Friday, October 9, 2015

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4310[2 Attachments]

7 Messages

Digest #4310

Messages

Thu Oct 8, 2015 8:24 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Tiga Pelancong Maut Kemalangan Babitkan 2 Bas & 1 Lori dekat Yong Peng

siakapkeli.my

BATU PAHAT 7 Okt. - Tiga pelancong dari China dilaporkan maut dan 14 cedera dalam satu kemalangan yang membabitkan dua buah bas dan sebuah lori di Kilometer 94.1, Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan berhampiran Yong Peng pada 5.15 petang tadi.

Dalam kejadian itu, 24 penumpang dalam sebuah lagi bas terselamat manakala pemandu lori terbabit cedera.

Menurut Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Yong Peng, Bakariya Mohd. Salleh, panggilan kecemasan diterima oleh pihaknya kira-kira jam 5.26 petang dan mereka tiba di lokasi 10 minit kemudian.

Mayat mangsa dan penumpang yang tercedera dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail. - Siakapkeli.my

Video kejadian (Amaran - video ngeri) : Youtube

Thu Oct 8, 2015 8:26 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom


Diajak minum teh: 'Tak boleh bang, kerja'

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

KISAH mengenai seorang posmen yang mengutamakan kerjanya walaupun diajak berehat sebentar dan menikmati teh panas ketika hujan lebat mengusik hati dan menarik simpati pelayar di laman sosial Facebook.

Melalui sebuah perkongsian pada 2 Oktober lepas, seorang pelayar berkongsi kisah seorang posmen masih melakukan penghantaran walaupun hujan turun dengan lebat.

"Orang ramai di sekelilingnya duduk selesa, makan minum dan berketawa. Dia (posmen) cuma berdiri di situ di dalam hujan," tulisnya.

Menurut pelayar itu, dia kemudian membelikan sebungkus pai dan memberikan kepada posmen tersebut.

"Awak nak teh panas?," tanyanya kepada lelaki itu.

Namun kemudian dijawab dengan "tak boleh bang, kerja...".

Walaupun dipujuk, posmen tersebut masih enggan dan meletakkan pai tersebut di tempat simpanan barang di motosikalnya.

Perkongsian tersebut nyata mendapat respon positif netizen yang mencadangkan supaya posmen tersebut diberikan insentif.

"Disebabkan keramahan dan sifat baik anda, saya bertindak belikan nasi lemak atau minuman kepada pengawal di apartmen saya. Bukan kita tidak mahu jadi pemurah, tapi kita lupa," kata Pamela.

"Tak boleh, kerja bang. Inilah tandanya orang yang tidak mencuri ketika kerja.." kata Ummi pula.

"Semoga Tuhan rahmati anda berdua.." kata Rozian. - Sinar Harian

Thu Oct 8, 2015 8:26 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Lelaki Campak Duit, Panggil Anggota Penguatkuasa Wanita Anjing

siakapkeli.my

Dua lelaki bertindak kurang ajar selepas mendapati tayar mereka telah dikunci oleh seorang anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dengan mencampak duit ke lantai dan memanggil seorang penguatkuasa wanita sebagai anjing.

Anggota penguatkuasa wanita itu dikatakan bertindak sedemikian setelah mendapati kenderaan tersebut diletakkan ditempat yang memang dilarang meletak kenderaan.

Melalui rakaman video, dua lelaki berkenaan dilihat marah dengan memaksa anggota penguatkuasa membuka kunci tayar berkenaan dengan kata-kata yang tidak sepatutnya.

Dia dilihat bersama rakannya cuba membuka kunci tayar berkenaan sendiri sambil menjerit dan mengarahkan anggota penguatkuasa itu segera membuka kunci yang dipasang itu.

"Gua bukan tak ada duit ada banyak lagi, lu buka (kunci) la… kalau tak mau buka tak apa.. lu mau lu buka wa kasi duit (denda kompaun)… lu sekarang buka (kunci tayar), wa kasi duit…" jeritnya berulang kali.

Bagaimanapun, rakan setugas anggota penguatkuasa wanita berkenaan memberitahu bahawa mereka perlu membayar kompaun dahulu sebelum kunci tayar dibuka.

"Lu tak payah takut, wa tarak lari punya… lu tak payah ambil gambar, wa tarak takut punya.

"Lu panggil siapa pun wa tarak takut punya, wa tarak takut sama lu ma" ujar lelaki itu yang tidak berpuas hati.

Kemudian dilihat rakannya telah mengeluarkan wang dan mencampakkan ke lantai dengan begitu angkuh sebagai tanda protes.

Namun anggota wanita berkenaana dilihat profesional bertindak tanpa emosi dengan mengutip duit yang dicampak itu, Namun apabila duit itu dipungut rakan lelaki tadi berkata "cepat buka, anjing!"

"Yang pi lempar duit itu awat, jatuhlah maruah kita" ulas rakannya yang kesal dengan sikap tersebut. - Siakapkeli.my

INILAH BUTIRAN PEMILIK KERETA YANG PANGGIL PEGAWAI PENGUATKUASA WANITA ANJING SAMBIL MENCAMPAKKAN WANG.

Posted by OMAK KAU!!!!

 

GEORGETOWN - Biadab ... Itulah perkataan yang boleh digambarkan mengenai sikap dua lelaki yang mengeluarkan kata-kata kesat terhadap tiga anggota penguatkuasa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) kerana berang tayar kereta mereka dikunci di Lebuh Campbell kelmarin.

Bukan itu sahaja, perbuatan salah seorang lelaki yang melemparkan wang kompaun kepada seorang anggota penguatkuasa turut dikecam orang ramai apabila video berkenaan tersebar di media sosial sejak pagi tadi.

Difahamkan, kedua-dua lelaki itu tidak berpuas hati apabila kenderaan mereka dikapit sebaliknya menggesa tiga anggota penguatkuasa wanita itu membuka kunci berkenaan.

Dalam video berdurasi 2 minit 3 saat itu, kedua-dua lelaki terbabit kelihatan cuba membuka tayar bagi menanggalkan kunci berkenaan.

Bagaimanapun, selepas gagal membukanya, seorang lelaki memaksa anggota penguatkuasa membuka alat itu terlebih dahulu sebelum membayar kompaun.

Namun anggota penguatkuasa berkenaan tidak mengendahkannya tetapi mengarahkan mereka membayar kompaun terlebih dahulu sebelum kunci berkenaan dibuka.

Seorang lelaki kemudian mengeluarkan duit dari poket sebelum melemparkan kepada anggota penguatkuasa berkenaan sambil mengeluarkan kata-kata kesat.

Difahamkan, mereka turut menggelarkan anggota penguatkuasa berkenaan sebagai anjing selain mengeluarkan kata-kata berbaur ugutan. Difahamkan, bimbang sesuatu perkara buruk akan berlaku selepas diugut lelaki terbabit, anggota MBPP yang terlibat membuat laporan di Balai Polis Central pada hari yang sama.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.

Bagaimanapun menurutnya, laporan berkenaan ditarik balik oleh pengadu.

"Kita akan tetap menjalankan siasatan kejadian itu sebelum mengambil sebarang tindakan lanjut," katanya.

Maklumat pemilik kenderaan

MyVi 1.5 SE (Auto)

Bok Kwong Shen

900216-07-5399

Block 21-2-13 Tingkat Paya Terubung 3, Ayer Itam Penang

 
Attachment(s) from -:eSpAcE9808:-
1 of 1 File(s)

Thu Oct 8, 2015 8:27 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Allahu Akbar...Mujahiddin Syria berjaya mengalahkan gabungan tentera Syiah Syria, Iran dan Rusia
bloglist-malaysia.blogspot

Dicatat oleh ustazcyber.

DAMSYIK – Pada Rabu (7/10/2015) gabungan tentera Syiah Syria, Syiah Iran, Komunis Rusia mengerahkan pasukannya yang dilengkapi dengan berbagai macam persenjataanya untuk kembali menguasai daerah-daerah pinggiran kota Hama dan sebagian besar provinsi Idlib yang telah berhasil dibebaskan oleh para pejuang Syria, menurut sumber yang diperoleh Arrahmah dari jurnalis lapangan di Syria.

Setelah mendapat kekuatan tambahan dari pasukan Iran dan Rusia, pasukan rejim Syria merasa lebih memiliki kepercayaan diri dalam menghadapi pejuang Syria.

Dengan mendapat dukungan yang luar biasa dari Iran dan Syria, pasukan rejim Syiah Syria memulai serangan besar-besaran terhadap posisi pejuang Syria, terutama yang berada di pinggiran kota Hama dan Provinsi Idlib. Tepatnya di kota Lothominah dan Kufur Zeta dan jalan menuju ke kota Kufur Nabudzah.

Serangan dahsyat itu dimulai dengan persenjataan berat, baik dengan tembakan roket darat, tembakan meriam, mortar kemudian disusul dengan serangan pesawat tempur Rusia ke posisi yang diduga menjadi markas pejuang Syria. Setelah itu pasukan darat rejim Syiah Syria dan sekutunya maju kedepan dari arah kota Murik, kota perbatasan antara Provinsi Hama dan Idlib menuju desa Lathmi dan Shoyyad.

Menghadapi serangan besar-besaran tersebut, pejuang Syria dengan penuh kegigihan dan keberanian menghadapi serangan tersebut. Setelah melalui pertempura sengit, pejuang Syria berhasil mengalahkan pasukan aliansi rejim Syiah Syria dan sekutunya, dan membunuh banyak pasukan penyerang serta menghancurkan banyak sekali tank tank Rusia.

Untuk sementara kerugian yang dialami oleh pasukan aliansi rezim Syiah Syria dan sekutunya sebagaimana berikut…

1. 25 tank dihancurkan.

2. 5 tank Rusia jatuh ketangan pejuang Syria.

3. 5 BMB berhasil dihancurkan.

4. 3 truk pengangkut pasukan dihancurkan .

5. 3 buah Meriam 57 mm dihancurkan .

6. 1 meriam 23 mm dihancurkan.

7. 1 senapan mesin berat 14.5 mm dihancurkan.

8. Sekitar 300 pasukan syiah dan pasukan penjajah rusia terbunuh.

Sampai berita ini ditulis mobil mobil ambulans terus mengangkut korban terbunuh dan luka-luka dari pihak musuh menuju rumah sakit yang ada di kota Hama. (Arrahmah.com)

 

Thu Oct 8, 2015 8:27 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Kpd Puak-Puak Ketuanan Bodoh : Pemenang Nobel Prize Ekonomi Kata M'sia Will Lose RM75b In Trade After TPPA. Boleh Paham Ke?

bloglist-malaysia.blogspot
Posted by Jeebond BLM
Kpd Puak-Puak Ketuanan Bodoh : Pemenang Nobel Prize Okonomi kata M'sia Will Lose RM75b in trade after TPPA. Boleh paham ke?

Jadi sekarang soalan cepu mas untuk puak2 ketuanan bodoh ialah bagaimana kita BOLEH begitu successful selama 58 tahun ini TANPA sebarang TPPA atau FTA? Can you explain?

Siapa boleh jawab? Sila angkat tangan.

Siapa tak tahu jawab berdiri atas meja. Bodoh.

Apakah tanpa TPPA kita tidak boleh mencapai Wawasan 2020?

Apakah tanpa TPPA ladang getah tidak ada lagi getah?

Atau ladang kelapa sawit tidak ada lagi hasil kelapa sawit?

Apakah TPPA boleh tambahkan keluaran getah dari pokok getah secara ajaib?

Apakah TPPA boleh tambahkan keluaran kelapa sawit dari pokok kelapa sawit secara ajaib?

I would tell you to use your akal, tetapi masalahnya kau orang ini tak ada akal.

The TPPA is designed to make the American corporations and the big business people rich.

Jangan sekali-kali fikir puak-puak Amerika ini tiba-tiba sudah bertaubat dan sekarang ingin membantu kita jadi kaya pula. How stupid can you get?

Thu Oct 8, 2015 8:28 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Penduduk Gua Musang Gempar Bom Meletup Atas Jalan, Sepasang Suami Isteri Maut

siakapkeli.my

Sepasang suami isteri terkorban apabila motosikal yang dinaiki tiba-tiba meletup yang dipercayai berpunca daripada bom buatan sendiri di Jalan Pulai, Gua Musang pagi ini.

Kejadian yang berlaku kita-kira jam 9:30 pagi menggemparkan orang ramai yang sedang menjalankan aktiviti harian.

Mangsa yang tinggal di Kampung Batu Papan 2 di sini dikenali sebagai Ah Mok dan isterinya, Kim Fong berusia 70-an bekerja sebagai penoreh getah.

Menurut Ketua Polis Daerah Gua Musang, Supritendan Saiful Bahri Abdullah mengesahkan kejadian berkenaan.

"Kejadian berlaku ketika jalan agak sunyi ketika pasangan berkenaan sedang keluar untuk sarapan pagi di kedai berhampiran."

"Bom buatan sendiri itu berkenaan yang sudah dipasang pada motosikal meletup menyebabkan mayat kedua-dua mereka berkecai dan tercampak ke kawasan semak berhampiran," katanya.

Pihak polis kini dalam siasatan lanjut dan pihak forensik daripada Kuantan telah datang untuk membantu siasatan.

Beliau juga menasihatkan orang ramai suapaya tidak mengaitkan kejadian dengan isu perkauman, agama atau politik. - Siakapkeli.my

Petikan video berita RTM

ANAK ANGKAT SEPASANG SUAMI ISTERI YANG MATI BERKECAI AKIBAT LETUPAN BOM BUATAN SENDIRI DITAHAN REMAN 7 HARI.

Posted by OMAK KAU!!!!

 

GUA MUSANG: Anak angkat pasangan suami isteri yang mati berkecai apabila motosikal yang ditunggang mereka meletup akibat bom buatan sendiri pagi semalam, ditahan reman selama seminggu bermula hari ini hingga Rabu depan.

Perintah tahanan reman terhadap suspek berusia 27 tahun itu dikeluarkan Majistret Mohd Izuddin Mohd Shukri kira-kira jam 9.30 pagi ini.

Suspek yang tiba di mahkamah kira-kira 8.30 pagi memakai pakaian lokap berwarna ungu sambil bergari diiringi anggota polis.

Dalam kejadian jam 9.10 pagi semalam, sepasang suami isteri maut selepas motosikal yang ditunggang mereka meletup berpunca daripada bom buatan sendiri dipercayai angkara anak angkat mereka.

Kejadian di Kampung Pulai itu menyebabkan mayat mangsa masing-masing berusia 72 tahun berkecai dan serpihan badan mangsa bertaburan hingga 40 meter.

Ketika kejadian, pasangan suami isteri berkenaan dari rumah mereka di Kampung Batu Papan menghala Lembaga Getah Malaysia (LGM) sebelum motosikal yang ditunggang mereka meletup.

Suspek yang juga anak angkat mangsa ditahan di rumahnya kira-kira sejam selepas kejadian.
Attachment(s) from -:eSpAcE9808:-
1 of 1 File(s)

Thu Oct 8, 2015 8:28 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

SEORANG GADIS BELASAN TAHUN PAKSA IBUNYA MELUTUT MOHON MAAF KERANA TIDAK MAMPU BELIKAN iPHONE UNTUK DIRINYA.
Posted by OMAK KAU!!!!

 

Wanita ini merupakan orang kurang upaya, tetapi baginya tiada apa yang mustahil asalkan anaknya ada bersamanya. Dia akan bagi apa sahaja yang anaknya inginkan selagi mampu.

Tanpa ibu bapa, kita bukanlah sesiapa dan kita tak akan ada pun di dunia ini. Mereka yang melahirkan kita dan membesarkan kita menjadi siapa kita pada hari ini.

Walaupun kita sudah berkahwin mereka masih sedia membantu dan melindungi kita. Apa yang mereka mahukan sebagai ganjaran? Tak ada apa selain disayangi dan dihormati.

Walau pun ibu bapa menyayangi kita lebih dari apa pun di dunia ini, mereka tidak mampu beri kita segalanya. Wanita ini tidak mampu untuk membelikan anaknya iPhone dan apa yang anaknya lakukan adalah membiarkan ibunya melutut meminta maaf.

Anaknya yang baru berusia 15 tahun ini nampaknya tidak sedikit pun berasa bersalah apabila diperhatikan oleh orang ramai malah terus memarahi dan menengking ibunya. Wanita ini menangis namun anaknya tidak berganjak sedikit pun.

Gadis ini sepatutnya membantu ibunya bangun tetapi dibiarkan ibunya dalam keadaan yang memalukan. Hanya kerana iPhone sanggup memperlakukan ibunya begitu.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: