Tuesday, January 31, 2017

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4673

1 Message

Digest #4673

Message

Tue Jan 31, 2017 2:37 pm (PST) . Posted by:

"Norain"

Janganlah samakan dengan apa2 pun. Beruk tak pernah buat kerja mcm ni. Babi
pun tak pernah buat. Setan pun tak baling batu bata pada manusia. Doakan
mereka dapat hidayah..
On Jan 30, 2017 11:01 PM, "'-:eSpAcE9808:-' rienacom@yahoo.com.sg
[automobil]" <automobil@yahoogroups.com> wrote:

> 
>
>
>
>
> *Tolong Viralkan Agar 'Beruk-Beruk' Baling Batu Itu Tahu Tindakan Mereka
> Boleh Membunuh *
> siakapkeli.my
>
>
> <https://4.bp.blogspot.com/-gMgMtjoF0ng/WIvy8pSqNPI/AAAAAAAAmcA/9Bi-gwYt7Jo1biU5LMLXm9Z2BfSry_xZgCLcB/s1600/5.jpg>
>
> Baling BAtu dari atas jambatan kena cermin kereta, bukanlah satu kes baru,
> banyak kes sudah terjadi, bahkan sudah pernah melibatkan kehilangan nyawa.
>
> Namun tindakan khianat tidak bertamadun berkenaan masih berlaku sehingga
> kini, terbaru, tindakan manusia 'tiada otak' ini telah berlaku di lebuhraya
> SKVE berhampiran Bandar Saujana Putra.
>
> Seorang pemandu kereta Zulkifly Hassan hampir menjadi mangsa dan beliau
> telah berjaya merakam tindakan berkenaan.
>
>
> <https://4.bp.blogspot.com/-NzZO6AvGwHc/WIvy7__4MwI/AAAAAAAAmb0/L-dKj1S4o60u5uS8ykNzet6aE3QEHi02wCLcB/s1600/1.jpg>
>
> Minta perhatian kepada mereka-mereka yang suka baling batu (tadi bongkah
> batu bata) di lebuhraya yang saya nak samakan macam beruk agar hentikankan
> lah perangai kamu yang sia-sia itu.
>
> Kamu rasa seronok ke jika ada pengguna lebuhraya yang mati gara-gara kerja
> gila kamu? Bayangkan kalau kenderaan yang penuh dengan ahli keluarga
> terkena batu tersebut terkejut lalu tidak dapat mengawal kenderaan mereka
> lalu terbalik dan.... Na'uzubillaah.
>
> Saya tidak akan berhenti setakat ini. Saya akan hubungi pengendali
> lebuhraya dan kita tengok lah apa yang perlu kita buat nanti.....
>
> Kepada pengguna lebuhraya SKVE dari exit Bandar Saujana Putra ke Exit
> Teluk Pangalima Garang atau sebaliknya, minta berhati-hati bila menghampiri
> setiap jejantas. Perlahankan kenderaan anda.
>
> Tolong viral kan agar beruk-beruk tadi tahu tindakan mereka boleh membunuh.
>
>
> <https://3.bp.blogspot.com/-RrYqeSIJiLU/WIvy8LUAeYI/AAAAAAAAmb4/ECPG46G97nEcldztRGxm3ExyEP5B3xqzACLcB/s1600/2.jpg>
>
>
>
> <https://2.bp.blogspot.com/-a8uthMtFGMY/WIvy7ziTsNI/AAAAAAAAmbw/dD7aXKgJX9cebaFF8U4hTFgHic6NtsEJwCLcB/s1600/3.jpg>
>
> *Update 27 Jan 2017:*
>
> Pihak LLM telah memaklumkan bahawa SKVE akan mengadakan perjumpaan dengan
> wakil orang-orang kampung disekitar kawasan kejadian.
>
> Satu lapuran polis juga telah dibuat dan rodaan berkala dan tidak berkala
> akan dilakukan oleh pihak polis untuk tujuan pemantauan, pencegahan dan
> risikan.
>
>
> <https://2.bp.blogspot.com/-6S7rsVOZoRU/WIvy8ccAOyI/AAAAAAAAmb8/ni0H1qkFuUIiFiwRbq4Ny46yGquX7st6wCLcB/s1600/4.jpg>
>
> Pihak berkenaan (SKVE) akan menghebahkan hasil perjumpaan dengan penduduk
> sekitar bagi meredekan kebimbangan pengguna lebuhraya melalui hebahan
> FB/Twitter.
>
> Terima kasih kepada pihak LLM dan SKVE . Teruskan usaha untuk
> mempertingkatkan mutu perkhidmatan kalian. Bak kata teman saya (Syed Amir
> TIP); "Constructive suggestion yields positive results ..., Insyaa Allah".
>
> - *Siakapkeli.my <http://siakapkeli.my/>*
>
>
>
> "Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
> (Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
> Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.
>
> Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
>
>
>
>
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

Monday, January 30, 2017

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4672

8 Messages

Digest #4672
1
Fw: Kemalangan di SKVE by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
3
Fw: Ribuan Kerang Terdampar di Pantai by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
6
Fw: 'Beruk2' Baling Batu Boleh Membunuh by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
8
Fw: 'SKANDAL STURGEON' FELDA by "-:eSpAcE9808:-" rienacom

Messages

Mon Jan 30, 2017 6:59 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Kemalangan di SKVE: Seorang lagi meninggal dunia

Oleh Norzamira Che Noh bhnews@bh.com.my

 

ANGGOTA Bomba dan Penyelamat dan polis berada dilokasi kemalangan maut melibatkan dua kenderaan dua mangsa maut dan dua cedera di lebuhraya SKVE KM 38.6 dari Teluk Panglima Garang menghala ke Pulau Indah mangsa yang cedera dihantar ke hospital Banting. - Foto Ihsan Bomba

BANTING: Seorang lagi mangsa kemalangan maut membabitkan dua kenderaan di Kilometer 38.6 Lebuhraya SKVE menghala ke Pulau Indah pagi tadi, meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Zailan Tasir berkata, mangsa yang memandu kenderaan pelbagai guna itu mati ketika dirawat di Hospital Banting.

Terdahulu, dua mangsa, sepasang suami isteri, mati di tempat kejadian selepas kereta jenis Peugeot yang dinaiki bertembung dengan kenderaan pelbagai guna dari arah bertentangan.

"Dalam kejadian itu, mangsa yang memandu sebuah kenderaan pelbagai guna bersama isterinya menghala ke Pulau Indah dari arah Banting.

"Lelaki berusia 33 tahun itu dipercayai memandu laju sebelum hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan dan berlanggar dengan kereta yang dinaiki pasangan suami isteri yang datang dari arah bertentangan.

"Akibat pelanggaran itu, pasangan di dalam kereta Peugeot berkenaan maut di tempat kejadian manakala mangsa ketiga meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Banting," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Zailan berkata, isteri pemandu kenderaan pelbagai guna itu mengalami kecederaan ringan dan dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang. Beliau berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Selanjutnya di : https://www.bharian.com.my/node/241738

Dua maut di SKVE
Faliq Lajim
am@hmetro.com.my

Banting: Dua maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) dekat sini pagi tadi.

Kejadian berlaku kira-kira 7.30 pagi di Kilometer 38.6 dari Teluk Panglima Garang menghala ke Pulau Indah.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan pada 7.34 pagi dan sepasukan tujuh anggota serta pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Banting bergegas ke lokasi.

Katanya, kemalangan membabitkan kenderaan utiliti sukan (SUV) dan sebuah kereta jenis Peugot.

Beliau berkata, masing-masing dua mangsa iaitu pemandu dan penumpang kereta maut di lokasi kejadian manakala pemandu dan penumpang SUV cedera.

Mangsa yang maut adalah P Maniveloo, 47, dan R S Malathi, 42, kedua-duanya beralamat di Taman Jaya Utama, Teluk Panglima Garang.

"Mangsa yang maut dan cedera dihantar ke Hospital Banting untuk tindakan lanjut," katanya.

Pasangan Suami Isteri Antara Tiga Maut Nahas Di SKVE
http://www.mstar.com.my/

SHAH ALAM: Tiga orang termasuk sepasang suami isteri maut apabila sebuah kereta dan kenderaan pacuan empat roda bertembung di Kilometer 38.6 Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) menghala ke Pulau Indah, Isnin.

Menurut polis, kejadian yang dilaporkan berlaku pada kira-kira 7.30 pagi itu mengorbankan nyawa P. Maniveloo, 47, dan isteri S. Malathi, 42, yang menaiki kereta jenis Peugeot.

"Seorang lagi mangsa, pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Range Rover, Ang Chee Peng, 33, mati ketika dirawat di Hospital Banting," kata Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Zailan Tasir dalam kenyataan mengenai kejadian itu.

Seorang penumpang SUV itu cedera dan kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Banting untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, kata Zailan.

Read more at http://www.mstar.com.my/berita/berita-jenayah/2017/01/30/nahas-skve/#LXtMOFQUfMOyA7Ff.99

Suami isteri maut kemalangan di SKVE

ZULKIFLI SAINUDDIN | 30 Januari 2017 12:44 PM

KUALA LANGAT 30 Jan. - Sepasang suami isteri maut selepas kenderaan yang dipandu mereka terlibat dalam kemalangan di kilometer 38.6 Lebuhraya Lembah Klang Selat (SKVE) di sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 pagi tadi itu, mangsa P.Maniveloo, 47, dan isteri, S.Malathi, 42, maut di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan teruk di beberapa bahagian badan.

Penolong Pengarah Operasi Jambatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd. Sani Harul berkata, mangsa yang dalam perjalanan dari Teluk Panglima Garang menghala ke Pulau Indah menaiki kereta jenis Peugeot terlibat kemalangan dengan sebuah lagi kenderaan jenis Land Rover.

Menurutnya, pemandu dan penumpang yang menaiki Land Rover turut mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan dan kesemua mereka dihantar ke Hospital Banting. - UTUSAN ONLINE

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/suami-isteri-maut-kemalangan-di-skve-1.438337#sthash.3DrTFNVG.dpuf

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Jan 30, 2017 6:59 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



MENANGIS ORANG FELDA BILA TENGOK GAMBAR NI...
bloglist-malaysia.blogspot
naimnikmat.blogspot
Dicatat oleh Na'im Nikmat

KAMU INGAT KAMU SERIGALA, RUPANYA KAMU KAMBING JER
bloglist-malaysia.blogspot
yongsukakuning.blogspot
Posted by Yong Intan Noor

Yong tak kisah diorang ni jadi kambing hitam, kambing brown, kambing purple atau apa jenis kambing sekalipun.

Siapa suruh jadi kambing?

Allah SWT ciptakan kamu semua sebagai makhluk yang paling sempurna. Tapi kamu jadi kambing, yang berkawan-kawan dengan serigala.

Betul...Kamu memegang jawatan kanan. Kamu dapat anugerah pangkat Dato'/Dato&#39; Seri etc..., tapi kamu tetap jadi kambing bila GLC kena selongkar.

Gambar-gambar hanya hiasan. Banyak lagi...

MALAYSIAKINI

UTUSAN

METRO

BERITA HARIAN

Tahniah SPRM! Walaupun kamu gagal mengenalpasti siapa MO1 dan menahannya, tetapi kamu tetap berjaya menangkap kambing-kambing yang selama ini turut bersama serigala (yang masih bebas) meratah daging saudara-saudara sendiri.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Jan 30, 2017 7:00 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Ribuan Kerang Terdampar di Pantai, Orang Ramai Berpesta Datang Kutip
siakapkeli.my

KUANTAN - Orang ramai berpesta mengutip ribuan kerang yang terdampar di Pantai Baru Hitam, Balok di sini selepas hidupan laut itu terdampar sejak petang semalam.

Sinar Online berkata, tinjauan mereka tengahhari tadi mendapati lebih 500 orang memenuhi persisir pantai itu dengan peralatan mengutip kerang dan rata-rata berjaya membawa pulang hasil sekurang-kurangnya dua kilogram seorang.

Salah seorang pengunjung, Ahmad Khairuddin, 35, berkata dia datang bersama keluarga kira-kira jam 11 pagi selepas perkara itu menjadi viral di media sosial.

Menurutnya, hasrat untuk mengutip kerang beramai-beramai itu tercapai memandangkan dia kesampaian berbuat demikian pada tahun lepas.

"Tahun lepas pun ada kejadian sebegini tapi bila kerang sudah habis dikutip baru saya dapat tahu.. itu pun melalui Facebook.

"Kali ini sebaik nampak kawan muat naik gambar di facebook, saya terus ajak isteri dan anak pergi sini," katanya.

Seorang lagi pengunjung, Nor Wahida Abu Samah, 36, berkata ini kali pertama dia dan keluarga merasai pengalaman mengutip kerang beramai-ramai.

"Saya tinggal berdekatan sini saja.. balik rumah terus tukar baju dan ajak anak-anak datang kutip kerang.

"Tak sampai satu jam, saya sudah dapat kutip kerang sebesen," katanya.

Sementara itu, orang ramai juga turut memuat naik foto dan video pengalaman mengujakan itu di media sosial.

Esah 🦄 ‏@AisyahShrfdn
Pesta kerang petang tadi.

Norfaizah Zubir telah menambah 3 foto baru
Kerang me di Bt Hitam Kuantan..

Tokong kecil menyerupai masjid

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
tranungkite.net

KLANG – Pembinaan sebuah tokong Cina kecil dengan reka bentuk mengelirukan menyerupai masjid di Jalan Makyong 5E/KU5, Bandar Bukit Raja di sini me­nimbulkan kemarahan penduduk yang menganggap ia satu perbuatan yang tidak sensitif.

Selain dicatkan dengan warna hijau dan kuning, lebih meme­ranjatkan apabila tokong ber­kenaan turut mempunyai kubah dan bulan sabit yang melambangkan masjid sebagai tempat ibadah orang Islam.

Difahamkan proses pembinaan tokong kecil berkenaan dilakukan lebih seminggu lalu sebelum siap pada Jumaat lepas.

Seorang penduduk, Mohd. Abdul Rahman Abdullah, 56, berkata, pembinaan tokong berkenaan dianggap kurang sensitif dan boleh menyinggung perasaan masyarakat Islam setempat.

BR1M Akan Mula Diagih 18 Februari Ini - Perdana Menteri
siakapkeli.my

KUALA LUMPUR, 27 Jan - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan BR1M akan mula diagihkan pada 18 Februari ini.

Khabar itu disampaikan oleh beliau menerusi laman Facebook rasminya sebentar tadi.

"Saya lihat ramai tanya di Facebook, Twitter & Instagram mengenai BR1M.

"Sukacita saya maklumkan, Insya-ALLAH BR1M akan diagihkan bermula 18 Februari ini. Moga dapat membantu," katanya

Bagi tahun ini, bantuan yang diperkenalkan pada 2012 itu akan dibayar secara berperingkat sebanyak tiga kali pada Februari, Jun dan Ogos.

Najib Razak
17 jam yang lalu
Saya lihat ramai tanya di Facebook, Twitter dan Instagram saya mengenai BR1M. Sukacita saya maklumkan, Insya-Allah, BR1M akan diagihkan bermula 18 Februari ini. Moga dapat membantu.

4 Penyerang Nasrul Hanya Dikenakan Tuduhan Merusuh
bloglist-malaysia.blogspot
Posted by Jeebond BLM

Empat lelaki yang terlibat menyerang seorang pemandu lori di dua minggu lalu, hari ini didakwa di Mahkamah Majistret Ampang atas tuduhan merusuh atau terlibat dalam rusuhan yang menyebabkan kecederaan.

Ahli perniagaan, Vigneswaran Thirvadamany dan Tengku Hazrul Shah Tengku Hami; pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Mohd Neezam Jelani; dan pemandu, Izakri Zakaria didakwa mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Semua mereka mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Menurut kertas pendakwaan, mereka - bersama dua individu lain yang masih bebas - hadir, menyertai atau terlibat dalam rusuhan yang boleh menyebabkan kecederaan.

Kejadian itu berlaku di pos pengawal Kondominium Puncak Anthenaeum, Bukit Antarabangsa.

Bagaimanapun, mereka tidak dituduh menyerang pemandu lori terbabit, Nasrul Faiz Zulfahmi.

Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh menetapkan ikat jamin RM4,000 setiap seorang.

Vigneswaran juga menghadapi tuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, iaitu menyebabkan kecederaan pada seorang pengawal keselamatan warga Nepal.

Vigneswaran, 40, mengaku tidak bersalah.

Untuk tuduhan itu, dia dikenakan ikat jamin tambahan sebanyak RM2,000.

Majistret kemudian menetapkan kedua-dua kes berkenaan disebut semula pada 7 Februari ini.

Polis ambil keterangan

Bagi kesalahan merusuh, tertuduh boleh dihukum penjara sehingga dua tahun, denda atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Bagi Vigneswaran yang menghadapi tuduhan mencederakan pengawal keselamatan itu pula, dia boleh dihukum penjara setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Ditanya mengapa mereka tidak dituduh atas kesalahan menyerang, Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Zuhaini Mahamad Amin berkata, pihaknya mungkin akan membuat dakwaan tambahan pada masa depan.

Nasrul, 25, dibelasah sekumpulan lelaki pada 14 Januari lalu selepas didakwa melanggar sebuah kereta mewah dengan lorinya.

Katanya kejadian berlaku ketika mengundurkan lorinya dan secara tidak sengaja melanggar sebuah kereta Mercedes-Benz yang diparkir di situ.

Bagaimanapun kata Nasrul, dia tidak melakukan sebarang provokasi yang boleh menyebabkan serangan ke atasnya dibuat.

Ekoran insiden itu sekumpulan pemandu lori berkumpul di Plaza Tol Sungai Besi menyatakan kemarahan mereka terhadap serangan berkenaan.

Nasrul dan dua individu lain yang hadir pada perhimpunan berkenaan hari ini diarah memberi keterangan kepada polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang.

Mereka disiasat mengikut Akta Perhimpunan Aman2012.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Jan 30, 2017 7:00 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



BOLEH MENANGIS PUAK2 AMANAH BILA BACA POST NI...
bloglist-malaysia.blogspot
naimnikmat.blogspot
Dicatat oleh Na'im Nikmat

Gabungan dan Kerjasama Politik Boleh Asalkan Islam diUtamakan - Hadi

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

PAS belum bersedia untuk mengadakan kerjasama politik kerana terdapat sikap tertentu dalam parti pembangkang lain yang tidak digemarinya, kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
"Perundingan dari segi kerjasama, penyelarasan kempen supaya tak bertembung, itu boleh dibuat," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Himpunan Muslimat Muda di Shah Alam hari ini.

Kerjasama bersifat untuk politik masih terlalu jauh dengan sikap-sikap sedemikian rupa pada mereka, kata Hadi, dalam keadaan DAP yang didakwanya bersikap cauvinis dan Parti Amanah Negara (AMANAH) pula didakwanya lebih oportunis.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas soalan pemberita mengenai perkembangan rundingan PAS bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Mengulas lanjut mengenai kesediaan PAS membuat rundingan dengan parti pembangkang lain, Abdul Hadi berkata parti Islam itu bersedia berbincang tentang penyelarasan agar tidak bertembung pada pilihan raya akan datang.

Katanya, PAS terbuka untuk mengadakan rundingan dengan mana-mana NGO mahupun parti politik untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang kecuali dengan AMANAH.

Ini kerana, menurut Abdul Hadi, perbincangan tidak perlu dilakukan bersama kerana anggota AMANAH yang sebelum ini anggota PAS meninggalkan parti Islam itu.

"Perundingan (kita terbuka) sepanjang masa. PAS boleh buat (rundingan) termasuk sesiapa sahaja, termasuk NGO.

"Kita parti terbuka, matang, sejahtera. Apapun, keputusan akan berbalik pada pimpinan kita.

"(Kecuali) PAN (AMANAH) dulu meninggalkan kita, jadi tak perlu la kita (berunding)," katanya.

Selain itu, ditanya sama ada wujud kemungkinan PAS untuk bekerjasama dengan DAP dan AMANAH pada pilihan raya umum ke-14, Abdul Hadi berkata, partinya mempunyai pendirian yang berbeza dengan dua parti berkenaan.

Katanya, konsep yang dibawa partinya ialah kepimpinan Islam dan bukan hanya memberi tumpuan untuk mengubah kerajaan.

"Kita ada pendirian sendiri. Konsep kita adalah kepimpinan Islam. Kepimpinan yang bersih dan berwibawa iaitu kepimpinan Islam.

"Mereka (AMANAH dan DAP) lebih tumpu nak ubah kerajaan sahaja. Kita bukan nak ubah, kita mahu ubah dan mesti kepimpinan yang betul yang berteras Islam dan ini perbezaan mereka dan kita," katanya.

Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PAS, DAP dan PKR 'berkubur&#39; ekoran tindakan DAP menyerang PAS sehingga PAS memutuskan hubungan dengan DAP pada muktamar tahunannya pada Jun 2015.

Malah, selepas muktamar itu juga, beberapa anggotanya yang kecewa dengan PAS meninggalkan parti berkenaan dan menubuhkan AMANAH.

Ekoran itu, pakatan baru yang diberi nama Pakatan Harapan dibentuk tanpa PAS bagi menggantikan Pakatan Rakyat.

Malah, Harapan bersama BERSATU juga secara rasmi telah membentuk pakatan pilihan raya bagi memastikan pertandingan satu lawan satu dengan BN.

Bagaimanapun, PAS ketika ini hanya menubuhkan blok pembangkang bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) bagi menghadapi pilihan raya.

PAS Tidak Pernah Berganjak Dari Dasar Dan Prinsip
bloglist-malaysia.blogspot
wabillahagro.blogspot
Dicatat oleh Abd Wahab Abdullah

Oleh : Nasrudin bin Hassan

Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi, pemimpin PAS dan seluruh ahli PAS telah mempunyai komitmen yang tinggi terhadap dasar dan prinsip perjuangan PAS iaitu berjuang untuk menegakkan sebuah negara yang sejahtera dan selamat berasaskan keadilan yang sirna dari perlaksanaan Syariat Islam.

PAS tidak pernah berganjak dari dasar dan prinsip ini. Berjuang untuk membina negara yang bebas penyelewengan, korupsi, penindasan dan penyalahgunaan kuasa. YB Dato Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi selaku Presiden PAS tidak pernah mengheret PAS dan ahlinya lari dari landasan perjuangan suci ini.

Malah kerana mempertahankan dasar dan prinsip perjuangan inilah DAP lari meninggalkan PAS, DAP memutuskan hubungan dengan Presiden PAS, DAP menyerang PAS tanpa henti dengan semangat anti Islam yang tebal dan melampau.

Inilah fokus perjuangan PAS, Iaitu melakukan perubahan secara total dan menyeluruh. Bukan memimpin agenda individu tertentu yang mabuk kuasa. Bukan sekadar ingin melampiaskan dendam kepada individu tertentu untuk dijatuhkan.

Fokus perjuangan PAS ialah memimpin gerakan perubahan secara total. Meruntuhkan jahiliah dan membina kesejahteraan, keadilan dan kedamaian dibawah pedoman dan petunjuk wahyu Allah swt Tuhan Yang Maha Mencipta manusia dan alam semesta ini.

PAS senantiasa berlapang dada dan membuka pintu untuk bekerjasama dengan semua pihak, selama mana mereka menghormati dan tidak menentang dasar dan prinsip perjuangannya.

Justeru itulah, PAS pernah menjalinkan kerjasama dengan DAP dalam Barisan Alternatif (BA) dan Pakatan Rakyat (PR). Malangnya, sikap tidak jujur dan tidak sabar DAP membuatkan dua kali mereka meninggalkan PAS malah menikam dan menyerang PAS. (Sekali semasa bersama BA dan kali kedua ketika bersama PR)

Kali ini, sekali lagi DAP mahu menghulurkan salam kerjasama ? Kenapa ? Apakah DAP benar-benar terdesak ?

PAS tidak akan teruja dengan wayang opera bernilai murah yang sedang dipersembahkan oleh DAP hari ini. Cukuplah pengalaman dua kali diperlakukan DAP sedemikian rupa.

PAS telah siap berjuang mencapai cita-cita perjuangan tanpa DAP yang dikenali hari ini. PAS telah merangka roadmap menuju gerbang jaya PRU 14 tanpa DAP yang telah mengkhianati PAS.

PAS punya harga diri dan maruah yang tidak mungkin sesiapa lagi boleh memperdaya dan memperkotak-katikkannya.

Namun dalam masa yang sama, sekali lagi saya tegaskan bahawa PAS senantiasa bersedia membina kerjasama dengan pelbagai pihak yang sedia memahami, menghormati dan tidak menentang dasar serta prinsip perjuangan Islam yang diperjuangkan oleh PAS.

Sampaikan salam perjuangan kami buat YB Lim Kit Siang bahawa prinsip dan dasar perjuangan PAS bukan kostum untuk diperagakan di pentas opera DAP

PAS jangan masuk 'perangkap&#39; DAP lagi, kata penganalisis

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

SHAH ALAM: Selepas beberapa kali menjadi mangsa kepada agenda politik DAP, PAS diingatkan supaya terus berhati-hati dengan salam perdamaian daripada parti itu, demikian nasihat pemerhati politik Datuk Dr. Aidit Ghazali.

Ujarnya, langkah DAP ini dilihat hanyalah mahu menjaga kepentingan politik sendiri dan mahu mempergunakan PAS dalam menarik sokongan Melayu bagi menghadapi PRU ke-14.

"Semua pihak tahu DAP sedar bahawa tanpa sokongan PAS, mereka tidak boleh menawan Putrajaya. Jadi, taktik PAS untuk berdegil dengan DAP sudah nampak kesannya bahawa demi memenangi Pilihan Raya, DAP perlu berkawan dengan seramai mungkin parti Melayu.

"Mereka (PAS) perlu sedar bahawa mereka sudah menjadi mangsa kepada DAP bukan sekali, banyak kali. Jadi, kenapa hendak bersetuju dengan ajakan DAP sedangkan mereka tahu DAP hanya mahu memperalatkan mereka."

Aidit yang juga merupakan tokoh akademik tempatan turut mempersoalkan agenda politik DAP sekiranya PAS menerima pelawaan untuk berdamai itu.

Tegasnya, umum mengetahui hubungan DAP-PAS putus adalah disebabkan prinsip perjuangan parti yang berbeza, maka adalah sukar untuk kedua-dua mereka berdamai.

"DAP sebenarnya memberitahu PAS bahawa DAP hendak PAS untuk jatuhkan kerajaan. DAP tidak sebut pasal agenda. Kalau katakan menang, apakah agenda yang mahu DAP lakukan bersama PAS?

"Apa pendirian DAP bersabit dengan agenda Islam, kerana dalam perlembagaan, agenda Islam itu dimartabatkan.

"Selagi PAS setuju dengan DAP dengan syarat ini (jatuhkan kerajaan) maka selagi itulah PAS hanya menjadi alat kepada agenda DAP," katanya lagi.

DAP sebelum ini membuat kejutan apabila menghulurkan salam perdamaian kepada PAS untuk menjalin semula kerjasama politik bagi menghadapi PRU yang akan datang.

Penasihatnya, Lim Kit Siang memaklumkan partinya boleh bekerjasama sekali lagi dengan PAS jika Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersedia memberi komitmen untuk menyelamatkan Malaysia daripada menjadi kleptokrasi dunia.

Bagaimanapun, salam berkenaan disambut dingin beberapa pemimpin PAS dan menyifatkan tidak akan menjerat dirinya sekali lagi dalam 'permainan&#39; politik DAP.

Malah menganggap huluran salam Kit Siang dengan 'kata-kata&#39; mahu menyelamatkan Malaysia hanya sekadar menabur janji. - AntaraPos

Strategi kerjasama DAP untuk lemahkan Pas

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

KOTA BHARU – Pas mendakwa hasrat DAP untuk kembali menjalinkan kerjasama merupakan strategi untuk melemahkan parti itu.

Timbalan Mursyidul Amnya, Datuk Ahmad Yakob berkata, DAP mempunyai strategi tersendiri untuk memberikan masalah kepada Pas dengan taktik yang sudah boleh dibaca pihaknya.

"DAP macam tiada cara lain, jadi dia ajak (bekerjasama), bila kita sanggup mereka akan hentam muka kita.

"Buat masa sekarang Pas memang tiada kerjasama dengan DAP dan sudah lama putus. Sukar untuk kita faham mereka,"katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Penyerahan Van Sumbangan kerajaan negeri kepada Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di sini.

Sebelum ini, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dilaporkan menyatakan hasratnya untuk bekerjasama dengan Pas bagi menghadapi PRU14 malah beliau turut menegaskan hasrat itu akan diteruskan walaupun ditentang Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mengulas pendirian Mahathir yang menolak kerjasama dengan Pas, Ahmad berkata pihaknya hanya mengambil pendekatan tunggu dan lihat.

"(Parti) Bersatu nampak tetapi tidak bersatu, tentang penolakan Tun M kita tidak boleh kata apa, hanya tunggu dan lihat,"tegasnya.

Selepas Kit Siang, Teresa pula pujuk Pas berdamai

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
tranungkite.net

Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok hari ini menyarankan agar Pas tidak terus dibuai emosi sehingga mengetepikan agenda yang lebih penting, iaitu menyelamatkan Malaysia.

"Soal perasaan, tidak kira sepahit manapun, tidak wajar menjadi penghalang kepada agenda yang lebih besar, iaitu kepentingan negara dan rakyat.

"Seperti Pakatan Harapan dan parti Bersatu, Pas juga perlu menyelamatkan Malaysia dari terus menjadi kleptokrasi global atau lebih teruk lagi, sebuah negara gagal," ujarnya seperti dipetik Roketkini.

Ahli Parlimen Seputeh itu berkata, kesudian Kit Siang untuk berdamai dengan Pas walaupun Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pernah mengingkari perjanjian antara mereka semasa Pakatan Rakyat dulu adalah semata-mata demi kepentingan rakyat.

"Tak dinafikan apabila Hadi Awang gagal mematuhi Dasar Bersama Pakatan Rakyat dulu dan menyebabkan Pakatan berpecah, ia mengecewakan kita dan semua penyokong parti pembangkang.

"Tapi, tidak kiralah sekecewa mana pun DAP dengan Hadi Awang, semua parti pembangkang mesti bersatu," katanya.

Semalam Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dipetik berkata, parti itu bersedia menghulurkan salam perdamaian dengan Pas jika parti itu berkongsi komitmen sama dalam memerangi kleptokrasi.

Baginya, sebarang perbezaan pendapat tidak patut menghalang penyatuan semua parti pembangkang tanpa mengira kaum dan agama dalam menewaskan kerajaan rasuah.

Salam perdamaian kepada Hadi bukan hiprokrasi - Kit Siang

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
tranungkite.net


Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang hari ini menegaskan salam perdamaian yang dihulurkan kepada PAS adalah ikhlas dan bukan hanya sekadar tindakan berpura-pura.

Lim berkata keutamaan bagi Malaysia sekarang adalah untuk menangani masalah kleptokrasi.

"Berhubung dakwaan DAP bersikap hipokrit sekiranya kami kembali bekerjasama dengan PAS, saya serahkan kepada orang ramai untuk menilainya.

"Kita boleh berbeza pendapat, tetapi isu terbesar besar sekarang ialah sama ada kita boleh membebaskan diri daripada cengkaman kleptokrasi.

"Paling utama adalah untuk menyelamatkan Malaysia dari kleptokrasi dan setiap rakyat seharusnya bersatu dalam isu ini, tanpa mengira kaum dan agama," katanya pada sidang akhbar di Wisma DAP di Pulau Pinang.

Semalam, Lim menyuarakan pendapat peribadinya bahawa dirinya sedia bekerjasama dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang jika beliau berkongsi komitmen sama dalam memerangi kleptokrasi.

Katanya, isu itu akan menjadi agenda negara dalam tempoh lima hingga sepuluh tahun akan datang dan menyoal jika Abdul Hadi sanggup membuat sebarang komitmen.

Ini, menurut Lim hari ini, adalah hanya pandangan peribadinya yang belum dibincangkan oleh Jawatankuasa Pusat DAP.

Pengerusi BERSATU, Tun Dr Mahathir Mohamad pula dalam temu bual dengan sebuah akhbar di Singapura, semalam berkata, partinya memilih untuk melupakan PAS dan sebaliknya mahu mengukuhkan kerjasama dengan DAP bagi menghadapi PRU.

Muktamar PAS pada tahun 2014, sebulat suara bersetuju untuk memutuskan hubungan dengan DAP.
Ini susulan DAP menuduh PAS mahu mencapai matlamat teokratik, yang bertentangan dengan rangka perjanjian kerjasama Pakatan Rakyat yang tumbang selepas itu.

Berikutan itu, Pakatan Harapan (HARAPAN) ditubuhkan di antara DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (AMANAH), yang adalah kumpulan serpihan PAS.

HARAPAN juga secara rasmi menjalankan hubungan kerja dengan satu lagi kumpulan serpihan Umno, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Boleh Percaya ke Ni?: Kit Siang hulur salam perdamaian pada Hadi

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

GEORGE TOWN: Selepas perpisahan pahit antara DAP dan PAS akibat hudud 2 tahun lalu, Lim Kit Siang hari ini berkata beliau sanggup bergabung dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Lim yang juga ketua Parlimen DAP berkata mereka boleh bekerjasama sekali lagi jika presiden PAS itu sedia memberi komitmen untuk menyelamatkan Malaysia daripada menjadi kleptokrasi dunia.

"Jika presiden PAS bersedia untuk memuktamadkan perjanjian yang keutamaan teratas dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ialah menyelamatkan Malaysia daripada menjadi kleptokrasi dunia dan negara gagal dan jahat, saya bersedia bekerjasama dengannya.

"Itu akan menjadi agenda negara bagi tempoh 5 hingga 10 tahun. Adakah Hadi sedia membuat komitmen itu," kata Lim hari ini ketika melawat Bukit Gelugor di sini.

PAS memutuskan hubungannya dengan DAP selepas parti itu berulang kali menyerang hasrat Hadi untuk melaksanakan Kanun Keseksaan Syariah di Kelantan pada 2015. Berakhirnya hubungan 2 parti itu menyebabkan Pakatan Rakyat terkubur.

PKR dan DAP kemudian membentuk Pakatan Harapan, gabungan baharu bersama Amanah, parti dibentuk oleh bekas pemimpin progresif dalam PAS.

Pakatan Harapan kini bekerjasama dengan parti bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk menentang BN.

Lim yang juga ahli Parlimen Gelang Patah berkata beliau boleh bekerjasama dengan Dr Mahathir meskipun mereka terus tidak bersependapat dalam pelbagai persoalan politik.

"Tetapi kami boleh bersama dalam agenda lebih besar menyelamatkan Malaysia daripada menjadi kleptokrasi dunia dan negara yang gagal," katanya.

Malam tadi di Ampang, Dr Mahathir dilaporkan berkata tamat sudah masa untuk PAS membuat keputusan sama ada hendak membentuk pakatan pilihan raya dengan pembangkang atau tidak.

Pengerusi PPBM itu berkata keputusan perlu dibuat tidak lama lagi kerana PPBM akan membuat keputusannya pada mesyuarat majlis tertinggi.

Beliau berkata jika boleh, mereka mahu semua 5 parti pembangkang berada dalam satu pakatan.

"Tetapi malangnya, PAS mempunyai pendiriannya sekali gus menyukarkan proses penyatuan," katanya.

Dr Mahathir menjelaskan PPBM sebelum ini cuba meyakinkan PAS supaya menyertai pakatan pembangkang itu. Bagaimanapun, dialog antara kedua parti tidak dihadiri pemimpin paling tinggi PAS, Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"PAS hanya diwakili Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (Timbalan Presiden) dan Datuk Mustafa Ali (Pengarah PAS pilihan raya). Mereka tidak menolak tapi dalam masa yang sama tidak juga menerima.

"Jika PAS tak nak sertai pembangkang, PPBM akan berada dalam Pakatan Harapan," katanya.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Jan 30, 2017 7:00 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Mufti Johor larang pergerakan tabung masjid ketika khatib berkhutbah
bloglist-malaysia.blogspotmilosuam.net
GAMBAR sepucuk surat daripada Jabatan Mufti Johor yang melarang pergerakan tabung masjid ketika khatib sedang berkhutbah menjadi tular (viral) di media sosial.

Surat tersebut yang ditandatangani oleh Mufti Johor, Dato Haji Mohd Tahrir Dato' Haji Samsudin itu ditujukan kepada Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Islam Johor.

Menurut surat yang ditulis dalam tulisan jawi bertarikh 1 Januari 2017 itu, perbuatan menggerakkan tabung masjid ketika khatib sedang membaca khutbah adalah sesuatu yang bertentangan dengan syara' kerana jemaah dituntut mendengar khutbah dengan diam.

"Menggerakkan tabung ketika khatib sedang berkhutbah adalah ditegah oleh syara' kerana perbuatan itu adalah suatu perkara yang berlawanan dengan apa yang dituntut ke atasnya ketika itu iaitu mendengar dengan diam," tulis surat tersebut.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Jan 30, 2017 7:01 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Tolong Viralkan Agar 'Beruk-Beruk&#39; Baling Batu Itu Tahu Tindakan Mereka Boleh Membunuh
siakapkeli.my

Baling BAtu dari atas jambatan kena cermin kereta, bukanlah satu kes baru, banyak kes sudah terjadi, bahkan sudah pernah melibatkan kehilangan nyawa.

Namun tindakan khianat tidak bertamadun berkenaan masih berlaku sehingga kini, terbaru, tindakan manusia 'tiada otak' ini telah berlaku di lebuhraya SKVE berhampiran Bandar Saujana Putra.

Seorang pemandu kereta Zulkifly Hassan hampir menjadi mangsa dan beliau telah berjaya merakam tindakan berkenaan.

Minta perhatian kepada mereka-mereka yang suka baling batu (tadi bongkah batu bata) di lebuhraya yang saya nak samakan macam beruk agar hentikankan lah perangai kamu yang sia-sia itu.

Kamu rasa seronok ke jika ada pengguna lebuhraya yang mati gara-gara kerja gila kamu? Bayangkan kalau kenderaan yang penuh dengan ahli keluarga terkena batu tersebut terkejut lalu tidak dapat mengawal kenderaan mereka lalu terbalik dan.... Na'uzubillaah.

Saya tidak akan berhenti setakat ini. Saya akan hubungi pengendali lebuhraya dan kita tengok lah apa yang perlu kita buat nanti.....

Kepada pengguna lebuhraya SKVE dari exit Bandar Saujana Putra ke Exit Teluk Pangalima Garang atau sebaliknya, minta berhati-hati bila menghampiri setiap jejantas. Perlahankan kenderaan anda.

Tolong viral kan agar beruk-beruk tadi tahu tindakan mereka boleh membunuh.

Update 27 Jan 2017:

Pihak LLM telah memaklumkan bahawa SKVE akan mengadakan perjumpaan dengan wakil orang-orang kampung disekitar kawasan kejadian.

Satu lapuran polis juga telah dibuat dan rodaan berkala dan tidak berkala akan dilakukan oleh pihak polis untuk tujuan pemantauan, pencegahan dan risikan.

Pihak berkenaan (SKVE) akan menghebahkan hasil perjumpaan dengan penduduk sekitar bagi meredekan kebimbangan pengguna lebuhraya melalui hebahan FB/Twitter.

Terima kasih kepada pihak LLM dan SKVE . Teruskan usaha untuk mempertingkatkan mutu perkhidmatan kalian. Bak kata teman saya (Syed Amir TIP); "Constructive suggestion yields positive results ..., Insyaa Allah".

- Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Jan 30, 2017 7:03 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Pendaki Hilang Seminggu Lalu Ditemui Selamat, Laungan Azan Dan Takbir Bergema Di Atas Bukit Broga
siakapkeli.my

Seorang pendaki, Mohd Azarul Mukriz Abd Rahman, 20, yang dilaporkan hilang di Bukit Broga, petang Ahad lalu telah dijumpai kira-kira jam 11.15 pagi tadi.

Beliau telah ditemui oleh kumpulan SAR ayng terdiri daripada persatuan Pencari Dan Penyelamat Gunung Malaysia (Mosars) dan pendaki gunung lain di puncak Broga.

Menurut seorang pendaki yang menyertai misi menyelamat, mangsa dijumpai di atas track antara Broga dan Gunung Tok Wan tidak jauh daripada tempatnya hilang.

Semasa beliau dijumpai , para pendaki telah melaungkan azan dan takbir,

"Syukur, mangsa telah kelaur ke track, Tujuh hari dalam hutan.. tanpa makanan, tanpa tmpat perlindungan.. tanpa kelengkapan hutan," tulis seorang pendaki.

Mukhris yang berasal dari Pantai merdeka, Kedah bersama rakan-rakannya telah mendaki Bukit Broga kira-kira 4 petang, Ahad lalu namun beliau gagal dikesan selepas sampai ke puncak bukit berkenaan. - Siakapkeli.my

Sumber: Hiking & Camping Around Malaysia

Kasih Sayang Seorang Ibu, Sanggup Kerah Keringat Daki Bukit Broga Sertai SAR Cari Anaknya Yang Hilang
siakapkeli.my

Kuala Lumpur: Seorang ibu sanggup memerah kudratnya apabila beliau telah menyertai misi mencari dan menyelamat anaknya Mohd Azarul Mukriz Abd Rahman, 20, yang dilaporkan hilang di Bukit Broga, petang Ahad lalu, lapor Harian Metro.

Rohana Saad, 49, menyatakan dia sehingga kini tidak daapt tidur nyenyak apabila memikirkan keadaan anaknya yang memasuki hari keempat hilang.

"Saya akan terus menggunakan kudrat empat kerat ini untuk cari dia walaupun misi mencari akan dihentikan malam ini.

"Hilangannya sudah memasuki hari ke empat, saya hanya mampu berdoa kepada tuhan supaya keajaiban berlaku."

"Naluri ibu ini kuat mengatakan dia masih ada di atas sana, kehilangan Azarul sangat misteri dan berlaku secara mengejut. Terasa seperti baru petang tadi dia memberitahu saya dia mahu ke Broga.

"Tidak sangka pula dia tidak ditemui hingga hari ini," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Video dan gambarnya mendaki bukit Broga untuk mencari anaknya telah viral di laman sosial selepas dimuatnaik oleh seorang sukarelawan.

Selain itu turut dimuatnaik sebuah video yang menunjukkan Rohana memanggil anaknya dengan nada sayup, sekali gus menyentuh perasaan pengguna laman sosial.

Sementara itu Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, mengikut prosedur operasi standard (SOP), operasi hanya dijalankan selama tiga hari sahaja, namun hari ini operasi sudah masuk hari keempat dan masih tidak menemui mangsa.

"Bagaimanapun, satu perbincangan akan diadakan kira-kira 7 malam dan keputusan bergantung kepada pihak polis selaku ketua operasi," katanya. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Jan 30, 2017 7:05 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Projek ikan sturgeon: 24 individu telah dipanggil

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

SHAH ALAM - Seramai 24 individu telah dipanggil berhubung kes penyelewengan projek ternakan ikan sturgeon bernilai RM47.6 juta.

Pengarah Bahagian Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Simi Abd Ghani berkata, kesemua saksi ini dipanggil untuk memberi keterangan berhubung kes berkenaan.

Ketika ditanya sama ada akan memanggil lagi saksi-saksi lain, beliau tidak menafikannya.

"Ya...kita dalam proses siasatan lagi dan kita tidak menolak kemungkinan akan memanggil beberapa individu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.‎

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan SPRM tidak menolak kemungkinan bahawa siasatan akan turut dijalankan terhadap beberapa individu berprofil tinggi.

Terdahulu, mahkamah membenarkan permohonan reman selama tujuh hari bermula Rabu lalu ke atas lima individu termasuk dua bekas pegawai kanan Felda yang ditahan di sekitar Lembah Klang bagi membantu siasatan berhubung kes tersebut.

Mereka yang ditahan terdiri daripada bekas pegawai kanan bergelar datuk, bekas pegawai (yang menyandang jawatan tinggi), pegawai bertugas di luar negara, pegawai yang terbabit projek penternakan ikan itu dan seorang lagi penolong pegawai tadbir.

Rupanya Individu Ini Terlibat Skandal Projek Ternakan Ikan Sturgeon Felda?
bloglist-malaysia.blogspot
addindeen.com
Posted by Addin Deen

Rupanya Individu Ini Terlibat Skandal Projek Ternakan Ikan Sturgeon Felda? Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menolak kemungkinan bahawa siasatan akan turut dijalankan terhadap beberapa individu berprofil tinggi berhubung kes penyelewengan projek ternakan ikan sturgeon bernilai RM47.6 juta.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki berkata, kes tersebut dalam penelitian berikutan pembayaran dibuat pihak berkenaan adalah begitu besar sedangkan kerja-kerja yang dilaksanakan amat meragukan.

Rupanya Individu Ini Terlibat Skandal Projek Ternakan Ikan Sturgeon Felda? "Setakat ini belum ada perancangan untuk tangkapan terbaru. Kami akan menyiasat kes tidak kira kecil atau besar.

"Dan, saya tidak menolak kemungkinan ada kalangan berprofil tinggi yang akan disiasat dalam kes ini," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Terdahulu, mahkamah membenarkan permohonan reman selama tujuh hari bermula semalam ke atas lima individu termasuk dua bekas pegawai kanan Felda yang ditahan di sekitar Lembah Klang bagi membantu siasatan berhubung kes tersebut.

Rupanya Individu Ini Terlibat Skandal Projek Ternakan Ikan Sturgeon Felda?

Mereka yang ditahan terdiri daripada bekas pegawai kanan bergelar datuk, bekas pegawai (yang menyandang jawatan tinggi), pegawai bertugas di luar negara, pegawai yang terbabit projek penternakan ikan itu dan seorang lagi penolong pegawai tadbir. - sinar

Kronologi Skandal Sturgeon FELDA - Dulu2 FELDA Kata Ternakan Sturgeon Mampu Jana 360 Juta Setahun..
bloglist-malaysia.blogspot
amenoworld.org
Posted by Ameno World

KRONOLOGI 'SKANDAL STURGEON' FELDA

Pada 1 Januari 2013, FELDA telah menubuhkan Unit Pengurusan Transforvasi untuk mewujudkan pelbagai aktiviti perniagaan berpendapatan tinggi kepada FELDA.

Antara projek dicadangkan oleh unit tersebut ialah Projek Penternakan Ikan Sturgeon.

Baca : 2 Tahun Dilabel Penyangak Kerana Sturgeon, Kini Dakwaan Kami Terbukti, FELDA Patut Rasa Malu!

Pada 4 Julai 2013, Lembaga FELDA telah meluluskan cadangan Projek Penternakan Ikan Sturgeon secara dasar tertakluk kepada kajian terperinci yang perlu dibentangkan kepada Lembaga FELDA untuk kelulusan. FELDA telah menubuhkan FELDA Korea Malaysia Sdn Bhd pada 17 Julai 2013.

Walau bagaimana pun, pengurusan FELDA pada masa itu tidak membentangkan laporan kajian terperinci projek kepada Lembaga FELDA sebelum projek ini diteruskan.

FELDA Carviartive Sdn Bhd telah ditubuhkan pada 7 Januari 2014 dan pada 27 Februari 2014 menandatangani dua perjanjian dengan dua syarikat Korea.

Perjanjian tersebut adalah Technology Transfer & Supply Agreement (TTSA) yang bernilai USD10 juta; dan Design and Build Contract Agreement (DBCA) yang bernilai USD35 juta.

FELDA Carviartive Sdn Bhd telah melaksanakan kerja-kerja rekabina dan juga kerj-kerja sivil di lokasi projek di Kuala Tahan bermula Mac 2014.

Walau bagaimana pun, pada 5 Februari 2015, Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang telah memutuskan untuk tidak meluluskan tapak projek di Kuala Tahan sebagai tapak Projek Penternakan Ikan Sturgeon.

Lima suspek 'Ops Caviar' direman selama 7 hari Operasi meragukan, FELDA tubuh jawatankuasa khas Diatas perjalanan operasi perniagaan yang meragukan, Lembaga FELDA telah meluluskan penubuhan jawatankuasa khas pada Julai 2014 untuk menilai dan mengkaji semula operasi syarikat-syarikat subsidiari di bawah Unit Pengurusan Transforvasi.

Hasil kajian ini telah dibentangkan kepada Lembaga FELDA pada Januari 2015. Bagi memastikan setiap syarikat beroperasi mengikut amalan tadbir urus korporat yang baik, pada Februari 2015, pengurusan FELDA telah membubarkan Unit Pengurusan Transforvasi dan kesemua projek yang sedang dilaksanakan oleh unit berkenaan diletakkan dibawah pemantauan Bahagian Pelaburan, Jabatan Kewangan FELDA.

FELDA juga telah memutuskan untuk melantik Juru Audit luar pada 23 Mac 2015 untuk melaksanakan kajian position review ke atas Projek Penternakan Ikan Sturgeon.

Antara penemuan utama yang dilaporkan adalah; ketidakpatuhan kepada manual dasar dan strategi pelaburan FELDA; kelemahan tadbir urus; dan kelemahan didalam pelaksanaan dan pemantauan projek.

Susulan penemuan tersebut, pihak FELDA telah melantik sebuah firma guaman untuk melaksanakan legal review pada 19 Ogos 2015.

Keputusan position review dan legal review telah dibentangkan dalam mesyuarat Lembaga Pengarah FELDA pada 2 Februari 2016 untuk diambil tindakan sewajarnya.

Pada tahun 2016, Jabatan Audit Negara telah mengaudit aktiviti-aktiviti FELDA termasuk aktiviti-aktiviti di bawah Unit Pengurusan Transforvasi.

Penemuan audit adalah seperti di Laporan Ketua Audit Negara Sesi 2 dan berikutan laporan tersebut, pihak SPRM telah membuka siasatan terhadap projek subsidiari-subsidiari FELDA.

Hasil siasatan tersebut membawa kepada penahanan beberapa individu oleh pihak SPRM pada 24 Januari 2017 yang terdiri daripada dua orang pegawai kanan FELDA, seorang penolong pegawai dan dua orang bekas kakitangan FELDA.

Individu-individu yang ditahan.

Lima individu termasuk seorang bergelar Datuk ditahan oleh SPRM sekitar Lembah Klang pada 24 Januari 2017 dan kesemuanya direman selama tujuh hari bermula 25 Januari 2017.

Individu bergelar Datuk adalah bekas Pengarah Besar FELDA yang mula menjawat jawatan itu pada 1 Oktober 2012. Beliau dilucutkan jawatan Pengarah Besar FELDA pada 1 Februari 2015 dan kemudiannya telah ditukar perkhidmatan ke agensi lain.

Beliau telah bercuti tanpa gaji bermula 10 Mac 2016 sehingga kini. Bekas Timbalan Pengarah Besar (Sumber Strategik) FELDA pula telah dilantik ke jawatan itu secara kontrak pada 1 Januari 2013 dan telah meletak jawatan pada 14 Februari 2015.

Seorang lagi pegawai kanan yang kini menjawat jawatan sebagai Head of London Properties di FELDA Investment Corporation Sdn Bhd merupakan bekas Ketua Unit Pengurusan Transforvasi dan dilantik secara kontrak oleh FELDA pada 1 November 2012.

Manakala dua orang lagi pegawai projek tersebut dilantik pada tahun 2013 dimana seorang telah pun meletakkan jawatan pada 27 Oktober 2014 dan seorang lagi merupakan penolong pegawai yang masih dalam perkhidmatan FELDA.

(Sumber)

STURGEON Oh STURGEON...

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

Projek ternakan ikan sturgeon bakal dijalankan di Kuala Tahan di Jerantut, Pahang melibatkan kawasan hutan simpan Taman Negara yang berkeluasan 50 ekar. Malah, kawasan Sungai Tabung iaitu lokasi projek adalah kawasan orang asal Kaum Bateq untuk mencari hasil hutan.

Kaum ini adalah satu satunya kaum yang masih hidup secara nomad di Semenanjung Malaysia. Maka usaha untuk menyelamatkan alam sekitar di kawasan terbabit telah digerakkan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat umum berkenaan impak buruk projek tersebut. Satu laman Facebook Kami bantah Penternakan Ikan Sturgeon di Kuala Tahan telah diwujudkan bagi memberi gambaran kesan buruk projek ini dan seterusnya menghentikan projek ini yang dilihat akan merosakkan alam sekitar dan ekosistem sungai di Taman Negara Kuala Tahan.

Sementara itu, bagi pihak Felda Global Venture (FGV) pula mendakwa Projek Penternakan Ikan Sturgeon ini dibangunkan bagi memastikan peluang pekerjaan yang lebih baik untuk generasi baharu peneroka FELDA dan kampung tradisional. Ternakan ini akan menjadi penyumbang utama agenda sekuriti makanan negara dengan membiak ikan di darat. Penghasilan telur (caviar) dan daging ikan sturgeon untuk diperkenalkan dengan jenama Malaysia di pasaran tempatan dan antarabangsa. Projek ini dikatakan mendapat pelaburan dari Korea Selatan dengan jumlah RM 150 juta untuk pembangunan kolam penternakan pusat dan beberapa kolam pembiakan satelit, bangunan pejabat pentadbiran dan R&D serta kemudahan tempat tinggal. Spesis sturgeon yang bakal dibiakkan di sini ialah siberian, amur, sterlet dan beluga.

Sturgeon adalah sejenis ikan yang makan di bawah air, membiak di bahagian hulu sungai dan mencari makanan di delta sungai dan kawasan persisir pantai. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, walaupun sturgeon merupakan ikan air tawar, terdapat beberapa spesis yang dapat menyesuaikan diri untuk mendiami pesisir pantai dan lautan luas.

Sturgeon diburu serta diternak bagi mendapatkan telurnya yang dikenali sebagai roe untuk dijadikan sajian mewah iaitu caviar. Caviar merupakan telur ikan sturgeon yang disediakan sama ada secara mentah atau dipasturkan. Secara tradisionalnya, caviar merujuk kepada telur ikan sturgeon (Beluga, Ossetra dan Sevruga) yang hidup di Laut Caspian dan Laut Hitam. Caviar yang paling mahal dan paling sukar ditemui berasal dari sturgeon beluga yang mendiami Laut Caspian.

Disebabkan harga caviar yang tinggi, sturgeon diburu secara berleluasa. Kebanyakan spesis sturgeon kini dikelaskan sebagai terancam dan mengalami risiko kepupusan. Disebabkan sturgeon membesar dengan perlahan dan lewat mencapai umur matang, ikan ini sangat mudah terancam ditambah dengan pemburuan yang berleluasa, pencemaran air dan kemusnahan habitat.

Namun begitu, sturgeon merupakan ikan pemangsa yang boleh memusnahkan habitat ikan semulajadi jika dimasukkan ke dalam sungai. Ini kerana sturgeon akan bersaing untuk makanan dengan ikan-ikan tempatan. Makanan utama sturgeon adalah ikan, siput, udang dan ketam.

Risiko ikan sturgeon yang dibawa masuk kepada ekosistem

Sturgeon bukan ikan yang berasal dari Malaysia. Disebabkan risiko ikan sturgeon yang boleh memusnahkan ekosistem sungai dan perairan negara, Jabatan Perikanan telah mengeluarkan larangan import bagi spesis ikan ini.

Ramai yang bertanya mengapa projek ini patut dihentikan. Ini adalah hujah-hujahnya (klik pada gambar bawah untuk paparan lebih jelas).

Bantahan kepada projek ini telah memasuki fasa baharu apabila forum dan kelab pemancing di seluruh negara mula menyebarkan maklumat berkenaan keburukan projek ini secara atas talian di laman Facebook, laman sesawang dan blog. Kebanyakan maklum balas yang diterima menyatakan kebimbangan kepada risiko pelepasan spesis ini ke dalam sungai yang akan mengakibatkan kemusnahan ikan semulajadi di dalam sungai seperti kelah, lampam, temoleh dan patin.

Bantahan kepada projek ini mendapat sokongan padu dari ahli akedemik, penyelidik, pencinta alam dan NGO. Prof Dr Maketab Mohamed, seorang profesor yang pakar dalam bidang alam sekitar dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang juga merupakan Presiden MNS telah mengetuai bantahan ini serta disokong oleh penduduk tempatan, orang asal Bateq, aktivis dan NGO seperti Malaysia Nature Society (MNS), Persatuan Pelindung Khazanah Alam (PEKA) dan Komuniti Kuala Tahan/Taman Negara.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com