Monday, October 19, 2015

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4316[2 Attachments]

6 Messages

Digest #4316

Messages

Sun Oct 18, 2015 7:55 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Dua Lelaki Dibelasah Selepas Ceroboh Rumah, Alasan Mahu Tangkap Biawak

siakapkeli.my

Ledang: Dua orang lelaki yang memberikan alasan tidak masuk akal dengan mendakwa mahu menangkap biawak menyebabkan mereka menceroboh sebuah rumah telah menimbulkan kemarahan orang kampung Parit Zing, Bukit Gambir di sini.

Memetik laporan Harian Metro, kedua-dua mereka yang berusia 30-an itu diikat dengan wayar elektrik sebelum dibelasah beramai-ramai selepas ditangkap berada dalam rumah seorang penduduk.

Menurut seorang saksi, lebih dari 20 orang penduduk telah mengepung rumah berkenaan selepas dimaklumkan terdapat dua individu tidak dikenali berada di dalamnya.

Menurutnya, penduduk mengambil tindakan itu selepas melihat suspek berlegar-legar di kawasan luar pagar rumah berkenaan dengan membawa keluar sebuah periuk besar.

"Terdapat beberapa kesan mencurigakan ditemui di rumah yang diceroboh itu termasuk pagar tepi dan kabel elektrik yang dipotong.

"Lelaki itu panik sebaik menyedari penduduk mengepung kawasan rumah itu dan cuba melarikan diri, namun gagal apabila berjaya ditangkap dan diserahkan kepada polis," katanya.

Hasil pemeriksaan penduduk kampung, didapati beberapa alat pendingin hawa dan barangan lain termasuk periuk besar dalam rumah berkenaan hilang dipercayai angkara perbuatan suspek.

Cerita beliau lagim selepas berjaya ditangkap mereka memberikan alasan kononnya mahu menggakap biawak di dalam rumah tersebut menyebabkan penduduk yang berang terus membelasahnya beramai-ramai.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ledang Superintendan Mohd Salleh Abd Razak ketika dihubungi mengesahkan kejadian. - Siakapkeli.my

Pemandu Bot Pelancong Cedera Parah Ditetak Tiga Lelaki Bertopeng
siakapkeli.my

BESUT: Seorang lelaki yang bekerja sebagai pemandu bot pelancong di Pulau Perhentian cedera parah apabila telah ditetak berkali-kali oleh sekumpulan tiga lelaki bertopeng ketika mangsa sedang berasa di kedai gunting di Kampung Pachakan dekat Kuala Besut, di sini, petang kelmarin.

Memetik laporan Sinar Harian, kejadian yang dipercayai berlaku kira-kira jam 2.30 petang itu, mangsa yang berumur 23 tahun ditetak dengan menggunakan pedang oleh suspek terbabit.

Ketua Polis Besut, Superintendan Khaled Che Lah berkata, kejadian berlaku ketika mangsa bersama seorang rakannya berusia 21 tahun berada di dalam sebuah kedai gunting apabila tiba-tiba datang sebuah kereta Proton Perdana berwarna hitam berhenti di hadapan kedai.

Menurut Khaled, lelaki yang bertopeng berkenaan telah menyerbu masuk ke dalam kedai gunting tersebut.

"Rakan mangsa yang ketakutan selepas melihat kehadiran suspek terus bersembunyi di bawah kerusi manakala mangsa melarikan diri melalui belakang kedai."

"Mangsa yang cuba melarikan diri telah dikejar oleh suspek sebelum ditetak berkali-kali menyebabkan mangsa cedera parah sebelum beredar meninggalkan mangsa,'' katanya.

Khaled berkata, mangsa mengalami kecederaan parah apabila mengalami kecederaan di bahagian kaki kiri serta kepala, lengan, tangan, ibu jari, buku lali dan betis sebelah kanan,

"Mangsa telah dikejarkan dengan ambulan ke Hospital Besut sebelum dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan untuk rawatan lanjut," katanya lagi.

Khaled berkata, kes ini disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah. - Siakapkeli.my

Sun Oct 18, 2015 7:57 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Impian Sultan Johor Jadi Kenyataan
siakapkeli.my

MELBOURNE, 15 Okt - Impian Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskadar untuk memilik trak Mack paling mahal di dunia akhirnya tercapai apabila trak itu diserahkan kepada baginda di satu majlis penyerahan yang diadakan di Brisbane hari ini.

Trak tersebut dilaporkan mengambil masa setahun oleh pengeluar trak terbabit.

Antara keistimewaan trak itu adalah dilengkapi dengan 6 CCTV, dua set televisyen, ruang dapur, barbeku, katil serta kerusi yang dijahit dengan 72,000 jahitan benang emas.

Lebih menarik, bahagian depan trak tersebut dihias dengan lambang harimau yang sedang mengaum diperbuat daripada emas.

"Ini impian beta, adakah beta tersenyum?", kata baginda ketika mengulas tentang trak tersebut.

Harga sebenar trak itu dirahsiakan tetapi menurut rekod, trak itu semestinya lebih mahal dari trak sebelumnya yang berharga A$481,000 (RM1.5juta)

"Beta sentiasa menghargai kemahiran kebolehan jurutera Australia dan mengumpul beberapa kereta Holden sejak beberapa tahun sebelum ini", kata baginda.

"Beta berharap dapat mempamerkan hasil kerja ini kepada rakyat Johor sebaik sahaja ia dibawa ke Malaysia", kata baginda lagi.

Trak tersebut dijangka tiba di Malaysia hujung bulan ini dan pemanduan pertamanya akan dilakukan bagi tujuan amal.

Trak tersebut dapat menghasilan 685hp kuasa kuda dan mempunyai kelajuan maksimun 100km/h. - Siakapkeli.my

Sultan Johor miliki trak Mack termahal di dunia
bloglist-malaysia.blogspot.
lagiberita.blogspot.

MELBOURNE: Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mencapai impiannya memiliki trak 'Mack' termahal di dunia, pada majlis penyerahan yang diadakan di King George Square di pusat perniagaan Brisbane.

Trak mewah itu mengambil masa setahun untuk disiapkan di ibu pejabat pengeluar Wacol, di barat daya Brisbane.

Menurut laporan ABC News, trak itu memiliki beberapa keistimewaan, termasuk dilengkapi enam kamera litar tertutup, dua set televisyen berskrin rata, ruang dapur, barbeku, katil kelamin dan kerusi bersulamkan 72,000 jahitan benang emas.

Ia juga mempunyai perhiasan hud harimau bersadur emas.

"Ini impian beta," titah baginda mengenai trak mewah itu.

Harga trak itu dirahsiakan, tetapi harganya kini dipercayai lebih mahal berbanding sebelum ini yang bernilai A$481,000 (lebih RM1.985 juta) kerana ditempah khas.

Baginda gembira dengan hasil akhir trak itu.

"Beta sentiasa menghargai kemahiran kejuruteraan Australia dan mengumpul beberapa kereta Holden sejak beberapa tahun lalu.

"Beta tidak sabar untuk mempamerkan hasil buatan ini kepada rakyat Johor sebaik sahaja trak mewah ini dibawa masuk," titah baginda.

Sultan juga menitahkan trak mewah itu menunda bot berkuasa tinggi baginda ke seluruh negeri dengan lokasi pertama pemanduan pada acara larian amal hujung bulan ini. - BERNAMA

Sun Oct 18, 2015 7:58 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Lagi Kes Kemalangan Maut di LPT2, Ragut 2 Nyawa

bloglist-malaysia.blogspot
kitabantai.info
Posted by Kita Bantai

KEMAMAN 18 Okt. - Tidak sampai seminggu selepas tragedi enam sekeluarga maut dalam nahas jalan raya Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2), satu lagi tragedi maut berlaku tengah malam tadi yang melibatkan dua dari empat beranak di lebuh raya yang sama kira-kira pukul 11 malam tadi.

Tragedi berlaku di susur keluar Plaza Tol Cheneh.

Mereka yang maut adalah peneroka di Felda Neram 2, Hasan Abd. Wahab, 53, dan anak sulungnya, Hanis Sazwani, 21.

Isteri Hasan, Sarimah Abdul Gulam, 53, dan anak bongsu, Hanis Sazwani, 14 cedera ringan di muka dan badan.

Utusan Online melaporkan Hasan dan anak sulungnya meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Sementara itu, Menteri Besa Terengganu, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata pihaknya akan mengadakan mesyuarat khas dengan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan JKR untuk mengenalpasti kawasan berisiko dan langkah yang perlu diambil untuk mengelak kejadian ngeri di LPT2.

"Pihak kerajaan negeri juga berhasrat untuk menempatkan anggota JPAM di kawasan yang dikenal pasti sebagai kawasan berisiko"

"Ini bagi memudahkan mereka bergegas dan memberi pertolongan awal sekiranya ada berlaku kemalangan ataupun kecemasan di kawasan LPT2 tersebut"

"Segala kos penempatan dan mobiliti akan ditanggung oleh kerajaan negeri", katanya sambil memaklumkan kerajaan negeri akan mengadakan majlis solat hajat bagi memohon sebarang kejadian tidak diingini berulang di LPT2.

Habis Lenyek Dirempuh Bas
siakapkeli.my

Bukit Mertajam, 16 Okt: Pemandu dan penumpang sebuah kereta cedera apabila sebuah bas melanggar kereta terbabit dari belakang yang menyebabkan kereta itu merempuh kereta di depan.

Kereta yang dinaiki oleh dua orang lelaki itu 'lenyek' teruk dan menyebabkan kedua-dua mereka tersepit.

Kejadian dilaporkan berlaku di Plaza Tol Juru, arah utara, Bukit Bertajam jam 6 petang tadi.

Menurut Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Perai, Peguasa Bomba Kanak II, Ismail Nor, pihak bomba tiba di tempat kejadian pada jam 6.12 petang sebelum mengeluarkan mangsa.

Menurutnya, mangsa berjaya dikeluarkan beberapa minit kemudian.

"Mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk dirawat," katanya. - Siakapkeli.my

Sun Oct 18, 2015 8:00 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Tazkirah !!! Ciri-Ciri Orang Munafik...

bloglist-malaysia.blogspot.
btmmari.blogspot
Posted by Zain Sulaiman
Posted by canang
Written By canang

----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:-
To:
Sent: Thursday, October 15, 2015 11:17 PM
Subject: Fw: DUA KEMUSYKILAN TENTANG TOL

DUA KEMUSYKILAN TENTANG TOL

bloglist-malaysia.blogspot
dialograkyat.blogspot
Dicatat oleh ELBI RISALAH
shahbudindotcom.

Pengguna di beberapa lebuhraya dalam bandar mulai robek poket apabila kenaikan tol tetap juga dilaksanakan oleh syarikat-syarikat konsesinya bermula hari ini.

Rayuan, bantahan dan kemarahan rakyat menolak kenaikan itu nampaknya tidak menyentuh langsung detik rasa kerajaan untuk bertindak sebaliknya.

Sepertimana biasa, alasan yang biasa digunakan tentang kenaikan itu ialah kerana mematuhi syarat yang sudah termaktub dengan syarikat konsesi. Kalau syarat itu tidak dipatuhi, kerajaan kena membayar pampasan kepada syarikat-syarikat terbabit.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Abdul Wahid Omar berkata, kerajaan terpaksa membayar pampasan RM510 juta kepada syarikat-syarikat konsesi bagi tempoh Januari - Oktober tahun ini berikutan penangguhan kenaikan tol yang sepatutnya dilaksanakan Januari lalu.

Jumlah itu, tambahnya, lebih tinggi berbanding hanya RM430 juga bagi tahun sebelumnya.

"Sebab itulah kita terpaksa membenarkan syarikat konsesi menaikkan kadar tol," katanya sambil menambah ia dilakukan kerana terikat dengan perjanjian dengan syarikat konsesi sebelum ini.

Menteri Kerjaraya, Fazilah Yusof pula sebelum ini berkata, dengan kenaikan tol, kerajaan dapat menjimatkan perbelanjaannya yang bermakna lebih banyak kemudahan awam seperti sekolah, hospital dan sebagainya dapat dibina.

Kumpulan totok Najib pula menyalahkan Tun Mahathir Mohamad dalam semua kenaikan tol itu kerana dakwa mereka, banyak perjanjian itu dilakukan ketika era pemerintahannya.

Dalam ertikata lain, apabila tol naik, mereka cuba mengatakan kerajaan dan Perdana Menteri, Najib Razak tidak bersalah sama sekali kerana kenaikan itu.

Kerajaan kononnya terikat dengan perjanjian dengan syarikat konsesi yang sebahagian besar daripadanya dilakukan ketika era pentadbiran Tun Mahathir lagi. Lebih dari itu, rakyat cuba disogok agar menerima kenaikan itu dengan baik kerana kononnya lebih banyak sekolah, hospital dan kemudahan awam lain akan dibina oleh kerajaan.

Sekali imbas dan sekali fikir, memang nampak logik hujah menteri dan kumpulan totok Najib itu. Bermakna, kita tena redha sajalah dengan semua kenaikan tol.

Tetapi dua tiga kali fikir, kita akan nampak kerajaan sebenarnya seperti cuba "membodohkan" kita sebagai rakyat dan pengguna.

Pertama, kerajaan adalah pihak yang paling berkuasa dalam negara ini. Tiada individu atau syarikat yang mampu menjadi lebih kuat daripada kerajaan. Lebih-lebih lagi berkaitan dengan tol, sama ada penjanjian itu dibuat oleh pentadbiran sebelumnya atau sekarang, tidak bolehkah kerajaan menunjukkan diri mereka sebagai pihak yang benar-benar ada kuasa?

Apakah susahnya untuk memanggil syarikat-syarikat konsesi itu untuk diajak berunding bagi mengelakkan kenaikan dengan menggunakan hujah pengguna jalanraya sudah meningkat sehingga di luar jangkaan sama sekali yang mungkin tiada dalam pertimbangan ketika perjanjian itu ditandatangani?

Lagi pula, bukankah banyak syarikat konsesi lebuhraya ini dimiliki oleh syarikat berkaitan kerajaan, kroni pemimpin dan terdapat juga adik menteri yang menjadi pemegang sahamnya?

Lebih dari itu, kebanyakan syarikat itu juga banyak bergantung kepada kontrak-kontrak kerajaan dalam perniagaan mereka seterusnya. Maka, tidak bolehkah kerajaan "main sedikit tarik tali" dan "menunjuk sedikit kuasa" dengan syarikat-syarikat itu demi kepentingan rakyat?

Menyalahkah kepimpinan terdahulu yang membuat perjanjian hanya menunjukkan kepimpinan yang ada hari ini tidak berkuasa dan tidak tahu menggunakan kuasa. Lalu, buat apa jadi kerajaan jika tak tahu menggunakan kuasa sedangkan perjanjian itu bukanlah suci seperti Al Quran yang tidak boleh diubah sama sekali?

Yang kedua, janji tidak menaikkan tol dalam bandar ini adalah janji Najib sendiri sebelum pilihanraya umum 2013 yang lalu. Jika sudah tahu ada perjanjian dengan syarikat konsesi, kenapa Najib masih "gatal mulut" berjanji dengan rakyat mengenainya?

Apakah ia sekadar janji politik atau Najib sendiri tidak tahu mengenai perjanjian itu? Munasabahkah sebagai Perdana Menteri, Najib tidak tahu tentang perjanjian itu?

Sebagai orang Islam pula, tentu sekali mustahil Najib tidak tahu hukum memungkiri janji dan apakah label kepada yang berbuat demikian?

Sekali lagi, kesimpulannya mudah saja - hanya berkaitan tol saja pun kita sebagai rakyat sebenarnya sudah tiada alasan lagi untuk terus mengekalkan Najib mengetuai negara ini.
Attachment(s) from -:eSpAcE9808:-
1 of 1 File(s)

Sun Oct 18, 2015 8:01 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Seorang Lelaki Pukul Seorang Pekerja Warga Bangladesh Sedang Cuci Keretanya

siakapkeli.my

Tersebar dilaman sosial hari ini sebuah video yang dimuatnaik oleh seorang pengguna Facebook bernama Atie Abdul Hamid yang menunjukkan seorang lelaki bertindak biadap menampar seorang pekerja dari Bangladesh yang sedang mencuci kereta miliknya.

Berdasarkan penerangan bersama video yang dirakam oleh kamera litar tertutup CCTV di premis cuci kereta, beliau mendakwa pekerja warga asing berkenaan sedang mencuci kereta milik lelaki tersebut dengan memasuki bahagian tempat duduk menyebabkan lelaki itu berang kerana menyebabkan tempat duduk keretanya kotor.

Berdasarkan penerangannya lagi, lelaki itu bertinda memukul pekerja warga asing berkenaan mungkin kerana pakaiaan pekerja Bangladesh tersebut lusuh dan nampak hina di matanya.

Selepas itu, dia dikatakan telah meminta bayaran sebanyak RM1000 kerana duduk dan mengotorkan keretanya semasa pekerja Bangladesh berkenaan mengelap cermin.

Beliau juga memberitahu, mereka membawanya ke klinik dan disahkan mengalami pendarahan dan bengkak teruk menyebabkan mereka terpaksa merujuk ke hospital, walaupun berdasarkan video hanya macam pukul biasa.

Beliau juga berharap semoga lelaki berkenaan mendapat hidayah dan sudah memaafkan dan halalkan upah cuci kereta yang tidak dibayar.

Jika benar dakwaan berdasarkan video ini, ingatlah, hidup ini tidak lama, kenapa harus bertindak kejam sesama manusia yang diciptakan oleh Allah yang Maha Esa. - Siakapkeli.my

** Apa yang ditulis adalah berdasarkan kepsyen yang dimuatnaik oleh Puan Atie Abdul Hamid

VIDEO ... PEKERJA BANGLADESH KENA TAMPAR OLEH TUAN PUNYA KERETA YANG SOMBONG MELAMPAU MENDAPAT KUTUKAN KERAS DARI WARGA MAYA.

Posted by OMAK KAU!!!!

Seorang tukang cuci warga Bangladesh ditampar oleh pemilik kereta kerana tidak puas hati pekerja itu telah mengotorkan keretanya ketika mengelap cermin.

Perbuatan biadap lelaki itu dirakam CCTV dan mendapat kutukan netizen selepas rakaman itu menjadi viral media sosial.

Menurut pengguna Facebook yang memuatnaik rakaman video itu, pemilik kereta itu marah apabila mendakwa pekerja Bangladesh telah masuk dan duduk dalam kereta untuk mengelap cermin sehingga mengotorkan keretanya.

Dia mendakwa, pemilik kereta itu meminta pekerja Bangladesh itu membayarnya RM1,000 sebagai ganti rugi kerana mengotorkan keretanya.

Tidak lama kemudian kelihatan lelaki itu menampar pekerja Bangladesh itu beberapa kali.

Pemilik akaun FB itu yang dipercayai pemilik kedai cuci kenderaan itu mendakwa, pekerja Bangladesh itu mengalami pendarahan teruk dan terpaksa dirujuk kepada hospital. "Semoga diberi hidayah kepadanya. Saya maafkan dan halalkan upah cuci kereta tadi. Jangan terlalu mendongak ke langit," tulisnya yang dituju kepada pemilik kereta itu.

Rakaman video dan status itu dikongsi hampir 20,000 penguna Facebook dan mendapat perhatian netizen yang meluahkan kemarahan terhadap perbuatan lelaki itu.

PUNCA SEBENAR PEKERJA CAR WASH DITAMPAR PEMILIK RANGE ROVER
bloglist-malaysia.blogspot
Posted by Jeebond BLM

KUALA LUMPUR - Lewat petang tadi netizen digemparkan dengan video seorang pekerja asing di sebuah car wash ditampar oleh seorang pemandu Range Rover, viral di media sosial.

Susulan itu, ramai yang tertanya apakah punca sebenar lelaki itu menampar pekerja car wash yang berasal dari Bangladesh itu.

Seorang wanita yang dipercayai pemilik Car Wash berkenaan yang memuat naik video itu di laman Facebooknya memberikan penjelasan punca sebenar kejadian itu berlaku.

"Rakaman CCTV seorang lelaki Melayu memukul seorang Bangla yang sedang mencuci kereta kerana marah Bangla masuk dalam kereta dan menyebabkan keretanya kotor. Mungkin Bangla itu kotor, berpakaian lusah dan hina.

"Dia kemudiannya tidak mahu membayar kos cuci kereta, sebaliknya meminta wang RM1,000 sebagai gantirugi kerana tempat duduk telah dikotorkan ketika Bangla berkenaan sedang mengelap cermin," jelasnya.

Apa yang mengejutkan, kejadian itu tidak berakhir apabila lelaki itu kembali menyerang mangsa di belakang premis sehingga menyebabkan hidung mangsa patah dan mengalami pendarahan yang teruk.

"Rupa-rupanya dia (mangsa) kena belasah di belakang sampai berdarah-darah. CCTV belakang pula tak berfungsi. Tetapi kesan darah atas lantai ada," katanya yang juga mengesahkan kakitangannya itu patah hidung.

Dalam masa yang sama, Atie juga turut meluahkan rasa kesalnya terhadap apa yang berlaku itu.

"Susah nak cakap. Nak cakap lebih-lebih, customer. Orang Melayu kita baru guna Range Rover 'leather seat', punyalah bongkak. Pergi tumbuk staff Bangla sampai patah hidung sebab tak faham jangan masuk kereta untuk vacum atas alasan Bangla itu kotor.

"Setinggi mana pun langit, lu ludah kena muka lu balik bro. Kita jangan angkuh dan bongkak. Ada lagi yang guna Porsche, pemiliknya seorang pakcik tua. Dia siap tinggalkan kunci kereta suruh Bangla tolong alihkan. Aku yang serius tengok.

"Siapa pun kita, sekaya mana pun kita, janganlah terlalu angkuh dan bongkak dengan mereka yang dipandang hina. Nampak memang sikit tetapi sampai sekarang darah tak berhenti. Bangla dirujuk ke klinik. Klinik kata patah/bengkak teruk lalu dirujuk ke hospital.

"Saya maafkan dan halalkan upah cuci kereta tadi. Jangan terlalu mendongak ke langit," katanya yang juga menyatakan akan membuat laporan polis mengenai kejadian itu.

Sementara itu, netizen pula mendesak Atie mendedahkan nombor pendaftaran kereta suspek. Bagaimanapun tidak diendahkah mungkin atas faktor keselamatan.

- THEHYPEMEDIA.COM
Attachment(s) from -:eSpAcE9808:-
1 of 1 File(s)

Sun Oct 18, 2015 8:30 pm (PDT) . Posted by:

"MetalWorks Calibra" azz95

Adult supervision is always necessary.

Kesian tengok budak tu.

Nak tengok minyak moto tu kalau guna torchlight pun on siap2 baru buka
tank. sparking masa switch tu on pun risiko.

2015-10-16 12:26 GMT+08:00 Sukri Farah farah33sukri@gmail.com [automobil] <
automobil@yahoogroups.com>:

>
>
> ....itulah nak jadi cerita......
> ....mcm anak saudara saya kat kampung...buka seat motor nak tengok minyak
> ade lagi ke tak?
> ....lepaih tu bawak pelita.....sekali bukak penutup motor...terus api
> sambar muka dia dan badan..melecur..
> ....itulah ceritanye....
>
> 2015-10-15 23:18 GMT+08:00 '-:eSpAcE9808:-' rienacom@yahoo.com.sg
> [automobil] <automobil@yahoogroups.com>:
>
>>
>>
>> 
>> *Padah Potong Tali Belon Yang Berisi Gas Dengan Pemetik Api*
>>
>> siakapkeli.my
>>
>>
>> <http://3.bp.blogspot.com/-h5DwABhjllM/Vh3NmcMfyII/AAAAAAAAYA0/19Fpr68jW9Q/s1600/belon.jpg>
>>
>> CHUKAI: Seorang lelaki dan empat orang pelajar sekolah telah melecur
>> selepas belon yang berisi gas telah meletup di Pekan Budaya Pantai Teluk
>> Mak Nik, Sabtu lalu.
>>
>> Memetik laporan *Harian Metro*, kejadian yang berlaku kira-kira jam
>> 12.20 itu, lelaki yang dipercayai seorang pemandu berusia 47 tahun telah
>> memberikan pemetik api kepada seorang murid iaitu Nurul Atirah Ibrahim, 10,
>> untuk memotong tali belon di pentas hari sukan yang baru selesai dirasmikan.
>>
>> "*Ratusan belon meletup dan saya dan rakan tidak mampu berbuat apa-apa,"
>> *kata Nurul Atirah yang melecur teruk di muka dan tangan akibat terkena
>> letupan belon.
>>
>> Menurut Atirah dia tidak tahu bahawa menggunakan pemetik api itu akan
>> mengundang bahaya yang menyebabkan ratusan belon dipentas berkenaan meletup.
>>
>> Semasa kejadian, ratusan belon berisi gas helium itu meletup menyebabkan
>> orang ramai bertempiaran lari.
>>
>> Letupan itu menyebabkan lelaki itu cedera di tangan dan telinga kiri.
>> Keempat-empat pelajar terbabit juga tercedera dan salah seorang mengalami
>> kecederaan teruk di kedua-dua tangan dan muka.
>>
>> Kesemua mangsa dikejarkan ke Hospital Kemaman untuk mendapatkan rawatan.
>>
>> Tiga mangsa termasuk lelaki terbabit bagaimanapun hanya dirawat sebagai
>> pesakit luar, sementara dua pelajar masing-masing ditahan di Hospital
>> Kemaman dan Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk rawatan lanjut. - *Siakapkeli.my
>> <http://siakapkeli.my/>*
>>
>>
>
>
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: