Sunday, January 15, 2017

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4661[2 Attachments]

15 Messages

Digest #4661
3
5
Fw: H355 - 'Demam purple' by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
6
Fw: macam2 cerita menarik by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
7
11
Fw: "Ambillah Usus Abang Sikit Dik," by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
13
Fw: 'Upgrade' Tiket Dari 'Economy Class' by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
14

Messages

Sun Jan 15, 2017 5:27 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



HAIRAN bin ajaib duit juta2 di pejabat dan di rumah serta harta di sana sini dikata bukan rasuah.
bloglist-malaysia.blogspot
kedahlanie.info
Posted by Kedah Lanie
KASUS JAS BUKAN RASUAH
( katanya SPRM)

HAIRAN bin ajaib duit juta2 di pejabat dan di rumah serta harta di sana sini dikata bukan rasuah.

Awal cerita ribut sana sini dikatakan KKLW terlibat sejak 2010 dan tika itu Musa Pairin dan Lajim bangkit suarakan termasuk sindir sinis di DUN seolah KKLW terlibat.

Memang mereka bijak putar alam untuk beritahu rakyat konon DS Shafie terlibat.

Berani kerana benar takut kerana salah dan kemudian DS Shafie tika dipaksa respons ia jelaskan serah kepada SPRM untuk siasat.

" saya sudah ulang2 kata peruntukan yang dihantar ke negeri adalah hak negeri dan jabatan air Sabah bawah negeri Sabah bukan bawah KKLW dan pegawai JAS juga lantikan negeri..makna tiada kaitan dengan saya..." jelas DSSA lagi.

DSSA mencabar SPRM siasat segera dan siasatan mesti ikhlas menyeluruh siapa orang di belakang yang menyimpan duit juta2 di pejabat dan rumah serta ada simpanan ratus juta, juga di akaun luar negeri.

Akhirnya Kesan sesudah kes terbongkar ada buru2 jumpa Najib di Kuala lumpur untuk minta selamatkan dan akhirnya seperti diramal SPRM kata tiada vip terlibat dan kes bukan RASUAH.

Ternyata sekali lagi mereka memberikan alasan kantoi dikata duit berjuta bukan rasuah dan tiada vip terlibat.

Alasan kantoi
Alasan kantoi
Alasan kantoi

Soalnya sekarang, apakah duit juta2 itu malaikat yang hantar dari langit?

Orang bodoh dan bangang lagi tahu dan kesannya segala monyet urang utan kera ambok di sipilok ketawa terbahak2 mendengar cerita manusia di tanah bawah bayu ini.

SabahUbah
SabahUbah

ISMAILY BUNGSU
pk-dssa
14 jan, 2017
10:40am

Surat SPRM 'Bersihkan' Skandal Rasuah Jabatan Air Sabah
bloglist-malaysia.blogspot
ekeleh.com
Sepucuk surat yang tersebar menunjukkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini telah membersihkan skandal rasuah Jabatan Air Negeri Sabah.

Sumber – Pemuda Amanah Sabah

Melalui surat itu SPRM telah mengesahkan bahawa tiada unsur rasuah dalam kes tersebut dan di luar bidang kuasa SPRM, oleh itu tiada tindakan lanjut akan diambil (NFA – No Further Action).
Menurut Mohd Khairuddin bin Daud, Ketua Pemuda Pakatan Harapan Negeri Sabah, surat yang diterimanya daripada SPRM apabila membangkitkan mengenai status siasatan isu berkenaan.

Menurutnya melalui halaman Facebook Pemuda Amanah Sabah, ketiga-tiga individu yang ditangkap berhubung skandal Jabatan Air Sabah itu hanya didakwa atas kesalahan pengubahan wang haram bukan didakwa atas kesalahan rasuah dan korupsi.

Awas Kakitangan JKR.. Anda Sedang Diperhati..
bloglist-malaysia.blogspot
Posted by Jeebond BLM

"Seluruh warga Jabatan Kerja Raya Malaysia dinasihat dan diperingatkan untuk menghindarkan diri daripada membuat sebarang komen-komen negatif dan tidak sepatutnya di laman media sosial berkaitan pemimpin-pemimpin negara, dasar dan polisi kerajaan dan perkara-perkara yang berkaitan.

Oleh yang demikian, Mana-mana warga JKR yang didapati benar membuat komen-komen sedemikian maka siasatan dan tindakan akan diambil mengikut prosedur sedia ada di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993", seperti yang dipetik menerusi website rasmi Jabatan Kerja Raya.

Ringkasnya ;

1. Kakitangan JKR jangan nak memandai-mandai buat komen-komen negatif, jelek, atau seangkatannya dengannya ke atas isu-isu yang membabitkan, menyentuh atau ada kaitan dengan pemimpin-pemimpin negara, polisi dan dasar-dasar kerajaan.

2. Korang nak komen kat page-page politik samada pro kerajaan, anti kerajaan, page-page pemimpin atau apa, pastikan komen-komen itu tak bersifat negatif / menentang dasar-dasar kerajaan dan pemimpin negara.

Faham tak?

So, tak reti-reti lagi nak buat fake account? Cover la identiti sendiri. Zaman-zaman gawat neh kau nak jadi berani takde masalah asalkan kau kaya. Kalau ko miskin dan cukup-cukup makan tak payah la nak berani mati sangat. Sia-sia je. Lepas tu jadi modal pepuak netizens mengutuk. Depa bukan boleh. Ade je tak kena.

Kah Kah Kah!

- amenoworld

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Jan 15, 2017 5:27 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Bonggol punya pasal: Kanak-kanak keluar usus terjatuh basikal Usus terkeluar akibat jatuh basikal

bloglist-malaysia.blogspot

Posted by fakhruddin yusoff

JOHOR BAHRU – Seorang kanak-kanak lelaki menempuh detik cemas apabila ususnya terkeluar selepas terjatuh dari basikal akibat terbabas di Jalan Banang, Taman Bukit Tiram.

Gambar kanak-kanak itu yang memegang ususnya sambil duduk di atas jalan raya turut menjadi viral dalam laman media sosial Facebook (FB).

Difahamkan, kejadian berkenaan berlaku kira-kira jam 2 petang semalam ketika mangsa berusia 12 tahun itu sedang mengayuh basikal bersama 15 lagi rakannya yang lain di kawasan perumahan berkenaan.

Seorang saksi yang enggan dikenali berkata, ketika kejadian dia berada di perkarangan rumahnya sebelum menghubungi Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini, bagi memaklumkan kecederaan yang dialami kanak-kanak itu.

"Difahamkan, kejadian berlaku ketika mangsa sedang menuruni bukit dengan basikalnya bersama rakannya yang lain lalu melanggar bonggol jalan sebelum terjatuh dan tertusuk dengan pemegang basikal.

"Bagaimanapun, mangsa ketika itu dalam keadaan tenang dan tidak menangis sebelum sebuah ambulans dari HSI tiba kira-kira 30 minit kemudian bagi memberikan rawatan awal kepada kanak-kanak itu.

"Mangsa kemudian dibawa menaiki ambulans ke HSI untuk rawatan selanjutnya dan difahamkan kanak-kanak itu tinggal di Taman Bestari Indah yang terletak tidak jauh dari kawasan perumahan ini," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sementara itu, Pengarah HSI, Dr Arbain Lani ketika dihubungi hari ini mengesahkan kejadian selain memaklumkan kanak-kanak berkenaan masih menerima rawatan di hospital berkenaan.

"Keadaan kanak-kanak itu stabil selain sudah menjalani pembedahan selama hampir dua jam petang (semalam) tanpa berdepan sebarang komplikasi," katanya. - sumber

 

Musim Kren Tumbang: Seorang Cedera, Kren Tumbang Di Manjung

Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
tranungkite.net


KUALA LUMPUR – Seorang lelaki cedera selepas sebuah kren tumbang menghempap sebuah lori di tapak projek syarikat janakuasa milik Tenaga Nasional Berhad (TNB), Manjung 5 Sdn Bhd, Manjung, Perak hari ini.

TNB dalam kenyataannya berkata dalam kejadian pukul 11.10 pagi itu, mangsa yang berada dalam lori hanya mengalami kecederaan ringan.

"Mangsa cedera selepas melompat keluar dari lori dan terjatuh ke dalam longkang. Dia telah mendapatkan rawatan di hospital," kata TNB sambil menafikan dakwaan di laman sosial kononnya dua maut dan lima cedera dalam kejadian itu.

Menurut kenyataan itu lagi, siasatan awal mendapati pengendali kren tidak menggunakan besi pengimbang semasa menjalankan kerja mengangkat beban yang menyebabkan kren tersebut berada dalam keadaan tidak stabil.

"Kerja pembinaan di kawasan itu adalah di bawah selenggaraan kontraktor yang dilantik. Siasatan lanjut sedang dijalankan," kata TNB sambil menjelaskan kejadian itu dilaporkan kepada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) Perak.

Gambar kren tumbang yang menghempap lori itu menjadi tular di laman sosial hari ini. – BERNAMA

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Jan 15, 2017 5:28 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Menteri Arah UniKL Dan MARA Tangguhkan Sebarang Penajaan Melainkan Pendidikan
siakapkeli.my

Berikutan pendedahan yang dilakukan oleh Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengenai tajaan MARA dan UniKL terhadap pasukan bola sepak Kelantan, satu arahan telah dikeluarkan supaya pihak terlibat berhenti sebarang penajaan tahun ini melainkan untuk pendidikan, lapor Bernama.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri dilapor mengeluarkan arahan demikian dalam laporan segera sebentar tadi.

Majlis Amanah Rakyat(MARA) merupakan anak syarikat milik kementerian beliau di maan UniKL pula merupakan sebuah institut pengajian tinggi milik MARA.

Tunku Ismail Sultan Iskandar sebelum ini tekah tampil memintan Tan Sri Anuar Musa iaitu Pengerusi MARA menjelaskan tentang tajaan pelaburan MARA dan UNIKL yang merupakan duit rakyat di man UniKL terpaksa mengurangkan biasiswa pelajar-pelajar Malaysia sebanyak RM700 juta tahun lalu. - Siakapkeli.my

TMJ dedah dokumen bukti Annuar Musa salahguna duit Mara dan UniKL

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

TUNKU Mahkota Johor, (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini mendedahkan dokumen bukti-bukti bahawa Pengerusi MARA, Tan Sri Annuar Musa telah menyalahgunakan wang Majlis Amanah Rakyat, MARA dan juga UniKL untuk menaja pasukan Bola Sepak Kelantan, The Red Warrior (TRW).

Beberapa dokumen berhubung dakwaan itu turut disiarkan di halaman facebook yang menjadi suara rasmi TMJ, Johor Southern Tigers.

TMJ membidas tindakan Tan Sri Annuar Musa yang tergamak menggunakan duit rakyat daripada MARA untuk menaja Pasukan Bola Sepak Kelantan, The Red Warrior sewaktu ekonomi negara tidak begitu baik.

"Sewaktu ekonomi negara tidak begitu baik dan banyak pemotongan di sana sini, masih tergamak Tan Sri menggunakan duit rakyat untuk pasukan The Red Warriors yang mana Tan Sri sendiri merupakan Pengerusi Mara," dakwa TMJ seperti yang disiarkan di halaman facebook Johor Southern Tigers.

Dakwanya lagi, Universiti Kuala Lumpur, UniKL turut menjadi mangsa di mana meskipun universiti itu terpaksa mengurangkan biasiswa pelajarnya dari RM2 billion kepada RM1.3 billion pada tahun 2016, namun Annuar Musa telah menggunakan kuasanya bagi menaja pasukan TRW dalam tahun yang sama.

"Tidak cukup dengan Pelaburan MARA yang Tan Sri paksa, UniKL juga turut menjadi mangsa. UniKL terpaksa mengurangkan biasiswa pelajar-pelajar Malaysia dari RM2 billion kepada RM1.3 billion bagi tahun 2016 tetapi Tan Sri telah menggunakan kuasa untuk memaksa mereka untuk menaja pasukan TRW pada tahun itu," dakwanya lagi.

TMJ turut meminta penjelasan ke mana hala tuju pelaburan Mara dan UniKL tersebut.

Sebelum itu dalam kenyataan yang sama TMJ turut menyelar ahli-ahli politik yang menggunakan kejayaan Faiz Subri untuk melonjakan kembali prestasi mereka yang sedang merudum.

Dalam artikel sebelum ini, TMJ ada mendedahkan bahawa Tan Sri Annuar Musa telah menyalahgunakan banyak wang yang banyak diberi oleh Tun Mahathir untuk kemewahan diri sendiri, iaitu dengan membeli sebuah kereta mewah Porsche Panamera

Sampai sekarang Tan Sri Annuar Musa masih membisu mengenai tuduhan yang dilontarkan oleh TMJ itu terhadap beliau.

Sumber — Johor Southern Tigers
Sumber petikan: milosuam

"Tan Sri, Dari Ambil Kesempatan Atas Kejayaan Faiz Subri, Lebih Baik Luangkan Masa Untuk Jelaskan Tajaan Pelaburan MARA & UNIKL Iaitu Duit Rakyat" - Gesa TMJ
siakapkeli.my

Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam satu kenyataannya di laman Facebook JOHOR Southern Tigers hari ini menggesa Tan Sri Annuar Musa supaya menjelaskan tentang tajaan pelaburan MARA dan UNIKL yang disifatkan beliau sebagai duit rakyat.

"UniKL terpaksa mengurangkan biasiswa pelajar-pelajar Malaysia dari RM2 billion kepada RM1.3 billion bagi tahun 2016 tetapi Tan Sri telah menggunakan kuasa untuk memaksa mereka menaja pasukan TRW pada tahun itu. Mohon Tan Sri jelaskan ke mana hala tuju pelaburan Mara dan UniKL tersebut yang merupakan wang rakyat," dakwa TMJ.

Ikuti kenyataan penuh dari TMJ:

TAN SRI, DARIPADA INGIN MENGAMBIL KESEMPATAN DENGAN KEJAYAAN FAIZ SUBRI LEBIH BAIK LUANGKAN MASA UNTUK JELASKAN MENGENAI TAJAAN PELABURAN MARA DAN UNIKL IAITU DUIT RAKYAT

Saya telah menjangka lebih awal lagi tentang kemenangan Faiz Subri pasti akan mendapat perhatian individu-individu, terutama sekali ahli-ahli politik yang ingin melonjakkan kembali reputasi mereka yang sedang merudum.

Pertama, kepada Tan Sri yang sentiasa tidak berpuashati kepada saya dan seorang menteri yang kononnya turut ingin menumpang populariti dengan kejayaan Faiz Subri mengatakan saya angkuh dan sebagainya. Biar saya selesaikan mengenai Tan Sri terlebih dahulu.

Selepas ini, saya akan suruh menteri yang pernah mabuk datang mengadap saya untuk menerangkan kepada rakyat Malaysia siapa wanita yang berkerja di sebuah syarikat di Johor. Ingat, jangan dikejutkan harimau yang sedang tidur. Saya tidak kacau orang, jadi jangan menggangu saya.

Baiklah, untuk Tan sri terlebih dahulu. Sebelum menggunakan kejayaan Faiz Subri untuk populariti anda dengan mengatakan saya angkuh kenapa tidak Tan Sri juga tampil memberi keterangan mengenai duit tajaan daripada Pelaburan Mara dan UniKL yang dipaksa untuk menaja pasukan The Red Warriors.

Sewaktu ekonomi negara tidak begitu baik dan banyak pemotongan di sana sini, masih tergamak Tan Sri menggunakan duit rakyat untuk pasukan The Red Warriors yang mana Tan Sri sendiri merupakan Pengerusi Mara. Tidak cukup dengan Pelaburan Mara yang Tan Sri paksa, UniKL juga turut menjadi mangsa.

UniKL terpaksa mengurangkan biasiswa pelajar-pelajar Malaysia dari RM2 billion kepada RM1.3 billion bagi tahun 2016 tetapi Tan Sri telah menggunakan kuasa untuk memaksa mereka menaja pasukan TRW pada tahun itu. Mohon Tan Sri jelaskan ke mana hala tuju pelaburan Mara dan UniKL tersebut yang merupakan wang rakyat.

Akhir sekali, pesanan saya kepada Tan Sri dan menteri berkenaan, jangan lupa beli jersi baru JDT 2017 yang akan dilancarkan pada malam ini.

DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

Beriktut adalah gambar yang disertakan TMJ.

- Siakapkeli.my

----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:-
To:
Sent: Wednesday, January 04, 2017 10:09 PM
Subject: Fw: Jangan Cabar Saya, Saya Tahu Semua

SPRM harus siasat pembelian Porsche Annuar Musa

bloglist-malaysia.blogspot
Posted by Jeebond BLM

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa untuk menyiasat pembelian kereta Porsche Panamera milik Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa sebagaimana didedahkan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, Annuar juga perlu tampil menjawab isu itu.

"Tan Sri (Annuar Musa) harus mohon maaf kepada Tunku Ismail dan menjawab tuduhan penyelewengan wang rakyat Kelantan berkenaan pembelian Kereta Porsche Panamera milik Tan Sri," katanya dalam satu kenyataannya hari ini.

Terdahulu, Tunku Ismail dalam catatan terbaharu di Facebook Johor Southern Tigers dengan berterus terang mendakwa Anuar Musa tidak menjalankan amanahnya ketika zaman Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri.

"Pandangan ikhlas dari saya, dulu masa Tun Dr Mahathir (Mohamad) bagi awak duit yang banyak untuk menangkan kembali Kelantan, untuk anda gunakan wang tersebut sebaiknya demi kebajikan rakyat, bukan untuk beli sebuah kereta Porsche Panamera," jelas Tunku Ismail yang mesra disapa TMJ.

Teguran TMJ itu rentetan daripada tindakan Anuar yang mempertikaikan mengenai fasiliti milik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta'zim (JDT).

Dalam masa yang sama, kenyataan itu juga merujuk Annuar yang dilapor mempertikaikan pendirian Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA) supaya FAM ditadbir secara proksi.

Tunku Ismail turut merujuk kegagalan pasukan Kelantan dalam berdepan masalah kewangan ketika diterajui Annuar.

- sinar harian

Jangan 'jolok sarang tebuan', kata TMJ kepada Annuar Musa

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengingatkan Tan Sri Annuar Musa agar jangan cuba 'menjolok sarang tebuan' kerana kelak buruk padahnya.

Annuar merupakan bekas presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).

Dengan tarikh untuk rakyat di negara ini keluar mengundi pada pilihanraya umum ke-14 sudah semakin hampir, jangan cuba menjolok sarang tebuan kerana kelak buruk padahnya, ujar Tunku Ismail.

"Kepada Tan Sri (Annuar), jangan jadi liabiliti kepada parti anda.

"Anda sendiri jelas mempunyai kepentingan diri sendiri dalam parti.

"Ingatlah bahawa anda berkhidmat kepada Rakyat. Kita sedia maklum yang Tan Sri telah membina Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) dari mula-mula lagi dan Tan Sri juga harus bertanggungjawab atas kegagalan dan ketidak urus KAFA hari ini," katanya dalam akaun Facebook Johor Southern Tigers.

Kira-kira dua minggu yang lalu, Tunku Ismail membidas Annuar dengan menyatakan beliau tidak akan menerima nasihat daripada pemimpin yang gagal berhubung cadangan agar Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ditadbir secara proksi.

"Baru-baru ini, terdapat satu kenyataan yang dibuat oleh Tan Sri, menggesa agar bola sepak tidak sepatutnya diuruskan melalui proksi dan menyatakan saya perlu menjelaskan pendirian dan membuat keputusan sama ada mahu menerima tugasan tersebut (selaku Presiden FAM) atau tidak.

"Bagi saya, perkara yang terbaik adalah membiarkan ahli-ahli gabungan yang membuat keputusan mengenai apa yang terbaik untuk bola sepak Malaysia dan juga kepada penyokong.

"Pertama sekali, saya tidak perlu untuk menerima nasihat daripada seorang pemimpin yang gagal untuk memimpin," katanya dalam cacatan di Facebook.

Kenyataan Tunku Ismail adalah jelas merujuk Annuar yang dilapor mempertikaikan pendirian Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA) supaya FAM ditadbir secara proksi.

Tunku Ismail turut merujuk kegagalan pasukan Kelantan dalam berdepan masalah kewangan ketika diterajui Annuar.

"Setiap kali sebuah kelab bola sepak atau syarikat menghadapi masalah kewangan, ia dipanggil kelemahan pengurusan. Ia juga secara tidak langsung mencerminkan sikap pemimpin tersebut.

"Apabila anda berada dalam kedudukan di mana anda mempunyai banyak penaja, anda sepatutnya menggunakan peluang tersebut untuk melangsaikan semua hutang anda.

"Sebaliknya, anda membuat keputusan dengan mengambil khidmat jurulatih import baru serta tiga pemain import tambahan. Dengan keputusan ini, orang-orang yang menjadi mangsa adalah pemain-pemain tempatan kerana mereka tidak menerima gaji mereka," kata Tunku Ismail.

Mengulas lanjut, Tunku Ismail berkata, sebelum Annuar mahu memberikan komen mengenai kelab (bola sepak) atau negeri lain, pihaknya menasihatkan beliau agar uruskanlah KAFA terlebih dahulu.

"Tidak payah buang masa untuk sibuk mengenai urusan pasukan atau kelab lain. Selesaikan dulu hutang-piutang sebanyak RM6.7 juta terlebih dahulu sebelum bercakap hal-hal yang lain.

"Janganlah sibuk mencari kudis di kaki orang lain sedangkan tokak di kaki sendiri tidak mampu diubati.

"Pandangan ikhlas dari saya, dulu masa Tun Dr Mahathir (Mohamad) bagi awak duit yang banyak untuk menangkan kembali Kelantan, untuk anda gunakan wang tersebut sebaiknya demi kebajikan rakyat, bukan untuk beli sebuah kereta Porsche Panamera," jelas Tunku Ismail.

Ini Komen Pedas Tan Sri Annuar Musa Kepada TMJ

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

Bekas presiden KAFA Tan Sri Annuar Musa telah membuat kenyataan pedas tentang TMJ dan juga JDT.

Tan Sri Annuar Musa telah mempersoalkan penggunaan stadium oleh pasukan JDT.

Ini komennya:

TMJ antara orang selalu sindir orang politik

Tapi saya katakan dengan jelas sistem di raja itu sendiri dipilih oleh orang politik, nak beritahu pentingnya orang politik

Di Johor misalnya, pasukan milik peribadi boleh guna stadium kerajaan sebagai stadium eksklusif JDT, kalau tidak ada persetujuan politik.

Ini contoh yang saya tunjuk supaya kita jangan kita menanam fahaman yang tidak benar, politik itu sabahagian dari kita.

Itulah komen dari Tan Sri Annuar Musa

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Jan 15, 2017 5:28 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Kisah Aidil Ke Sekolah Pakai Kasut Dua-Dua Belahnya Kasut Kiri Ini Berjaya Sentuh Naluri Ramai Ibu Bapa Yang Membacanya
siakapkeli.my

Setiap ibu bapa sudah pasti mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka dari semua aspek, namun kekangan pekerjaan membuatkan sesetengah ibu bapa tidak dapat menumpukan perhatian terhadap anak mereka.

Kadang-kadang ada ibu bapa tidak sedar mereka melakukan kesalahan dalam mendidik anak walaupun mereka rasa ianya tindakan betul, namun setiap orang pasti ada cara tersendiri dan berbeza.

Sebuah kisah yang diceritakan oleh Encik Mohd Fairus Shafie tentang kisah beliau dan anak kecilnya yang memakai kasut dua-dua belahnya kiri tanpa sebarang rungutan cukup membuatkan ramai tersentuh.

KASUT SEKOLAH ANAK KU - AIDIL QAYYUM

Tahun 2017 merupakan tahun yang sangat bermakna bagiku. Ini kerana anak sulong ku kini telah meningkat dewasa dan bersekolah menengah tingkatan 1 namanya Alif, manakala yang lain memasuki darjah 6 Afiq, darjah 4 Ayu, darjah 2 Aidil dan tadika Amirul.

Hanya tinggal 2 orang iaitu Anis dan Ain yang masih belum bersekolah. Seperti biasa, sebelum memulakan sesi persekolahan baru, aku akan membelikan sekurang-kurangnya sepersalinan baju baru dan kelengkapan baru untuk setiap anak-anak ku.

Maklumlah harga barang sekolah sekarang dah melambung tinggi, untuk menyediakan keperluan 7 orang anak bukan sesuatu perkara yang mudah. Hakikatnya itulah tanggungjawab ayah dan ibu. Terpaksa mencatu untuk setiap orang anak agar bajet tidak terlalu membebankan.

Kebiasaanya kami sekeluarga akan berbelanja ala kadar untuk keperluan sekolah di Uniform Gallery UG sama ada di Seri Bangi atau di Kompleks Warta Bangi Shopping Centre. Di sini tempat mencari peralatan sekolah. Ahli UG akan dapat diskaun 10 peratus setiap kali pembelian.

Kami akan memberikan pilihan kepada anak-anak untuk memilih kelengkapan masing-masing mengikut bajet yang ditetapkan. Biasanya kami akan maklumkan kepada wakil kedai untuk mencuba pakaian atau kasut yang sesuai dengan saiz anak-anak.

Mungkin sebab nak melayan kemahuan anak yang ramai perlukan kesabaran yang tinggi, kami serah kepada pelayan kedai untuk mencarikannya seperti kemahuan anak-anak kami.

Hari ini isnin minggu kedua persekolahan, nampaknya semua anak-anak masih bersemangat waja untuk bersekolah. Tapi yang menghairankan kenapa, anak ku yang darjah 2 Aidil asyik lenguh kaki, balik sekolah bila sampai rumah, minta di urut-urut kakinya. Tubuhnya yang kecil tetapi yang paling kemas di antara anak-anak adalah sifatnya.

Muka yang lembut dan mata yang sepet, sangat redup mata melihatnya. Setiap pagi 6.45 pagi dah mula keluar rumah, menuju sekolah kebangsaan dahulu, kemudian ke sekolah agama, kemudian ke sekolah tadika dan ke rumah pengasuh, itu lah rutin harian.

Sampai di sekolah agama pukul 7.20 pagi, kami memang antara yang terawal sampai, Aidil menunjukkan kasutnya yang putih melepak, kemas dan ternyata sangat bersih. Entah kenapa hari ini aku tergerak hati nak melihat kasut yang ditunjukkan oleh Aidil yang baru darjah 2 itu, Kasut aidil mengingatkan aku waktu kecil dulu macam aku pergi ke sekolah dahulu.

Tanpa aku sedari, kasut yang ditunjukkan oleh Aidil dua-duanya belah kiri, aku naik berang dan marah. Ini mesti dia salah bawak kasut dari rumah aku lagi. Memang aku marah betul dengan Aidil, marah aku membuatkan dia tertunduk ke bawah dan mengalirkan air mata. Banyak lagi destinasi aku nak tuju. Tak kan nak patah balik ambik kasut.

Kebetulan ada kasut kakaknya, Ayu ada di dalam kereta, dengan nada marah aku menyuruh Aidil memakainya dan terjatuhlah linangan air mata Aidil masuk ke sekolah sambil tertunduk.

Apabila jam 8.00 pagi aku tiba di pejabat, aku rasa tidak sedap hati kenapa Aidil boleh bawak kasut dua-dua belah kiri??? Kenapa?? Bagaimana???.

Otak aku terus teringat dan melayang, kenapa dia boleh bawa kasut begitu? Aku tertampar dengan ingatan ku yang selalu Aidil minta urut kakinya setiap kali balik sekolah. Aduh.. apa yang telah aku buat?? Marahkan Aidil pagi ini sehinggakan airmatanya mengalir dan terduduk seolah-olah bersalah dan berdosa.

Aku ambil kunci kereta lantas terus balik ke rumah, mungkin Aidil tersalah bawak kasut, sampai di rumah aku mencari kasut belah kanannya di seluruh kawasan rumah. Aku telefon isteri ku bertanya, mungkin-mungkin ada kasut belah kanannya di lain-lain tempat. Aku amat terperanjat apabila isteri dan aku mengingat kembali pembelian kasut Aidil di UG hanya beli sepasang sahaja untuk Aidil.

Astagfirullah……maknanya memang kasut baru itu, kedua-duanya belah kiri. Aku terbaring terkulai layu. Airmata aku mengalir dan sangat menyesalinya. Selama ini di minggu awal persekolahan, Aidil memakai Kasut sekolah yang bersih, cantik berseri tetapi sayang dua-duanya belah kiri, patutlah kakinya sakit dan asyik minta di urut. Kena marah lagi dia pagi ni dan menangis tertunduk.

Apalah dosa budak kecil ini, hinggakan perkara kecil remeh seperti kasut ini aku terlepas pandang. Budak yang sejujur ini, menangis pagi ini dimarahi oleh bapanya kerana menunjukkan kasut sekolah yang dua-duanya belah kiri. Ya allah.. Ya tuhan maafkan aku.

Tanpa fikir panjang, aku terus ke sekolah agama menemuinya. Sampai saja di parking sekolah, aku berlari terus ke kelas Aidil, tanpa banyak berfikir aku terus memeluk Aidil sekuat-kuatnya. Maafkan abah Aidil. Maafkan lah….mengalir airmata Aidil dan yang paling menyedihkan Aidil dengan teresak-esak ingin memakai kasutnya yang dua-duanya kiri itu yang masih ada di kereta. Ya tuhan…berdosa sangat aku ni..

Satu kelas darjah 2 sekolah agama tersebut tanpa disedari turut menangis. Perasaan sayu dan menyesali perbuatanku sebagai seorang ayah sangat menikam jiwaku sendiri. Aku peluknya dan terus membawanya ke kedai membeli kasut baru.

Riak wajah gembira Aidil jelas terpancar. Aku berulang kali memeluknya sambal meminta maaf…maafkan abah sayang. Maafkan abah… Kisah benar ini akan ku jadikan ingatan dan pedoman dalam menjaga anak sendiri.

Tidak kira sehebat mana pekerjaan ibu dan ayah, jika perkara sebegini terjadi, amat menyedihkan. Kepada para ibu bapa, abang dan kakak yang memiliki anak dan adik, cubalah dekati anak-anak masing, adik-adik masing untuk mengetahui hati dan perasaan mereka. Semoga ianya boleh dijadikan pengajaran….

- Siakapkeli.my

Isteri tulis surat rasmi minta kasut, syarikat hadiahkan Nike

Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
tranungkite.net

KUALA LUMPUR, 13 Jan - Selepas foto surat rasmi seorang wanita memohon suaminya membeli sepasang kasut viral di media sosial, pengusaha syarikat memutuskan untuk menghadiahkan kasut yang diidaminya dan sejumlah wang saguhati.

Kasut diberi secara percuma kerana surat yang dianggap lucu oleh netizen secara secara tidak langsung meningkatkan jualan produk, kata syarikat Indie Sneakers.
"Alhamdulillah sejak 'Surat Permohonan Viral' tersebar luas di Facebook dan Twitter petang semalam, sehingga kini dikongsi hampir 15,000 pengguna.

"Page kami seakan-akan dilanda tsunami dan bilangan tempahan yang diterima adalah sangat diluar jangkaan," kata pengasasnya Amirul Haqim di Facebook rasmi.

Wanita dikenali Rozaina menulis surat pada suaminya pada 9 Januari lalu meminta suaminya membelikan kasut jenama Nike berharga RM179.

Surat tersebut dimuat naik di page Indie Sneakers di Facebook dan mendapat lebih 3,000 perkongsian.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Jan 15, 2017 5:29 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Himpunan 355: Sokongan Rakyat Melangkaui Pelbagai Warna

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

KUALA LUMPUR: Gabungan NGO-NGO Islam yang telah berkerjasama dalam menjayakan Himpunan 355 di Dataran Merdeka pada 18 Februari 2017 membuktikan usaha memperkasakan mahkamah syariah di Malaysia mendapat sokongan semua pihak.

Tidak membezakan fahaman politik dan latar belakang semua bersatu demi melihat peranan mahkamah syariah mampu dinikmati serta mendapat fungsi sebaiknya demi kebaikan umat Islam.

Antara pertubuhan yang turut sama sebagai penganjur Kongres Rakyat, Majlis Sekretariat Ulamak Umarak (UMUM), Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM), Sekretariat Ummah, Majlis Peguam Peguam Musliam Malaysia, Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz Kebangsaan (PINTA), Majlis Ittihad Ummah Malaysia ( ITTIHAD), Ikatan Muslim Malaysia (ISMA), Pertubuhan Pendukungn & Pencinta Ulamak (GENG USTAZ) , Pertubuhan Profesional Muslim Malaysia( PROFESIONAL) dan Pertubuhan Pembela Pembela Islam (PEMBELA).

Menurut Pengarah Himpunan 355, Ustaz Nasrudin Hasan bertemakan purple akan siri kempen serta roadshow 'Road to #H355' sedang berlangsung dan kini marak keseluruh negara.

"#H355 mengangkat tema Syariat diperkasa, Rakyat sejahtera. Malaysia perlukan perubahan.

"Tidak mampu untuk lakukan perubahan total, maka berubah dalam perkara yang boleh dilakukan sudah cukup bermakna bagi masa depan negara.

"Sudah sampai masanya negara ini memerlukan perlaksanaan syariah untuk mengekang pelbagai perkembangan mungkar dan apa yang paling penting adalah berusaha untuk membentuk sebuah negara yang bebas murka Allah swt.

"Sekaligus mengundang rahmat dan berkat dari Tuhan yang Maha Mencipta," ujanya.

Nasrudin berkata, Himpunan 355 (#H355) adalah bermaksud memugar semangat dan sokongan seluruh rakyat agar terus bangkit berjuang, berdoa dan memastikan Parlimen Malaysia yang berlangsung pada 6 Mac hingga 6 April akan datang, meluluskan Pindaan Akta 355 melalui sikap positif dan sokongan ahli - ahli parlimen yang ada sekarang.

PAS terbuka bersama demi memperkasakan peranan mahkamah syariah untuk kebaikan bersama.

Terkini!!! Himpunan 355 lakar sejarah umat Islam
bloglist-malaysia.blogspot
sedakasejahtera.blogspot
.

Pengumuman rasmi telah dibuat. Himpunan penyokong dan pendukung Rang Undang-undang Akta Mahkamah Syariah atau Akta 355 sebagaimana dibayangkan oleh Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang selepas sidang Parlimen yang lepas kini sudah hampir pasti diadakan.

Menurut Pengerusi himpunan Ustaz Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Himpunan 355 atau H355 itu akan diadakan pada hari Sabtu 18 Febuari nanti bertempat di Dataran Merdeka bermula jam 3 petang. Ianya anjuran bersama PAS dan beberapa NGO Islam dan pihak-pihak yang berkepentingan.

Sesungguhnya jarang-jarang sekali umat Islam khasnya orang Melayu pernah atau dapat berhimpun dalam skala yang besar demi mempertahan atau memperjuangkan sesuatu isu.

Antara yang terekod dalam lipatan sejarah adalah penentangan terhadap Malaysan Union sekitar 1946 dan dikuti dengan protes dan hartal peristiwa Natrah pada tahun 1950 di Singapura yang berakhir dengan rusuhan yang telah mengorbankan 18 orang dan ratusan lagi tercedera.

Itu semua sejarah dan berlaku sebelum merdeka.

Kini kita sudah merdeka dan berdaulat. H355 bukannya suatu protes apatah lagi bukan demonstrasi jalanan yang boleh berakhir dengan rusuhan.

H355 adalah sebuah himpunan aman. Ia meraikan suatu proses demokrasi yang dimulakan menurut lunas undang-undang yang diambil melalui inisiatif perundangan dam bakal dibentang dan dibahaskan di Parlimen bermula sesi bulan Mac nanti.

H355 merai, menegas dan mengukuhkan sokongan rakyat khususnya umat Islam terhadap satu pindaan undang-undang yang melibatkan hak dan kepentingan mereka.

Himpunan ini mahu membuktikan betapa umat Islam iaitu penduduk majoriti dalam negara begitu sensitif dan berpegang teguh pada agama mereka. Perlembagaan Negara menjamin bahawa Islam adalah agama Persekutuan dan setiap penganut agama berhak mengamalkan agama masing-masing.

Himpunan ini bukannya mahu mencabar atau menyerang amalan penganut agama lain, tetapi sesungguhnya mahu menegaskan betapa umat Islam keseluruhannya bersatu dalam isu-isu melibatkan agama dan kepercayaan mereka.

RUU355 adalah usaha untuk memperkasa undang-undang syariah dan mahkamah syariah di Malaysia. Lalu H355 ini mahu membangkitkan kesedaran seluruh rakyat Malaysia khasnya umat Islam akan betapa pentingnya bersatu dalam menjayakan usaha-usaha seumpama ini.

Melalui H355 ini diharapkan rakyat Malaysia khasnya umat Islam akan terdedah dan dapat difahamkan betapa penting dan wajarnya RUU355 ini disokong dan diluluskan oleh Parlimen.

Sekiranya rakyat Malaysia khasnya umat Islam dapat bersatu dan keluar berhimpun beramai-ramai pada 18 Febuari ini membanjiri Kuala Lumpur, dengan mengenepikan fahaman dan kecenderungan politik masing-masing, sudah pasti mesej yang berjaya disampaikan nanti adalah bahawa jangan sesiapa campur tangan dan menganggu hak umat Islam mengamalkan agama mereka sebagaimana umat Islam di Malaysia juga tidak sekali-kali akan mengganggu kepercayaan dan amalan penganut agama-agama lain.

Malaysia diakui kekal berdaulat dan merdeka lantaran rakyatnya yang berbilang agama dan kaum sangat menghormati agama dan kepercayaan mereka antara satu sama lain. Urusan agama adalah hak dan urusan masing-masing penganut. Inilah fahaman dan amalan kita sejak berpuluh tahun yang lalu.

Oleh itu apabila ada usaha seumpama RUU355 ini, mengapa tiba-tiba pihak yang tiada berkepentingan mahu bangkit dan protes sekali gus mencetuskan kekeruhan dalam hubungan baik antara pelbagai agama dan kaum dalam negara yang telah dibina sekian lama.

Dalam hal melibatkan agama dan kepercayaan khasnya dalam kes H355 ini, saya yakin dan percaya rakyat Malaysia khasnya majoriti orang-orang Melayu dan mereka yang lain yang beragama Islam akan segera bangkit dan bersatu menyokong dan menyertai H355 ini.

Biarlah kita semua tanpa mengira apa sahaja ideologi, kelas dan kedudukan, sama ada para pegawai dan kakitangan kerajaan, pemimpin dan penyokong politik, nelayan, petani, peneroka, guru-guru dan pendidik, para peniaga kecil atau besar, pelajar, buruh atau majikan, keluar beramai-ramai secara aman atas nama menyuarakan sokongan kita kea rah memartabat dan mendaultkan Islam, agama kita 18 Febuari nanti.

Biar H355 ini membuka mata ahli-ahli Parlimen Malaysia khasnya bahawa umat Islam yakni yang mewakili majoriti penduduk dalam negara bertegas mahukan RUU355 ini diluluskan dengan baik.

Ini bukan ancaman, tetapi kiranya selepas H355 nanti, jika masih ada ahli Parlimen dari mana parti sekalipun bertegas mahu menentangnya, maka mereka perlu bersedia ditolak oleh para pengundi khasnya pengundi Islam di kawasan mereka masing-masing.

Itulah demokrasi dan kebebasan.

Rakyat menyokong parti dan wakil yang faham dan sensitif akan isu dan permasalahan mereka. Jika ada parti atau wakil yang menolak kemhauan rakyat, dalam kes ini RUU355, maka mereka memberi isyarat pada para pengundi bahawa dalam isu-isu melibatkan usaha memartabatkan amalan agama Islam mereka akan tentang, maka bersedialah menerima risiko ditolak oleh para pengundi Islam.

Sebagai warganegara Malaysia kita berhak memilih dan mengundi sesiapa sahaja dan demikian juga kita berhak untuk menolak dan tidak mengundi sesiapa sahaja.

Tidaklah keterlaluan dalam hal ini jika umat Islam nanti memutuskan mana-mana wakil atau parti yang tidak "Islamic friendly" wajar ditolak dalam Pilihanraya Umum nanti, itu pengundi bijak namanya.

Bagi saya lamgkah menganjurkan H355 ini mencerminkan kematangan berfikir dan kematangan berpolitik semua pihak yang terlibat. Ini bukan himpunan untuk mengibarkan bendera dan menjuarai ideologi mana-mana pihak. Ini himpunan untuk menyokong usaha memperkasakan Islam yang bakal berlaku di Parlimen bulan Mac nanti.

Siapa yang tidak mahu melihat kesatuan dan kesepakatan umat Islam secara sivil dan berdisiplin, berhimpun menyatakan persetujuan terhadap rang undang-undang yang bakal mendekatkan lagi mereka dengan Yang Maha Pencipta mereka.

Sesungguhnya H355 nanti bakal melakar sejarah kesatuan umat Islam dan rakyat Malaysia yang tidak pernah berlaku sebelum ini kecuali sebelum merdeka dahulu.

Pastikan anda antara yang hadir dan mencipta sejarah menyumbang ke arah memperkasakan amalan Islam dalam negara.roslansms@gmail.com

H355: 'Demam purple'

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

1. Januari dan Februari adalah dua bulan yang menyaksikan seluruh rakyat Malaysia sedang mengalami "demam purple". Selain daripada berlangsungnya Badminton SS Purple League sejak 12 Disember 2016 dan akan berakhir 12 Februari 2017 kelak, kini Malaysia juga sedang menanti detik bersejarah Himpunan "Purple" 355.

2. Himpunan 355 yang juga bertemakan purple akan berlangsung pada 18 Februari 2017 di bandaraya Kuala Lumpur. Siri kempen dan roadshow 'Road to H355' sedang berlangsung dan kini marak ke seluruh negara.

3. Ramai yang bertanya saya kenapa purple? Jawapan saya adalah kerana ia bukan merah, bukan kuning, bukan hitam, bukan biru, bukan hijau dan bukan lainnya. Maka ia adalah purple. Ia akan menghimpunkan semua warna-warna penduduk negara ini yang cintakan keamanan, kedamaian dan kesejahteraan hidup.

4. Justeru itu, H355 mengangkat tema Syariat Diperkasa, Rakyat Sejahtera. Malaysia perlukan perubahan. Tidak mampu untuk lakukan perubahan total, maka berubah dalam perkara yang boleh dilakukan sudah cukup bermakna bagi masa depan negara.

5. Sudah sampai masanya negara ini memerlukan pelaksanaan syariah untuk mengekang pelbagai perkembangan mungkar dan apa yang paling penting adalah berusaha untuk membentuk sebuah negara yang bebas murka Allah SWT. Sekali gus mengundang rahmat dan berkat dari Tuhan yang Maha Mencipta.

6. Himpunan 355 (H355) adalah bermaksud memugar semangat dan sokongan seluruh rakyat agar terus bangkit berjuang, berdoa dan memastikan Parlimen Malaysia yang berlangsung pada 6 Mac hingga 6 April akan datang, meluluskan Pindaan Akta 355 melalui sikap positif dan sokongan ahli-ahli parlimen yang ada sekarang.

7. Insya Allah, Demam Purple ini akan kebah pada 18 FebruarI 2017 akan datang.

Nasrudin Hassan
Pengarah Himpunan 355
11 Januari 2017 / 12 Rabiul Akhir 1438
Kuantan

Tiada Halangan PAS Anjur Himpunan Di Dataran Merdeka

Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
tranungkite.net

KUALA LUMPUR: Tiada halangan untuk Pas menganjurkan perhimpunan di Dataran Merdeka pada 18 Februari depan asalkan mengikut peraturan ditetapkan dan mendapat kebenaran pihak polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, kata Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Beliau berkata, berdasarkan Akta Perhimpunan Aman 2012, kerajaan tidak boleh menghalang mana-mana pihak untuk me­nganjurkan perhimpunan atau demonstrasi bagi menyokong atau membantah sesuatu perkara atau isu asalkan mematuhi akta dan peraturan berkaitan.
''Pada saya mereka berhak untuk berbuat demikian... asalkan mengikut syarat dan mendapat kebenaran daripada pihak berkaitan,'' katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Persembahan Gendang 24 Pera­yaan Terbesar di Dunia di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) Tsun Jin di Kampung Pandan, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengenai perhimpunan besar-besaran yang akan diadakan di Dataran Merdeka pada 18 Februari bagi memberi penerangan kepada orang ramai khususnya umat Islam mengenai pindaan terhadap Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau dikenali sebagai Akta 355.

Platform itu akan digunakan untuk memperjelaskan kewajaran usul Rang Undang-Undang Persendirian yang dibawakan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkaitan pindaan akta itu dan mengapa ia mesti disokong oleh semua umat Islam, khususnya anggota Parlimen.

Sementara itu, Persembahan Gendang 24 Perayaan Terbesar di Dunia itu yang disertai 388 peserta dari pelbagai bangsa dan peringkat umur turut dicatatkan dalam Malaysia Book of Records.

Persembahan gendang tersebut kini tidak lagi dilihat sebagai hak mutlak dalam kebudayaan kaum Cina, malah kaum Melayu dan India juga dilihat turut menyertai pasukan persembahan tersebut.

Senario tersebut secara tidak langsung menjadi satu perantara dalam usaha memupuk sema­ngat satu Malaysia dalam kalangan rakyat berbilang bangsa.

- BERNAMA

Himpunan 355: PAS jumpa datuk bandar buat rayuan

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

PETALING JAYA: Penganjur Himpunan 355 akan membuat rayuan terhadap kegagalan mereka memperoleh kebenaran menggunakan Dataran Merdeka bagi melangsungkan program itu.

Pengarah program, Nasruddin Tantawi berkata pihaknya akan berjumpa dan berbincang dengan Datuk Bandar KL Datuk Mhd Amin Noordin Abdul Aziz bagi meneruskan program untuk mengadakannya di Dataran Merdeka.

"Kita sudah hantar permohonan sejak seminggu lalu dan sudah menerima jawapan. Permohonan kami ditolak. Justeru, kami mengambil keputusan berjumpa beliau untuk membuat perbincangan," katanya ketika dihubungi FMT hari ini.

Pada 7 Januari lalu, pengerusi program Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyatakan PAS akan menganjurkan himpunan solidariti Rang Undang-undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355 di Dataran Merdeka pada 18 Februari ini.

Beliau berkata, himpunan itu bertujuan menunjukkan sokongan orang Islam terhadap RUU itu, selain memberi penjelasan mengenainya kepada orang bukan Islam.

Datuk bandar sebelum ini dilaporkan tidak membenarkan PAS menganjurkan Himpunan 355 di Dataran Merdeka dan mencadangkan penganjur mengadakannya di Stadium Titiwangsa.

"Tidak Dataran, tiada rundingan," kata beliau.

Mengulas cadangan lokasi baru, Nasruddin berkata pihaknya enggan memberi sebarang komen dan berharap perjumpaan kelak akan membuahkan hasil.

"Nanti dulu, kita tak nak buat spekulasi lagi. Kita nak jumpa dulu, nak bincang, tengok macam mana," katanya.

PAS anjur himpunan Akta 355 pada 18 Feb

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

PAS akan menganjurkan satu himpunan mega pada 18 Februari depan untuk memberi penerangan kepada orang ramai terutamanya umat Islam tentang Akta 355.

Himpunan Akta 355 itu juga akan turut disertai ratusan NGO yang menyokong pindaan rang undang-undang berkenaan, kata pengerusi himpunan itu, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau yang juga timbalan presiden PAS berkata himpunan yang akan diadakan di Dataran Merdeka itu menganggarkan kehadiran kira-kira 300,000 orang yang terdiri daripada anggota parti, NGO serta orang ramai.

Antara NGO yang akan hadir serta menjadi penganjur bersama himpunan ini ialah Sekretariat Ummah, Majlis Peguam Muslim Malaysia, Majlis Profesional Muslim Malaysia, Pertubuhan Pembela Islam dan Majlis Amal Islami Malaysia.

"Himpunan ini objektif besarnya ialah untuk kita sama-sama nyatakan matlamat untuk bagi penjelasan terhadap kewajaran Akta 355 dan kenapa mesti disokong oleh semua umat Islam, khususnya ahli parlimen.

"Ia juga untuk bangkitkan semangat umat Islam dalam hadapi cabaran dan tentangan pihak yang tak memahami atau mengambil kesempatan tentang isu ini kerana bimbang ia boleh cetus suasana tak harmoni.

"Himpunan ini juga boleh hilangkan keraguan dan kebimbangan rakyat (tentang Akta 355)," katanya dalam satu sidang media di Shah Alam hari ini.

Himpunan berkenaan akan bermula pada jam 3 petang dan dijangka berakhir pada jam 11 malam.

Nazri: MCA tak boleh halang himpunan Akta 355

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

MCA tidak boleh menghalang cadangan PAS untuk menganjurkan himpunan mega bagi memberi penerangan kepada orang ramai terutamanya umat Islam mengenai pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau lebih dikenali Akta 355.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata adalah menjadi hak demokrasi setiap rakyat di negara ini untuk berhimpun.

"Dia (MCA) tak boleh tidak bersetuju kerana ia adalah hak asasi setiap individu.

"Kita ada undang-undang yang membenarkan mana-mana pihak menganjurkan perjumpaan secara beramai-ramai kerana saya percaya semua orang berhak berbuat demikian berdasarkan syarat yang telah ditetapkan," kata Nazri.

Nazri berkata demikian selepas hadir pada acara persembahan gendang 24 perayaan bagi mencipta rekod Malaysia Book of Records di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Tsun Jin, Kuala Lumpur hari ini.

Semalam, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memaklumkan akan menganjurkan himpunan mega untuk memberi penerangan kepada orang ramai terutamanya umat Islam mengenai Akta 355.

Beliau yang juga timbalan presiden PAS berkata himpunan di Dataran Merdeka itu akan turut disertai ratusan NGO yang menyokong pindaan rang undang-undang berkenaan.

Bagaimanapun, cadangan tersebut mendapat bantahan MCA hari ini.

Presiden parti itu, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, himpunan yang dijadualkan pada 18 Februari itu bersifat 'pecah-belah' dan menjejaskan perpaduan di kalangan pelbagai kumpulan etnik di negara ini.

MCA pun boleh berhimpun

Mengulas lanjut Nazri yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno berkata MCA juga boleh mengadakan himpunan balas bagi membantah apa yang dilakukan PAS.

"Jika MCA tidak bersetuju mereka juga boleh mengadakan himpunan bagi membantah himpunan tersebut dan saya tak fikir ada pihak yang boleh halangnya asalkan ia mematuhi syarat akta perhimpunan terbabit," kata Nazri.

Tambah anggota Parlimen Padang Rengas itu beliau juga pasti Umno tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap mana-mana anggota partinya yang menyertai himpunan terbabit.

"Ini hak asasi manusia dan kita tak akan halang siapa-siapa untuk sertai dan saya tak fikir Umno akan keluarkan arahan kerana ini kehendak masing-masing," kata Nazri.

DAP, AMANAH (PAN) turut dijemput hadir Himpunan Akta 355

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

Sempena himpunan Akta 355 pada 18 Februari depan, PAS selaku penganjur utama menjemput parti-parti politik untuk menyertai himpunan berkenaan termasuk DAP dan Parti Amanah Negara (PAN).

Menurut Ketua Penerangan PAS Nasruddin Hassan, surat jemputan kepada semua parti politik akan dihantar dan dijangkakan surat tersebut akan diterima pihak berkaitan dalam masa seminggu.

"Ya kita jemput semua, kita jemput semua.

"Surat akan dihantar sebab kita baru buat sidang media pada hari ini. Beri masa seminggu," katanya.

Beliau memberitahu pemberita demikian selepas sidang media Himpunan Akta 355 di Shah Alam hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan pemberita sama ada DAP dan AMANAH (PAN) turut dijemput untuk menyertai himpunan berkenaan.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Jan 15, 2017 5:29 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Laporan polis dibuat terhadap Gerakan ekoran pertikai sekolah agama

bloglist-malaysia.blogspot. 

Posted by Mohd Sulaiman

BORHAN AHMAD

Gerakan terus dipertikai kerana dakwa sekolah agama punca merebakkan fahaman ektremis.

Tindakan parti Gerakan yang mempertikaikan kedudukan sekolah agama di negara ini terus mendapat bantahan dari pelbagai pihak dan laporan polis terhadapnya mula dibuat.

Hari ini, Biro Pendidikan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) akan membuat laporan polis ke atas Timbalan Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai yang mempertikaikan sekolah agama itu.

Laporan polis itu akan dibuat petang ini di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seksyen 9, Shah Alam Selangor.

Walaupun Dr Dominic dikatakan telah memohon maaf dan menarik balik kenyataan itu, ia masih tidak disenangi.

"Demi keamanan dan kestabilan, saya menarik balik kenyataan saya dan meminta maaf jika ada kesalahan dan berharap tidak ada lagi isu mengenai perkara ini.

"Kebimbangan utama sebenar saya, yang ingin saya sampaikan pada sidang media itu, meminta kerajaan mempertingkatkan langkah membendung penyusupan dakyah ekstremis dan pengaruh asing dalam sekolah agama," kata Dominic dalam kenyataannya.

Semalam, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) mempertikaikan kenyataan Dr Dominic itu.

Setiausaha Agung GPMS, Mohd Alif Anas Md Noor berkata Gerakan sebagai sebuah parti komponen dalam Barisan Nasional (BN) harus tampil memberikan penjelasan kepada umat Islam di negara ini khususnya yang mendapat pendidikan asas di sekolah agama hingga ke pusat pengajian tinggi awam negara.

"Di saat ketidaktentuan politik dan rakyat berpecah belah di tambah pula sentimen agama Islam yang di mainkan oleh Gerakan ini menunjukkan bahawa parti ini semakin hilang arah , tidak menghormati sistem pendidikan agama lain dan tiada lagi mempunyai semangat perpaduan kaum di Malaysia," ujarnya.

Dalam sidang media di ibu pejabat Gerakan dua hari lepas, Datuk Dr Dominic dipetik berkata, sekolah agama adalah ancaman sebenar perpaduan di negara ini dan bukannya sekolah vernakular.

Dakwaan beliau berdasarkan rangka tindakan pendidikan kerajaan sendiri yang menyatakan sekolah agama yang dibiayai oleh kerajaan terdiri sepenuhnya daripada pelajar Bumiputera.

Beliau juga mendakwa sekolah agama mempunyai kecenderungan untuk menghasilkan mereka yang mempunyai fahaman ekstremis Islam.

Turut mempertikaikan Gerakan adalah bekas ahli parti itu, Dr Redhuan Tee yang menyifatkan kedudukan sekolah agama selari dengan perlembagaan persekutuan berbanding sekolah vernakular.

Tidak Wujud Nama Malaikat Izrael Kata Ustaz Rozaimi - Netizens Sibuk Bertelagah Di Ruangan Komen.
bloglist-malaysia.blogspot
sozcyili.blogspot

Tidak wujud nama malaikat Izrael.

Nama malaikat maut sebagai Izrael tidak wujud dalam mana-mana dalil yang tsabit. Ia hanya ada dalam Israeliyyat.

Demikianla penjelasan yang diberikan oleh pakar hadis terkenal, Ustaz Rozaimi Ramlee menerusi salah satu posting yang dipetik di facebook rasminya.

Walaubagaimanapun tinjauan penulis di laman fb milik Ustaz tersebut, terdapatnya beberapa pertengkaran yang menolak pandangan Ustaz Rozaimi.

Malahan ada yang mempertikaikan pencerahan Ustaz Rozaimi kerana ia akan menambahkan pertelingkahan sesama umat dan menyebabkan perpecahan yang lebih teruk.

Bagaimanapun penulis agak bersetuju dengan beberapa pandangan yang dikutip dari posting tersebut.

Diharapkan kita tidak menolak ilmu atas alasan mengelakkan perpecahan. Kerana tanpa ilmu jika umat Islam keseluruhannya bersatu sekalipun bukannya membawa kebaikan. - Sozcyili

Kakak Jumpa Semula Adik 'Hilang' Dengan Kesan Didera

bloglist-malaysia.blogspot
kitabantai.info
Posted by faizal saad

Gambar kesan luka yang dialami mangsa menjadi viral di media sosial.

JOHOR BARU: Kegembiraan seorang wanita berusia 35 tahun bertemu semula dengan adik lelakinya yang hilang bertukar kejutan selepas terlihat kesan luka di seluruh badan mangsa yang dipercayai polis akibat penderaan fizikal.
Menurut salinan laporan polis yang viral di media sosial dan aplikasi mesej sosial, wanita tersebut terkejut dengan keadaan fizikal adiknya apabila mereka terserempak di hadapan sebuah bank dekat Taman Perling pada Sabtu, kira-kira pukul 8.20 malam.
Lelaki berusia 21 tahun itu, seorang jurujual aksesori kereta mengalami kecederaan di bahagian badan dan didakwa dikurung serta didera oleh majikannya.

Mangsa dilaporkan hilang kerana tidak pulang ke rumahnya di Mersing untuk beberapa ketika.

Ketika ditanya mengapa dia tidak pulang ke rumah keluarganya, lelaki itu hanya menjawab dia tidak boleh meninggalkan kerjanya.
Wanita itu cuba menghubungi mangsa malah pergi ke tempat kerjanya tetapi tidak dapat bercakap atau mencari adiknya itu.
Dia mendakwa telah menghubungi majikan adiknya tetapi dimaklumkan mangsa sedang bertugas.
Difahamkan keluarga lelaki itu kemudian mencari mangsa di rumah majikannya di Taman Johor Jaya pada Selasa di mana mereka mendakwa menjumpainya dalam keadaan lemah.
Mangsa didakwa mengalami kecederaan di seluruh badan termasuk ada kesan parut di kedua-dua belah tangan, lepuh di sekeliling mulut, bengkak dan pendarahan dalam mulut dan telinga serta kecederaan parah pada badan dan juga tapak kakinya.
Dua laporan polis telah dibuat mengenai perkara itu di Balai Polis Taman Perling dan Taman Johor Jaya masing-masing pada 9 dan 10 Januari.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Jokhiri Abd Aziz berkata mangsa dipercayai ditumbuk, ditendang dan dipukul dengan rotan oleh suspek iaitu majikannya.
"Mangsa dihantar ke Hospital Sultan Ismail untuk rawatan susulan.
"Polis masih mengesan suspek kerana mereka hilang sejak mangsa meninggalkan rumah tersebut," katanya.
-mstar

Read more: http://www.kitabantai.info/2017/01/kakak-jumpa-semula-adik-hilang-dengan.html#ixzz4VYWTAJ28
Follow us: @kitabantai on Twitter | kitabantai on Facebook

Pelaburan Tipu : Program Islamic Hotel di Mekah dan Madinah
bloglist-malaysia.blogspot
alhusseyn51.blogspot.
Catatan Oleh Alhusseyn Alhusseyn

JOHOR BAHRU: Sepasang suami isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dakwaan penipuan pelaburan program Islamic Hotel di Mekah dan Madinah, 2 tahun lalu.

Sheikh Saidey Nor Sheikh Abdul Rahman, 43, manakala isterinya Sofia Affendi, 42, masing-masing didakwa dengan 2 pertuduhan, yang dibacakan di hadapan Majistret Mohd Azlan Shah Mohd Allias.

Sheikh Saidey didakwa melakukan kesalahan menipu dan memperdaya seorang ahli perniagaan, Raja Farhana Raja Ali, 36, dengan menawarkan pelaburan pajak bilik hotel di Mekah dan Madinah, yang mana mangsa kemudiannya menyerahkan sekeping cek bernilai RM314,535.

Untuk pertuduhan kedua, tertuduh juga didakwa melakukan kesalahan yang sama sehingga mangsa menyerahkan wang berjumlah RM282,616.73 kepada tertuduh.

Sheikh Saidey didakwa melakukan 2 kesalahan itu di Restoran Remaja Bandar Baru Uda, Jalan Tampoi, pada April 2015 antara 8.30 hingga 11 malam.

Bagi kedua-dua pertuduhan, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang setahun dan maksimum 10 tahun berserta sebatan dan denda.

Manakala, Sofia juga dituduh bersubahat dengan suaminya atas 2 pertuduhan untuk memperdaya Raja Farhana berhubung program itu di lokasi dan waktu sama.

Dia dituduh mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama-sama Seksyen 420 Kanun Keseksaan di mahkamah sama. Azlan Shah kemudiannya menetapkan wang jaminan RM90,000 untuk setiap tertuduh dengan seorang penjamin dan diarahkan menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Mohd Nasir manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Mahkamah menetapkan 7 Februari untuk sebutan semula kes. ~ sumber

Nota : Sila baca mengenai penipuan Skim Islamic Hotel oleh Dato Syeikh Saidey Nor .

21 TAHUN YAHYA AYYASH, HERO PALESTIN MENINGGALKAN KITA
bloglist-malaysia.blogspot
kerabubersuara.blogspot

05/01/1996 - 05/01/2017

21 TAHUN YAHYA AYYASH, HERO PALESTIN MENINGGALKAN KITA.

Yahya Ayyash merupakan seorang jurutera dan wira Palestin yang berjaya menentang pengganas Israel dan membuktikan kepada mereka bahawa Palestin tidak pernah menyerah dengan apa-apa cara sekalipun.

Hero Palestin ini melibatkan diri secara aktif dalam Briged Ezzdeen Al-Qassam dan menyumbang kepakaran dalam membuat bahan letupan dari bahan2 mentah.

Ayyash adalah individu utama disebalik operasi-operasi syahid untuk mengajar regim Israel atas serangan tidak berperikemanusiaan mereka ke atas orang awam. Baruch Goldstein, syaitan bertopengkan manusia berbangsa Yahudi membunuh lebih dari 30 orang Palestin ketika mereka sedang khusyuk bersolat di Masjid Al-Ibrahimi di Bandar Khalil, Hamas berazam untuk membalasnya ke atas pihak zionis. Beberapa minggu selepas pembunuhan kejam keatas jemaah yang sedang solat tersebut, beberapa serangan balas dilakukan keatas Israel. Pihak kerajaan Israel kemudiannya mendapat maklumat bahawa Ayyash adalah dalang disebalik semua serangan balas, dalam sekelip mata Yahya Ayyash menjadi individu utama yang tersenarai dalam most-wanted list rejim Israel.

Hidup dalam buruan menyebabkan Ayyash terpaksa hidup berpindah randah dalam masa tiga tahun. Dalam tempoh persembunyiannya, beliau telah menyamar sebagai seorang Rabi Yahudi (seperti Paderi Kristian), dan penyamarannya ternyata berkesan kerana rejim Israel gagal mengesan beliau sehinggalah maklumat datang dari pihak Islam sendiri. Ayyash bukanlah seorang yg pengecut kerana bersembunyi dari pihak Zionis tetapi tempoh persembunyiaannya itu digunakan sebaik mungkin untuk melatih pemuda-pemuda Palestin untuk membuat senjata dan bom menggunakan bahan-bahan asas yg boleh ditemui di bumi Palestin.

Pada 5 Februari 1996, Yahya Ayyash syahid disebabkan strategi pembunuhan yang begitu licik oleh pihak Israel iaitu dengan meletakkan bom di dalam telefon bimbitnya. Ini membuktikan betapa gerunnya Israel terhadap wira ini.

NASA Membenarkan Hadis Nabi SAW Bahawa Sungai Eufrat akan Alami Kekeringan

bloglist-malaysia.blogspot

Dicatat oleh ustazcyber.com

 

Badan antariksa Amerika Syarikat pada 2013 mengungkap bahawa air di wilayah Timur Tengah mengalami pengurangan atau mengering. Berkurangnya air ini dipelajari mulai Januari 2003 hingga Desember 2009 dengan memanfaatkan satelit Gravity Recovery and Climate Experiment (GRACE).

Disiar Nasa.gov, Khamis (5/1/2017), ilmuwan di University of California, NASA Goddard Space Flight Center, National Center for Atmospheric Research, menemukan selama periode tujuh tahun yang dimulai 2003 bahawa bahagian dari Turki, Syria, Iraq, dan Iran sepanjang sungai Tigris dan Eufrat mengalami kehilangan 144 kilometer kubik dari jumlah air tawar yang tersimpan.

"Data GRACE menunjukan tingkat yang mengkhawatirkan dari penurunan total penyimpanan air di lembah sungai Tigris dan Eufrat," kata Jay Famiglietti, peneliti utama di UC Irvine.

Diambil dari berbagai sumber, alasan mengeringnya sungai eufrat ialah akibat bendungan Ataturk. Bendungan ini dibangun untuk dimanfaatkan sebagai pembangkit elektrik dan penyedia irigasi bagi lahan pertanian.

Sekira 90 persen dari debit tahunan Sungai Eufrat berasal dari Turki, sementara sisanya berasal dari Syria serta Iraq. Pada pertengahan Januari 1990, fasa pertama pembangunan bendungan selesai, Turki menahan seluruh aliran Sungai Eufrat selama sebulan untuk memulai pengisian waduk.

Bendungan Ataturk memotong aliran dari sungai Eufrat sekira sepertiganya. Temuan ilmiah ini mengingatkan pada salah satu hadits.

"Hari kiamat tidak akan terjadi sampai sungai Eufrat (mengering lalu) menyingkapkan gunung emas. Orang-orang saling membunuh untuk memperebutkannya. Terbunuhlah pada setiap 100 orang itu 99 orang, namun masing-masing dari mereka berkata, 'barangkali aku yang menjadi orang yang selamat itu," (HR. Muslim).

(SUMBER EM)

Syaikh Arifi..Kesan buruk Game Playstation dan Sejenisnya

bloglist-malaysia.blogspot.

Dicatat oleh ustazcyber.com

 

Riyadh – Ada penelitian yang mengatakan bahawa sebuah game di playstation, berisi pelajaran lengkap tentang berbagai strategi tempur, perang gerila, teknik tentera dan persenjataan lainnya.

Namun, ada juga yang mengatakan bahawa bermain game ini akan menumbuhkan generasi yang agresif kerana dapat terpengaruh game tersebut, dan berpotensi diaplikasikan dalam kehidupan nyata.

Dalam hal ini, dai terkenal asal Saudi, Syaikh Mohammed Arifi memiliki sudut pandang lain tentangnya. Ia mengatakan bahawa dalam game tersebut ada adegan bom, pembunuhan, pembongkaran rumah, serangan terhadap pihak lain.

"Semua ini sengaja disediakan oleh pihak penyedia game untuk anak-anak kita," imbuhnya. "Jika seorang Muslim membuat game ini, maka ia akan dimasukkan dalam daftar teroris," katanya menambahkan.

Syaikh Arifi mengatakan bahawa game di playstation atau sejenisnya itu tidak hanya menyentuh batas-batas syariat. Namun juga mempengaruhi perilaku, aspek sosial dan kesihatan, bahkan keamanan.

Ia pun memperingatkan bahaya kecanduan game tersebut. "Sering bermain playstation, akan membuat dirinya terkucil, mengalami sakit di punggung dan leher, dan melemahkan otak," jelasnya.

"Jangan sering-sering bermain hal itu. Gunakanlah waktu Anda sebaik-baiknya!" pungkasnya.

Sumber: Arabi21/kiblat

2 Sebab Kenapa Pesawat Tak Boleh Melintas di Atas Ka'bah

bloglist-malaysia.blogspot

Dicatat oleh ustazcyber.com

Riyadh – Seorang pilot Arab Saudi mengungkap alasan sebenarnya pesawat tidak boleh melintas di atas Ka'bah di Masjid Haram, Makkah. Bukan kerana adanya gelombang magnet, seperti digambarkan oleh sejumlah media Barat, namun lebih untuk melindungi para jamaah umrah dan haji.

Seperti disiar dari portal TV orient-news.net, Jumat (13/01/17), pilot sekaligus pemerhati urusan penerbangan bernama Hasan Al-Ghamidi itu membantah informasi salah yang selama ini ramai beredar di sosial media.

Ghamidi menegaskan dalam rakaman video yang diunggahnya di Facebook bahawa larangan terbang di atas Masjid Al-Haram bukan kerana adanya gelombang magnet yang terpancar dari Ka'bah. Dan juga, bukan kerana adanya ruangan hampa di atas kiblat umat Islam itu.

Dia menjelaskan, sebab sebenarnya pesawat dilarang melintas di atas Masjid Al-Haram kerana posisi kota Makkah yang berada di wilayah pegunungan. Hal itu menyebab suara yang ditimbulkan mesin pesawat memantul boleh menimbulkan efek buruk bagi para jamaah umrah dan haji.

Sebab lain, imbuhnya, kerana di dalam pesawat yang melintas sangat memungkinkan ada penumpang non muslim. Dalam Al-Quran disebutkan, non muslim tidak boleh memasuki wilayah Makkah dan Madinah.

orient-news.net/kiblat

13 Alasan Emmanuel Adebayor Memeluk Islam !

bloglist-malaysia.blogspot

Dicatat oleh ustazcyber.com

 

Inilah 13 alasan Adebayor memeluk Islam sebagaimana disiar oleh theheraldng.com.*

Pemain bola sepak yang pernah bermain untuk klub-klub bola sepak top Eropah: Arsenal, Manchester City, Real Madrid, dan kini Tottenham Hotspurs ini mengatakan,

"Aku punya 13 alasan yang kuat mengapa seorang muslim itu sama seperti Jesus dan mereka lebih mengikuti Jesus daripada orang-orang Kristian:

*Pertama,*

Jesus mengajarkan bahawa hanya ada satu Tuhan. Hanya satu Tuhan saja yang berhak untuk disembah. Hal itu termaktub dalam Deut 6:4, Mark 12:29. Umat Islam juga meyakini demikian. Sebagaimana diajarkan Alquran dalam surat 4 (An-Nisa) ayat 171.

*Kedua,*

Jesus tidak makan daging babi. Dijelaskan dalam Leviticus 11:7. Sama dengan yang dilakukan umat Islam. Dan hal itu dijelaskan Alquran dalam surat 6 (Al-An'am) ayat 145.

*Ketiga,*

Jesus mengucapkan salam dengan kalimat "assalamu'alaikum" (kedamaian selalu bersamamu). Terdapat dalam John 20:21. Muslim juga mengucapkan salam dengan cara demikian.

*Keempat,*

Jesus selalu mengucapkan "God Willing" (insya Allah). Umat Islam mengucapkan kalimat ini juga sebelum mereka melakukan apapun. Sebagaimana dituntunkan dalam Alquran surat 18 (Al-Kahfi) ayat 23-24.

*Kelima,*

Jesus mencuci wajah, kedua tangan, dan kedua kakinya sebelum shalat. Hal yang sama juga dilakukan oleh seorang muslim.

*Ke-enam,*

Jesus dan nabi-nabi lainnya yang terdapat di dalam Injil shalat dengan meletakkan kepala mereka di tanah. Dijelaskan dalam Matthew 26:39. Muslim juga melakukan demikian. Sebagaimana diajarkan Alquran dalam surta 3 (Ali Imran) ayat 43.

*Ketujuh,*

Jesus memiliki janggut dan memakai throbe (gamis). Hal ini disunnahkan bagi seorang muslim.

*Kedelapan,*

Jesus mengikuti syariat (syariatnya tauhid sama seperti nabi-nabi sebelumnya pen.) dan mengimani semua nabi. Lihat Matther 5:17. Muslim juga diajarkan demikian oleh Alquran. Lihatlah surat 3 (Ali Imran) ayat 84 dan 2 (Al-Baqarah) 285.

*Kesembilan,*

Ibu Jesus, Maryam, mengenakan pakaian yang menutupi seluruh tubuhnya dan mengenakan hijab. Sebagaimana terdapat dalam 1 Timothy 2:9, Genesis 24: 64-65, dan Corinthians 11:6. Wanita muslimah juga mengenakan pakaian yang sama. Alquran mengajarkan mereka dalam surat 33 (Al-Ahzab) ayat 59.

*Kesepuluh,*

Jesus dan nabi-nabi lainnya yang disebutkan di dalam Injil berpuasa hingga lebih dari 40 hari. Lihat Exodus 34:28, Daniel 10:2-6. 1Kings 19:8 dan Matthew 4:1. Muslim pun berpuasa selama bulan Ramadhan. Seorang muslim diwajibkan berpuasa sebulan penuh, 30 hari. Lihat Alquran surat 2 (Al-Baqarah) ayat 183. Kemudian dianjurkan untuk melanjutkan berpuasa 6 hari untuk menambah ganjaran pahala.

*Kesebelas,*

Jesus mengajarkan agar berucap "Kedamaian untuk rumah ini" ketika memasuki rumah. Lihat Luke 10:5. Dan juga memberi salam kepada orang-orang di dalam rumah dengan ucapan "Kedamaian untuk kalian". Sekali lagi, muslim melakukan hal yang sama persis dengan apa yang dilakukan dan diajarkan Jesus. Ketika kita masuk ke rumah kita, atau rumah orang lain, kita mengucapkan "Bismillah" dan juga memberi salam "assalamualaikum". Inilah tuntunan Alquran dalam surat 24 (An-Nur) ayat 61.

*Kedua belas,*

Jesus dikhitan (disunat). Khitan merupakan salah satu dari 5 sunnah fitrah dalam ajaran Islam. Dalam Islam, seorang laki-laki diwajibkan untuk berkhitan. Berdasarkan Injil Luke 2:21. Jesus berusia 8 hari saat ia dikhitan. Di dalam Taurat, Allah berfirman kepada Nabi Ibrahim bahawa khitan adalah sebuah "perjanjian abadi". Lihat Genesis 17:13. Di dalam Alquran, surat 16 (An-Nahl) ayat 123, seorang muslim diwajibkan untuk mengikuti agama Nabi Ibrahim. Nabi Muhammad ï·º bersabda, "Ibrahim berkhitan setelah berumur delapan puluh tahun" (HR. Bukhari, Muslim, dan Ahmad).

*Ketiga belas,*

Jesus berbicara dalam bahasa Aramaik dan menyebut Tuhan dengan Elah. Secara penyebutan atau pelafalan, sama dengan lafadz Allah. Aramaik adalah bahasa kuno. Ia merupakan bahasa Bible. Bahasa ini merupakan salah satu dari Bahasa Semit. Termasuk juga bahasa Hebrew (Ibrani), Arab, Ethiopia, dan bahasa-bahasa kuno lainnya seperti bahasa Assyria dan Babylonia yang merupakan Bahasa orang-orang Akkadia.

Bahasa Aramaik "Elah" dan bahasa Arab "Allah" adalah sama.

Kata Aramaik "Elah" berasal dari bahasa Arab "Allah". Yang artinya adalah Tuhan. Allah dalam bahasa Arab artinya juga Tuhan. Tuhan Yang Mahatinggi. Anda boleh dengan mudah mendapatkan kesamaan pelafalannya. Dengan demikian, Tuhannya Jesus juga merupakan Tuhannya orang-orang Islam. Dialah Tuhan semua manusia. Dan Tuhan semua makhluk yang ada.

*Nah, sekarang katakan kepadaku, siapakah pengikut Jesus yang sebenarnya? Tentu saja jawabnya umat Islam.*

Sekarang saya yakin saya telah menjadi pengikut Jesus yang sebenarnya," tutup Adebayor.

[kisahmuslim]

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Jan 15, 2017 5:31 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



LETAK JAWATAN PENGERUSI MARA, KETUA PENERANGAN UMNO!!
KEPADA TMJ...TUANKU MEMANG TERBAIKLAH....DIHARAPKAN TUANKU MENDEDAHKAN LAGI BANYAK KEPINCANGAN TENTANG 1 MBD JUGA FELDA....BAYAK SUDAH PENDEDAHAN DARI YB RAFIZI RAMLI....SAMA SAJA..DIAM......SEBAGAI PENYOKONG KUAT TUANKU...PATIK MERAYU AGAR TUANKU LAKUKAN SESUATU...JIKA TIDAK...HABIS LA NEGARA KITA DI ....

bloglist-malaysia.blogspot
wrlr.blogspot
Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR
Apa pilihan untuk Annuar Musa?

Sebaik didedahkan tentang tajaan oleh Pelaburan Mara Bhd dan UniKL kepada pasukan bolasepak Kelantan, dengan bangga beliau mengatakan tidak perlu perlu melayan "hujah-hujah bodoh" seperti itu.

Tetapi, tidak lama kemudian segera berubah fikiran apabila dengan bangga mengatakan pasukan bolasepak Kelantan tidak pernah menerima tajaan walau satu sen pun daripada Mara.

Tetapi hari ini, berlainan lagi nadanya.

Semalam rupa-rupanya Annuar tidak sedar bahawa bersama pendedahan Tengku Mahkota Johor itu turut sama disertakan salinan surat permohonan tajaan, cek dan slip bank sebagai bukti apa yang didedahkannya.

Alasannya, beliau sedang berada di kawasan Taman Negara yang tidak mempunyai kemudahan internet, lalu tidak mendapat gambaran sebenar mengenainya, sebaliknya hanya berdasarkan mesej dan panggilan daripada kawan-kawannya saja.

Makna kata, jika tidak ditunjukkan bukti, walaupun mengetahui perkara yang sebenarnya, Annuar masih lagi cenderung untuk menafikan perkara itu.

Hanya setelah tidak mampu menafikan dan berdalih, barulah beliau mengaku akhirnya.

Sebab itu, hari ini nada Annuar berubah lagi.

Katanya, pendedahan bukti-bukti itu menunjukkan tajaan kepada pasukan bolasepak Kelantan telah dijalankan dengan telus serta teratur.

"Bagi saya, kita ucapkan terima kasih atas edaran itu kerana ia menunjukkan kedua-dua pihak lakukan dengan begitu teratur. Ada tawaran, ada rundingan dan tawar menawar, ada kontrak, ada baucer, ada resit dan lain-lain lagi.

"Saya percaya bukan dengan UniKL saja, tetapi dengan semua penaja lain. Semuanya dibuat secara tertib dan berperaturan," ujarnya lagi.

Mengapa tidak awal-awal lagi Annuar mengakui perkara sebenar berkenaan tajaan itu sedangkan beliau tahu duduk perkara yang sebenarnya?

Begitukah sikap pemimpin yang bertanggungjawab?

Nampaknya sekali lagi Annuar keliru.

Isunya bukan sama ada tajaan itu dilakukan dengan telus, teratur atau sebaliknya, tetapi wajar atau tidak dua anak syarikat Mara menaja sebuah pasukan bolasepak dan wujud konflik kepentingan atau sebaliknya?

Soal kedua-duanya berstatus anak syarikat juga tidak timbul kerana dana asalnya tetap diperolehi daripada Mara induk yang fokus utamanya adalah memperkasa bidang pendidikan, kemahiran dan keusahawanan.

Mara pula sudah tentu memperolehi dana tahunannya daripada peruntukan yang diberikan oleh kerajaan dengan menggunakan wang rakyat.

Selain itu, tajaan kepada Kelantan ini juga berkaitan konflik kepentingan di mana Annuar juga adalah Pengerusi Mara, Pengerusi Pelaburan Mara Bhd dan Presiden bolasepak Kelantan sebelum mengundurkan diri baru-baru ini.

Hanya UniKL dipengerusikan oleh seorang pemimpin UMNO Selangor, namun ia masih terletak di bawah Mara.

Soal konflik kepentingan adalah isu besar yang perlu dijawab dan dijelaskan oleh Annuar dalam perkara ini kerana menjadi Pengerusi Mara ada hubung kait dengan sikap jujur serta amanah kepada anak bangsa sendiri.

Jika tidak, dengan dalam masa yang sama juga berkapasiti sebagai Ketua Penerangan UMNO, beliau lebih menjadi liabiti kepada parti itu.

Siapa lagi mahu mempercayai kata-katanya dan ramai ahli-ahli UMNO tentu kecewa dengan apa yang telah dilakukannya di agensi kerajaan itu.

Paling wajar dan tepat, meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Mara dan Ketua Penerangan UMNO adalah pilihan yang terbaik bagi Annuar sebelum pihak polis dan SPRM harus diberi ruang melakukan penyiasatan terhadapnya. (SH 13/01/2016).

Annuar Musa kantoi 24 saman tertunggak sejak 16 tahun lepas
bloglist-malaysia.blogspot
milosuam.netCARIAN Syarikat The Red Warriors Sdn Bhd menerusi sistem Suruhanjaya Syarikat Malaysia, SSM telah berjaya menemui nama Tan Sri Annuar Musa sebagai penama dan pemegang 'share' syarikat tersebut.

Jika anda terlepas artikel sebelum ini, sila klik link berikut,

Carian tersebut bukan sahaja menemui nama beliau, malah beberapa butir peribadi seperti alamat rumah dan nombor kad pengenalan, IC (tidak didedahkan).

Aku cuba menggunakan nombor IC tersebut untuk membuat semakan di laman sesawang MyEG.

Apa yang aku temui sangat mengejutkan, rupa-rupanya, Tan Sri Annuar Musa mempunyai 24 saman-saman tertunggak yang masih belum dijelaskan sejak 16 tahun lalu, iaitu sejak tahun 2000 berjumlah RM4850.

Sebelum ini pernah juga didedahkan bahawa Datuk Jamal Md Yunos (Jamal Jamban) mempunyai 12 saman trafik.

Rupa-rupanya, Tan Sri Annuar Musa lagi banyak saman tertunggak. Jadi jangan hairanlah jika rakyat Malaysia ramai yang tak bayar saman termasuk aku, orang kaya dan pemimpin negara macam Jamal Jamban dan Annuar Musa pun tak bayar saman, apa lagi orang miskin macam aku dan kamu.

Kepimpinan melalui teladan...

Read more: http://www.milosuam.net/2017/01/annuar-musa-kantoi-24-saman-tertunggak.html#ixzz4VjE0QqFP

Tan Sri usah sibuk dengan Faiz Subri, jelaskan tajaan MARA.
bloglist-malaysia.blogspot
sisibukit.blogspot.

TAN SRI, DARIPADA INGIN MENGAMBIL KESEMPATAN DENGAN KEJAYAAN FAIZ SUBRI LEBIH BAIK LUANGKAN MASA UNTUK JELASKAN MENGENAI TAJAAN PELABURAN MARA DAN UNIKL IAITU DUIT RAKYAT

Saya telah menjangka lebih awal lagi tentang kemenangan Faiz Subri pasti akan mendapat perhatian individu-individu, terutama sekali ahli-ahli politik yang ingin melonjakkan kembali reputasi mereka yang sedang merudum. Pertama, kepada Tan Sri yang sentiasa tidak berpuashati kepada saya dan seorang menteri yang kononnya turut ingin menumpang populariti dengan kejayaan Faiz Subri mengatakan saya angkuh dan sebagainya. Biar saya selesaikan mengenai Tan Sri terlebih dahulu. Ingat, jangan dikejutkan harimau yang sedang tidur. Saya tidak kacau orang, jadi jangan mengganggu saya.

Baiklah, untuk Tan Sri terlebih dahulu. Sebelum menggunakan kejayaan Faiz Subri untuk populariti anda dengan mengatakan saya angkuh kenapa tidak Tan Sri juga tampil memberi keterangan mengenai duit tajaan daripada Pelaburan Mara dan UniKL yang dipaksa untuk menaja pasukan The Red Warriors.

Sewaktu ekonomi negara tidak begitu baik dan banyak pemotongan di sana sini, masih tergamak Tan Sri menggunakan duit rakyat untuk pasukan The Red Warriors yang mana Tan Sri sendiri merupakan Pengerusi Mara. Tidak cukup dengan Pelaburan Mara yang Tan Sri paksa, UniKL juga turut menjadi mangsa. UniKL terpaksa mengurangkan biasiswa pelajar-pelajar Malaysia dari RM2 billion kepada RM1.3 billion bagi tahun 2016 tetapi Tan Sri telah menggunakan kuasa untuk memaksa mereka menaja pasukan TRW pada tahun itu. Mohon Tan Sri jelaskan ke mana hala tuju pelaburan Mara dan UniKL tersebut yang merupakan wang rakyat.

Akhir sekali, pesanan saya kepada Tan Sri dan menteri berkenaan, jangan lupa beli jersi baru JDT 2017 yang akan dilancarkan pada malam ini.

DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

------

TAN SRI, DON'T TAKE ADVANTAGE WITH FAIZ SUBRI'S SUCCESS BUT EXPLAIN THE SPONSORSHIP FROM PELABURAN MARA AND UNIKL

I had predicted much earlier that Faiz Subri's victory would definitely grab the attention of individuals, especially politicians who wanted to restore their dwindling reputation. Firstly, to the Tan Sri who is always dissatisfied with me and a minister who apparently wants to share popularity with Faiz Subri's success by saying that I'm arrogant etc. Let me sort about this Tan Sri first. Remember, don't wake a sleeping tiger. I don't disturb people, so don't disturb me.

Well, for the Tan Sri first. Before using Faiz Subri's success for your popularity by saying that I am arrogant, why doesn't Tan Sri come forward to give an explanation about sponsorship money from Mara investments and UniKL who were forced to sponsor the Red Warriors team?

When the nation's economy is weak and when there are fiscal cuts here and there, you still proceeded to use the funds meant for Malaysians to fund The Red Warriors as the Chairman of Mara. Having already used funds from Pelaburan Mara, this didn't stop you from tapping reserves in UniKl. Given the weak economy, in 2016, UniKl was forced to reduce the allocation for scholarships of Malaysian students from RM2 billion to RM1.3 billion. Having said this, you still strong armed UniKl to sponsor TRW in that same year. Tan Sri, please explain the direction of Pelaburan Mara and UniKl as it belongs to all Malaysians.

Lastly to Tan Sri and minister, please don't forget to purchase our new jerseys 2017.

HRH Brigadier General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor

Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth

Carian SSM sahkan Annuar Musa pemilik The Red Warriors Sdn Bhd
milosuam.net

DALAM satu kiriman di halaman facebook miliknya, Tan Sri Annuar Musa mendakwa bahawa The Red Warrior, TRW bukan miliknya, namun carian di SSM menunjukkan perkara sebaliknya, sekaligus membuktikan bahawa beliau berbohong.

Hasil carian di Suruhanjaya Syarikat Malaysia, SSM menunjukkan bahawa The Red Warriors Sdn Bhd dengan nombor pendaftaran 932459-X tertera nama Tan Sri Annuar Musa sebagai salah seorang Pengarah (directors).

Selain itu, beliau merupakan penama pertama dalam syarikat tersebut, yang namanya didaftarkan pada tarikh 13 Febuari 2011, enam tahun yang lalu yang turut merupakan pemegang 'share'.

Nama The Red Warriors Sdn Bhd mula menjadi bualan selepas Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedahkan dokumen-dokumen yang tertera nama syarikat itu mendakwa berlaku penyalahgunaan dana untuk menaja Pasukan Bola Sepak Kelantan.

TMJ mendakwa dana dari MARA dan UniKL disalahguna untuk menaja pasukan bola sepak Kelantan.

Justeru orang ramai mula tertanya-tanya siapakah sebenarnya pemilik The Red Warriors Sdn Bhd, TRW menyebabkan carian terhadap maklumat syarikat itu dibuat di SSM, sekaligus mendedahkan nama-nama pemiliknya.

Jadi di sini nampaknya jelas berlaku 'conflict of interest' dalam penajaan The Red Warriors.

Mana tidaknya, Tan Sri Annuar Musa adalah Pengerusi MARA, UniKL merupakan milik penuh MARA, dalam masa yang sama beliau juga adalah presiden KAFA, dan terbaru didedahkan sebagai salah seorang pemilik The Red Warriors Sdn Bhd.

Oleh itu memang selayaknya satu siasatan dibuat terhadap beliau.

Read more: http://www.milosuam.net/2017/01/carian-ssm-sahkan-annuar-musa-pemilik.html#ixzz4VjpiNB8Y

MARA Perjelaskan Kelewatan Tajaan UniKL, Pelajar UniKL Minta Tambah Peruntukan - Annuar Musa Kantoi, Lagi!
bloglist-malaysia.blogspot
amenoworld.org
Posted by Ameno World

Sebelum ini pihak kami telah menyiarkan kenyataan Tan Sri Annuar Musa yang mengatakan UniKL adalah entiti swasta yang tidak bergerak atas tajaan dan biasiswa.

Bagi memastikan kesahihan kenyataan tersebut, kami melakukan sedikit semakan dengan melakukan carian Google.

Hasil semakan kami mendapati beberapa perkara seperti berikut ;

Laporan oleh Utusan ditulis pada tahun 2016, rujuk sini manakala status fb adalah bertarikh tahun 2011. Jelas disini wujudnya unsur-unsur tajaan ke atas pelajar-pelajar UniKL meskipun dinafikan oleh Annuar Musa sebelum ini.

Walaubagaimanapun dalam laporan Utusan turut memetik kenyataan Tan Sri Annuar Musa yang menafikan dakwaan pengurangan biasiswa ke atas pelajar meskipun MARA menghadapi masalah aliran wang tunai.

Selain dari itu, hasil semakan di SSM turut membuktikan Tan Sri Annuar Musa ialah pemilik The Red Warriors yang sebelum ini dinafikan olehnya.

Ia didedahkan oleh blogger Milosuam.

Dengan maklumat ini, ia sekali lagi mengantoikan penipuan Annuar Musa dalam isu penajaan TRW.

Jamal Jamban tunjuk kad pengenalan, kantoi ada 12 saman tertunggak
milosuam.net

TINDAKAN Datuk Jamal Yunos, (Jamal Jamban) Ketua Umno Bahagian Sungai Besar menawarkan dirinya untuk menjadi presiden Persatuan Bola Sepak Selangor, FAS semalam telah mendedahkan nombor kad pengenalannya kepada umum di internet.

Nombor kad pengenalan Jamal terdedah, ketika menunjukkan surat yang diserahkannya kepada FAS bagi menawarkan diri sebagai presiden baru persatuan bola sepak itu di depan kamera pihak media.

Semakan di laman web MyEG menggunakan nombor kad pengenalan milik Jamal Jamban mendapati terdapat 12 saman tertunggak sejak tiga tahun lalu, yang masih tidak dijelaskan oleh beliau sehingga ke hari ini berjumlah RM3150.

Sebelum ini juga telah didedahkan satu dokumen mahkamah setebal 25 muka surat yang mendapati syarikat milik Jamal Jamban, menggunakan nama Jamal Jaya Holding Sdn Bhd, didapati melakukan pengubahsuaian meter elektrik (curi elektrik).

Hal ini membuatkan orang ramai (netizen) di media sosial mempersoalkan janji Jamal Jamban untuk selesaikan masaalah gaji FAS dalam masa 14 hari jika dipilih menjadi Presiden.

Mana tidaknya, kalau saman tertunggak sejak 3 tahun lepas pun tak boleh bayar, syarikat miliknya pula kantoi curi elektrik, bagaimana Jamal nak selesaikan masaalah gaji tertunggak dalam FAS?

Read more: http://www.milosuam.net/2017/01/jamal-jamban-tunjuk-kad-pengenalan.html#ixzz4VjqDqPZn

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Jan 15, 2017 5:32 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



'Tak cikgu, ayah saya dah meninggal dunia...'

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

Pagi ini, aku teringat suatu kejadian yang berlaku di hari pertama persekolahan. Kisah ini berlaku beberapa tahun lepas.

Hari pertama, sekolah penuh sesak dengan ibu bapa murid tahun 1. Waktu rehat pun masih begitu. Ramai ibu bapa menemani anak masing-masing, ajar mereka membeli, menyuapkan anak mereka makan. Mereka kelihatan mesra dan amat bahagia sekali.

Masa ini, aku boleh dikatakan mentah dalam dunia pendidikan. Baru 5-6 tahun pengalaman bersama murid tahun 1. Dan masa ini, aku masih belum ada keberanian untuk menegur ibu bapa yang mengambil hak murid sewaktu rehat. Ibu bapa yang menggunakan bangku murid, sedangkan ramai lagi murid berdiri mencari tempat untuk duduk dan makan.

Semasa aku ralit memerhatikan perlakuan ibu bapa yang bahagia melayan anak mereka, aku perasan ada seorang murid perempuan berdiri di tepi tiang. Tangannya memegang bekal makanan dan sebotol air minuman. Termangu-mangu murid itu sendirian tanpa tahu hendak duduk dan makan bekalannya.

Aku mula memandang jelek perlakuan ibu bapa yang langsung tidak mempedulikan kehadiran murid tahun 1 yang keliru itu. Malah, tiada di antara mereka yang mempelawa murid itu untuk duduk dan makan. Sebaliknya mengambil hak murid itu untuk berada di bangku sambil membelai anak masing-masing.

Nak ditegur, aku sendiri belum ada keberanian. Maka aku mendekati murid itu dengan beberapa persoalan.

"Kenapa murid ini tidak berteman? Mana ibu bapa dia? Apa punya ibu bapa yang tidak menemani anak tahun 1 di hari pertama mereka?"

Sedikit rasa kesal terhadap tiadanya sikap prihatin ibu bapa murid itu terlintas di hati. Tanpa banyak soal, aku pimpin murid itu mencari tempat kosong. Semasa memimpin tangannya, aku sempat bertanya.

"Mak ayah awak tak datang temankan awak ke hari ini?"

"Tak cikgu, ayah saya dah meninggal dunia," jawabnya.

"Oh. Mak awak? Kerja?" soalku lagi.

"Mak saya di hospital, masuk wad. Dia sakit," jawabnya dengan nada sayu dan riak wajahnya seakan-akan mahu menangis.
Rasa bersalah terus melanda hati aku kerana bertanyakan soalan itu. Rupa-rupanya murid ini tinggal bersama ibu saudaranya. Kakaknya ada tetapi belajar sesi pagi, sedangkan murid tahun 1 di sesi petang.

Rasa meluap kemarahan pada ibu bapa lain yang tak cakna dan pentingkan diri sehingga mengambil hak anak yatim ini. Baru sahaja murid ini duduk, loceng berbunyi menandakan waktu rehat sudah tamat. Guru tahun 1 yang bertugas memanggil murid untuk berkumpul dan masuk kelas. Murid ini gelisah melihat kawan-kawan dia mula beredar meninggalkan kantin, sedangkan dia masih belum sempat menjamah waima sebutir nasi.

Terus aku kata padanya.

"Jangan risau, awak duduk dan makan dahulu bekal makanan awak. Cikgu tunggu awak."

Maka, murid ini makan dengan ditemani aku. Seusai makan, aku menghantar dia ke dewan tempat murid lain berkumpul.

Esoknya, aku pergi lagi ke kantin, melilau mata mencari murid ini. Entah kenapa muka murid tahun 1 nampak semuanya sama di mata aku. Aku gagal mengesan murid itu. Aku mencari di setiap tiang, tiada kelibatnya. Agaknya dia sudah pandai mencari tempat duduknya sendiri dan berdikari.

Hari seterusnya pun aku masih mengelilingi tiang dan cuba mengecam setiap wajah murid perempuan yang makan keseorangan. Tetapi gagal.

Sejak itu, keberanian datang pada aku. Setiap tahun, akulah yang akan 'menghalau' ibu bapa yang duduk di bangku murid. Guru lain masih segan dan tidak berani nak 'menghalau' mereka. Pernah mereka minta dengan lemah lembut tetapi tidak ramai yang ambil perhatian.

Ibu bapa yang pentingkan diri dan mengambil hak murid ini tidak aku malu pada mereka. Tidak lagi aku mahu menjaga hati mereka. Dengan tegas aku meminta mereka bangun memberi ruang kepada murid untuk duduk sehingga ada ibu bapa yang pernah terasa dengan ketegasan aku dan menyindir di belakang.

Aku tidak kisah dengan sindiran itu kerana mereka yang mengambil hak murid aku tidak lagi tersenarai di dalam senarai orang yang aku perlu hormati lagi.

Biarlah apa orang nak kata kerana mungkin ada murid yang berdiri tanpa ditemani sesiapa punya kisah yang serupa dengan murid perempuan itu. Anak yatim yang aku tidak pernah tahu namanya dan tidak sempat cam mukanya. Semoga anak itu kini menjadi murid yang pandai dan berjasa. Amin. - Mohd Fadli Salleh

'Saya Hanya Nak Membantu Pengguna Jalan Raya Yang Lain' - Pelajar Tingkatan 4 Terkejut Gambar Tolong Kawal Lalu Lintas Jadi Tular (Viral)
siakapkeli.my

BATU PAHAT - Seorang pelajar tingkatan empat terkejut apabila foto yang memaparkan dia membantu untuk mengawal lalu lintas jadi tular di media sosial.

"Terkejut saya…apabila gambar saya yang cuba membantu meleraikan kesesakan lalu lintas di persimpangan Jalan Peserai dan Jalan Bakau Chondong, di sini menjadi viral," kata Muhammad Syameel Mad Daud.

Menurut Sinar Online, gelagat pelajar itu dirakam ketika berdiri di tengah-tengah jalan mengawal kesesakan lalu lintas yang berlaku akibat bekalan elektrik terputus.

Muhammad Syameel, yang bersekolah di SMK Dato' Onn berkata, dia dalam perjalanan ke rumah ketika kejadian itu berlaku.

Menurutnya, dia yang tertanya-tanya pada mulanya mencari punca sebenar kesesakan luar biasa itu, akhirnya menemui jawapannya apabila lampu isyarat simpang empat itu tidak berfungsi.

"Semasa kejadian, saya dalam perjalanan pulang daripada aktiviti kokurikulum, dengan menunggang motosikal, namun motosikal saya tidak bergerak dalam tempoh yang lama tetapi bila sampai di sini, rupanya lampu isyarat rosak.

"Tanpa berlengah lagi setelah turun daripada motosikal, saya terus ke tengah jalan membantu menyuraikan kesesakan ini, saya tidak mempunyai niat lain hanya untuk membantu pengguna jalan raya yang lain.

"Saya tak sangka gambar saya cuba membantu menyelesaikan kesesakan jalan raya di persimpangan jalan akibat lampu isyarat terputus bekalan elektrik itu menjadi tular di media sosial terutamanya di laman Facebook," katanya ketika ditemui hari ini.

Syameel berkata, dia pada mulanya berasa gementar untuk turun dari motosikal namun dia kuatkan semangat walaupun ada rasa risau termasuklah keselamatannya di tengah jalan raya terbabit.

Katanya, namun setelah 15 minit 'bertugas' di tengah-tengah pusat bandar Batu Pahat ini dia didatangi oleh polis trafik yang terus membantu menyelesaikan kesesakan yang berlaku itu.

"Selepas pihak polis trafik sampai ke tempat kejadian, mereka turut memberi amaran kepada saya kerana perbuatan begini amat bahaya dan mengancam keselamatan saya, tetapi saya sudah memohon maaf kepada polis trafik dan menerima nasihat mereka agar tidak melakukannya lagi.

"Walaupun tindakan saya ketika sangat bahaya, tetapi saya rasa amat berpuas hati kerana dapat membantu orang ramai yang menggunakan jalan raya berkenaan daripada menghadapi kesesakan jalan raya," katanya lagi.

Sumber: Sinar Harian

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from -:eSpAcE9808:-
1 of 1 File(s)

Sun Jan 15, 2017 6:25 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Sejarah Kekerasan terhadap Etnis Muslim Rohingya di Myanmar Tahun 1784-2016
bloglist-malaysia.blogspot
detikislam.blogspot

Baru-baru ini laman Wall Street Journal - Amerika mengeluarkan sebuah artikel laporan yang mengkaji konflik lama antara kerajaan Yangon dan umat Islam Rohingya, yang kini ditolak kerakyatan mereka di negara tersebut.

Berikut adalah sejarah ringkas warga Rohingya:

Abad kelapan: Masyarakat Rohingya yang berasal dari Asia Selatan menetap di negara yang merdeka di Arakan, yang kini dikenali sebagai negera bahagian Rakhine di zaman moden Myanmar.

Abad kesembilan sehingga abad ke-14: Masyarakat Rohingya menerima kedatangan Islam melalui pedagang Arab. Hubungan erat yang terjalin antara Arakan dan Bengal.

1784: Raja Burma, Raja Bodawpaya menakluki Arakan dan beratus-ratus beribu-ribu pelarian melarikan diri ke Bengal.

1790: Hiram Cox, seorang diplomat Inggeris dihantar untuk membantu pelarian, Bandar Kazan di Bangladesh dibina dan dibangunkan, di mana banyak etnik Rohingya masih hidup hingga hari ini.

Heru Susetyo: Muslim Rohingya Sudah Ada Sebelum Myanmar Ada
1824-1942: Bahasa Inggeris menawan Burma; yang kini dikenali sebagai Myanmar dan menjadikannya sebagai salah satu bahagian British India. Para pekerja telah berhijrah ke Burma dari tempat lain di British India untuk projek-projek infrastruktur.
1942: Jepun menyerang Burma, menggalakkan Inggeris keluar. Dengan pengunduran pihak Inggeris, nasionalis Burma menyerang masyarakat Islam yang disangka mendapat banyak keuntungan daripada penjajahan Inggeris.

minoriti-etnik-rohingya-menderita1a
Lebih daripada 200,000 etnik Muslim Rohingya melarikan diri ke Bangladesh

1945: Bahasa Inggeris membebaskan Burma daripada penjajahan Jepun dengan bantuan nasionalis Burma yang diketuai oleh Aung San dan pejuang etnik Rohingya. Tapi etnik Rohingya merasa dikhianati kerana Inggeris tidak memenuhi janji autonomi bagi Arakan.

1948: Ketegangan meningkat antara kerajaan baru Myanmar dan Rohingya, yang kebanyakan ingin Arakan menyertai majoriti Islam Pakistan. Pemerintah membalas dengan memboikot masyarakat Rohingya, termasuk menghapuskan wujud mereka dalam sektor Pegawai Negeri Sipil (PNS).

1950: Beberapa individu dalam masyarakat Rohingya menentang kerajaan yang dipimpin oleh kumpulan bersenjata disebut mujahid. Namun pemberontakan reda secara beransur-ansur.

1962: Jeneral Ne Win dan Parti Sosialis Burma merebut kuasa dan mempraktikkan kekerasan terhadap etnik Rohingya.

1977: Lebih daripada 200,000 etnik Muslim Rohingya melarikan diri ke Bangladesh.

1982: Sebuah undang-undang imigresen baru ditakrifkan semula. Orang-orang yang berhijrah pada masa pemerintahan Inggeris dianggap sebagai pendatang haram. Pemerintah menetapkan perintah undang-undang ini pada semua masyarakat etnik Rohingya.

1989: Tentera menukar nama Burma menjadi Myanmar.

Foto Satelit Tunjukkan Lebih 1000 Rumah etnik Rohingya di Rakhine Dibakar
1991: Lebih daripada 250,000 pelarian dari etnik Rohingya melarikan diri, dipaksa menjadi buruh, wanitanya dirogol di tangan tentera Myanmar.

1992-1997: Kira-kira 230,000 etnik Rohingya kembali ke Arakan, yang kini dikenali sebagai Rakhine, di bawah perjanjian pemulangan.

2012: Rusuhan antara etnik Muslim Rohingya dan Buddha Rakhine telah menelan 100 nyawa, kebanyakan etnik Muslim Rohingya. Berpuluh-puluh ribu orang telah didorong ke Bangladesh. Hampir 150,000 orang dipaksa ke kem-kem di Rakhine.

2016: Kumpulan Harakah al-Yaqin menyerang pondok pengawal sempadan, membunuh sembilan askar Myanmar. Tentera bertindak balas. Lebih daripada 25,000 orang kembali melarikan diri Rakhine ke Bangladesh. Angka rogol, pembunuhan dan pembakaran rumah-rumah warga Rakhinr meningkat tak terkira. Namun kerajaan Aung San Suu Kyi mengabaikan atas kekejaman ini. *

sumber http://www.hidayatullah.com/

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Jan 15, 2017 6:28 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Remaja 19 tahun mengaku ada empat isteri, betul ke?

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

KUALA LUMPUR - Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun mendakwa dirinya memiliki empat orang isteri, viral di media sosial hari ini.

Video pengiklanan berdurasi 1 minit 23 saat yang dimuat naik laman Roti Kaya itu mencetuskan pelbagai reaksi netizen akan dakwaan remaja lelaki bernama Ikhwan.

"Keempat-empat ini isteri saya. Semenjak saya join dengan produk Armina ini, saya boleh buat duit untuk menampung keempat-empat isteri saya dengan menjual produk ini.

"Produk booster inilah yang boleh meningkatkan/merapatkan zahir dan batin antara keempat-empat isteri saya," kata Ikhwan.

Rata-rata netizen mendakwa video tersebut adalah taktik murahan pihak berkenaan untuk mempromosikan produknya.

"Yang dikata isteri nombor dua itu macam budak baru nak ambil PT3 saja. Jil*ke punya marketing strategy. Sanggup mempergunakan budak-budak wicet," kata Ebal Abqarie.

"Kau umur baru 19 tahun tak payah makan ubat booster bagailah. Anak-anak ikan lagi, adoi. Siap ada empat isteri. Marketing bodoh tahap gaban apa ni?" kata Hakim Azmi.

99% netizen mengecam tindakan remaja terbabit cuba mempromosikan produknya dengan cara yang salah. Apa pula kata anda? - The Reporter

PIHAK YANG BERKUASA TIDUR KE APA? (VIDEO MARKETING UBAT KUAT ANU...)
KAHWIN 4 ITU MATLAMAT HIDUP KAH?

bloglist-malaysia.blogspot
yongsukakuning.blogspot
Posted by Yong Intan Noor
SUMBER: ROTIKAYA

Apakah strategi pemasaran seperti ini wajar digunakan?

Sungguh memalukan orang Melayu.

Seolah-olah kahwin 4 dalam usia muda itu satu pencapaian yang hebat!
Seolah-olah orang Melayu Islam ini tak ingat perkara lain, kecuali seks!
Seolah-olah orang Melayu Islam hanya tahu buat ubat kuat seks!

Mohon pihak Kementerian yang berkenaan memantau syarikat jualan produk-produk berunsurkan seks!

Jangan melampau!
Jangan melampau!
JANGAN MELAMPAU!

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from -:eSpAcE9808:-
1 of 1 File(s)

Sun Jan 15, 2017 6:28 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



"Ambillah Usus Abang Sikit Dik," Kata Abang 10 Tahun Kepada 2 Orang Adik kembarnya Hidap Sakit Usus Pendek Dan Bocor
siakapkeli.my

Hati mana yang tak terasa apabila seorang abang berumur 10 tahun memberitahu adiknya yang ambil ususnya sedikit untuk merawat sakit adik kembarnya.

Menurut ibu, Nurhidayah Mukhtar, 36, anak lelakinya itu bersemangat untuk mendermakan sebahagian ususnya kepada adik-adik kembarnya Nurain Kaisah Khairina dan Nurain Raisah Khairani Masnorzan .

"Pilu hati ini apabila anak lelaki yang berusia 10 tahun bersemangat ingin mendermakan sebahagian ususnya kerana tidak sanggup lagi melihat adik kembar menderita penyakit usus sejak lahir," katanya.

Anak kembar yang mberusia dua tahun ini menderita sindrom usus pendek dan bocor sejak lahir, di mana mereka tidak pernah menjejakkan kaki ke kediaman mereka sejak dilahirkan kerana perlu bergantung sepenuhnya kepada peralatan hospital.

"Jika diikutkan naluri keibuannya, mahu saja saya membawa mereka pulang, namun ia memerlukan wang yang banyak untuk mewujudkan persekitaran hospital di rumah."

"Bayi lain dapat merasa pulang ke rumah. Tapi, bukan anak saya. Malah sejak kembar dilahirkan pada 6 Januari 2015, kami sekeluarga sudah dua tahun berkampung di hospital atas belas ihsan pihak hospital yang memahami keadaan kami.

"Dunia si kembar saya kini hanyalah hospital. Laman permainan mereka adalah katil hospital. Jika mereka berasa sedikit kuat dan sihat, saya akan bawa mereka bersiar-siar di pekarangan hospital," katanya, semalam.

Menurut beliau lagi, anaknya yang bernama Kaisah yang menderita sindrom usus pendek masih gagal memberikan tindak balas positif biarpun sudah menjalani beberapa sesi pembedahan sejak berusia dua hari.

"Selepas menjalani pembedahan, doktor mendapati usus Kaisah bengkak, pendek, tidak bersambung dan sebahagiannya berada di luar. Usus Kaisah sepatutnya sepanjang dua hingga ke tiga meter, namun sehingga kini hanya 28.5 sentimeter (cm).

"Doktor berusaha menyambung usus Kaisah namun ia tetap gagal berfungsi. Kemudian dia dibedah sekali lagi, diperiksa bahagian dalam usus, tetapi setelah tiga kali menjalani pembedahan besar, Kaisah tetap tidak dapat menjalani aktiviti harian seperti kanak-kanak lain," katanya.

Manakala Raisah pula sudah dua kali menjalani pembedahan dan masih berdepan masalah usus rosak, sempit dan bocor.

"Doktor memotong sedikit usus Raisah dan kemudian melakukan stoma (bukaan yang dilakukan melalui pembedahan pada usus untuk tujuan perkumbuhan), namun apabila stoma ditutup, Raisah menghadapi masalah pencernaan hingga ususnya tidak dapat menyerap zat makanan walaupun susu ibu.

"Paling menyedihkan Raisah akan membuang air besar 24 jam tanpa henti, mereka perlu bertahan dengan zat yang hanya diserap melalui mesin Total Parenteral Nutrisi (TPN) seumur hidup jika tidak tubuh mereka akan lemah sekiranya mesin penyalur zat itu ditanggalkan walau sehari," jelasnya lagi menceritakan penderitaan yang dihidapi oleh anak-anak kecil ini.

Nurhidayah dan suami yang merupakan guru terpaksa membuat kerja sambilan menjual ikan sardin kepada rakan sekerja, namun masih belum cukup untuk membawa pulang si kembar.

"Doktor ada memberi peruntukan awal iaitu sekurang-kurangnya RM50,000 untuk membeli tiga mesin khas termasuk peti ais khas bagi penyimpanan TPN, pendingin hawa, membina bilik khas yang mempunyai bilik air dan perabot khas bagi menyimpan ubat-ubatan dan alat pakai buang.

"Namun, daripada jumlah itu, saya hanya mampu menyimpan RM6,000. Itu belum termasuk perbelanjaan kembar yang melebihi RM1,000 setiap bulan bagi membeli susu formula dan keperluan lain," katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan bolehlah berbuat demikian menerusi akaun Maybank Nurhidayah Mukhtar iaitu 162348379719. - Siakapkeli.my

Sumber: Harian Metro.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Jan 15, 2017 6:28 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



UCAPAN TAHNIAH KEPADA DATUK AMAR ABANG JOHARI TUN OPENG ATAS PERLANTIKAN SEBAGAI KETUA MENTERI SARAWAK
bloglist-malaysia.blogspot
kerabubersuara.blogspot
Kenyataan Media Presiden PAS

UCAPAN TAHNIAH KEPADA DATUK AMAR ABANG JOHARI TUN OPENG ATAS PERLANTIKAN SEBAGAI KETUA MENTERI SARAWAK

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Mengasihani

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada YAB Datuk Amar Abang Johari Tun Openg atas perlantikan sebagai Ketua Menteri Sarawak keenam yang dipilih melalui sistem kaukus Perlembagaan PBB.

PAS mendoakan semoga beliau dapat menjalankan tanggungjawab kepimpinan dengan amanah, adil dan berkebajikan, meneruskan agenda pembangunan untuk rakyat Sarawak dan menjaga keharmonian antara agama, kaum dan bangsa.

"Inilah Penyelesaian Kita"

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

14 Rabi'ul Akhir 1438H / 13 Januari 2017M

Pegawai Kerajaan Terima Padah Hina Kematian Adenan Satem
bloglist-malaysia.blogspot
addindeen.com
Posted by Addin Deen
idahsalam.blogspot
Posted by indah.com

Pegawai Kerajaan Terima Padah Hina Kematian Adenan Satem. Seorang diplomat Malaysia yang berpangkalan di Filipina dipanggil balik untuk berdepan tindakan disiplin kerana didakwa membuat kenyataan menghina kematian Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem.

The Star melaporkan pegawai itu memuat naik kenyataan itu ke laman Facebook Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Pegawai Kerajaan Terima Padah Hina Kematian Adenan Satem. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa menerusi Twitternya berkata, pegawai itu diarahkan pulang ke Kuala Lumpur dengan segera untuk dikenakan tindakan disiplin.

Seramai 4 suspek ditahan setakat semalam kerana disyaki mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadap Adenan.

Pegawai Kerajaan Terima Padah Hina Kematian Adenan Satem

Suspek ke-4 ialah seorang lelaki berusia 47 tahun yang ditahan di Balai Polis Miri semalam, kerana membuat laporan menafikan dia memuat naik catatan memfitnah Adenan dan mungkin akaun Facebooknya digodam.

Pegawai Kerajaan Terima Padah Hina Kematian Adenan Satem. Tiga lagi lelaki ditahan di Sibu, Kuching dan Kuantan secara berasingan sejak kelmarin, selepas 37 laporan polis dibuat di 12 daerah di Sarawak terhadap 4 pemegang akaun Facebook yang didakwa membuat komen berbaur fitnah berhubung pemergian Adenan. - fmt

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Jan 15, 2017 6:28 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Siapa Sangka, Anda Boleh 'Upgrade' Tiket Penerbangan Dari 'Economy Class' Kepada 'Business Class' Secara Percuma, Lelaki Ini Kongsi Caranya
siakapkeli.my

Membeli tiket kapal terbang sudah semestinya merupakan perkara yang sering dititikberatkan oleh individu yang bakal menggunakan perkhidmatan penerbangan tersebut. Ini kerana, jika terlewat membeli tiket kapal terbang, ia mungkin akan menjadi semakin mahal, atau telah fully-booked.

Buat mereka yang perlu menggunakan perkhidmatan penerbangan atas faktor kerja, ada ketikanya terpaksa membeli tiket di saat akhir, kerana kekangan masa, atau disebabkan perlu menghadiri mesyuarat yang tidak diduga.

Tetapi, bila mana anda telah membuat tempahan, terdapat sedikit masalah teknikal akan tempahan tersebut, atau seat anda perlu diberikan kepada orang lain, dengan ini, anda mungkin boleh upgrade dari kelas ekonomi, kepada kelas bisnes, secara percuma.

Berdasarkan perkongsian dari saudara Keyrol Anwar, selain daripada situasi di atas, terdapat beberapa tip yang boleh dilakukan, untuk anda layak mendapatkan free upgrade tersebut.

Jom kita tengok sikit, tip tersebut.

10 kali Free Upgrade ke Business Class 2015-2016

Semasa nak boarding saya selalu berharap tiket saya akan ada "technical error" or "seat conflicted" semasa agent sedang scan tiket saya di mana ketika itu saya akan tahu saya akan dapat free upgrade ke business class.

Saya agak bertuah sebab kerja saya menuntut saya untuk travel sekurang kurangnya satu flight setiap 1-2 bulan. Saya bekerja di middle east dengan rotation 6x3 di mana 6 minggu bekerja dan 3 minggu off. Semasa crisis oil&gas semakin teruk, rotation saya di tukar pula ke equal rotation di mana jika saya bekerja 4 minggu saya akan bercuti 4 minggu.

Di sini saya nak share tips untuk mendapat free upgrade ke business class.
Tapi anda perlu tahu, airline tidak akan upgrade anda sesuka hati jika masih banyak vacant seat di economy. So rule of thumb yang paling penting -> Overbooked flight, yang ini memang out of control.

Tapi saya pernah di upgrade kerana seat saya perlu di berikan kepada orang lain dan bukannya overbooked flight. Selalunya saya selalu akan request "emergency exit row" jika terbang ekonomi. Mungkin seat saya diberikan kepada orang yang ada masalah tertentu atau special request menyebabkan seat saya perlu diberikan kepada mereka.

Ini Tip Yang Anda Boleh Lakukan

1. Frequent Flyer Program

Sila daftar untuk menjadi frequent flyer program untuk airline yang akan guna. Tidak kira jika itu adalah penerbangan pertama anda dengan airline tersebut, anda mungkin bertuah untuk di upgrade. Saya pernah dapat free upgrade dari Emirates dan itu adalah kali pertama saya terbang bersama Emirates.

2. Solo Traveler 

Solo traveler mempunyai chances yang lebih tinggi untuk di upgrade berbanding mereka yang travel di dalam group. Jika anda travel bersama rakan, mungkin check in secara berasingan dan bukan secara group. Saya pernah nampak satu group traveler telah di upgrade ke business class but not all of them. Dari 6 orang cuma 2 orang yang telah di upgrade.

3. Dress Up

Mungkin faktor ini paling overated sekali. Tapi saya percaya mereka tidak akan upgrade seseorang yang akan menyebabkan passenger business class yang lain tidak selesa. Anda tidak perlu pakai coat and tie tapi cukuplah sekadar smart casual ( polo shirt+jeans).

4. Ask them nicely 

Time nak check in tu cuba tanya boleh dapat free upgrade ke tidak. Tapi saya tahu kebanyakan check in staff agak annoyed dengan soalan ini. Mereka mungkin akan tanya anda balik jika anda mahu upgrade dengan menggunakan air miles anda. Saya tidak pernah request untuk free upgrade. Saya cuma akan tanya jika flight ini overbooked atau tidak. So, saya boleh estimate chances untuk di beri free upgrade.

5. Loyal to one airline

Saya selalunya menggunakan Qatar Airways (QA). Apabila anda sudah sampai ke level Gold untuk status privelege club, anda akan diberikan QCredits di mana ia boleh digunakan untuk upgrade flight sahaja dalam masa setahun. Point ini adalah berlainan dengan air miles atau di QA di panggil Qmiles. Anda akan dapat Qmiles berdasarkan penerbangan yang telah anda ambil. Qcredits adalah points "percuma" yang diberikan oleh QA untuk anda upgrade flight anda. Bagaimanapun anda perlu semak jumlah Qcredits yang diperlukan untuk setiap penerbangan dan upgrade hanya akan diberikan apabila ada kekosongan.

Jika anda terbang ekonomi sekalipun dan status anda adalah gold, selalunya cabin crew director akan datang untuk greet anda personally selepas take off.

6. Anniversary, Birthday, etc 

Let them know jika anda sedang travel dengan pasangan anda sempena ulang tahun perkahwinan di boarding gate. Chances are quite low saya rasa cuma jika anda beri tahu kepada cabin crew, mungkin chances anda lebih baik

Ini hanyalah pendapat saya sendiri setelah berulang alik selama 5 tahun KUL-Middle East. Anda mungkin tidak bersetuju dengan sesetengah point di atas.

Saya menulis ini bukan untuk bragging tetapi untuk mengisi masa lapang semasa stand by.

B777 Qatar Airways, Seat configuration 2-2-2

B787- Dreamliner Qatar Airways. Seating configuration 1-2-1 with every seat is an aisle seat.

Greek yoghurt+strawberry and banana smoothie

Late night snack

Baju fav bila fly, A340 Qatar Airways

Hamad International Airport

Al Mourjan Lounge

B777 Qatar Airways, Seating configuration 2-2-2

- Siakap Keli

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Jan 15, 2017 6:28 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Selepas 9 Bulan Laporan PAC - 1MDB Dikeluarkan : Kenapa Tiada Tindakan Terhadap Pesalah?
bloglist-malaysia.blogspot
sozcyili.blogspot
Oleh: Dr Radzi Jidin

Sembilan Bulan Laporan PAC Telah Dikeluarkan – Apa Tindakan Yang Telah Diambil Terhadap Watak-watak Utama Dalam Isu 1MDB?

1. Hari ini genap sembilan bulan saya wujudkan page Facebook Bicara Malaysia.

2. Sepanjang sembilan bulan lepas, selain dari menulis tentang isu-isu semasa, saya banyak menulis tentang 1MDB.

3. Sebelum menulis di Bicara Malaysia, saya menulis tentang 1MDB di Facebook peribadi saya yang hanya boleh diikuti oleh rakan Facebook saya.

4. Titik perubahannya apabila saya melihat pelbagai pihak "memutarkan" "substance" laporan PAC tentang 1MDB.

5. Selepas laporan PAC dikeluarkan pada 7 April 2016, ramai pemimpin-pemimpin Barisan Nasional membuat kenyataan bahawa laporan PAC mendapati Perdana Menteri tidak bersalah. Hakikatnya, objektif laporan PAC bukannya untuk menyiasat dan menentukan samada Perdana Menteri bersalah atau tidak. Laporan PAC tentang 1MDB banyak tertumpu kepada urus tadbir dan beberapa aktiviti pelaburan.

6. Sebagai pendidik, saya melihat tindakan "memutarkan" kandungan laporan PAC adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab. Bertitik tolak dari itu saya mengambil keputusan berkongsi tulisan saya secara terbuka.

7. Jika diteliti laporan PAC beserta dengan hansard-hansardnya yang beratus-ratus muka surat itu, terdapat pelbagai maklumat yang jelas dan nyata. Contohnya, maklumat mengenai urusaniaga Petro Saudi.

8. Namun, disebalik pelbagai maklumat ini, selepas sembilan bulan berlalu dan ketika kita telah masuk ke tahun baru, masih belum ada sebarang tindakan yang diambil terhadap watak-watak utama dalam isu 1MDB berdasarkan laporan PAC ini serta berdasarkan bukti-bukti lain.

9. Saya selalu terfikir, apakah perasaan bekas-bekas anggota PAC yang sekarang ini menjadi anggota kerajaan, terutamanya mereka yang memahami tentang perkauanan, pengauditan dan kewangan. Tidakkah timbul sekelumit rasa serba salah didalam diri mereka? Sekadar bertanya.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Jan 15, 2017 6:29 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



FAM Cadang Perkenalkan Anugerah Gol Paling Cantik Liga Malaysia
siakapkeli.my

SEPANG: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sedia menimbangkan cadangan bagi mewujudkan anugerah baru untuk gol tercantik bagi Liga Malaysia pada Anugerah Bola Sepak Kebangsaan bagi masa akan datang.

Timbalan Presiden FAM, Datuk Seri Afandi Hmzah berkata, kaedah itu bakal menambahkan lagi kerancakan Liga Malaysia selain memberi semangat kepada semua pemain mencipta jaringan ajaib seperti mana yang dibuat oleh Faiz Subri.

Katanya, ia juga boleh memudahkan FAM memilih jaringan terbaik untuk dihantar ke pencalonan Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

"Sekarang ini kita sudah mempunyai Anugerah Bola Sepak Kebangsaan dan mungkin kita boleh menambah kategori bagi jaringan tercantik Liga M.

"Mungkin akan muncul lagi jaringan ajaib seperti yang dilakukan Faiz dan pemenang anugerah itu boleh kita angkat untuk dicalonkan dalam Anugerah Puskas untuk masa akan datang," katanya sebagaimana lapor Berita Harian.

Jaringan ajaib Faiz Subri yang memenangi anugerah Puskas baru-baru ini bukan sahaja membawa namanya setanding dengan pemain-pemain terbaik dunia, malah turut mengharumkan nama Malaysia.

Sumber: BH Online

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: