Tuesday, October 20, 2015

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4317[1 Attachment]

13 Messages

Digest #4317
3
Fw: Petua 'Pecah' Batu Karang Ginjal by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
7
10
Fw: BR1M kurang kalau tak naikkan tol by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
12
Fw: LPT2 sudah ragut 73 orang by "-:eSpAcE9808:-" rienacom

Messages

Mon Oct 19, 2015 2:14 am (PDT) . Posted by:

"Sukri Farah"

....dia tak kenal hukum karma kot....range rover sekali kena sondol dari
belakang oleh lori simen...lenyap terus...
..hopefully driver range rover tu insaf dan kembali kepangkal jalan

2015-10-18 22:59 GMT+08:00 '-:eSpAcE9808:-' rienacom@yahoo.com.sg
[automobil] <automobil@yahoogroups.com>:

>
> [Attachment(s) <#1507b78ab01dad44_TopText> from -:eSpAcE9808:- included
> below]
>
> 
> *Seorang Lelaki Pukul Seorang Pekerja Warga Bangladesh Sedang Cuci
> Keretanya*
>
> siakapkeli.my
>
>
> <http://3.bp.blogspot.com/-r9wfuBeaT8c/ViIQrENcgvI/AAAAAAAAYJI/fyeimySzDnk/s1600/lelalki.jpg>
>
> Tersebar dilaman sosial hari ini sebuah video yang dimuatnaik oleh
> seorang pengguna Facebook bernama *Atie Abdul Hamid
> <https://www.facebook.com/atie.selangorfm?fref=photo>* yang menunjukkan
> seorang lelaki bertindak biadap menampar seorang pekerja dari Bangladesh
> yang sedang mencuci kereta miliknya.
>
> Berdasarkan penerangan bersama video yang dirakam oleh kamera litar
> tertutup CCTV di premis cuci kereta, beliau mendakwa pekerja warga asing
> berkenaan sedang mencuci kereta milik lelaki tersebut dengan memasuki
> bahagian tempat duduk menyebabkan lelaki itu berang kerana menyebabkan
> tempat duduk keretanya kotor.
>
> Berdasarkan penerangannya lagi, lelaki itu bertinda memukul pekerja warga
> asing berkenaan mungkin kerana pakaiaan pekerja Bangladesh tersebut lusuh
> dan nampak hina di matanya.
>
> Selepas itu, dia dikatakan telah meminta bayaran sebanyak RM1000 kerana
> duduk dan mengotorkan keretanya semasa pekerja Bangladesh berkenaan
> mengelap cermin.
>
> Beliau juga memberitahu, mereka membawanya ke klinik dan disahkan
> mengalami pendarahan dan bengkak teruk menyebabkan mereka terpaksa merujuk
> ke hospital, walaupun berdasarkan video hanya macam pukul biasa.
>
> Beliau juga berharap semoga lelaki berkenaan mendapat hidayah dan sudah
> memaafkan dan halalkan upah cuci kereta yang tidak dibayar.
>
> Jika benar dakwaan berdasarkan video ini, ingatlah, hidup ini tidak lama,
> kenapa harus bertindak kejam sesama manusia yang diciptakan oleh Allah yang
> Maha Esa. - *Siakapkeli.my <http://siakapkeli.my/>*
>
> ** Apa yang ditulis adalah berdasarkan kepsyen yang dimuatnaik oleh Puan
> Atie Abdul Hamid
>
>
>
> *VIDEO ... PEKERJA BANGLADESH KENA TAMPAR OLEH TUAN PUNYA KERETA YANG
> SOMBONG MELAMPAU MENDAPAT KUTUKAN KERAS DARI WARGA MAYA. *
>
> Posted by OMAK KAU!!!!
>
> Seorang tukang cuci warga Bangladesh ditampar oleh pemilik kereta kerana
> tidak puas hati pekerja itu telah mengotorkan keretanya ketika mengelap
> cermin.
>
> Perbuatan biadap lelaki itu dirakam CCTV dan mendapat kutukan netizen
> selepas rakaman itu menjadi viral media sosial.
>
> Menurut pengguna Facebook yang memuatnaik rakaman video itu, pemilik
> kereta itu marah apabila mendakwa pekerja Bangladesh telah masuk dan duduk
> dalam kereta untuk mengelap cermin sehingga mengotorkan keretanya.
>
> Dia mendakwa, pemilik kereta itu meminta pekerja Bangladesh itu
> membayarnya RM1,000 sebagai ganti rugi kerana mengotorkan keretanya.
>
> Tidak lama kemudian kelihatan lelaki itu menampar pekerja Bangladesh itu
> beberapa kali.
>
> Pemilik akaun FB itu yang dipercayai pemilik kedai cuci kenderaan itu
> mendakwa, pekerja Bangladesh itu mengalami pendarahan teruk dan terpaksa
> dirujuk kepada hospital. "Semoga diberi hidayah kepadanya. Saya maafkan dan
> halalkan upah cuci kereta tadi. Jangan terlalu mendongak ke langit,"
> tulisnya yang dituju kepada pemilik kereta itu.
>
> Rakaman video dan status itu dikongsi hampir 20,000 penguna Facebook dan
> mendapat perhatian netizen yang meluahkan kemarahan terhadap perbuatan
> lelaki itu.
>
>
> PUNCA SEBENAR PEKERJA CAR WASH DITAMPAR PEMILIK RANGE ROVER
> <http://bloglist-malaysia.blogspot.my/2015/10/punca-sebenar-pekerja-car-wash-ditampar.html>
> bloglist-malaysia.blogspot
> Posted by Jeebond BLM
>
>
> <https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgLLoPi-FQBlSL_zZmY2zru_7gaRhGbokfIxOozzTZOpuKdwqrQX_WsM4swqlp-cJXAyRxkVEyLuo2Bc_Ms7F6SkBHZciZ7qEA5nu9SuNks1MiqOWZTCGPBVtCZqAzAT1PRx4U9PD4oSzU/s1600/20151018_072347.png>
> KUALA LUMPUR - Lewat petang tadi netizen digemparkan dengan video seorang
> pekerja asing di sebuah car wash ditampar oleh seorang pemandu Range Rover,
> viral di media sosial.
>
> Susulan itu, ramai yang tertanya apakah punca sebenar lelaki itu menampar
> pekerja car wash yang berasal dari Bangladesh itu.
>
> Seorang wanita yang dipercayai pemilik Car Wash berkenaan yang memuat naik
> video itu di laman Facebooknya memberikan penjelasan punca sebenar kejadian
> itu berlaku.
>
> "Rakaman CCTV seorang lelaki Melayu memukul seorang Bangla yang sedang
> mencuci kereta kerana marah Bangla masuk dalam kereta dan menyebabkan
> keretanya kotor. Mungkin Bangla itu kotor, berpakaian lusah dan hina.
>
> "Dia kemudiannya tidak mahu membayar kos cuci kereta, sebaliknya meminta
> wang RM1,000 sebagai gantirugi kerana tempat duduk telah dikotorkan ketika
> Bangla berkenaan sedang mengelap cermin," jelasnya.
>
> Apa yang mengejutkan, kejadian itu tidak berakhir apabila lelaki itu
> kembali menyerang mangsa di belakang premis sehingga menyebabkan hidung
> mangsa patah dan mengalami pendarahan yang teruk.
>
> "Rupa-rupanya dia (mangsa) kena belasah di belakang sampai berdarah-darah.
> CCTV belakang pula tak berfungsi. Tetapi kesan darah atas lantai ada,"
> katanya yang juga mengesahkan kakitangannya itu patah hidung.
>
> Dalam masa yang sama, Atie juga turut meluahkan rasa kesalnya terhadap apa
> yang berlaku itu.
>
> "Susah nak cakap. Nak cakap lebih-lebih, customer. Orang Melayu kita baru
> guna Range Rover 'leather seat', punyalah bongkak. Pergi tumbuk staff
> Bangla sampai patah hidung sebab tak faham jangan masuk kereta untuk vacum
> atas alasan Bangla itu kotor.
>
> "Setinggi mana pun langit, lu ludah kena muka lu balik bro. Kita jangan
> angkuh dan bongkak. Ada lagi yang guna Porsche, pemiliknya seorang pakcik
> tua. Dia siap tinggalkan kunci kereta suruh Bangla tolong alihkan. Aku yang
> serius tengok.
>
> "Siapa pun kita, sekaya mana pun kita, janganlah terlalu angkuh dan
> bongkak dengan mereka yang dipandang hina. Nampak memang sikit tetapi
> sampai sekarang darah tak berhenti. Bangla dirujuk ke klinik. Klinik kata
> patah/bengkak teruk lalu dirujuk ke hospital.
>
> "Saya maafkan dan halalkan upah cuci kereta tadi. Jangan terlalu mendongak
> ke langit," katanya yang juga menyatakan akan membuat laporan polis
> mengenai kejadian itu.
>
> Sementara itu, netizen pula mendesak Atie mendedahkan nombor pendaftaran
> kereta suspek. Bagaimanapun tidak diendahkah mungkin atas faktor
> keselamatan.
>
> - THEHYPEMEDIA.COM
>
>
>

Mon Oct 19, 2015 7:45 pm (PDT) . Posted by:

Salam,

Orang bujang rasanya ni ... Lepas cuci nak ambil awek kot

Kalau dah ada anak bini x kisah sgt kot

Tempat aku, diorang akan alas tempat duduk dgn plastik/kain lain kalau dia
nak bersih kan bahagian dalam...





From: "Sukri Farah farah33sukri@gmail.com [automobil]"
<automobil@yahoogroups.com>
To: automobil@yahoogroups.com,
Date: 19/10/2015 05:14 PM
Subject: Re: www.groupautomobil.blogspot.com - Fw: Pukul Pekerja
Bangladesh Sedang Cuci Keretanya
Sent by: automobil@yahoogroups.com




....dia tak kenal hukum karma kot....range rover sekali kena sondol dari
belakang oleh lori simen...lenyap terus...
..hopefully driver range rover tu insaf dan kembali kepangkal jalan

2015-10-18 22:59 GMT+08:00 '-:eSpAcE9808:-' rienacom@yahoo.com.sg
[automobil] <automobil@yahoogroups.com>:

[Attachment(s) from -:eSpAcE9808:- included below]

Seorang Lelaki Pukul Seorang Pekerja Warga Bangladesh Sedang Cuci
Keretanya

siakapkeli.my



Tersebar dilaman sosial hari ini sebuah video yang dimuatnaik oleh
seorang pengguna Facebook bernama Atie Abdul Hamid yang menunjukkan
seorang lelaki bertindak biadap menampar seorang pekerja dari Bangladesh
yang sedang mencuci kereta miliknya.

Berdasarkan penerangan bersama video yang dirakam oleh kamera litar
tertutup CCTV di premis cuci kereta, beliau mendakwa pekerja warga asing
berkenaan sedang mencuci kereta milik lelaki tersebut dengan memasuki
bahagian tempat duduk menyebabkan lelaki itu berang kerana menyebabkan
tempat duduk keretanya kotor.

Berdasarkan penerangannya lagi, lelaki itu bertinda memukul pekerja warga
asing berkenaan mungkin kerana pakaiaan pekerja Bangladesh tersebut lusuh
dan nampak hina di matanya.

Selepas itu, dia dikatakan telah meminta bayaran sebanyak RM1000 kerana
duduk dan mengotorkan keretanya semasa pekerja Bangladesh berkenaan
mengelap cermin.

Beliau juga memberitahu, mereka membawanya ke klinik dan disahkan
mengalami pendarahan dan bengkak teruk menyebabkan mereka terpaksa merujuk
ke hospital, walaupun berdasarkan video hanya macam pukul biasa.

Beliau juga berharap semoga lelaki berkenaan mendapat hidayah dan sudah
memaafkan dan halalkan upah cuci kereta yang tidak dibayar.

Jika benar dakwaan berdasarkan video ini, ingatlah, hidup ini tidak lama,
kenapa harus bertindak kejam sesama manusia yang diciptakan oleh Allah
yang Maha Esa. - Siakapkeli.my

** Apa yang ditulis adalah berdasarkan kepsyen yang dimuatnaik oleh Puan
Atie Abdul Hamid


VIDEO ... PEKERJA BANGLADESH KENA TAMPAR OLEH TUAN PUNYA KERETA YANG
SOMBONG MELAMPAU MENDAPAT KUTUKAN KERAS DARI WARGA MAYA.
Posted by OMAK KAU!!!!

Seorang tukang cuci warga Bangladesh ditampar oleh pemilik kereta kerana
tidak puas hati pekerja itu telah mengotorkan keretanya ketika mengelap
cermin.
Perbuatan biadap lelaki itu dirakam CCTV dan mendapat kutukan netizen
selepas rakaman itu menjadi viral media sosial.
Menurut pengguna Facebook yang memuatnaik rakaman video itu, pemilik
kereta itu marah apabila mendakwa pekerja Bangladesh telah masuk dan duduk
dalam kereta untuk mengelap cermin sehingga mengotorkan keretanya.
Dia mendakwa, pemilik kereta itu meminta pekerja Bangladesh itu
membayarnya RM1,000 sebagai ganti rugi kerana mengotorkan keretanya.
Tidak lama kemudian kelihatan lelaki itu menampar pekerja Bangladesh itu
beberapa kali.
Pemilik akaun FB itu yang dipercayai pemilik kedai cuci kenderaan itu
mendakwa, pekerja Bangladesh itu mengalami pendarahan teruk dan terpaksa
dirujuk kepada hospital. "Semoga diberi hidayah kepadanya. Saya maafkan
dan halalkan upah cuci kereta tadi. Jangan terlalu mendongak ke langit,"
tulisnya yang dituju kepada pemilik kereta itu.
Rakaman video dan status itu dikongsi hampir 20,000 penguna Facebook dan
mendapat perhatian netizen yang meluahkan kemarahan terhadap perbuatan
lelaki itu.

PUNCA SEBENAR PEKERJA CAR WASH DITAMPAR PEMILIK RANGE ROVER
bloglist-malaysia.blogspot
Posted by Jeebond BLM


KUALA LUMPUR - Lewat petang tadi netizen digemparkan dengan video seorang
pekerja asing di sebuah car wash ditampar oleh seorang pemandu Range
Rover, viral di media sosial.

Susulan itu, ramai yang tertanya apakah punca sebenar lelaki itu menampar
pekerja car wash yang berasal dari Bangladesh itu.

Seorang wanita yang dipercayai pemilik Car Wash berkenaan yang memuat naik
video itu di laman Facebooknya memberikan penjelasan punca sebenar
kejadian itu berlaku.

"Rakaman CCTV seorang lelaki Melayu memukul seorang Bangla yang sedang
mencuci kereta kerana marah Bangla masuk dalam kereta dan menyebabkan
keretanya kotor. Mungkin Bangla itu kotor, berpakaian lusah dan hina.

"Dia kemudiannya tidak mahu membayar kos cuci kereta, sebaliknya meminta
wang RM1,000 sebagai gantirugi kerana tempat duduk telah dikotorkan ketika
Bangla berkenaan sedang mengelap cermin," jelasnya.

Apa yang mengejutkan, kejadian itu tidak berakhir apabila lelaki itu
kembali menyerang mangsa di belakang premis sehingga menyebabkan hidung
mangsa patah dan mengalami pendarahan yang teruk.

"Rupa-rupanya dia (mangsa) kena belasah di belakang sampai berdarah-darah.
CCTV belakang pula tak berfungsi. Tetapi kesan darah atas lantai ada,"
katanya yang juga mengesahkan kakitangannya itu patah hidung.

Dalam masa yang sama, Atie juga turut meluahkan rasa kesalnya terhadap apa
yang berlaku itu.

"Susah nak cakap. Nak cakap lebih-lebih, customer. Orang Melayu kita baru
guna Range Rover 'leather seat', punyalah bongkak. Pergi tumbuk staff
Bangla sampai patah hidung sebab tak faham jangan masuk kereta untuk vacum
atas alasan Bangla itu kotor.

"Setinggi mana pun langit, lu ludah kena muka lu balik bro. Kita jangan
angkuh dan bongkak. Ada lagi yang guna Porsche, pemiliknya seorang pakcik
tua. Dia siap tinggalkan kunci kereta suruh Bangla tolong alihkan. Aku
yang serius tengok.

"Siapa pun kita, sekaya mana pun kita, janganlah terlalu angkuh dan
bongkak dengan mereka yang dipandang hina. Nampak memang sikit tetapi
sampai sekarang darah tak berhenti. Bangla dirujuk ke klinik. Klinik kata
patah/bengkak teruk lalu dirujuk ke hospital.

"Saya maafkan dan halalkan upah cuci kereta tadi. Jangan terlalu mendongak
ke langit," katanya yang juga menyatakan akan membuat laporan polis
mengenai kejadian itu.

Sementara itu, netizen pula mendesak Atie mendedahkan nombor pendaftaran
kereta suspek. Bagaimanapun tidak diendahkah mungkin atas faktor
keselamatan.

- THEHYPEMEDIA.COM



Mon Oct 19, 2015 2:45 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

"Tolong Bersihkan Nama Saya" - Pemandu Teksi
siakapkeli.my

KAJANG: Pemandu teksi yang menghantar pulang kanak-kanak lima tahun yang diculik di Kajang baru-baru ini berkata penahanannya kerana disyaki mempunyai kaitan dengan kes penculikan terbabit memalukan keluarganya.

"Anak-anak saya malu atas apa yang berlaku. Tolong, tolong bersihkan nama saya," kata beliau kepada pegawai polis apabila dibawa ke Mahkamah Majistret untuk dibebeaskan setelah beliau ditahan selama seminggu untuk membantu siasatan.

"Saya hanya seorang pemandu teksi, saya tidak lakukan apa-apa," katanya.

Pemandu teksi berkenaan, Hanizan Mohamed Radzi, ditahan bersama tiga lelaki lain yang terlibat di dalam kes penculikan tersebut

Sebelum ini, Hanizan berkata dia menemui kanak-kanak itu bersendirian di tepi jalan dan dapat mengenalpasti kanak-kanak itu hasil viral gambar menerusi media sosial.

Bagaimanapun, Hanizan enggan memaklumkan bagaimana dan dimana dia menemui kanak-kanak tersebut.

Setelah seminggu ditahan polis, Hanizan dibebaskan dan disahkan tidak terlibat dalam kes penculikan terbabit.

Tiga lagi yang ditahan didakwa di mahkamah pada pagi Jumaat mengikut Seksyen 3 (1) Akta Penculikan 1961. - Siakapkeli.my

KELUARGA MANGSA CULIK SAMBUT PEMBEBASAN PEMANDU TEKSI DENGAN PELUKAN DAN LINANGAN AIR MATA.

Posted by OMAK KAU!!!!

 

Pembebasan pemandu teksi, Hanizan Mohamad Radzi daripada tahanan polis selepas didapati tidak terbabit dengan penculikan kanak-kanak di Kajang turut disambut gembira oleh keluarga mangsa.

Ahli keluarga kanak-kanak terbabit berkumpul di mahkamah di Kajang pada Jumaat untuk bertemu dengan Hanizan.

Ayah dan datuk kanak-kanak itu berpelukan dengan Hanizan sebaik sahaja bertemu sebagai tanda terima kasih kerana membawa pulang mangsa ke rumah dengan selamat.

Hanizan menjumpai kanak-kanak itu di tepi jalan dan mengecamnya selepas kes penculikan itu dilaporkan secara meluas di media sosial.

Dia bagaimanapun ditahan reman selama seminggu bersama tiga yang lain bagi membantu siasatan.

Hari ini (Jumaat), Hanizan dibebaskan dan pihak polis juga telah meminta maaf kepadanya.

Manakala tiga yang lain termasuk seorang warga Indonesia didakwa di mahkamah kerana kesalahan menculik dan meminta wang tebusan RM300,000.

Bercakap kepada media selepas itu, Hanizan berkata, dia tidak menyesal dengan apa yang berlaku kepadanya kerana dia hanya membantu masyarakat tanpa mengira bangsa.

"Saya mengaku salah kerana tidak membuat laporan polis. Saya harap kejadian ini tidak menakutkan orang awam untuk bekerja sama dengan polis," katanya yang mengaku menerima layanan baik polis sepanjang ditahan.

Wajah Tiga Suspek Kes Culik Budak Di Sungai Chua, Didakwa Hari Ini
siakapkeli.my

KAJANG: Tiga lelaki termasuk seorang warga Indonesia yang ditahan susulan kes penculikan seorang kanak-kanak lelaki berusia lima di Sungai Chua minggu lepas didakwa di Mahkamah Majistret hari ini.

Memetik laporan mStar Online, tiada sebarang pengakuan direkodkan hari ini daripada ketiaga-tiga tertuduh selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Abdul Jalil Salam Muhamad.

Tertuduh, Mohd Saifulamry Jarkasi, 28; Siow Kek Keong, 44 dan warga Indonesia, Riduansyah Yahya, 32 yang diiringi polis tiba di luar kompleks mahkamah pada kira-kira pukul 9 pagi.

Berdasarkan kertas pertuduhan, mereka telah didakwa dengan niat bersama menahan dan mengurung kanak-kanak berkenaan.

Kesalahan didakwa dilakukan untuk mendapatkan wang tebusan RM300,000.

Ia didakwa dilakukan di tepi Jalan Seroja, Taman Setia, Sungai Chua Kajang, Selangor kira-kira 9.26 pagi, 9 Oktober lalu.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 3(1), Akta Penculikan 1961 yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan. Jika tidak dikenakan hukuman berkenaan tertuduh boleh dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup sebat.

Begaimanapun majistret telah menetapkan 21 Disember ini untuk sebutan semula kes itu.

Dalam penahanan sebelum ini, pihak polis telah membebaskan pemandu teksi, Hanizan Mohamed Radzi, yang menghantar pulang kanak-kanak tersebut selepas menjumpainya selepas berpuas hati dengan siasatan.

Pada Khamis, polis dengan rasminya mengesahkan Hanizan tidak terlibat dalam kes penculikan itu dan mereka tidak menjumpai sebarang kaitan antara Hanizan dan tiga suspek yang lain.

Kanak-kanak lelaki itu dibebaskan dan dihantar pulang kepada keluarga mangsa selepas lapan jam hilang dan rakaman CCTV susulan penculikan itu menjadi viral di media sosial. - Siakapkeli.my

Tiga didakwa culik kanak-kanak lima tahun

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

KAJANG - Seorang ahli perniagaan dua pekerjanya dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kajang sebentar tadi terhadap pertuduhan menculik seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun minggu lalu.

Tiada pengakuan direkodkan daripada Siow Kek Keong, 44; Mohd Saiful Amri Jarkasi, 28; dan warga Indonesia, Riduansyah Yahya, 32, dihadapan Majistret Abdul Jalil Salam Muhammad.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa dengan niat bersama menahan dan mengurung secara tidak sah kanak-kanak berusia lima tahun itu, untuk memdapatkan wang tebusan sebanyak RM300,000.

Kesalahan itu didakwa berlaku di tepi Jalan Seroja, bersebelahan rumah No 40, Taman Setia, Sungai Chua, di sini jam 9.26 pagi 9 Oktober lalu.

Pendakwaan terhadap mereka dikemukakan mengikut Seksyen 3 (1) Akta Culik 1961 yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sebatan jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 21 Disember depan untuk sebutan semula kes itu.

Kejadian culik itu telah dirakam melalui kamera litar tertutup (CCTV) dan tersebar di media sosial.

Pada sebelah petang, mangsa ditemukan dalam keadaan selamat oleh seorang pemandu teksi yang kemudian menghantarnya pulang ke rumah.

Polis kemudian berjaya menahan tiga suspek selain merampas wang tebusan yang diserahkan bapa mangsa berjumlah hampir RM300,000. - Sinar Harian

Mon Oct 19, 2015 2:45 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Buat Seks Kerap Boleh 'Pecah' Batu Karang Ginjal

bloglist-malaysia.blogspot
duniacacamarba2.blogspot

ANKARA – Salah satu cara yang paling banyak dilakukan oleh doktor di seluruh dunia untuk mengatasi masalah kewujudan batu karang dalam buah pinggang pada seseorang pesakit adalah menerusi kaedah pembedahan.

Namun, penyelidikan terbaharu ini sekumpulan saintis Turki menemui cara lain yang lebih inovatif, kreatif serta mungkin menyeronokkan, iaitu dengan melakukan hubungan seks secara kerap bagi pasangan suami dan isteri.

Pengkaji dari Clinic of Ankara Training and Research Hospital di sini baru-baru ini menyarankan, bersetubuh sekurang-kurangnya dilakukan tiga hingga empat kali setiap minggu mampu mengatasi batu karang di ginjal.

Saintis yang juga dari Jabatan Urologi di hospital terbabit membuat kajian itu melibatkan 75 peserta dibahagikan tiga kumpulan dengan kelompok pertama diminta melakukan hubungan seks tiga hingga empat kali seminggu.

Manakala kumpulan kedua diberikan tamsulosin, iaitu ubat untuk mengendurkan otot prostat pada lelaki sehingga mereka perlu membuang air kecil menjadi lebih sering, dan yang ketiga, rawatan perubatan standard.

Setelah dua minggu, penyelidik tempatan itu mendapati 26 daripada 31 peserta dalam kumpulan yang diminta untuk aktif berhubungan seksual berhasil 'mengeluarkan' batu karang dari dalam ginjal mereka.

Kelompok kedua pula, seramai 10 daripada 21 peserta yang didapati berjaya menghapuskan masalah tersebut dan kumpulan ketiga, hanya 8 daripada 23 peserta yang berhasil mengatasi masalah batu karang dalam ginjalnya.

Batu ginjal yang berjaya dikeluarkan rata-rata berukuran 4.7 milimeter, dan ia selaras dengan penyelidikan serupa yang pernah diterbitkan jurnal bulanan Annals of Emergency Medicine di Amerika Syarikat suatu ketika dahulu.

Penerbitan berkala rujukan ternama yang diasaskan sejak 1972 itu merumuskan, melakukan hubungan seks nampaknya efektif untuk mengubati batu karang dalam ginjal meskipun ukurannya mungkin masih lagi kecil.

Jika ukurannya sudah lebih besar, doktor harus beralih kepada kaedah memberikan ubat tamsulosin yang terbukti sebanyak 83 peratus daripada pesakit berhasil menyembuhkan batu tersebut berukuran 5 hingga 10 milimeter. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA/17/10/15

Mon Oct 19, 2015 2:47 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Pakar Jawab Isu Dipatuk Ular Tetapi Diabaikan Oleh Hospital Kerajaan

siakapkeli.my

Berikutan tersebar sekeping gambar yang dimuatnaik oleh seorang pengguna Facebook bernama Faizal Ahmad di laman sosial yang meluahkan rasa tidak puas hatinya dengan servis sebuah Hospital di Pulau Pinang yang mengabaikannya selama 4 jam dengan hanya memberi ubat tahan sakit.

Beliau telah memuatnaik gambar tangan yang bengkak dipatuk ular ke laman Facebook milik Siakapkeli di mana ia menjadi perhatian 'likers&#39;.

Bagaimanapun pos berkenaan telah diturunkan semula oleh beliau selepas kami sudah tidak dapat mengesan semula pos berkenaan.

Kerana sudah menjadi viral, seorang doktor bernama Doktor Abdul Rahman Abdul Kadir yang merupakan pakar dalam kes berkenaan telah tampil menjawab mengenai perkara ini.

Beliau dalam tulisannya di laman Facebook memberitahu ia adalah standard S.O.P dan tidak semua jenis gigitan ular merupakan kes kecemasan dan akan dirawat oleh Pakar Perubatan.

Berikut adalah tulisan dan penerangan beliau.

Saya terpanggil menjawab isu ini kerana ia semakin viral di media sosial.

Setiap gigitan ular adalah merupakan kes kecemasan dan akan dirawat oleh Pakar Perubatan Kecemasan yang mana saya adalah salah seorang daripadanya.

Beberapa fakta yang masyarakat perlu tahu:

1. Hanya 18 daripada 140 spesies ular darat di Malaysia yang berbisa.

2. Jika sekalipun anda digigit oleh ular yang berbisa, tidak semestinya ia menyebabkan kemudaratan pada nyawa kerana majoriti gigitan ular adalah 'dry bites' (patuk dan lari).

3. Majoriti kes gigitan ular, mangsa gagal mengecam spesies ular secara pasti. Juga, banyak spesies ular yg kelihatan seperti ular berbisa tetapi hakikatnya ia tidak berbisa.

4. Tidak semua gigitan ular akan dirawat dengan ubat antivenom.

5. Antivenom mempunyai kadar alahan/anaphylaxis yang tinggi hingga boleh menyebabkan kematian!

6. Pemberian antivenom perlu mematuhi kriteria envenomation ketat yang telah ditetapkan oleh pakar2 dunia.

7. Sungguhpun pesakit ini berada di Hospital Kepala Batas hatta terpencil seperti Hospital Bario di Sarawak sekalipun, setiap kes gigitan ular akan dirujuk kepada Pakar Perubatan Kecemasan atas panggilan (on call) negeri masing2.

8. Pesakit akan di observe untuk melihat tanda2 bisa yang merebak (systemic and local envenomation) dengan teliti. Sangkaan bahawa hanya ubat tahan sakit saja diberikan dan pesakit terbiar adalah sama sekali tidak benar dan mustahil kerana sudah ada protokol spesifik yg ditetapkan apabila menghadapi kes gigitan ular.

9. Masyarakat cuma lihat seolah2 pesakit terbiar dan kakitangan hospital kunyah kuaci (seperti tertulis di dalam status) sedangkan pesakit sudahpun melalui perkara2 berikut:

a) di masukkan di dalam zon semi-kritikal atau kritikal (bergantung kepada keseriusan kesan gigitan) utk tujuan penilaian dan rawatan.

b) dilihat oleh doktor, dipantau dan diperiksa dengan teliti bagi melihat jika pesakit mempunyai manifestasi neurotoxicity, hematotoxicity mahupun myotoxicity yang mungkin memerlukan rawatan agresif.

c) ujian darah sudah diambil dan dihantar ke makmal dan akan dilakukan pengulangan bersiri.

d) kesan patukan sudah dicuci dan ditanda bagi melihat jika bengkaknya semakin merebak. Di dalam gambar jelas kelihatan kesan bengkak sudah ditanda A, B dan C yang merupakan bukti pemantauan mengikut protokol sudah dilakukan oleh Hospital Kepala Batas.

e) konsultasi secara langsung telah dilakukan dengan Pakar Perubatan Kecemasan atas panggilan dan strategi langkah rawatan selanjutnya akan dirangka oleh pakar serta akan dilaksanakan oleh pegawai perubatan secara sistematik dan selamat.

f) rawatan antivenom boleh diberikan sekiranya ada indikasi jelas (systemic and severe local envenomation) dan jenis antivenom akan ditentukan oleh Pakar Perubatan Kecemasan secara amat berhati2. Ini adalah kerana rawatan antivenom itu sendiri mempunyai risiko komplikasi yang amat tinggi!

10. Oleh itu berhati2 sebelum meviralkan sesuatu yang anda tidak tahu. Serahkan kepada orang yang ahli dalam bidang tersebut. Dalam kes ini, sudah semestinya ahlinya adalah doktor2 yang bekerja di jabatan kecemasan yang melihat kes-kes seperti ini saban hari.

11. Nabi berpesan berhati2 dengan golongan Ruwaibidhah. Nabi sebut dalam hadis;
"Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan penipuan. Ketika itu pendusta dibenarkan sedangkan orang yang jujur malah didustakan, pengkhianat dipercaya sedangkan orang yang amanah justeru dianggap sebagai pengkhianat. Pada saat itu Ruwaibidhah berbicara."

Ada yang bertanya, "Apa yang dimaksud Ruwaibidhah?". Beliau menjawab, "Orang BODOH yang turut campur dalam urusan masyarakat luas."
(HR. Ibnu Majah, disahihkan al-Albani dalam as-Shahihah [1887] as-Syamilah).

12. Semoga semua makian dan cacian yang dilemparkan kepada para perawat dan kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia tanpa asas seperti ini digantikan dengan kebaikan dan pahala yang besar buat mereka.

13. Semoga para pemviral dan pemaki hamun diberi hidayah oleh Allah dan diberikan sedikit kecerdikan supaya mereka berhenti menjadi golongan Ruwaibidhah yang hanya mengumpul dosa.
Harap bermanfaat.

- Siakapkeli.my

Mon Oct 19, 2015 2:48 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

POLIS SEDIA BERKHIDMAT .... POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA.
Posted by OMAK KAU!!!!

 

Gambar kiriman dari pengguna Twitter @chrisraj23 menunjukkan tiga anggota polis sedang mengalihkan sebuah kereta yang terperangkap dalam kejadian banjir kilat di Jalan Bangsar, Kuala Lumpur petang semalam.

ANGGOTA POLIS CEDERA PARAH MANGSA SAMUN DENGAN PARANG ... KELOPAK SENJATA API BERISI 15 BUTIR PELURU TURUT DI SAMUN.

Posted by OMAK KAU!!!!

Seorang anggota polis telah cedera parah kerana menjadi mangsa samun dengan parang di Jalan Kim Chuan, Pandamaran, Klang.

Beliau didatangi suspek bersenjata parang, menyerang dan rampas beg sandang mangsa. Dalam beg tersebut mengandungi kelopak senjata api yang berisi 15 butir peluru jenis 9mm serta telefon bimbit mangsa.

Mangsa telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk rawatan lanjut. Keadaan mangsa stabil.

Polis kini sedang rancak menjalankan operasi untuk memburu suspek.

Mon Oct 19, 2015 2:49 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Langgar Pengawal Pintu, Pemandu Teksi Diarah ke Tanjung Rambutan

siakapkeli.my

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini memerintahkan agar pemandu teksi yang melanggar seorang penjaga pintu Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan dihantar ke Hospital Bahagia Tanjung Rambutan, Ulu Kinta, Perak bagi pemeriksaan mental.

Hakim, Azman Mustapha memerintahkan pemandu teksi tersebut, S Ganesan, 44, menjalani ujian mental selepas membenarkan permohonan peguam bela, Noor Mousa Azaddin hari ini.

Ganesan mengaku tidak bersalah di atas tuduhan melakukan cubaan bunuh pengaja pintu terbabit, Mohd Azahari Yusoff dengan menggunakan teksi.

Azahari cedera di lengan kanan dalam kejadian.

Pemandu teksi terbabit didakwa melakukan kesalahan itu di Pintu Utama Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan pada jam 8.45 pagi, Isnin lalu.

Ganesan berhadapan dengan hukuman penjara 20 tahun jika disabitkan kesalahan. - Siakapkeli.my
Attachment(s) from -:eSpAcE9808:-
1 of 1 File(s)

Mon Oct 19, 2015 8:31 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom


Tahukah anda apa kandungan asap jerebu?

Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.net

Tahukah anda apakah kandungan yang terdapat dalam asap jerebu serta beza antara zarah jerebu 10 mikron atau jirim zarahan, PM10 dan PM2.5?

Kajian membuktikan zarah yang amat halus adalah ancaman berbahaya kepada kesihatan manusia.

Antaranya zarah jerebu dalam julat saiz 2.5 mikron apabila disedut secara terus ke dalam badan manusia boleh mengakibatkan kerosakan paru-paru.

JEREBU : Senarai Sekolah Tutup Esok 20 Oktober 2015 (Selasa)
siakapkeli.my

19 Okt - Kementerian Pendidikan Malaysia sebentar tadi mengeluarkan satu kenyataan penutupan sekolah esok (Selasa, 20 Oktober 2015) berikutan jerebut kuat yang melanda beberapa kawasan di negara ini.

Menurut kenyataan terbabit, sekolah-sekolah yang ditutup adalah :

a.. Negeri Melaka
b.. Negeri Sembilan
c.. Negeri Selangor
d.. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
e.. Daerah Kuching & Samarahan (Sarawak)
f.. Daerah Tawau, Lahad Datu, Semporna & Kunak (Sabah)
g.. Daerah Muar, Ledang & Segamat (Johor)
Penutupan kali ini melibatkan sejumlah 3,029 buah sekolah dan 1,909,842 orang murid di sekolah yang terlibat. - Siakapkeli.my

Mon Oct 19, 2015 8:35 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Baginda Beli Trak Mahal Tapi Baginda Keluarkan Zakat 10 Kali Ganda Dari Harga Trak

siakapkeli.my

Disebalik banyak pihak yang bercakap tentang sebuah trak mewah yang dibeli oleh sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, terdapat kata-kata yang tidak sedap didengar oleh segelintir pihak.

Ada yang mempertikaikan, sepatutnya wang banyak itu lebih elok digunakan untuk membantu orang miskin dan susah dari melakukan perkara-perkara yang membazir berkenaan.

Tetapi tahukah anda, nilai trak berkenaan yang mencecah lebih dari RM1.5 juta itu hanyalah sejumlah kecil berbanding nilai zakat yang dikeluarkan oleh Baginda Sultan Johor.

Dilihat banyak orang yang melenting kerana pembelian trak berkenaan, Menurut seorang pengguna laman sosial facebook, Zach Yahya, wang berkenaan bukanlah hasil yang dikutip daripada rakyat contohnya GST, tol atau hasil jualan minyak seperti Petronas.

Tuanku Sultan menggunakan wangnya sendiri dan dilaporkan Baginda telah mengeluarkan kira-kira RM12.5 juta zakat dan diberikan kepada Majlis agama Islam Negeri Johor pada tahun 2013 lalu.

Jumlah itu lebih banyak 10 kali ganda daripada harga trak yang dibeli baginda di mana trak berkenaan digunakan untuk meninjau rakyat seluruh negeri Johor.

Selain itu, sebelum ini bukan baginda sahaja membuat amal kebaikan seperti itu, sebelum ini Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Ibni Almarhun Sultan Idris Shah juga telah menyatakan kesediaan untuk membiayai pelajar Malaysia yang belajar di United Kindom dan Amerika Syarikat berikutan tekanan yang diterima mereka ekoran kejatuhan matawang ringgit.

Pada pendapat SK sendiri, kita janganlah menilai hanya apa yang kita nampak semata-mata, SK akui walaupun SK bukanlah rakyat Johor, tetapi Tuanku Sultan Johor banyak membantu rakyatnya dan berani dalam pembaharuan yang dilakukan. - Siakapkeli.my

Mon Oct 19, 2015 8:35 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Harga Kad Prabayar Akan kembali Seperti Biasa

siakapkeli.my

Pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) dijangka mengeluarkan kenyataan mengenai harga baru kad tambah nilai prabayar telefon bimbit di mana harga akan kembali seperti sebelum perlaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) bermula 1 November ini.

Memetik laporan Utusan Malaysia, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Johari Abdul Ghani, Kastam dikatakan sedang berbincang mengenai perkara itu dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk memansuhkan bayaran 6% berkenaan apabila pelanggan membeli kemudahan tersebut.

Beliau juga memberitahu kerajaan tidak akan berkrompromi dengan syarikat telekomunikasi (telko) yang gagal melaksanakan langkah itu dan bersedia mengambil tindakan selanjutnya sekiranya mereka masih berdegil.

"Bagaimana telko mahu caj, mereka kena fikirkan cara itu. Yang penting, rakyat beli RM10 dapat nilai RM10. Kita mahu Kastam buat susulan dengan SKMM dan buat pengumuman 1 November ini," katanya dipetik berkata selepas satu forum pengguna di Kuala Lumpur semalam.

Katanya lagi, kerajaan tidak boleh menerima alasan pihak telko sebelum ini yang mengatakan sistem komputer mereka belum bersedia untuk itu memandangkan tempoh diberikan kepada telko terlalu lama.

"Jika pihak telko masih memberi alasan tidak bersedia sekalipun, mereka perlu patuh arahan ini, iaitu mengekalkan harga kad tambah nilai seperti asal.

"Sebab, pada logiknya, kalau telko tidak bersedia, kenapa pengguna pula kena tanggung kos tambahan," beliau dilaporkan Utusan berkata.

Mulai April lalu, susulan pengenalan GST 6%, semua telko mengenakan cukai itu pada kad tambah nilai prabayar telefon tetapi bersetuju menambah masa berbual dan khidmat pesanan ringkas (SMS) pada kadar melebihi 6%. - Siakapkeli.my

Mon Oct 19, 2015 8:35 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

BR1M kurang kalau tak naikkan tol, kata Najib

bloglist-malaysia.blogspot
lagiberita.blogspot
Perdana Menteri Datuk Seri Najib mempertahankan kenaikan kadar tol lebuh raya yang berlaku pada 15 Oktober lalu dengan alasan kerajaan terpaksa mengurangkan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) jika tidak berbuat demikian.

Menurutnya, ini kerana kerajaan mempunyai wang yang terhad dan terpaksa memilih sama ada membayar pampasan kepada operator tol atau menyalurkan wang yang sama kepada rakyat melalui BR1M.

"Anda tak naikkan tol, awak bayar pampasan, kurang wang untuk benda lain, kurang wang untuk BR1M.

"Jadi anda perlu buat keputusan kerana akan selalu ada imbal balik begini kerana dana yang terhad," katanya dalam ucapan pada Persidangan Perwakilan Nasional ke-44 Gerakan di Shah Alam, pagi ini.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi terhadap gesaan Gerakan agar kerajaan menaikkan jumlah bantuan BR1M dalam Bajet 2016.

Semalam, Ketua Pemuda Gerakan Tan Keng Liang menggesa operator laluan bertol di negara ini yang tiada laluan alternatif agar memberikan diskaun kepada penggunanya demi mengurangkan beban kos sara hidup mereka.

Berkuat kuasa 15 Oktober lalu, beberapa syarikat konsesi lebuh raya utama mengumumkan kenaikan kadar tol antara 10 sen dan RM6.

Ia melibatkan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), Lebuhraya Maju Expressway (MEX), Lebuhraya Kajang-SILK, Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (Duke), Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong (Smart), Lebuhraya KL-Kuala Selangor (Latar), Lebuhraya Sungai Besi (Besraya), Lebuhraya Baru Pantai (NPE), Lebuhraya Kajang Seremban (Lekas), Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Lebuhraya Sprint dan Lebuhraya Cheras-Kajang (Grand Saga).

Pagi ini pula, Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong menggesa Putrajaya agar meningkatkan jumlah pemberian BR1M yang dianggap terus relevan dalam suasana ekonomi masa kini.

"Menentang kritikan terhadap BR1M, Gerakan masih merasakan BR1M adalah tepat, sama seperti skim-skim yang serupa turut dilaksanakan di negara maju seperti Singapura dan Hong Kong.

"Malah Gerakan menggesa supaya bayaran BR1M dinaikkan, di samping langkah-langkah yang lebih berkesan dilaksanakan dengan tujuan untuk mengawal dan mengurangkan kenaikan kos," katanya. - TMI

Mon Oct 19, 2015 8:36 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Pukul Bangla: Pemilik Kereta Tampil Jawab Segala Tuduhan Terhadapnya

siakapkeli.my

Berikutan video viral seorang pekerja warga Bangladesh yang dipukul oleh seorang lelaki tempatan gara-gara dikatakan mengotorkan keretanya, lelaki berkenaan telah tampil memberikan kenyataan.

Lelaki tersebut yang merupakan seorang ahli perniagaan, Risamuddin Abd Wahab mendakwa pemilik Car Wash berkenaan, Atie Abdul Hamid, telah menfitnahnya.

Menurutnya, kerana penyiaran video berkenaan telah mendatangkan kemudaratan kepada keluarganya apabila telah dicemuh masyarakat.

"Bangla itu memang kurang ajar. Saya dah tegur elok-elok tetapi disebabkan dia tak puas hati bila ditegur, dia pergi ke sebelah pemandu dengan menggunakan kain yang kotor, dia terus lap bahagian bumbung dalam sampai lekat kesan hitam semata-mata nak tunjuk tak puas hati.

"Bila saya tegur lagi, dia menjawab. Kalau you di tempat saya, sikit sebanyak pun akan tercabar juga," katanya kepada rakan yang bertanyakan tentang insiden tersebut.

"Saya call bos dia pada masa itu, tetapi tak dijawab. Lepas itu dia fitnah kata saya marah sebab Bangla itu kotor duduk dalam kereta saya. Itu langsung tidak betul sama sekali. Hanya Tuhan yang tahu dan dia akan tanggung dosa fitnah itu sebab saya sekeluarga termasuk mak dah malu kena kutuk oleh masyarakat," jelasnya.

Beliau juga menyatakan kekecewaan apabila pemilik premis Car Wash berkenaan tidak menunjukkan video rakaman penuh kamera litar tertutup (CCTV) itu dari awal kejadian.

"Saya tak pasti kenapa dia tidak berikan video penuh yang dari awal saya menegur Bangla itu dan ramai-ramai Bangla mana ada yang kotor pun," katanya dipetik dari portal The Hype Media.

Sementara itu, Atie Abdul Hamid pula enggan menjawab segala persoalan yang telah diajukan padanya di laman Facebook dan hanya menyerahkan perkara tersebut kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan.

"Terima kasih yang PM inbox saya. Punyalah banyak, memang tak dapat nak balas dan baca. Semoga perkara ini dapat diselesaikan dengan baik oleh pihak polis," katanya.

Hari ini, Risamuddin dilaporkan telah ditahan reman oleh pihak polis untuk membantu siasatan mengenai kejadian tersebut susulan satu laporan polis telah dibuat semalam olah pemilik kedai Car Wash berkenaan. - Siakapkeli.my

Polis Tahan Reman Lelaki Pukul Pekerja Asing Warga Bangladesh
siakapkeli.my

Seorang ahli perniagaan yang dipercayai sebagai lelaki yang menampar seorang pekerja cuci kenderaan warga Bangladesh di Subang Perdana semalam telah ditahan hari ini.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Rozi Jidin berkata, suspek ditahan malam tadi di sekitar kawasan Kampung Baru Subang.

Menurutnya, lelaki berusia 30-an itu akan direman pagi ini untuk siasatan.

"Siasatan akan diteruskan, selepas tempoh reman diperolehi pagi ini," katanya ketika dihubungi The Rakyat Post.

Suspek akan disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan, iaitu sengaja menyebabkan kecederaan.

Penahanan ini adalah susulan daripada laporan yang dilakukan oleh majikan pekerja warga asing berkenaan di Balai Polis Brickfields, pada pagi semalam.

Semalam, satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis cuci kereta berkenaan telah menjadi viral di laman sosial di mana ia menunjukkan seorang lelaki telah memukul seorang pekerja warga Bangladesh selepas dikatakan mengotorkan keretanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.45 tengah hari itu, hidung mangsa dikatakan patah, selepas dibelasah suspek, kerana didakwa mengotori kenderaannya.

Jelasnya, selepas menampar mangsa, pelanggan terbabit membelasah Shian di belakang kedainya, namun CCTV di belakang tidak berfungsi, tetapi tompokan kesan darah jelas kelihatan di lantai. - Siakapkeli.my

Mon Oct 19, 2015 8:38 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Samsuhaimi Che Mat

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

Department of Art, Culture and Sport (DACS) Dewan Pemuda PAS Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Samsuhaimi Che Mat yang telah meninggal dunia akibat kemalangan motosikal di LPT 2 semalam. Allahyarham meninggal dunia semasa kemalangan selepas menghadiri Himpunan 60K di Kota Bharu. Allahyarham Samsuhaimi juga merupakan Timbalan Komandan Jabatan Amal Maran.

DACS DPPM juga ingin merakamkan ucapan takziah kepada Sdr. Farhan Bin Ruselan yang juga mengalami kemalangan motosikal ketika konvoi ARC Selangor ke Himpunan Fastaqim 60K di Kota Bahru,Kelantan. Beliau telah mengalami kecederaan tulang pinggul dan belakang yang serius.

Justeru, Lajnah Kebajikan DPPM akan melancarkan kutipan sumbangan melalui Tabung Pemuda Prihatin bagi membantu meringankan beban yang dihadapi oleh keluarga Allahyarham Samsuhaimi dan juga Sdr. Farhan.

DACS DPPM mendoakan agar roh Allahyarham Samsuhaimi ditempatkan di kalangan hamba-Nya yang soleh. DACS DPPM juga turut mendoakan buat Sdr. Farhan agar beliau cepat sembuh. Sesungguhnya jasa dan pengorbanan kalian adalah terlalu besar untuk dinilai. Hanya Allah SWT sahaja yang mampu membalas segala-galanya.

Ir. Hj Khairil Nizam Khirudin
Naib Ketua Pemuda
merangkap Pengarah DACS
Dewan Pemuda PAS Malaysia

LPT2 ragut dua lagi nyawa malam tadi

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

KEMAMAN – Saat kes enam beranak maut yang berlaku empat hari lalu di Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) masih jadi bualan dan kesedihan belum pun reda, satu lagi nahas tragis menimpa empat sekeluarga menyebabkan peneroka dan anak sulungnya maut sementara isteri dan anak bongsunya cedera.

Kemalangan itu berlaku kira-kira jam 11.40 malam tadi di Kilometer 273.9 LPT2 dekat susur keluar ke Plaza Tol Cheneh, iaitu hanya lebih kurang 15 kilometer dari lokasi tragedi meragut nyawa Azaman Ramli, 49, sekeluarga pada Rabu lalu.

Bapa tiga anak itu, Hasan Abd Wahab, 53, dan anak sulungnya, Hanis Shazuani, 21, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas cedera parah akibat tersepit di tempat duduk pemandu dan di bahagian penumpang belakang pemandu.

Isterinya, Salimah Ghalam, 51, yang turut parah dan anak bongsu mereka, Hanis Shazizatul, 14, yang mengalami kecederaan ringan pula segera dikejarkan ke Hospital Kemaman untuk mendapatkan rawatan segera.

Lebih pilu, tragedi itu berlaku semasa Hasan sekeluarga dalam perjalanan pulang dari Kampung Ibok di Kijal ke rumah mereka di Felda Neram 2, Bandar Cheneh Baru kerana menziarah adik iparnya, Mohd Amin Ghalam, 37, yang melecur teruk akibat insiden belon gas meletup.

Turut menyentuh hati, hari kejadian juga merupakan hari lahir anak kedua mangsa yang ketika insiden berlaku tidak bersama empat ahli keluarganya itu kerana belajar di Pekan, Pahang.

Kemalangan itu dipercayai berlaku apabila Proton Wira yang dinaiki mangsa sekeluarga terbabas melanggar pembahagi jalan susur keluar Plaza Tol Cheneh mengakibatkan bahagian kanan kenderaan itu remuk.

Mohd Amin yang melecur teruk di lengan kiri berkata, kakak dan abang iparnya itu sekeluarga pulang dari rumahnya kira-kira jam 11.15 malam iaitu selepas tamat perlawanan bola sepak yang disiarkan secara langsung di televisyen (TV).

Namun pemandu Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) itu sekeluarga kemudian dikejutkan dengan panggilan tidak diduga dan di hujung talian terdengar sayup-sayup suara anak bongsu mangsa meminta tolong.

"Mok Dah…Mok Dah…Tolong, aboh kepit," itu ayat didengar isteri Mohd Amin sebelum suara itu senyap dan beberapa saat kemudian terdengar suara orang awam di hujung talian yang memberitahu keluarga itu kemalangan di susur keluar Plaza Tol Cheneh.

Mohd Amin berkata, ketika menonton TV bersama-sama, arwah abang iparnya tidak banyak cakap seperti biasa dan cuma diam seakan mulut terkunci.

"Waktu mahu balik dan undurkan kereta saya sempat jerit padanya 'Abang Awang tepi sikit' sebab jalan di depan rumah saya sempit, takut keretanya kena pokok.

"Saya juga sempat tanya dia nak balik ikut jalan mana dan dia bagitahu ikut LPT2," katanya sambil memberitahu Awang adalah nama panggilan abang iparnya yang juga ketua blok di Peringkat 3, Felda Neram 2. - SInar Harian
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: