8 Messages
Digest #4903
Messages
Fri Mar 2, 2018 6:59 am (PST) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
Ada Team Orang Islam Yang Cuba Halang RUU355, Pasal apa takutkan sangat Undang2 Islam diperkasakan?
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net
KUALA LUMPUR: Bekas Ahli Parlimen Tawfik Ismail menggesa peguam negara menasihatkan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia untuk tidak menyenaraikan rang undang-undang yang memperkasakan kuasa mahkamah syariah pada sesi Parlimen Isnin ini.
Peguamnya mengingatkan Jabatan Peguam Negara kepada keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonan Pandikar membatalkan saman Tawfik baru-baru ini.
Tawfik memfailkan saman terhadap Pandikar dan Setiausaha Parlimen Roosme Hamzah, memohon mahkamah mengisytiharkan rang undang-undang persendirian daripada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu tidak berperlembagaan dan bertentangan dengan prosedur Parlimen.
Rang undang-undang itu mahu meminta Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355 untuk membolehkan hukuman lebih berat dikenakan ke atas orang Islam yang melakukan kesalahan syariah.
Surat kepada Pandikar berkata "menyenaraikan RUU 355 dalam aturan urusan mesyuarat sesi Parlimen akan datang adalah subjudis dan menghina mahkamah".
"Oleh itu, adalah mustahak bagi para defendan menghormati keputusan mahkamah dan prosiding kes yang sedang berjalan. Demikian juga, Ahli Parlimen harus menahan diri daripada membahaskan atau membincangkan kes tersebut semasa sesi."
Tawfik baru-baru ini memberi amaran kepada semua pihak supaya tidak menjadikan RUU 355 sebahagian kempen pilihan raya umum tahun ini.
"Membincangkan dan/atau mempertimbangkan RUU 355 di khalayak sebagai isu kempen pada PRU14 semasa mahkamah mempertimbangkan isu yang dibangkitkan dalam saman pemula adalah subjudis dan menghina mahkamah," kata anak keapda pemimpin Umno terkenal, Tun Ismail Abdul Rahman, yang berkhidmat sebagai timbalan perdana menteri dari 1970 hingga 1973.
Tawfik dalam saman pemula yang difailkan Mac tahun lepas berkata usul Hadi tidak mengikut syarat-syarat Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat dan melanggar Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kesamaan untuk semua rakyat.
Pandikar dan Rossme berhujah saman mesti dibatalkan kerana mencerobohi keistimewaan Parlimen bawah Perkara 62 dan 63 Perlembagaan Persekutuan.
Perkara 62(1) menyatakan tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan ini dan peruntukan undang-undang persekutuan, setiap majlis Parlimen hendaklah mengawal selia tatacaranya sendiri. Perkara 63 menyatakan kesahan apa-apa prosiding di dalam mana-mana satu majlis Parlimen atau dalam mana-mana jawatankuasanya tidak boleh dipersoalkan di dalam mana-mana mahkamah.
Mahkamah Tinggi memutuskan mahkamah mempunyai bidang kuasa untuk menyiasat perkara yang diadukan Tawfik dalam samannya.
Kepelikan Hanipa Maidin, YB Sepang Yang Menjadi Tanda Tanya
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net/
Antara ramai-ramai Ahli Parlimen Melayu Islam, Hanipa Maidin adalah antara seorang yang paling lantang bersuara dan antara yang banyak bersuara semasa Sidang Dewan Rakyat. Bunyi seakan bagus, tetapi hakikatnya sangat merugikan umat kerana banyak isu-isu yang telah diperjuangkan adalah isu-isu yang pelik.
Berikut merupakan beberapa isu 'pelik' yang menjadi perjuangan beliau yang menjadi tanda tanya:
1. MEMPERTAHANKAN NAMEWEE DALAM ISU VIDEO TAHUN BARU CINA (Februari 2018)
Bersempena dengan Sambutan Tahun Baru Cina tahun ini, penyanyi rap kontroversi Namewee telah memuatnaik video lagu 'Like a Dog' yang berlatarkan suasana Putrajaya, iaitu di perkarangan Masjid Putra, Putrajaya. Isunya ialah 'aksi-aksi lucah' yang ditonjolkan dalam video tersebut. Timbalan Perdana Menteri telah mengarahkan supaya tindakan diambil ke atas Namewee atas perbuatannya yang menghina kesucian masjid dan agama Islam.
Tiba-tiba, YB Hanipa menjadi hero mempertahankan perbuatan Namewee itu di dalam penulisannya di laman Facebook beliau. Tidak tahu apakah hijab apa yang menutup sensitiviti beliau sebagai seorang Muslim terhadap isu ini.
Beliau berkata bahawa beliau tidak lihat apa-apa penghinaan terhadap Islam yang berlaku. Malah, beliau membuat perbandingan dengan berkata "lebih hina guna wang dari badan yang terbabit dengan skandal lepas tu taja orang pergi haji" yang jelas lebih berbaur politik dan ingin mengalihkan isu. Perkara ini biasa jika kita ikuti penyertaan beliau dalam perbahasan parlimen, apa-apa isu pun boleh dikaitkan dengan 1MDB atau salahguna kuasa.
2. MENGGESA AGAR HAK GOLONGAN ATHEIS DILINDUNGI (November 2017)
Timbulnya perbincangan berkenaan atheism ini bermula apabila YB Kota Raja, Dr Mariah Mahmud meminta supaya dinyatakan sejauh manakah gejala atheis ini berkembang dalam negara ini dan dijawab oleh YB Dr Asyraf Wajdi selaku Menteri yang hadir pada sidang parlimen pada hari tersebut. YB Dr Asyraf Wajdi telah menyebut bahawa atheism ialah 'unconsitutional' (tidak berlepembagaan) seperti apa yang termaktub dalam perkara 11 Perlembagaan Malaysia dan ia juga bertentangan dengan prinsip rukun negara yang pertama.
Namun, ketika sidang parlimen yang mana ahli lain sedang sibuk membahaskan isu berkaitan dengan FINAS, YB Sepang bangun mencelah. Dan menyentuh semula perbahasan isu atheism ini. Sangatlah hebat kerana beliau bijak mencari peluang untuk menojolkan diri dan otaknya sangat bergeliga dalam mencipta isu..
Beliau bersuara dengan mengatakan bahawa hak untuk menganut atheism ini terjamin oleh perlembagaan atas prinsip 'freedom of religion' dan menyambung untuk membuktikan kenyataan Dr Asyraf Wajdi tempoh hari adalah salah, sehinggalah beliau menegaskan, "saya rasa ateisme ini is duly protected by Article 11 of Federal Constitution" dan akhirnya sidang berhenti untuk berehat. Sekali lagi, perbahasan isu asal terencat dan tidak menyelesaikan apa-apa permasalahan. Kemudian, isu ini berlarutan di media sosial dan portal-portal berita yang tidak berkesudahan serta mengelirukan.
Timbul pula persoalan yang sangat penting, apakah kepentingan beliau terhadap golongan atheis ini sehingga sanggup mengganggu perbahasan lain yang jauh lebih penting?
Manakah prinsip beliau sebagai seorang pemimpin beragama Islam, yang mendakwa dirinya sebagai pejuang Islam?
3. MEMPERTAHANKAN PEMFITNAHAN TERHADAP KHUTBAH JUMAAT (Januari 2015)
Pada tarikh 9 Januari 2015, Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty Malaysia iaitu Eric Paulsen telah menerbitkan kenyataan fitnah terhadap khutbah jumaat dan JAKIM di laman Twitter peribadi beliau yang berakhir dengan penahanan Eric Paulsen atas Akta Hasutan. Beliau menulis, "Jakim is promoting extremism every Friday. Govt needs to address that if serious about extremism in Msia".
Tidak lama selepas itu, Hanipa Maidin menggunakan peluangnya di Parlimen untuk mempertikaikan dan membantah penahanan Eric Paulsen. Beliau mempersoalkan, kenapa tidak diadakan dialog dan perjumpaan untuk penjelasan dari pihak Eric Paulsen seolah-olah tidak ada langsung ruang untuk beliau mempertahankan diri di mahkamah.
Beliau menggambarkan bahawa undang-undang yang sedia ada sebagai zalim untuk mendakwa seorang non-muslim yang kononnya jahil akan Islam itu sendiri. Twit melulu Eric Paulsen tersebut bersifat kenyataan yang jelas, bukan sekadar persoalan retorik. Mustahil seorang peguam terkemuka jahil tentang situasi umat Islam dan tidak sensitif langsung, selaras dengan kenyataan YB Hanipa yang mengatakan bahawa "Eric Paulsen ni orang pandai, orang yang ada brain".
Beliau juga telah bersungguh-sungguh mempertahankan Eric Paulsen dengan mencadangkan supaya pihak berkuasa tidak mengambil tindakan yang keras dan melulu supaya dapat "win the hearts and minds of the non-Muslims" katanya. Sebaliknya beliau menuduh bahawa JAKIM telah membesarkan isu ini dan mengapi-apikan keadaan.
Amboi, bersungguh-sungguh YB Hanipa mempertahankan seorang pemfitnah dan memburukkan pihak berkuasa yang telah menjalankan tugas mereka dalam menjaga agama seperti yang selalu dicanangkan dan perjuangkan, iaitu maqasid syariah. Prinsip keadilan dan menentang kezaliman yang sering dilaungkan beliau secara tidak langsung terkubur selepas tindakan beliau mempertahankan seorang pemfitnah ini. Layakkah beliau dipanggil sebagai pejuang keadilan?
PENUTUP
Ini baru sahaja tiga contoh 'kepelikan' yang diperjuangkan YB Hanipa Maidin. Banyak lagi isu, tindak-tanduk dan pemikiran beliau yang mengelirukan dan merugikan umat Islam dan orang Melayu di Malaysia ini. Ini belum lagi jika hendak didedahkan berapa kali beliau menjerit-jerit dan bergaduh di parlimen seperti kanak-kanak kecil.
Ketahuilah, seorang yang bercelaru cara pemikirannya tidak layak diangkat sebagai pemimpin, lebih-lebih lagi sebagai seorang yang sepatutnya memperjuangkan hak-hak dan kepentingan rakyat dan masyarakat yang diwakilinya.
Adakah rakyat Sepang akan terus memilihnya sebagai ahli parlimen pada PRU akan datang? Fikir-fikirkan.
----------------------------
Ikuti saluran rasmi telegram Gerakan Pengundi Sedar di : https://t.me/pengundisedar
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Fri Mar 2, 2018 7:00 am (PST) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
Siapa Sangka Dengan Membawa Anak Ke Taman Permainan Sekerap Mungkin Rupanya Memberi Banyak Kebaikan Yang Kita Tak Tahu
siakapkeli.my
Taman permainan merupakan tempat yang paling digemari oleh semua anak-anak. Permainan yang banyak dengan warna-warna terang yang cantik menarik perhatian dan minat anak-anak untuk bermain disitu.
Jika diimbas kembali memori silam sewaktu kecil pasti ramai dari kita juga banyak menghabiskan masa di kawasan luar seperti taman permainan untuk bermain bersama rakan-rakan.
Bagaimanapun, bermain di taman permainan ini bukanlah sekadar untuk keseronokan sahaja tetapi rupanya ada banyak kebaikan yang boleh membantu proses pembesaran anak-anak.
Entri kali ini berkongsi hasil penulisan dari Puan Liyana Raya yang bercerita tentang kebaikan membawa anak ke taman permainan dan juga beberapa tanggapan salah yang sering dilakukan oleh ibu bapa.
Mari kita baca perkongsian bermanfaat dan menambah ilmu pengetahuan ini.
Bawalah anak ke playground sekerap yang mungkin, kerana di situlah terdapatnya banyak rangsangan untuk deria yang utama dalam perkembangan anak2.
Malah kita sendiri pun semasa kecil membesar di playground. Boleh ingat lagi tak,almost everyday kan kita main dekat playground?
Di playground la otot dan sendi kita dirangsang. Sebab itu kita jadi kuat dan kita boleh menulis dengan baik sebab 'core muscles' of the chest,back and shoulders mendapat ketahanan yang tinggi sekaligus membantu kita utk menahan otot ini daripada mengganggu fungsi jari jemari kita ketika menulis.
Anak-anak zaman skrg apabila menulis dan menggunting,
Kenapa jadi macam ni?
Kurang rangsangan terhadap otot dan sendi.
Playground juga turut membantu kita menyeimbangkan badan kerana ianya merangsang deria keseimbangan badan (vestibular) yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar kita.
Kanak-kanak perlu bergerak.
Kita dulu memang boleh duduk diam eh?
Dah kenapa zaman sekarang ni kita nak anak-anak duduk diam?
No point bagi anak duduk diam.
Sebab kalau anak duduk diam,ianya tidak merangsang langsung deria keseimbangan badan ni.
Disebabkan kita nak anak duduk diam,hasilnya kita dapati:
📌Anak akan sukar fokus
📌Anak suka berlari ke sana ke mari di dalam kelas
📌Anak kurang keyakinan diri
📌Anak tidak boleh mengawal emosi
Sebab dengan adanya playground,anak-
📌Mereka fokus terhadap pergerakan yang banyak boleh dilakukan di playground seterusnya apabila tiba waktu belajar,mereka tidak mudah terganggu utk melakukan pergerakan kerana mereka sudah puas bergerak!
📌Meningkatnya rasa keyakinan diri kerana mereka boleh merasai kuasa memiliki pergerakan dan seterusnya membentuk emosi yang seimbang.
Apa yang salahnya terhadap persepsi kita apabila membawa anak ke playground adalah:
a.. We think too much of them getting hurt! Takut anak jatuh,takut anak itu ini sedangkan kat tangan kita telefon 24 jam. Bila bawak anak pergi playground lagilah kita galak main telefon! HELLO!!!!! Anak-anak perlukan guidance utk mereka memanjat di mana, pegang kat mana, masuk kat mana, keluar kat mana so peganglah anak tu kalau takut anak jatuh! Bukan pegang telefon! Besides, jatuh kerana bermain itu biasa. Apabila dibiasakan dengan jatuh dan menahan sakit, maka anak kita semakin kebal jadinya.
b.. Takut dapat penyakit berjangkit yang bukan-bukan terutamanya di indoor playground. Ada sesetengah ibu bapa yang dah tau anak sakit,kenapa bawak jugak anak keluar? Masa anak tak sihat,duduklah rumah dan kadang-kadang anak kita menjadi mangsa namun kita harus ingat bahawa jangkitan ini bukanlah jangkitan yg membawa maut. Jangkitan ini membuatkan kita renyah nak jaga anak kita semasa sakit.Janganlah 'overdose' kan sangat pemikiran kita dengan benda seperti ini. Sebab bila kita 'overdose' kan, itulah yg kita dapat.
Sentiasa cakap "jangan panjat situ nanti jatuh!" Juga membawa kepada jatuhnya anak-anak di playground. Itu saya cakap change your mind and words. Daripada cakap jatuh, lebih baik pergi tolong anak dan bantunya mcm mana nak elak daripada jatuh.
c.. Kita, kalau orang tengah kacau kita berseronok, kita marah kan? Apa ingat anak-anak ni tak marah ke kalau kita dok kepohci sana sini masa anak kita tengah seronok main? Mana yang anak lebih suka bila tengah main? Mak ayah datang main sama-sama dan bantu atau mak ayah sambil pegang telefon mulut je lebih kepoh sana sini takut anak jatuh itu ini. "Ish! Annoying betul mak ayah aku ni!" ——> inilah pemikiran secara tidak langsung yg anak dapat. Sebab anak tu manusia juga sama mcm kita,bukan robot nak diarahkan itu ini.
Bawalah anak bermain di playground samada indoor atau outdoor sekerap yang boleh. Kalau boleh hari-hari bawa tapi tulah kan,setiap kali bila saya buat 'site visit' ke playground,krik krik krik aje.
Anak-anak saya pun lama-lama bosan takde kawan nak main menjadikan playground bukanlah satu kawasan yang menyeronokkan sama mcm kita dulu.
Oleh kerana anak-anak saya dah terbiasa dengan rangsangan seperti ini namun kerana stage of play anak-anak saya sekarang lebih kepada social play, ketiadaan rakan-rakan baru di taman menyebabkan taman permainan adalah sangat membosankan. Kena tunggu masa weekends dan cuti sekolah barulah ada ramai orang.
Sumber- Liyana Raya
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Fri Mar 2, 2018 7:00 am (PST) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
Azizulhasni Terpaksa Akur, Gagal Pertahan Gelaran Juara Dunia Acara Keirin
siakapkeli.my
2 Mac - Harapan Azizulhasni untuk mempertahankan gelaran juara dunia dalam acara keirin tidak kesampaian apabila beliau terkandas di pusingan repechage, Kejohanan Trek Dunia di Velodrom Omnisport, Apeldoorn, Belanda.
Memetik laporan Harian Metro, Pada peringkat saringan keenam pusingan pertama, Azizulhasni berada pada kedudukan ketiga dengan saingan dimenangi pencabar dari Columbia, Fabian Hernando Puertas Zapati yang meraih tiket automatik ke pusingan kedua.
Ia telah memaksa The Pocket Rocketman mengharungi saingan repechage dan perlu muncul juara untuk layak ke pusingan kedua.
Namun, hasrat itu tidak kesampaian apabila beliau terpaksa akur kepada pelumba di ranking nombor satu dunia, Andrii Vynokurov dari Ukraine apabila menamatkan perlumbaan pada kedudukan kedua pada saringan pertama repechage.
Turut gagal mara, seorang lagi pelumba kebangsaan, Shah Firdaus Sahrom dalam saingan repechage. - Siakapkeli.my
Rahsia kenapa lelaki suka bawa kereta laju yang mungkin anda tak tahu
bloglist-malaysia.
jasduit.com
Mat Bihi
Kenapa ada orang lelaki yang suka bawa kereta laju-laju?
Biasanya lelaki yang suka bawa kereta laju-laju adalah dari kalangan lelaki muda mudi yang masih tak habis lagi kemaruk pegang steering kereta. Bila dah berumur tua sikit, agak jarang kita lihat lelaki tua yang suka bawa kereta laju-laju.
Orang lelaki tua kebiasannya dah masuk ke peringkat sedar diri dan sudah tenang jiwanya. Sudah matang kata orang. Dan salah satu tanda matang adalah tak berapa nak ambil peduli sangat apa pendapat orang yang tak sama pemikiran dengannya.
Jadi bila dia bawa kereta, dia akan lebih berikan tumpuan pada dunianya sendiri. Melayan pemikiran dan menghayati perjalanan. Memang ada sekali sekala sikap baran akan masuk ke dalam jiwa bila ada yang mencabar kesabarannya. Itupun bukan sebab nak berlumba, tapi lebih kepada rasa ego apabila ada orang yang tak reti hormat orang tua.
Kenapa lelaki muda bawa kereta laju
Di Australia, kerajaannya cuba membendung sikap remaja atau lelaki muda mudi yang suka bawa kereta laju-laju ini. Tak payah nak masuk universiti untuk faham bahawa memandu laju tak tentu hala adalah merbahaya.
Bukan setakat merbahaya saja, malah boleh mengundang maut. Ada banyak kejadian orang muda mudi yang terlibat dalam kemalangan maut. Bukan sikit-sikit punya bencana. Mereka bawa laju sampai hancur remuk kereta dan habis mati kesemua yang ada dalam kereta.
Jadi, perlu ada strategi untuk pastikan bahawa orang ramai terutamanya kaum muda mudi lelaki mengelakkan diri mereka dari memandu kereta dengan laju ketika berada di atas jalanraya.
Setelah dibuat segala kajian, maka pihak kerajaan Australia mendapat satu rumusan yang amat berkesan bagi membendung lelaki muda mudi yang suka bawa kereta laju ini. Semuanya berkisar daripada kejadian yang biasa berlaku setiap kali ada muda mudi bawa kereta laju memotong sana dan sini.
Angkat jari bila ada lelaki pandu laju
Pernah tak anda lihat ada orang yang akan terus angkat jari pada orang yang bawa kereta laju. Di luar negara, akan ada wanita yang baran akan angkat jarinya menghalakan pada lelaki muda yang bawa kereta laju.
Tahu tak kenapa mereka angkat jari sebegitu?
Sebabnya adalah untuk memberikan isyarat pada kaum lelaki yang suka bawa kereta laju ini. Isyarat bahawa anu si lelaki yang suka bawa kereta laju itu bersaiz kecil.
Itulah mesej yang semua orang dikehendaki faham setiap kali melihat lelaki muda mudi yang suka bawa keretanya dengan laju di atas jalan raya. Difahamkan bahawa orang lelaki yang suka bawa kereta laju dengan cara yang merbahaya adalah untuk menutup kelemahan anu mereka yang kecil itu.
Jadi, orang lelaki yang suka bawa kereta laju sebenarnya, kebiasaannya mempunyai saiz anu yang kecil. Itulah yang diterjemahkan dari sikap mereka yang suka bawa kereta laju. Itulah iklan khas ditayangkan dan kempen yang dilakukan oleh kerajaan Australia bagi membendung anak-anak muda dari bawa kereta laju-laju.
Orang Malaysia lelaki yang pandu laju
Kalau di Australia kempen itu telah berjaya kaitkan sikap lelaki yang suka bawa kereta laju dengan punya anu yang kecil, maka di Malaysia, saya rasa kempen sedemikian sudah tentu amat berkesan juga.
Semua orang rakyat Malaysia perlu punya persepsi yang sama terhadap kaum lelaki yang suka bawa kereta laju kat atas jalanraya. Kita semua terutamanya anak-anak dara perempuan perlu faham masalah yang muda mudi lelaki yang suka bawa kereta laju itu. Mereka nak tutup rasa tak selesa sebab anu yang kecil. Sebab itu mereka akan bawa kereta laju-laju atas jalanraya.
Tapi sudah tentu bukan lelaki yang masuk pertandingan lumba kereta. Mereka adalah pro yang sudah dilatih kemas dalam dunia perlumbaan kereta. Dan mereka biasanya tak akan bawa laju tak tentu hala atas jalanraya.
Jadi selepas ini, jika ada bertemu dengan kenderaan laju yang dipandu oleh lelaki muda, anda faham kenapa mereka bawa laju sebegitu. Bukan nak tunjuk pandai, bukan nak tayang kelajuan keretanya. Tapi sebenarnya nak tutup kelemahan punya anu yang bersaiz kecil. Itu saja.
Dan anda yang baca artikel ini, adakah anda juga suka bawa kereta laju-laju?
Jika jawapannya adalah YA!, cuba lihat anu anda, sudah pasti ianya bersaiz amat kecil. Sebab itu anda secara tak sedar suka bawa laju.
Selepas ini, sila ambil perhatian. Janganlah nak tunjukkan kat orang bahawa anu anda saiznya kecil. Ertinya jangan nak bawa kereta laju-laju. Pandulah dengan berhemah dan tenang dan bukan seperti lagak pelumba kereta.
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Fri Mar 2, 2018 7:01 am (PST) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
UMNO Dungun Tak ada Maruah
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net
UMNO Dungun anjur Perlancaran Jentera Parti Parlimen Dungun pada 1 Mac 2018 Jam 9 pagi di Padang Bola Seberang Pintasan. Tapi Malangnya semua guru sekolah-sekolah di Dungun diarahkan untuk hadir. Bodoh UMNO Dungun dia ingat semua guru ahli UMNO.
Malang kalau dalam PPD Dungun ada barua bodoh kerja makan gaji buta buat kerja bodoh untuk UMNO bukan untuk memartabatkan anak bangsa terutamanya bangsa Melayu yang jauh ketinggalan dari sudut pendidikan. Esok siapa nak menagajar. Pelajar bagaimana?
Mak bapak patut buat bantahan biar PPD tak ada lagi orang bodoh mentadbir.
Mesyuarat kabinet tegang susulan isu Robert Kuok
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net
Mesyuarat mingguan jemaah menteri semalam dilaporkan tegang dengan pertikaman lidah antara menteri-menteri Umno seperti Datuk Seri Nazri Abdul Aziz dan rakan-rakan mereka dari MCA dan Gerakan, menurut laporan beberapa akhbar Cina.
Ini susulan serangan baru-baru ini terhadap jutawan berpangkalan di Hong Kong, Robert Kuok yang didakwa menaja parti DAP.
Menurut China Press, tiga menteri MCA - presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai, timbalan presiden Datuk Seri Wee Ka Siong dan setiausaha agung Datuk Seri Ong Ka Chuan - serta presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong - meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap Nazri, yang mencabar Kuok untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang dan menghina jutawan berusia 94 tahun itu.
Apabila kedua-dua enggan mengalah, laporan itu mengatakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terpaksa campur tangan untuk menenangkan keadaan.
Sementara itu, Nanyang Siang Pau memetik Wee (foto, atas) sebagai berakata bahawa menteri-menteri MCA menuntut agar Nazri memohon maaf berhubung kemelut yang berlaku itu.
Wee, yang menyifatkan mesyuarat semalam sebagai tegang, dan berkata bahawa kabinet juga mengarahkan semua pihak supaya berhenti menjadikan Kuok sebagai sasaran.
Jutawan itu sebelum ini juga telah menafikan beliau menaja DAP dan membiayai portal The Malaysian Insight.
Walau bagaimanapun, akhbar-akhbar itu tidak menyebutkan jika Nazri, yang adalah menteri pelancongan dan kebudayaan, ada memohon maaf semasa mesyuarat itu.
Liow (foto, bawah), ketika mengulas soalan dari akhbar Sin Chew Daily mengenai sama ada kabinet mengarahkan Nazri memohon maaf, berkata: "Ini adalah sesuatu yang kamu perlu tanya Nazri sendiri."
Presiden MCA itu turut mendedahkan bahawa kabinet mengakui sumbangan Kuok kepada negara.
"PM merakamkan rasa hormatnya kepada Kuok semasa mesyuarat itu dan mengiktiraf sumbangannya kepada negara," katanya.
Akhbar Oriental Daily pula memetik Nazri sebagai berkata bahawa isu itu telah diselesaikan dan hubungannya dengan menteri-menteri MCA tidak terjejas.
Disoal sama ada kabinet mengarahkannya untuk memohon maaf, Nazri pada mulanya mendakwa bahawa mesyuarat tidak membincangkan isu itu, tetapi kemudian menambah bahawa beliau tidak sepatutnya mendedahkan butiran mesyuarat itu.
'Mulut kotor kurang ajar' - surat terbaru Lee buat Nazri
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net
Keenganan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz yang enggan memohon maaf berhubung bidasannya ke atas jutawan Robert Kuok sekali lagi mengundang keberangan tokoh perniagaan Tan Sri Lee Kim Yew.
Hari ini, melalui surat terbuka dalam bahasa Cina, pengasas dan pemegang saham utama Country Heights Holdings Bhd itu menyelitkan serangkap pantun.
"YB tidak YB, tapi kasar sangat kasar;
Mulut kotor kurang ajar,
Lupa diri penting seorang menteri budaya;
Makan gaji besar, kasi orang susah."
Bagi Lee, adalah penting bagi menteri Umno itu memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia.
"Bukan sahaja kamu menteri pelancongan, tetapi kamu juga menteri kebudayaan.
"Permohonan maaf kamu bukan sahaja baik buat orang Cina tetapi juga kepada semua kaum lain.
"Sebagai orang Cina, kamu memarahi orang tua yang amat kita hormati pada masa perayaan Cina. Selepas mendengarnya, bagaimanakah kita tidak mengulas? Jika kita tidak mengulas, adakah kita masih Cina?
"Saya bangga menjadi orang Cina dan saya, kerana Cina Malaysia adalah kegembiraan saya," katanya dalam bahasa Mandarin.
Dalam suratnya yang dihantar kepada akhbar China Press, beliau berkata Nazri telah "memijak maruah bangsa Cina" dengan kenyataannya memandangkan Kuok mewakili maruah masyarakat Cina.
Lee menerusi surat terbuka pertamanya semalam, menyelar Nazri kerana menganggap apa yang diluahkan oleh pemimpin Umno adalah sesuatu yang kasar.
"Mungkin kamu menikmati penggal terlalu lama (dalam kabinet), usaha perniagaan yang tidak memerlukan modal.
"Kamu lupa bahawa kamu perlu mengimbangi apa yang kamu terima dan apa yang kamu perlu berikan kembali.
"Kamu sudah lupa apa itu demokrasi, dan percaya bahawa negara ini nilik parti," katanya.
Akhir-akhir ini, Kuok telah menjadi tumpuan bidasan oleh pemimpin Umno berhubung satu artikel di blog Malaysia Today yang menuduh jutawan itu menaja parti pembangkang.
Ahad lalu, Perdana Menteri Datruk Seri Najib Razak berkata Kuok harus bersyukur kerana dasar BN membantu menjadikannya kaya.
Berikutan itu, para pemimpin Umno, termasuk Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said, terus membidasnya.
Walau bagaimanapun, bidasan paling kasar datang daripada Nazri, yang mencabar Kuok bertanding pada pilihan raya umum akan datang dan menggesa lelaki paling kaya di negara ini agar tidak menjadi 'pondan' dan 'ayam betina' kerana berselindung di Hong Kong dan memberi dana kepada DAP.
Pejabat Kuok kemudian mengeluarkan kenyataan yang menafikan dakwaan bahawa beliau membiayai pembangkang dan portal The Malaysian Insight dalam usaha untuk menggulingkan kerajaan BN.
Diasak media, pengerusi 1MDB pilih kunci mulut
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net
Pengerusi 1MDB Irwan Serigar Abdullah enggan mengulas isu rampasan kapal mewah Jho Low, yang didakwa diperoleh menggunakan dana 1MDB, oleh polis Indonesia dan Biro Siasatan Persekutuan (FBI), Amerika Syarikat, semalam.
Selepas acara di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di Cyberjaya hari ini, petugas media beberapa kali cuba mendapatkan maklum balasnya tetapi beliau hanya membalas dengan senyuman tanpa sebarang komen.
Antara soalan diajukan padanya, ialah:
a.. Apa pendapat Tan Sri tentang (rampasan) kapal layar itu?
b.. Adakah kerajaan Malaysia akan dapatkan balik kapal layar itu, Tan Sri?
c.. Tan Sri ada komen berkaitan kapal layar yang ditemui itu?
Irwan, yang juga Ketua Setiausaha Perbendaharaan tidak mengendahkan soalan itu.
Apabila diikuti hingga ke kereta, Irwan yang mahu beredar ketika itu hanya berkata "kemudian".
Dalam rampasan kapal bernama Equanimity di Bali itu, 34 orang anak kapal berada di situ tetapi tiada kelibat Jho Low dilaporkan.
Jho Low atau nama sebenarnya Low Taek Jho melalui jurucakap menyifatkan Jabatan Keadilan (DOJ), AS "keterlaluan&q
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Fri Mar 2, 2018 7:01 am (PST) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
"Kalau Aku Tahu Siapa Si Setan Yang Cuba Bakar Kucing Aku Hidup-Hidup Aku Terajang Si B*bi Tu", Lelaki Bengang Manusia Zalim Aniaya Kucingnya
siakapkeli.my
Manusia sebagai khalifah diatas muka bumi ini tanggungjawabnya adalah memelihara isi bumi sekalian benda yang hidup mahupun tidak. Ini termasuk jugalah binatang. Menyayangi binatang adalah sebahagian daripada tuntutan agama Islam.
Memelihara haiwan adalah salah satu amal soleh yang besar perhitungannya disisi Allah swt. Setiap makanan yang diberi pasti ada pahalanya. Namun ada juga manusia yang jahil, suka menzalimi binatang ini tanpa sebab.
Kisah dibawah ini membuktikan bahawa masih ada manusia yang tidak punya hati dan sanggup menzalimi binatang dengan membakar sangkar mereka. Tak tau apa yang mereka fikirkan sehingga tegar melakukan sedemikian. Kasihanilah haiwan, jangan menzalimi dan dikhianati pergerakan kehidupan mereka. Haiwan juga makhluk Allah yang ingin merasakan nikmat hidup dimuka bumi ini.
Pada 1/3/2018 tepat pukul 2 pagi yaitu semalam, aku terjaga daripada tidur kerana mendengar jeritan kucing aku menangis di luar rumah. Aku yang merasa bimbang cuba menjenguk anak kucing aku di luar rumah, rupanya sangkar mereka di bakar oleh seseorang.
Dengan sepantas kilat aku terus keluar dari rumah untuk menyelamatkan mereka, tapi sangkar mereka dah penuh dengan api dan depan mata aku diorang menggelupur terbakar api. Aku yakin mereka dizalimi oleh seseorang sebab kalau ikut logik mana mungkin sangkar besi boleh terbakar begitu sahaja dan kalau betul mereka dizalimi seseorang, aku harap dia si pelakunya akan mendapat balasaan berlipat kali ganda. Kalau aku tahu siapa si setan yang cuba membakar kucing aku hidup-hidup aku akan terajang si b*bi itu.
Dalam sangkar tu ada 5 ekor anak kucing dan seekor ibu kucing. Tak sampai sebulan pun ibu kucing melahirkan anak dia ada makhluk hati busuk cuba membakar mereka 6 beranak hidup-hidup. Dalam kekalutan ketika api panas membara, si ibu telah mengangkat anak nya naik ke atas daripada dijilat api. Tampak parut dan luka yang terus di badan maknya.
Aku tak tahu sama ada orang buang puntung rokok ke dalam sangkar kucing ataupun tidak, tapi siapa nak buang rokok kat situ. Satu lagi sangkar itu diperbuat daripada besi mana mungkin boleh terbakar dengan puntung rokok sahaja..
Sampai sekarang aku tak boleh move on dengar jeritan kucing aku, lambaian dan ngiauan mereka ketika sangkar terbakar. Malam tadi api marak besar sangat dengan kucing kau menjerit-jerit teringat insiden budak tahfiz terbakar yang menjerit minta diselamatkan tempoh hari. Sama sebiji kalau nak dibandingkan dengan kucing aku.
Nasib baik semua kucing aku selamat cuba ada kesan luka dan melecur akibat terbakar di tapak tangan dan bulu mereka. Tak ada yang mati kerana sempat diselamatkan. Aku nampak dia pedih, dia jilat sikit sikit pastu mengelupur. Allah
Dia bukan manusia. Dia binatang. Aku tak akan maafkan dia dunia akhirat. Doakan anak kucing aku cepat sembuh.
Siakapkeli.my
Sumber: Kelab Pencinta Kucing Malaysia
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Fri Mar 2, 2018 7:01 am (PST) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
Mengukuh diri dalam gerak perjuangan
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
tranungkite.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا لَقِيتُمْ فِئَةً فَاثْبُتُوا وَاذْكُرُوا اللَّهَ كَثِيرًا لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
وَأَطِيعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَلَا تَنَازَعُوا فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ ۖ وَاصْبِرُوا ۚ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ
"Wahai orang-orang yang beriman, jika sekiranya kamu bertembung dengan satu kumpulan musuh, maka hendaklah kamu tetapkan pendirian, dan hendaklah kamu ingat akan Allah dengan ingatan yang banyak, mudah-mudahan kamu beroleh kejayaan. Dan taatlah kamu akan Allah dan Rasul-Nya, dan jangan sekali-kali kamu bertelingkah, maka kamu akan gagal, dan akan hilang kehebatan kamu.. Dan bersabarlah, sesungguhnya Allah bersama-sama dengan orang-orang yang sabar."
(al-Anfal: 45-46)
Orang yang duduk dalam perjuangan ini, tak kira muda, tak kira tua, yang pentingnya ialah sejauh manakah sumbangan kita untuk terus berada di dalam perjuangan bagi menegakkan ugama Allah S.W.T. ini.
Walaupun program kita pada malam ini ialah di peringkat UPU yang menghimpunkan empat buah Cawangan, kita nampak kecik sahaja, kita nampak...., apa sangat program UPU? Apa sangat Cawangan-Cawangan kalau diukur dengan Parti Islam Se-Malaysia PAS yang ada di peringkat Du , yang ada di peringkat Kawasan, yang ada di peringkat Negeri, yang ada di peringkat Pusat, Pusat pula ada Dewan-dewan dia?
Tetapi kita perlu menyedari bahawa kerja-kerja Islam ini di mana sahaja kita berada, ia adalah merupakan kerja yang besar. Walaupun kita di peringkat Cawangan-cawangan, kita kena ingat, bangunan yang besar, kita tengok bangunan yang besar, bangunan yang besar ini tidak jadi bangunan yang besar, yang kuat, yang kukuh melainkan dengan pasir-pasir yang halus, dengan paku-paku yang kecil.
Begitulah juga Parti Islam Se-Malaysia PAS yang hari ini mempunyai hampir 1 juta ahli, mempunyai beribu Cawangan, beratus Kawasan, dalam Dewan Pemuda PAS sahaja kita mempunyai institusi-institusi
Tidak berapa lama sebelum daripada ini saya pernah pergi ke satu program, dalam program dialog, lalu satu soalan diajukan kepada saya, dia kata, ustaz, saya nak tanya, bagaimana apa yang berlaku dalam PAS ini? Pimpinan di peringkat Pusat boleh lari daripada perjuangan. Bukan calang-calang orang, bekas Timbalan Presiden keluar lari, bekas Naib-Naib Presiden keluar lari, bekas Setiausaha Agong, bekas AJK-AJK PAS Pusat, dia kata, sedangkan dalam PAS kita tengok, yang duduk di peringkat Cawangan, kemas molek, hat peringkat Pusat, macam mana boleh jadi begini? Adakah tarbiyyah dalam PAS ini gagal?
Saya kata, tarbiyyah dalam PAS ini ada tarbiyyah daripada kita, dan ada tarbiyyah daripada Allah. Tarbiyyah daripada kita, itu yang kita kena buat, sebab apa kita buat usrahnya, kita buat tamrinnya, kita buat rehlahnya, kita buat mukhayyamnya di semua peringkat, itu tarbiyyah daripada kita untuk mengukuhkan akidah perjuangan supaya tidak goyah, supaya tetap pendirian. Tetapi di sana ada tarbiyyah daripada Allah yang di luar kemampuan kita. Inilah apa yang berlaku di sepanjang sejarah perjuangan Islam.
Zaman Nabi S.A.W dulu berlakunya tarbiyyah daripada Allah, terdapat di kalangan orang-orang yang pernah bersama-sama dengan Nabi, lari daripada perjuangan Islam. Apakah sangat kita ini? PAS sebagai sebuah jamaah Islam yang meneruskan perjuangan Nabi S.A.W, kita juga melalui proses tarbiyyah daripada Allah. Allah Taala uji PAS.
Sebab itulah jangan pelik, bila dalam PAS ini, di kalangan pimpinan, ada yang lari daripada perjuangan. Kita juga minta daripada Allah supaya Allah Taala jadikan kita orang-orang yang istiqamah. Dan dalam PAS ini mempunyai ahli-ahli yang ikhlas berjuang kerana Allah S.W.T, sumbangan mereka, pengorbanan mereka.
Maka dengan itulah Allah Taala jaga jamaah Islam PAS ini sehingga boleh bertahan melalui pelbagai-bagai ujian. Ahli-ahli PAS di bawah yang beri sumbangan, buat tabung, macam-macam pengorbanan, orang tuanya, Muslimatnya, Pemudanya, kerana apa? Kerana aqidah perjuangan yang mereka miliki, keberadaan mereka dalam PAS ini bukan kerana mereka nak apa-apa jawatan, harta benda, tapi kerana yakin keberadaan mereka dalam PAS ini adalah satu tanggungjawab untuk memperjuangkan ugama Allah S.W.T di negeri Terengganu ini dan di Malaysia secara umum.
PAS adalah sebuah jamaah Islam. PAS bukan sahaja sebuah parti politik. Kalau PAS ini semata-mata parti politik, PAS hanya bergiat pada musim-musim pilihan raya sahaja. Pilihan Raya Umum, Pilihan Raya Kecil, buka markas, tutup markas. Habis pilihan raya, tutup markas, balik rumah masing-masing.
Tapi PAS adalah sebuah jamaah Islam, yang buat kerja-kerja Islam sepanjang masa, tak kira sama ada kita menang ataupun kita kalah. Kalau ukur dari segi logik sebuah parti yang masuk bertanding dalam Pilihan Raya yang lebih banyak kalah daripada menang, PAS ini sudah berkubur, tetapi perkembangan PAS semakin hari semakin pesat. Ahli-ahli PAS semakin hari semakin bertambah. Cawangan-cawangan PAS semakin hari semakin bertambah, walaupun kita menghadapi pelbagai-bagai ujian dan cabaran.
Bila PAS putus dengan DAP dan PKR, mereka yang benci kepada PAS, mereka kata PAS akan berkubur. Orang tak akan sokong PAS. Rakyat akan tolak PAS. Tetapi alhamdulillah, kita lihat makin ramai orang bersama-sama dengan PAS. Tahun lepas sahaja, kita meluluskan lebih daripada 40 ribu orang ahli baru dalam tempoh satu tahun. Yang keluar daripada PAS 10 orang, yang masuk seribu orang, kerana apa? Kerana keberkatan yang ada dalam PAS.
Keikhlasan ahli-ahli PAS yang yakin akan perjuangan yang dibawa oleh PAS, perjuangan untuk menegakkan ugama Allah di atas muka bumi Malaysia ini. Dalam PAS tak lari daripada empat perkara. Yang pertama dasar. Yang kedua kepimpinan. Yang ketiga strategi. Yang keempat pendekatan.
Tiga daripada empat perkara ini boleh berubah, kepimpinan boleh berubah, dulu orang lain yang memimpin PAS, hari ini orang lain. Strategi boleh berubah, dulu PAS mengambil strategi bertahaluf siyasi dengan bermacam-macam parti-parti politik. PAS pernah bertahaluf siyasi dengan Umno yang membentuk Kerajaan Perikatan. PAS pernah bertahaluf siyasi dengan Semangat 46, dengan Parti Berjasa, dengan Parti Hamim dalam Angkatan Perpaduan Ummah. PAS pernah bertahaluf siyasi dengan PKR dalam Barisan Alternatif, PAS pernah bertahaluf siyasi dengan PKR dan juga DAP dalam Pakatan Rakyat. Strategi ini boleh berubah.
Begitulah juga pendekatan boleh berubah. Hari ini pendekatan PAS ialah Muwajahah Silmiyah masuk Pilihan Raya. Mungkin satu hari nanti pendekatan ini akan berubah. Kita minta berlindung kalaulah negara kita jadi macam Palestin, musuh mari serang, masa itu, haram masuk pilihan raya. Kena pendekatan lain.
Satu sahaja dalam PAS ini yang tak berubah daripada dulu sampai hari ini, sampai bila-bila iaitu dasar Islam yang kita perjuang. Dengan siapa sahaja PAS bertahaluf siyasi, kita tak ubah dasar Islam kerana bila PAS menegakkan Islam, itulah kemenangan kita di sisi Allah S.W.T.
Ada orang kata PAS ini masuk Pilihan Raya tak mahu menang, kerana nak dapat redha Allah. Orang hat bercakap ini orang yang tak reti. Hari ini kalau kita lihat dalam kehidupan kita, orang berniaga sebagai contoh, kita sebagai orang Islam yang berniaga yang pertama sekali kita letak apa? Kita nak redha Allah, dalam masa yang sama kita berniaga kita nak untung, ada tak orang berniaga tak mahu untung? Tak ada.
Kalau orang berniaga tak mahu untung ini orang bodoh. Kena hantar hospital orang gila. Anak-anak kita belajar di sekolah, kita ajar, mu belajar ini....., mu belajar ..... ialah untuk mendapat redha Allah. Tapi dalam masa yang sama kita nak anak-anak kita berjaya dalam peperiksaan, dalam UPSR, dalam SPM, periksa sanawi, peringkat ijazah dan lain-lain lagi.
Ada tak orang belajar tak mahu berjaya? Tidak ada. Maka begitulah juga bila kita PAS, kita masuk pilihan raya, kita kata kita nak redha Allah, kerana itu matlamat akhir. Bukan bermakna kita tak mahu menang, kita tak mahu memerintah Terengganu, kita tak mahu merintah Malaysia, kita tak mahu menang dalam kerusi-kerusi Dun, kerusi-kerusi Parlimen, tidak, kita nak menang. Orang yang duduk hina PAS dia kata PAS ini nak redha Allah, tak mahu menang dalam pilihan raya, kita tanya dia balik, mu buat kerja apa benda dalam pilihan raya?
Kita PAS hat kata nak redha Allah, selepas daripada Pilihan Raya Umum yang 13, kita buat kerja itu. Daftar pemilih ini, Pemuda program Pemudanya, Muslimat program Muslimatnya, orang tua cara program orang tuanya. Naik rumah ke rumah, sembang kedai kopi, menerang isu-isu yang berlaku dalam negeri dalam negara, kita buat kerja kerana kita nak menang.
Tapi kemenangan yang kita nak capai ini biarlah kemenangan yang diredhai oleh Allah S.W.T, yang meletakkan Islam di hadapan, bukannya kemenangan semata-mata meletakkan Islam di belakang. Ini yang menyebabkan kita bercanggah apabila PAS bertahaluf siyasi dengan DAP dan juga dengan PKR.
Tahaluf Siyasi ini satu strategi yang boleh berubah. Mereka yang kecewa dalam PAS. Masa itu mereka kata PAS ini kena terus dengan PKR, kena terus dengan DAP kalau nak menang dapat Putrajaya. Masa itu berlakunya krisis dalaman PAS. Kita yang faham tentang perjuangan Islam yang diperjuangkan oleh PAS ini kita kata strategi ini benda boleh berubah, PAS ini sebuah parti Islam, kita nak tahaluf siyasi, kerjasama dengan mana-mana parti politik, biarlah ianya menguntungkan Islam. Kalau ianya merugikan Islam, maka kita lebih sayang Islam.
Dah dulu, mereka kata PAS boleh bekerjasama dengan DAP sekarang ini pasal apa putus dengan DAP? Kita kata dulu cerita lain. dulu DAP boleh terima dasar perjuangan PAS. Tetapi setelah DAP dapat kerusi besar dalam PRU yang ke-13 yang lepas, DAP letak syarat kepada PAS. DAP kata, kalau nak terus bersama dengan Pakatan Rakyat, PAS kena lupa agenda negara Islam, PAS kena lupa agenda perjuangan untuk menegakkan syariat. Kita kata kita lebih sayang Islam daripada rakan politik kita.
Kita putus dengan DAP, kita putus dengan PKR. Orang kata macam-macam, PAS ini akan ditolak, PAS ini tidak akan mendapat sambutan, kita yakin akan janji Allah:
وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجًا
وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ
"Sesiapa yang bertakwa kepada Allah, Allah Taala akan beri jalan keluar, dan Allah Taala akan kurniakan rezeki daripada jalan yang dia tak sangka.."
(at-Talaq: 2-3)
Alhamdulillah, sokongan itu kepada PAS semakin hari semakin meningkat. PAS akan menyertai Pilihan Raya yang ke-14 yang akan berlaku pada bila-bila masa. Dan kita telah meletakkan objektif yang jelas.
Objektif yang pertama ialah untuk memenangkan PAS. Maka untuk memenangkan PAS, kita kena lawan Umno. Tak ada isu bila musuh-musuh PAS kata PAS bila putus dengan DAP, putus dengan PKR, maknanya PAS nak bersama-sama dengan Umno, PAS nak UG dengan Barisan Nasional. Kita kata kita letak objektif yang jelas dalam PRU yang ke-14 ini iaitu untuk memenangkan PAS, maka untuk memenangkan PAS, kita kena lawan Umno.
Dah macam mana nak lawan Umno tengok boleh duduk sepentas sekali? Tok Guru boleh pakai-pakaian sedondon dengan Najib? Saya kebetulan ada dengan Tok Guru masa itu, saya teman. Lepas program, bila tengok orang duduk hantar whatsapp, mesej macam-macam, saya kata, orang kata Presiden PAS pakai baju sedondon dengan Presiden Umno. Dia kata tak apa, baju sama, kepala lain-lain.
Apa salahnya kita duduk dalam satu majlis, apa yang kita sampaikan ialah mesej kita, pendirian kita, kerana inilah tugas PAS bukan semata-mata parti politik. Kerja kita ialah untuk nasihat, menegur.
Kalau dulu dengan cara lain, sesuailah zaman itu, tahun 80-an dulu. Pemimpin-pemimpin Umno di semua peringkat yang memperjuangkan agenda politik lain ugama lain, yang hina hukum-hakam syarak, maka tindak balasnya sesuai dengan suasana masa itu.
Tetapi sudah berlaku satu kesedaran. Hari ini bila kita ada ruang untuk kita sampaikan mesej Islam, hatta dalam majlis yang dihadiri oleh pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli Umno sekalipun, kita akan pergi.
Kerana inilah Manhaj Al-Quran. Allah Taala cerita dalam Quran. Nabi Ibrahim pergi berjumpa dengan Namrud, kalau berjumpa itu tak boleh, tak akanlah Nabi Ibrahim pergi jumpa dengan Namrud? Nabi Ibrahim berjumpa dengan Namrud bukan ikut Namrud, Nabi Ibrahim pergi jumpa dengan Namrud, Nabi Ibrahim beritahu apakah dia Islam? Nasihat, mu buat ini tak betul, tegur, mu buat ini salah.
Soal dia nak dengar tak mahu dengar itu hal dia. Tanggungjawab kita hanya menyampaikan mesej Islam. Allah Taala cerita dalam Quran, bagaimana Nabi Musa A.S pergi berjumpa dengan Firaun? Kalau tak boleh berjumpa dengan Firaun, takkanlah Nabi Musa pergi berjumpa? Nabi Musa pergi jumpa dengan Firaun bukan ikut Firaun. Nabi Musa pergi jumpa dengan Firaun nasihat Firaun, tegur Firaun benda yang mu buat ini salah, benda yang mu buat ini tak betul. Soal Firaun nak ikut tak mahu ikut, itu hal dia. Tanggungjawab Nabi Musa ialah menyampaikan mesej Islam. Dan inilah kerja yang dilakukan oleh kita.
Hari ini kita lihat bermacam-macam masalah-masalah yang berlaku dalam negara kita. Masalah rasuahnya, salah guna kuasanya, kemudian kita lihat bermacam-macam penyelewengan-
Lalu kita lihat bermacam-macam cara dan kaedah yang digunakan. Parti-parti pembangkang selain daripada PAS iaitu Pakatan Harapan, Parti Bersatu, DAP, PKR, PAN, mereka kata, kita nak menjatuhkan Najib. Hat ini wirid yang dibuat sejak daripada dulu, nak perjatuh Najib, nak perjatuh Najib.
Lalu mereka marah ke PAS, habis pimpinan dalam PH marah ke PAS, termasuk Tun Mahathir yang begitu lantang marah kepada Presiden PAS dan juga pimpinan PAS. Mahathir kata, PAS ini nak bersama dengan Najib. Lim Guan Eng pun sebut dalam kenyataannya menyatakan bahawa Presiden PAS seolah-olah mengambil sikap menyokong Dato' Seri Najib Tun Razak yang buat bermacam-macam penyelewengan.
Saya pernah pergi ke satu program, program dialog juga orang tanya saya, dia tanya ustaz saya nak tanya, Mahathir ini dengan Najib ini hat mana se jahat? Saya kata, kita PAS ini bukan sebuah parti nak hukum orang, hat ini jahat, hat ini lagi jahat, hat ini zalim, hat ini lagi zalim. Kita PAS ini bukan sebuah parti untuk mengubah individu, kita PAS adalah sebuah parti untuk mengubah dasar, polisi.
Kalaulah jatuh Najib, naik orang lain, dasar sama, apa gunanya? Dulu duduk marah ke Mahathir, tentang Mahathir juga daripada pagi sampai ke malam. Dia ini kalau time pilihan raya, jap lagi umum bubar Parlimen, kita nak ceramah nak katok DAP, nak katok PKR, nak katok ke PAN tak payah ceramah, ambil tape, record hat pimpinan-pimpinan parti ini ceramah hat yang dia kata ke Mahathir, ambil hat itu.
Dulu duduk marah ke Mahathir. Bila Mahathir jatuh, turun, naik Pak Lah, dasar sama, tetap berlaku penyelewengan, salah guna kuasa, rasuah, kemudian marah ke Pak Lah pula, naik Najib, sama sahaja.
Sebab itulah mengubah individu tidak boleh menyelesaikan masalah. Apa yang perlu kita buat ialah mengubah dasar, mengubah polisi. Dan inilah yang PAS lakukan. Dasar kerajaan Umno Barisan Nasional, yang baik, yang molek kita sokong, kita sokong. Yang memberikan kebajikan kepada rakyat, yang buat pembangunan benda-benda asas infrastruktur dan lain-lain lagi, buat sekolah, jalan raya, ya ini kita sokong.
Yang tak betul, yang salah, ini kita bangkang, benda yang kita tegur kita tegur, nasihat, nasihat. Dasar GST sebagai contoh, ini satu dasar yang salah.. Sepatutnya kalau ikut kaedah Islam, cukai ini hanya diambil daripada orang kaya, mengambil konsep zakat,
تؤخذ من أغنيائهم وترَدُّ إلى فقرائهم
"Diambil daripada orang kaya, dan dikembalikan kepada orang miskin."
Tapi GST, semua orang kena. Orang kaya kena, orang miskin kena. Orang bandar kena, orang luar bandar pun kena, semuanya kena. Ini dasar yang salah. Kita tentang. Begitulah juga banyak lagi dasar-dasar lain yang tak betul, yang kita PAS menegaskan bahawa perlu kepada perubahan polisi dan dasar ini.
Kita di Negeri Terengganu, masih lagi dianggap negeri kaya, rakyat miskin, sejak daripada dulu. Kita rasa malu orang kata Negeri Terengganu ini negeri kaya rakyat miskin, dengan royalti, hasil minyak yang begitu banyak, dengan sumber hasil yang begitu banyak melimpah ruah, airnya, mana ada negeri di Malaysia ini macam negeri Terengganu, ada air sebesar Tasik Kenyir. Apa manfaat? Sekadar buat ...
Sedangkan di sana banyak lagi manfaat-manfaat lain yang boleh digunakan. Hasil hutan yang begitu banyak, hasil pelancongan, tetapi malangnya dipegang oleh tangan yang tidak amanah.
Betullah hat Nabi sebut dalam satu Hadis, bila mana Malaikat Jibrail mari tanya Nabi, wahai Rasulullah, bil kah berlakunya kiamat? Kiamat ini maksudnya kemusnahan. Alam semesta ini habis punah-ranah habis, hancur lebur habis. Nabi kata aku tak tahu, mu pun tak tahu. Sepatutnya mu hat tanya aku ini mu lagi tahu, tapi Nabi kata aku akan beritahu tanda-tandanya.
Nabi pun sebut:
إذا وُسِّدَ الأمر إلى غير أهله فانتظر الساعة
"Apabila urusan diberikan kepada orang yang bukan ahlinya, tunggulah berlakunya kiamat, kemusnahan."
Ini hat berlaku di Negeri Terengganu. Semenjak daripada Umno memerintah, sebelum PAS memerintah tahun 1999 dulu, kemudian Umno memerintah balik, tangan yang tidak bertanggungjawab, tangan yang tidak amanah, yang buat urusan untuk mereka ..... Terengganu. Terengganu yang kaya-raya masih lagi dianggap sebagai negeri kaya rakyat miskin. Sepatutnya tak menjadi begini.
Oleh kerana itulah kita ajak rakyat untuk buat perubahan, khususnya anak-anak muda, kerana pilihan raya yang akan berlaku pada bila-bila masa ini, kuasa penentu kepada mana-mana parti ialah di tangan pengundi-pengundi. Dan sejumlah besar pengundi-pengundi adalah daripada kalangan anak-anak muda.
Akhirnya saya nak sebut, walaupun kita lali melihat kelemahan-kelemahan musuh, sama ada Umno Barisan Nasional ataupun Pakatan Harapan. Kalau dulu tengok dalam surat khabar sahaja hari ini, whatsappnya, facebooknya pening, rasuahnya, salah guna kuasanya, balah sama sendirinya, tetapi yang penting kita sebagai ahli-ahli PAS, kita tidak boleh bergantung kepada kelemahan-kelemahan musuh, kita mestilah membina kekuatan kita sendiri.
Hari ini kita berkumpul untuk kita melancarkan bilik gerakan, maka jadilah ianya sebagai suatu asas untuk kita terus membina kekuatan di dalam UPU Merbau Patah Ini, dan juga di dalam Dun Wakaf Mempelam dan juga di dalam Parlimen Kuala Terengganu, bina kekuatan kita, dalaman kita, ukhuwwah, usrahnya, tamrinnya, ziarahnya dan lain-lain lagi.
Bina kekuatan kita, gerakan untuk memenangkan PAS bukan sahaja mempertahankan kemenangan di Dun Wakaf Mempelam ini, di Parlimen Kuala Terengganu, bahkan juga untuk kita dapat merampas kembali Negeri Terengganu supaya ianya kembali ke tangan PAS dalam PRU yang akan datang insya-Allah.
Akhirnya, kita mestilah membina kekuatan kita, hubungan kita dengan Allah S..W.T, kerana kemenangan ini jangan kita anggap daripada kita, kemenangan ini ialah daripada Allah. Jangan kita anggap kemenangan ini daripada kita sebab aku buat kerja, pitih aku keluar, aku yang berkorban macam-macam, tidak, kemenangan ini ialah kurniaan daripada Allah.
Allah Taala nak kurnia, Allah Taala beri kemenangan. Kalau Allah Taala nak tarik, Allah Taala boleh tarik bila-bila masa. Maka jaga lah hubungan kita dengan Allah, munajat kita, doa kita, permohonan kita kepada Allah untuk menjadikan kita orang yang istiqamah, tsabat dalam perjuangan, seterusnya mencapai kemenangan dalam PRU yang akan datang insya-Allah.
USTAZ MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
(Transkrip oleh Pelatih Harakah, ZAID MD ADHAR dan suntingan oleh Penolong Pengarang Berita Harakah, IZWAN ABDUL HALIM dari Ucapan Majlis Perasmian Markas Besar PRU 14, UPU Merbau Patah, Dun Wakaf Mempelam, Parlimen Kuala Terengganu pada 10 Januari 2018)
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Fri Mar 2, 2018 7:02 am (PST) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
Gusi Boleh Jadi Kedalam Dan Gigi Akan Bergoyang Jika Kerap Guna 'Balak
siakapkeli.my
26 Feb - Memang dah menjadi kebiasaan rakyat di negara ini menggunakan pencungkil gigi kayu untuk membuang sisa-sisa makanan yang terselit selepas makan.
Tahukah anda, tindakan kita mengcungkil sisa makanan di celah gigi menggunakan pencungkil kayu boleh menyebabkan gusi kita semakin ke dalam atau istilah inggerisnya 'gum recession'
Perkara ini dijelaskan sendiri oleh seorang doktor gigi bertauliah, Dr Izaza Md Zan yang berkongsi menerusi akaun Facebook miliknya.
Menurut Dr Izaza, jika tengok keadaan gigi, gigi nampak panjang dan ada ruang yang agak besar di antara gigi. Bukan gigi berlubang, tetapi celah gigi nampak jelas sebab gusi dah tiada.
Berikut adalah perkongsian penuh dari Dr Izaza tentang akibat menggunakan pencungkil gigi kayu untuk mencungkil makanan yang tersekat di celah gigi. Semoga bermanfaat.
Dari dulu sampai sekarang saya memang guna "balak" bersihkan makanan celah gigi. Bila sebut celah gigi, baru dapat tangkap balak tu pencungkil gigi kayu
..
Memang ramai yang masih tak tau pencukil gigi jenis kayu atau yang plastic keras punca gusi makin ke bawah (gum recession)
..
Kalau tengok keadaan gigi, gigi nampak panjang dan ada ruang yang agak besar di antara gigi. Bukan gigi berlubang, tapi celah gigi nampak jelas sebab gusi dah tak ada atau dipanggil gum recession
..
Bila ada gum recession, ketinggian tulang pun makin kurang (bone resorption), bila dah tak ada tulang, gigi start goyang sebab dah tak ada yang pegang gigi
..
So, memang sangat tak digalakkan pakai pencukil gigi jenis kayu atau plastic yang keras untuk bersihkan celah gigi
..
Boleh gunakan FLOSS untuk celah gigi yang sempit. Atau gunakan INTERDENTAL BRUSH untuk celah gigi yang jarang dan area gigi yang ada gum recession.
Izaza Mohd Zan
· 24hb Februari jam 5.45 ptg ·
Dari dulu sampai sekarang saya memang guna "balak" bersihkan makanan celah gigi. Bila sebut celah gigi, baru dapat tangkap balak tu pencungkil gigi kayu
..
Memang ramai yang masih tak tau pencukil gigi jenis kayu atau yang plastic keras punca gusi makin ke bawah (gum recession)
..
Kalau tengok keadaan gigi, gigi nampak panjang dan ada ruang yang agak besar di antara gigi. Bukan gigi berlubang, tapi celah gigi nampak jelas sebab gusi dah tak ada atau dipanggil gum recession
..
Bila ada gum recession, ketinggian tulang pun makin kurang (bone resorption), bila dah tak ada tulang, gigi start goyang sebab dah tak ada yang pegang gigi
..
So, memang sangat tak digalakkan pakai pencukil gigi jenis kayu atau plastic yang keras untuk bersihkan celah gigi
..
Boleh gunakan FLOSS untuk celah gigi yang sempit. Atau gunakan INTERDENTAL BRUSH untuk celah gigi yang jarang dan area gigi yang ada gum recession
..
Macam mana nak guna ? Nanti Dr Iza share next post yeah 😉
..
Dr Izaza Mohd Zan
#dentistampang
#drizzidentalclinic
Siakapkeli.my
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Fri Mar 2, 2018 7:02 am (PST) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
"Aku Dah Dapat Kerja, Cuci Longkang Kawasan Kita Ni, Gaji RM800", Lelaki Sebak Kawan Gaji Ratus Ribu Dulu Sekarang Diuji Namun Tetap Sabar
siakapkeli.my
Pepatah orang dulu, hidup tak selalu indah, langit tak selalu cerah. Begitulah kehidupan ini walau tampak bewarna-warni namun satu masa nanti warnanya akan pudar. Sama seperti kita, manusia yang menjalani hidup pasti akan ada pasang-surut dan jatuh-bangun dengan pelbagai masalah yang timbul.
Walau terlalu payah untuk bertahan apa lagi ditelan, namun itulah kuncinya. Kenyataan itu pahit. Namun kata orang tua, pahit itulah ubatnya. Ujian tidak akan pernah berhenti mencari kita, jangan letakkan kesusahan atau kemiskinan itu sebagai ujian. Letaklah kekayaan dan kemewahan itu sebagai ujian yang paling ngeri.
Perkongsian daripada Mohd Firdaus Mat Saad ini sedikit sebanyak membuka mata kita untuk sentiasa tabah dalam apa jua dugaan yang mendatang. Sentiasa bersangka baik dengan Allah swt, mohon diberikan kekuatan untuk mengharunginya dengan hati yang redha.
Hidup Tak Selalunya Indah
Ini sahabat saya, dulu bekerja sebagai seorang salesman di sebuah syarikat.
Jualan yang beliau hasilkan ratus ribu setiap bulan. Bab sales memang bagus..
Cuma, beliau ada satu masalah.
Terkena tipu dengan customer.
Customer tipu buat hutang sket sket, then bila dah accumulate ratus ribu, customer blah.
Dia dan manager dia dua dua orang 'dibuang
Ini cerita 3 tahun lepas.
Then dia cuba buat bisnes, tapi... Masalah yang sama berulang. Kena tipu lagi. Kali ini dengan customer lain pulak.
Customer ambil barang tapi tak bayar. End up, terpaksa bungkus.
Lepas itu, dia cuba bertahan hidup dengan buat bisnes kecil kecilan tapi tak boleh survive.
Sepanjang tempoh ini, banyak kali juga dia kesempitan wang.
Bila berjumpa saya, saya memang tak bagi pinjam duit. Sebab saya tahu kalau pinjam pun, bukan dia mampu nak bayar nanti.
So, saya bagi zakat sahaja kat dia untuk dia belanja makan anak anak dia 4 orang.
Baru baru ni, dia datang ke rumah saya. Minta kerja. Saya cakap lah, kerja yang saya ada di Changlun. Jauh pulak katanya. Nak uruskan anaknya susah. Isteri suri rumah, tak bekerja.
So, memang bergantung harap dengan pendapatan dia sajalah.
Bila saya jumpa, saya bagi la apa yang sy boleh bagi.
Kesian ooo... Tengok kawan yang sama sama dengan kita dulu, satu ketika dulu bergaji RM4-5k sebulan, tetiba Allah uji macam ni.
Semalam dia datang jumpa saya lagi, dengan suara rendah.
"Sekarang aku dah dapat kerja. Kerja dengan sorang kontraktor ni, kerja cuci longkang kawasan kita ni. Gaji RM800 sebulan.... Sebulan kerja 26 hari."
Saya cakap, "What..
"Kenapa sampai jadi macam nii?"
Dia cakaplah, "Firdaus, ini bukan soal malu. Ini bukan soal maruah. Ini bukan soal kotor. Ini soal hidup. Anak bini aku dah tak ada makan, aku terpaksa kerja. Kerja kotor pun aku kena buat. Mungkin Allah nak uji aku sekarang."
"Hang nampak aku susah. Hang tau tak, masa aku kerja cuci longkang. Ada 8 orang geng, cerita depa.. Aiyo. Lagi aku nak menangis. Bila tengok depa lagi susah, aku tak boleh nak cerita kesusahan aku. Sebab depa lagi susah. Kalau tak susah, orang tak mau kerja cuci longkang ni Firdaus"
Wowww... Dalam hati, ku terasa nak menangis.
Then dia cakap, "Firdaus, boleh bagi aku kerja buat apa apa, mesin rumput ke, buat ape ke... Asal ada kerja lah. Aku segan nak minta duit kat hang, aku nak minta kerja apa hang boleh tolong aku."
Then saya cakap, "Oklah, mesin rumput rumah aku."
Padahal rumput baru ajer mesin dua minggu lepas. Tak per lah, tolong aja lah.
Then dia cakap, "Boleh tak hang tolong advance duit kat aku dulu. Aku nak beli beras dan barang dapur rumah aku ni. Duit dah tak ada."
Nak menitik air mata saya.
Saya bagi duit advance dulu kat dia.
Dan hari ini, seorang yang dulu kawan baik saya. Yang gaji besar, hang hidup boleh la dikatakan selesa untuk level hidup di kampung. Hari ini dia datang mesin rumput di rumah saya.
Pukul berapa dia datang?
Jam 11:00 pagi. Ketika matahari dah panas. Tapi dia tekun memulakan kerja.
Saya tanya, kenapa datang lambat?
"Pagi tadi hantar barang kat customer sikit.... Hari ni tak kerja, bos bagi cuti."
Huhu... Saya sangat sangat bersimpati. Apalah nak kita buat dengan RM800 sebulan.
Nauzubillah kalau Allah uji macam ni. Boleh jammm ooo.
Tak tahu iman jadi macam mana.
Tapi... sahabat saya tetap bersabar.
"Bukan aku tak cuba cari kerja yang bagus sikit, tapi aku tak jumpa kerja yang boleh bagi gaji lebih sikit. Dah yang ini aku jumpa. aku kerja lah dulu sebulan dua ni."
In case, ada di antara anda yang baca kisah ini, yang terasa nak bantu sahabat saya ini dengan memberi sedikit sumbangan sedekah atau zakat.
Boleh tulis Nak Sumbang di ruangan komen bawah.
Nanti saya PM no akaun dia. Saya tak minta lagi no akaun kat dia.
Anda boleh pm sy personally pun. Nanti saya minta no akaun dia.
Mungkin kita boleh sumbang seringgit dua. Insya Allah, sikit kita sumbang, ringan beban dia.
Mungkin RM10 kecil buat kita, tapi untuk masa sekarang. Duit RM10 pun tersangat besar nilainya buat dia.
So, kita bantu dia. Mudah mudahan Allah tak uji kita macam Alllah uji dia.
Dalam berbisnes, Allah pernah uji saya juga. Saya pernah ada hanya RM50 sahaja duit dalam poket. Saya menangis waktu tu. Sebab saya pernah susah, saya tahu apa yang dia rasa waktu ini.
Pengajaran :
i. Ketika kita senang, berhati hati lah dengan kewangan kita. Belanja sebaik mungkin. Jangan terlalu boros. Ni pesan untuk diri saya. Sebab saya pun banyak gak velanja duit.
ii. Bila berniaga, elakkan bagi banyak sangat hutang kat customer. Cuba cash. Biar untung sket, tapi CASH.
iii. Bila ada kawan susah, kita bantu. Masa bantu tu, kita doakan, agar Allah tak uji kita macam tu.
iv. Doakan sahabat kita ini. Semoga Allah beri kelapangan kat dia.
Siakapkeli.my
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com
----------------------------------------
Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
----------------------------------------
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
----------------------------------------
Weblist:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com
----------------------------------------
Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
----------------------------------------
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
----------------------------------------
Weblist:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com
No comments:
Post a Comment