Monday, March 12, 2018

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4908[1 Attachment]

15 Messages

Digest #4908
1
3
4
Fw: Kecuaian Azmin buat rakyat derita, by "-:rIeNaCoM:-" rienacom
9
Fw: Rupanya Begini Tahap Pemikiran PM by "-:rIeNaCoM:-" rienacom

Messages

Mon Mar 12, 2018 2:24 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Pengurusan masjid jawab kenapa tukar karpet sampai RM34,000

Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
http://tranungkite.net

PETALING JAYA: Insiden Masjid Jamek Sungai Plong yang dicerobohi seekor babi hutan pada Selasa malam lalu, telah diselesaikan dengan pembersihan dan proses sertu di kawasan masjid yang terjejas.

Karpet masjid di Sungai Buloh, Selangor itu pula digantikan dengan yang baharu membabitkan kos bernilai RM34,000, melalui sumbangan jemaah.

Namun tular di media sosial mengenai segelintir netizen yang menyifatkan karpet baharu itu sebagai satu pembaziran.

Menjawab kritikan berkenaan, Imam 1 masjid itu, Ungku Ahmad Hazwan Ungku Kamarudin berkata, terdapat beberapa pilihan bagi mengatasi masalah susulan insiden itu dan ia dibincangkan pihak masjid bersama Jabatan Mufti Negeri Selangor (JMNS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Katanya, pilihan pertama adalah sertu pada karpet tetapi pihak masjid tidak mampu melakukan secara manual dengan tangan dan air, dan cara terbaik pembersihan menggunakan mesin.

Sertu ialah menyucikan sesuatu daripada najis mughalazah iaitu menyentuh anjing, babi dan keturunannya, atau terkena air liurnya.

Ini kerana katanya, haiwan tersebut memasuki ruang masjid dalam keadaan berdarah yang mengalir di bahagian leher dan mulut yang berlendir.

"Untuk sertu karpet secara manual memang boleh tapi membebankan pihak kami sebab kami tidak memiliki teknologi mesin tersebut.

"Ada syarikat yang tawarkan khidmat, namun bayarannya tidak kurang RM10,000 kerana kebanyakan ruang telah dicemari.

"Namun setelah mengadakan perbincangan yang panjang, kami memutuskan pilihan yang kedua iaitu menukarkan karpet baharu secara keseluruhannya kerana lebih mudah bagi kami," dipetik Mstar Online.

Mengenai pilihan kedua, Ungku Ahmad Hazwan berkata, bahagian karpet yang terjejas akan dipotong dan dibuang dengan bantuan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), manakala baki yang masih elok disalurkan kepada institusi yang memerlukan.

Malahan katanya, tidak timbul isu pembaziran kerana terdapat beberapa pihak termasuk surau dan sekolah tahfiz berminat untuk menggunakan baki karpet tersebut.

Sehubungan itu, beliau berharap isu 'pembaziran' tidak dibangkitkan, termasuk mempertikaikan sumbangan individu yang sudi menghulurkan bantuan.

Operasi sertu dan membersih kawasan masjid. Foto Facebook Masjid Jamek Sungai Plong

"Kami di masjid ini, sumber pendapatan cukup-cukup menampung kos operasi. Malah kadang-kadang kos operasi lebih tinggi dari pendapatan sebab kami masjid kampung saja.

"Kami memang mengharapkan sumbangan orang ramai dalam menguruskan kewangan kami," kata Ungku Ahmad Hazwan sambil menambah bahawa penyumbang dana dan pembekal karpet turut hadir semasa perbincangan tersebut.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam Selasa lalu, seorang jemaah cedera disondol seekor babi hutan yang menceroboh ke dalam Masjid Jamek Sungai Plong.

Jemaah yang terkejut dengan kejadian itu kemudian cuba menghalau haiwan terbabit, namun ia ditembak mati oleh seorang jemaah yang memiliki senapang patah.

"Pelik Sungguh Cara Kita Faham Islam," Dr Ridhuan Tegur Pengurusan Masjid Belanja RM34,000 Tukar Karpet Lepas Dimasuki Babi Hutan
siakapkeli.my

8 Mac - Penceramah bebas terkenal, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah menegur pengurusan masjid yang segera menukar permaidani selepas dimasuki babi hutan dua hari lalu.

Menurutnya, tindakan itu tidak langsung menggambarkan bahawa agama Islam itu agama yang mudah sebaliknya sebagai agama yang menyusahkan penganutnya.

"Saya merasa amat pelik dengan cara kita memahami Islam, agama begitu luas menjadi begitu sempit. Babi dilihat sebagai bukan makhluk ciptaan Allah.

"Bayangkan apabila orang bukan Islam membaca berita itu, pasti mereka berkata susah sungguh Islam ini. Padahal ia adalah agama yang mudah," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Beliau yang bertugas sebagai pensyarah di Universiti Islam Sultan Zainal Abidin (UniSZA) mengulas kejadian seekor babi hutan yang memasuki masjid Sungai Plong di Sungai Buloh ketika jemaas sedang menunggu waktu Isyak.

Ekoran daripada kejadian itu, masjid melupuskan permaidani lama dan menggantikan dengan baru yang menelan belanja sehingga RM34,000.

Ridhuan berkata, ada kaedah yang lebih mudah bagi menyucikan najis babi dan malah boleh merujuk kepada mazhab yang lain.

"Lebih baik jika jumlah itu digunakan untuk menderma kepada rakyat Syria dan Palestin, atau mereka yang lebih memerlukan termasuk di kalangan orang bukan Islam.

"Tidakkah ia lebih memberi kebaikan kepada dakwah?" soal Ridhuan.

Kejadian itu, kata Ridhuan lagi, menunjukkan masalah segelintir umat Islam dalam soal meletakkan keutamaan.

Sebagai contoh, beliau membandingkan status haram bagi babi dan kesalahan rasuah yang baginya jauh lebih memudaratkan.

"Kenapa sanggup berhabis sebanyak RM34 ribu hanya kerana seekor babi? Permaidani itu pula masih boleh digunakan.

"Haramnya babi, ia tidak seberat haramnya rasuah. Jika terpaksa memilih antara babi dan rasuah, saya lebih rela makan babi," katanya lagi. - Siakapkeli.my

----- Original Message -----
From: -:rIeNaCoM:-
To:
Sent: Wednesday, March 07, 2018 11:03 PM
Subject: Fw: Babi pun pergi Masjid...

Masjid Dimasuki Babi Hutan Selesai Disamak, JAIS Dan Jabatan Mufti Selangor Kawal Selia Proses Pembersihan

siakapkeli.my

7 Mac - Malam tadi gempar apabila Masjid Jamek Sungai Plong, Sungai Buloh dimasuki oleh seekor babi hutan dan pagi tadi aktiviti pembersihan dan samak telah selesai dilakukan.

Imam 3 Masjid Jamek Sungai Plong, Mohamed Rahmat Ahmad Buhari, 31, ketika dihubungi Utusan Online berkata, kerja-kerja menyamak dan membersihkan masjid bermula pada jam 10 pagi dan selesai pada 1.30 tengah hari.

Tambah beliau lagi, kerja-kerja pembersihan dan proses menyamak telah dikawal selia oleh wakil Jabatan Mufti Selangor dan juga Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang turut hadir pagi tadi.

Rahmat juga mengatakan, tiga per empat daripada kawasan masjid tersebut telah dicemari dengan darah babi hutan tersebut dan kerja-kerja pembersihan dimulakan dengan membersihkan kesan-kesan darah yang ada di lantai dan dinding masjid.

"Babi ini telah cedera dan berdarah ketika masuk ke dalam kawasan masjid. Atas nasihat Jabatan Mufti Selangor dan JAIS kita buang karpet yang dicemari dengan darah babi berkenaan. Turut dibuang sebuah kipas dan dua buah kerusi yang rosak akibat disondol babi itu.

"Selesai membersihkan darah pada dinding dan lantai. Kita memulakan proses menyamak dengan membasuh mengunakan air tanah sekali dan enam kali air bersih," kata Mohamed Rahmat.

Kawasan sekitar Masjid Jamek Sungai Plong dikatakan memang mempunyai habitat babi hutan dan ini adalah kejadian pertama haiwan liar itu menceroboh kawasan dalam masjid.

"Babi tersebut cedera di luar kawasan masjid dan menjadi berang. Dia cuba mengejar kanak-kanak yang berada di luar masjid. Kanak-kanak tersebut yang ingin menyelamatkan diri lari masuk ke dalam masjid.

"Tindakan kanak-kanak tersebut adalah betul dan babi berkenaan mengejar mereka sehingga ke dalam masjid," kata Mohamed Rahmad.

Kerja-kerja pembersihan turut dibantu oleh sepasukan anggota bomba seramai 15 orang dan dua buah jentara bomba.

"Malam tadi kita solat Isyak berjemaah di kawasan yang tidak dicemari oleh babi hutan tersebut," jelas Mohamed Rahmad mengenai gambar jemaah bersembahyang di dalam masjid malam tadi.

Kejadian seekor babi hutan jantan tersesat masuk ke dalam masjid ketika jemaah sedang menunaikan solat ba'diyah Maghrib hingga mencederakan seorang jemaah itu tular di media sosial.

Siakapkeli.my

Babi pun pergi Masjid...

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net

KECOH... Jemaah Masjid Sungai Plong, di Sungai Buloh, Selangor gempar apabila dikejar seekor babi hutan yang sakit dipercayai dari hutan berhampiran pada malam Selasa.
Ia bukan sahaja mencetuskan keadaan kecoh dalam kalangan penduduk setempat, bahkan umat Islam di seluruh negara apabila berita pelik ini kemudian tular secara luas menerusi media sosial sejak malam tadi.

Suasana panik bermula apabila haiwan liar yang tercedera di leher itu dipercayai tersesat masuk ke pekarangan kawasan masjid berkenaan sebelum mengejar jemaah yang berada di luar rumah ibadat tersebut.

Haiwan najis mughallazah itu kemudiannya bertindak ganas dengan masuk ke dalam dewan solat sebelum menyondol salah seorang jemaah ketika waktu solat ba'diyah Maghrib sehingga menyebabkannya tercedera.

Imam Satu Masjid Sungai Plong, Ungku Ahmad Hazwan Ungku Kamarudin berkata, ketika kejadian ada dalam kalangan jemaah berusaha menyelamatkan diri dan ada berusaha halau ia keluar dari dewan solat.

"Ia akhirnya berjaya ditembak seorang jemaah yang kebetulan memiliki senapang patah. Pihak polis turut dihubungi bagi bantu menenangkan keadaan," katanya menerusi status di akaun Facebook masjid itu semalam.

Dalam pada itu, Ungku Ahmad Hazwan memberitahu bahawa kejadian aneh tersebut bagaimanapun telah menjejaskan kira-kira tiga perempat bahagian dalam masjid dan sekitar kawasan beranda.

"Bagi menyelesaikan masalah ini, pihak masjid telah hubungi Jabatan Mufti Selangor bagi bantu menyelesaikan masalah ini. Wakil mereka akan hadir bagi membuat penilaian berkaitan masalah sertu dan karpet masjid.

"Ketika ini, urusan solat jamaah diteruskan seperti biasa di ruang solat yang tidak terjejas. Saya memohon kepada semua terutama ahli kariah agar dapat berdoa supaya masalah ini dapat diselesaikan sebaik mungkin," ujarnya.

Berikut kenyataan penuh Ungku Ahmad Hazwan:

SAYA mewakili Tuan Nazir dan Pegawai Masjid Jamek Sungai Plong mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bantu pihak masjid ketika berlaku musibah di masjid ini.

Pada hari ini, 6 Mac 2018, Selasa, ketika jamaah masjid sedang melakukan solat sunat Ba'diah maghrib, masjid kami telah 'dikunjungi' oleh seekor babi hutan jantan yang tersesat masuk ke dalam kawasan pagar masjid.

Ia mengejar jamaah dan kanak-kanak di luar dan seterusnya masuk ke dalam dewan solat dalam keadaan cedera di lehernya… Terdapat seorang jamaah yang cedera akibat disondol oleh binatang tersebut.

Ramai jamaah berusaha menyelamatkan diri dan ada di antara jamaah yang berusaha menghalau binatang tersebut keluar dari dewan solat..

Setelah berjaya diumpan keluar dari dewan solat, binatang tersebut menumbangkan 2 buah motosikal. Akhirnya binatang tersebut berjaya ditembak oleh Cikgu Mustafa, jamaah masjid yang mempunyai senapang patah.

Pihak Balai Polis Sungai Plong juga dihubungi bagi membantu menenangkan keadaan. Lebih kurang 3/4 bahagian di dalam dan beranda masjid terjejas akibat masalah ini.

Bagi menyelesaikan masalah ini, pihak masjid telah menghubungi pihak Jabatan Mufti Negeri Selangor (JMNS) bagi membantu menyelesaikan masalah ini.

Pihak JMNS akan hadir esok bagi membuat penilaian berkaitan masalah Sertu dan karpet masjid. Pada ketika ini, urusan solat jamaah diteruskan seperti biasa di ruang solat yang tidak terjejas..

Saya memohon kepada semua terutamanya ahli kariah MJSP agar dapat bersama-sama berdoa supaya masalah ini dapat diselesaikan sebaik mungkin..

Sesungguhnya musibah yang berlaku pada hari ini besar hikmahnya..

Sekian.

Hj Ungku Ahmad Hazwan Bin Ungku Kamarudin,
Imam 1

– MYNEWSHUB.CC

Babi Hutan 'Serang' Masjid, Kejar Kanak-Kanak Dan Sondol Seorang Jemaah Hingga Cedera
siakapkeli.my

7 Mac - Seorang jemaah yang sedang menunggu waktu solat Siyak cedera apabila seekor babi tiba-tiba muncul memasuki ruang solat di Masjid Sungai Plong, Sg.Buloh, lapor BH Online

Video yang dimuat naik Jack Shah dan Khairul Nizam menjadi tular di laman sosial.

Kejadian kira-kira jam 8 malam, seekor babi hutan didakwa tiba-tiba muncul di perkarangan masjid dan mengejar beberapa orang kanak-kanak yang berada di kawasan terbabit.

Tambah menyulitkan keadaan apabila haiwan liar itu masuk ke dalam masjid dan menyondol seorang jemaah sehingga cedera.

Menurut salah seorang jemaah disitu, mereka terkejut dengan kejadian yang menimpa mereka itu dan cuba menghalau haiwan berkenaan.

"Selepas lebih 30 minit, haiwan itu berjaya dihalau keluar ke pekarangan masjid.

"Namun, haiwan dipercayai cedera di kepala itu mengamuk dan menyondol seorang jemaah.

"Haiwan itu kemudian ditembak mati oleh seorang jemaah yang memiliki senapang patah," katanya.

Tambahnya lagi, jemaah masjid sudah memaklumkan perkara itu kepada polis.

"Jemaah masjid turut menghubungi pihak Jabatan Mufti Selangor bagi membantu menyelesaikan masalah berkenaan.

"Difahamkan, mereka akan hadir esok (hari ini) bagi membuat penilaian berkaitan masalah berkenaan," katanya.

Katanya, jemaah masjid kemudian menunaikan solat seperti biasa di ruang sembahyang yang tidak terjejas.

Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Mar 12, 2018 2:25 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Bekas Askar memerlukan wang beli mesin oksigen
kedahlaniie.blogspot.

YAN - Seorang bekas askar memerlukan RM3,200 bagi membolehkannya membeli mesin oksigen.

Fadzil Abu Yazis, 54, berkata, dia perlu bergantung kepada mesin oksigen setiap hari bagi membolehkan dia bernafas dengan baik.

"Doktor kata injap paru-paru saya bocor jadi saya tak boleh bernafas seperti orang normal," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Lubok Boi, Yan.

Katanya, dahulu setiap hari dia akan ke hospital bagi mendapatkan oksigen tanpa mengira waktu.

"Kadang saya agak sukar bernafas pada waktu tengah malam dan menyebabkan saya terpaksa cari kereta sewa untuk ke hospital.

"Untuk ke hospital saya perlu sewa kereta dengan kadar tambang RM10 pi dan balik," katanya.

Namun begitu, simpati dengan nasib Fadzil, pihak hospital memberikan mesin oksigen kepadanya untuk dibawa pulang ke rumah.

"Depa bagi mesin tu November lalu tetapi depa nak ambil semula mesin ni sebab ni mesin wakaf sahaja.

"Depa kata nak ambil Februari baru ni tapi saya minta tangguh sat sementara saya cuba untuk beli mesin lain.

"Saya ada bawa surat pi JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) nak minta mesin ni tapi belum ada respons," katanya.

Fadzil yang berstatus orang kurang upaya (OKU) kerana kudung sebelah kaki akibat kencing manis turut menerima bantuan bulanan JKM sebanyak RM300 sebulan.

"Hanya RM300 tu la yang saya guna untuk tambang teksi pi hospital bagi mendapatkan rawatan lain," katanya.

Menurut Fadzil dia juga terpaksa menjalani rawatan dialisis berikutan turut mengalami masalah buah pinggang.

Sejak kakinya dipotong pada 2013, Fadzil tidak lagi dapat bergerak dengan sempurna dan hanya mampu berkerusi roda.

Fadzil berkata, isterinya juga turut menghidap penyakit darah tinggi namun tidak serius.

"Kami ada dua anak, tapi depa pun dah kahwin. Anak-anak pun tak dapat nak bantu sangat sebab depa pun hanya cukup-cukup makan sahaja," katanya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan menerusi akaun Bank Simpanan Nasional 0210341000024494 atas nama Fadzil Abu Yaziz.

"Wanita Itu Ibu Kandung Mereka," Polis Sahkan 2 Beradik Itu Tidak Diculik,
siakapkeli.my

10 Mac - Polis mengesahkan wanita yang membawa dua beradik berusia empat dan enam tahun ketika berada di tadika di Seksyen 16, Petaling Jaya, kelmarin adalah ibu kandung kepada kanak-kanak berkenaan, lapor Harian Metro

Sumber polis berkata, berdasarkan maklumat yang diperolehi sehingga kini, pihaknya mendapati wanita yang membawa kanak-kanak terbabit adalah ibu kandung mereka.

"Pihak kami sudah meneliti beberapa aspek dan mendapati wanita yang membawa keluar kedua-dua kanak-kanak berkenaan adalah ibu kandung mereka," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 9 pagi kelmarin, dua beradik dikatakan dilarikan tiga individu tidak dikenali, termasuk seorang wanita ketika berada di tadika berkenaan.

Kehilangan Raheel Khan dan Aleya Reyhana disedari ketika ibu saudara mereka hadir untuk mengambil mereka pulang.

Namun ibu saudara kanak-kanak itu dimaklumkan oleh guru tadika ada seorang wanita datang mengambil adik-beradik berkenaan kira-kira 9 pagi atas alasan ingin membawa mereka untuk pemeriksaan kesihatan.

"Wanita itu mendakwa akan membawa pulang dua beradik berkenaan dalam masa sejam," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din ketika dihubungi berkata, pihaknya sedang mengesan wanita terbabit untuk membantu siasatan. - Siakapkeli.my

"Perempuan Tu Kata Nak Bawak Pergi Pemeriksaan Kesihatan," Dua Beradik Hilang Di Tadika, Didakwa Diculik Individu Yang Dikenali
siakapkeli.my

10 Mac - Dua beradik yang dilapor hilang awal pagi semalam dipercayai dilarikan oleh individu yang dikenali.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din berkata, pihaknya sudah membuka kertas siasatan berhubung kes berkenaan, lapor Awani

Dua beradik berusia enam dan empat tahun itu dipercayai dilarikan tiga individu termasuk seorang wanita di sebuah tadika di Seksyen 16, Petaling Jaya kira-kira pukul 9 pagi semalam.

Ibu saudara kanak-kanak itu berkata Aleya Reyhana, 4, dan abangnya Raheel Khan, 6, disedari hilang semasa adiknya mahu menjemput mereka pulang dari tadika itu.

Difahamkan, dua beradik itu telah diambil seorang wanita yang memberi alasan kepada pihak tadika bahawa dia mahu membawa mereka menjalani pemeriksaan kesihatan.

"Saya dimaklumkan oleh salah seorang guru tadika berkenaan bahawa terdapat seorang wanita datang mengambil mereka kira-kira pukul 9 pagi dengan alasan untuk melakukan pemeriksaan keselamatan.

"Wanita itu memaklumkan bapa mereka tahu mengenai pemeriksaan kesihatan itu dan turut berjanji akan menghantar mereka pulang ke sekolah sebaik sahaja selesai pemeriksaan kesihatan kira-kira satu jam kemudian," katanya

Tambahnya, guru wanita tersebut turut memberitahu terdapat dua lelaki sedang menunggu di dalam sebuah kereta pelbagai guna (MPV) berwarna putih.

Berita mengenai kehilangan kanak-kanak tersebut tular di laman Facebook milik seorang wanita dipercayai ibu saudara mereka.

Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Mar 12, 2018 2:25 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Sebelum meninggal, Sanusi hadir ke acara HARAPAN

bloglist-malaysia.blogspot

wak-labu

Posted by Mohd Sulaiman

Allahyarham Tan Sri Sanusi Junid sempat menghadiri majlis pelancaran manifesto Pakatan Harapan di Shah Alam, malam tadi, sebelum menghembuskan nafas terakhir awal pagi tadi.

Perkara itu dikongsi oleh Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil di Twitternya.

Fahmi turut berkongsi dua keping gambar bekas menteri besar Kedah dan menteri pusat yang hadir pada majlis berkenaan di Shah Alam.

Dalam gambar itu, allahyarham berada di atas pentas HARAPAN dengan memakai baju rasmi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) berwarna merah sambil memegang poster berkaitan manifesto gabungan pembangkang.

Pada majlis malam tadi juga, beliau kelihatan hadir bersama isteri Nila Inangda.

"Salam takziah buat Puan Sri dan keluarga di atas pemergian allahyarham Tan Sri Sanusi Junid.

"Malam tadi kali terakhir beliau bersama di pentas Pakatan Harapan.

"Semoga Allah SWT mengampuni segala dosanya dan menempatkannya di kalangan orang-orang beriman," tulis Fahmi.

 

Fahmi Fadzil@fahmi_fadzil

Innalillahi wa inna ilaihi raji'un

Salam takziah buat Puan Sri dan keluarga di atas pemergian Allahyarham TS Sanusi Junid

Malam tadi kali terakhir beliau bersama di pentas Pakatan Harapan

Semoga Allah SWT mengampuni segala dosanya dan menempatkannya di kalangan orang2 beriman

pic.twitter.com/rwsk3OcnVT 12:17 - 9 Mar 2018 22

18 people are talking about this

Twitter Ads information and privacy

Sanusi, 75, meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri kira-kira jam 6 pagi tadi.

Beliau sebelum ini meninggal Umno dan menyertai BERSATU sebelum dilantik sebagai pengerusi Lembaga Disiplin parti itu.

Jenazah allahyarham akan disembahyangkan di Masjid Saidina Umar Al-Khattab di Bukit Damansara dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.

Tan Sri Sanusi Junid meninggal dunia subuh tadi
kedahlaniie.blogspot

Assalamualaikum

Dukacita dimaklumkan bahawa YBhg Tan Sri Sanusi Junid telah kembali ke rahmatullah pada subuh Jumaat tadi.

Salam Takziah buat keluarga Allahyarham Tan Sri Sanusi Junid.

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ

سْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Saidina Umar Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

Bekas Menteri Pertanian, Tan Sri Sanusi Junid Meninggal Dunia
siakapkeli.my

9 Mac - Bekas Menteri Pertanian Tan Sri Sanusi Junid meninggal dunia pagi ini di kediamannya di Pantai Dalam, lapor Malaysia Kini

Perkara itu disahkan oleh bekas setiausaha akhbarnya Aziman Hasan ketika dihubungi Bernama, yang memaklumkan Sanusi, 75, meninggal sebelum subuh.

Tanpa mendedahkan punca Sanusi meninggal dunia, Aziman berkata jenazah Allahyarham akan disolatkan di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.

Allahyarham pernah menjadi Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar pada 1981 dan Menteri Pertanian pada 1986 sebelum dilantik menjadi Menteri Besar Kedah pada 1996 hingga 1999. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Mar 12, 2018 2:26 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Kecuaian Azmin buat rakyat derita, kata Khalid Ibrahim
Oleh Nur Atiqah Abdul Samad
bloglist-malaysia.blogspot.
dialograkyat.blogspot
Dicatat oleh ELBI RISALAH

SHAH ALAM: Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyelar kerajaan negeri yang kini dipimpin Datuk Seri Azmin Ali sebagai cuai ekoran sehingga kini masih gagal mengambil alih Syarikat Pengeluaran Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH).

Malah beliau mendakwa Azmin tidak serius langsung untuk berbuat demikian, apabila kerajaan negeri lebih memberi tumpuan tentang bagaimana mahu membayar lebih RM2.7bilion kepada SPLASH, dan bukannya untuk menyelesaikan isu air di Selangor.

"Ia adalah satu kecuaian yang jelas di pihak kerajaan negeri.

"Kecuaian ini telah memberi ruang kepada pemegang saham SPLASH untuk mengaut lebih banyak untung sehingga mereka menjadi berani sebegini.

"Seorang Menteri Besar sepatutnya berjuang untuk rakyat tetapi pergerakan mungkin terhad kerana terlalu kenyang hingga termuntah," katanya dalam satu status di laman sosial Facebooknya.

Lebih dua juta penduduk di sekitar Lembah Klang sekali lagi terpaksa berdepan dengan gangguan bekalan air kali kedua untuk tahun ini, membabitkan 498 kawasan.

Gangguan itu berlaku disebabkan kerja-kerja pembaikan peralatan kritikal di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3).

Kerja-kerja pembaikan itu dijangka selesai dalam masa 10 jam sahaja namun, berlaku insiden yang tidak diingini apabila sistem mampatan udara di loji berkenaan pecah.

Ia turut mengakibatkan lima kakitangan Pengurusan Air Selangor (Air Selangor) dan Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH) cedera termasuk seorang parah.

Lantaran itu, masalah bekalan air berlarutan sehingga hari ini.

Walau bagaimanapun, menurut Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd, beberapa kawasan yang terjejas kini mula pulih secara berperingkat.

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Abdul Raof Ahmad berkata, setakat pukul 7 pagi tadi, keseluruhan akaun yang terkesan adalah 73 peratus.

Namun katanya, bantuan bekalan melalui lori-lori tangki air akan digerakkan secara berterusan ke kawasan-kawasan yang masih dalam proses pemulihan dan Pusat Khidmat Setempat diaktifkan sehingga bekalan pulih sepenuhnya.

AIR - PENJELESAN AZMIN.....
bloglist-malaysia.blogspot.
gajahmenta.blogspot
DIRECTER Gajah Menta

Kerajaan Selangor tidak seharusnya dipersalahkan dalam masalah gangguan bekalan air yang berlaku di negeri itu, kata Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
"Kalau berani, salahkan perdana menteri," kata menteri besar Selangor itu kepada pemberita selepas majlis menandatangani perjanjian sempadan antara Selangor dan Pahang di Shah Alam, hari ini."Saya tidak ingin menuding jari kepada sesiapa tetapi bagi pihak kerajaan negeri, kita telah mengambil semua langkah proaktif bagi memastikan (masalah) tidak berlaku," katanya.
Beliau menjawab soalan sama ada kerajaan negeri patut dipersalahkan berhubung gangguan bekalan air di Kuala Lumpur dan enam kawasan di Selangor yang berlaku sejak Selasa lalu.
Beliau yang juga timbalan presiden PKR berkata, masalah yang berlaku di luar kuasa kerajaan negeri belum mengambil alih Syarikat Pengeluaran Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH) daripada kerajaan pusat.
"SPLASH bukan bawah kerajaan negeri. Kami dalam proses ambil alihnya tetapi ia belum selesai, kedua-dua pihak diberi masa sehingga Julai 2018 untuk memuktamadkannya.
"Jadi jika ia bukan aset (kerajaan negeri), bagaimana kami boleh masuk dan jalankan penyenggaraan?" soalnya.
Gangguan bekalan air kali ini berpunca daripada kerja membaik pulih Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3) yang berada di bawah pengurusan Splash yang dilaksanakan awal minggu ini.
Namun Sistem Mampatan Udara (Surge Vessel System) di SSP3 pecah secara tiba-tiba pada Selasa lalu menyebabkan pemulihan bekalan air terpaksa ditangguhkan sehingga Ahad ini.
Namun Sistem Mampatan Udara (Surge Vessel System) di SSP3 pecah secara tiba-tiba pada Selasa lalu menyebabkan pemulihan bekalan air terpaksa ditangguhkan sehingga Ahad ini.
Azmin juga menyangkal sesetengah pihak yang mendakwa pihaknya langsung tidak berbuat apa-apa berkenaan isu itu dan berkata telah membelanjakan ratusan juta ringgit bagi membaiki paip di 84 lokasi.
"Langkah membaiki paip lama semuanya dibayar kerajaan negeri. Kami tidak menunggu kerajaan persekutuan, kami mengambil inisiatif dan perbelanjaan sendiri," katanya lagi.

Kritik Splash Punca Krisis Air Selangor : Khalid Ibrahim Bidas Hannah Yeoh

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net

AIDCNews -09/03/18 –Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membidas ADUN DAP Subang Jaya, Hannah Yeoh berhubung kritikannya terhadap Syarikat Pengeluaran Air Sungai Selangor Sdn Bhd (Splash) sebagai punca krisis air di negeri itu.

Khalid berkata krisis air di Selangor tidak menjadi seteruk hari ini, jika Hannah selaku Speaker DUN membenarkan isu Splash dibahaskan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (SELCAT).

"Saya juga ingin mengingatkan YB Hannah Yeoh, Speaker Dewan Negeri Selangor bahawa saya pernah meminta Dewan membawa isu air dan pengambilan SPLASH ini kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (SELCAT) tetapi beliau menolaknya mentah-mentah. Mungkin ketika itu merasakan ianya tidak begitu penting.

"Natijahnya rakyat terpaksa menanggung seksa akibat pemimpin yang mengambil sikap sambil lewa dan tidak bertanggungjawab,"katanya dalam satu kenyataan.

Kritikan Khalid itu merujuk kepada kenyataan Hannah yang menyalahkan Splash yang disifatkannya telah gagal menyediakan maklumat terkini status kerja membaik pulih lalu menyebabkan lebih banyak gangguan pada rutin harian isi rumah dan operasi perniagaan.

"Pengurusan tertinggi Splash harus dipertanggungjawabkan dan rakyat Selangor mahu tindakan tegas diambil," kata Hannah.

Membidas kenyataan itu, Khalid berkata kesilapan Splash juga ada kaitan dengan Kerajaan Negeri Selangor.

Menurutnya, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamad Azmin Ali tidak boleh lepas tangan dalam isu tersebut.

"Kerajaan Negeri Selangor sepatutnya sudah pun mengambil alih Syarikat Pengeluaran Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH).

"Namun nampaknya Dato' Besar Selangor tidak serius langsung untuk berbuat demikian. Tumpuan beliau lebih kepada bagaimana mahu membayar lebih RM2.7bilion kepada SPLASH; bukan untuk menyelesaikan isu air di Selangor.

"Ia adalah satu kecuaian yang jelas di pihak kerajaan negeri. Kecuaian ini telah memberi ruang kepada pemegang saham SPLASH untuk mengaut lebih banyak untung sehingga mereka menjadi berani sebegini.

"Seorang Menteri Besar sepatutnya berjuang untuk rakyat tetapi pergerakan mungkin terhad kerana terlalu kenyang hingga termuntah,"katanya lagi

Azmin: Jangan salahkan kerajaan negeri, gangguan air berterusan kerana paip pecah

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net

SHAH ALAM: Datuk Seri Azmin Ali berkata, kerajaan Selangor tidak patut dipersalahkan atas krisis gangguan air di sekitar Lembah Klang sejak Isnin lalu kerana pihaknya sedang mengambil langkah proaktif untuk menangani masalah itu.

Menteri besar Selangor itu berkata, punca krisis air itu berpunca daripada insiden paip pecah semasa proses penyelenggaraan dijalankan di bawah seliaan Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (Splash).

Katanya, Splash masih berada di bawah bidang kuasa Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.

Oleh itu, Azmin menolak dakwaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang kerajaan Selangor tidak pandai menguruskan masalah air.

"Kalau berani salahkan Najib," katanya selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Persempadanan antara kerajaan Selangor dan Pahang hari ini.

"Kita sedang mengambil langkah proaktif, jadi tuduhan perdana menteri kita tak boleh urus air, berlaku catuan dan kekurangan bekalan ini satu tuduhan tidak berasas."

Rabu lalu, Najib dilaporkan berkata, masalah bekalan air dan kos harga rumah tinggi antara 5 kelemahan besar gagal ditangani kerajaan pembangkang di Selangor.

"…air gagal diurus kerajaan negeri, tengok saja pembangkang di Kelantan, kita (kerajaan pusat dan kerajaan negeri) boleh uruskan air, tetapi di sini (Selangor) mereka utamakan politik, bukan hal rakyat.

"Syabas (Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd) memaklumkan 6 daerah kritikal, cemas, ibarat telur di hujung tanduk, sebab bekalan air lemah, kualiti semakin teruk, tekanan rendah, bil kelam-kabut dan khidmat servis tidak baik…inilah kisah pentadbiran air di Selangor," katanya kelmarin.

Ia susulan gangguan bekalan air melibatkan banyak kawasan di sekitar Lembah Klang sejak Isnin lalu, dijangka berlarutan sehingga Sabtu dan Ahad ini kerana Sistem Mampatan Udara di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3) pecah dan menyebabkan 5 batang paip bersaiz 1,100mm rosak dengan 2 daripadanya terpelanting keluar daripada strukturnya serta beberapa pekerja cedera.

Antara kawasan terjejas adalah Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Hulu Selangor dan Kuala Langat.

Azmin berkata, isu gangguan air itu tiada kaitan dengan masalah kekurangan air kerana Loji Rawatan Air Semenyih 2 di Dengkil yang bernilai RM177.5 juta mula beroperasi 1 Mac lalu.

"Saya tidak mahu menyalahkan sesiapa, tetapi pada pihak kerajaan negeri, kita telah mengambil semua langkah perlu untuk memastikan perkara ini tidak berlaku. Isu ini berlaku disebabkan kemalangan yang saya sendiri tidak mahu ia berlaku."

Rabu lalu, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Selangor, Zaidy Abdul Talib dilaporkan berkata bekalan air ke kawasan terjejas di Lembah Klang sejak dijangka pulih secara berperingkat mulai 6 petang semalam.

Katanya, bekalan air akan pulih sepenuhnya dalam tempoh 36 hingga 72 jam.

----- Original Message -----
From: -:rIeNaCoM:-
To:
Sent: Wednesday, March 07, 2018 11:03 PM
Subject: Fw: Sistem Mampatan Udara Pecah,

Sistem Mampatan Udara Pecah, Ada Kakitangan Cedera Serius, Masalah Bekalan Air Di Selangor Akan Tersasar Dari Jadual Asal
siakapkeli.my

7 Mac - Baru-baru ini di beberapa kawasan di Negeri Selangor mengalami masalah bekalan air selepas ada beberapa kerosakkan yang berlaku. Namun tidak keseluruhan Selangor menerima tempiasnya. Cuma, beberapa kawasan sahaja yang terlibat.

Jika mengikut makluman dari Air Selangor, masalah itu akan selesai pada 6 Mac 2018 (Semalam). Namun, ketika pemeriksaan dibuat bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Sistem Mampatan Udara di Loji Rawatan Air SSP3 pula pecah.

Ini membantutkan usaha Air Selangor untuk menyelesaikan masalah air di Selangor. Air Selangor telah membuat kenyataan media menerusi laman Facebook rasminya dan mendakwa bukan sahaja sistem mampatan iu pecah, malah beberapa kakitangan mereka juga mengalami kecederaan yang serius.

Susulan insisden yang tidak dijangka ini, masa pemulihan bekalan air akan sedikit tersasar daripada jadual yang ditetapkan dan Air Selangor akan memaklumkan notis hebahan yang terbaru dalam masa yang terdekat dan akan bekerjasama dengan Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor (SPLASH).

Tambah Air Selangor lagi, bantuan bekalan melalui lori-lori tangki air akan digerakkan ke kawasan-kawasan yang terjejas dan Pusat Khidmat Setempat akan beroperasi 24 jam sehari sehingga masalah bekalan air ini selesai.

Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Mar 12, 2018 2:26 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



"Dia Kini Habiskan Hidupnya Berkhidmat Di Masjid Dan Berdakwah," Ustaz Ebit Lew Dedah Siapakah Gerangan Pakcik Ini, Orang Hebat Rupanya
siakapkeli.my

Sebelum ini tular sebuah video yang menunjukkan gelagat seorang lelaki berjubah dituduh gatal atau 'pervert' selepas dikatakan dia cuba mengambil kesempatan terhadap seorang wanita di sebelahnya.

Ternyata apa yang ditularkan itu hanya sedikit berbanding kisah yang berlaku sebenarnya, kerana video pendek dimuatnaik netizen itu membuatkan pak cik berjubah itu dimaki, dihina dan ada netizen yang melepaskan perasaan dengan kata-kata yang tidak sepatutnya.

Allah itu Maha Besar, disebalik ujian melanda pak cik itu, saksi-saksi yang berada di tempat kejadian telah tampil mempertahankan pak cik ini, mereka menceritakan satu persatu termasuk dari rakan yang bukan Muslim seperti Saudara Ramesh De Ram, rupanya pak cik itu hanya mahu menarik jubahnya dimana wanita berkenaan telah terduduk atas jubahnya.

Kesian pak cik tu, kerana video sekerat diperlakukan sedemikian oleh netizen, kata-kata cerca seolah-oleh mereka itu cukup sempurna sedangkan mereka tidak tahu siapa sebenarnya pak cik itu.

Jom kita baca siapakah pak cik berkenaan seperti yang didedahkan oleh pendakwah terkena, Ustaz Ebit Lew.

Ya Allah sedih betul baru tahu pasal pakcik difitnah dalam train. Kali ni memang silap siapa viralkan ini. Saya kenal terlalu rapat dengan pakcik tu.... Syukur Ramesh saksi kejadian cerita hal sebenar..bagitahu semua tu fitnah...cuba orang tuduh bapa atau mak kita. Viralkan gambar macam tu..tak fikir langsung. Orang tu ada keluarga..malukan macam tu..

Allah Maha Kaya..tuan puan nak tahu tak saya bila tengok gambar tu terus cari videonya.Pakcik tu baik..dia tak nak kejut perempuan tu tidur....jubah dia tertindih oleh perempuan tu yang tidur tersengguk-sengguk.. Dia resah..yerlah jaga-jaga. Tuan haji tu dah uzur.. Jalan pun selalu tunduk jer sepanjang hidup beliau...saya nak cari siapa yang buat fitnah tu. Saya nak nasihat dia.. Sebab pakcik tu saya sangat kenal rapat dari umur 12 tahun sejak mula-mula dekat dengan dakwah dan belajar benar-benar kenal Allah...

Anak-anaknya semua sahabat saya. Semua anaknya daie. Pelajar cemerlang universiti dan daie besar. Sifat anaknya macam ayahnya. Saya selalu cerita kisah hidup keluarganya dalam ceramah saya..

Beliau pencen pegawai besar tau..kini menghabiskan hidup khidmat dengan masjid dan dakwah. Naik komuter jer ke sana sini buat dakwah jauh-jauh dalam keadaan uzur..Saya kenal rapat dengannya. Kami sama-sama berdakwah kawasan pedalaman. Habis semua kampung asli kami pergi sama-sama.. Haji tadi pukul 3 pagi dan bangun solat menangis. Jika tuan puan nak tahu jika haji tadi berdoa selepas ceramah,semua orang menangis sekali..Keluarga mereka bahagia. Semua anaknya suka khidmat basuh tandas masjid.

Anak sulungnya pelajar cemerlang anugerah dekan di sebuah universiti. Habis terus berdakwah sehingga luar negara. Saya masih teringat sifat dan akhlaknya. Balik dari situ beliau bersama saya dan kawan lain yang masih muda. Takdir Allah beliau meninggal mati syahid dalam usia muda sebab dalam perjalanan dakwah berlanggar lori. Anaknya pukul 3 pagi dah bangun tahajud. Sama sifat macam ayahnya..

Pakcik tadi bukan calang-calang orang..dari muda saat belajar di universiti buat dakwah sampai kini usianya yang lanjut..saya sayang beliau kerana Allah..

Ya Allah siapalah tergamak buat khianat macam ni...saya nak jumpa..ampun ya Allah..siapalah yang buat begini..semoga Allah beri hidayah padanya..saya sumpah dia dan seluruh keluarganya jadi baik dan berubah. Siapa terlibat fitnah pakcik baik cepat minta maaf dan bertaubat. Nanti kat akhirat tak lepas. Dosa fitnah ini lebih besar dari membunuh...Janganlah sakiti atau fitnah orang tak buat salah. Aibkan macam tu..orang baik dan tak salah pula....- Ebit Lew

----- Original Message -----
From: -:rIeNaCoM:-
To:
Sent: Saturday, March 03, 2018 11:12 PM
Subject: Fw: Hentikan Fitnah Ini, Cubaan curi kereta Ferrari, Salah Ke Jadi Suri Rumah

"Hentikan Fitnah Ini, Pak Cik Tu Nak Tarik Jubah Je," Lelaki Ini Dedah Cerita Sebenar Kejadian Dalam MRT, Nafi Pak Cik Itu Cuba Untuk Meraba
siakapkeli.my

3 Mac - Baru-baru ini tular satu insiden di dalam MRT dikatakan bahawa seorang lelaki tua cuba mengambil kesempatan meraba penumpang wanita yang duduk di sebelahnya.

Kejadian ini tular apabila penumpang yang duduk bertentangan dengan lelaki tersebut merakam kejadian tersebut dan terlihat seperti lelaki tersebut cuba untuk meraba wanita yang duduk di sebelahnya.

Namun, ada seorang seorang pengguna Facebook yang juga salah seorang penumpang dalam gerabak yang sama telah menafikan bahawa lelaki tersebut cuba untuk meraba tetapi sekadar ingin menarik jubahnya sahaja.

Beliau yang dikenali sebagai Ramesh De Ram telah memuatnaik satu entri di Facebook beliau dan menafikan perkara itu. Beliau juga meminta untuk menghentikan fitnah yang dilemparkan terhadap lelaki tua tersebut.

Ramesh juga berharap semua pihak dapat sebarakan berita ini seluas-luasnya untuk menunjukkan kebenaran yang sebenar. - Siakapkeli.my

Padan Muka! - MBSA buat operasi tunda kenderaan parkir merata di tempat awam

bloglist-malaysia.blogspot
jasduit.com
Mat Bihi

Berita kat The Star laporkan yang MBSA telah jalankan operasi besar-besaran untuk tunda mana-mana kenderaan yang parkir ikut suka hati mereka merata tempat di tempat awam secara tidak sah.

Baca laporannya di sini.

Rasanya itu bukan satu perkara luar biasa sangat berlaku di sekitar Lembah Kelang ini. Selalu sangat tengok kenderaan yang kena tunda oleh pihak berkuasa Majlis Perbandaran. Bukan sahaja kat Shah Alam, di kawasan Petaling Jaya, di Subang Jaya, di Cyberjaya dan banyak lagi tempat selalu saja berlaku.

Paling kerap saya tengok berlaku kat Subang Jaya.

Satu lagi tempat yang selalu juga berlaku adalah di Shah Alam kat depan Hotel Concorde. Selalu juga ke situ ada urusan kat Wisma Sunwaymas Shah Alam tu. Kat depan bangunan sunwaymas tu mereka letakkan kon habis di semua kotak parkir. Sedangkan dalam 100 hari saya pergi kat situ, tak sampai 3 hari kotak parkir tu ada kenderaan.

Ertinya, ruang parkit tu sentiasa kosong dan tidak digunakan. Untuk mereka yang nak ke Bank sekejap kat dalam Wisma tu terpaksa parkir secara tidak sah depan jalan bawah tu. Kalau nasib tak baik, MBSA datang untuk tunda.

Tunda kenderaan komersial pulak
Kalau kenderaan biasa kena tunda memang dah biasa sangat berlaku, kali ini MBSA nampaknya lebih serius untuk atasi parkir secara tak sah ini.

Mereka tunda pulak kenderaan komersial yang besar-besar tu. Kenderaan seperti Lori dan Bas yang diletakkan pada kawasan awam dengan tidak sah, akan kena tunda.

Pemilik kenderaan itu perlu bayar RM3500 sebagai denda. Kemudian kena pula bayar RM50 sehari sebagai kos simpan kenderaan mereka yang kena tunda itu.

Yang ini agak menarik dan teramat saya sokong. Selama ini pihak majlis hanya tunda dan saman kereta pengguna biasa saja. Yang terpaksa letak kereta sebentar untuk urusan kerja yang pantas. Kalau kenderaan komersial tu, mereka nampaknya macam kebal le pulak.

Kenderaan komersial di Taman perumahan
Kenderaan komersial macam bas dan lori diletakkan ikut suka hati kat jalan depan kondo atau apartmen memang selalu sangat kita tengok. Mudahpun untuk kenal pasti sebab ramai orang boleh lihat.

Tapi sebenarnya ada banyak juga kenderaan komersial yang parkir ikut suka hati secara tidak sah tetapi ramai orang tak tahu.

Kat Taman tempat saya tinggal ada banyak kes semacam itu. Mereka parkir lori depan rumah, sebelah jalan awam kat taman, sebelah rumah orang dan merata tempat. Semua tahu pemilik lori itu atau paling kurangpun pemandu lori itu duduk kat taman tu juga. Kenalpun siapa orangnya.

Kalau sebuah lori satu tan saja boleh tahan lagi. Tapi sampai lebih dari 2 buah lori dan 3 tan pulak. Kacau orang sana dan sini sebab parkit ikut suka hati mereka. Kereta peribadi pemilik lori itu juga tidak diletakkan di depan rumahnya, dia main letak depan rumah orang.

Tempat biasa di mana lorinya diletak dianggap sebagai hak mutlaknya. Kalau ada orang parkit kat situ, dia akan tunggu dan tekan hon kuat-kuat sampai orang ubah. Sedangkan itu bukanlah tempat kepunyaannya.

Banyak pemandu atau pemilik lori yang duduk kat taman tu. Mereka ada lebih dari dua buah lori dan jadikan taman tersebut sebagai pusat operasi lorinya.. Senang lenang buat duit jimatkan kos operasi dengan korbankan keselesaan penduduk taman.

Harap Pihak Majlis ada akta yang sesuai untuk kenakan tindakan pada pemilik kenderaan komersial yang semakkan taman tempat tinggalnya dengan lori atau bas.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Mar 12, 2018 2:27 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Pakai ''Cosplay'' Pergi Class Setiap Hari, Pensyarah Ini Memang Layak Digelar Lecturer Paling ''Cool''
siakapkeli.my

Ramai yang mempunyai pengalaman yang tidak dilupakan sepanjang berada di alam kampus. Rutin yang sama untuk bangun pada hari biasa dan menghadiri kelas. Kadang-kadang jika subjek tidak digemari atau kelas yang bosan, pasti akan ada yang akan berdoa dengan harapan supaya kelas akan dibatalkan. Realiti.

Menghadirkan diri ke kelas walaupun malas merupakan satu pencapaian diri, tetapi jika anda dapat memberi perhatian penuh sepanjang kelas tersebut berjalan adalah sesuatu yang tidak boleh dilakukan oleh semua orang.

Cuba bayangkan sekiranya ada seseorang di kelas yang akan memberikan anda motivasi untuk menghadiri semua kelas tanpa gagal dan malas? Orang itu bukannya rakan anda, tapi pensyarah anda sendiri. Mesti rasa teruja bukan?

Zachariah Aidin Druckman, seorang pensyarah muda berusia 28 tahun layak digelar lecturer paling cool kerana pasti menarik perhatian anda kerana dia menikmati pakaian cosplay ke kelas.

Zachariah, atau lebih dikenali sebagai Cekgu Zac di Twitter, telah mencuba memakai pakaian cosplay sejak bergelar pelajar lagi.

Untul lebih jelas, jom kita ikuti perkongsian daripada Page Rojak Daily yang telah menemui pensyarah tersebut untuk mengetahui lebih lanjut mengenai minat beliau.

Membawa Impian Rahsia Zaman Kanak-Kanak Kepada Kehidupan

Zac berpakaian sebagai Roman Reigns dari WWE.

Apabila Zach masih muda, dia selalu bermimpi berpakaian sebagai watak kegemarannya, dan juga memiliki pakaian Mighty Morphin Power Rangers' Green Ranger dan Darth Vader.

Dan seperti kanak-kanak biasa, dia menikmati kartun, pameran TV superhero, dan anime. Tetapi minatnya sejak zaman kanak-kanak tidak pernah ditinggalkan kerana dia masih suka menonton mereka sehingga hari ini. (Sebahagian besar daripada kita masih berbuat demikian.)

Pada tahun 2008, Zac mendaftar ke universiti dan perlahan-lahan mula mengumpul pakaian dan baju eksentrik. Pakaian pertamanya adalah Akatsuki Robe dari ' Naruto Shippuden ' - dia memberitahu bahawa pakaian tersebut adalah anime kegemarannya sepanjang masa.

Beberapa tahun kemudian, Zac tamat belajar dan berjaya menjadi seorang pensyarah bahasa Inggeris.

Pada suatu hari, dia terjumpa foto viral pada aplikasi memo popular 9GAG di mana seorang profesor di Amerika pergi ke kelas berpakaian sebagai Jedi. Jadi, dia berfikir pada dirinya sendiri "mengapa tidak?" Dan memutuskan untuk memakai Akatsuki Robe untuk bekerja.

Selebihnya adalah sejarah.

Dari sweater, hoodies, hingga ensemble penuh, dia mendapat semuanya.

Kami tahu banyak orang yang bekerja di luar sana, secara rahsia cemburu terhadap Zac kerana dapat membawa impian zaman kanak-kanaknya dalam kehidupan.

Bayangkan, tidakkah ia sesuatu yang cool untuk memberitahu diri muda anda : "Hei, suatu hari nanti anda akan pergi bekerja dalam kostum anime kegemaran anda dan anda akan selesa dengannya okay?"

Perkara pertama yang berlaku ketika kami terjumpa gambar-gambarnya dalam talian adalah: "Bagaimana dia melakukan ini dan apa reaksi para pelajarnya?"

Kami benar-benar faham jika itu adalah satu hari, tetapi ia berubah kerana dia memakai ton pakaian cosplay yang berbeza untuk ke kelas hampir setiap hari.

"Saya biasanya akan mendapat reaksi bercampur-campur dari pelajar saya.. Ada yang kagum manakala yang lain mungkin berfikir bahawa saya adalah pelik, "kata Zac kepada Rojak Daily.

Bagi rakan-rakan pensyarah yang lain, dia berfikir kebanyakan dari mereka agak baik dengannya dan kadang-kadang melihat apa yang akan dipakai olehnya.

Bekas rakan sekerjanya juga memberitahu dia "best sebab nak tau hari ni Zac pakai apa" (''Ia sesuatu yang cool dan saya tidak sabar untuk melihat apa yang akan dipakai oleh Zac hari ini'').

Zac kini berkhidmat sebagai pensyarah bahasa Inggeris sepenuh masa di UiTM Shah Alam dan memberitahu bahawa universiti itu tidak bertindak balas terhadap cosplaysnya setakat ini dan apa sahaja yang dia pakai masih dalam garis panduan universiti.

"Jika anda perasan, pakaian eksentrik saya biasanya berasaskan jaket supaya di bahagian dalam saya akan memakai baju dan tali leher."

"Walaupun demikian, saya akan sentiasa mempunyai blazer saya untuk bersiap sedia untuk tujuan yang tepat. Saya tidak akan cosplaying untuk mesyuarat besar. Itu bunuh diri! "

Zac kini memiliki hampir 60 pakaian cosplay dan dia tidak menunjukkan tanda-tanda untuk berubah minat. Kostum kegemarannya ialah kostum Vegeta dari ' Dragon Ball' .

Dia juga mengambil bahagian dalam larian sejauh 10km dengan memakai costume ! Nah, itulah strategi yang baik untuk menang, kerana kami yakin ramai orang akan bergerak perlahan untuk melakukan double take.

Costume impiannya, katanya kepada kami, pastinya akan menjadi kostum Darth Vader yang berfungsi penuh, malangnya menelan kos besar.

Zac juga mengakui bahawa ia adalah hobi yang mahal kerana dia telah menghabiskan ribuan ringgit dalam satu jumlah. Satu kostum boleh mencecah harga ke RM350 ! Bukan itu sahaja, dia juga kadang-kadang mendapatkan kostum yang dibuat khas, jadi kosnya akan menjadi lebih mahal.

Kostum cosplay pertama Zac - jubah Akatsuki.

"Saya mendapat kritikan dari orang sepanjang masa. Pengkritik akan sentiasa menjadi pengkritik. Saya masih ingat apabila seorang pernah memberitahu saya " Kenapa nak pakai sebegini? Kenapa tak nak pakai macam Nabi ? "('Kenapa kamu memakai pakaian seperti ini, kenapa kamu tidak memakai pakaian seperti nabi kita?').

Ironinya, sehari selepas dia diberitahu, ia adalah hari Jumaat, jadi dia memutuskan untuk memakai jubah ke kelas.

Walau bagaimanapun, sebahagian besar pengkritiknya adalah pejuang keyboard sahaja.

"Mereka biasanya akan meninggalkan komen rawak di Facebook atau Tweet. Kadang-kadang para pelajar saya juga akan menonjolkan komen-komen ini dan menunjukkannya kepada saya. "

Pensyarah Bahasa Inggeris, yang kini sedang mengejar PhDnya, nampaknya sangat tidak terganggu oleh kritikan ini dan malah memuji mereka yang secara terbuka mengkritiknya.

Dia mengatakan bahawa profil Facebook, Instagram dan Twitternya semua terbuka untuk public dan mesej peribadi.

Sesetengah orang mungkin mendapati Zac sedikit 'kebudakan' tetapi dia ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana mengatakannya.

"Secara terang-terangan, saya lebih suka memaparkan sisi" kebudak-budakan "daripada sisi serius saya kerana apabila saya serius, saya boleh meletakkan ketakutan Tuhan kepada anda, terutamanya ketika datang ke kelas saya."

"Jika kematangan ditakrifkan sebagai serius 24 / 7 semua kerja dan tidak bermain, maka tidak, terima kasih! Bagi saya "kematangan" ditakrifkan sebagai mengetahui tempat dan masa untuk bertindak. "

Zac memberitahu kami bahawa dia tahu di mana hendak melukis garis, kerana dia tidak akan cuba sesuatu yang bodoh dan tidak matang, seperti berpakaian seperti Pikachu untuk menghadiri acara rasmi universiti atau rumah terbuka semasa Aidilfitri.

Sentiasa Jadilah Sendiri dan Bangga Dengan Siapa Anda

Pensyarah kelahiran Illinois bukanlah seorang yang malu dengan pakaian eksentriknya. Dia juga gembira dengan cara itu, dia dapat menarik perhatian pelajarnya dan membawa kegembiraan kepada kelasnya.

"Kaedah saya ialah saya berusaha sebaik mungkin untuk tidak membuat kelas membosankan. Lebih-lebih lagi, pada masa yang sama, saya dapat menjadi diri saya dan bukannya orang lain. Ini adalah sesuatu yang menggembirakan saya untuk mengajar. "

Bagi mereka yang secara diam suka terhadap cosplay tapi terlalu malu untuk memakainya di khalayak ramai, Zac mahu anda semua tahu bahawa jika pakaian anda tidak kontroversi, mengapa tidak?

"Ramai orang tidak akan faham, jadi abaikan mereka. Sentiasa menjadi diri sendiri . "

Nah, kami memuji Zac kerana mempunyai keyakinan yang tinggi dan sentiasa sentiasa berlaku kepada dirinya sendiri. Percayalah, anda benar-benar menjadi inspirasi kepada golongan underdog dalam dunia cosplay.

Siakapkeli.my

Sumber : RojakDaily

Guru Ajar Murid Dengan Lakaran Microsoft Word Di Papan Hitam Akhirnya Berjaya Dapat Perhatian Microsoft
siakapkeli.my

Ingat lagikah anda pada seorang guru yang viral di internet kerana mengajar teknologi komputer secara kreatif dengan cara melukis di papan hitam kerana sekolah itu tidak mempunyai komputer?

Selepas gambarnya menjadi viral dan dikongsi oleh ribuan orang dalam talian, Microsoft telah berjanji akan menghantar beberapa peralatan komputer baru untuk lelaki itu.

Pada ahad lalu, usahawan Rebecca Enonchong telah menghantar tweet ke Microsoft Afrika, memaparkan kisah guru itu yang mengajar tentang penggunaan produk mereka tanpa mempunyai akses kepada produk tersebut.

"Sudah tentu anda boleh mendapatkannya beberapa sumber yang sesuai?," tulisnya di tweet itu.

Menariknya, dua hari kemudian, Microsoft berjanji untuk menghantar sebuah komputer kepada Akoto dan berkata mereka akan memberikan akses kepada bahan pendidikannya.

Lelaki ini yang mengajar di Ghana, hanya menggunakan papan hitam untuk membuat gambarajah khusus mengenai program Microsoft Word.

Guru ini mengingatkan kita tentang sebuah sekolah, di Kano, sekitar 2005 yang mana pelajar diperkenalkan dengan papan kekunci komputer melalui fotokopi papan kekunci yang sebenarnya.

Quartz Africa telah mengenal pasti guru tersebut sebagai Richard Appiah Akoto. Pemuda berusia 33 tahun itu adalah guru teknologi maklumat dan komunikasi di Betenase M/A Junior High School di bandar Sekyedomase yang terletak kira-kira dua setengah jam di utara bandar Ghana, Kumasi.

Dia telah menjadi guru di sekolah itu selama enam tahun. Dalam satu posting di facebooknya, Akoto menulis: "Mengajar ICT di sekolah Ghana sangat lucu. ICT di papan hitam. Saya sayangkan pelajar saya jadi perlu buat mereka faham apa yang saya ajar."

Menurut Quartz sekolah Akoto tidak mempunyai sebarang komputer sejak tahun 2011 walaupun menjadi satu keperluan bagi pelajar untuk lulus peperiksaan teknologi dan komunikasi sebagai sebahagian daripada kemajuan mereka ke sekolah menengah.

Ramai yang menyatakan kekaguman kerana dedikasinya ketika posting yang dibuat pada pertengahan Februari ini tular di media sosial.

Akoto berkata: "Ini bukan kali pertama saya melukisnya. Saya telah melakukannya bila-bila masa di kelas.

"Saya suka muat naik gambar di Facebook supaya saya dapat berkongsi perasaan tentangnya. Saya tidak tahu ia akan mendapat perhatian seperti ini".

Walaupun dia mempunyai komputer riba peribadi, dia tidak menggunakannya kerana ciri-cirinya berbeza dari apa yang ada dalam sukatan pelajaran rasmi yang memerlukan dia mengajar bahagian lain unit sistem dan monitor, langkah-langkah menyambungkannya.

Akoto, juga menambah bahawa sekolahnya memerlukan sekitar 50 komputer untuk pembelajaran.

Siakapkeli.my

Sumber : mstar

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Mar 12, 2018 2:42 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Doktor Pro UMNO Dakwa Skim Peduli Sihat Adalah Scam.

Posted by Ameno World
bloglist-malaysia.blogspot
amenoworld.org

Seorang doktor yang terkenal pekat UMNOnya di laman facebook hari ini mengeluarkan kenyataan bahawanya Skim Peduli Sihat seperti yang tertera di Manifesto Pakatan Harapan yang dilancarkan pada semalam adalah satu bentuk penipuan ataupun scam.

Beliau menyatakan skim tersebut merupakan satu bentuk ketirisan yang serius dan bertujuan menyusahkan rakyat. Berikut adalah luahannya seperti terpapar di facebooknya;

Oleh : Doktor Rahman Abdul Kadir

#SCAM_PEDULI_SIHAT

Pakatan Haranap ada membuat pengumuman tentang Skim Peduli Sihat berjumlah RM 500 bagi golongan B40. Mari kita lihat betapa ini adalah merupakan satu ketirisan yang serius dan bertujuan menyusahkan rakyat.

Golongan B40 ni bermaksud mereka yang berpendapatan seisi rumah kurang dari RM 3,860 sebulan.

Bermakna, jika ada sebuah keluarga dengan pendapatan gaji terkumpul seisi rumah mereka kurang dari RM 3,860 ini, mereka layak mendapat bantuan skim ini.

Jika kita melihat skim yang sama di Selangor, setiap keluarga yang layak akan diberikan kad dengan jumlah terkumpul RM 500 setahun. Kad ini layak digunakan di klinik-klinik (baca : kroni) yang berdaftar dengan skim ini sahaja..

Gambar - Doktor Rahman Abdul Kadir
Namun kad ini ada hadnya. Sekali guna, hanya boleh guna untuk nilai RM 50 maksima. Dan dari survey rambang saya, rata2 klinik swasta di bandar caj dalam lingkungan RM 50-80 utk short visit (15 minit consultation). Ada klinik yang consultation fee pun dah RM 50. Ubat-ubatan kira lain.

Katalah caj keseluruhan adalah sebanyak RM 60, bermakna, rakyat kena tambah bayar RM 10 dari poket mereka sendiri.

Ini sudah semestinya bebanan kepada golongan B40 ini. Jika M40 atau T20, memang tak terasa sangatlah.

Lebih baik lagi golongan B40 ini pergi ke klinik kerajaan dan bayar RM 1 sahaja dan settle semuanya.

Jika dilihat dari perangkaan tahun 2014, dianggarkan sejumlah 2,671,000 isi rumah seluruh negara yang tergolong di dalam kategori B40.

Katalah anggaran ini masih sama, maka rancangan Pakatan Haranap ini akan memakan belanja sebanyak:

RM 500 x 2,671,000 = RM 1,335,500,000!

RM 1.34 billion beb!!!!

Jumlah ini boleh bina hampir 7 buah hospital dengan jumlah katil 200 buah setiap hospital!
Jumlah yang sama juga boleh membina hampir 67 buah klinik kesihatan serba moden (anggaran RM 20 juta setiap satu).

Golongan B40 lebih untung sekiranya mereka pergi ke klinik2 kesihatan kerajaan yang berlambak terdapat di seluruh negara dan banyak yang beroperasi kini sehingga ke waktu malam.

Nampak kan? Ini bukan #skim. Ia adalah #scam. Atok ada plan le tu... Dia mana pernah buat projek tak susahkan rakyat. 🤣🤣🤣
Read more: http://www.amenoworld.org/2018/03/doktor-pro-umno-dakwa-skim-peduli-sihat.html#ixzz59LcOh1Eg

'Dalam kes Umno, wow, begitu cepat sekali,' kata Dr M
Malaysiakini 10 Mac 2018
bloglist-malaysia.blogspot.
idahsalam.blogspot.
Posted by indah.com

Pengerusi Pakatan Harapan Dr Mahathir Mohamad telah membidas Pendaftar Pertubuhan (ROS) atas kecekapannya yang cepat sekali membantu Umno mengatasi krisis parti, berbanding kelewatan dalam mendaftarkan blok pembangkang.

Ini, dakwanya, dalam satu kenyataan video di laman Facebooknya hari ini, menunjukkan betapa ROS berat sebelah.
"Dalam kes Pakatan Harapan, kami telah cuba buat permohonan (untuk mendaftarkan gabungan itu) lapan bulan yang lalu, tetapi sampai sekarang jangan kata nak jawab, tak acknowledge pun.

"(Mereka) tak kata ditimbang atau tak ditimbang (permohonan itu)," kata Mahathir, sambil menambah permohonan sedemikian tidak sepatutnya mengambil masa lapan hingga sembilan bulan.
"Dalam kes Umno, wow, begitu cepat sekali," katanya.

Pada hari Isnin, ROS mengesahkan memberi kelulusan kepada Umno untuk menangguhkan pemilihan majlis tertinggi hingga 2019, walaupun bekas timbalan presiden,Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa perlanjutan seperti itu bertentangan dengan perlembagaan Umno.

Bekas perdana menteri itu menambah keseluruhan proses yang menyelubungi kelulusan perlanjutan pemilihan Umno itu menimbulkan persoalan.
Mahathir menegaskan nampaknya tidak ada sebarang prosedur rasmi oleh Umno berhubung perlanjutan pemilihan parti itu.

Bekas presiden Umno itu berkata sebarang langkah oleh parti itu untuk melanjutkan pemilihan kepimpinannya perlu melalui prosedur yang betul, "tetapi, kita tak dengar ada keputusan ini dibuat".
"Keputusan mesti dibuat oleh Umno sendiri dalam satu mesyuarat kerana ini adalah perkara besar.

"Biasanya dalam mesyuarat agung atau dalam mesyuarat agung luar biasa, keputusan dibuat.
"Tetapi, kita tak dengar ada keputusan ini dibuat dalam mana-mana mesyuarat Umno," katanya.

Mahathir bertanya apakah dokumen yang menunjuk bahawa satu mesyuarat diadakan dan surat dihantar kepada ROS untuk diluluskan?
"Kita tak dengar. Sekarang ini baru kita dengar. ROS sekarang ini baru beri penjelasan bahawa ROS telah lulus. Ini satu perkara yg menunjuk betapa ROS berat sebelah," tambahnya

Muhyiddin sebelum ini menegaskan bahawa lanjutan pertama pemilihan majlis tertinggi Umno hingga 19 April tahun ini adalah muktamad, kerana perlembagaan parti itu hanya membenarkan lanjutan selama 18 bulan, yang dibuat pada 2016 kononnya untuk membolehkan pilihan raya umum awal yang tidak pernah berlaku.

Di samping itu, bekas pemimpin Umno, Datuk Saifuddin Abdullah juga menyatakan bahawa lanjutan pertama bermakna semua cawangan Umno telah menamatkan pemilihan masaing-masing pada 28 Feb tahun ini, dan jika gagal berbuat demikian, mereka secara automatik dibatalkan pendaftarannya.

Pengkritik telah menegaskan bahawa penangguhan itu bertentangan dengan perlembagaan Umno sendiri, yang ROS tidak mempunyai kuasa untuk mengatasinya sebagai sebuah badan pengawalseliaan semata-mata.

Sementara itu, berbeza dengan kes Umno, ROS semalam menuntut parti BERSATU menyerahkan minit mesyuarat dan dokumen kewangannya dan semua cawangan dan bahagiannya dalam tempoh 30 hari, atau berdepan dengan tindakan pembatalan pendaftarannya.

Adakah ROS hanyalah barua rejim pemerintah.?
Ahmad Muslim Badawi Badawi
kedahlaniie.blogspot

Semalam ROS memberikan amaran, agar parti PPBM(Bersatu) segera menyelesaikan pertikaian dalam partinya.. atau Parti Bersatu terpakasa ditarik dan diharamkan Pendaftaran nya.. Ia lebih menakutkan mereka bila Manifesto Pakatan Harapan dilancarkan secara rasminya Semalam..

Dalam keadaan jelas UMNO menangguhkan pemilihan dan melanggar Perlembagaan Parti.. Isu parti Bersatu jugak ROS sibukkan, agaknya Kenapa ?

Inilah ketakutan depa Regim UMNO, adakah ROS hanyalah barua mereka..? mereka dapat jangkakan, Sebelum ini Mahathir berkeras tetap mahu menggunakan satu Logo, Prinsip Mahathir dalam konteks dan Strategi Politik ini tepat.. kita perlukan satu Logo..Satu bendera seluruh Malaysia..

Kemungkinan besar, Pakatan Harapan akan menggunakan satu logo.. dan Logo Tersebut mungkin dari parti Bersatu.. Ini yg manakutkan UMNO.. walaupun secara peribadi aku rasakan Bendera dan Logo PKR lebih sesuai dijadikan Logo Pakatan Harapan.. Nampaknya Ketakutan regim UMNO kepada parti PPBM(Bersatu)..

Apakah mungkin tidak ada Pilihanraya untuk PRU 14 jika regim tertekan sehingga mengHaramkan parti dalam Pakatan Harapan....Masa semakin suntuk bagi Najib..

ROS lulus permohonan perlanjutan pemilihan Umno
kedahlaniie.blogspot

PUTRAJAYA – Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) hari ini mengesahkan kelulusan permohonan parti Umno untuk perlanjutan mengadakan pemilihan di peringkat majlis tertinggi bagi 2017.

ROS dalam kenyataan hari ini berkata ia adalah selaras dengan peruntukan perlembagaan pertubuhan Fasal 10.17, yang memperuntukkan penangguhan pemilihan di peringkat Majlis Tertinggi, Bahagian dan Cawangan, yang tidak boleh melebihi 18 bulan dari tarikh pemilihan yang sepatutnya diadakan.

Menurut ROS, Umno telah menetapkan supaya pemilihan tersebut diadakan pada 19 April 2019.

"Adalah diingatkan bahawa setiap parti (dan pertubuhan) berdaftar hendaklah menjalankan urusan-urusannya mengikut peruntukan perlembagaan berdaftarnya serta Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335]," katanya. - Bernama

Ketua Polis Negara, kau tunggu aku datang, kata Khairuddin Abu Hassan
Oleh Khairuddin Abu Hassan
bloglist-malaysia.blogspot
alhusseyn51.blogspot
Catatan Oleh Alhusseyn Alhusseyn

SAYA AKAN HANTAR SALINAN LAPORAN JABATAN KEHAKIMAN AMERIKA SYARIKAT (DoJ) DAN LAPORAN PENGHUKUMAN KES SKANDAL 1MDB MAHKAMAH SINGAPURA UNTUK KETUA POLIS NEGARA BACA SERTA FAHAMI BETUL-BETUL!!

Insya-Allah selepas pulang dari siri Jelajah Harapan di kelantan dan pulau pinang; saya akan hantar laporan penuh DoJ serta keputusan penghakiman mahkamah singapura mengenai kes skandal 1mdb kepada ketua polis negara (KPN)!!

Saya harap ketua polis negara dapat membaca isi kandungan laporan DoJ dan keputusan penghakiman mahkamah singapura mengenai jenayah skandal 1mdb secara khusyuk!!

Di harap juga ketua polis negara akan memahami setiap butiran laporan-laporan tersebut secara terperinci!!

Kadang kala rasa pelik dengan sikap kalangan atasan yang mempunyai kuasa untuk jalankan penguatkuasaan secara telus, adil dan saksama kearah membela rakyat jelata tetapi mereka tersasar pula!!

Rakyat marhein macam saya pun boleh faham mengenai kes skandal 1mdb tetapi kalangan penguatkuasa undang-undang kata tiada kes!! Ini cukup pelik!! 9 Dalam negara kleptokrasi siapa bercakap benar dan buat laporan polis untuk lawan jenayah akan ditangkap seterusnya dipenjarakan!!

Orang yang disyakki penjenayah akan dilindungi serta hidup bebas!! Namun, kita bersyukur dan berterima kasih kerana penguatkuasa undang-undang di luar negara yang bukan beragama islam lebih islamik dari kita!!

Bak kata pepatah presiden parti Amanah; tuan haji mohamad sabu mereka tak pernah mengaji al-quran serta tak pernah solat!!

Tetapi bangsa asing lebih serius melawan segala bentuk kemungkaran, salahlaku dan rasuah!!

Sebab itu kita kata mereka lebih islamik dari setengah orang-orang islam yang mempunyai kuasa di negara kita tetapi takut pada manusia sesama manusia!!

Tahap keiman mereka senipis kulit bawang dan aqidah agama mereka berteraskan kepada kepentingan pangkat, poket mahupun perut saja!!

Sekali lagi, insya-Allah saya akan hantar laporan-laporan DoJ serta keputusan penghakiman mahkamah singapura mengenai skandal 1mdb kepada ketua polis negara agar beliau baca seterusnya faham betul-betul!!

Hakikatnya, tidak susah untuk memahami kes skandal 1mdb!! "Mahu seribu daya dan tak mahu seribu dalih!!"

#LawanTetapLawan

Ikhlas dari;
KHAIRUDDIN ABU HASSAN
Koordinator Deklarasi Rakyat
8 Mac 2018
IGP: Jho Low not linked to any 1MDB decisions or deals

~ sumber

1MDB: Sampai bila nak lari?
kedahlaniie.blogspot

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen pembangkang tidak berpuas hati apabila Dewan Rakyat menolak hampir kesemua soalan yang diusulkan berhubung isu 1MDB.

Ahli Parlimen Alor Setar (PKR),Gooi Hsiao Leung mempersoalkan sampai bila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terus mengelak daripada menjawab isu skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ini.

"Perdana Menteri tak boleh elak, beliau tidak akan selamanya boleh lari daripada menjawab isu dana negara ini.

"Satu dunia dah tahu penguatkuasa undang-undang antarabangsa akan sampai juga di Malaysia, Perdana Menteri tak akan boleh elak lagi dari 2014 hingga dah nak PRU14 isu skandal ini terus berlanjutan," katanya ketika sidang media di Lobi Parlimen.

JHO LOW Tiada kaitan dengan 1MDB kata KPN
kedahlaniie.blogspot

Berita Harian online semalam melaporkan dengan memetik kenyataan Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Mohamad Fuzi Harun sebagai berkata bahawa Polis sudah menjalankan siasatan terhadap 1MDB berdasarkan kedapatan dalam Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang dibentangkan di Parlimen pada 7 April 2016 Walau bagaimana pun siasatan polis setakat ini mendapati tiada keterangan kukuh untuk mengaitkan Low Taek Jho dengan keputusan dan urus niaga yang dibuat oleh syarikat pelaburan strategik, 1 Malaysia Development Bhd (1MDB). Laporan Berita Harian Online tersebut boleh dilihat di sini :

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/03/396956/jho-low-tiada-kaitan-dengan-1mdb-kpn

Pelik, hairan dan amat ajaib.

Untuk mengetahui hubungan Jho Low dengan 1MDB, kita kena tahu dan faham asal usul 1MDB dan bagaimana 1MDB beroperasi.

Melalui Laporan PAC bertarikh 07/04/2016 tersebut 1MDB berasal dari TIA iaitu Terengganu Investment Authority Berhad. Kita boleh rujuk muka surat 4 - 5 Laporan PAC.

4.1 Penubuhan syarikat 1MDB sebagai sebuah syarikat di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) mempunyai kaitan secara langsung dengan Terengganu Investment Authority Berhad (TIA) yang ditubuhkan Menteri Besar Terengganu Diperbadankan (MBI Terengganu) pada 27 Februari 2009.

4.2 Tujuan asal penubuhan TIA adalah untuk mewujudkan dana kekayaan negara (Sovereign Wealth Fund) dengan dana permulaan berjumlah RM11 bilion. Dana berkenaan akan diperoleh daripada pendapatan royalti minyak tertunggak sejumlah RM6 bilion dan dana daripada terbitan bon di pasaran
kewangan tempatan sera luar negara dengan cadangan kerajaan Persekutuan menyediakan sejumlah RM5 bilion bersandarkan pendapatan minyak masa depan Terengganu.

4.3 Pada 1 April 2009, Mesyuarat Jemaah Menteri telah meluluskan permohonan TIA supaya Kerajaan Persekutuan memberi jaminan kepada TIA untuk meminjam sehingga RM5 bilion daripada pasaran kewangan tempatan dan luar negara melalui Islamic Medium Term Notes (IMTN) untuk pelaburan.
Jaminan yang dikeluarkan adalah selaras dengan Akta Jaminan Pinjaman (Pertubuhan Perbadanan) 1965 yang meliputi bayaran balik prinsipal dan faedah untuk tempoh 30 tahun.

4.4 Berikutan itu pada 15 Mei 2009, satu perjanjian program ditandatangani antara TIA dan AmInvestment Bank Berhad untuk urusan terbitan IMTN berjumlah RM5 bilion. Walau bagaimanapun, perjanjian ini mendapat bantahan daripada MBI Terengganu.

4.5 Kerajaan Persekutuan kemudian memutuskan untuk mengambil alih TIA dan proses pengambilalihan berkenaan berjaya disempurnakan pada 31 Julai 2009 dan nama TIA ditukar kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada 25 September 2009.

4.6 Bermula daripada 25 September 2009 itu juga hala tuju 1MDB ditukar daripada tujuan sebagai sebuah dana kekayaan negara di bawah TIA kepada sebuah syarikat pembangunan strategik yang menjadi milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) dengan modal dibenarkan berjumlah RM1bilion dan modal berbayar berjumlah RM1,000,002.

OK. Kesimpulannya, 1MDB adalah berasal dari TIA dan ditukar nama kepada 1MDB pada 25/09/2009.

Kerajaan Persekutuan di bawah Najib Razak mengambil alih TIA dan tukar kepada 1MDB berpunca daripada masalah pengeluaran Islamic Medium Term Notes (IMTN) yang dibantah oleh MBI Terengganu.

Kita rujuk pula kepada muka surat 13 - 14 Laporan PAC.

Laporan PAC menyebut sperti berikut :

Semakan JAN mendapati semasa mesyuarat Lembaga Pengarah pada 10 Oktober 2009, Encik Shahrol memaklumkan terbitan IMTN disegerakan atas permintaan penasihat khas TIA dengan tujuan untuk membangunkan Pulau Bidong dengan kerjasama syarikat Mubadala pada tahun 2009. Pihak AmBank (yang turut hadir dalam mesyuarat) juga telah mengesahkan penasihat khas TIA telah meminta terbitan bon disegerakan. Namun demikian, melalui kenyataan akhbar pada 23 Mei 2009, pihak Mubadala menafikan penglibatannya di Malaysia selain daripada projek di Wilayah Pembangunan Iskandar di Johor.

Semakan JAN mendapati penasihat-penasihat khas TIA yang dilantik pada 8 April 2009 ialah Dato Abdul Aziz bin Mohd Akhir dan Encik Low Taek Jho.

Kita rujuk balik asal penubuhan 1MDB. 1MDB diambil alih oleh Kerajaan Persekutuan dari TIA milik MBI Terengganu pada 31/07/2009 dan ditukar nama kepada 1MDB pada 25/09/2009.

Dalam mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB pada 10/10/2009, Encik Shahrol Azhar (Ketua Pegawai Eksekutif TIA) memaklumkan bahawa pengeluaran IMTN disegerakan atas permintaan penasihat khas TIA. Semakan oleh Jabatan Audit Negara (JAN) menadapati penasihat khas TIA yang dilantik pada 08/04/2009 ialah Dato' Abdul Aziz bin Mohd Akhir dan Encik Low Taek Jho.

Segala masalah 1MDB bermula dan berpunca daripada pengeluaran IMTN. Lembaga Pengarah 1MDB (TIA) meminta pengeluaran IMTN ditangguhkan tetapi IMTN tetap dikeluarkan atas permintaan penasihat khas yang mana salah seorangnya ialah Encik Low Taek Jho.

Siapa Low Taek Jho? Low Taek Jho ialah nama sebenar Jho Low.

Takkan sejelas-jelas macam tu PDRM tak jumpa? Boleh tak PDRM bentangkan kepada rakyat Malaysia apa yang PDRM siasat sebab aku sebagai rakyat Malaysia nak tengok macamana PDRM tak jumpa hubungan Jho Low dengan 1MDB. Mungkin betul tak ada hubungan tapi betul ke tak ada hubungan?

Saya nak tau.

ZULHAZMI SHARIFF
08032018

Speaker tolak usul Najib beri penjelasan isu Kapal Jho Low, ketepikan kepentingan awam
kedahlaniie.blogspot

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini menolak usul yang dikemukakan pembangkang supaya Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak memberi penjelasan dalam sidang dewan rakyat, berkaitan keengganan kerajaan Malaysia menuntut kapal layar 'The Equanimity'yang dirampas pihak berkuasa Indonesia pada 28 Februari lalu.

Dengan rampasan kapal mewah yang bernilai RM1bilion yang dipercayai dibeli menggunakan wang diselewengkan daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebagai suatu pengabaian terang-terangan oleh Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

Gooi Hsiao Leung (Alor Setar-PKR) melahirkan rasa kecewanya apabila Pandikar Amin menolak usul tersebut walaupun ia berkepentingan awam.

"Saya kecewa speaker tendang usul ini. Alasan yang diberikan tadi adalah tidak 'munasabah' sedangkan ini isu awam yang sangat berkempentingan kepada rakyat yang sepatutnya dibahaskan di Parlimen.

"Apa gunanya Parlimen hari ini sebagai kuasa eksekutif tetapi mereka tidak mengamalkannya. Pandikar tidak mahu ambil tahu langsung tentang kes ini," ujarnya dalam sidang media diadakan di Parlimen hari ini.

Beliau mengemukakan usul di bawah peraturan mesyuarat ke 18 di dalam persidangan Dewan Rakyat hari ini. Persidangan Dewan Rakyat yang bermula semalam akan berlansung selama 20 hari hingga 5 April depan.

Kata beliau lagi, penolakan usul tersebut jelas mengabaikan tugas penjawat awam dan tanggungjawab seorang peguam negara.

"Seluruh dunia tahu mengenai kes 1MDB kerana dilaporkan meluas sekali dengan siasatan dengan membabitkan beberapa negara diperingkat antarabangsa kerana penyelewengan wang yang berlaku.

"Saya telah usulkan agar perdana menteri datang ke Parlimen untuk jawab kepada dewan yang mulia ini, apakah tindakan dan arahan yang akan diberi kepada peguam negara untuk menuntut balik harta, aset dan sitaan kerajaan dari luar negara khususnya kapal Equanimity dan aset lain yang akan turut disita agar ia dipulangkan kembali ke negara kita kerana ia kepunyaan rakyat," ujarnya.

Justeru katanya Najib tidak boleh mengelak daripada tidak mahu menjawab isu yang dibangkitkan rakyat Malaysia dan dunia amnya.

"Saya percaya kekuatan undang-undang dari Amerika Syarikat hingga ke Singapura ini melalui siasatan yang dilakukan di negara berkenaan akhirnya akan sampai kepada perdana menteri tidak lama lagi untuk beliau menjawab isu 1MDB yang telah lama berakar umbi sejak 2014 hingga sekarang.

"Persoaalannya mengapa perdana menteri masih lagi tidak mengarahkan peguam negara bekerjasama dengan kerajaan Amerika Syarikat dan Indonesia untuk menyelesaikan skandal 1MDB ini.

"Cara terbaik terangkanlah di Parlimen," ujarnya.

Pada 1 Mac Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali dipetik berkata, kerajaan tidak akan menuntut kapal layar mewah Equanimity milik Jho Low yang dirampas pihak berkuasa Indonesia.

Pihak berkuasa Indonesia telah merampas kapal layar mewah bernilai RM1 bilion yang didakwa Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) dibeli oleh Low menggunakan wang yang didakwa diseleweng daripada1MDB.

Low, yang lebih dikenali sebagai Jho Low, dinamakan DoJ sebagai dalang utama yang menyeleweng berbilion dolar wang milik syarikat pelaburan itu.

Kapal yang berlabuh di perairan dekat Pulau Bali itu, boleh memuatkan 26 penumpang dan 33 krew. Ia turut memuatkan landasan helikopter.

DoJ telah memulakan siasatan jenayah ke atas dakwaan penyalahgunaan dana daripada 1MDB dan pada September telah dibenarkan untuk menangguhkan saman sivil yang difailkannya sejak dua tahun lepas bagi merampas hartanah dan aset lain bernilai lebih AS$1bilion (RM4.3 bilion).

Dalam kes saman sivil tersebut, jabatan berkenaan mendakwa, lebih AS$4.5 bilion dana milik 1MDB dipindahkan oleh pegawai tertinggi syarikat pelaburan tersebut bersama-sama rakan subahatnya pada 2009 hingga 2015.

Pada Jun, DoJ memfailkan lagi saman untuk merampas AS$540 juta aset, termasuk Equanimity dan hak filem Dumb and Dumber To, yang dihasilkan Red Gradnite, sebuah rumah produksi yang turut dimiliki anak tiri Najib, Riza Aziz.

Sembilan soalan MP Pakatan Harapan mengenai 1MDB tidak 'lekat' di Parlimen
kedahlaniie.blogspot.

Penggal Keenam Majlis Parlimen yang ke-13 hari ini menyaksikan sekurang-kurangnya sembilan soalan daripada wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ditolak.

Ahli Parlimen Sepang,Mohamed Hanipa Maidin memberitahu, empat daripada lima Pertanyaan Jawab Lisan daripadanya yang ditolak berhubung dengan skandal mega syarikat pelaburan negara sarat hutang itu.

Soalan-soalan tersebut ditujukan kepada Menteri Kewangan dan Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Mohd Najib Razak serta kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Timbalan Perdana Menteri.

Walau bagaimanapun, keempat-empat soalan tersebut ditolak mengikut Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat Nombor 23, antaranya dengan alasan, pertanyaan yang dibangkitkan sedang dalam proses mahkamah.

Empat soalan mengenai syarikat milik Kementerian Kewangan itu adalah seperti berikut:

1. Minta Menteri Kewangan menyatakan senarai secara terperinci hutang-hutang jangka pendek dan jangka panjang yang wajib dibayar oleh sama ada 1MDB sendiri atau pihak kerajaan kerana menjadi penjamin kepada hutang-hutang tersebut.

2. Minta Menteri Dalam Negeri menyatakan apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh pihak polis untuk mengesan dan membawa balik Low Taek Jho Low ke negara ini untuk disoal siasat.

3. Minta Perdana Menteri menyatakan:

a) adakah Perdana Menteri bercadang untuk memohon menjadi pencelah (intervener) di dalam kes saman fitnah yang difailkan oleh YB Marang ke atas Sarawak Report (SR) di mahkamah di London dalam keadaan nama Perdana Menteri disebut secara spesifik dalam pernyataan pembelaan yang difailkan oleh SR dan pihak kerajaan telah menghantar wakilnya hadir ke mahkamah di hari pengurusan kes di mahkamah, dan

b) adakah kerajaan sedar tindakan pihak polis menyiasat Datuk Ambiga hanya kerana nama beliau disebut dalam pernyataan pembelaan SR adalah satu bentuk intimidasi ke atas seorang 'potential dan material witness', sekali gus boleh menganggu proses perbicaraan di London itu.

Antara salah satu soalan Hanipa Maidin yang tidak lekat di Parlimen.

4. Minta Menteri Kewangan menyatakan mengapakah dengan tiba-tiba pendirian kerajaan atau 1MDB bertukar dengan persetujuan untuk membayar kepada IPIC sedangkan sebelum penyelesaian prosiding timbangtara di Mahkamah London Timbangtara Antarabangsa itu, Timbalan Menteri Kewangan Kedua pada 1 Ogos 2016 telah dilaporkan berkata yang 1MDB akan melawan dan tidak akan membayar tuntutan IPIC (International Petroleum Investment Company) dan anak syarikatnya, Aabar Investment PJS sebanyak US$6.5 bilion di London itu.

Selain itu, pertanyaan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang meminta Perdana Menteri menyatakan adakah kerajaan berhasrat menuntut harta-harta yang telah disita oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) yang dilaporkan bernilai lebih daripada RM14 bilion turut ditolak.

"Saya diberitahu oleh YB Petaling Jaya Utara (Tony Pua), 4 soalan beliau juga ditolak," dipetik daripada Facebook Hanipa hari ini.

Hanipa yang juga Pengerusi Biro Undang-Undang (Kanun) AMANAH berkata, Speaker akan mengkaji semula alasan penolakan isu pembayaran 1MDB kepada anak syarikat IPIC itu.

"MO1 (Malaysian Official 1) dalam Invest Malaysia kata 1MDB memang ada masalah. Betullah tu. Soalan tentang 1MDB memang ada masalah nak 'lekat' di Parlimen," tulisnya lagi.

Untuk rekod, Najib dalam jawapan bertulis yang diedarkan di Parlimen pada 30 Mac 2017 memberitahu 1MDB telah membayar kesemua hutangnya pada tahun 2015 dan 2016 berjumlah kira-kira RM3.84 bilion.

Sehubungan itu, Najib, sehingga jawapan bertulis tersebut diedar, memberitahu 1MDB tidak lagi mempunyai sebarang hutang bank atau hutang jangka masa pendek.

Siasatan lanjut berhubung penyelewengan dana 1MDB sebelum ini dilapor sedang dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) selepas mendapat arahan daripada Peguam Negara pada 24 Oktober 2017.

Walaupun banyak negara lain membuat siasatan tentang salah guna dana 1MDB tetapi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah menutup siasatan tersebut seperti disahkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim pada November tahun lalu.

Pihak polis menyiasat 1MDB mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan atas kesalahan jenayah pecah amanah dan Seksyen 420 kanun sama kerana menipu.

Sebelum ini, siasatan kes 1MDB dilakukan pihak Bank Negara Malaysia, PDRM dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang terdiri daripada sembilan anggota parlimen BN dan lima dari pembangkang.

Bagaimanapun, laporan PAC yang dibentang di Parlimen pada 7 April 2017 menyatakan Najib tidak terlibat secara langsung dalam isu 1MDB sekali gus tidak pernah melakukan sebarang salah laku.

Laporan itu juga menyifatkan 1MDB mempunyai struktur modal yang lemah dan terlalu bergantung kepada penggunaan hutang.

DOJ di Jakarta untuk tuntut kapal Jho Low
kedahlaniie.blogspot

Pasukan pendakwa Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat (AS) kini di Jakarta, Indonesia bagi menuntut kapal layar mewah - The Equanimity - milik ahli perniagaan kontroversi yang dikaitkan dengan 1MDB, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low.

Timbalan Pengarah Jenayah Ekonomi dan Khas Rebublik Indonesia Daniel Silitonga berkata pasukan itu sudah berada di Jakarta sejak seminggu yang lalu.

"Ya (pasukan pendakwa sudah berada di Jakarta) sejak seminggu yang lalu.

"Dua persoalan yang sudah dilaporkan oleh AS secara rasmi mengenai siasatan kes berkenaan rasuah dan pengubahan wang haram.

"DOJ AS yang melakukan tuntutan itu kini berada di Indonesia untuk mengadakan penyelarasan undang-undang antara Indonesia dan Amerika," katanya kepada Malaysiakini.

Kapal layar Equanimity sebelum ini ditahan penguatkuasa Indonesia atas permintaan Biro Siasatan Persekutuan (FBI), Amerika Syarikat (AS).

Pemfailan mahkamah oleh DOJ mendakwa kapal bernama The Equanimity itu dibina dan diselenggarakan dengan menggunakan lebih daripada AS$250 juta yang didakwa diselewengkan daripada 1MDB.

Kapten matikan AIS

Dalam saman pelucuthakan sivil yang difailkan pada 16 Jun 2017, DOJ mendakwa wang itu dipindahkan ke sebuah akaun di Caledonian Bank di Kepulauan Cayman yang dipegang bawah nama "World View Ltd" dalam empat peringkat.

"Atas maklumat dan kepercayaan, dana yang dipindahkan ke dalam Akaun World View telah digunakan untuk memperoleh The Equanimity dan telah dihantar dengan cara yang bertujuan untuk menyembunyikan asal-usul, sumber, dan pemilikan hasil Jenayah [...]," dakwa DOJ.

Menurut pemfailan itu, The Equanimity berukuran 300 kaki (91.4 meter) yang dibina oleh Oceanco di Rotterdam, Belanda, pada tahun 2014, dan didaftarkan di Kepulauan Cayman.

Ia boleh membawa 26 tetamu dan sehingga 33 anak kapal. Kemudahannya termasuk pad pendaratan helikopter, gimnasium, panggung wayang, sauna, bilik wap dan 'experimental shower' dan kolam mandi.

Kapal layar itu juga menjadi buruan pihak berkuasa AS sejak 2015 dan disyaki bersembunyi di Indonesia.

Bagaimanapun pada 21 Febuari lalu, kapal layar mewah itu berjaya ditahan di Benoa Bali.

Menurut polis Indonesia, kapten kapal, Rolf Sieboldt-Berry, seorang warga Afrika disyaki sengaja mematikan automated identification system (AIS) bagi mengelak pengawasan pihak berkuasa.

Serah kepada FBI

Khamis lalu Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali berkata kerajaan tidak akan membuat tuntutan terhadap Indonesia kerana kapal itu bukan dimiliki kerajaan.

"Kenapa kerajaan nak tuntut sesuatu yang bukan miliknya?" kata Apandi.

Sementara itu Silitonga turut ditanya adakah pihaknya menghentikan siasatan setelah menyerahkan kapal mewah itu kepada FBI, beliau berkata Indonesia hanya membantu siasatan dan akan menyerahkan bahan bukti kepada FBI.

"Indonesia tidak melakukan penyiasatan. Jadi kita akan serahkan semua bukti (kepada FBI) dan perkara-perkara yang kita dapat sepanjang kami lakukan siasatan di Indonesia," katanya.

Jho Low melalui jurucakap dilapor berkata rampasan itu tidak berasas dan bermotifkan politik.

Menteri Multimedia dan Komunikasi Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata tiada bukti yang menunjukkan Jho Low adalah pemilik Equanimity.

https://www.malaysiakini.com/news/414429

Buat apa Kerajaan Malaysia jadi 'peguam bela' Jho Low?
kedahlaniie.blogspot.

..
KUALA LUMPUR – Kerajaan Malaysia tidak sewajarnya berperanan selaku 'peguam bela' kepada jutawan kontroversi, Jho Low sekiranya serius dalam menangani isu 1MDB bagi memastikan wang negara yang lesap dipulangkan semula.

Ketua Pemuda Pakatan Harapan, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, peruntukan undang-undang jelas bahawa dana syarikat pelaburan strategik kerajaan, 1Malaysia Development Bhd (1MDB) telah diseleweng.

"Sekiranya kerajaan menunjukkan keseriusan dalam isu 1MDB, sewajarnya mereka bukan bertindak sebagai 'peguam bela' kepada Jho Low tetapi memastikan wang negara yang lesap diambil kembali.

"Kes 1MDB telah jadi kes di Amerika Syarikat, Switzerland, Singapura dan Australia tetapi Malaysia malangnya lepas tangan.

Pandangan sama turut dinyatakan Ketua Pemuda Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang hairan apabila individu yang banyak berjasa kepada negara seperti Robert Kuok dicerca oleh Menteri Umno namun Jho Low dibela oleh pimpinan Umno-BN.

"Jho Low adalah musuh negara, pengkhianat negara dan sepatutnya kerajaan bertindak dengan amanah dan berintegriti mengambil tindakan jenayah ke atasnya.

"Kalau tak memang jelaslah kerajaan bersekongkol dengan perompak terbesar negara," tegasnya.

Sementara itu, Naib Ketua Pemuda Amanah, Shazni Munir Mohd Ithnin berkata, Ketua Polis Negara sepatutnya ketika ini sudah menghubungi kerajaan Indonesia bagi mendapatkan maklumat dan lokasi semasa Jho Low.

"Arahan ekstradisi perlu dikeluarkan untuk mengheret dalang skandal 1MDB itu ke muka pengadilan.

"Ketua Polis Negara tidak perlu menunggu 'green light' daripada Malaysian Official 1 (MO1) kerana pastinya MO1 tidak akan sesekali akan memberi keizinan tindakan diambil," katanya.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Mar 12, 2018 2:43 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Menang Jadi Abu, Kalah Jadi Asap

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net
"
Hari ni pergi farmasi nak beli ubat. Tak ramai pelanggan. Cuma ada seorang lelaki berbangsa Cina sedang duduk. Aku menyapa, 'beli ubat uncle'? Periksa tekanan darah jawabnya.

Sebelum keluar aku ambil sisipan akhbar Harakah yg diberi percuma kepada pelanggan. Wa, minat politik?

Tiba tiba uncle tu menyapa. Suka suka je kataku. Sekarang politik manyak pening. Orang Melayu sekalang sudah pecah lima. Ini macam kita orang Cina pun susah hati. Aku tersenyum mendengar kata kata uncle tu yang masih tidak boleh bertutur bahasa Melayu dengan betul.

Dah 60 tahun merdeka, masih ada rakyat Malaysia yang tidak boleh bertutur bahasa kebangsaan dengan betul. Aku menepuk lengan uncle tu dan bertanya, 'uncle sokong siapa?'

PAS katanya. Aku malas nak tanya apa sebabnya dan berlalu keluar. Di dalam kereta, terdetik di dalam hati, kalau orang Cina boleh sokong PAS, tak kan orang Melayu tak boleh.

Kalau orang Cina boleh nampak kebaikan dalam PAS tak kan orang Melayu tak nampak. Kepada pemimpin pemimpin orang Melayu, hendak dibawa kemana bangsa ini? Mengapa dicarik carik bangsa ini?

Bangsa lain tahu mereka tidak akan dapat menerajui negara ini tanpa menggunakan parpet parpet yang terdapat di dalam kalangan orang Melayu. Orang Melayu perlu keluar dari agenda perut untuk tidak menjadi abu jika Menang, menjadi asap bila kalah.

Jangan sampai satu hari nanti ada ilmuan Melayu yang menulis buku tentang Melayu dan Islam berjodol 'PERMATA YANG HILANG'. "
.................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: kunalgegawan
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

DHPP tanding lima parlimen, 18 Dun

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net

SHAH ALAM - Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) diberi ruang lebih besar oleh Pas apabila bakal bertanding di lima parlimen dan 18 Dun pada PRU14.

Ketua Penerangannya, Dr Bala Chandran Gopal Krishnan berkata, senarai akhir nama calon telah dikemukakan pihaknya, namun penempatan calon DHPP belum diputuskan buat masa ini.
Menurutnya, bagi menyahut cabaran lebih besar daripada parti, pihaknya bersedia mengetengahkan calon berwibawa yang mampu memberi kemenangan kepada Pas, sekali gus membantu mengukuhkan kedudukan parti dalam politik negara.

"Ahli DHPP ada keyakinan untuk jadi calon, sebab kita sudah lama dalam Pas dan kita tahu selok belok (politik). Ini adalah permulaan penting," katanya ketika menjadi panel jemputan di FB LIVE Sinar Harian bertajuk 'Gagalkah DHPP tarik pengundi bukan Melayu selepas putus kerjasama Pas-DAP' di sini, semalam.

Mengulas lanjut katanya, isu penempatan calon DHPP bergantung kepada kebijaksanaan pemimpin dalam mengatur strategi politik untuk memastikan kemenangan diperoleh semua calon.

Menurutnya, apa yang jelas, Pas tidak mengehadkan tumpuan DHPP di kerusi majoriti bukan Islam atau Melayu, sebaliknya calon parti itu juga akan ditempatkan di kawasan majoriti Melayu.

"Keadaan itu menzahirkan Pas berbeza dengan parti lain apabila isu perkauman cuba dielakkan, sebaliknya cuba mewujudkan kepelbagaian minda bahawa seseorang pemimpin, tidak kira bangsa harus menjaga kepentingan semua.

"Itu penting, sebab kita terbelenggu dengan isu perkauman sejak 50 tahun lalu, di mana India kena jaga orang India, begitu juga orang Melayu. Konsep itu perlu dibiarkan berlalu sebab perkauman adalah doktrin palsu," katanya.

Ditanya sama ada beliau akan bertanding pada PRU14, Bala Chandran menyerahkan kepada kepimpinan Pas.

"Bagi kita, DHPP masih dalam konteks belajar. Jika itu kehendak kepimpinan Pas dan mereka berpendapat saya layak dan saya patut buat keputusan untuk terima atau tidak, berdasarkan kewibawaan serta kelayakan saya.

"Kalau saya rasa saya boleh, saya teruskan. Kalau saya dicalonkan, saya tengok di mana ataupun bolehkah saya betul-betul menjadi calon wibawa," katanya.

Tegasnya, pihaknya bagaimanapun memberi tumpuan utama sebagai salah satu sayap Pas dan bukannya mengejar kerusi.

"Saya percaya, kerusi yang akan ditentukan bergantung kepada kebijaksanaan strategi politik oleh kepimpinan, bagi memastikan calon DHPP mampu membawa kemenangan untuk memastikan kekuatan padu pada PRU14.

"Bagaimanapun, saya tidak menolak sebarang perubahan kerusi khususnya, termasuk jumlah kerusi yang dipertandingkan DHPP boleh berubah pada saat-saat akhir.

"Mungkin ada perubahan (jumlah kerusi pada saat-saat akhir) tetapi setakat ini DHPP tanding di lima parlimen dan 18 Dun," katanya.

PAS SUDAH HILANG ARAH TUJU...
bloglist-malaysia.blogspot
naimnikmat.blogspot
Dicatat oleh Na'im Nikmat

Orang lain sibuk nak jaga golongan kaya, tiba2 PAS nak cukai golongan kaya ni... Kerja gila ni...

PH 100 HARI MEMERINTAH : HAPUS GST, KWSP UTK SURI RUMAH, TANGGUH BAYARAN PTPTN
kedahlaniie.blogspot

100 hari pertama tadbir negara, PH tawar caruman KWSP untuk suri rumah

SHAH ALAM: Pakatan Harapan (PH) menawarkan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada suri rumah dalam manifesto yang dilancarkan pada Khamis.

Caruman KWSP untuk suri rumah ini merupakan salah satu dari 10 tawaran PH yang akan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari pertama mentadbir negara.

Manifesto yang diberi nama "Buku Harapan" menawarkan 60 janji sekiranya PH berjaya memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Selain KWSP untuk suri rumah, PH juga berjanji akan menghapuskan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dalam tempoh 100 hari pertama berkenaan.

PH turut berjanji untuk mengenal pasti hutang-hutang peneroka Felda yang boleh dimansuhkan.

Selain itu, PH juga berjanji untuk menangguhkan pembayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada semua peminjam yang menerima gaji kurang dari RM4,000 sebulan.

Menerusi Buku Harapan setebal 201 muka surat itu, PH juga berjanji jawatan Perdana Menteri dan Menteri Besar serta Ketua Menteri, dihadkan kepada dua penggal sahaja.

PH turut memberi gambaran akan mengembalikan semula subsidi petrol secara beransur.

Manifesto PH ini turut memasukkan dasar yang pro-Bumiputera yang sebelum ini tidak terkandung dalam Buku Jingga yang dijadikan sandaran pakatan pembangkang dalam PRU sebelum ini.

Majlis pelancaran itu diadakan di Ideal Convention Centre, Shah Alam, Selangor malam tadi.

Beku peruntukan: PAS akan hantar surat kepada Sultan Selangor

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net


PETALING JAYA: PAS Selangor akan menghantar surat kepada Sultan Selangor minggu depan berhubung isu pembekuan peruntukan untuk wakil rakyat dan penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) parti Islam itu.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi, berkata surat itu bertujuan memaklumkan sultan mengenai isu sebenar dihadapi adun dan penyelaras PAS di negeri itu.

"Kita hantar surat bukan nak cabar sesiapa pun. Kita nak beritahu Sultan Selangor cerita yang betul. Itu sahaja. Bukan nak minta tuanku campur tangan ke apa.

"Tuanku sebagai payung kepada rakyat dan kita nak maklumkan sebab rakyat sentiasa bertanya. Rakyat dalam keadaan runsing (kerana) tiba-tiba tak dapat bantuan mereka," katanya kepada FMT.

Kelmarin, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali mengalu-alukan PAS menulis surat kepada Sultan Selangor berhubung isu tersebut.

"Silakan (tulis surat kepada istana)," kata timbalan presiden PKR itu.

Pada 6 Februari lalu, PAS Selangor memberi amaran akan mengambil tindakan terhadap pengerusi Pakatan Harapan negeri itu, jika beliau gagal memenuhi tuntutan mereka untuk mengagihkan peruntukan negeri kepada adun dan penyelaras DUN PAS sebelum sambutan Tahun Baru Cina, 16 Februari lalu.

Sallehen dilaporkan berkata, PAS akan menulis surat kepada Istana Selangor dan menggesa Jabatan Audit Negeri serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyiasat isu itu kerana Azmin enggan memberi kebenaran bertulis untuk adun PAS diberikan akses kepada dana itu.

Difahamkan, pembekuan peruntukan RM800,000 kepada setiap adun Selangor itu hanya membabitkan wakil rakyat PAS dan didakwa bertujuan mencantas khidmat mereka kepada penduduk setempat menjelang pilihan raya umum ke-14.

Mengulas lanjut, Sallehen berkata, beliau akan mewakili adun dan penyelaras PAS menyerahkan surat itu kepada Istana Selangor kerana Azmin enggan memberi peruntukan itu selepas pelbagai usaha dilakukan wakil rakyat parti Islam itu.

"Proses berjumpa dengan Azmin sudah ada Adun yang sudah buat. Ada yang sudah tulis surat pada dia. Dia tetap tidak bagi, jadi memang niat dia tak nak bagi," kata adun Sabak itu.

Silakan tulis surat kepada sultan, Azmin beritahu PAS

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net

SHAH ALAM: Datuk Seri Azmin Ali mengalu-alukan PAS menulis surat kepada Sultan Selangor berhubung isu pembekuan peruntukan untuk wakil rakyat dan penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) parti Islam itu.

"Silakan (tulis surat kepada istana)," kata menteri besar Selangor itu selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Persempadanan antara kerajaan Selangor dan Pahang, hari ini.
Beliau berkata demikian susulan amaran PAS Selangor yang mahu mengambil tindakan terhadap pengerusi Pakatan Harapan negeri itu, jika beliau gagal memenuhi tuntutan mereka untuk mengagihkan peruntukan negeri kepada adun dan penyelaras DUN PAS sebelum sambutan Tahun Baru Cina pada 16 Februari lalu.

Kelmarin, Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi dilaporkan berkata, parti itu akan menulis surat kepada Istana Selangor dalam masa beberapa hari lagi dan menggesa Jabatan Audit Negeri serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyiasat isu itu.

Beliau berkata, tindakan itu akan dilakukan dalam beberapa hari lagi kerana Azmin enggan memberi kebenaran bertulis untuk adun PAS diberikan akses kepada dana itu.

Difahamkan, pembekuan peruntukan RM800,000 kepada setiap adun Selangor itu hanya membabitkan wakil rakyat PAS dan didakwa untuk mencantas khidmat mereka kepada penduduk setempat menjelang pilihan raya umum ke-14.

Pada 9 Februari lalu, Azmin dilaporkan berkata, isu pembekuan peruntukan negeri kepada wakil rakyat dan penyelaras DUN PAS boleh diselesaikan tanpa perlu berjumpa Sultan Selangor.

"Kalau Umno kita bagi, takkan Pakatan Rakyat dan Pakatan Harapan tak bagi. Cuma kena patuh prosedur."

ADUN PAS Paya Jaras 'Kirim Salam' Kepada MB Selangor

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net

AIDCNews -08/03/18 –Usaha penguatkuasa Kerajaan Negeri Selangor mahu merobohkan di Kampung Sri Indah, Sungai Buloh menimbulkan kemarahan ADUN PAS Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman.

"Saya wakil rakyat..tiba-tiba dapat notis melalui whatapps nak roboh rumah kawasan saya.

"Macam mana perasaan, kalau tuan jadi wakil rakyat.."kata Khairuddin kepada beberapa orang penguatkuasa kerajaan negeri itu.

"Bagi tahu kepada MB (Selangor)..ini kata-kata saya,"katanya lagi.

Dalam catatan di Facebook, Khairuddin menulis beliau tidak memusuhi penguatkuasa kerajaan negeri, namun Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamad Azmin perlu memahami kesusahan rakyat bawahan di negeri itu.

"Saya tidak berhasrat memusuhi agensi penguatkuasa kerajaan negeri yang ada;

"Tetapi saya tidak berganjak; "suara rakyat bawah, suara rakyat susah, mesti dihantar ke atas. Dengan apa cara sekali pun","tegasnya.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Mar 12, 2018 8:32 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Azmin maklomkan bahawa kawasan loji milik SPLASH bawah Kerajaan Pusat yang bermasalah
kedahlaniie.blogspot

Kerajaan Selangor tidak seharusnya dipersalahkan dalam masalah gangguan bekalan air yang berlaku di negeri itu, kata Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

"Kalau berani, salahkan perdana menteri," kata menteri besar Selangor itu kepada pemberita selepas majlis menandatangani perjanjian sempadan antara Selangor dan Pahang di Shah Alam, hari ini.

"Saya tidak ingin menuding jari kepada sesiapa tetapi bagi pihak kerajaan negeri, kita telah mengambil semua langkah proaktif bagi memastikan (masalah) tidak berlaku," katanya.

Beliau menjawab soalan sama ada kerajaan negeri patut dipersalahkan berhubung gangguan bekalan air di Kuala Lumpur dan enam kawasan di Selangor yang berlaku sejak Selasa lalu.

Beliau yang juga timbalan presiden PKR berkata, masalah yang berlaku di luar kuasa kerajaan negeri belum mengambil alih Syarikat Pengeluaran Air Sungai Selangor Sdn Bhd (Splash) daripada kerajaan pusat.

Gangguan bekalan air kali ini berpunca daripada kerja membaik pulih Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3) yang berada di bawah pengurusan Splash yang dilaksanakan awal minggu ini.

Namun Sistem Mampatan Udara (Surge Vessel System) di SSP3 pecah secara tiba-tiba pada Selasa lalu menyebabkan pengguna hanya akan mendapat bekalan air pada Ahad ini.

Rupanya Begini Tahap Pemikiran Seorang Perdana Menteri
bloglist-malaysia.blogspot
addindeen.com
Posted by Din

Rupanya Begini Tahap Pemikiran Seorang Perdana Menteri. Perdana Menteri Najib Razak hari ini enggan menjawab pertanyaan di Parlimen mengenai kesan hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terhadap ekonomi negara.

Sebaliknya, menteri kewangan itu mengalihkan perhatian kepada krisis air yang baru-baru ini melanda sebahagian besar Lembah Klang.

Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak) meminta Najib menjelaskan sama ada hutang 1MDB menyebabkan peningkatan bayaran faedah Malaysia berjumlah 12.5% ​​berbanding pendapatan negara pada 2016.

Rupanya Begini Tahap Pemikiran Seorang Perdana Menteri. "Masalah kemelut air di Selangor lebih kritikal," jawab Najib yang mula kecoh dengan tindakan beberapa anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) cuba mempertahankan beliau.

Ini mendorong Azmin, yang juga menteri besar Selangor, membantah jawapannya dan mempersoalkan mengapa Speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia membenarkan Najib (BN-Pekan) mengelak daripada menjawab soalan itu.

Rupanya Begini Tahap Pemikiran Seorang Perdana Menteri
"Kalau ahli BN yakin dengan perdana menteri, berilah peluang perdana menteri jawab," kata Azmin.

Abdul Azeez Rahim (BN-Baling) kemudian berkata, "Kami tidak yakin dengan Selangor. Mandi hari ini pun tak ada air." – the malaysian insight

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Mar 12, 2018 8:32 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



INI YANG BERLAKU BILA MAK DAN BAPAK HANTAR ANAK BERMASALAH MASUK SEKOLAH TAHFIZ. YANG JADI MANGSA ANAK ORANG LAIN...
bloglist-malaysia.blogspot
naimnikmat.blogspot
Dicatat oleh Na'im Nikmat

Tendang Dan Pukul Bayi Kembar Umur 24 Bulan, Pengasuh Dari 'Neraka' Ini Bebas Dari Sebarang Tuduhan
siakapkeli.my

MEXICO: Sepasang suami isteri berang selepas pengasuh yang mendera dengan menendang anak mereka berumur 24 bulan terlepas daripada tindakan undang-undang, lapor TheSun.

Pengasuh yang videonya menjadi tular dan menimbulkan kemarahan orang ramai itu bebas selepas pihak polis mendakwa mereka tidak mempunyi cukup bukti untuk mendakwa pengasuh bekenaan atas tuduhan mendera kanak-kanak walaupun rakaman CCTV jelas menayangkan aksinya mengasari kedua-dua mangsa.

Pasangan suami isteri itu sebelum ini telah menyebarkan beberapa rakaman video yang memaparkan Elisa yang sudah bekerja selama 10 tahun dengan keluarga mereka itu sengaja memukul anak mereka, klip terbaru menunjukkan ia telah menendang salah seorang mangsa sehingga tersungkur di lantai.

Pihak berkuasa yang melihat video berkenaan menasihati pasangan suami isteri itu supaya tidak melakukan aduan rasmi kerana menganggap perbuatan itu sebagai kesalahan kecil.

Pihak Pejabat Peguam Negara dalam pada itu meminta agar pasangan itu mengumpul lebih nayak bukti untuk membolehkan pertuduhan terhadap Elisa dilakukan..

Sebelum ini, Elisa dilaporkan bertindak mengugut untuk mencederakan majikan selepas video berkenaan tular di laman sosial, video berkenaan telah mendapat simpati daripada netizen negara berkenaan dan menuntut agar hukuman setimpal dikenakan kepada pembantu rumah yang disifatkan sebagai 'pengasuh dari neraka' itu. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from -:rIeNaCoM:-
1 of 1 File(s)

Mon Mar 12, 2018 8:33 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



"Tak Sangka Dalam Sehari, Dia Dah Bagi 6 Tanda Yang Dia Akan 'Pergi' Untuk Selamanya," Bergenang Air Mata Baca Luahan Hati Suami Ini
siakapkeli.my

Setiap yang hidup pasti akan 'pergi' meninggalkan kita, tidak kiralah orang itu orang paling kita sayang di dunia atau sesiapa sahaja, yang pasti kehilangan orang yang tersayang pasti akan meninggalkan kesan kepada kita.

Siapa yang tidak sedihkan, insan yang setiap hari bersama kita pergi untuk selamanya meninggalkan kita, itu juga berlaku kepada seorang suami bernama Faid Noorazmi di mana dia baru kehilangan isteri tercinta.

Apa yang dikongsikan bukanlah satu ratapan, sebaliknya beliau tidak menyangkan sebelum isterinya pergi, arwah meninggalkan begitu banyak tanda-tanda dalam sehari sahaja sebelum pergi bertemu Maha Pencipta.

"Tanda-tanda kematian seorang srikandi hati"

Hari ni genap sebulan di mana hari ayang menunjukkan beberapa tanda ayang akan pergi buat selamanya.. sungguh sewaktu ayang masih ada abang tak perasan itu adalah tanda-tanda pemergianmu.. sehari lepas ayang pergi baru abang perasan..

Coretan saya pada kali ini mungkin agak panjang.. moga kalian tidak bosan membacanya.. moga ia membawa manfaat dan pengajaran buat kita semua..

Tanda 1

Sebelum abang pergi exam ayang tiba2 tanya abang nak makan apa.. ayang sungguh2 tanya abang nak makan apa ayang memang nak masak special untuk abang.. tapi abang tak memilih..abang tak kisah.. janji abang dapat makan masakan ayang.. ayang masak ayam masak merah & tauhu jepun sos tiram..tak sangka itu adalah masakan yang terakhir ayang untuk abang..

Tanda 2

Ayang nak pergi pasar.. mula2 ayang ajak mak pergi pasar sebab mungkin ayang tengok abang sibuk study.. tapi last minit ayang cancel nak pergi dengan mak.. ayang mintak abang teman.. ayang cakap dgn abang kita dah lama tak dating sama2.. tapi sebenarnya kita selalu je keluar berdua sama2..tapi taktau macam mana ayat tu boleh keluar dari mulut ayang.. ternyata..itu adalah kali terakhir kita keluar bersama..

Tanda 3

Petang selepas ayang pergi program dengan anak-anak halaqah ayang.. ayang post satu gamba di IG. Ayang buat caption.. "selain Khalil, anak-anak halaqah ini juga saham dunia akhirat buat ayang.. ayang pesan moga semua boleh tamam khatam hafaz al-quran dan jaga al-quran sampai mati..ayang cakap tu juga pesanan buat diri ayang juga". Tak sangka itu adalah post terakhir ayang dan pesanan terakhir buat anak-anak halaqah ayang..

Tanda 4

Lepas balik makan malam dari restoran pak itam (restoran ika ikin) dekat rembau.. ayang balik awal dengan mak, abang balik lewat dengan abah.. sampai je abang dekat rumah ayang dah tunggu abang di ruang tamu.. ayang mintak abang dodoikan adik sebab adik meragam.. macam biasa abang akan baca Al-Mulk sambil tepuk adik.. disebabkan adik tak tidur jugak abang tambah bacaan surah Ad-Dhuha sampai An-Nas.. masa abang baca surah2 tu adik mula tidur dan bila abang toleh pandang ayang.. ayang pandang abang lama sambil senyum.. Allah senyum yang sangat manis.. ayang senyum dekat abang pon lama.. abang tau ayang suka bila tengok adik tidur masa abang baca kalam suci dekat dia.. tapi.. sayang sekali..itu adalah senyuman manis yang terakhir ayang buat abang..

Tanda 5

Lepas habis baca surah an-nas abang terus pass adik pada ayang..ayang masuk bilik dulu nak tidur dengan adik, abang masih duduk di ruang tamu.. tak lama lepas tu ayang bagi tau abang adik terjaga & meragam balik.. abang terus masuk bilik siap2 nak tidur & temankan ayang.. waktu tu agak ngantuk sangat.. ayang terus menyusukan adik sebab dah meragam.. sebelum abang lelapkan mata.. ayang panggil abang.. "abang..jom borak..kita dah lama tak borak".. statement ni memang pelik dalam fikiran abang..sebab memang kita selalu jugak borak sebelum tidur..tapi taktau kenapa malam tu ayang boleh buat statement macam tu.. abang tak menolak..abang cakap kalau nak borak..alihkan tempat tidur adik dekat hujung.. ayang tidur tengah..senang kita nak borak.. ayang balas cakap takpelah.. then ayang terus sambung menyusukan adik.. macam biasa..ayang akan mohon maaf pada abang atas segala kesalahan ayang sebelum kita tidur.. abang pon sentiasa memaafkan ayang.. itu adalah kata maaf terakhir ayang pada abang..

Tanda 6

Macam biasa bangun subuh..abang nak ke masjid..tengok ayang masih menyusukan adik,,abang tanya pukul berapa adik tidur malam tadi dan pukul berapa dia bangun.. ayang jawab.. adik tak tidur langsung dari mula abang lelap sampai abang bangun subuh.. adik meragam.. ayang tak tidur jaga adik..nyusukan adik.. maafkan abang tak sedar.. Khalil meragam sampai subuh..lepas balik masjid baru ayang & Khalil tidur.. Allah.. rupanya Khalil meragam malam tu mungkin sebab dia tau ayang nak pergi tinggalkan dia buat selamanya.. hebat kuasa Allah.. selepas pemergian ayang..Khalil tak meragam macam dia meragam masa ayang ada.. dia seolah memahami ayang dah tak ada.. abah, wan, atuk & family selesa jaga adik..tak penat jaga adik sebab tak meragam..hebat kuasa & perancangan Allah..

Ini lah 6 tanda yang arwah isteri saya tunjukkan dua hari sebelum pemergiannya.. tanda-tanda ni berlaku dalam satu hari sahaja.. 10/2/2018 bersamaan hari sabtu..

Allah gerakkan hati ayang untuk berkhidmat buat kali terakhir pada suami & anak..

Terima kasih ayang..Terima kasih ya Allah di atas pinjaman seorang srikandi bernama Siti Aishah Binti Ismail yang Kau berikan padaku.. Sungguh aku menjadi saksi akan kebaikan & kemuliaan isteriku berbakti pada suami, anak, mak ayah & rakan-rakannya di atas dunia ni.. perginya isteriku adalah kehilangan besar dalam hidupku.. Aku redha atas ketentuanMu dan aku turut redha atas isteriku..

Moga Engkau pelihara dan lindungi isteriku hingga Kau masukkannya ke dalam syurgaMu..aamin..
Buat para sahabat-sahabatku..pesanku.. hargai dan redhailah pasangan kalian dalam setiap nafas kalian.. jangan sesekali kita abaikan dan sakiti hati mereka.. jagalah pasangan kalian sebaiknya kerana pasangan kita adalah saham kita menuju ke syurga.. jika pasangan kita redha pada kita..insyaAllah syurga buat kalian..buat yang masih ada pasangan..mari sama-sama kita cari dan dapatkan redha pasangan masing-masing.. insyaAllah redha pasangan kita, Allah juga akan redhai kita semua..aamin..

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Mar 12, 2018 8:33 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Noh Omar Cuba Mengotak-udangkan Orang Kampung
bloglist-malaysia.blogspot.
libanglibu.blogspot
Posted by Libang Libu

Inilah yg dikatakan 'concerted effort'.

Concerted effort dari team HAMNO/BN untuk menumpaskan kerajaan negeri yg sedia ada di Selangor.

Setelah Selangor di'gerrymandering'kan, apa saja isu akan dipanaskan HAMNO/BN.

Dalam keadaan Azmin tengah pening, PH belum lagi sepakat di Selangor, Parti Audivellfireporscherangerover Se-Malaya (PAS) pun cuba mangacau2 tahi, inilah masa HAMNO/BN cucuk jarum dlm bentuk membesar2kan segala bijik butir isu dgn bantuan media massa.

Selangor adalah sebuah lubuk duit. Segala macam kilang & segala macam rumah urut ada di Selangor. Segala macam cukai boleh dipungut. Segala macam peluang buat duit ada di Selangor.

Jgn kan HAMNO/BN, Parti Audivellfireporscherangerover Se-Malaya (PAS) pun turut menitik air liur sampai hari in teringin nak jadi MB.

Kahkahkah!
Kahkahkah!

Bermacam2 cara dibuat nak menunjuk betapa baiknya mereka itu. Berjiwa rakyat 5 tahun sekali.

Ini org minyak jual minyak.

Kahkahkah!

Di Sabah, punyalah bodoh sampaikan ada majlis untuk upacara pemberian atap zink.

Kahkahkah!

Nak tunjuk, tak ada atap zink, HAMNO/BN boleh bagi zink.

Di Selangor bersempena paip air kering, Noh Omar pun cuba masuk jarum.

Kahkahkah!

Air tu cukup untuk wuduk sehari utk satu famili. Minum & basuh berak, pergi cari sungai.

Kahkahkah!

Kalau api tarak, macammana Noh?

Nanti kita suruh Noh buat majlis serah api.

Noh akan pegang wayar api yg hidup dihujung sini dan penerima pegang satu hujung disana. Kita tengok sapa rentung dulu.

Kahkahkah!
Kahkahkah!

Hutang Dengan Kerajaan RM248 Juta, Isteri 'Calon' PRU14
bloglist-malaysia.blogspot
ekeleh.com
National Feedlot Corporation (NFC) masih mempunyai hutang dengan kerajaan sebanyak lebih daripada RM248 juta, daripada pinjaman RM250 juta yang dierima.

Ia merupakan jawapan bertulis Kementerian Kewangan kepada Sim Tze Tze (PKR-Bayan Baru) di Parlimen semalam yang NFC belum menjelaskan bayaran sebanyak RM248,193,173.81 setakat 31 Januari lalu.

"NFC membayar sebanyak RM24.98 juta pada 2012 dan 2013. Jumlah yang disita dari NFC dan syarikat berkaitan di bawah Jabatan Akauntan Negara Malaysia ialah RM46,934,703.17," dipetik TMI.

Sim juga telah meminta penjelasan sama ada kerajaan sudah menyita aset NFC seperti kondominnium dan kereta mewah.

Di sebalik kegagalan NFC, tiada siapapun didapati bersalah di atas penyelewengan yang berlaku sebaliknya Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli dan bekas kerani Public Bank, Johari Mohamas dihukum penjara 30 bulan kerana membuat pendedahan tersebut.

Lembu tidak kelihatan, yang ada hanya kereta mewah, kondo mewah dan kini isteri kepada pemilik NFC teringin menjadi calon PRU14.

Tanpa Disangka Shahrir Samad Buat Kejutan
bloglist-malaysia.blogspot
addindeen.com
Posted by Din

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) hari ini menunjukkan bukti 16 lot tanah di Jalan Semarak yang dikembalikan pemaju projek, Synergy Promenade Sdn Bhd (SPSB), selepas pindah milik diragui pada 2015 dan 2016.

Pengerusinya, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berbuat demikian bagi menepis dakwaan pengkritik berhubung satu perjanjian persefahaman yang ditandatangani Felda dengan syarikat itu pada 15 Januari lalu.

"Dalam perjanjian tersebut ada 3 perkara yang dipersetujui, di mana SPSB dengan sukarela menukar hak milik persuratan lot tanah didaftar atas nama mereka kembali kepada Felda," katanya pada sidang media di Menara Felda.

Sharir berkata, 3 perjanjian itu adalah SPSB mengembalikan 16 lot tanah itu secara sukarela tanpa sebarang kos, rundingan semula Felda dan SPSB untuk menambah baik terma serta syarat perjanjian pembangunan akan dilakukan dan siaatan polis terhadap pemindahan milik tanah diragui itu akan diteruskan.

Katanya, Unit Kerjasama Awam Swasta (Ukas) dan ahli lembaga Felda akan berunding untuk menilai harga dan pembangunan tanah itu.

Pada 21 Disember lalu, Felda dilaporkan berisiko kehilangan hak ke atas tanah strategik di Jalan Semarak yang dipercayai bertukar hak milik menerusi transaksi mencurigakan sejak 2015.

Pindah milik tanah itu dipercayai berlaku apabila anak syarikat Felda, Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) melantik sebuah syarikat tempatan sebagai pemaju utama pada 3 Jun 2014 dan diberikan surat kuasa wakil penuh bagi membangunkan tanah itu.

Shahrir pernah mengakui berlaku transaksi 4 bidang tanah itu yang dianggarkan bernilai RM270 juta, tetapi Felda tidak mendapat sesen pun kerana tiada rekod wang dimasukkan atau dibayar dalam transaksi itu.

Akhbar itu melaporkan nilai semasa tanah Felda di Jalan Semarak itu dianggarkan mencecah RM1 bilion, jauh lebih tinggi daripada harga jualan RM270 juta dalam 4 perjanjian jual beli tanah antara Felda dan SPSB.

Pada 13 Disember lalu, polis mengumumkan penubuhan sebuah pasukan khas bagi menyiasat kes itu dan bekas pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad disoal siasat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial di Bukit Aman, pada 4 dan 5 Januari lalu.

Shahrir dilaporkan berkata, siasatan polis dan audit forensik yang dijalankan sebuah firma audit luar dilantik Jabatan Perdana Menteri, ke atas projek Kuala Lumpur Vertical City (KLVC) di Jalan Semarak juga akan diteruskan.

Katanya, laporan polis yang dibuat pada 12 Disember dan 28 Disember lalu di bawah Seksyen 420 serta Seksyen 471 Kanun Keseksaan juga tidak akan ditarik balik. - free malaysia today

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Mar 12, 2018 8:34 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



''Bila Dah Kena, Baru Tahu Sakitnya Sampai Tak Boleh Jalan Dan Duduk'' Menderita ''Slip Disc'', Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Beliau
siakapkeli.my

Tiba-tiba rasa sakit dan tidak boleh berjalan? Ramai sebenarnya yang mengalami masalah ini. Bila jumpa doktor, baru tahu anda disahkan mengalami ''slipped disc''. Slipped disc merupakan satu situasi di mana cakera yang terletak di antara tulang belakang telah terkeluar dari posisi asalnya. Keadaan ini menyebabkan rasa sakit dan tidak selesa pada bahagian tulang belakang.

Selalunya pesakit akan mengadu sakit belakang dan jika ia teruk pesakit akan mengadu kebas pada bahagian kaki. Malah kaki juga boleh menjadi lemah ataupun lumpuh jika keadaan slipped disc tersebut semakin teruk. Tidak boleh dipandang remeh, slipped disc membawa derita kepada mereka yang mengalaminya..

Melalui laman facebook, Faidhi Badri tampil berkongsi pengalaman beliau apabila disahkan terkena slipped disc. Sakit yang teramat, tidak dapat bergerak apatah lagi duduk dan berjalan dengan baik merupakan derita yang terpaksa ditanggung oleh lelaki ini.

Jom kita ikuti perkongsian beliau di bawah. Semoga bermanfaat.

Slip Disc - Prevent is better than cure..

Tak semestinya terjadi bila angkat barang berat je..banyak lagi faktor lain...Sure ramai yang tak tahu pasal ni kan? Same goes to me sebelum ni mmg tak ambil kisah langsung sbb tak pernah tahu..

Bila dah kena kat batang hidung sendiri baru la tahu macam mana sakit dia dan mula buat reseach dekat google ..saya pasti yang alami sakit ni mesti tahu macam mana kesakitan tu, yelah tulang belakang antara yang paling penting dan harus dijaga dengan baik..kalau dah sakit ni mmg terbatas aktiviti kita.. Trust me.

So saya sarankan kome ambil langkah berjaga-jaga semasa lakukan apa jua aktiviti..Warded selama 4 hari di hospital tak boleh nak bergerak dan berjalan... Ke sana-sini naik wheelchair fuhhhh mmg tak best bro !!! Ha ha ha.. Kome boleh refer pada gambar yang saya share, tag orang yang kome sayang nahhh x kisah la family ke, suami ke, tunang ke crush ke.. Harap tak kena apa yang saya alami ni.

p/s tlg la jangan operate ye sebab agak bahaya.. Better pergi fisio aje. Silakan share dan ce komen sikit sape yg penah kena slip disc nak tahu perkembangan kome sekarang.. Dah ok ke masih sakit? Sama-sama kita share ilmu.

Boleh nampak tak kesakitan tu macam mana?

Ni antara punca.. Sebenarnya banyak lagi.. Ni yang saya selalu buat sebab tak tahu sebelum ni :

1) letak wallet di bahagian punggung belakang
2) terus tunduk nk angkat brg berat.. Patut nya duduk dulu baru angkat barang

Banyak lagi kome weiii.

Ni suggestion dari doc nama dia lumbar support belt boleh beli dekat farmasi atau mr.diy.. Ni sy beli dekat farmasi i-sihat.. Harga dalam rm180 sy beli yg ni sebab lebih sedap dipakai dan selesa dia ade besi sikit.. Nk yg murah pn ada tapi tak de besi.. Up to you.. Ikut keselesaan masing-masing.

Dah discharge semalam.. Pura pura boleh jalan padahal muka tahan sakit sebab saya mmg tak boleh jalan dan duduk dalam masa yang agak lama..

4 hari warded kat hospital angkatan tentera (HAT) .. Sakit tu tak yah cerita la kan.. Mmg sakit sesakitnya. tqvm warga hospital (HAT) dan TLDM Lumut.

Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Mar 12, 2018 8:36 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Menangis Kegembiraan, Segalanya Terjawab, Ramesh Akhirnya Berjaya Temui Pak Cik Yang Difitnah Ketika Berada Dalam LRT
siakapkeli.my

Beberapa minggu lalu tular sebuah video pendek yang mendakwa seorang warga emas yang memakai jubah dan kelihatan warak kononnya meraba seorang wanita yang sedang tidur di sebelahnya di dalam LRT.

Video itu tular meluas di mana rata-rata mengkritik dan ada memaki pak cik berkenaan, namun segalanya terjawab apabila ramai saksi yang ada ditempat kejadian tampil membetulkan keadaan di mana mereka menyatakan pak cik itu sebenarnya bukan cuba meraba tetapi dia cuba menarik jubahnya yang ditindih oleh wanita disebelahnya itu.

Ternyata fitnah yang cuba dilemparkan kepadanya tidak berjaya sekali gus memberi tamparan hebat kepada mereka yang mengutuk dan memakinya sebelum ini kerana tuduhan terhadapnya itu adalah tidak terjadi sama sekali.

Antara saksi yang tampil membetulkan keadaan dan menceritakan kejadian sebenar adalah saudara Ramesh De Ram atau nama sebenarnya Karl Jeffrey Ramesh, dia ternyata amat kecewa dengan fitnah yang dilemparkan kepada pak cik berkenaan.

Ramesh hari ini telah menjalankan satu misi ia itu menjejaki Pak Cik berkenaan dari Klang ke Sri Petaling untuk mendapatkan jawapan dari pak cik itu sendiri, beliau telah melakukan video live ketika misi mencari pak cik berkenaan.

Setelah hampir 5 jam cuba menjejaki, akhirnya beliau berjaya menemui pak cik Abu Masjid Sri Petaling dan dibawa bertemud engan pak cik Abu yang berada di dalam Masjid.

Beliau telah bertanyakan kepada warga emas itu tentang kejadian, adakah betul dia cuba meraba.

"Saya tak perasan, itu semua fitnah," jelas pak cik Abu yang cuba meneliti pertanyaan Ramesh.

Pak Cik Abu menyatakan dia tidak mahu membesarkan perkara itu dan katanya semuanya telah selesai di mana satu laporan polis telah dibuat.

Selepas bertemu dengan Pak Cik Abu, Ramesh dilihat tidak dapat menahan sebak dia menitiskan air mata kegembiraan di mana katanya pertemuan singkat itu amat bermakna dan segalanya terjawab.

"Saya akhirnya dapat bersemuka dengan pakcik yang dikecam hebat netizen kerana kejadian dalam LRT tu. Saya lega dapat jawapan daripada dia.

"Dia nampak uzur, ada masalah kesihatan, selain penglihatannya agak kabur. Pergerakannya juga terhad kerana faktor usia dan sebab itulah di dalam video yang tular itu menunjukkan tangannya bergerak agak perlahan-lahan, bukannya mahu meraba," katanya. - Siakapkeli.my

----- Original Message -----
From: -:rIeNaCoM:-
To:
Sent: Saturday, March 03, 2018 11:12 PM
Subject: Fw: Hentikan Fitnah Ini, Cubaan curi kereta Ferrari, Salah Ke Jadi Suri Rumah

"Hentikan Fitnah Ini, Pak Cik Tu Nak Tarik Jubah Je," Lelaki Ini Dedah Cerita Sebenar Kejadian Dalam MRT, Nafi Pak Cik Itu Cuba Untuk Meraba
siakapkeli.my

3 Mac - Baru-baru ini tular satu insiden di dalam MRT dikatakan bahawa seorang lelaki tua cuba mengambil kesempatan meraba penumpang wanita yang duduk di sebelahnya.

Kejadian ini tular apabila penumpang yang duduk bertentangan dengan lelaki tersebut merakam kejadian tersebut dan terlihat seperti lelaki tersebut cuba untuk meraba wanita yang duduk di sebelahnya.

Namun, ada seorang seorang pengguna Facebook yang juga salah seorang penumpang dalam gerabak yang sama telah menafikan bahawa lelaki tersebut cuba untuk meraba tetapi sekadar ingin menarik jubahnya sahaja.

Beliau yang dikenali sebagai Ramesh De Ram telah memuatnaik satu entri di Facebook beliau dan menafikan perkara itu. Beliau juga meminta untuk menghentikan fitnah yang dilemparkan terhadap lelaki tua tersebut.

Ramesh juga berharap semua pihak dapat sebarakan berita ini seluas-luasnya untuk menunjukkan kebenaran yang sebenar. - Siakapkeli.my

Detik Cemas Bapa Ini Terpaksa Lempar Anak Berusia 11 Bulan Dan 3 Tahun Dari Tingkat 5 Bangunan Untuk Selamatkan Mereka Dari Kebakaran
siakapkeli.my

Kejadian terjadi di bandar Strunino, Moscow, video yang akan anda lihat dibawah ini merakamkan detik cemas sebuah keluarga terpaksa mencampak anak-anak mereka daripada tingkap dan melompat keluar dari tingkat 5 sebuah apartment yang mengalami kebakaran yang teruk.

Rakaman menunjukkan segerombolan penduduk sekitar lain berkumpul dibawah bangunan untuk menangkap mereka dari atas. Beruntung, kesemua mangsa dapat diselamatkan walau si ayah, Vitaly, mengalami sedikit kecederaan ringan.

Dalam keadaan panik itu mereka berjaya keluar daripada rumah tersebut namun terperangkap apabila kawasan tangga kecemasan apartment tersebut juga terbakar dijilat api!

Oleh itu, mereka tiada pilihan lain kecuali melompat dari tingkat 5 apartment terbabit.

Vitaly telah mengambil sebuah permaidani dan melemparkannya ke bawah tempat orang ramai berkumpul serta menggulung anak-anaknya dengan selimut sebagai persediaan sebelum mencapak mereka kebawah.

Zhenyu, 11 bulan menghadapi sakit jantung antara yang pertama dicampak dari dalam rumah keluar tingkap bagi terhindar daripada asap tebal akibat kebakaran tersebut.

Xenia, anak kedua, dan ibunya, Elena kedua-dua mereka mendarat dengan selamat.

Terakhir, Vitaly terpaksa membuat lompatan untuk menyelamatkan dirinya.

Namun, dia akhirnya mengalami kecederaan dan terpaksa digegaskan ke hospital. Menurut laporan media, mereka masih belum mengetahui punca berlakunya kebakaran tersebut tapi apa yang penting nyawa keluarga diutamakan dahulu.

Siakapkeli.my

Sumber: Elite Readers

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Mar 12, 2018 8:36 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Manifesto Pas Bentuk Negara Islam

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net

MANIFESTO Pas yang dilancarkan semalam jelas memberikan gambaran kestabilan negara berlandaskan Islam.

Setiausaha Majlis Syura Ulamak Pas, Datuk Dr Nik Zawawi Nik Salleh berkata, manifesto tersebut telah mendapat perkenan daripada Majlis Ulamak Pas.

Menurutnya, manifesto tersebut lengkap merangkumi semua aspek.

"Sistem Islam jika diamalkan mampu memberikan kestabilan negara melalui pendidikan dan ekonomi akan kita laksanakan jika diberi kuasa memerintah Malaysia.

"Manifeso ini lengkap meliputi rakyat, pegawai kerajaan, semua kaum dan jaminan kepada agama-agama lain," katanya.

Tambahnya, manifesto tersebut dilengkapkan oleh Pas dan dikemukakan kepada Gagasan Sejahtera untuk penambahan.

"Kita dahului semua parti termasuk pemansuhan GST dan tol selain menegakkan syariat Islam melalui rang undang-undang dan akta bersesuaian," katanya.

Dalam perkembangan lain, beli enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan isu penerimaan dana luar melalui rakaman audio yang tular kononnya adalah Nik Abduh Nik Abdul Aziz.

"Islam diajar kemukakan bukti dan bagi pihak Nik Abduh beliau telah menafikan fitnah tersebut.

"Benda ini datangnya dari musuh jadi kita tak mahu layan perkara ini," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pas Bandar Tun Razak kali ke-30 semalam.

Sementara itu, Yang Dipertua Pas Bandar Tun Tun Razak, Md Shukor Aziz berkata, Pas kawasan telah menghantar nama calon wanita, Dr Rosni Adam bagi kerusi parlimen itu di PRU14 nanti.

"Calon berkelayakan bertanding jawatan tersebut berdasarkan statusnya merupakan orang tempatan yang juga menyandang jawatan Ketua Dewan Muslimat Pas Bandar Tun Razak dan pusat.

"Bagaimanapun, kita menunggu pengumuman rasmi daripada pusat mengenai calon yang bakal bertanding di sini," katanya.

- Sinar Harian

Dah macam macam keluar!

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net
"

Assalamualaikum,,

Selawat dan Salam ke atas junjungan, Ekoran tulisan saya mengenai RUU 355 yang bakal menjadi bahan kempen untuk memilih MP Islam yang menyokongnya di Parlimen, timbul pula penceritaan baru hasil rekaan macai PH mungkin.Mulanya ada kata saya bengap kerana bercakap pasal RUU 355 sebab kalau dah tahu tak ada majoriti buat apa bentang,tunggulah ada kerajaan dulu, takyah komen point lain nampak bodoh sangat.Itu respon awal yang saya dapat dari tulisan saya dan saya tersenyum sendiri membaca respon tersebut sebab jelas sekali datang dari seornag yang tidak berfikir untuk Islam sebaliknya berfikir untuk memperlekehkan PAS sahaja.Pada orang macam ni, tugas memartabat Islam hanyanya tugas PAS, bukan tugasnya yang mahu merefomasikan negara dan tugas PAS ini perlu ditentang dengan apa cara sekali pun.

Mesti perlu menunjukkan kelemahan PAS dalam usaha memartabatkan Islam.Kalau point jadi kerajaan dulu baru bentang apa yang nak dibentang rasanya sudah tahu datang dari mana.Sebab point sebegini adalah pelepasan tanggungjawab terhadap Islam dari pihak tertentu dan hari ini kita semua tahu siapa yang tidak mahu bertanggungjawab terhadap usaha memartabtkan Islam di Malaysia.Betullah kata seorang kawan, puak puak ni boleh mengalahkan lembu kalau bercakap.Apa tidaknya respon mahu melarikan diri dari tanggungjawab kepada Islam hanya menguntungkan sekular dan liberal yang sama sekali tidak mahu melihat Islam memerintah.Jadi puak puak ini sebenarnya membodohkan diri mereka untuk memenangkan sekular dan liberal, tidakkah itu bodoh? kalau lembu itu bodoh sebab dia tak berakal, bagaimana pula puak yang ada akal yang dikurniakan ALLAH ini boleh buat kerja bodoh?

Dan tak mahu faham situsi semasa yang membuka peluang kepada Islam dimartabatkan menerusi PRU 14 di mana jaminan Islam sudahpun diberikan oleh PAS dengan 130 calonnya nanti.Apa, ada parti lain yang memberi jaminan yang serupa? Kalau tak ada, sepatutnya setiap orang Islam tahu jawabannya siapa yang patut dipilih nanti bagi meluluskan RUU 355! Tak perlu dipersoalkan lagi kenapa dan mengapa RUU 355 ditangguhkan sampai 2 sessi sebab sudah terang dan jelas, seperti saya tulis di tulisan yang lalu, RUU 355 hanya akan ditolak kalau dibahaskan di sessi tersebut.Jadi sejarah penangguhan tak perlu diungkitkan lagi, yang penting sekarang di sessi selepas PRU 14, pastikan dulu MP Islam itu majoriti dan menyokong RUU 355.Mesej yang mudah beginipun nak dibelit belit!

Tambah dasyat bilama mana komen menentang tulisan saya jadi berjela jela sehingga menyentuh soal menkafirkan orang dan siap dengan hukum ALLAH tak Redha dan sampai mendakwa kalau kita bercakap pasal ugama tak semestinya kita betul.Semua komen ini hanya untuk menafikan tulisan saya yang mengajak semua orang Islam memberi komitment untuk memilih MP Islam yang menyokong RUU 355.Turkey dituntut supaya PAS contohi.Sebenarnya banyak yang boleh saya tulis di sini untuk menjawab semua komen lalat ini, tetapi cukup sekadar saya kata komen komen ini tidak langsung menjejaskan mesej tulisan awal saya mengajak orang Islam memilih MP Islam yang menyokong RUUU 355, tak kira dari mana parti sekalipun.Saya bercakap pasal Islam bukan pasal poilitk kepartian tetapi bagi puak puak yang tidak mahu berfikir cara Islam tetap menjadikannya sebagai politik kepartian.Jadi siapa yang bengap sebenarnya?

Begitu juga dengan satu komen bengap yang lain yang mendakwa presideng PAS sudah tahu RUU 355 tak akan jadi sebab tak dapat restu dari Majlis Raja Raja, sebab hanya dengan restu majlis Raja Raja barulah mendapat sokongan MP ,ini cara kebiasaan dakwa pengomen gila tersebut.Sebenarnya secara sedar dia sudah mendedahkan satu rahsia kenapa MP PH yang Islam tidak menyokong RUU 355 dengan menggunakan nama Majlis Raja Raja tapi tak apa, selepas PRU 14 nanti kalau mendapat keizinan ALLAH, 130 calon Islam PAS menang, kebiasaan ini akan diubah, tak perlu lagi restu Majlis Raja Raja.Pengomen gila babi ini hanya melondehkan dirinya yang semakin bodoh dan mesej asal saya tetap tidak berubah, pilihlah MP Islam yang menyokong RUU 355 pada PRU 14.

"................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: senik
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

RUU 355 : Muka sebenar Islam bakal diketahui

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net

"

Assalamaualaikum,,

Selawat dan Salam ke Atas Junjungan....
Pasal apa RUU 355 masih terperap di Parlimen, pasal apa RUU 355 tak dibahaskan lagi? Apakah kerana PAS sudah dikencing Umno? atau PAS sudah jadi macam Umno seperti sering dilaungkan oleh pemuka PH? Biar apa pun laungan PH tapi yang pasti RUU 355 masih lagi hidup untuk dibahaskan di Parlimen, ianya tidak terkubur seperti agaknya yang dimahukan oleh PH.PRU 14 pun tak akan mematikan RUU 355, sebaliknya RUU 355 masih boleh dibahaskan selepas PRU 14, sesudah MP baru Parlimen angkat sumpah.Tiada halangan untuk itu.Peliknya seperti PH tidak sedar akan perkara ini dan terus terusan melaungkan kencaman kepada PAS seolah olah RUU 355 itu sudah mati dan PAS hanya mahu berkuasa bersama Umno.Bodahnya laungan ini, sama bodoh dengan PH dan macai macainya.

Perkara yang hampir pasti ialah RUU 355 tidak akan dibahas sebelum PRU 14.Dan hampir pasti juga kalau dibahaskan sekarang belum PRU 14, ianya akan tertolak kerana gagal mendapat undi majoriti.Sebabnya mudah, MP yang ada sekarang baik yang Islam atau bukan masih ramai tidak menyokong RUU 355.

Dari itu lebih baik RUU 355 tidak dibahaskan sebelum PRU 14.Sebaliknya peluang PRU 14 digunakan sepenuhnya oleh umat Islam untuk memilih MP penggal baru yang bakal menyokong pengundian nanti.Kita semua tahu hari ini MP Islam masih majoriti di Parlimen tetapi yang menyokong RUU 355 jadi minoriti.Maka MP yang ada sekarang tidak harus dikekalkan, wajar bagi umat Islam memilih MP baru yang menyokong RUU 355.

Apa pula jaminan MP baru nanti akan menyokong RUU 355?Untuk mendapat majoriti MP Islam di parlimen mesti sekurang kurangnya berjumlah 111.Maka jaminan diberi oleh PAS/GS dengan meletakkan sekurang kurangnya 130 orang calon pada PRU 14 nanti.Umat Islam tiada pilihan kalau mahu bersama menegakkan perundangan Islam dalam negara selain memberi undi kepada calon PAS/GS kerana sudah terang dan jelas, PAS/GS satu satunya entiti politik negara yang memperjuangankan agar perundangan Islam dimartabatkan dalam negara.

Sementara parti parti politik umat Islam yang lain tidak memberikan komitment untuk menegakkan perundangan Islam waima parti yang mendakwa sebagai rahmatanlilalamin.

Jadi usah malangkan nasib umat Islam dengan menyokong parti parti ini.Menangkan PAS di PRU 14 untuk menangkan Islam, itu satu hakikat yang tak boleh dinafikan lagi. Serlahkan muka muka Islam yang sebenarnya selepas RPU 14.

"................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: senik
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

Orang Islam paling kuat jaga kebersihan diri selepas keluar tandas
bloglist-malaysia.blogspot
jasduit.com
Mat Bihi


Satu bancian terhadap penjagaan kebersihan diri selepas tunaikan hajat kat tandas di lakukan di negara-negara Eropah. Ternyata orang Islam nampaknya paling kuat jaga kebersihan diri selepas keluar dari tandas.

Macam mana mereka buat bancian untuk kaitkan tabiat penjagaan kebersihan diri orang ramai?

Mudah saja. Orang ramai disoal secara rambang samada mereka basuh tangan atau tidak selepas keluar dari tandas. Kalau jawapannya, ya, mereka basuh tangan. Bermakna satu tabiat paling mudah dalam bab penjagaan diri duamalkan dengan baik.

Kalau jawapannya adalah tidak!, belah keluar dari tandas saja tanpa basih tangan. Ertinya orang itu tidak punya tabiat jaga kebersihan paling asas, iaitu basuh tangan.

Hari basuh tangan sedunia
Tahukah anda bahawa setiap tahun, pada 15 Oktober, telah ditetapkan sebagai "hari basuh tangan sedunia!".

Ya! agak pelik dan mungkin ramai yang tak tahu serta tak sedar kewujudan hari basuh tangan sedunia itu. Tapi itulah yang ditetapkan oleh pengiat kebersihan diri dengan disertai oleh beberapa organisasi. Nak tahu lebih lanjut pasal Hari basuh tangan sedunia ini, boleh lawat portal kat sini.

Kenapa hari basuh tangan sedunia diadakan?

Antara lain adalah untuk menjaga kesihatan manusia. Juga untuk pastikan jumlah bayi dan kanak-kanak meninggal dunia berjaya dikurangkan ke tahap minimum.

Anda mungkin tak sedar bahawa hanya dengan membasuh tangan menggunakan sabun, jumlah kematian bayi dan kanak-kanak dapat dikurang dalam jumlah yang amat tinggi. Tangan kotor jadi punca berbagai masalah kesihatan terutamanya kepada kanak-kanak. Cirit birit contohnya mudah sangat di atasi hanya dengan aktiviti basuh tangan dengan sabun.

Orang Islam paling bersih
Dalam bancian terhadap penduduk Eropah, negara Bosnia adalah antara negara yang penduduknya paling jaga kebersihan tangan. Dalam kajian, 96% penduduknya kata mereka basuh tangan setiap kali keluar dari tandas.

Orang Turki duduk nombor 2 paling jaga kebersihan tangan iaitu 94%.

Para pengkaji kaitkan tabiat itu dengan amalan dan budaya orang Islam yang perlu ambil air sembahyang sekurangnya 5 kali sehari untuk tunaikan solat.

Samada betul atau tidak orang Islam memang basuh tangan sehari 5 kali tak dapat nak pastikan. Kat Malaysia saja, berkemungkinan lebih separuh dari orang yang mengaku beragama Islam tak tunaikan solat 5 waktu.

Kalau bancian lama dulu, ada yang kata lebih kurang 20% sahaja orang Islam kat Malaysia yang tunaikan solat. Sekarang entahlah!. Tak ada lagi satu kajian yang menyeluruh. Kena tanya Jakim pasal statistik tersebut.

Orang Eropah paling kotor
Dalam banyak-banyak negara Eropah yang dibanci, didapati orang Belanda adalah yang paling tak jaga kebersihan diri selepas keluar dari tandas.

Kajian mendapati hanya 50% sahaja orang Belanda yang basuh tangan selepas keluar dari tandas. Selepas kencing umpamanya, kalau anda jumpa 5 orang Belanda dan berjabat tangan, anda berkemungkinan berjabat tangan dengan 5 orang yang tak basuh tangan selepas pegang anunya untuk kencing!.

Nak tanya anda pulak!

Selepas keluar tandas, ada basuh tangan ke?

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: