Monday, October 26, 2015

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4322[1 Attachment]

13 Messages

Digest #4322
7
9
11

Messages

Sun Oct 25, 2015 2:15 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

KDN Beli Helikopter RM535.7 Juta Ketika Kerajaan Sibuk Menasihati Rakyat Berjimat Cermat.

bloglist-malaysia.blogspot
amenoworld.net

Aku kurang pasti untuk tujuan apa aset-aset ini dibeli. Namun menurut Zahid Hamidi, aset-aset tersebut dibeli atas alasan 'sejajar dengan kemodenan pada PDRM'.

So, aku taknak huraikan bab yang aku tak tahu.

Cuma, yang aku nampak sekarang.

Jika kerajaan bercadang nak renovate kediaman rasmi ka, pejabat rasmi ka, pesawat rasmi ka, beli kapal selam baru ka (walau di peringkat cadangan), beli helikopter ka apa ka, semua tue mereka ada duit. Tahu pula menteri2 kau nak cekau duit kat mana.

Nak bail out kerugian syarikat GLC itu, syarikat GLC ini pun menteri2 kau reti nak cekau duit kat mana.

Tapi kalau part subsidi, kadar tol ka repair sekolah ka bina rumah kos rendah banyak-banyak ka depa tatau cara mana nak cekau duit.

Aku confuse betul la. Kenapa duit sentiasa tidak ada untuk kebajikan rakyat. Korang confuse tak? Satu lagi. Beli aset itu aset ini macam-macam aset depa beli, tapi kadar jenayah.. entah la. Lue fikirlah sendiri. Yang part paling tak boleh blah ialah. Andainya helikopter2 itu digunakan untuk angkut golongan VVIP ke sana ke mari. Aku pun hmmmmmmm.. nak ulas lebih2 karang.. ke lokap plak aku tak pasal-pasal.

Hihi.

Laporan oleh The Malaysian Insider ;

Walaupun sebelum ini Putrajaya pernah bercadang mengurangkan perbelanjaan negara kerana kejatuhan harga minyak dunia, Kementerian Dalam Negeri (KDN) membeli 2 unit helikopter Agusta Westland AW139 melalui memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini.

Pada majlis menandatangani dokumen kontrak dan perjanjian persefahaman (MoU) serta penyerahan surat penerimaan (LoA) di majlis "General Police and Special Equipment Exhibition and Conference" (GPEC) Asia itu, KDN menandatangani dokumen tersebut yang berjumlah RM535.7 juta.

Jumlah tersebut merangkumi 8 dokumen kontrak, 1 MoU dan 2 LoA.

"Sejajar dengan kemodenan pada Polis Diraja Malaysia (PDRM), 8 unit IAG JAWS Arrmour Personnel Carrier (APC) juga bakal tiba di negara pada hujung tahun ini," kata Zahid.

Awal tahun ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membuat penangguhan pebelanjaan dari segi beberapa aspek seperti menangguhkan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) selama setahun bagi menjimatkan RM400 juta, memandangkan kerajaan cuba untuk mengurangkan perbelanjaan dan merangsang pelaburan serta penggunaan.

Najib berkata, secara keseluruhannya, perbelanjaan mengurus kerajaan dijangka berkurangan sebanyak RM5.5 bilion melalui penilaian semula keutamaan perbelanjaan.

Belanjawan 2015 apabila dibentangkan Oktober tahun lepas, mempunyai unjuran perbelanjaan RM273.9 bilion dalam perbelanjaan dan RM235.2 bilion pendapatan.

Ia disandarkan kepada harga minyak kira-kira AS$100 setong.

Kemerosotan harga minyak itu menjejaskan nilai ringgit dengan ketara memandangkan Malaysia adalah pengeksport minyak yang dilihat ahli ekonomi sebagai keperluan bagi Putrajaya untuk menyemak semula bajet

Bimbang UMNO kalah PRU14, 13 Ketua UMNO Cawangan gesa Najib letak jawatan..
bloglist-malaysia.blogspot
darisungaiderhaka.blogspot.
Posted by Anak Sungai Derhaka

Walaupun tindakan mereka ini menjadi satu tamparan buat Najib kerana mungkin inilah yang pertama dalam sejarah seorang Presiden UMNO yang menjadi Perdana Menteri diminta secara terbuka meletakkan jawatan.. tetapi percayalah Najib tak akan undur punyalah..

Lagipun kalau nak dibandingkan dengan jumlah keseluruhan ahli UMNO yang menyokong Najib, jumlah mereka itu langsung tak menjadi kudis buat Najib..

UMNO kan ada 3,430,750 ahli dan 21,208 Cawangan.. setakat 12 Cawangan tu apalah sangat..

Tiga belas ketua Umno cawangan dari Telok Kemang, Negeri Sembilan hari ini mengisytiharkan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Razak dan menggesa beliau meletakkan jawatan sebagai presiden bagi memulihkan kredibiliti parti itu sebelum pilihan raya umum akan datang.
Di bawah pimpinan ketua Umno cawangan dari Taman TKK, Kamarul Aznan Habibur Rahman, mereka berkata, tiba masanya parti itu melakukan perubahan dan ia perlu bermula daripada presiden, Najib yang juga perdana menteri.
"Kami berpendapat, adalah lebih baik presiden berundur untuk membolehkan Umno tidak menjadi mangsa keadaan dan dihukum pengundi pada pilihan raya yang akan datang.
"Kebimbangan utama kami ialah, kita perlu mempunyai pemimpin yang kuat untuk mengemudi Umno pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
"Kami tak yakin apa yang ada sekarang akan beri perkembangan positif dalam PRU akan datang," kata Kamarul pada satu sidang media di Port Dickson, Negeri Sembilan hari ini.
Malaysia dijangka menghadapi PRU14 pada pertengahan 2018 lapor The Malaysian Insider

Sikit hari lagi kalau Najib hulur sikit dari dana RM2.6 Billion yang dia dapat.. senyap lah..

Sun Oct 25, 2015 2:16 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Warga Emas Tunggang Motosikal Honda Cup C70 Sesat 120 Kilometer

siakapkeli.my

Hutan Melintang: Seorang lelaki warga emas, Md Yassin Abdul Manan, 81, yang tinggal di Parit 7, Sungai Sumun dekat sini dilaporkan telah tersesat sejauh 120 kilometer dari rumahnya dengan hanya menunggang motosikal Honca Cup C70 apabila beliau telah dijumpai di Puncak Alam.

Memetik laporan Harian Metro, beliau yang mempunyai sembilan anak dan 25 cucu, telah keluar dari rumahnya pada jam 9 pagi untuk minum di kedai kopi di pekan Sungai Sumun yang terletak satu kilometer dari rumahnya.

Md Yassin pada kebiasaannya akan pulang ke rumah menjelang tengah hari, namun pada hari berkenaan dia didapati tidak pulang ke rumah walaupun hari sudah petang.

Menyedari keadaan itu, menyebabkan isterinya, Rajmah Salimin, 59, mulai risau dan berusaha mencarinya dengan bantuan penduduk kampung termasuk di rumah saudara mara mereka namun masih gagal menemuinya.

Bagaimanapun, akhirnya Md Yassin berita yang tidak sangka-sangka apabila pihak polis menghubungi keluarganya memaklumkan dia telah ditemui di Puncak Alam dan menerima rawatan di sebuah klinik.

Md Yassin ditemui terbaring di sebuah surau di Puncak Alam oleh seorang jururawat selepas sembilan jam tersesat. - Siakapkeli.my

DJ Radio Dijumpai Setelah Hilang Dua Bulan, Sangka Cuma Sehari
siakapkeli.my

KLANG, 23 Okt - DJ Kahong atau nama sebenarnya Azhar Muhammad, 45, yang hilang sejak dua bulan lalu dijumpai hari ini di lokasi yang sama dia dilaporkan hilang kira-kira jam 7.30 pagi tadi.

DJ Kahong hilang pada 10 Ogos lalu ketika mencari siput di jeti nelayan, di Pangkalan Nelayan Jalan Genting, Rantau Panjang, Jalan Kapar di sini.

Menceritakan apa yang terjadi, DJ Kahong berkata dia telah bertemu dengan seorang lelaki tua yang memakai baju warna krim dan mengajaknya bersembang. Lelaki tua terbabit kemudian memberikan rantai leher dan tangan yang berwarna kuning, sebilah keris serta buku kecil yang tertulis ayat al-Quran kepadanya.

DJ Kahong berkata dia terkejut ketika diberitahu dia sudah hilang selama dua bulan walhal dia menyangka hanya sehari sahaja dia bertemu lelaki tua berkenaan.

"Saya ingat satu hari saja saya jumpa dia...rupanya dah dua bulan, saya terkejut bila diberitahu rakan-rakan dan isteri.

"Saya tak sangka rupanya dah dua bulan saya hilang dan semua orang cari saya," katanya memetik laporan dari Sinar Online.

DJ sambilan itu ditemui oleh orang ramai dalam keadaan dipenuhi lumpur dan tidak terurus oleh orang ramai kira-kira jam 7.30 pagi tadi.

Sebelum hilang, DJ Kahong sempat memberikan mesej Whatsapp terakhirnya yang berbunyi : "Subhanallah! Gelap tak dapat cari jalan ni" kepada rakannya.

Pada 13 Ogos, 4 hari selepas DJ Kahong dilaporkan hilang, pihak bomba dan penyelamat menghentikan operasi mencari DJ Kahong berikutan menemui jalan buntu. - Siakapkeli.my

Sun Oct 25, 2015 2:17 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

LELAKI BERHENTI MEROKOK KERANA LETERAN ISTERI BERJAYA KUMPUL BERIBU-RIBU RINGGIT

bloglist-malaysia.blogspot
naimnikmat.blogspot
Dicatat oleh Na'im Nikmat

Sun Oct 25, 2015 2:18 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Apabila Ibu Jari Kaki Membengkok

Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
tranungkite.net

Anda mungkin terlihat ibu jari kaki seseorang membengkok ke arah jari kelingking hingga kadang-kala bersilang dengan jari kaki yang di sebelahnya. Keadaan ini dikenali sebagai Hallux valgus.

Ia disebabkan oleh ketidakseimbangan pada otot dan urat tendon pada kaki tersebut. Pada peringkat awal ianya mungkin tidak menimbulkan sebarang masalah, namun keadaan ini bersifat progresif, semakin lama ibu jari pesakit akan semakin bengkok dan menyebabkan radang, kesakitan serta 'Bursitis'. Bursitis ialah radang pada tisu bursa iaitu tisu pelapik antara kulit dan tulang ibu jari kaki.

Kajian menunjukkan keadaan ini sepuluh kali lebih kerap terjadi pada wanita berbanding lelaki. Antara faktor-faktor yang meninggikan risiko berlakunya keadaan ini ialah pemakaian kasut yang ketat terutamanya kasut berbentuk tirus atau runcing dan juga kasut bertumit tinggi. Pesakit-pesakit Rheumatoid arthritis serta penari ballet juga berisiko untuk mendapat masalah kesihatan ini.

Etiologi

Punca terjadinya masalah ini masih lagi misteri namun terdapat bukti yang faktor genetik boleh menyumbang ke arah masalah ini. Sebab-sebab lain ialah trauma seperti kepatahan tulang jari kaki, kerosakan tisu dan saraf kaki, masalah sistem saraf otot seperti Polio dan penyakit Charcot-Marie-Tooth.

Pada peringkat awal, keadaan ini tidak memberi sebarang masalah kepada pesakit kecuali isu kosmetik. Masalah mula timbul apabila komplikasi berlaku. Jari kaki yang membengkok ini meyebabkan tulang sisi menjadi timbul. Tulang timbul ini dikenali sebagai 'Bunion'. Apabila pesakit berjalan dengan memakai kasut, kulit pada luar bunion ini akan bergesel dan menyebabkan radang serta luka. Pemakaian kasut berbentuk tirus atau runcing boleh menyebabkan simptom menjadi semakin parah.

Rawatan

Rawatan biasanya dibuat berdasarkan peringkat masalah yang sedang dihadapi. Pada peringkat awal, keradangan boleh dikurangkan dengan ubat anti-radang serta dituam dengan menggunakan ais. Pesakit juga akan dinasihatkan untuk memilih kasut atau selipar yang sesuai bagi mengelakkan tekanan pada bahagian sisi kaki. Alas atau 'padding' pada bahagian tulang yang tertonjol dapat mengurangkan radang atau mengelakkan luka pada bahagian itu.

Sekiranya luka atau ulcer terbentuk, ia perlu dicuci sehingga sembuh. Sekiranya luka ini dijangkiti kuman, antibiotik perlu diberikan kepada pesakit.

Tiada ubat-ubatan yang boleh membetulkan kebengkokan ini. Satu-satunya cara ialah dengan melakukan pembedahan. Tujuan utama pembedahan dilakukan adalah bagi mengelakkan komplikasi yang timbul. Sebab kedua pula adalah bagi tujuan kosmetik. Terdapat pelbagai prosedur yang melibatkan pemotongan tulang dan juga jahitan pada tisu kapsul jari kaki bagi membetulkan keadaan ini.

Sekiranya anda mempunyai masalah ini, anda boleh mendapatkan maklumat dan rawatan lanjut dengan berjumpa dengan doktor ortopedik yang berhampiran.

Artikel ini ditulis oleh salah seorang penulis tetap Malaysian Medical Gazette, Dr. Mahyuddin, seorang pakar bedah ortopedik yang bertugas di sebuah hospital di Pahang. Kenali beliau dengan lebih lanjut di laman The Team.

Oleh

Dr. Ahmad Mahyuddin
Rujukan

a.. Postgraduate Orthopaedics, Pau A. Banaszkiewicz. Cambridge University Press 2009

Apabila Buang Satu, Banyak Lagi Akan Tumbuh
siakapkeli.my

Kekurangan kepada pada wajahnya tidak sesekalipun menghadirkan rasa malu kepada diri Rita Husni Mat Nordin, 39, yang menghidap penyakit Neurofibromatosis atau ketumbuhan di bahagian muka.

Memetik laporan Harian Metro, beliau yang merupakan Penolong Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Kelantan berkata, dia tidak pernah menganggap ini satu kekurangan, sebaliknya ia adalah kelebihan buatnya.

"Saya tidak pernah malu dengan keadaan diri, malah kekurangan ini beri kelebihan kepada saya untuk memberi motivasi kepada golongan remaja supaya bersyukur dan berusaha untuk berjaya," kata

Wanita berkejaya ini yang juga merupakan ibu kepada seorang cahaya mata lelaki berusia enam tahun itu berkata, pekerjaannya memerlukan dia berjumpa dengan ratusan orang setiap hari, namun dia tidak pernah merasa rendah diri.

"Kebanyakan orang yang menemuinya buat pertama kali akan berasa pelik dan bertanya, namun saya sudah lali dengan pelbagai pertanyaan dan tidak lokek memberi penerangan kepada sesiapa saja sehingga mereka faham.

"Kekurangan ini juga turut memberi rezeki kepada saya apabila mendapat pekerjaan yang baik dalam jabatan kerajaan sejak lapan tahun yang lalu," katanya ketika ditemui di Wisma Persekutuan di sini, semalam.

Rita Husni berkata, dia mula menghidap penyakit itu sejak berusia empat tahun. - Siakapkeli.my

Sun Oct 25, 2015 3:46 am (PDT) . Posted by:

Sun Oct 25, 2015 8:02 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Bateri Vape Terbakar Dalam Pesawat Malindo Air

siakapkeli.my

PUTRAJAYA: Penumpang dan krew penerbangan Malindo Air menjadi cemas seketika apabila bateri vape milik seorang penumpang terbakar secara tiba-tiba.

Dalam kejadian 6.45 petang itu, pesawat yang terlibat; jenis Boeing 737-800; berlepas dari Kota Kinabalu ke KLIA2.

Menurut Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali, kejadian berlaku ketika penumpang terbabit menonton tayangan video di skrin di tempat duduknya.

"Ketika leka menonton secara tiba-tiba bateri vape dalam beg yang berada atas peha lelaki itu terbakar.

"Kebakaran kecil itu menyebabkan beliau mengalami kecederaan ringan di peha dan lengan kiri, namun telah diberikan rawatan segera oleh seorang penumpang lain yang kebetulan seorang doktor," katanya memetik laporan Bernama.

Tindakan pantas dari anak kapal berjaya mengawal kebakaran dan pesawat tersebut selamat mendarat di KLIA2 pada jam 8.44 malam.

Penumpang tersebut kemudian menerima laporan polis sejurus mendarat. - Siakapkeli.my

Sun Oct 25, 2015 8:02 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Saya Takut Nak Keluar Rumah, Mereka Pukul Saya Macam Samseng - Mangsa
siakapkeli.my

Kota Bharu:"Saya tak salah dalam hal itu, sebaliknya menjadi mangsa keadaan. Namun mereka menyerang saya seperti samseng.

"Disebabkan kejadian itu saya takut untuk keluar rumah dan trauma hingga kini," itulah kata-kata yang keluar daripada mulut seorang gadis yang dipukul dengan kejam oleh dua orang gadis lain yang menjadi viral di laman sosial beberapa hari lalu.

Memetik laporan Harian Metro, mangsa dikenali sebagai Nila, 22, memberitahu dia bukan sahaja dibelasah dengan teruk, tetapi turut dimalukan dengan rakaman video.

Semua ini terjdi gara-gara salah faham serta didakwa menjalin hubungan sulit dengan teman lelaki pelaku serta suami orang.

Kejadian yang dipercayai berlaku di Wakaf Mek Zainab pada15 Oktober lalu menyebabkan tiga wanita berusia 20-an ditahan polis sehingga semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Menurut mangsa lagi, dia tidak terdaya melawan kerana kesorangan selain dikelilingi rakan-rakan wanita terbabit.

Walaupun teruk dibelasah, ibu anak satu itu bersyukur kerana tidak mengalami kecederaan teruk, sebaliknya menerima rawatan pesakit luar di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), di sini.

"Kes dalam perhatian pihak berkuasa dan saya tidak mahu mengulas lanjut. Saya menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk menyiasat dan bersyukur mereka ditahan.

"Saya berharap mendapat pembelaan sewajarnya kerana yakin tidak bersalah dalam hal ini. Semua yang terjadi akibat rasa tidak puas hati dan salah faham," katanya.

Beliau juga turut memberitahu, sebelum itu pada 13 Oktober dia telah pun dipukul oleh wanita berkenaan kerana tidak berpuas hati tetapi tidak ada yang merakam semasa kejadian.

"Kerana masih tidak puas hati, dia mencari saya lagi ketika saya ke Wakaf Mek Zainab untuk ke rumah rakan. Ketika itu saya menunggu di dalam kereta dan secara tiba-tiba diheret keluar.

"Mereka pukul saya dengan teruk dan merakam kejadian yang berlaku jam 7 pagi. Saya tak tahu apa yang dia dendam sangat kerana tidak mempunyai hubungan dengan teman lelakinya seperti didakwa.

"Saya juga tidak tahu-menahu mengenai barang kemas yang didakwanya dalam milikan saya. Dia sebenarnya mencari seorang rakan saya di Kuala Terengganu kerana masalah antara mereka," katanya, lapor Harian Metro. - Siakapkeli.my

Tiga Wanita Bergaduh Direman Pihak Polis
siakapkeli.my

Kota Bharu: Berikutan video menunjukkan tiga seorang wanita dibelasah oleh dua orang wanita lain yang menjadi viral di laman sosial, pihak polis telah menahan tiga wanita berumur 20-an bagi membantu siasatan.

Memetik laporan Harian Metro, seorang daripadanya ditahan dua hari lalu di Padang Tembak, di sini manakala, dua lagi ditahan di rumah mereka di Taman Sari dan Wakaf Mek Zainab, di sini antara 3 hingga 4 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa berkata, mereka ditahan reman tiga hari mulai hari ini dan disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Video yang berdurasi dua minit 11 saat itu menjadi perbualan hangat di media sosial yang dipercayai akibat penipuan perniagaan secara dalam talian, Selain itu juga, tampil seorang pengguna facebook mengatakan ia berpunca daripada perebutan teman lelaki. - Siakapkeli.my

VIDEO KLIP WANITA DISERANG YANG MENJADI VIRAL DIMEDIA SOSIAL ..... POLIS SUDAH MENAHAN TIGA WANITA DAN KINI SEDANG MEMBURU DUA LAGI BAGI MEMBANTU SIASATAN.

Posted by OMAK KAU!!!!

Polis telah menahan tiga wanita yang disyaki menyerang wanita lain selepas video kejadian itu tersebar di media sosial baru-baru ini.

Suspek utama, yang berusia 27 tahun yang dikenali sebagai Ika, ditahan selepas menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu semalam manakala dua yang lain telah ditangkap di Pengkalan Chepa dan Padang Tembak.

Polis juga sedang memburu dua lagi suspek, salah satu dikenal pasti sebagai Mok B dan 'Ninja', yang dilihat dalam rakaman itu dengan kejam menyerang mangsa, dan dipercayai telah menyembunyikan diri.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Rohaimi Md Isa berkata, kejadian itu berlaku kira-kira pada 15hb Oktober pukul 10 pagi di kawasan perumahan yang berhampiran Wakaf Mek Zainabon, tetapi hanya dimaklumkan dua hari lepas.

Beliau berkata ketiga-tiga suspek, telah ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini.

"Siasatan awal mendapati perbalahan itu berlaku akibat salah faham di mana suspek utama telah menuduh mangsa mencuri dan mempunyai hubungan sulit dengan suami kepada seorang lagi suspek," katanya ketika ditemui hari ini.

Polis juga mendapati bahawa mangsa telah didorong ke tempat lain hanya di mana kemudiannya dia dipukul dengan kunci stereng.

"Kes itu disiasat kerana sengaja menyebabkan kecederaan parah.

Kami juga meminta dua lagi suspek untuk tampil ke hadapan untuk membantu siasatan, "katanya.

"Terdapat lima suspek dan tiga lagi mangsa yang terlibat dalam kes itu. Walau bagaimanapun, ketiga-tiga mangsa berkenaan tidak dapat berbuat apa-apa kerana mereka takut diserang.

" Rakaman serangan kejam menunjukkan mangsa ditumbuk di perut dan muka, selain ditampar dan setelah rambutnya ditarik oleh penyerang-penyerang beliau.

Belasah Wanita : Dua Perakam Direman, Mangsa Dikatakan Turut Dipukul Dengan Stereng Lock
siakapkeli.my

KOTA BHARU - Berikutan video seorang wanita dibelasah yang viral dimedia sosial, dua suspek yang dipercayai perakam video terbabit turut dikenakan perintah reman selama empat hari di mahkamah hari ini.

Selain dari dua wanita tersebut, reman terhadap suspek utama, Ika, yang berusia 27 tahun turut dilanjutkan selama tiga hari lagi.

Dua suspek perakam video terbabit ditahan di rumah masing-masing di Pengkalan Chepa dan Wakaf Mek Zainab antara jam 3 dan 4 pagi kelmarin. Suspek utama pula ditahan tiga hari lalu di Padang Tembak, Pengkalan Chepa.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa berkata usaha mengesan dua lagi suspek iaitu Nija dan Mokbiey masih lagi diteruskan. Kedua-dua terbabit dipercayai individu yang merakam dan membelasah mangsa.

"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana memukul orang," katanya.

Sebelum ini beberapa video mangsa dibelasah suspek menjadi viral di media sosial. Difahamkan video berkenaan disebarkan oleh kumpulan wanita terbabit beberapa hari yang lalu.

Mangsa dipercayai dituduh mencuri barang kemas dari seorang suspek dan juga dituduh mmengadakan hubungan sulit dengan suami serta bekas tunang suspek yang terlibat.

Di dalam video berkenaan, wanita tersebut dibelasah dan dimalukan dengan bajunya diselak sehingga menunjukkan bahagian dada.

Mangsa juga turut dikatakan dibawa ke Terengganu oleh kumpulan wanita tersebut dan memukulnya menggunakan STERING LOCK, lapor Sinar Online. - Siakapkeli.my
Attachment(s) from -:eSpAcE9808:-
1 of 1 File(s)

Sun Oct 25, 2015 8:02 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Proton Wira "Terbang" Selepas Hilang Kawalan

siakapkeli.my

Baling, 25 Okt: Seorang pemandu kereta Proton Wira cedera ringan di kepala selepas kereta yang dipandunya "terbang" lalu tersangkut pada tiang pagar rumah dalam satu kejadian kemalangan di Kampung Teluk Teduri semalam.

Mangsa, Mohd Khairul Zaini Abd Rahman, 24, dalam perjalanan dari rumahnya ke arah Pekan Baling dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu.

Menurut mangsa, kejadian berlaku apabila dia tertekan pedal minyak sebaik menghampiri kawasan selekoh menyebabkan kereta yang dipandunya hilang kawalan lalu terbabas.

"Apabila sampai di kawasan selekoh, saya mahu menekan brek tetapi tertekan pedal minyak menyebabkan kereta hilang kawalan lalu terbabas.

"Saya jadi panik dan tidak sedar kereta tersangkut. Apabila membuka pintu kereta barulah saya sedar tidak boleh turun kerana tergantung," katanya memetik laporan myMetro.

Bagaimanapun mangsa bersyukur kerana terselamat dalam kejadian tersebut. Keretanya tersangkut di atas tiang pagar setinggi dua meter dalam kejadian terbabit. - Siakapkeli.my

Sun Oct 25, 2015 8:02 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

AWAS!!!!! ..... NUGET AYAM BERPERISA PLASTIK.
Posted by OMAK KAU!!!!

"Pagi2 buta goreng nuget utk anak nak makan... sekali aku ngap seketul ok lagi ketul ke dua ingatkan sayur... sekali tgok plastik beb... mcm mana la tahap kebersihan nuget azmy ni.. bayangkan kalau anak aku yang umur 4tahun makan pastu tercekik... hati2 bila makan nuget AZMY... BUDAK BOLEH TERCEKIK KALAU TERTELAN PLASTIK NI.." ... warga FB

Sun Oct 25, 2015 8:02 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

KALAU NAK MENIPU PUN AGAK-AGAKLAH
bloglist-malaysia.blogspot
naimnikmat.blogspot
Dicatat oleh Na'im Nikmat

Bajet 2016: Pemotongan Subsidi Tersembunyi Yang Najib Tidak Ceritakan Kepada Anda.
bloglist-malaysia.blogspot
darisungaiderhaka.blogspot.
Posted by Anak Sungai Derhaka

Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan bajet 2016 pada semalam telah menawarkan beberapa berita baik antaranya termasukla kenaikan gaji kakitangan awam, peningkatan dalam pemberian wang tunai BR1M dan rebat GST untuk pembelian telefon bimbit.

Tetapi di mana kesemua wang akan dibelanjakan apabila negara ini menghadapi kehilangan pendapatan akibat dari kemerosotan harga komoditi?

Malaysiakini akan mendedahkan beberapa senarai 'berita buruk' untuk anda sendiri sebagai pembaca menilai kementerian apakah dan siapakah yang terkesan dengan pemotongan subsidi dalam sektor tertentu.

Apa yang penting ialah, Najib tidak menyatakan secara jelas menerusi ucapan belanjawannya bahawa kemungkinan rakyat akan terpaksa membeli minyak masak, tiket kereta api dan tiket penerbangan di laluan 'tidak ekonomi' yang lebih mahal berbanding sebelumnya, golongan miskin pula perlu membayar bil elektrik mereka, dan beberapa pemotongan membabitkan subsidi-subsidi dan kementerian2 tertentu.

1) Kementerian Kewangan - Subsidi untuk 'kepelbagaian-awam' dipotong hampir separuh.

Kementerian Kewangan yang paling jelas merosot dari segi jumlah peruntukan. Peruntukan telah dikurangkan sebanyak RM7 bilion atau 17.8 peratus, daripada RM39.247 bilion kepada RM32.247 bilion.

Walau bagaimanapun, penelitian lebih dekat menunjukkan pemotongan dilaksanakan melalui pengurangan subsidi yang dijangka turun sebanyak 45 peratus, atau RM8.707 bilion dengan memperuntukan kepada RM10.633 bilion pada tahun hadapan.

Antara lain, termasukla pengurangan 95 peratus dalam peruntukan dalam Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin) daripada RM200 juta kepada hanya RM10 juta.

Potongan tersebut membolehkan kerajaan membelanjakan ia untuk perkara lain seperti peruntukan sebanyak RM1.073 bilion untuk melaksanakan dasar baru gaji minimum.

Kerajaan telah memulakan satu langkah rasionalisasi subsidi agresif sejak awal tahun ini dan ia tidak jelas di mana lagi akan berlaku pengurangan subsidi pada masa akan datang.

2) Kementerian Pengajian Tinggi - Bajet untuk universiti dikurangkan.

Pengurangan peruntukan kedua terbesar melibatkan Kementerian Pengajian Tinggi yang menyaksikan belanjawan dikurangkan sebanyak RM2.4 bilion, kepada RM13.378 bilion.

Universiti awam akan mengalami beban pemotongan kerana mereka akan dapat melihat pembiayaan mereka dikurangkan sebanyak RM1.442 bilion.

Universiti-universiti yang terjejas teruk ialah Universiti Malaya, diikuti oleh Universiti Malaysia Terengganu dan Universiti Teknologi Mara, yang mana belanjawan mereka dikurangkan sebanyak 27.3 peratus, 23.76 peratus dan 23.72 peratus masing-masing.

Beberapa Ahli Parlimen, termasuk Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin, telah menimbulkan persoalan andai pengurangan peruntukan ini akan membuatkan yuran pengajian yang lebih tinggi pada tahun hadapan.

3) Kementerian Perusahaan, Perladangan & Komoditi - Minyak masak lebih mahal

Kementerian komoditi pula menyaksikan pengurangan sebanyak 60.76 peratus dalam bajet tahunan iaitu dari RM1.659 bilion kepada RM651 juta sahaja.

Walaupun kementerian terbabit mengurangkan pelbagai program dan perbelanjaan kementerian sejajar dengan pemotongan peruntukan, namun pengguna tetap tidak akan terlepas dari kesan negatif tersebut.

Ini kerana skim stabilkan harga minyak masak di pasaran mengalami jumlah pemotongan yang paling besar iaitu sebanyak RM950 juta. Skim ini akan mula dihapuskan bermula tahun depan.

Di bawah skim ini yang telah diperkenalkan pada tahun 2007, bertujuan memastikan harga siling minyak, serta bekalan yang mencukupi di pasaran oleh pengeluar yang menerima pampasan (skim stabilkan harga minyak pasaran).

Dengan pemahsuhan skim berkenaan pada tahun hadapan, pengguna dipercayai mungkin membayar lebih untuk minyak masak.

4) Kementerian Pengangkutan - Subsidi untuk keretapi, penerbangan dikurangkan.

Kementerian Pengangkutan akan melihat pengurangan bajet sebanyak 14.1 peratus atau RM648 juta, kepada RM3.955 bilion, potongan keempat terbesar di kalangan kementerian.

Bahagian yang akan terjejas termasuklah subsidi untuk kereta api KTM dan penerbangan dari kawasan-kawasan luar bandar.

Secara khusus, subsidi ke atas laluan "tidak ekonomik" KTM akan diturunkan lebih dari separuh, dari RM52.9 juta kepada RM25 juta.

Subsidi penerbangan luar bandar, dan juga sewaan pesawat, juga akan dikurangkan sebanyak RM5 juta daripada RM160 juta.

Pengurangan juga secara terutamanya turut membabitkan operasi kementerian.

5) Kementerian Tenaga - Tiada lagi subsidi elektrik.

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau, dan Air pula berada di tangga kelima bagi penjimatan Bajet 2016, dengan pengurangan peruntukan sebanyak RM605 juta, kepada RM2.262 billion.

Dan sesetengah rakyat akan menerima kesan apabila subsidi bil elektrik berjumlah RM150 juta turut dimahsuhkan sejajar dengan pemotongan peruntukan kepada kementerian terbabit.

Pada masa ini, pengguna yang mendapat bil kurang atau RM20 sebulan layak menerima subsidi sepenuhnya oleh kerajaan atas nama membantu golongan termiskin.

6) Kementerian Pertahanan - PLKN dikecilkan.

Kementerian Pertahanan akan melihat pengurangan bajet sebanyak RM459 juta, potongan keenam terbesar terhadap kementerian.

Jumlah itu agak kecil berbanding dengan bajet besar yang diterima Kementerian Pertahanan daripada 17.304 billion untuk tahun depan.

Potongan sebahagian besarnya dibuat ke atas program khidmat negara yang dikecilkan dengan menerima peruntukannya sebanyak RM276 juta daripada RM614 juta pada tahun sebelumnya.

Bahagian lain yang turut terkesan dengan penjimatan, ini termasukla pengurangan sebanyak RM100 juta bagi pertahanan udara di mana akan menerima peruntukan sebanyak RM2.701 bilion, dan kerajaan tetap meneruskan cadangan memperolehi beberapa aset-aset baru walau dalam keadaan ekonomi sukar.

Di bawah Bajet 2016, Kementerian Pertahanan bercadang menambahkan aset, enam kapal Littoral Combatant, Very Short Range Air Defence weapons sistem, kereta perisai, dan A-400M Airbus.

Untuk mengetahui apa lagi subsidi yang bakal lenyap silalah sambung bacaan anda di ( SINI )

Comments

umnopenipu ·

Bajet permata bini dia ada di kurang kan tak?
Babi betul najib HARAMJADAH ni

JIHA-DISC ·

najih muka seposen bajet @ perasan bagus

MarheinPJ ·

Dear frens...

Yg pasti budget Jab Perdana Menteri tak akan dipotong n budget PERMATA NEGARA AKAN DITAMBAH SABAN TAHUN...INI KHUSUS UNTUK LOSEMAH N KRONIES....

Semuanya di bohongi Pok Jib n Losemah... yg pastinya Pok Jib dapat rm2.6billions ke akaun peribadinya n gtu juga Losemah..... ingat tak ada pembantu Losemah masokkan rm2 juta ke akaunnya...duit dari mana?

Mana SPRM n Bank Negara n Polis nak tanya.....

Mamposss mesia.... dulu kita arap ke Sharir samad yg nampak tak hantam duit..tspi dia juga dapat rm2 juya, kiar berita ni dari Sarawak Report, terdudok dia , diam sehingga kini.....mat maslam pun hantam juga..

Inilah mesia....

Let undi selain bn@umnooo..

JIHA-DISC ·

bajet yg ingin meredakan kemarahan rkyat.....tambahan 50 inggit BROM.....cukupmkn setahun.......pemimpin 2.6 billion makan seorg.....5 juta rakyat kongsi 2-3 billion. ramai2....syukuk....alhamdullilah hidup hantu kubuq

Bajet 2016 - Pemotongan Subsidi Tersembunyi YG Najib Tidak Ceritakan Kepada Anda.
amenoworld.net

Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan bajet 2016 pada semalam telah menawarkan beberapa berita baik antaranya termasukla kenaikan gaji kakitangan awam, peningkatan dalam pemberian wang tunai BR1M dan rebat GST untuk pembelian telefon bimbit.

Tetapi di mana kesemua wang akan dibelanjakan apabila negara ini menghadapi kehilangan pendapatan akibat dari kemerosotan harga komoditi?

Malaysiakini akan mendedahkan beberapa senarai 'berita buruk' untuk anda sendiri sebagai pembaca menilai kementerian apakah dan siapakah yang terkesan dengan pemotongan subsidi dalam sektor tertentu.

Apa yang penting ialah, Najib tidak menyatakan secara jelas menerusi ucapan belanjawannya bahawa kemungkinan rakyat akan terpaksa membeli minyak masak, tiket kereta api dan tiket penerbangan di laluan 'tidak ekonomi' yang lebih mahal berbanding sebelumnya, golongan miskin pula perlu membayar bil elektrik mereka, dan beberapa pemotongan membabitkan subsidi-subsidi dan kementerian2 tertentu.

1) Kementerian Kewangan - Subsidi untuk 'kepelbagaian-awam' dipotong hampir separuh.

Kementerian Kewangan yang paling jelas merosot dari segi jumlah peruntukan. Peruntukan telah dikurangkan sebanyak RM7 bilion atau 17.8 peratus, daripada RM39.247 bilion kepada RM32.247 bilion.

Walau bagaimanapun, penelitian lebih dekat menunjukkan pemotongan dilaksanakan melalui pengurangan subsidi yang dijangka turun sebanyak 45 peratus, atau RM8.707 bilion dengan memperuntukan kepada RM10.633 bilion pada tahun hadapan.

Antara lain, termasukla pengurangan 95 peratus dalam peruntukan dalam Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin) daripada RM200 juta kepada hanya RM10 juta.

Potongan tersebut membolehkan kerajaan membelanjakan ia untuk perkara lain seperti peruntukan sebanyak RM1.073 bilion untuk melaksanakan dasar baru gaji minimum.

Kerajaan telah memulakan satu langkah rasionalisasi subsidi agresif sejak awal tahun ini dan ia tidak jelas di mana lagi akan berlaku pengurangan subsidi pada masa akan datang.

2) Kementerian Pengajian Tinggi - Bajet untuk universiti dikurangkan.

Pengurangan peruntukan kedua terbesar melibatkan Kementerian Pengajian Tinggi yang menyaksikan belanjawan dikurangkan sebanyak RM2.4 bilion, kepada RM13.378 bilion.

Universiti awam akan mengalami beban pemotongan kerana mereka akan dapat melihat pembiayaan mereka dikurangkan sebanyak RM1.442 bilion.

Universiti-universiti yang terjejas teruk ialah Universiti Malaya, diikuti oleh Universiti Malaysia Terengganu dan Universiti Teknologi Mara, yang mana belanjawan mereka dikurangkan sebanyak 27.3 peratus, 23.76 peratus dan 23.72 peratus masing-masing.

Beberapa Ahli Parlimen, termasuk Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin, telah menimbulkan persoalan andai pengurangan peruntukan ini akan membuatkan yuran pengajian yang lebih tinggi pada tahun hadapan.

3) Kementerian Perusahaan, Perladangan & Komoditi - Minyak masak lebih mahal

Kementerian komoditi pula menyaksikan pengurangan sebanyak 60.76 peratus dalam bajet tahunan iaitu dari RM1.659 bilion kepada RM651 juta sahaja.

Walaupun kementerian terbabit mengurangkan pelbagai program dan perbelanjaan kementerian sejajar dengan pemotongan peruntukan, namun pengguna tetap tidak akan terlepas dari kesan negatif tersebut.

Ini kerana skim stabilkan harga minyak masak di pasaran mengalami jumlah pemotongan yang paling besar iaitu sebanyak RM950 juta. Skim ini akan mula dihapuskan bermula tahun depan.

Di bawah skim ini yang telah diperkenalkan pada tahun 2007, bertujuan memastikan harga siling minyak, serta bekalan yang mencukupi di pasaran oleh pengeluar yang menerima pampasan (skim stabilkan harga minyak pasaran).

Dengan pemahsuhan skim berkenaan pada tahun hadapan, pengguna dipercayai mungkin membayar lebih untuk minyak masak.

4) Kementerian Pengangkutan - Subsidi untuk keretapi, penerbangan dikurangkan.

Kementerian Pengangkutan akan melihat pengurangan bajet sebanyak 14.1 peratus atau RM648 juta, kepada RM3.955 bilion, potongan keempat terbesar di kalangan kementerian.

Bahagian yang akan terjejas termasuklah subsidi untuk kereta api KTM dan penerbangan dari kawasan-kawasan luar bandar.

Secara khusus, subsidi ke atas laluan "tidak ekonomik" KTM akan diturunkan lebih dari separuh, dari RM52.9 juta kepada RM25 juta.

Subsidi penerbangan luar bandar, dan juga sewaan pesawat, juga akan dikurangkan sebanyak RM5 juta daripada RM160 juta.

Pengurangan juga secara terutamanya turut membabitkan operasi kementerian.

5) Kementerian Tenaga - Tiada lagi subsidi elektrik.

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau, dan Air pula berada di tangga kelima bagi penjimatan Bajet 2016, dengan pengurangan peruntukan sebanyak RM605 juta, kepada RM2.262 billion.

Dan sesetengah rakyat akan menerima kesan apabila subsidi bil elektrik berjumlah RM150 juta turut dimahsuhkan sejajar dengan pemotongan peruntukan kepada kementerian terbabit.

Pada masa ini, pengguna yang mendapat bil kurang atau RM20 sebulan layak menerima subsidi sepenuhnya oleh kerajaan atas nama membantu golongan termiskin.

6) Kementerian Pertahanan - PLKN dikecilkan.

Kementerian Pertahanan akan melihat pengurangan bajet sebanyak RM459 juta, potongan keenam terbesar terhadap kementerian.

Jumlah itu agak kecil berbanding dengan bajet besar yang diterima Kementerian Pertahanan daripada 17.304 billion untuk tahun depan.

Potongan sebahagian besarnya dibuat ke atas program khidmat negara yang dikecilkan dengan menerima peruntukannya sebanyak RM276 juta daripada RM614 juta pada tahun sebelumnya.

Bahagian lain yang turut terkesan dengan penjimatan, ini termasukla pengurangan sebanyak RM100 juta bagi pertahanan udara di mana akan menerima peruntukan sebanyak RM2.701 bilion, dan kerajaan tetap meneruskan cadangan memperolehi beberapa aset-aset baru walau dalam keadaan ekonomi sukar.

Di bawah Bajet 2016, Kementerian Pertahanan bercadang menambahkan aset, enam kapal Littoral Combatant, Very Short Range Air Defence weapons sistem, kereta perisai, dan A-400M Airbus.

7) Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan, dan Kerajaan Tempatan - Pengurusan sisa pepejal

Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan turut dikecilkan peruntukan tahunannya dan bakal kehilangan lebih dari RM300 juta berbanding peruntukan sebelumnya.

Di bawah Bajet 2016, kementerian tersebut telah diperuntukkan sebanyak RM4.173 bilion - berbanding RM4.572 bilion pada tahun ini - pengurangan sebanyak RM399 juta.

Pemotongan terbesar akan datang dari pengurusan sisa pepejal; pembiayaannya akan menyaksikan pengurangan 17.3 peratus daripada RM1.036 bilion kepada RM857.1 juta.

Ia masih tidak jelas bagaimana kementerian akan mengendalikan pengurusan sisa pepejal ketika masih menjimatkan RM178.9 juta.

Walau bagaimanapun, perlu diperhatikan bajet kementerian memperuntukan RM15 juta untuk operasi tapak pelupusan baru pada tahun depan, yang merupakan satu kaedah yang lebih menjimatkan bagi melupuskan sisa.

Ditulis oleh wartawan Malaysiakini : Nigel Aw dalam versi English.

http://www.malaysiakini.com/news/317039

Diterjemaahkan oleh Amenoworld untuk edisi Bahasa Melayu.
----------------------------------------------------------

Comments

kenny

Speechless juga bila tgk pembentangan bajet 2016.

lanung

tu nyawa ketua lanung selanung satu msia bila nak dikurangkan? asyik melanung dan menyusahkan rakyat aje? gi balik kazakthan or gohead gostan? jadi mahaguru lanung kek sanun?

eyeque

Aku yg tak sokong umno BN kena bahana umno / b n ni memang padanlah muka aku pasal x undi mereka tapi yang dok sokong dengan penuh taat setia berbelah bagi pun bahana ni kena juga kat depa. " Ini tidak adil" ( dialog tuan punahsihat Ahmad kamil dan ahmad nisfu dalam cerita 3 abdul ). Oleh kerana mereka dok serupa tu juga maka aku akan undi umno / b n kali ni kerana aku dah buat persediaan pendinding diriku dari kena bahana, aku tak risau sangatlah. Maka aku akan undi umno / b n sebagai tindakan sadis kepada pencinta umno / b n , ambik kau dan seronoklah kau orang orang umno / b n.

rantai

semua rakyat kena.........tetapi yang bukan umno menentangnya kerana ia bukan untuk mensejahterakan rakyat sebaliknya menyiksa rakyat ....... puak umno kata bagus dan baik sebab puak umno sudah dibodohkan hingga tidak dapat nak bezakan yang mana mensejahterakan dan yang mana menyusahkan

Sun Oct 25, 2015 8:03 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Perkembangan Terbaru Norliza, Pengantin Kemalangan Semasa Rombongan Sambut Menantu

siakapkeli.my

Pada 10 Oktober lalu kita dikejutkan dengan satu kejadian kemalangan yang melibatkan rombongan pengantin yang mengorbankan 4 nyawa termasuk pengantin lelaki, Mohammad Norizan Mohd Nor, 20, ibu dan adik-adik pengantin perempuan.

Sementara itu, Noraliza, 18, cedera parah tidak sedarkan diri selepas berlaku pendarahan didalam kepala, tangan dan paha kirinya patah telah dikejarkan ke hospital Besut sebelum dipindahkan ke Hospital Kota Bharu.

Semasa kemalangan rombongan pasangan pengantin berkenaan dikatakan dalam perjalanan ke rumah pengantin lelaki untuk majlis kenduri dan sambut menantu.

Terkini, berita gembira apabila selepas 2 minggu Norliza telah pun sedarkan diri selepas beberapa siri pembedahan yang dilakukan terhadapnya.

Beliau kini sudah mampu mengukirkan senyuman di wajahnya, tetapi untuk pengetahuan semua dia sehingga kini belum dimaklumkan yang di telah kehilangan orang tersayang,

Menurut saudaranya, Norliza kini masih tidak dapat bercakap berikutan masih belum sembuh bekas kesan pembedahan di bahagian leher menyebabkan dia tidak dapat bertanya tentang suaminya dan keluarganya masih merahsiakan buat sementara waktu kerana tidak mahu memberikan tekanan kepadanya yang baru sedarkan diri.

Apapun, mari bersama-sama sahabat Siakapkeli semua kita berdoa supaya Norliza kuat untuk menghadapi semua ini dan tabah lebih-lebih lagi apabila dia mengetahui orang tersayang telah pergi meninggalkannya untuk selama-lamanya. - Siakapkeli.my

Sun Oct 25, 2015 11:00 am (PDT) . Posted by:

Facebook: Fanpage Automobil
http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520

Group Automobil
http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

Web:
OILYMAN
http://oilyman.com.my

Blog In Malaysia
http://bloginmalaysia.com

Kataloh
http://kataloh.com

Cari Mudah
http://carimudah.com

Find And Book the Best Hotel Resort
http://besthotelreviews.org

Enplegu.com
http://enplegu.com

Choosing the Best Hotel Reviews
http://besthotelreviews.info

Blog Soccers
http://blogsoccers.com

Google Adsense Program
http://googleadsenseprogram.com

Azami Entertainment
http://azamientertainment.com

Din Apartment
http://dinapartment.com

University College Online
http://universitycollegeonline.info

Kad Niaga
http://kadniaga.com

Google Adsense Program Info
http://googleadsenseprogram.info

K-Pop Music Download
http://k-popmusicdownload.info

Health Care Definition
http://healthcaredefinition.com

Laptop Skin Sticker
http://laptopskinsticker.com

Sun Oct 25, 2015 11:00 am (PDT) . Posted by:

Fri Nov 30, 2012 9:22 pm
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

Salam Sejahtera semua.

Mulai 28 November 2012, ahli group Automobil tidak boleh "HIDE ID".
In disebabkan polisi baru Yahoo Groups yang tidak membenarkan menukar alamat email asal seperti sebelum ini.

Jadi kepada sesiapa yang ingin "HIDE ID" sila email dan minta pada kawan-kawan anda untuk melakukan posting sekaligus merahsiakan alamat email syarikat tempat anda bekerja.

Group Automobil juga telah memberikan akses penuh kepada kebanyakan ahli yang aktif terus post email ke group tanpa tapisan moderator tetapi masih di pantau.

Sekian,
Terima Kasih.
Iwan

Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: