Saturday, March 3, 2018

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4904

8 Messages

Digest #4904

Messages

Sat Mar 3, 2018 7:09 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Adakah Azeez akan ditahan SPRM, digari dan dipakaikan baju jingga?
MALAYSIADATELINE
kedahlaniie.blogspot

Seakan cahaya di hujung terowong, begitulah kiranya reaksi kita apabila nama Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim muncul secara tiba-tiba di tengah siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang yang sedang dalam fasa kajian.

Pada 27 Feb, kontraktor projek terowong terbabit Konsortium Zenith Construction Sdn Bhd dilaporkan telah mengeluarkan surat tuntutan kepada Azeez dan seorang lagi, ekoran kegagalan menjalankan khidmat rundingan pengurusan risiko dan pematuhan peraturan bagi pembinaan terowong sepanjang 7.2km terbabit.

Azeez dan ahli perniagaan tersebut dituntut membayar RM3 juta dan RM19 juta masing-masing.

Menurut laporan Malaysiakini, surat tuntutan tersebut telah dikeluarkan terhadap kedua-dua individu pada 24 Februari.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika ini masih menjalankan siasatan besar-besaran terhadap projek terowong yang menghubungkan pulau tersebut dengan Seberang Perai.

SPRM turut telah menyiasat menyoal 70 individu termasuk menahan dua pegawai eksekutif Zenith bagi membantu siasatan; selain Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy dan Exco Kerajaan Negeri, Lim Hock Seng.

Namun kini apabila nama Azeez muncul dalam radar siasatan SPRM, pemimpin Barisan Nasional negeri termasuk Pengerusi BN Negeri, Teng Chang Yeow dan Adun Pulau Betong, Farid Saad, dilaporkan enggan mengulas perkara terbabit.

Dalam reaksi terhadap isu terbabit, Azeez mendakwa bahawa beliau langsung tidak pernah menerima bayaran tersebut, malah tidak pernah bertemu dengan CEO Zenith, Datuk Zarul Ahmad Zulkifli.

kerajaan negeri tidak tahu

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng semalam menyatakan rasa terperanjat berikutan dakwaan pembayaran tersebut.

"Kami terkejut membaca tentang RM22 juta dibayar kepada dua orang- RM19 juta kepada seorang ahli perniagaan dan RM3 juta kepada seseorang yang kami kenal tapi bukan kawan kami, Ahli Parlimen Baling BN Abdul Azeez Rahim.

"Kami tak tahu tentang ini. Kami meminta Zenith untuk jelaskan. Kami akan tunggu penjelasannya," katanya dalam sidang media.

Persoalan kini timbul, adakah SPRM akan memberkas Azeez, memakaikan pakaian lokap berwarna jingga, menggari tangannya dan membawanya ke mahkamah untuk permohonan reman sebagaimana yang telah dilakukan terhadap CEO Zenith?

TKM II Pulau Pinang, P Ramasamy berkata bahawa beliau terperanjat mengetahui bahawa syarikat itu telah membayar ahli politik Umno itu.

"Kedua-dua ahli politik Umno dan ahli perniagaan ini mesti menjelaskan kenapa mereka menerima bayaran untuk projek tersebut," ujar beliau kepada Malaysiakini.

"Memandangkan perkara ini sudah terdedah, SPRM mesti menyoal individu yang telah menerima bayaran ini," tegasnya. – Roketkini.com

Rampasan kapal mewah: Lucu bila menteri BN bela Jho Low
kedahlaniie.blogspot

Tindakan menteri komunikasi dan multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak membidas pembangkang kerana menguar-uarkan tindakan polis Indonesia menyita kapal layar mewah milik ahli perniagaan kontroversi Low Taek Jho atau Jho Low dianggap sebagai 'melucukan'.

Apatah lagi apabila Salleh mendakwa pihak pembangkang menggunakan "dakwaan tidak disahkan dan terbukti" yang kapal layar mewah itu, Equanimity dimiliki Jho Low dan dibeli dengan dana 1MDB.

"Saya rasa amat lucu apabila membaca kenyataan seorang menteri Umno yang juga pimpinan tertinggi parti itu yang mendakwa tiada bukti kapal layar mewah yang disita dan dirampas oleh pihak berkuasa Indonesia adalah milik Jho Low," kata ahli parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin.

"Jika nak bela seseorang pun YB, berpada-padalah. Janganlah sampai jadi bahan lawak YB," ujarnya sinis.

Hanipa berkata, jikapun dakwaan Salleh itu betul, mengapa Jho Low enggan keluar dari persembunyian dan menafikan secara jelas yang kapal layar mewah berharga US$250 juta dan dibeli dengan wang 1MDB itu bukan milik beliau?

"Kenapa YB (Salleh) pula yang sibuk nak jadi 'spokeperson' (jurucakap) Jho Low?" soal Hanipa.

Hanipa sebaliknya menyarankan Salleh agar menasihati Jho Low supaya keluar dari persembunyian dan menafikan kapal layar mewah itu adalah milik beliau seterusnya mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang mengaitkan beliau dengan kapal layar mewah yang didaftar di Pulau Cayman itu.

Malah tambah Hanipa, kenyataan Salleh seolah-olah menganggap pihak yang merampas kapal Equanimity di Bali itu sebagai tidak tahu apa-apa, sedangkan menurut Pengarah Jenayah Ekonomi dan Jenayah Khas Indonesia, Agung Setya, rampasan itu dibuat setelah mendapat perintah mahkamah negara itu.

"Bila dapat perintah Mahkamah, logiknya ada permohonan telah dibuat terlebih dahulu. Dan logiknya juga telah dikemukakan juga bukti pemilikan kapal itu dengan Jho Low dan kaitan kapal itu dan Jho Low sekali dengan 1MDB dan seterusnya kaitan 1MDB, Jho Low dan kapal itu dengan saman DoJ (Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat).

"Nampak tak YB? Itulah mekanisme proses perundangan di mahkamah di seluruh dunia YB sebelum seorang hakim itu keluarkan perintah benarkan kapal itu dirampas. Jika kita tak cerdik, jangan ingat orang lain pun tak cerdik juga," bidas Hanipa.

Sehubungan itu Hanipa menyarankan Salleh agar menasihati kerajaan supaya mencabar dakwaan dalam saman DoJ di mahkamah Amerika Syarikat bagi membatalkan saman itu.

"Bila saman dibatalkan habislah cerita 1MDB di US itu. Itu caranya YB," kata Hanipa.

Beliau juga menasihati Salleh dan kerajaan BN agar mencontohi model Australia, Miranda Kerr yang pernah berhibur di atas kapal mewah itu dan dihadiahkan barang kemas oleh Jho Low tetapi memulangkan kembali hadiah mewah tersebut apabila mendapat tahu ia dibeli dengan wang 1MDB yang diselewengkan.

"Jika tak mahu buat semua itu, lebih baik kunci mulut kamu YB.

"Begitu juga (pihak) yang sebelum ini puas hati dengan penerangan 1MDB dalam masa 2 jam pun tak perlu lah nak tumpang sekaki mengomen isu ini," katanya mengulas sinis pendirian Pas mengenai 1MDB.

1MDB sedang disiasat di sekurang-kurangnya 6 negara, termasuk AS, Switzerland dan Singapura atas dakwaan pengubahan wang.

Sebanyak US$4.5 bilion (RM17.6 bilion) diseleweng daripada 1MDB oleh pegawai berpangkat tinggi dana itu dan sekutu mereka, menurut saman sivil difailkan DoJ sejak 2 tahun lalu.

Reuters melaporkan polis Indonesia menyita Equanimity di Bali susulan surat daripada Biro Penyiasatan Persekutuan AS (FBI) yang diterima pada 21 Februari lalu.

Mereka turut menyoal siasat kapten dan kru kapal layar mewah itu, atas permintaan pihak berkuasa AS yang sedang menyiasat dakwaan pengubahan wang dana dikaitkan dengan 1MDB.

Ogos lalu, DoJ meminta penangguhan saman sivilnya bagi merampas aset lebih US$1.7 bilion yang didakwa dibeli dengan dana dicuri daripada 1MDB kerana sedang menjalankan siasatan jenayah ke atas 1MDB.

Antara aset dikehendaki adalah sebuah kapal layar mewah bernilai AS$250 juta yang dibeli pembiaya Malaysia, Jho Low yang dinamakan sebagai orang penting dalam saman AS itu.

Menurut saman itu, Jho Low menggunakan wang diseleweng daripada 1MDB untuk membeli Equanimity, kapal layar sepanjang 91m yang didaftarkan di Kepulauan Cayman.

RAMPASAN KAPAL MEWAH JHO LOW : MARUAH NEGARA SEMAKIN TERDEDAH, PEMIMPIN NEGARA TIDAK RASA BERSALAH
kedahlaniie.blogspot.

1. Tindakan kerajaan Indonesia merampas kapal layar mewah di Bali milik hartawan kontroversi Low Taek Jho @ Jho Low yang didakwa diperoleh menggunakan wang 1MDB begitu menggemparkan dan memalukan negara. Media Indonesia melaporkan operasi merampas kapal bernama The Equanimity yang dibina dan diselenggarakan dengan menggunakan lebih daripada AS$250 juta daripada dana 1MDB adalah hasil kerjasama polis Indonesia dan Biro Siasatan Persekutuan (FBI), AS.

2. Isu 1MDB bagi Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat sudah menjadi isu global dengan negara Indonesia termasuk antara antara negara yang melancarkan 'serangan' dan buruan ke atas semua yang berkaitan dengan 1MDB. Indonesia, walaupun jiran dan saudara serumpun dengan Malaysia, bertindak tegas tanpa kompromi terhadap kapal itu. Timbalan Pengarah Jenayah Ekonomi dan Khas Kombes Daniel Silitonga memberi jawapan yang begitu tegas iaitu : " Yang penting, pada prinsipnya, kejahatan jangan sampai menang.. Undang-undang yang harus menang,"

3. Isu rampasan kapal layar ini sepatutnya telah sampai ke titik terakhir kerajaan dan rakyat Malaysia. Jika AS dan seluruh dunia begitu tegas dalam soal menjulang keadilan dan menentang kezaliman, tidak wajar bagi Malaysia mendiamkan diri begitu sahaja. Isu 1MDB sudah tidak mampu disembunyikan kerana 'bangkai dinasour' ini sudah berbau busuknya ke seluruh dunia. Apakah kita tidak malu ketika seluruh dunia memerangi korupsi, rasuah, penyelewengan dan ketidak adilan yang berpunca dari negara ini, Malaysia mengambil sikap membisu serta mendiamkan diri. Malah Peguam Negara AS Jeff Sessions menyifatkan skandal 1MDB kleptokrasi paling teruk di dunia dengan lebih AS $ 4.5 bilion secara keseluruhan penggubahan wang haram dibuat menerusi urus niaga haram yang kompleks dan syarikat cengkerang dengan akaun bank di pelbagai negara seperti Switzerland, Singapura, Luxembourg dan Amerika Syarikat.

RAMPAS KAPAL PENCURI DUIT 1MDB BUKAN CAMPUR TANGAN ASING

4. Dalam rampasan di Bali semalam juga, 34 orang anak kapal berada di situ tetapi tiada kelibat Jho Low dilaporkan. Beliau adalah suspek yang disasarkan namun mujur beliau tiada di dalam kapal terbabit. Jho Low sudah menjadi pelarian dengan banyak negara melancarkan operasi memburu beliau seumpama pengganas antarabangsa. Nama beliau cepat naik tetapi beliau populariti dengan cara yang amat memalukan negara. Saya hairan bagaimana manusia seperti ini boleh berkawan dengan pembesar negara, menjadi anak emas pemimpin negara, hidup bebas dan mewah hasil 'duit haram' dan aset milik negara. Apa yang istimewanya Jho Low dengan memiliki kapal mewah ini berbanding penduduk kampung dan rakyat kelas menengah dan rendah yang lebih memerlukan duit negara daripada beliau.

5. Isu 1MDB bukan modal politik pembangkang di musim pilihan raya. Tindakan merampas kapal mewah The Equanimity bukan di arah atau dirancang oleh pemimpin pembangkang dengan kerjasama kerajaan AS. Jangan pula nanti ada tuduhan mengatakan ia adalah campur tangan kuasa asing atau mengundang campur tangan asing ke negara ini. Janganlah pula PM hilang ilhamnya mencari tarikh keramat PRU ke 14 kerana meletupnya isu ini ketika ini.

6. Kes yang berlaku ini adalah tindakan negara-negara di dunia, yang melihat kesalahan yang begitu jelas dan besar dan tidak boleh diterima oleh akal yang waras. Bagi negara yang demokratik, bebas dan telus, isu ini ibarat 'boleh meruntuhkan langit'. Tetapi bagi negara yang Indeks Persepsi Rasuahnya merudum, skandal 1MDB adalah satu daripada koleksi bermasalah yang boleh diselesaikan dengan hanya menutup mata dan mulut.

7. 1MDB adalah kesalahan pemimpin negara, yang salah urus tadbir dan pencurian dana negara. Jika Malaysia gagal mengambil tindakan sewajarnya terhadap isu 1MDB serta mengheret Jho Low ke muka pengadilan, maka negara-negara lain membuktikan dengan usaha agresif seperti rampasan kapal ini dapat membantu menyelesaikan skandal terburuk di dunia. Malulah terhadap negara lain, ketika maruah negara sedang dilihat dengan segala pekung dibuka, Malaysia masih mahu menafi, menyalahkan pihak lain malah berbangga dengan kesalahan diri.

YB DATO' HJ MAHFUZ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
12pm Langkawi Permata Kedah
1 Mac 2018/13 Jamadilakhir 1439H

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sat Mar 3, 2018 7:10 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Kaki Digantung, Terjun Dari Jarak Tinggi Untuk Jayakan Watak Ini, Pelakon 'Stunt Man' Watak Badang Kecewa Filem Tak Dapat Sambutan
siakapkeli.my

3 Mac - Baru-baru ini, muncul sebuah filem adi wira tempatan yang berjudul Badang. Watak Badang yang dilakonkan oleh seorang pemilik jenama kosmetik terkenal, Datuk Aliff Syukri sering menerima kecaman dari netizen.

Setelah seminggu filem ini ditayangkan di seluruh pawagam Malaysia, filem ini hanya mampu mengutip sebanyak RM70,000 sahaja. bagi sebuah filem tempatan itu adalah angka yang sangat kecil kalau nak dibandingkan dengan modal yang dikeluarkan lebih RM 2juta.

Ramai beranggapan, watak utama filem ini menjadi salah satu aspek filem ini tidak menarik untuk ditonton.

Namun, seorang pengguna Facebook, Khairul Hakimin cuba mengubah persepsi masyarakat tentang filem ini dan berjumpa sendiri dengan pelakon lagak ngeri (stunt man) yang menjadi 'double body' untuk watak badang.

Stunt Man yang bernama Chaoi itu dikatakan sangat mahir dengan ilmu persilatan dan sering dipilih menjadi stunt man di dalam filem di malaysia. Antara filem yang pernah di lagak ngeri kan adalah Polis Evo dan Abang Long Fadhil 2.

Jom ikuti perkongsian Khairul Hakimin tentang filem Badang. Semoga bermanfaat.

Waktu saya duk bersembang dengan Kak Raiha, tiba-tiba terpacul tentang sebuah filem ini. Saya lontarkan keresahan saya bagaimana seluruh rakyat Malaysia bersatu menghentam sehinggakan terlupa ada nilai dan ada orang lain yang berusaha benar di dalam hal tersebut yang terpalit sama.

Ia merupakan sebuah kecewa yang besar. Terus Kak Raiha beri nama seorang ini dan beliau kata "Khairul, kau kena jumpa dia,"

Saya terus hubungi dan lelaki ini pun jawab dengan baik. Kami berjumpa beberapa hari selepas itu di sebuah kedai makan. Orangnya kecil namun setiap butir yang keluar dari mulutnya sangat tersusun. Anak kelahiran Parit Buntar ini merupakan 'double-body' bagi filem Badang yang ditayangkan baru-baru ini.

Di Malaysia atau negara lain, kisah manusia yang berlakon menjadi orang lain di dalam filem memang jarang orang nak sembang. Kerana mereka ini tidak bersifat populis. Mereka hanya ada satu perkataan sahaja terhadap kerja mereka, iaitu puas.

Saya sendiri, menonton filem Badang ini secara diam-diam. Dan saya akui banyak yang boleh kita pelajari dan halusi. Saya letakkan jauh-jauh tentang pelakon utamanya, yang ramai benar tidak suka kerana karenahnya. Untuk saya tonton dengan minda kosong dan mahu ianya beri sesuatu kepada saya.

Filem ini hanya dapat sekitar RM69,000 sahaja kutipan. Dan ia menjadi angka yang sangat rendah bagi sebuah filem yang ditayangkan di dalam negara kita ini. Pada hari ini juga, ramainya antara kita yang membuat (secara sedar atau tidak) posting di media sosial masing-masing tanpa memikirkan bagaimana susahnya satu-satu karya itu diperbuat.

Asal tak kena selera, asal tak suka, asal sudah benci kepada pelakonnya, kita lanyaklah sampai mereka ini mati berkali-kali dihina oleh kita.

Chaoi ini meluahkan rasa kecewanya kepada saya. Beliau mengidolakan Jackie Chan. Sebagai pelakon lagak ngeri (stunt-man) yang semakin popular di Malaysia, Chaoi ditugaskan untuk menjadi watak utama di dalam suit Badang tersebut. Malah, untuk beliau sendiri pihak produksi sediakan satu set khas pakaian itu, manakala Dato Seri Aliff Syukri, 1 set.

Mereka berdua akan berlakon dengan skrip masing-masing. Sekitar hampir 200 kru yang terlibat di dalam filem ini merasakan yang ianya sebuah filem yang wajar untuk ditonton kerana pelakon utamanya itu merupakan seorang yang berusaha benar nak jadi pelakon.

Beberapa kali Chaoi beritahu saya yang sampai ke tahap rasa syahdu dan kasihan melihat Dato Seri Aliff berusaha menjayakan wataknya sebagai Badang. Dan itu adalah sesuatu yang amat sukar bagi seorang bukan pelakon.

Chaoi melakukan beberapa lagak ngeri seperti melompat dari jarak 2 tingkat bangunan, sepakan serta beberapa aksi flip dan aksi lain untuk menjayakan watak Dato Seri Aliff dengan baik. Sebagai seorang yang aktif dengan pencak silat, kebanyakan lagak ngeri yang biasa beliau lakukan, adalah yang sangat terjaga dari aspek keselamatan beliau.

Chaoi mendapat latihan sepenuhnya dari Rumah Aktor Seniman dibawah Saudara Zulhuzaimy dan kerap berada di bawah kelolaan Saudara Fauzi Nawawi dalam berpuluh filem di dalam dan luar negara.

Antara filem box office yang pernah beliau lakonkan sebagai 'double-body' ialah Tombiruo, Abang Long Fadil 2, The Raid 2, KL Evo, dan banyak lagi.

Di dalam Badang, Saudara Fauzi Nawawi bertugas juga sebagai co-ordinator kepada aksi lagak ngeri yang mereka lakonkan, dibantu oleh choreographer serta cameraman yang sangat arif untuk menjadikan satu-satu lagak ngeri itu berjaya.

Kita semua, hari ini hanya nampak apa yang dipersembahkan kepada audien sahaja. Lelaki yang saya jumpa ini digantung kepala ke bawah, kaki ke atas, kemudian diterjunkan dari jarak yang tinggi, diikat badannnya dengan tali, dan berbagai-bagai lagi aksi yang diperlukan semata-mata mahu menjayakan filem ini.

Hari ini, orang sangat mahu melihat kejatuhan seseorang itu konon-konon untuk beri dia pengajaran. Dalam tak sedar, kita terlupa yang kita sedang meruntuhkan sebuah institusi terus.

Bayangkanlah pengarahnya, Prof Abdul Razak sendiri mahukan filem ini menjadi proses pembelajaran bagi anak-anak didiknya dan kini ianya bertukar menjadi mimpi ngeri bagi pengeluar filem kerana lancangnya kita menghina satu-satu karya.

Seperti kita tak suka layanan sesebuah restoran, kita tak mahu cakap depan-depan, lalu kita pergi tulis di media sosial, lalu viral. Semakin hari, semakin pudarlah suasana restoran itu, terus sahaja tiada pelanggan.

Di dalam restoran itu, mungkin ada makcik pakcik yang mengambil upah mencuci pinggan, ada juga yang sedang berusaha keras mendapatkan jualan sekian-sekian, ada juga yang berhempas pulas bekerja dari seberang untuk hantar duit ke kampung pada hujung bulan.

Namun atas sebab kita mahu dia tumbang, konon beri pengajaran, kita buat. Dan kita puas.

Saya ingat lagi, kisah Badang ini popular semasa saya kecil. Dan saya akui, filem ini sangat sesuai untuk ditonton oleh anak-anak remaja kita semua. Namun, saya fikir semuanya dah pun terlambat. Filem itu sudah tidak ditayangkan lagi di pawagam.

Kawan-kawan semua,

Saya bukanlah nak positif sangat. Saya juga bukan fan boy Dato' Aliff Syukri. Namun berada dalam dunia membina karya, saya tahu ada ramainya marhain yang wujud disebalik suasana mewah yang kita nampak.

Ramai yang kata, "alah mereka dah terima payment", iya kawan-kawan. Sama sahaja macam kita buat bisnes, kita bayar semua kakitangan dalam bentuk gaji untuk semua usaha kita. Namun apabila ia berhasil, dijual dengan baik dan diterima sebaiknya, kita akan dapat bonus itu.

Dan itulah yang dinanti-nanti seluruh pasukan produksi.

Apabila ia gagal bukan kerana teruknya kualiti namun atas cakap-cakap kebencian terhadap Dato Aiff Syukri, maka kalian bayanglah betapa sedihnya mereka yang berusaha keras di belakang tabir menjayakan file mini sebaik-baiknya..

Gaji tak besar mana, kerja sampai 2-3 hari tak tidur, dan semestinya mahu sangat dengan bonus tersebut.

Namun, kita yang hebat, yang power dan sentiasa betul ini bertepuk tangan dan bergembira apabila filem teruk ini tidak mendapat sambutan, kerana kita semua berjaya memberi pengajaran kepada orang yang kita benci ini.

Dan dalam tak sedar, rupanya kita ini menjadi Tuhan. Membuat hukum bukan-bukan hanya sekadar nak puaskan hati sahaja.

Buat Chaoi Power team, serta seluruh produksi filem yang sentiasa berusaha keras menjayakan filem-filem dalam negara, saya tetap ucapkan syabas dan tahniah. Kalian sudah beri yang terbaik dan dari lubuk hati saya, saya tabik kepada kalian!

Dan semoga beroleh kejayaan kepada Filem Indie pertama yang Chaoi akan lakonkan sebagai watak utama, judulnya Jejak Megat dibawah Tuan Pengarah Rozinor Razali yang akan memulakan sesi penggambaran tidak lama lagi. Selamat maju jaya.

Dan buat semua kawan-kawan, sampai masa untuk kita belajar kritik membina, bukan bantai, bukan hina dan bukan sampai menghancurkan.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sat Mar 3, 2018 7:11 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Petronas komited bayar kerajaan BN dividen RM19 bilion
Bernama
kedahlaniie.blogspot

Petronas memperuntukkan RM55 bilion bagi perbelanjaan modal berbanding RM44..5 bilion pada tempoh sama.

petronasKUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (Petronas) komited membayar dividen RM19 bilion kepada kerajaan pada 2018, berbanding RM16 bilion pada 2017.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin berkata Petronas memperuntukkan RM55 bilion bagi perbelanjaan modal berbanding RM44.5 bilion pada tempoh sama.

"Petronas terus memacu pengeluaran lebih tinggi dan kecemerlangan operasi meletakkan syarikat di kedudukan kukuh untuk melaksanakan strategi jangka panjang," katanya semasa taklimat media mengenai prestasi kewangan 2017 Petronas hari ini.

Beliau berkata, Petronas akan memanfaatkan sepenuhnya aset serta memperluas perniagaan minyak dan gas utama menerusi model perniagaan bersepadu selain menambah asas sumber menjamin masa depan syarikat.

"Strategi ini membolehkan Petronas berkembang di rantau strategik seperti Asean, subbenua India, Asia Barat dan Amerika," katanya.

Keuntungan bersih Petronas pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017 melonjak 91.2% kepada RM45.4 bilion daripada RM23.8 bilion pada 2016.

Perolehan turut meningkat 14.6% kepada RM223.6 bilion daripada RM195.1 bilion yang dicatat pada 2016.

Perolehan lebih kukuh itu didorong harga jualan purata direalisasikan lebih tinggi diraih produk utama di samping kesan kelemahan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat.

Tolak Kereta 'Double Park' Tengah Panas Sorang-Sorang, 'Pak Guard' HTAA Ini Boleh Jadi Contoh Yang Baik Untuk Netizen
siakapkeli.my

1 Mac - Tugas sebagai seorang pengawal keselamatan bukanlah sesuatu perkara yang mudah dan bukan hak kita untuk memperlekehkan pekerjaan orang lain.

Sebagai pengawal keselamatan, kadang-kala bukan sahaja perlu memastikan semua berada dalam keadaan selamat tetapi, perlu juga menjaga tempat meletak kenderaan untuk sesebuah bangunan.

Seperti apa yang dikongsi oleh seorang pengguna Facebook, Wan Fazli yang berkongsi sedikit pengalaman ketika berada di kawasan letak kenderaan di Hospital Tuanku Ampuan Afzan (HTAA).

Beliau sangat teruja melihat seorang pengawal keselamatan yang bertugas di wad bersalin ketika itu.
Pengawal keselamatan itu sangat berdedikasi semasa menjalankan tugas dan dia juga memastikan tempat letak kenderaan itu berada dalam keadaan terkawal serta tidak menghalang laluan utama.

Jom ikuti perkongsian Wan Fazli tentang pengawal keselamatan yang sungguh berdedikasi ini. Semoga bermanfaat.

Tapak parking depan dewan bersalin HTAA

Aku terpanggil untuk menulis kat sini tentang seorang security lelaki india yang bertanggungjawab mengawal kawasan parking tu.

Masa mula2 tiba, wife aku je turun untuk check up nak bersalin. Aku tunggu dalam kereta sebab parking penuh seperti biasa. Dekat setengah jam aku menunggu sambil memerhatikan kesungguhan dan kesibukan security tu menjaga kedudukan kenderaan yang parking disitu.

Ya, beliau jaga kedudukan kenderaan yang nak parking! Beliau bagi double park, tapi pesan jangan tarik handbrake kepada semua pengguna. Sampai la beliau panggil aku untuk masuk parking kosong dan bantu aku masuk ke parking yang sempit tu.

Pukul 2.30pm, aku nak gerak balik ambil peralatan wife nak admit ward, aku nampak beliau masih sibuk tolak kereta orang yang double park! Tengah panas beb! Sorang2 kat parking yang agak luas tu!

Aku sampai semula pada jam 4.30pm beliau tunjukkan aku ke parking yang sama! Bertuah betul aku rasa arini. Panggil beliau kat kereta sambil ucap terima kasih dan sedikit sumbangan untuk beliau pergi beli minuman.

Parking ni free, beliau dibayar gaji supaya memastikan kenderaan tidak parking diluar petak atau halang laluan, tapi parking penuh, beliau sedaya upaya bantu susun kereta sampai padat! Aku pasti, beliau sangat faham betapa pengguna parking di hospital ni sangat susah untuk dapatkan parking.

You got my salutation bro! Terima kasih abang guard! Tak sempat nak ambil gambar beliau sebab duk kalut wife da sakit nak bersalin.

*doakan my wife dan baby dipermudahkan proses bersalin serta sihat sejahtera ya! Terima kasih. - Siakapkeli.my

Jualan menurun kerana pemilik kekal guna kereta lama

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net


PETALING JAYA: Penjual kereta menjangkakan jualan kenderaan dalam 2 tahun akan datang kekal rendah kerana pengguna tidak menukar kereta sekerap dulu.

Persekutuan Persatuan-persatuan Syarikat Motor dan Kredit (FMCCAM) berkata ini kerana harga kereta baharu menurun sejak 2014, selepas kerajaan memberikan diskaun dan pengurangan cukai ke atas keretea hibrid dan kereta berteknologi hijau.

menurun sejak 2014, selepas kerajaan memberikan diskaun dan pengurangan cukai ke atas keretea hibrid dan kereta berteknologi hijau.
Khor berkata harga kereta baharu menurun sejak 2014 selepas kerajaan memberikan diskaun dan pengurangan cukai ke atas kereta hibrid dan kereta berteknologi tinggi.

Presiden Tony Khor berkata ini menyaksikan harga kereta baharu turun sehingga sekurang-kurangnya 13%, menyebabkan mereka yang membeli kereta sebelum ini tidak dapat menjual kenderaan mereka untuk mendapatkan kembali pinjaman.

"Mereka yang membeli kereta sebelum 2014 tidak menjualnya kerana jika tukar mereka akan tanggung kerugian kerana kereta dibeli pada harga yang lebih tinggi," katanya kepada FMT.

Khor memberikan contoh sebuah kereta baharu berharga RM100,000 memerlukan wang pendahuluan 10% daripada pembeli. Dengan pinjaman 90% pada kadar faedah 4%, jumlah keseluruhan pembayaran semula boleh cecah RM122,400.

"Pengguna itu perlu membayar RM1,134 sebulan. Selepas 4 tahun, dia sudah membayar RM50,000 tetapi masih ada baki RM70,000."

Namun pada masa itu, kereta itu tidak mampu dijual pada harga yang cukup untuk membayar baki pinjaman.

Beliau mengulas angka daripada Persekutuan Automotif Asean (AAF) yang menunjukkan jualan kenderaan tahun lepas meningkat di semua negara Asean kecuali Malaysia dan Brunei.

Jumlah keseluruhan jualan di Malaysia turun sebanyak 3,450 unit kepada 576,635 daripada 580,085 pada 2016. Sementara itu Brunei menjual 15% lebih sedikit pada 2017 iaitu 11,209 unit.

Pertumbuhan positif boleh disaksikan dalam pengeluaran dan jualan motorsikal dan skuter.

Malaysia menghasilan 11% lebih banyak motorsikal dan skuter iaitu 440,673 unit tahun lepas berbanding 395,938 unit pada 2016.

Jualan 10% lebih tinggi iaitu 434,850 unit berbanding 396,343 unit pada 2016.

Kadar pinjaman lulus rendah

Khor berkata penurunan jualan juga kerana perubahan pada cara kiraan pinjaman.

Sebelum ini bank memberi pinjaman berdasarkan gaji kasar pemohon.

Pada 2015, bank mula meluluskan pinjaman berdasarkan gaji bersih pemohon, lantas mengurangkan jumlah pemohon yang layak.

"Hampir 70% pembeli kereta baharu berbuat demikian selepas menjual kereta lama. Tetapi kalau orang mula mengekalkan kereta untuk lebih lama lagi, jualan kereta baharu akan turun."

Khor juga berharap kerajaan akan melonggarkan peraturan pinjaman bank supaya membolehkan orang membeli kereta.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sat Mar 3, 2018 7:11 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Masyarakat bukan Islam tetap diutama
bloglist-malaysia.blogspot
wabillahagro.blogspot
Dicatat oleh Abd Wahab Abdullah
RIZAL TAHIR 28 FEBRUARY 2018
KOTA BHARU: Masyarakat bukan Islam di Kelantan tidak pernah disisih, malah mereka sering diberi perhatian kerajaan negeri.

Menteri Besar, Ustaz Dato' Ahmad Yakob berkata, adalah menjadi tuntutan Islam bagi menjaga keharmonian kaum di negeri tersebut.

Menurutnya, kaum bukan Islam perlu dijaga sebaiknya dan setiap tindak tanduk yang dilakukan diharap tidak menimbulkan rasa kurang selesa sehingga menjejaskan kesejahteraan masyarakat.

"Alhamdulillah di Kelantan kita telah terapkan usaha sedemikian sejak awal pentadbiran kerajaan negeri pada 1990.

"Program kesejahteraan rakyat diberi keutamaan tanpa mengira latar belakang dan perbezaan anutan agama," ujarnya pada jamuan sempena sambutan Tahun Baharu Cina di Dataran Cheng Ho malam tadi.

Turut berangkat menghadiri program itu Pemangku Raja Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra, Tengku Temenggong Kelantan, Tan Sri Tengku Muhammad Rizam Tengku Aziz, Timbalan Menteri Besar, Dato' Mohd Amar Abdullah, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI), Dato' Zamri Ismail dan Presiden Gabungan Tiong Hwa Kelantan, Oie Poh Chun.

Lebih 6,000 orang masyarakat Cina dan penduduk tempatan memeriahkan program tersebut di mana ia dianjurkan MPKB-BRI dan Gabungan Teong Hwa Kelantan. -HARAKAHDAILY 28/2/2018

_AC_

AMANAH (Pan) Dipergunakan oleh Bukan Islam?

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net

Lanjutan daripada keputusan Mahkamah Persekutuan ke atas permohonan Salina Jau Abdullah, Nur Mudzdhalifah Abdullah, Syarifah Nooraffyzza Wan Hosen dan Mohd Syafiq Abdullah menukar agama dari Islam ke Kristian, semalam, 2 Mac 2018, Pakatan Harapan Sarawak telah mengeluarkan satu kenyataan media yang ditandatangani oleh Pengerusi Pakatan Harapan Sarawak merangkap Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen, Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian, dan Pengerusi AMANAH Sarawak, Fidzuan Zaidi.

Kenyataan media bertajuk "Undang-Undang Dan Garis Panduan Yang Jelas Diperlukan Untuk Menukar Agama" ini mendesak Jabatan Agama Islam Sarawak supaya "membuat garis panduan dan kehendak yang sangat jelas bagi mereka yang ingin meninggalkan Islam secara sukarela untuk mengikuti supaya surat pembebasan dapat dikeluarkan" selain mendesak kerajaan negeri Sarawak supaya "mempertimbangkan dengan serius meminda undang-undang negeri yang berkaitan untuk menyediakan keperluan untuk surat pelepasan".

Disebutkan di dalam kenyataan media ini bahawa:
"Prosedur mestilah dinyatakan dengan jelas untuk kategori berikut:
1. Mereka yang mempunyai dokumen bukti untuk membuktikan mereka tidak lagi mengamalkan agama Islam;
2. Mereka yang berhasrat untuk meninggalkan agama Islam."

Mereka yang paling aktif memperjuangkan kebebasan untuk umat Islam murtad ini adalah pemimpin parti politik seperti DAP dan PKR selain pertubuhan sivil seperti SIS, G25 dan IRF di mana di dalam buku G25 bertajuk "Breaking the Silence: Voices of Moderation - Islam in a Constitutional Democracy" yang diharamkan oleh kerajaan pada 27 Julai 2017 umpamanya, peguam Aston Paiva menggesa supaya diwujudkan prosedur pentadbiran mengenai kemurtadan. Begitu juga di dalam satu kertas kerja beliau dengan Penang Institute di mana Aston Paiva menggesa supaya Kerajaan Negeri Pulau Pinang memansuhkan dengan segera undang-undang anti-murtad dan menyediakan prosedur mengenai kemurtadan.

Bila individu seperti Aston Paiva yang menggesa supaya prosedur mengenai kemurtadan disediakan atau dijadikan lebih jelas bagi memudahkan proses pemurtadan, ia tidaklah terlalu pelik kerana Aston Paiva adalah seorang bukan Islam, tetapi apabila yang menyuarakan gesaan begini adalah seorang Islam seperti Pengerusi AMANAH Sarawak, Fidzuan Zaidi, sedangkan kenyataan media Pakatan Harapan Sarawak ini sepatutnya dibaca oleh Pengerusi atau Ketua Penerangan Pakatan Harapan Sarawak, maka persepsi yang timbul adalah Pengerusi AMANAH Sarawak dipergunakan oleh bukan Islam untuk kepentingan mereka.

Apatah lagi bila gesaan ini sendiri bercanggah dengan kenyataan Penasihat Umum AMANAH, Ahmad Awang, sehari sebelumnya di dalam portal berita Malaysia Date Line, malah di dalam lidah rasmi AMANAH, iaitu AMANAH Daily, juga, ketika mengulas isu permohonan Salina Jau Abdullah, Nur Mudzdhalifah Abdullah, Syarifah Nooraffyzza Wan Hosen dan Mohd Syafiq Abdullah untuk menukar agama dari Islam ke Kristian ini, bahawa "semua NGO Islam, badan dakwah dan Jabatan Agama serta Pusat Zakat haruslah bersatu dalam memastikan umat Islam yang mahu murtad tidak meneruskan niat mereka".

Itu belum lagi diambil kira kenyataan Presiden AMANAH, Mohamad Sabu, di dalam sidang Dewan Rakyat pada 13 November 1996 serta kenyataan Timbalan Presiden AMANAH, Salahuddin Ayub, di dalam sidang Dewan Rakyat pada 18 Mac 2009 mengenai masalah murtad ini.

Disebabkan percanggahan antara kenyataan Pengerusi AMANAH Sarawak, Fidzuan Zaidi, dengan kenyataan Penasihat Umum AMANAH, Ahmad Awang, di dalam masalah murtad ini maka sangatlah penting untuk AMANAH mengeluarkan satu kenyataan rasmi mengenainya.

Malah Pakatan Harapan Malaysia juga sepatutnya segera mengeluarkan satu kenyataan rasmi bagi menjelaskan sama ada pendirian Pakatan Harapan Sarawak di dalam masalah murtad ini adalah menyamai dengan pendirian dan dasar bersama Pakatan Harapan Malaysia.

Dr. Kamarul Yusoff
FB

Pakatan DAP Mahu Undang-undang Dipinda Bagi Kebenaran Umat Islam Murtad

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net

AIDCNews -02/03/18 –Kerajaan Negeri Sarawak harus meminda undang-undang negeri untuk memastikan terdapat garis panduan yang jelas bagi mereka yang ingin meninggalkan Islam, kata Pakatan Harapan (PH) hari ini.

Dalam sidang media bersama PH yang diketuai Chong Chieng Jen (Pengerusi DAP Sarawak), Baru Bian (Pengerusi PKR Sarawak) dan Mohammad Fidzuan Zaidi (Pengerusi Aamanah Sarawak), mereka menuntut agar prosedur operasi standard (SOP) digubal bagi membolehkan muslim yang telah murtad mendapatkan Surat Pelepasan yang akan membolehkan mereka diiktiraf secara rasmi sebagai tidak lagi beragama Islam.

"Prosedur Operasi Standard sangat diperlukan supaya mereka yang ingin menukar agama (murtad) jelas mengenai apa yang perlu dilakukan," kata PH dalam satu kenyataan bersama yang dibacakan oleh pengerusi Amanah Sarawak, Fidzuan Zaidi dalam sidang media tersebut.

Jurucakap Pakatan DAP itu berkata pihak berkuasa perlu membenarkan peguam bukan Islam hadir di Mahkamah Syariah selepas Mahkamah Persekutuan membuat keputusan bahawa Mahkamah Syariah Sarawak mempunyai kuasa untuk mendengar kes-kes murtad.

Dalam sidang media itu, Pakatan DAP mempertahankan Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian yang menjadi peguam untuk mewakili empat orang muslim yang mahu murtad di Mahkamah Persekutuan awal minggu ini.

"Dia (Baru) hanya membantu empat orang dalam kapasitinya sebagai peguam bela untuk melaksanakan hak mereka untuk memilih agama mereka sendiri.

"Dari fakta-fakta kes, jelas bahawa dia tidak ada kaitan dengan keputusan mereka untuk meninggalkan agama Islam dan mereka yang menuduh dia mempunyai agenda Kristian membuat pembohongan untuk tujuan mereka sendiri," katanya.

Empat orang yang dibantu Baru itu adalah Sharifah Nooraffyzza binti Wan Hosen, Nur Mudzdhalifah Abdullah alias Jenny Peter, Mohd Syafiq Abdullah alias Tiong Choo Ting dan Selina Jau Abdullah alias Selina Jau.

Kesemua mereka mahu menukar agama dari Islam kepada Kristian.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sat Mar 3, 2018 7:12 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



"Baik Simpan Duit Bawah Bantal," Wanita Ini Berang Dakwa Duit RM600 Lesap Lepas 5 Tahun Simpan Di Sebuah Agensi Pelaburan
siakapkeli.my

3 Mac - Menyimpan wang untuk dilaburkan sudah menjadi satu cara pelaburan bagi rakyat Malaysia. Pelabur akan menerima dividen setiap tahun atas modal yang telah dilaburkan.

Semalam, seorang ibu kepada 3 anak mendakwa duit yang beliau dan anak-anak simpan di sebuah agensi pelaburan telah lesap tanpa pengetahuan beliau.

Beliau yang dikenali sebagai Naomi Hutson mendedahkan perkara itu di laman Facebooknya dan mendakwa duitnya yang disimpan serta duit anak-anaknya telah tiada seperti yang didakwa kakitangan agensi tersebut.

Menurut staff agensi itu, duit itu telah dikeluarkan sebelum ini dan mendakwa buku akaun wanita terbabit telah hilang.

Berikut adalah cerita penuh dari Naomi Hutson tentang duitnya yang hilang disimpan di dalam sebuah agensi pelaburan. Semoga bermanfaat.

Hari ni mmg geram n sakit hati btl, tak penah2 mnyumpah arini menyumpah aku dibuatnya, spai nangis2 aku arini org wat camni, konon nak selamat simpan , simpan Gi** pun macam tu asyik makin berkurang duit, baik simpan bawah bantal lagi selamat.

After 5 tahun baru nak kemas kini buku, coz baru jumpa blk buku tinggal umah mak. Habis lesap duit aku n anak2 aku. Total 4 org hilang rm600.95,n baru tau skrg asb dh tak pakai buku.

nasib la aku tak macam dulu,, klu tak mau btekak gak td at TELUK INTAN, senang2 ko cakap aku ada wat pengeluaran terus rm433.tak logik langsung,, mmg buku penah aku hilang, aku ada wat buku baru, tp tu tahun bila, ok fine takpe lah bila ko dh mula tinggi kan suara cakap kuat pasal aku ada buku hilang la apa sbb ko nak tutup duit aku hilang,, bila aku soalkan duit anak2 aku plk.

Ko cakap buku anak2 aku pun hilang, korang kata buku anak2 aku pun pnah hilang, tu mmg btl wat aku marah,, tgk yg korg print pasal pengeluaran ada yg masa2 kuarkan duit tu mmg aku takde penah jejak kaki ke pejabat pos kuarkan duit sejak aku sakit masa beranak ank no. 3, 5 thun tak penah ke pjbt pos, ada pengeluaran rm30,40 sorry aku takkan kuar duit bawah rm50 lah,, tarikh last aku masuk pjbt pos masukkan duit sahaja pada tarikh yg sama 4 buku. - Siakapkeli.my

"Kalau Barang Tak Rosak, Duit Warranty Tu Kira Sedekah Je La Bang," Jawapan Lelaki Ini Buat Jurujual Kedai Elektrik Terdiam
siakapkeli.my

3 Mac - Barangan elektrik seperti mesin basuh, televisyen dan peti sejuk sudah menjadi keperluan dalam sesebuah rumah. Tidak lengkap di dalam sebuah rumah jika tiada salah satu keperluan tersebut.

Apabila anda membeli barangan elektrik sudah pasti syarikat akan menyediakan jaminan atau bahasa inggerisnya warranty. Jaminan ini bergantung kepada syarikat untuk meletakkan berapa tahun jaminan.

Ada syarikat yang letakkan setahun, dua tahun dan ada juga yang berani memberi jaminan sehingga 10 tahun. Tetapi pernahkah anda mendengar tentang penambahan jangka masa jaminan ataupun Warranty adds on. Tambahan jaminan ini perlu dibeli bukannya percuma.

Pembeli boleh membeli tambahan jaminan untuk menambah tempoh masa jaminan dengan jumlah yang tertentu. Sama seperti apa yang dikongsikan oleh Muhammad Ezral menerusi akaun Facebooknya.

Ezral yang bercadang untuk membeli sebuah mesin basuh baru dan didatangi seorang jurujual yang menceritakan segala kebaikkan mesin basuh yang menjadi pilihan Ezral. Sehinggalah jurujual itu menerangkan tentang tambahan jaminan dengan harga RM804.

Jom ikuti perkongsian Ezral. Semoga bermanfaat.

Jangan sesekali beli add on warranty sekalipun kau mampu. Meh nak citer kenapa ?

Semalam aku jalan jalan kat Har*** Nor*** ternampak pulak mesin basuh front load. Terpandanglah model electrolux ni washer + dryer.

Nak dijadikan cerita, tengah2 duk usha mesin basuh datang salesman cerita tentang mesin basuh tu.

Segala mak nenek and latest technology dia explain. Memang very good dia ada knowledge yang bagus tentang mesin basuh.

Sampailah masuk bab warranty.

Katanya LG, Samsung warranty 1 tahun untuk part motor 10 tahun. Asia produk hanya bagi 1 tahun je warranty part.

Tapi europe brand like Bosch bagi 2 tahun warranty part begitu jugak electrolux. Motor sama 10 tahun warranty.

Then masuklah bab add on, kata salesman tu baik encik ambik add on warranty.. Kira macam beli warranty lah.

Untuk electrolux ni, 2 tahun standard warranty, tapi en boleh beli add on warranty dari Harvey Norman 3 tahun so total jadilah 5 tahun.

Seboleh bolehnya salesman tu suruh aku beli add on warranty sebanyak RM804. Banyak kali dia duk promote suruh beli warranty.

Katanya bila rosak kali pertama pihaknya akan repair free semua dari mula datang rumah sampailah barang tu siap repair.

Kali ke 2 rosak dia repair lagi free, kali ke 3 rosak dia ganti baru.
Itu yang untung katanya. Sekiranya model yang sama takde, dia akan ganti model lain, jika harga lebih kita kena topup.

Ok setelah mendengar dengan kusyuk segala explaination dari salesman, bermula lah aku ajukan soalan ?

Aku tanya sekiranya beli warranty RM804 ni dan tak pernah pun claim sebab tak rosak, apa yang berlaku dengan RM804 ni ?

Dia sambil gelak hehe, kalau macam tu kira sedekah lah, anggap je sedekah. Kata dia lagi ini kira macam insurans lah.

Teringat aku cerita P.Ramlee 3 Abdul bila Ahmad Nisfu buat syarat, P.Ramlee tanya jika Ahmad Nisfu marah macam mana ? Katanya kalau dia marah hehe takde pape lah. Ini perjanjian berat sebelah.

Ok back to the topic, dalam hal ni aku terpaksa beritahu dia, sebab jika aku diam sedangkan aku tahu itu tak betul maka itulah selemah2 iman dan memang rasa bersalah.

Aku pun beritahu salesman tu. Aku kata sebenarnya dalam ISLAM hal seperti ini dikira jual beli yang gharar. Yang pasal harga asal mesin basuh tu ok yang soal jual warranty tu.

Dia terdiam, aku pun explain, dalam islam ni dikira sebagai jual beli gharar, tidak jelas. Kira macam maisir, gamble / judi / pertaruhan.

Penjual jual warranty RM804. Pembeli kena bayar harga warranty ni untuk nikmati extend warranty.

Penjual menawarkan extend warranty dan menjajikan sekiranya barang rosak, dia repair secara percuma. Jika tak rosak duit tu burn.

Inilah namanya gharar ketidak jelasan dan pertaruhan. Dalam kata lain maisir / judi. Kira gamble, kalau rosak ada benefit buat pembeli dan rugi sebelah pihak penjual, jika tak rosak pembeli rugi sebab RM804 dia burn.

Sama halnya dengan jual member kad di pasaraya, bayar RM10 untuk nikmati diskaun. Ini semua ketidak jelasan dalam jual beli. Sesuatu yang tidak pasti. Nak info lanjut kau klik je link bawah ni.
https://www.youtube.com/watch?v=ocBiXvfd6po

Jual beli dalam islam mesti ada redha meredhai antara pembeli dan penjual. Jual beli dalam islam tidak boleh 1 pihak teraniaya dan 1 pihak lagi untung sama ada dari pihak pembeli mahupun pihak penjual.

Dalam kes ni, pembeli akan teraniaya jika RM804 yang dia bayar dia tak dapat apa2 benefit sekiranya barang dia tak rosak. RM804 burn macam tu tanpa ada sebarang sebab. Inilah pertaruhan.

Sekiranya barang dia rosak, maka penjual akan teraniaya kerana kena tanggung kos repair. RM804 tu mungkin sparepart lebih mahal, sampai dia overclaim sanggup 1 to 1 exchange itu hanyalah helah supaya orang beli warranty.

Sekarang ni pun banyak trend jual warranty, contohnya warranty kereta. Dia cover semua kerosakan enjin selama 1 tahun. Jika rosak dia tanggung, jika tak rosak duit yang pembeli bayar tu burn.

Memang mereka ni dah kaji, mereka penjual ni tetap untung even ada kereta customer yang rosak pun.

Mereka aim lets say mereka ada 10 ribu customer tu bukan semuanya kereta rosak, lagipun mereka ni ada kaki/supplier untuk dapatkan barangan yang murah dan technician semua mereka ada if anything happened.

Ratio dia 1 customer bayar dia boleh cover untuk 10 orang. Lets say A bayar RM1000, dia boleh cover yang lain2 seramai 10 orang. If 20 orang rosak ? Inilah namanya gharar, walau apa pun tetap ada unsur penipuan.

Jika ada pun dalam masa 1 tahun mungkin 10% daripada 10 ribu customer tu. 10 ribu ni angka terlalu kecil saja aku kasi 10 ribu sebenarnya lebih dari tu.

So tepuk dada tanya selera, nak beli atau tidak warranty yang ada unsur gharar, maisir, tidak ada istilah redha meredhai, memang awalnya setuju tapi saat akhir akan ada 1 pihak teraniaya 1 pihak lagi untung.

Umpama dari awal penghutang dan pemiutang setuju, penghutang pinjam RM1000 dan bayar kepada pemiutang RM2000. Walaupun awal sama2 setuju tapi tetap haram kerana ada unsur riba.

Samalah juga walaupun dari awal Abu setuju berzina dengan Siti atas dasar suka sama suka, tapi tetap hukumnya haram kerana hukumnya dah ditetapkan.

Itulah indahnya islam, dari awal lagi jaga supaya tidak berlaku semua ni.

Berapa lama sangat nak hidup atas muka bumi ni, yakinlah, bila kita jaga hak Allah, Dia akan pelihara kita sekalipun kita dibenci, dipulau oleh seluruh manusia.

Ok akhir kata tambahan, if tak yakin boleh tengok video ni sheikh Aseem Hakeem tentang jual warranty.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sat Mar 3, 2018 7:12 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Anak muda mengeluh rumah terlalu mahal zaman NAJIB, tiada pilihan selain menyewa
kedahlaniie.blogspot

FARHANA Fuad sering ditanya, mengapa beliau tidak membeli sahaja kondominium yang disewa bersama suaminya di ibu kota.

Namun Farhana, 27, berkata mereka tidak mampu berbuat demikian kerana pendapatan kedua-duanya masih kurang RM7,000, tidak memadai untuk memiliki rumah sendiri.

Mereka juga terpaksa menanggung hutang pinjaman pendidikan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

"Ia boleh jadi mustahil jika pendapatan saya masih kekal sama serta pada masa sama kos sara hidup semakin meningkat, melainkan kalau saya buat dua atau tiga kerja pada satu masa," katanya kepada The Malaysian Insight.

Beliau menolak saranan seperti yang disuarakan Pengerusi UDA Holdings Bhd Dr Mohd Shafei Abdullah pada Februari lalu agar golongan Bumiputera khususnya golongan muda tidak menunggu untuk memiliki hartanah.

Menurut Shafei, golongan muda Bumiputera lebih cenderung untuk berbelanja dan berhutang untuk keperluan jangka pendek seperti kenderaan.

Rumah lebih mahal di bandar

Begitu juga dengan Siti Hazwani Ramli yang berasa mustahil bagi beliau dan suaminya untuk memiliki rumah di kawasan bandar pada masa ini.

Katanya, mereka masih menunggu untuk membeli rumah idaman kerana pendapatan mereka berdua belum mencukupi untuk membeli rumah idaman.

Mereka juga masih menunggu kerana pemilikan rumah memerlukan komitmen besar dan tempoh bayaran lebih lama berbanding barangan seperti kereta atau telefon bimbit.

Beliau bertugas sebagai pembantu sumber manusia dan pendapatan bersih bersama suaminya kini masih kurang RM5,000.

"Saya masih belum memiliki rumah kerana pendapatan saya dan suami masih belum cukup untuk beli rumah idaman kami. Macam saya sendiri, suami lebih gemar rumah bertapak berbanding pangsapuri.

"Ada rumah bertapak yang (sepadan) dengan pendapatan kami tapi jauh dari tempat kerja. Kena tambah dengan kos perjalanan pula nanti.

"Saya sendiri bekerja di syarikat pembangunan hartanah tapi belum mampu untuk beli rumah daripada syarikat sendiri. Apa lagi rumah di Selangor ini mahal," katanya yang kini berusia 30-an.

Beliau akui rumah di luar bandar jauh lebih murah dari di bandar, tetapi ia mustahil baginya kerana kedua-dua mereka bekerja di bandar.

"Bimbang... tapi saya memang tahu harga rumah akan naik. Tapi nak buat macam mana, gaji tak cukup untuk beli rumah. Anak pun belum ada lagi," kata Siti Hazwani.

Beliau juga kini menderita akibat kegagalan fungsi buah pinggang dan terpaksa menjalani rawatan dialisis untuk sepanjang usianya – tiga kali seminggu dan mengambil masa empat jam setiap sesi.

"Itu pun perlukan komitmen kewangan juga," katanya.

Katanya, dengan pendapatan sebanyak itu, belum tentu mereka layak memiliki rumah melalui Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA).

Pada laman webnya, PR1MA menetapkan agar pemohon perlu mempunyai pendapatan antara RM2,500 dan RM15,000 sebulan.

Selain PR1MA, kerajaan turut menawarkan skim Projek Perumahan Rakyat (PPR), skim Rumah Mesra kos sederhana yang mana kedua-duanya di bawah Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

Harga dua skim rumah selain PR1MA yang ditawarkan itu adalah antara RM42,000 dan RM165,000.

Kenderaan juga keperluan

Bagi Mohamad Elliya Rohiman, 31, beliau mengakui memiliki rumah sememangnya satu yang penting lebih-lebih lagi apabila seseorang itu sudah berkeluarga..

Namun, bagi Elliya apa yang beliau mampu buat masa ini adalah menyewa rumah.. Rumah dua tingkat yang didiaminya sekarang di Ipoh hanya disewa pada kadar RM500 sebulan.

Beliau juga terpaksa memiliki dua kereta memandangkan isterinya bekerja dan sukar mendapatkan pengangkutan awam.

Anak muda yang sudah bekerja biasanya membeli, melabur secara tunai atau berhutang untuk membeli kenderaan kerana ia menjadi satu keperluan pada masa ini. – Gambar fail The Malaysian Insight, 3 Mac, 2018.

Katanya, gabungan pendapatan bersama isterinya yang baru saja memulakan alam pekerjaan juga masih belum cukup membeli sebuah rumah pilihan mereka di Setia Alam, Shah Alam.

"Kalau boleh kami hendak tinggal di Shah Alam sebab dekat dengan keluarga. Di Setia Alam pada dua tahun lepas harga rumah murah juga, RM300,000 masa tu. Tapi isteri belum kerja lagi. Gaji saya pula tak cukup.

"Selepas ditolak semuanya, tinggal RM1,000 saja sebab peruntukan rumah sebulan sekurang-kurangnya perlu ada RM1,500.

"Sekarang ini rumah di Shah Alam berharga RM480,000 untuk 1,100 kaki persegi. Jadi macam mana nak beli rumah?," soalnya yang bercadang untuk membeli rumah dua atau tiga tahun lagi.

Farhana turut sependapat dengan Elliya bahawa memiliki kenderaan sendiri merupakan satu keperluan kerana ia memudahkan seseorang itu untuk bergerak ke mana saja.

"Kereta memudahkan perjalanan tak kira ke mana saja dan hanya memerlukan sembilan tahun maksimum untuk menyelesaikan hutang, berbanding rumah yang harga semakin meningkat sampai orang tak mampu beli.

"Saya harap sebelum umur 35 tahun, saya sepatutnya ada sebuah rumah, paling kurang pun pangsapuri atau mungkin cari penyelesaian dengan pindah ke luar negara untuk mendapatkan pendapatan yang jauh lebih tinggi daripada bekerja dalam negara," kata penulis web itu.

Bank Negara Malaysia (BNM) menganggarkan harga rumah maksimum bagi kategori mampu milik di negara ini pada kadar RM282,000 berdasarkan pendekatan beban kos perumahan.

Bagaimanapun, menurut buletin suku tahunannya yang dikeluarkan bulan ini, median harga rumah sebenar ialah RM313,000 (pada 2016).

Harga ini jauh melepasi kemampuan kebanyakan isi rumah, dengan pendapatan median isi rumah kebangsaan hanya RM5,228.

Bank pusat itu turut menegaskan kekurangan bekalan rumah mampu milik terus menjadi masalah.

Komitmen hidup tinggi, gaji lembap, harga rumah mahal

Menurut pakar ekonomi Azrul Azwar Ahmad Tajuddin, ramai golongan mudah menangguhkan hasrat memiliki hartanah kerana harga dan komitmen pemilikan yang tinggi.

"(Pemilikan hartanah) memerlukan tabungan secukupnya sebagai bayaran muka bagi pinjaman atau pembiayaan pembelian rumah jangka panjang.

"Ia tidak seperti big-ticket item lain yang selalunya mampu dibeli secara tunai atau menerusi pinjaman atau pembiayaan jangka pendek yang boleh dipohon sama ada tanpa cengkeram sama sekali ataupun deposit yang sangat rendah," katanya.

Maka tidak hairanlah golongan ini menangguhkan hasrat membeli rumah kerana enggan terikat dengan beban hutang yang besar untuk jangka masa panjang atau tidak memenuhi syarat pinjaman, katanya.

Katanya kepada The Malaysian Insight, golongan ini tidak harus dipersalahkan kerana bersikap melengah-lengah kerana mereka terpaksa menanggung kos sara hidup yang kian meningkat dan tidak setanding dengan pendapatan bulanan yang tidak berubah.

Beliau tidak menafikan terdapat segelintir anak muda yang menghabiskan wang dengan bermewah-mewah dan sanggup berhutang demi keseronokan dan gaya hidup.

Namun Azrul berkata memang ada kalangan anak muda juga yang perlu menganggung komitmen hidup sehingga mengekang mereka daripada memberi hartanah.

Katanya, masalah rumah yang sangat tidak mampu milik di Malaysia seperti yang ditemui hasil kajian Bank Negara Malaysia dan Khazanah Research Institute (KRI), mendorong segelintir anak muda yang sudah bekerja membeli atau melabur secara tunai atau menerusi hutang dalam aset jangka pendek atau susut nilai seperti kenderaan bermotor.

Namun, katanya ia merupakan perkara semula jadi bagi seseorang itu untuk menikmati titik peluh mereka bekerja sebagai ganjaran kepada diri sendiri.

"Hakikatnya, ramai yang tiada kemampuan daripada segi kewangan atau akibat keperluan lain yang lebih mendesak.

"Apatah lagi jika mereka terpaksa menanggung beban menyelesaikan hutang pendidikan atau menyara hidup ahli keluarga yang lain," katanya.

Beliau menyimpulkan, memang sukar untuk golongan muda yang tidak berasal daripada keluarga berada atau berkeistimewaan untuk memiliki rumah sendiri.

"Melainkan ada bantuan atau sokongan pihak ketiga terutama ibu bapa dan keluarga dalam bentuk simpanan sedia ada bagi bayaran muka pembelian rumah atau campur tangan untuk meringankan beban kos sara hidup harian," katanya. – 3 Mac, 2018.

----- Original Message -----
From: -:rIeNaCoM:-
To:
Sent: Sunday, February 25, 2018 11:08 PM
Subject: Fw: Hafizh Syahrin, Powerbank Promosi, ALLAH ITU MAHA ADIL, Harga Rumah Tidak Selari

BNM - Harga Rumah Tidak Selari Dengan Pendapatan Median Isi Rumah Malaysia

bloglist-malaysia.blogspot
bankami.blogspot.


Malaysia menghadapi kekurangan rumah mampu milik untuk memenuhi keperluan ramai, dengan Bank Negara Malaysia (BNM) memberi amaran, dalam laporan yang lengkap dengan data, yang menunjukkan rumah di negara ini "tidak mampu dibeli" pada 2016 oleh standard antarabangsa.

Untuk mengatasinya, Bank pusat menggariskan lima strategi, termasuk memusatkan inisiatif perumahan mampu milik dan menubuhkan pangkalan data perumahan bersepadu dan pendaftaran pemohon untuk merancang dan memperuntukkan rumah mampu milik.
BNM juga mencadangkan halangan kos kepada perumahan mampu milik dikurangkan, memulihkan lembaran imbangan isi rumah dengan meningkatkan celik kewangan selain meningkatkan pasaran sewaan dengan mengukuhkan rangka kerja perundangan.

"Isu kemampuan untuk membeli rumah sebahagian besarnya disebabkan oleh penawaran dan permintaan yang tidak sepadan, serta pertumbuhan pendapatan yang lebih perlahan," kata bank pusat.

BNM menganggarkan harga rumah mampu milik di negara ini ialah pada maksimum RM282,000 berdasarkan pendekatan beban kos perumahan.
"Bagaimanapun, median harga rumah sebenar ialah RM313,000 (pada 2016), jauh melepasi kemampuan kebanyakan isi rumah, dengan pendapatan median isi rumah kebangsaan hanya RM5,228," katanya dalam buletin suku tahunannya yang dikeluarkan hari ini.

Bank pusat menegaskan bahawa kekurangan bekalan rumah mampu milik terus menjadi masalah.

Ia menggariskan tiga faktor yang menyumbang kepada perumahan tidak mampu dimiliki di Malaysia iaitu bilangan penawaran dan permintaan yang tidak sepadan, pelancaran baharu yang jauh melepasi tahap kemampuan membeli serta peningkatan harga rumah mengatasi pendapatan isi rumah.

"Sejak 2012, bekalan rumah baharu semakin berkurangan berbanding pertambahan permintaan oleh isi rumah," kata BNM.

Sepanjang tahun berkenaan hingga suku pertama 2017, hanya 24% daripada pelancaran baharu dijual pada harga RM250,000 atau kurang, dan hanya 35% isi rumah Malaysia yang mampu memilikinya.

Buletin itu juga menyebut sejak 2007 hingga 2016, harga rumah meningkat 9.8% manakala pendapatan isi rumah hanya meningkat 8.3%.

Kedudukan yang tidak seimbang itu paling ketara dari 2012 hingga 2014, apabila pertumbuhan harga rumah (26.5%) meningkat lebih sekali ganda daripada tahap pertumbuhan pendapatan (12.4%).

Susulan penawaran dan permintaan yang tidak sepadan itu, BNM berkata tahap jumlah hartanah kediaman yang tidak terjual di Malaysia mencatat paras tertinggi dalam tempoh sedekad, dengan 146,497 unit pada suku kedua (S2) 2017, berbanding 130,690 unit pada suku yang sama pada tahun sebelumnya.

Pada suku kedua 2017, hampir 82% unit tidak terjual berharga melebihi RM250,000.

Bank pusat juga berkata pembiayaan terus disediakan untuk pembelian rumah bagi peminjam yang layak, dengan lebih daripada 70% pinjaman perumahan diberikan kepada pembeli kali pertama dan hampir dua pertiga daripada pinjaman perumahan baharu disalurkan kepada pembelian rumah berharga kurang daripada RM500,000.

Bagi penawaran, faktor struktur dan kitaran dalam pasaran perumahan di Malaysia mengakibatkan kegagalan pasaran menyediakan bekalan perumahan mampu milik yang mencukupi kepada orang ramai, manakala dari segi permintaan, pertumbuhan pendapatan isi rumah tidak sepadan dengan kenaikan harga rumah.

"Keadaan celik kewangan yang rendah dalam kalangan majoriti isi rumah Malaysia dan keutamaan budaya ke arah pemilikan rumah berbanding menyewa, turut menyumbang kepada permintaan tinggi untuk pembelian rumah," katanya.

Sumber : MI

Harga rumah di Malaysia sangat tidak mampu milik, kata BNM
kedahlaniie.blogspot
MALAYSIA DATELINEF

Harga rumah di Malaysia berada pada tahap sangat tidak mampu milik, kata Bank Negara Malaysia (BNM).

Bank pusat itu berkata, menurut piawaian antarabangsa, 'rumah mampu milik' ditakrifkan sebagai rumah yang harganya kurang tiga kali ganda pendapatan isi rumah median tahunan.

Sebaliknya, harga rumah di Malaysia kini lima kali ganda pendapatan isi rumah median tahunan, sekaligus menjadikannya sangat tidak mampu milik.

Dalam laporan bertajuk "Rumah Mampu Milik: Cabaran Dan Penyelesaian" yang diterbitkan pada Rabu bersama laporan ekonomi negara suku keempat 2017, BNM berkata, harga median rumah di Malaysia dicatatkan pada RM313,000.

Ini berbanding harga maksimum mampu milik sebanyak RM282,000.

"Hasil daripada ketidakpadanan bekalan-permintaan yang serius ini, bilangan kediaman tidak terjual di Malaysia berada pada tahap tertinggi dalam sedekad iaitu 146,497 unit pada suku kedua 2017, meningkat dari 130,690 unit pada suku pertama 2017.

"Pada suku kedua 2017, hampir 82% kediaman tidak terjual berharga lebih RM250,000," kata BNM seperti di lapor Astroawani.

BNM berkata, tiga faktor utama menyumbang kepada situasi kediaman tidak terjual.

Pertama, ketidakpadanan bekalan dan permintaan.

"Secara purata dari 2014-2016, sebanyak 114,000 rumah baru dibina, jauh lebih rendah dari pembentukan 154,000 isi rumah baru," katanya..

Kedua, lebih banyak kediaman baru dibina pada harga yang tidak mampu milik.

"Dari 2016 hingga suku pertama 2017, 35 peratus isi rumah Malaysia mampu membeli rumah berharga sehingga RM250,000, namun hanya 24 peratus dari rumah baru dibina dengan harga tersebut," tambah BNM.

Ketiga, pendapatan rakyat Malaysia yang meningkat lebih perlahan berbanding peningkatan harga rumah.

"Dari 2007 ke 2016, harga rumah meningkat 9.8 peratus, sementara pendapatan isi rumah rakyat Malaysia hanya meningkat 8.3 peratus."

Bagi menyelesaikan isu rumah tidak mampu milik di Malaysia ini, BNM turut menggariskan lima cadangan yang boleh dipertimbangkan pihak berkaitan.

Antaranya termasuk, dengan menubuhkan pangkalan data bagi mengumpul maklumat dan keperluan pembeli, meningkatkan kadar celik kewangan rakyat dan menggalakkan amalan menyewa rumah kediaman.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sat Mar 3, 2018 7:13 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



"Hentikan Fitnah Ini, Pak Cik Tu Nak Tarik Jubah Je," Lelaki Ini Dedah Cerita Sebenar Kejadian Dalam MRT, Nafi Pak Cik Itu Cuba Untuk Meraba
siakapkeli.my

3 Mac - Baru-baru ini tular satu insiden di dalam MRT dikatakan bahawa seorang lelaki tua cuba mengambil kesempatan meraba penumpang wanita yang duduk di sebelahnya.

Kejadian ini tular apabila penumpang yang duduk bertentangan dengan lelaki tersebut merakam kejadian tersebut dan terlihat seperti lelaki tersebut cuba untuk meraba wanita yang duduk di sebelahnya.

Namun, ada seorang seorang pengguna Facebook yang juga salah seorang penumpang dalam gerabak yang sama telah menafikan bahawa lelaki tersebut cuba untuk meraba tetapi sekadar ingin menarik jubahnya sahaja.

Beliau yang dikenali sebagai Ramesh De Ram telah memuatnaik satu entri di Facebook beliau dan menafikan perkara itu. Beliau juga meminta untuk menghentikan fitnah yang dilemparkan terhadap lelaki tua tersebut.

Ramesh juga berharap semua pihak dapat sebarakan berita ini seluas-luasnya untuk menunjukkan kebenaran yang sebenar. - Siakapkeli.my

Cubaan curi kereta Ferrari Sultan Johor gagal

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net

PETALING JAYA: Seorang lelaki yang berhasrat melarikan kereta jenis Ferrari milik Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar diberkas selepas menceroboh Istana Bukit Serene.

Berita Harian melaporkan suspek berusia 31 tahun dikesan menceroboh masuk ke kawasan istana melalui pintu pagar East Lodge, Jalan Straits View sekitar jam 12.15 tengah hari semalam.

Ketika kejadian, hanya seorang anggota Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF) mengawasi pintu pagar tersebut.

Suspek yang memiliki beberapa rekod jenayah dan dadah bagaimanapun tidak berhenti dan terus masuk ke dalam istana menggunakan kereta Proton Waja.

Semasa di garaj, seorang kakitangan istana melihat kelibat suspek yang masuk ke dalam kereta Ferrari warna biru dalam keadaan mencurigakan sebelum kakitangan terbabit segera menarik kunci kereta berkenaan.

Setelah gagal, suspek kemudian berjalan ke keretanya sebelum memecut kenderaannya melalui laluan sama dimasukinya.

Polis yang menerima maklumat kejadian menjalankan siasatan berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), berhasil memberkas suspek.

Hasil saringan ujian air kencing, suspek yang berasal dari Gelang Patah, Johor itu positif dadah jenis methamphetamine .

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Khader Mohd mengesahkan kejadian berkenaan dan menyatakan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan..
.....
Nampaknya guard Nepal lagi bagus untuk berkawal

"Salah Ke Jadi Suri Rumah," Wanita Ini Terkesan Bila Netizen Anggap Isteri Tak Bekerja Punca Berlaku Sebuah Penceraian
siakapkeli.my

Gambar Hiasan

3 Mac - Baru-baru ini, kecoh di laman sosial apabila seorang pemuzik bebas yang baru sahaja menikahi seorang pelakon sebagai isteri kedua telah menceraikan isteri pertama.

Namun, dalam kekecohan yang melanda, ada sesetengah netizen mendakwa isteri pertama itu tidak bekerja dan hanya menjadi suri rumah sepenuh masa menjadi punca suami menceraikan isteri tersebut.

Adakah salah seorang isteri menjadi suri rumah sepenuh masa? Betul ke suami zaman sekarang tidak suka isteri duduk rumah dan menjaga segala kelengkapan suami dan anak-anak?

Seorang wanita yang juga pengguna Facebook, Intan Dzulkefli telah membidas pendapat bahawa isteri suri rumah sepenuh masa menjadi punca penceraian rumah tangga.

Menurut Intan, seorang suami yang soleh, dia akan tetap menghormati dan memuliakan isterinya tanpa syarat. Bukan hanya cintakan isteri sewaktu issteri boleh memberi manfaat kepada dirinya sahaja.

Jom ikuti perkongsian dari Intan Dzulkefli yang boleh dijadikan pengajaran buat kita semua. Semoga bermanfaat.

Terkesan juga apabila terbaca sesetengah komen netizen tentang berita isteri pertama bakal diceraikan itu. Ya, memang betul, wanita yang ditinggalkan & bakal diceraikan itu ialah surirumah. Namun, janganlah semudah itu mengatakan sebab tidak bekerja itulah punca suami kurang hormat pada isterinya.

Apakah selayaknya isteri hanya akan dicintai, dihormati & dilindungi hanya apabila dia dapat memberikan manfaat buat diri suami?

Maka, kalau begitu, isteri yang tidak bekerja bolehlah dihina? Isteri yang tak mampu memberikan zuriat bolehlah dinista? Isteri yang terlantar sakit & tak mampu lagi menyenangkan nafsu bolehlah dibiar terbiar?

Astaghfirullah hal adzhim.

Sebenarnya, seorang suami yang soleh, dia tetap akan menghormati & memuliakan isterinya tanpa syarat. Bukan hanya cintakan isteri waktu isteri boleh beri manfaat kepada dirinya sahaja, apabila habis manfaat, bolehlah dibuang begitu sahaja.

Bukan begitu! Kerana dia sedar, dia mengambil wanita itu dari bapanya sebagai AMANAH. Amanah ini tanggungjawab. Tanggung bebanannya di dunia & jawab segala persoalan Allah di akhirat. Berat bagi yang faham. Ambil ringan bagi mereka yang jahil.

Wanita yang dipilih Allah untuk menjadi suri rumah tangga, janganlah rasa diri kita hina. Malah, sesetengah ulama' memberikan gelaran 'Rabbatul Bayt' kepada isteri yang duduk di rumah. Rabbatul Bayt memberi makna permaisuri rumahtangga yang mana rumah adalah negaranya, anak-anak adalah rakyatnya & suami adalah rajanya.

MasyaAllah, cantik Ulama' menukilkan posisi suri pada pandangan Islam. Jadi, jika ada yang menghinakan kerana duduk di rumah, anggaplah sahaja mereka tidak berilmu.

Isteri bukan beban, isteri adalah amanah. Isteri bekerja atau tidak bekerja, bekerja dari rumah atau bekerja di luar rumah, nafkah keluarga tetap tugas mutlak seorang suami & bapa. Inilah hal asas rumah tangga Islam. Maka, sepatutnya tidak timbul hal isteri tidak bekerja dianggap sebagai menyusahkan & beban sebagaimana stigma sesetengah masyarakat.

Ada dua hal yang ingin saya randomly highlight untuk muhasabah kita bersama;

1) Wanita, pilihlah lelaki yang beragama sebagai suami. Tidak semestinya ustaz, pak haji, dahi bertanda... tetapi orang yang memegang agama dengan gigi gerahamnya. A practicing muslim. Menjaga solat, menjaga ikhtilat (batas pergaulan) dengan bukan mahram.

Sebagaimana kata Imam Hassan al-Basri, nikahkanlah anak perempuanmu dengan lelaki yang bertakwa kepada Allah, apabila dia mencintai isterinya, dia memuliakannya. A pabila dia tidak lagi cinta, tidak pula dia menghinakan & menzaliminya.

Kadang ada wanita masa bercinta tidak nilai semua aspek ini dengan sebaiknya. Lelaki itu tak jaga ikhtilat, terima sahaja. Lelaki itu tak solat, lelap mata sahaja. Lelaki itu malas bantu ibunya buat kerja rumahtangga, tak rasa apa. Kerana menganggap cinta sahaja sudah cukup. Maaf, hakikatnya cinta sesama manusia sahaja tidak cukup untuk menjayakan sebuah rumah tangga.

Bahkan kata Imam Muda Asyraf, kadang cinta yang menggebu di awal perkahwinan akan bertukar menjadi tolak ansur & rasa ehsan apabila semakin bertambah usia. Inilah yang disebutkan sebagai sakinah, mawaddah & rahmah itu.

Hanya lelaki soleh sahaja nampak segala perubahan tubuh badan isteri sebagai natijah susah payahnya berkhidmat untuk suami & rumah tangga. Lelaki yang bertuankan nafsu akan nampak hal itu sebagai kekurangan isteri & jalan untuk dia mencari ganti.

Begitulah wahai wanita, pilihlah yang beragama & takut Allah. Bila dia jaga hubungannya dengan Allah, dia akan jaga amanahnya sebaiknya. Bila dia takut Allah, dia takut menzalimi insan yang patut dilindunginya dunia akhirat. InsyaAllah kita takkan menyesal.

Istisyarah & istikharahlah dalam memilih jodoh, Rasulullah SAW sendiri jamin kita takkan menyesal.

2) Biarpun bergelar suri rumah tangga, bukanlah menjadi penutup semua pintu hidup kita. Ramai wanita bergelar suri rumah tangga jadi senang stress, hilang semangat, low self esteem hingga akhirnya ada yang depresi, hilang nilai diri & asyik salahkan diri atas apa jua musibah yang terjadi.

Maka, wahai wanita, tidak kiralah apa status kita, bergeraklah dalam kemampuan kita untuk mengejar cita-cita & kekalkan motivasi diri.

- tetap adakan simpanan bulanan. Wajib buat!
- tetap bayar pinjaman pelajaran, hutang wajib bayar.
- usahakan untuk buat komitmen Tabung Haji, investment syariah compliant (contohnya Public Mutual atau beli emas) setahun sekali hasil simpanan sikit-sikit pun tak apa. Asalkan buat.
- jika mampu, ambil life-insurance, buat Private Retirement Scheme (PRS)
- jangan lupa bersedekah. Banyak atau sedikit bukanlah soalnya. Yang penting istiqomah.
- sentiasa upgrade ilmu, amal & potensi diri. Kekalkan dalam circle yang positif.
- jangan sengaja tinggal solat, jangan tinggal al-Quran, jangan sengaja buka aurat & berhias tanpa keperluan. Solatlah, tutup aurat, sentiasa istighfar & banyakkan sedekah, nescaya Allah & Nabi SAW akan sayang kita.

Sayanglah diri sendiri. Jangan harapkan orang lain sayang kita kalau kita sendiri tak sayang diri sendiri terlebih dahulu. Sayang diri kita dengan ikut apa yang Allah & Rasulullah SAW syariatkan. Jangan terikut dengan anasir & trend akhir zaman yang merosakkan.

Dunia ini kadang memang amat melelahkan, maka sentiasa ingat Allah sentiasa ada untuk kita, pertolongan Allah pasti akan tiba. Mahar untuk ke syurga terlalu mahal. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sat Mar 3, 2018 7:13 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Penduduk dakwa Adun Padang Terap gagal laksana tanggungjawab
kedahlaniie.blogspot.

Khairizal menunjukkan jalan raya yang tidak di tar .
Kegagalan Adun Kuala Nerang yang juga merupakan exco kerajaan negeri Kedah dan Ahli Parlimen Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid untuk melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna menyebabkan penduduk kampung dan pengundi menjadi mangsa.
Akibat ketidakpedulian tersebut, kini penduduk di Kampung Belukar Melong, Paya Terap, Kuala Nerang merasa amat kecewa apabila kemudahan asas yang ada di kampung tersebut tidak diberi perhatian.
Selain itu terdapat juga jalan-jalan kampung yang sudah hilang tarnya tetapi tidak diturap semula.
Sementara itu penghadang besi jambatan yang ada di kampung tersebut juga semakin uzur dan boleh membawa kecelakaan sekiranya terjatuh ke dalam sungai.
Salah seorang penduduk yang ditemui, Umar Mohamed berkata, aduan telah pun dibuat kepada JKKK untuk beberapa kali, namun begitu ia tidak pernah diberi perhatian.

"Kami penduduk kampung sudah berkali-kali membuat aduan kepada pihak berkuasa termasuk JKKK.
"Tetapi sehingga kini, tidak ada apa-apa tindakan yang mereka ambil, sedangkan jalan tersebut menjadi laluan masuk dan keluar penduduk kampung..
"Sepatutnya wakil rakyat di sini adalah exco kerajaan negeri, sudah tentu beliau boleh membawa banyak kemudahan kepada kami, sebaliknya ia dibiarkan begitu sahaja," ujarnya kesal.

Khairizal menunjukkan keadaan penghadang jambatan yang tertanggal di Kampong Belukar Melong, Kuala Nerang.
Manakala Che Mat Lat pula amat mengharapkan pihak berwajib boleh membaiki segera penghadang jambatan yang semakin uzur sejak sekian lama.
"Penghadang besi tu dan pun senget dan boleh jatuh bila-bila masa sahaja.
"Ia amat merbahaya pada waktu malam dan ketika hari hujan kerana penghadangnya sudah tidak kuat dan bila-bila masa sahaja boleh terjatuh ke dalam sungai.

Che Mat Lela"Kalau boleh kami amat berharap wakil rakyat kawasan ini yang juga exco kerajaan negeri turun padang dengan secepat mungkin bagi membantu menyelesaikan masalah yang telah begitu lama tidak dipedulikan, " katanya.
Tinjauan yang dibuat oleh Malaysia Dateline bersama-sama dengan Penyelaras AMANAH Parlimen Padang Terap, Mohd Khairizal Khazali mendapat jalan-jalan tersebut sudah tidak diturap begitu lama sehingga mampu memberi kecederaan sekiranya terjatuh.
Disamping itu jalannya juga berlopak dan begitu panjang sehingga masuk ke dalam kampung tanpa diberi perhatian.
"Seharusnya Datuk Badrolhisham selaku exco kerajaan negeri turun padang dan melihat dengan lebih dekat masalah kemudahan asas yang tidak dipedulikan oleh kerajaan negeri di kampung ini.
"Begitu juga dengan keadaan penghadang kepada jambatan yang dijadikan laluan utama penduduk kampung, tetapi ia tidak juga diberi perhatian walaupun boleh mengundang kecelakaan kerana penghadangnya semakin uzur dan tidak kuat.
"Kegagalan exco kerajaan negeri serta Datuk Seri Mahdzir Khalid sebagai Ahli Parlimen Padang Terap membuktikan ia tidak mampu untuk menjadi wakil kepada rakyat dalam parlimen ini, " tegasnya.
Sehubungan itu tambahnya, pengundi khususnya dalam kawasan Parlimen Padang Terap harus menilai kembali prestasi selama lima tahun khidmat wakil rakyat Umno dan BN dalam Parlimen ini sebelum memberi mandat sekali lagi dalam pilihan raya umum ke 14 nanti.

Bayi Yang Lahir Antara 2018 Hingga 2022 Layak Dapat RM200 Percuma ASB Menerusi ADAM50
siakapkeli.my

Berita baik untuk semua ibu bapa yang menimang cahaya mata tahun ini sehingga 2022 kerana anak-anak anda semua layak menerima RM200 percuma berbentuk unit amanah ASB untuk Bumiputera atau AS 1Malaysia (untuk bukan Bumiputera)..

Apa yang perlu anda lakukan ialah pergi sahaja ke Cawangan ASNB atau ejen ASNB seperti Maybank, RHB Bank, Pos Malaysia, CIMB Bank dan lain-lain (maklumat ejen di www.asnb.com.my) untuk membuka akaun anak-anak anda. Jangan lupa bawa sekali myKid anak anda dan juga kad pengenalan ibu/bapa bayi atau penjaga.

Untungnya anak-anak ini, kecil-kecil lagi pihak PNB dan kerajaan sudah menyediakan akaun pelaburan untuk kegunaan mereka di masa depan.

Ibu bapa pula janganlah lepaskan peluang untuk terus melabur dalam akaun yang sudah dibuka untuk anak-anak ini untuk membina Tabung Pendidikan untuk mereka.

Apa untungnya mempunyai akaun ASB/AS1M?

Sepertimana ramai antara kita tahu, ASB dan AS 1Malaysia ini ialah unit amanah harga tetap yang berisiko rendah dan memberikan pulangan yang kompetitif. Contohnya ASB setakat ini sudah memberi pulangan tahunan sekitar 7-8 peratus setahun. Memang untung melabur dalam ASB ni sebab kalau dibandingkan dengan akaun simpanan, pulangannya sekitar 1-2 peratus sahaja.

Bayangkan dengan RM200 percuma ini dan kemudiannya katakan anda melabur serendah RM50 setiap bulan sehingga anak anda berumur 18 tahun, anda boleh membina tabung pendidikan berjumlah kira-kira RM20,000 jika ASB memberi pulangan purata 6% setahun.

Kalau ada duit lebih, melaburlah lebih lagi setiap bulan supaya anda boleh membina tabung pendidikan yang lebih besar untuk anak-anak anda.

Jika kita membina membina tabung pendidikan untuk anak-anak, tidak perlulah mereka meminjam terlalu banyak untuk menyambung pengajian mereka kelak dan kemudian terpaksa pula membayar hutang sebaik mula bekerja.

Bayangkan dengan pinjaman sekitar RM40,000 yang mengenakan caj 1% setahun, anak anda kelak perlu membayar ansuran bulanan kira-kira RM350 sebulan untuk melangsaikan pinjaman pendidikan mereka dalam tempoh 10 tahun.

Macam mana menambah pelaburan dalam ASB/AS1M?

Mudah sahaja, anda boleh melabur di Cawangan ASNB atau Ejen ASNB dan juga menerusi portal myASNB. Selain itu, anda boleh juga melabur menerusi perbankan Internet seperti Maybank2u, CIMBClicks, AffinOnLine dan RHBNow.

Anda boleh menambah pelaburan dalam ASB mengikut kemampuan sehingga jumlah maksimum RM200,000 manakala untuk AS1M, jumlah maksimum pelaburan ialah RM50,000.

Boleh ke kalau anda berminat nak buka akaun ASB untuk anak yang lahir sebelum 2018? Boleh sahaja, cuma mereka tidak layak untuk menerima insentif percuma RM200 berkenaan.

Jadi melaburlah setiap bulan mengikut kemampuan secara tunai untuk membina tabung pendidikan untuk anak-anak anda. Jangan terkejut dengan ASB, melabur RM10 setiap bulan pun boleh.

Sebagai ibu bapa, membina tabungan pendidikan sebenarnya merupakan sebahagian daripada tanggungjawab kita. Jadi sebolehnya sediakanlah tabungan pendidikan untuk anak-anak. Walau sedikit jumlahnya, asalkan dapat mengurangkan beban anak-anak kita kelak, adalah lebih baik berbanding jika langsung tiada..

Untuk maklumat lanjut, layari laman web ASNB di www.asnb.com.my atau Facebook Amanah Saham Nasional Berhad.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: