Thursday, October 1, 2015

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4303

10 Messages

Digest #4303

Messages

Wed Sep 30, 2015 8:53 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Harga Terbaru Petrol RON95, RON 97 Dan Diesel Bermula Malam Ini

siakapkeli.my

Harga terbaru minyak petrol RON95, RON97 dan diesel dilaporkan akan mengalami kenaikan masing-masing 10 sen berkuatkuasa selepas tengah malam ini.

Menurut Laporan Malaysiakini, harga baru RON95 ialah RM2.05 seliter manakala RON97 naik kepada RM2.45 seliter.

Harga RON95 dan RON97 sekarang ialah masing RM1.95 seliter dan RM 2.35 seliter

Harga diesel pula naik dari RM1.80 kepada RM1.90 seliter,. - Siakapkeli.my

Kredit gambar: Malaysiakini

Wed Sep 30, 2015 8:53 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Mungkin Ini Punca Sebab Allah S.W.T Murka Pada Kerajaan Arab Saudi

bloglist-malaysia.blogspot
depalma-sp.blogspot.

Tragedi di Mina Mungkin Antara Akibat Kemurkaan Allah pada Saudi

Mungkin Ini Punca Sebab Allah S.W.T Murka Pada Kerajaan Arab Saudi - Baru-baru ini, antara tragedi paling buruk buat sejarah umat Islam berlaku di Mina sehingga menyebabkan ramai yang terkorban termasuklah rakyat Malaysia.

Siapa yang baru sahaja pulang dari umrah sekarang pasti membawa gambar-gambar kawasan Arab Saudi yang semakin maju, gilang gemilang dengan segala puncak menara di merata-rata ceruk Mekah dan Madinah. Sebanyak $ 26 billion telah dibelanjakan untuk tujuan ini. Tapi tahukah anda, apa yang berlaku di sebaliknya?!

Dari apa yang kita boleh lihat struktur ikonik lama Masjidil Haram telah pun dimusnahkan untuk memberi laluan kepada rekaan model lebih kontemporari. Pemusnahan bangunan Masjidil Haram yang dibina oleh kerajaan Ottoman/Uthmaniyah ini menerima tentangan ramai pihak terutamanya ahli arkaelogi yang merasakan kerajaan Saudi merosakkan struktur bersejarah Islam tanpa mempedulikan kesannya.

Pihak Saudi memberi alasan bangunan binaan kerajaan Ottoman/Uthmaniyah ini mempunyai rekaan bida'ah/syirik kerana terdapat ukiran nama sahabat. Selain itu juga terdapat perancangan untuk memusnahkan stukutur kubah Masjid Nabawi sekarang kerana ia juga dikatakan tidak cukup Islamik.

Kenapa tidak cukup Islamik? Kerana kubah hijau yang menutupi makam Rasulullah SAW juga dikatakan bida'ah. Kubur tidak boleh mempunyai tanda mengikut fahaman Wahhabi. Kuburan Saidina Umar dan Abu Bakar yang disemadikan bersebelahan makan Rasulullah juga akan dimusnahkan suatu hari nanti jika keadaan ini berterusan.

Walaupun atas nama pemodenan dan pembesaran Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, tetapi itu bukanlah tiket khas untuk menutup sejarah dan tempat tinggalan Nabi SAW dan para sahabat!

Persoalan ini membawa kepada soalan seterusnya, iaitu, "Mengapa hanya pihak SAUDI mempunyai hak membentuk arah tuju Mekah dan Madinah? Kenapa tiada persetujuan diambil terlebih dahulu sebelum projek pembinaan/pemusnahan ini dilakukan? dan haruskah Mekah dan Madinah berada di bawah jajahan keluarga Al Saud"

PERSOALAN DEMI PERSOALAN

Kesemua projek naik taraf dan pembangunan di kedua-dua kota suci Islam ini dilakukan di bawah arahan Raja dari keturunan Saud, sebab tu nama negara tersebut Arab Saudi. Beliau juga digelar "Penjaga Dua Masjid Utama".

Keyword disini ialah PENJAGA dan bukannya TUAN PUNYA. Di dalam Islam sendiri kita sedia maklum wujud konsep MUSYAWARAH. Jadi mengapa tiada musyawarah dilakukan diantara kesemua pemimpin negara Islam untuk membincangkan hala tuju permodenan Mekah dan Madinah?

Pihak Saudi nampaknya sangat autokratik dalam membuat keputusan permodenan. Tak mengapalah untuk keselesaan orang awam tapi kalau dah sampai menghancurkan termpat-tempat sejarah sahabat dan Nabi SAW, apa cerita ni?!

Kemudian semua projek pembinaan diberikan kepada firma Saudi Bin Ladin Group. Kita semua sedia maklum bila seseorang Muslim itu menderma kepada pembinaan sebuah masjid, surau atau tanah wakaf, pahala dari pemberian mereka itu akan berterusan sehingga hari kiamat. Kenapakah keluarga Al Saud dan Bin Ladin memonopoli projek ini tanpa perbincangan dari semua negara Islam?

Tidak banyak pemimpin Muslim yang berani menegur monopoli 2 masjid suci ini untuk kerabat dan kroni mereka sendiri? Hanya Presiden Turki dan Iran yang mempunyai semangat dan keberanian untuk mempersoalkan kemusnahan bangunan bersejarah Islam di Kota Mekah dan Madinah yang sedang giat dilakukan kerajaan Saudi. Mereka juga membantah pengkomersilan melampau yang berlaku di Mekah.

Contoh pengkomersilan melampau ialah Raffles Makkah Palace, hotel mewah siap dengan butler yang terletak bersebelahan Masjidil Haram. Menara jam gergasi yang ada sekarang pula rata-rata dipersetujui telah mengalihkan perhatian umat Islam dari memandang Kaabah.

Saya yakin anda pasti bersetuju bahawa tarikan utama Mekah sepatutnya ialah untuk beribadah dan melihat Kaabah. Bukannya pergi hotel mewah dan jam gergasi tertinggi di dunia. Agak ironik rumah nabi, sahabat, makam isteri-isteri nabi dan telaga nabi dimusnahkan kerana "bida'ah" dan di atas tapak yang diratakan itu pu dibina cawangan makanan 'HARAM' Starbucks, Marks and Spencer, Raflles Hotel dan McDonalds.

Antara kesan yang nyata akibat permodenan Mekah dan Madinah ialah kos untuk menunaikan haji serta umrah menjadi terlalu mahal. Ini mengakibatkan umat Islam yang sepatutnya sudah mampu menunaikan haji terpaksa mengumpul lebih banyak wang untuk memenuhi rukun Islam ke 5.

Ramai golongan tua yang baru pulang umrah mengeluh Mekah yang mereka lawati pada tahun 90-an ketika menunaikan haji dahulu sudah hilang. Menurut mereka pengkomersilan yang melampau membuatkan Mekah terasa seperti seakan sebuah theme park dan bukan lagi tempat untuk beribadat kepada Allah.

Salah siapa kalau bukan kerajaan-kerajaan Islam sendiri yang memberikan keluarga As-Saud keizinan mutlak untuk melakukan apa yang mereka suka. Kalau berani bersuara kuota Haji negara akan dikurangkan oleh As-Saud and Co. Islamik kah ini?!

Last but not least mungkin lebih baik jika Makkah dan Madinah menjadi mini country seperti Vatican dimana penjaganya digantikan mengikut undian umat Islam. That way tak ada one person yang boleh buat keputusan sesuka hati. Ini juga akan membebaskan Mekah dari menjadi milik keluarga As-Saud untuk mendesak negara Islam lain untuk menutup mulut mereka atau dikurangkan kuota apabila sebarang rancangan mereka digugat atau dipersoalkan.

Semoga Allah membantu kita semua dan Islam walaupun saya sedar bahawa salah satu daripada tanda akhir zaman atau kiamat kecil adalah apabila kaum yang dahulunya mengembala kambing di gurun-gurun mula berlumba-lumba membina bangunan yang tinggi-tinggi (atas tujuan menonjolkan kekayaan mereka).

Moga Allah sentiasa merahmati kita dan memahamkan kita betapa pentingnya peninggalan sejarah tamadun awal Islam kepada kita.

*Bagi yang tidak keberatan untuk share pengetahuan ini bersama orang lain, sila tekan butang LIKE di atas post ini. Semoga ia menjadi manfaat untuk semua rakan-rakan anda yang memerlukan post ini dalam usaha untuk hidup lebih sihat, ceria dan bahagia.

Wed Sep 30, 2015 8:53 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Kurangkan Kawasan Parking, Naikkan Caj Parking Antara Cadangan Kurangkan Kesesakan Kata Menteri.

bloglist-malaysia.blogspot
amenoworld.net

Sebenarnya. Cadangan macam neh tak layak langsung diberikan pertimbangan sekalipun. Ini bukan cadangan mengurangkan kesesakan lalu lintas di bandar sebaliknya ini ialah cadangan untuk semakin menyusahkan dan membebankan rakyat.

Cuba kau semua fikir.

- Kerajaan kurangkan kawasan parking di bandar.
- Kita bergerak guna kenderaan.
- Ada ke kita tahu bahawasanya kawasan parking dah penuh ke belum semasa keluar dari rumah?

Itu aku tak citer bab orang tua, orang yang datang jauh-jauh sebab urusan apa bagai, OKU apa lagi.

Nampak? Apa motif je cadangan neh dengan kurangkan kesesakan lalu lintas? Langsung takde kaitan sebetulnya. Itu sebab aku kata. Menteri2 kat Malaysia neh spesis munkee. Sesetengahnya kacuk babee hyutan. Spesis tu mana reti nak selesai masalah rakyat. Kita neh pula spesis manusia. Yang undi munkee-munkee tu pun spesis manusia gak. Bezanya mereka-mereka tu spesis manusia ada otak takde akal. Jadi kita banyak-banyak bersabarla melayan kebodohan kedua-dua spesis tu ya.

Kemudian. Cadangan munkee neh lagi. Naikkan kadar parking.
Lebih kejam. Naikkan kos pembangunan bagi bangunan-bangunan yang menyediakan kawasan parking.

Ko tau apa.

Cadangan mengurangkan kos pengangkutan awam.
Cadangan menambahbaik pengangkutan awam.
Cadangan memperbanyakkan pengangkutan awam.
Cadangan memperluaskan jaringan pengangkutan awam.
Cadangan memastikan pengangkutan awam mematuhi masa, selamat, beroperasi lebih lama.

Itu semua depa tarak otak mao fikir.

Perempuan yang balik kerja malam-malam bukan selamat pun kalau naik bas. Jika laluan ke rumah dia takde lampu sesia jadi mangsa. Ko tahu?

Even dalam LRT pun orang boleh raba-raba kau.
Barang kau boleh hilang kena curi.
Tak selamat mana pun.
Lagi mao sembang munkee-munkee neh.

Cadangan munkee-munkee neh mesti ada kaitan dengan duit.
Di mana mereka boleh mendapat keuntungan daripadanya.

Bila kurangkan kawasan parking. Orang akan parking merata, depa saman. Saman dapat duit. Nampak?

Bila naikkan kadar caj parking. Syarikat dapat lebih untung, bayar lebih cukai dan mungkin kena GST pada kita. Munkee-munkee tu dapat duit lagi. Nampak?

Bila naikkan kos pembangunan, munkee-munkee tu dah tentu dapat duit. Nampak?

DUIT. DUIT. DUIT.

Munkee-munkee tu bukan nak selesai masalah. Depa cuma nak duit je. Itu sebab kau boleh tengok, cadangan-cadangan mereka kesemuanya berakhir dengan di mana munkee-munkee itu akan mendapat keuntungan dalam bentuk duit.

Fikir-fikirkanla.

Bilangan ruang meletak kenderaan di bandar raya ini akan dikurangkan untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Dr Loga Bala Mohan berkata idea itu adalah untuk mengurangkan kenderaan persendirian di jalan raya dan menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam.

"Kami sedang mengkaji rancangan ini (untuk mengurangkan ruang meletak kenderaan) secara menyeluruh dari segi kesannya dan akan melaksanakannya selepas selesai pembinaan Jajaran 1 projek Mass Rapid Transit (MRT) pada 2017," katanya.

Beliau memberitahu pemberita demikian selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Ketujuh mengenai Bandar Raya Mapan Bertaraf Dunia 2015 (WCSC 2015) di ibunegara semalam.

Turut hadir Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Mhd Amin Nordin dan Pengerusi WCSC 2015 Datuk N.K. Tong.

Katanya rancangan itu termasuk mengenakan kadar caj tempat letak kenderaan yang lebih tinggi dan kos pembangunan yang lebih tinggi untuk tempat meletak kereta.

Loga berkata projek seperti MRT dan Light Rail Transit (LRT) membolehkan orang ramai bergerak tanpa perlu menempuh kesesakan lalu lintas.

Persidangan WCSC 2015 anjuran bersama Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (KL REHDA), Institut Perancang Malaysia (MIP) dan Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM) dan mendapat sokongan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Persidangan itu bermatlamat meningkatkan kesedaran warga kota dan lain-lain pihak berkepentingan membolehkan bandar raya berfungsi.

- Bernama

Wed Sep 30, 2015 8:54 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Lelaki Berusia 26 Tahun Bina Rumah Kontena Jadi Viral

bloglist-malaysia.blogspot
depalma-sp.blogspot
Tak Sanggup Beli Rumah Dengan Beban Hutang 30 Tahun, Lelaki Ini Tekad Bina Rumah Kontena Sendiri

Lelaki Berusia 26 Tahun Bina Rumah Kontena Jadi Viral - Kalau nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Mungkin sesetengah orang akan berpandangan negatif apabila bercakap mengenai rumah kontena. Tak cantiklah, tak moden dan tak 'up to standard' katanya.

Namun,kami kagum melihat bagaimana Muhammad Azree tekad untuk membina rumah kontenanya sendiri demi mengelak terikat dengan hutang selama 30 tahun.

Bagaimana tercetusnya idea untuk bina rumah kontena?

9 bulan lalu saya berangan mahukan motor besar, sebab nak bergaya sedangkan saya masih menyewa. Saya baca sana-sini orang mengeluh rumah mahal. Saya termasuk dalam golongan tersebut dan memikirkan apalah nasib kita zaman sekarang, sungguh hebat cabarannya untuk hidup selesa. Kerajaan perlu lebih kuat berusaha. Tunaikan janji mereka dan kita juga mesti berusaha.

Permohonan saya untuk beli motor diluluskan, tapi saya tidak sain dulu, saya fikir lagi dalam-dalam, betul ke apa yang aku nak buat ni? Sebab dah ada komitmen kereta Perodua Viva sebiji. Jadinya saya buka laman web iklan percuma, saya cari, apa yang saya boleh dapat dengan RM30 ribu selain motorsikal yang saya idamkan.

Tanah. Ya sebuah tanah lot diiklankan di laman web tersebut. Memikirkan kos sewa di Shah Alam sebanyak RM500 sebilik, selama 5 tahun saya akan rugi RM18 ribu. Habuk saya dapat, property tiada. Motor bukan pilihan saya akhirnya. Saya batalkan loan tersebut.

Saya nekad membeli tanah lot tersebut, berkeluasan 2400 kaki persegi, bumiputera & freehold. Bukaan 80 kali 30 kaki, lokasinya di Teluk Panglima Garang, 25KM dari Shah Alam tempat saya bekerja ketika itu.

Beli tanah nak tinggal mana? Komitmen dah bertambah ni, bukan sikit bayar bulanan pinjaman peribadi selama 5 tahun, saya pinjam RM75 ribu personal loan untuk dibayar selama 5 tahun, beserta kereta, anda boleh bayangkan bertapa sengsaranya ketika itu untuk membayar bulanan. Tapi saya gagahkan. Komitmen sebulan kini RM1800 tak termasuk lain-lain benda nak dibeli dan dibayar. Gaji ketika tu RM3500, tolak EPF tinggallah beberapa sahaja.

Hasilnya, selepas saya melakar dan membuat research di Internet, saya tekad untuk membina rumah dari unit Kontena terpakai. Ya kontena buruk yang dibuang syarikat-syarikat logistik yang tak layak naik kapal lagi. Saya belanjakan RM35 ribu lagi untuk semua urusan pembinaannya.

Mula bina rumah kontena!

Sebiji kontena 20 kaki (1 TEU) saya beli dan potong, saya tambah tingkap, pintu, exhaust fan, cat antikarat luar dan dalam serta pasang lantai getah vinyl. Saya panggil abang saya, "Wan, tolong aku buat rumah". "Ok dik abang tolong ko belilah barang, upah bayar kemudian". Lega saya mendengar, mak ayah saya time tu belum tahu sepenuhnya pelan saya, mereka cuma tahu saya beli tanah. Kemudian terpaksa, saya ceritakan kepada mereka, mereka senyum dan bersetuju. Anak mereka sorang ni memang mereka tahu istimewa. hehe.

Seminggu pertama, saya ratakan tanah, bersihkan semua semak-samun, korek lubang untuk tangki septik, saya tempah 15 lori simen terpakai (pasir kotor) saya ratakan sebagai alas konkrit 1 kaki. Sementara menunggu kering, saya berulang dari Shah Alam ke Banting untuk pastikan kontena saya siap sebab masa adalah amat terhad, dan semuanya adalah kos yang saya tak mampu nak hadap lama-lama, sebab hari berjalan, upah juga berjalan.

Penghujung September 2014 adalah tarikh akhir kontrak sewaan rumah saya di Spira Alam Impian Shah Alam, saya boleh kata homeless pada tarikh itu. Kontena masih belum siap!

Arghhhhh!!!, stress, mana nak tidur? Saya tekan lagi mereka supaya segerakan proses mengimpal dan cat, akhirnya pada tanggal 31 Oktober, kontena tersebut dipindahkan menggunakan sebuah lori Side Loader walaupun belum siap, cat belum kering sepenuhnya, lantai vinyl belum lekat, tandas belum ada, api air? Jangan cerita. Tidur tak cukup, makan tak lena selama 2 minggu sebelum kontrak sewa tamat

Mujur lokasi tanah dibeli berhampiran dengan jiran yang benar-benar ambil berat. Acok dan isteri memberi saya sumber air selama sebulan, beserta api. Ayah dan mak naik lori datang dari Johor bawa barang-barang peribadi saya yang lain. Hari itu hari yang betul-betul menyentuh hati saya. Nak rumah sendiri sangat kan? Hah mendapat dah rumah dan rumah ni bukan sebarangan rumah dan keluarga saya sokong sepenuhnya buat saya bertambah terharu.

Tong air, kerusi tandas duduk terpakai, wayar-wayar lama, zink, simen lebihan, papan semua ayah saya bawa naik lori. Abang saya dengan beberapa pekerja juga mula membantu, mereka memulakan dengan pembinaan tapak bilik air dan dapur. Ketika itu rumah masih 1 tingkat, tingkat atas belum dibina, air pun masih pinjam jiran, permohonan air dan elektrik saya hantar kepada Syabas dan TNB pada hari kedua.

Sebulan menunggu, akhirnya diluluskan. Bukan mudah tapi tidak mustahil. Ikut aturan dan prosedur mereka. TNB mensyaratkan pendawaian lengkap oleh individu bertauliah dan mestilah menutup box meter supaya renjatan tidak berlaku, begitu juga sambungan pembumi. Syabas pasang meter seminggu selepas itu. Maka terputuslah pergantungan saya kepada jiran saya yang baik hati. Sepanjang sebulan saya tidur di sana dengan rumah yang bertutupkan kanvas, tidur di atas lantai sorang-sorang tiada siapa yang tahu. Yang tahu viral sahaja masuk Astro Awani dan surat khabar Kosmo dan lain-lain.

Panas? Memang panas pada awalnya, tapi setelah saya siapkan tingkat kedua berbumbung, suhu turun mendadak, dan saya pasangkan pendingin hawa 1.5HP untuk lebih keselesaan. Perlahan-lahan saya tambah baik rumah ini. Kawan-kawan dari jauh datang bantu, sayunya ketika itu. Saya tak tahu bagaimana nak luahkan perasaan saya, hanya Allah dapat membalas jasa baikmu wahai kawan-kawanku.

Duit sudah habis, rumah tak juga siap, nasib baik bonus masuk pada awal Januari, saya gagahkan belanjakan duit itu untuk bayar upah tertunggak dan perkemas lagi keadaan di dalam rumah, saya buat kebun di halaman rumah, saya tanam sebolehnya apa yang boleh dimakan.
Ubi kayu? Ada. Kiranya semua yang kontang ada ditanam sekeliling rumah. Kacang, bendi, cili, keledek kolam ikan pun saya buat. Orang tak nampak susah kita, tapi saya teruskan jua. Itu sahaja cara saya boleh berjimat. GST pun nak bermula, kos hidup pasti meningkat.

Kini selesa sudah ada rumah sendiri..

Kini saya sudah boleh kata selesa, saya sudah ada rumah sendiri, sempit atau nak tambah ruang? Bila-bila masa saya boleh tambah. Beli kontena lagi, tenggek atas kontena sedia ada. Kita pun kalau dah kawin, belum tentu buat anak tiap-tiap tahun bukan? Jadi dengan ruang terhad yang ada sekarang, saya gunakan sepenuhnya, itupun ada kalanya saya tak naik tingkat atas dekat seminggu. Sebab semuanya ada di tingkat bawah, cepat dicapai, mudah disedia, mudah dikemas. Kawan-kawan dan jiran tetangga datang, mereka lepak di ruang atas menonton TV di atas.

16 orang ahli keluarga saya datang menginap, tiada masalah. Ok jer. Tapi saya tak faham dengan haters-haters di luar sana. Mereka mengkritik keras apa yang saya bina. Ini rumah saya. Saya tidak meminta sesiapa, yang susah saya yang senang saya. Rumah kecil bagi saya is a place to live big. Big houses bukan idaman saya. Anda diluar sana, kalau terdetik nak memiliki rumah, belilah kalau mampu. Sewa lah jika perlu. Rumah RM250 ribu besar itu sahaja, lama-lama buruk juga. Nak modify dah reput, kontena, anytime saya boleh upgrade, silap aribulan 10 tingkat saya buat, saya sewakan 8 tingkat untuk haters-haters di luar sana. Untuk bergaya biar kena pada cara.

Jika diikutkan, saya tidak akan membeli rumah dengan hutang selama 30 tahun, bersesak berebut parking atau duduk diapartment yang rata-rata pentingkan diri dan masalah sampah, lift saban hari. Biarlah saya susah bayar sekarang. Senang kemudian. Saya masih bujang dan masih muda, bagi saya masih banyak boleh saya lakukan ketika sihat dan tidak mengapa hidup susah ketika ini. Saya ada semua yang saya impikan, dan saya akan teruskan sebuah lagi impian, mengubah MPV yang baru saya beli kepada Karavan. Rezeki juga amat misteri, akhirnya saya mampu dapat motorsikal yang saya idamkan selepas 7 bulan rumah dibina.

Pada anda di luar sana, saya bukanlah orang kaya mana. Anak felda je. Mak ayah saya dulu buat rumah sendiri juga. Kalau mereka boleh, kenapa tidak kita? Saya pun bekerja, sibuk juga, boleh sahaja uruskan masa untuk menyiapkan semuanya. Untuk tambahan, saya juga menceburkan diri dalam pelbagai perniagaan, saya buat Freelance Web Designing sebagai income tambahan, saya bela ayam kampung dengan kawan-kawan, saya tanam pokok stevia dan lain-lain asalkan halal jadi duit. Anda patut mencuba, seronok, ternyata berbaloi mencubanya. Siapa kita nak salahkan kalau duit tak cukup? Kerajaan atau kita sendiri tidak berikhtiar?

Saya Muhamad Azree Abd Rahim, berumur 26 tahun dan ini kisah hidup saya yang baru ingin bermula…
In life, you need either strong courage or good family and friends or simply just having them all

Fakta
Tanah : RM35,000
Keluasan: 80 X 30 kaki = 2400 kaki persegi
Pembinaan rumah kontena dan tingkat tambahan serta lain-lain kos tersembunyi: RM 50,000.

Jumlah RM85,000.
Pinjaman peribadi 5 tahun : RM75 ribu
RM10,000 dari duit bonus bekerja
Kelengkapan rumah: Alhamdulillah semua ada, Aircond, astro internet semua ada.

Bagaimana anda boleh juga bermula? Layari www.rumahkontena.com untuk membaca kisah saya dan ketahui caranya. Penceroboh akan didakwa

Link penuh galeri gambar projek rumah kontena: http://muhamadazree.imgur.com/
@ www.rumahkontena.com atau FB & instagram @rumahkontena

Sumber-ohbulan

Wed Sep 30, 2015 8:55 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Bas Persiaran Dipercayai Rosak Brek Rempuh 8 Kereta

siakapkeli.my

Kuala Lumpur, 29 Sept: Sebuah bas persiaran yang dipercayai mengalami kerosakan brek merempuh lapan kenderaan lain termasuk sebuah kereta polis yang diletakkan di Taman Cendawan, Jalan Genting Highland petang tadi.

Ketika kejadian yang berlaku kira-kira 4.15 petang itu, bas terbabit sedang menuruni bukit.

Pemandu bas berkenaan yang berusia 49 tahun gagal mengawal basnya sebelum ia terbabas dan memasuki kawasan parkir pusat penanaman cendawan.

Menurut Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohammad Mansor Mohammad Nor, beberapa kenderaan rosak dalam kejadian namun pemandu bas tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Siasatan awal mendapati, bas persiaran itu dipercayai mengalami kerosakan brek sebelum hilang kawalan dan merempuh deretan kerata yang diletakkan di parkir kawasan berkenaan.

"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana ketika kejadian tiada pemandu kenderaan dan bas persiaran terbabit juga tiada penumpang," katanya memetik laporan Harian Metro.

Bas yang terlibat telah dibawa ke cawangan Trafik IPD Bentang bagi pemeriksaan brek oleh PUSPAKOM, JPJ dan SPAD untuk siasatan. - Siakapkeli.my

Wed Sep 30, 2015 8:55 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom


Menangis Teresak-esak Minta Mak Sapu Ubat Nyamuk Fumakilla Di kaki

Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
tranungkite.net

Alololloo… Kesiannyyyyyaaa adik comey ni menangis teresak-esak sampai bengkak-bengkak mata pi kat mak dia. Minta mak dia sapu ubat kat kaki dia sebab kena gigit nyamuk. Yang lawak tu bawa 'ubat' sekali pi kat mak dia. Hhahahhahahah.

Ubat tu la yang buat orang gelak sampai pecah perut. Mak budak tu pun tak tahan dengan telatah anak dia tu. Dia pun gelak sakan bila anak dia bagi ubat nyamuk Fumakilla kat dia suruh sapu ubat tu kaki yang digigit nyamuk. Hihhihiii..

Mak dia la kongsi cerita lawak ni di laman sosial bersama gambar dan status, 'Perggghhh..arini betul-betul buat aku pecah perut..anak aku datang kat aku..suruh sapu ubat..sebab kena gigit dinyamuk..hahahha..sampai nangis aku cakap tak boleh..wakakaka.'

Mesti budak tu ingat ubat nyamuk tu untuk kegunaan bila digigit nyamuk. Ubat nyamuk Fumakilla tu untuk menghalau nyamuk dik, kalau di sapu banyak mana pun tak hilang rasa sakit tu. Hiihhiihii..

So lepas ni explain la betul-betul kat anak korang ubat-ubat yang tersimpan dirumah tu betul-betul ye, lepas tu simpan tempat yang selamat dan tinggi dari anak korang. Takut-takut nanti diorang ambik bawa main lepas tu makan pula, haru la nanti!

MissHana/Utaranews.com.

Wed Sep 30, 2015 8:55 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Pada Usia 92 Tahun, Lelaki Ini Masih Gagah Menjual Mee Goreng Yang Cukup Lazat

siakapkeli.my

Abdul Karim Pakir yang umurnya sudah pun menjangkau 92 tahun masih gagah menjual mee goreng di gerainya walaupun sudah sakit-sakit badan kerana cintakan kerjanya itu.

Memetik laporan mStar Online, dia tiada niat untuk bersara walaupun sudah di mamah usia kerana baginya kudratnya masih ada untuk meneruskan perniagaannya itu.

Beliau yang telah menjual mee goreng di Lorong Tamil berhampiran Kompleks Pasar Chowrasta telah menjalankan perniagaannyasudah lebih 30 tahun dan harga bagi sepinggan mi gorengnya kekal RM2.50 sepanjang dia berniaga di situ.

Abdul Karim, yang tinggal di Jalan Makloom dengan anak perempuannya, tidak kedekut memasukkan bahan-bahan dalam mi gorengnya yang tetap sama dengan sepinggan mi goreng yang dijual di sekitar Pulau Pinang.

"Saya hanya perlu sedikit keuntungan. Mengapa saya perlu mengenakan caj begitu banyak? Saya tidak perlu membayar kepada sesiapa kerana semuanya saya buat sendiri.

"Saya menaiki bas ke gerai saya setiap pagi di sini. Saya biasanya buka gerai dari pukul 11 pagi hingga 10 malam," katanya ketika ditemui.

Apabila ditanya mengenai sejarah hidupnya, Abdul Karim tidak mempunyai masalah untuk mengingati hari di mana dia meninggalkan India untuk ke Tanah Melayu.

"Di India, saya adalah seorang nelayan dan saya datang ke Tanah Melayu pada tahun 1947.

"Ketika itu saya berusia 24 tahun dan saya datang dengan adik-adik saya dan kami bekerja di sebuah kedai kopi, di situlah saya belajar cakap Bahasa Melayu.

"Saya hanya boleh membaca Tamil tetapi saya boleh cakap Bahasa Inggeris sikit-sikit," katanya lagi.

Menurutnya, lima tahun kemudian, kedai kopi tempat di mana dia bekerja itu telah dijual dan dia membuat keputusan untuk menjual laksa untuk menyara kehidupannya.

"Saya akan memesan ikan dari Teluk Bahang kerana laksa yang baik perlukan ikan yang baik. Saya menjual laksa di Esplanade kira-kira 40 tahun sebelum saya ambil keputusan untuk menutup kedai kerana kekurangan pelanggan.

"Kemudian saya berniaga mi goreng pula dan kekal sehingga hari ini," katanya. - Siakapkeli.my

Wed Sep 30, 2015 4:18 pm (PDT) . Posted by:

"bashah" bwasi

Naik bas** saja pi kerja...Jiwa yg sesuai utk jadi PM iatu tidak materialistiksemoga Allah meredai beliau.

On Wednesday, September 30, 2015 11:55 PM, "'-:eSpAcE9808:-' rienacom@yahoo.com.sg [automobil]" <automobil@yahoogroups.com> wrote:


  Pada Usia 92 Tahun, Lelaki Ini Masih Gagah Menjual Mee Goreng Yang Cukup Lazat  siakapkeli.my

Abdul Karim Pakir yang umurnya sudah pun menjangkau 92 tahun masih gagah menjual mee goreng di gerainya walaupun sudah sakit-sakit badan kerana cintakan kerjanya itu.

Memetik laporan mStar Online, dia tiada niat untuk bersara walaupun sudah di mamah usia kerana baginya kudratnya masih ada untuk meneruskan perniagaannya itu.

Beliau yang telah menjual mee goreng di Lorong Tamil berhampiran Kompleks Pasar Chowrasta telah menjalankan perniagaannyasudah lebih 30 tahun dan harga bagi sepinggan mi gorengnya kekal RM2.50 sepanjang dia berniaga di situ.

Abdul Karim, yang tinggal di Jalan Makloom dengan anak perempuannya, tidak kedekut memasukkan bahan-bahan dalam mi gorengnya yang tetap sama dengan sepinggan mi goreng yang dijual di sekitar Pulau Pinang.

"Saya hanya perlu sedikit keuntungan. Mengapa saya perlu mengenakan caj begitu banyak? Saya tidak perlu membayar kepada sesiapa kerana semuanya saya buat sendiri.

"Saya menaiki bas ke gerai saya setiap pagi di sini. Saya biasanya buka gerai dari pukul 11 pagi hingga 10 malam," katanya ketika ditemui.

Apabila ditanya mengenai sejarah hidupnya, Abdul Karim tidak mempunyai masalah untuk mengingati hari di mana dia meninggalkan India untuk ke Tanah Melayu.

"Di India, saya adalah seorang nelayan dan saya datang ke Tanah Melayu pada tahun 1947.

"Ketika itu saya berusia 24 tahun dan saya datang dengan adik-adik saya dan kami bekerja di sebuah kedai kopi, di situlah saya belajar cakap Bahasa Melayu.

"Saya hanya boleh membaca Tamil tetapi saya boleh cakap Bahasa Inggeris sikit-sikit," katanya lagi.

Menurutnya, lima tahun kemudian, kedai kopi tempat di mana dia bekerja itu telah dijual dan dia membuat keputusan untuk menjual laksa untuk menyara kehidupannya.

"Saya akan memesan ikan dari Teluk Bahang kerana laksa yang baik perlukan ikan yang baik. Saya menjual laksa di Esplanade kira-kira 40 tahun sebelum saya ambil keputusan untuk menutup kedai kerana kekurangan pelanggan.

"Kemudian saya berniaga mi goreng pula dan kekal sehingga hari ini," katanya. - Siakapkeli.my #yiv4844206115 #yiv4844206115 -- #yiv4844206115ygrp-mkp {border:1px solid #d8d8d8;font-family:Arial;margin:10px 0;padding:0 10px;}#yiv4844206115 #yiv4844206115ygrp-mkp hr {border:1px solid #d8d8d8;}#yiv4844206115 #yiv4844206115ygrp-mkp #yiv4844206115hd {color:#628c2a;font-size:85%;font-weight:700;line-height:122%;margin:10px 0;}#yiv4844206115 #yiv4844206115ygrp-mkp #yiv4844206115ads {margin-bottom:10px;}#yiv4844206115 #yiv4844206115ygrp-mkp .yiv4844206115ad {padding:0 0;}#yiv4844206115 #yiv4844206115ygrp-mkp .yiv4844206115ad p {margin:0;}#yiv4844206115 #yiv4844206115ygrp-mkp .yiv4844206115ad a {color:#0000ff;text-decoration:none;}#yiv4844206115 #yiv4844206115ygrp-sponsor #yiv4844206115ygrp-lc {font-family:Arial;}#yiv4844206115 #yiv4844206115ygrp-sponsor #yiv4844206115ygrp-lc #yiv4844206115hd {margin:10px 0px;font-weight:700;font-size:78%;line-height:122%;}#yiv4844206115 #yiv4844206115ygrp-sponsor #yiv4844206115ygrp-lc .yiv4844206115ad {margin-bottom:10px;padding:0 0;}#yiv4844206115 #yiv4844206115actions {font-family:Verdana;font-size:11px;padding:10px 0;}#yiv4844206115 #yiv4844206115activity {background-color:#e0ecee;float:left;font-family:Verdana;font-size:10px;padding:10px;}#yiv4844206115 #yiv4844206115activity span {font-weight:700;}#yiv4844206115 #yiv4844206115activity span:first-child {text-transform:uppercase;}#yiv4844206115 #yiv4844206115activity span a {color:#5085b6;text-decoration:none;}#yiv4844206115 #yiv4844206115activity span span {color:#ff7900;}#yiv4844206115 #yiv4844206115activity span .yiv4844206115underline {text-decoration:underline;}#yiv4844206115 .yiv4844206115attach {clear:both;display:table;font-family:Arial;font-size:12px;padding:10px 0;width:400px;}#yiv4844206115 .yiv4844206115attach div a {text-decoration:none;}#yiv4844206115 .yiv4844206115attach img {border:none;padding-right:5px;}#yiv4844206115 .yiv4844206115attach label {display:block;margin-bottom:5px;}#yiv4844206115 .yiv4844206115attach label a {text-decoration:none;}#yiv4844206115 blockquote {margin:0 0 0 4px;}#yiv4844206115 .yiv4844206115bold {font-family:Arial;font-size:13px;font-weight:700;}#yiv4844206115 .yiv4844206115bold a {text-decoration:none;}#yiv4844206115 dd.yiv4844206115last p a {font-family:Verdana;font-weight:700;}#yiv4844206115 dd.yiv4844206115last p span {margin-right:10px;font-family:Verdana;font-weight:700;}#yiv4844206115 dd.yiv4844206115last p span.yiv4844206115yshortcuts {margin-right:0;}#yiv4844206115 div.yiv4844206115attach-table div div a {text-decoration:none;}#yiv4844206115 div.yiv4844206115attach-table {width:400px;}#yiv4844206115 div.yiv4844206115file-title a, #yiv4844206115 div.yiv4844206115file-title a:active, #yiv4844206115 div.yiv4844206115file-title a:hover, #yiv4844206115 div.yiv4844206115file-title a:visited {text-decoration:none;}#yiv4844206115 div.yiv4844206115photo-title a, #yiv4844206115 div.yiv4844206115photo-title a:active, #yiv4844206115 div.yiv4844206115photo-title a:hover, #yiv4844206115 div.yiv4844206115photo-title a:visited {text-decoration:none;}#yiv4844206115 div#yiv4844206115ygrp-mlmsg #yiv4844206115ygrp-msg p a span.yiv4844206115yshortcuts {font-family:Verdana;font-size:10px;font-weight:normal;}#yiv4844206115 .yiv4844206115green {color:#628c2a;}#yiv4844206115 .yiv4844206115MsoNormal {margin:0 0 0 0;}#yiv4844206115 o {font-size:0;}#yiv4844206115 #yiv4844206115photos div {float:left;width:72px;}#yiv4844206115 #yiv4844206115photos div div {border:1px solid #666666;height:62px;overflow:hidden;width:62px;}#yiv4844206115 #yiv4844206115photos div label {color:#666666;font-size:10px;overflow:hidden;text-align:center;white-space:nowrap;width:64px;}#yiv4844206115 #yiv4844206115reco-category {font-size:77%;}#yiv4844206115 #yiv4844206115reco-desc {font-size:77%;}#yiv4844206115 .yiv4844206115replbq {margin:4px;}#yiv4844206115 #yiv4844206115ygrp-actbar div a:first-child {margin-right:2px;padding-right:5px;}#yiv4844206115 #yiv4844206115ygrp-mlmsg {font-size:13px;font-family:Arial, helvetica, clean, sans-serif;}#yiv4844206115 #yiv4844206115ygrp-mlmsg table {font-size:inherit;font:100%;}#yiv4844206115 #yiv4844206115ygrp-mlmsg select, #yiv4844206115 input, #yiv4844206115 textarea {font:99% Arial, Helvetica, clean, sans-serif;}#yiv4844206115 #yiv4844206115ygrp-mlmsg pre, #yiv4844206115 code {font:115% monospace;}#yiv4844206115 #yiv4844206115ygrp-mlmsg * {line-height:1.22em;}#yiv4844206115 #yiv4844206115ygrp-mlmsg #yiv4844206115logo {padding-bottom:10px;}#yiv4844206115 #yiv4844206115ygrp-msg p a {font-family:Verdana;}#yiv4844206115 #yiv4844206115ygrp-msg p#yiv4844206115attach-count span {color:#1E66AE;font-weight:700;}#yiv4844206115 #yiv4844206115ygrp-reco #yiv4844206115reco-head {color:#ff7900;font-weight:700;}#yiv4844206115 #yiv4844206115ygrp-reco {margin-bottom:20px;padding:0px;}#yiv4844206115 #yiv4844206115ygrp-sponsor #yiv4844206115ov li a {font-size:130%;text-decoration:none;}#yiv4844206115 #yiv4844206115ygrp-sponsor #yiv4844206115ov li {font-size:77%;list-style-type:square;padding:6px 0;}#yiv4844206115 #yiv4844206115ygrp-sponsor #yiv4844206115ov ul {margin:0;padding:0 0 0 8px;}#yiv4844206115 #yiv4844206115ygrp-text {font-family:Georgia;}#yiv4844206115 #yiv4844206115ygrp-text p {margin:0 0 1em 0;}#yiv4844206115 #yiv4844206115ygrp-text tt {font-size:120%;}#yiv4844206115 #yiv4844206115ygrp-vital ul li:last-child {border-right:none !important;}#yiv4844206115

Wed Sep 30, 2015 8:35 pm (PDT) . Posted by:

Salam Semua,
FORMULA BUAT DUIT - Mudah Success di-RCC
1. yang berminat buat bisnes
2. yang ada masalah kesihatan
3. yang tidak minat bisnes
Kategori 1 - Yang minat bisnes
Plan & Strategi
1) Modal RM140 silver. Bonus Sponsor RM35. Bonus Pairing RM15. Max bonus
RM1800/day
2) Modal RM420 gold. Bonus Sponsor RM105. Bonus Pairing RM45.Max bonus
RM5400/day
3) Modal RM980 platinum. Bonus sponsor RM245. Bonus Pairing RM105. Max
bonus RM12600
website : www.rcc2u.com
Kategori 2 - Yang ada masalah kesihatan
Ceritakan tentang testimoni dan cadangkan tukar gula daripada gula putih
biasa kepada gula stevia rcc global.
Ajarkan cara rawatan 3553
3 botol air 5,00ml setiap hari. 5 titik untuk setiap botol. Amalkan untuk
3 bulan
‪#‎jika‬ ada luka titiskan & sapu. (ramai telah pulih dgn cara ini)☝‬
Kategori 3 - Yang tak minat berniaga
Ceritakan Faedah Keahlian. Khairat dan Kebajikan layak untuk sekeluarga
Ahli = RM4000 ~ RM6000
Suami/isteri, Anak 1, Anak 2, Anak 3, Ibu, Ayah = RM2000

Untuk kes kemalangan cover ahli sahaja
Melibatkan Kecederaan jenis Patah RM1000-RM5000
Untuk kes bencana alam seperti kerosakan rumah akibat ribut, kebakaran dan
banjir RM1000-RM5000 mengikut kadar kerosakkan
‪#‎syarat‬ jadi ahli RM140 & hanya guna sendiri RM60 untuk 2btl sahaja
pada setiap bulan.‬
Terus layak faedah di atas
Berminat? Call/Whatsapp/SMS ke 0126855378

Wed Sep 30, 2015 8:48 pm (PDT) . Posted by:

Salam Semua,
FORMULA BUAT DUIT - Mudah Success di-RCC
1. yang berminat buat bisnes
2. yang ada masalah kesihatan
3. yang tidak minat bisnes
Kategori 1 - Yang minat bisnes
Plan & Strategi
1) Modal RM140 silver. Bonus Sponsor RM35. Bonus Pairing RM15. Max bonus
RM1800/day
2) Modal RM420 gold. Bonus Sponsor RM105. Bonus Pairing RM45.Max bonus
RM5400/day
3) Modal RM980 platinum. Bonus sponsor RM245. Bonus Pairing RM105. Max
bonus RM12600
website : www.rcc2u.com
Kategori 2 - Yang ada masalah kesihatan
Ceritakan tentang testimoni dan cadangkan tukar gula daripada gula putih
biasa kepada gula stevia rcc global.
Ajarkan cara rawatan 3553
3 botol air 5,00ml setiap hari. 5 titik untuk setiap botol. Amalkan untuk
3 bulan
‪#‎jika‬ ada luka titiskan & sapu. (ramai telah pulih dgn cara ini)☝‬
Kategori 3 - Yang tak minat berniaga
Ceritakan Faedah Keahlian. Khairat dan Kebajikan layak untuk sekeluarga
Ahli = RM4000 ~ RM6000
Suami/isteri, Anak 1, Anak 2, Anak 3, Ibu, Ayah = RM2000

Untuk kes kemalangan cover ahli sahaja
Melibatkan Kecederaan jenis Patah RM1000-RM5000
Untuk kes bencana alam seperti kerosakan rumah akibat ribut, kebakaran dan
banjir RM1000-RM5000 mengikut kadar kerosakkan
‪#‎syarat‬ jadi ahli RM140 & hanya guna sendiri RM60 untuk 2btl sahaja
pada setiap bulan.‬
Terus layak faedah di atas
Berminat? Call/Whatsapp/SMS ke 0126855378
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: