Tuesday, October 27, 2015

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4323[2 Attachments]

8 Messages

Digest #4323
1
Fw: 2 Keluarga Ini Perlu Bantuan Anda by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
3
Fw: Lagi Kemalangan di LPT by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
5
Fw: EH! YANG MANA SATU ORANG ISLAM NI? by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
7
Kenapa yer?? by "MetalWorks Calibra" azz95

Messages

Mon Oct 26, 2015 7:36 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

YB Pokok Sena Mahfuz Omar, 2 Orang Warga Emas Ini Perlu Bantuan Anda - Sampai Takde Duit Nak Makan.

bloglist-malaysia.blogspot
amenoworld.net

Rungsing aku baca berita neh.

Sepatutnya orang2 susah yang wujud di kawasan tertentu menjadi tanggungjawab ketua kampung untuk peduli dan bantu.

Jika ketua kampung tak peka, confirm la susah nak dapat bantuan apa pun.

Ketua kampung neh macam penghubung kepada agensi-agensi kerajaan, kepada wakil-wakil rakyat. Jawatan nampak macam kecik tetapi tugas dorang tue besar kot. Ada impak untuk membantu masyarakat yang memerlukan sebenarnya.

Sedih kot baca ;

- Rumah usang.
- Didiami oleh 2 warga emas, adik beradik.
- Mandi air telaga.
- Salah seorang dari mereka sakit mental.
- Gaji lebih kurang 400. Itupun sebab menoreh.
- Kalau tak dapat keluar menoreh, kena ikat perut.
- Pernah minta bantuan tetapi ditolak tanpa alasan yang jelas.

Nanti dulu. Jangan marah. Kau semua bukan sedang communicate dengan warga emas yang celik IT, duduk bandar atau berpendidikan tinggi. Umur pakcik neh 57. Orang kampung yang aku kira dia tidak tahu banyak perkara.

So tak mustahil untuk dia sendiri tak faham kenapa bantuan2 yang pernah dia mohon sebelum neh ditolak. Maybe dokumen tak lengkap. Tapi orang tua. Tak faham. Takde cerita tentang anak-isteri. Expect, orang tak kahwin mungkin.

Pokok Sena under Mahfuz. Harap kakitangan Mahfuz boleh review permasalahan keluarga ini dan buat la apa-apa yang patut.

Sedih kot tengok wajah-wajah dorang. Laporan oleh Sinar. Ini gambar dan laporan berita yang mereka laporkan baru-baru neh.

POKOK SENA - "Ada ketika, kami terpaksa makan roti untuk alas perut jika putus wang untuk beli beras dan lauk." luah seorang daripada dua beradik yang hidup dalam serba kekurangan di Kampung Pulau, Mukim Telaga Mas.

Awaluddin Shaari, 56, dan kakaknya, Fatimah, 75, bukan sahaja tinggal dalam rumah usang, malah bekalan air bersih juga tiada dan hanya bergantung harap dengan air perigi.

Awaluddin berkata, selepas bapanya meninggal dunia 30 tahun lalu, dia menjaga kakaknya yang mempunyai masalah mental dengan meraih pendapatan sebagai penoreh getah.

Menurutnya, pendapatannya hanya RM400 sebulan dan jumlah itu hanya cukup untuk menampung perbelanjaan mereka berdua.

"Jika hujan, pendapatan saya akan terjejas dan kami terpaksa mengikat perut.

"Kadangkala saya terpaksa berhutang untuk membeli makanan kami berdua," katanya kepada Sinar Harian.

Awaluddin berkata, kini dia memang menggunakan sepenuhnya air telaga untuk melakukan rutin harian.

"Bila tiba musim kemarau, air perigi ini akan bertukar warna, namun kami tiada pilihan lain dan terpaksa menggunakannya walaupun bimbang akan membawa penyakit," katanya.

Katanya, dia bukan sahaja memerlukan bantuan kewangan, malah rumahnya juga perlu dibaiki segera kerana sudah reput akibat dimakan anai-anai.

"Kini bahagian dapur rumah saya tidak boleh digunakan lagi," katanya yang sangat berharap rumah yang berusia lebih 50 tahun dapat dibaiki.

Tambahnya, sebelum ini, dia pernah memohon bantuan daripada pelbagai agensi kerajaan tetapi ditolak tanpa sebarang alasan.

"Oleh itu, saya berharap ada pihak yang sudi membantu kami berdua," katanya.

Mari kita bantu keluarga di Pilin, Rembau ini baiki rumahnya yang amat usang

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

Sahabat saya Izamri Med telah melawat rumah Encik Kamal ini di Kg Pilin, Rembau. Memang amat usang dan uzur. Bahagian rumah kayu memang tidak selamat didiami kerana semua bahagian papan/kayu reput di makan anai-anai, serta menelan belanja yang besar jika ingin dibaiki.

InsyaAllah kita boleh bantu baiki bahagian belakang rumah yang ada dapur dan 2 bilik. Namun bahagian belakang ini hampir semua atapnya bocor. 3 daun tingkap dan 1 pintu dapurnya amat usang dan hampir roboh.
Untuk membaiki bahagian yang paling kritikal terutamanya menukar atap/pintu/tingkap ini tanpa perlu kerja kemasan atau mengecat mungkin menelan belanja antara RM 8,000 ke RM 12,000.

Sesiapa yang ingin membantu saudara Kamal kita ini samada ingin turun padang membaiki sendiri rumahnya, memberi sumbangan atap/pintu/tingkap, memberi sumbangan upah kerja bolehlah menghubungi saya 0122267406 (Rozmal)

Rumah dihuni semakin uzur

22 Oktober 2015

REMBAU – Seorang pekerja cuci kereta masih menaruh harapan agar mereka enam sekeluarga dapat memiliki rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang dimohon sejak lebih lima tahun lalu. Kamal Mohammad, 49, berkata, rumah yang didiami kini adalah rumah pusaka yang berusia lebih 40 tahun.

Menurutnya, sebelum ini, dia menetap di Johor kerana bekerja di sebuah kilang di sana, namun pada 2009, dia mengambil keputusan untuk menetap di kampung memandangkan kos sara hidup di sana terlalu tinggi. "Ketika itu, anak sulung saya, Nor Syafiqah, 13, pula perlu jalani rawatan sekurang-kurangnya tiga bulan sekali di hospital kerana ada masalah darah sejak kecil.

Tambah Kamal, dia tidak mempunyai wang simpanan untuk membina sendiri rumah dan terpaksa tinggal di rumah pusaka itu walaupun keadaannya sangat uzur dan atap di bahagian dapur pula bocor. Malah, katanya, walaupun rumah itumempunyai tiga buah bilik, namun ia tidak dapat digunakan berikutan papan dindingnya hampir terkopak.

"Dengan pendapatan RM40 sehari, saya perlu sara isteri dan juga empat orang anak yang berusia 4 hingga 13 tahun. Malah, Nor Syafiqah masih lagi menerima rawatan susulan dan 22 September lalu, dia baru saja jalani pembedahan membuang limpa dan hempedu.

"Anak-anak dapat bantuan bulanan persekolahan JKM sebanyak RM300 sebulan. Nor Syafiqah juga dapat bantuan perubatan Baitulmal empat bulan sekali," katanya.

................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: rozmal
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

Mon Oct 26, 2015 7:36 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom


Bajet Kementerian Pendidikan Tinggi kurang RM2.4 bilion, adakah yuran IPTA akan Naik?

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

Memanglah Kementerian Pendidikan Tinggi tak terjejas. Tetapi adakah pelajar di IPTA akan terjejas? Pengajian di IPTA akan terjejas? Adakah yuran IPTA akan naik? Pengambilan pelajar akan dikurangkan? Elaun pensyarah akan berkurangan?

Berapa IPTA ada di Malaysia? Kalau ada 20 IPTA, pukul rata 1 IPTA akan kurang RM120 Juta peruntukan untuk tahun depan. Kalau nak naik yuran IPTA tahun depan, maklum awal, biar senang yang tak mampu tak perlu belajar, biar mereka bekerja. Hentikan pengambilan pekerja asing, agar lepasan SPM, Sijil, Diploma yang tak mampu sambung belajar, galakkan mereka bekerja di ladang sawit, menjadi buruh binaan, pekerja kilang, pencuci kereta dan sebagainya.


PENGURANGAN PERUNTUKAN TIDAK JEJAS KPT: IDRIS

24 Oktober 2015 - Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, pengurangan peruntukan sebanyak RM2.4 bilion untuk kementerian itu tidak akan menjejaskan usaha memajukan sektor pendidikan tinggi negara.

Beliau berkata, "Memang agak berkurangan sedikit tetapi pengurangan ini untuk melatih supaya pihak universiti lebih efisien dalam pelaksanaan programnya."

Idris mengulas mengenai Bajet 2016 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Dewan Rakyat semalam yang memperuntukkan RM13.378 bilion untuk Kementerian Pendidikan Tinggi berbanding RM15.785 bilion dalam Bajet 2015.

http://www.bharian.com.my/node/91594
................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: rozmal
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

Mon Oct 26, 2015 7:37 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom


Lagi Kemalangan: Jurukamera TV3 maut kemalangan di LPT

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

Seorang jurukamera TV3 maut setelah motosikal berkuasa tinggi ditunggangnya terbabas di Kilometer 156 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) menghala ke Kuantan, semalam.

Menurut jurucakap polis, mangsa Nor Azman Jumahat, 41, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada hampir seluruh badan termasuk patah tangan dan kaki dalam nahas kira-kira 9 malam itu.
"Siasatan awal mendapati motosikal ditunggang mangsa yang ketika itu dari Kuala Lumpur ke Kuantan dipercayai terbabas sebelum melanggar penghadang jalan di sebelah kiri jalan," katanya ketika dihubungi Bernama.

Akibat kejadian itu, mangsa yang berasal dari Binjai, Kemaman, Terengganu mengalami kecederaan parah termasuk di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian, katanya.

Difahamkan mangsa yang juga dikenali sebagai 'Man J' dalam kalangan rakan media ketika itu baru selesai bertugas, dan dalam perjalanan pulang untuk berjumpa keluarga di Kuantan.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Daerah Jengka untuk bedah siasat. - Bernama

Mon Oct 26, 2015 7:37 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

BIAR BETUL!!!! .... SEBIJI JANTUNG PISANG BERHARGA RM26.43 SEN.
Posted by OMAK KAU!!!!

 

Jantung pisang sekilo berharga RM32.00 dijual di Pasaraya AEON ... nasib baik jantung pisang tidak dikenakan 6% GST kalau tidak harganya sebiji pasti melebehi RM26.43 sen.

Kalau sungguh harga sebiji jantung pisang RM26.43 sen baik tidak payah tunggu jantung pisang ini berubah menjadi pisang ... bila sudah berputik menjadi jantung pisang terus tebas sahaja sebab harganya lebih mahal dari harga pisang muda mau pun masak sekitar RM3 ke RM4.5 sekilo sedangkan harga jantung pisang ialah RM32.00 sekilo. ... jimat kos dan masa selain keuntungan berlipat kali ganda.

Peliknya mengapa di pasar tani maupun pasar malam dijual paling mahal pun sekitar RM3 sebiji???? .. adakah kerana bila menjadi penghuni pasaraya berhawa dingin terus melambung harganya??????

Mohon Pasaraya AEON memberikan respon.

Mon Oct 26, 2015 7:38 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

EH! YANG MANA SATU ORANG ISLAM NI?

bloglist-malaysia.blogspot
naimnikmat.blogspot
Dicatat oleh Na'im Nikmat

comments:

Anonymous said...
Jangan cepat memberi solan yang kau sendiri bolih tahu membezakan antara siapa yang islam dan siapa yang tak silam,memang kenyataan melayu tu menghina hudud.dosaanya antara dia dan allah,kau jangan tambah beban dia sepatutnya nasihatkan dia kalau kau tahu islam.

Na'im Nikmat said...
Allah SWT berfirman yang bermaksud:

"Hai orang-orang yang beriman, barang siapa di antara kalian yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintai-Nya." (Al-Maaidah: 54).

Anonymous said...
Naim awak cerita pasal hudud nanti ada org tanya bila nak bentang hudud asyik ponteng parlimen je.mereka ingat nak senang je asal pegi parlimen boleh bentang hudud padahal mereka tak ingin pun menempuh liku likunya.dap tak suka sikit mereka dah cabut lari dr perjuangan.org cina bkn dap sj.ada yg sokong hudud juga.apa yg lebih pelik org melayu pulak boleh sokong dap yg terang terang tolak hudud

usop ali said...
nak mula kan hudud senang jer...mula kan dar kampung...jadikan imam ketua...bukan jkkkk bayangan yahudi...biar imam buat kerja...bilal buat kerja...bayar gaji imam 3 ribu sebulan...imam yag nampak siapa ada di masjid siapa yang x hadir di masjid...bilal n noja g siasat la... duit masjid berjuta....takan Alllah nak guna.....gunakan bantu la .kaum islam yang susah...baru betul...jkkkk ni apa dorang boleh buat...malas tamak. pentingkan saudara mara aje......tuan naim leh cerah kan sedikit pandangan yang x berapa nak cerdik ni...amin

Anonymous said...
UMNO yang memerintah lebih 50 tahun tak buat hudud, tak nak citer ka? Geng mereka, MCA, MIC, Gerakan sokong hudud ka? Yang saman tuang presideng tu orang DAP ka? Yang konon nak buay hududpun, sekerat jalan, senyap.. Semua kaki temberang belaka

Mon Oct 26, 2015 7:39 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Aksi Lelaki Tak Berbaju Buat Regangan Di Lebuhraya PLUS Jadi Viral

siakapkeli.my

Sejak beberapa hari lalu tersebar satu rakaman video menunjukkan seorang lelaki berbaring di atas Lebuhraya Utara Selatan berdekatan Bandar Ainsdale, Seremban sambil membuat aksi regangan.

Akibat kejadian pelik itu menyebabkan ramai pengguna lebuhraya melambatkan pemanduan untuk merakamkan aksi berkenaan, selain mengelakkan kejadian melanggar lelaki itu.

Sebuah kereta bewarna perak dipercayai milik lelaki itu juga berada di arah bertentangan lebuhraya. Aksi tersebut mengundang tanda tanya ramai pihak.

Salah seorang pengguna lebuhraya yang berada ketika kejadian itu, Norzuliana Zakarian memberitahu lelaki itu terdahulu memandu dengan laju mengakibatkan hilang kawalan sehingga nyaris melanggar pembahagi jalan.

"Kereta dia berpusing, dan selepas itu dia keluar dari kereta dan secara tiba-tiba baring di atas jalan. Dia tidak berbaju dan badannya mempunyai kesan membuat bekam.

"Saya tidak tahu untuk katakan lelaki itu kurang siuman. Dan selepas kami memintas keretanya, dia dilihat sedang menghisap rokok dengan keadaan keretanya dipasang lampu kecemasan," katanya.

Sementara itu PLUS Malaysia Berhad mengesahkan kejadian itu yang berlaku pada 4 Oktober lalu pada jam 11.30 pagi. -Siakapkeli.my
Attachment(s) from -:eSpAcE9808:-
1 of 1 File(s)

Mon Oct 26, 2015 10:06 am (PDT) . Posted by:

"MetalWorks Calibra" azz95

Misteri kan? Kenapa makin lama bawak kereta, makin banyak masalah?

Banyak sebab. Tak maintain. Alat ganti tak tukar. Etc etc.

Tapi lagi misteri kalau tetiap kali maintain enjin pun, tapi satu penyakit
ni tak selesai2 juga.

Penyakit kuat minyak.
Penyakit enjin lembab.
Penyakit enjin bunyi kasar.
Etc etc.

Macam2 dah buat. Tapi tak elok2 gak.

Nak tau kenapa? Penyakitnya adalah karbon.

Dan karbon itu perlulah dicuci.

Cara terbaik nak cuci adalah dengan menggunakan Oilyman Professor.

Harganya paling berbaloi. RM 78 sebotol

Cecairnya berasaskan solvent yang tidak akan tertinggal didalam enjin.

Isipadu sebotol adalah 350ml

Produk sudah 11 tahun di pasaran.

Tiada produk pencuci karbon lain yang setanding dari segi prestasi
pembersihan dengannya.

Dengan membeli Professor, anda akan membantu enjin anda kembali lancar dan
jimat.

Boleh digunakan dibahagian enjin atau melalui tangki minyak. Tiada masalah.

Hubungi saya di 0109029909. COD Lembah Kelang dan sekitarnya.
Attachment(s) from MetalWorks Calibra
1 of 1 Photo(s)

Mon Oct 26, 2015 9:17 pm (PDT) . Posted by:

"bashah" bwasi

A)_ Jika dikira, banyak juga aku kena isyarat lucah oleh pemandu sesama bangsa Msia..Bawak relaks tak berbahaya pun kena tunjuk F***, apalagi kalau bawak gaya bebas...biasanya yg tunjuk F*** ni bawa laju nak cepat...kat simpang 3 pun tunjuk F dan honnn pada kereta di depan padahal kereta banyak lalu lalang di depan...dia seorang saja nak cepat, org lain tak kut...b)  Dulu ada satu Mat Salleh mengamuk pasal ada org pakai t shit tulis F*** dalm LRT, 
yg ni  Mat Salleh bengang pasal; perempuan Melayu tu tunjuk F*** pd diaPengajarannya:1)  Jgn tunjuk F** pd Mat Salleh, nanti MSalleh jadi gila...2) JPJ kena ajar pelatih L supaya jangan tunjuk F*** pada Mat Salleh,,,.pada sesama Msia tak pa,,,Hahahaha3) perempuan Melayu sekarang ni **hebat** kalau dalam kereta...hehehe
Warga asing amuk kerana isyarat lucah pemandu Myvi

|   |
|   | |   |   |   |   |   |
| Warga asing amuk kerana isyarat lucah pemandu MyviWanita di dalam kereta tersebut didakwa menunjukkan isyarat lucah menggunakan jari hingga menimbulkan kemarahan kepada warga asing terbabit. |
| |
| View on www.freemalaysiatoda... | Preview by Yahoo |
| |
|   |

PETALING JAYA: Satu rakaman menunjukkan pertengkaran membabitkan seorang warga asing dengan pemandu Myvi warga tempatan tersebar di media sosial.Kejadian dikatakan berlaku di Lebuhraya Seremban-Kuala Lumpur, pada Ahad (semalam).Berdasarkan video yang dimuat naik dalam laman sosial Friends of BN- Barisan Nasional, warga asing terbabit 'naik angin' apabila wanita yang duduk bersebelahan pemandu di dalam kereta berkenaan didakwa menunjukkan isyarat lucah padanya.Menerusi percakapan pada visual yang dirakam wanita berkenaan, warga asing itu turut menyatakan dia telah memberi isyarat untuk menukar lorong.Bagaimanapun, ia tidak diendahkan oleh lelaki yang memandu kereta terbabit sehingga menyebabkan mereka hampir bergesel.Malah, menambahkan lagi kemarahan warga asing itu apabila penumpang wanita itu dikatakan terlebih dahulu menunjukkan isyarat lucah menggunakan jari.Akibatnya, berlaku pertengkaran antara pemandu kereta terbabit sebelum warga asing itu bertindak memecahkan cermin kereta lelaki itu."Saya menunggang motosikal dan awak begitu hampir melanggar saya, saya beri laluan guna isyarat lampu tapi awak balas dengan isyarat lucah?"Perkara ini tidak akan berlaku jika dia (wanita terbabit) tidak menunjukkan isyarat lucah kepada saya," kata warga asing itu dalam nada tinggi.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: