakit akibat stroke.
Dia bersama-sama seorang lagi adik perempuan dan ibunya membawa bapanya kerana jangkitan paru-paru.
"Oh ayah berak ya? Nanti encik boleh dapatkan air dan alat-alat lain untuk basuh berak ayah encik. Saya bagi tau nurse." Balas aku sambil buat pemeriksaan keatas ayah mereka.
"Napa kami yang basuh. Nurse kan ada. Nurse lah yang basuh dan cucikan, doktor. Tu kan kerja mereka." Sambung anak-anak kepada pesakit.
Aku cuba jelaskan dengan berkata,"
"Saya akan buat report pada pihak atasan sebab nurse tak menjalankan tugas." Balas si anak. Dalam keadaan aku ingin menerangkan, suasana menjadi sedikit tegang.
Perbualan aku dengan si anak didengari oleh seorang kakak nurse. Maka kakak nurse tanpa berlengah, tolong juga bersihkan walaupun bukan tugas hakiki atau skop kerja seorang nurse. Kakak nurse takmau panjangkan suasana tegang.
Anak-anak dah tak kelihatan, lari.
****
Dalam status aku yang lepas berbunyi;
'Doktor lelaki sambut isteri bersalin. Kau bising pasal aurat.
Ayah sakit suruh misi basuh berak ayah kau. Kau tak ulas isu aurat?' (Seperti screenshot dibawah)
Kiasan aku ni mendapat banyak respon. Ada yang menyambut baik dan tak kurang juga yang meroyan dan ada yang dah generalised tonic clonic sawan khinzir.. Huru hara jadinya.
Isu dari cerita di atas yang seringkali terjadi di Jabatan Kecemasan dan dalam wad di hospital dapat dikupas seperti berikut: ok aku ulas untuk kalian..
1. Mencuci dan membasuh najis pesakit bukan tugas nurse atau mana-mana staff kesihatan. Ia adalah tugas dan tanggungjawab ahli keluarga. Demi menjaga aurat dan maruah si ayah.
2. Aurat lelaki (si ayah) adalah anggota tubuh antara pusat dan lutut, berdasarkan sabda Nabi Salallahu 'Alaihi Wassalam; "Apa-apa yang berada diantara pusat dan lutut adalah aurat" (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Daraquthni, hadith hasan)
3. Situasi ini (cuci/basuh berak) bukan dalam keadaan darurat kerana ia bukan dalam perawatan. Tak serupa dengan keadaan darurah semasa kelahiran.
Dalam kiasan status aku tersebut namun ada yang masih ingin timbulkan isu aurat doktor lelaki menyambut kelahiran. Doktor lelaki atau perempuan pun auratnya tetap sama. Kemaluan seorang wanita adalah aurat major maka aurat juga kepada semua termasuk doktor perempuan.
Para ulama bersependapat bahawa doktor lelaki di bolehkan untuk tujuan merawat mahupun menyambut kelahiran bagi wanita yang bukan mahram dalam keadaan darurat (terdesak). Hukumnya harus. Jika hanya doktor lelaki itu saja yang ada dan tiada doktor wanita yang mampu dalam kepakaran tersebut ketika itu..
Namun para ulama meletakkan beberapa garis panduan bagi membolehkan doktor lelaki untuk merawat pesakit wanita yang bukan mahram. Antaranya:
1. Pesakit wanita mestilah ditemani oleh mahramnya, suami, sahabatnya atau jururawat yang bertugas.
2. Disyaratkan tiada doktor wanita yang setaraf kepakaran, kemampuan atau ilmu doktor lelaki yang merawat.
3. Mengutamakan doktor muslim daripada doktor bukan muslim. Jika tiada juga maka tak mengapa.
4. Merawat pesakit wanita hanya pada tempat yang sakit atau kawasan aurat yang perlu dan mengikut kadarnya sahaja. Tidak lebih dari itu.
Katanya pula sebab maruah seorang suami perlu menjaga si isteri dari dilihat lelaki lain. Bagaimana pula maruah ibubapa kalian? Tak mau jaga?
Jangan double standard. - Siakapkeli.my
Cukur Dan Timbang Rambut Bayi, Antara Adat Atau Sunnah Rasulullah?
siakapkeli.my
Sejauh manakah adat bercukur bayi baru lahir yang diwarisi sejak turun temurun oleh masyarakat Melayu di negara ini selari dengan syariat Islam?
Menjelaskan perkara ini, penceramah bebas, Ustaz Azhar Idurs pernah mengeluarkan kenyataan dengan berkata, bagi memastikan majlis itu menepati sunnah Rasulllulah, rambut bayi yang baru lahir itu perlu dicukur semua.
"Memang tidak cukur masa majlis itu, kalau cukur masa itu berdarah kepala budak, guntinglah sedikit-sedikit.
Menurut Ustaz Azhar Idrus lagi, sebaiknya rambut bayi yang dicukur itu ditimbang dan jumlah berat timbangan itu disamakan dengan harga emas atau perak..
"Jumlah berat rambut itu sekian sekian gram kemudian kita tengok emas atau perak berapa harganya ikut gram rambut itu, jumlahnya itu kita sedekah kepada yang memerlukan"
Beliau berkata mencukur rambut bayi yang baru lahir adalah amalan yang baik bagi membolehkan rambut bayi yang lebih sihat dan lebat tumbuh.
Perkongsian daripada Halimatulssaadiah Wan Jusoh boleh dijadikan sebagai rujukan para ibu bapa kerana didalam penulisannya juga, beliau ada berkongsi cara kiraan timbangan serta panduan mencukur yang betul.
Islam menggalakkan amalan mencukur rambut bayi sehingga botak supaya segala kekotoran yang keluar dari rahim dapat dibuang dan membolehkan rambut baru tumbuh dengan sihat.
Cukur Rambut Baby Baru Lahir
Tahniah kepada Mak Iti atas kelahiran cahaya mata sulungnya
Kepada yang baru menimang cahaya mata, jangan lupa mencukur habis rambut baby pada hari ke-7.
Cukur sampai botak. Tak kira baby girl or baby boy. Jangan cukur sipi-sipi je.
Disunatkan. Sunnah dan perintah agama. Bila buat, dapat pahala. Banyak hadith tentang kelebihannya.
Tujuannya untuk membuang rambut yang pernah diselaputi darah semasa dalam kandungan dan proses kelahiran. Darah kan kotor.
Kalau dah terlepas hari ke-7? Buat je la hari-hari lain. Jangan langsung tak cukur pulak
Rambut yang dicukur ditimbang dengan penimbang emas (nak timbang kat kedai emas pun boleh), seterusnya berat rambut dinilai dengan harga emas atau perak ikut kemampuan kita, dan wangnya kita sedekahkan kepada fakir miskin. Sunnah dan sangat digalakkan
Contoh rambut babyR ni berat 0.99g
Harga emas kita ambil paling mahal la kan sebab kita nak sedekah. Tapi ikut kemampuan. Kalau tak mampu, ikut harga perak.
Ini contoh ye.
0.99g x RM215/g (harga persatuan emas)= RM212.85.
Kalau nak sedekah RM215 pun boleh jugak. Seikhlas hati.
Cara nak kumpul rambut baby semasa cukur;
Ketiga-tiga anak memang cukur pada hari ke-7. Tak panggil orang ramai pun. Husband yang cukur especially Rayyan & BabyR. Balik kerja terus cukur. Sebagai isteri, kena ingatkan suami.
1) Ambil 1 bekas berisi air suam
2) Basahkan kepala baby dan gunakan sedikit syampoo rambut baby.
3) Guna pisau cukur gillette je or mane2 yang ada. Pastikan baru.
4) Setiap kali cukur, celupkan pencukur dalam bekas berisi air tadi. Pastikan semua rambut yang dicukur dimasukkan dalam bekas tersebut.
5) Selesai cukur, letakkan sehelai tisu di dalam penapis air. Tapiskan air & rambut dalam bekas tadi.
6) Biarkan penapis tersebut kering dihembus angin pada suhu bilik sahaja. Jangan la jemur kat luar rumah kang tinggal penapis je. Dah kering, boleh angkat je tisu dan rambut yang tertapis dan lipat rapi masuk bekas or sampul angpaw.
7) Bawa ke kedai emas untuk ditimbang. Atau timbang je sendiri kalau ada penimbang emas
Ini je la pengalaman sendiri. Atas nasihat UAI.
Siakapkeli.my
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Sun Mar 25, 2018 3:58 am (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
MENANG BN BARU BOLEH LULUS PROJEK... TPM
bloglist-malaysia.blogspot
gajahmenta.blogspot
DIRECTER Gajah Menta
Dalam satu cubaan untuk menambah kemenangan kepada UMNO dan BN dalam pilihanraya akan datang, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi menjanjikan pembinaan sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah atau IPD di kawasan Tanah Merah.
Bagaimanapun, janji beliau itu tidaklah percuma, sebaliknya dengan syarat BN mesti menang kesemua tiga kerusi DUN dan peningkatan 100 peratus majoriti kemenangan untuk kawasan Parlimen Tanah Merah.
"Sebagai Menteri Dalam Negeri, permintaan untuk membina IPD berharga RM200 juta saya luluskan dengan bersyarat.
"Dalam pilihanraya nanti, ketiga-tiga DUN mesti menang dan majoriti bagi Parlimen meningkat 100 peratus, " ujar beliau dalam satu himpunan bersama rakyat di Tanah Merah.
Weyy…jenis janji apa seperti ini?
Adakah negara membangun dan sedang menuju tahap berpendapatan tinggi seperti Malaysia, masih wajar mengamalkan kempen sekuno itu?
Janji terbaru Zahid Hamidi buat pengundi Tanah Merah ini bukan saja memalukan, suatu bentuk rasuah dan ugutan yang nyata, malah seolah-olah menjadikan pasukan polis sebagai taruhan untuk menentukan kemenangan UMNO dan BN dalam PRU 14 akan datang.
Tidakkah polis bertanggungjawab menjaga keselamatan dan keperluan mewujudkan balai atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) sepatutnya mengambil kira faktor-faktor lain dan bukannya sama ada UMNO menang pilihanraya atau tidak?
Untuk rekod, Parlimen Tanah Merah dimenangi oleh BN dalam pilihanraya lalu dengan majoriti 4227 undi.
Bagi tiga kerusi DUN dalam kawasan itu pula, satu daripadanya iaitu Gual Ipoh dimenangi oleh BN dengan majoriti 1404 undi, manakala dua lagi iaitu Bukit Panau dan Kemahang dimenangi oleh Pas dengan majoriti masing-masing 3740 undi dan 1436 undi.
Bermakna, untuk membolehkan Zahid Hamidi menunaikan janjinya itu, pengundi Tanah Merah perlu memberi kemenangan sehingga 9000 undi bagi kerusi Parlimen serta ketiga-tiga kerusi DUN, termasuk dua yang sedang dimiliki oleh Pas, mesti jatuh ke tangan BN.
Jika sasaran itu gagal dicapai, maka ia tidak akan ditunaikan sama sekali.
Ini janji betul-betul atau sekadar janji main-main?
Mengapa janji pembinaan IPD mesti dikaitkan dengan kemenangan BN terlebih dahulu di kawasan itu?
Bukankah sekarang ini BN sedang menguasai pentadbiran negara dan pembinaan IPD boleh diluluskan tanpa perlu menunggu selepas keputusan pilihanraya diumumkan?
Apa kena mengena kemudahan untuk pasukan polis dengan kemenangan dalam pilihanraya?
Apakah jika kawasan Tanah Merah terus membangun dan penduduknya sentiasa bertambah, tetapi oleh kerana kemenangan tidak berpihak kepada BN, maka IPD tidak akan dibina sampai bila-bila?
Apakah jenis pemimpin seperti Zahid Hamidi ini yang sanggup meletakkan syarat yang rasanya mereka di negara Afrika pun tidak sampai hati melakukannya?
Cisss….
>> Komenter bebas Shahbudin Husin, penganalisa isu semasa I 17 Mac 2018.
share
ONE MDB ADA KAITAN DENGAN GOOD STAR LIMITED.....
bloglist-malaysia.blogspot.
gajahmenta.blogspot.
DIRECTER Gajah Menta
Tony Pua: Bank Negara sahkan Good Star Limited kepunyaan Jho Low. Klik di sini
Jika anda merujuk kepada Laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) pada mukasurat 25 dan 26 ada tertulis begini:
"Pada 30 September 2009, Bank Negara Malaysia (BNM) memberi kelulusan pindahan dana ke dalam akaun usaha sama di J.P Morgan SA dan RBS Coutts Bank Ltd. (Geneva). Seterusnya pada 30 September 2009 juga, sejumlah USD300 juta telah dipindahkan ke akaun 7619400 di J.P Morgan (Suisse) SA, iaitu bank 1MDB Petrosaudi Ltd (syarikat usaha sama). Bagaimanapun, baki USD700 juta telah dipindahkan ke akaun 11116073 di RBS Coutts Bank Ltd. milik sebuah syarikat lain yang tidak terlibat dengan projek usaha sama ini.
Berdasarkan dokumen yang dikemukakan oleh Datuk Shahrol Azral pada 5 Jun 2015 dan kenyataan beliau semasa mesyuarat PAC pada 25 November 2015, akaun tersebut adalah milik Good Star Limited yang merupakan subsidiari (anak syarikat) Kumpulan Petrosaudi sejak 1 September 2009.
Semakan Jabatan Audit Negara (JAN) juga mendapati tiada kelulusan Lembaga Pengarah 1MDB untuk pemindahan wang ini ke dalam dua akaun yang berasingan."
PEMBOHONGAN DATUK SHAHROL AZRAL KONONNYA GOOD STAR ADALAH ANAK SYARIKAT PETROSAUDI TERDEDAH APABILA BANK NEGARA MALAYSIA TELAH MENGESAHKAN MELALUI SEPUCUK SURAT KEPADA PAC BAHAWA GOOD STAR LIMITED ADALAH MILIK JHO LOW DAN TIADA KENA MENGENA DENGAN PETROSAUDI
Download : Laporan DOJ di sini
Kandungan surat tersebut sepatutnya dimasukkan ke dalam laporan PAC tetapi Pengerusi PAC iaitu YB Hasan Arifin telah bertindak memadamkan maklumat tersebut pada saat akhir, ini menimbulkan protes dari 5 orang ahli PAC dari parti pembangkang antaranya YB Tony Pua dan Dr Tan Seng Giaw
Isi kandungan surat tersebut telah didedahkan oleh akhbar Wall Street Journal (Pastinya ia dibocorkan oleh orang dalam BNM sendiri yang tidak tahan melihat kerakusan Najib dan Kuncu utamanya Jho Low merompak wang rakyat). Malaysiakini ada melaporkan tentang pendedahan WSJ tersebut namun tidak dapat menunjukkan isi surat berkenaan kerana ianya berstatus "SULIT".
Kesahihan surat itu terbukti apabila kerajaan Malaysia MENGAKUINYA tetapi biasalah di Malaysia ni walaupun surat itu dengan jelas menunjukkan bahawa NAJIB RAZAK BERSUBAHAT DENGAN JHO LOW ROMPAK RM4 BILION WANG RAKYAT MELALUI 1MDB tetapi orang yang jenayahnya telah terbongkar TIDAK MAHU LETAK JAWATAN dan pihak-pihak yang sepatutnya menangkap dan mendakwa beliau semuanya TAKUT KEPADA NAJIB TAPI TAK TAKUT KEPADA ALLAH SWT. Kerajaan Najib sebaliknya berusaha mencari siapa yang membocorkan maklumat tersebut untuk diambil tindakan.
(Dibawah saya sertakan gambar kepala surat tersebut yg disiarkan oleh sebuah Laman Web (Laman Web ini telah disekat oleh SKMM))
Juga disertakan gambar Najib bersama Jho Low, Putera Turki Bin Abdullah Pengasas Bersama syarikat Petrosaudi serta keluarga Najib yang dikatakan diambil diatas sebuah kapal layar mewah beberapa bulan sebelum mereka melaksanakan "operasi merompak" RM4 bilion daripada 1MDB melalui projek penipuan Petrosaudi. (Laporan DOJ Amerika Syarikat yang diterbitkan kemudiannya memberikan butiran terperinci bagaimana Najib dah Jho Low merompak kira2 RM20 bilion wang rakyat Malaysia melalui 1MDB)
#HANYA KUASA RAKYAT MAMPU MENGAJAR NAJIB, JHO LOW, RIZA AZIZ, ROSMAH MANSUR DAN KUNCU-KUNCU MEREKA TERMASUK PENJILAT2 TEGAR MEREKA DARI PARTI PEROMPAK UMNOBN DAN KHADUMB MEREKA PARTI PAS
#UNTUK SELAMATKAN MALAYSIA PASTIKAN SEMUA RAKYAT MALAYSIA HANYA UNDI PAKATAN HARAPAN PRU14 YANG AKAN HAPUSKAN GST, KEKALKAN BRIM DAN TANGKAP PEROMPAK-PEROMPAK BERPULUH PULUH BILION WANG RAKYAT MALAYSIA MELALUI PELBAGAI SKANDAL TERUTAMA 1MDB
Hj Zaidi bin Ahmad
(Bekas Mejar TUDM)
0174164728
# VIRALKAN DEMI TANAHAIR DAN MASA DEPAN ANAK CUCU CICIT TERCINTA
ALLAH MAHA BESAR3X!!!
Biar Rais, Rafidah meroyan, kata Nazri
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz percaya dendam bekas menteri kabinet Tan Sri Rais Yatim dan Tan Sri Rafidah Aziz terbawa-bawa terhadap pentadbiran semasa yang diketuai oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Kedua-dua bekas pemimpin kanan Umno itu dikatakan semakin lantang terhadap Umno dan kerajaan susulan rampasan kapal pesiaran Equanimity oleh Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat dan pihak berkuasa Indonesia, baru-baru ini.
"Pilihan raya semakin hampr, jelas ini semua orang yang kecewa.
"Bukan mudah (untuk menerima hakikat) digugurkan, jika kamu pernah jadi menteri lebih 10 tahun dan tiba-tiba digugurkan, kamu punya dendam itu terbawa-bawa sampai walaupun kamu sudah digugurkan pada pilihan raya lalu.
"Jadi jelaslah mereka memendam dendam terhadap kepimpinan kerajaan hari ini. Jadi, biarlah dia meroyan," kata Nazri kepada wartawan di Kuala Lumpur hari ini.
Rais, awal bulan ini, menegur Menteri Multimedia dan Komunikasi Datuk Seri Salleh Said Keruak yang berkata tiada bukti yang menunjukkan ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low adalah pemilik Equanimity.
Sebelum pilihan raya umum lalu, Rais adalah menteri komunikasi dan kebudayaan tetapi digugurkan sebagai calon pada pilihan raya umum 2013.
Beliau kini berkhidmat sebagai penasihat sosiobudaya kepada kerajaan dan mempunyai status yang sama sebagai seorang menteri.
Rafidah pula adalah menteri perdagangan antarabangsa dan industri dari tahun 1987 hingga 2008. Beliau digugurkan dari kabinet selepas pilihan raya 2008.
Beliau juga membidas pihak berkuasa Malaysia kerana sebelum ini gagal mencari kapal Equanimity sedangkan, katanya, beliau sendiri pernah mengesan kapal itu ketika bercuti di Thailand pada tahun lalu.
Minta Ampun Kat Sultan Johor Sebab Nak Pilihanraya La Tu Kan Nazri Sindir Netizens.
bloglist-malaysia.blogspot
amenoworld.org
Posted by Ameno World
SEMALAM, Menteri Pelancongan Datuk Seri Nazri Aziz dibenarkan untuk mengadap DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor di Istana Pelangi.
Perkara itu dilaporkan oleh page JDT - Johor Southern Tigers bersertakan beberapa gambar pertemuan.
Menurut Sultan Johor pertemuan tersebut bertujuan untuk mendapatkan pandangan berkaitan pentadbiran negeri (Johor) dan memohon ampun.
"DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor menerima mengadap Dato' Seri Mohamed Nazri Bin Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan pada hari ini, 15hb Mac 2018.
Dato' Seri Mohamed Nazri Bin Abdul Aziz datang mengadap untuk meminta pandangan daripada DYMM Sultan Johor berkenaan pentadbiran negara untuk masa akan datang dan juga memohon ampun kepada DYAM Tunku Mahkota Johor. Allah Peliharakan Sultan," kata Baginda dalam satu kenyataan.
Sejak tahun 2015, Nazri Aziz dan TMJ saling berbahas (bergaduh) mengenai isu politik tanahair menggunakan saluran media.
Tindakan TMJ yang mengkritik ketidakhadiran Najib Razak dalam program Nothing To Hide dipercayai menjadi titik tolak perselisihan politik antara kedua belah pihak.
Tindakan Nazri yang bersedia meminta maaf itu bagaimanapun disindir dan ditertawakan oleh netizens. Rata-rata beranggapan ia taktik politik murahan menjelang PRU ke 14.
Ini kerana perselisihan Nazri dengan TMJ sudah berlangsung lebih dari dua tahun lamanya justeru tindakan yang memohon ampun secara tiba-tiba itu mengundang spekulasi dikalangan netizens.
Ramai percaya ia ada kaitan dengan musim pilihanraya.
Difahamkan Parlimen akan dibubarkan dalam masa terdekat diantara Mac dan April tahun ini. - 16 Mac 2018.
Read more: http://www.amenoworld.org/2018/03/minta-ampun-kat-sultan-johor-sebab-nak.html#ixzz59vTevoP8
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Sun Mar 25, 2018 3:58 am (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
Isu Air Selangor: Keutamaan Adalah Rakyat, Bukan Kapitalis Atau Kroni
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net
Pemuda PAS Kuala Selangor berasa kesal dengan perkembangan mutakhir berkaitan industri air Selangor di mana rakyat terpaksa menghadapi gangguan bekalan air untuk beberapa hari. Jika diamati kenyataan oleh beberapa wakil rakyat negeri seperti YB Hannah Yeoh, masalah bekalan air baru-baru ini dikatakan berpunca daripada malah didalangi oleh Syarikat Pengeluaran Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH) – satu-satunya syarikat konsesi air di Selangor yang masih gagal diambilalih oleh Kerajaan Negeri.
Kami menyambut baik dan bersetuju dengan kenyataan mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bahawa krisis bekalan air mutakhir ini berlaku akibat sikap pilih kasih Kerajaan Negeri yang terus-menerus memberi layanan istimewa kepada SPLASH bagai menatang minyak yang penuh semenjak YAB Dato' Seri Azmin Ali mengambilalih pentadbiran, seolah-olah ada udang di sebalik batu.
Kerajaan Negeri di bawah pentadbiran beliau bukan sahaja telah
memberi banyak kelonggaran kepada SPLASH dalam proses memuktamadkan penyusunan semula industri air Selangor dengan menangguhkan berulang kali tarikh akhir untuk diambilalih oleh Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), malah telah menganugerahkan lesen operasi baharu kepada SPLASH pada bulan Mac 2015 menerusi Lembaga Urus Air Selangor (LUAS).
Lebih parah lagi, Dato' Menteri Besar juga dikatakan telah bersetuju dengan tuntutan dua pemegang saham SPLASH yang disifatkan "hostile" iaitu Gamuda Bhd (40%) dan The Sweet Water Alliance (30%) (30% selebihnya dipegang oleh Kumpulan Perangsang Selangor Bhd) agar dibayar pampasan ekuiti sekitar RM2.8 bilion, yakni lebih 11 kali ganda nilai tawaran asal sebanyak RM250.6 juta
Melihat sikap terlampau mesra dengan pemegang saham SPLASH ini, Pemuda PAS Kuala Selangor memberi amaran kepada Kerajaan Negeri Selangor agar tidak sekali-kali menggunakan krisis bekalan air baru-baru ini sebagai justifikasi untuk membayar pampasan ekuiti kepada SPLASH sebanyak RM2.8 bilion yang akan mengakibatkan kos keseluruhan penyusunan semula industri air Selangor melonjak kepada RM12.20 bilion berbanding tawaran asal bernilai RM9.65 bilion.
Sebaliknya, krisis bekalan air ini sepatutnya dimanfaatkan untuk mempercepatkan penyempurnaan pengambilalihan SPLASH yang tergendala hampir empat tahun di samping menamatkan serta-merta lesen sementara mengekstrak air mentah yang telah dianugerahkan kepada SPLASH pada Mac 2015.
Ingin kami ambil peluang ini untuk mengingatkan betapa pentingnya memastikan kos keseluruhan penstrukturan semula industri air kekal pada RM9.65 bilion agar kepentingan rakyat sebagai pengguna air di Lembah Kelang dan kelangsungan dasar air percuma sebanyak 20 kiub meter pertama bagi setiap pengguna isi rumah sentiasa terjamin.
Lebih menggusarkan Pemuda PAS Kuala Selangor adalah peningkatan kos
pengambilalihan ekuiti SPLASH yang sekaligus bakal menaikkan kos keseluruhan penyusunan semula industri air akan mengakibatkan kuantum kenaikan tarif air yang lebih besar di mana desas-desus mengatakan purata kenaikan sebanyak 27% bagi setiap tiga tahun, hampir dua kali ganda lebih tinggi daripada kenaikan maksimum 15% yang dijanjikan oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Justeru, kami menggesa agar Kerajaan Negeri menyempurnakan penstrukturan semula industri air Selangor dengan kadar segera tanpa berlengah atau sebarang dolak-dalik lagi. Sekiranya ada pertikaian mengenai metod penilaian bagi pengambilalihan ekuiti SPLASH, proses timbang tara merupakan satu-satunya jalan keluar terbaik sepertimana yang termaktub dalam Perjanjian Induk (Master Agreement) bertarikh 12 September 2014 sebagai dokumen rujukan dan panduan utama.
Dalam kesempatan ini, suka kami nasihatkan YAB Menteri Besar agar menghentikan cubaan mengelirukan rakyat dan memesongkan fakta tanpa sebarang penjelasan - kononnya mantan Menteri Besar pernah menawarkan RM3 bilion sebagai pampasan ekuiti SPLASH.
Sebaliknya, Pemuda PAS Kuala Selangor menggesa agar Dato' Menteri Besar menjadi seorang ketua pentadbiran negeri yang telus, amanah, bertanggungjawab dan berintegriti dengan mempertahankan kos keseluruhan penyusunan semula industri air tidak melangkaui RM9.65 bilion.
Di sudut yang lain, rakyat Selangor juga perlu sedar permainan politik dan timbal balik yang bermuka muka keterlaluan dengan Korporat yang sudah untung nilaian juta ringgit perlu dihentikan demi kesejahteraan kehidupan bersama di Selangor.
Ahmad Hakimi Bin Othman.
Ketua Dewan Pemuda PAS Kuala Selangor.
22 Mac 2018.
----- Original Message -----
From: -:rIeNaCoM:-
To:
Sent: Thursday, March 15, 2018 11:19 PM
Subject: Fw: Masalah air 4 hari, tapi 1MDB hutang 4 generasi
Masalah air 4 hari, tapi 1MDB hutang 4 generasi kata MB Selangor
kedahlaniie.
KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali membalas kritikan perdana menteri berkaitan masalah air di negeri itu dengan membangkitkan isu banjir di Pekan, kawasan parlimen Datuk Seri Najib Razak.
Azmin berkata kerajaan Selangor berjaya menyelesaikan masalah banjir di "pekan Kajang" ketika keadaan di Pekan, Pahang berbeza sama sekali, lapor Malaysiakini.
"Ini satu lagi kejayaan Selangor iaitu dapat mengatasi masalah banjir di pekan Kajang untuk jangka masa panjang berbanding masalah banjir di Pekan, Pahang yang sehingga hari ini gagal ditangani dengan bertanggungjawab..
"Semalam di Parlimen hangat. Pepatah Melayu mengingatkan kita semua, kuman di seberang laut nampak tapi gajah depan mata tak nampak.
"Inilah masalah sesetengah orang hari ini," katanya ketika berucap di majlis menaik aras dan penstabilan jambatan tebing Sungai Jelok di Kajang.
Kenyataan Azmin itu dibuat dipercayai ekoran 'pertikaian' bersama Najib di Parlimen semalam.
Dalam sesi soal jawab lisan semalam, Azmin mengajukan soalan mengapa kerajaan pada tahun ini membelanjakan RM31 bilion untuk membayar faedah hutang negara dan adakah ia kerana kesan 1MDB.
Bagaimanapun, soalan Azmin kepada Najib itu dijawab dengan sindiran apabila presiden Umno itu berkata:
"Masalah kemelut air di Selangor lebih kritikal."
Walaupun disindir, Azmin bagaimanapun mengakui bahawa masalah air di Selangor memberi kesan kepada rakyatnya.
Namun, kata Azmin masalah air di Selangor tidak serius berbanding hutang yang ditanggung 1MDB.
"Dia bangun tanpa segan silu menyatakan isu air di Selangor lebih parah dari 1MDB. Memang benar ia (masalah air) beri masalah kepada rakyat sebab tak ada air, tapi empat hari sahaja.
"1MDB ini hutang dia empat generasi, RM42 bilion," kata Azmin lagi.
Sementara itu, ketika berucap pada majlis berkenaan, Azmin turut menyamakan projek naik taraf Sungai Jelok di Kajang umpama di Geneva.
Malah, Azmin berkata rakyat Kajang kini boleh menarik nafas lega kerana kawasan berkenaan kini tidak lagi dilanda banjir.
"Skop projek bina jambatan ini macam di negara Geneva. Hebatnya Kajang hari ini. Tahniah wakil rakyat Kajang yang berjaya mengangkat taraf Kajang ke tahap Geneva atau bandaraya di Eropah.
"Saya telah berikrar kepada ADUN Kajang, kita akan kembalikan Kajang sebagai bandaraya sejahtera dan makmur untuk rakyat Kajang.
"Walaupun wujud taburan hujan tertinggi tapi tak banjir di Kajang," ujarnya.
----- Original Message -----
From: -:rIeNaCoM:-
To:
Sent: Wednesday, March 14, 2018 10:29 PM
Subject: Fw: BESAR SANGATKAH ISU AIR?
BESAR SANGATKAH ISU AIR SAMPAI TIDAK BOLEH JAWAB ISU 1MDB ?
bloglist-malaysia.
wfauzdin
Dicatat oleh WFAUZDIN NS
APABILA Azmin tanya Najib di Parlimen tentang hutang dan 1MDB, Najib punya cerdik kata, " Isu air di Selangor lebih besar dari isu 1MDB".
Najib tidak tahukah rakyat Sgor sejak 2008 hingga kini dapat air percuma 20 meter padu? Najib tahu tak punca masalah air sekarang ini adalah di bwh pengurusan SPLASH sebuah syarikat yg dimiliki oleh orang Umno dan SPLASH bukan syarikat kerajaan negeri? Najib tahu tak, walaupun SPLASH bukan syarikat Kjaan negeri, tetapi kerajaan negeri berusaha dan mendesak agar masalah ini diselesaikan segera lebih awal dari yg dijadualkan kerana kjaan negeri prihatin kpd masalah rakyatnya? Najib tahu tak, walaupun berlaku sesekali masalah bekalan air di Sgor, rakyat tetap terus menerima air percuma setiap bulan? Najib sedar atau tidak, rakyat Pekan juga, bahkan di banyak daerah di Pahang, mereka dikenakan membayar bil air, tetapi kerap juga berlaku masalah air?
Apa beza isu air dengan 1MDB?
Masalah air hanya berlaku sesekali di dalam setahun di Sgor dan rakyat tetap menikmati bekalan air percuma apabila proses penyelenggaraan selesai dibuat. Rakyat tidak dipaksa bayar kos penyelenggaraan tersebut.
Isu 1MDB?
Hutang 1MDB dan kerugian syarikat ini kerana dirompak oleh lanun2 dan MO1, bukan ditanggung oleh rakyat Sgor saja, bahkan seluruh rakyat Malaysia dipaksa untuk menanggungnya termasuk rakyat di Parlimen Pekan. Seluruh rakyat Malaysia dipaksa membayar GST tidak kira rakyat miskin atau kaya.
Terlalu jauh umpama langit dan bumi perbandingan di antara isu air di Sgor dengan isu skandal 1MDB yg Najib perkatakan itu. Jangan ingat rakyat sebodoh ahli2 dan macai kamu yg mulut mereka telah dipenuhi dengan dedak.
Azmin Ali Dedah Pekung Najib Pulak
bloglist-malaysia.
addindeen.com
Posted by Din
Azmin Ali Dedah Pekung Najib Pulak. Selepas diserang perdana menteri di Parlimen semalam mengani kemelut air di Selangor lebih kritikal daripada hutang 1MDB, Datuk Seri Azmin Ali hari ini mendakwa Datuk Seri Najib Razak gagal menyelesaikan masalah banjir di Pekan, Pahang.
"Projek Jambatan Sungai Jelok, satu lagi kejayaan Selangor mengatasi masalah banjir di Kajang untuk jangka panjang berbanding masalah banjir di Pekan, Pahang sehingga hari ini gagal ditangani dengan bertanggungjawab.
Azmin Ali Dedah Pekung Najib Pulak. "Semalam, saya berang dalam Parlimen sebab soalan saya amat sopan kepada perdana menteri, saya tanya kepada kerajaan Malaysia tahun ini terpaksa belanjakan RM31 bilion semata-mata untuk bayar faedah hutang negara, maka saya tanya adakah kesan 1MDB, melompat mereka.
"Dia (Najib) boleh bangun tanpa segan silu menyatakan isu air di Selangor lebih parah daripada 1MDB. Memang benar isu air beri masalah kepada rakyat sebab tak ada air, tapi 4 hari sahaja, hutang 1MDB 4 generasi kena, hutang berjumlah RM42 bilion.
"Bekalan air terputus memang beban kepada rakyat, tapi jangan salahkan kerajaan negeri, yang rosak meletup adalah akibat kerja-kerja Splash (Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd) dan Splash bukan milik kerajaan negeri," katanya berucap pada Majlis Penyerahan Projek Menaik Aras Jambatan dan Projek Penstabilan Tebing Sungai Jelok di Kajang, hari ini..
Hadir sama Exco Selangor, Zaidy Abdul Talib dan Adun Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Azmin Ali Dedah Pekung Najib Pulak
Sidang Dewan Rakyat semalam kecoh apabila Najib membangkitkan kemelut air di Selangor ketika menjawab soalan Azmin (PKR-Gombak) jika hutang 1MDB memberi kesan kepada hutan negara.
"YB Gombak, kemelut air di Selangor lebih kritikal," kata Najib dengan senyuman semalam.
Sementara itu, Azmin menyifatkan tindakan kerajaan Barisan Nasional menyerang kerajaan Selangor sebagai tidak bertanggungjawab.
"Antara perkara yang diserang ialah hartanah dan rumah di Selangor mahal, rakyat tak dapat miliki. Kita nyata dan nak ulang sekali lagi, rumah mampu milik Selangorku 70% adalah nilai bawah RM200,000, hanya 30% nilai antara RM200,000 hingga RM250,000.
"Berbanding rumah PR1MA (Perumahan Rakyat 1Malaysia) RM400,000, kenapa ia tak diketengahkan?
"Saya nak ulang rumah mampu milik Selangor adalah rumah paling murah berbanding projek persekutuan atau negeri lain, walaupun hartanah mahal di Selangor, tapi kita berjaya pengaruhi pemaju besar supaya ambil tanggunjawab, jaga kepentingan rakyat."
Azmin Ali Dedah Pekung Najib Pulak
Pada 7 Mac lalu, Najib mendedahkan masalah bekalan air dan kos harga rumah tinggi antara 5 kelemahan besar gagal ditangani kerajaan pembangkang di Selangor.
Beliau berkata, kelemahan lain kerajaan negeri adalah mengenakan cukai membebankan rakyat negeri, pengurusan sampah lemah dan gagal menguruskan sungai dengan baik sehingga membawa peningkatan penyakit berjangkit. - free malaysia today
Najib negeri kamu Pahang pun isu air pun tak selesai.
bloglist-malaysia.
sisibukit.blogspot
Macam negeri Najib dan kawasan Pekan tiada masalah ketiadaan air.Najib dalam parlimen pun orang tanya lain dijawab lain.Kasihan Najib kawasan parlimen dia pun sampai sekarang masalah air tetap ada.Tak percaya pergi kawasan sekolah berasrama penuh di kawasan Parlimen Pekan,masalah air isu utama.
----- Original Message -----
From: -:rIeNaCoM:-
To:
Sent: Monday, March 12, 2018 11:31 PM
Subject: Fw: Rupanya Begini Tahap Pemikiran PM
Azmin maklomkan bahawa kawasan loji milik SPLASH bawah Kerajaan Pusat yang bermasalah
kedahlaniie.
Kerajaan Selangor tidak seharusnya dipersalahkan dalam masalah gangguan bekalan air yang berlaku di negeri itu, kata Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
"Kalau berani, salahkan perdana menteri," kata menteri besar Selangor itu kepada pemberita selepas majlis menandatangani perjanjian sempadan antara Selangor dan Pahang di Shah Alam, hari ini.
"Saya tidak ingin menuding jari kepada sesiapa tetapi bagi pihak kerajaan negeri, kita telah mengambil semua langkah proaktif bagi memastikan (masalah) tidak berlaku," katanya.
Beliau menjawab soalan sama ada kerajaan negeri patut dipersalahkan berhubung gangguan bekalan air di Kuala Lumpur dan enam kawasan di Selangor yang berlaku sejak Selasa lalu.
Beliau yang juga timbalan presiden PKR berkata, masalah yang berlaku di luar kuasa kerajaan negeri belum mengambil alih Syarikat Pengeluaran Air Sungai Selangor Sdn Bhd (Splash) daripada kerajaan pusat.
Gangguan bekalan air kali ini berpunca daripada kerja membaik pulih Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3) yang berada di bawah pengurusan Splash yang dilaksanakan awal minggu ini.
Namun Sistem Mampatan Udara (Surge Vessel System) di SSP3 pecah secara tiba-tiba pada Selasa lalu menyebabkan pengguna hanya akan mendapat bekalan air pada Ahad ini.
Rupanya Begini Tahap Pemikiran Seorang Perdana Menteri
bloglist-malaysia.
addindeen.com
Posted by Din
Rupanya Begini Tahap Pemikiran Seorang Perdana Menteri. Perdana Menteri Najib Razak hari ini enggan menjawab pertanyaan di Parlimen mengenai kesan hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terhadap ekonomi negara.
Sebaliknya, menteri kewangan itu mengalihkan perhatian kepada krisis air yang baru-baru ini melanda sebahagian besar Lembah Klang.
Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak) meminta Najib menjelaskan sama ada hutang 1MDB menyebabkan peningkatan bayaran faedah Malaysia berjumlah 12.5% berbanding pendapatan negara pada 2016.
Rupanya Begini Tahap Pemikiran Seorang Perdana Menteri. "Masalah kemelut air di Selangor lebih kritikal," jawab Najib yang mula kecoh dengan tindakan beberapa anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) cuba mempertahankan beliau.
Ini mendorong Azmin, yang juga menteri besar Selangor, membantah jawapannya dan mempersoalkan mengapa Speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia membenarkan Najib (BN-Pekan) mengelak daripada menjawab soalan itu.
Rupanya Begini Tahap Pemikiran Seorang Perdana Menteri
"Kalau ahli BN yakin dengan perdana menteri, berilah peluang perdana menteri jawab," kata Azmin.
Abdul Azeez Rahim (BN-Baling) kemudian berkata, "Kami tidak yakin dengan Selangor. Mandi hari ini pun tak ada air." – the malaysian insight
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com
----------------------------------------
Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
----------------------------------------
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
----------------------------------------
Weblist:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com
----------------------------------------
Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
----------------------------------------
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
----------------------------------------
Weblist:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com
No comments:
Post a Comment