Friday, October 2, 2015

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4304

8 Messages

Digest #4304

Messages

Thu Oct 1, 2015 8:31 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

JANJI MANIFESTO PAKATAN RAKYAT MAU HAPUSKAN TOL HANYA TINGGAL JANJI APABILA LEBUHRAYA BERTOL EKVE DILULUSKAN OLEH KERAJAAN SELANGOR.
Posted by OMAK KAU!!!!

 

Antara sebab musabab utama betapa Langkah Kajang diwujudkan atas ilham pintar Setiausaha Agung PKR merangkap Naib Presiden PKR dan Ahli Parlimen Pandan YB Rafizi Ramli, kerana Lebuhraya KIDEX mendapat kelulusan dari kerajaan negeri Selangor dibawah pimpinan Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim yang bercanggah dengan janji Manifesto PR PRU ke13 iaitu penghapusan tol jika PR menjadi parti pemerintah negara.

Bukan main lagi masa itu yang paling kuat bertempik dan mengamuk akan keputusan kerajaan Selangor pimpinan Khalid Ibrahim adalah kalangan para wakil rakyat dari DAP dan PKR. Dilabelkan Khalid Ibrahim sebagai khianati harapan rakyat kepada PR yang mau menikmati lebuhraya tanpa tol. Masing-masing berebut untuk kedepan sebagai jaguh rakyat dengan mengutuk keras Khalid Ibrahim, sehinggakan ada sekelompok rakyat yang percaya Khalid Ibrahim adalah pengkhianat dan yang tukang tempik sebagai pejuang rakyat tulin yang mengerti dan menjiwai deritaan rakyat.

Realiti dan akhirnya apa jadi??????

Sempena setahun YAB Hj Mohamad Azmin Ali menjadi Dato' Menteri Besar Selangor, beliau telah menghadiahkan rakyat Selangor satu hadiah yang sangat berharga.

Lebuhraya EKVE yang membelah satu-satunya hutan simpan kawasan tadahan di Selangor, diluluskan oleh kerajaan negeri Selangor di bawah pimpinan beliau.

Selain itu juga, lebuhraya ini dianugerahkan kepada syarikat kroni UMNO/BN, AZRB ....adakah Azmin bersekongkol dengan UMNO?????? ..... Bagaimana dengan perjanjian konsensi tol tersebut????? .... Berapa harga tol yang rakyat sebagai pengguna harus bayar setiap kali menggunakan lebuhraya berkenaan?????? .... Untuk berapa tahun konsesi diberikan yang rakyat terpaksa tanggung??????

Berapakah bayaran tol yang dikenakan????

Terdapat lima persimpangan bertol iaitu di Ampang, Hulu Langat, Bandar Mahkota Cheras, Ukay Perdana dan Sungai Long, ini bertentangan dengan polisi Pakatan yang tercatit dalam buku jingga yang tidak menyokong tol. Tol dikatakan membebankan rakyat ... apakah Lebuhraya Bertol EKVE tidak membebankan rakyat?????

Projek ini mendapat berita sudahpun bermula ..... apa lagi yang boleh rakyat lakukan?????

Dahulunya rakyat bergantung harap pada pakatan, nampaknya harapan itu cuma janji-janji kosong. Mereka membatalkan KIDEX, tetapi meluluskan EKVE pada masa yang sama.

Kesan EKVE lebih 10 kali teruknya dari KIDEX kerana lebuhraya ini merosakkan ekosistem dan hutan simpan yang berusia jutaan tahun!

Yang paling pelik bin hairannya, para wakil rakyat samada Ahli Parlimen maupun ADUN Pakatan yang paling banyak bising mengenai KIDEX seperti Tony Pua dan Rafizi Ramli tidak langsung kedengaran buat bising maupun berbunyi sedikit pun pasal EKVE ini!!!!

Thu Oct 1, 2015 8:32 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

SUBHANALLAH! 6 GAMBAR OMBAK BEKU BUKTI PENAMPAKAN KUASA ALLAH SWT PALING DAHSYAT DAN MENAKJUBKAN

bloglist-malaysia.blogspot
kitabantai.info
Posted by Kita Bantai

Februari telah mencatatkan suhu paling sejuk melanda pantai timur Amerika Syarikat sejak beberapa tahun ini.
Bagaimanapun, di daerah ini, suhu menjadi tersangat sejuk sehingga ombak pun telah mula membeku.

Ia adalah fenomena yang jarang-jarang berlaku tetapi ombak beku yang digelar 'slurpee waves' ini telah berjaya dirakamkan oleh Nimerfroh.

Subhanallah! 6 Gambar Ombak Beku Bukti Penampakan Kuasa ALLAH SWT Paling Dahsyat Dan Menakjubkan

Nimerfroh yang ke pantai untuk bermain luncur ombak sebaliknya dia melihat di ufuk pantai fenomena pelik iaitu ombak yang membeku.
Nimerfroh kemudiannya memuatnaik gambar yang diambilnya itu dalam laman Instagramnya pada Rabu.

Pada keesokan harinya, dia sekali lagi ke pantai yang sama dan mendapati ombak yang membeku itu masih berada di situ.
Dia kemudiannya bertanya kepada para nelayan tempatan dan mereka berkata, inilah pertama kalinya mereka melihat fenomena ombak beku.
Sumber : Viraliyat

Thu Oct 1, 2015 8:33 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom


Mak.. Maafkan Aku

Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
tranungkite.net

Masa aku di Tingkatan 5 dulu, aku pernah herdik mak aku. Aku cakap kat dia "orang tua takda otak". Aku marah dia sebab dia basuh jeans aku pakai Clorox. Habis rosak. Padahal besok tu dah nak raya. Aku bengang. Aku campak jeans tu kat muka dia.

Lepas peristiwa tu, aku tak pernah minta maaf kat dia. Lastnya, mak ok macam tu je. Aku tahu, masa yang berlalu telah merawat luka dia.
Dari tahun ke tahun, aku ada life sendiri. Aku berkerjaya. Berkeluarga. Dan aku ada 2 orang anak. Tapi malangnya, kedua-dua anak aku ni amat sukar untuk aku didik. Diorang amat liar.

Dan start dari aku berumur 17 tahun sehinggalah aku berumur 50 tahun, aku tak pernah rasa tenang dalam hidup aku. Hinggalah tiba satu masa, Allah ingatkan aku tentang dosa yang pernah aku buat pada Mak aku dulu. Ya. Dosa aku herdik dan campak jeans kat muka dia.

Bila aku teringat pasal tu, aku terus balik kampung jumpa Mak. Aku duduk depan dia dan aku cakap aku nak minta maaf kat dia.

Mak cakap, aku tak ada buat salah kat dia. Dan aku memang tiap-tiap tahun pun minta maaf kat dia. Jadi dia pelik kenapa tiba-tiba hari tu aku datang nak minta maaf kat dia.

Aku cakap, Mak mungkin dah tak ingat orang pernah buat salah kat Mak dulu. Masa orang Tingkatan 5, orang pernah marah Mak dan campak seluar orang kat muka Mak. Orang nak minta maaf pasal tu. Maaf sangat-sangat. Masa tu aku dah mula sebak.
Bila aku ceritakan hal tu, muka Mak berubah.

Tangan aku dia genggam erat dan lepas tu dia sentap kuat. Mak cakap, dia takkan lupakan perkara tu. Bahkan dia dah nekad, kalau dia mati, bila berjumpa Allah, dia akan pegang tangan aku. Dia nak cakap : "ya Allah, tangan inilah yang pernah melukakan hati aku. Sedangkan dulu, aku telah berkorban nyawa untuk melahirkan dia. Ya Allah, hukum la dia"

Bila Mak cakap macam tu, serta merta aku menangis depan dia. Aku merayu agar Mak maafkan aku. Tapi Mak tetap berkeras takkan maafkan aku. Aku sedih dan buntu. Akhirnya, aku pulang tanpa mendapat keampunan seorang ibu.

Hari demi hari, aku datang jumpa Mak. Tapi setiap kali aku datang, jawapan Mak tetap sama. Hinggalah sekali tu, aku tidur kat rumah Mak. Lepas solat Subuh, aku datang jumpa Mak. Mak masih bersimpuh di atas tikar sejadah dia dan tengah berwirid.
Selesai Mak wirid, aku pegang tangan Mak. Aku cium tangan tua itu lama-lama. Aku nangis lagi depan dia. Dan masa tu, aku dapat rasakan tangan Mak lembut menyapu kepala aku. Macam membelai rambut aku ketika aku masih kecil dulu-dulu.

Bersama-sama itu, Mak cakap sesuatu yang aku takkan lupakan sampai bila-bila. Mak cakap "Rahman, kalau bukan kerana kesungguhan kau datang berjumpa Mak dan minta maaf dengan Mak, Mak memang takkan maafkan kau sampai bila-bila. Tapi, hari ini, bersaksilah nak, Mak dah maafkan segala kesalahan kau sejak kau dilahirkan sehinggalah Mak akan pergi nanti". Aku angkat kepala dan aku peluk jasad Mak. Sedu-sedu aku nangis di bahu dia. Dah macam anak kecik pun ada. Aku tak kisah. Aku nangis semahunya. Aku sedih dan bersyukur sangat sebab Mak dah maafkan aku. Mak pun nangis time tu.

Dan lepas Mak maafkan aku, aku dapat rasakan satu kelegaan dan ketenangan yang amat sangat. Rasa bahagia yang tidak pernah aku rasakan sejak 50 tahun aku hidup kat muka bumi ni.

Habis tu, aku balik ke rumah. Keluar je dari kereta, kedua-dua anak remajaku datang meluru mendapatkan aku. Mereka cium tangan aku dan peluk tubuh aku. Saat itu, mereka lafazkan kalimah yang aku memang tidak sangka, aku akan ada harapan untuk mendengarnya. Mereka ucapkan : "Maafkan kami ayah.

Kami banyak buat salah pada ayah".

Serentak dengan itu, aku dongak ke langit seraya berkata, benarlah apa yang NabiMu kata Ya Allah. Sesiapa yang berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, maka anak-anak mereka akan berbuat baik balik kepada mereka. Bersama linangan air mata, aku dakap mereka serta aku lafazkan ucapan kesyukuran yang tidak terhingga. Terima kasih Allah. Sesungguhnya, Engkaulah Tuhan sebaik-baik Perencana.

-Tuan-tuan dan Puan-puan, bila memohon ampun dengan ibu bapa, ingatlah kembali kesalahan yang pernah kita lakukan pada mereka. Kita tidak boleh meminta maaf secara umum je pada mereka, tapi kita kena sebut setiap kesalahan khusus yang pernah kita lakukan terhadap mereka. Sekali mereka terasa, dan mereka simpan serta tidak memaafkan kita, nescaya Syurga Allah tak halal buat kita. Nauzubillahiminzalik - Karyawan Bisu

P/S: Jika anda menyukai artikel ini sila kongsikan kepada kawan-kawan anda terima kasih.

Thu Oct 1, 2015 8:33 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Tips Aidil Adha, 9 Sifat Wanita Datangkan Rezeki Suami..

bloglist-malaysia.blogspot.
ibnuhasyim.com
Posted by Ibnu Hasyim

BESOK Hari Raya Korban, bermula dari terbenamnya matahari malam ini. Mari kita sama-sama berkorban. Weblog ini ingin memberi tips kepada pembaca-pembaca budiman, untuk kita sama-sama hadirkan sifat-sifat mulia ini dalam keluarga kita..

Inilah 9 sifat-sifat wanita akan mendatangkan rezki kepada suaminya.

1. Wanita yang taat pada Allah dan rasul-Nya.

Ada empat faktor yang menjadi pertimbangan sebelum menikahi seorang wanita, iaitu kerana..
1.. kecantikannya,
2.. keturunannya,
3.. hartanya dan
4.. agamanya.
Kita diperintahkan untuk memilih wanita kerana faktor agamanya, beruntung sekali jika dapat yang nombor 4 nya. Itulah wanita yang taat pada Allah dan Rasul-Nya, akan membawa rumah tangga menuju syurga, menuju ketenteraman.

Rumah tangga tenteram, nyaman, bahagia adalah rezeki yang sangat berharga. Rumah tangga dinahkodai suami soleh, didampingi isteri salehah akan menjadikan rumah tangga itu berkah, menghasilkan anak-anak saleh/salehah, mendapatkan ridha dan rahmat Allah SWT.

2. Wanita yang taat pada suaminya.

a.. Jika aku boleh menyuruh seseorang untuk sujud kepada orang lain niscaya aku akan menyuruh seorang isteri untuk sujud kepada suaminya (H.R. Tirmidzi dan Ibnu Majah).
Sepanjang perintah suami yang tidak bertentangan dengan agama, maka isteri wajib mentaatinya. Ketaatan seorang isteri pada suaminya akan membuat hati suami tenang damai, dapat menjalankan kewajibannya, dan mencari rezeki yang halal untuk keluarga.

Bagi wanita yang berprofesyen di luar rumah boleh tetap bekerja sepanjang suaminya mengizinkan dan kewajibannya untuk menjaga diri dengan baik di tempat kerja.
a.. "Lelaki adalah pemimpin atas wanita kerana Allah telah melebihkan sebahagian dari mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita) dan dengan sebab sesuatu yang telah mereka (lelaki) nafkahkan dari harta-hartanya. Maka wanita-wanita yang saleh adalah yang taat lagi memelihara diri di belakang suaminya sebagaimana Allah telah memelihara dirinya". (Q.S. An Nisa : 34).
3. Wanita yang melayani suaminya dengan baik.

Tugas utama isteri adalah menjalankan tugas rumah tangga dengan sebaik-baiknya, melayani suami dengan baik serta mendidik anak-anaknya. Isteri yang baik berusaha melayani suaminya dengan baik seperti menyiapkan makanan, keperluan, termasuk kehendak biologisnya, menjaga perasaan suaminya jangan sampai suaminya terluka hati kerana sikapnya.

Wanita yang demikian akan menjadi kesayangan suaminya dan dapat menjadi partner yang baik dalam mewujudkan rumah tangga sakinah dan menarik hal-hal positif dalam rumah tangganya, termasuk rezeki bagi suaminya.

4. Wanita yang berhias hanya untuk suaminya.

a.. "Sesungguhnya dunia itu adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita salehah" (H.R. Muslim).
Adalah sifat wanita yang suka bersolek dan berhias, tapi wanita yang saleh hanya berhias dan menampakkan perhiasan untuk suaminya. Wanita yang jika dipandang suaminya selalu menyenangkan dan tahu bagaimana menyenangkan suaminya. Wanita yang bahkan malaikat pun mendo'akannya akan memudahkan rezeki datang padanya.

5. Jika ditinggal menjaga kehormatan dan harta suami.

Saat suami keluar mencari nafkah, isteri yang ditinggalkan di rumah wajib menjaga kehormatannya, menjaga dirinya dari tetamu yang tidak layak, membatasi keluar rumah jika tidak terlalu penting. Harta suami yang dititipkan padanya dipergunakan pada hal-hal yang bermanfaat dengan seizin suaminya. Wanita seperti ini memudahkan rezeki masuk ke dalam rumahnya sebagai upah dari ketaatannya kepada Allah dan kesetiaan pada suaminya.

6. Wanita yang sentiasa meminta ridha suami atasnya

Wanita ini tahu bagaimana menyenangkan hati suaminya. Menjaga sikap dan perilaku agar tidak menyinggung dan melukai perasaan suaminya. Dia selalu berusaha agar suaminya tidak marah padanya. Dia tidak akan pergi tidur dalam keadaan marah atau meninggalkan suaminya dalam keadaan marah sampai memperoleh maafnya.

Mengajak suaminya bercanda untuk menceriakan perkahwinannya. Berusaha mendidik anak-anaknya dengan baik. Menjaga rahsia perkawinan dari orang lain.

a.. "Mahukah kamu kuberitahu isteri-isteri yang menjadi penghuni syurga, iaitu isteri yang penuh kasih sayang, banyak anak, selalu kembali kepada suaminya, dimana jika suaminya marah dia mendatangi suaminya dan meletakkan tangannya pada tangan suaminya seraya berkata " Aku tak dapat tidur sebelum engkau ridha" (H.R.An Nasai).

Isteri seperti ini adalah isteri yang dimudahkan rezekinya melalui tangan suaminya kerana amalan dan kesetiaan pada suaminya.

7. Wanita yang menerima pemberian suami dengan ikhlas

Wanita yang tidak pernah mengeluh berapapun rezeki yang dibawa pulang suaminya. Selalu ikhlas menerima dan menghargai apapun yang diberikan suami kepadanya. Banyak disyukuri, sedikit pun diterima dengan ikhlas. Wanita seperti ini adalah wanita yang mensyukuri rezekinya.

Allah sudah menjanjikan jika kita bersyukur, Dia akan menambah rezeki kita. Wanita yang bersyukur dan ikhlas rezekinya senantiasa bertambah baik kuantiti mahupun keberkahannya... Akan diberi Allah langsung padanya ataupun melalui suaminya.

8. Wanita yang boleh menjadi partner meraih ridha Allah.

Wanita yang menjadikan rumah tangganya sebagai ibadah, pengabdiannya kepada Allah. Boleh menjadi teman diskusi yang berimbang bagi suami. Dapat melakukan koreksi dan menyampaikan dengan lembut kepada suaminya. Mendengar nasihat dan kata-kata suaminya dengan penuh perhatian.

Sebelum melaksanakan ibadah sunnah seperti puasa sunnah meminta izin kepada suaminya dan tidak melaksanakan jika tidak diizinkan. Dapat menjadi pendorong dan motivator suami untuk meraih kejayaan dunia dan akhirat. Itulah mengapa ada kalimat "dibalik lelaki yang berjaya ada wanita hebat di belakangnya". Kerana wanita seperti ini adalah rezeki utama suaminya.

9. Wanita yang tak pernah putus doa untuk suaminya.

Wanita bersyukur adalah wanita yang menerima semua kehendak /takdir Allah padanya tapi tetap berusaha melakukan yang terbaik termasuk dengan mendoakan suami dan anak-anaknya agar sukses dunia akhirat. Wanita ini tidak pernah putus do'a, tapi menjadikannya sebagai rutin harian, penghias bibir setelah shalat. Wanita ini tahu bahawa rezeki suaminya akan ditambah dan diberkahi jika dirinya senantiasa melibatkan Allah pada langkah suaminya melalui doa-doa yang dipanjatkannya setiap hari.

Begitulah, betapa beruntungnya seorang lelaki yang dapat isteri seperti ciri-ciri di atas. Jika pun isteri belum memiliki ciri-ciri seperti di atas, maka adalah tugas suami untuk mendidik isterinya. Kerana isteri adalah tanggung jawab suaminya dan dia akan ditanya di akhirat tentang hal itu.

Wallahu alam.

Selamat Hari Raya Korban'
Dari Ibnu Hasyim.

Thu Oct 1, 2015 10:52 am (PDT) . Posted by:


Facebook: Fanpage Automobil
http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520

Group Automobil
http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

Web:
OILYMAN
http://oilyman.com.my

Blog In Malaysia
http://bloginmalaysia.com

Kataloh
http://kataloh.com

Cari Mudah
http://carimudah.com

Find And Book the Best Hotel Resort
http://besthotelreviews.org

Enplegu.com
http://enplegu.com

Choosing the Best Hotel Reviews
http://besthotelreviews.info

Blog Soccers
http://blogsoccers.com

Google Adsense Program
http://googleadsenseprogram.com

Azami Entertainment
http://azamientertainment.com

Din Apartment
http://dinapartment.com

University College Online
http://universitycollegeonline.info

Kad Niaga
http://kadniaga.com

Google Adsense Program Info
http://googleadsenseprogram.info

K-Pop Music Download
http://k-popmusicdownload.info

Health Care Definition
http://healthcaredefinition.com

Laptop Skin Sticker
http://laptopskinsticker.com

Thu Oct 1, 2015 10:52 am (PDT) . Posted by:


Assalammualaikum dan salam sejahtera.

1. Setiap hari group Automobil menyiarkan purata 20 email. Dalam sebulan sebanyak 580 - 620 email disiarkan.

2. Terdapat 2 cara keahlian iaitu:

a. Melalui email:
Apabila anda menjadi ahli melalui email iaitu menghantar email ke automobil-subscribe@yahoogroups.com anda akan menerima setiap email yang disiarkan oleh Automobil termasuk attachment. Cara ini bersesuaian dengan ahli group yang sering membuka email setiap hari, dua atau tiga hari sekali.

b. Melalui laman web:
Anda menjadi ahli dengan melayari laman web Automobil iaitu http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil . Semasa mengisi borang permohonan anda boleh memilih cara keahlian anda seperti berikut:
Message Delivery
b1. Individual emails. Send individual email messages.
b2. Daily digest. Send many emails in one message.
b3. Special notices. Only send me important update emails from the moderator.
b4. No email. Don't send me email, I'll read the messages at the Web site.

c. Anda boleh menukar cara menerima mesej pada bila-bila masa dengan klik kepada Edit My Membership di laman utama.

3. Kepada ahli-ahli yang jarang membuka email ataupun kepada sesiapa yang tidak gemar menerima email yang banyak dari Automobil setiap hari, anda boleh memilih 2 cara keahlian yang mungkin bersesuaian dengan anda.

a. Daily digest:
Hanya 1 email sahaja yang akan diterima setiap hari atau 29-31 email sebulan iaitu rangkuman semua email yang disiarkan oleh Automobil. Cara ini juga tidak akan menerima attachment yang disiarkan oleh Automobil. SILA PADAMKAN KANDUNGAN EMAIL YANG TIDAK PERLU JIKA INGIN 'REPLY' EMAIL TERSEBUT ATAUPUN EMAIL ANDA TIDAK AKAN DISIARKAN.

a1. Cara menukar keahlian kepada daily digest ialah dengan menghantar email kosong ke: automobil-digest@yahoogroups.com atau menukar melalui laman web seperti yang telah diterangkan.

a2. Untuk menerima kembali email secara normal sila hantar ke automobil-normal@yahoogroups.com .

b. No email:
Anda tidak akan menerima email dari Automobil, sebaliknya terpaksa masuk ke laman web Automobil di http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/messages . Attachment juga tidak dapat dilihat kerana Yahoo tidak lagi menyimpan attachment di ruangan Messages.

a1. Cara menukar keahlian kepada no email ialah dengan menghantar email kosong ke: automobil-nomail@yahoogroups.com atau menukar melalui laman web seperti yang telah diterangkan.

a2. Untuk menerima kembali email secara normal sila hantar ke automobil-normal@yahoogroups.com .

4. Sekiranya ada pertanyaan sila hubungi automobilowner@yahoo.com .

Sekian, terima kasih.

Iwan
AutomobilOwner.

Thu Oct 1, 2015 10:52 am (PDT) . Posted by:


Fri Nov 30, 2012 9:22 pm
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

Salam Sejahtera semua.

Mulai 28 November 2012, ahli group Automobil tidak boleh "HIDE ID".
In disebabkan polisi baru Yahoo Groups yang tidak membenarkan menukar alamat email asal seperti sebelum ini.

Jadi kepada sesiapa yang ingin "HIDE ID" sila email dan minta pada kawan-kawan anda untuk melakukan posting sekaligus merahsiakan alamat email syarikat tempat anda bekerja.

Group Automobil juga telah memberikan akses penuh kepada kebanyakan ahli yang aktif terus post email ke group tanpa tapisan moderator tetapi masih di pantau.

Sekian,
Terima Kasih.
Iwan

Thu Oct 1, 2015 10:52 am (PDT) . Posted by:


Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Kepada ahli-ahli group yang telah "DISEKAT" dari menghantar email ke
group dan inginkan status normal (Boleh Post ke Group) sila email ke
automobil-owner@yahoogroups.com untuk tindakan lanjut.

Kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh mereka yang ditarik
keistimewaan menghantar email ialah:
1. Menghantar email yang tidak berkaitan Automobil.
2. Spam.
3. Menghantar virus samada sengaja atau tidak sengaja (pastikan anti
virus anda diupdate).
4. Skim cepat kaya, mlm dan lain-lain lagi.

Kepada semua ahli group yang semakin meningkat(keahlian terkini 6301
members)diharap dapat bekerjasama dengan moderator dengan tidak
melakukan kesalahan-kesalahan diatas supaya anda tidak menghadapi
masalah pada masa akan datang.

Kerjasama anda dihargai.

Sekian, terima kasih.
Irwan
AutomobilOwner

Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: