Monday, August 1, 2016

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4556

11 Messages

Digest #4556

Messages

Sun Jul 31, 2016 8:35 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



MENITIS AIR MATA BILA TENGOK GAMBAR INI...
bloglist-malaysia.blogspot
naimnikmat.blogspot
Dicatat oleh Na'im Nikmat

Kita bersangka baik pakcik itu menganggap DS Rosmah seperti ibu beliau sendiri... Syahdunya....

comments:

Anonymous said...
Anak susuan x salah klu salam

July 31, 2016 at 12:28 PM

Anonymous said...
Pakcik tu nak dedak lemak dan manis keluaran JibMah.

July 31, 2016 at 2:48 PM

Anonymous said...
Spesis Melayu Umngok.bab Agama Hancur.Big Mama umpama Tuhan yg memberi Rezeki pada kebanyakan Melayu Umngok.Masyaallah.Bertaubat lah Pak Cik Tuaa oooiiii

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Jul 31, 2016 8:36 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Buka Sedikit Tingkap Ketika Memandu Seorang Diri, Wanita Terkejut Dilempar Masuk Benda Kotor
siakapkeli.my

Seorang pelajar bernama Hafizha Syazwani yang sedang memandu kereta untuk ke pusat pengajiannya terkejut besar apabila tiba-tiba ada sebuah motosikal yang ditinggangi oleh lelaki tidak dikenali telah melepar sesuatu ke dalam keretanya.

Menurut beliau, kejadian yang berlaku Penanti, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang itu, jam 7.45 pagi itu, dia sedang memandu seorang diri telah membuka sedikit tingkap keretanya di dalam kesesakan jalan raya.

Ketika membelek berita tentang kejadian ragut di telefon bimbitnya, ada seorang penunggang motosikal telah memasukkan botol air melalui tingkapnya dan menuang air yang ada di dalam bekas berkenaan dipercayai air kencing.

Menurutnya lagi, mujur ketika kejadian dia telah mengunci keretanya daripada dalam kerana menurutnya juga kemungkinan ia kejadian cubaan meragutnya.

Berdasarkan cerita mangsa ini, ia mungkin satu taktik untuk membuatkan wanita berkenaan keluar daripada kereta untuk menyamun mangsa atau ianya sekadar perbuatan khianat.

Apapun beliau mengingatkan wanita diluar sana supaya berhati-hati semasa memandu kereta berseorangan. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Jul 31, 2016 8:37 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Black Hawk Down: "Hebat Juga Tentera Malaysia Rupanya, Kita Jer Yang Tak Tahu"
siakapkeli.my

Pasti ramai yang tahu akan kehebatan filam Hollywood bertajuk Black Hawk di mana tentera sebuah helikopter Amerika Syarikat terhempas di tengah ibu negara Somalia selepas ditembak pemberontak.

Filem berkenaan menunjukkann askar-Askar dari Pakistan dan Amerika sendiri cuba menyelamatkan tentera yang terhempas berkenaan, namun selepas didedahkan ternyata filem berkenaan tidak menggambarkan fakta sebenar kejadian di mana sebenarnya askar dari Malaysia yang menyelamatkan tentera-tentera Amerika berkenaan.

Ternyata filem berkenaan telah menyinggung banyak pihak terutamanya wira-wira yang bergadai nyawa menyelamatkan tentera Amerika berkenaan di mana ketika itu dikatakan agak mustahil untuk menyelamatkan mereka.

Jom kita baca nukilan Tuan Mohd Monier tentang kehebatan tentera kita yang menyelamatkan tentera-tentera Amerika berkenaan yang memang tidak akan dikongsikan oleh media antarabangsa.

Antara barisan wira Malaysia yang terlibat menyelamatkan anggota
Marin US selepas Black Hawk Terhempas

Duk sembang pasal politik pasal budak sekolah viral, meh kita sembang pasal Tentera pula, pasal ATM khususnya Rejimen Askar Melayu Diraja.

Tadi bersembang talipon dengan sepupu rapat dari kampung, Mat Zuki Abdullah atau pun lebih dikenali sebagai Mael Chupeng di kalangan adik beradik. Saya call dia nak tanya kisah "Black Hawk Down" di Somalia yang Hollywood buat filem tapi tak dak pun babak Tentera Malaysia pi selamatkan tentera Amerika tu.

Saya ingat lagi waktu Mael dan rakan-rakannya, Rejimen Askar Melayu Diraja dari Kem Sg Layar Sg Petani nak berangkat naik k.terbang di Bayan Lepas ke Somalia, saya ada sekali hantar dia di airport. Bila balik daripada misi di Somalia, macam-macam yang Mael cerita kat saya; antaranya ialah kisah keberanian rakan-rakannya team ATM pi selamatkan tentera Amerika yang terkepung selepas Black Hawk terhempas ditembak pemberontak Somalia.

Tadi saya telepon Mael nak confirm sekali lagi ceritanya. Mael cerita:

Waktu tu dia dan kawan2 dia bertugas mengawal kawasan landasan kapal terbang di situ. Petang tu dia nampak ada roket ditembak naik ke atas, mulanya dia tak pasti apa yg berlaku. Lepas tu baru dapat maklumat yg Black Hawk tentera Amerika dlm operasi menangkap Jen Aidit Warlord Somalia tu kena tembak dan terhempas.

Pada mulanya PBB hantar pasukan dari negara lain untuk pi selamatkan tentera Amerika yang terkepung tu, tentera Pakistan kalau tak silap - tapi tak lepas nak masuk sebab tembakan roket dam lain-lain bertalu-talu..

Last-last depa minta bantuan Malaysia.

Mael kata lepas solat maghrib dua kompeni tentera Malaysia bergerak masuk ke kawasan market Bukhara. Mael cerita tentera kita masuk ikut formasi (teknik peperangan) tertentu.

Berlaku pertempuran sengit dengan tentera pemberontak somalia, dari maghrib hingga ke subuh, roket dan segala makneka(jenis) senjata api ditembak bertalu-talu. Mael kata dia yang tak ikut serta kerana tugasan berbeza, dari jauh boleh nampak percikan cahaya ke langit dan bunyi senjata api berdentum dentam, nampak macam orang main bunga api dan mercun malam raya.

Lepas subuh baru reda, waktu tu lah depa pi kutip mayat tentera Amerika dan selamatkan tentera-tentera Amerika yang terkepung. Mael kata kalau tentera kita tak pi bertempur sepanjang mlm tu, pakai mati habislah tentera-tentera Amerika yang terkepung tu.

Salah seorang wira kita

Hebatnya Angkatan Tentera Malaysia ATM yang Hollywood cuba sembunyikan dari kita.

Sesekali seronok juga duk dengar cerita kisah kehebatan negara kita. Hidup ATM, Hidup Malaysia !!
(Mael sepupu saya nie pun dah lama pencen, dia cerita ada kawan2 dia yg turun perang malam tu sekarang dah pencen dan kerja jaga pump minyak di Sg Petani. Mael kata nak wat gena, askar pencen mcm tu ja lah kerjanya...perwira negara tu..:-(

Dalam gambar, Mael dalam jeep tentera Amerika. Mael kata itu gambar selepas kejadian Black Hawk down, sebelum tu bukan kata nak naik, nak amik gambaq keta depa pun tentera Amerika tak bagi, tapi lepas kejadian berduyun-duyun pegawai atasan tentera Amerika mai melawat kem Malaysia, ucap tahniah dan terima kasih bertalu-talu.

Hebat juga negara kita Malaysia ini rupanya, kita aje yg tak tahu !!
Saja nak kongsi.
Tkasih

- Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Jul 31, 2016 8:38 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Khamsaini Mat Sohor, Pahlawan Amal Yang Sukar Diganti

Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.net

"Abang Sani, nampak letih sangat tu. Elok berehat dulu, bagi kat orang lain tugas tu, ambil cuti dulu", kata saya spontan kepada Sdr Khamsaini Mat Sohor ketika satu tugasan mengiringi pimpinan PAS di Pulau Pinang.

Beliau merupakan Pengarah Keselamatan Jabatan Amal Pulau Pinang yang diberi tanggung jawab mengiringi mana-mana pimpinan utama PAS yang hadir berprogram di Pulau Pinang. Kenderaan pacuan empat roda Pajero KAA1512 milik Jabatan Amal Pulau Pinang itulah yang menjadi 'kuda perangnya' ke mana-mana.

"Ustaz, saya ni kalau nak ikutkan sakit saya ni, lama dah kena rehat duduk di rumah. Tapi saya tak boleh. Saya akan turun bertugas jaga keselamatan pimpinan selagi saya mampu. Saya malu, saya baru sakit macam ni dah nak berehat. Tok Guru dan pimpinan lain tak pernah rehat, sakit depa lagi teruk dari saya", jawab beliau.

"Maksud saya, Abang Sani cuti sat dua tiga hari, bukan cuti terus. Lepas dah ok, bertugas balik", sambung saya memperjelaskan.

"Ustaz, minta maaf. Bukan saya tak mau dengaq nasihat ustaz. Tapi prinsip saya, dalam berjuang ni tak dak cuti, melainkan mati", jawab beliau lagi. Kali ini, suaranya sedikit tinggi, tegas nadanya. Matanya tepat memerhatikan saya. Saya terdiam. Hebat! Hebatnya akidah perjuangan insan begini.

Pernah diberitahu, beliau pengsan tersandar di salah sebuah surau, ketika rombongan pergi menziarahi jenazah Almarhum Tuan Guru Nik Aziz di Kg Pulau Melaka Kota Bharu. Sakitnya semakin merebak setelah beliau pulang daripada operasi gotong royong membersihkan rumah mangsa banjir di Pahang Terengganu dan Kelantan awal tahun lalu. Begitu tinggi komitmennya kepada tugasan-tugasan Jabatan Amal.

Beliau juga orang yang bertindak pantas menyelamatkan kedua ayahnda dan bonda saya daripada diganggu oleh samseng-samseng, ketika ayahnda Dato' Ust Taib Azamudden Md Taib berceramah memberi taujihad kepada petugas-petugas PAS di dalam PASTI Teluk Kumbar tahun 2013 lalu.

Beliau hanya bekerja sebagai penjual cucur udang di pekan hari dan pasar malam. Walaupun beliau tidak mendapat pendidikan yang tinggi, namun kesemua anak-anaknya dihantar bersekolah di sekolah agama dan tahfiz. Wang sara persekolahan anak-anaknya hanyalah bersumberkan perniagaan cucur udangnya disamping kerja sampingan oleh isterinya.

Beberapa kali, beliau tidak berniaga kerana memenuhi tugasan sebagai pengiring keselamatan pimpinan. "Abang Sani tak berniaga ka hari ni? Isteri dan anak-anak macam mana?", soal saya kepada beliau, sengaja hendak tahu penerimaan keluarganya tentang penglibatannya secara aktif dalam tugasan Jabatan Amal.

"Ustaz, rezeki ni Allah yang tentukan. Betoi la kalau pikiaq logik akai kita, bila tak berniaga takdak la pendapatan. Tapi rupa-rupanya bila terlibat dalam perjuangan ni, Allah bagi rezeki tu kut lain. Ada, mesti ada punya. Cuma lambat dengan cepat ja. Saya tak pernah menyesai kalau tak berniaga sebab pi bertugas. Walhal, pelanggan saya sikit punya ramai ustaz. Ada yang buat tempahan untuk kenduri kahwin, untuk jamuan-jamuan. Saya tau, kalau saya pulun betoi-betoi cucoq udang ni, saya boleh hidup senang. Tapi saya tak buat. Buat apa hidup senang tapi tak terlibat berjuang Islam. Esok mati Allah tanya saya, hang buat apa atas dunia hari tu nak menangkan Islam? Apa saya nak jawab ustaz! Saya ni dulu banyak buat salah. Biaqlah nanti bila mati, saya boleh jawab depan Allah, inilah pengorbanan saya untuk menangkan Islam".

Allahuakbar, kelu lidah saya. Tepat dan padat jawapannya. Patutlah tidak pernah kelihatan di wajahnya rasa susah, rasa bimbang. Tinggi sungguh keyakinannya kepada janji Allah. PAS P.Pinang dan Dewan Pemuda PAS juga beberapa kali memberi sumbangan meringankan bebanan beliau dan keluarganya sebelum ini.

Hari ini, 22 Syawwal 1437H bersamaan 27 Julai 2016, sekitar jam 1.40ptg, insan hebat ini telah pergi menemui pencipta buat selama-lamanya di Hospital Pulau Pinang, setelah beberapa tahun menderita sakit komplikasi hati. Seluruh warga PAS menangisi pemergiannya.

Abang Sani, hari ini kau telah ada jawapan untuk bertemu Allah SWT. Kau telah buktikan istiqamah memperjuangkan Islam hingga hujung nafasmu. Selamat 'berehat' buat selama-lamanya. Moga akhir hidup kita juga sepertinya, istiqamah!

Afnan Hamimi Dato' Taib Azamudden
Ketua Pemuda PAS P.Pinang.

https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=927408967386606&id=146956585431852

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Jul 31, 2016 8:38 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Proses Ganti Airbag Takata : Honda Malaysia Beri Pampasan RM50 Sehari untuk Pemilik Terlibat
siakapkeli.my

KUALA LUMPUR, 28 Julai: Pemilik kereta Honda yang terlibat dengan panggilan semula untuk penukaran airbag Takata akan diberi pampasan RM50 sehari sepanjang tempoh menunggu ketibaan alat ganti mereka.

Menurut satu kenyataan oleh Honda Malaysia di Facebook, pampasan itu diber sebagai pampasan untuk "kehilangan penggunaan kereta" sepanjang proses penggantian itu.

Menurut Honda, pelanggan yang terlibat boleh mendaftarkan diri mereka dengan Honda Malaysia di www.productrecall.honda.com.my untuk pampasan itu. Tempoh pampasan bermula pada 28 Julai dan akan berakhir pda 31 Ogos ini.

Honda menerusi kenyataan itu juga berkata, sejurus alat ganti beg udara Takata tiba, pelanggan yang berdaftar akan dimaklumkan mengenainya dan dikehendaki menggantikan dalam tempoh dua hari.

Untuk maklumat lanjut boleh layari kenyataan itu di Facebook Honda Malaysia

----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:-
To:
Sent: Tuesday, June 28, 2016 11:59 PM
Subject: Fw: Perkara Penting Tentang Isu Beg Udara Takata

Ketahui 7 Perkara Penting Tentang Isu Beg Udara Takata 'Beg Udara Pembunuh'
siakapkeli.my

kira-kira beberapa hari lalu, pihak Honda malaysia telah memanggil semuala kira-kira 147,894 unit kereta keluaran mereka bagi menggantikan peledak beg udara tempat duduk bahagian penumpang.

Tiba-tiba kita telah dikejutkan dengan kejadian pemandu wanita dari Petaling Jaya maut dalam kemalangan selepas inflator beg udara Takat Single Stge (SDI) di bahagian pemandu pecah.

Honda menerusi satu kenyataan berkata kereta berkenaan merupakan antara yang terlibat dalam kemaskini Produk Malaysia (dipanggil semula) yang diumumkan pada 21 Mei 2015 di mana ia memerlukan inflator beg udara Takata SDI bahagian hadapan pemandu diganti.

Krisis beg udara Takata.

Mesti ada yang masih keliru, apa sebenarnya berlaku. Apakah kecacatan beg udara ini sebenarnya serius?

Jawapannya YA!, beg udara anda berisiko menyebabkan kecederaan parah atau maut, beg udara Takata yang mempunyai peletup yang rosak boleh menyebabkan anda atau keluarga anda yang memandu kereta anda terbunuh.

Ia seolah-olah meletakkan sepucuk pistol di depan muka anda dan pemicunya disambung kepada satu batu yang tergantung, jika batu itu tersentap, pistol mungkin meledak.

Untuk lebih anda faham jom baca pengerangan ringksa dan padat yang dari portal pandulaju ini mengenai beg udara Takata.

1. APAKAH ISU BEG UDARA TAKATA?

Beribu-ribu beg udara Takata disahkan mengalami defektif atau kecacatan yang membabitkan bahagian pemandu, penumpang dan sisi depan. Secara spesifik pula, bahan kimia yang digunakan untuk mengembungkan beg udara itu sudah terjejas dan menyebabkan degredasi.

Kesannya, apabila kemalangan berlaku dan beg udara Takata mengembung, tindak balas bahan kimia yang sepatutnya mengembungkan beg udara menjadi terlampau kuat dan menyebabkan ia pecah hingga serpihan material di sebalik roda stereng menembak pemandu atau penumpang seperti peluru. Serpihan material inilah yang menyebabkan kecederaan serius atau kematian.

Menurut laporan polis di Amerika Syarikat (AS), keadaan mangsa-mangsa kemalangan beg udara Takata yang terselamat tidak ubah seperti ditembak atau ditikam.

2. BAGAIMANA BEG UDARA BEKERJA?

Beg udara berfungsi seperti penggalak (booster) roket solid.

Isyarat daripada sensor nyahpecutan kereta akan menghantar satu denyut (impuls) elektrik yang mengaktifkan campuran nitrogen dengan bahan kimia. Bahan kimia itu kemudian akan mengurai dan bertindakbalas pantas untuk menjana gas nitrogen panas, sekali gus mengembungkan beg udara dan terpacul keluar dari roda stereng, papan pemuka atau panel sisi. Proses pengembungan beg udara itu berlaku pada kelajuan 322kmj dan sepantas 1/25 saat (40 milisaat).

3. APAKAH INFLATOR BEG UDARA?

Ada tiga bahagian beg udara; beg, sensor (yang membuatkan beg mengembung) dan inflator.

Inflator beg udara terdiri daripada sebuah kanister nitrogen, iaitu kandungan gas yang akan mengisi beg udara, termasuk papan elektronik yang berfungsi mengaktifkan gas untuk mengembang dan mengisi beg.

4. APAKAH ITU SERBUK PUTIH?

Serbuk putih yang dibebaskan apabila beg udara mengembung ialah tepung jagung atau serbuk talkum (bedak) yang digunakan pengeluar sebagai bahan pelincir supaya beg udara sentiasa berada dalam bentuk terbaik apabila diaktifkan.

5. APA SEBENARNYA BERLAKU KEPADA BEG UDARA TAKATA?

Buat masa kini, kecacatan dipercayai berpunca daripada wafer inflator Takata berbentuk lengan kelawar (batwing) yang membolehkan lembapan meresapi masuk ke dalam peranti dan mengubah struktur kimia dalam peledak (propellant).

Akibatnya, peledak itu diaktifkan terlalu pantas hingga menyebabkan tindakbalas melampau yang memecahkan beg udara dan meledakkan serpihan material dalam kereta. Beberapa persoalan juga dibangkitkan seperti penggunaan sejenis bahan kimia, ammonium nitrat sebagai peledak.

6. APAKAH ITU PANGGIL BALIK?

Notis panggil balik (recall) dibuat apabila pengeluar seperti Takata menggesa pembeli memulangkan semula produk disebabkan isu keselamatan atau kecacatan yang boleh membahayakan pengguna. Panggilan balik beg udara Takata itu menjejaskan 34 juta kenderaan dan mencatatkan rekod panggil balik automobil terbesar dalam sejarah AS.

7. BAGAIMANA SAYA BOLEH TAHU BEG UDARA BERMASALAH DAN PERLU RECALL?

Sesetengah pengeluar akan membuat panggilan langsung kepada pelanggan mereka, dan ada pula yang mengeluarkan notis panggil balik di media massa seperti Internet dan media cetak. Namun, dalam kes beg udara Takata, pengeluar lebih menumpukan kepada hebahan media massa disebabkan jumlah kenderaan yang terjejas terlampau banyak.

Anda pula perlu sentiasa peka dengan perkembangan semasa. Walaupun bukan pemilik jenama kereta terlibat, tetapi jika anda mengetahui ada kalangan ahli keluarga, saudara atau rakan yang memandu kenderaan terjejas itu, anda sepatutnya mengambil inisiatif menyampaikan maklumat panggil balik yang dikeluarkan.

Bagi yang sudah mengetahui, anda boleh terus saja menghubungi pusat khidmat pelanggan pengeluar masing-masing untuk menetapkan temujanji dan mengesahkan status beg udara kereta anda. Pemilik kenderaan lama (2002 ke atas) ialah kumpulan paling berisiko mengalami masalah kecacatan beg udara Takata. Bertindak segera!

Berikut adalah jenama dan model yang terlibat dalam krisis beg udara Takata. - funtasticko

Jenama : Honda

Model yang terlibat : Accord (2003 – 2011), City (2009 – 2011), Civic (2007 – 2011), CR-V (2008 – 2011), Freed (2009 – 2011), Insight (2011), Jazz (2009 – 2011), Odyssey (2004 -2008)

Hubungi talian bebas tol 1-800-88-2020 atau layari laman sesawang honda.com.my

Jenama : Toyota

Model yang terlibat : Vios (2007 – 2008), Corolla Altis (2007 – 2008), Yaris (2007 – 2008)

Hubungi talian bebas tol 1-800-88 6968 2 atau layari laman sesawang toyota.com.my

Jenama : Mazda

Model yang terlibat : Mazda BT-50 (2006 – 2011), Mazda 6 (2003 – 2007)

Hubungi talian 03 -7627 8999 atau layari laman sesawang mazda.com.my

Jenama : Nissan

Model yang terlibat : X-Trail (2002 – 2007), Teana (2004), Liberty (2003)

Hubungi talian 1-800-88 3838 atau layari laman sesawang nissan.com.my

Jenama : Suzuki

Model yang terlibat : Swift 1.4 CKD dan CBU (2012 – 2014)

Hubungi talian 1-300-88 6699

(Semua perihal servis lepas jualan Suzuki boleh dirujuk kepada pusat servis Suzuki yang sudah dijenama semula sebagai Proton, hubungi nombor di atas untuk maklumat lanjut.)

Jenama : Mitsubishi

Model yang terlibat : Triton 3.2 (2006 -2014)

- Siakapkeli.my

Honda Sahkan Inflator Beg Udara Pecah Dalam Kemalangan Maut
siakapkeli.my

Kuala Lumpur, 27 Jun: Honda Malaysia Sdn Bhd hari ini mengesahkan inflator beg udara Takat Single Stge (SDI) di bahagian pemandu pecah dalam kemalangan yang menyebabkan seorang wanita maut dalam kejadian di Petaling Jaya semalam.

Honda menerusi satu kenyataan hari ini berkata perkra itu disahkan ketika pemeriksaan oleh PDRM bahawa inflator beg di bahagian pemandu kereta Honda City 2005 itu pecah.

"Kenderaan yang terbabit dalam kemalangan itu termasuk dalam Kemas Kini Produk Malaysia (dipanggil semula) yang diumumkan pada 21 Mei 2015, memerlukan inflator beg udara Takata SDI bahagian hadapan pemandu diganti," kata kenyataan itu.

Menurut Honda, sejak 2015 kenderaan yang terbabit dalam kemalangan itu termasuk dalam panggilan semula bagi inflator beg udara Takata bahagian pemandu dan inflator beg udara Takata bahagian penumpang.

"Tiga notis panggilan semula dihantar kepada pemilik. Rekod kami menunjukkan pembaikan bagi panggilan semula itu tidak pernah selesai," katanya.

Dalam kemalangan semalam, wanita yang berusia 44 tahun itu terlibat dalam satu kemalangan kecil dengan sebuah kereta Mercedes Benz di Jalan Teknologi 3/1, Kota Damansara.

Dalam kejadian jam 11.45 pagi itu, kereta Honda City dipandu mangsa dikatakan bergesel dengan Mercedes Benz dan bomba yang tiba mendapati wanita itu sudah meninggal dunia dengan beg udaranya terbuka.

Honda Malaysia kini sudah berhubung dengan wakil keluarga mangsa bagi menyelesaikan perkara yang sepatutnya dan tidak akan menyiarkan maklumat peribadi mereka yang berkenaan sebagai menghormati keluarga mangsa. - Siakapkeli.my

Lagi Kemalangan Maut Akibat Beg Udara Honda Meletup

Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.net


SATU lagi insiden maut akibat beg udara berlaku hari ini membabitkan sebuah kereta Honda City dan sebuah Mercedes-Benz di Jalan Teknologi 3/1, Kota Damansara.

Menurut berita disiarkan portal online, The Star Online (baca SINI), pemandu wanita berusia 44 tahun itu, yang memandu Honda bersama dua anak lelaki dan anak saudaranya, menemui ajal di tempat kejadian pada tengah hari tadi.

Menurut Asisten Komisioner Polis (ACP) Petaling Jaya, Mohd Zani Che Din, pemandu Honda tersebut tidak berhenti sebelum membelok masuk ke satu simpang dan merempuh belakang sebuah Mercedes-Benz. Salah seorang saksi kejadian mendakwa beg udara pemandu dan penumpang mengembung berikutan perlanggaran berkenaan.

Pegawai Kanan II Jabatan Bomba dan Menyelamat Sungai Buloh, Rosdi Hainan berkata, beg udara pemandu didapati pecah dan dada mangsa parah akibat material yang terkeluar daripada tengah roda stereng.

KREDIT FOTO. The Star Online
"Ada darah dalam kereta apabila kami memeriksanya. Kakitangan perubatan dari Hospital Sungai Buloh mendakwa mangsa sudah kritikal ketika bantuan tiba sebelum maut di tempat kejadian. Tiga lagi penumpang tidak cedera," katanya.

Rosdi berkata lagi, pemandu Mercedes dan isteri juga tidak mengalami sebarang kecederaan.

Pasukan bomba dari Balai Bomba Sungai Buloh diketua Rosda tiba di tempat kejadian pada jam lebih kurang 12.10pm selepas menerima panggilan kecemasan.

Sementara itu, ACP Zani berkata punca kematian akan diketahui selepas mendapat keputusan bedah siasat. Bagaimanapun, Honda City dipandu mangsa cuma mengalami kerosakan kecil.

KRONOLOGI
a.. Kes-1 berlaku di Sibu (Julai 2004), pemandu Honda City yang juga ibu mengandung meninggal dunia selepas berlanggar dengan kenderaan lain (tidak dimaklumkan jenis).
b.. Kes-2 berlaku di Sungai Petani (Oktober 2015), budak perempuan 8 tahun maut apabila abangnya yang memandu membrek kecemasan selepas terlanggar bonggol. Tidak dimaklumkan jenis kereta pemandu.
c.. Kes-3 berlaku Jun 2016 (artikel ini). Pemandu Honda City berlanggar dengan Mercedes.
* Semua kes di atas berlaku di Malaysia, tidak termasuk kes luar negara.
* Kalau ada kes tertinggal boleh maklumkan di ruang komen sini. Kes-2 juga boleh diabaikan berpunca kereta Honda kerana tiada butiran lengkap. Tapi masih lagi berpunca beg udara gagal berfungsi baik (menurut laporan).
* Dua kes maut lain disahkan melibatkan pemandu Honda.‎

----------------------------------------------------------

Ini ialah kes pertama insiden maut tahun ini akibat beg udara Honda di Malaysia. Sebelum itu, pada 2014 dan 2015 juga mencatatkan satu kes setiap tahun yang juga melibatkan kematian disebabkan beg udara meletup.

Kami di PanduLaju meminta pemilik Honda negara ini supaya segera hadir ke pusat servis berdekatan untuk diperiksa. Jika anda ada ahli keluarga, saudara atau rakan yang memiliki kereta Honda, sila sampaikan notis panggil balik yang dikeluarkan Honda. Sila jangan ambil mudah peringatan ini!

Kepada keluarga mangsa, salam takziah daripada kami.

SUMBER: The Star Online

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Jul 31, 2016 9:28 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Ketum mampu jana berbilion ringgit kepada negara, kata pengerusi Risda
bloglist-malaysia.blogspot
Posted by Jeebond BLM

PADANG BESAR: Ketum berpotensi menyumbang pendapatan berbilion ringgit kepada negara, kata Pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda), Datuk Zahidi Zainul Abidin.

Beliau berkata, cadangan penanaman ketum secara terkawal yang dikemukakannya lebih kepada tujuan eksport kerana terdapat permintaan ketum dari syarikat farmasi di Eropah dan Amerika Syarikat.

Jelasnya, syarikat-syarikat farmasi itu nampak kebaikan tanaman itu sebagai alternatif untuk perubatan moden kerana ketum didapati memiliki ramuan penting dalam pembuatan ubat bagi kegunaan musim sejuk.

"Mereka (negara lain) akan mempatenkan segalanya sebelum dipasarkan ke seluruh dunia dan kita perlu bertindak pantas dalam isu ini," katanya yang dipetik Bernama ketika menghadiri rumah terbuka Aidilfitri Umno Padang Besar di Taman Beseri Indah, semalam.

Ini kerana, katanya, farmasi di Eropah dan Amerika Syarikat banyak membuat penyelidikan mengenai tumbuhan itu, termasuk Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang.

"Sekolah Menengah Sains Tengku Mohamad Jiwa, Sungai Petani (Kedah) pula mendapat anugerah peringkat Asian kerana membuat kajian mengenai ketum.

"Masalah yang berlaku ialah terdapat segelintir orang yang mencampurkan air rebusan ketum dengan bahan lain seperti ubat nyamuk dan ubat gegat untuk menjadikan peminumnya merasa khayal.

"Sejak zaman duhulu ketum digunakan dalam perubatan tradisional untuk memulihkan tenaga, rawatan kolesterol, kencing manis dan cirit-birit.

"Saya sudah kemukakan cadangan kepada kerajaan dan masyarakat. Sekarang terpulang, jika kita tolak, beberapa negara lain bersedia menanam ketum untuk memenuhi permintaan tersebut," katanya.

Zahidi yang juga Ketua Umno Bahagian Padang Besar berkata, Risda perlu mencari alternatif lain disebabkan harga getah yang tidak stabil dan ramai yang menentang cadangan penanaman ketum itu.

Cadangannya itu ditentang beberapa pihak termasuk Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man yang menegaskan pemilik tanah yang baru mendapat geran hak milik akan ditarik balik hak milik itu sekiranya didapati menanam pokok ketum di tanah mereka.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut melarang pekebun kecil menanam ketum secara komersil sebagai sumber pendapatan tambahan.

RISDA rancang tanam ketum untuk pasaran eksport

Dilulus untuk paparan oleh memo
tranungkite.net

KUALA NERUS: Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) akan mendapatkan kebenaran kerajaan menanam pokok ketum bagi meningkatkan hasil pendapatan pekebun kecil di negara ini.

Pengerusi RISDA, Datuk Zahidi Zainul Abidin, berkata pihaknya mendapat permintaan tinggi untuk mendapatkan bekalan ketum daripada farmasi di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah.

"Sehubungan itu, kami akan berbincang dengan kerajaan, Kementerian Kesihatan dan beberapa agensi berkaitan yang membuat kajian di Universiti Sains Malaysia (USM) bagi membenarkan ketum ditanam bagi tujuan eksport.

"Jika diluluskan, kami merancang mengusahakan projek perintis di negeri utara Semenanjung sebelum dilaksanakan secara besar-besaran di seluruh negara.

"Projek ini jika dilaksanakan, dapat meningkatkan pendapatan berganda pekebun kecil yang selama ini hanya bergantung kepada hasil getah," katanya yang ditemui selepas Majlis Konvensyen GAP RISDA Negeri Terengganu 2016 di Auditorium Kompleks Sukan Gong Badak, di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengarah Bahagian Pengembangan dan Pemindahan Teknologi RISDA, Zainobon Ismail; Pengarah Bahagian Produktiviti dan Pemasaran RISDA, Amran Jaafar dan Pengarah RISDA negeri, Mohd Hussin Yusoff.

Zahidi berkata, daun ketum mendapat permintaan tinggi di AS dan Eropah, terutama daripada syarikat farmasi tetapi Malaysia tidak mampu membekalkannya buat masa ini kerana penanaman daun ketum dilarang di negara ini.

"Ketum mempunyai nilai perubatan tinggi dan pihak AS serta Eropah tidak menghadapi sebarang masalah dengan daun ketum yang dianggap mempunyai khasiat.

"Cuma, di negara kita, pengambilan daun ketum dilarang undang-undang sehingga ia dianggap negatif oleh sesetengah orang kerana ada pihak sering menyalahgunakannya," katanya.

Zahidi berkata, pihaknya sudah meminta laporan penuh daripada farmasi luar negara itu untuk memberi keyakinan kepada kerajaan membenarkan menanam ketum di negara ini.

Katanya, hasil kajian menunjukkan penggunaan ketum untuk perubatan dapat menstabilkan darah dan penyakit tertentu pada musim sejuk, sekali gus menyebabkan permintaannya tinggi.

"Hasil kajian dijalankan USM akan dikemukakan kepada kerajaan dalam masa terdekat," katanya.-bharian

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Jul 31, 2016 9:53 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



4 Pegawai Polis Yang Patut Dikenang.
bloglist-malaysia.blogspot
sozcyili.blogspot.

Kita selalu dihidangkan dengan cerita-cerita negatif pegawai polis terutamanya yang melibatkan kes rasuah & masalah sikap. Bahkan masyarakat pada masa kini juga memandang serong terhadap PDRM disebabkan campurtangan keterlaluan dalam isu-isu yang membabitkan politik.

Tahukah anda pegawai2 polis pada masa dahulu, pada saat mereka tidak begitu dipengaruhi oleh pihak2 politik & berkepentingan telah menghasilkan 4 pegawai polis (di antaranya) yang berdedikasi & cemerlang dalam memastikan penjenayah tumbang?

Dan Syahril menulis :

TUAN Bahadon Baharom adalah pegawai polis paling digeruni di Kuala Lumpur di era 80'an kerana berjaya menembak mati ramai penjenayah hardcore, penculik, gangster kongsi gelap, perompak dan sebagainya. Beliau sampai digelar 'Malaikat Maut' oleh musuh-musuhnya. Antara jasa besar beliau ialah terlibat dalam operasi memburu penjenayah P. Kalimuthu@Bentong Kali. Malah ada yg mengatakan lebih 100 penjenayah maut di hujung senjatanya. Kerana terlalu dibenci, keluarganya sendiri hampir2 menjadi mangsa balas dendam penjenayah. Beliau meninggal beberapa tahun lepas kerana kanser.

Tuan S. Kulasingam antara pegawai polis yang paling hebat pernah dimiliki PDRM.
Beliaulah yg mengetuai operasi pemburuan penjenayah Botak Chin dulu. Dia pernah ditembak oleh konco2 Botak Chin di trafic light. Beliau pernah disimbah asid oleh perompak, perutnya pernah bocor ditembak perompak kedai emas dan bermacam lagi. Kerana tidak mahu penjenayah mencederakan/ membalas dendam terhadap orang yg disayanginya, dia mengambil keputusan membujang sampai ke tua. Dia meninggal dunia dalam rumah lamanya di Johor Bahru beberapa tahun lalu.

Mejar Zainal Abd. Rashid dan lima anggotanya berjaya mengesan sekumpulan 15 pengganas komunis setelah mengekori pergerakan mereka. Setelah membunuh dua pengganas komunis dengan tembakan, Mejar Zainal meluru dengan berani ke arah musuh sambil memberi kata-kata semangat agar anggotanya terus berjuang. Di masa itu seorang pengganas komunis wanita yang tercedera telah membaling sebutir bom tangan hingga menyebabkan tubuh Mejar Zainal terpelanting dan menyembah bumi. Namun dia masih berjaya meniupkan semangat hingga anak buahnya dapat membunuh enam daripada 15 orang pengganas. Namun Mejar Zainal mengalami kecederaan yg terlalu parah dan akhirnya menghembus nafasnya yang terakhir di lokasi pertempuran.

Pada 14 April 1981,Inspektor Paul Kiong bersama anggota dari Cawangan Khas Ibu Pejabat Kontinjen Polis Perak telah menyamar sebagai pengganas komunis dalam OPS CATFISH dan telah menangkap hidup-hidup 13 pengganas komunis termasuk ketua mereka Cheong Kuen daripada 9th Armed Work Force (AWF) di Tanah Hitam,Di antara tahun 1976 hingga 1986 beliau telah menangkap seramai 43 orang pengganas komunis! Dalam satu operasi lain, Paul telah menembak lima pengganas komunis yang menyerang hendap pasukannya Hari ini adalah Hari Pahlawan...Bahadon, Kulasingam, Zainal dan Kiong adalah antara ribuan pahlawan di luar sana yang ramai di antara kita tak tahupun siapakah mereka!

A. Syahril Kadir

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Jul 31, 2016 10:16 am (PDT) . Posted by:


Facebook: Fanpage Automobil
http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520

Group Automobil
http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

Web:
OILYMAN
http://oilyman.com.my

Blog In Malaysia
http://bloginmalaysia.com

Kataloh
http://kataloh.com

Cari Mudah
http://carimudah.com

Find And Book the Best Hotel Resort
http://besthotelreviews.org

Enplegu.com
http://enplegu.com

Choosing the Best Hotel Reviews
http://besthotelreviews.info

Blog Soccers
http://blogsoccers.com

Google Adsense Program
http://googleadsenseprogram.com

Azami Entertainment
http://azamientertainment.com

Din Apartment
http://dinapartment.com

University College Online
http://universitycollegeonline.info

Kad Niaga
http://kadniaga.com

Google Adsense Program Info
http://googleadsenseprogram.info

K-Pop Music Download
http://k-popmusicdownload.info

Health Care Definition
http://healthcaredefinition.com

Laptop Skin Sticker
http://laptopskinsticker.com

Sun Jul 31, 2016 10:16 am (PDT) . Posted by:


Fri Nov 30, 2012 9:22 pm
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

Salam Sejahtera semua.

Mulai 28 November 2012, ahli group Automobil tidak boleh "HIDE ID".
In disebabkan polisi baru Yahoo Groups yang tidak membenarkan menukar alamat email asal seperti sebelum ini.

Jadi kepada sesiapa yang ingin "HIDE ID" sila email dan minta pada kawan-kawan anda untuk melakukan posting sekaligus merahsiakan alamat email syarikat tempat anda bekerja.

Group Automobil juga telah memberikan akses penuh kepada kebanyakan ahli yang aktif terus post email ke group tanpa tapisan moderator tetapi masih di pantau.

Sekian,
Terima Kasih.
Iwan

Sun Jul 31, 2016 10:52 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Terkena Strok di Negara Orang : 'Jadikan Kisah Ayah Saya Sebagai Pengajaran' - Fadhli Sahar
siakapkeli.my

Kuala Lumpur, 31 Julai - Baru-baru ini, kisah seorang rakyat Malaysia, Mohamad Sahar, yang terkena strok di London mendapat perhatian yang meluas di Malaysia.

Apa yang memeritkan, kos perubatan Mohamad Sahar mencecah RM245,000 dalam masa lebih kurang sebulan beliau dirawat di hospital di sana.

Sehubungan viralnya kisah itu, anak kepada Mohamad Sahar, Fadhli Sahar, meminta agar rakyat Malaysia mengambil iktibar dari apa yang terjadi kepada keluarganya.

Fadhli yang menghubungi Siakapkeli berkata, dia mengakui kesilapan pertama mereka adalah tidak mengambil insuran perjalanan.

"Saya perasan ada sesetengah orang marah kerana (kami) tak ambil insuran

"Dan betul itu adalah kesilapan pertama kami. Kami menyesal dengan perkara itu. Benda ni dahpun jadi dan kami sekeluarga perlu berfikir pelan seterusnya untuk bawa ayah kami pulang.", kata Fadhli ketika beliau menghubungi Siakapkeli pada Sabtu.

Selain itu, Fadhli juga berkata dia berharap agar rakyat Malaysia dapat belajar betapa pentingnya insuran perjalanan.

"Saya berharap dari kejadian ini, rakyat Malaysia dapat belajar bahawa insuran perjalanan adalah sangat penting semasa ke luar negara", kata Fadhli lagi.

Dalam perkembangan terbaru, BH Online melaporkan Mohamad Sahar dijangka akan dibawa pulang pada 8 Ogos ini yang akan dibantu oleh MARA dan Kerajaan Negeri Sembilan. - Siakapkeli.my

Sumber : mStar, BH Online

"Kini, Kami Selangkah Lebih Hampir Untuk Bawa Ayah Pulang, Terima Kasih Semua"
siakapkeli.my

Kuala Lumpur, 30 Julai - Sejak semalam, viral kisah seorang ketua kerani di Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM), Negeri Sembilan, Mohamad Sahar Mhd Noor, 57, yang tiba-tiba diserang angin ahmar ketika tiba di Lapangan Terbang Heatrow pada 4 Julai lalu untuk menyambut Aidilfitri bersama keluarga disamping menghadiri majlis graduasi anak perempuannya.

Hampir sebulan, Sahar masih lagi terlantar di hospital dan apa yang mengejutkan adalah bil hospital beliau telah mencecah hampir £45,000 (RM 246,000).

Anak kepada Mohamad Sahar, Amirah Mohamad Sahar, kemudian memulakan kempen GoFundMe untuk ayahnya dengan harapan ia mampu menampung kos hospital ayahnya yang menghampiri suku juta ringgit itu.

Sejak dari itu, kisah sedih Mohamad Sahar menjadi viral di media sosial malah turut mendapat liputan media sehingga berduyun-duyun orang Malaysia tampil memberikan sumbangan sedikit demi sedikit. Lebih dari itu ada yang yang menyumbangkan amaun yang banyak iaitu £5,000 dan £1,000.

Hasil kutipan kini telah mencecah £46,399 (RM 247,086) dan Amirah menerusi GoFundMe mengucapkan terima kasih kepada orang ramai.

"Terima kasih kepada semua yang membantu keluarga saya.", kata Amirah yang turut sama berterima kasih kepada MARA kerana mendahulukan wang sebanyak £30,000 (RM160,281.47) untuk tujuan rawatan.

Menceritakan bagaimana dia boleh memulakan kempen GoFundMe ini, Amirah berkata ia dicadangkan oleh seorang individu.

"Kami mula hilang harapan dan punca sehingga seorang individu yang baik hati mencadangkan agar kami cuba meminta sumbangan awam menggunakan GoFundMe.com. Pada mulanya kami tidak meletakkan harapan yang tinggi kerana kos hospital itu terlalu tinggi dan ianya kelihatan mustahil untuk mendapatkan sumbangan sebanyak itu menerusi sumbangan awam

"Dengan harapan yang tipis, kami cuba dapatkan keluarga dan rakan supaya berkongsi kisah Ayah, supaya sekurang-kurangnya kami boleh tampung sedikit dari kos hospital.

"Tapi, berita ini tersebar dengan cepat di FB dan juga mendapat perhatian media. Sejak dari itu, kami mendapat banyak sumbangan bukan sahaja dari Malaysia, tapi juga dari luar negara.", kata Amirah.

Jesteru, Amirah mengucapkan terima kasih kepada orang ramai dan juga organisasi yang menyumbang dan memberi semangat untuk ayahnya.

"Kini, kami selangkah lebih hampir untuk membawa Ayah balik rumah. Kami sangat bersyukur dan ingin berterima kasih semua kerana sokongan anda. Terima Kasih!!! Semoga dirahmati Tuhan.", tulis Amirah mengakhiri catitan itu.

Sementara itu, mengenai perkembangan kesihatan Mohamad Sahar pula, Amirah berkata ayahnya itu kini berada dalam keadaan stabil. - Siakapkeli.my

Sumber : https://www.gofundme.com/saharnoor

----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:-
To:
Sent: Saturday, July 30, 2016 11:18 PM
Subject: Fw: Bil Hospital Cecah RM 246,000

Rakyat Malaysia Diserang Strok di London, Bil Hospital Cecah RM 246,000
siakapkeli.my

Kuala Lumpur: Mohamad Sahar Mhd Noor, 57, sangat teruja unuk menyambut Aidilfitri bersama keluarga disamping menghadiri majlis graduasi anak prempuannya yang menamatkan pengajian di Brunel University, London.

Namun, selepas 20 minit dia keluar dari Balai Ketibaan Lapangan Terbang Heatrow pada 4 Julai lalu, Ketua Kerani di Koleh Kemahiran TInggi Mara (KKTM), Negeri Sembilan itu diserang angin ahmar sehingga menyebabkan dia terlantar di hospital sehingga ke hari ini.

"Sebaik saja keluarga saya tiba di lapangan terbang, ayah saya tiba-tiba pengsan dan semuanya berubah selepas itu. Saya panik dan tertekan kerana ayah saya tidak dilindungi insuran perjalanan.

"Keadaan tambah sukar apabila kami juga tidak mampu menampung bil hospital di sini," kata anak keduanya, Amirah Mohamad Sahar, menerusi laman web Gofundme.

Menurut Amirah juga, selepas hampir sebulan dirawat di Charis Cross Hospital, West London, tiga minggu di ICU, bil rawatan ayahnya mencecah £46,000 (RM245,764.92).

Dalam keadaan terdesak, doktor yang merawat memberitahu yang ayahnya perlu menjalani pembedahan dengan segera.

"Doktor gesa pembedahan dibuat dengan segera. Walaupun berdepan kekangan kewangan, kami tahu yang pembedahan itu sangat penting dan perlu dilakukan untuk mengurangkan tekanan pada otak dan memudahkan pengaliran keluar darah dari otaknya.

"Selepas tiga minggu ayah sudah boleh membuka kedua-dua matanya dan memberi respon ketika kami bercakap dengannya tetapi kami tidak pasti sama ada dia memahaminya atau tidak," katanya.

Beberapa hari selepas itu, Amirah mendapat berita bahawa MARA bersetuju untuk mendahulukan wang £30,000 (RM160,281.47) untuk tujuan rawatan.

Bagaimanapun, wang yang diberikan itu tidak mencukupi untuk menampung bil hospital yang meningkat hampir £2,000 (RM10,685.43) sehari.

Sehubungan itu, Amirah memulakan kempen Gofundme dua hari lalu untuk menampung kos perubatan selebihnya. Hasil dua hari kempen itu dijalankan, kutipan telah melebihi amaun yang disasarkan iaitu lebih £27,000 (RM144,253.32) hasil sumbangan rakyat Malaysia dan pelayar internet yang prihatin dari pelbagai negara.

Mereka sekeluarga berhasrat untuk membawa Mohamad Sahar pulang ke Malaysia kerana kos rawatan yang lebih murah namun masih menunggu kelulusan daripada pihak hospital dan Malaysia Airlines Berhad (MAB).

"Ayah sekarang berada di Unit Hyper Acute Stroke (HASU) kerana dia perlu menjalani sesi terapi. Doktor sudah memberi keizinan untuk kami membawa pulang ayah, tetapi dengan syarat dia perlu berbaring di pengusung sepanjang masa dan perlu ditemani doktor serta jururawat.

"Malaysia Airlines pula mencadangkan agar kami membeli beberapa tempat duduk kelas Ekonomi kerana ia antara pilihan yang murah, dan sekarang ini masih menanti maklum balas selanjutnya daripada mereka," katanya.

Bagi rakyat Malaysia yang mahu memberikan bantuan, boleh menyalurkannya menerusi https://www.gofundme.com/saharnoor.

Sumber : http://www.hmetro.com.my/node/155186

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Jul 31, 2016 12:16 pm (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Lepas Kemalangan - Kereta Terbakar

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

Sudah terjadi banyak kes yang dilaporkan setelah kemalangan kereta terbakar yang kadangkala melibatkan kehilangan nyawa. Kes kereta terbakar adalah fenomena baru yang perlu disedari olih semua pemandu.

. Yang anehnya kereta Formula 1 pun berlanggar teruk tetapi ianya hampir tidak terbakar. Dan jika ada kebakaran ianya akan dipadamkan olih kakitangan yang telah bersiap sedia. Sebenarnya rahasia kenapa ianya tidak terbakar adalah pemasangan sensor yang bolih mematikan enjin bila ada hentakan yang menyebabkan pertukaran di dalam 'acceleration g' akibat dari hentakan itu. Teknolog tinggi ini digunakan untuk kereta mewah setekat ini. Apa yang penting untuk pengguna kereta biasa seperti Myvi dan seangkatannya adalah pemandu mesti matikan enjin secepat mungkin bila berlakunya kemalangan semasa berada di dalam kereta.

Di dalam kes terbaru kereta terbakar apabila kereta termasuk di dalam longkang tepi jalan.

Kerta tahun 70 'an susah nak terbakar sebab ianya guna pam bahan bakar mekanikal. Bila kereta tersentak akibat jatuh dalam longkang ianya akn mati sendiri kerana bahan bakar tak sampai ke pencucur enjin. Kini hampir semua kereta guna pam elektrik untuk memindahkan bahan bakar dari tangki ke enjin.

Saya pernah terserempak dengan kereta yang terbakar selepas kemalangan di jalan menuju ke Melawati dari KL. Satu Ford Ranger dari arah KL menuju ke Melawati telah terkeluar dari jalanrayadan tersangkut di 'road divider ' [pembelah 2 hala ] Saya menghampiri nya dalam 50m dan depan saya ada satu honda civic yang fendernya terkena badan ranger yang terjuntai masuk ke haluan kami.

Saya membawa kereta biasanya slow dan berhentikan kereta di tepi jalan dan lihat apa yang berlaku.

Drebar kereta keluar dari pintu passenger dan berjalan tepi kereta kedepan mungkin nak lihat apa yang telah berlaku. Bila dia sampai di tepi kereta sebelah enjin kereta meletup bagaikan bom -ada awan asap hitam [bagaikan bom telah diletupkan ] 50 kaki atas bonet kereta dan si pemandu dah tidak kelihatan lagi, Akhirnya mayatnya terlantar di tepi kereta bagaikan udang terbakar. Jurutera mekanikal bolih faham pembakaran yang telah berlaku [spontaneous combustion.]

Olih itu adalah penting semua pemandu mesti tentukan kereta dipandu ikut jalanraya. Error -pandu kurang cermat- melibatkan kemalangan bolih menyebabkan kereta terbakar dan kehilangan nyawa. Teknologi terkini beri kuasa kuada terlalu tinggi kepada kereta.

BMW, MERCEDES adalah pengeluar kereta yang ada produk yang mempunya i 500-600 hp di jalan raya. Ingat Diesel pun bolih meletup bagaikan bomb. Di sini adalah penting pemanduan di Malaysia di lihat dari teknologi berdasarkan kemampuan penduduk Negara ini. Sistem brek ada :Master brek pam, slave pam , pad dan juga minyak . Di Malaysia bekalan barang barang brek adalah ikut standard 'Malaysia bolih'

Barang ganti yang dijual adalah buatan China , barang recycle [kita semula] dari rumah kedai di Segambut, Batu Cave hanya untuk mat yang bawa kereta dengan cermat [slow] . Mat speed yang nak pandu laju beli kereta mewah BMW , Audi atau Merc dan buat service di ejen mereka saja.

Jangan guna 4WD untuk pandu laju kerana ianya tidak direkabentuk untuk dipandu laju. HP tggi dibekalkan untuk angkat barang atau tarik trailer. Bayangkan Ford Ranger 3.2 ada 209 hp! Gila je.. Utusan Malaysia ada paparkan kes iyang diceritakan ada tersiar di muka hadapannya sekitar tahun 2000 "

................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: tokman
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

Wanita Dakwa Dirompak Pemandu Teksi, Diacu Objek Menyerupai Pistol
siakapkeli.my

SUBANG JAYA, 18 Julai - Seorang wanita yang bekerja di sebuah pusat membeli belah di sini cedera di telinga ketika disamun ketika menaiki sebuah teksi dari Taman Datok Haron, Petaling Jaya pagi tadi.

Menurut laporan Sinar Online, mangsa yang berusia 28 tahun dikatakan menahan dan menaiki sebuah teksi jenis Proton Wira yang dipandu oleh seorang lelaki untuk ke Subang Jaya.

Sumber laporan itu berkata, pemandu teksi itu tiba-tiba memberhentikan kenderaan itu di tepi jalan berdekatan dengan sebuah kompleks membeli belah di Jalan SS 16.

Suspek kemudian mengeluarkan sebilah pisau dan meletakkannya di telinga kanan mangsa serta mengarahkan agar mangsa tidak bising.

Suspek juga dilaporkan menekan pisau dengan lebih kuat di telinga wanita itu hingga luka sepanjang satu inci selepas mangsa terkejut.

"Mangsa cuba membuka pintu untuk melarikan diri namun gagal, pemandu teksi sekali lagi mengarahkannya supaya diam,"katanya.

Disebabkan ketakutan, mangsa menjerit meminta tolong ke arah luar tingkap, tindakan itu menyebabkan suspek meletakkan pisau dan satu objek menyerupai pistol di kepalanya.

Apabila mangsa diam, suspek menyimpan pistol terbabit dan merampas beg tangan mangsa.

"Suspek meneruskan perjalanan sambil mengeluarkan dompet, wang tunai berjumlah Rm1,500, kunci kereta dan telefon bimbit milik mangsa.

"Mangsa kemudian diturunkan di SS15 berdekatan pejabat pos. Dia kemudian membuat laporan di Balai Polis Subang Jaya,"katanya.

Kes itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Mohammad Azli Sadari - Siakapkeli.my

Sinar Online

'Datuk Seri' Tidak Sengaja Rempuh Isteri Sendiri
kitabantai.info
Posted by Kita Bantai

KUANTAN: Seorang lelaki bergelar Datuk Seri berusia 59 tahun secara tidak sengaja melanggar isterinya hingga maut.

Difahamkan beliau telah membuat pusingan U setelah melepasi pondok pengawal di kawasan perumahan tempat beliau tinggal di Bukit Istana dan menuju ke arah Kuantan.

Pada masa yang sama, isterinya yang berusia 57 tahun tiba di pondok pengawal yang sama selepas keluar membeli-belah.

Isterinya menaiki kereta lain bersama menantunya dan apabila tiba di pondok pengawal, dia ternampak kereta Range Rover milik suaminya.

Beliau meminta untuk diturunkan di situ dan kemudian meluru ke arah kereta suaminya.

Bagaimanapun, beliau telah dirempuh sebelum suaminya dapat mengelak.

Mangsa yang tercampak jauh mengalami pendarahan hidung dan mulut serta patah tulang.

Beliau dikejarkan ke pusat perubatan berhampiran tetapi meninggal dunia beberapa jam kemudian.

Mangsa dan suaminya merupakan pengarah urusan sebuah syarikat perlombongan.

"Menurut kenyataan saksi, mangsa sedang dalam perjalanan ke sebuah program agama kira-kira pukul 9 malam Khamis. Dia sudah lewat jadi dia melambai ke arah kereta suaminya.

"Bagaimanapun, tindakannya secara tiba-tiba itu tidak dapat dilihat oleh suaminya kerana suasana gelap dan lampu jalan menutupi pokok-pokok," kata Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri Pahang Supt Mohd Noor Yusof Ali , Sabtu.

Beliau berkata, bedah siasat yang dijalankan di Hospital Tengku Ampuan Afzan menunjukkan bahawa mangsa mati akibat kecederaan di kepala dan dada.

Ketua Polis Negeri Datuk Seri Sharifuddin Ab Ghani berkata kemalangan itu disebabkan kecuaian dan tiada sebarang unsur jenayah.

Beliau menggesa orang ramai supaya tidak membuat spekulasi mengenai tragedi itu.

-mstar

Read more: http://www.kitabantai.info/2016/07/datuk-seri-tidak-sengaja-rempuh-isteri.html#ixzz4Fzg53zrf
Follow us: @kitabantai on Twitter | kitabantai on Facebook

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: