Thursday, March 15, 2018

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4910

15 Messages

Digest #4910
1
Fw: BESAR SANGATKAH ISU AIR? by "-:rIeNaCoM:-" rienacom
5
Fw: Berakhirlah Perjuangan Anak by "-:rIeNaCoM:-" rienacom
7
Fw: Madrasah perlu dana RM750,000 by "-:rIeNaCoM:-" rienacom
9
Fw: Roboh Pasar Pasir Puteh by "-:rIeNaCoM:-" rienacom

Messages

Thu Mar 15, 2018 3:33 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



BESAR SANGATKAH ISU AIR SAMPAI TIDAK BOLEH JAWAB ISU 1MDB ?

bloglist-malaysia.blogspot

wfauzdin

Dicatat oleh WFAUZDIN NS

APABILA Azmin tanya Najib di Parlimen tentang hutang dan 1MDB, Najib punya cerdik kata, " Isu air di Selangor lebih besar dari isu 1MDB".

Najib tidak tahukah rakyat Sgor sejak 2008 hingga kini dapat air percuma 20 meter padu? Najib tahu tak punca masalah air sekarang ini adalah di bwh pengurusan SPLASH sebuah syarikat yg dimiliki oleh orang Umno dan SPLASH bukan syarikat kerajaan negeri? Najib tahu tak, walaupun SPLASH bukan syarikat Kjaan negeri, tetapi kerajaan negeri berusaha dan mendesak agar masalah ini diselesaikan segera lebih awal dari yg dijadualkan kerana kjaan negeri prihatin kpd masalah rakyatnya? Najib tahu tak, walaupun berlaku sesekali masalah bekalan air di Sgor, rakyat tetap terus menerima air percuma setiap bulan? Najib sedar atau tidak, rakyat Pekan juga, bahkan di banyak daerah di Pahang, mereka dikenakan membayar bil air, tetapi kerap juga berlaku masalah air?

Apa beza isu air dengan 1MDB?

Masalah air hanya berlaku sesekali di dalam setahun di Sgor dan rakyat tetap menikmati bekalan air percuma apabila proses penyelenggaraan selesai dibuat. Rakyat tidak dipaksa bayar kos penyelenggaraan tersebut.

Isu 1MDB?

Hutang 1MDB dan kerugian syarikat ini kerana dirompak oleh lanun2 dan MO1, bukan ditanggung oleh rakyat Sgor saja, bahkan seluruh rakyat Malaysia dipaksa untuk menanggungnya termasuk rakyat di Parlimen Pekan. Seluruh rakyat Malaysia dipaksa membayar GST tidak kira rakyat miskin atau kaya.

Terlalu jauh umpama langit dan bumi perbandingan di antara isu air di Sgor dengan isu skandal 1MDB yg Najib perkatakan itu. Jangan ingat rakyat sebodoh ahli2 dan macai kamu yg mulut mereka telah dipenuhi dengan dedak.

Azmin Ali Dedah Pekung Najib Pulak
bloglist-malaysia.blogspot
addindeen.com
Posted by Din

Azmin Ali Dedah Pekung Najib Pulak. Selepas diserang perdana menteri di Parlimen semalam mengani kemelut air di Selangor lebih kritikal daripada hutang 1MDB, Datuk Seri Azmin Ali hari ini mendakwa Datuk Seri Najib Razak gagal menyelesaikan masalah banjir di Pekan, Pahang.

"Projek Jambatan Sungai Jelok, satu lagi kejayaan Selangor mengatasi masalah banjir di Kajang untuk jangka panjang berbanding masalah banjir di Pekan, Pahang sehingga hari ini gagal ditangani dengan bertanggungjawab.

Azmin Ali Dedah Pekung Najib Pulak. "Semalam, saya berang dalam Parlimen sebab soalan saya amat sopan kepada perdana menteri, saya tanya kepada kerajaan Malaysia tahun ini terpaksa belanjakan RM31 bilion semata-mata untuk bayar faedah hutang negara, maka saya tanya adakah kesan 1MDB, melompat mereka.

"Dia (Najib) boleh bangun tanpa segan silu menyatakan isu air di Selangor lebih parah daripada 1MDB. Memang benar isu air beri masalah kepada rakyat sebab tak ada air, tapi 4 hari sahaja, hutang 1MDB 4 generasi kena, hutang berjumlah RM42 bilion.

"Bekalan air terputus memang beban kepada rakyat, tapi jangan salahkan kerajaan negeri, yang rosak meletup adalah akibat kerja-kerja Splash (Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd) dan Splash bukan milik kerajaan negeri," katanya berucap pada Majlis Penyerahan Projek Menaik Aras Jambatan dan Projek Penstabilan Tebing Sungai Jelok di Kajang, hari ini..

Hadir sama Exco Selangor, Zaidy Abdul Talib dan Adun Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Azmin Ali Dedah Pekung Najib Pulak
Sidang Dewan Rakyat semalam kecoh apabila Najib membangkitkan kemelut air di Selangor ketika menjawab soalan Azmin (PKR-Gombak) jika hutang 1MDB memberi kesan kepada hutan negara.

"YB Gombak, kemelut air di Selangor lebih kritikal," kata Najib dengan senyuman semalam.

Sementara itu, Azmin menyifatkan tindakan kerajaan Barisan Nasional menyerang kerajaan Selangor sebagai tidak bertanggungjawab.

"Antara perkara yang diserang ialah hartanah dan rumah di Selangor mahal, rakyat tak dapat miliki. Kita nyata dan nak ulang sekali lagi, rumah mampu milik Selangorku 70% adalah nilai bawah RM200,000, hanya 30% nilai antara RM200,000 hingga RM250,000.

"Berbanding rumah PR1MA (Perumahan Rakyat 1Malaysia) RM400,000, kenapa ia tak diketengahkan?

"Saya nak ulang rumah mampu milik Selangor adalah rumah paling murah berbanding projek persekutuan atau negeri lain, walaupun hartanah mahal di Selangor, tapi kita berjaya pengaruhi pemaju besar supaya ambil tanggunjawab, jaga kepentingan rakyat."

Azmin Ali Dedah Pekung Najib Pulak
Pada 7 Mac lalu, Najib mendedahkan masalah bekalan air dan kos harga rumah tinggi antara 5 kelemahan besar gagal ditangani kerajaan pembangkang di Selangor.

Beliau berkata, kelemahan lain kerajaan negeri adalah mengenakan cukai membebankan rakyat negeri, pengurusan sampah lemah dan gagal menguruskan sungai dengan baik sehingga membawa peningkatan penyakit berjangkit. - free malaysia today

Najib negeri kamu Pahang pun isu air pun tak selesai.
bloglist-malaysia.blogspot
sisibukit.blogspot

Macam negeri Najib dan kawasan Pekan tiada masalah ketiadaan air.Najib dalam parlimen pun orang tanya lain dijawab lain.Kasihan Najib kawasan parlimen dia pun sampai sekarang masalah air tetap ada.Tak percaya pergi kawasan sekolah berasrama penuh di kawasan Parlimen Pekan,masalah air isu utama.

----- Original Message -----
From: -:rIeNaCoM:-
To:
Sent: Monday, March 12, 2018 11:31 PM
Subject: Fw: Rupanya Begini Tahap Pemikiran PM

Azmin maklomkan bahawa kawasan loji milik SPLASH bawah Kerajaan Pusat yang bermasalah
kedahlaniie.blogspot

Kerajaan Selangor tidak seharusnya dipersalahkan dalam masalah gangguan bekalan air yang berlaku di negeri itu, kata Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

"Kalau berani, salahkan perdana menteri," kata menteri besar Selangor itu kepada pemberita selepas majlis menandatangani perjanjian sempadan antara Selangor dan Pahang di Shah Alam, hari ini.

"Saya tidak ingin menuding jari kepada sesiapa tetapi bagi pihak kerajaan negeri, kita telah mengambil semua langkah proaktif bagi memastikan (masalah) tidak berlaku," katanya.

Beliau menjawab soalan sama ada kerajaan negeri patut dipersalahkan berhubung gangguan bekalan air di Kuala Lumpur dan enam kawasan di Selangor yang berlaku sejak Selasa lalu.

Beliau yang juga timbalan presiden PKR berkata, masalah yang berlaku di luar kuasa kerajaan negeri belum mengambil alih Syarikat Pengeluaran Air Sungai Selangor Sdn Bhd (Splash) daripada kerajaan pusat.

Gangguan bekalan air kali ini berpunca daripada kerja membaik pulih Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3) yang berada di bawah pengurusan Splash yang dilaksanakan awal minggu ini.

Namun Sistem Mampatan Udara (Surge Vessel System) di SSP3 pecah secara tiba-tiba pada Selasa lalu menyebabkan pengguna hanya akan mendapat bekalan air pada Ahad ini.

Rupanya Begini Tahap Pemikiran Seorang Perdana Menteri
bloglist-malaysia.blogspot
addindeen.com
Posted by Din

Rupanya Begini Tahap Pemikiran Seorang Perdana Menteri. Perdana Menteri Najib Razak hari ini enggan menjawab pertanyaan di Parlimen mengenai kesan hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terhadap ekonomi negara.

Sebaliknya, menteri kewangan itu mengalihkan perhatian kepada krisis air yang baru-baru ini melanda sebahagian besar Lembah Klang.

Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak) meminta Najib menjelaskan sama ada hutang 1MDB menyebabkan peningkatan bayaran faedah Malaysia berjumlah 12.5% ​​berbanding pendapatan negara pada 2016.

Rupanya Begini Tahap Pemikiran Seorang Perdana Menteri. "Masalah kemelut air di Selangor lebih kritikal," jawab Najib yang mula kecoh dengan tindakan beberapa anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) cuba mempertahankan beliau.

Ini mendorong Azmin, yang juga menteri besar Selangor, membantah jawapannya dan mempersoalkan mengapa Speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia membenarkan Najib (BN-Pekan) mengelak daripada menjawab soalan itu.

Rupanya Begini Tahap Pemikiran Seorang Perdana Menteri
"Kalau ahli BN yakin dengan perdana menteri, berilah peluang perdana menteri jawab," kata Azmin.

Abdul Azeez Rahim (BN-Baling) kemudian berkata, "Kami tidak yakin dengan Selangor. Mandi hari ini pun tak ada air." – the malaysian insight

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Mar 15, 2018 3:33 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Empat Jam Tertinggal Di Dalam Kereta, Seorang Bayi Disahkan Meninggal Dunia
siakapkeli.my

14 Mac - Bayi perempuan berusia dua tahun meninggal dunia selepas empat jam ditinggalkan di dalam kereta oleh ibunya di tempat letak kereta sebuah kolej kemahiran di Port Dickson, hari ini, lapor Harian Metro

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Zainudin Ahmad berkata, dalam kejadian 9 pagi, ibu mangsa yang juga tenaga pengajar di kolej itu membawa bayi bersama ke tempat kerja.

Katanya, sebaik meletakkan kereta Proton Saga, dia terlupa bayinya dibawa bersama dan tertinggal dalam kenderaan itu.

"Wanita berusia 32 tahun itu hanya menyedari bayinya tertinggal di dalam kereta pada 1 tengah hari dan bergegas mendapatkannya, tetapi malang anak kecil terbabit sudah tidak sedarkan diri.

"Wanita itu membawa bayinya ke Klinik Kesihatan Port Dickson dan disahkan sudah meninggal dunia sebelum dirujuk ke Hospital Port Dickson," katanya.- Siakapkeli.my

"Kes Budak Meninggal Di Waterworld Memang Sahih, Tapi Jalan Cerita Kurang Tepat," Lelaki Ini Tampil Jelaskan Perkara Sebenar
siakapkeli.my

14 Mac - Baru-baru ini tular sebuah kes kematian seorang wanita di sebuah taman tema air yang berpunca daripada salah satu permainan gelongsor yang ada di situ.

Perkara itu tular apabila ada seorang lelaki memuat naik gambar mangsa dan gambar gelongsor terbabit dan mendakwa wanita itu tercampak dari gelongsor itu kerana terlalu laju sehingga hilang kawalan. Lelaki terbabit juga mendakwa mangsa adalah anak saudara kepada isterinya.

Namun, tampil seorang lagi lelaki melalui laman Facebooknya mendakwa memang benar ada kemalangan maut di taman tema air tersebut, cuma jalan ceritanya sedikit berbeza.

Lelaki yang dikenali sebagai Mohd Noor Azri Hazahar mendakwa mangsa menaiki slide big ice cream dan melepaskan tangan dari pelampung untuk berselfie. Akhirnya, mangsa terjatuh dari pelampung dan terus menggelongsor ke bawah sebelum pelampung.

Siakapkeli.my

2 Tahun Tunggu, Masih Tak Tahu Punca Kematian Anak, Bapa Rayu Menteri Kesihatan Campur Tangan
siakapkeli.my

14 Mac - Seorang bapa yang kematian anak lelakinya di sebuah hospital swasta dua tahun lepas merayu agar pihak berkaitan termasuk Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam agar campur tangan bagi merungkai punca sebenar kematian anaknya.

Memetik laporan Awani, Mohd Nazri Mohamad Yusof, 40, berkata tiada pihak yang tampil untuk membantu menyelesaikan perkara itu dan menyebabkan beliau gagal mendapatkan surat kematian anaknya daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

"Dalam tempoh dua tahun sejak kematian Wan Naufal Afeef, pihak saya telah membuat aduan termasuk menghantar surat kepada pelbagai agensi berkaitan seperti Kementerian Kesihatan, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan, Polis Diraja Malaysia dan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) bagi membantu saya mencari jawapan punca kematian anak saya.

"Namun sehingga hari ini semua pihak berdiam diri... surat yang dihantar juga tidak mendapat sebarang respons dan disebabkan itu saya juga tidak boleh mendapatkan surat perakuan kematian anak bongsu saya itu daripada pihak JPN," katanya kepada pemberita di sini, pada Selasa.

Wan Naufal Afeef dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Shah Alam pada 9 Julai 2016 kerana demam dan meninggal dunia enam hari kemudian dengan sebab kematian dinyatakan sebagai 'tidak diketahui'.

Apa yang menyedihkan lagi, laporan bedah siasat yang dilakukan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang pada 15 Julai 2016, turut menunjukkan punca kematian Wan Naufal sebagai tidak dapat dipastikan.

"Setiap perkara yang berlaku mesti ada penerangan dan setiap kematian pasti ada penyebabnya. Bantulah kami untuk merungkai persoalan punca kematian Wan Naufal Afeef yang sehingga hari ini membuatkan kami tertanya-tanya.

"Sudah dua tahun kami berusaha dan memohon bantuan semua pihak namun sehingga hari ini ia masih menjadi persoalan yang tidak terjawab,"tambahnya.

Menurut penguasa marin itu, mereka sekeluarga hanya mahu mengetahui punca kematian Wan Naufal Afeef kerana sepanjang hayatnya, anak bongsu daripada tiga beradik itu tidak pernah mempunyai masalah kesihatan lain.

Sementara itu, isteri Mohd Nazri, Sharifah Nailul Muna Syed Mohamed Kamil, 39, mendakwa Wan Naufal Afeef disahkan meninggal dunia selepas pihak hospital tersebut memberi anaknya ubat antibiotik melalui titisan intravena.

Susulan itu, Sharifah Nailul Muna berkata beliau dan suami kini sedang menunggu inkuiri yang akan dijalankan MMC pada 5 April depan sebelum sebarang tindakan undang-undang diambil bagi menuntut keadilan ke atas kematian anaknya itu. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Mar 15, 2018 3:34 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Apa Punca Umno BN Bersuka Ria Hari Ini?
bloglist-malaysia.blogspot
addindeen.com
Posted by Din

Apa Punca Umno BN Bersuka Ria Hari Ini? Punca Umno BN Bersuka Ria Hari Ini? Rafizi Ramli memohon maaf secara terbuka di Dewan Rakyat hari ini kerana beliau tidak akan menjadi wakil rakyat pada sesi akan datang, selepas hilang kelayakan untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-14 akibat sabitan bersalah dalam kes National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC), bulan lalu.

Ahli Parlimen Pandan itu memohon maaf ketika membahaskan ucapan Yang di-Pertuan Agong, kerana sering mengkritik kerajaan Barisan Nasional (BN) sejak beliau menjadi wakil rakyat pada 2013.

Apa Punca Umno BN Bersuka Ria Hari Ini? "Ini adalah ucapan terakhir saya memandangkan saya tidak bertanding dalam PRU akan datang. Saya nak ucap terima kasih kepada yang dipertua Dewan Rakyat, timbalan yang dipertua kerana selalu beri ruang kepada saya untuk berhujah.

"Saya ingin meminta maaf sekiranya kritikan saya pedas kepada kerajaan sejak 5 tahun lepas dalam dewan, ada yang melukakan hati ahli dewan sebelah sana (BN).

"Saya tidak pernah rasa benci dengan sahabat di sebelah sana, Kinabatangan (Datuk Bung Moktar Radin) tidak ada, Lenggong (Datuk Shamsul Anuar Nasarah) tak ada hari ini, Tenggara (Datuk Halimah Mohd Sadique), walaupun Tanjong Karang (Tan Sri Noh Omar) kadang-kadang kritik saya dengan keras, sebenarnya kita baik di luar dewan."

Naib presiden PKR itu berkata, beliau sekadar menjalankan amanah diberikan rakyat ketika mengkritik pentadbiran kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak.

Apa Punca Umno BN Bersuka Ria Hari Ini?
"Kritikan saya adalah amanah yang dipikul sebab sebagai wakil rakyat, kita makan gaji, jadi tanggungjawab wakil rakyat pembangkang ialah memastikan kerajaan memegang amanah dengan sebaiknya yang diberi rakyat.

"Oleh itu, saya tidak boleh lari dari membawa perkara yang berkait rapat dengan rakyat, apatah lagi ini ucapan terakhir saya.

"Walaupun saya bersimpati dengan beban dan serangan kepada YB Pekan (Najib), itu tidak akan mengurangkan teguran saya pada beliau, walaupun ini ucapan terakhir kerana kerajaan masih lagi berdepan rakyat yang semakin tinggi menanggung beban," katanya.

Pada 2 Februari lalu, Mahkamah Sesyen Shah Alam menjatuhkan hukuman penjara 30 bulan kepada Rafizi atas kesalahan mendedahkan penyata akaun bank anak syarikat NFC dan Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail, pada 2012.

Apa Punca Umno BN Bersuka Ria Hari Ini?
Rafizi dan bekas kerani bank, Johari Mohamad didapati bersalah di bawah Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan (Bafia) kerana mendedahkan penyata akaun NFC, National Meat & Livestock Sdn Bhd, Agroscience Industries Sdn Bhd dan Salleh.

Hakim Mahkamah Sesyen membenarkan pelaksanaan hukuman ditangguhkan sementara menunggu Rafizi memfailkan rayuan.

Apa Punca Umno BN Bersuka Ria Hari Ini? Perkara 48 (1)(e) Perlembagaan Persekutuan menyatakan seorang wakill rakyat hilang kelayakan selama 5 tahun, jika dia sabit kesalahan dan dijatuhkan hukuman penjara lebih setahun atau denda lebih RM2,000. - free malaysia today

Cytro BN VS Cytro BN Isu Air Di Selangor.

bloglist-malaysia.blogspot
amenoworld.org
Posted by Ameno World

Tular penulisan blogger pro UMNO, Sang Kelembai atau nama sebenarnya Zaharin Mohd Yassin di media sosial.

Zaharin yang juga ahli UMNO Bandar Tun Razak menulis tentang masalah air di Selangor bukanlah isu politik sebaliknya ia adalah isu kerosakan.

Oleh itu beliau meminta agar semua pihak tidak menunding jari menyalahkan kerajaan negeri sebaliknya kesalahan haruslah diletakkan ke atas bahu SPLASH..

Penulisan oleh Zaharin itu juga dikongsikan oleh ramai penyokong Pakatan Harapan di laman sosial.

Bagaimanapun, cybertroopers terkenal BN, Lim Sian See membidas hujah Zaharin dan menyifatkan Zaharin lah sebenarnya yang tidak membuat kerja rumah sebelum menyebarkan sesuatu.

Oleh : Lim Sian See

YANG TAK BUAT KERJA-RUMAH DAN MASUK GOL SENDIRI IALAH ZAHARIN SENDIRI.

Dia banyak salah fakta - tapi mengapa dia mahu mempertahankan kerajaan PKR Selangor pula?

1. Rozali Ismail (bukan Razali) bukan pemilik SPLASH – Rozali dulu pemilik SYABAS dan Puncak Niaga bukan SPLASH yang didakwa Zaharin.

Sila panggil Zaharin Mohd Yasin tunjukkan bukti SPLASH milik TS Rozali Ismail.

2. Sweet Water Alliance itu milik TS Wan Azmi yang dekat dengan PKR dan merupakan pengarah Institut Rakyat di bawah pengerusinya ialah presiden PKR Wan Azizah.

3. Kerajaan Selangor di bawah Khalid pada tahun 2014 mahu ambil SPLASH pada harga RM250 juta tetapi ditumbangkan kerana isu ini juga. Kerajaan Azmin Ali mahu bayar jauh lebih tinggi harga RM2.8 bilion untuk SPLASH pula.

Kalau benar SPLASH kroni BN, takkan kerajaan Pakatan Selangor mahu bayar RM2.8 bilion kepada kroni BN dan bukan RM250juta sahaja?

Oleh kerana harga yang jauh lebih tinggi ini yang berbeza dengan harga RM250 juta yang dulunya dipersetujui dengan kerajaan persekutuan, kerajaan Selangor tidak dapat kelulusan dan pinjaman dari kerajaan Persekutuan untuk meminjam wang kepada Selangor untuk membeli SPLASH.

Sebelum ini pada tahun 2014 dan 2015, kerajaan persekutuan telah memberi pinjaman RM6.59 billion kepada kerajaan Selangor untuk membeli sepenuhnya syarikat-syarikat air di Selangor seperti Puncak Niaga, Konsortium Abbas dan Syabas

Kalau tak tahu fakta, jangan spin dan jangan buat fitnah.
Read more: http://www.amenoworld.org/2018/03/cytro-bn-vs-cytro-bn-isu-air-di-selangor.html#ixzz59icpUZVK

Kamarul Yusoff "hang" yang kena minta maaf kepada Mujahid.

bloglist-malaysia.blogspot
sisibukit.blogspot

Dr Kamarul Yusoff sudah main pusing-pusing.Hang yang sepatutnya minta maaf kepada Dr Mujahid.

I think I need to make the facts clear.

I'm the counsel for YB Dr Mujahid. I can say that the posting below is actually inaccurate.

The accurate fact is this. This photo was taken today at the mediation centre, Jalan Duta KL. It started when the judge proposed that both parties go for mediation. Both parties agreed to enter the mediation.

In the mediation, the mediator suggested that the matter to be settled amicably without having it to be prolonged for trial. Instead of going to trial, Dr Mujahid willing to settle the case but he demanded an apology from Dr Kamarul. Sadly, he refused the demand.

Since no settlement, the mediator fixed a new date for Dr Kamarul to decide and think about the demand.

So basically he deliberately "missed out" the point of "apology" in his posting.

Di bawah adalah respon YB Dr Mujahid:

Sebenarnya keputusan mediasi adalah spt berikut,

1. Saya yang tuntut Dr Kamarulzaman mohon maaf atas artikelnya menjatuhkan reputasi saya.

2. Jika dia berbuat demikian barulah saya tarik balik saman saya kepadanya dan move on.

3. Mohon maaf dibuat dlm FB sebagaimana dia telah memfitnah saya dlm FB.

4. Hakim bg tempoh awal April untuk Dr Kamarulzaman membuat keputusan memohon maaf kepada saya kerana beliau enggan memohon maaf sekarang. Jadi beban memohon maaf adalah ke atas dia, bukan beban saya tarik balik saman.

5. Bukan isu saya 'berjiwa besar' untuk tarik balik saman kpd dia tetapi beban tertanggung atas dia untuk mohon maaf pada saya.

Usah berdalih fakta laporan Unicef
bloglist-malaysia.blogspot
dialograkyat.blogspot.
Dicatat oleh ELBI RISALAH
DETIK DAILY

Mohd Ashtaf Mustaqim Badrul Munir

MENTERI Pendidikan Mahdzir Khalid memandang remeh laporan Unicef dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang bertajuk "Kanak-Kanak Pinggiran: kaji selidik mengenai kemiskinan dan penafian hak kanak-kanak bandar di rumah pangsa di Kuala Lumpur".

Laporan ini telah membangkitkan kebimbangan terhadap masalah kekurangan zat makanan dan keciciran dari sudut pendidikan antara lain, dalam kalangan kanak-kanak yang tinggal di rumah pangsa kos rendah di Kuala Lumpur.

Kerisauan akan permasalahan ini telah dibangkitkan pada sesi soalan tambahan oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah pada sidang Dewan Rakyat semalam.

Dari sesi soal jawab tersebut, Mahdzir bukan sahaja menidakkan sebuah kajian yang dikelaskan sebagai mendapat penarafan dunia, malah beliau selaku seorang menteri jelas bersikap ego atau bodoh sombong yang ternyata tidak menghiraukan langsung nasib rakyat terpinggir ataupun kelompok marhaen di negara ini.

Setidaknya Mahdzir memilih untuk mendalami kajian tersebut dan memikirkan langkah yang lebih baik untuk membasmi permasalahan yang melanda rakyat, namun jawapan yang dilontarkan adalah sebaliknya, apabila beliau dengan jelas menolak 100% laporan tersebut dan mengalihkan asas pertanyaan pada sesi soal jawab itu dengan kononnya penyelesaian menerusi agenda Rancangan Makanan Tambahan (RMT).

Selaku Exco Pendidikan Pemuda Pakatan Harapan, saya ingin menyelar tindakan Mahdzir setelah respons beliau yang menidakkan bahawa terdapat isu malnutrisi di negara ini.

Saya lampirkan perenggan hasil kajian Kementerian Pendidikan itu sendiri menerusi Buku Panduan Rancangan Makanan Tambahan yang membuat kajian dan menyebut pada perenggan 1.2 mengenai rasional untuk diadakan program RMT.

Perenggan 1.2 menyatakan bahawa hasil kajian mendapati:

1.2.1. Di antara 15-20 peratus daripada jumlah murid yang datang ke sekolah mengalami 'kelaparan tersembunyi' iaitu tidak bersarapan (sekolah pagi) atau makan tengah hari (sekolah petang).
1.2.2. Lebih kurang 35 peratus murid sekolah rendah menunjukkan tanda-tanda salah pemakanan (malnutrition).

1.2.3. Salah pemakanan dan kesan bersama-sama yang diakibatkan oleh salah pemakanan dan serangan penyakit (infection), menimbulkan pelbagai masalah dari segi pertumbuhan badan (growth), pencapaian dalam pelajaran (learning) serta kelakuan penyesuaian diri (adaptive behavior)."

Jelas daripada buku panduan yang merupakan hasil kajian Kementerian Pendidikan itu sendiri telah menunjukkan terdapat permasalahan yang besar di peringkat nasional mengenai kesusahan rakyat yang ditanggung anak-anak di alam persekolahan seiring dengan isu yang ditimbulkan menerusi kajian UNICEF biarpun kajian itu sekadar meliputi Program Perumahan Rakyat (PPR) di Kuala Lumpur.

Bagaimana Mahdzir boleh menafikan hasil kajian UNICEF ini sedangkan hasil kajian kementerian beliau turut menujukkan data yang sama, iaitu bebanan kesusahan rakyat yang begitu ketara.

Lebih menyedihkan apabila beliau merasakan bahawa agenda RMT adalah mencukupi.

Saya ingin bertanya adakah Mahdzir merasakan RM2.50 yang diperuntukkan oleh kementerian menerusi RMT mencukupi untuk seorang anak kecil mendapat zat makanan yang baik? Makanan apakah yang mampu memenuhi perut murid dari segi zat yang seimbang?

Adakah Mahdzir merasakan tiada masalah jika hari ini pada tahun 2018 dengan peningkatan kos sara hidup, cucu Mahdzir diberikan RM2.50 sehari untuk makan dan minum pada sesi persekolahan dan adakah beliau yakin bahawa mereka akan mendapat zat makanan yang seimbang?
Maka fikirkan kembali kesusahan yang menimpa rakyat!

Malah pengusaha kantin juga hakikatnya mempunyai masalah untuk menyediakan makanan yang baik dan sihat dengan peruntukan hanya RM2.50 seorang murid untuk makan dan minum. Maka boleh jadi benar isu RMT yang pernah menggemparkan negara baru-baru ini apabila murid hanya dibekalkan nasi kosong dan sosej!

Saya yakin bahawa Mahdzir sedikitpun tidak membaca laporan dari UNICEF ini malah laporan dari kementerian beliau sendiri, jika tidak beliau tidak akan cuba mengelak untuk membuat penipuan atau memberikan jawapan yang bodoh malah menunjukkan bahawa beliau seorang menteri yang tidak kompeten untuk memperjuangkan nasib rakyat!

Tidak hairan kerana inilah kriteria seorang menteri UMNO-Barisan Nasional.

Jika beliau menelusuri laporan tersebut, beliau seharusnya maklum bahawa separuh daripada rakyat Malaysia hari ini adalah bergaji bawah RM3,000, dan bagi yang tinggal di bandar-bandar seperti Kuala Lumpur kelompok gaji ini dikategorikan sebagai miskin bandar.

Malah dari laporan UNICEF tersebut didapati bahawa sebanyak 78% daripada isi rumah adalah di bawah tangga gaji RM3,000. Suatu jumlah yang menggerunkan kerana purata isi rumah adalah seramai lima ahli keluarga manakala 17% sahaja isi rumah yang mempunyai lebih dari tujuh ahli keluarga.

Tidak hairan jika statistik mendapati antara isu besar selain kebantutan atau malnutrisi adalah isu terkait pendidikan yang menunjukkan 51% kanak-kanak berusia 5 dan 6 tahun tidak menghadiri pra-sekolah dan 2% yang berusia dari 7 hingga 17 tahun langsung tidak bersekolah!

Daripada 2% itu, sebanyak 84% berusia dari 13 hingga 17 tahun manakala 16% berusia dari 7 hingga 12 tahun tidak bersekolah! Data yang sama menunjukkan 14% kanak-kanak mempunyai pencapaian akademik sederhana dan lemah!

Mungkin kerana data ini mampu mencalar imej sedia buruk kerajaan Umno dan Barisan Nasional menyebabkan Mahdzir cuba berdalih atau berusaha untuk memperbodohkan rakyat!

Namun ingatlah, Pakatan Harapan tidak buta, dan rakyat tidak bodoh meskipun ada usaha yang jelas oleh Mahdzir dan barisan menteri Umno dan BN yang lain untuk menidakkan data yang terhasil.

*Mohd Ashtaf Mustaqim Badrul Munir ialah Exco Pendidikan Pemuda Pakatan Harapan Malaysia.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Mar 15, 2018 3:34 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



'Wira Penyelamat' Dilaporkan Kritikal Di ICU Akibat Dipatuk Ular
siakapkeli.my

Seorang anggota bomba yang amat dikenali ramai, Abu Zarin Hussin atau lebih dikenali sebagai Wira Penyelamat dilaporkan tidak sedarkan diri di wad rawatan rapi (ICU) Hopital Bentong selepas dia dilaporkan telah dipatuk ular tedung.

Berita dukacian berkenaan telah dimuatnaik di laman Friends of Bomba Malaysia, di mana laman itu memaklumkan Abu Zarin masih berada dalam keadaan tidak sedarkan diri di Wad Kecemasan Hospital Bentong dan dikhabarkan dipindakan ke Hospital Temerloh.

"Marilah sama2 kita memanjatkan doa agar beliau selamat. Semoga diberikan kesembuhan untuknya..In Shaa Allah", tulis laman berkenaan.

Beliau yang digelar "king" sering mengetuai Skuad King Cobra Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang sebagai tenaga pengajar bagi melatih anggota pasukan untuk menangkap haiwan berbisa selain mengadakan ceramah dan taklimat kepada orang ramai.

Abu Zarin sebelum ini dikenali ramai selepas banyak video dan gambarnya menangkap ular dan bermain dengan ular menarik perhatian netizen sehingga beliau boleh dikategorikan sebagai selebriti media sosial.

Bakat yang ada itu memboleh beliau pernah menyertai pencarian bakat Asia's Got Talent dan berjaya bertahan sehingga ke peringkat suku akhir.

Ini bukanlah kali pertama, di mana termasuk kali ia Abu Zarin telah sudah sembilan kali dipatuk ular dimana yang paling teruk ialah beliau koma dua hari dan hampir meragut nyawanya apabila dipatuk ular tedung.

Apapun bersama-sama kita doakan semoga Abu Zarin cepat pulih dan dipermuadahkan segala urusan - Siakapkeli.my

Rezeki Mencurah-Curah, Selepas Kejayaan Sertai Moto GP, Hafizh Syahrin Kini Bergelar Ikon "Let's Inspire" Untuk Digi Pula
siakapkeli.my

Rezeki mencurah-curah, itulah yang boleh digambarkan selepas kejayaan Hafizh Syahrin menjadi anak Malaysia atau Asia Tenggara pertama layak untuk beraksi dalam saingan MotoGP bersama pasukan Monster Yamaha Tech 3 tahun ini.

Perkembangan terbaru Hafizh, beliau kini telah menyertai keluarga besar rangkaian telekomunikasi terbesar negara, Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) di mana Hafizh kini merupakan salah seorang pengguna plan terbaik yang ditawarkan daripada Digi.

"Apa yang telah dilakukan oleh Hafizh Syahrin sejak dahulu lagi sehingga sekarang sebagai penunggang MotoGP Malaysia yang pertama, adalah satu pencapaian yang besar. Dia telah berjaya melayakkan dirinya ke peringkat kelas utama dalam perlumbaan motosikal antarabangsa itu dan dia telah memperolehi kejayaan yang sangat baik berdasarkan merit dan kemampuan beliau," kata Ketua Perkhidmatan Pemasaran Digi, Bernard Lee.

Menurut Lee, Digi akan meneruskan pencarian di kalangan rakyat Malaysia yang boleh dijadikan sebagai simbol inspirasi seperti Hafizh sejajar dengan tagline Digi "Let's Inspire"

Selepas ini Hafizh akan mengembara ke seluruh dunia menyertai Kejohanan MotoGP, di mana pihak Digi berbesar hati untuk menjadi medium penghubung antara Hafizh dengan sesuatu yang amat bermakna kepadanya iaitu keluarga, rakan dan peminatnya.

Dalam meraikan pencapaian Hafizh, Digi memperkenalkan Pelan Pascabayar kepadanya dengan akses tanpa sempadan yang membolehkan Hafizh berhubung selalu dengan insan tersayang. Beliau juga menerima Pelan Digi Family yang menawarkan pengurusan akaun yang lebih baik dan perkongsian kuota internet yang fleksibel.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Rangkaian Tanpa Sempadan dan Plan Family Digi, layari www.digi.my.

Jaguh badminton kritik peraturan servis baru

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net

KUALA LUMPUR: Satu peraturan baru dalam badminton yang mungkin memberi kesan buruk kepada ramai pemain lebih tinggi, dikritik hebat beberapa jaguh sukan tersebut, lapor media tempatan.

Peraturan itu menggariskan, bulu tangkis haruslah dipegang kurang 1.15m dari permukaan gelanggang sebelum membuat servis dan bakal diguna pakai pada kejohanan All England Open di Birmingham yang akan berlangsung pada 14-18 Mac.

Pemain nombor 2 dunia, Datuk Lee Chong Wei mengkritik peraturan servis baru itu, yang dikuatkuasa bermula 1 Mac.

"Persekutuan Badminton Dunia (BWF) sepatutnya memilih untuk mencuba peraturan baru itu pada kejohanan lebih kecil," kata Lee sebagaimana dipetik akhbar New Straits Times, Jumaat lalu.

Lee yang akan bermain pada kejohanan All England Open, berkata, beliau terpaksa melakukan penyesuaian dalam cara bermain.

"Jika saya melakukan kesilapan semasa membuat servis pada kejohanan All England, saya akan minta pengadil jelaskan cara betul untuk melakukannya," katanya.

Lee berketinggian 1.72m, iaitu lebih rendah berbanding beberapa pemain terbaik dunia lain.

Pada Januari, pemain nombor 1 dunia, Viktor Axelsen yang berketinggian 1.94m, dipetik akhbar The Star, menyifatkan peraturan baru itu "mengarut".

Dalam satu video dimuat naik pada April 2017, Axelson dilihat mengejek peraturan itu dengan mencangkung dan melutut semasa membuat servis pada satu sesi latihan.

Dalam status dimuat naik pada November 2017 di laman web BWF, presidennya Poul-Erik Hoyer dipetik berkata, pihaknya "sedang mencari cara baru bagi menambah baik bagaimana peraturan servis itu diguna pakai".

Pegawai BWF bagaimanapun tidak dapat dihubungi untuk komen.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Mar 15, 2018 3:34 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



'Berakhirlah Perjuangan Anak Ibu Abah, Saya Dan Suami Redha', Netizen Sebak Membaca Luahan Sayu Ibu Ini
siakapkeli.my

Setiap yang hidup pasti akan merasai kematian. Samada kita pergi dahulu atau kita yang dahulu berdepan dengan kehilangan orang tersayang. Sakitnya hanya tuhan yang tahu. Kehilangan anak umpamanya pasti memberi tamparan yang hebat bagi ibu bapa. Hanya yang kuat sahaja mampu bertahan.

Tular di laman sosial, coretan yang ditulis oleh Cik Sara di laman facebook miliknya ini. Rentetan kisah yang berlaku sehingga bayinya dijemput pergi untuk selama-lamanya menjentik hati setiap yang membaca. Bayi yang lahir comel dan sihat, disangkakan hanya demam biasa, tapi rupanya terkena jangkitan kuman hingga meragut nyawa tubuh kecil itu.

Membayangkan anak kecil kita sedang dalam dakapan, bila-bila sahaja boleh diuji dengan ujian sebegini pun sudah mampu mengalirkan air mata, apatah lagi ibu ini yang berdepan dengan realiti. Bertabahlah wahai ibu, hanya yang terpilih sahaja akan diuji.

Mari kita ikuti kisah ini seperti di bawah. Semoga Puan Sara dan suami terus tabah dan kuat menghadapi kehilangan anak syurga mereka. Al-Fatihah.

10 Mac 2018:

Assalammualaikum..

Bermula 18feb2018, arwah adik Muhammad Izz Firdaus masih demam on off lg. Ibu ingt hanya demam biasa terseliuh urat dan ibu abah bawa la adik izz Firdaus berurut. Bila tgh mlm dan pagi esknya masih demam lg walaupon sudah bg ubt demam.

20 Feb 2018, pukul 8.30 pagi :

Kami pegi klinik kesihatan Penerok buat ujian darah, dan mendapat result ada jangkitan kuman. Doktor suruh pergi hospital Pontian utk dptkan pemeriksaan lanjut. Dgn firasat ibu confirm msti kne admit wad. Ku blk rmh utk ambk brg2 yg perlu Bila kne admit. Bila di kecemasan adik izz Firdaus kne drip dan buat x-ray lung. Results x-ray ade jangkitan juga. Start on oksigen dan nebulizer kerana dlm bdn kurang oksigen dan nafas sempit. Pada keesokkan hari, pernafasan adik izz Firdaus semakin membimbangkan kami termasuk nurse dan doktor.

21 Feb 2018, jam 8 malam lebih :

Doktor cina(lupa Nama doktor) dtg jmpe saya agar pergi ke Hospital Sultan Aminah Jb dgn kadar segera jgn membuang masa lg. Dlm pukul 10mlm lbh ambulance membawa kami ke HSA JB.

22 Feb 2018 :

Nurse ambil sample hingus utk buat kajian. Selang beberapa jam result keluar dan doktor pakar explain tntg result tersebut. Doktor bagitahu bahawa adik izz Firdaus kena jangkitan virus RSV (respiratory syncytial virus) yg tiada antibiotics utk virus. Tp adik izz Firdaus dpt juga antibiotic utk kuman sahaja. Pertama kali dgr virus RSV, saya mula research di Mr.google.

24 Feb 2018 :

Doktor off antibiotic. Di mlm hari izz Firdaus kene speed fever, terus mkn ubt pcm. Nebulizer on 4jam sekali.

25 Feb 2018 :

Doktor on antibiotic. Tidak demam lg. Nebulizer tetap on 4jam sekali.

27 Feb 2018 :

Doktor off antibiotic. Kena lg speed fever pd tgh mlm. Suami dtg awal pagi ke hsa jb kerana terlalu risaukan keadaan adik izz Firdaus. Tgk keadaan ank semakin lemah. Suami dan abg ipar minta transfer ke KPJ ABD.SAMAD, doktor pakar izinkan tp dgn syarat kena naik ambulance kpj kerana adik izz Firdaus masih menggunakan oksigen. Masih tidak boleh off kan lg.

27 Feb 2018 di Kpj :

Doktor start bg ubt demam,batuk,cairkan kahak,selsema dan 2jenis antibiotics (melalui drip dan mkn) begitu seterusnya smpai 3Mac2018.

3 Mac 2018 :

Buat x-ray dlm pukul 8.45pg. Doktor bagitahu tggl sikit sahaja kt paru-paru adik izz Firdaus..ada perkara yg ku amat kurang berpuashati dgn doktor tersebut.

4 Mac 2018 :

Adik izz Firdaus demam lg di rmh. Saya mula pelik dan berasa xsedap hati. Tidur terkejut-kejut,saya syak mcm kne gangguan. Ingt keesokkan hari nak bawa pergi jmpe ustaz.

5 Mac 2018 :

Jam2.30am, terima adik izz Firdaus kena sawan dlm 4-5mint. Kami bergegas pergi ke Hospital yg terdekat di Pontian. Suami bawa Kete mmg laju xhingat la smpai lampu isyarat merah terpaksa dilanggar dgn menghidupkan lampu double signal. Di kecemasan, terus on drip ambk darah dan x-ray.

Dr x-ray ade jangkitan baru di bahagian atas paru-paru adik izz Firdaus lak.. Masuk wad peadatic. Jam8pagi, kena sawan kali kedua dlm3-4mint. Jam11pagi-12tghari kne sawan utk Kali ketiga. Doktor terus transfer ke Hsa jb. Ambulance bawa mmg laju n bunyikan siren, doktor dan 2org nurse ikot skali. Takot terjadi ape2 dlm perjalanan.

Dlm wad bunga raya 3, dpn doktor adik izz Firdaus kne sawan yg keempat dlm 3-4minit..selang beberapa minit saje adik izz Firdaus kne sawan yg kelima paling lama. Doktor bg 2x dos sawan pon xok gak, terus doktor bg ubt tdo dan dibawa ke wad PICU jam 6.50ptg. Jam 9.35mlm baru saya dpt masuk tgk ank, hanya Allah saje dpt tahu perasaan saya dan suami tgk keadaan ank kami mcm tu. Staff nurse suruh kami blk berehat dan dtg Esk pagi doktor pakar nak jmpe.

6 Mac 2018 :

Doktor pakar bagitahu keadaan adik serius. Doktor nak buat ctscan brain pon xlps sbb keadaan adik Blom stabil lg. On antibiotics dan mesin oksigen 2tong yg tggi dgn speed 100%.

7 & 8 Mac 2018:

Setiap pagi doktor pakar akn jmpe kami. Pagi Rabu doktor explain keadaan anak tenat. B/p low, oksigen low, degupan jantung xcantik. Saya dan suami kne bersedia dgn ape yg bakal terjadi. Tghari doktor jmpe kami dan beritahu ade dua virus baru yg ade diparu-paru iaitu ARD(acute respiratory distress) dan ADENOVIRUS. Adenovirus adalah virus paling jahat dan ssh nk mati. Ia boleh merebak ke buah pinggang, jantung, otak dan darah. Tu yg amat bahaya.

9 Mac 2018 :

Mcm biasa setiap pagi doktor akan update kt kami keadaan adik. Keadaan semakin tenat dan doktor harap ibu dan abah dpt teman die di sisi. Waktu ptg doktor bgtahu organ dalam dah xdpt berfungsi dgn baik. Saya dan suami sudah redha, pasrah, sedia dan relakan adik izz Firdaus pergi menghadap Ilahi.

10 Mac 2018 :

Tepat jam 1.30am berakhirlah perjuangan ank ibu abah. Perginya seorang anak yg baik. Muhammad Izz Firdaus dlm kenangan.

Ibu yg kehilangan,
Muyassarah.

Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Mar 15, 2018 3:34 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



TV Thailand siar apa yang tak gamak TV3 siarkan!!
bloglist-malaysia.blogspot.
ekeleh.com

Berita ini tentu tak gamak disiarkan oleh TV3 dan RTM, namun TV Thailand boleh menyiarkan untuk santapan berita dan pengetahuan rakyat Thailand. TV3 dan RTM hanya pandai membekukan otak rakyat Malaysia dan meremehkan rakyat seolah-olah rakyat tidak mendapat sumber berita lain.

Semalam kajian Pusat Kajian Pilihan raya dan Demokrasi Universiti Malaysia (UMCEDEL) mengumunkan kajian mereka yang 43 peratus pengundi di negara ini berpendapat Anwar Ibrahim lebih layak dilantik menjadi PM Malaysia berbanding 39 peratus untuk Najib Razak [Rujuk]. Berdasarkan kajian ini TV Thai menyiarkannya.

Tujuannya juga adalah untuk santapan berita rakyat utara Semenanjung – Kedah, Kelantan, Perlis yang berhampiran sempadan Thai kerana mereka juga mendapat siaran TV Siam.

Selepas pilihanraya, TV3 dan RTM akan berebut-rebut untuk mendapatkan berita kemenangan PR, Insyaallah…ini kalilah.

Boletin Utamma sudah jadi berita haramjadah

bloglist-malaysia.blogspot
penburukonline.blogspot

Kalau tersilap tekan ke TV3suku dan tengok Boletin Utamma amatlah mual dan jijik.

Bermula jam 8.00 - 8.45 malam, berita yang ada hanya serang politik pembangkang. Dan jangan lupa komen-komen menjilat Najib banyak yang kedengaran sana - sini. Lepas pukui 8.45 malam baru lebih sedap sikit nak dengar. Tu pun berita Sukan. lepas tu sambung balik. Lepas Mahathir, Pulau Pinang, kemudiaan Selangor. hehehehe.

Langsung tidak seimbang. Langsung tidak ada cermin politik matang seperti dibanggakan PAS> Langsung tidak ada cermin demokrasi. Apakah saham terbesar dalam syarikat tu dibeli oleh UMNgOk?

Bagi orang yang boleh berfikir, sudah tentu bertanya, apakah TV3suku sudah jadi lidah rasmi UMNgOk.

Tapi ingat jugak. Dari 10 orang tak semua 10 orang akan percaya bulat2 apa yang disampaikan oleh penulis berita tersebut. Dan lagi banyak cacian, mungkin dari 10 orang, 1 orang akan beralih simpati kepada PH .. Orang dah ada otak. letak la kat mana pun..

Kalau PH naik putrajaya, tolong jangan ikut apa yang lahabau UNgOk buat kat rakyat Malysia .. sajikan dengan tulen demokrasi.. Kalau sama je ngan Boletin Utamma, memang sah haramjadah jugak.

"Ribuan KFC, Pizza Hut & Wang Diberi Untuk 'Beli' Penyokong Najib Di Perlis," Kata Exco PPBM.

bloglist-malaysia.blogspot
amenoworld.org
Posted by Ameno World

Memberikan KFC, Pizza Hut serta ada yang menerima wang tunai RM50, itulah pendedahan oleh Exco Pemuda Parti Pribumi Malaysia, Abdul Hannaan Khairy tentang program Najib di Perlis menerusi Facebooknya hari ini.

"Difahamkan kehadiran PM Najib ke Perlis hari ini ke beberapa kawasan mendapat sambutan yang sangat hebat. Orangnya ramai. Tempatnya meriah. Penuh bendera Barisan Nasional di tepi jalan.

Penuh juga pelajar sekolah di tepi jalan. Tapi tidakkah menyedihkan politik UMNO Najib ini apabila segalanya bukanlah datang daripada sokongan yang asli," katanya.

Menurut Abdul Hannaan rata-rata mereka yang hadir diwajibkan menghadiri program tersebut termasuklah arahan diberikan kepada para pelajar sekolah untuk keluar menyambut Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak.

"Mengapa saya berkata begitu?

Rata-rata yang hadir adalah penjawat awam. Mereka ini wajib menghadiri program-program tersebut.

Pelajar sekolah yang berada berdekatan dengan laluan PM Najib ini diberikan arahan untuk keluar dan berbaris di tepi jalan.

Mereka yang hadir juga turut diberikan makanan mewah (as in Perlis) iaitu ribuan kotak KFC dan juga Pizza Hut," tulisnya.

Malahan ada dikalangan yang hadir menerima wang saguhati RM50.

"Dalam kalangan mereka yang hadir juga diberikan wang sebanyak RM 50.

Bendera BN yang dipasang disekitar Negeri Perlis rata-ratanya dipasang oleh kontraktor yang dibayar. Tidak seperti kelaziman sebelum ini bendera-bendera parti dipasang oleh jentera parti sendiri.

Persoalan hadir dalam benak hati saya, apakah BN sudah tidak punya harga lagi dalam kalangan rakyat sehingga terpaksa 'mengerah' dan 'menyuap' rakyat supaya hadir," tulisnya lagi.

Untuk rekod, Najib siang tadi dalam rangka lawatan kerja di Perlis. Najib dikatakan terlibat dalam program 'Sembang Bajet' bersama 3,000 pelajar dan dijadualkan merasmikan UTC serta bertemu dengan jentera pentadbiran BN Perlis pada petangnya sebelum berangkat pulang ke Putrajaya. - 13 Mac 2018.

Read more: http://www.amenoworld.org/2018/03/ribuan-kotak-kfc-pizza-hut-wang-diberi.html#ixzz59deSFM5C

TERBUKTI SUDAH KERJA YANG PALING BEST DIDUNIA ADA DI MALAYSIA
bloglist-malaysia.blogspot
naimnikmat.blogspot
Dicatat oleh Na'im Nikmat

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Mar 15, 2018 3:40 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Madrasah perlu dana RM750,000
kedahlaniie.blogspot

YAN - Madrasah Mazahirul Ulum Lil Banat yang terletak di Bukit Choras Yan memerlukan dana RM750,000 bagi tujuan membeli kediaman untuk menempatkan pelajar.

Pengetuanya, Mohamad Hizam Abu Bakar berkata, madrasah berkenaan mempunyai pelajar seramai 300 orang dan 11 pelajar perempuan.

"Sekarang ini pelajar perempuan tinggal di rumah sewa sejauh 800 meter dari pusat pengajian," katanya.

Menurutnya, pemilik rumah sewa berkenaan mahu menjual tanah tersebut bersama lapan unit rumah yang menjadi tempat tinggal pelajar perempuan dan kakitangan madrasah.

"Namun begitu dana yang dimiliki pihak madrasah tidak mencukupi dan berharap orang ramai sudi membantu bagi membolehkan pihak madrasah membeli lapan unit rumah berkenaan.

"Kami sangat risau jika rumah berkenaan lepas ke tangan orang lain, pelajar dan kakitangan madrasah akan kehilangan tempat tinggal," katanya.

Menurutnya, pemilik tanah juga bersetuju untuk memberi kelonggaran kepada pihak madrasah bagi membayar RM400,00 dahulu pada peringkat permulaan.

"Selebihnya pemilik tanah membenarkan pihak madrasah membayar secara ansuran," ujarnya.

Katanya, sekarang ini dia sangat berharap belas ehsan orang ramai untuk membantu mereka.

Orang ramai yang ingin menyalurkan sumbangan boleh berbuat demikian ke akaun Bank Islam 02011020936540 atas nama Madrasah Mazahirul Ulum.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Mar 15, 2018 4:01 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Buli Dan Curi Duit Serta Telefon Bimbit Remaja OKU, 2 Orang Suspek Ditahan Pihak Polis
siakapkeli.my

14 Mac - Telah tular di laman sosial seorang remaja Orang Kurang Upaya (OKU) dibuli oleh dua orang lelaki sebelum didakwa menyamun telefon bimbit dan wang tunai ramaja OKU berkenaan.

Video yang dimuat naik oleh Nur Izzara Aisha di facebooknya mendapat ribuan perkongsian dan perhatian netizen.

Menurut Izzara, kejadian itu berlaku di padang permainan di taman perumahan di Taman Sri Kluang.

"Kejadian membuli dan mencuri telefon bimbit milik seorang anak kurang upaya (OKU).

"Mohd Nor Akmal dibuli di padang permainan di rumah murah Taman Sri Kluang serta telefon bimbitnya jenama Samsung J2 dan wang belanjanya dalam beg merah telah diambil dua lelaki terbabit," tulisnya.

Berdasarkan video tersebut, mangsa ditolak beberapa kali oleh suspek yang dikenali sebagai Boy, manakala rakan suspek pula merakam video kejadian itu.

Sesekali mangsa cuba menolak suspek agar berhenti dari mendekati dan mengapa-apakannya. Malangnya, suspek menolak lehernya dengan kuat sehingga menyebabkan mangsa tercekik menahan kesakitan.

Sementara itu di media sosial, netizen mengutuk tindakan suspek dan menggesa pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan terhadap dua remaja terbabit.

Nur Izzara turut berkongsi ID Facebook suspek, bagaimanapun akaun Facebook berkenaan telah dipadamkan berikutan kes itu mula viral di media sosial.

"Seriously saya menangis tengok video ini sebab terbayangkan anak buah saya sendiri yang juga OKU," katanya yang juga berharap remaja terbabit mendapat balasan setimpal.

Menurut beberapa sumber, dua orang suspek yang didakwa membuli itu telah ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang.

Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Mohamad Laham berkata, bapa remaja OKU berkenaan membuat laporan polis selepas melihat video anaknya dibuli, petang semalam.
Katanya, dua suspek berusia 20-an itu ditahan tengah malam tadi selepas menerima laporan polis daripada bapa mangsa.

"Polis sudah menahan dua suspek buli berkenaan termasuk yang merakam video itu tengah malam tadi selepas gerakan mengesan mereka dibuat sebaik menerima laporan.

"Kejadian buli berkenaan dipercayai dilakukan suspek pagi semalam di taman permainan Taman Sri Kluang.

"Mangsa yang juga OKU memaklumkan kepada bapanya ketika kejadian suspek mencuri telefon bimbit miliknya, wang tunai RM20 serta beg sandang yang dibawa selepas dibuli dan diugut menggunakan sebatang kayu," katanya ketika dihubungi.

Mohamad berkata, dua suspek berkenaan direman mulai hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 382 Kanun Keseksaan kerana samun yang boleh membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda atau sebatan jika sabit kesalahan.

Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Mar 15, 2018 8:17 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Pasar itu hak milik kerajaan negeri, peniaga hanya sewa sahaja - Nik Amar
kedahlaniie.blogspot

Peniaga enggan pindah orang Umno, kata Nik Amar

Pas Kelantan menyifatkan peniaga pasar Pasir Puteh yang enggan berpindah hingga berlaku kekecohan semalam adalah orang Umno yang mahu menimbulkan persepsi buruk terhadap kerajaan negeri menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Timbalan pesuruhjaya parti itu, Datuk Mohd. Amar Abdullah berkata kerajaan telah menyediakan pasar baru yang lebih selesa dan mereka yang telah berpindah berpuashati dengan tempat baru.

"Pasar baru yang disediakan kerajaan lebih strategik, kawasan lebih bersih dan tempat letak kereta lebih luas.

"Orang ramai juga menyatakan rasa lebih mudah untuk berurusniaga di tempat baru itu," katanya dalam majlis ceramah malam tadi.

Pasar itu katanya milik kerajaan dan menjadi hak kerajaan untuk merobohkanya.

"Peniaga itu hanya menyewa dengan kerajaan.

"Tempat itu bukan milik mereka dan tidak hak untuk menghalang apa-apa keputusan pihak kerajaaan," katanya.

Dalam kejadian semalam peniaga yang masih beroperasi di pasar lama membuat perisai manusia menghalang jentolak yang cuba meruntuhkan pasar itu.

Menurut persatuan peniaga sejumlah 375 daripada 500 Peniaga belum berpindah kerana tuntutan mereka akan didengar di Mahkamah pada 5 Mac ini.

Kekecohan berlaku sepanjang hari sehingga peguam bagi pihak peniaga mendapat perintah mahkamah supaya operasi merobohkan pasar itu ditangguhkan.

Pas Kelantan lebih jahat daripada Yahudi zionis?

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net

"

Dua tiga hari ini kecoh pas Kelantan, bukan Pas Pusat di tuduh lebih jahat daripada Yahudi zionis.

Hujahnya majlis penbandaran Pasir Puteh hendak roboh pasar Lama pekan tersebut.

Yang peliknya Pas Kelantan dituduh jahat macam yahudi, akan tetapi ada agamawan di Malaysia yang bercermah dalam TV berkata, tiada masalah dengan Yahudi.

Apabila tiada masalah dengan Yahudi, maka boleh, kalau nak jadikan kawan.

Boleh, kalau nak berkawan, bermakna Yahudi tidak jahat. Mengapa tuduh Pas Kelantan jahat macam Yahudi zionis.

Kalau jahat macam mana dihujahkan boleh dijadikan kawan.

Lagi pelik ada agamawan di Malaysia berkata, tidak boleh kata kafir musuh Islam.

Bukan satakat tidak boleh kata kafir musuh Islam ,malah ada sesetangah agamawan yang berkeliaran sebagai pendakwah berkata, tidak boleh kata kafir itu kafir. Hujjahnya, kalau dia islam kan?

Kalau begitu Islam pun tidak boleh kita kata dia islam, kerana mana tahu dia masuk kristian (jadi kafir). Sebab sehingga hari sudah ratusan ribu orang melayu islam jadi kafir (kenyataan media mufti Perak Datuk Seri Harusani Zakaria)

Yahudi boleh dijadikan kawan dan orang kafir tidak boleh kata dia musuh islam dan tidak boleh kata dia kafir bukan isu baru, Malah sudah lama bertapat di Malaysia ini.

Hari ini kerajaan satu Malaysia sudah bawa masuk yahudi yang dahulu sangat sukar untuk memasuki Negara ini.

Bukti, Yahudi tidak jahat miskipun membunuh 2.5 juta umat islam di Palestin

Atas sebab yahudi boleh dijadikan kawan dan kafir tidak boleh kata yang dia musuh islam.Kerajaan Malaysia bawa masuk yahudi ke dalam Negara ini.

Allah berkata yahudi (kafir) adalah musuhnya . musuh Rasulullah SAW dan musuh Islam.

Hari ini ada agamawan di Malaysia berkata kita tidak boleh tuduh mereka musuh Islam.Sebaliknya boleh buat kawan, kalau mahu jadikan kawan.

Sekarang ini semua sedia maklum dan sudah faham,bahawa Allah telah berkata dalam Al Quran kafir adalah musuh Islam. Anehnya ada agamawan berkata kafir bukan musuh Islam (tidak boleh kata mereka musuh Islam)

Allah yang kata kafir musuhku, musuh Rasulullah SAW dan musuh Islam.Orang Melayu Pasir putih Kelantan tuduh Pas lebih teruk daripada Yahudi.

Dan juga ada yang berkata pas Kelantan lebih teruk daripada zionis, kerana hendak roboh pasar lama Pasir puteh.

Kita kena umno. Umno parti orang Melayu. Pas juga parti orang melayu di beri nama parti Islam semalaysia.Kita kena Pan, juga orang Melayu serpihan Pas.

Keempat empat parti ini (umno, Pas, BERSATU dan PAN) bermusuh satu sama lain. Lebih lebih lagi dalam demam piliharaya umum ke.4

Hari ini umno dan pas walaupun masih bermusuh, tetapi telah, boleh dan sedang bekerjasama pada konsepsi amar maaruf.

Manakala konsepsi nahi mungkar tiada kaitan dengan pas .Pas masih tidak setuju dengan kemungkaran yang dilakukan oleh umno.

BERSATU yang diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Pan yang di terajui Mohamad Sabu menganggap pas adalah musuh utama yang diserang bertubi tubi.

Serangan itu dikepalai pengerusi Pakatan harapan Tun Dr Mahathir Mohammad.

Yang peliknya mereka orang melayu. Sudah tentu orang melayu itu orang umno, orang BERSATU dan orang PAN buat tuduhan, pas Kelanatan jahat macamyahudi.. Jahat, kerana nak roboh pasar lama pasir puteh.

Mereka seakan yakin usaha majlis bandaran Pasir Puteh yang dating hendak merobohkan pasar lama pasir Puteh itu semacam ada persamaan dengan usaha Yahudi yang telah dan sedang meroboh rumah rumah umat islam di Palestin.

Samakah? nak roboh pasar lama pasir Puteh dengan yahudi yang meroboh rumah rumah umat islam di palestin.

Sudah tentu tak sama. Yahudi roboh rumah rumah umat Islam palestin untuk dijadikan hak mereka .

kerja tersebut adalah kerja merampas hak umat islam.Tapi kerja majlis bandaran pasir Puteh nak roboh hak milik kerajaan Kelantan.

Pasar lama Pasir Puteh bukan hak milik perniaga pekan tersebut. Ia adalah milik kerajaan dan kerajaan sudah sediakan pasar baru yang dikatakan sangat trategik berbanding pasar lama.

Meroboh pasar lama pekan pasir Putih Kelantan itu sudah tentu jauh bezanya dengan yahudi yang meroboh rumah rumah umat islam di Palestin..

Peniaga peniaga pasar lama pekan pasir Putih sudah diberi amaran untuk pindah ke pasar baru yang disediakan oleh kerajaan pas Kelantan.

Perniaga peniaga enggan pindah. Mereka Enggan berpindah. Enggan merupakan sifat degil.

Allah memberitahu kepada kita Yahudi orang yang paling degil. Jadi degil itu ada pada yahudi.Jika kita degil maka kita memiliki sifat yahudi.

Macam mana mereka menuduh pas Kelantan jahat macam yahudi,sedangkan apa yang dilakukan itu suatu yang tidak bercanggah dengan Islam.

Kerajaan Pas Kelantan nak roboh bangunan lama pasar pekan pasir Puteh dan sudah disediakan sebuah pasar baru yang dikatakan juga strategic dan baik untuk perniaga tempatan.

Yahudi adalah musuh Allah musuh Rasulullah SAW dan musuh Islam, Sekarang ini pas pula di katakan Yahudi oleh orang musuh politiknya di Pasir Puteh Kelantan.

Tak semena mena pas Kelantan pula yang jadi musuh Allah, musuh Rasulullah SAW dan musuh islam.Wow. Ya ke.Tak musabah langsung. macam tak masuk akal je..

Sesungguhnya ini bersesuai dengan hujah Ustaz Ahmad Awang,yang berkata, pas bukan parti Islam sebenar. Parti islam sebenar adalah parti Pan yang diterajui Mat Sabu.

Inilah karenah orang politik yang pernah menjadi reality sebelum ini dan tidak musthil ia akan lebih buruk dan teruk dalam waktu sedang demam pilihanraya umum yang bakal diadakan bila bila masa sahaja daripada sekarang.

"................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: anaabdullah
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

Roboh Pasar Pasir Puteh : Benarkah Undang Undang Tidak Dipatuhi?

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net

Pagi tadi gempita seluruh alam, puak pembenci kerajaan negeri berteriak lagak pahlawan, kononnya membela para peniaga yang masih tersisa di Pasar Lama Pasir Puteh, yang enggan berpindah ke Pasar Baharu Siti Hajar.

Ramai yang menuduh kononnya kerajaan negeri seperti Zionis, seakan akan Yahudi dan segala bagai watak antagonis atas kerana kekecohan di tanah Tok Janggut pagi tadi.

Husam pula bersiaran dari nun jauh di bumi London, memperlihatkan keprihatinan beliau akan isu ini. Dan beliau menasihatkan juga agar kerajaan negeri menangguhkan tindakan tersebut sehingga selepas PRU nanti. Adakah Husam fikir kerajaan negeri Kelantan ini bersikap hipokrit? Menangguhkan tindakan hanya kerana mahu menempuh PRU? Ini bukan cara PAS. Sekiranya kebenaran itu pahit, namun memberi kebaikan kepada rakyat, maka PAS akan terus tempuh dan tangani.

Lantas, mari kita lihat sebentar, adakah kebisingan pagi tadi berlaku kerana pihak Majlis Daerah tidak mengikut aturan undang undang? Adakah pihak berkuasa tempatan melanggar arahan mahkamah? Atau apa isu sebenarnya?

Ayuh ikuti baris demi baris kronologi kes ini.

*KRONOLOGI KES MAHKAMAH PASAR LAMA PASIR PUTEH*

*KES PERMOHONAN INJUNKSI OLEH PENIAGA*

*1/2/2017* : Notis dikeluarkan oleh MDPP mengenai penutupan dan perpindahan premis Pasar Besar Pasir Puteh ke Pasar Siti Hajar berkuatkuasa 1/3/2017. Pemotongan bekalan elektrik dan air akan dilakukan pada 2/3/2017.

*28/2/2017* : Notis permohonan secara ex parte oleh peniaga memohon perintah injunksi seperti berikut:-

_a) MDPP dilarang menghalang operasi perniagaan di premis Pasar Besar Pasir Puteh dari beroperasi seperti biasa bermula 1/3/2017 sehingga selesai keputusan kes ini._

_b) MDPP dilarang memotong bekalan elektrik dan air di Pasar Besar Pasir Puteh._

_c) MDPP dilarang mencagar, memajak, memberi sewa atau melupuskan Pasar Besar Pasir Puteh kepada mana-mana pihak._

_d) MDPP dilarang meluluskan sebarang kontrak pembinaan semula apa-apa bangunan komersial di tapak Pasar Besar Pasir Puteh._

Mahkamah perintahkan permohonan didengar secara inter parte. Mahkamah tetapkan tarikh 1/3/2017 supaya MDPP memasukkan kehadiran.

MDPP terima notis permohonan injunksi daripada peguam peniaga Tetuan N.M Amin & Associates.

MDPP melantik Tetuan Aini Hayati sebagai panel peguam MDPP.

*1/3/2017* : Mahkamah tetapkan permohonan didengar secara inter parte dan kedua-dua pihak dibenarkan untuk memfailkan affidavit masing-masing.

*7/3/2017* : Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kes Mahkamah Bil.01/2017.
Perbincangan mengenai affidavit jawapan MDPP.

*26/3/2017* : Bicara Tangguh - peniaga minta pengesahan Juruukur bagi keluasan pasar lama.

*16/4/2017* : Bicara Tangguh - mahkamah minta pihak-pihak berbincang dengan cadangan masing-masing.

*27/4/2017* : Bicara Tangguh - mahkamah minta pihak-pihak kemukakan gambar perbandingan pasar lama dan pasar baru.

*29/5/2017* : KEPUTUSAN - *Mahkamah Tinggi Kota Bharu menolak permohonan injunksi dengan kos. Arahan pindah berkuatkuasa selepas 19/7/2017 selepas perbicaraan kes Writ Saman Tuntutan Gantirugi.*

*9/8/2017* : Kes telah difailkan peniaga ke Mahkamah Rayuan. Pengurusan Kes kali-1.

*6/9/2017* : Pengurusan kes kali 2. *Peniaga bersetuju menarik balik rayuan injunksi mereka terhadap MDPP dengan kos sebanyak RM2,500.*

*25/9/2017* : Notis penarikan balik rayuan.

*KES INJUNKSI SELESAI*

....................
Ini membawa maksud, injunksi yang dibawa oleh peniaga untuk menghalang 4 perkara seperti dalam catatan di atas telah GAGAL. Malahan peniaga sendiri menarik balik Rayuan mereka di Mahkamah Rayuan.
.......................
Berikut adalah Saman kedua oleh peniaga kepada MDPP yang juga berlangsung sejak tahun lepas.

*KES SAMAN TUNTUTAN GANTIRUGI OLEH PENIAGA:*

*27/2/2017*: Notis Permohonan tuntutan Persatuan Peniaga terhadap MDPP:-

a) Gantirugi Am
b) Gantirugi Khas
c) Gantirugi Teladan
d) Gantirugi Teruk
e) Faedah 8% ke atas semua jumlah gantirugi dari tarikh penghakiman sehingga selesai
f) Kos anakguam dan peguamcara
g) Apa-apa relief dan perintah yang suai manfaat Mahkamah ditafsirkan sesuai dan adil.

*29/3/2017* : Pengurusan kes 1.

*12/4/2017* : Notis Permohonan MDPP membatalkan tuntutan peniaga.

*11/5/2017* : Pengurusan kes bagi Notis Permohonan MDPP membatalkan tuntutan peniaga.

*29/5/2017*: Notis Permohonan Persatuan Peniaga untuk meminda pernyataan tuntutan iaitu MDPP dikehendaki menyediakan pasar baru.

*6/6/2017*: Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kes Mahkamah Bil.2/2017.
Perbincangan mengenai jawapan defendan .

*3/7/2017*: Pihak-pihak memfailkan hujahan bagi permohonan MDPP untuk membatalkan tuntutan peniaga.

*13/7/2017* : Pihak-pihak memfailkan hujahan bagi permohonan peniaga untuk meminda tuntutan mereka.

*19/7/2017*: Bicara bagi Notis permohonan MDPP batal tuntutan peniaga.

Pengurusan kes bagi permohonan peniaga pinda tuntutan mereka.
Kes ditangguh berikutan pertukaran peguam peniaga.

*21/8/2017* : Bicara bagi Notis Permohonan MDPP bagi membatalkan tuntutan peniaga.

Pengurusan kes bagi permohonan peniaga meminda Pernyataan Tuntutan mereka.

*27/8/2017*: KEPUTUSAN - *Mahkamah Tinggi Kota Bharu membenarkan permohonan MDPP membatalkan tuntutan peniaga dengan kos RM2000.*

*Kes tuntutan Peniaga terhadap MDPP secara automatik adalah terbatal tanpa perlu perbicaraan.*

*15/9/2017* : MDPP telah membuat hebahan melalui banner.

"Pemberitahuan pengosongan, penutupan, dan perpindahan Pasar Siti Hajar Pasir Puteh Sentral akan mula beroperasi pada 15hb Oktober 2017 dan Pasar Lama akan ditutup sepenuhnya pada 22hb Oktober 2017. Para peniaga diminta berurusan dengan Majlis Daerah Pasir Puteh.
........................
Nah, melihat kepada kronologi kes di atas, maka jelas bahawa kes ini bukanlah berlaku secara tiba tiba. Bukanlah MDPP bertindak secara wewenang dan menonong. Apatah lagi bertindak di luar kerangka undang undang negara. Malahan rentetan kes ini memperlihatkan bahawa notis demi notis TELAH diberi kepada peniaga.

Pihak berkuasa tempatan telah bertahun lamanya berbincang dan memberi masa kepada saki baki peniaga yang enggan berpindah ini.
Dan apa pula kaitan dengan kes mahkamah yang kononnya akan ada injunksi baharu oleh peniaga untuk menghalang MDPP merobohkan pasar lama ini? Kes itu hanya akan dimulakan pada hari Khamis ini. Ia belum ada keputusan. BELUM ADA APA APA INJUNKSI. Justeru atas dasar apa menuduh MDPP bertindak bertentangan dengan keputusan mahkamah?

Persepsi demi persepsi dibina untuk mencalarkan imej kerajaan negeri menjelang PRU ini. Nasib peniaga diperjudikan oleh politikus yang bersifat desperado. Ia harus menjadi lebih mudah. Pindah sahaja ke pasar baharu Siti Hajar.. Pakat meniaga, pakat cari samah seriyal. Lebih bagus daripada menjadi buah catur pihak tertentu.

Moga pihak peniaga mendapat yang terbaik dalam 'perjuangan' mereka. Bincang dan cari penyelesaian yang menguntungkan semua pihak. Kita pakat bina ekonomi Pasir Puteh. Insyaallah.

Catatan malam di Bachok
Nazman Che Iberahim

Ler! Roboh pasar jer, ingat kan roboh masjid dan bunuh rakyat!

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net
"

Assalamualaikum,,

Melompat lompat macai piss liberal dengan berita sensasi yang dimuat naik oleh FB dan youtube Pan kuali Pink tentang rakyat Kelantan mengamuk kerana Masjils Daerah Pasir Puteh roboh pasar besarnya.PAS dikatakan lebih jahat dari zionis yang mengganas di Gaza.Cuma yang tak disiarkan oleh FB PAn kuali pink dan youtube ialah berapa ramai rakyat Kelantan terkorban dalam keganasan yang lebih jahat dari zionis tu.Saya cuba menelitinya tetapi yang saya jumpa ialah taklah seburuk yang dikatakan oleh Pan kuali Pink dan macai pissnya.

Pasar yang dirobohkan itu rupanya pasar lama Pasir Putih yang sudah diganti dengan pasar baru Siti Khatijah dan membuat kecoh itu pula hanya beberapa peniaga yang konservertif yang enggan menerima perubahan dan enggan berpindah.Urusan perobohan itu pula hanya satu dari keputusan pengurusan bandar yang sudah ada susun aturnya, bukan bertujuan untuk menzalimi mana mana pihak..

Kalau ada pihak yang enggan menerima perubahan, itu lumrah di mana mana pun dan kekecohan kecil itu tidak dapat dielakkan dalam mana mana urusan pengurusan berkaitan perubahan, tak perlu dikecohkan.Tapi kalau ada yang cuba menayangkan wayang seolah olah itu satu kezaliman,secara mudahnya dapat difahami dilakukan oleh pihak pihak berkepentingan.Kepentingan dalam kes ini mungkin boleh dimenafaatkan sebagai bahan kempen PRU yang makin hampir.Tapi isu tidak akan jadi besar kalau sekadar kekecohan kecil itu tidak diperbesarkan.Diperbesarkan dengan menyamakan tindakan ganas zionis dengan tindakan Kerajaan PAS ini.Cuma Pan kuali Pink dan macai pissnya lupa nak senaraikan senarai rakyat yang terkorban seperti mana senarai korban Memali.

Yang saya nampak lagi, yang dikatakan mengamuk itu bukanlah rakyat Kelantan tapi segelintir sama ada rakyat yang konservertif yang diambil peluang oleh Pan kuali Pink, atau penyokong Pan Kuali Pink sendiri. Kekecohan yang dibuat oleh penyokong parti perkara biasa terutama menjelang PRU ni.

BPMS pula menyebut untuk kepentingan ramai dan bersama, seharusnya ada tolak ansur.Kerajaan Kelantan sudah pun menyediakan Pasar ganti yang baru dan Majlis Daerah pula sudah mengeluarkan noits untuk mengosongkan Pasar lama yang sudahpun termasuk dalam perancangan bandar, maka sepatutnya kekecohan tersebut diselesaikan secara baik dan itulah yang dilakukan oleh pihak kerajaan PAS dan seterusnya BPMS mengajar agar parti parti politik baik dari kerajaan atau pembangkang tidak seharusnya mengambil peluang untuk menjadikan bahan kempen mereka.Itu sebenarnya BPMS, bukannya alat untuk memberi kesedaran dan peringatan kepada mereka yang berfikiran liberal dan tidak mahu mendengar peringatan ugama.

"................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: senik
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Mar 15, 2018 8:17 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



''Bila Awak Buat Semua Nie Dan Suami Redha, Ganjarannya Syurga'', Pesanan Dari Seorang Suami Buat Semua Wanita Bergelar Isteri
siakapkeli.my

Perkahwinan itu merupakan penyatuan dua jiwa. Bila sudah bergelar isteri, seharusnya seorang wanita itu taat kepada suami. Syariat Islam telah mengatur hak seorang suami itu terhadap isterinya dengan cara mentaatinya selama ia tidak keluar dari syariat dan hukum Allah.

Perkongsian dari saudara Muhammad Ahmad ini mungkin boleh dijadikan renungan buat semua wanita yang bergelar isteri di luar sana. Jika isteri menjaga setiap perkara yang dinyatakan ini dan suami redha terhadapnya, maka janji Allah pilihlah mana-mana pintu syurga yang isteri mahukan. Bertuahnya wahai wanita.

Mari kita ikuti perkongsian seperti di bawah ini. Semoga bermanfaat untuk semua.
2 hari ini isteri saya selalu cakap. Awak, saya risau dan takut bila dengar hadith fitnah akhir zaman ramai wanita akan ikut dajjal dan Nabi Muhammad s.a.w lihat ramai wanita dalam neraka. Antara dosa besar wanita adalah tidak taat suami. Aibkan suami.

Saya diam lama. Dalam kereta saya pegang tangan isteri. Saya sayang awak kerana Allah. saya sentiasa maafkan awak, saya redha awak. saya banyak kurang sebagai seorang suami, banyak susahkan awak. Awak baik sangat jaga saya. Banyak perkara lagi saya tidak tunai tanggungjawab sebagai seorang suami.

Saya pesan kat isteri dan ini mungkin semua pembaca boleh cakna. Jagalah solat awal waktu, lagi 5 minit nak masuk waktu kena bersiap. Habis azan terus solat. Jaga aurat. Nak jemur baju diluar rumah pun kena tutup aurat. Banyakkan sedekah, jaga kebersihan diri, jangan tinggal tahajjud dan dhuha.

Jika awak buat semua ini dan suami redha terhadap awak. Allah janji pilihlah pintu syurga mana yang awak mahu. Senangkan isteri nak masuk syurga. Jawab saya kat isteri.

Tuan puan. Berkasih sayanglah kerana Allah s.w.t. Carilah redha Allah dalam hubungan suami isteri. Berusahalah untuk jadi suami isteri yang lebih baik dari semalam. Bahagia itu mahal, apa guna jika sebuah perkahwinan itu buatkan kita tidak bahagia.

Para suami didiklah isteri kearah agama yang sempurna. Berlemah lembutlah terhadap mereka. Jagalah perasaan mereka. Hargailah mereka.

Moga Allah beri bahagia kepada kita semua dalam keredhaannya. Moga Allah mudahkan perjalanan kita untuk menuju ke syurga.

Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Mar 15, 2018 8:18 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Saya atau Dr Mujahid yang memutar belit? -- Ini Malaysiakini tak siar

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net/

Saya ingin merujuk kepada kenyataan peguam Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, Mohd Fitri Asmuni, mengenai keputusan mediasi saman RM5 juta Datuk Dr Mujahid terhadap saya serta saman balas RM5 juta saya terhadap beliau yang berlangsung di antara beliau dan saya di hadapan seorang hakim di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, pagi tadi.

Posting saya selepas proses mediasi itu berlangsung adalah ringkas sahaja sebagai menghormati permintaan hakim yang mahukan saya dan Datuk Dr Mujahid merahsiakan butiran terperinci apa yang berlaku di dalam proses itu, sebab itulah hanya intipati utamanya sahaja, iaitu kesediaan beliau untuk menarik balik saman beliau, yang saya maklumkan.

Bila saya menulis bahawa saya berjanji akan mempertimbangkan tawaran beliau itu maka, walau tidak disebutkan pun, sudah tentulah boleh difahami bahawa ada perkara-perkara spesifik tertentu yang perlu dilakukan oleh kedua-dua pihak jika tawaran beliau itu saya terima, cuma saya tidaklah menyebutkannya kerana menghormati prinsip kerahsiaan.

Bagaimanapun, disebabkan peguam Datuk Dr Mujahid dan Datuk Dr Mujahid sendiri telah membocorkan apa yang berlaku di dalam perbincangan yang sebenarnya hanya melibatkan saya dan beliau sahaja, tanpa ditemani oleh peguam masing-masing, secara yang tidak tepat dan tidak lengkap pula, maka terpaksalah saya menceritakan perincian apa yang berlaku.

Bila ditanya, saya menjelaskan kepada hakim bahawa tulisan saya pada 25 Mei 2017, yang menjadi punca saya disaman, hanyalah reaksi balas saya kepada komentar Datuk Dr Mujahid di dalam portal berita Malaysia Kini sehari sebelumnya, bertajuk "Iman Tak Goyah Pun Baca Buku Yeoh", yang menyindir saya kerana mengkritik buku Hannah Yeoh dari DAP.

Saya juga menjelaskan bahawa, sebagai seorang pemimpin Islam, Datuk Dr Mujahid tidak sepatutnya menjadi alat untuk mempertahankan Hannah Yeoh kerana walaupun beliau sendiri, yang berpendidikan agama tinggi, tidak terpengaruh dengan kandungan buku itu, beliau perlu memikirkan sama sesetengah umat Islam yang kurang pendidikan agama.

Kebetulan pula, kata saya, pada 24 Mei 2017 itu juga, portal berita The Malaysian Insight turut melaporkan kenyataan Datuk Dr Mujahid, di bawah tajuk "Hapuskan Parti Politik Berasaskan Kaum Dan Agama", bahawa jika Pakatan Harapan menang dalam PRU 14 maka ia hendaklah mengharamkan semua parti politik yang berasaskan kaum dan agama.

Disebabkan cadangan untuk mengharamkan semua parti politik yang berasaskan kaum dan agama yang dibuat oleh Datuk Dr Mujahid ini asalnya dibuat oleh Karpal Singh dari DAP pada 5 November 2013, maka saya hujahkannya, selain tindakan beliau mempertahankan Hannah Yeoh, sebagai bukti bahawa beliau adalah antara kuda tunggangan DAP.

Benar bahawa saya awalnya menolak terma persetujuan yang diminta oleh Datuk Dr Mujahid supaya saya meminta maaf secara tertutup di hadapan hakim sebagai syarat untuk beliau menarik balik saman beliau, dan sebagai imbalannya beliau juga meminta maaf secara tertutup di hadapan hakim sebagai syarat untuk saya menarik balik saman balas saya.

Ini kerana, kata saya kepada hakim dan Datuk Dr Mujahid, adalah tidak wajar saya meminta maaf bila saya tidak membuat apa-apa kesalahan dari segi fakta, namun mereka menekankan bahawa permintaan maaf itu bukanlah atas apa-apa kesalahan dari segi fakta tetapi adalah kerana penggunaan istilah "kuda tunggangan" yang melukakan hati beliau sahaja.

Bagi saya juga, saman balas saya terhadap Datuk Dr Mujahid lebih kuat berbanding saman beliau terhadap saya, antara lainnya kerana saya hanya menggelarkan beliau sebagai "kuda tunggangan" sahaja, tetapi beliau menggelarkan saya dengan cukup banyak gelaran, seperti "ahli akademik murahan", "jumud", "jahil", "bodoh", "gila" dan "penulis upahan".

Pada akhirnya saya dinasihatkan oleh hakim untuk berfikir lebih panjang kemungkinan untuk menerima cadangan penyelesaian yang dikemukakan itu dan diberikan tempoh kira-kira dua minggu untuk memberikan keputusan sama ada saya bersetuju dengannya ataupun tidak, maka sebab itulah saya menulis posting mengenai "jiwa besar" Datuk Dr Mujahid itu.

Kenyataan Datuk Dr Mujahid bahawa "Mohon maaf dibuat dlm FB sebagaimana dia telah memfitnah saya dlm FB" adalah tidak bertepatan dengan kandungan terma persetujuan yang dicadangkan pada hari ini, malah kedua-dua kes tadi sebenarnya mahu dikirakan sebagai selesai "then and there" jika saya membuat permohonan maaf lisan "then and there".

Kenyataan Datuk Dr Mujahid ini, dan tuduhan beliau bahawa posting saya "jelas telah 'memutar' hakikat sebenarnya", bahawa saya adalah "manusia yang suka memutar belitkan fakta" dan bahawa tulisan saya "sangat tidak bermoral dan tidak bernilai" menunjukkan terma persetujuan telah tidak dihormati sekali gus menutup ruang untuk perdamaian.

Facebook
Dr. Kamarul Yusoff

----- Original Message -----
From: -:rIeNaCoM:-
To:
Sent: Wednesday, March 14, 2018 10:31 PM
Subject: Fw: minta maaf,

Kamarul Yusoff "hang" yang kena minta maaf kepada Mujahid.

bloglist-malaysia.blogspot
sisibukit.blogspot

Dr Kamarul Yusoff sudah main pusing-pusing.Hang yang sepatutnya minta maaf kepada Dr Mujahid.

I think I need to make the facts clear.

I'm the counsel for YB Dr Mujahid. I can say that the posting below is actually inaccurate.

The accurate fact is this. This photo was taken today at the mediation centre, Jalan Duta KL. It started when the judge proposed that both parties go for mediation. Both parties agreed to enter the mediation.

In the mediation, the mediator suggested that the matter to be settled amicably without having it to be prolonged for trial. Instead of going to trial, Dr Mujahid willing to settle the case but he demanded an apology from Dr Kamarul. Sadly, he refused the demand.

Since no settlement, the mediator fixed a new date for Dr Kamarul to decide and think about the demand.

So basically he deliberately "missed out" the point of "apology" in his posting.

Di bawah adalah respon YB Dr Mujahid:

Sebenarnya keputusan mediasi adalah spt berikut,

1. Saya yang tuntut Dr Kamarulzaman mohon maaf atas artikelnya menjatuhkan reputasi saya.

2. Jika dia berbuat demikian barulah saya tarik balik saman saya kepadanya dan move on.

3. Mohon maaf dibuat dlm FB sebagaimana dia telah memfitnah saya dlm FB.

4. Hakim bg tempoh awal April untuk Dr Kamarulzaman membuat keputusan memohon maaf kepada saya kerana beliau enggan memohon maaf sekarang. Jadi beban memohon maaf adalah ke atas dia, bukan beban saya tarik balik saman.

5. Bukan isu saya 'berjiwa besar' untuk tarik balik saman kpd dia tetapi beban tertanggung atas dia untuk mohon maaf pada saya.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Mar 15, 2018 8:19 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



"Maafkan Ibu Sayang, Ibu Tak Sengaja" Wanita Ini Akui Menyesal Selepas Anaknya Maut Tertinggal Dalam Kereta
siakapkeli.my

"Maafkan ibu, maafkan ibu sayang, ibu tak sengaja," demikian jeritan Hasmah Masroh, 32, selepas anak perempuannya, Nur Awfa Humaisha Muhammad Ali Riduan, 2, meninggal dunia selepas tertinggal dalam kereta selama empat jam, lapor Harian Metro.
Nur Awfa Humaisha dilaporkan meninggal dunia akibat sesak nafas di dalam kereta ibunya yang diletakkan di tempat letak kereta sebuah kolej kemahiran di Batu 3 Port Dickson.

"Ibu minta maaf sayang, ibu betul-betul terlupa. Ibu tak ingat, ibu menyesal. Malam tadi (semalam) Awfa okey saja, hari ini Awfa dah pergi tinggalkan ibu," katanya di perkarangan bilik mayat Hospital Port Dickson (HPD).

Menurut rakan Hasmah yang dimaklumkan mengenai apa yang berlaku sebelum kejadian itu berkata, Hasmah mengangkat anaknya yang sedang tidur di rumah di Taman Hartamas, Sunggala dan meletakkannya di tempat duduk belakang kereta.

Sebaik saja tiba di kolej itu, dia terus mematikan enjin kereta lalu memasuki pejabat sehingga tidak sedar anaknya tertinggal di dalam kereta.

Bapa mangsa, Muhammad Ali Riduan, 30-an berkata, dia hanya mengetahui kejadian itu pada jam 1.30 tengah hari tadi selepas dimaklumkan oleh isterinya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Zainudin AHmad berkata, siasatan awal mendapati mangsa ditinggalkan dalam keadaan pintu dan tingkap kereta tertutup bermula jam 9 pagi hingga 1 tengah hari.

Si ibu hanya menyedari anaknya tertinggal selepas empat jam, terus bergegas berlari ke kenderaan untuk mendapatkan mangsa.

"Malangnya mangsa sudah tidak sedarkan diri lalu dibawa ke Klinik Kesihatan Port Dickson sebelum disahkan sudah meninggal dunia dan dirujuk ke HPD," katanya.

Hasil bedah siasat mendapati, kanak-kanak itu meninggal dunia disebabkan strok haba atau kepanasan melampau.

Kes sedang disiasat mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Difahamkan, jenazah telah dikebumikan di Telok Kemang selepas solat Maghrib tadi. - Siakapkeli.my

----- Original Message -----
From: -:rIeNaCoM:-
To:
Sent: Wednesday, March 14, 2018 10:29 PM
Subject: Fw: Tertinggal Di Dalam Kereta, Meninggal Di Waterworld, 2 Tahun Tunggu

Empat Jam Tertinggal Di Dalam Kereta, Seorang Bayi Disahkan Meninggal Dunia
siakapkeli.my

14 Mac - Bayi perempuan berusia dua tahun meninggal dunia selepas empat jam ditinggalkan di dalam kereta oleh ibunya di tempat letak kereta sebuah kolej kemahiran di Port Dickson, hari ini, lapor Harian Metro

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Zainudin Ahmad berkata, dalam kejadian 9 pagi, ibu mangsa yang juga tenaga pengajar di kolej itu membawa bayi bersama ke tempat kerja.

Katanya, sebaik meletakkan kereta Proton Saga, dia terlupa bayinya dibawa bersama dan tertinggal dalam kenderaan itu.

"Wanita berusia 32 tahun itu hanya menyedari bayinya tertinggal di dalam kereta pada 1 tengah hari dan bergegas mendapatkannya, tetapi malang anak kecil terbabit sudah tidak sedarkan diri.

"Wanita itu membawa bayinya ke Klinik Kesihatan Port Dickson dan disahkan sudah meninggal dunia sebelum dirujuk ke Hospital Port Dickson," katanya.- Siakapkeli.my

Apa Nak Jadi… Berhijab Tapi Makan Babi! -- Kalau HARAPAN & PAN Menguasai Kerajaan Perkara macam ini mungkin berluasa pasal hak kebebasan kononnya

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net

AGAMA Islam ini unik kerana mewajibkan penganutnya untuk mengikuti garis panduan dalam setiap aspek kehidupan termasuklah makanan.

Antara makanan yang menjadi larangan atau haram di sisi Islam adalah daging babi. Namun, seorang wanita Islam dengan 'bangga'nya telah merakam videonya menikmati hidangan masakan babi dan memuat naik video berkenaan di media sosial!

Wanita lengkap bertudung dan dipercayai merupakan seorang warga Indonesia itu dilihat menyantap penuh berselera daging babi yang dimasak dengan kicap dan bahan tumisan lain.

"Hello, Assalammualaikum. Saya sedang makan ni, lapar. Saya tumis daging babi. Ini paha babi yang masih muda, jadi dagingnya empuk dan tidak keras.

"Saya masak dengan kicap. Rasanya masam, manis dan pedas. Sedap sangat! Saya makan bersama-sama roti," katanya pada permulaan video.

Wanita itu dipercayai sedang bekerja di Hong Kong dan terpaksa makan daging babi kerana dalam keadaan 'darurat'. Dia juga mengatakan bahawa keadaan di negara bukan Islam itu yang memaksa dirinya dan rakan-rakan lain untuk menjamah daging babi sebagai sumber protein harian mereka.

"Sebenarnya, jika sesiapa yang pernah bekerja di Hong Kong, Taiwan dan Singapura berkata dia tidak pernah makan daging babi, dia sebenarnya menipu. Mereka cuma tidak mahu mengaku.

"Mengapa perlu tipu? Mengaku sajalah! Daging babi enak. Malah, daging babi lebih enak (daripada daging lain).

"Kalau daging lembu dan kambing kan perlu diletakkan pelbagai rempah-ratus dan santan, tetapi daging babi tidak.

"Ini saya cuma campurkan halia, kicap masin, garam dan gula. Itu saja! Mudah.

"Perlu diambil kira keadaan kami di sini. Jadi jangan malu kita makan daging babi. Sama saja.

"Malah orang Cina kan umurnya panjang-panjang. Selepas bersalin, kemalangan atau sakit kan diberi makan babi dan dijadikan ubat.

"Daging babi di sini tidak seperti di Indonesia. Di sini penternakannya bersih dan babinya tidak diberi makan sembarangan, jadi ianya organik.

"Jangan diingatkan rupa babi yang buruk tu semasa makan kerana sama sahaja dengan daging lembu dan kambing. Malah, daging lembu dan kambing berbau hamis tetapi daging babi tidak," katanya sambil melahap daging haram tersebut dengan gelojohnya.

Video itu kini sedang tular di laman sosial Indonesia yang menerima kritikan hebat daripada masyarakat negara yang mempunyai jumlah umat Islam terbesar di dunia itu.

Tak tahu lah apa nak jadi dengan wanita itu. Elok bertudung dan menutup aurat, tapi sebarkan 'ajaran sesat'! – MYNEWSHUB.CC

'Kenapa Tak Boleh Minum Arak, Orang Jepun Mabuk Pun Maju!' – Siti Kasim

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net

AIDCNews -13/03/18 –"Saya tak nampak orang Jepun mabuk dan memberi masalah kepada masyarakat, sebaliknya merekalah bangsa yang paling produktif di dunia," kata Siti Kasim.

Kenyataannya itu telah menimbulkan kecaman daripada kalangan netizen.

Pengawal Keselamatan Dikasari Staf MPKJ

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net

HANYA kerana diminta butir pengenalan diri, seorang lelaki dirakam bertindak agresif menampar pengawal keselamatan yang bertugas dalam kejadian di Bangi, Selangor, baru-baru ini.

Video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan pemandu Perodua Myvi itu terus melulu keluar dari kenderaanya sebelum menolak muka pengawal keselamatan berasal dari Nepal itu.

Berdasarkan laporan polis yang dibuat oleh mangsa, Kumal Dilbahadur, 27, kejadian itu berlaku pada 5 Mac lalu ketika dia sedang bertugas di Bangi Golf Resort.

"Sebuah kereta Perodua Myvi telah berhenti di Pondok Pengawal dan pemandunya telah keluar dan terus menghampiri saya lalu menumbuk pipi sebelah kanan saya.

"Punca dia berbuat demikian kerana saya telah meminta dia mengeluarkan butiran diri untuk saya uruskan pendaftaran masuk," katanya dalam laporan polis yang dibuat di Balai Polis Bandar Baru Bangi pada hari kejadian.

Kumal kemudian menghubungi dan memaklumkan kejadian itu kepada penyelianya yang kemudian datang berjumpa dengan lelaki terbabit.

"Selepas penyelia saya menerangkan tujuan meminta butiran diri pengunjung, lelaki itu terus memberi kerjasama dan menyerahkan butiran dirinya tanpa berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.

"Lelaki itu juga memperkenalkan dirinya sebagai kakitangan MPKJ kepada penyelia saya," katanya.

Sementara itu di media sosial, netizen mengecam tindakan biadab dan kurang ajar lelaki berkenaan dan meminta pihak majikannya mengambil tindakan tegas terhadap lelaki terbabit.

"Direct ke pegawai atasan MPKJ, confirm kena tindakan tatatertib. Pengawal Keselamatan itu hanya menjalankan tugas sahaja.

"Sebagai Pengawal Keselamatan, jangan takut kerana kamu berada dalam bidang keselamatan, memang patut buat kerja. Lelaki itu patut hormat kerja orang," kata seorang netizen.

-MYNEWSHUB.CC

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Mar 15, 2018 8:19 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Masalah air 4 hari, tapi 1MDB hutang 4 generasi kata MB Selangor
kedahlaniie.blogspot

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali membalas kritikan perdana menteri berkaitan masalah air di negeri itu dengan membangkitkan isu banjir di Pekan, kawasan parlimen Datuk Seri Najib Razak.

Azmin berkata kerajaan Selangor berjaya menyelesaikan masalah banjir di "pekan Kajang" ketika keadaan di Pekan, Pahang berbeza sama sekali, lapor Malaysiakini.

"Ini satu lagi kejayaan Selangor iaitu dapat mengatasi masalah banjir di pekan Kajang untuk jangka masa panjang berbanding masalah banjir di Pekan, Pahang yang sehingga hari ini gagal ditangani dengan bertanggungjawab..

"Semalam di Parlimen hangat. Pepatah Melayu mengingatkan kita semua, kuman di seberang laut nampak tapi gajah depan mata tak nampak.

"Inilah masalah sesetengah orang hari ini," katanya ketika berucap di majlis menaik aras dan penstabilan jambatan tebing Sungai Jelok di Kajang.

Kenyataan Azmin itu dibuat dipercayai ekoran 'pertikaian' bersama Najib di Parlimen semalam.

Dalam sesi soal jawab lisan semalam, Azmin mengajukan soalan mengapa kerajaan pada tahun ini membelanjakan RM31 bilion untuk membayar faedah hutang negara dan adakah ia kerana kesan 1MDB.

Bagaimanapun, soalan Azmin kepada Najib itu dijawab dengan sindiran apabila presiden Umno itu berkata:

"Masalah kemelut air di Selangor lebih kritikal."

Walaupun disindir, Azmin bagaimanapun mengakui bahawa masalah air di Selangor memberi kesan kepada rakyatnya.

Namun, kata Azmin masalah air di Selangor tidak serius berbanding hutang yang ditanggung 1MDB.

"Dia bangun tanpa segan silu menyatakan isu air di Selangor lebih parah dari 1MDB. Memang benar ia (masalah air) beri masalah kepada rakyat sebab tak ada air, tapi empat hari sahaja.

"1MDB ini hutang dia empat generasi, RM42 bilion," kata Azmin lagi.

Sementara itu, ketika berucap pada majlis berkenaan, Azmin turut menyamakan projek naik taraf Sungai Jelok di Kajang umpama di Geneva.

Malah, Azmin berkata rakyat Kajang kini boleh menarik nafas lega kerana kawasan berkenaan kini tidak lagi dilanda banjir.

"Skop projek bina jambatan ini macam di negara Geneva. Hebatnya Kajang hari ini. Tahniah wakil rakyat Kajang yang berjaya mengangkat taraf Kajang ke tahap Geneva atau bandaraya di Eropah.

"Saya telah berikrar kepada ADUN Kajang, kita akan kembalikan Kajang sebagai bandaraya sejahtera dan makmur untuk rakyat Kajang.

"Walaupun wujud taburan hujan tertinggi tapi tak banjir di Kajang," ujarnya.

----- Original Message -----
From: -:rIeNaCoM:-
To:
Sent: Wednesday, March 14, 2018 10:29 PM
Subject: Fw: BESAR SANGATKAH ISU AIR?

BESAR SANGATKAH ISU AIR SAMPAI TIDAK BOLEH JAWAB ISU 1MDB ?

bloglist-malaysia.blogspot

wfauzdin

Dicatat oleh WFAUZDIN NS

APABILA Azmin tanya Najib di Parlimen tentang hutang dan 1MDB, Najib punya cerdik kata, " Isu air di Selangor lebih besar dari isu 1MDB".

Najib tidak tahukah rakyat Sgor sejak 2008 hingga kini dapat air percuma 20 meter padu? Najib tahu tak punca masalah air sekarang ini adalah di bwh pengurusan SPLASH sebuah syarikat yg dimiliki oleh orang Umno dan SPLASH bukan syarikat kerajaan negeri? Najib tahu tak, walaupun SPLASH bukan syarikat Kjaan negeri, tetapi kerajaan negeri berusaha dan mendesak agar masalah ini diselesaikan segera lebih awal dari yg dijadualkan kerana kjaan negeri prihatin kpd masalah rakyatnya? Najib tahu tak, walaupun berlaku sesekali masalah bekalan air di Sgor, rakyat tetap terus menerima air percuma setiap bulan? Najib sedar atau tidak, rakyat Pekan juga, bahkan di banyak daerah di Pahang, mereka dikenakan membayar bil air, tetapi kerap juga berlaku masalah air?

Apa beza isu air dengan 1MDB?

Masalah air hanya berlaku sesekali di dalam setahun di Sgor dan rakyat tetap menikmati bekalan air percuma apabila proses penyelenggaraan selesai dibuat. Rakyat tidak dipaksa bayar kos penyelenggaraan tersebut.

Isu 1MDB?

Hutang 1MDB dan kerugian syarikat ini kerana dirompak oleh lanun2 dan MO1, bukan ditanggung oleh rakyat Sgor saja, bahkan seluruh rakyat Malaysia dipaksa untuk menanggungnya termasuk rakyat di Parlimen Pekan. Seluruh rakyat Malaysia dipaksa membayar GST tidak kira rakyat miskin atau kaya.

Terlalu jauh umpama langit dan bumi perbandingan di antara isu air di Sgor dengan isu skandal 1MDB yg Najib perkatakan itu. Jangan ingat rakyat sebodoh ahli2 dan macai kamu yg mulut mereka telah dipenuhi dengan dedak.

Azmin Ali Dedah Pekung Najib Pulak
bloglist-malaysia.blogspot
addindeen.com
Posted by Din

Azmin Ali Dedah Pekung Najib Pulak. Selepas diserang perdana menteri di Parlimen semalam mengani kemelut air di Selangor lebih kritikal daripada hutang 1MDB, Datuk Seri Azmin Ali hari ini mendakwa Datuk Seri Najib Razak gagal menyelesaikan masalah banjir di Pekan, Pahang.

"Projek Jambatan Sungai Jelok, satu lagi kejayaan Selangor mengatasi masalah banjir di Kajang untuk jangka panjang berbanding masalah banjir di Pekan, Pahang sehingga hari ini gagal ditangani dengan bertanggungjawab.

Azmin Ali Dedah Pekung Najib Pulak. "Semalam, saya berang dalam Parlimen sebab soalan saya amat sopan kepada perdana menteri, saya tanya kepada kerajaan Malaysia tahun ini terpaksa belanjakan RM31 bilion semata-mata untuk bayar faedah hutang negara, maka saya tanya adakah kesan 1MDB, melompat mereka.

"Dia (Najib) boleh bangun tanpa segan silu menyatakan isu air di Selangor lebih parah daripada 1MDB. Memang benar isu air beri masalah kepada rakyat sebab tak ada air, tapi 4 hari sahaja, hutang 1MDB 4 generasi kena, hutang berjumlah RM42 bilion.

"Bekalan air terputus memang beban kepada rakyat, tapi jangan salahkan kerajaan negeri, yang rosak meletup adalah akibat kerja-kerja Splash (Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd) dan Splash bukan milik kerajaan negeri," katanya berucap pada Majlis Penyerahan Projek Menaik Aras Jambatan dan Projek Penstabilan Tebing Sungai Jelok di Kajang, hari ini..

Hadir sama Exco Selangor, Zaidy Abdul Talib dan Adun Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Azmin Ali Dedah Pekung Najib Pulak
Sidang Dewan Rakyat semalam kecoh apabila Najib membangkitkan kemelut air di Selangor ketika menjawab soalan Azmin (PKR-Gombak) jika hutang 1MDB memberi kesan kepada hutan negara.

"YB Gombak, kemelut air di Selangor lebih kritikal," kata Najib dengan senyuman semalam.

Sementara itu, Azmin menyifatkan tindakan kerajaan Barisan Nasional menyerang kerajaan Selangor sebagai tidak bertanggungjawab.

"Antara perkara yang diserang ialah hartanah dan rumah di Selangor mahal, rakyat tak dapat miliki. Kita nyata dan nak ulang sekali lagi, rumah mampu milik Selangorku 70% adalah nilai bawah RM200,000, hanya 30% nilai antara RM200,000 hingga RM250,000.

"Berbanding rumah PR1MA (Perumahan Rakyat 1Malaysia) RM400,000, kenapa ia tak diketengahkan?

"Saya nak ulang rumah mampu milik Selangor adalah rumah paling murah berbanding projek persekutuan atau negeri lain, walaupun hartanah mahal di Selangor, tapi kita berjaya pengaruhi pemaju besar supaya ambil tanggunjawab, jaga kepentingan rakyat."

Azmin Ali Dedah Pekung Najib Pulak
Pada 7 Mac lalu, Najib mendedahkan masalah bekalan air dan kos harga rumah tinggi antara 5 kelemahan besar gagal ditangani kerajaan pembangkang di Selangor.

Beliau berkata, kelemahan lain kerajaan negeri adalah mengenakan cukai membebankan rakyat negeri, pengurusan sampah lemah dan gagal menguruskan sungai dengan baik sehingga membawa peningkatan penyakit berjangkit. - free malaysia today

Najib negeri kamu Pahang pun isu air pun tak selesai.
bloglist-malaysia.blogspot
sisibukit.blogspot

Macam negeri Najib dan kawasan Pekan tiada masalah ketiadaan air.Najib dalam parlimen pun orang tanya lain dijawab lain.Kasihan Najib kawasan parlimen dia pun sampai sekarang masalah air tetap ada.Tak percaya pergi kawasan sekolah berasrama penuh di kawasan Parlimen Pekan,masalah air isu utama.

----- Original Message -----
From: -:rIeNaCoM:-
To:
Sent: Monday, March 12, 2018 11:31 PM
Subject: Fw: Rupanya Begini Tahap Pemikiran PM

Azmin maklomkan bahawa kawasan loji milik SPLASH bawah Kerajaan Pusat yang bermasalah
kedahlaniie.blogspot

Kerajaan Selangor tidak seharusnya dipersalahkan dalam masalah gangguan bekalan air yang berlaku di negeri itu, kata Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

"Kalau berani, salahkan perdana menteri," kata menteri besar Selangor itu kepada pemberita selepas majlis menandatangani perjanjian sempadan antara Selangor dan Pahang di Shah Alam, hari ini.

"Saya tidak ingin menuding jari kepada sesiapa tetapi bagi pihak kerajaan negeri, kita telah mengambil semua langkah proaktif bagi memastikan (masalah) tidak berlaku," katanya.

Beliau menjawab soalan sama ada kerajaan negeri patut dipersalahkan berhubung gangguan bekalan air di Kuala Lumpur dan enam kawasan di Selangor yang berlaku sejak Selasa lalu.

Beliau yang juga timbalan presiden PKR berkata, masalah yang berlaku di luar kuasa kerajaan negeri belum mengambil alih Syarikat Pengeluaran Air Sungai Selangor Sdn Bhd (Splash) daripada kerajaan pusat.

Gangguan bekalan air kali ini berpunca daripada kerja membaik pulih Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3) yang berada di bawah pengurusan Splash yang dilaksanakan awal minggu ini.

Namun Sistem Mampatan Udara (Surge Vessel System) di SSP3 pecah secara tiba-tiba pada Selasa lalu menyebabkan pengguna hanya akan mendapat bekalan air pada Ahad ini.

Rupanya Begini Tahap Pemikiran Seorang Perdana Menteri
bloglist-malaysia.blogspot
addindeen.com
Posted by Din

Rupanya Begini Tahap Pemikiran Seorang Perdana Menteri. Perdana Menteri Najib Razak hari ini enggan menjawab pertanyaan di Parlimen mengenai kesan hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terhadap ekonomi negara.

Sebaliknya, menteri kewangan itu mengalihkan perhatian kepada krisis air yang baru-baru ini melanda sebahagian besar Lembah Klang.

Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak) meminta Najib menjelaskan sama ada hutang 1MDB menyebabkan peningkatan bayaran faedah Malaysia berjumlah 12.5% ​​berbanding pendapatan negara pada 2016.

Rupanya Begini Tahap Pemikiran Seorang Perdana Menteri. "Masalah kemelut air di Selangor lebih kritikal," jawab Najib yang mula kecoh dengan tindakan beberapa anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) cuba mempertahankan beliau.

Ini mendorong Azmin, yang juga menteri besar Selangor, membantah jawapannya dan mempersoalkan mengapa Speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia membenarkan Najib (BN-Pekan) mengelak daripada menjawab soalan itu.

Rupanya Begini Tahap Pemikiran Seorang Perdana Menteri
"Kalau ahli BN yakin dengan perdana menteri, berilah peluang perdana menteri jawab," kata Azmin.

Abdul Azeez Rahim (BN-Baling) kemudian berkata, "Kami tidak yakin dengan Selangor. Mandi hari ini pun tak ada air." – the malaysian insight

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Mar 15, 2018 8:20 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Kenapa Pemimpin Islam BISU Isu 1MDB Dalam Dewan Rakyat ?
bloglist-malaysia.blogspot
bankami.blogspot


Itulah yang akan terjadi jika kita cuba menegak keadilan pada hari ini. Yang meminta untuk diambil tindakan, islam. Yang mempengerusikan juga, islam. Yang membisu isu rasuah, islam.

Yang diam membisu isu rasuah didalam dewan rakyat. Pasu bunga rakyat. Siapa agak2.

PRU14, pandai2lah korang memilih.

Sumber : MK

PAS: Macam mana nak terima kalau Maria tak mohon

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net

PAS berkata mereka terbuka terhadap sesiapa sahaja, termasuk bekas Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah, untuk menjadi calon Gagasan Sejahtera bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Bagaimanapun, kata timbalan presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Maria perlu memohon terlebih dahulu.

"Saya tidak terima permohonan daripada dia. Kita tengok permohonan dia (dulu). Macam mana kita nak terima kalau permohonan tidak ada.
"Kita bukan tengok (permohonan) Maria Chin sahaja, siapa-siapa sahaja sebab dalam Gagasan Sejahtera.

"Kita ada tiga komponen dalam (Gagasan Sejahtera), ada parti politik, NGO dan individu, dalam tiga itu ada hak untuk tentu masa depan negara," katanya.

Tuan Ibrahim berkata demikian ketika ditanya mengenai mengenai tawaran anggota Jawatankuasa Pusat PAS Mohd Suhaimi Embong kepada Maria untuk bertanding sebagai calon Gagasan Sejahtera.

Maria jawatan sebagai pengerusi BERSIH pada 6 Mac lalu atas alasan mahu bertanding mewakili kumpulan masyarakat sivil di Dewan Rakyat.

Beliau dalam perbincangan untuk bertanding menggunakan lambang HARAPAN.

Dalam sidang media di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur, Tuan Ibrahim berkata mereka terbuka menerima calon luar dengan syarat "jangan khianat rakyat" dengan melompat parti setelah menang.

Gagasan sejahtera juga, kata Tuan Ibrahim, menolak calon yang membawa "politik carca marba dan maki hamun".

"Sebab itu dalam Gagasan Sejahtera, kita kemukakan budaya politik matang, cari penyelesaian untuk masalah negara," katanya.

Suhaimi Dakwa Laporan Malaysiakini Menyeleweng

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
http://tranungkite.net

KUALA LUMPUR - Pengarah Jabatan Teknologi Maklumat PAS Pusat, Suhaimi Embong menafikan beliau menawarkan bekas Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah bertanding di bawah Gagasan Sejahtera dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14)

Menurutnya, kenyataan beliau telah dipetik secara menyeleweng dan terkeluar daripada maksud asal dan sebenar oleh portal berita Malaysiakini ketika beliau berucap dan kemudian ditanya oleh pihak wartawan.

"Saya tahu saya tiada hak untuk menawarkan sesiapa untuk menjadi calon (Bahkan saya bukan Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat seperti yang disiarkan)," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Portal berita itu melaporkan Suhaimi yang ditulis sebagai Ahli Jawatankuasa PAS Pusat menawarkan bekas pengerusi BERSIH untuk bertanding di bawah Gagasan Sejahtera, sebuah gabungan parti politik pimpinan PAS.

Suhaimi didakwa membuat tawaran itu selepas maklum Maria Chin dilaporkan berhadapan cabaran dalam mendapat kerusi daripada gabungan Pakatan Harapan.

Maria Chin secara rasmi meletakkan jawatan sebagai pengerusi BERSIH pada 6 Mac lalu dan sedang berbincang dengan Pakatan Harapan supaya menawarkan kerusi kepadanya.

Pengumuman Maria Chin untuk bertanding dibawah tiket Pakatan Harapan itu menimbulkan persoalan sama ada gerakan bebas BERSIH yang dipeloporinya selama ini sebenarnya boneka pembangkang untuk memburuk-burukkan kerajaan.

"Saya ingin merakamkan kekecewaan terhadap tahap pemberitaan yang tidak profesional yang diamalkan oleh pihak media yang terbabit. Semoga rakyat Malaysia terus dibekalkan berita yang benar dan tepat dan diselamatkan dari propaganda pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab," kata Suhaimi lagi. – MYNEWSHUB.CC

Fakta Pas Bebas Rasuah ?
bloglist-malaysia.blogspot
dialograkyat.blogspot
Dicatat oleh ELBI RISALAH
DETIK DAILY

Oleh: Abdul Muein Abadi

1. Bergegar dunia politik Malaysia apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Paul Low mengisytiharkan di Parlimen bahawa seramai 92 pemimpin parti politik telah disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) antara 2013-2017.

Fakta menunjukkan bahawa 71 orang daripadanya adalah dari Barisan Nasional (BN) manakala selebihnya 21 orang dari parti komponen Pakatan Harapan (PH).

Fakta ini cukup mengejutkan kerana Parti Islam Se-Malaysia (PAS) tidak disiasat sama sekali, sedangkan begitu banyak tuduhan dan dakwaan rasuah telah dilemparkan kepada PAS dan kerajaan negeri Kelantan.

2. Bagaimana sebenarnya prosedur siasatan SPRM?

Jika benar PAS bermasalah dan meragukan, mengapa SPRM tidak merekodkan sebanyak mungkin kes ke atas PAS Kelantan agar mudah BN merampas Kelantan pada pilihan raya umum ke-14 nanti?

Jika benar SPRM ialah 'alat BN', mengapa tidak direkodkan jumlah siasatan kes ke atas BN sebagai '0' sama seperti PAS? Mengapa tidak dinyatakan bahawa PH disiasat lebih daripada 100 orang agar musnah reputasi pakatan lawan?

3. Kesemua persoalan ini menjurus ke arah beberapa implikasi:

Pertama, SPRM masih memiliki autonomi tersendiri dan tidak terikat sepenuhnya kepada parti pemerintah dalam melakukan siasatan.

Kedua, SPRM berani mengemukakan fakta dan data secara jujur meskipun jelas laporannya tidak membantu reputasi BN menjelang PRU-14 nanti dengan 71 siasatan.

Ketiga, meskipun kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang mempunyai mekanisme semak dan imbang sendiri seperti SELCAT dan CAT, namun ia tidak sepenuhnya mampu mencegah persepsi rasuah hinggakan masih terdapat kes dilaporkan kepada SPRM.

Keempat, meskipun mekansime pengisytiharan harta dipelopori oleh PH, terutama sekali kerajaan negeri DAP Pulau Pinang, namun persepsi dan siasatan kes rasuah masih wujud.

Kelima, pemimpin PAS diiktiraf secara tidak langsung oleh SPRM dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Paul Low sebagai bebas rasuah.

4. Harus diingat, Parti Sosialis Malaysia (PSM) juga tidak disiasat namun berbeza dengan PSM, PAS ialah sebuah parti politik yang telah menguasai kerajaan negeri Kelantan sejak tahun 1990.

Malah, berbanding Parti DAP dan PKR yang baru menguasai Pulau Pinang dan Selangor pada tahun 2008, PAS lebih lama berkuasa di Kelantan iaitu selama hampir 28 tahun. Maka PAS jauh lebih berisiko untuk terdedah kepada rasuah, penyelewengan, mahupun penyalahgunaan kuasa.

Demikian juga dalam kes BN, disebabkan parti pemerintah ini menguasai sebahagian besar kerajaan negeri dan pusat, maka skala siasatan ke atas mereka juga tentulah besar di mana berbeza dengan PAS yang tidak memiliki tapak yang kukuh seperti BN di Sabah dan Sarawak misalnya. Maka penelitian yang lebih lanjut perlu dilakukan ke atas prosedur SPRM.

5. Orang awam boleh mengakses laman sesawang rasmi SPRM terutama sekali di seksyen 'Penguatkuasaan' yang tertera maklumat asas berikut: "Strategi penguatkuasaan merupakan salah satu daripada strategi serampang tiga mata SPRM berdasarkan kepada Seksyen 7 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan memainkan pelbagai peranan penting antaranya menjalankan siasatan, mengumpul maklumat, memberi khidmat bantuan forensik, memproses dan menguruskan maklumat serta mengendalikan kes-kes perbicaraan yang diletakkan di bawah portfolio Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi)".

6. Apakah komponen-komponen SPRM yang terlibat dalam siasatan ini? Hal ini boleh diakses dalam Sektor Operasi yang menghuraikan 4 bahagian teras utama SPRM:

• Jabatan Siasatan
• Jabatan Perisikan
• Bahagian Perundangan Dan Pendakwaan
• Bahagian Pengurusan Rekod Dan Teknologi Maklumat

7. Jabatan Siasatan memainkan "peranan yang terpenting dalam misi membanteras jenayah rasuah dengan mengendalikan tugas penyiasatan. Sebagaimana yang digambarkan oleh namanya, peranan Bahagian ini tertakluk kepada seksyen 7 subseksyen (a) dan (b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009".

8. Jabatan Perisikan berperanan sebagai pusat pengumpulan maklumat di mana "Pengumpulan maklumat di Bahagian Perisikan mencakupi pelbagai sumber dan menerusi pelbagai kaedah dan teknik terkini".

Bahagian Perundangan dan Pendakwaan pula "bertanggungjawab mengendalikan perbicaraan serta rayuan kes-kes rasuah dan penyalahgunaan kuasa di Mahkamah. Pendakwaan dilaksanakan secara adil dan memenuhi tahap pembuktian mengikut keperluan undang-undang.

Bahagian ini juga meneliti Kertas Siasatan yang dikemukakan oleh Bahagian Siasatan untuk keputusan dan tindakan lanjut serta memberi nasihat perundangan yang sewajarnya".

9. Bahagian Pengurusan Rekod & Teknologi Maklumat "bertanggungjawab untuk menerima dan memproses maklumat, mengendalikan dan mengurus dokumen-dokumen operasi/terperingkat, memproses permohonan tapisan keutuhan dan pelupusan dokumen, menyediakan perangkaan dan statistik berkaitan SPRM serta bertanggungjawab memberi khidmat bantuan teknikal dan khidmat nasihat kepada pengguna yang berkaitan dengan permasalahan sistem computer".

10. Proses Siasatan SPRM pula bermula apabila pihak pengadu menyalurkan aduan dan maklumat melalui Sistem Pengurusan Aduan (Complaints Management System CMS) yang merupakan platform bagi orang ramai menyalurkan maklumat berhubung kes rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Hanya pemberi maklumat yang dikenalpasti dan boleh dihubungi sahaja yang akan dimaklumkan status maklumat yang mereka kemukakan melalui sistem ini.

11. Proses seterusnya adalah di Sistem Tapisan Keutuhan (eSTK) yang berfungsi untuk menguruskan pelbagai permohonan tapisan keutuhan secara dalam talian (online) bagi membolehkan permohonan tapisan diurus dengan lebih cekap, cepat dan sistematik. Ianya diwujudkan untuk memudahkan dan mempercepatkan proses permohonan tapisan keutuhan kepada SPRM secara elektronik tanpa melibatkan penghantaran permohonan secara fizikal. Tapisan Keutuhan yang dilaksanakan ini adalah berdasarkan kepada Pekeliling Am Sulit 1/1985 melibatkan 5 jenis tapisan yang merangkumi Kenaikan Pangkat, Bersara Pilihan, Tapisan Am, Pengurniaan Pingat Persekutuan dan Pingat Negeri.

12. 'Panduan Memberi Maklumat yang Bekualiti' turut disertakan dalam laman sesawang rasmi SPRM agar setiap aduan yang dikemukakan boleh dipastikan benar-benar berasas. Enam aspek wajib yang perlu dikemukakan ialah: Bila kejadian berlaku (When), Di mana kesalahan dilakukan (Where), Siapa yang terlibat dan yang boleh membantu (Who), Apa kesalahan yang dilakukan (What), Kenapa kesalahan dilakukan (Why), dan akhirnya Bagaimana transaksi rasuah tersebut dilakukan (How).

13. SPRM menjelaskan bahawa mereka menerima maklumat dari pemberi maklumat yang tidak dikenali, tetapi mestilah disertakan alamat atau maklumat perhubungan. SPRM tidak dapat bertindak ke atas banyak maklumat yang tiada maklumat perhubungan. Pemberi maklumat akan dilindungi mengikut Akta SPRM 2009 dan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010.

Maklumat akan melalui proses saringan bagi mengenalpasti sama ada Maklumat yang dikemukakan adalah berunsur rasuah atau tidak, Maklumat tersebut boleh diambil tindakan atau tidak, dan seterusnya adakah Orang yang ditohmah boleh dikesan / dikenalpasti atau tidak.

14. Kemudiannya, selepas proses saringan, maklumat yang memenuhi kriteria yang ditetapkan dan di bawah bidang kuasa SPRM akan dibentangkan di dalam Jawatankuasa Menilai Maklumat (JMM) bagi menentukan tindakan lanjut. JMM yang diadakan setiap hari dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi SPRM dan dianggotai oleh Pengarah-pengarah Bahagian tertentu. Sekiranya disahkan bahawa terdapat unsur rasuah, maka Bahagian Perundangan/Pendakwaan/Jabatan Peguam Negara akan mengambil tindakan.

15, Ringkasnya, proses aduan kepada SPRM bukanlah proses yang boleh dimanipulasi dan setiap kes serta siasatan yang dijalankan pastilah merupakan hasil daripada maklumat yang mempunyai asas yang kukuh.

Fakta PAS Sebagai Parti Bebas Rasuah - Satu Analisis

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net

FAKTA PAS BEBAS RASUAH?
1. Bergegar dunia politik Malaysia apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Paul Low mengisytiharkan di Parlimen bahawa seramai 92 pemimpin parti politik telah disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) antara 2013-2017. Fakta menunjukkan bahawa 71 orang daripadanya adalah dari Barisan Nasional (BN) manakala selebihnya 21 orang dari parti komponen Pakatan Harapan (PH). Fakta ini cukup mengejutkan kerana Parti Islam Se-Malaysia (PAS) tidak disiasat sama sekali, sedangkan begitu banyak tuduhan dan dakwaan rasuah telah dilemparkan kepada PAS dan kerajaan negeri Kelantan.

2. Bagaimana sebenarnya prosedur siasatan SPRM? Jika benar PAS bermasalah dan meragukan, mengapa SPRM tidak merekodkan sebanyak mungkin kes ke atas PAS Kelantan agar mudah BN merampas Kelantan pada pilihan raya umum ke-14 nanti? Jika benar SPRM ialah 'alat BN', mengapa tidak direkodkan jumlah siasatan kes ke atas BN sebagai '0' sama seperti PAS? Mengapa tidak dinyatakan bahawa PH disiasat lebih daripada 100 orang agar musnah reputasi pakatan lawan?
3. Kesemua persoalan ini menjurus ke arah beberapa implikasi : pertama, SPRM masih memiliki autonomi tersendiri dan tidak terikat sepenuhnya kepada parti pemerintah dalam melakukan siasatan. Kedua, SPRM berani mengemukakan fakta dan data secara jujur meskipun jelas laporannya tidak membantu reputasi BN menjelang PRU-14 nanti dengan 71 siasatan. Ketiga, meskipun kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang mempunyai mekanisme semak dan imbang sendiri seperti SELCAT dan CAT, namun ia tidak sepenuhnya mampu mencegah persepsi rasuah hinggakan masih terdapat kes dilaporkan kepada SPRM. Keempat, meskipun mekansime pengisytiharan harta dipelopori oleh PH, terutama sekali kerajaan negeri DAP Pulau Pinang, namun persepsi dan siasatan kes rasuah masih wujud. Kelima, pemimpin PAS diiktiraf secara tidak langsung oleh SPRM dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Paul Low sebagai bebas rasuah.
4. Harus diingat, Parti Sosialis Malaysia (PSM) juga tidak disiasat namun berbeza dengan PSM, PAS ialah sebuah parti politik yang telah menguasai kerajaan negeri Kelantan sejak tahun 1990. Malah, berbanding Parti DAP dan PKR yang baru menguasai Pulau Pinang dan Selangor pada tahun 2008, PAS lebih lama berkuasa di Kelantan iaitu selama hampir 28 tahun. Maka PAS jauh lebih berisiko untuk terdedah kepada rasuah, penyelewengan, mahupun penyalahgunaan kuasa. Demikian juga dalam kes BN, disebabkan parti pemerintah ini menguasai sebahagian besar kerajaan negeri dan pusat, maka skala siasatan ke atas mereka juga tentulah besar di mana berbeza dengan PAS yang tidak memiliki tapak yang kukuh seperti BN di Sabah dan Sarawak misalnya. Maka penelitian yang lebih lanjut perlu dilakukan ke atas prosedur SPRM.
5. Orang awam boleh mengakses laman sesawang rasmi SPRM terutama sekali di seksyen 'Penguatkuasaan' yang tertera maklumat asas berikut : "Strategi penguatkuasaan merupakan salah satu daripada strategi serampang tiga mata SPRM berdasarkan kepada Seksyen 7 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan memainkan pelbagai peranan penting antaranya menjalankan siasatan, mengumpul maklumat, memberi khidmat bantuan forensik, memproses dan menguruskan maklumat serta mengendalikan kes-kes perbicaraan yang diletakkan di bawah portfolio Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi)".
6. Apakah komponen-komponen SPRM yang terlibat dalam siasatan ini? Hal ini boleh diakses dalam Sektor Operasi yang menghuraikan 4 bahagian teras utama SPRM:
• Jabatan Siasatan
• Jabatan Perisikan
• Bahagian Perundangan Dan Pendakwaan
• Bahagian Pengurusan Rekod Dan Teknologi Maklumat
7. Jabatan Siasatan memainkan "peranan yang terpenting dalam misi membanteras jenayah rasuah dengan mengendalikan tugas penyiasatan. Sebagaimana yang digambarkan oleh namanya, peranan Bahagian ini tertakluk kepada seksyen 7 subseksyen (a) dan (b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009".
8. Jabatan Perisikan berperanan sebagai pusat pengumpulan maklumat di mana "Pengumpulan maklumat di Bahagian Perisikan mencakupi pelbagai sumber dan menerusi pelbagai kaedah dan teknik terkini". Bahagian Perundangan dan Pendakwaan pula "bertanggungjawab mengendalikan perbicaraan serta rayuan kes-kes rasuah dan penyalahgunaan kuasa di Mahkamah. Pendakwaan dilaksanakan secara adil dan memenuhi tahap pembuktian mengikut keperluan undang-undang. Bahagian ini juga meneliti Kertas Siasatan yang dikemukakan oleh Bahagian Siasatan untuk keputusan dan tindakan lanjut serta memberi nasihat perundangan yang sewajarnya".
9. Bahagian Pengurusan Rekod & Teknologi Maklumat "bertanggungjawab untuk menerima dan memproses maklumat, mengendalikan dan mengurus dokumen-dokumen operasi/terperingkat, memproses permohonan tapisan keutuhan dan pelupusan dokumen, menyediakan perangkaan dan statistik berkaitan SPRM serta bertanggungjawab memberi khidmat bantuan teknikal dan khidmat nasihat kepada pengguna yang berkaitan dengan permasalahan sistem computer".
10. Proses Siasatan SPRM pula bermula apabila pihak pengadu menyalurkan aduan dan maklumat melalui Sistem Pengurusan Aduan (Complaints Management System CMS) yang merupakan platform bagi orang ramai menyalurkan maklumat berhubung kes rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Hanya pemberi maklumat yang dikenalpasti dan boleh dihubungi sahaja yang akan dimaklumkan status maklumat yang mereka kemukakan melalui sistem ini.
11. Proses seterusnya adalah di Sistem Tapisan Keutuhan (eSTK) yang berfungsi untuk menguruskan pelbagai permohonan tapisan keutuhan secara dalam talian (online) bagi membolehkan permohonan tapisan diurus dengan lebih cekap, cepat dan sistematik. Ianya diwujudkan untuk memudahkan dan mempercepatkan proses permohonan tapisan keutuhan kepada SPRM secara elektronik tanpa melibatkan penghantaran permohonan secara fizikal. Tapisan Keutuhan yang dilaksanakan ini adalah berdasarkan kepada Pekeliling Am Sulit 1/1985 melibatkan 5 jenis tapisan yang merangkumi Kenaikan Pangkat, Bersara Pilihan, Tapisan Am, Pengurniaan Pingat Persekutuan dan Pingat Negeri.
12. 'Panduan Memberi Maklumat yang Bekualiti' turut disertakan dalam laman sesawang rasmi SPRM agar setiap aduan yang dikemukakan boleh dipastikan benar-benar berasas. Enam aspek wajib yang perlu dikemukakan ialah: Bila kejadian berlaku (When), Di mana kesalahan dilakukan (Where), Siapa yang terlibat dan yang boleh membantu (Who), Apa kesalahan yang dilakukan (What), Kenapa kesalahan dilakukan (Why), dan akhirnya Bagaimana transaksi rasuah tersebut dilakukan (How).
13. SPRM menjelaskan bahawa mereka menerima maklumat dari pemberi maklumat yang tidak dikenali, tetapi mestilah disertakan alamat atau maklumat perhubungan. SPRM tidak dapat bertindak ke atas banyak maklumat yang tiada maklumat perhubungan. Pemberi maklumat akan dilindungi mengikut Akta SPRM 2009 dan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010. Maklumat akan melalui proses saringan bagi mengenalpasti sama ada Maklumat yang dikemukakan adalah berunsur rasuah atau tidak, Maklumat tersebut boleh diambil tindakan atau tidak, dan seterusnya adakah Orang yang ditohmah boleh dikesan / dikenalpasti atau tidak.
14. Kemudiannya, selepas proses saringan, maklumat yang memenuhi kriteria yang ditetapkan dan di bawah bidang kuasa SPRM akan dibentangkan di dalam Jawatankuasa Menilai Maklumat (JMM) bagi menentukan tindakan lanjut. JMM yang diadakan setiap hari dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi SPRM dan dianggotai oleh Pengarah-pengarah Bahagian tertentu. Sekiranya disahkan bahawa terdapat unsur rasuah, maka Bahagian Perundangan/Pendakwaan/Jabatan Peguam Negara akan mengambil tindakan.
15, Ringkasnya, proses aduan kepada SPRM bukanlah proses yang boleh dimanipulasi dan setiap kes serta siasatan yang dijalankan pastilah merupakan hasil daripada maklumat yang mempunyai asas yang kukuh.

Abdul Muein Abadi
Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

----- Original Message -----
From: -:rIeNaCoM:-
To:
Sent: Monday, March 12, 2018 11:35 PM
Subject: Fw: umoq pencen 100 tahun, tawar kerusi untuk bertanding,

PAS tawar Maria Chin kerusi untuk bertanding

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net

Pengarah Jabatan IT PAS Pusat Mohd Suhaimi Embong menawarkan bekas pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah untuk bertanding di bawah Gagasan Sejahtera, sebuah gabungan parti politik pimpinan PAS.

Mohd Suhaimi membuat tawaran itu selepas maklum Maria berhadapan cabaran dalam mendapat kerusi daripada gabungan Pakatan Harapan (HARAPAN).

"HARAPAN berdolak-dalik...tapi bagi Gagasan Sejahtera, kami akan benarkan beliau bertanding," kata beliau pada suatu majlis PAS di Lembah Pantai, Kuala Lumpur hari ini.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Mohd Suhaimi berkata PAS bersedia berbincang syarat-syaratnya dengan Maria jika beliau mahu bertanding di bawah Gagasan Sejahtera.

"Kami akan tawarkan kerusi kepada NGO lain...PAS terbuka, PAS selalu terbuka," kata beliau.

Mohd Suhaimi juga berkata PAS turut bersedia menawarkan sebuah kerusi kepada bekas menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yang dipecat daripada PKR.

Maria secara rasmi meletakkan jawatan sebagai pengerusi BERSIH pada 6 Mac lalu.

Beliau mahu bertanding kerusi parlimen supaya dapat menjadi wakil masyarakat sivil di Dewan Rakyat.

Maria tidak berhasrat menyertai mana-mana parti politik tetapi sedang berbincang dengan HARAPAN agar menawarkan kerusi kepadanya.

Namun, PKR menekankan agar beliau menyertai parti itu terlebih dahulu tetapi membayangkan mereka bersedia berbincang walau pun beliau enggan menyertai parti.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Mar 15, 2018 8:20 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



'Panama Dance' Haram Kerana Bercampur Lelaki Dan Perempuan Bukan Mahram - Mufti Negeri Sembilan
siakapkeli.my

13 Mac - Baru-baru telah tular di laman sosial satu tarian yang dinamakan Tarian Panama atau Panama Dance. Lagu Panama yang dinyanyikan oleh Mateo berjaya mencuri hati pendengar di Malaysia dan menjadikan Panama Dance sebagai satu aktiviti yang kian tular.

Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad berkata, Tarian Panama atau Panama Dance menjadi kegilaan masyarakat hari ini haram dilakukan kerana membabitkan percampuran lelaki dan perempuan bukan mahram.

"Mungkin ada sesetengah itu hendak menggunakannya sebagai rujukan melakukan senam robik di dalam bilik mereka, bagaimanapun masih tidak menghalalkan kita untuk menyebarkan secara terbuka wanita menutup aurat berjoget sebegitu.

"Mereka yang hendak buat tarian itu janganlah dirakam, dimuat naik dan jangan dikongsi ke media sosial. Jangan biarkan bukan mahram melihat susuk tubuh anda berlenggang-lenggok sedemikian rupa.

"Jaga maruah dan jaga aib anda sebagai seorang muslimah," katanya ketika dihubungi Utusan Online bagi mengulas isu Tarian Panama yang tular di laman sosial ketika ini.

Tarian ini bukan sahaja menjadi aktiviti kepada individu malah telah menular sehingga ke agensi dan jabatan kerajaan serta syarikat swasta yang seolah-oleh berlumba-lumba menunjukkan kehebatan masing-masing.

Sementara itu, Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman menasihati orang ramai agar tidak terikut-ikut dengan trend terkini itu.

Katanya, orang ramai jangan bersikap terlalu liberal dalam sesuatu perkara dan hendaklah sentiasa mengikut sunnah Rasulullah SAW.

"Kita lihat mereka yang muat naik video itu, kapsyen mereka pastinya seperti mengajak mereka membuat tarian sama iaitu bercampur lelaki dan perempuan.

"Kalau kita buat benda haram, jangan mengajak orang lain buat benda yang sama. Biarlah buat trend yang sama-sama dapat pahala, Islam itu mudah tetapi jangan bermudah-mudahkan," katanya - Siakapkeli.my

Erkk… PPIM Juga Sudah Macam Ah Long?
bloglist-malaysia.blogspot
ekeleh.com

Empat bekas kakitangan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendedahkan modus operandi yang didakwa digunakan oleh persatuan itu untuk menjana keuntungan hasil pembayaran pinjaman ah long.

Wakil kumpulan itu, Syed Alwi Al Hadad Syed Mustaffa mendakwa, PPIM menggunakan kaedah menetapkan jumlah pinjaman terlebih dahulu dengan ah long namun mengenakan pembayaran lebih tinggi kepada pengadu atau mangsa ah long.

Beliau menjelaskan bagaimana kes seorang wanita sebelum ini yang perlu membayar RM350,000 dan caj pentadbiran RM35,000 namun jumlah yang ditetapkan dengan ah long hanya RM160,000.

Padahal katanya, pengadu itu telah membuat pembayaran RM260,000 melibatkan seramai 64 ah long.

"Rupanya ada keuntungan dalam diam yang diambil daripada mangsa ah long.

"Saya lihat sendiri fail sulit di atas meja dan di depan saya. Inikah dinamakan perjuangan untuk membantu mangsa ah long? Ini zalim dan lagi menindas.
"Saya nasihat Iman Azmi (adik Yusuf Azmi) secara tutup dan bukan depan kakitangan untuk membetulkan keadaan ini namun enggan memulangkan baki pembayaran itu," katanya yang sebelum ini merupakan Pegawai Penyiasatan Unit Tindakan Khas PPIM.

Beliau bersama tiga kakitangan yang lain iaitu Muhammad Fadhrul Yusoff, Mohd. Aliff Muhammad Iberahim dan Sairil Tuah hadir pada sidang media untuk membersih nama selepas Pengarah UTK PPIM, Yusuf Azmi membuat laporan ke atas mereka pada Isnin lalu.

Dalam laporannya itu, individu-individu terbabit didakwa telah mencuri dokumen-dokumen penting berkaitan ah long dan peribadi di syarikat konsultan PPIM yang diketuai Yusuf dengan cara menceroboh pejabat tersebut.

Yusuf turut mendakwa menjadi mangsa fitnah empat orang kakitangannya yang dikatakan mempunyai niat jahat untuk menjatuhkan imej dan maruahnya di mata masyarakat.

Mengulas lanjut, Syed Alwi Al Hadad menjelaskan mereka tidak pernah membawa lari fail-fail pengadu sebaliknya fail tersebut masih ada di pejabat PPIM.

Beliau berkata, mereka hanya mengambil salinan bukti-bukti transaksi bank yang telah diserahkan kepada polis selepas laporan dibuat oleh wanita itu.

"Yusuf pernah dakwa kata pernah tolong saya masa mula kerja di PPIM untuk urusan perpindahan keluarga saya dari Perlis ke Kuala Lumpur dan beri deposit masuk rumah di sini dengan anggaran berjumlah RM25,000.

"Saya tidak nafikan Yusuf pernah tolong saya namun jumlahnya tidaklah sampai RM25,000.

"Tapi apa pun nilai pertolongannya ia bukanlah harga diri saya untuk bersubahat untuk menindaskan mangsa ah long," katanya yang menyertai PPIM sejak dua bulan lalu.

Sementara itu, Muhammad Fadhrul mengakui dia pernah mengeluarkan resit biasa berjumlah RM1,000 namun mangsa ah long membayar RM10,000 untuk pembayaran pinjaman kepada ah long.

Malah dia memberitahu telah membuat laporan kerana menerima ancaman dan ugutan selepas kes wanita itu terbongkar

"Lapan bulan saya kerja dengan Yusuf dan saya ada bukti keuntungan hasil daripada bayaran pinjaman along.

"Saya yang locked along untuk bayar berapa jumlah pinjaman tetapi tidak dibayar sepenuhnya. Ada kes saya locked tiada pinjaman dibayar kepada ah long namun pengadu tetap didesak untuk bayar dan tidak termasuk caj pentadbiran. Saya sedia beri kerjasama kepada pihak polis kerana yakin tidak melakukan apa-apa kesalahan.

"Namun kes ini tiada kaitan dengan Datuk Nadzim Johan (Ketua Aktivis) dan PPIM Keramat," katanya.

Minggu lalu, seorang wanita menuntut PPIM membayar semula wang pinjaman ah long yang dibuat kepada persatuan itu berjumlah RM160,000.

Wanita berkenaan yang bekerja di sektor swasta mendakwa, sejak Disember tahun lalu dia sudah membuat empat pembayaran sebanyak RM250,000 kepada PPIM yang menjadi orang tengah mengendalikan urusan pinjaman kepada ah long.

Bagaimanapun, pekerja sektor swasta itu mendakwa dia mula berasa musykil sejak Januari lalu selepas sukar mendapat resit pembayaran daripada PPIM.

Hasil siasatannya, dia menemui bukti transaksi PPIM kepada ah long hanya baru RM90,000.

PPIM dalam satu kenyataan menjelaskan kes aduan wanita yang mendakwa persatuan tidak telus menguruskan bayaran pinjamannya kepada ah long di bawah kendalian Risk Group Consultancy.

Jelasnya, konsultan itu diuruskan oleh Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM, Yusuf Azmi.

"Dah La Lawan Arus, Langgar Pulak Kereta Orang," Pemandu Kereta Mercedes Didakwa Lawan Arus Hingga Jalan Jadi Sesak
siakapkeli.my

10 Mac - Semalam telah tular satu video yang mana sebuah kereta model Mercedes telah memandu melawan arus sehingga menyebabkan jalan menjadi sesak apabila pemandu terbabit tidak mahu mengalah walaupun menyedari dia sedang melawan arus.

Video yang sempat dirakam beberapa orang pelanggan yang sedang makan di sebuah kafe berdekatan menunjukkan pemandu terbabit sengaja memandu melawan arus dan tidak mahu mengalah walaupun telah dinasihatkan supaya berundur.

Menurut perakam video tersebut, jalan itu adalah jalan sehala. Namun pemandu berkenaan tetap berdegil dan tetap ingin bergerak ke hadapan dan menyalakan lampu tinggi beberapa kali.

"Sekarang sebuah kereta memandu melawan arus yang mana jalan ini sebenarnya jalan sehala. Nampak tak?" kata wanita yang merakam video tersebut sambil menunjuk beberapa buah kereta di belakang Perodua Bezza.

Pemandu Bezza tidak dapat berbuat demikian kerana di belakangnya ada banyak kereta dan mereka berada di laluan yang betul.

Berang dengan keadaan itu, pemandu Mercedes itu kemudian bertindak melanggar kereta Bezza itu sebanyak dua kali menyebabkan bampar depan kereta mangsa mengalami kerosakan.

Orang ramai meminta pemandu mangsa tidak tunduk kepada tindakan tidak bertanggungjawab pemandu Mercedes berkenaan dan menasihatkannya membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Sementara itu dalam kenyataan pemandu Bezza, Insanull Adam, berkata, kejadian itu berlaku pada jam 10.57 malam dan laporan polis telah dibuat.

"Terima kasih kepada semua. Saya pemandu kereta Bezza putih. Laporan polis telah pun dibuat dan kes masih di bawah siasatan polis.

"Kejadian berlaku pada jam 10.57 malam, kereta itu telah masuk ke jalan sehala (melawan arus). Tiada pergaduhan dan pertengkaran.

"Semasa kejadian, ramai pelanggan D.U Cafe yang membantu saya dari semua aspek. Terima kasih. I can see a good movement of society," katanya..

Video: Cili Potong

Siakapkeli.my

"Bumbung Bergegar, Ingatkan Angin, Tiba-Tiba Orang Jerit Suruh Selamatkan Diri," 3 Pendaki Kongsi Detik Cemas Gempa Di Laban Rata

siakapkeli.my

9 Mac - "Panik, cemas, takut dan macam-macam lagi bermain dalam fikiran sebaik gegaran pertama akibat gempa bumi.

"Saya dan rakan tidak henti-henti berdoa agar semuanya kembali tenang," kata Nur Nadia Fariha Madon Mashaid, 24, menceritakan detik selepas gempa bumi bermagnitud 5.2 berpusat di Ranau, 9.06 malam tadi.

Nur Nadia Fariha yang pertama kali mendaki Gunung Kinabalu berkata, ia adalah pengalaman sulung berdepan detik cemas seperti itu, lapor Harian Metro

"Ibu sempat hubungi ketika berada di kawasan lapang Laban Rata untuk bertanya keadaan saya. Syukur, semuanya selamat," katanya ketika ditemui di Pondok Timpohon di Taman Kinabalu selepas dibawa turun dari Laban Rata, hari ini.

Nur Nadia ialah antara 130 pendaki dibawa turun oleh pasukan penyelamat dan tiba secara berperingkat di Pondok Timpohon dari 1.30 hingga 4.30 pagi tadi.

Rakannya, Maslina Romli, 29, berkata, beliau terbayang tragedi gempa bumi di Gunung Kinabalu tiga tahun lalu.

"Pada mulanya, bumbung (bangunan penginapan) bergegar. Saya ingatkan angin kuat tetapi selepas itu, katil turut bergegar sebelum pekikan meminta penghuni di bangunan penginapan keluar menyelamatkan diri kerana gempa bumi.

"Saya terus berlari keluar bersama dua rakan ke kawasan lapang berhampiran penginapan," katanya yang berasal dari Perlis.

Ketika kejadian, Maslina berkata, beliau sedang berehat bersama Nur Nadia dan seorang lagi rakan dikenali sebagai Devagi, 26, di penginapan Laban Rata..

"Sebaik diminta keluar dari bangunan penginapan, kami mengambil peralatan penting lalu keluar ke kawasan lapang. Ketika itu, beberapa gegaran dapat dirasai, selain terdengar dentuman kuat dipercayai runtuhan batu," katanya.

Sementara itu, Devagi berkata, walaupun kecewa tidak dapat mendaki hingga ke puncak gunung, beliau bersyukur selamat tiba di Pondok Timpohon.

"Kami bertiga bersemangat mendaki Gunung Kinabalu. Ini pertama kali saya bersama rakan mendakinya. Walaupun sedih tidak sampai ke puncak, keselamatan lebih penting," katanya.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: