Thursday, March 22, 2018

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4914

10 Messages

Digest #4914

Messages

Thu Mar 22, 2018 7:15 am (PDT) . Posted by:


Facebook: Fanpage Automobil
http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520

Group Automobil
http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

Web:
OILYMAN
http://oilyman.com.my

Blog In Malaysia
http://bloginmalaysia.com

Kataloh
http://kataloh.com

Cari Mudah
http://carimudah.com

Find And Book the Best Hotel Resort
http://besthotelreviews.org

Enplegu.com
http://enplegu.com

Choosing the Best Hotel Reviews
http://besthotelreviews.info

Blog Soccers
http://blogsoccers.com

Google Adsense Program
http://googleadsenseprogram.com

Azami Entertainment
http://azamientertainment.com

Din Apartment
http://dinapartment.com

University College Online
http://universitycollegeonline.info

Kad Niaga
http://kadniaga.com

Google Adsense Program Info
http://googleadsenseprogram.info

K-Pop Music Download
http://k-popmusicdownload.info

Health Care Definition
http://healthcaredefinition.com

Laptop Skin Sticker
http://laptopskinsticker.com

Thu Mar 22, 2018 7:15 am (PDT) . Posted by:


Fri Nov 30, 2012 9:22 pm
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

Salam Sejahtera semua.

Mulai 28 November 2012, ahli group Automobil tidak boleh "HIDE ID".
In disebabkan polisi baru Yahoo Groups yang tidak membenarkan menukar alamat email asal seperti sebelum ini.

Jadi kepada sesiapa yang ingin "HIDE ID" sila email dan minta pada kawan-kawan anda untuk melakukan posting sekaligus merahsiakan alamat email syarikat tempat anda bekerja.

Group Automobil juga telah memberikan akses penuh kepada kebanyakan ahli yang aktif terus post email ke group tanpa tapisan moderator tetapi masih di pantau.

Sekian,
Terima Kasih.
Iwan

Thu Mar 22, 2018 8:29 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Tak payah pakai kacamata lagi, betulkan sendiri masalah rabun anda
bloglist-malaysia.blogspot.
jasduit.com
Mat Bihi

Jumlah pasaran industri kacamata pada tahun 2016 adalah USD95 billion!. Memang tak sangka manusia terpaksa berbelanja sampai USD95 billion setahun untuk selesaikan masalah penglihatan mereka.

Jumlah itu masih belum habis lagi, masalah mata rabun tak selesai lagi dan semakin meningkat. Maknanya jumlah manusia belanja untuk beli kacamata sudah pasti akan meningkat lagi banyak.

Unjuran saiz pasaran untuk kacamata pada tahun 2020 di seluruh dunia akan meningkat kepada USD142.18 billion !. Tudia lagi tinggi !. Dan pada tahun 2026, unjuran pasaran kacamata di seluruh dunia akan naik sehingga USD166.5 billion !!!

Tapi, menurut kajian, peningkatan jumlah pasaran kacamata itu bukan hanya disebabkan oleh masalah mata rabun bila umur tua, atau bila ada masalah penglihatan dan lain-lain sahaja. Orang makin banyak beli spek mata sebab fesyen dan sebab nak kelihatan menarik juga. Sebab itu makin banyak jumlah pasaran spek mata.

Tak payah beli kacamata bila rabun
Apa kata kalau ada cara lain untuk betulkan masalah rabun bila berlaku. Tak payah nak pergi beli kacamata dan pakai sepanjang masa lagi.

Kalau ada teknologi macam itu kat lebih baik. Tak payahlah nak pergi operate kat Prof Muhaya dan kena bayar ribu-ribuan untuk betulkan mata pakai laser.

Kalau tak payah nak pakai kacamata memang seronok dan terasa normal semula. Orang normal adalah orang yang boleh lihat dengan jelas tanpa perlu sangkut kacamata kat atas batang hidung tu sampai berbekas batang hidung.

Saya sendiri pakai kacamata. Masa kecik dulu memang rasa macam bagus bila tengok orang pakai kacamata. Tak tau bagus sebab apa. Mungkin rasa macam orang yang pakai kacamata tu pandai. Mungkin juga rasa kalau pakai kaca mata itu nampak lawa.

Jadi macam kanak-kanak terasa seronok kalau dapat pakai kacamata. Saya tengok anak-anak sekarang juga macam itu. Nampak teringin sangat nak pakai kacamata. Bila tinggalkan kacamata atas meja, mereka secara diam-diam akan ambil dan pakai dan tengok muka depa depan cermin.

Hakikatnya, lansung tak seronok bila kena pakai kaca mata. Amat rimas dan menyusahkan. Nak pakai sepk mata gelap untuk silau mataharipun tak boleh sebab nak kena buang spek mata yang ada power tu dulu. Memang tak best.

Betulkan sendiri masalah rabun
Atas faktor yang selesa dengan masalah nak kena pakai spek matalah, seorang saintis Yahudi mula cari jalan untuk buat sesuatu. Dia cuba cari pendekatan bagaimana nak betulkan bentuk bulat biji mata itu agar cahaya jatuh semula pada tempat fokus yang betul dan penglihatan jadi terang semula.

Dan yang menariknya, dia berjaya jumla jalan yang mudah dan menarik.

Anda boleh baiki sendiri masalah rabun hanya dengan 3 proses sahaja. Pertamanya pakai telefon pintar sahaja untuk semak kedudukan masalah penglihatan anda.

Keduanya akai alat laser kecil yang dihubungkan pada smartphone anda itu untuk suntikkan laser kurang dari satu saat bagi betulkan kedudukan dan bentuk mata. Lepas itu, langkah ke-3 dan terakhir adalah titikkan cecair tak merbahaya dari cecair protein yang dipanggil Nano-Drop.

Jika anda rabun dekat tak boleh baca buku, dengan buat 3 proses tu sendiri, penglihatan anda terus jadi elok semula dan boleh baca buku tak payah nak sangkut spek mata rabun tua tu lagi.

Tapi semua itu masih dalam peringkat eksperimen. Mereka sedang giat lakukan ujikaji pada mata Babi. Katanya mata babi tu hampir sama dengan bentuk dan struktur mata manusia. Sebab babi digunakan.

Bila guna mata babi memang terbukti berkesan dan berjaya betulkan masalah penglihatan mata babi. Dr David Smadja yang mengusahakan teknologi itu berkata mereka akan buat percubaan pada mata manusia menjelang tahun 2019 nanti.

Tular Video Basikal Rosak Didakwa 'Dibaling' Petugas Air Asia, Tony Fernandes Tampil Mohon Maaf Secara Terbuka
siakapkeli.my

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan AirAsia Tony Fernandes memohon maaf selepas video kakitangan AirAsia menyebabkan basikal seorang penumpang rosak tular di media sosial.

"Kami adalah sebuah syarikat yang jika kami buat silap, kami akui dan menerimanya. Kami akan jadi lebih baik. Mohon maaf," katanya dalam posting di Facebook hari ini.

Posting itu turut disertakan rakaman video 30 saat, yang memaparkan dua kakitangan sedang mengangkut bagasi dari pesawat di lapangan terbang.

Video yang kelihatan dirakam dari dalam pesawat itu menunjukkan kakitangan yang mengendalikan bagasi terbabit menghumbankannya ke tanah dan ke dalam kenderaan pengangkut.

Pengguna Facebook yang memuat naik video berkenaan mendakwa basikalnya rosak ketika proses memunggah tersebut dilakukan.

"Terima kasih AirAsia, kau pecahkan basikal aku. Ini dirakam ketika kami masih dalam penerbangan AK171 kami dari Kaohsiung ke KLIA2," tulisnya yang turut memuatkan gambar basikal yang rosak.

Fernandes berkata Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Bhd, Riad Asmat, yang juga seorang penunggang basikal akan berhubung dengan penumpang berkenaan dan memastikan tiada kerosakan berlaku.

"Selepas menemui semua kakitangan lelaki dan wanita, saya sangat kecewa. (Kami) akan keluarkan kenyataan untuk meyakinkan semua penunggang basikal, "katanya.

Fernandes kemudian membalas komen seorang pengguna Facebook dengan mengatakan kakitangan berkenaan mungkin berhadapan dengan berat bagasi.

"(Ia) tidak berat tetapi kita melihat ke arah itu. Kami bawa beratus-ratus (basikal). Tapi salah tetap salah," katanya.

Berang Dengan Kepala Skru Selalu 'Loose', Berikut Adalah Tips Bagaimana Untuk Tanggalkan Skru Rosak
siakapkeli.my

22 Mac - Sedang anda seronok melakukan kerja-kerja menukang kayu, pernahkah anda mengalami masalah skru loose?

Sakit hati sangat bila perkara sebegini berlaku ketika kerja tukangan hampir siap. Berikut ada dua buah video dari Lowe's Home Improvement dan King Of Perfection yang memberi beberapa cara untuk mengatasi masalah ini.

Video yang pertama, menggunakan apa-apa jenis getah dan letakkan di antara kepala skru dan pemutar skru. Kemudian putarkan seperti biasa.

Selain itu, anda juga boleh menggunakan playar dengan mengepit kepala skru dan putarkan seperti biasa.

Cara-cara seterusnya boleh ikuti video yang penulis sediakan. Selepas ini, tiada lagi masalah skru loose dan boleh lakukan kerja dengan tenang. Semoga bermanfaat.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Mar 22, 2018 8:29 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Sebuah Parti Politik Miskin Yang dicemburui Musuh Politiknya..

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net

Saya merupakan seorang bekas penjawat awam yang pernah bertugas didalam keselamatan negara.

Sepanjang perkhidmatan saya dari umur 19 tahun hingga 56 tahun (37 tahun) saya amat menyanjungi PAS (Parti Islam Semalaysia), walaupun pada awal perkhidmatan, saya amat negatif kepada parti pembangkang ini namun dari masa ke masa saya mulai berpandangan positif kepada parti ini.

Dengan keupayaan dan sumber yang terhad dan merupakan parti paling miskin pernah saya lihat, mereka dapat membangunkan Markaz, Pusat Tarbiyah, Sekolah pMPondok, Pusat Tahfiz, Surau dan Masjid mereka sendiri dengan hanya mengutip derma dan sumbangan di ceramah-ceramah dan aktiviti mereka.

Malah setiap kali Pilihanraya Umum setahun sebelumnya lagi mereka sudah kumpul duit, ada calon mereka yang menggadai tanah pusaka, rumah dan segala harta yang ada semata-mata untuk jadi calon dan kemudian kalah teruk, alangkah bodohnya tindakan itu, itulah pandangan saya masa itu.

Tapi mereka tetap berusaha dan tak pernah tidak bertanding walaupun tempat itu kubu kuat BN.

Dahulunya ramai orang UMNO amat marahkan PAS namun mereka tidak sedar bahawa Ulama' yang banyak memenuhi Forum Perdana seperti Ustaz Ismail Kamus, Allahyarham Dato' Haron Din sehinggalah ke Ustaz-ustaz terkini yang sering ke kaca TV adalah ahli PAS.

Malah orang UMNO @ BN sanggup bayar Ustaz-ustaz ini sehingga ribuan ringgit untuk satu ceramah dan puluhan peratus bayarannya disumbangkan kepada PAS.

Berapa banyak pula produk kesihatan dan makanan sunnah yang milik ahli PAS dan menjadi sumber kewangan PAS yang popular diguna dan dipromosikan oleh ahli UMNO/BN tanpa sedar untuk kesihatan diri dan keluarga.

Ustaz-ustaz PAS ini banyak membantu masyarakat seperti Darussyifa dan lain-lain. Siapa yang tak kenal Darussyifa setiap kali ada masalah HANTU (makhluk halus) maka Ustaz-ustaz PAS inilah yang dicari walaupun ahli UMNO/BN dan pernah saya lihat ada yang bukan Islam juga mencari Darussyifa untuk bantuan masalah gangguan makhluk halus.

Malah DUA penceramah yang paling popular kini juga merupakan salah seorang ahli dan penggerak PAS Perak dan PAS Terengganu di peringkat DUN pada seketika waktu dahulu.

Pendek kata PAS telah banyak berjasa kepada masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia tanpa mereka sedari dan tanpa promosi jasa mereka pada masyarakat.

Cuti bersalin penjawat awam sehingga 90 hari dimulakan oleh kerajaan PAS Kelantan.

Kerja 5 hari seminggu adalah dari Kerajaan PAS Kelantan.

Macam-macam sumbangan PAS pada masyarakat dan kepada kebajikan kakitangan awam.

PAS dari sebuah parti "PAK LEBAI" miskin kini telah lengkap dengan :

- Kompleks mereka sendiri
- IPTS mereka sendiri
- Sekolah Menengah mereka sendiri
- Sekolah Rendah mereka sendiri
- Pusat Tahfiz mereka sendiri
- Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) mereka sendiri
- TVPAS mereka sendiri
- Radio HIJAU.FM mereka sendiri
- Akhbar HARAKAH mereka sendiri
- UNIT AMAL MALAYSIA mereka sendiri untuk buat semua kerja kebajikan yang makin popular dan diterima ramai sejak banjir besar di Johor (awal tahun 2000-2004) lagi. Lengkap dengan petugas, Doktor, Jururawat, Ambulans dan kenderaan menyelamat mereka sendiri.

Cuma PAS adalah sebuah parti yang tidak mahir mendabik dada dan mempromosikan parti dan jasa mereka.

Mereka memberi dan menyumbang dalam diam/senyap. Memegang teguh ajaran Rasulullah SAW iaitu memberi dengan tangan kanan jangan sampai tangan kiri tahu..

PKR dan DAP (Pakatan Rakyat) juga sepatutnya sedar mereka terhutang budi dengan PAS. Mereka belajar berpolitik dengan orang Islam dan bukan Islam melalui PAS. Mereka nak tiru PAS sepenuhnya namun tak mampu walaupun mereka ada kewangan dan pimpinan yang baik namun mereka tiada penyokong yang ikhlas dan ringan tulang.

Semua perlu berbayar dan perlu 'duit minum'.

Malah setiap kali PRU orang PAS adalah yang paling sibuk berkempen, panjat pokok menaikkan bendera, menaikkan poster dan membuat ceramah bagi pihak PKR dan DAP (Pakatan Rakyat).

Malah ramai pimpinan Pakatan Rakyat (PKR dan DAP) dijaga keselamatan dan kebajikan mereka oleh petugas PAS, ada yang dijaga 24 jam.

Jadi dengan prestasi, sumbangan dan kelayakan yang telah dimiliki oleh PAS sejak lebih 60 tahun maka saya yakin jika PAS memerintah, merekalah yang paling layak.

Semoga PAS akan menang dalam pilihanraya akan datang.

Jika mereka boleh membangunkan parti mereka dari kosong "From Zero" kepada sehebat kini, saya yakin mereka boleh membangunkan sebuah negara yang hebat.

Wallahuallam.

(ASKAR PENCEN)

Dah timbul semua yang tenggelam....

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net
"

Assalamualaikum....

Selawat dan Salam ke atas Junjungan,, Saya baru tulis pasal macam macam ada, baru habis tulis tiba tiba timbul kembali yang dah tenggelam, menambah koleksi macam macam ada.Mungkin lepas ni banyak lagi yang keluar dari perut bumi.Segala perkara yang pernah dilagukan oleh macai Umno dalam 2/3 PRU yang lepas, kini dialunkan semula oleh macai tokong yang kata nak lawan Umno tapi guna balik peluru kapor Umno untuk tembak PAS, seperti PAS masih lagi berdepan degan Umno yang sudah banyak berdiam diri.Tapi mungkin betul PAS masih lagi berdepan dengan Umno yang kerjanya dibuat oleh PH.

Terkejut juga bila macai tokong mengungkit kembali kisah kegagalan PAS memerintah Terengganu semata mata nak menunjukkan PAS tidak boleh memerintah Malaysia.Rasanya orang gila jer percaya hujah kelaut hujah macai tokong ini.Dia ambil kegagalan PAS di Terenganu tapi lupa pulak kejayaan PAS di Kelantan.DIa kutuk TGHH kerana gagal di Terengganu tapi dia lupa jasa TGHH yang masih kekal sampai hari ini kepada rakyat Terenggganu ia itu penghapusan tol di Jambatan Sultan Mahmud.Tol yang nak dihapuskan oleh PH dah lama dihapuskan oleh PAS yang gagal itu.Itu tak cerita lagi pasal enakmnet Hudud, Qisas dan Takzil yang sudahpun diwartakan di Terangganu.Tapi dia ungkit cerita kelamahan PAS dalam mentadbir tanpa menyentuh bagaimana lawan dia Umno yang menyekat dan memberi tekanan atas bawah, kiri kanan kepada kerajaan PAS Terengganu.Dia lupa taktik kotor lawannya Umno yang disaksikan oleh rakyat Terengganu dalam 2 PRU yang lepas.Semua perkara kotor yang lawannya buat dia lupa, sebaliknya kelemahan PAS dan TGHH sahaja yang ditonjolkan.Kerja orang gila yang membuka semula loray buruk yang dah kantoi.

Lebih lawak, dia lupa tentang Mahathir yang 22 tahun membajai kerosakan negara tapi dia dengan bangganya memuji Mahathir sebagai penyelamat Malaysia, Mahathir yang hampir menjatuhkan Malaysia diangkat untuk menjadi penyelamat..Penyelamat dari tol dan monopoli yang Mahathir sendiri mulakan, penyelamat GST yang idea asalnya datang dari Mahathir walaupun yang buatnya Najib.

Siapa yang percaya loyar buruk macai tokong sebegini mungkin kumpulan orang gila sahaja.Saya yakin walaupun sudah jelas macai tokong menghidupkan loyar buruk yang ditinggalkan oleh macai Umno bahawa macai tokong akan terus menggali loyar buruk macai Umno untuk dijadikan modal kempen PRU mereka tetapi mereka dikesan tidak mempunyai skuad ghostbuster seperti dimliki oleh PAS..Lalu bagaimana mereka mahu menang kerusi PRU terutamanya di Terengganu.Apakah dengan mengharap pengundi percaya loyar buruk mereka yang pernah dibuat oleh macai Umno dulu, mereka boleh menang, kalau boleh menang PRU dengan begitu mudah, dah lama PAS dan pembangkang lain menang dan mungkin sekarang sudahpun jadi kerajaan.PH macam tak kisah pasal hantu yang dulu banyak membantu kerja macai Umno sebab macai tokong hari ini hanya meniru cara macai Umno tapi mereka tak ada backup hantu.Senang senang jer mereka ditipu oleh macai Umno.

Kah!kah!kah!

"................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: senik
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

Satu Lagi Kerusi BN Bakal Tumbang
bloglist-malaysia.blogspot
addindeen.com/
Posted by Din

Satu Lagi Kerusi BN Bakal Tumbang. ‎Tanjung Malim selama ini merupakan kubu kuat Barisan Nasional (BN) namun perkembangan terkini menggambarkan bahawa pemimpin tinggi parti itu juga dapat menjangka persaingan lebih sengit akan berlaku di kawasan ini.

Perkara ini dilihat berdasarkan kunjungan Perdana Menteri Najib Razak dan Timbalannnya Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini ke kawasan ini.

Pemimpin pembangkang pula menjangka, peralihan sokongan sebayak 5% sudah memadai untuk membolehkan mereka merampas kerusi tersebut.

Satu Lagi Kerusi BN Bakal Tumbang. ‎Jadi pada malam ini, pemimpin tertinggi Pakatan Harapan termasuk Pengerusinya Dr Mahathir Mohamad, Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Presiden Amanah Mohamad Sabu akan mengunjungi kawasan Felda di sini untuk memujuk pengundi untuk memilih pembangkang.

Kerusi ini dipegang oleh BN sejak sekian lama namun majoriti kemenangannya merosot teruk dari 14,693 undi pada 2004 kepada hanya 4,328 undi pada 2013.

Kali ini, ada petanda bahawa jumlah majoriti undi tersebut akan merosot lebih banyak.

Ahli Parlimen Tanjung Malim Ong Ka Chuan yang juga setiausaha agung MCA dan menteri persekutuan, menghadapi pelbagai cabaran dalam untuk mengekalkan kedudukannya di kerusi ini untuk penggal ketiga.

Dalam partinya, pemimpin akar umbi MCA melobi agar beliau digantikan dengan ahli exco yang juga satu-satunya wakil rakyat parti itu di kerusi negeri Perak, Dr Mah Hang Soon.

Di pihak seterunya, calon PKR Chang Lih Kang sudah mula mengatur gerakan sejak 2016, termasuk meraih sokongan di kawasan Felda yang meliputi sebahagian besar Tanjung Malim.

Satu Lagi Kerusi BN Bakal Tumbang
Undi Felda jadi rebutan

PKR berharap kepada kebimbangan peneroka Felda dalam isu kenaikan kos sara hidup dan juga pengaruh Dr Mahathir untuk merampas kawasan ini buat pertama kali.

"Kami cuma perlukan peralihan 5% dari pengundi Melayu untuk menang," kata Chang kepada The Malaysian Insight.

Beliau menambah, Pakatan Rakyat pada 2013 memenangi lebih satu pertiga daripada undi Melayu, tiga suku daripada undi Cina dan hampir separuh daripada undi India di Tanjung Malim.

Adun Teja selama dua penggal itu berkata, pengundi Felda juga kini semakin mesra dengan partinya.

"Sebelum ini peneroka sangat menentang, mereka akan menyekat kita daripada masuk (ke kawasan Felda) tetapi sekarang mereka lebih mesra. Orang akan ambil kalendar dan poster yang kita edarkan," kata Chang.

Chang, 38, seorang bekas aktivis Suaram, menawarkan diri untuk bertanding di kubu kuat BN itu kerana komposisi pengundinya mencerminkan populasi Malaysia.

Setakat tahun 2017, seramai 68,634 pengundi Tanjung Malim terdiri daripada 55.5% orang Melayu, 25.6% Cina, 13% India dan 5.86% Orang Asli. Hampir separuh daripada pengundi Melayu merupakan peneroka Felda.

Tiga kerusi negeri dalam kawasan Parlimen Tanjung Malim adalah Slim, Behrang dan Sungkai.

Slim dan Behrang merupakan kawasan majoriti Melayu luar bandar manakala Sungkai kawasan separa bandar dengan majoriti pengundi Cina.

Pada 2008, BN tewas kepada PKR di kerusi Berhrang dan Sungkai pula kepada DAP dengan majoriti kecil, kurang daripada 1,500 undi.

Ia berjaya merampas kerusi Behrang semula dengan majoriti 1,928 undi tetapi kehilangan kerusi Sungkai pula dengan majoriti lebih besar kepada DAP pada 2013.

Daripada tiga kerusi tersebut, hanya Slim yang tidak pernah terlepas dari tangan BN.

Pemimpin tertinggi PH akan mengadakan ceramah dan bertemu pengundi di Felda Gunung Besout, salah satu daripada daerah mengundi dalam kawasan Slim.

Satu Lagi Kerusi BN Bakal Tumbang
Anak peneroka pilih PH?

Ketua Cawangan Umno Gunung Bersout 1, Alias Salion memberitahu The Malaysian Insight, kehidupan di kawasan Felda itu baik saja.

"Kerajaan menyediakan segalanya kepada kami. Sebelum ini kami tiada apa-apa. Apa lagi yang (penyokong pembangkang) mahukan?

"Kami ada anak dari kalangan penerika Felda yang kini menjadi doktor, peguam, jurutera, malah menjadi hakim," kata Alias.

Sebelum kedatangannya ke tanah rancangan inni, beliau menjalani kehidupan yang melarat di Bagan Serai tanpa sebarang harta.

Kini beliau bersyukur kerana menjalani kehidupan lebih baik yang disediakan oleh Felda untuk diri dan keluarganya.

Mengulas mengenai sentimen tersebut, Chang berkata peneroka Felda juga terbeban dengan kenaikan kos ekoran cukai barang dan perkhidmatan dan pemansuhan subsidi ke atas barang keperluan.

"Kami mendengar pelbagai rungutan dari peneroka. Mereka mengadu Felda lambat membayar untuk hasil tuaian. Sebelum ini, bayaran dibuat dua minggu sekali, sekarang sekali sebulan.

"Ada di antara mereka sanggup menjual buah (sawit) di luar dengan harga lebih rendah kerana dibayar secara tunai. Namun mereka akan didenda bila Felda dapat tahu," katanya.

Ramai generasi pertama seperti Alias memilih untuk setia bersama BN, namun Chang percaya bahawa generasi lebih muda yang mendapat akses maklumat mengenai skandal membelit agensi Felda dan BN akan mengundi PH.

Satu Lagi Kerusi BN Bakal Tumbang. ‎"Kami perlu meyakinkan mereka untuk balik mengundi," katanya mengenai pengundi muda yang kebanyakannya bekerja di luar kawasan tersebut. – the malaysian insight

Isa Samad mungkin disisihkan pada PRU14
bloglist-malaysia.blogspot
dialograkyat.blogspot
DETIK DAILY

Pemimpin Umno yang juga anggota parlimen Jempol di Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Samad dilihat bakal disisihkan pada pilihan raya umum akan datang..

Pesaing utama Isa di Jempol adalah ketua bahagian Umno di kawasan itu, Datuk Mohd Salim Sharif yang pernah menjadi setiausaha politik beliau.

Mohd Salim mengambil alih bahagian Umno Jempol pada tahun 2013 dan dilantik sebagai senator setahun kemudian.

Beliau dilihat berada dalam kem Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan yang dilihat bersaing dengan kem Isa di negeri itu.

Menurut sumber yang biasa dengan politik di Jempol, Isa jarang dilihat berada di kawasan itu.
Sebaliknya, Salim secara aktif berinteraksi dengan pengundi serta parti komponen BN dan dilihat sebagai bakal calon untuk kerusi tersebut.

Salim bahkan ada bertanya kepada penduduk Jempol sekiranya mereka akan menyokongnya jika dilantik sebagai anggota parlimen.

Isa adalah menteri besar Negeri Sembilan selama 22 tahun.

Pada tahun 2004, beliau menang jawatan naib presiden Umno dalam pemilihan parti itu, tetapi jawatan dan keanggotaannya digantung selepas beliau didakwa membeli undi.

Isa membuat kemunculan semula pada 2008 dan setahun kemudian, beliau memenangi pilihan raya kecil di Bagan Pinang dengan majoriti besar.

Pada tahun 2010, beliau dilantik oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai pengerusi Felda.

Bagaimanapun, beliau tidak lama kemudian terlibat dalam beberapa skandal melibatkan agensi berkenaan dan digantikan dengan anggota parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Samad.

Najib kemudian menamakan Isa sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (Spad).
Dua bulan kemudian, Isa ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan dakwaan pembelian hotel oleh Felda.

Walaupun Isa merupakan anggota Parlimen Jempol selama dua penggal selepas menang di kawasan itu pada PRU 2004 dan PRU 2013, beliau merupakan ketua bahagian Umno Teluk Kemang.

Bulan lalu, Mohamad Hassan mengumumkan Ketua Publisiti MIC, VS Morgan sebagai calon BN di Teluk Kemang.

Ketika dihubungi, Isa enggan mengulas jika beliau akan mempertahankan Jempol pada pilihan raya umum akan datang.

"Saya tidak tahu," katanya sambil ketawa.

Ditanya sama ada Salim akan diletakkan bertanding di Jempol, Isa juga mengunci mulut.
"Saya tidak mahu mengulas pada masa ini, biarlah presiden (Umno) memutuskan," katanya kepada Malaysiakini.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Mar 22, 2018 8:29 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Kalau Sayangkan Anak, Jangan Sesekali Letak Bedak Talkum Dalam Lampin Atau Di Kemaluan Anak
siakapkeli.my

Pasti setiap ibu sudah biasa menggunakan bedak bayi kepada anak-anak. Bukan sahaja wangi, namun untuk mengelakkan gatal serta alergi kulit yang lain. Disapunya bedak tersebut penuh ke muka anak atau bahagian tubuh lain. Bila sudah dibesarkan dengan bedak, jadi susah untuk buang tanggapan ada bahaya yang menanti pada bedak talkum yang biasa digunakan.

Benarkah begitu? Sebagai pengguna anda seharusnya prihatin, bukan tidak boleh menggunakannya langsung, tapi ada cara dan tekniknya untuk pakai. Namun untuk selamat, lebih baik tukar sahajalah kepada bedak talkum jenis ''free talc'' untuk keselamatan anak-anak atau kita sendiri yang menggunakannya.

Perkongsian oleh Faridzul Asyraf Mat Arifin yang tular di laman facebook seeprti di bawah ini mungkin boleh dijadikan panduan untuk anda. Pilihan di tangan masing-masing. Semoga bermanfaat untuk semua.

MAAFKAN AYAH MAYA... AYAH TAK TAHU...

Sebelum tidur Maya buat muka mengada. "Ayah, ayah, Maya cantik tak?"

Ayah yang baik, mengiyakan sahajalah. Maya ambil bedak lalu disapunya ke muka. Sebelum tidur. Itulah rutinnya yang dulu.

Saya sejenis Ayah yang beranggapan barangan di drugstore tu saya rasa semuanya selamat. Bedak je kot, aku dulu pun pakai!

Sehinggalah saya perasan yang apabila Maya demam, bagi makan ubat, walaupun demamnya akan kebah 2-3 hari selepas itu tapi batuknya masih berlaku. Something wrong...

Dan saya terkejut baru baru ini pada tahun lepas heboh bedak talkum terkenal yang Maya selalu pakai tu teruk kena saman sebab mengakibatkan cancer ovari!

Sejak saya tahu kes itu, terus saya tak bagi Maya pakai!

Actually kalau diteliti kes bedal talkum terkenal tu punca kenapa ramai yang saman mereka adalah mereka gagal mempamerkan BAHAYA DAN CARA YANG BETUL MENGGUNAKAN BEDAK MEREKA SEHINGGA ADA YANG MEMAKAI BEDAK ITU DI BAHAGIAN SULIT SETERUSNYA AKAN MENGAKIBATKAN CANCER OVARI.

Saya highlight supaya bagi faham.

Bedak yang mempunyai bahan talc didalamnya memang boleh mendatangkan bahaya jika tidak digunakan dengan betul. Ini tips kalau anda masih berdegil nak pakai bedak talkum terkenal ini kepada anak anda.

1) Elak pakai dibahagian muka dan alat sulit
2) Jangan letak dalam lampin anak!
3) Tuang bedak di tangan anda dulu sebelum sapu dibadan
4) ELAKKAN ANAK BERMAIN BEDAK!

Kalau anda nak selamat, terus ELAKKAN TALC BABYPOWDER ! Ada pilihan lain boleh digunakan selain bedak talc ni. Cari yang FREE talc untuk keselamatan anak kita.

Saya rasa ramai lagi ibubapa yang JAHIL dengan bedak ni. Kita dibesarkan dengan bedak, memang susah nak tanam dalam kepala yang bedak ni bahaya sebenarnya.

Kalau anda perasan packaging baru bedak talkum ini memang dia akan selitkan bahaya bedak mereka utk kanak2, tapi untuk packaging yang lama termasuk yg ada kat rumah sy tu, memang tak dinyatakan.

Sebab itu sebagai pengguna, kita kena prihatin akan benda macam ni. Sentiasalah up to date. Selamat menjadi pengguna bijak!

Psss : sesiapa yg beli bedak talkum terbaru ini, bleh amek gambar tak ada ke yg amaran bahaya ni?

Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Mar 22, 2018 8:29 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



SABAHAN DESAK TOLAK UMNO/BNs : TUKAR MUSA AMAN!!!
bloglist-malaysia.blogspot
btmmari.blogspot
Written By canang
Posted by canang

Sengaja Undi Pemimpin Korup, Itu Bermaksud Rakyat Bersubahat - Rafidah.

bloglist-malaysia.blogspot
amenoworld.org
Posted by Ameno World
Oleh : The Malaysian Insight

BEKAS menteri kabinet Rafidah Aziz hari ini mengingatkan rakyat Malaysia agar tidak mengundi pemimpin politik yang korup.

Beliau berkata, tindakan memilih pemimpin yang rasuah itu samalah seperti membenarkan salah laku yang dilakukan ahli politik berkenaan.

Dalam satu tulisannya di Facebook, bekas menteri perdagangan itu turut memberi amaran bahawa rakyat Malaysia akan "bersubahat" dengan perbuatan rasuah dan pengkhianatan sekiranya mereka secara sukarela mengundi ahli politik yang korup.

"Wahai rakyat Malaysia, sila ingat kata-kata peringatan ini. Rakyat yang terus memilih ahli politik yang korup atau rasuah, yang menyamar (sebagai terbaik), pencuri dan pengkhianat, tidak menjadi mangsa. Sebaliknya mereka dianggap sebagai bersubahat."

"Ini kerana secara langsung, rakyat itu membenarkan (ahli politik terbabit) terus melakukan perkara yang tidak betul," kata Rafidah.

Rafidah dilihat semakin lantang mengkritik kerajaan, dengan kritikan terbaharu disasarkan terhadap blogger pro-BN, Raja Petra Kamaruddin, yang menuduh Rafidah menyalahgunakan permit yang diluluskan (AP) ketika ia menjadi menteri perdagangan antarabangsa.

Rafidah menganggap pembohongan terhadapnya itu merupakan cubaan untuk mengalihkan isu sebenar yang dihadapi negara, dan menuduh blogger itu dibayar untuk mengkritik dirinya.

Sebelum ini Rafidah menyelar pihak berkuasa kerajaan kerana tidak proaktif dalam mengesan kapal mewah The Equinimity, selepas pihak berkuasa Indonesia merampas kapal berkenaan di Bali atas pemintaan Biro Penyiasatan Persekutuan Amerika Syarikat (FBI).

Rafidah mempersoalkan mengapa pihak berkuasa tidak dapat mengesan kapal terbabit sedangkan beliau menemuinya ketika menjalani aktiviti selam skuba di Thailand tahun lalu.

Pada Januari tahun ini, Rafidah turut menyelar polis kerana menjalankan siasatan terhadap isteri bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad, Dr Siti Hasmah Mohd Ali berhubung perhimpunan wanita di ibu negara.

Read more: http://www.amenoworld.org/2018/03/sengaja-undi-pemimpin-korup-itu.html#ixzz5ATsLIIjZ

Parti Generasi Baru (NewGen) Menyerati Gagasan Sejahtera (GS)

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net

April 2017 Kepimpinan asal Parti Generasi Baru (NewGen Party) mendakwa partinya disalahgunakan Datuk Mohd Ezam Mohd Nor dan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dengan menukar nama parti itu kepada Parti Bebas Rasuah (PBR) seperti yang diumumkan awal bulan ini.

Presiden asal Parti Generasi Baru, Datuk G Kumar Aamaan berkata, Ezam dan Khairuddin yang masing-masing merupakan presiden dan timbalan presiden PBR, didapati melakukan tindakan itu tanpa pengetahuan dan persetujuannya serta kira-kira 300 ahli parti itu kerana tiada sebarang notis atau mesyuarat diadakan.

Datuk Mohd Ezam Mohd Nor dan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan cuba hijack parti Parti Generasi Baru (NewGen Party) dan menukar kepda Parti Bebas Rasuah (PBR) dengan harapan untuk bersama HARAPAN dan Tun Mahathir Mohamad bagi menguasai undi dalam HARAPAN. Tapi malanya usaha ini gagal.

Presiden asal Parti Generasi Baru, Datuk G Kumar Aamaan berjaya menyelamatkan parti NewGen dan mereka membuat persiapan untuk menyertai HARAPAN dan berjumpa dengan Tun Mahathir.

Tapi HARAPAN memandang sinis usaha untuk menjatuhkan kerajaan BN oleh minoriti rakyat India. Kesungguhan parti NewGen dipandang sebelah mata.

Akhirnya Presiden asal Parti Generasi Baru, Datuk G Kumar Aamaan dan ahli Jawatakuasa parti berkenaan telah membuat kajian atas isu-siu melanda PAS serta Gagasan Sejahtera, termasuk kononnya rapat dengan UMNO/BN, terima wang RM90 juta dan lain-lain isu termasuk Presiden PAS condong kepada Najib.

Hasil kajian mereka dapati itu semua fitnah dan khabar buruk sahaja dan akhirnya mereka ingin menyertai PAS dan bersama GAGASAN SEJAHTERA untuk MENUMBANGKAN UMNO/BN pada PRU-14.

XOXO - Setelah fitnah dan tohmahan jahat daripada HARAPAN hilang dimakan masa, sudah pasti kebenaran akan timbul dan PAS akan mulai dilihat sebagai altenatif mengantikan UMNO untuk politik orang Melayu dan memimpin Malaysia. Mulai dengan yang kecil akhirnya menjadi besar dan berkuasa...

Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Mar 22, 2018 8:30 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS) – Hala tuju negara bersama PAS

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net

PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) menawarkan Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS) bagi menyelesaikan masalah negara yang membebankan rakyat dan kerajaan, akibat kegagalan melaksanakan konsep warisan penjajah yang dialami oleh semua bekas jajahan takluk, khususnya negara umat Islam.

Islam adalah penyelesaian yang perlu dikemukakan, setelah melihat kegagalan ideologi atau teori ciptaan manusia yang diperjuangkan oleh semua pihak yang hanya mengenali apa yang ditinggalkan oleh penjajah masing-masing.

Islam adalah petunjuk Allah, pencipta alam semesta termasuk makhluk manusia.. Petunjuknya adalah sempurna memenuhi naluri atau fitrah manusia yang tidak mampu dipenuhi oleh semua agama dan ideologi lain daripada Islam yang menjadi punca atau sebab kegagalannya.

Firman Allah:

ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُمْ بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ (٤١) قُلْ سِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَانْظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الَّذِينَ مِنْ قَبْلُ كَانَ أَكْثَرُهُمْ مُشْرِكِينَ (٤٢﴾

[الروم: 41-42]

"Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan-tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat). (41) Katakanlah: "Mengembaralah kamu di muka bumi kemudian lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang yang telah lalu (yang telah dibinasakan); kebanyakan mereka adalah orang-orang musyrik". (42)"

(ar-Rum: 41-42)

Al-Quran adalah petunjuk sepanjang zaman. Ini dapat disaksikan kebenarannya terkini apabila seluruh dunia dan manusia menghadapi krisis nilai dan masyarakat, sehingga mencetuskan krisis politik, ekonomi, pentadbiran, moral dan alam sekitar. Puncanya kerana syirik. Bukan sahaja syirik dalam ibadat, namun termasuk juga dalam mencipta penyelesaian sendiri di luar kemampuan sehingga meninggalkan petunjuk Allah yang Maha Rahmat dan Adil terhadap makhluknya.

Firman Allah:

أَمْ لَهُمْ شُرَكَاءُ شَرَعُوا لَهُمْ مِنَ الدِّينِ مَا لَمْ يَأْذَنْ بِهِ اللَّهُ وَلَوْلَا كَلِمَةُ الْفَصْلِ لَقُضِيَ بَيْنَهُمْ وَإِنَّ الظَّالِمِينَ لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ (٢١﴾

[الشورى: 21]

"Patutkah mereka mempunyai sekutu-sekutu (yang lain daripada Allah) yang mencipta untuk mereka - sebarang undang-undang yang tidak diizinkan oleh Allah? dan kalaulah tidak kerana kalimah ketetapan yang menjadi pemutus (dari Allah untuk menangguhkan hukuman hingga ke suatu masa yang tertentu), tentulah dijatuhkan azab dengan serta-merta kepada mereka (yang berbuat demikian). Dan sesungguhnya orang-orang yang zalim itu akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya."

(as-Syura: 21)

WINS adalah berpandukan acuan Allah daripada petunjuk al-Quran. Firman-Nya:

الَّذِينَ إِنْ مَكَّنَّاهُمْ فِي الْأَرْضِ أَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآتَوُا الزَّكَاةَ وَأَمَرُوا بِالْمَعْرُوفِ وَنَهَوْا عَنِ الْمُنْكَرِ وَلِلَّهِ عَاقِبَةُ الْأُمُورِ(٤١﴾

[الحج: 41]

"Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan solat (sembahyang), serta memberi zakat (sumbangan harta atau ekonomi), dan mereka melaksanakan amar maaruf (berkebajikan), serta nahi mungkar (melarang daripada melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar). Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan."

(al-Hajj: 41)

Ayat ini mengandungi di dalamnya 4 ciri terpenting dalam aspek menegakkan negara sejahtera berkonsepkan ibadah kepada Allah di dalam solat agar manusia memimpin dengan jati dirinya berhubung dengan Allah dan peranan manusia bermasyarakat madani melalui ibadat, khilafah dan amanah untuk melaksanakan syariat:

1. Mendirikan solat

Mentarbiyah pemimpin supaya sentiasa memohon hidayah Allah setiap waktu yang wajib dan sunat, bagi melaksanakan seluruh kehidupannya bersama hidayah tersebut. Bukan sekadar ilmu dan pengalamannya sahaja dan bukan juga mendirikan masjid tanpa mendirikan solat, tetapi memakmurkan masyarakat yang menghubungkan urusan negara dengan Islam yang sempurna.

Meneguhkan keimanan, bukan sahaja sokongan rakyat melalui pilihan raya yang terdedah kepada kejahilan dan penipuan, tetapi juga beriman kepada kewajipan daripada Allah yang ada perhitungan dosa dan pahala.

Ini sangat berbeza dengan ideologi yang dipisahkan daripada urusan agama yang bukan maksudnya daripada kalimah al-Din dan juga berlainan dengan agama-agama dan ideologi yang tidak sempurna tanpa politik, ekonomi dan urusan kemasyarakatan.

Menafsirkan perkataan Islam sebagai agama persekutuan yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan dengan perkataan al-Din mengikut istilah yang merdeka daripada penjajah kerana Islam adalah sempurna dan merangkumi urusan agama dan ideologi.

Maka negara sejahtera bercirikan ayat al-Quran yang disebutkan di atas dan menghubungkan politik kepada iman atau aqidah yang diikat dengan sentiasa beribadat kepada Allah melalui ikatan solat yang diucapkan dengan bacaan:

الحمد لله رب العالمين

"Segala pujian itu bagi Allah Tuhan yang mencipta dan mentadbir alam semesta"

Mewajibkan patuh kepada syariat Allah dengan ikhlas dalam segala urusannya, termasuk juga mentadbir negara selepas bersolat. Dilafazkan di dalam solat itu:

إن صلاتي ونسكي ومحياي ومماتي لله رب العالمين

"Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidup dan matiku semata-mata kerana Allah Pencipta dan Mentadbir Alam"

Setiap calon PAS diwajibkan baiah yang menjadi sebahagian daripada rukun politik Islam. Politik yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W menunjukkan kesungguhan dalam melaksanakan perintah Allah daripada Al-Quran. Para ulama' dan ilmuan Islam yang setia dan beramanah mewarisi cara pelaksanaan Rasulullah S.A.W, menetapkan ketaatan (kepatuhan) dan wala' (kesetiaan) mutlak kepada Allah dan Rasul yang menjadi aqidah perjuangannya sehingga ketaatan rakyat terhadap pemimpinnya bersyaratkan tidak menderhakai perintah Allah dan Rasul.

Ini berbeza dengan kalangan yang memperkecilkan baiah sehingga boleh melakukan apa sahaja. Allah berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَوْفُوا بِالْعُقُودِ (١﴾

[المائدة: 1]

"Wahai orang-orang yang beriman, penuhi serta sempurnakanlah perjanjian-perjanjian (termasuk perjanjian syahadah dan baiah)".

(al-Maidah: 1)

Firman Allah:

إِنَّ الَّذِينَ يُبَايِعُونَكَ إِنَّمَا يُبَايِعُونَ اللَّهَ يَدُ اللَّهِ فَوْقَ أَيْدِيهِمْ فَمَنْ نَكَثَ فَإِنَّمَا يَنْكُثُ عَلَى نَفْسِهِ وَمَنْ أَوْفَى بِمَا عَاهَدَ عَلَيْهُ اللَّهَ فَسَيُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًا(١٠﴾

[الفتح: 10]

"Sesungguhnya orang-orang yang melakukan baiah (memberi pengakuan taat dan wala' (setia) kepadamu (wahai Muhammad S.A.W), mereka hanyasanya memberikan pengakuan taat setia kepada Allah; Allah mengawasi keadaan mereka memberikan taat setia itu (untuk membalasnya). Oleh itu, sesiapa yang tidak menyempurnakan janji setianya, maka bahaya tidak menyempurnakan itu hanya menimpa dirinya; dan sesiapa yang menyempurnakan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah, maka Allah akan memberi kepadanya pahala yang besar"

(al-Fath: 10)

Selain itu, dikaitkan baiah dengan iman atau aqidah beriman kepada Allah dan Hari Akhirat supaya melaksanakan konsep adil terhadap masyakat majmuk yang berbilang bangsa, agama dan sikap terhadap kerajaan. Tegasnya, adil terhadap seluruh rakyat tanpa mengira penyokong kerajaan atau pembangkang, kerana semuanya adalah sebahagian daripada negara.

Firman Allah:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَى أَلَّا تَعْدِلُوا اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَى وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ (٨﴾

[المائدة: 8]

"Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan."

(al-Maidah: 8)

Rasulullah S.A.W melakukan baiah apabila memerintah negara, dan dikuti oleh pemerintah Islam dan parti Islam yang menyambung perjuangannya.

Setiap calon PAS yang beragama Islam sebelum berbaiah, hendaklah lebih dahulu diluluskan oleh Majlis Syura Ulama secara jamaie selepas diketahui peribadinya secara terperinci daripada semua sumber maklumat sekadar kemampuan.

Kenyataan pihak kerajaan di Parlimen menyebut bahawa kerajaan PAS khususnya di Kelantan yang paling lama memerintah, bersih daripada siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Ini menunjukkan kejayaan aspek tarbiah dan baiah dalam membina jati diri dan syakhsiah pemimpin kerajaannya.

2. Konsep ekonomi yang adil (zakat)

Ekonomi menyumbang kepada negara dan masyarakat. Salah satu ciri terpenting yang menjadi rukun negara sejahtera adalah melaksanakan konsep ekonomi yang adil dan mewajibkan zakat kepada penganut Islam sahaja yang merupakan ibadat harta daripada mereka yang berada dan berkemampuan.

Konsep ini menjadi petunjuk dalam aspek percukaian yang diwajibkan ke atas mereka yang mampu sahaja. Tidak menyekat kekayaan seperti teori sosialis dan komunis dan tidak bebas sehingga berlakunya kekayaan yang berpusing di kalangan orang yang tertentu sahaja yang menjadi penyakit teori liberal kapitalis.

3. Negara Berkebajikan (amar maaruf)

Amar Makruf adalah konsep Negara Berkebajikan yang berbeza dengan konsep Negara Kebajikan (Welfare State). Berkebajikan itu merangkumi seluruh kehidupan manusia yang berhubung dengan Allah, diri, keluarga dan masyarakat sehingga melibatkan kerajaan dan rakyat menunaikan tanggungjawab dalam seluruh kegiatan kerajaan dan masyarakatnya yang melibatkan jasad, roh, ilmu dan akhlak.

Dalam bidang ekonominya berpandukan firman Allah:

كَيْ لَا يَكُونَ دُولَةً بَيْنَ الْأَغْنِيَاءِ مِنْكُمْ وَمَا آتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانْتَهُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ (٧﴾

[الحشر: 7]

"(Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu. dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (S.A.W) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarang-Nya kamu melakukannya maka patuhilah larangan-Nya. dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksa-Nya (bagi orang-orang yang melanggar perintah-Nya)."

(al-Hasyr: 7)

Contohnya GST adalah cukai darurat ekonomi apabila berada dalam keadaan darurat. Adakah ekonomi kita dalam keadaan darurat?

Sebelum itu, hendaklah mengurus hasil tanpa cukai dengan baik, zakat dan cukai dikenakan kepada yang melibatkan kalangan yang berkemampuan terlebih dahulu, serta tidak berlakunya ketirisan atau salah laku tanpa membebankan rakyat termiskin, kerana kesan GST berlakunya inflasi.

4. Kehaibatan undang-undang tarbiyah (Nahi Mungkar)

Konsep Nahi Mungkar dengan maksud yang luas, bukan sahaja melaksanakan undang-undang yang punya kehaibatan mendidik masyarakat dan bukan sekadar menghukum sekeras-kerasnya seperti Hudud, Qisas dan Takzir, tetapi dengan syarat-syarat yang sukar bagi menjatuhkan hukuman dengan memilih bertaubat atau hukuman Takzir yang ringan lebih digalakkan. Namun undang-undangnya memberi kesan rohani kepada penjenayah atau bakal penjenayah. Hanya kalangan yang mengambil hasil haram daripada penjenayah juga menentangnya.

Nahi Mungkar juga adalah kebebasan bersuara oleh semua pihak terhadap kerajaan dan jenteranya, bukan sahaja oleh kalangan yang dinamakan pembangkang, tetapi pihak dalam kerajaan sendiri boleh membangkang dan juga rakyat umum.

Ditegaskan dengan penubuhan badan yang dinamakan hisbah di bawah kuasa perundangan untuk melakukan muhasabah terhadap pemimpin kerajaan, jentera kerajaan dan kegiatan rakyat dalam segala lapangan.

5. Akhirnya Wawasan Sejahtera (ولله عاقبة الأمور)

Berkeyakinan bahawa penyelesaian Islam itu pasti memberi kemenangan dan kejayaan dalam kehidupan dunia sehingga menerima ganjaran di Hari Akhirat yang kekal abadi berpandukan firman Allah:

فَآتَاهُمُ اللَّهُ ثَوَابَ الدُّنْيَا وَحُسْنَ ثَوَابِ الْآخِرَةِ وَاللَّهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ(١٤٨﴾

[آل عمران: 148]

"Oleh itu, Allah memberikan mereka pahala dunia (kemenangan dan nama yang harum), dan pahala akhirat yang sebaik-baiknya (nikmat syurga yang tidak ada bandingannya). Dan (ingatlah) Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang berbuat kebaikan."

(ali-Imran: 148)

Firman Allah:

يَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَيُدْخِلْكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ وَمَسَاكِنَ طَيِّبَةً فِي جَنَّاتِ عَدْنٍ ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ (١٢) وَأُخْرَى تُحِبُّونَهَا نَصْرٌ مِنَ اللَّهِ وَفَتْحٌ قَرِيبٌ وَبَشِّرِ الْمُؤْمِنِينَ (١٣﴾

[الصف: 12-13]

"(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam syurga "Adn". Itulah kemenangan yang besar. (12) Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya di alam dunia). Dan sampaikanlah berita yang mengembirakan itu kepada orang-orang yang beriman. (13)"

(as-Saff: 12-13)

Mewajibkan keyakinan kepada Wawasan Sejahtera bersama Islam yang jauh dan luas kerana lapangannya daripada dunia sehingga akhirat, menggantikan Wawasan 2020 di Malaysia atau Wawasan 2030 di negara arab yang diperkenalkan kini, yang pasti gagal di dunia sebelum akhirat kerana salah kiblat politik walaupun betul kiblat solatnya, yang diakibatkan daripada ideologi kanan dan kiri walaupun diubah kepada pragmatik.

"Sejahtera Bersama Islam"

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 27 Jamadil Akhir 1439 / 15 Mac 2018 - HARAKAHDAILY 15/3/2018

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Mar 22, 2018 8:31 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



"Tolong Pulihkan Kedai Saya Ustaz, Ramai Cakap Kedai Saya Asyik Tutup Je", Ustaz Kongsi Amalan Pendinding Guna Garam Dan Air Kolah Masjid
siakapkeli.my

Apabila kita memasuki rumah baru atau merasakan sedikit aneh dengan keadaan persekitaran rumah, eloklah jika kita memagari rumah dengan cara yang betul mengikut syariat Islam.

Dalam dunia perubatan Islam, garam biasanya antara bahan yang digunakan untuk 'memagar' rumah, menghalau dan mencederakan jin.

Syeikh Abu Al-Barra turut memetik jawapan dari Syeikh Abdullah Abdul Rahman Al-Jebreen yang mengatakan, penggunaan garam dalam menghalau makhluk halus adalah harus.

Ia berdasarkan kisah pengalaman Abu Nadhir Hasyim Ibnu Qasim yang mengamalkan perbuatan tersebut berdasarkan kitab Al-Wabas Sayyib min Al-Kalimat Tayyib oleh Syeikh Ibnu Qayyim Al-Jauzi.

Dalam merawat apa jua peyakit, yang penting sekali, perlu ditanam dalam hati setiap pesakit, i'tiqad keyakinan bahwa hanya Allah swt sahaja yang mampu menyembuhkan. Ubatan atau bahan-bahan rawatan hanyalah sebagai alat penghubung bagi menyembuhkan penyakit tersebut.

Ia tidak mempunyai sebarang kuasa pun. Pesakit juga hendaklah sabar, berdoa dan terus bertawakal kepada Allah swt seperti Nabi Allah Ayub yang terus tabah menghadapinya segala penyakit yang dideritainya.

Hanya kesabaran yang mampu membuktikan keimanan kita kepada Allah swt. Perkongsian kali ini adalah daripada Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin yang menceritakan bagaimana caranya untuk kita 'memulihkan' rumah daripada gangguan makhluk halus.

Mari ikuti perkongsian seperti dibawah, semoga ianya bermanfaat.

Ustaz boleh datang pulihkan kedai saya?? Ramai orang kata saya tak buka kedai bila lalu depan kedai saya. Macam mana nak buat ya ust?

Saya minta maaf sangat-sangat ramai yang nak saya datang ke rumah untuk pulihkan rumah dan permis perniagaan. tapi masa saya hendak ke rumah anda amat terhad.. Di sebabkan ramai yang bertanya bagaimana nak buat pulihkan rumah di bawah saya ajarkan bagaimana cara mudah untuk pulihkan rumah mengelakkan dari gangguan makhluk halus..

Langkah 1

a.. Ambil Air kolah masjid 2
b.. 1 botol 1500ml
c.. Lada Hitam 1pack kecil Dan Garam Halus 1bungkus
Langkah 2

Cara Caranya buka pintu tingkap rumah depan belakang, kemudian Azan di dalam rumah tersebut. Azan setiap bilik rumah, dapur dan ruang tamu.. Selesai Azan..
Campurkan garam halus dan lada hitam dalam 1 piring contoh seperti dalam gambar di bawah..Manakala Air kolah masjid di buka penutup botol tersebut lalu baca seperti di bawah:

Baca Al Fatihah 11x
Ayat qursi 11x
Al Ikhlas 11x kemudian Sambung Zikir Di Bawah Baca sebanyak 3x dan selawat 11x
Langkah 3

Selesai baca, garam halus di tabur setiap bucu rumah lebihkan tabur di bilik air tandas..Tabur secubit garam tersebut setiap bucu di sekeliling rumah anda. Selesai tabur ambil air kolah masjid pula masuk kan di dalam botol spray, contoh seperti gambar di bawah. Kemudian spray kan sekeliling rumah anda, pastikan dinding rumah anda di spray. Lebihkan juga spray di bilik air dan tandas rumah anda..Buat lah dengan yakin Inshaa Allah izin Allah rumah anda terhindar Dari gangguan makhluk halus.
Sebaik punya pendinding adalah banyak kan amalan zikir di dalam rumah tersebut, banyakkan baca Al quran di dalam rumah, solat berjemaah dan perbanyakkan solat sunat di dalam rumah...InshaaAllah itulah sebaik2 pendinding. Kerapkan juga Azan di dalam rumah anda inshaaAllah izin Allah di dalam rumah tersebut bebas dari gangguan makhluk halus..
Manakala di permis perniagaan pula kerap kan pasang ayat suci al quran di dalam kedai. Ada masa kita sendiri yang baca Al quran di dalam kedai. Banyakkan baca surah Al waqiah untuk murah rezeki, banyakkan Solat sunat dhuha inshaaAllah izin Allah rezeki anda bertambah. Kedai anda, tapak perniagaan inshaaAllah akan semakin maju..

Apa pun semua cara di atas adalah sebagai iktiar sahaja semua atas izin Allah..
Semoga bermafaat untuk kita semua, sekiranya bermafaat untuk org lain pula Silakan Share..
Moga di permudahkan semuanya
Aamiin

Siakapkeli

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Mar 22, 2018 8:37 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Jangan Beli Minyak Berjenama Terkenal Dijual Murah Sampai Separuh Harga, Jahanam Enjin Kereta
siakapkeli.my

22 Mac - Pernahkah anda ditipu ketika menukar minyak enjin kenderaan anda? Minyak enjin kitar semula menggunakan jenama terkenal atau lebih dikenali sebagai minyak 'piau' dikesan dijual secara berleluasa di bengkel kereta, lori serta motosikal di sekitar Lembah Klang pada harga hampir 50 peratus lebih murah.

Kebiasaan nya minyak hitam ini diperoleh daripada bengkel2 kenderaan yang memang menyediakan tong khas untuk mengisi minyak hitam terpakai untuk dilupuskan, lapor Harian Metro.

Minyak hitam terpakai itu dijual pada harga RM40 hingga RM80 untuk satu tong dram sebelum minyak tersebut disedut dan ditapis berulang kali menggunakan alat kimia khas hingga menjadi jernih kekuningan.

Minyak yang sudah dijernihkan semula itu kemudian di botolkan semula sebagai minyak baru menggunakan pelbagai jenama terkenal untuk dijual kepada pelanggan dengan potongan harga yang jauh berbeza dengan harga asal.

Bagi pengusaha bengkel atau peniaga pula kebanyakan mereka tahu minyak yang dijual adalah minyak kitar semula tetapi demi mengaut untukng yang berlipat kali ganda mereka sengaja tidak memaklumkan kepada pelanggan.

Namun, aktiviti penjualan minyak hitam kitar semula itu sedikit terbantut apabila tiga premis yang menjual alat ganti kenderaan di ibu negara diserbu penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kuala Lumpur, semalam, hasil risikan sejak beberapa bulan lalu.

Dalam serbuan yang dilakukan, 517 bekas 4 liter minyak enjin menggunakan jenama antarabangsa dirampas. Timbalan Ketua Pegawai Penguatkuasa Negeri, Mohd Arshad berkata, selain minyak jitam, turut dirampas adalah 34 unit minyak gear dan 22 unit minyak brek tiruan.

Operasi itu dikatakan berjalan selepas menerima aduan pemilik jenama minyak berkenaan di negara ini yang mengesan aktiviti penjualan minyak tiruan itu kepada pelanggan.

"Bertindak atas aduan itu, KPDNKK Kuala Lumpur mewujudkan tiga pasukan bagi membuat pemeriksaan di tiga premis terletak di Taman Segar, Taman Daya dan Taman Melati bersama wakil jenama minyak itu di negara ini.

"Hasil pemeriksaan, kita menemui 517 bekas minyak hitam, 34 bekas minyak gear dan 22 bekas minyak brek tiruan yang dijual kepada pelanggan sebagai minyak asli," katanya ketika dihubungi.

Mohd Shahran juga berkata, hasil siasatan mendapati pemilik premis memperoleh bekalan daripada pembekal dan tahu bahawa ia adalah barangan tiruan namun tetap menjualnya bagi mengaut keuntungan mudah.

Mohd Shahran berkata, hasil siasatan mendapati pemilik premis memperoleh bekalan daripada pembekal dan tahu bahawa ia adalah barangan tiruan namun tetap menjualnya bagi mengaut keuntungan mudah.

Katanya, nilai keseluruhan minyak yang dirampas itu adalah sebanyak RM41,430.

"Semua barangan dirampas mengikut Seksyen 8(2) Akta Perihal Dagangan 2011. Jika sabit kesalahan dikenakan denda sebanyak RM15,000 bagi setiap unit barangan disita bagi syarikat manakala denda RM10,000 bagi setiap unit untuk perseorangan juga boleh dipenjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

"Kami turut merampas dua salinan invois, lesen pihak berkuasa tempatan (PBT), dokumen Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) serta dokumen pesanan penghantaran," katanya.

Formula campuran minyak sayuran

Boleh menjahanamkan enjin kenderaan. Itu kesimpulan dibuat pakar automobil terhadap penggunaan minyak pelincir tiruan yang dikesan tidak mempunyai daya untuk merendahkan suhu pada enjin.

Pemilihan dan penggunaan minyak hitam yang betul memainkan peranan penting bagi memastikan ketahanan enjin yang menjadi 'jantung' setiap kenderaan.

Pakar industri pemotoran Ahmad Salihin Abd Rahim berkata, secara umumnya, minyak pelincir di pasaran terbahagi kepada tiga kategori iaitu mineral, semi synthetic dan fully synthetic.

Menurutnya, ada beberapa cara minyak tiruan dihasilkan, malah dijual dengan harga sama seperti minyak tulen di pasaran.

"Cara yang paling senang dan digemari sindiket adalah dengan mencampurkan minyak pelincir tulen dengan minyak sayuran sebelum ia dipek semula menggunakan jenama asal.

"Cara kedua adalah dengan menapis minyak pelincir terpakai berulang kali sehingga ia kembali kelihatan jernih. Ia dijual sebagai jenama tiruan atau menggunakan jenama baru," katanya ketika dihubungi wartawan NSTP semalam.

Menurut beliau, minyak pelincir berfungsi menggerakkan dan melicinkan geseran keluli di dalam enjin selain menyerap haba yang terhasil akibat geseran itu.

"Enjin kenderaan dibina menggunakan keluli atau logam. Justeru, apabila enjin dihidupkan, komponen dalam enjin akan bergerak dan bergesel antara satu sama lain. Ini akan menghasilkan percikan dan haba.

"Bagaimanapun, minyak pelincir tiruan tidak mampu menyerap haba yang dihasilkan. Disebabkan itu enjin kenderaan cepat panas. Geseran menjadi kasar dan haus dan akhirnya menyebabkan kepanasan melampau pada enjin," katanya.

Kerana Minyak Masak RM10, Pemandu Grab Baik Hati Ini Sanggup Cari Balik Rumah Penumpang
siakapkeli.my

Siapa kata sudah tiada lagi orang bersifat baik hati dan sanggup memudahkan urusan orang lain walaupun orang itu tidak kita kenali. Pertolongan walau sekecil-kecil perkara sekalipun, wajar dilakukan jika mampu untuk memberi kesenangan kepada pihak lain biarpun tiada ganjaran akan dibalas. Hati nurani yang baik itu yang akan mencerminkan sikap kita yang sebenar. Ye tak?

Seorang netizen Hazrey tampil berkongsi di laman twitternya kisah seorang pemandu Grab yang baik hati. Lelaki ini sanggup mencari semula rumah penumpangnya semata-mata mahu memulangkan barangan dapur yang tertinggal dalam bonet keretanya.

Tak semua orang boleh bersikap begini. Respek la dengan sikap brother Raymond ini !

Cari rumah penumpang yang tertinggal minyak masak..

Salah rumah. Pusing lagi satu lorong, setengah jam dia datang balik..

Habis kerja, terus cari rumah penumpang semula...

Susah payah hantarkan walaupun nilainya cuma RM10..

Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Mar 22, 2018 9:28 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Ini teks penuh doa Ustaz Ahmad Dusuki yang di'spin' pemberitaan oleh Malaysiakini & Cybertropper HARAPAN

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net


Teks Doa Anggota Jawatankuasa PAS Selangor Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani ialah;

"Di malam yang baik ini, Ya Allah, kami berkumpul di padang ini mengharapkan kejayaan kepada Parti Islam Se-Malaysia, PAS, khususnya di bumi Selangor ini dalam pilihan raya yang akan kami lalui.

Kami memohon, mengadu kepada-Mu Ya Allah betapa lama bumi Selangor ini dijajah dengan suasana yang tidak (dengan) cara agama.

Kami memohon kepada-Mu Ya Allah agar diberi peluang kepada Parti Islam Se-Malaysia, PAS, untuk memerintah bumi Selangor ini.

Berilah peluang untuk melihat keadilan Islam, berilah peluang untuk melihat betapa indah agama-Mu ini di bumi bertuah ini.

Ya Allah ya Tuhan kami, kami memohon kepada-Mu betapa ada di kalangan ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) kami disekat perbelanjaan, peruntukan untuk mereka.

Pada-Mu kami pohon untuk membuka hati-hati mereka itu. Ataupun selayaknya Kamulah yang membalas kepada mereka itu Ya Allah.

Kami pohon untuk mengadu pada kamu Ya Allah, betapa jemaah ini dikhianati oleh mereka-mereka yang melarikan kerusi kami.

Kami pohon Ya Allah betapa mereka ini selayaknya Kamu membalasnya. Kamulah yang sebaik-baiknya yang membalas.

Tidakkah Kamu menyebut doa mereka yang dizalimi itu tidak akan ditolak oleh-Mu. Kami pohon kepada-Mu segala pakatan yang mereka rancang itu dihancurkan (dan) lebur mereka Ya Allah.

Ya Allah jadikanlah pakatan yang jahat itu, pakatan yang tidak mempunyai kekuatan Ya Allah, sebagaimana Kamu telah meleburkan tentera-tentera ahzab itu Ya Allah.

Demikianlah kami akan hadapi nanti Ya Allah. Demikian juga kami akan berhadapan dengan Barisan Nasional dalam pilihan raya yang akan datang.

Kami pohon pada-Mu ya agar dibuka hati setiap pengundi-pengundi di kalangan kami ini agar melihat bagaimana kezaliman yang dilakukan BN sebelum ini terhadap rakyat bumi Selangor dan bumi Malaysia ini.

Kami pohon pada-Mu Ya allah agar dibuka hati sesama kami ini agar dirapatkan ikatan ukhuwah kami ini.

Jauhkanlah di kalangan kami berpecah sesama kami (dah) bahkan jadikanlah kami kesatuan di kalangan kami.

Berikanlah kemenangan Islam di bumi Malaysia ini Ya Allah sehingga kami lihat keindahan agama-Mu, sebagaimana kami ingin melihat al-Quran yang indah itu dalam setiap sanubari umat manusia.

Hanya kami membawa ajaran-Mu ini Ya Allah. Jika kamu rebahkan kami, siapa lagi yang mampu untuk membawa agama-Mu ini.

Hanya kami daripada Parti Islam Se-Malaysia, PAS, membawa ajaran agama-Mu.

Dalam keadaan jerih, ada di kalangan kami telah gugur di jalan-Mu. Ada di kalangan kami yangg sedang menunggu-nunggu untuk gugur. Ada di antara kami mengorbankan harta benda mereka. Ada di kalangan kami yang bangun dan sujud pada-Mu Ya Allah.

Guru-guru kami, mereka yang telah berjuang di jalan-Mu sehingga menghadap-Mu membawa perjuangan ini Ya Allah. Jadikanlah saat kami menadah tangan pada-Mu ini, kuburan mereka di antara taman-taman syurga.

Jangan jadikan kubur mereka antara kawah-kawah neraka. Jadikanlah tangan yang memangkah Parti Islam Se-Malaysia, PAS, kubur mereka menjadi damai dan tenang.

Di atas kesaksian mereka itu, jadikanlah tangan tangan-mereka itu sebagai saksi di hadapan-Mu nanti Ya Allah.

Kami pohon kepada-Mu agar amalan yang baik ini dalam lima tahun sekali, yang mereka pangkah nanti akan bertanggungjawab di hadapan-Mu nanti, hanya melihat Islam sebagai cara hidup di kalangan mereka.

Berilah peluang pada kami (untuk) membuktikan indahnya agama-Mu ini khususnya di bumi Selangor.

Kuatkan barisan kepimpinan kami Ya Allah. Jangan ada di kalangan kami yang cuba menikam belakang kami pula.

Sebagaimana tusukan yang pernah ditusuk oleh sahabat-sahabat kami yang mengkhianati baiah itu.
Kamulah sebaik-baik (yang) membalas ya allah kerana Kamu Maha Mendengar setiap doa-doa.

Ya Allah jadikanlah setiap rezeki yang mereka dapat itu, bahan bakar pula bagi mereka nanti, menjadi keseksaan kepada mereka nanti.

Jadikanlah setiap apa yang kami kerjakan ini amalan soleh untuk kami. Untuk kami tunjuk di hadapan-Mu nanti betapa kami lakukan (dengan) penuh keikhlasan dan penuh ketabahan.

Kami pohon kepada-Mu agar jangan membolak-balikkan hati kami ini, membolak-balikkan hati pengundi-pengundi sehingga mereka nampak hanya bulan untuk mereka sokong.

Jadikanlah setiap di kalangan umat bumi Selangor ini yang beriman kepada-Mu, berikan kelapangan dalam hati mereka untuk bersama Islam.

Berilah peluang Islam bercahaya di bumi ini Ya Allah. Jika tiada lagi pertolongan dari-Mu, siapa lagi yang mampu untuk memberi pertolongan untuk kami.

Jika tiada pertolongan dari-Mu, kepada siapa lagi kami mampu untuk mengadu.

Izinkan bibir kami menyebut Lailahaillallah Muhammadurrasulullah di saat penghujung kehidupan kami. Kamulah yang memberi kekuatan pada kami pada saat itu.

Jadikanlah kelapangan di saat kami menghadap-Mu nanti. Jadikanlah kubur kami bercahaya dengan cahaya yang indah, jauhkan kubur kami (daripada menjadi) kawah-kawah neraka.

Ya Allah ya Tuhan kami, kami pohon untuk bangkit di akhirat bersama panji-panji Islam ini, bersama nabi-nabi-Mu, bersama nabi kami Muhammad SAW.

(Dan) berjalan beriringan ke syurga-Mu nanti. (Kami) mengharapkan syurga Firdaus daripada kerja-kerja kami ini.

Jadikanlah setiap daripada mereka yang bersama Parti Islam Se-Malaysia, PAS, ini semuanya dalam syurga. Jauhkanlah ahli-ahli PAS ini daripada terhumban ke nerakamu pula.

Ya Allah ya Tuhan kami, jadikanlah setiap usaha kami yang datang (dari) jauh (dan) berkumpul di padang yang luas ini, (sebagai) keluasan rahmat-Mu untuk kami.

Hancurkanlah tentera-tentera ahzab itu Ya Allah, hancurkanlah pakatan ahzab itu Ya Allah, hancurkanlah kekuatan mereka Ya Allah.

Jadikanlah perpecahan di kalangan mereka dan jadikanlah kekuatan kami pula dan tegakkan islam di muka bumi ini.

Inilah janji kami, inilah permohonan kami. Berilah pertolongan sebagaimana kamu telah memberi pertolongan kepada nabi kami dalam perang Ahzab Ya Allah.."

XOXO - Ada sesiapa terasa ke dengan doa ini??...

Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/

Tauliah Ustaz Dasuki digantung oleh JAIS...
kedahlaniie.blogspot

Lepas doa Ahzab, Mais gantung tauliah Dasuki

bloglist-malaysia.blogspot

wak-labu.

Posted by Mohd Sulaiman

 

Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menggantung sementara tauliah anggota perhubungan PAS negeri itu Ahmad Dusuki Abd Rani selepas terpalit kontroversi mendoakan kehancuran "pakatan yang jahat".

Sepucuk surat dikatakan daripada JAIS kepada Dusuki kini mula beredar di Internet selepas dimuat naik ke Facebook oleh pegawai penerangan pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang Wan Ji Wan Hussin petang ini.

"Tauliah Ustaz Dasuki ditarik oleh Majlis Agama Islam Selangor.

"Agak-agak kalau dia mengajar juga, JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) datang tangkap tak?" soal ustaz muda itu.

 

 

Surat itu antaranya berkata tauliah mengajar dan berceramah Dusuki digantung serta-merta sementara menunggu siasatan susulan aduan dan laporan media berkaitan kontroversi itu.

Sumber-sumber yang mengetahui perkara itu mengesahkan tindakan Mais itu tetapi enggan mengulas berkaitan keaslian surat yang dikatakan dikeluarkan oleh jawatankuasa tauliah majlis itu.

"Digantung sahaja sementara jawatankuasa tauliah Mais bersidang.

"Jawatankuasa ini yang akan tentukan keputusan sebenar," kata sumber kepada Malaysiakini.

Dusuki selepas solat hajat sempena 10 tahun PAS dalam kerajaan Selangor di Shah Alam pada 18 Mac lalu dilapor berdoa menyamakan pertempuran antara PAS dan parti lain pada pilihan raya umum akan datang seperti Perang Ahzab.

Baca: Teks penuh doa PAS Selangor hancurkan 'pakatan jahat'

Peperangan Ahzab atau Perang Khandak merupakan peperangan antara tentera kafir di sekitar tanah Arab yang berkumpul untuk memerangi Nabi Muhammad yang ketika itu berada di Madinah.

Dusuki berdoa antaranya memohon agar PAS diberi kemenangan pada pilihan raya umum akan datang serta dapat memerintah di Selangor.

Dusuki yang juga seorang pendakwah turut berdoa agar 'pihak' yang meninggalkan PAS serta 'memungkiri' baiah mendapat balasan daripada Allah.

Selepas kritikan, Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata isu itu tidak patut timbul atau dimanipulasikan kerana ia dibuat untuk mengharapkan kemenangan parti itu, serta mengalahkan musuhnya.

Mais, Jais dan Dusuki ketika dihubungi enggan mengulas isu itu. Dusuki bagaimanapun memberitahu Malaysiakini beliau akan menyentuh isu itu di Facebook beliau dalam sehari dua lagi.

Kenapa PKR Takut Dengan Doa PAS ?
bloglist-malaysia.blogspot
dialograkyat.blogspot
Dicatat oleh ELBI RISALAH
AIDCNews


Doa yang dibacakan oleh Ahli Jawatankuasa PAS Selangor ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani selepas solat hajat sempena 10 tahun PAS dalam kerajaan Selangor di Shah Alam pada 18 Mac lalu tidak pernah menyebut 'Pakatan Ahzab' sebagai Pakatan Harapan, namun kenapa PKR dan Naib Presidennya, Dr Xavier Jayakumar kepanasan, soal aktivis parti Islam, Huzir Sulaiman.

"Kenapa Xavier PKR terasa yang Pakatan Ahzab dimaksudkan PAS itu adalah dia dan PH? Kita tak sebut pun PH. Panas semacam je pasal apa ?,"soalnya dalam Facebook.

Huzir merujuk kepada kenyataan Adun PKR Sri Andalas Xavier Jayakumar hari ini yang menggesa PAS keluar daripada Kerajaan Negeri Selangor berikutan dengan doa ustaz Ahmad Dusuki tersebut.

"Kami bingung kerana bagaimana mereka boleh meraikan kejayaan bersama sejak 2008 dan dalam masa yang sama mendoakan kehancuran.

"Jika mereka di dalam PAS Selangor terus berdoa dan merasakan begitu terhadap kami dalam Pakatan Harapan, mungkin tindakan bermaruah untuk mereka ialah meletakkan jawatan dengan segera sebagai tanda protes terakhir terhadap kerajaan negeri," kata Xavier.

Bidas Huzir, Xavier tidak perlu mendesak Exco PAS Selangor letak jawatan kerana cara yang lebih mudah adalah menasihati Menteri Besar Selangor yang juga Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memecat ketiga-tiga exco berkenaan.

"Xavier PKR tak perlu suruh Exco PAS Selangor letak jawatan, dia boleh suruh Azmin PKR pecat je. Sikit pun kita tak takut,"katanya.

Huzir juga turut mengalu-alukan ugutan Xavier yang berkata ustaz Ahmad Dusuki boleh dipecat daripada terus memegang jawatan Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

"Xavier PKR pun boleh suruh Azmin PKR pecat Ustaz Ahmad Dusuki sebagai Ahli Majlis MPSA. Silakan. Dia berani ke? Atau pandai cakap je?,"soalnya.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: