Thursday, October 29, 2015

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4325

5 Messages

Digest #4325

Messages

Wed Oct 28, 2015 8:34 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Hukum Mengusik Pelatah Supaya Melatah, Apa Kata Dr Maza

siakapkeli.my

KANGAR: Adalah haram untuk seseorang yang bertindak mengusik atau membuatkan seorang pelatah supaya melatah sehingga mengeluarkan kata-kata yang tidak elok untuk didengari atau bertindak melakukan perkara yang membahayakan dan mengaibkan pelatah berkenaan.

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin berkata demikian ketika berada dalam satu kuliah mingguannya di Masjid Alwi di sini malam tadi.

"Di sebalik kita ketawa dengan pelbagai kelakar dilakukan oleh pelatah itu, kita jangan lupa perbuatan sedemikian boleh mengaibkan individu berkenaan dan agama Islam sendiri," katanya dipetik laporan Bernama.

Sebelum ini pada 24 dan 25 Ogos lepas, beliau bersama Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis sebulat suara memutuskan bahawa perbuatan menari untuk berzikir dilarang mengikut syarak.

Mufti negeri Dr Mohd Asri Zainal Abidin berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat ke-29/2015 jawatankuasa tersebut pada 24 dan 25 Ogos lepas.

Beliau berkata perbuatan menari bagi tujuan berzikir adalah bercanggah dengan nas-nas syarak dan tujuan pensyariatan zikir itu sendiri. - Siakapkeli.my

Wed Oct 28, 2015 8:35 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Wanita Luah Kecewa Sikap Sesetengah Manusia Suka Kecam Ibu Yang Tak Dapat Menyusukan Anak

siakapkeli.my

Susulan kejadian seorang wanita yang baru 10 hari melahirkan anak bertindak terjun dari tingkat 16 bangunan rumahnya sehingga maut, seorang wanita meluahkan rasa kecewanya dengan sikap sesetengah pihak yang sering mempertikaikan penggunaan susu formula.

Wanita itu, menggunakan nama Farah Yunus di akaun Facebooknya menyelar sikap sesetengah wanita yang bergelar ibu yang seolah-olah memberi tekanan kepada mereka yang tak mampu menyusukan anak sendiri.

Ujarnya, kebolehan seseorang wanita untuk menyusukan anak datangnya daripada rezeki Allah SWT.

Malah adalah tidak patut untuk terus memberi tekanan kepada seseorang itu sehingga memaksakan mereka mengambil jalan singkat untuk membuat apa sahaja tindakan, termasuk membunuh diri.

Dua hari lalu seorang wanita yang baru 10 hari melahirkan anak dipercayai telah terjun dari tingkat 16 pangsapuri di Bangsar South kerana kecewa gagal menyusu badan anaknya.

Wanita yang dipercayai seorang akauntan berusia 30 tahun itu telah menyerahkan anaknya kepada pembantu rumah untuk diberikan susu selepas bayinya itu menangis dan beliau masuk ke dalam bilik.

Semasa memasuki biliknya dia dikatakan telah terjun dan mayatnya ditemui oleh pengawal keselamatan berlumuran darah ditingkat bawah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. -Siakapkeli.my

Wanita Lepas Bersalin 10 Hari Dipercayai Terjun Dari Tingkat 16 Pangsapuri
siakapkeli.my

KUALA LUMPUR: Seorang wanita yang baru 10 hari melahirkan anak dipercayai telah terjun dari tingkat 16 pangsapuri di Bangsar South kerana kecewa gagal menyusu badan anaknya.

Memetik laporan The Star Online, wanita yang dipercayai seorang akauntan berusia 30 tahun itu telah menyerahkan anaknya kepada pembantu rumah untuk diberikan susu selepas bayinya itu menangis dan beliau masuk ke dalam bilik.

Semasa memasuki biliknya dia dikatakan telah terjun dan mayatnya ditemui oleh pengawal keselamatan berlumuran darah ditingkat bawah.

Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Polis telah mengkalsifikasikan kes berkenaan sebagai kematian mengejut.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Shahrul Mansor berkata, pembantu rumah juga telah diambil keterangan di mana dia menyatakan sebelum kejadian, majikannya itu sedang menonton televisyen di ruang tamu dan telah memanggil beliau mengambil anaknya itu untuk diberi makan.

Wanita itu, yang namanya tidak didedahkan, dikatakan tidak mampu untuk menghasilkan susu untuk menyusukan anaknya.

"Pembantu rumah itu membawa bayi masuk ke dalam bilik lain dan memberikannya susu. Apabila dia datang kembali untuk menyerahkan bayi kembali, dia tidak menjumpai majikannya itu," kata ACP Sharul.

Menurut beliau lagi, pembantu rumah itu dikatakan baru bekerja selama dua minggu manakala suaminya berada di rumah keluarganya di Petaling Jaya pada masa kejadian itu.

ACP Sharul kata ibu si mati telah juga hanya melawat beliau dan bayi yang baru sehari sebelum tragedi itu.

"Menurut kata si suami, isterinya telah berada di bawah tekanan kerana dia tidak dapat menyusukan bayi dan juga telah menyatakan bahawa dia bosan apabila hanya duduk dirumah kerana tiada kerja yang boleh dilakukan," katanya.

Polis mendapati tiada unsur unsur jenayah dalam kes itu. Mayatnya dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat. - Siakapkeli.my

Wed Oct 28, 2015 8:36 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

JAKIM Sahkan Roti Jenama Sweetie Haram Kerana Mengandungi..

bloglist-malaysia.blogspot
btmmari.blogspot.
Posted by canang
Written By canang

Status Halal Roti Jenama Sweetie Ditarik Balik JAKIM. Menurut sumber FB JAKIM, sijil pengesahan halal bagi roti jenama Sweetie keluaran Syarikat Today Bakeries Products (Klang) Sdn. Bhd. telah ditarik balik oleh JAKIM sejak dua bulan lalu. Walau bagaimanapun, penarikan sijil halal tersebut hanya melibatkan produk yang dihasilkan di kilang roti tersebut di Klang, Selangor. Syarikat mempunyai 5 kilang di Malaysia.

Status Halal Roti Jenama Sweetie Ditarik Balik JAKIM
Punca sijil halal di tarik balik - Pelanggaran manual dan Standard Pensijilan Halal Malaysia melibatkan kesalahan-kesalahan kebersihan
Roti Sweetie tidak halal

Semakan ke atas status HALAL roti sweetie di Portal Rasmi Halal Malaysia, mengesahkan yang sijil HALAL roti jenama Sweetie di kilangnya di Klang telah ditarik balik.

Wed Oct 28, 2015 8:37 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Tanggalkan Bateri Dari Vape - MAHB

siakapkeli.my

PUTRAJAYA: Berikutan insiden bateri vape yang tiba-tiba terbakar di dalam pesawat Malindo Air baru-baru ini, Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) berkata penumpang yang membawa rokok elektronik perlu menanggalkan bateri dari peranti vape semasa dalam penerbangan.

Kenyataan oleh MAHB itu dibuat di laman Facebook rasmi miliknya.

Menerusi kenyataan tersebut, MAHB berkata buat masa ini peraturan dari Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) tidak membenarkan rokok elektronik didaftarkan sebagai bagasi tetapi membenarkan peranti itu dibawa oleh penumpang ke dalam pesawat.

"Susulan insiden terbaharu, Malaysia Airports telah melaksanakan langkah-langkah keselamatan tambahan berkuat kuasa serta merta dan penumpang akan diminta supaya menanggalkan bateri daripada peranti," tulis kenyataan itu. - Siakapkeli.my

----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:-
To:
Sent: Sunday, October 25, 2015 11:00 PM
Subject: Fw: Bateri Vape Terbakar Dalam Pesawat Malindo Air

Bateri Vape Terbakar Dalam Pesawat Malindo Air

siakapkeli.my

PUTRAJAYA: Penumpang dan krew penerbangan Malindo Air menjadi cemas seketika apabila bateri vape milik seorang penumpang terbakar secara tiba-tiba.

Dalam kejadian 6.45 petang itu, pesawat yang terlibat; jenis Boeing 737-800; berlepas dari Kota Kinabalu ke KLIA2.

Menurut Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali, kejadian berlaku ketika penumpang terbabit menonton tayangan video di skrin di tempat duduknya.

"Ketika leka menonton secara tiba-tiba bateri vape dalam beg yang berada atas peha lelaki itu terbakar.

"Kebakaran kecil itu menyebabkan beliau mengalami kecederaan ringan di peha dan lengan kiri, namun telah diberikan rawatan segera oleh seorang penumpang lain yang kebetulan seorang doktor," katanya memetik laporan Bernama.

Tindakan pantas dari anak kapal berjaya mengawal kebakaran dan pesawat tersebut selamat mendarat di KLIA2 pada jam 8.44 malam.

Penumpang tersebut kemudian menerima laporan polis sejurus mendarat. - Siakapkeli.my

Wed Oct 28, 2015 8:38 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Selepas Toyota, Kini Honda Pula Umum Kenaikan Harga Kereta

siakapkeli.my

KUALA LUMPUR: Jika sebelum ini pihak UMW Toyota Motor Sdn. Bhd. (UMW Toyota) yang merupakan pengedar kereta Toyota di Malaysia mengumumkan terpaksa menaikkan harga, kini giliran Honda Malaysia mengesahkan akan berlaku peningkatan harga kenderaannya keluaran mereka antara 2 ke 3 peratus bermula Januari 2016 susulan kelemahan nilai ringgit.

Dalam satu kenyataan, syarikat itu berkata kelemahan nilai ringgit telah melonjakkan kos pengeluarannya.

"Penyusutan drastik ringgit meningkatkan kos import komponen dan bahagian kenderaan. Ia meskipun usaha kami mengurangkan kos dan perbelanjaan untuk berdepan kelemahan ringgit," kata ketua pegawai eksekutifnya Yoichiro Ueno.

Beliau juga menyatakan bahawa syarikat akan terus menganalisis kesan kelemahan ringgit terhadap kos syarikat dan senarai harga baharu akan dikeluarkan Disember 2015.

Menurutnya sejak pengenalan model pada harga sedia ada, nilai ringgit telah susut 20 ke 30 peratus.

"Walaupun kebanyakan komponen sudah dibeli lebih awal, namun komponen bagi pengeluaran Januari dibeli pada ketika nilai ringgit lemah ketika ini, jadi separuh daripada kos tersebut terpaksa disalurkan kepada harga akhir produk, " katanya.

Namun, jika ringgit kembali mengukuh, Honda Malaysia akan menilai semula struktur harga yang ditawarkan. - Siakapkeli.my
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

Wednesday, October 28, 2015

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4324[1 Attachment]

8 Messages

Digest #4324

Messages

Tue Oct 27, 2015 7:52 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

KITA KENA NAIK PESAWAT UNTUK BUKTI KERJA KUAT

bloglist-malaysia.blogspot
biaqpila.blogspot
Oleh: biaqpila hensem

Tue Oct 27, 2015 7:52 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Kanak-Kanak Lima Tahun Ditemui Keseorangan di Stesen Minyak

siakapkeli.my

Port Dickson, 27 Okt: Seorang kanak-kanak berusia lima tahun ditemui keseorangan di sebuah stesen minyak di Batu 4, Jalan Pantai, dekat sini.

"Dia tidak menangis, tetapi kelihatan seperti ketakutan. Kami menyangka keluarganya sengaja meninggalkan kanak-kanak ini di sini kerana tidak ada sesiapa datang hingga dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut," kata pekerja stesen minyak tersebut.

Kanak-kanak itu dilihat seperti tidak sihat ketika ditemui kira-kira jam 10.30 malam kelmarin.

Berita penemuan kanak-kanak tersebut kemudian menjadi viral di laman sosial.

Kanak-kanak tersebut kemudian dibawa ke Balai Polis Port Dickson selepas tiada ahli keluarga kanak-kanak tersebut datang mengambilnya.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenda Baharudin Mustapha mengesahkan penemuan kanak-kanak tersebut. - Siakapkeli.my

Ibu Hanya Mampu Menangis Lihat Video Anak Berusia 2 Tahun Didera Pengasuh Pusat Asuhan
siakapkeli.my

Seorang ibu hanya mampu menangis selepas melihat rakaman video yang tersebar menunjukkan anakknya yang berusia dua tahun sedang didera oleh seorang pengasuh pusat asuhan kanak-kanak di Jalan Bukit Kecil, Kuala Terengganu

Ibu tunggal berusia 40 tahun itu yang enggan namanya didedahkan, berkata, laporan polis telah dibuat dibuat kerana tidak mahu kanak-kanak lain menjadi mangsa seperti anaknya.

Menurutnya, dengan melihat video berkenaan segala perosalan mengenai kesam lebam dan bengkak pada bahagian badan anaknya.

"Tergamak dia buat macam tu kepada anak saya, saya rasa nak menangis, semanangat saya baru hendak pulih selepas suami meninggal, mereka buat macam ini dekat anak saya," katanya dipetik laporan berita Astro Awani.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Adris Abdul Ghafar mengesahkan menerima satu laporan mengenai kejadian dan siasatan mengenai kes ini telah dijalankan.

Rakaman video berdurasi 44 saat itu dikatakan dirakamkan pada 15 Oktober telah tersebar di laman sosial yang menimbulkan kemarahan masyarakat. - Siakapkeli.my

Tue Oct 27, 2015 7:53 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

KOS JAGA HIMPUNAN BERSIH 4.0 WALAUPUN SELAMA DUA HARI HANYA RM2,737,440.00 SEDANGKAN HIMPUNAN BAJU MERAH RM4,500,927.50 SEN.
Posted by OMAK KAU!!!!

 

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menanggung hampir sekali ganda kos keseluruhan untuk Himpunan Rakyat Bersatu, atau lebih dikenali 'himpunan baju merah' berbanding himpunan Bersih 4, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan perdana menteri itu berkata, PDRM menggerakkan 191 pegawai dan 2,419 anggota untuk himpunan Bersih 4 pada 29 dan 30 Ogos manakala bagi himpunan baju merah pada 16 September, pasukan keselamatan itu menggerakkan seramai 263 pegawai dan 3,648 anggota mereka.

"Kos keseluruhan untuk himpunan Bersih 4 adalah RM2,737,440 manakala bagi kos keseluruhan himpunan Rakyat Bersatu adalah RM4,500,927.50," kata Zahid dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, Parlimen, hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan ahli Parlimen DAP dari Seremban, Anthony Loke, yang bertanyakan jumlah anggota polis dan kos keseluruhan yang ditanggung PDRM bagi kedua-dua himpunan tersebut.

"Bagi kedua-dua penugasan yang terlibat, PDRM menggunapakai semua elemen dalam PDRM yang terdiri daripada keanggotaan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Cawangan Trafik, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Pasukan Gerakan Am (PGA), Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP), dan Cawangan K9 JSJ, serta lain-lain elemen.

"Kesemua elemen ini adalah di bawah kawal selia ketua polis Kuala Lumpur," kata Zahid, yang juga ahli Parlimen Bagan Datoh.

Tue Oct 27, 2015 7:53 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Amaran Permulaan Monsun Timur Laut Dan Banjir Dibeberapa Buah Negeri Seluruh Malaysia

siakapkeli.my

Kuala Lumpur: Kementerian Sains Teknologi Dan Inovasi (MOSTI) melalui Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan kenyataan media tentang permulaan monsun timur laut yang dijangka akan bermula pada awal minggu pertama bulan November ini.

Monsun timur laut atau lebih dikenali dengai musim tengkujuh ini dijangka akan berakhir pada Mac 2016 di mana negara akan mengalami empat episod hujan lebat yang menyeluruh selama tiga hingga empat hari.

Episod hujan lebat ini dijangkan akan mengakibatkan banjir di beberapa buah negari di Pantai Timur Semenanjung pada November 2015 hingg Januari 2016 dan banjir di Barat Sarawak pada Januari hingga Februari 2016.

Menurut METmalaysia lagi, dengan bermulanya musim tengkujuh ini, masalah jerebu akan pulih disebabkan oleh tiupan angin Timur Laut yang bertiup secara berterusan merentasi Laut China Selatan akan menghalang jerebu sampai ke negara kita.

Selain itu kehadiran fenomena El Nino berintensi kuat pada ketika ini memungkinkan risiko hujan lebat dan banjir besar ekstrem adalah kurang berbanding dengan musim tengkujuh tahun lepas yang melanda beberapa negeri di Pantai Timur Semenanjung.

Orang ramai yang kawasan kediaman mereka sering terlibat dengan banjir diingatkan bersedia lebih awal dengan menyediakan barang-barang keperluan seperti yang telah disarankan oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia yang pernah kami siarkan sebelum ini. - Siakapkeli.my

Tue Oct 27, 2015 7:54 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Ringgit Jatuh Baik Untuk Orang Kampung Kata Pengerusi PAC..

bloglist-malaysia.blogspot
darisungaiderhaka.blogspot
Posted by Anak Sungai Derhaka

Dulu kita ada Hassan Malek, apa saja yang dia cakap boleh kata kebanyakkannya menjadi bahan tawa dan kutukan warga internet sebab lebih banyak kenyataan 'kurang cerdik' keluar dari mulut dia dari kenyataan 'cerdik'.. Hassan Malek tenggelam timbul pulak Hasan Arifin..

Ulasan Nazri Aziz tentang kejatuhan ringgit walaupun tak disukai ramai ada kebenarannya sebab kejatuhan nilai ringgit memang baik untuk negara dari sudut pelancongan..

Nilai matawang negara yang rendah menjadi satu tarikan buat pelancong dari luar untuk melawat negara kita..

Tapi ulasan Ahli Parlimen yang baru jadi Ahli Parlimen dan dilantik pula oleh Najib menjadi Pengerusi PAC ni... hadoiiii..

Pengerusi Kira-kira Wang Negara (PAC) Datuk Hasan Arifin memberitahu Dewan Rakyat bahawa kejatuhan nilai ringgit baik untuk masyarakat luar bandar.

Ini kerana, kata Hasan (BN-Rompin), keadaan itu menyebabkan harga komoditi meningkat.

Harga komoditi meningkat.. jadi orang-orang Kampung sukalah yaa..

Apa dia ingat orang-orang Kampung tu semuanya memiliki ladang-ladang yang besar-besar ke?.. setahu aku ladang-ladang yang besar ni dimiliki oleh Syarikat-syarikat yang besar-besar..

Orang-orang Kampung ni kebanyakkannya ada ladang, tapi hasilnya cukuplah untuk menyara diri dan keluarga..

Ringgit jatuh, orang-orang Kampung nak beli barang makan dan pakai yang elok sikit pun terpaksa berfikir berpuluh kali sebab kebanyakkannya dah naik harga..

Ringgit jatuh.. kalau nak pergi Haji.. tak perlu bawa wang yang lebih ke untuk makan minum di sana?

Bagaimana pula kalau ada antara mereka yang punya anak belajar di luar negara.. ringgit jatuh tapi nilai matawang asing tak turut jatuh.. maka kena tambahlah lagi duit poket untuk anak-anak tu..

Nak bodekpun agak-agaklaaa..

Pengerusi Kira-kira Wang Negara (PAC) Datuk Hasan Arifin memberitahu Dewan Rakyat bahawa kejatuhan nilai ringgit baik untuk masyarakat luar bandar.
Ini kerana, kata Hasan (BN-Rompin), keadaan itu menyebabkan harga komoditi meningkat.
Hasan berkata demikian ketika mencelah perbahasan Rafizi Ramli (PKR-Pandan) berkaitan belanjawan 2016 yang dibentangkan Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak Jumaat lepas.
Pasaran komoditi kini tidak menentu dengan harganya jatuh sepanjang tahun sebelum pilih semula pada Oktober.
Harga Minyak sawit mentah (CPO) ditutup tinggi minggu lepas sementara pasaran getah pula bercampur-campur.
CPO bagaimanapun akan dipengaruhi oleh pergerakan ringgit, menurut peniaga.
Sementara itu, Hasan berkata kerajaan tidak patut menyuntik wang untuk menstabilkan nilai ringgit.
Beliau bagaimanapun tidak mengulas panjang selepas Rafizi tidak lagi memberi laluan kerana kesuntukan masa - Malaysiakini

Patutlah Najib lantik dia jadi Pengerusi PAC... sesuai sangat..

Comments


pasno ·

kelakau betul la mamat nie, kalau macam tu bestla jadi orng kg,harga minyak murah,tol murah,harga barangan runcit murah,sepuluh ringgit kat kampong boleh beli tayar spare.Kenduri-kendara balik kampong ajala.heheheh in macam punya orang ada lagi ka!!

arwah ·

buat pengetahuan korang harga di kampong lebih murah dari Bandar..contohnya harga di Bandar kalau buat SALE sama macam harga tak sale di kampong tapi kena hati hati sebab kadang barang dah nak expired. Bandar mahal mungkin sebab barang baru. Tapi kalau bab baju memang murah sebab baju dah 5-6 tahun yg lalu jadi harga murah. kesimpulannya org kampong makan banyak benda lama manakala Bandar pulak makan benda baru.

The Legend ·

Macam ni punya idea keluar dr mulut pengerusi pac, memang malang sangat2 org rompin pilih dia ni, fikiran tahap budak tadika, jilat jibby no 1, org2 umnuu bule la nk kelentong,

arwah ·

maksud dia tu kau tak faham atau buat tak faham... dia cakap pasal komoditi.. yakni macam kelapa sawit dalam daerah atau kawasan atau jajahan atau negeri di Malaysia. dia bercakap dalam skop yg kecil tapi lagi bagus kalau dia tak cakap atau wartawan tak Tanya.. tapi kalau tak jawab di katakana bodoh atau tak tahu apa apa pulak. jawab dikatakan bingai pulak...hehehehehe elok letak jawatan jer laa.. sebab selagi ada najib selagi tu segala kenyataan akan di katakana membodek.

Nick ·

Hampir kesemua pemimpin UMNO yang berjawatan adalah mereka2 yang bodoh serta bingai. Dengan Najib yang langsung tak pandai apa2 pun sudah semestinya Menteri2 yang dia lantik adalah orang2 yang kebijaksanaan mereka lebih rendah. Hassan Malek dan sekarang Hassan Arifin, kedua2 adalah orang2 yang bodoh maka tidak hairan apabila apa sahaja yang keluar dari mulut mereka adalah bodoh belaka. Tapi mereka tak dapat mengalahkan Najib yang begitu bodoh mendakwa harga kangkung yang turun sepatutnya menyebabkan rakyat berterimakasih dan memujinya sebagai PM yang "terrer"! Bodoh tukil!

Nick.
Cape Tiger.

Tue Oct 27, 2015 7:55 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Wanita Dibelasah, Diragut Dalam Lif Kondominium

kitabantai.info
Posted by Kita Bantai

SEMAKIN berani dan melampau!
Tanpa menghiraukan kamera litar tertutup (CCTV) yang kebiasaannya diletakkan dalam lif, kedua-dua lelaki dalam video ini tergamak menendang dan mengheret seorang wanita yang menjadi mangsa mereka.
Dalam rakaman video yang menjadi viral, mangsa dikenali sebagai Lim, 24, dalam perjalanan pulang ke kediamannya di tingkat lapan sebuah kondominium di Setapak apabila dua lelaki mengekorinya sehingga ke dalam lif kira-kira jam 11.40 malam, 17 Oktober lalu.
Suspek mula bertindak sebelum pintu lif dibuka dengan seorang daripada mereka menolak Lim ke dinding lif.

Ketika cuba bertindak balas, mangsa diheret keluar dari lif dan pada penghujung video, kedua-dua suspek dilihat mengira wang tunai selain memegang beg tangan dan telefon bimbit Lim.
Memetik laporan mStar, Lim berkata, akibat serangan itu dua giginya patah, cedera di dagu dan badan.
Mangsa turut kerugian RM8,000, dua telefon pintar dan kunci kereta.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Supt Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, polis telah mengeluarkan lakaran wajah atau 'fotofit' kedua-dua suspek dan sedang memburu mereka.
Attachment(s) from -:eSpAcE9808:-
1 of 1 File(s)

Tue Oct 27, 2015 7:55 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Suami Isteri Maut, Kereta Menjunam Jatuh Dari Tingkat 5
siakapkeli.my

KUALA LUMPUR: Sepasang suami isteri maut selepas kereta yang dipandu mereka telah terjunam jatuh daripada parking tingkat lima di sebuah bagunan di Taman Duta di sini, semalam.

Mangsa, Paul William Nunis, 71, dan isterinya Mary Nunis Nee Mary, 71, dikatakan hadir ke bagunan tersebut untuk majlis reunion.

Kereta jenis Perodua Kenari yang dipandu William telah hilang kawalan sebelum melanggar tembok tempat parking kereta dan terjatuh di atas pagar besi kawasan bangunan itu dalam keadaan terbalik menyebabkan tiang pagar telah menembusi bahagian dalam kereta.

Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat. - Siakapkeli.my

Pesawat Twin Otter MH3553 Tergelincir Semasa Mendarat Di Mukah
siakapkeli.my

MUKAH: Sebuah pesawat Milik MASwings jenis Twin Otter telah tergelincir semasa mendarat di Lapangan Terbang Mukah pagi ini.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 9.20 pagi itu, pesawat MH3553 yang berlepas dari Miri itu tergelincir selepas tayar belakang sebelah kiri pecah semasa melakukan pendaratan namun semua penumpang dan anak kapal dilaporkan selamat tanpa sebarang kecederaan dilaporkan.

Sehingga kini, pihak Pengurusan Lapangan Terbang Sibu dan MAS sedang membaut siasatan lanjut untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Susulan kejadian itu, semua 11 penerbangan ke Mukah dibatalkan hari ini untuk kerja mengalihkan pesawat dan membersih landasan. - Siakapkeli.my

UNTUK KALI KEDUA DALAM TEMPOH 2 BULAN PESAWAT MASwings TERGELINCIR KETIKA MENDARAT DI LAPANGAN TERBANG MUKAH.

Posted by OMAK KAU!!!!

 

Sebuah pesawat jenis Twin Otter milik syarikat penerbangan MASwings tergelincir ketika mendarat di Lapangan Terbang Mukah, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 9.20 pagi itu, pesawat terbabit membawa lapan penumpang dan dua kru dari Miri.

Jurucakap MASwings memberitahu, sebiji tayar kiri belakang pesawat itu pecah, ketika ia mendarat, namun tiada kecederaan dilaporkan.

Siasatan berhubung insiden itu telah dimulakan untuk mencari punca kejadian.

Dalam pada itu, Malaysia Airport melalui akaun Facebooknya memaklumkan, landasan di Lapangan Terbang Mukah ditutup sehingga jam 7 pagi esok, susulan insiden pada pagi tadi.

Menurut Malaysia Airport, insiden membabitkan pesawat MASwings MH3553 itu, telah menyebabkan landasan berkenaan tidak boleh digunakan.

Ekoran itu, penumpang dinasihatkan menghubungi syarikat penerbangan masing-masing, bagi mengetahui jadual penerbangan mereka.

Ini adalah insiden kedua yang dilaporkan berlaku di lapangan terbang itu, tahun ini.

Pada 26 Ogos lalu, sebuah pesawat sama jenis yang membawa 10 penumpang dan dua kru tergelincir dari landasan, ketika ia melakukan pendaratan dalam keadaan hujan lebat dan angin kencang.

Pesawat itu tergelincir dari landasan dan mendarat di kawasan rumput, namun tiada yang cedera.

Tue Oct 27, 2015 7:55 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom


Tiada lagi bantuan persekolahan RM100 kepada semua

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

Bermula tahun depan, bantuan awal persekolahan 1Malaysia sebanyak RM100 yang diberikan kepada setiap murid sebelum ini, akan hanya diberi kepada mereka yang ibu bapa atau penjaganya yang berpendapatan bawah RM3,000 sebulan.

Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2016 petang ini.

Najib juga mengumumkan pelepasan cukai bagi penjaga yang anak mereka belajar di institusi pengajian tinggi (IPT) dinaikkan daripada RM5,000 kepada RM7,000 bermula 2016.

Gaji minimum naik untuk kurangkan pekerja asing

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

PORT DICKSON - Kerajaan meningkatkan gaji minimum pekerja tempatan dalam Bajet 2016 bagi mengurangkan kebergantungan negara kepada pekerja asing, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata dengan peningkatan gaji minimum itu, kerajaan berharap lebih ramai rakyat dapat memperoleh pekerjaan dalam pelbagai industri di negara ini.

"Langkah ini juga selaras dengan usaha kerajaan mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang 2020... kita harap lebih ramai rakyat kita dapat mengambil alih pekerjaan yang kini dilakukan pekerja asing," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pejabat MCA Telok Kemang di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Barisan Nasional Telok Kemang Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan Pengerusi MCA Negeri Sembilan Datuk Seri Dr Lim Chin Fui.

Beliau diminta mengulas mengenai permintaan Persekutuan Pengilang Malaysia (FMM) supaya kenaikan kadar gaji minimum itu, yang akan dikuatkuasakan mulai 1 Julai tahun depan, ditangguhkan sehingga keadaan ekonomi stabil.

Dalam Bajet 2016, kerajaan menggariskan bahawa gaji minimum untuk pekerja sektor swasta di Semenanjung dinaikkan daripada RM900 kepada RM1,000 sebulan dan daripada RM800 kepada RM920 bagi mereka di Sabah, Sarawak dan Labuan dengan gaji minimum itu tidak terpakai kepada pekerja domestik.

Liow berkata kerajaan telah memberikan tempoh yang lama kepada pengusaha-pengusaha kilang supaya mengurangkan bilangan pekerja asing sebaliknya menggunakan khidmat tenaga kerja tempatan.

"Kita sudah beritahu jangan terlalu bergantung kepada pekerja asing tetapi nampaknya bilangan mereka terus meningkat... ini tak boleh berterusan, kerana kita rasa ini perkara yang serius,"jelasnya.

Selain meminta kerajaan menangguhkan pelaksanaan kenaikan gaji minimum, FMM turut memohon kerajaan mengkaji peningkatan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial daripada RM3,000 kepada RM4,000 kerana ia akan meningkatkan lagi kos perniagaan terutamanya bagi perusahaan kecil dan sederhana.
- Bernama
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com