Tuesday, March 20, 2018

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4913

8 Messages

Digest #4913

Messages

Tue Mar 20, 2018 8:03 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



KUASA NEGARA DALAM MANIFESTO PAS
bloglist-malaysia.blogspot
wabillahagro.blogspot
Dicatat oleh Abd Wahab Abdullah
1. Analisis membuktikan bahawa manifesto Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang baru dilancarkan mempunyai visi negara yang lebih berkuasa dan kuat berbanding manifesto Pakatan Harapan (PH) yang telah dibentangkan tempoh hari.

2. Empat petunjuk yang diajukan oleh Fareed Zakaria dalam karya beliau 'From Wealth to Power' terbitan Princeton University Press digunapakai bagi menilai kuasa negara dari perspektif 'State-centered Realism' iaitu autonomi negara (state autonomy), skop tanggungjawab negara (state scope), keupayaan negara mengekstrak sumber (state's ability to extract wealth), dan kesepaduan negara (state cohesion).

3. Ringkasnya, negara yang berautonomi tinggi, memiliki skop tanggungjawab yang luas, berkeinginan (dan mampu) mengekstrak sumber dalam skala besar, dan bersepadu adalah lebih kuat dan berkuasa berbanding negara yang berautonomi rendah, memiliki skop tanggungjawab yang sempit, tidak berkeinginan mengekstrak sumber dalam skala besar, dan tidak bersepadu.

4. Dari perspektif geopolitik dan geostrategi, keempat-empat komponen kuasa negara ini cukup penting dalam jangka masa panjang di mana Fareed Zakaria mengajukan bahawa 'sesebuah negara hanya mampu untuk meluaskan kepentingan politik mereka ke luar negara apabila terdapat peningkatan relatif kuasa negara mereka'.

5. Walau bagaimanapun, Manifesto 'Malaysia Sejahtera' yang dilancarkan PAS dan parti BERJASA serta IKATAN dalam Gabungan Gagasan Sejahtera semalam perlu dibaca bersama dua lagi dokumen yang diterbitkan secara berperingkat iaitu Dokumen Hijau dan Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS 2051) bagi memahami tawaran kuasa negara oleh PAS secara komprehensif.

6. Jika Dokumen Hijau memberi fokus pada penyelesaian ekonomi politik, dokumen WINS 2051 pula menggariskan perancangan jangka masa panjang PAS yang dibahagikan kepada tiga fasa iaitu Fasa 1 (2018-2030), Fasa 2 (2031-2040), dan Fasa 3 (2041-2051). Di sini sahaja sudah terdapat perbezaan visi geostrategi yang ketara antara PAS dengan PH.

7. PH kurang bercita-cita tinggi di mana dalam Janji 60 PH hanya menyasarkan untuk "memposisikan Malaysia sebagai kuasa pertengahan (middle power)" (Hlm.155). Posisi ini berbeza sama sekali dengan PAS yang meletakkan "Fasa 3: Malaysia Memimpin 2041-2051" dalam tiga struktur antarabangsa utama.

8. Manifesto PH yang terikat dengan paradigma 'Liberal-Institutionalism' dalam hubungan antarabangsa menyaksikan Malaysia sebagai pemain biasa dalam institusi antarabangsa seperti ASEAN, OIC, dan PBB. Sebaliknya, Fasa 3 WINS PAS menyasarkan Malaysia menjadi pemimpin di peringkat serantau, peringkat negara Islam, dan juga dalam kalangan negara sedang membangun khususnya negara Dunia Ketiga.

9. Dari sudut autonomi negara (state autonomy), PAS jelas berbeza dengan PH yang berusaha untuk mengurangkan kuasa negara melalui "Janji 12: Mengehadkan tempoh perkhidmatan Perdana Menteri dan menstruktur semula Jabatan Perdana Menteri" serta "tanggungjawab lain [JPM] akan diturunkan kepada kementerian-kementerian yang bersesuaian" di samping "Mengurangkan bilangan agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan cara memindahkan seberapa banyak agensi yang mungkin ke kementerian yang berkaitan".

10. PAS sebaliknya mengukuhkan kuasa Eksekutif dan dalam masa yang sama mengusulkan penubuhan Institusi Hisbah Rakyat (People Ombudsman) sebagai pemantau (Manifesto halaman 5). Perbezaan ini cukup penting dalam penentuan darjah autonomi negara di mana 'pengukuhan kuasa Eksekutif' menjamin 'pemusatan kuasa dalam pembuatan keputusan'. Maka, proses pembuatan keputusan tidak terjejas dek persaingan antara kepentingan kementerian-kementerian berbeza seperti mana dalam kes Janji 12 PH.

11. Khusus tentang keupayaan negara mengekstrak sumber (state's ability to extract wealth), Janji 60 PH yang meletakkan negara di bawah piawaian (dan kawalan komitmen) luar seperti OECD, Bank Dunia, Open Government Partnership, Open Contracting Partnership, Open Budget Initiative, dan sebagainya (Hlm 153), adalah bertentangan dengan PAS di mana ia tetap meletakkan kuasa politik sebagai peneraju utama yang bebas mengatur perjalanan ekonomi mengikut acuan sendiri.

12. Hal ini dinyatakan dalam salah satu daripada Prinsip WINS 2051 iaitu Prinsip kelima 'Peranan jelas dan cekap antara kuasa Politik dan kuasa ekonomi. Kuasa Politik sebagai penentu halatuju negeri, Perancang Program, dan Pemantau. Kuasa Ekonomi melaksanakan perancangan yang diputuskan dengan kepentingan rakyat sebagai keutamaan'.

13. Tidak hairanlah, antara panduan WINS yang membawa kepada penguasaan 'kuasa politik' ke atas 'kuasa ekonomi ini' ialah tanggungjawab negara dalam Surah Quraisy dan Al-Kahfi. Surah Quraisy yang dimaksudkan ialah "Yang telah memberi makanan untuk menghilangkan lapar dan mengamankan mereka dari ketakutan" (ayat 4). Surah Al-Kahfi pula merujuk pada ayat "Berilah aku potongan-potongan besi, Hingga apabila besi itu telah sama rata dengan kedua (puncak) gunung itu, berkatalah Zulkarnain: Tiuplah (api itu)" (ayat 96).

14. Juga dari perspektif keupayaan negara mengekstrak sumber (state's ability to extract wealth), PAS turut mengajukan rancangan Penggantian Import (Import Substitution):

"Negara perlu mengambil langkah berani dan drastik dengan menggubal polisi-polisi sementara bagi menukarkan keperluan kepada barangan import dengan barangan domestik khususnya berkaitan dengan projek-projek kerajaan…Sekaligus produk dan perkhidmatan inovasi negara mesti diberi ruang agar dapat memasuki pasaran untuk dikomersilkan. Memandangkan produk inovasi selalunya melibatkan sesuatu yang baharu dan tidak mempunyai "track record" yang kuat, program yang sesuai mesti diwujudkan agar inovasi-inovasi tempatan dapat memasuki pasaran dan diwaktu yang sama mengurangkan risiko yang diambil oleh pihak pembeli. Contohnya sebahagian daripada keperluan projek milik kerajaan mestilah diperuntukkan kepada inovasi tempatan. Hanya jika tiada inovasi tempatan yang sesuai, barulah diperolehi daripada produk tempatan yang lain, sebelum dibuka kepada produk import".

"Di bawah dasar Penggantian Import ini juga, kerajaan perlu memberi fokus kepada inisiatif "localization" di mana produk dan perkhidmatan tertentu dibantu untuk dibangunkan di dalam negara. Inisiatif "localization" tidak melibatkan inovasi, tetapi lebih kepada pengeluaran produk yang sama di dalam negara, yang sebelum ini hanya ada di luar negara. Ini hanya melibatkan produk dan perkhidmatan yang mana keperluannya telahpun dipastikan ada".

"PAS menjangkakan cadangan-cadangan ini bukan sahaja dapat mengurangkan perbelanjaan terhadap barangan import lantaran susut nilai ringgit, ianya juga dapat mempertingkatkan permintaan terhadap keluaran domestik seterusnya membantu merangsang sektor pengeluaran tempatan khususnya kepada perusahaan kecil dan sederhana".

"Cadangan ini juga akan sekaligus memperkasakan industri inovasi tempatan yang bakal menjadi pemacu kepada negara sebagai sebuah ekonomi berasaskan ilmu dan inovasi. Program yang memberi peluang khusus bagi pengkomersilan produk inovasi tempatan juga akan meningkatkan pelaburan swasta dalam aktiviti Penyelidikan dan Pembangunan bukan hanya di organisasi mereka, bahkan juga di institusi pengajian tinggi tempatan" (Dokumen Hijau PAS halaman 24-25).

15. Dari perspektif 'skop negara' (state scope), Prinsip Kelima WINS 2051 PAS ini mengatasi Janji 60 PH di mana kerajaan lebih bebas untuk merencana pembangunannya tanpa ikatan atau komitmen luar yang memaksa kerajaan meminimumkan perbelanjaan awam. Kerajaan yang mengurangkan perbelanjaan awam dinamakan 'Minimal state' manakala kerajaan yang meningkatkan perbelanjaan awam seperti negara berkebajikan dinamakan 'Maximal state'. Jika PH memilih laluan menjadikan Malaysia sebagai 'Minimal state', PAS pula jelas memilih aliran 'Maximal state' yang lebih kuat.

16. Bertentangan dengan Janji 27 PH untuk memansuhkan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016, PAS tidak memilih jalan yang sama di mana sasaran pindaan akta PAS hanya ditumpukan pada SOSMA, POTA, POCA, OSA, dan AUKU, bukannya MKN. Seperti mana penegasan Fareed Zakaria tentang pentingnya 'kesepaduan negara' (state cohesion), demikianlah peri pentingnya kesepaduan Majlis Keselamatan Negara di mana 'pembuatan keputusan yang terpusat menjamin keupayaan dan kecekapan sesebuah negara' dalam bertindak ketika di masa krisis mahu pun konflik.

17. Konklusinya, Manifesto PAS menganjurkan rancangan Malaysia ke arah negara yang berautonomi tinggi, memiliki skop tanggungjawab yang luas, berkemampuan mengekstrak sumber dalam skala yang besar, dan pentadbiran yang bersepadu berbanding Manifesto PH. Sama-sama kita nantikan rancangan kuasa negara dalam Manifesto Barisan Nasional (BN) pula.

Oleh: Abdul Muein Abadi
Penulis ialah Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Disindir 'mana hudud' dalam manifesto, ini jawab Pas'

bloglist-malaysia.blogspot

wak-labu

Posted by Mohd Sulaiman

MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI

20 MAC 2018

 

Nik Abduh Nik Abdul Aziz

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menyifatkan pengkritik manifesto Gagasan Sejahtera (Gagasan) sebagai 'berotak sempit'.

Beliau yang juga merupakan pemimpin kanan Pas, menegaskan manifesto yang baharu dilancarkan gabungan parti itu baru-baru ini, cukup 'rencah' Islam dan sempurna.

"Apabila Gagasan melancarkan Manifesto Malaysia sejahteranya (Peringkat Pertama), kamu (baca Amanah) segera melancang, mana hudud? Pas bohong, penunggang ugama!.

"Fahamilah manifesto itu dengan teliti. Kamu akan temui semua sekali daripada ajaran Islam. Islam yang sempurna, menyeluruh dan bersifat sejahtera dan sederhana," katanya dalam satu perkongsian di Facebooknya hari ini.

Pas yang menerajui Gagasan Sejahtera (Berjasa, Ikatan) pada Ahad lalu melancarkan manifesto mereka di Cyberjaya.

Namun selepas dilancarkan, beberapa pihak kemudiannya menimbulkan persoalan mengenai kedudukan hudud di dalam manifesto mereka.

Antara pihak yang membangkitkan ialah Pengarah Syariah Amanah, Zolkharnain Abidin berkata, tiada kenyataan khusus berkaitan pelaksanaan syariah khususnya hukum hudud dalam tawaran Gagasan Sejahtera.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Pasir Mas itu menegaskan, 'semuanya ada dalam manifesto mereka'.

"Akidah yang benar, ibadah yang sahih, akhlak yang luhur, undang-undang Islam yang adil, pemerintahan yang bersih berintegriti dan kehidupan rakyat yang makmur sejahtera.

"Manifesto Malaysia Sejahtera adalah manifestasi sebahagian gagasan Islam sempurna yang ditawarkan oleh Pas demi Malaysia yang lebih baik selepas PRU14 nanti," katanya.

Katanya lagi, malang, akal sesempit tempurung otak. Tempurung untuk otak, bukan untuk akal. Akal biarlah luas seluas Islam.

"Berpuluh tahun Pas berjuang menerang dan menerangi, anda masih di kelas peralihan, tak naik naik. Lebih tak 'menahan', Amanah, terus jatuh kelas.

"Daripada faham bertahun-tahun, tiba-tiba jadi tak faham. Gejala DAP apakah ini? Kan haru guru menggaru?," sinisnya.

----- Original Message -----
From: -:rIeNaCoM:-
To:
Sent: Tuesday, March 20, 2018 12:01 AM
Subject: Fw: Tema Manifesto PAS-Gagasan Sejahtera

Hudud tak perlu ada dalam menifesto PRU PAS!

Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
http://tranungkite.net
"

Assalamualaikum,,

Selawat dan Salam ke atas Junjungan,, Pada PRU 13 yang lalu, ketika PAS mengeluarkan menifesto negara berkebajikan ketika masih bersama PR, yang bertempek terlolong ialah Umno menuduh PAS sudah menggugurkan agenda Hududnya kerana sudah dikuasai oleh DAP dalam PR.Tapi hari ini apabila PAS mengeluarkan menifseto PRU 14nya yang juga tiada agenda Hudud, maka terlolong pulak juak juak tokong PH yang suka piss kononnya kecewa dengan PAS yag tidak memasukkan Hudud dalam menifestonya.Inilah dakwaan kelakar dari orang orang yang menutup terus sejarah yang antara lain membawa PAS keluar dari BN dan membawa PAS berjuang sendirian selepas PR tidak mahu menghormati perjuangan PAS yang tidak selari degan selera mereka.Apakah sebabnya yang boleh dilihat dari faktar sejarah? Tak lain dari Hudud, kerana Hudud jugalah menyebabkan DAP menentang Islam.PAS bersendiri hari ini juga sebab ingin terus mengajak umat Islam bersama sama menegakkan Hudud sebab Hudud adalah bateri yang hilang dari lampu picit Islam yang menyebabkan Islam tidak bersinar kerana lampunya padam dek kerana Hudud ditinggalkan.

Apakah perlu setiap kali PRU PAS perlu memasukkan agenda Hudud dalam menifestonya? Apakah kerana Hudud tidak dijadikan menifesto PRU maka PAS sudah lupa Hudud?Sekali lagi perlu melihat sejarah.Sejak zaman arwah ayah Dr. Mujahid jadi presiden PAS lagi, Hudud dihidupkan sebagai agenda utama perjuangan PAS dan diteruskan lagi oleh AUFN dan ATGNA serta TGHH sehingga sekarang Tiada yang berubah.Sejak zaman arwah ayah Dr, Mujahid sampai sekarang imej PAS sudah terbentuk sebagai pejuang Hudud tanpa terhalang oleh PRU yang berlaku 5 tahun sekali.Sejak zaman Mahathir jadi presiden Umno dan PM yang pernah mempersendakan Hudud pada PRU dengan meletakkan perayu perayu undinya di pusat pemilihan yang beraksi seperti orang potong tangan dan kaki di depan pengundi yang datang terutama pengundi bukan Islam sehingga kini, Hudud tak lekang jadi bahan sendaan, cuma bezanya kalau dulu Umno dibawah pimpinan Mahathir yang mempersenda Hudud, hari ini PH juga dibawah pimpinan Mahathir pula mengambil alih.

Tapi bahan sendaannya tetap sama, kalau dulu yang mengatakan Hudud tidak boleh dilaksanakan di Malaysia kerana suasana tidak kondusif ialah Yiddin Yasin, TPM dan Timbalan Presiden Umno tapi hari ini yang berkata demikian laiah balaci Yiddin dalam PH.Seorang pemimpin besar PH, yang bernama Husam Musa pernah ketika jadi Naib Presiden PAS ketika berdebat dengan KJ di Kota Baharu bertegas bahawa dia sokong Hudud kerana dia orang Islam bukan kerana dia ahli PAS.Tapi hari Ph menerusi balacinya menyatakan pula cercaannya kepada Hudud seolah olah hudud itu bukan perkara penting dalam kehidupan seorang Islam.Kalau Husam kata dia sokong Hudud kerana dia orang Islam ketika dia jadi ahli PAS, kenapa pula dia mesti berubah ketika jadi ahli PINK? bukan dia menukar ugama dan sepatutnya lah dia menasihati orang orang bawahannya agar jangan menggunakan Hudud untuk menyerang PAS.

Kembali kepada menifesto PRU, PAS tidak memasukkan Hudud kerana PAS sudah dikenali sebagai satu satunya parti politik yang mahukan Hudud tertegak di Malaysia. Sudah terbentuk imej hudud dalam PAS jadi tak perlu memasukkannya dalam menifesto kerana rakyat sudah tahu,PAS akan berusaha melaksanakan Hudud kalau menang atau kalah PRU.RUU 355 kalau sesiapa yang faham ialah laluan untuk Hudud dilaksanakan yang PAS bentang di Parlimen sebagai pembangkang bukan kerajaan,makna kata kalau sebagai pembangkang yang lemahpun PAS sudah memulakan usaha untuk melaksanakan Hudud, tak usah cerita kalau PAS menang.

RUU 355 adalah laluan yang dibuat oleh Arwah Prof.Ahmad Ibrahim untuk perlaksanakan Hudud dan undang undang jenayah Islam.PAS haya meneruskan usaha murni Arwah yang disifatkan oleh Mahathir sebagai anak melayu paling cerdik pernah dilahrikan dalam negara.Tapi malangnya, disebalik menyokong usaha arwah, ada pula balaci tokong mempersendakankan,Sudah berbuih mulut memberitahu kenapa RUU 355 masih ditangguh, tetapi balaci balaci tokong tetap mempersendakan malah mahu RUU 355 cepat cepat dibahas dan ditolak oleh parlimen.Islam jenis apa manusia macam ni.

Islam tu ugama yang menyeluruh dan perlu diikuti keseluruhan panduannya termasuk berhukum dengan hukum ALLAH dalam semua perkara.Kalau dalam hubungan suami Isteri, kita wajib mandi setiap kali selepas berjimak, maka begitu jugalah kita wajib mengenakan hukuman rejam kepada penzina,Cuma bezanya hukuman kepada penzina yang termaktub dalam Hudud perlu dilakukan oleh kerajaan bukan individu seperti dalam kes mandi wajib.

Oleh itu seseorang Islam yang menolak hukuman Hudud tetapi menerima hukum hukum lain boleh disifatkan sama dengan yahudi dan nasrani yang suka mengambil sebahagian perintah dan kufur engkar dengan perintah yang lain serta suka mengubah hukum, yang diharamkan oleh ALLAH dihalalkan dan sebaliknya.

Hudud tak perlu jadi menifesto PRU PAS kerana Hudud sudahpun menjadi menifesto PAS sepanjang masa.

.................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: senik
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

Malaysia Sejahtera: Tema Manifesto PAS-Gagasan Sejahtera

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net

a) Pada hari ini, Gagasan Sejahtera (GAGASAN) yang dianggotai oleh PAS, IKATAN dan BERJASA, serta badan-badan bukan kerajaan (NGOs) dan tokoh-tokoh (NGIs) mengumumkan, Manifesto GAGASAN yang bertemakan 'MALAYSIA SEJAHTERA' akan dilancarkan pada Ahad, 18 Mac 2018.

Pelancaran manifesto tersebut akan dilakukan dalam satu Majlis Syarahan Perdana yang akan disampaikan oleh Pengerusi GAGASAN, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang di Astana Banquet Hall, Cyberjaya.

b) Berikut adalah senarai sembilan teras penting yang menjadi dasar umum Manifesto GAGASAN yang bakal dilancar nanti:

1. Pembentukan sebuah kerajaan yang berintegriti, beramanah serta bebas daripada korupsi

2. Penambahan pendapatan boleh guna dan penjanaan peluang baru untuk rakyat

3. Pemberdayaan rakyat untuk meredakan kesan peningkatan inflasi dan kenaikan kos sara hidup

4. Pengurangan jurang agihan pendapatan dan kekayaan ekonomi antara kawasan bandar dan luar bandar

5. Peningkatan kualiti pendidikan ke arah pembinaan modal insan cemerlang

6. Pengharmonian sistem perundangan dan tadbir urus negara selaras dengan kehendak Syariah

7. Pengukuhan semula konsep federalisme dengan mengembalikan hak-hak tertentu kerajaan negeri

8. Pemerkasaan suara rakyat selaras dengan tuntutan syura dan amalan demokrasi

9. Penambahbaikan keberkesanan sistem sokongan sosial untuk golongan yang memerlukan

Fb Syed Ahmad Fadhli

20 tawaran utama Manifesto Malaysia Sejahtera

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net

CYBERJAYA - Gagasan Sejahtera secara rasminya mengumumkan 20 tawaran utama yang menjadi manifesto kepada rakyat menjelang PRU14.

Manifesto Malaysia Sejahtera itu diumumkan oleh Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ketika majlis Syarahan Perdana dan Pelancaran Manifesto Gagasan Sejahtera, sebentar tadi.

20 tawaran tersebut ialah:

1) Menghapuskan GST yang membebankan rakyat dan menggantikan dengan sistem percukaian lebih adil seperti Cukai Atas Simpanan Korporat dan Cukai Saham di Bursa Saham Malaysia.

2) Melupuskan hutang peminjam PTPTN yang sedia ada ada untuk meringankan bebanan anak muda sebagai satu inisiatif permulaan ke arah memberikan pendidikan percuma.

3) Memberikan bantuan makanan asasi kepada golongan fakir dan miskin secara bulanan menerusi program It'aam Kebangsaan.

4) Menawarkan bantuan one-off sebanyak RM2,000 sebagai modal kepada wanita berkerjaya untuk memulakan kerja dari rumah.

5) Melaksanakan program bas sekolah percuma untuk meringankan beban ibu bapa.

6) Bantuan pembelian kereta pertama bawah 1300 kuasa kuda menerusi pengecualian duti eksais dan pembiayaan pinjaman tanpa faedah (Qardul Hasan).

7) Mengurangkan harga rumah mampu milik antara RM50,000 hingga RM180,000.

8) Mengembalikan semula fungsi Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) sebagai program memperkasa golongan miskin serta luar bandar.

9) Menstrukturkan semula kadar bayaran tol bagi mengurangkan kos sara hidup rakyat menerusi semakan semula perjanjian konsesi tol melebihi 15 tahun.

10) Mewujudkan pentadbiran Malaysia yang bebas rasuah, selaras dengan kehendak dan tuntutan syarak menerusi konsep tadbir urus 'Ubudiyyah, Mas'uliyyah dan Itqan' (UMI).

11) Memperkasakan peruntukan Islam sebagai agama persekutuan dengan melaksanakan tuntutan Islam sebagai al-Din iaitu sistem yang melengkapi seluruh aspek kehidupan.

12) Menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar bagi semua mata pelajaran dalam sistem pendidikan negara.

13) Kembalikan sistem kuota di institut pengajian tinggi awam (IPTA) bagi mengimbangi jurang pendidikan antara golongan kaya dan miskin, masyarakat bandar serta luar bandar.

14) Pertimbangkan semula pelaksanaan dasar pembangunan yang berupaya membasmi kemiskinan dan menyusun semula ketidakseimbangan ekonomi dalam kalangan rakyat Malaysia.

15) Bantu kerajaan negeri membuka rancangan pembangunan tanah, khususnya untuk golongan muda.

16) Bangunkan penempatan baharu mampu milik untuk generasi kedua dan ketiga Felda.

17) Membantu golongan OKU menerusi pemerkasaan sistem sokongan berasaskan potensi dan keupayaan diri.

18) Mewujudkan Pusat Komuniti Keluarga Sejahtera (PKKS) di setiap daerah dan lokaliti yang memerlukan untuk memberi khidmat kaunseling, perundangan, kemahiran, bimbingan agama serta latihan keibubapaan.

19) Menyemak kembali nisbah anggota keselamatan berbanding populasi setempat untuk kurangkan kadar jenayah.

20) Menambah bilangan doktor pakar dan hospital pakar untuk memenuhi keperluan penduduk berasaskan nisbah disyorkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Mar 20, 2018 8:04 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



"Saya Harap Ibu Ayah Tak Perlu Kerja Kuat Lagi Bila Saya Berjaya Nanti", 'The Legend of Iskandar', Dia Bukan Pelajar Biasa
siakapkeli.my

Kesusahan hidup yang dilalui seorang pelajar ini tidak sedikit pun melunturkan semangatnya untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini.

Apabila ditanya, remaja ini yakin dan percaya kejayaan dalam pelajaran mampu mengubah nasib keluarga serta dapat membahagiakan kedua ibu bapa tercinta..

Walaupun melalui kesempitan hidup, dia tidak menjadikan hakikat itu sebagai alasan untuknya berjaya. Perkongsian daripada Facebook milik Ali Iqbal Roslani menceritakan susah payah seorang pelajar bernama Iskandar bersifat luar biasa daripada remaja lain.

Berjaya mencipta sejarah disalah sebuah institusi pendidikan di Johor Bahru, Iskandar layak dijadikan contoh pelajar-pelajar lain untuk lebih kedepan dan mencapai matlamat hidup. Mari ikuti perkongsian dibawah semoga dapat dijadikan inspirasi buat kita semua.

THE LEGEND OF ISKANDAR

Hari ini 15/3/2018 mencatat sejarah buat bekas pelajar lepasan SPM 2017 MRSM Johor Bahru bernama Mohamad Iskandar bin Mohamad...beliau mendapat straight A bagi semua matapelajaran SPM.. Tahniah..namun beliau bukan pelajar biasa..tetapi luarbiasa..mungkin lain cikgu..lain ceritanya..ini sekadar apa yg saya lalui..anak homeroom cikgu hamidah f1-f3, f4-f5 cikgu Fuad Galaticos Anaconda tahniah cikgu midah cikgu fuad

15/1/2013..6 tahun lalu.. Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 MRSM Johor Bahru... ketika itu saya cikgu yang dilantik sebagai AJK Fotografi dan Dokumentasi...Saya tertarik melihat seorang pelajar yang bertubuh kecil ini...saiznya mmg kecil..saya tegur dan dia memperkenalkan diri sebagai Iskandar..sempat snap beberapa keping gmbr dia sbb mmg sepanjang masa dia asyik tersengih mungkin gembira mendapat tempat di mrsm..
Gambar Hiasan


Saya juga masa itu adalah warden asrama lelaki..saya sememangnya amat tegas dgn pelajar tp xde la semua benda nk marah nk garang..sebelum light off rutin saya akan ronda dlu bersama rotan double decker disalut strapping putih ragbi bagi prestasi terbaik haha..(mcm biasa budak mmg bising..sekali laungan singa terus senyap la haha) tiba2 si Iskandar kecik ni duk seronok belari sana sini dekat koridor..dia xsempat brek..dia slide celah kangkang saya!!!! bertuah punya budak!!! Mentang2 size dia kecik..kita tinggi..adoiii hahaha slide atau bahasa bola nutmeg kot..betapa hanginnya masa tu saya denda dia lari keliling asrama 3 round combo starlight sebab nak sangat berlari kan..hahaha habis denda berkali2 dia minta maaf dan minta jgn lapor pada ayah dia..da abis sempt dia menoleh sengih..sabo jela haha

Siapa Iskandar ni...??saya share supaya pelajar2 kena amik iktibar tentang kisah dia..

Dia berasal dari keluarga ssh..ayahnya pengawal keselamatan / guard kt rumah anak2 yatim Persatuan Kebajikan Darul Hanan Johor Bahru..masa warden dulu selalu perasan ayah dia gigih naik moto amik dia masa PB dan masa visit pasti dia bekal makanan dalam tupperware (maybe ibunya masak sendiri)..Iskandar xpenah malu dng background familynya yang ssh..dia xpenah minta2 dgn orang..ibunya tidak bekerja..saya begitu respect dgn Iskandar kerana dia tau dia berasal dari keluarga yg ssh...dia pandai jaga diri, nama keluarga dan dia belajar bersungguh-sungguh.. 5 tahun di MRSM Johor Bahru..dia xpenah ada masalah displin sahsiah..5 tahun dia menuntut ilmu dengan pelbagai rintangan..akhirnya hari ini tiada apa yang lebih membahagiakan kedua-dua ibu bapanya malah rakan2 guru melihat dia mencatat keputusan cemerlang dalam SPM 2017..bukan saya nk membanding2 anak2 pelajar lain..saya nk tegaskan..lihat dan sedar diri bagaimana dia berusaha demi keluarga...xpernah menggunakan pelbagai alasan....kita perlu berusaha untuk keluarga kita..harapan ibu dan ayah..

Paling saya igt ayahnya..en mohamad..dtg ke sek utk bayar yuran sekolah... saya masih igt..ayahnya berpakaian pengawal keselamatan... tak ckup 10 sen je pun..saya beritau..takpelah biar saya tmmbah duit 10 sen tu.. tp en mohammad tetap berkeras pulang ke rumah utk ambil wangn10 sen tu .. masya allah... tak pernah saya jumpa ayah yg begini... saya igt kata2 ayahnya...walaupuun 10 sen tp nie amanah utk bayar... masya allah hebat orgnya...

Iskandar bukanlah pelajar yg asalnya pandai..pel sederhana..tp dia rajin .... dan mula menyinar semasa di darjah 6

Iskandar kalau kamu baca coretan cikgu ni..hargailah ibu bapa kamu.. btapa mulianya mereka bersusah payah utk memastikan kamu jadi pelajar berjaya..

dari cikgu Mohaini Jawati

sempat saya interview dia sekejap tadi..

Nama Ayah= Mohamad bin Abd Wahab

Nama Ibu= Esah binti Derahman

"Saya belajar sbb nk berjaya mcm org lain supaya dpt Bantu keluarga saya. Saya selalu fikir kalau org lain dpt berjaya kenapa saya tak dpt nk berjaya jugakkan? So saya pun kena berjaya semampu yg saya boleh. Ada org yg berjaya Dari segi kokurikulum tapi bagi org yg fizikal mcm saya mestilah Susah sikit, so saya cuma dpt fokuskan diri utk berjaya dlm bidang akademik je Dan alhamdulillah dpt jugak menggembirakan keluarga saya."

"Tip study Dan berkawan= Saya suka study kt tmpt yg tak ramai org sbb boleh fokus Dan saya suka study dgn kwn2 saya yg nk study jugak. Bila cikgu ajar dgr je Dan kalau dh tak dpt nk fhm apa yg cikgu ajar Tu jgn buat benda lain,jgn tido dlm kelas, just dgr je (buat2 fhm) Dan cover semula nnti."

"Paling PENTING, kena Jaga hati cikgu.
Waktu belajar jugak saya suka dikelilingi kawan2 saya yg pandai2 Tu sbb saya fikir atleast mudah-mudahan nnti saya pun jadi pandai."

Gambar Hiasan

"Impian saya utk family= saya harap Ibu ayah saya dh tak perlu kerja kuat lagi lepasni Dan diorg akan dpt hidup lebih senang sikit nnti bila saya dh dpt kerja ke...mcm tulah.
Kalau Ada rezeki lebih boleh hntr diorg pergi Haji kan"

Dikesempatan ini juga saya cikgu ebay mengucapkan tahniah kepada semua lepasan SPM 2017 samada cemerlang atau tidak..ini bukan pengakhiran..tetapi ini permulaan hidup anda,,teruskan berjuang..jgn lupakan kami disini..sehingga akhir nafas anda tetap anak murid kami..dan kami cikgu anda..

tahniah pihak pengurusan maktab..pihak MUAFAKAT MRSM Johor Bahru yang membantu dlm pelbagai perkara...para rakan guru yang mendidik xpenah kenal penat lelah....tahniah kepada rakan2 staf yang amat banyak membantu para pelajar dan guru...tahniah buat ibu bapa anda juga adalah pendidik yang sebenar.....tahniah kepada pelajar atas segala2nya..

Anak2 pelajar selalu igtkan diri anda pekara ini..
"Setitik air mata ibu dan ayah mengalir disebabkan kejayaan, kebaikan, kita..ibarat selaut pahala yg anda dpt.." usahakan ini..

Ikhlas cikgu ebay

Itu gambar dia masa tingkatan 1 Hari Pendaftaran 15/1/2013

Siakapkeli.my

Dua gadis terlibat bogelkan Pak Ya direman
bloglist-malaysia.blogspot
gigitankerengga.blogspot
FARAH SHAZWANI ALI

Dua gadis yang direman bagi membantu siasatan berhubung kejadian memalukan Pok Ya.

KUALA TERENGGANU - Dua gadis berusia 17 tahun direman selama tiga hari bagi membantu siasatan berhubung kejadian sekumpulan remaja memalukan seorang lelaki kurang upaya yang dikenali sebagai 'Pok Ya Cong Codei'.

Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Sesyen/Majistret Kuala Terengganu, Rosila Nik bermula hari ini sehingga Khamis depan.

Kedua-dua suspek ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana perkataan atau isyarat yang dimaksudkan mengaibkan kehormatan seseorang dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Difahamkan, polis kini sedang mengesan dua lagi rakan suspek yang berada di tempat kejadian bagi membantu siasatan dan polis turut merampas beberapa barang kes termasuk dua telefon bimbit untuk siasatan.

Dalam kejadian awal pagi Ahad lalu, kumpulan remaja itu dikatakan bertindak membogelkan mangsa, sebelum menabur pasir ke alat sulitnya.

Malah, kedua-dua tangan lelaki lembam itu turut diikat dan kejadian itu difahamkan berlaku di Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu.

Bagaimanapun, rakaman kejadian itu tular di Facebook tidak lama kemudian dan mendapat kecaman dari netizen yang berang dengan kejadian berkenaan dan meminta pihak yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan.

Pok Ya terkenal di kalangan orang tempatan dan sering menghiburkan pengunjung di Pantai Batu Burok sebagai pemuzik jalanan.

Peralatan Restoran Milik Aliff Syukri Dirampas
bloglist-malaysia.blogspot
ekeleh.com
Peralatan di restoran milik usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman, 31, iaitu Romah Makan Terlajak Laris dirampas setelah diserbu pihak berkuasa tempatan (PBT) kerana difahamkan tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Restoran itu yang baru beroperasi Januari lalu yang terletak di Kota Damansara, Petaling Jaya.

Beberapa peralatan termasuk meja yang diletakkan di kaki lima berhadapan premis itu telah dirampas oleh penguatkuasa kerana didapati menghalang laluan, lapor Utusan Online.

Bagaimanapun Aliff menerusi media sosial menjelaskan, operasi di restorannya masih berjalan seperti biasa walaupun mengakui berasa amat kecewa dengan tindakan tersebut.

Sementara itu, jurucakap Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) memaklumkan akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat berhubung kejadian yang berlaku malam tadi.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Mar 20, 2018 8:08 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Peminat Dakwa Lagu Mambang Dari Altimet Sindir Malique, Gong Nekara Jadi Balasan
siakapkeli.my

17 Mac - Baru-baru ini penyanyi rap terkenal, Altimet telah mencipta sebuah lagu yang bertajuk Mambang. Ramai yang mengatakan bahawa lagu itu menyindir seorang lagi penyanyi rap yang sudah tidak muncul lagi di kaca TV iaitu Malique.

Altimet menafikan perkara ini sekeras-kerasnya menerusi laman Twitter beliau, namun itu tidak cukup untuk menutup spekulasi ini selepas anak didik Malique pula muncul dengan sebuah lagu yang seakan menyindir Altimet.

Menguatkan lagi gosip bahawa lagu itu memang untuk Malique apabila lirik-lirik yang ditulis sangat kena dengan latar belakang dan perjalanan Malique dalam industri seni tanah air. Berikut adalah klip video lagu Mambang

Elak Beli Kereta Mahal Kalau Baru Kerja, Tak Guna Pakai ''Kereta Sedap'' Tapi Sudahnya Merana Bayar Bulan
siakapkeli.my

Trend sebilangan anak muda kini yang lebih mementingkan gaya hidup dari keutamaan tanpa memikirkan kesan pada masa akan datang. Manakan tidak, lepas graduate dan mendapat kerja terus nak membeli kereta. Kalau boleh, kereta mestilah baru dan mahal.

Realiti, untuk nampak bergaya hinggakan sanggup ikat perut di hujung bulan dek gaji yang cukup-cukup makan pun tidak apalah.

Tidak ada yang salahnya membeli kenderaan untuk keperluan anda, namun silapnya baru bekerja tetapi membeli kereta lebih daripada separuh gaji. Itu tidak lagi dipanggil keperluan wahai anak muda, tapi kehendak jiwa.

Ambil sahaja kereta yang biasa, walau kereta terpakai sekalipun. Lebih baik tanam azam untuk beli rumah dari beli kereta idaman.

Perkongsian oleh Amir Syahir melalui laman facebook mungkin boleh dijadikan panduan untuk anda. Fikir dulu masak-masak sebelum buat keputusan. Apapun pilihan di tangan sendiri. Semoga bermanfaat !

Kenapa Jangan Beli Kereta Mahal-Mahal Dulu?

1. Komitmen bulanan akan tinggi jika ansuran bulanan kereta dah separuh gaji. Kau pun terbeban duk bayar bulanan. Apa guna kereta sedap tapi merana duk bayar bulan-bulan kan.

2. Nisbah hutang kepada pendapatan (DSR) kau mungkin tinggi melangit. Kalau DSR lebih 70% memang bank tak nak terima permohonan pembiayaan perumahan kau dah.

3. Kau tak mampu nak menyimpan deposit rumah kerana terpaksa bayar ansuran bulanan dan kos petrol serta kos yang lain.

4. Kereta beli tahun ni RM80K tahun depan dah jadi RM56K saja. Harga kereta akan turun 20%-30% setiap tahun.

5. Rumah selalunya akan naik harga. Tahun ni harga RM100,000 tahun depan dah RM110,000.

6. Kereta adalah keperluan, tapi beli kereta separuh daripada gaji tu kehendak. Beli kereta semata-mata nak menunjuk tu tak elok.

7. Beli kereta tak salah, tapi ramai yang tersalah beli kereta.

Kereta pertama kau seharusnya bersamaan setahun gaji.

Jika gaji RM3000 x 12 = RM36,000. Boleh beli harga kereta Axia, Saga atau Myvi sahaja.

Guna juga fomula ini dalam membeli kereta ;

20:5:15

20% Deposit kereta

5 Tahun tempoh pembiayaan

15% Dari gaji untuk ansuran kereta. Pastikan dibawah 15%.

Kau baru kerja, beli kereta terpakai pun okay. Beli kereta terpakai bukan dosa. Kalau nak kereta baru pun, beli lah kereta tempatan. Beli kereta ansuran bulanan tak lebih 15% daripada gaji.

Jom tanam azam beli rumah dulu sebelum beli kereta idaman. Dah lama kerja, gaji pun dah besar. Masa tu nak beli kereta idaman beli lah. Kah!

SHARE | TAG pakwe kau yang minat kereta. Yang duk fikir pasal kereta je manjang.

Siakapkeli.my

Cahaya 'Misteri' Terkam Teksi Sebelum Terbabas Menjadi Tanda Tanya
siakapkeli.my

Baru-baru ini, sebuah rakaman yang memaparkan cahaya yang dikatakan 'hantu' menerkam sebuah teksi sehingga terbabas merempuh sebatang pokok tular di media sosial.

Video tersebut dilaporkan dirakam di Hong Kong pada 9 Februari oleh kamera papan pemuka (dash cam) kenderaan lain yang berada di belakang teksi tersebut.

Pada mulanya, teksi tersebut dilihat dipandu di jalan yang agak gelap sebelum satu cahaya putih muncul dari arah tepi jalan secara tiba-tiba dan dengan pantas menerkam teksi tersebut.

Kejadian yang menyeramkan itu telah membuatkan pemandunya takut dan tidak dapat mengawal kenderaan sebelum teksi itu dilihat terbabas jalan bertentang dan merempuh sebatang pokok.

Klip video itu telah mendapat lebih dari 80,000 tontonan dan menerima pelbagai respon dari netizen.

Sumber- Daily Star

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Mar 20, 2018 8:08 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Isu pasar di Kelantan, siapa yang untung?

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net
"

Assalamualaikum,,,

Selawat dan Salam ke atas Junjungan,,, Nik Amar ada bagi tahu isu pasar di Pasar Putih dibuat oleh penykong Umno dan kesemua peniaga yang enggan berpindah itu adalah orang Umno tetapi yang bising sampai tak larat bersuara ialah orang PINK sehingga menuduh kerajaan PAS Kelantan lebih jahat dari zionis sebab usir peniaga dari pasar itu lebih jahat dari membunuh orang Islam Plastin.Berita yang diterima menyatakan hanya 20 orang peniaga yang datang mendengar keputusan mahkamah ketika permohonan penanggguhan meroboh pasar tersebut dibuat tetapi pemuka pemuka berwajah itik PINK yang suka piss melompat lompat kononnya rakyat Kelantan sudah menewaskan kerajaan zoinis, kelakar gila...ha,ha,ha....

Pagi tadi ketika berbual dengan kawan, baru saya sedar rupa rupa ada shoping komplek di KL sudah dirobohkan.Tak silap Ampang shopping complex dan Pertama shoping complex(betulkan kalau saya salah).Shoping komplek ini sudah expiry di tengah tengah bandar sebab itu dirobohkan dan sudah pun digantkan dengan komplek yang baru., tapi saya tak pasti apa terjadi dengan peniaga di sana tetapi saya pasti tak ada kekecohan yang berlaku seperti di Pasir Putih.Kenapa?

Kalau bukan kerana ingin menangguk di air keruh apa lagi? Pasar di Pasir putih dan di banyak tempat lagi sudah lama expiry dan kerajaan PAS Kelantan sudahpun menggantikan dengan pasar baru untuk kebaikan peniaga dan pengguna, apakah tindakan menjaga kepentinga bersama ini dianggap menyusahkan rakyat? Apakah dengan 20 orang peniaga sudah cukup mengatakan kerajaan PAS tidak adil dan tidak mengambil berat masalah rakyat?

Inilah yang peliknya apabila tindakan mengarah peniaga pindah ke pasar baru dianggap tidak betul dan tidak menjaga kepentingan rakyat.Sehingga disamakan dengan zoinis yang semua sudah tahu agendanya .Yang peliknya, peniaga yang enggan berpindah itu dikatakan orang Umno tapi yang tampil membela mereka itu PINK yang gemar piss seperti itik di air.

Apa cerita PINK yang bela orang Umno.Pi mampuslah dengan mereka kalau tak nak mahu berpindah.Depa sudah saman tuntut gantirugi buat apa nak halang pasar diirobohkan.Kalau menang samanpun depa cuma dapat duit bukan tak perlu berpindah. Ini tak,.0

melompatnya PINK suka piss macamlah mereka sudah menang negeri dan macam macam tuduhan dilemparkan kepada PAS.Orang kata bongok kan tak mengaku!

Nak disedapkan cerita, direka pula kisah di Rantau Panjang di mana peniaga didakwa bersungut kerana akur arahan berpindah tidak seperti Pasir Putih yang peniaganya lebih berani kerana jualan semakin berkurangan kerana kekurangan pelanggan yang datang serta persaingan dengan peniaga swasta di sekitarnya.Kerajaan negeri dipersalahkan kerana tidak membuat promosi ala promosi komplek baru yang menjadi kebiasaan kini dan kadar sewa juga tinggi.Itu dakwaan yang sedang diidendangkan, betul atau salah belum tahu lagi.

Apa yang pasti cerita ini hendak dijadikan sandaran untuk peniaga yang enggan berpindah di Pasir Putih dan yang lebih menarik lagi pihak yang banyak terlibat membuat kecoh menerusi tuduhan dan cercaan ialah PINK baik dari pemimpinnya sehinggalah macainya dan yang terlibat secara langsung dari segi perlakuan dan tindakan fizikal ialah orang orang Umno. Umno berharap mendapat kelebihan politik dari isu pasar yang dibisingkan oleh PINK. PINK pula berharap untuk menarik lebih ramai pengundi PAS yang berpaling tadah kepadanya tetapi samada sedar atau tidak Umno yang nak dilawannya sedang menangguk di air keruh tepi insyaalah rakyat Kelantan tidak tinggal di air keruh.

Pada orang yang berfikiran waras, perobohan Pasar itu hanyalah tindakan pengurusan sama seperti perobohan komplek di KL.Tiada kepentingan lain dan tidak perlu tunggu PRU untuk itu.

"................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: senik
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

Kerajaan negeri sudah berlembut, beri tempoh setahun - Mohd Amar

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net

KOTA BHARU: Kerajaan Pas Kelantan sudah berlembut dan memberi tempoh selama setahun untuk para peniaga pasar Pasir Puteh untuk berpindah ke tapak baharu iaitu di Pasar Siti Hajar.

Namun, menurut Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, sehingga tarikh ini, sebahagian peniaga masih enggan berpindah dengan pelbagai alasan selain memfailkan perintah injuksi di Mahkamah Kota Bharu.

Katanya, walaupun permohonan mereka sudah ditolak di mahkamah, peniaga berkenaan masih lagi degil dan enggan berpindah ke tempat baharu hingga memaksa kerajaan negeri tiada pilihan selain merobohkan pasar lama itu.

"Kerajaan dah buat pasar baharu lebih bersih dan sudah setahun bincang suruh pindah, peniaga bawa kes ke mahkamah, mahkamah tolak dah, lagi pun pasar lama tu kerajaan bina lepas tu pasar baru pun kerajaan juga bina, bukan milik peniaga itu, apa masalahnya dia tak mahu pindah" katanya ketika menyampaikan ceramah di Kampung Sering malam tadi.

Situasi di kawasan pasar Pasir Puteh tenang hingga memaksa pasukan polis untuk meredakan keadaan. - Foto Astro AWANI/ Vivi Sumanti

Mohd Amar yang juga Naib Presiden Pas, mendakwa sebahagian dari peniaga sudah berpindah tinggal sebahagian lagi peniaga yang dipercayai penyokong UMNO yang bertindak menentang tindakan kerajaan negeri.

"Mereka kata kerajaan kita zalim, mereka jadikan sebagai isu politik dekat pilihan raya sedangkan semasa era Menteri Besar Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah mengarahkan untuk menangkap tiga orang yang menceroboh tanah kerajaan secara haram," katanya.

Mohd Amar berkata demikian sebagai memberi reaksi insiden kekcohan dan ketegangan yang berlaku semalam melibatkan lebih 300 peniaga yang menghalang operasi merobohkan pasar lama oleh anggota penguatkuasa Majlis Daerah Pasir Puteh, MDPP.

Operasi merobohkan pasar berkenaan terpaksa ditangguhkan kerana situasi tegang tersebut yang memaksa sepasukan polis campur tangan untuk meredakan keadaan.

Situasi tenang di pasar Pasir Puteh memaksa pasukan polis untuk meredakan keadaan. - Foto Astro AWANI/Vivi Sumanti

----- Original Message -----
From: -:rIeNaCoM:-
To:
Sent: Thursday, March 15, 2018 11:17 PM
Subject: Fw: Roboh Pasar Pasir Puteh

Pasar itu hak milik kerajaan negeri, peniaga hanya sewa sahaja - Nik Amar
kedahlaniie.blogspot

Peniaga enggan pindah orang Umno, kata Nik Amar

Pas Kelantan menyifatkan peniaga pasar Pasir Puteh yang enggan berpindah hingga berlaku kekecohan semalam adalah orang Umno yang mahu menimbulkan persepsi buruk terhadap kerajaan negeri menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Timbalan pesuruhjaya parti itu, Datuk Mohd. Amar Abdullah berkata kerajaan telah menyediakan pasar baru yang lebih selesa dan mereka yang telah berpindah berpuashati dengan tempat baru.

"Pasar baru yang disediakan kerajaan lebih strategik, kawasan lebih bersih dan tempat letak kereta lebih luas.

"Orang ramai juga menyatakan rasa lebih mudah untuk berurusniaga di tempat baru itu," katanya dalam majlis ceramah malam tadi.

Pasar itu katanya milik kerajaan dan menjadi hak kerajaan untuk merobohkanya.

"Peniaga itu hanya menyewa dengan kerajaan.

"Tempat itu bukan milik mereka dan tidak hak untuk menghalang apa-apa keputusan pihak kerajaaan," katanya.

Dalam kejadian semalam peniaga yang masih beroperasi di pasar lama membuat perisai manusia menghalang jentolak yang cuba meruntuhkan pasar itu.

Menurut persatuan peniaga sejumlah 375 daripada 500 Peniaga belum berpindah kerana tuntutan mereka akan didengar di Mahkamah pada 5 Mac ini.

Kekecohan berlaku sepanjang hari sehingga peguam bagi pihak peniaga mendapat perintah mahkamah supaya operasi merobohkan pasar itu ditangguhkan.

Pas Kelantan lebih jahat daripada Yahudi zionis?

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net

"

Dua tiga hari ini kecoh pas Kelantan, bukan Pas Pusat di tuduh lebih jahat daripada Yahudi zionis.

Hujahnya majlis penbandaran Pasir Puteh hendak roboh pasar Lama pekan tersebut.

Yang peliknya Pas Kelantan dituduh jahat macam yahudi, akan tetapi ada agamawan di Malaysia yang bercermah dalam TV berkata, tiada masalah dengan Yahudi.

Apabila tiada masalah dengan Yahudi, maka boleh, kalau nak jadikan kawan.

Boleh, kalau nak berkawan, bermakna Yahudi tidak jahat. Mengapa tuduh Pas Kelantan jahat macam Yahudi zionis.

Kalau jahat macam mana dihujahkan boleh dijadikan kawan.

Lagi pelik ada agamawan di Malaysia berkata, tidak boleh kata kafir musuh Islam.

Bukan satakat tidak boleh kata kafir musuh Islam ,malah ada sesetangah agamawan yang berkeliaran sebagai pendakwah berkata, tidak boleh kata kafir itu kafir. Hujjahnya, kalau dia islam kan?

Kalau begitu Islam pun tidak boleh kita kata dia islam, kerana mana tahu dia masuk kristian (jadi kafir). Sebab sehingga hari sudah ratusan ribu orang melayu islam jadi kafir (kenyataan media mufti Perak Datuk Seri Harusani Zakaria)

Yahudi boleh dijadikan kawan dan orang kafir tidak boleh kata dia musuh islam dan tidak boleh kata dia kafir bukan isu baru, Malah sudah lama bertapat di Malaysia ini.

Hari ini kerajaan satu Malaysia sudah bawa masuk yahudi yang dahulu sangat sukar untuk memasuki Negara ini.

Bukti, Yahudi tidak jahat miskipun membunuh 2.5 juta umat islam di Palestin

Atas sebab yahudi boleh dijadikan kawan dan kafir tidak boleh kata yang dia musuh islam.Kerajaan Malaysia bawa masuk yahudi ke dalam Negara ini.

Allah berkata yahudi (kafir) adalah musuhnya . musuh Rasulullah SAW dan musuh Islam.

Hari ini ada agamawan di Malaysia berkata kita tidak boleh tuduh mereka musuh Islam.Sebaliknya boleh buat kawan, kalau mahu jadikan kawan.

Sekarang ini semua sedia maklum dan sudah faham,bahawa Allah telah berkata dalam Al Quran kafir adalah musuh Islam. Anehnya ada agamawan berkata kafir bukan musuh Islam (tidak boleh kata mereka musuh Islam)

Allah yang kata kafir musuhku, musuh Rasulullah SAW dan musuh Islam.Orang Melayu Pasir putih Kelantan tuduh Pas lebih teruk daripada Yahudi.

Dan juga ada yang berkata pas Kelantan lebih teruk daripada zionis, kerana hendak roboh pasar lama Pasir puteh.

Kita kena umno. Umno parti orang Melayu. Pas juga parti orang melayu di beri nama parti Islam semalaysia.Kita kena Pan, juga orang Melayu serpihan Pas.

Keempat empat parti ini (umno, Pas, BERSATU dan PAN) bermusuh satu sama lain. Lebih lebih lagi dalam demam piliharaya umum ke.4

Hari ini umno dan pas walaupun masih bermusuh, tetapi telah, boleh dan sedang bekerjasama pada konsepsi amar maaruf.

Manakala konsepsi nahi mungkar tiada kaitan dengan pas .Pas masih tidak setuju dengan kemungkaran yang dilakukan oleh umno.

BERSATU yang diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Pan yang di terajui Mohamad Sabu menganggap pas adalah musuh utama yang diserang bertubi tubi.

Serangan itu dikepalai pengerusi Pakatan harapan Tun Dr Mahathir Mohammad.

Yang peliknya mereka orang melayu. Sudah tentu orang melayu itu orang umno, orang BERSATU dan orang PAN buat tuduhan, pas Kelanatan jahat macamyahudi.. Jahat, kerana nak roboh pasar lama pasir puteh.

Mereka seakan yakin usaha majlis bandaran Pasir Puteh yang dating hendak merobohkan pasar lama pasir Puteh itu semacam ada persamaan dengan usaha Yahudi yang telah dan sedang meroboh rumah rumah umat islam di Palestin.

Samakah? nak roboh pasar lama pasir Puteh dengan yahudi yang meroboh rumah rumah umat islam di palestin.

Sudah tentu tak sama. Yahudi roboh rumah rumah umat Islam palestin untuk dijadikan hak mereka .

kerja tersebut adalah kerja merampas hak umat islam.Tapi kerja majlis bandaran pasir Puteh nak roboh hak milik kerajaan Kelantan.

Pasar lama Pasir Puteh bukan hak milik perniaga pekan tersebut. Ia adalah milik kerajaan dan kerajaan sudah sediakan pasar baru yang dikatakan sangat trategik berbanding pasar lama.

Meroboh pasar lama pekan pasir Putih Kelantan itu sudah tentu jauh bezanya dengan yahudi yang meroboh rumah rumah umat islam di Palestin..

Peniaga peniaga pasar lama pekan pasir Putih sudah diberi amaran untuk pindah ke pasar baru yang disediakan oleh kerajaan pas Kelantan.

Perniaga peniaga enggan pindah. Mereka Enggan berpindah. Enggan merupakan sifat degil.

Allah memberitahu kepada kita Yahudi orang yang paling degil. Jadi degil itu ada pada yahudi.Jika kita degil maka kita memiliki sifat yahudi.

Macam mana mereka menuduh pas Kelantan jahat macam yahudi,sedangkan apa yang dilakukan itu suatu yang tidak bercanggah dengan Islam.

Kerajaan Pas Kelantan nak roboh bangunan lama pasar pekan pasir Puteh dan sudah disediakan sebuah pasar baru yang dikatakan juga strategic dan baik untuk perniaga tempatan.

Yahudi adalah musuh Allah musuh Rasulullah SAW dan musuh Islam, Sekarang ini pas pula di katakan Yahudi oleh orang musuh politiknya di Pasir Puteh Kelantan.

Tak semena mena pas Kelantan pula yang jadi musuh Allah, musuh Rasulullah SAW dan musuh islam.Wow. Ya ke.Tak musabah langsung. macam tak masuk akal je..

Sesungguhnya ini bersesuai dengan hujah Ustaz Ahmad Awang,yang berkata, pas bukan parti Islam sebenar. Parti islam sebenar adalah parti Pan yang diterajui Mat Sabu.

Inilah karenah orang politik yang pernah menjadi reality sebelum ini dan tidak musthil ia akan lebih buruk dan teruk dalam waktu sedang demam pilihanraya umum yang bakal diadakan bila bila masa sahaja daripada sekarang.

"................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: anaabdullah
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

Roboh Pasar Pasir Puteh : Benarkah Undang Undang Tidak Dipatuhi?

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net

Pagi tadi gempita seluruh alam, puak pembenci kerajaan negeri berteriak lagak pahlawan, kononnya membela para peniaga yang masih tersisa di Pasar Lama Pasir Puteh, yang enggan berpindah ke Pasar Baharu Siti Hajar.

Ramai yang menuduh kononnya kerajaan negeri seperti Zionis, seakan akan Yahudi dan segala bagai watak antagonis atas kerana kekecohan di tanah Tok Janggut pagi tadi.

Husam pula bersiaran dari nun jauh di bumi London, memperlihatkan keprihatinan beliau akan isu ini. Dan beliau menasihatkan juga agar kerajaan negeri menangguhkan tindakan tersebut sehingga selepas PRU nanti. Adakah Husam fikir kerajaan negeri Kelantan ini bersikap hipokrit? Menangguhkan tindakan hanya kerana mahu menempuh PRU? Ini bukan cara PAS. Sekiranya kebenaran itu pahit, namun memberi kebaikan kepada rakyat, maka PAS akan terus tempuh dan tangani.

Lantas, mari kita lihat sebentar, adakah kebisingan pagi tadi berlaku kerana pihak Majlis Daerah tidak mengikut aturan undang undang? Adakah pihak berkuasa tempatan melanggar arahan mahkamah? Atau apa isu sebenarnya?

Ayuh ikuti baris demi baris kronologi kes ini.

*KRONOLOGI KES MAHKAMAH PASAR LAMA PASIR PUTEH*

*KES PERMOHONAN INJUNKSI OLEH PENIAGA*

*1/2/2017* : Notis dikeluarkan oleh MDPP mengenai penutupan dan perpindahan premis Pasar Besar Pasir Puteh ke Pasar Siti Hajar berkuatkuasa 1/3/2017. Pemotongan bekalan elektrik dan air akan dilakukan pada 2/3/2017.

*28/2/2017* : Notis permohonan secara ex parte oleh peniaga memohon perintah injunksi seperti berikut:-

_a) MDPP dilarang menghalang operasi perniagaan di premis Pasar Besar Pasir Puteh dari beroperasi seperti biasa bermula 1/3/2017 sehingga selesai keputusan kes ini._

_b) MDPP dilarang memotong bekalan elektrik dan air di Pasar Besar Pasir Puteh._

_c) MDPP dilarang mencagar, memajak, memberi sewa atau melupuskan Pasar Besar Pasir Puteh kepada mana-mana pihak._

_d) MDPP dilarang meluluskan sebarang kontrak pembinaan semula apa-apa bangunan komersial di tapak Pasar Besar Pasir Puteh._

Mahkamah perintahkan permohonan didengar secara inter parte. Mahkamah tetapkan tarikh 1/3/2017 supaya MDPP memasukkan kehadiran.

MDPP terima notis permohonan injunksi daripada peguam peniaga Tetuan N.M Amin & Associates.

MDPP melantik Tetuan Aini Hayati sebagai panel peguam MDPP.

*1/3/2017* : Mahkamah tetapkan permohonan didengar secara inter parte dan kedua-dua pihak dibenarkan untuk memfailkan affidavit masing-masing.

*7/3/2017* : Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kes Mahkamah Bil.01/2017.
Perbincangan mengenai affidavit jawapan MDPP.

*26/3/2017* : Bicara Tangguh - peniaga minta pengesahan Juruukur bagi keluasan pasar lama.

*16/4/2017* : Bicara Tangguh - mahkamah minta pihak-pihak berbincang dengan cadangan masing-masing.

*27/4/2017* : Bicara Tangguh - mahkamah minta pihak-pihak kemukakan gambar perbandingan pasar lama dan pasar baru.

*29/5/2017* : KEPUTUSAN - *Mahkamah Tinggi Kota Bharu menolak permohonan injunksi dengan kos. Arahan pindah berkuatkuasa selepas 19/7/2017 selepas perbicaraan kes Writ Saman Tuntutan Gantirugi.*

*9/8/2017* : Kes telah difailkan peniaga ke Mahkamah Rayuan. Pengurusan Kes kali-1.

*6/9/2017* : Pengurusan kes kali 2. *Peniaga bersetuju menarik balik rayuan injunksi mereka terhadap MDPP dengan kos sebanyak RM2,500.*

*25/9/2017* : Notis penarikan balik rayuan.

*KES INJUNKSI SELESAI*

....................
Ini membawa maksud, injunksi yang dibawa oleh peniaga untuk menghalang 4 perkara seperti dalam catatan di atas telah GAGAL. Malahan peniaga sendiri menarik balik Rayuan mereka di Mahkamah Rayuan.
.......................
Berikut adalah Saman kedua oleh peniaga kepada MDPP yang juga berlangsung sejak tahun lepas.

*KES SAMAN TUNTUTAN GANTIRUGI OLEH PENIAGA:*

*27/2/2017*: Notis Permohonan tuntutan Persatuan Peniaga terhadap MDPP:-

a) Gantirugi Am
b) Gantirugi Khas
c) Gantirugi Teladan
d) Gantirugi Teruk
e) Faedah 8% ke atas semua jumlah gantirugi dari tarikh penghakiman sehingga selesai
f) Kos anakguam dan peguamcara
g) Apa-apa relief dan perintah yang suai manfaat Mahkamah ditafsirkan sesuai dan adil.

*29/3/2017* : Pengurusan kes 1.

*12/4/2017* : Notis Permohonan MDPP membatalkan tuntutan peniaga.

*11/5/2017* : Pengurusan kes bagi Notis Permohonan MDPP membatalkan tuntutan peniaga.

*29/5/2017*: Notis Permohonan Persatuan Peniaga untuk meminda pernyataan tuntutan iaitu MDPP dikehendaki menyediakan pasar baru.

*6/6/2017*: Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kes Mahkamah Bil.2/2017.
Perbincangan mengenai jawapan defendan .

*3/7/2017*: Pihak-pihak memfailkan hujahan bagi permohonan MDPP untuk membatalkan tuntutan peniaga.

*13/7/2017* : Pihak-pihak memfailkan hujahan bagi permohonan peniaga untuk meminda tuntutan mereka.

*19/7/2017*: Bicara bagi Notis permohonan MDPP batal tuntutan peniaga.

Pengurusan kes bagi permohonan peniaga pinda tuntutan mereka.
Kes ditangguh berikutan pertukaran peguam peniaga.

*21/8/2017* : Bicara bagi Notis Permohonan MDPP bagi membatalkan tuntutan peniaga.

Pengurusan kes bagi permohonan peniaga meminda Pernyataan Tuntutan mereka.

*27/8/2017*: KEPUTUSAN - *Mahkamah Tinggi Kota Bharu membenarkan permohonan MDPP membatalkan tuntutan peniaga dengan kos RM2000.*

*Kes tuntutan Peniaga terhadap MDPP secara automatik adalah terbatal tanpa perlu perbicaraan.*

*15/9/2017* : MDPP telah membuat hebahan melalui banner.

"Pemberitahuan pengosongan, penutupan, dan perpindahan Pasar Siti Hajar Pasir Puteh Sentral akan mula beroperasi pada 15hb Oktober 2017 dan Pasar Lama akan ditutup sepenuhnya pada 22hb Oktober 2017. Para peniaga diminta berurusan dengan Majlis Daerah Pasir Puteh.
........................
Nah, melihat kepada kronologi kes di atas, maka jelas bahawa kes ini bukanlah berlaku secara tiba tiba. Bukanlah MDPP bertindak secara wewenang dan menonong. Apatah lagi bertindak di luar kerangka undang undang negara. Malahan rentetan kes ini memperlihatkan bahawa notis demi notis TELAH diberi kepada peniaga.

Pihak berkuasa tempatan telah bertahun lamanya berbincang dan memberi masa kepada saki baki peniaga yang enggan berpindah ini.
Dan apa pula kaitan dengan kes mahkamah yang kononnya akan ada injunksi baharu oleh peniaga untuk menghalang MDPP merobohkan pasar lama ini? Kes itu hanya akan dimulakan pada hari Khamis ini. Ia belum ada keputusan. BELUM ADA APA APA INJUNKSI. Justeru atas dasar apa menuduh MDPP bertindak bertentangan dengan keputusan mahkamah?

Persepsi demi persepsi dibina untuk mencalarkan imej kerajaan negeri menjelang PRU ini. Nasib peniaga diperjudikan oleh politikus yang bersifat desperado. Ia harus menjadi lebih mudah. Pindah sahaja ke pasar baharu Siti Hajar.. Pakat meniaga, pakat cari samah seriyal. Lebih bagus daripada menjadi buah catur pihak tertentu.

Moga pihak peniaga mendapat yang terbaik dalam 'perjuangan' mereka. Bincang dan cari penyelesaian yang menguntungkan semua pihak. Kita pakat bina ekonomi Pasir Puteh. Insyaallah.

Catatan malam di Bachok
Nazman Che Iberahim

Ler! Roboh pasar jer, ingat kan roboh masjid dan bunuh rakyat!

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net
"

Assalamualaikum,,

Melompat lompat macai piss liberal dengan berita sensasi yang dimuat naik oleh FB dan youtube Pan kuali Pink tentang rakyat Kelantan mengamuk kerana Masjils Daerah Pasir Puteh roboh pasar besarnya.PAS dikatakan lebih jahat dari zionis yang mengganas di Gaza.Cuma yang tak disiarkan oleh FB PAn kuali pink dan youtube ialah berapa ramai rakyat Kelantan terkorban dalam keganasan yang lebih jahat dari zionis tu.Saya cuba menelitinya tetapi yang saya jumpa ialah taklah seburuk yang dikatakan oleh Pan kuali Pink dan macai pissnya.

Pasar yang dirobohkan itu rupanya pasar lama Pasir Putih yang sudah diganti dengan pasar baru Siti Khatijah dan membuat kecoh itu pula hanya beberapa peniaga yang konservertif yang enggan menerima perubahan dan enggan berpindah.Urusan perobohan itu pula hanya satu dari keputusan pengurusan bandar yang sudah ada susun aturnya, bukan bertujuan untuk menzalimi mana mana pihak..

Kalau ada pihak yang enggan menerima perubahan, itu lumrah di mana mana pun dan kekecohan kecil itu tidak dapat dielakkan dalam mana mana urusan pengurusan berkaitan perubahan, tak perlu dikecohkan.Tapi kalau ada yang cuba menayangkan wayang seolah olah itu satu kezaliman,secara mudahnya dapat difahami dilakukan oleh pihak pihak berkepentingan.Kepentingan dalam kes ini mungkin boleh dimenafaatkan sebagai bahan kempen PRU yang makin hampir.Tapi isu tidak akan jadi besar kalau sekadar kekecohan kecil itu tidak diperbesarkan.Diperbesarkan dengan menyamakan tindakan ganas zionis dengan tindakan Kerajaan PAS ini.Cuma Pan kuali Pink dan macai pissnya lupa nak senaraikan senarai rakyat yang terkorban seperti mana senarai korban Memali.

Yang saya nampak lagi, yang dikatakan mengamuk itu bukanlah rakyat Kelantan tapi segelintir sama ada rakyat yang konservertif yang diambil peluang oleh Pan kuali Pink, atau penyokong Pan Kuali Pink sendiri. Kekecohan yang dibuat oleh penyokong parti perkara biasa terutama menjelang PRU ni.

BPMS pula menyebut untuk kepentingan ramai dan bersama, seharusnya ada tolak ansur.Kerajaan Kelantan sudah pun menyediakan Pasar ganti yang baru dan Majlis Daerah pula sudah mengeluarkan noits untuk mengosongkan Pasar lama yang sudahpun termasuk dalam perancangan bandar, maka sepatutnya kekecohan tersebut diselesaikan secara baik dan itulah yang dilakukan oleh pihak kerajaan PAS dan seterusnya BPMS mengajar agar parti parti politik baik dari kerajaan atau pembangkang tidak seharusnya mengambil peluang untuk menjadikan bahan kempen mereka.Itu sebenarnya BPMS, bukannya alat untuk memberi kesedaran dan peringatan kepada mereka yang berfikiran liberal dan tidak mahu mendengar peringatan ugama.

"................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: senik
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Mar 20, 2018 8:09 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Bangunan Forensik Hospital Kuala Lumpur Terbakar
siakapkeli.my

Sebuah bangunan dipercayai makmal patologi Hospital Kuala Lumpur dilaporkan terbakar dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari, ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, enam buah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat KLCC, Hang Tuah, Titiwangsa dan Setapak dikejarkan ke lokasi kejadian.

Menurutnya, seramai 40 kekuatan terdiri daripada pegawai dan anggota JBPM Kuala Lumpur terlibat dalam operasi itu.

Difahamkan, bilik rekod dan data di makmal patologi itu terlibat dalam kebakaran tersebut.

"Setakat ini, tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Sabtu.

Siakapkeli.my

230 pelajar di Klang kena demam denggi dalam tempoh 2 bulan lalu
bloglist-malaysia.blogspot
jasduit.com
Mat Bihi

Bagi anda yang ada anak-anak kat sekolah perlu ambil perhatian dengan berita demam denggi ini. Pengarah Kesihatan Majlis Perbandaran Klang memberitahu bahawa terdapat sebanyak 93 ke demam denggi direkodkan pada bulan Januari lepas.

Pada bulan Februari lepas pula, jumlah kes denggi berlaku di kalangan pelajar di Klang peningkat lagi kepada 136 kes. Jadi secara keseluruhannya, dah ada sebanyak 230 kes demam denggi di kalangan pelajar sekolah di Klang.

Punca kes denggi di sekolah
Hasil daripada siasatan yang dilakukan oleh pegawai yang pakar dalam masalah wabak penyakit bawaan vektor serangga dan makhluk perosak, mendapati banyak pusat pembiakan nyamuk aedes di dalam tandas.

Para pegawai telah melakukan pemeriksaan di sekolah rendah dan sekolah menengah. Mereka juga memberikan penerangan kepada para pelajar untuk turut sama membenteras punca pembiakan nyamuk aedes di sekolah-sekolah.

Tandas di sekolah yang rosak menjadi antara puncza utama membiaknya nyamuk aedes. Bila tanngki flush tandas rosak, air akan tertinggal dan bertakung di dalam tangki flush tersebut. Situlah tempat yang strategik untuk nyamuk aedes membiak.

Bertindak sebelum Cuti sekolah
Satu pekeliling telah diberikan kepada para guru besar untuk pastikan satu aktiviti menyeluruh dilakukan di seluruh kawasan sekolah sebelum cuti sekolah bermula.

Masalah pembiakan nyamuk ni akan jadi lebih ketara lagi bila cuti sekolah. Tangki di tandas tak ada di flush dan air akan bertakung di situ. Dalam tempoh cuti sekolah tersebut, ada potensi besar untuk nyamuk membiak di dalam air takungan tersebut.

Ibu bapa perlu ambl perhatian terhadap kes pelajar yang terkena wabak denggi di sekolah ini. Perlu nasihatkan mereka dan berikan penerangan terhadap punca pembiakan nyamuk aedes di sekolah. Ajar anak-anak untuk turut sama membantu membenteras kes denggi di sekolah mereka.

Jika anda perlukan khidmat fogging dan bunuh jentik-jentik di premis anda, sila hubungi Easelife Services Sdn Bhd, syarikat pest control bertauliah dan berlesen untuk kerja-kerja pest control. Hubungi Puan Siti di 012-2067357 untuk maklumat lanjut.
Sumber maklumat dan gambar di sini.

Mahkamah Thailand Bayar RM125k Kepada Chef Selebriti Malaysia Berhubung Kecuaian Doktor Yang Mengakibatkan Kecacatan Kepada Anaknya
siakapkeli.my

Selepas pertempuran mahkamah 11 tahun, keluarga chef selebriti Walter Lee dari Malaysia akan menerima 1 juta baht (RM125,793) wang pampasan dari Hospital Antarabangsa Bumrungrad Bangkok ke atas dua doktor kerana kecuaian mereka yang gagal mengenal pasti kecacatan anak lelakinya diawal proses kehamilan.

Wang pampasan yang diterima kurang daripada tuntutannya sebelum ini, iaitu sebanyak Baht 390.9 mil.

Mahkamah Agung pada hari Rabu lalu (14 Mac) menegaskan bahawa keputusan mahkamah terhadap hospital swasta tersebut, bersama pegawai perubatan terlibat, Dr Dechapong Phucharoen dan ahli radiologi Dr Orachat Udompanich, bersama-sama harus membayar pampasan dengan peningkatan bunga tahunan sebanyak 7.5 peratus sehingga bayaran penuh dilangsaikan, agar dapat menghapus tuntutan undang-undang yang dibuat pada tarikh tarikh 20 September 2007,

Dalam tuntutan mahkamah itu, Lee yang merupakan bekas pengacara sebuah program masakan telah mendakwa hospital tersebut dan dua orang doktor kerana telah menyumbang kecacatan kepada anaknya.Isteri Lee, Prapaporn Saejeung diberitahu sepanjang rawatannya dihospital terbabit, hasil peperiksaan ultrasound menunjukkan janin dalam rahimnya sihat dan kuat. Namun apa yang berlaku adalah, bayi yang dilahirkan pada September 2006 itu mengalami kecacatan serius kerana mempunyai separuh lengan kanan, kedua belah kaki yang tidak lengkap serta mempunyai tiga sahaja jari kaki dan menghadapi sendi pinggul yang kecil.

Pasangan tersebut telah meminta doktor terbabit melakukan ultrasound kedua tetapi tidak diterima dan merasakan ia tidak perlu.

Mahkamah menyatakan bahawa pampasan yang diperintahkan kurang daripada yang dituntut kerana hakim berpendapat bahawa ketiga-tiga defendan tidak bertindak jahat atau melibatkan sebarang jenayah.

Walau bagaimanapun, kes itu dikemukakan oleh kedua-dua pihak ke Mahkamah Rayuan, yang kemudian memutuskan bahawa ketiga-tiga defendan harus membayar Baht 1 juta dengan kepentingan tahunan sebanyak 7.5 peratus.

Selepas kelahiran anaknya, Lee telah menemui pakar prostetik di Jerman untuk membantu kanak-kanak itu berjalan dan berdiri.

Menurut laman Facebook miliknya, Lee sedang menubuhkan Yayasan Pergerakan Zy untuk membantu kanak-kanak kurang upaya di Thailand dan seluruh Asia Tenggara.

Dalam salah satu aktiviti yang akan datang, Yayasan Gerakan Zy Malaysia akan bergabung dengan Penang Hill Corporation dan The Habitat Penang Hill untuk menganjurkan acara "Climb To Change A Life" pada 6 Mei ini.

Aktiviti yang melibatkan 40 kanak-kanak kurang upaya fizikal dan 120 sukarelawan, untuk membantu kanak-kanak yang dilahirkan dengan kekurangan anggota badan untuk memupuk keyakinan diri dan keyakinan melalui penyertaan dalam aktiviti-aktiviti fizikal yang mencabar.

Siakapkeli.my

Sumber: The Star

Dikecam Selepas Mencetuskan Kontroversi Makan 'Daging Babi', Wanita Ini Mohon Maaf Dan Mengaku Ia Sebenarnya Adalah Daging Ayam
siakapkeli.my

Seorang wanita warga Indonesia yang viral baru-baru ini kerana mengaku memakan daging babi di Facebook telah memohon maaf selepas dikecam teruk oleh netizen di laman sosial miliknya dan mengaku bahawa daging yang dimakan adalah dagin ayam.

Wanita itu, Arsy Hallawi yang dipercayai bekerja di Hong Koong telah memuat naik video dan menyatakan rasa bangganya dengan kesedapan daging masak kicap yang didakwanya sebagai daging babi.

"Ini paha babi yang masih muda, jadi dagingnya enak, empuk dan tidak keras."

Daripada video yang dirakam, dia juga telah memberitahu bahawa tipulah jika warga Indonesia yang bekerja di Hong Kong, Taiwan dan Singapura itu tidak pernah makan daging babi.

Video berkenaan tular dan dihujani dengan pelbagai reaksi negatif netizen terhadap wanita terbabit yang memakan 'daging' babi tersebut kerana makan dengan bertudung labuh.

Menurut media, sejurus mendapat kecaman hebat daripada masyarakat, Arsy telah memuat naik satu lagi video memohon maaf dan memberitahu bahawa daging yang dimakannya itu sebenarnya adalah daging ayam.

Katanya, daging ayam dan kulit ayam putih itu diletakkan kicap untuk mengelirukan orang ramai.

"Saya juga meminta maaf kepada pekerja Indonesia di Singapura, Hong Kong dan Taiwan kerana menuduh mereka memakan daging babi," katanya.

"Walaupun kejadian itu sudah lama, tetapi ia tetap memberi tekanan kepada saya," katanya dalam video berkenaan.

Siakapkeli.my

Sumber: Harian Metro

Kisah wanita bertudung makan babi hanyalah peringatan umum kepada orang Islam.

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net

"

Assalamualaikum,,,

Selawat dan Salam ke atas Junjungan,, Suadara Lim Jooi Soon, pendakwah berbangsa cina pernah menjawab soalan kenapa orang Islam tak makan babi,Katanya sebab Allah larang, maknanya ALLAH larang orang Islam makan babi tak kira mereka berada di mana, di Maalysia ker, di HongKong ker, atau dilangit sekalipun, Babi haram dimakan.Itu final walapun peruntukan darurat membenarkan orang Islam makan babi, tetapi tinggal di negara bukan islam bukan darurat..

Inilah hakikatnya yang perlu difahami oleh semua orang Islam berkaitan video yang tular mengenai seorang wanita muslim di Hong Kong sedang makan babi dan mempromosikan kebaikan babi kepada semua.Berita dan ulasan berita yang dibuat hanyalah satu peringatan umum kepada semua orang Islam agar tidak perpengaruh dengan promosi yang dibuat sekaligus memberi peringatan tentang bahaya liberal yang sedang berada di negara kita.Itu bukan BPMS dan bukan boleh dijadikan peluru kapor untuk menyalahkan PAS kerana tidak menjadikan BPMS untuk menangani isu wanita muslim makan babi.BPMS ialah pendekatan politik untuk bekerjasama dengan parti politik berlainan fikrah demi kepentingan rakyat seluruhnya tetapi peringatan mengenai orang Islam makan babi, peluk anjing, minum arak dan lain lain perlakuan liberal tidak tertakluk kepada BPMS sebaliknya tertakluk kepada Ilmu yang pula menjadi kewajiban setiap orang Islam yang berlimu untuk tampil memberi peringatan mengatasi batas kepartian.

Sekaligus orang Islam juga perlu mengambil peringatan agar nanti keluruh masyarakat Islam terpelihara dari melakukan apa apa yang diharamkan ALLAH atau membenarkan perlakuan yang diharam ALLAH dilakukan tanpa batas dan halangan atas alasan hak asasi manusia atau liberal.

Mengambil peringatan tak kira parti apa yang disertai atau sokong, larangan ALLAH tetap larangan tiada kompromi tentang itu serta suruhan ALLAH tetap suruhan sambil menginsafi usaha untuk mematuhi setiap syariah ALLAH itu mesti disokong seperti mana Prof Dr. Redzuan Tee menyebut RUU 355 adalah kemuncak bagi kita di Malaysia.Kita tahu dan sedar RUU 355 bukan menyeluruh tetapi kita juga perlu faham panduan Feqah yang menyebut kalau tak dapat laksanakan sepenuhnya satu satu perintah itu, jangan kita tinggal semua.Kita perlu meletakkan fahaman sungguh sungguh bahawa Ruu 355 adalah permulaan bagi masa depan yang lebih gemilang kepada Islam bukan saja di Malaysia,malah di dunia.

Hari ini ramai melihat Turki sebagai model Islam dunia, tetapi hakikatnya, Turki dengan Erdogan memerintah masih lagi dibelenggu dengan amalam liberal disekelilingnya yang sudah bertapak kukuh di sana sehinggakan kalau Erdogan menghidupkan syiar Islam yang mudah pun boleh menyebabkan sokongannya hilang, contohnya kalau Erdogan mahu menghidupkan semula sunnah memakai jubah dan serban maka kemungkinan besar sokongan kepadanya akan berkurangan, tetapi sekarang Erdogan terus dengan sunnah Mustafa Kamal Artartuk sambil menghidupkan semual cerita Mustafa Kamal yang sebenarnya, Islam sudah mula diterima dengan lebih baik dan meluas.

Itu masalah Erdogan dia Turki yang juga masih berdepan dengan kaum Kurdis yang juga Islam tetapi kita d iMalaysia tidak ada masalah begitu maka apa perlunya kita menangguhkan lagi perlaksanaan Hukum ALLAH? Kita tiada masalah besar seperti Tukri tetapi ada pula suara menyuruh kita mencontohi Turki padalah sepatutnya kita memulakan sesuatu yang boleh dicontohi Turki satu hari nanti.

Lantaran itu peringatan dari video yang tular tentang wanita Islam makan babi harus kita semua ambil demi untuk Islam kembali dimartabatkan.Ingatlah juga satu perkhabaran yang pernah baginda Nabi sabdakan bahawa akan datang satu kaum dari timur menegur umat Islam yang sedang berkelahi sesama sendiri..Timur menurut ulamak hadis yang dimaksudkan oleh Baginda Nabi itu ialah orang melayu dari Nusantara ia itu kita semua.Satu perkhabaran yang sudah menampakkan bakal terhasil, cuba tanya diri kita tak mahukah kita termasuk dalam kaum dari Timur yang dimaksudkan Bagunda Nabi itu?

"................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: senik
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

----- Original Message -----
From: -:rIeNaCoM:-
To:
Sent: Thursday, March 15, 2018 11:18 PM
Subject: Fw: Ibu Tak Sengaja, Berhijab Makan Babi, Jepun Mabuk Pun Maju!, Dikasari MPKJ

Apa Nak Jadi… Berhijab Tapi Makan Babi! -- Kalau HARAPAN & PAN Menguasai Kerajaan Perkara macam ini mungkin berluasa pasal hak kebebasan kononnya

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net

AGAMA Islam ini unik kerana mewajibkan penganutnya untuk mengikuti garis panduan dalam setiap aspek kehidupan termasuklah makanan.

Antara makanan yang menjadi larangan atau haram di sisi Islam adalah daging babi. Namun, seorang wanita Islam dengan 'bangga'nya telah merakam videonya menikmati hidangan masakan babi dan memuat naik video berkenaan di media sosial!

Wanita lengkap bertudung dan dipercayai merupakan seorang warga Indonesia itu dilihat menyantap penuh berselera daging babi yang dimasak dengan kicap dan bahan tumisan lain.

"Hello, Assalammualaikum. Saya sedang makan ni, lapar. Saya tumis daging babi. Ini paha babi yang masih muda, jadi dagingnya empuk dan tidak keras.

"Saya masak dengan kicap. Rasanya masam, manis dan pedas. Sedap sangat! Saya makan bersama-sama roti," katanya pada permulaan video.

Wanita itu dipercayai sedang bekerja di Hong Kong dan terpaksa makan daging babi kerana dalam keadaan 'darurat'. Dia juga mengatakan bahawa keadaan di negara bukan Islam itu yang memaksa dirinya dan rakan-rakan lain untuk menjamah daging babi sebagai sumber protein harian mereka.

"Sebenarnya, jika sesiapa yang pernah bekerja di Hong Kong, Taiwan dan Singapura berkata dia tidak pernah makan daging babi, dia sebenarnya menipu. Mereka cuma tidak mahu mengaku.

"Mengapa perlu tipu? Mengaku sajalah! Daging babi enak. Malah, daging babi lebih enak (daripada daging lain).

"Kalau daging lembu dan kambing kan perlu diletakkan pelbagai rempah-ratus dan santan, tetapi daging babi tidak.

"Ini saya cuma campurkan halia, kicap masin, garam dan gula. Itu saja! Mudah.

"Perlu diambil kira keadaan kami di sini. Jadi jangan malu kita makan daging babi. Sama saja.

"Malah orang Cina kan umurnya panjang-panjang. Selepas bersalin, kemalangan atau sakit kan diberi makan babi dan dijadikan ubat.

"Daging babi di sini tidak seperti di Indonesia. Di sini penternakannya bersih dan babinya tidak diberi makan sembarangan, jadi ianya organik.

"Jangan diingatkan rupa babi yang buruk tu semasa makan kerana sama sahaja dengan daging lembu dan kambing. Malah, daging lembu dan kambing berbau hamis tetapi daging babi tidak," katanya sambil melahap daging haram tersebut dengan gelojohnya.

Video itu kini sedang tular di laman sosial Indonesia yang menerima kritikan hebat daripada masyarakat negara yang mempunyai jumlah umat Islam terbesar di dunia itu.

Tak tahu lah apa nak jadi dengan wanita itu. Elok bertudung dan menutup aurat, tapi sebarkan 'ajaran sesat'! – MYNEWSHUB.CC

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Mar 20, 2018 8:10 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Parti bersekongkol dengan DAP ibarat lembu kenyang: Hadi
kedahlaniie.blogspot
SITI FATIHAH AWANG & ROSMIZA KASIM

KOTA BHARU - Parti-parti komponen yang bersekongkol dengan DAP ibarat 'lembu kenyang' apabila tidak berani untuk mempertahankan Islam.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, DAP secara terang-terangan menolak Islam dan oleh sebab itu Pas mengambil pendekatan bersendirian bersama Ikatan berdepan PRU14 kali ini.

"Kita akan bertanding bersendirian dengan Ikatan. Semua parti yang tidak pedulikan Islam, kita akan lawan. Berapa penjuru pun kita akan lawan.

"Mereka sudah memerintah terlalu lama. Pas bersama mereka semasa perjuangankan kemerdekaan, bersama perjuangankan agama Islam sebagai agama persekutuan. Maka bila Islam agama persekutuan, maka sepatutnya Islamlah yang memerintah," katanya.

Beliau berucap di Himpunan Bangkit Pertahan Kelantan yang dihadiri penyokong parti itu dari seluruh negara, malam tadi.

Lebih 10,000 rakyat negeri ini meluangkan masa kira-kira tiga jam untuk bersama-sama solat Isyak dan hajat seterusnya mendengar ceramah pada progam tersebut.

Mendalamnya Benci EVANGELIS DAP terhadap PAS

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net


Terkejut saya bila membaca kenyataan tokoh evangelis DAP, Hannah Yeoh, di laman Facebook beliau yang berbunyi:"Ahli-ahli politik sekalian - jangan sesekali jadi sampai macam ni, dah tak masuk akal" kepada laporan portal berita The Malaysian Insight hari ini bertajuk "Masalah ekonomi Malaysia berpunca daripada pemimpin Pakatan, kata Hadi".

Kenyataan Hannah Yeoh ini adalah bukti betapa bencinya tokoh evangelis DAP dan DAP sendiri kepada Presiden PAS sebagai seorang pemimpin, kepada PAS sebagai sebuah parti politik dan kepada Islam sebagai dasar perjuangan PAS sehingga beliau boleh menyebut "dah tak masuk akal" kepada kenyataan Presiden PAS itu hanya berpandukan tajuknya sahaja.

Memang saya sendiri mulanya merasa hairan dengan tajuk laporan portal berita The Malaysian Insight ini kerana ia menggambarkan seolah-olah Presiden PAS meletakkan punca masalah ekonomi Malaysia kepada pemimpin Pakatan Harapan secara keseluruhannya, termasuk Presiden PKR, Setiausaha Agung DAP, Presiden AMANAH dan Presiden PPBM.

Bagaimanapun, bila dibaca laporan asal kenyataan Presiden PAS di dalam laman web Harakah Daily hari ini, bertajuk "Presiden PAS jawab fitnah Muhyiddin", maka nyatalah portal berita The Malaysian Insight tidak beretika kerana menaikkan bahagian kecil kenyataan Presiden PAS sebagai berita dan meletakkan tajuk mengelirukan kepada berita itu.

Sangat jelas kenyataan Presiden PAS yang diguna, iaitu "Masalah ekonomi yang dihadapi oleh negara, sama ada kerajaan atau rakyat, adalah peninggalan daripada pemimpin-pemimpin yang duduk dalam Pakatan Harapan hari ini, yang memerintah negara sejak tahun 80-an, merekalah yang mewujudkan masalah", adalah merujuk kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tiada yang "tak masuk akal" pun pada kenyataan Presiden PAS ini kerana penegasan bahawa Tun Dr Mahathir adalah punca masalah yang dihadapi oleh negara telah berulangkali dibuat oleh beliau sebelum ini, malah bukan sahaja Presiden PAS tetapi ramai lagi tokoh negara yang menyebut perkara yang sama, termasuk Sultan Johor dan pemimpin DAP sendiri.

Bila Hannah Yeoh menyifatkan Presiden PAS "tak masuk akal" kerana menyatakan Tun Dr Mahathir adalah punca masalah yang dihadapi oleh negara, maka ini bermakna beliau juga menyifatkan Sultan Johor "tak masuk akal" kerana Baginda juga menyebut "Tun Mahathir merupakan punca kepada masalah di negara ini pada ketika ini" pada 25 Ogos 2016.

Bila Hannah Yeoh menyifatkan Presiden PAS "tak masuk akal" kerana menyatakan Tun Dr Mahathir adalah punca masalah yang dihadapi oleh negara, maka ini bermakna beliau juga menyifatkan Charles Santiago "tak masuk akal" kerana beliau juga menyebut "Dr Mahathir adalah punca kepada masalah yang menjejaskan setiap rakyat Malaysia hari ini" pada 6 Mac 2016.

Semua ini menunjukkan betapa mendalamnya kebencian tokoh evangelis DAP dan DAP sendiri kepada Presiden PAS, kepada PAS dan kepada Islam sehingga sanggup melakukan kerja yang sangat tidak beretika dengan menggunakan berita yang di"spin" sebegitu rupa hanya untuk mempengaruhi masyarakat supaya turut membenci Presiden PAS, PAS dan Islam.

Lebih menyenakkan bila bekas Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman, yang kini menyokong AMANAH dan baru menerbitkan buku "Parti Amanah Negara: Cabaran, Halangan dan Potensi Sebagai Parti Islam Berpengaruh, Berintegriti", turut menyindir tindakan "spin" oleh portal berita The Malaysian Insight, dan akhbar Sinar Harian, ini.

XOXO - Kesian Ahmad Lutfi dia tak suka orang menilai dia diluar tetapi dia sendiri menilai aorang melalui luaran. Dia tak suka orang menulis kerana duit tapi kini dia pun menulis kerana duit bantuan daripada sahabat AMANAH.

Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/

Prinsip Islam melindungi hak orang bukan Islam

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net

PAS mengakui akan kepelbagaian agama, bangsa dan budaya yang ada di negara ini. Justeru itu, PAS menegaskan bahawa variasi masyarakat ini mesti dipelihara dan diolah menjadi sumber kekuatan bagi memacu kemajuan negara dalam pelbagai aspek.

2. Amat tidak wajar sekali perbezaan yang lahir secara semulajadi ini diperalat dengan cara mencetuskan sentimen perkauman dan menyentuh sensitiviti agama semata-mata untuk meraih kepentingan tertentu sehingga mengancam keamanan dan keselamatan negara.
Sedang Allah swt. berfirman:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَىٰ وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya orang yang paling mulia dikalangan kamu pada sisi Allah swt ialah insan yang paling bertaqwa dari kalangan kamu. Sesungguhnya Allah swt Maha Mengetahui. (Al-Hujuraat : 13)

3. Islam dengan syariatnya yang sejagat telah menggariskan hak terhadap orang bukan Islam yang mesti diberikan dan dilindungi oleh pemerintah Islam. Betapa pentingnya menjaga hak bukan Islam sehinggakan Rasulullah s.a.w. bersabda:

مَنْ ظَلَمَ مُعَاهِدًا أَوْ انْتَقَصَهُ أَوْ كَلَّفَهُ فَوْقَ طَاقَتِهِ أَوْ أَخَذَ مِنْهُ شَيْئًا بِغَيْرِ طِيبِ نَفْسٍ فَأَنَا حَجِيجُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

"Ketahuilah bahwa orang yang menzalimi bukan Islam sedang ia menjalin perjanjian dengan kerajaan Islam atau mengurangi haknya atau membebaninya di atas kemampuannya atau mengambil darinya sesuatu yang ia tidak relakan, maka aku adalah orang yang akan membelanya pada Hari Kiamat." (Riwayat Abu Daud)

4. Islam juga melarang orang bukan Islam dipaksa meninggalkan agamanya bagi menganut agama Islam. Orang bukan Islam diberikan kebebasan untuk menganut kepercayaan dan mengamalkan ajaran agama masing-masing.

5. Orang bukan Islam juga berhak untuk menganggotai badan eksekutif dalam pemerintahan Islam terutamanya bagi mentadbir pelaksanaan sesuatu dasar dan juga penggubalan dasar-dasar yang melibatkan kepentingan orang awam secara umum.

6. Sama ada orang Islam atau bukan Islam, semuanya wajib bekerjasama menjaga keamanan dan keselamatan negara terutamanya daripada ancaman musuh negara..

7. Selain itu, cukai yang dikutip daripada orang bukan Islam yang menetap di bawah pemerintahan Islam seperti jizyah adalah bagi menjamin orang bukan Islam mendapat hak perlindungan dan penjagaan yang sebaiknya terhadap nyawa, harta dan maruah mereka.

8. Sekiranya tidak berupaya menjamin perkara ini, pemerintah Islam wajib mengembalikan semula cukai yang telah dipungut itu kepada mereka.

9. Demikianlah betapa prinsip Islam memberikan perhatian yang sangat istimewa terhadap orang bukan Islam. PAS komited dan konsisten untuk memperjuangkan dan menterjemahkan prinsip-prinsip ini sehingga menjadi dasar penting negara.

Sejahtera Bersama Islam

Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat

PAS yakin jadi kuasa penentu di Selangor

Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
http://tranungkite.net

Pada 2008, PAS melakukan perkara yang tak pernah dibayangkan. Parti itu menjadi sebahagian daripada kerajaan Selangor dan bukan lagi sebuah parti kampung dengan pengaruh hanya terhad di kawasan pedalaman.

Kemuncaknya, parti itu memegang satu perempat daripada kerusi di dewan undangan negeri dan tiga daripada 10 jawatan exco Selangor, meletakkan mereka dalam kedudukan yang kukuh dari segi dasar dan sumber - satu kedudukan yang mereka mahu kekalkan.

Tetapi tidak seperti sebelum ini, PAS Selangor, BN dan Pakatan Harapan mungkin terlibat dalam pertembungan tiga penjuru.

Walaupun kedua-dua parti utama perlu menguasai sebahagian besar kerusi, PAS Selangor percaya sokongan terhadap mereka yang dibina selama beberapa dekad bukan sahaja akan memastikan kelangsungan parti itu, tetapi membantu ia berkembang semasa pilihan raya ini.

"Kami menjangkakan keadaan Parlimen akan 'digantung' tetapi dengan PAS menjadi king maker," kata Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir, yang lebih dikenali sebagai Roslan SMS.

Roslan, 54, adalah bekas setiausaha akhbar kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pernah didakwa sebagai tokoh utama di sebalik usaha memujuk pemimpin PAS membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno semasa era Pakatan Rakyat.

Dalam temu bual dengan Malaysiakini baru-baru ini, Roslan, yang kini ahli strategi PAS Selangor, menjelaskan parti atau sesebuah gabungan perlu menang 28 daripada 56 kerusi DUN untuk mendapatkan hak mentadbir Selangor.

Sama ada BN atau HARAPAN, katanya tidak akan dapat berbuat demikian.

Alasannya, kata Roslan, PAS menjangka akan melakukan lebih baik di 15 kerusi yang dimenangi pada pilihan raya lalu dan memenangi kira-kira 25 kerusi.

DAP masih ok, tapi bukan Amanah

Dalam senario ini, PAS Selangor bukan sahaja boleh memilih sekutunya untuk membentuk sebuah gabungan, tetapi juga menetapkan terma kerjasama, katanya.

"Kita tidak dapat bayangkan bahawa (Pengerusi HARAPAN) Dr Mahathir Mohamad akan duduk bersama dengan Lim Kit Siang dari DAP.

"Begitu juga, sekiranya PKR menang beberapa kerusi selepas PRU14 dan memutuskan mereka mahu bersama kami (PAS) dan menerima perjuangan kami, mengapa tidak?

"Atau sekiranya DAP tiba-tiba menyedari PAS benar, kita terbuka.

"Apabila kami menjadi blok terbesar, kami akan beritahu mereka apa yang kami mahu dan apa yang kami tidak mahu.

"Sekiranya kamu ikut tuntutan kami, kami akan terima untuk bekerja dengan kamu," katanya yang juga seorang ahli perniagaan dan ahli majlis Majlis Perbandaran Subang Jaya.

Walaupun tidak menyentuh secara terpeinci mengenai tuntutan PAS, Roslan berkata walau apa pun hasilnya, parti itu tidak akan bekerjasama dengan AMANAH..

"Mungkin apabila PRU14 selesai, tidak akan ada lagi AMANAH, jadi lebih mudah," katanya.

Jangan Layah Fitnah HARAPAN & PAN yang Penting PAS Kena Bersiap Untuk Jatuhkan BN

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net

Semangat pemuda Pas Kg Tok Dir pada petang jumaat mengisi masa yang terluang untuk menyiapkan Markaz dan membuat persediaan untuk PRU1. Mereka tidak menghiraukan fitnah BODOH puak HARAPAN dan PAN kononnya PAS nak UG dengan UMNO.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Mar 20, 2018 8:10 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Dialog penduduk neraka itu kebanyakan terjadi antara pimpinan dan anak buahnya, antara penguasa dan rakyatnya, antara orang-orang kuat dengan orang-orang lemahnya

bloglist-malaysia.blogspot

ustazcyber

2.1 Juta Pekerja Bangladesh Bakal Kalahkan Masyarakat India Sebagai Kaum Ketiga Terbesar Di Malaysia
siakapkeli.my

Adakah urusan Malaysia dengan kerajaan Bangladesh patut diteruskan? Soalan ini merujuk kepada populasi rakyat Bangladesh di negara ini yang akan mengatasi populasi penduduk India sebagai bangsa ketiga terbesar di Malaysia. Baca apa yang kami kongsikan ini.

Ini disebabkan populasi pekerja asing di negara kita semakin berkembang, jadi tidak hairanlah kalau dikatakan kita bakal mencapai titik di mana rakyat Bangladesh akan mengatasi kaum India sebagai bangsa ke-3 terbesar tidak lama lagi.

Bayangkan setakat ini sahaja, sudah ada 2.1 juta pekerja asing yang didaftarkan di Malaysia dan dianggarkan terdapat lagi 4 juta pekerja asing yang tidak berdaftar. Rakyat Bangladesh sekurang-kurangnya seramai 600,000, kira-kira satu perenam dari semua pekerja asing.

Tetapi menurut sumber, awal minggu ini, NST melaporkan bahawa Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina telah bersetuju untuk menghantar 1.5 juta pekerja ke Malaysia. Jumlah itu akan menolak populasi rakyat Bangladesh di Malaysia pada masa depan kepada 2.1 juta pekerja. Cuba anda bayangkan !

Apabila dibandingkan dengan kira-kira 2 juta penduduk bangsa India di Malaysia sekarang ini, (menurut Wikipedia), rakyat Bangladesh akan mengambil alih kaum India sebagai bangsa ke-3 terbesar di Malaysia pada masa akan datang.. Sudah tentu ini hanya angka, kerana pekerja asing bukan warganegara di negara ini.

Walau bagaimanapun, angka-angka ini menunjukkan kepada kita betapa banyak buruh asing yang masuk, dengan kadar yang perlahan-lahan mereka mengatasi rakyat Malaysia.

Adakah Malaysia akan berubah apabila semakin ramai pekerja asing mula masuk ke nagara ini? Bagaimana dengan kadar pengangguran yang semakin meningkat di Malaysia, dan ekonomi yang semakin memburuk?

Hanya masa akan menentukan.

Siakapkeli.my
Sumber : The Coverage

Semakin Ramai Warga Asing Meniaga Sehingga Menjejaskan Peluang Orang Tempatan.
bloglist-malaysia.blogspot
amenoworld.org
Posted by Ameno World
Oleh : Sinar Harian

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot telah menyuarakan kebimbangan dengan kebanjiran warga asing yang didakwa sudah mencecah angka 6.7 juta orang.

Ujar beliau lagi warga asing mempunyai kemampuan untuk menguasai ekonomi jika diberi peluang selain menguasai bidang pekerjaan profesional.

Apa yang dibimbangi sudah hampir menjadi kenyataan. Warga asing yang dahulunya jadi pekerja sudah menjadi majikan dan memiliki perniagaan sendiri di seluruh negara.

Isu lambakan pekerjaan pekerja asing dalam sektor pekerjaan sudah tidak diperkatakan lagi kerana seakan sukar dibendung. Meskipun data kerajaan pada 2017 menunjukkan ada penurunan ketara pekerja asing yang datang secara sah, angka pekerja berstatus PATI tidak diketahui secara tepat.

Kerana itu rakyat tetap merasakan bilangan pekerja asing sudah melebihi hadnya apabila boleh bekerja di mana sahaja kecuali di sektor awam.

Warga asing mampu menguasai bidang perniagaan kerana mereka ini golongan yang cekal berusaha dan tahan lasak. Manakala penduduk peribumi tempatan yang sudah biasa hidup senang cukup makan meskipun tidak kaya tidak mampu untuk berdepan dengan kemaraan agresif golongan imigran.

Premis perniagaan warga asing berkembang dengan cepat di seluruh negara. Warga asing mengambil alih perniagaan di tempat mereka bekerja dahulu. Cawangan-cawangan baharu di buka di tempat lain.

Warga tempatan tidak menjadi pelanggan utama tidak mengapa kerana bilangan rakyat asing daripada rakan senegara sudah cukup ramai.

Sebab itu mereka berani memasang papan tanda dalam tulisan Urdu, Nepali, Burma dan Bengali untuk menarik perhatian warga senegara.

Tidak pasti sama ada pekerja asing ada membuka perniagaan di negara-negara lain yang mengimport pekerja asing dalam jumlah ramai seperti Singapura dan negara-negara Arab tetapi yang pasti di Malaysia warga asing berani berniaga tanpa rasa gentar. Moto 'Pantang Undur Kecuali Operasi' menjadi azimat.

Di Bukit Bintang, majoriti peniaga asing terutama warga Pakistan dan Bangladesh secara terang-terang berniaga produk tiruan kepada pelancong asing dan menguasai perniagaan telekomunikasi dan IT di Low Yat Plaza.

Mungkin warga asing ini memiliki sokongan kuat daripada persatuan mereka hingga jumlah kedai milik mereka akhirnya mengatasi kedai peniaga tempatan. Contoh baik ialah kedai tukang jahit milik warga asing di Sungai Besi.

Dahulu warga Pakistan keluar masuk kampung menaiki basikal dan motosikal menjaja karpet. Kini sudah mampu membuka kedai tekstil, kedai runcit dan kedai perabot di seluruh negara terutama di negeri Pantai Timur dan Sabah. Di Sarawak pun sudah ada.

Nilai di Negeri Sembilan sudah menjadi lubuk emas peniaga Pakistan.

Di Selangor peniaga Acheh dan sekarang Bangladesh begitu mendominasi. Peniaga Acheh biasanya membuka perniagaan runcit dan kedai gunting rambut manakala kedai runcit milik imigran Bangladesh boleh ditemui di hampir setiap daerah selain bengkel kereta, kedai alat telekomunikasi, kedai mencuci kereta dan lain-lain.

Kontraktor tempatan mengeluh tiada projek manakala syarikat kontraktor asing makin bertambah.

Selain masalah penguatkuasaan, sikap orang kita sendiri menjadi punca bilangan premis perniagaan warga asing bercambah dengan cepat. Orang kita tidak sama dengan warga asing, lebih suka wang segera, cukuplah disewakan lesen dan permit tanpa perlu bekerja keras.

Selain menyewa lesen dan permit peniaga tempatan, lelaki asing dari Pakistan dan Bangladesh mencari isteri rakyat tempatan demi memudahkan pendaftaran perniagaan, Taktik lain diguna ialah mencari rakan kongsi rakyat tempatan yang sanggup meminjamkan nama. Rakyat tempatan hanyalah proksi manakala warga asing adalah tauke sebenar.

Justeru, cadangan ini diutarakan. Satunya ialah gerak gempur secara besar-besaran oleh KDN, Jabatan Imigresen, PBT dan SSM di seluruh negara bagi mengesan pekerja asing yang salah guna permit kerja untuk berniaga.

SSM perlu mengetatkan pendaftaran perniagaan dan menapis teliti syarikat yang didaftarkan atas nama wanita selain perniagaan milik bersama rakyat asing dan rakyat tempatan.

Hukuman tegas kepada rakyat tempatan yang menyewakan premis, lesen dan permit kepada warga asing. Sekadar menyenaraihitamkan tidak berkesan lagi. Denda yang berat perlu dikenakan.

Tidak membenarkan warga asing bekerja di barisan hadapan di kedai hotel, restoran, kedai serbaneka sebagai juruwang, pelayan dan penyelia. Begitu juga di pasar pagi, kawasan perniagaan yang menjadi tumpuan pelancong asing di Petaling Street, Bukit Bintang, Masjid India.

Pihak PBT di seluruh negara perlu menetapkan dengan jelas jenis perniagaan yang tidak boleh disertai warga asing. DBKL misalnya telah menggariskan syarikat asing mestilah daripada jenama antarabangsa dan mempunyai modal melebihi RM1 juta. Warga asing tidak dibenarkan membuka perniagaan runcit pasar mini, kedai komputer dan lain-lain lagi. Ini adalah satu contoh yang baik yang wajar jadi ikutan.

Memasang lebih banyak CCTV dan menempatkan anggota statik dan ronda PDRM, APM, Rela, Imigresen di kawasan Jalan Silang - Pasar Seni - Kota Raya -Pasar Seni - Pudu dan Bukit Bintang bagi memantau aktiviti warga asing khususnya ketika mereka berkumpul beramai-ramai ketika cuti umum.

Selain dapat mengesan premis perniagaan baharu warga asing dapat juga mengesan aktiviti tidak sihat lain.

Mengetatkan pemberian pas ekspatriat kepada warga asing khususnya dari negara Asia Selatan seperti Bangladesh, India dan Pakistan bagi mengelakkan mereka masuk dengan tujuan untuk berniaga semata-mata.

Apa yang dibimbangi sudah hampir menjadi kenyataan. Warga asing yang dahulunya jadi pekerja sudah menjadi majikan dan memiliki perniagaan sendiri di seluruh negara.

Isu lambakan pekerjaan pekerja asing dalam sektor pekerjaan sudah tidak diperkatakan lagi kerana seakan sukar dibendung. Meskipun data kerajaan pada 2017 menunjukkan ada penurunan ketara pekerja asing yang datang secara sah, angka pekerja berstatus PATI tidak diketahui secara tepat.

Kerana itu rakyat tetap merasakan bilangan pekerja asing sudah melebihi hadnya apabila boleh bekerja di mana sahaja kecuali di sektor awam.

Warga asing mampu menguasai bidang perniagaan kerana mereka ini golongan yang cekal berusaha dan tahan lasak. Manakala penduduk peribumi tempatan yang sudah biasa hidup senang cukup makan meskipun tidak kaya tidak mampu untuk berdepan dengan kemaraan agresif golongan imigran.

Premis perniagaan warga asing berkembang dengan cepat di seluruh negara. Warga asing mengambil alih perniagaan di tempat mereka bekerja dahulu. Cawangan-cawangan baharu di buka di tempat lain.

Warga tempatan tidak menjadi pelanggan utama tidak mengapa kerana bilangan rakyat asing daripada rakan senegara sudah cukup ramai.

Sebab itu mereka berani memasang papan tanda dalam tulisan Urdu, Nepali, Burma dan Bengali untuk menarik perhatian warga senegara.

Tidak pasti sama ada pekerja asing ada membuka perniagaan di negara-negara lain yang mengimport pekerja asing dalam jumlah ramai seperti Singapura dan negara-negara Arab tetapi yang pasti di Malaysia warga asing berani berniaga tanpa rasa gentar. Moto 'Pantang Undur Kecuali Operasi' menjadi azimat.

Di Bukit Bintang, majoriti peniaga asing terutama warga Pakistan dan Bangladesh secara terang-terang berniaga produk tiruan kepada pelancong asing dan menguasai perniagaan telekomunikasi dan IT di Low Yat Plaza.

Mungkin warga asing ini memiliki sokongan kuat daripada persatuan mereka hingga jumlah kedai milik mereka akhirnya mengatasi kedai peniaga tempatan. Contoh baik ialah kedai tukang jahit milik warga asing di Sungai Besi.

Dahulu warga Pakistan keluar masuk kampung menaiki basikal dan motosikal menjaja karpet. Kini sudah mampu membuka kedai tekstil, kedai runcit dan kedai perabot di seluruh negara terutama di negeri Pantai Timur dan Sabah. Di Sarawak pun sudah ada.

Nilai di Negeri Sembilan sudah menjadi lubuk emas peniaga Pakistan.

Di Selangor peniaga Acheh dan sekarang Bangladesh begitu mendominasi. Peniaga Acheh biasanya membuka perniagaan runcit dan kedai gunting rambut manakala kedai runcit milik imigran Bangladesh boleh ditemui di hampir setiap daerah selain bengkel kereta, kedai alat telekomunikasi, kedai mencuci kereta dan lain-lain.

Kontraktor tempatan mengeluh tiada projek manakala syarikat kontraktor asing makin bertambah.

Selain masalah penguatkuasaan, sikap orang kita sendiri menjadi punca bilangan premis perniagaan warga asing bercambah dengan cepat. Orang kita tidak sama dengan warga asing, lebih suka wang segera, cukuplah disewakan lesen dan permit tanpa perlu bekerja keras.

Selain menyewa lesen dan permit peniaga tempatan, lelaki asing dari Pakistan dan Bangladesh mencari isteri rakyat tempatan demi memudahkan pendaftaran perniagaan, Taktik lain diguna ialah mencari rakan kongsi rakyat tempatan yang sanggup meminjamkan nama. Rakyat tempatan hanyalah proksi manakala warga asing adalah tauke sebenar.

Justeru, cadangan ini diutarakan. Satunya ialah gerak gempur secara besar-besaran oleh KDN, Jabatan Imigresen, PBT dan SSM di seluruh negara bagi mengesan pekerja asing yang salah guna permit kerja untuk berniaga.

SSM perlu mengetatkan pendaftaran perniagaan dan menapis teliti syarikat yang didaftarkan atas nama wanita selain perniagaan milik bersama rakyat asing dan rakyat tempatan.

Hukuman tegas kepada rakyat tempatan yang menyewakan premis, lesen dan permit kepada warga asing. Sekadar menyenaraihitamkan tidak berkesan lagi. Denda yang berat perlu dikenakan.

Tidak membenarkan warga asing bekerja di barisan hadapan di kedai hotel, restoran, kedai serbaneka sebagai juruwang, pelayan dan penyelia. Begitu juga di pasar pagi, kawasan perniagaan yang menjadi tumpuan pelancong asing di Petaling Street, Bukit Bintang, Masjid India.

Pihak PBT di seluruh negara perlu menetapkan dengan jelas jenis perniagaan yang tidak boleh disertai warga asing. DBKL misalnya telah menggariskan syarikat asing mestilah daripada jenama antarabangsa dan mempunyai modal melebihi RM1 juta. Warga asing tidak dibenarkan membuka perniagaan runcit pasar mini, kedai komputer dan lain-lain lagi. Ini adalah satu contoh yang baik yang wajar jadi ikutan.

Memasang lebih banyak CCTV dan menempatkan anggota statik dan ronda PDRM, APM, Rela, Imigresen di kawasan Jalan Silang - Pasar Seni - Kota Raya -Pasar Seni - Pudu dan Bukit Bintang bagi memantau aktiviti warga asing khususnya ketika mereka berkumpul beramai-ramai ketika cuti umum.

Selain dapat mengesan premis perniagaan baharu warga asing dapat juga mengesan aktiviti tidak sihat lain.

Mengetatkan pemberian pas ekspatriat kepada warga asing khususnya dari negara Asia Selatan seperti Bangladesh, India dan Pakistan bagi mengelakkan mereka masuk dengan tujuan untuk berniaga semata-mata.

Read more: http://www.amenoworld.org/2018/03/semakin-ramai-warga-asing-meniaga.html#ixzz5ACX7kdxG

PBT Rasuah?: Mat Bangla tauke besar di Kuala Lumpur
bloglist-malaysia.blogspot
gigitankerengga.blogspot

WARTAWAN SINAR SIASAT

KPDNKK Putrajaya membuat serbuan selepas terima maklumat warga Bangladesh jual barang tiruan di Bukit Bintang, baru-baru ini.

Kebanjiran warga asing tertumpu di Selangor dan Kuala Lumpur bukan lagi asing di negara ini.

Isu lambakan warga asing sentiasa menjadi bahan perdebatan masyarakat kerana kesan kebanjiran mereka membawa pengaruh negatif dari segi sosial, masalah kesihatan, pencemaran budaya serta mengancam ekonomi rakyat Malaysia.

Kehadiran mereka menggugat peniaga tempatan. Ini termasuk kelibat sekumpulan warga Bangladesh dilihat menjalankan perniagaan di sekitar Bukit Bintang dan beberapa kawasan tumpuan lain.

Berdasarkan tinjauan Sinar Siasat di kawasan perniagaan sekitar lokasi popular di Kuala Lumpur itu, memang benar terdapat sekumpulan warga Bangladesh dilihat berani dan selamba menjual pelbagai barangan cetak rompak atau tiruan di kawasan tumpuan pelancong itu.

Melalui laporan media yang acapkali memaparkan tindakan pihak berkuasa terhadap isu seperti ini, namun agak memeranjatkan sebenarnya kerana kawasan perniagaan di Bukit Bintang didapati masih lagi meriah dengan peniaga warga Bangladesh.

Bayangkan kita di Kuala Lumpur tetapi kita boleh mendengar suara Mat Bangla dengan lenggok mereka berbahasa Melayu seperti 'hello abang', 'mari abang tengok-tengok', 'barang murah-murah, boleh diskaun dan 'ini barang ori bang' antara ayat manis yang dijaja mereka yang kebanyakannya berusia antara 20 hingga 50 tahun.

Barang tiruan pelbagai jenama terkenal yang dijual antaranya seperti beg tangan, jam tangan, baju, tali pinggang, kasut dan selipar. Mengapa mereka begitu berani?

Tidak keterlaluan jika Skuad Sinar Siasat katakan, berdasarkan tinjauan di sekitar kawasan popular di bandar raya itu, hampir setiap bangunan dikuasai warga Bangladesh dan hasil tinjauan juga menemukan ada antara mereka mengakui bisnes dijalankan milik sendiri.

Nampaknya sungguh mudah mereka menjalankan perniagaan sedangkan ada antara peniaga ini hanya memiliki permit pekerja bangunan. Maka, apa pandangan pihak berkuasa terhadap isu ini?

Pemerhatian di pusat beli terkenal di Bukit Bintang pula mendedahkan terdapat sekurang-kurangnya lima premis menjual barangan tiruan di beberapa tingkat utama.

Amat membimbangkan, kerana di kawasan Bukit Bintang ini juga terdapatnya butik-butik jenama terkenal, namun lambakan premis barangan tiruan ini dilihat memberikan kesan kepada pemilik butik original ini apabila secara ironinya pelancong asing berjaya 'dipancing' oleh kumpulan peniaga Bangladesh yang menjual barangan tiruan.

Ada dalam kalangan mereka didakwa menipu pelancong menjual barangan tiruan dengan harga produk asli. Tidakkah ini perbuatan keji yang boleh mencemarkan imej Malaysia?

Lambakan peniaga warga Bangladesh yang memanipulasi kawasan perniagaan sekitar Bukit Bintang secara langsung menimbulkan satu isu yang perlu difikirkan kesannya.

Bagaimanakah lambakan peniaga ini boleh menjejaskan kedudukan peniaga tempatan jika peniaga warga asing ini membolot premis-premis perniagaan tanpa melalui saluran sah.

Mungkinkah kumpulan peniaga ini dilindungi oleh pihak tertentu?

Jelas sekali situasinya, walaupun kerap digempur dan diserbu pihak berkuasa, mereka seolah-olah tidak gerun dengan serbuan demi serbuan.

Bayangkan deretan lot kedai bukan sahaja di kaki lima, malah di dalam pusat beli-belah terkenal juga menjadi lubuk barangan tiruan yang dijual pada harga murah.

Ada dalam kalangan mereka sudah berkemampuan menjadi tauke dengan membuka premis perniagaan sendiri hanya berbekalkan RM3,000 sudah cukup untuk mendapatkan stok termasuk membayar sewa premis bagi tempoh 10 hari.

Jika dihitung, ini bermakna sehari adalah RM200. Dianggarkan peniaga-peniaga warga Bangladesh ini mampu mengaut pendapatan kira-kira RM20,000 sebulan sedangkan mereka tidak perlu membayar cukai seperti rakyat tempatan, beroperasi tanpa kelulusan, tetapi pendapatan mereka boleh mencecah puluhan ribu sebulan.

Mereka menggunakan kata-kata manis untuk memikat pelanggan supaya membeli barangan tiruan atas nama pelbagai jenama terkenal yang mereka jual.

Isunya di sini mengapa warga Bangladesh ini berani menjalankan perniagaan di pusat tumpuan seperti ini?

Jika mereka berniaga sendiri? Siapa yang memberi kebenaran? Apa lesen yang mereka guna atau mereka sekadar pekerja makan gaji dengan pemilik premis.

Dalam keadaan ibu negara dipenuhi warga asing dan pendatang haram hingga mencetuskan pelbagai masalah, masalah Mat Bangla yang berniaga dengan selamba ini sudah menjadi barah dalam negara kita.

Di mana peniaga tempatan? Adakah peniaga tempatan ditindas dengan lambakan warga asing yang membolot premis-premis itu?

Bagaimana pula peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan jika semua Mat Bangla diambil bekerja oleh pemilik kedai.

Apapun situasinya. Bukit Bintang adalah kawasan popular. Namun sudah dikuasai warga Bangladesh.

Sudahlah menjual barangan tiruan, yang menjual pula Mat Bangla. Kita di Kuala Lumpur atau di Bangladesh?

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Mar 20, 2018 8:11 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



'Wira Penyelamat' Meninggal Dunia
siakapkeli.my

Selepas bertarung nyawa hampir 4 hari di unit rawatan rapi Hospital Temerloh, Abu Zarin Hussin atau lebih dikenali sebagai 'wira penyelamat' akhirnya menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 12.45 pagi sebentar tadi.

Allahyarham yang merupakan anggota pasukan Bomba Dan Penyelamat Malaysia meninggal dunia selepas kritikal akibat dipatuk ular tedung selar yang baru ditangkap oleh beliau kira-kira 4 hari lalu.

Sebelum ini beliau dilaporkan telah sedarkan diri daripada koma dan terpaksa menjalani beberapa pembedahan di tangan kanannya yang dipatuk ular.

Kemaskini dari rakan Allahyarham

Abu Zarin yang berkhidmat di Balai Bomba Temerloh merupakan salah seorang anggota yang pakar dalam menangkap reptilia merbahaya tersebut.

Beliau amat dikenali sebelum ini kerana gelagatnya mengendalikan reptilia berbisa itu selain pernah menyertai rancangan Asia's got Talent di mana Allahyarham berjaya sampai ke peringkat suku akhir.

Semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang-orang beriman - Siakapkeli.my

----- Original Message -----
From: -:rIeNaCoM:-
To:
Sent: Wednesday, March 14, 2018 10:31 PM
Subject: Fw: Kritikal Di ICU Akibat, Rezeki Mencurah-Curah, servis baru

'Wira Penyelamat' Dilaporkan Kritikal Di ICU Akibat Dipatuk Ular
siakapkeli.my

Seorang anggota bomba yang amat dikenali ramai, Abu Zarin Hussin atau lebih dikenali sebagai Wira Penyelamat dilaporkan tidak sedarkan diri di wad rawatan rapi (ICU) Hopital Bentong selepas dia dilaporkan telah dipatuk ular tedung.

Berita dukacian berkenaan telah dimuatnaik di laman Friends of Bomba Malaysia, di mana laman itu memaklumkan Abu Zarin masih berada dalam keadaan tidak sedarkan diri di Wad Kecemasan Hospital Bentong dan dikhabarkan dipindakan ke Hospital Temerloh.

"Marilah sama2 kita memanjatkan doa agar beliau selamat. Semoga diberikan kesembuhan untuknya..In Shaa Allah", tulis laman berkenaan.

Beliau yang digelar "king" sering mengetuai Skuad King Cobra Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang sebagai tenaga pengajar bagi melatih anggota pasukan untuk menangkap haiwan berbisa selain mengadakan ceramah dan taklimat kepada orang ramai.

Abu Zarin sebelum ini dikenali ramai selepas banyak video dan gambarnya menangkap ular dan bermain dengan ular menarik perhatian netizen sehingga beliau boleh dikategorikan sebagai selebriti media sosial.

Bakat yang ada itu memboleh beliau pernah menyertai pencarian bakat Asia's Got Talent dan berjaya bertahan sehingga ke peringkat suku akhir.

Ini bukanlah kali pertama, di mana termasuk kali ia Abu Zarin telah sudah sembilan kali dipatuk ular dimana yang paling teruk ialah beliau koma dua hari dan hampir meragut nyawanya apabila dipatuk ular tedung.

Apapun bersama-sama kita doakan semoga Abu Zarin cepat pulih dan dipermuadahkan segala urusan - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: